Pengenalan Tamadun China merupakan sebuah tamadun yang terbentuk di lembah Sungai Kuning dan merupakan sebuah tamadun awal yang agung. Tamadun China sinonim dengan gelaran “middle kingdom” yang merujuk kepada pusat dunia dan mereka sering menganggap China mempunyai nilai tamadun yang tinggi berbanding dengan negara-negara Barat. 1 Kemegahan dan kebanggaan yang diagung-agungkan oleh tamadun China ini menyebabkan China memilih untuk tidak menjalinkan sebarang hubungan dengan negara luar dari aspek politik dan ekonomi sehingga abad ke-19 baru negara China menghapuskan dasar isolasinya. Selain dari negara China, terdapat sebuah lagi negara yang juga terletak di Asia Timur iaitu Jepun. Jepun dan China mempunyai persamaan kerana kedua-dua negara Asia Timur mengamalkan Dasar Tutup Pintu. Dasar Tutup Pintu di Jepun diamalkan sehingga muncul pembaharuan pada zaman Meiji (1868) dan membuka pintu kepada perdagangan luar sehingga menjadikan negara Jepun yang kuat. 2 1 Suffian Mansor. (2009). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Hlm 18. 2 Duncan McCargo. (2008). Jepun Masa Kin (Terjemahan Ruslan Zainuddin). Kuala Lumpur: Institusi Terjemahan Negara Malaysia Bhd & Universiti 1
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Pengenalan
Tamadun China merupakan sebuah tamadun yang terbentuk di lembah Sungai
Kuning dan merupakan sebuah tamadun awal yang agung. Tamadun China sinonim
dengan gelaran “middle kingdom” yang merujuk kepada pusat dunia dan mereka sering
menganggap China mempunyai nilai tamadun yang tinggi berbanding dengan negara-
negara Barat.1 Kemegahan dan kebanggaan yang diagung-agungkan oleh tamadun China
ini menyebabkan China memilih untuk tidak menjalinkan sebarang hubungan dengan
negara luar dari aspek politik dan ekonomi sehingga abad ke-19 baru negara China
menghapuskan dasar isolasinya. Selain dari negara China, terdapat sebuah lagi negara
yang juga terletak di Asia Timur iaitu Jepun. Jepun dan China mempunyai persamaan
kerana kedua-dua negara Asia Timur mengamalkan Dasar Tutup Pintu. Dasar Tutup
Pintu di Jepun diamalkan sehingga muncul pembaharuan pada zaman Meiji (1868) dan
membuka pintu kepada perdagangan luar sehingga menjadikan negara Jepun yang kuat.2
Hubungan antara China dengan Jepun telah terjalin sejak dari awal lagi melalui
perutusan dan ahli perniagaan pada abad ke-4 S.M sehingga 2 S.M.3 Walau
bagaimanapun, hubungan kedua-dua negara ini tidak kekal lama kerana masing-masing
ingin membentuk sebuah negara yang kuat dan mempunyai persaingan yang sengit di
rantau Asia. Oleh itu, fokus utama dalam penulisan ini ialah membincangkan faktor dan
kesan Perang yang meletus di antara China dan Jepun sejak tahun 1937. Perang yang
meletus antara kedua-dua negara ini disebabkan oleh beberapa faktor penting yang
1 Suffian Mansor. (2009). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Hlm 18.2 Duncan McCargo. (2008). Jepun Masa Kin (Terjemahan Ruslan Zainuddin). Kuala Lumpur: Institusi Terjemahan Negara Malaysia Bhd & Universiti Utara Malaysia, Kedah. Hlm 15.3 Edwin O. Reischauer, penyelenggara Md Sidin Ahmad Ishak, penterjemah Azhar Mad Aros. (2006). Jepun Sejarah Sebuah Negara. Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya. Hlm 11.
1
membawa kepada implikasi yang serius terhadap kedua-dua buah negara. Umumnya, jika
diimbas kembali sebelum terjadinya perang China dan Jepun yang kedua, kedua-dua
negara ini sememangnya mempunyai sejarah hitam yang tersendiri kerana mereka pernah
berperang antara satu sama lain sejak tahun 1894 lagi. Perang China-Jepun yang kedua
ini juga dikenal sebagai “sino-japanese war” yang tercetus pada 1937-1941. Di China,
Perang ini dikatakan sebagai perang menentang Jepun.
Faktor-faktor Perang China-Jepun Kedua
Penaklukan Jepun ke atas Manchuria
Penaklukan Jepun ke atas Manchuria dapat membantu Jepun menyelesaikan
segala masalah yang timbul dalam negara Jepun itu sendiri. Pada penghujung tahun
1920-an, negara Jepun4 telah menghadapi pelbagai masalah antaranya masalah ekonomi
dan masalah antarabangsa. Masalah tersebut telah memberi tekanan kepada negara Jepun
malah ia menjadi perkara penting yang menyebabkan pihak tentera terpaksa memikirkan
penyelesaian terbaik untuk menstabilkan semula keadaan ekonomi Jepun. Penyelesaian
terbaik untuk menyelamatkan negara Jepun ialah melalui pembinaan sebuah empayar
baru yang besar selain mengelakkan diri daripada terlalu bergantung kepada perdagangan
antarabangsa serta pasaran bebas. Penaklukan wilayah Manchuria di China telah menjadi
jawapan kepada masalah yang dihadapi Jepun pada ketika itu.
4Jepun merupakan sebuah negara kecil yang sangat padat dengan penduduk dan tanah yang terdapat di Jepun tidak dapat menampung bilangan penduduk yang semakin bertambah. Pada tahun 1925, bilangan penduduk di Jepun telah mencecah 60 juta orang dan ianya semakin meningkat dengan kadar satu juta setahun. Lihat Edwin O. Reischauer, penyelenggara Md Sidin Ahmad Ishak, penterjemah Azhar Mad Aros. (2006). Jepun Sejarah Sebuah Negara. Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya. Hlm 124.
2
Faktor–faktor yang jelas dalam aspek politik, ekonomi dan sosial telah
mengukuhkan lagi hasrat Jepun untuk menguasai Manchuria. Faktor politik yang
menyebabkan Jepun ingin menguasai Manchuria adalah untuk menjadikan Manchuria
sebagai jalan untuk meluaskan pengaruh Jepun di Asia. Penaklukan Manchuria ini adalah
strategi Jepun untuk mengeksploitasi bahan mentah dan guna tenaga5 yang banyak
terdapat di China termasuklah yang terdapat di rantau Asia Tenggara. Jepun juga mahu
menjadikan Manchuria sebagai negara penampan bagi menghalang kedatangan pengaruh
Rusia kerana negara Rusia juga menaruh minat6 yang amat mendalam terhadap
Manchuria. Jepun juga melihat pengaruh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu tidak mampu
untuk menyelesaikan masalah yang berlaku melibat negara China dengan negara- negara
luar7 menyebabkan Jepun tidak teragak-agak untuk turut campur tangan di China. Faktor
politik terakhir yang mendorong Jepun menguasai Manchuria adalah disebabkan oleh
pertentangan politik yang berlaku dalam negara Jepun itu sendiri melibatkan dua pihak
iaitu pihak tentera dengan pihak kerajaan Jepun.
Pihak tentera melihat kerajaan Jepun terlalu lembut dan tidak tegas dalam
menyelesaikan dasar luar negeri termasuklah dalam perkara melibatkan Manchuria.
Keadaan tersebut menyebabkan pihak tentera Jepun di Manchuria pernah mengambil
keputusan sendiri dengan meletupkan kereta api bertujuan membunuh ketua perang
5 Guna tenaga di China merujuk kepada guna tenaga di Manchuria yang ingin dikuasai oleh pihak Jepun. Ini adalah kerana Manchuria merupakan sebuah wilayah besar yang mempunyai bilangan penduduk yang banyak iaitu kira-kira 30 juta orang malah penduduknya disifatkan sebagai masyarakat yang kuat bekerja. Lihat Edwin O. Reischauer, penyelenggara Md Sidin Ahmad Ishak, penterjemah Azhar Mad Aros. (2006). Jepun Sejarah Sebuah Negara. Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya. Hlm 128.6 Pihak Rusia menaruh minat terhadap wilayah Manchuria kerana mereka ingin menjadikan Manchuria sebagai pangkalan tentera yang strategik di Timur Jauh malah Rusia sanggup berperang dengan Jepun untuk merebut wilayah Manchuria ini. Lihat Maswari Rosdi. (1983). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur: Adabi Publishing Sdn. Bhd. Hlm. 233.7 Masalah China dengan Negara-negara luar merujuk kepada masalah yang dihadapi oleh China dengan Negara Rusia berhubung jalan keretapi Timur China. Ibid, Hlm 235.
3
tempatan dan pemimpin boneka Jepun iaitu Chang Tso-lin.8 Selain faktor politik, faktor
ekonomi juga telah mendorong Jepun untuk menakluki Manchuria.9 Sempadan utara
Manchuria merupakan sempadan semula jadi Jepun yang sangat strategik selain wilayah
Manchuria itu sendiri sangat kaya kerana mempunyai sumber bahan mentah yang
banyak.10 Oleh itu, keistimewaan yang dimiliki Manchuria iaitu sangat kaya dengan
bahan mentah seperti hasil pertanian dan sumber tenaga dilihat sebagai satu kawasan
yang sangat berpotensi untuk memenuhi keperluan bahan mentah Jepun kerana ianya
akan dapat membantu Jepun memajukan perusahaannya.
Kemelesetan ekonomi Jepun11 yang berlaku pada tahun 1920-an dan kemelesetan
ekonomi dunia pada tahun 1930-an juga menjadi faktor penaklukan Jepun ke atas
Manchuria kerana Jepun berpendapat melalui penaklukan tersebut, mereka dapat
mengurangkan beban yang dihadapi Jepun. Malah Jepun juga berpendapat bahawa
Manchuria juga merupakan aset penting Jepun pada masa hadapan terutama dalam
memajukan ekonomi Jepun kerana separuh daripada kekayaan Manchuria itu sendiri
sebenarnya telah dikuasai oleh Jepun.12 Hal ini dapat dilihat melalui bilangan modal asing
yang terdapat di Manchuria adalah dimiliki oleh pihak Jepun iaitu sebanyak 75 peratus
selain Jepun turut memiliki syarikat kereta api di Manchuria iaitu Syarikat Kereta Api
8 Edwin O. Reischauer, penyelenggara Md Sidin Ahmad Ishak, penterjemah Azhar Mad Aros. (2006). Jepun Sejarah Sebuah Negara. Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya. Hlm 126.9 Manchuria merupakan sebuah wilayah di China yang mempunyai keluasan yang lebih besar berbanding Negara Jepun. Ibid, Hlm 128.10 Ibid, Hlm 120.11 Kemelesetan ekonomi Jepun telah menyebabkan perdagangan Jepun mengalami kejatuhan, berlaku pengangguran rakyat malah kira-kira 35 buah bank Jepun termasuklah sebuah bank terbesar Jepun iaitu Bank of Taiwan tidak dapat beroperasi. Maswari Rosdi. 1983. Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur: Adabi Publishing Sdn. Bhd. Hlm 234.
12 Edwin O. Reischauer, penyelenggara Md Sidin Ahmad Ishak, penterjemah Azhar Mad Aros. (2006). Jepun Sejarah Sebuah Negara. Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya. Hlm 125.
4
Manchuria Selatan. Rancangan kerajaan Manchuria untuk membina syarikat kereta api
sendiri menimbulkan kebimbangan Jepun menyebabkan Jepun merasa perlunya mereka
segera menakluki Manchuria bagi mengelakkan saingan daripada syarikat tersebut yang
boleh menjejaskan kepentingan ekonomi Jepun.13
Dari aspek sosial, penaklukan Jepun ke atas Manchuria antaranya adalah
disebabkan oleh kebimbangan Jepun terhadap bilangan orang Cina yang datang dari
wilayah seperti Shantung yang semakin bertambah di Manchuria. Bilangan orang Cina
tersebut telah melebihi bilangan orang Jepun dan ini menyebabkan orang-orang Jepun di
Manchuria mahu kerajaan Jepun supaya melindungi kepentingan mereka di Manchuria.
Jepun juga mahu menakluki Manchuria bagi menyekat gerakan Anti-Jepun di Manchuria.
Chang Hsueh-liang iaitu anak kepada Chang Tso-lin yang berkuasa di Manchuria pada
ketika telah menaruh kesetiaan kepada Kerajaan Kebangsaan yang menerima pengaruh
KMT menyebabkan timbulnya gerakan yang mempengaruhi rakyat Manchuria supaya
membenci Jepun dan memulaukan barangan Jepun yang akhirnya akan menghalang
hasrat Jepun untuk mendapatkan Manchuria daripada China.14
Semua faktor politik, ekonomi dan sosial tersebut telah mengukuhkan lagi
tindakan Jepun untuk menakluki Manchuria seterusnya menguasai negara China melalui
Perang China-Jepun Kedua. Peristiwa penaklukan Manchuria ini bermula pada bulan Jun
1928 apabila berlaku satu peristiwa letupan kereta api oleh pasukan tentera Kwantung
bertujuan membunuh Chang Tso-lin iaitu pemimpin boneka Jepun. Pada 18 September
13Maswari Rosdi. (1983). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur: Adabi Publishing Sdn. Bhd. Hlm 234.14Maswari Rosdi. (1983). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur: Adabi Publishing Sdn. Bhd. Hlm 236-237.
5
1931, tentera Jepun sekali lagi bertindak meletupkan sebahagian kecil landasan kereta api
Manchuria Selatan milik Jepun. Di sini, pihak Jepun telah mengorbankan landasan kereta
api milik mereka bertujuan untuk meletakkan kesalahan tersebut kepada pihak tentera
China. Tuduhan serta alasan tersebutlah yang digunakan oleh Jepun untuk menyerang
Manchuria seterusnya membolehkan tentera mereka menduduki Manchuria. Jelas bahawa
penaklukan Manchuria oleh pihak Jepun digunakan sebagai jalan kepada penguasaan
Jepun ke atas China.15
Campur tangan Kuasa Asing di China
Perang antara China dengan Jepun juga turut disebabkan oleh campur tangan atau
pengaruh daripada kuasa asing seperti pihak barat. Seperti yang diketahui, antara faktor
Perang China Jepun Kedua ialah keinginan Jepun untuk mendapatkan Manchuria. Di
sebalik keinginan untuk mendapatkan Manchuria ini, Jepun terpaksa berhadapan dengan
kuasa-kuasa asing yang turut mahu menguasai negara China. Perebutan seperti ini telah
menguatkan lagi semangat Jepun untuk terus menguasai negara China kerana merasakan
bahawa mereka lebih berhak untuk memiliki China. Malah melalui peperangan di China,
Jepun telah merancang untuk menghapuskan penguasaan Barat terhadap negara China
agar Jepun dapat menguasai seluruh Asia Timur.16
Antara pengaruh kuasa asing yang menyebabkan keinginan Jepun menguasai
China semakin bertambah ialah negara Rusia. Ini adalah kerana negara Rusia turut
mengimpikan untuk memiliki wilayah yang diingini Jepun di China iaitu wilayah 15 Edwin O. Reischauer, penyelenggara Md Sidin Ahmad Ishak, penterjemah Azhar Mad Aros. (2006). Jepun Sejarah Sebuah Negara. Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya. Hlm 126-127.16 Maswari Rosdi. (1983). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur: Adabi Publishing Sdn. Bhd. Hlm 246.
6
Manchuria. Walaupun keinginan Rusia mendapatkan Manchuria untuk dijadikan sebagai
pangkalan tentera, tetapi hasrat tersebut telah memberi kesan kepada Jepun menyebabkan
Jepun menganggap Rusia sebagai musuhnya di Timur Jauh malah Jepun sanggup
berperang dengan Rusia semata-mata untuk menghalang Rusia daripada menguasai
wilayah di China.17 Campur tangan Rusia iaitu dengan hasrat untuk mara ke utara China
telah menyebabkan pihak Jepun terlebih dahulu mencari jalan untuk meletakkan
tenteranya di wilayah China seterusnya melancarkan serangan ke atas China.18
Peperangan antara China dengan Jepun yang telah meletus turut melibatkan kuasa
asing lain iaitu Amerika Syarikat. Penglibatan Amerika Syarikat dapat dilihat apabila
negara tersebut tidak mengiktiraf penaklukan yang dilakukan oleh Jepun ke atas wilayah
di China iaitu Manchuria. Kedegilan Jepun menakluk Manchuria juga telah menyebabkan
Amerika Syarikat mengubah pendirian daripada pro-Jepun kepada menjadikan China
sebagai sekutu kuatnya. Perubahan ini adalah ekoran kebimbangan Amerika Syarikat
terhadap strategi penguasaan dan pengukuhan ekonomi yang dilakukan Jepun bermula
dengan penaklukan ke atas wilayah China yang kemudiaannya diteruskan ke negara-
negara Asia yang lain.19 Walaupun Amerika Syarikat membuat polisi tersebut terhadap
Jepun dan mula memihak kepada China, namun pihak Jepun tetap dengan tujuan mereka
iaitu menguasai negara China.
Liga Bangsa-Bangsa Bersatu (Persatuan Bangsa-Bangsa) juga telah bertindak
menghantar sepasukan petugas untuk mengkaji dan membuat laporan berhubung
serangan yang dilakukan Jepun ke atas Manchuria. Walau bagaimanapun, Jepun tetap 17 Ibid, Hlm 233.18 Ibid, Hlm 246.19 Suffian Mansor. (2009). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Hlm 178.
7
dengan kedegilan untuk menguasai wilayah-wilayah di China antaranya dengan
meneruskan penaklukan ke atas Manchuria malah Jepun juga melebarkan kekuasaannya
di China iaitu ke wilayah Mongolia di sebelah timur serta Peking yang terletak di utara
China.20 Campur tangan daripada badan dunia tersebut tetap tidak berupaya menghalang
kemaraan Jepun ke China. Jepun malah bertindak lebih berani apabila menyerang utara
China seterusnya menawan wilayah Jehol pada Mac 1933, Chahar dan Hopei pada 1935.
Ekspedisi ke Utara
Seterusnya, Perang China-Jepun yang kedua yang tercetus sejak 1937 dan
kemuncak kepada peperangan ini pada 1938-1941 disebabkan oleh gerakan ekspedisi ke
utara. Pada awalnya, gerakan ekspedisi ke utara ini hanya melibatkan dua buah kuasa
politik yang berbeza aliran iaitu antara kerajaan Nasionalis dengan kerajaan Kuomintang
(KMT) yang disokong oleh negara blok komunis iaitu Soviet Rusia. Gerakan
nasionalisme di China pada ketika ini berada di kemuncak yang melibatkan pemulauan
terhadap kuasa asing oleh dua kerajaan yang berbeza haluan iaitu antara KMT dengan
kerajaan Nasionalis. Ekspedisi ke Utara ini telah dirancang dan sedia dilancarkan sejak 9
Julai 1926.21 Pertelingkahan dalam ekspedisi ke utara yang melibatkan pemimpin kanan
Parti iaitu Chiang Kai-Shik dengan Wu Pei Fu. Kesan daripada pergolakan ini, kawasan
wilayah Utara yang dikuasai dan dikawal oleh tentera Jepun menyebabkan kebimbangan
kepada Jepun kerana mengganggu dan menjejaskan kedudukan mereka di wilayah
tersebut.
20 Edwin O. Reischauer, penyelenggara Md Sidin Ahmad Ishak, penterjemah Azhar Mad Aros. (2006). Jepun Sejarah Sebuah Negara. Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya. Hlm. 128.21 Suffian Mansor. (2009). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Hlm 134.
8
Walaupun, pada hakikatnya China berusaha menawan wilayah utara tetapi
disebabkan kawasan Manchuria dan beberapa wilayah di Utara di bawah kawalan tentera
Jepun menyebabkan kegagalan China untuk menguasai kawasan tersebut. Hal ini dapat
dibuktikan apabila pihak Jepun memberi amaran dengan menghantar surat kepada
Kerajaan Nasionalis supaya gerakan ekspedisi ke Utara tidak dilanjutkan ke kawasan
Manchuria.22 Jepun bukan sahaja bimbang dengan kemaraan tentera Nasionalis tetapi
juga bimbang dengan serangan tentera KMT di Peking. Oleh yang demikian, Jepun
memberi alasan untuk melancarkan perang ke atas tentera KMT kerana dianggap
memberi ancaman yang serius kepada pengaruh Jepun di Manchuria.
Situasi ini telah menimbulkan ketegangan kepada kedua-dua pihak sehingga
membawa kepada permusuhan dan peperangan. Namun demikian, ekspedisi ke Utara ini
bukanlah faktor bulat yang mencetuskan peperangan di antara China-Jepun tetapi
terdapat beberapa insiden lain yang menjadi faktor berlakunya perang yang kedua.
Berdasarkan situasi yang berlaku ketika pelaksanaan ekspedisi di Utara ini jelas
membuktikan bahawa kedua-dua buah kerajaan yang berlainan haluan di China telah
menimbulkan masalah yang serius dengan Jepun sehingga menyebabkan ketegangan
yang berlanjutan. Hal ini berlaku disebabkan tidak wujudnya kerjasama antara kedua-dua
pucuk pimpinan parti KMT dan Nasionalis dalam memperjuangkan kebebasan negara
China. Sebaliknya, telah membuka jalan kepada pencerobohan kuasa luar ke atas China
seperti Jepun dan pihak Barat termasuk pengaruh Soviet Rusia. Tegasnya , di sini dapat
22 Suffian Mansor. (2009). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Hlm 139.9
kita analisakan bahawa ekspedisi di Utara ini telah merintis jalan kepada peperangan dan
ketegangan antara pihak China dan Jepun pada tahun-tahun yang berikutnya.
Insiden Sian
Ketegangan antara China dengan Jepun sememangnya tidak dapat dikawal lagi.
Pelbagai alasan yang diberikan oleh Jepun untuk memulakan serangan ke atas China.
Cita- cita serta keinginan Jepun untuk menguasai bahan mentah di China telah
mendorong pihak Jepun bertindak dengan lebih agresif. Semasa ekspedisi ke Utara lagi,
Jepun telah memberi amaran kepada tentera KMT dan Nasionalis supaya tidak
mengancam wilayah Utara yang diduduki oleh pihak Jepun. Namun, amaran itu tidak
pernah dihiraukan oleh kedua-dua pihak. Akhirnya, pada 14 Disember 1936, pihak
tentera di Barat Laut dan Timur Laut mengambil keputusan untuk menjalinkan kerjasama
dengan pihak Komunis untuk membentuk satu Barisan Anti-Jepun. Penyatuan menentang
Jepun ini telah diketuai oleh Chang Hsueh-liang. Pada awalnya, pemimpin kanan di
Nanking mengambil keputusan untuk menghantar kapal perang ke Sian tetapi keputusan
itu ditarik balik dan digantikan dengan menghantar wakil bagi mengadakan rundingan.
Wakil yang dihantar ialah Chiang Kai Shik dan beliau telah berlepas ke Sian pada
20 Disember 1936. Dalam usaha menentang pihak Jepun, kesepakatan telah dicapai
antara dua pihak iaitu pihak Komunis dengan Nasionalis. Bukti kesepakatan antara
kedua-dua pihak ini dapat ditunjukkan melalui satu petikan dalam penulisan Owen dan
Eleanor Lattimore yang bertajuk “The Making of Modern China” di mana kerajaan
Nasionalis dan Komunis menyatakan bahawa jika mahu menentang Jepun kita harus
10
bersama untuk mencapai apa yang kita inginkan. Manakala, pihak Jepun telah mengambil
langkah untuk meninggalkan China.
Namun, Jepun mempunyai perancangan secara teliti untuk menjatuhkan dan
menguasai China serta sedia melancarkan serangan ke atas China.23 Tegasnya, dapat kita
simpulkan bahawa insiden Sian ini adalah salah satu faktor yang membawa hubungan
dingin di antara China dan Jepun yang akhirnya mencetuskan peperangan kepada kedua-
dua pihak. Walaupun, pada hakikatnya Kerajaan Nasionalis dan Komunis merupakan
berbeza ideologi politik tetapi mereka telah mengambil langkah untuk bersatu menentang
Jepun yang pada ketika itu menduduki China.
Insiden China (Marco Polo Bridge)
Peperangan yang tercetus antara Jepun dengan China bukan sahaja disebabkan
insiden Sian semata-mata tetapi disebabkan oleh satu lagi peristiwa yang dikenali sebagai
Insiden China atau peristiwa di jambatan Marco Polo. Enam bulan selepas berlakunya
insiden Sian, pada 7 julai China dikejutkan lagi dengan satu insiden yang berlaku di
jambatan Marco Polo berhampiran dengan bandar Wan ping di Selatan Peiping
(Peking).24 Dianggarkan peristiwa jambatan Marco Polo (Lukuochiao) ini terjadi sekitar
bulan Julai sehingga Oktober 1937.25 Kejadian ini berlaku apabila tentera Jepun hilang di
bandar Wan Ping. Serangan dan pembunuhan telah dimulakan oleh pihak Jepun ke atas
China. Tindakan ini merupakan satu perkiraan yang kurang tepat yang dilakukan oleh 23 Owen & Eleanor Lattimore. (1945). The Making of Modern China, A Short History. London: George Allen & Unwin LTD. Hlm 161.24Ibid, Hlm 163.25 Edward C.Dreyer. (1995). China at War 1901-1949. New York: Longman. Hlm 210.
11
Jepun kerana telah membunuh beberapa orang Cina. China menganggap tindakan Jepun
ini sangat tidak menghormati politik dan ketenteraan mereka dan China menganggap
tindakan ini mengancam keselamatan China.
Walaupun, pihak China telah menghantar utusan untuk menyelesaikan masalah
tersebut demi menjaga hubungan China dan Jepun. Pada tahun 1935, Menteri Luar Jepun
bersetuju untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan mengenakan tiga syarat kepada
China iaitu Jepun mahu China mengiktiraf kerajaan Manchukuo, anti komunis dan
menghentikan penindasan terhadap sikap anti Jepun di China. Namun demikian, jalan
penyelesaian ini bukan penamat bagi memulihkan hubungan China dan Jepun. Hal ini
demikian kerana pada bulan berikutnya iaitu Ogos tentera Jepun di bawah Jeneral Matsui
memulakan serangan di Shanghai.
Ekoran daripada peristiwa ini hubungan antara China dan Jepun semakin buruk
dan tidak dapat diperbaiki lagi. Ketegangan antara kedua-dua pihak semakin berlanjutan
dan akhirnya membawa kepada peperangan. Umumnya , kedua-dua negara ini
mempunyai daya saing yang sangat kuat dan mahu menunjukkan kekuasaan masing-
masing sehingga menyebabkan berlakunya pelbagai insiden yang membawa kepada
peperangan kedua-dua buah negara. China yang menentang Jepun telah sedaya berupaya
mempertahankan negaranya daripada terus dijajah oleh Jepun, manakala Jepun pula
berusaha untuk mengekalkan kekuasaannya di China demi kepentingan negaranya.
12
Kesan Perang China-Jepun Kedua
Kesan Perang China-Jepun kepada China
Pengambilan Wilayah China oleh Jepun
Perang antara China dan Jepun tercetus di Shanghai pada 13 Ogos yang
membawa kepada kejatuhan Nanking pada 15 Disember 1937.26 Seterusnya, tentera
Jepun meneruskan misi mereka untuk menawan Canton pula. Oleh itu, pihak Jepun telah
menghantar pasukan tenteranya yang turut dibantu oleh tentera laut pergi ke Canton.
Canton merupakan pelabuhan yang penting bagi China sebagai tempat mendapatkan
bekalan perang, namun tiada persediaan yang bersungguh-sungguh oleh tentera China
untuk mempertahankannya. Hal ini secara tidak langsung memberi peluang kepada
tentera Jepun untuk menduduki Canton pada 21 Oktober 1938.27 Penawanan ibu negara
China iaitu Nanking dan Canton oleh Jepun telah menyebabkan Chiang Kai-shek
memindahkan pusat kerajaan ke Hankow.28
Oleh itu, semasa di Hankow tentera China telah melancarkan strategi untuk
menghalang kemaraan tentera Jepun dengan memecahkan empangan yang menyebabkan
ramai tentera Jepun terbunuh dan kerosakan pada kelengkapan perang.29 Selain itu,
tentera Jepun juga menghadapi kesukaran seperti terpaksa melalui jalan air, mengharungi
sawah padi, iklim yang tidak menentu dan penyakit berjangkit yang merebak pada masa
26 Horold M. Vinacke. (1967). Sejarah Asia Timor Jauh Dalam Zaman Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. Hlm 751.27 Ibid. Hlm 758.28 Suffian Mansor. (2009). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Hlm. 172.29 Ibid, Hlm 172-173.
13
itu.30 Namun demikian tentera Jepun meneruskan misi mereka untuk menawan Hankow
sehingga mengambil masa selama tiga minggu. Akhirnya pada 25 Oktober 1938,
Hankow pula jatuh ke tangan tentera Jepun.31 Chiang Kai-shek terpaksa berundur dari
Hankow dan memindahkan pusat kerajaannya ke kawasan yang lebih jauh dari serangan
Jepun iaitu di Chungking yang terletak di wilayah Szechwan.32 Namun, setelah tentera
Amerika menggugurkan bom atom ke atas dua buah bandar utama Jepun iaitu Hiroshima
dan Nagasaki pada Ogos 1945, semua wilayah yang ditawan oleh Jepun telah
dikembalikan kepada China.
Komunis Semakin Berkuasa
Hubungan Komunis dengan KMT semasa perang
Pakatan Komunis dan KMT dalam Barisan Bersatu II sejak awal lagi mengalami
keretakan. Hal ini demikian kerana, mereka mahu memperteguhkan kedudukan masing-
masing dan hal ini akhirnya telah menimbulkan ketegangan antara kedua-dua belah
pihak. Pada Mac 1938, KMT telah mengadakan Kongres Kebangsaan di Wuchang yang
meluluskan deklarasi mengenai “program untuk rintangan peperangan dan pembinaan
semula kebangsaan”.33 Deklarasi tersebut menekankan supaya berusaha bersungguh-
sungguh untuk memperjuangkan kemerdekaan negara di samping memperbaiki politik
serta ekonomi yang berasaskan kepada tiga prinsip rakyat. Kongres ini juga bersetuju
untuk mendirikan Biro Penyiasatan dan Statistik di bawah Majlis Eksekutif Pusat untuk
30 Horold M. Vinacke. (1967). Sejarah Asia Timor Jauh Dalam Zaman Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. Hlm 757.31 Suffian Mansor. (2009). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Hlm 173.32 Horold M. Vinacke. (1967). Sejarah Asia Timor Jauh Dalam Zaman Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. Hlm 752.33 Suffian Mansor. (2009). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Hlm 175.
14
meluaskan peranan perkhidmatan rahsia dan membentuk Liga Pemuda Tiga Prinsip
Rakyat yang bertujuan sebagai alat menyaingi PKC untuk memenangi hati rakyat.34
Sementara itu, di pihak komunis kira-kira 30,000 orang tentera merah disusun
menjadi Tentera Kelapan yang dinamakan sebagai Tentera Kelapan Belas di bawah
pimpinan Chu Teh dan P’eng Te-huai.35 Tentera ini dihantar untuk menentang Jepun di
utara Shensi. Kemudian, pada Disember 1937, unit komunis di selatan Sungai Yangtze
disusun menjadi Tentera Keempat di bawah pimpinan Yeh T’ing dan Hsiang Ying
dengan tentera seramai 10,000 orang.36 Tentera Keempat ini telah menubuhkan beberapa
pusat pergerakan gerila di bahagian hilir Sungai Yangtze dan di bahagian selatan China.
Namun demikian, Chiang Kai-shek tidak melihat persiapan tentera komunis ini sebagai
tindakan untuk melawan Jepun. Beliau yang merupakan antikomunis ini mendakwa
bahawa pihak komunis dilihat mahu mendirikan daerah ketenteraan mereka sendiri.
Perkara ini dapat dilihat sebelum Barisan Bersatu II dibentuk iaitu pada Mac 1932
apabila pihak komunis memasukkan 18 daerah di utara Shansi dan Kansu untuk
membentuk kawasan pentadbiran utara Shensi.37 Selepas itu sempadan Shansi- Hopeh-
Chahar- Suiyuan pula dibina sebagai Medan Peperangan Kedua.38
Kemuncak kepada krisis kedua-dua pihak ini menjadi serius pada 5 Januari 1941
yang berpunca daripada tindakan Tentera Keempat meluaskan pengaruhnya ke bahagian
hilir Sungai Yangtze.39 Tindakan ini secara tidak langsung telah melanggar arahan
34 Suffian Mansor. (2009). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Hlm 176.35 Ibid,36 Ibid, 37 Suffian Mansor. (2009). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Hlm 177.38 Ibid,39 Ibid,
15
Chiang Kai-shek yang meminta tentera itu untuk mara ke utara. Pada tarikh tersebut
berlaku pertempuran antara Tentera Keempat Komunis dengan tentera Nasionalis,
Divisyen Keempat Puluh. Kejadian ini menyebabkan kerajaan Nasionalis memutuskan
pada 17 Januari 1941 untuk mengharamkan Tentera Keempat dan menahan
pemimpinnya.40 Namun demikian komunis telah bertindak balas dengan menghidupkan
semula Tentera Keempat dan menambahkan kekuatannya dengan tujuh divisyen.
Pertelagahan antara kedua-dua pihak ini berlarutan sehingga selepas perang.
Selepas Perang
KMT telah menuntut Zon Pentadbiran Komunis namun tuntutan itu telah ditolak
oleh PKC. Hal ini secara tidak langsung menyebabkan perselisihan antara mereka
semakin memuncak. Oleh itu, Amerika Syarikat bertindak sebagai orang tengah dalam
menyelesaikan masalah antara kedua-dua belah pihak.41 Oleh itu, Amerika Syarikat telah
menghantar wakilnya di bawah pimpinan Patrick Hurley ke Yanan untuk memujuk Mao
Tse-tung supaya bersetuju mengadakan rundingan damai dengan pihak Nasionalis.
Akhirnya pada 11 Oktober 1945, pihak komunis telah bersetuju untuk mengambil
bahagian di dalam Persidangan Perundingan Politik.42 Namun, perjanjian tersebut masih
tidak mencapai matlamat yang dikehendaki kerana kedua-dua belah pihak masih berasa
sangsi antara satu sama lain dan mengakibatkan peperangan kecil sering tercetus.
Pada 10 Januari 1946, Persidangan Perundingan Politik telah diadakan buat
pertama kalinya yang mengandungi 28 ahli dengan lapan ahli daripada KMT, tujuh 40 Ibid,41 Horold M. Vinacke. (1967). Sejarah Asia Timor Jauh Dalam Zaman Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. Hlm 863.42 Ibid, Hlm 861.
16
daripada pihak komunis, sembilan daripada Liga Demokratik, lima daripada Parti
Pemuda dan sembilan lagi daripada kumpulan bebas.43 Matlamat utama mengadakan
persidangan ini adalah untuk mewujudkan kerajaan China yang demokratik dan
membentuk sebuah angkatan tentera kebangsaan. Hal ini secara tidak langsung telah
memberi kelebihan kepada pihak komunis. Oleh sebab itu, Jawatankuasa Pusat KMT
tidak menerima resolusi yang dikeluarkan oleh persidangan ini. Keadaan tersebut
menyebabkan KMT mengetatkan polisinya di Chungking dengan melancarkan serangan
sulit ke atas persidangan tersebut. Polis bertindak untuk menangkap pemimpin Liga
Demokratik, menolak untuk membebaskan tahanan politik dan memusnahkan pejabat
akhbar komunis.44
Kemuncak krisis antara Komunis dengan KMT berlaku di utara China.
Pengunduran tentera Soviet Union pada awal tahun 1946 telah meninggalkan ruang
kosong di Manchuria. Pada 18 April 1946, tentera komunis telah menyerang bandar
Changchun namun bandar tersebut berjaya ditawan semula oleh pihak KMT pada Mei
1946.45 Pada peringkat awal, tentera KMT banyak mencapai kejayaan termasuklah
penawanan bandar tapak perjuangan komunis iaitu Yanan pada Mac 1947.46 Kejayaan ini
menyakinkan Chiang Kai-shek untuk mengadakan Perhimpunan Kebangsaan pada 15
November 1946.47 Perhimpunan Kebangsaan ini meluluskan perlembagaan baru pada
hari Krismas tahun yang sama dan menjadikan Tiga Prinsip Rakyat sebagai falsafah
negara. Pada 29 Mac 1948, Perhimpunan Kebangsaan ini mengambil keputusan untuk
43 Suffian Mansor. (2009). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Hlm 183.44 Suffian Mansor. (2009). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Hlm 183.45 Ibid, 46 Horold M. Vinacke. (1967). Sejarah Asia Timor Jauh Dalam Zaman Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. Hlm. 870.47Suffian Mansor. (2009). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Hlm. 184.
17
melantik Chiang Kai-shek sebagai presiden selama enam tahun seperti yang telah
diluluskan oleh perlembagaan.48 Pengisytiharan perlembagaan ini telah dibantah oleh
pihak komunis sebagai tidak sah dan Liga Demokratik juga telah memulaukan
persidangan Perhimpunan Kebangsaan ini. Buktinya, pihak komunis enggan mengambil
bahagian dalam kabinet yang telah dibentuk pada 23 April dengan jemaahnya terdiri
daripada ahli-ahli komunis dan juga ahli-ahli yang bukan daripada KMT.49
Kebangkitan / Strategi Komunis
Dalam pada itu, komunis telah menjalankan taktik dan strategi baru dalam
menangani kemaraan tentera KMT. Oleh itu, mereka telah menjalankan usaha untuk
menawan hati dan fikiran penduduk tempatan dan ternyata berkesan untuk meraih
sokongan rakyat. Pihak komunis tidak pernah mengabaikan golongan petani dan sentiasa
melindungi hak-hak mereka berbanding KMT yang lebih suka menindas golongan ini.50
Hal ini demikian kerana, pihak komunis menganggap bahawa golongan petani adalah
penggerak utama kepada revolusi komunis dalam menjatuhkan kerajaan Nasionalis.51
Selain itu, komunis amat menitikberatkan soal perpaduan dan mementingkan kebajikan
rakyat. Oleh itu komunis sentiasa memperjuangkan soal tanah, mementingkan keadilan
dan pembebasan terhadap kaum wanita.52 Populariti komunis bertambah semasa Perang
Dunia Kedua, apabila berjaya menyatukan rakyat menentang Jepun. Mereka juga telah
48 Horold M. Vinacke. (1967). Sejarah Asia Timor Jauh Dalam Zaman Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. Hlm. 869.49 Horold M. Vinacke. (1967). Sejarah Asia Timor Jauh Dalam Zaman Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. Hlm 869.50 Ibid, Hlm 877.51 Rupawan Ahmad Abd. Ghapa Harun. (2000). Sejarah China Moden. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Hlm 111.52 Craig Dietrich. (1998). People’s China: A Brief History. London: Oxford University. Hlm 27.
18
menyusun pentadbiran yang cekap di kawasan luar bandar dan penduduk tempatan
digalakkan untuk terlibat dalam pentadbiran tempatan menerusi persatuan petani dan
koperasi.53 Kekuatan sebenar tentera komunis ini terletak pada moral, disiplin dan
kepimpinan mereka. Strategi dan taktik komunis ini akhirnya berjaya meningkatkan
bilangan tenteranya iaitu daripada 1.95 juta 1947 kepada 2.5 juta pada tahun 1948
manakala keahliannya bertambah 3 juta.54
Pada akhir tahun 1947 hingga 1949, tentera KMT pula menghadapi masalah
kerana selepas itu mereka gagal dalam sebarang perang dengan komunis.55 Serangan
balas tentera komunis bermula dengan hebatnya di utara China dengan menawan
Manchuria. Mereka telah menggunakan taktik mengepung bandar Changchun, Mukden
dan Krin sehingga melemahkan tentera KMT. Buktinya, tentera komunis di bawah
pimpinan Lin Piao berjaya memusnahkan seramai kira-kira 470,000 tentera KMT.56
Kejatuhan Manchuria ke tangan komunis telah disahkan apabila tentera KMT diperintah
untuk meninggalkan bandar Mukden pada November 1948.57
Selepas itu, kempen perang diteruskan untuk menawan Shantung yang digerakkan
oleh Liu Po-cheng bersama tentera seramai 450, 000 orang. Kempen ini dikenali sebagai
Kempen Huai- ha yang bermula pada awal tahun 1948 dan sasaran mereka adalah di
bandar Hsuchow. Akhirnya kejayaan berpihak kepada tentera komunis apabila mereka
berjaya mengundurkan tentera KMT dari Shantung pada September 1948. Kekalahan
53 Horold M. Vinacke. (1967). Sejarah Asia Timor Jauh Dalam Zaman Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. Hlm 877.54 Suffian Mansor. (2009). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Hlm 185.55 Ibid,.56 Ibid,57 Horold M. Vinacke. (1967). Sejarah Asia Timor Jauh Dalam Zaman Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. Hlm 869.
19
angkatan tentera KMT di Hsuchow dalam bulan Disember menyebabkan tentera komunis
telah mara hingga ke Sungai Yangtze.58 Hal ini menyebabkan Chiang Kai-shek semakin
tertekan dan beliau telah mengambil langkah dengan mengetatkan pemerintahannya.
Beliau telah merampas harta awam, memaksa rakyat menjadi tentera, golongan
pengkritik terutamanya golongan pelajar ditanggap dan hukuman bunuh menjadi perkara
biasa di China ketika itu.
Pada peringkat dalaman pula, KMT mengalami masalah perpecahan kerana
Chiang Kai-shek mula menghadapi tentangan daripada puak-puak tertentu dalam partinya
sendiri. Setelah didesak, beliau akhirnya akur untuk meninggalkan jawatannya sebagai
presiden pada Januari 1948.59 dengan arahan tersebut. Oleh itu, Li Tsung-jen telah
dilantik sebagai pemangku presiden. Beliau menjalankan usaha untuk berdamai dengan
pihak komunis tetapi Mao Tse-tung tidak mahu bertolak-ansur sebaliknya mahu
meneruskan peperangan. Li Tsung-jen juga telah diarahkan supaya memutuskan
hubungan dengan Chiang Kai-shek dan Amerika Syarikat serta membenarkan komunis
untuk menyeberangi Sungai Yangtze dengan tidak memberi sebarang tentangan.60 Pada 1
April 1949, wakil pihak Nasionalis iaitu Chang Chih-chung pergi ke Peiping untuk
mengadakan rundingan.61 Namun demikian, rundingan itu ternyata gagal dan pihak
komunis berjaya menawan bandar Tientsin dan Peiping seterusnya menyeberangi Sungai
Yangtze. Selepas itu, tentera KMT mengalami kekalahan demi kekalahan sehingga pihak
komunis berjaya menyingkirkan kerajaan Nasionalis dari tanah besar. Oleh itu, dalam
58 Horold M. Vinacke. (1967). Sejarah Asia Timor Jauh Dalam Zaman Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. Hlm 870.59 Ibid, Hlm 871.60 Ibid, Hlm 872.61 Suffian Mansor. (2009). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Hlm 186.
20
tempoh sembilan bulan selepas itu, komunis dengan mudah menawan Shanghai, Nanking
dan Canton.62 Sementara itu, Chiang Kai-shek dengan tenteranya terpaksa melarikan diri
ke Taiwan. Pada 1 Oktober 1949, Mao Tse-tung secara rasmi mengumumkan
pembentukan Republik Rakyat China yang diterajui oleh PKC.63
Ekonomi dan Sosial di China Akibat Perang
Perang Dunia Kedua telah meninggalkan banyak kesan negatif ke atas kehidupan
masyarakat China. Antara aspek yang mengalami kemerosotan dan kerugian yang besar
adalah dari aspek sosial dan ekonomi. Perang antara China dengan Jepun yang
berlangsung kira-kira lapan tahun telah menganggu kelancaran dan pembangunan
ekonomi China. Kemerosotan pendapatan yang diperoleh oleh pihak kerajaan Nasionalis
bermula dari tahun 1937 hingga tahun 1945 menunjukkan jumlah yang semakin
membimbangkan. Kemerosotan pendapatan ini adalah disebabkan kehilangan punca
pendapatan utama daripada sektor percukaian perdagangan di persisir pantai timur
China.64 Hal ini semakin parah apabila kerajaan terpaksa menanggung kos perang
melebihi jumlah hasil bersih yang diterima pada setiap tahun. Umpamanya, pada tahun
1945, kerajaan terpaksa menanggung kos perang sebanyak CH$ 1,268,031 berbanding
jumlah hasil yang diterima hanyalah sebanyak CH$ 216,519 sahaja.65
Oleh kerana menghadapi kesukaran dari segi mendapatkan hasil maka kerajaan
Nasionalis telah mengeluarkan wang kertas dengan banyak. Pada tahun 1937 sebanyak
62 Suffian Mansor. (2009). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Hlm 186.63 Rupawan Ahmad Abd. Ghapa Harun. (2000). Sejarah China Moden. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Hlm 111.64 Suffian Mansor. (2009). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Hlm 182.65 Suffian Mansor. (2009). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Hlm 181.
21
CH$ 1.9 bilion nilai wang kertas telah dikeluarkan dan pada tahun 1945 sejumlah CH$
1,031.9 bilion wang kertas dikeluarkan.66 Hal ini secara tidak langsung menyebabkan
berlakunya inflasi yang membawa kepada peningkatan harga runcit di China.
Umpamanya, harga barangan di antara tahun 1945 hingga tahun 1948 melambung
sebanyak 30% setiap bulan.67 Usaha kerajaan mengawal harga tidak berkesan. Keadaan
kegawatan ini ditambah pula dengan kegagalan kerajaan Nasionalis untuk menangani
masalah rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang semakin menjadi-jadi dalam kalangan
pegawai kerajaan dan pegawai tentera.68
Selain itu, perbelanjaan yang besar ke atas kelengkapan ketenteraan, bebanan
hutang luar negeri dan kejatuhan hasil cukai telah menjejaskan kemampuan kerajaan
untuk membangunkan sektor ekonomi.69 Menurut Kementerian Kewangan Kerajaan
China, hutang yang terkumpul adalah sebanyak $ 6,000,000,000 dan sejak Julai 1937
beban hutang per kapita di China telah meningkat sebanyak $ 3.00.70 Sementara itu,
jumlah kemalangan yang dialami oleh tentera China berjumlah 3,211,419 terkorban,
1,761,335 cedera dan 130,126 hilang.71 Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa kesan
daripada peperangan ini telah memusnahkan kira-kira 2500000 hidupan termasuk orang
awam yang terbunuh akibat daripada serangan bom, banjir dan wabak penyakit.72
66 Ibid, Hlm 182.67 Rupawan Ahmad Abd. Ghapa Harun. (2000). Sejarah China Moden. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Hlm 110.68 Horold M. Vinacke. (1967). Sejarah Asia Timor Jauh Dalam Zaman Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. Hlm 875-876.69 Rupawan Ahmad Abd. Ghapa Harun. (2000). Sejarah China Moden. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Hlm 106.70 Lowe Chuan-Hua. (1923). Japan’s Economic Offensive In China. USA & Canada: Taylot & Francis. Hlm 12971 Suffian Mansor. (2009). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Hlm 181.72 Lowe Chuan-Hua. (1923). Japan’s Economic Offensive In China. USA & Canada: Taylot & Francis. Hlm 128
22
Kesan Perang China-Jepun Kedua kepada Jepun
Hubungan Jepun dengan Amerika Syarikat Semakin Tegang
Hubungan Jepun dengan Amerika Syarikat dapat dikatakan sebagai ‘hubungan
bermusim’ yang membuktikan bahawa hubungan ini adakalanya baik dan adakalanya
buruk sehingga tamatnya Perang Dunia Kedua. Ketegangan antara kedua-dua kuasa besar
ini bermula apabila berlaku pertembungan kepentingan untuk menjadikan negara masing-
masing sebagai empayar terunggul. Pertembungan kepentingan bermaksud keinginan
kedua-dua pihak ini untuk memonopoli bahan-bahan mentah di wilayah yang kaya
dengan hasil bumi tersebut, misalnya, minyak dan bahan makanan. Walau bagaimanapun,
Perang China-Jepun Kedua yang tercetus pada tahun 1938 merupakan kemuncak
daripada perbalahan kedua-dua buah negara ini. Susulan daripada itu, Perang China-
Jepun Kedua telah membawa pelbagai kesan kepada negara Jepun, amnya. Antara
kesannya adalah hubungan Jepun dengan Amerika Syarikat semakin tegang. Hakikatnya,
hubungan Jepun dengan Amerika Syarikat sudah agak tegang pada awal tahun 1900 lagi.
Namun, apabila tercetusnya Perang China-Jepun Kedua, maka hubungan yang
suam-suam ini telah berubah menjadi dingin. Kedinginan ini susulan daripada kemaraan
Jepun di Asia Pasifik dan pakatan Jepun dengan Jerman yang mendominasi dunia jika
tidak dihalang.73 Oleh yang demikian dapat dijelaskan di sini bahawa Amerika Syarikat
sebenarnya bimbang penguasaan Jepun yang cuba menguasai negara-negara di Asia
terutama Asia Tenggara untuk mendapatkan kepentingan bahan mentah. Begitu jua
dengan penguasaan Jepun ke atas China dan Manchuria. Oleh sebab itu, Amerika
73 Suffian Mansor. (2009). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Hlm 177.23
Syarikat perlu berbaik-baik atau menjadi sekutu kuat bagi negara China dalam usaha
membantu China daripada penguasaan Jepun. Selain itu jua, Amerika Syarikat
sebenarnya inginkan pelabuhan-pelabuhan di China yang dikuasai Jepun. Hal ini sebab
penguasaan Jepun di pelabuhan China membantut keinginan Amerika Syarikat untuk
memonopoli perdagangan di Asia Timur, amnya China.
Tambahan lagi, ketegangan antara Jepun dan Amerika Syarikat disusuli dengan
propaganda Jepun memburuk-burukkan sekutu China iaitu Amerika Syarikat dan Britian.
Jepun telah bersetuju untuk memberi kemerdekaan kepada penduduk Hunan dan
Kwangsi untuk mendapatkan sokongan.74 Dapat dianalisiskan bahawa kedudukan Jepun
mula goyah apabila ketegangan dengan Amerika Syarikat membawa kepada serangan
Tentera Berikat ke atas Jepun di China. Jelas menunjukkan bahawa hubungan antara
Jepun dengan Amerika Syarikat semakin renggang apabila tercetusnya Perang China-
Jepun Kedua yang memperlihatkan kuasa Jepun menguasai China secara total. Oleh yang
demikian, tindakan Amerika Syarikat dengan Jepun membuktikan bahawa negara China
amat penting kepada kedua-dua belah pihak. Tidak dapat dinafikan bahawa perang ini
membawa kepada permusuhan antara Jepun dengan Amerika Syarikat yang lebih
dahsyat.
Pergerakan Propaganda Anti-Jepun
Tindakan yang jelas dapat dilihat apabila sentimen anti-Jepun mula merebak
kepada penduduk China. Sentimen anti-Jepun dapat dikatakan salah satu kesan yang
74 Ibid, Hlm 179.24
berpunca daripada Perang China-Jepun Kedua. Ianya tercetus kembali setelah sekian
lama berlaku di California yang disebabkan oleh peningkatan bilangan imigren Jepun di
sana. Berikutan Perang China-Jepun Kedua tercetus, maka kesannya dapat dilihat dari
segi sentimen anti-Jepun oleh rakyat Amerika Syarikat yang bangkit membenci Jepun.
Tambahan lagi, pembunuhan tentera Jepun ke atas masyarakat China telah mendapat
simpati daripada orang Amerika Syarikat.75 Begitu jua kes pembunuhan mubaligh,
pengembara dan peniaga Amerika Syarikat oleh tentara Jepun yang secara tidak langsung
membangkitkan semula sentimen anti-Jepun. Oleh sebab itu, tentera Amerika Syarikat
telah memusnahkan petempatan padat di bandar Jepun yang mengakibatkan pengeluaran
Jepun terbantut.76 Selain itu, risalah anti-Jepun dalam bahasa Inggeris telah diedarkan
secara meluas dan tayangan filem yang memperlihatkan kekejaman Jepun ke atas China
turut mendapat perhatian dunia.77
Hal ini membuktikan bahawa kesan yang dapat dilihat apabila tercetusnya Perang
China-Jepun Kedua membangkitkan semangat anti-Jepun dalam kalangan masyarakat
China dan tersebar ke Eropah. Tidak dapat dinafikan bahawa sentimen ini telah lama
berputik, namun apabila berlaku peristiwa sedemikian maka kemuncak sentimen anti-
Jepun ini terus merebak sehingga berlakunya pemboikotan barang Jepun. Oleh yang
demikian, pergerakan propaganda sentimen anti-Jepun telah menimbulkan pelbagai
reaksi yang berbeza antara masyarakat China mahupun masyarakat Jepun itu sendiri.
Walau bagaimanapun, pergerakan propaganda ini mempunyai matlamatnya tersendiri
75 Dipetik atas talian http://www.reocities.com/Athens/Academy/2577/Hiroshima.html pada 15 Oktober 2011.76 Edwin O. Reischauer, penyelenggara Md Sidin Ahmad Ishak, penterjemah Azhar Mad Aros. (2006). Jepun Sejarah Sebuah Negara. Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya. Hlm 146. 77 Yen Ching-hwang. (2002). The ethnic Chinese in East and Southeast Asia. Singapura: Times Academic Press. Hlm 373.
terutama bagi China untuk mendapat sokongan Amerika Syarikat sehingga
menggagalkan Jepun dalam Perang China-Jepun Kedua pada tahun 1938 dan membawa
kesan yang mendalam kepada masyarakat Jepun itu sendiri.
Memboikot Barang Jepun dan Sekatan Ekonomi
Kesan seterusnya adalah pemboikotan barang-barang Jepun dan sekatan ekonomi
oleh Amerika Syarikat terhadap Jepun sehingga membawa impak yang negatif kepada
masyarakatnya. Tindakan memboikot adalah tindakan yang dapat menghancurkan
ekonomi sesebuah negara dan menimbulkan konflik dalam masyarakatnya. Hal ini
terbukti apabila China melancarkan gerakan memboikot barangan Jepun secara besar-
besaran.78 Selain itu, tindakan Jepun menghapuskan barang-barang pengeluaran Jepun
dari pasaran Asia Tenggara merupakan tamparan hebat kepada Jepun. China memboikot
dengan pelbagai bentuk, antarnya, enggan membeli barang-barang Jepun iaitu barang
perkilangan dan bahan makanan. Tambahan lagi, melarang penjualan barangan Jepun
kepada pemborong-pemborong Cina.
Jelas membuktikan bahawa Perang China-Jepun Kedua yang dimenangi China
telah mendatangkan masalah kepada Jepun dari segi perolehan pendapatan daripada
aktiviti perdagangan. Ianya dapat dilihat apbila berlaku kemerosotan barangan Jepun
selepas gerakan memboikot keluaran Jepun iaitu 386.7 million yen kepada 281.1 million
yen.79 Pemboikotan ini berlanjutan sehingga ke Asia Tenggara terutama di Singapura
apabila Persatuan Pedagang kain China telah mengharamkan mengimport tekstil dari 78 Yen Ching-hwang. (2002). The ethnic Chinese in East and Southeast Asia. Singapura: Times Academic Press. Hlm 376.79 Ibid, Hlm 380.
26
Jepun. Begitu jua bagi peruncit China yang menjual jam tangan dan barangan basikal
yang memutuskan untuk mengantikan barangan Jepun kepada barangan Eropah.80 Bagi
industri China, barang-barang Jepun tidak lagi diperlukan dan mereka mula
mengeluarkan barangan yang sama dengan pengeluaran Jepun.81 Hal ini membuktikan
bahawa barangan-barangan Jepun diboikot secara besar-besaran setelah peristiwa Perang
China-Jepun Kedua yang secara jelas memperlihatkan kegagalan Jepun mengawal
ekonomi sehingga mengakibatkan kemerosotan dalam pengeluaran.
Manakala dari aspek sekatan ekonomi ke atas Jepun oleh Amerika Syarikat telah
membantutkan perkembangan ekonomi Jepun. Amerika jelas mengenakan kadar tarif
yang tinggi dan menyekat pengimportan barangan Jepun. Kemarahan Amerika Syarikat
terselah pada tindakan yang dilakukannya apabila memutuskan ‘Japanese-America
Commercial Trety 1911’ pada tahun 1939 kerana kebayakan galian yang dieksport ke
Jepun telah digunakan untuk membuat alatan-alatan peperangan, misalnya, eksport besi
dan keluli.82 Keadaan ini memperlihatkan kedudukan Jepun yang semakin terancam
apabila sekatan had-had ekonomi dilakukan oleh Amerika Syarikat. Oleh yang demikian,
Jepun mula menyimpang ke Asia Tenggara untuk mendapatkan bahan mentah bagi
kelangsungan ekonomi Jepun.
Walau bagaimanapun, pada tahun 1941, Jepun telah menceroboh Indochina dan
secara drastiknya, Roosevelt, presiden Amerika Syarikat telah membekukan kesemua
aset Jepun di Amerika Syarikat. Tindakan Amerika Syarikat ini menimbulkan kemarahan
80 Ibid, Hlm 377.81 Willard Price. (1938). Japan’s new horizons. Tokyo: The Kokuseido Press. Hlm 218.82 Dipetik atas talian http://www.reocities.com/Athens/Academy/2577/Hiroshima.html pada 15 Oktober 2011.
Jepun sehingga membawa kepada pengeboman Pearl Harbour setelah gagal dalam
perundingan. Hal ini dapat dianalisiskan bahawa sekatan ekonomi yang dilakukan oleh
Amerika Syarikat membawa impak kepada Jepun sekali gus mempelihatkan kemaraan
Jepun ke Asia Tenggara bagi mendapatkan bahan mentah dengan cara tersendiri. Situasi
ini juga memperlihatkan kesungguhan Amerika Syarikat menyekat kemaraan Jepun di
Asia Tenggara kerana matlamat dan kepentingan yang sama. Walau pun begitu, tidak
dapat dinafikan bahawa keadaan ini berlaku berpunca daripada Perang China-Jepun
Kedua yang tercetus sehingga memberi kesan negatif kepada Jepun dalam aspek ekonomi
setelah diboikot dan berlakunya sekatan ekonomi.
Imperialisme Jepun
Hakikatnya, pemboikotan dan sekatan ekonomi yang dilakukan oleh Amerika
Syarikat dan China telah memberi manfaat kepada Jepun terutama pada sekitar tahun
1930 sehingga 1945. Hal ini dapat diperhatikan apabila Jepun menjadi sebahagian
daripada negara imperialisme yang terunggul. Ianya bermula dengan kejayaan Jepun
dalam Perang China-Jepun Pertama (1894-1895), Perang Rusia-Jepun (1904-1905),
menguasai Korea (1910) serta penaklukan Manchuria pada tahun 1931 yang secara tidak
langsung, menjadikan Jepun itu kuat dan berbangga dengan hasil usahanya. Berikutan
peristiwa tersebut, ianya telah membawa kepada Perang China-Jepun Kedua sehingga
memberi kesan kepada penguasaan Jepun ke Asia Tenggara, amnya.
Imperialisme Jepun ini telah melancarkan Lingkungan Sekemakmuran Asia
Timur Raya antara tahun 1938 hingga 1945 yang merupakan satu bentuk imperialisme
28
Jepun dicirikan oleh ekspoitasi ekonomi untuk kepentingan Jepun.83 Buktinya apabila
Jepun berjaya menguasai Tanah Melayu, Myanmar, Filipina dan Indochina yang secara
jelas menunjukkan keluasaan imperialisme Jepun walaun pun gagal dalam Perang China-
Jepun Kedua. Imperialisme Jepun ini bukan hanya didorong oleh kekalahan dalam perang
tersebut tetapi melibatkan beberapa faktor. Antaranya ialah tekanan penduduk yang
disebabkan oleh kekurangan sumber semula jadi atau bahan mentah, parasan dan masalah
politik yang memerlukan perhatian rakyat supaya dialih keluar daripada Jepun.84 Hal ini
membuktikan bahawa penguasaan Jepun ke Asia Tenggara adalah untuk kepentingan
peribadinya dan menganggap Jepun sebagai imperialisme terunggul yang akhirnya
tersungkur pada Perang Dunia Kedua.
Kesimpulan
Jelas membuktikan bahawa Perang China-Jepun Kedua tercetus disebabkan
beberapa faktor yang dimanipulasikan untuk kepentingan masing-masing dalam usaha
memperkukuhkan kekuasaan bagi memonopoli ekonomi sesebuah wilayah. Walau pun
hakikatnya, perang ini telah lama berlaku iaitu sejak tahun 1937 lagi sehingga tercetus
secara serius pada tahun 1938 yang berlanjutan ke tahun 1941. Perang ini semestinya
meninggalkan kesan yang mendalam kepada kedua-dua negara. Hal ini dapat
diperhatikan dari segi ekonomi, politik mahupun sosial yang memberi pengajaran kepada
kehidupan masyarakatnya. Tidak dapat dinafikan bahawa Perang China-Jepun Kedua ini
merupakan langkah awal yang membawa kepada Perang Dunia Kedua yang
memperlihatkan kesan yang lebih mendalam kepada keseluruhan masyarakat dunia.
83 Abu Talib Ahmad. (2005). Tamadun Jepun. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia. Hlm 202.84Abu Talib Ahmad. (2005). Tamadun Jepun. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia. Hlm 199.