1.0 PENDAHULUANSuez merupakan salah satu bandar yang terdapat di
Mesir. Bandar Suez ini terletak di hulu Teluk Suez iaitu di kawasan
laut Kaherah. Di bandar Suez ini terdapat satu pelabuhan yang
sangat terkenal dan terusan Suez ini telah dirasmikan oleh Ratu
Isabella bersama Ferdinand De Lesseps dari Perancis pada tahun 17
November 1869. Dalam sejarah Islam salah seorang daripada khulafa
Ar-Rasyidin iaitu Saidina Umar ibn Khattab sama sekali tidak
mengizinkan proses penggalian dilakukan di antara Laut Merah dan
juga Suez.[footnoteRef:1]Beliau mengatakan: [1: Prof. Madya
Fadhullah Jamil. 2000. Islam di Asia Barat Moden: Sejarah
Penjajahan dan Pergolakan. Selangor : Thinkers Librarys Sdn Bhd.
Hal 230. ]
Kalaulah tembok yang membatasi antara dua Laut itu ditembus,
jika Benua Afrika dan Asia Kecil di sebelah timur Nil itu digali
maka bangsa-bangsa barat akan menyerbu ke timur lalu menyusahkan
rakyat Arab dan Asia. [footnoteRef:2] [2: Ibid. Hal 232.]
Banyak usaha yang cuba dilakukan oleh orang luar untuk cuba
menggali antara Suez dan Laut Merah ini kerana dikatakan mempunyai
pelbagai kemudahan dan manfaat yang akan diperolehi jika proses
penggalian ini berlaku namun ianya tetap gagal. Namun Ferdinand De
Lesseps yang berasal dari Perancis tetap berkeras untuk menggali
terusan Suez berkenaan. Akibat daripada desakan yang tidak putus
oleh beliau akhirnya pemerintah Mesir pada ketika itu iaitu Said
Pasha telah mengizinkan Ferdinand De Lesseps melakukan penggalian
di antara Laut Merah dan juga Suez.[footnoteRef:3] [3: Daniel R.
Brower. 2000. The World Since 1945: A Brief History. New Jersey:
Prentice-Hall Inc. Hal 193.]
Pada ketika ini Suez merupakan salah satu bandar yang sangat
besar di Mesir. Suez juga dijadikan sebagai tempat untuk melakukan
pemeriksaan kesihatan bagi jemaah haji dari seluruh dunia untuk
melakukan ibadat haji di Makkah. Ternyata Suez merupakan sebuah
kawasan yang sangat terkenal dan juga maju bahkan sewaktu zaman
pemerintahan Islam lagi Suez merupakan antara pelabuhan utama serta
sewaktu pemerintahan Sultan Salim I Turki iaitu pada tahun 1517,
baginda telah menjadikan Suez ini sebagai pelabuhan tentera laut
bagi menghadapi ancaman musuh.Panjang Terusan Suez ini dianggarkan
sepanjang 163 Kilometer(101 batu) dan kelebaran terusan Suez ini
adalah 300 Meter (984 kaki).[footnoteRef:4] Terusan ini sangat
penting dalam proses perdagangan mahupun penjelajahan dan
penerokaan kerana terusan ini berfungsi untuk memendekkan
perjalanan dan menjadi laluan terpenting di antara Eropah dan juga
Asia tanpa perlu mengelilingi benua Afrika. Dengan adanya Terusan
Suez ini, perjalanan antara Timur Tengah dan tempat-tempat lain di
dunia ini telah dipendekkan sebanyak 40 peratus.[footnoteRef:5] [4:
Lois A. Aroian & Richard P. Mitchell. 1991. Timur Tengah dan
Afrika Utara Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hal
106.] [5: Ian A. Morrison. 1990. World in View: Middle East.
London: Heinemann Educational Books Ltd. Hal 33.]
Sebelum pembinaan terusan Suez ini barang-barang dagangan yang
sampai akan dipunggah di pelabuhan dan dibawa menggunakan kenderaan
darat dan perjalanannya adalah sangat jauh namun selepas sebuah
terusan air tawar yang telah dibina di Suez barang-barang dagangan
yang hendak dibawa ke Mesir tidak lagi perlu melalui Tasik Bitter
yang menyambungkan di antara Laut Mediterranean sehingga ke Suez
dan ini sangat membantu dalam urusan perdagangan. Hasil daripada
pembukaan terusan ini negara Mesir menjadi sangat kaya hasil
daripada kutipan cukai keatas kapal-kapal yang datang berlabuh di
pelabuhan berkenaan. Terusan ini juga secara tidak langsung telah
memudahkan urusan perhubungan di antara negara-negara Eropah dengan
negara-negara sebelah Timur.
Rajah 1: Kedudukan Terusan Suez (Sumber: Google Image)
2.0 SEJARAH PERANG SUEZ Rajah 2: Perang Suez (1956) (Sumber:
Google Image)Perang Suez ini telah berlaku pada 29 Oktober 1956 dan
berakhir pada 7 November 1956 serta peperangan ini telah melibatkan
3 buah Negara iaitu British, Perancis dan juga Israel di mana
pemimpin ketiga-tiga Negara ini berpakat untuk menyerang Mesir.
Selain daripada Perang Suez perang ini juga dikenali sebagai
Serangan Tiga Pihak, Perang Sinai, Perang Suez-Sinai, Perang
Arab-Israel Kedua, Krisis Suez, Operasi Kadesh dan juga Operasi
Musketeer.[footnoteRef:6] [6: Prof. Madya Fadhullah Jamil. 2000.
Islam di Asia Barat Moden: Sejarah Penjajahan dan Pergolakan.
Selangor: Thinkers Librarys Sdn Bhd. Hal 230.]
Sewaktu peperangan ini berlaku Negara Mesir telah diketuai oleh
pemimpinnya iaitu Gamal Abdul Nasser manakala tiga buah Negara yang
berkompromi ini diketuai oleh Anthony Eden. Peperangan ini telah
berlaku di Terusan Suez dan juga di Zon Sina. Peperangan yang
berlaku selama 10 hari ini telah dimenangi oleh tiga buah Negara
yang bergabung iaitu Perancis, British dan juga Israel. Hasil
daripada peperangan ini adalah pihak PBB telah mengumumkan gencatan
senjata dan juga kepada pendudukan UNEF di daerah Sinai.3.0
KRONOLOGI PERANG SUEZPerang Suez yang berlaku selama 10 hari ini
telah berlaku selepas daripada pihak British dan juga Amerika
Syarikat menarik balik bantuan kewangan yang telah mereka berikan
kepada Mesir. Tujuan bantuan kewangan itu diberikan kepada Mesir
adalah untuk membiayai Empangan Aswan yang merupakan empangan yang
penting yang digunakan oleh penduduk Mesir untuk mengairi kawasan
pertanian mereka. Pihak British dan juga Amerika Syarikat menarik
balik bantuan kewangan yang telah diberikan kepada Mesir berikutan
kerajaan Mesir telah mengumumkan untuk memiliknegarakan Terusan
Suez pada 26 Julai dan perkara ini telah diumumkan sendiri oleh
Presiden Mesir pada ketika itu iaitu Gamal Abdul Naseer. Selain
daripada itu beliau juga telah berjanji untuk memberikan pampasan
kepada British dan juga Amerika Syarikat. Pihak British dan juga
Amerika Syarikat sama sekali tidak bersetuju kerana tindakan Mesir
pada ketika itu dikatakan telah melanggar perjanjian yang telah
dibuat semasa membenarkan Terusan Suez digali. Dalam Perjanjian
Pertama sewaktu Terusan Suez dibuka Mesir hanya boleh mengambil
alih sepenuhnya Terusan Suez selepas 99 tahun dan hanya akan
bermula pada tahun 1869.[footnoteRef:7] [7: Ibid. Hal 260.]
Namun Mesir telah mengumumkan untuk memiliknegarakan Terusan
Suez walaupun ketika itu baru 87 tahun berlalu. Tindakan yang
dilakukan Mesir ini jelas menunjukkan bahawa mereka telah melanggar
perjanjian yang telah dimeterai. Disebabkan tidak berpuas hati
dengan sikap kerajaan Mesir inilah pihak British dan juga Amerika
Syarikat telah membuat keputusan untuk menarik balik bantuan
kewangan yang telah mereka berikan. Pihak yang tidak berpuas hati
ini telah mengumumkan untuk berperang. Pada awal bulan Oktober,
British, Perancis dan juga Israel telah membuat satu pakatan dan
perjanjian rahsia untuk mengenakan operasi ketenteraan kepada Mesir
dan operasi itu akan dilancarkan bermula di sempadan Israel dan
juga Mesir. Operasi ketenteraan telah bermula pada 26 Oktober
apabila sebanyak 202 Briged pasukan tentera udara pada ketika itu
dibawah pimpinan Ariel Sharon telah memulakan pergerakkan dimana
mereka telah ditugaskan untuk melakukan pendaratan di Mitla Laluan.
Kemudian pada 28 Oktober briged yang berada di bawah pimpinan Ariel
Sharon ini telah bergerak ke sempadan antara Israel dan juga
Mesir.[footnoteRef:8] [8: Andres Wenger & Doron Zimmermann.
2004. International Relations: From The Cold War To The Globalized
World. New Delhi: Viva Books Private Limited. Hal 198.]
Operasi menawan beberapa daerah Mesir telah dimulakan oleh
pasukan tentera yang berada di bawah pimpinan Rafael Eitan (Raful)
yang telah melakukan pergerakan merentasi Gurun Sinai. Dalam
perjalanan yang dilakukan oleh Raful banyak daerah-daerah di Mesir
telah ditawan oleh beliau. Beliau terus melakukan pergerakkan
merentasi Gurun Sinai sehinggalah mereka sampai ke sempadan
Israel-Mesir dan seterusnya bergabung dengan rejim-rejim yang lain.
Serangan secara besar-besaran pada mulanya telah dilakukan oleh
tentera Israel terlebih dahulu terhadap Mesir kemudian barulah
diikuti oleh tentera dari Britain dan juga Perancis. Peperangan ini
telah berlarutan selama 10 hari dan kemenangan berpihak kepada tiga
buah Negara yang berpakat untuk menyerang Mesir ini.[footnoteRef:9]
Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berusaha semampu mungkin
untuk menghalang perang daripada terus berlarutan dan juga untuk
mengelakkan banyak nyawa terkorban. Akhirnya satu gencatan senjata
telah dilakukan dan untuk memastikan gencatan senjata ini berhasil
pihak PBB telah menempatkan pasukan pengaman di garisan-garisan
sempadan yang menjadi pemisah antara Negara Israel dan juga Mesir.
Hal ini dilakukan setelah pihak PBB telah mendapat desakan daripada
Negara-negara lain kerana dikhuatiri peperangan ini akan terus
berlaku dan gencatan senjata hanyalah usaha yang sia-sia. [9: Ibid.
Hal 202.]
Perang Suez ini merupakan sebuah perang yang disebabkan oleh
tindakan untuk memiliknegarakan Terusan Suez oleh Mesir. Namun
begitu, terdapat beberapa perkara lain lagi yang menyebabkan
berlakunya perang ini iaitu merangkumi aspek politik, ekonomi dan
sosial. Ketiga-tiga aspek ini ternyata menjadi faktor-faktor yang
penting dalam tercetusnya peristiwa ini. Perang ini juga telah
memberi kesan positif dan negatif terhadap keempat-empat Negara
yang terlibat dalam perang ini.
4.0 FAKTOR-FAKTOR PERANG SUEZ 19564.1 Politik4.1.1 Mesir Dalam
Hubungan Luar Negara IsraelBeberapa orang ahli politik Israel
khuatir terhadap revolusi Mesir pada tahun 1952 dan perhubungan
persahabatan yang lebih erat dengan Amerika Syarikat yang cuba
diwujudkan oleh pemimpin baru Mesir iaitu Gamal Abdul Nasser.
Mereka bertindak merancang satu serangan ke atas Mesir bagi
memastikan negara tersebut tidak menjadi ancaman kepada keselamatan
Israel pada masa hadapan. Pada tahun 1954, Nasser menggunakan
pelbagai hubungan rasmi bagi mencari satu persetujuan dengan
Sharett.Tekanan politik yang dialami oleh Sharett dan kepercayaan
peribadinya menghalangnya daripada memberikan tindak balas yang
benar-benar serius terhadap tawaran Mesir
itu.[footnoteRef:10]Sebaliknya berlaku beberapa siri serangan bom
dan kebakaran di beberapa buah pawagam di Kaherah, Kedutaan Amerika
di Kaherah, Pejabat Pos Kaherah dan beberapa kepentingan Inggeris.
Pada bulan Julai, pendedahan dibuat bahawa ejen-ejen Israel,
termasuk beberapa orang Yahudi Mesir telah diarahkan supaya
mengkhianati kerjasama erat antara Amerika Syarikat dan Mesir dalam
rundingan untuk pengunduran tentera Inggeris dari Mesir. [10: Prof
Madya Fadhlullah Jamil. 2000. Islam di Asia Barat Moden: Sejarah
Penjajahan dan Pergolakan. Selangor: Thinkers Librarys Sdn Bhd. Hal
350.]
Pada Februari 1955, dua daripada mereka yang didapati bersalah
digantung di Kaherah, seorang membunuh diri dan yang lain
dijatuhkan hukuman penjara. Seorang pengintip dibebaskan pada tahun
1967 sebagai tukaran dengan tentera Mesir yang ditawan masa perang
bulan Jun. Lavon meletak jawatan kerana imejnya terjejas. Beliau
digantikan oleh Ben Gurion.[footnoteRef:11]Belum pun sampai sebulan
memegang jawatan, Ben Gurion memberikan kebenaran terhadap serangan
ke atas pusat kawalan Mesir di Gaza. [11: Ibid. Hal 350. ]
Dalam serangan pada 17 Februari 1955, hampir empat puluh orang
Mesir terbunuh dan ibu pejabat Mesir di Gaza dimusnahkan. Walaupun
dengan hasrat untuk mencari perdamaian pada awalnya, namun Abdul
Nasser tidak dapat melupakan begitu sahaja tindakan yang jelas
memperlihatkan betapa terdedahnya Mesir kepada serangan Israel.
Peristiwa ini telah memulakan penglibatan Mesir yang lebih
emosional terhadap konflik Arab-Israel. Setiausaha Negara Amerika
Syarikat iaitu John Foster Dulles menentang idea Negara Mesir yang
berkecuali, merdeka dan terlibat secara aktif dalam hal ehwal
Negara berkecuali seperti dalam Persidangan Bandung pada April
1955, walaupun Mesir tidak menjalinkan sebarang perhubungan
istimewa dengan Soviet Union pada waktu itu. Di Bandung, Abdul
Nasser muncul sebagai pemimpin Negara berkecuali yang utama dan
menjalin hubungan persahabatan dengan pemimpin China Zhou En-Lai,
Perdana Menteri India Jawaharlal Nehru dan pemimpin Yugoslavia,
Josip Broz Tito.[footnoteRef:12] Mesir menyeru supaya China
menyokong kemerdekaan bagi wilayah yang diduduki oleh Perancis di
Afrika Utara. Tidak lama kemudian Soviet Union menawarkan bantuan
bagi membolehkan Mesir mendapatkan senjata yang tidak boleh
didapati daripada Amerika Syarikat, Britain dan Perancis disebabkan
oleh perjanjian sekatan penjualan senjata. [12: Ibid. Hal 350.]
Raja Husain mengikut jejak langkah yang diambil oleh Abdul
Nasser dengan tidak menyertai Pakatan Baghdad. Pada Mac 1956,
Husain mendapat latihan tentera di England bertindak menyingkir Sir
John Glubb Komander iaitu pasukan Legion Arab. Perdana Menteri
Parti Konservatif Britain, Sir Anthony Eden kemudiannya
mengundurkan semua pegawai Inggeris dari Jordan. Pengalaman Eden
sebagai Setiausaha Luar Britain sebelum Perang Dunia II,
terutamanya ingatan terhadap krisis untuk melembutkan sikap pihak
Jerman dan Itali, menyebabkan beliau menyamakan Abdul Naseer dengan
Hitler atau Mussolini. Beliau merasakan bahawa hanya tanpa Abdul
Nasser sahaja Britain boleh mengekalkan keagungannya dalam hal
ehwal Timur Tengah. Mereka menjadi musuh ketat dalam hal yang
berkaitan dengan pertahanan serantau. Pada Mei 1956, Mesir
mengiktiraf Republik Rakyat China (R.R.C) yang kemudiannya membawa
kepada tindakan Dulles menarik balik tawaran Amerika Syarikat untuk
membiayai bahagian utama pembinaan Empangan Tinggi Aswan yang
dianggap oleh Abdul Nasser sebagai kunci kepada keperluan makanan
dan tenaga Mesir. Amerika Syarikat berharap dengan tawarannya itu
akan dapat menghalang perluasan pengaruh Soviet di Mesir. Apabila
Amerika Syarikat menarik balik tawarannya, Mesir juga turut
kehilangan punca pinjaman dari Bank Dunia dan Tabung
Inggeris.[footnoteRef:13] [13: Mohammad Redzuan Othman. 1991. Timur
Tengah dan Afrika Utara Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia. Hal 351.]
Sungguhpun penarikan balik tawaran bagi membiayai bahagian utama
pembinaan Empangan Tinggi Aswan, namun kesan positif yang diterima
oleh Mesir terhadap perhubungan dengan China ialah perdagangan
Mesir dengan Negara China semakin bertambah.[footnoteRef:14] Kita
dapat lihat di sini bahawa hubungan Mesir dengan British, Perancis
serta Israel kian renggang disebabkan oleh pelbagai isu yang
berbangkit. Namun hubungan luar Mesir dengan blok Soviet dan China
kian erat. Hal ini sekaligus mengancam kuasa-kuasa barat seperti
British dan Perancis. [14: Prof. Madya Fadhiullah Jamil. 2000.
Islam di Asia Barat Moden: Sejarah Penjajahan & Pergolakan.
Selangor: Thinkers Librarys Sdn. Bhd. Hal 253.]
4.1.2 Hubungan Mesir Dengan Blok KomunisPada awalnya, hubungan
Mesir lebih rapat dengan Amerika Syarikat, namun disebabkan Gamal
Abdul Nasser lebih cenderung mengamalkan dasar berkecuali maka
sikap ini tidak disenangi oleh Amerika Syarikat. Dalam usaha
Amerika Syarikat menangani masalah ini, Amerika Syarikat telah
bertindak menyekat bekalan senjata dan ekonomi Mesir. Perkara ini
menyebabkan Gamal Abdul Nasser beralih kepada blok komunis yang
menjanjikan bekalan senjata kepada Mesir. Hal ini dapat dibuktikan
dengan penyataan berikut:
Washington would supply arms only if accompanied by military
personnel to oversee their preparation and use, a condition Nasser
refused. He turned to Soviets, who replied in early
May.[footnoteRef:15] [15: Charles D. Smith, Palestine and the
Arab-Israeli Conflict: A History with documents. Boston & New
York: Bedford/St. Martins. Hal 239.]
Pada September 1955, Gamal Abdul Nasser telah membeli senjata
dari Czechoslovakia secara besar-besaran dan mengiktiraf blok
komunis Cina serta menunjukkan bahawa Negara Mesir tidak lagi
dibawah lindungan Barat. Selain itu juga, Gamal Abdul Nasser turut
merancang membeli kapal terbang dan tank (kereta kebal) dari Soviet
Rusia.[footnoteRef:16] Hal ini menyebabkan Negara Mesir menjadi
kurang bergantung dengan kuasa barat tetapi kebergantungan dengan
Blok Soviet pula semakin bertambah. Dasar Nasser ini telah
menyebabkan kuasa komunis semakin aktif dalam rantau ini. [16: Lois
A. Aroian & Richard P. Mitchell. 1991. Timur Tengah dan Afrika
Utara Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hal 252.]
4.1.3 Pemiliknegaraan Terusan Suez Faktor seterusnya ialah Gamal
Abdul Nasser telah memiliknegarakan Terusan Suez. Abdul Nasser
telah meletakkan harta negara di bawah penguasaan Mesir tanpa
melanggar sebarang peruntukan dalam undang-undang antarabangsa.
Tindakan tersebut dengan jelas dipercepatkan oleh keperluan bagi
mendapatkan sumber kewangan bagi membiayai Empangan tinggi. Sebagai
seorang pragmatik, Abdul Nasser dengan segera menunjukkan kepada
dunia bahawa Mesir mampu mengendalikan terusan dengan lancar. Pada
26 Julai 1956, Gamal Abdul Nasser telah mengumumkan bahawa Mesir
akan mengambil Syarikat Terusan Suez Inggeris-Perancis dan juga
terusannya.[footnoteRef:17] Hal ini berikutan daripada tindakan
pihak British yang menarik balik tawaran pinjaman yang dijanjikan
kepada Mesir. Gamal Abdul Nasser turut menyatakan bahawa syarikat
yang memiliki terusan ini akan dibayar pampasan. Menurut Gamal
lagi, pembinaan Terusan Suez ini telah dilakukan dan dibiayai
sendiri oleh rakyat Mesir. Maka Terusan Suez ini adalah harta
negara Mesir. Berikutan penarikan balik pinjaman yang ditawarkan
oleh pihak British, maka Mesir tidak mempunyai kewangan yang
mencukupi untuk membiayai pembinaan Empangan Aswan. Hal ini dapat
dibuktikan melalui penyataan William L. Cleveland dalam A History
of the Modern Middle East iaitu: [17: John W. Young. 1999. America,
Russia and the Cold War 1941-1998, USA: Addison Wesley Longman. Hal
95.]
and Nasser proclaimed that the revenues from the canal would be
use to fund the development projects the West refused to
sponsor.[footnoteRef:18] [18: William l. Cleveland, A History of
the Modern Middle East. U.S: Westview Press. Hal 292.]
Maka, melalui tindakan memiliknegarakan Terusan Suez ini, Mesir
mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk menampung pembinaan
projek empangan tersebut. Empangan Tinggi Aswan ini amat penting
kerana sebagai kunci kepada bekalan makanan dan tenaga
Mesir.[footnoteRef:19] Tindakan Nasser ini menyebabkan pihak Barat
memaksa beliau menarik balik penyataan pemiliknegaraan Terusan
Suez, tetapi Nasser mendapat sokongan daripada blok
Soviet.[footnoteRef:20] Maka tindakan pemiliknegaraan Terusan Suez
ini juga telah menjadi faktor dalam mencetus Perang Suez. [19:
Prof. Madya Fadhullah Jamil. 2000. Islam Di Asia Barat Moden:
Sejarah Penjajahan dan Pergolakan. Selangor: Thinkers Librarys Sdn
Bhd. Hal 350.] [20: Ibid. Hal 95.]
4.1.4 Matlamat IsraelFaktor lain yang menyebabkan tercetusnya
Perang Suez ialah matlamat Israel sendiri. Israel merupakan salah
sebuah negara yang terlibat dalam Perang Suez menentang Mesir.
Israel mempunyai matlamat melalui kerjasamanya dengan dua kuasa
yang lain dalam serangan pada Oktober iaitu untuk menamatkan
sekatan Mesir di Teluk Aqaba, menamatkan pencerobohan Fidayeen
(pejuang kebebasan) dan menggulingkan Gamal Abdul Nasser kerana
khuatir akan kemunculannya sebagai pemimpin serantau kelak.Matlamat
pertama Israel iaitu menamatkan sekatan Mesir di Teluk Aqabah
adalah kerana Teluk Aqabah merupakan jalan pintas untuk sampai ke
Israel tanpa melalui Terusan Suez. Matlamat kedua ialah untuk
menamatkan pencerobohan Fidayeen di Israel. Fidayeen merupakan satu
pertubuhan gerila rakyat Palestin yang menentang Israel. Gerila ini
menimbulkan kerisauan dalam pentadbiran Israel. Matlamat ketiga
ialah untuk menggulingkan Gamal Abdul Nasser. Hal ini disebabkan
ketokohan dan keberanian beliau telah mendatangkan kerisauan kepada
Israel sekiranya beliau berjaya mempengaruhi kuasa-kuasa Arab di
rantau ini. Keupayaan beliau membangkitkan semangat nasionalisme
masyarakat Arab serantau akan mengganggu hubungan ekonomi Israel
dengan Barat. 4.1.5 Perubahan Dasar PerancisSebuah lagi negara yang
terlibat secara langsung dalam Perang Suez ini ialah Negara
Perancis. Sebelum ini, Perancis merupakan sebuah negara yang
mengamalkan dasar pro-Arab. Perancis akan bertindak mengambil sikap
berkecuali sekiranya terdapat konflik dalam rantau
Arab.[footnoteRef:21] Hal ini berikutan dengan kebangkitan
nasionalisme di Algeria yang mendapat semangat daripada kepimpinan
Gamal Abdul Nasser. Hal ini dapat dilihat dalam petikan berikut:
[21: Lois A. Aroian & Richard P. Mitchell. 1991. Timur Tengah
dan Afrika Utara Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hal
254.]
Worse, they became convinced that Nasser was giving the Algerian
rebels crucial military and financial assistance, without which the
rebellion would collapse. [footnoteRef:22] [22: Charles D. Smith.
2001. Palestin and the Arab-Israeli conflict: A History with
document. Boston & New York:Bedford/St. Martins. Hal 239.]
Perancis kurang senang dengan sokongan Mesir terhadap Revolusi
Algeria. Mesir juga menyeru supaya China menyokong kemerdekaan bagi
wilayah yang diduduki oleh Perancis di Afrika
Utara.[footnoteRef:23]Perkara ini telah menyebabkan Perancis tidak
menyenangi Presiden Gamal Abdul Nasser. Selain itu, Perancis
mengingkari perjanjian dan membekalkan senjata kepada Israel. [23:
Fadhullah Jamil. 2000. Islam Di Asia Barat Moden:Sejarah Penjajahan
dan Pergolakan. Selangor: Thinkers Librarys Sdn Bhd. Hal 350.]
Hal ini telah menyebabkan Gamal Abdul Nasser mengiktiraf komunis
di China sebagai tanda protes terhadap keputusan Amerika Syarikat
membiarkan Perancis menjual senjata kepada
Israel.[footnoteRef:24]Soviet Union juga menawarkan bantuan bagi
membolehkan Mesir mendapat senjata yang tidak boleh diperolehi dari
Amerika Syarikat, Perancis dan British.[footnoteRef:25]Perubahan
dasar Perancis juga dilihat sebagai satu faktor peperangan ini
berlaku kerana Perancis merasa tergugat dengan kehadiran pemimpin
seperti Gamal yang akan menyemarakkan lagi semangat nasionalisme di
tanah jajahan mereka. [24: Edward H. Judge & John W. Langdon.
1996. A Hard and Bitter Peace: A Global History of the Cold War.
New Jersey: Prentice-Hall Inc. Hal 132.] [25: Ibid. Hal 350.]
4.1.6 Penggulingan Gamal Abdul NasserBritish, Perancis dan
Israel berkongsi keinginan yang sama iaitu untuk menjatuhkan
kepimpinan Gamal Abdul Nasser. Matlamat yang sama membolehkan
mereka bekerjasama dan membentuk angkatan yang kuat untuk menyerang
Mesir. Menurut buku The Post-Imperial Age: The Great Powers and the
Wider World yang ditulis oleh J.P.D Dumbabin, British merasakan
bahawa perbuatan Nasser perlu dihentikan. Hal ini dapat dilihat
dalam pernyataan di bawah,
..British it felt instinctively that Nasser would have to be
stopped; and it had an added concern [footnoteRef:26] [26: J.P.D
Dumbabin. 1994. The Post-Imperial Age: The Great Powers and the
wider world. London & New York: Longman. Hal 280.]
British dan Perancis menyembunyikan pakatan mereka dengan Israel
yang termeterai pada 24 Oktober 1956. Pihak British dan Perancis
berharap agar dengan berlakunya peperangan ini, maka kuasa Gamal
Abdul Nasser akan jatuh dan imej Gamal sebagai seorang Hero Arab
akan jatuh di mata masyarakat arab di rantau ini. Jelas sekali
bahawa jalan penyelesaian kuasa-kuasa besar ini adalah dengan
menggulingkan kepimpinan Gamal Abdul Nasser itu sendiri.4.2
Ekonomi4.2.1 Kedudukan yang strategikDari segi ekonomi pula,
kepentingan Terusan Suez itu sendiri yang mendorong kepada
peperangan berlaku. Terusan Suez telah dibuka pada tahun 1869
secara besar-besaran oleh Ratu Isabella bersama Ferdinand De
Lesseps dari Perancis. Secara tidak langsung pengaruh Perancis
telah bertapak di Mesir.[footnoteRef:27] Pembinaan terusan ini
memendekkan perjalanan antara Timur dan Barat. Pada permulaan tahun
1950 Britain, kuasa asing sangat berpengaruh di Timur Tengah kerana
kegiatan perdagangan Britain di Terusan Suez. Timur Tengah
mempunyai ekonomi yang membawa kepada keuntungan negara kerana
memiliki simpanan-simpanan minyak yang luas dan laluan terusan
tersebut. [27: Ewan W. Anderson. 2000. The Middle East-Geography
and Geopolitics. London & New York: Routledge. Hal 102.]
Pada masa ini, Suez sangat strategik dan berkepentingan dalam
konteks Perang Dingin dalam membangkitkan Britain untuk mengukuhkan
kedudukan di sana. Kekuatan tentera Britain bergerak ke seluruh
rantau, termasuklah di pengkalan Suez seramai lebih kurang 80,000
orang dan dikatakan pengkalan-pengkalan tentera terbesar di dunia.
Suez dianggap berkedudukan strategik bagi Britain di Timur Tengah.
Kedudukan terusan yang strategik ini, telah menjadi rebutan kepada
kuasa-kuasa Barat. Kita sedia maklum bahawa hubungan perdagangan
Barat dan Timur amat pesat kerana terdapat beberapa barangan Timur
menjadi rebutan pedagang-pedagang Barat seperti rempah ratus.
Pemendekan masa perjalanan ini juga menyebabkan mereka dapat
meningkatkan hasil pendapatan mereka.
4.2.2 Laluan Kapal-Kapal Dagang Seperti yang telah diketahui,
Terusan Suez terkenal sebagai laluan perdagangan. Sebelum terusan
Suez dibuka, kapal dagang perlu melalui dan mengelilingi Benua
Afrika untuk sampai ke tempat yang dituju dan ini mengambil masa
yang sangat lama. Namun, pembukaan Terusan Suez telah menjimatkan
perjalanan kapal-kapal dagang ini. Dengan adanya Terusan Suez,
bermulalah sejarah baru dunia Eropah. Kapal-kapal tidak lagi
melalui Tanjung Pengharapan.[footnoteRef:28]Peristiwa ini
menimbulkan pengaruh lebih lanjut, khususnya dalam bidang ekonomi.
Lalu lintas di Laut Tengah dan Laut Merah menjadi tumpuan
pedangang-pedagang dunia. Sultan Turki pernah menjangkakan bahawa
jika antara dua laut itu dipertemukan, maka tembuslah dinding
pertahanan bangsa Arab dan Asia. Barat ke benua Timur pula semakin
pesat di laluan Terusan Suez. [28: Ibid. Hal 102.]
4.2.3 Ekonomi British dan Perancis tergugatEkonomi British dan
Perancis tergugat apabila Mesir bertindak memiliknegarakan Terusan
Suez. Kedua-dua Negara menentang peranan serantau Gamal Abdul
Nasser yang semakin menonjol. Britain khuatir terhadap kehilangan
penguasaan disebabkan 50 peratus import petroleumnya melalui
Terusan Suez. Perancis kurang senang dengan sokongan Mesir ke atas
revolusi Algeria. Pembekal utama senjata kepada Israel pada waktu
itu ialah Perancis. Melalui ucapan Gamal Abdul Nasir, beliau
menyatakan bahawa Syarikat Terusan Inggeris-Perancis menjadi milik
Negara Mesir. Perkara ini akan menggurangkan hasil pendapatan
mereka meskipun dibayar pampasan. Pihak British akan kehilangan 50
peratus import mereka dengan pemiliknegaraan terusan ini. Hal ini
dapat dibuktikan melalui penyataan dalam buku Islam Di Asia Barat
Moden: Sejarah Penjajahan dan Pergolakan iaitu:Britain khuatir
terhadap kehilangan penguasaan disebabkan 50 peratus import
petroleumnya melalui Terusan Suez. [footnoteRef:29] [29: Fadhlullah
Jamil. 2000. Islam di Asia Barat Moden: Sejarah Penjajahan dan
Pergolakan. Selangor: Thinkers Librarys Sdn Bhd. Hal 351.]
4.2.4 Pengasas Utama Dari Kuasa Asing (Perancis)Pertengahan abad
ke-19 pihak Perancis mengajukan rancangan penggalian Terusan Suez,
tetapi ditolak oleh pemimpin Mesir, Muhammad Ali kerana bimbang
akan menjejaskan kedaulatan dan kemerdekaan Mesir. Namun, semasa
pemerintahan Muhammad Said Pasha, rancangan ini dipersetujui dan
proses penggalian Terusan Suez bermula. Terusan Suez siap digali
dan dibuka pada tahun 1869. Mesir mempunyai saham sebanyak 44%
terhadap Terusan Suez manakala 56% lagi adalah milik Perancis.
Walaupun Terusan Suez terletak di Mesir, namun Terusan Suez
terletak dibawah kawalan Perancis kerana pembukaan Terusan Suez
menggunakan modal dari Perancis. British yang menyedari kepentingan
Terusan Suez telah membeli sebahagian saham Terusan Suez dan ini
menyebabkan Terusan Suez terletak dibawah kawalan tiga kuasa iaitu
Perancis, Mesir dan British.[footnoteRef:30] [30: Ibid. Hal
350.]
Oleh kerana Terusan Suez dibina oleh orang Perancis dengan
menggunakan modal Perancis untuk laluan kapal-kapal Eropah, maka
Mesir dan Suez di bawah pengawasan negara Eropah Barat. Di samping
itu, Inggeris juga menyedari kepentingan Terusan Suez, maka
Inggeris membeli sebahagian daripadanya. Dari sini berlakulah
krisis perebutan antara Perancis dan Inggeris. Pada masa yang sama
Mesir menambahkan lagi krisis dengan mengumumkan bahawa Terusan
Suez milik Kerajaan Mesir.4.2.5 Pembinaan Empangan AswanSebelum
empangan ini dibina, Sungai Nil mengalami banjir setiap tahun iaitu
pada akhir musim panas setelah air mengalir ke hilir lembah
lembangan saliran di Afrika Timur. Mesir meminjam daripada Bank
Dunia sejak 1955 untuk membiayai pembinaan Empangan Aswan. Bank
dunia, Amerika Syarikat dan Britain meminjamkan ASS 70 juta untuk
projek ini namun pinjaman tersebut telah ditarik balik. Oleh itu
Nasser telah mengumumkan untuk memiliknegarakan Terusan Suez bagi
membiayai pembinaan Empangan Aswan dan siap dibina pada Januari
1968.[footnoteRef:31] Hal ini telah menambahkan ketegangan antara
Mesir, Britain dan Perancis. [31: Fadhlullah Jamil. 2000. Islam di
Asia Barat Moden: Sejarah Penjajahan dan Pergolakan. Selangor:
Thinkers Librarys Sdn Bhd. Hal 350.]
Sejak tahun 1950-an, nama empangan ini merujuk kepada Empangan
Hulu yang mana lebih besar dan baru berbanding empangan Hilir Aswan
yang telah disiapkan pada tahun 1902. Pembinaan empangan ini
menjadi keinginan utama bagi kerajaan Mesir selepas tamatnya
Revolusi Mesir 1952. Hal ini disebabkan keupayaan untuk mengawal
air banjir dan meningkatkan kuasa hidroelektrik yang mampu
dijananya. Empangan hulu ini telah dibina antara tahun 1960 hingga
1970 dan bertujuan untuk meningkatkan pengeluaran ekonomi dengan
mengawal aliran sungai tahunan dan menyediakan takungan bagi
menyimpan air untuk pertanian serta menjana kuasa
hidroelektrik.
4.3 SOSIAL4.3.1 Kepimpinan Gamal Abdul NasserKemunculan Gamal
Abdul Nasser telah menggusarkan Israel, British dan Perancis.
Israel berasa risau dengan Revolusi Mesir 1952 yang berlaku kerana
ia akan mempengaruhi politik di Tanah Arab pada masa tersebut.
Kemunculan Gamal Abdul Nasser dilihat akan menjadi pemimpin negara
Arab serantau. Hal ini disebabkan keberanian beliau untuk menentang
kuasa-kuasa barat lain. Menurut Daniel R. Brower dalam bukunya
iaitu The World since 1945: A Brief History menyatakan bahawa:The
most dramatic international consequence of the military revolution
was Egypts defiance of western policies and Nassers emergence as
nationalist leader among Arab People. [footnoteRef:32] [32: Daniel
R. Brower. 2000. The World Since 1945: A Brief History. New Jersey:
Prentice-Hall Inc. Hal 167.]
Selain itu, Israel juga bimbang perhubungan persahabatan Mesir
dengan Amerika Syarikat. Hal ini disebabkan dasar yang dilakukan
oleh pemerintahan Gamal Abdul Nasser sendiri yang cuba mewujudkan
persahabatan yang erat dengan Amerika.[footnoteRef:33] Hubungan
yang baik ini dikhuatiri oleh Israel kerana Amerika Syarikat
merupakan sebuah kuasa yang kuat yang boleh memberikan pengaruh
dari segi ekonomi dan politik di rantau Asia Barat. [33: Fadhlullah
Jamil. 2000. Islam di Asia Barat Moden: Sejarah Penjajahan dan
Pergolakan. Selangor: Thinkers Librarys Sdn Bhd. Hal 349.]
Gamal Abdul Nasser juga enggan menyertai Pakatan Baghdad.
Pakatan Baghdad merupakan satu pakatan keselamatan bersama di
rantau Asia Barat yang dicetuskan oleh Amerika Syarikat. Pakatan
ini turut disertai oleh kuasa besar Arab yang lain seperti Turkey,
Iran dan Iraq. Hal ini telah diikuti oleh Raja Husain di Jordon.
Raja Husain bertindak menyingkirkan Sir John Glubb, Komander Legion
Arab pada Mac 1956.[footnoteRef:34] [34: Ibid. Hal 351.]
Tindakan Raja Husain ternyata dipengaruhi oleh sifat Gamal Abdul
Nasser yang tidak gentar dengan kuasa Barat yang lain. Sir Anthony
Eden menyamakan Gamal Abdul Nasser ini dengan Hitler dan Mussolini.
Eden berpendapat bahawa dengan kemunculan Nasser di rantau Arab
ini, maka Britain sukar untuk mengekalkan keagungan mereka. Maka
tidak hairanlah bahawa kepimpinan Gamal Abdul Nasser juga merupakan
faktor kepada tercetusnya Perang Suez.4.3.2 Sifat Peribadi Gamal
Abdul Nasser dan Kebangkitan Nasionalisme ArabSelain daripada itu,
sifat peribadi Gamal Abdul Nasser juga menjadi pendorong kepada
tercetusnya perang ini. Sikap bercita-cita tinggi dan tidak suka
kepada persaingan menyebabkan beliau muncul sebagai tokoh yang
berani dan tidak mudah gentar. Hal ini dapat dilihat melalui
penyataan di bawah.Dalam pada itu, masalah kedua yang dihadapi oleh
Nasir pada tahun 1955 ialah Iraq, negara Arab yang merdeka, dan
diketuai oleh Nuri al-Said, pemimpin yang juga bercita-cita tinggi.
[footnoteRef:35] [35: Lois A. Aroian & Richard P. Mitchell.
1991. Timur Tengah dan Afrika Utara Moden. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka. Hal 252.]
Berdasarkan penyataan diatas, jelas menunjukkan keperibadian
Gamal Abdul Nasser yang tidak sukakan persaingan. Kemunculan tokoh
dari Iraq iaitu Nuri al-Said yang turut semakin meningkat pada masa
tersebut telah menyebabkan wujud pertentangan pendapat sesama
mereka. Nuri merupakan seorang pemimpin yang bersifat pro-Barat.
Hal ini dapat dilihat apabila beliau mahu seberapa banyak negara
Arab yang merdeka menyertai satu organisasi pertahanan Timur Tengah
yang dipelopori oleh Amerika Syarikaat dan dikelolakan secara
langsung oleh Kerajaan Eden dari Britain. Selain itu juga, Nasser
juga bercita-cita untuk memerdekakan seluruh bangsa Arab.
Berdasarkan cita-cita beliau ini, maka ianya telah membimbangkan
kuasa-kuasa besar di rantau Asia Barat ini. Oleh sebab itu,
keperibadian Gamal Abdul Nasser juga dapat dikatakan membawa kepada
Perang Suez. 5.0 Kesan-Kesan Perang SuezSecara keseluruhannya,
Kesan umum daripada perang Suez ini ialah Mesir telah berjaya
mengawal Terusan Suez secara sepenuhnya walaupun dalam perang yang
berlaku Mesir telah kalah kepada tiga kuasa besar iaitu Perancis,
Israel dan British. Selain itu juga, peperangan ini telah
menyebabkan banyak berlaku kematian dan kemusnahan di antara kedua
dua pihak yang berperang iaitu Mesir dan pakatan Perancis, Israel
dan British. Walaubagaimanapun, kesan yang dihadapi oleh
negara-negara yang terlibat dalam perang Suez secara khusus dapat
dilihat seperti di bawah.
5.1 Mesir5.1.1 Kawalan Sepenuhnya Ke Atas Terusan SuezPerang
Suez yang berlaku ini telah menyaksikan kekalahan kuasa Mesir
kepada tiga kuasa iaitu British, Israel dan Perancis.
Walaubagaimanapun, keputusan yang dibuat telah memberikan kuasa
kepada Mesir untuk mengawal secara sepenuhnya Terusan Suez yang
sememangnya terletak dalam wilayah Mesir sendiri.[footnoteRef:36]
Selain itu, pengaruh British secara nyata telah tamat. Hal ini
kerana pada November 1956, Rusia Union telah mengeluarkan arahan
mendesak semua negara-negara asing supaya keluar dari Mesir dan
arahan ini telah dipatuhi oleh Britain, Perancis dan Israel. [36:
Fadhlullah Jamil. 2000. Islam Di Asia Moden: Sejarah Penjajahan dan
Pergolakan. Selangor: Thinkers Library. Hal 255.]
Dengan pengunduran tentera British dan Perancis, Mesir dapat
merampas segala bekalan ketenteraan yang banyak di kawasan Terusan
Suez. Walaubagaimanapun, Mesir telah kehilangan pangkalan
tenteranya di Sham al-shaikh yang mengawal jalan masuk ke Teluk
Aqabah hinggakan kapal-kapal Israel kini dapat belayar dengan
mudahnya ke Elath dan terus sampai ke Asia dan Afrika Timur tanpa
menggunakan Terusan Suez.[footnoteRef:37] [37: Ibid. Hal 256.]
5.1.2 Melonjakkan Nama Gamal Abdul Nasser Gamal Abdul Nasser
digelar Hero Arab yang Agung berikutan dengan kejayaannya dalam
membangunkan dunia Arab dan menjadikan negara Mesir merdeka. Antara
usaha beliau ialah memboloskan diri daripada pihak barat
terutamanya dari segi ekonomi telah berjaya. Kekuatan pengaruh
Rusia di rantau ini menyebabkan Amerika Syarikat menawarkan bantuan
untuk empangan Aswan pada 1956.[footnoteRef:38] Pada mulanya,
Nasser telah meminta bantuan daripada pihak barat untuk membantunya
membina empangan, namun barat memungkiri janjinya menyebabkan
Nasser menjalinkan hubungan dengan Rusia. [38: Craig S. Davis.
2003. The Middle East For Dummies. Kanada: Wiley Publishing Ins.
Hal 93.]
Hal ini menyebabkan Israel menyertai peperangan kerana bimbang
senjata yang dibekalkan oleh Rusia kepada Mesir akan digunakan
untuk menentang Israel.[footnoteRef:39] Di sini kita dapat melihat
bermulanya konflik Arab Israel. Selain itu, pada tahun 1957, Mesir
dengan bantuan Amerika telah berjaya membuka semula laluan di
Terusan Suez, manakala harta benda British dan Perancis dirampas
dan rakyat kedua-dua negara Barat tersebut dihalau.[footnoteRef:40]
Hal ini demikian menyebabkan Mesir berkuasa sepenuhnya ke atas
Terusan Suez. [39: Josept J. Hobbs. 2007. Egypt (second edition).
New York: Infobase Publishing. Hal 63.] [40: Fadhullah Jamil, 2007.
Islam di Asia Barat Moden: Penjajahan dan Pergolakan. Shah Alam:
Karisma Publications Sdn. Bhd. Hal 261.]
Nasser juga digelar hero Arab yang agung setelah beliau
mengisytiharkan Perlembagaan Republik baru yang menjadikan Islam
sebagai agama negara pada bulan Jun 1956. Namun demikian
disebaliknya, beliau merupakan seorang yang berani bersuara lantang
dan bertindak melemahkan kedudukan Islam di Mesir. Pada Januari
1956, beliau dengan bangganya menghapuskan segala mahkamah
Syariah.[footnoteRef:41] [41: Ibid. Hal 260.]
Kedudukan Nasser yang begitu kukuh di Mesir menyebabkan beliau
mendapat sokongan daripada Shaikh Abd al-Rahman Taj dari al- Azhar
dalam penghapusan mahkamah syariah yang dianggap sebagai satu
langkah pembebasan. Selain itu, kita juga dapat lihat Nasser
sebagai hero Arab apabila beliau menjadi Presiden di Mesir selama
enam tahun. Walaubagaiman pun, ketiadaan calon menyebabkan beliau
menjadi presiden sehingga hari kematiannya pada tahun
1970.[footnoteRef:42] Pelantikan Presiden Nasser, menandakan
penerimaan negara Mesir sebahagian daripada tanah Arab dan juga
penubuhan sebuah Kerajaan Berpresiden di Mesir.[footnoteRef:43]
[42: Josept J. Hobbs, Egypt (second edition), 2007. New York:
Infobase Publishing. Hal 65.] [43: Fadhullah Jamil, 2007. Islam di
Asia Barat Moden: Penjajahan dan Pergolakan. Shah Alam: Karisma
Publications Sdn. Bhd. Hal 261.]
( Sumber: Google Image)Antara tahun 1956 sehingga 1959,
Nasirisme (falsafah politik Naseer) telah menjulang ke puncak di
Asia Barat. Inilah sebenarnya era kejayaan bagi Naseer. Di
merata-rata tempat potretnya tergantung. Syarahannya bergema dan
diikuti rakyat. Ke mana dia pergi, rakyat melaung-laungkan Ya,
Gamal! Ya, Gamal!. Di Mesir sendiri, dia disanjung sebagai al-Rais
(presiden) iaitu pemimpin agung. Kedudukannya begitu popular dan
disanjung oleh rakyat Arab telah menggugat kewibawaan para pemimpin
Arab yang lain termasuk Nuri al-Said dari Iraq dan al-Malik Hussain
dari Jordan yang pro-Barat serta tergolong dalam kumpulan
konservatif.5.1.3 Kemenangan Politik Dan MoralPerang Suez
1956merupakan satu kekalahan ketenteraan bagi Mesir kerana
mengalami kerugian antara 2000 hingga 3000 orang yang terbunuh atau
ditangkap.[footnoteRef:44] Hal ini dapat dilihat apabila Israel
iaitu musuh Mesir yang ketat bersama- sama dengan Britain dan
Perancis melanggar kawasan Terusan Suez walaupun seluruh dunia
termasuk Amerika Syarikat mengecam perbuatan
tersebut.[footnoteRef:45] Oleh itu, Nasir dengan penuh semangat
melancarkan pertahanan Mesir. Namun dalam menghadapi dua kuasa
besar dengan Israel yang lebih bertenaga dalam ketenteraan, Mesir
telah mengalami kekalahan yang teruk. [44: Fadhlullah Jamil. 2000.
Islam Di Asia Moden : Sejarah Penjajahan dan Pergolakan. Selangor :
Thinkers Library. Hal 255.] [45: Peter Mansfield, Nasser Egypt. Hal
57.]
Walaubagaimanapun, dari sudut yang lain ia juga merupakan satu
kemenangan politik kepada Mesir. Hal ini kerana pada awalnya Suez
diduduki tentera Inggeris dan Perancis manakala Gurun Sinai jatuh
di tangan Israel. Atas desakan negara-negara lain, Pertubuhan
Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) terpaksa mengusahakan satu gecatan
senjata dan menempatkan pasukan pendamainya di garisan gencatan
senjata yang memisahkan Israel dan Mesir. Britain dan Perancis pula
terpaksa berundur atas desakan PBB.[footnoteRef:46] [46: Fadhlullah
Jamil. 2000. Islam Di Asia Moden : Sejarah Penjajahan dan
Pergolakan. Selangor : Thinkers Library. Hal 255.]
Kedudukan Mesir di antara negara-negara Arab semakin kukuh.
Jamal Abdul Nasir sendiri dikatakan telah memperolehi kemenangan
dari aspek moral kerana menerima sokongan daripada pelbagai pihak.
Hal ini antara lain kerana Amerika mengecam perang itu sebagai
perang Eden, iaitu Perdana Menteri Inggeris dan bukan sebuah perang
yang secara langsung mempunyai kaitan dengan kepentingan dasar
sebuah negara.5.1.4 Mengalami Sekatan EkonomiAmerika Syarikat,
Britain dan Perancis membuat hasutan supaya diadakan sekatan
ekonomi ke atas barangan Mesir. Amerika Syarikat melarang barangan
utama Mesir, iaitu kapas daripada memasuki pasarannya selepas tahun
1956. Tindakan ini memaksa Mesir mencari rakan dagangannya yang
lain. Disebabkan Mesir telah pun berundur dari kawasan-kawasan
sterling, kebanyakan perdagangannya lebih terarah kepada Blok
Timur.[footnoteRef:47] [47: M.E. Yapp. 1996. The near east since
the first world war. Singapore: Longman Singapre Publisher (Pte)
Ltd. Hal 409.]
Tambahan lagi, penghantaran senjata oleh negara-negara Barat ke
Israel dan kepada tentera penyokong raja di Yaman menyebabkan
timbulnya keperluan untuk meningkatkan perbelanjaan senjata di
Mesir. Bagi membayar harga senjata-senjata ini Mesir secara
berterusan tertekan supaya memperluaskan eksport barangan
utamanya.[footnoteRef:48] Disebabkan itu, Gamal Abdul Naseer
memalingkan Mesir dengan lebih jauh ke blok Timur (Komunis) dan
menaikkan pula prestij Rusia di mata bangsa Arab
umumnya.[footnoteRef:49] Usaha ini gagal untuk memboikot ekonomi
Mesir. Hal ini kerana Nasser yang melihat cubaan kuasa-kuasa barat
untuk melumpuhkan ekonomi negaranya mula melancarkan langkah
berjimat-cermat. [48: Mohammad Redzuan Othman. 1991. Timur Tengah
dan Afrika Utara Moden. Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka. Hal
353.] [49: Fadhlullah Jamil. 2000. Islam Di Asia Moden: Sejarah
Penjajahan dan Pergolakan. Selangor: Thinkers Library. Hal
256.]
5.1.5 Inspirasi Kepada Negara ArabBanyak negara Arab khususnya
Afrika cuba memerdekakan dari Barat. Bagi Mesir dan dunia Arab
umumnya, Perang Suez tersebut telah menumbuhkan rasa Pan Arabisme
di kalangan bangsa Arab yang berakhir dengan kemerdekaan seluruh
negara Arab yang semula berada di bawah jajahan Inggeris dan
Perancis (Harry Browne : 1971). Apa yang paling ketara ialah Mesir
yang sebelum ini tersisih muncul sebagai ketua pergerakan perpaduan
Arab.5.2 Israel5.2.1 Menghadapi Serangan GerilaAkibat peperangan
ini, Syria telah bersekutu dengan Blok Soviet dan melancarkan
serangan gerila ke atas Israel sekitar awal 60an. Blok Soviet
merupakan blok yang dianggotai oleh komunis. Blok ini telah
bekerjasama untuk melancarkan serangan terhadap Israel bagi
mengusir kuasa tersebut di bumi Palestin. Hal ini telah menyebabkan
kedudukan Israel sedikit terancam kerana serangan yang dilakukan
melibatkan jumlah tentera yang agak besar serta dilakukan juga
secara berulang-ulang. Israel hanya berhasil "memeras ugut"
Perancis untuk membantu menjalankan projek nuklearnya di gurun
pasir Demona.5.2.2 Berjaya mengusir keluar pangkalan-pangkalan
fedayeenApabila kawasan Gaza ditawan oleh Israel pada tahun 1956,
kumpulan fedayeen secara individu atau kumpulan telah melancarkan
beberapa serangan ke atas Israel. Walaubagaimanapun, mereka tidak
mempunyai senjata yang lengkap untuk menentang tentera Israel.
Dengan penempatan pasukan pendamai Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
(PBB) di Gaza menamatkan serangan-serangan fedayeen (para pejuang
Palestin) buat sementara waktu. Sekaligus dapat melumpuhkan
percubaan pemberontakan fedayeen yang boleh memusnahkan Kota
Israel.Akibat daripada terhentinya serangan-serangan fedayeen,
Eilat bertambah maju, berkembang daripada sebuah bandar kecil yang
mempunyai kurang daripada 1000 penduduk kepada sebuah pelabuhan
yang maju dengan lebih daripada 13,000 penduduk telah mengadakan
perdagangan hampir ke seluruh dunia dan menjadikan sekatan Terusan
Suez tidak bermakna. Semangat Israel yang suka berperang terus
dipupuk dan bersama dengan kemahiran tekniknya telah meletakkan
Israel ke suatu tahap yang menjadikannya sebuah kuasa nuklear.5.2.3
Pembukaan Selat TiranPada tahun 1965 Amerika Syarikat telah
memberikan tekanan ke atas Britain dan Perancis
untukmenarikdiridaripada perebutan ke atas terusanSuez, begitu juga
dengan Israel walaupun pada akhirnya Israel memperolehi kuasa ke
atas selat Tiran.[footnoteRef:50] Hal ini dapat dilihat apabila
berakhirnya peperangan ini, Israel berjaya mendesak agar pembukaan
Selat Tiran dilakukan. Usaha Israel ini berjaya apabila Selat Tiran
tersebut telah berjaya dibuka. Selat Tiran ini penting kepada
Israel kerana ianya merupakan laluan perdagangan antarabangsa serta
memberi kepentingan ekonomi dan ketenteraan kepada Israel. Walaupun
gagal mendapatkan hak penguasaan ke atas Terusan Suez, melalui
pembukaan Selat Tiran Israel masih beruntung kerana fungsi Selat
Tiran adalah lebih kurang sama dengan peranan yang dimainkan oleh
Terusan Suez dan Teluk Aqaba. [50: M.E. Yapp. 1996. The near east
since the first world war. Singapore: Longman Singapre Publisher
(Pte) Ltd. Hal 414.]
5.2.4 Berundur Daripada Semenanjung SenaiWalaupun berhasil
merebut semenanjung Sinai, Israel dipaksa untuk berundur disebabkan
tekanan daripada Amerika SyarikatdanKesatuan Sovietsebagai ganti
rugi atas jaminan hak pelayaran Israel di Laut Merah dan Terusan
Suez.[footnoteRef:51] Selepas peperangan 1956, Mesir bersetuju
untuk meletakkan pasukan pengaman PBB di Sinai iaitu
U.N.E.F.(United Nations Emergency Force). U.N.E.F.(United Nations
Emergency Force) ini adalah untuk memastikan kawasan sempadan
tersebut bebas tentera, dan juga menghalang kumpulan gerila
daripada menyeberang ke dalam sempadan Israel. Hasil daripada
U.N.E.F.(United Nations Emergency Force) ini, keadaan sempadan
antara Mesir dan Israel menjadi tenang untuk seketika. [51: The
Suez Crisis, 2005. University Of San Diego. ]
5.3 British5.3.1 Mengalami krisis kewanganKrisis ini berlaku
disebabkan oleh pengaliran wang keluar yang agak besar untuk
membiayai kos peperangan. Bagi mengatasi masalah tersebut, British
cuba untuk meminjam kewangan daripada pihak Amerika Syarikat dan
Bank Dunia iaitu IMF tapi malangnya kedua-duanya enggan untuk
memberikan pinjaman kecemasan kepada Britain melainkan dipanggil
sebagai pencerobohan.[footnoteRef:52] Bagi mereka, krisis kewangan
yang berlaku ini merupakan peluang besar untuk melumpuhkan kuasa
British. Dengan melumpuhkan kuasa British, secara langsung akan
dapat mengurangkan persaingan penguasaan kuasa-kuasa barat di Asia.
Ini memberi tekanan yang besar kepada pihak British. Oleh itu pihak
British terpaksa menumpukan sepenuh perhatian untuk memulihkan
ekonomi negaranya. Selain itu juga krisis ini berlaku disebabkan
oleh kerajaan Jordan memutuskan hubungan dengan Inggeris yang
selama ini memberi subsidi kepada kerajaannya.[footnoteRef:53] [52:
M.E. Yapp. 1996. The Near East Since The First World War.
Singapore: Longman Singapre Publisher (Pte) Ltd. Hal 409.] [53:
Mohammad Redzuan Othman. 1991. Timur Tengah dan Afrika Utara Moden.
Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka. Hal 354.]
5.3.2 Maruah British TerjejasKesan sosial yang terpaksa dihadapi
oleh pihak British ialah maruahnya terjejas. Maruahnya tercalar
kerana sebagai sebuah kuasa besar British gagal untuk
mempertahankan Terusan Suez walaupun sudah melabur terlalu banyak
kewangan untuk urusan pembinaan Terusan Suez tersebut. Selain itu,
British juga kehilangan pangkalan ketenteraan yang terletak di
Aden. Sebaik sahaja penempatan Pasukan Pengaman PBB di Semenanjung
Sinai, British terpaksa mengundurkan tenteranya yang berpusat di
Aden. Tenteranya tidak dibenarkan lagi untuk berpengkalan di Aden
tersebut.
5.4 Perancis5.4.1 Berlaku Pemberontakan Secara
Besar-BesaranPerancis menghadapi pemberontakan besar-besaran di
daerah jajahannya, terutama di Arab dan Afrika. Hal ini kerana
daerah jajahan Perancis merangkumi negara-negara Arab yang lain.
Apabila Perancis terlibat dalam peperangan ini, Negara Arab yang
berada dalam jajahannya marah lalu melancarkan pemberontakan secara
besar-besaran. Terdapat juga Negara Arab yang menjadikan
pemberontakan tersebut sebagai kesempatan untuk menuntut
kemerdekaan dan keluar daripada penjajahan Perancis. Setelah
tamatnya perang Suez, kesemua harta benda Perancis di Mesir telah
dirampas. Lebih kurang 3,000 rakyat Perancis telah diusir keluar
dan beribu-ribu lagi keluar dengan sendirinya kerana kehilangan
mata pencarian.[footnoteRef:54] [54: Fadhlullah Jamil. 2000. Islam
Di Asia Moden: Sejarah Penjajahan dan Pergolakan. Selangor:
Thinkers Library. Hal 255.]
6.0 PENILAIANPerang Suez yang berlaku pada 1956 ini mempunyai
kesan positif dan negatif. Pada pendapat kami perkara yang paling
jelas dapat dilihat adalah kepimpinan Perdana Menteri Mesir itu
sendiri iaitu Gamal Abdul Nasser yang berperanan menaikkan semangat
Nasionalisme Negara-negara di kawasan Timur Tengah. kemunculannya
dalam arena politik sewaktu beliau memimpin revolusi beliau telah
membangkitkan nasionalisme penduduk Arab untuk menentang
kuasa-kuasa Barat yang merupakan kuasa yang mendominasi kawasan
Timur Tengah ketika itu. Gamal Abdul Nasser telah menunjukkan
bahawa rakyat tempatan sememangnya mampu untuk mengusir kuasa-kuasa
Barat jika mereka bersatu untuk memperjuangkan kebebasan mereka.
Perjuangan Gamal Abdul Nasser dalam mempertahankan Terusan Suez
menyebabkan beliau dianggap sebagai Hero Arab di mana walaupun
beliau kalah dalam peperangan tersebut namun beliau tidak berputus
asa dan berjaya mengusir kuasa Barat serta mempertahankan hak
Mesir. Di samping itu, Perang Suez ini telah menonjolkan Negara
yang sebenarnya memperoleh keuntungan yang banyak berbanding dengan
Negara lain. Israel mendapat paling banyak keuntungan disebabkan
mereka memenangi peperangan tersebut dan mereka merasakan mereka
hebat. Selain daripada itu disebabkan mereka bekerjasama dengan
Amerika Syarikat mereka telah dapat membuka satu terusan baru iaitu
Terusan Aqabah yang mempunyai fungsi sama dengan Terusan Suez. Pada
permulaannya Teluk Aqabah ini berada di bawah penguasaan Mesir.
Sewaktu kerajaan Mesir menguasai Teluk Aqabah mereka tidak
membenarkan langsung Teluk Aqabah dilalui oleh mana-mana kapal
pedagang dari Israel melaluinya. Oleh kerana Negara Israel yang
memenangi perang Suez, Amerika Syarikat telah memaksa kerajaan
Mesir untuk melepaskan Teluk Aqabah. Hal ini sangat menguntungkan
Israel kerana apabila Teluk Aqabah dibuka Negara Israel telah
mempunyai hubungan dengan Negara luar iaitu hubungan melalui jalan
air.Kami juga berpendapat bahawa peranan pihak Persatuan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memainkan peranan yang penting dalam
menyelesaikan masalah ini di mana mereka telah berjaya untuk
menghentikan peperangan ini daripada terus berlarutan. Sememangnya
tindakan mereka sangat efektif dan sekaligus dapat menunjukkan
bahawa persatuan ini sama sekali tidak menyokong Barat atau
mana-mana pihak sebaliknya bersikap adil. Pihak PBB ini bersikap
adil di mana mereka telah menghantar pasukan tentera pengaman untuk
meredakan keadaan. Jika PBB gagal untuk meredakan keadaan, ini
boleh menyebabkan peperangan mungkin akan terus berlarutan kerana
kuasa-kuasa Eropah lebih kuat daripada PBB namun perkara sebaliknya
terjadi iaitu mereka akur dengan PBB dan ini menunjukkan peranan
PBB itu sangatlah diperlukan di dunia untuk membela mana-mana
Negara yang ditindas tanpa sebab. Selain itu, Perang suez ini telah
menyebabkan maruah Negara-negara Barat seperti Perancis, Israel dan
juga Britain yang merupakan antara kuasa Barat yang kuat telah
gagal untuk memiliki Terusan Suez sebaliknya berjaya dimiliki oleh
Mesir walaupun Mesir kalah. Hal ini menunjukkan strategi yang
digunakan oleh mereka adalah tidak bertepatan kerana kuasa
Perancis, dan Britian telah mendapat malu akibat tidak mendapat
Terusan Suez dalam perang ini.Selain itu juga pihak Barat ini
mempunyai alasan lain sewaktu menyerang Mesir iaitu selain untuk
mendapatkan Terusan Suez mereka juga ingin menjatuhkan Gamal Abdul
Nasser yang merupakan seorang pemimpin Arab yang sangat terkenal
dan juga dianggap Hero Arab. Terusan Suez berjaya dipertahankan
oleh Mesir membuatkan rakyat Mesir lebih mempercayai kepimpinan
beliau. Dalam hal ini pihak Perancis dan juga Britain gagal untuk
merealisasikan kedua-dua rancangan mereka dan mereka telah
membazirkan banyak wang selain daripada maruah mereka tercalar.7.0
KESIMPULANSecara kesimpulannya, terdapat beberapa faktor yang telah
menyebabkan perang Suez 1956 ini berlaku. Faktor- faktor ini dapat
dilihat dari aspek politik, ekonomi dan sosial. Dari sudut politik,
factor yang mencetuskan perang ini adalah seperti faktor Mesir
dalam hubungan luar Negara Israel, hubungan Mesir dengan blok
Komunis, Pemiliknegaraan Terusan Suez, Matlamat Israel, Perubahan
dasar Perancis dan penggulingan Gamal Abdul Nasser. Dari aspek
ekonomi pula, antara faktor perang ini ialah kedudukan terusan Suez
yang strategik, laluan kapal-kapal dagang, ekonomi British dan
Perancis tergugat, pengagas utama dari kuasa asing (Perancis) dan
Pembinaan empangan Aswan. Dari aspek sosial pula ialah, kepimpinan
Gamal Abdul Nasser, sifat peribadi Gamal Abdul Nasser dan
kebangkitan nasionalisme Arab.Setiap perang yang berlaku pasti ada
kesan yang akan dihadapi oleh Negara yang terlibat. Begitu juga
dalam perang Suez 1956 ini. Kesan umumnya ialah, dalam perang ini
banyak kemusnahan harta benda dan nyawa yang telah terkorban. Kesan
khusus pula merujuk kepada kesan yang dihadapi oleh sesebuah Negara
seperti Mesir telah mendapat kawalan yang sepenuhnya ke atas
Terusan Suez, perang ini juga telah melonjakkan nama Gamal Abdul
Nasser, kemenangan plitik dan moral bagi Mesir, walaubagaimanapun
Mesir telah menghadapi sekatan ekonomi dan menjadi inspirasi kepada
Negara Arab. Kesan yang dihadapi oleh Israel pula ialah menghadapi
serangan gerila, berjaya mengusir keluar pangkalan-pangkalan
Fedayeen, pembukaan Selat Tiran dan diarahkan untuk berundur
daripada Semenanjung Senai. Pihak British pula telah mengalami
krisis kewangan dan sekaligus maruah British turut terjejas.
Perancis pula menghadapi pemberontakan yang berlaku secara
besar-besaran.Namun apa yang paling penting perang Suez 1956 ini
telah memberikan kuasa kepada Mesir untuk mengawal sepenuhnya
Terusan Suez yang sememangnya terletak di Mesir. Begitu juga dengan
munculnya hero Arab iaitu Gamal Abdul Nasser berikutan daripada
Perang Suez ini, di mana beliaulah sebenarnya yang berani untuk
mempertahankan hak Mesir iaitu Terusan Suez.24