5/12/2018 PerancanganKokurikulum2011-slidepdf.com http://slidepdf.com/reader/full/perancangan-kokurikulum-2011 1/38 PERANCANGAN UNIT KOKURIKULUM 2012 SK DESA JAYA BUKU PANDUAN UNIT KOKURIKULUM TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU SK. DESA JAYA PENDAHULUAN Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya, dapat juga saya menyiapkan satu tugasan sebagai satu tanggungjawab bersama bagi memartabatkan profesion perguruan khususnya di Sekolah Kebangsaan Desa Jaya. Walaupun masih dianggap kurang sempurna, namun sekurang-kurangnya dapat menampung sedikit sebanyak keperluan dalam menangani isu-isu tugas, tanggungjawab, dan peranan setiap warga sekolah dari segi pemantapan standard dan kualiti yang diperlukan. Isi kandungan buku panduan ini meliputi bidang-bidang seperti berikut: Teras Perkhidmatan Pendidikan – perkara pokok dalam profesion keguruan yang perlu diketahui oleh setiap warga pendidik. Standard Kualiti Fizikal Sekolah – fokus kepada stor sukan, peralatan sukan, padang, dan gelanggang. Senarai Tugas – komitmen yang seharusnya diketahui oleh setiap warga sekolah bagi menentukan halatuju peranan masing-masing di sekolah. Senarai Jawatankuasa dan Bidang Tugas – tugasan secara kumpulan yang melambangkan semangat kerjasama dan kekitaan dalam sesebuah organisasi. Lampiran – peraturan dan pekeliling sebagai had atau batasan kerja yang perlu diikuti agar tidak lari dari matlamat sebenar pendidikan menuju Wawasan Pendidikan Negara dan Wawasan 2020. Akhirnya marilah bersama-sama, kita menghayati dan mempraktikkannya setakat yang kita mampu demi kemajuan sekolah yang kita sayangi. Terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita semua. Semoga Allah jua yang akan membalas segala sumbangan budi baik yang dicurahkan ”SEKOLAH KITA TANGGUNGJAWAB KITA”.
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
BUKU PANDUAN UNIT KOKURIKULUMTUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU
SK. DESA JAYA
PENDAHULUAN
Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya, dapat juga saya menyiapkan satu tugasan sebagai satu
tanggungjawab bersama bagi memartabatkan profesion perguruan khususnya di Sekolah Kebangsaan Desa Jaya.
Walaupun masih dianggap kurang sempurna, namun sekurang-kurangnya dapat menampung sedikit sebanyak
keperluan dalam menangani isu-isu tugas, tanggungjawab, dan peranan setiap warga sekolah dari segi pemantapanstandard dan kualiti yang diperlukan.
Isi kandungan buku panduan ini meliputi bidang-bidang seperti berikut:
Teras Perkhidmatan Pendidikan – perkara pokok dalam profesion keguruan yang perlu diketahui oleh
setiap warga pendidik.Standard Kualiti Fizikal Sekolah – fokus kepada stor sukan, peralatan sukan, padang, dan gelanggang.
Senarai Tugas – komitmen yang seharusnya diketahui oleh setiap warga sekolah bagi menentukan halatuju peranan masing-masing di sekolah.
Senarai Jawatankuasa dan Bidang Tugas – tugasan secara kumpulan yang melambangkan semangat
kerjasama dan kekitaan dalam sesebuah organisasi.Lampiran – peraturan dan pekeliling sebagai had atau batasan kerja yang perlu diikuti agar tidak lari dari
matlamat sebenar pendidikan menuju Wawasan Pendidikan Negara dan Wawasan 2020.
Akhirnya marilah bersama-sama, kita menghayati dan mempraktikkannya setakat yang kita mampu demi kemajuan
sekolah yang kita sayangi. Terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung
dalam melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita semua. Semoga Allah jua yang akan
membalas segala sumbangan budi baik yang dicurahkan
Syukur dan tahniah kepada Unit Kokurikulum kerana telah berjaya menerbitkan Perancangan UnitKokurikulum 2012 yang bakal menjadi panduan dalam menjayakan aktiviti kokurikulum sekolahkhususnya dan aspek pengurusan kokurikulum amnya.
Semoga dengan gabungan tenaga guru dan murid, kita akan dapat menempatkan diri kita terbaikdalam apa jua pertandingan yang diadakan pada peringkat zon, daerah, negeri, dan sehinggalah keperingkat kebangsaan. Usaha dan latihan yang sistematik dan berterusan serta kerjasama erat antara
guru dan disiplin yang tinggi dari pihak murid pasti akan memberikan kejayaan yang gemilang.
Selaras dengan hasrat menjadikan kokurikulum sebagai pelengkap dan pembina sahsiah muridyang berdaya saing dan menjadikan generasi pewaris yang terbilang, maka adalah diharapkan semuapihak akan sentiasa berusaha ke arah hasrat dan tujuan bersama itu agar matlamat organisasi tercapai.
Walaupun penglibatan dalam kokurikulum kini telah diambilkira dalam permohonan murid kesekolah berasrama penuh, namun peningkatan dalam bidang akademik juga haruslah seiring malah lebihcemerlang lagi dalam melengkapkan diri murid untuk menghadapi cabaran yang akan datang selarasdengan hasrat Wawasan 2020.
Semoga dengan kerjasama semua pihak dan pendekatan yang bijak akan menjadikankegemilangan kokurikulum milik kita bersama.
Akhir sekali terima kasih kepada GPK Kokurikulum, semua guru, staf sokongan, dan murid-muridyang sentiasa gigih menyumbang dan bekerjasama dalam menjayakan aktiviti kokurikulum khasnya danmenjayakan hasrat pendidikan negara amnya.
Syukur dan terima kasih atas segala kerjasama dan sumbangan yang diberikan oleh semua guru,
kakitangan sokongan, dan murid-murid SK.DESA JAYA dalam menjayakan aktiviti kokurikulumkhususnya dan mendidik sahsiah murid amnya.
Selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia menjadikan aktiviti kokurikulum sebagaisatu wadah untuk membentuk sahsiah murid yang cemerlang, mempunyai jati diri, dan berketrampilan.Perkembangan semasa ini menjadikan tanggungjawab guru kita lebih luas bukan sahaja di bilik darjahnamun merangkumi segala aspek luar bilik darjah yang bakal memberikan cabaran dan pengorbananmasa dan tenaga dalam menjayakan visi dan misi sekolah.
Dengan tema “Kokurikulum Asas Pembinaan Sahsiah” adalah diharapkan segala aktiviti yangdijalankan akan dapat meningkatkan perkembangan murid selaras dengan hasrat Falsafah PendidikanKebangsaan untuk melahirkan murid yang seimbang dari segi rohani, emosi, intelek, dan jasmani.Semoga dengan usaha gigih guru pemimpin akan dapat memberikan impak yang mendalam dalam jiwa
anak didik kita khususnya melalui pelaksanaan aktiviti kokurikulum, seterusnya dapat memupuk nilaikerjasama dan disiplin yang tinggi di kalangan murid-murid.
Dengan penuh rasa syukur, penerbitan Perancangan Unit Kokurikulum Sesi 2012 ini mungkinakan dapat membantu dan meringankan sedikit bebanan tugas guru dalam melaksanakan aktivitikokurikulum di sekolah dengan hasrat murni menjadikan ia wadah untuk melahirkan generasi pewarisyang beradab dan berdaya saing. Di samping menjalankan pelbagai aktiviti kokurikulum, faktor keselamatan murid harus diutamakan. Ini adalah penting untuk meneruskan kelangsungan hidup murid-murid bagi mencapai cita-cita dan hasrat murni mereka bila dewasa kelak.
Sekali lagi diucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua guru, staf sokongan, danmurid-murid yang telah mengorbankan masa, tenaga, dan wang ringgit dalam menjayakan hasratpendidikan kokurikulum yang membentuk keperibadian murid yang mulia agar menjadi cemerlang,
gemilang, dan terbilang.
Segala kerjasama dan sumbangan yang telah diberikan oleh semua pihak akan mendapat ganjarandaripadaNya, insyaAllah. Sekian, terima kasih.
EN. NORHISHAM BIN ARIFFINGPK KOKURIKULUMSK. DESA JAYA
Bahawasanya negara kita Malaysia, mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yanglebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya, memelihara satu cara hidup demokratik, menciptasatu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secaraadil dan saksama, menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yangakan menggunakan sains dan teknologi moden. Maka kami, rakyat Malaysia, berikrar akanmenumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkanatas prinsip-prinsip berikut;
Kepercayaan Kepada Tuhan
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan
1.2 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensiindividu secara menyeluruh untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segiintelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan.Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri sertamemberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dannegara.
1.3 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
Pendidikan Islam adalah satu usaha untuk menyampaikan ilmu kemahiran dan penghayatanIslam berdasarkan Al-Quran dan Al-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian,dan pandangan hidup hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri,masyarakat, alam sekitar, dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan diakhirat.
Bekerja dengan semangat gotong-royong dan berpadu fikiran Bekerja dengan matlamat kebahagiaan manusia sejagat
1.5 IKRAR GURU
Bahawasanya kami, Guru Negara Malaysia, dengan ini berikrar;
Mendukung terus cita-cita kami terhadap tugas kami dan menyatakan keyakinan kamipada cita-cita murni pekerjaan kami.
Kami sedia berbakti kepada masyarakat dan negara kami.
Kami sentiasa menjunjung Perlembagaan Negara kami dan mengamalkan prinsip-prinsip
Rukunegara pada setiap masa.
1.6 TERAS PERKHIDMATAN CEMERLANG
Berazam meninggikan mutu perkhidmatan
Bekerja dengan penuh tanggungjawab
Berusaha mengikis sikap mementingkan diri sendiri
Berkhidmat dengan penuh muhibbah dan kemesraan
Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan Negara
Berpegang teguh kepada ajaran agama
1.7 NILAI TERAS SEKOLAH RENDAH
Rajin
Usaha
Berilmu
Berfikir
Amanah
Berakhlak Mulia
Ikhram
1.8 BUDAYA KERJA SEKOLAH
BAB I
ERTI KOKURIKULUM
1.0 DEFINISI KOKURIKULUM
“Kegiatan kokurikulum” ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada prosespengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untukmenambah, mengukuh, dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran, dan nilai yang dipelajari di bilikdarjah.
Dalam Warta Kerajaan bertarikh 28 Disember 1967, No. 5652 (Peraturan Kursus Pengajian) Sekolah1956, kegiatan ini dikenali sebagai
KEGIATAN KUMPULAN.
Dalam Warta Kerajaan bertarikh 31 Disember 1997, Jld. 41, No. 26, Tambahan No. 94, PerundanganA.P.U. (A) 531, Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan (Kokurikulum Kebangsaan) telah memberidefinisi kokurikulum iaitu:
Kegiatan kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan mengandungi yang berikut:a. Penyertaan dalam Sukan dan Permainanb. Penyertaan dalam Persatuan dan Kelabc. Penyertaan dalam Pasukan Pakaian Seragamd. Lain-lain kegiatan sebagaimana ditentukan oleh Menteri
2.0 KONSEP KOKURIKULUM
2.1 Aktiviti kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah dan setiap muridharus melibatkan diri. Aktiviti ini boleh dijalankan di dalam atau di luar bilik darjahmengikut kesesuaian sesuatu aktiviti. Dengan andaian bahawa murid-murid tidak
mendapat pengalaman tertentu di bilik darjah, maka aktiviti kokurikulum dapatmenyediakan pelbagai pengetahuan dan pengalaman untuk perkembangan mental,minat, bakat, jasmani, rohani, dan pembentukan nilai-nilai estetika serta sosial yangpositif.
2.2 Sebagai satu bidang pendidikan, penglibatan semua murid dan anggota masyarakatadalah perlu, berasaskan kepada anggapan bahawa;
2.2.1 Semua murid harus mempunyai keseimbangan antara perkembangan mental(intelek) dengan perkembangan rohani, jasmani, dan emosi,
2.2.2 Semua murid boleh dididik dan boleh pula mendidik diri sendiri dan rakansebaya,
2.2.3 Semua murid mempunyai minat dan bakat yang boleh dikembangkan,
2.2.4 Sekolah bertanggungjawab melahirkan murid-murid berkualiti untuk keperluanmasyarakat dan negara,
2.2.5 Masyarakat juga turut bertanggungjawab memainkan peranan dalam mendidikmurid-murid.
3.0 MATLAMAT
3.1 Menyemai kesedaran murid-murid terhadap agama dan kepercayaan kepada Tuhan,
3.2 Seimbangkan antara perkembangan mental dengan perkembangan rohani, jasmani, danemosi murid-murid.
3.3 Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan di kalangan murid dalam sekolah dan di antarasekolah,
3.4 Menbina dan meningkatkan minat dan bakat murid-murid dalam aktiviti yang diceburi.
3.5 Membina dan meningkatkan disiplin murid,
3.6 Mewujudkan budaya sekolah yang menarik dan mengembirakan,
3.7 Membina dan meningkatkan kerjasama dan hubungan dua hala antara sekolah danmasyarakat,
3.8 Mewujudkan sekolah berwatak.
4.0 STRATEGI
Untuk mencapai matlamat tersebut, berikut adalah beberapa strategi pelaksanaannya;
4.1 Memberi wajaran yang sesuai kepada aktiviti kokurikulum supaya kurikulum dankokurikulum boleh saling melengkapi dalam proses pendidikan di sekolah,
4.2 Menambahkan bilangan pasukan pakaian seragam, persatuan/kelab, kelab sukan danpermainan serta mempelbagaikan aktiviti tersebut dengan tujuan memberi peluangkepada semua murid melibatkan diri dengan aktif secara individu atau berkumpulan,
4.3 Melibatkan murid daripada semua kaum dalam semua aktiviti kokurikulum yang sesuaiuntuk tujuan pemupukan perpaduan,
4.4 Melibatkan murid dan pihak sekolah dalam aktiviti khidmat masyarakat,
4.5 Melibatkan Jawatankuasa Bimbingan dan Kerjaya, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG),guru-guru, dan murid-murid, dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti kokurikulum,
4.6 Merancang dengan teliti aktiviti kokurikulum bagi mencapai matlamat yang dikehendaki,
4.7 Merekod dan menilai kemajuan aktiviti kokurikulum yang dijalankan,
4.8 Menganjur dan mengelola pertandingan yang melibatkan semua murid,
4.9 Menyelia dan menilai semua aktiviti secara sistematik dan berterusan,
4.10 Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada semua pihak dari semasa ke semasa.
5.0 PELAKSANAAN
5.1 Definisi
5.1.1 Kokurikulum adalah ”Kegiatan Kumpulan”,
5.1.2 ”Kegiatan kokurikulum” ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutandaripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yangmemberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh, dan mengamalkanpengetahuan, kemahiran, dan nilai yang dipelajari di bilik darjah,
5.1.3 Kokurikulum adalah kegiatan atau aktiviti selain mata pelajaran yang dipelajaridalam bilik darjah tetapi yang dianggap sebagai sebahagian daripada kursuspendidikan pelajar di sekolah,
5.1.4 Kokurikulum merupakan satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerjayang terancang. Gerakerja ini merupakan lanjutan daripada proses pengajarandan pembelajaran di bilik darjah. Oleh itu aktiviti-aktiviti kokurikulum dapatmenyediakan peluang kepada pelajar untuk menambah, mengukuh,mengamalkan pengetahuan, kemahiran, dan nilai-nilai yang telah dipelajari didalam bilik darjah,
5.1.5 Kokurikulum adalah bidang pengajaran luar bilik darjah atau yang tidak formal,
5.1.6 Kokurikulum adalah wadah pembinaan jasmani, emosi, dan rohani denganmenawarkan pelbagai pengetahuan, pengalaman, kemahiran, dan latihanberteraskan konsep pendidikan dan pembangunan modal insan yang bersepadudan menyeluruh. Pengetahuan, pengalaman, kemahiran yang mengandungiunsur-unsur intelek, disiplin kendiri, kepimpinan, keusahawanan, kreativiti daninovasi, kecintaan kepada alam semulajadi, kewarganegaraan dan kesetiaankepada bangsa dan negara, kebudayaan, intergrasi nasional, dan sebagainyaakan membantu pelajar menentukan hala tuju kehidupan masa depan yangterbilang,
5.1.7 Kokurikulum adalah aktiviti pembelajaran tidak formal yang berteraskankeperluan pelajar mengalami sendiri aktiviti-aktiviti kependidikan dalam keadaansebenar.
5.2 Hakikat kokurikulum dalam program pendidikan
Kokurikulum adalah sebahagian daripada Kurikulum Kebangsaan.
”Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatankokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan,dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya darisegi jasmani, rohani, mental, dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moralyang diingini dan untuk menyampaikan pengetuan”.
5.3 Kandungan kegiatan kokurikulum di sekolah
5.3.1 Kegiatan kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akanmengandungi perkara yang berikut;
a. Penyertaan dalam sukan dan permainan,
b. Penyertaan dalam persatuan dan kelab,c. Penyertaan dalam pasukan pakaian seragam,d. Penyertaan dalam kegiatan-kegiatan lain sebagaimana yang ditentukan
oleh Menteri.
5.3.2 Kegiatan kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan meliputikegiatan dalam persatuan yang ditubuhkan di sekolah daripada kategori berikut;
a. Mata pelajaran yang diajar di sekolah sebagaimana yang dinyatakandalam Peraturan-peraturan Pendidikan 1997,
b. Hobi dan rekreasi,c. Sukan dan permainan,d. Pasukan pakaian seragam,
e. Apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh Pendaftar.
5.4 Peruntukan Masa
Peruntukan masa untuk kegiatan kokurikulum seperti yang diwartakan dalam WartaKerajaan No. 5652 Jld. 11, Bil. 27 bertarikh 28 Disember 1967 adalah seperti berikut;
Sekolah RendahTahun Peruntukan Masa
3 dan 4 90 minit seminggu5 dan 6 180 minit seminggu
5.5.1 Guru Besar sebagai Penolong Pendaftar mempunyai kuasa untuk melantik gurusebagai guru penasihat bagi menjalankan tugas dalam aktiviti kokurikulumberdasarkan peruntukan masa yang sedia ada.
5.6 Kepentingan Kokurikulum
Aktiviti kokurikulum itu penting bagi melengkapkan pengetahuan dan pengalaman murid-murid di sekolah. Menerusi aktiviti kokurikulum perkembangan sosial, minat dan bakat,dapat diseimbangkan dengan perkembangan mental murid-murid. Aktiviti gerak kerja ini
juga dapat membantu menjadikan sekolah sebagai tempat yang menarik danmengembirakan murid-murid.
”Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan ialah untuk mewujudkan suatu bangsa
bercorak Malaysia yang bersatu padu dan dihormati. Hasrat ini akan dapat dicapai jikagenerasi muda sekarang dapat diberi pendidikan yang seimbang dan sempurna.Pendidikan yang seimbang dan sempurna sentiasa memberi penekanan kepada kedua-dua aspek iaitu akademik dan gerak kerja kokurikulum. Ini bermakna seseorang pelajar itu diberi didikan yang menyeluruh merangkumi aspek mental, fizikal, dan spiritual”.
YAB. Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi (1985)
5.7 Peranan Kokurikulum
5.7.1 Menyemai dan memupuk disiplin, nilai, dan sikap positif selaras dengan FalsafahPendidikan Kebangsaan dan Rukunegara.
5.7.2 Memupuk semangat kewarganegaraan dan perpaduan.
5.7.3 Memberi murid-murid pengalaman berhubung, bergaul, dan bersatupadu dalammasyarakat.
5.7.4 Mengukuh dan memperkayakan pengalaman yang murid-murid perolehi dalambilik darjah.
5.7.5 Memaju dan mengembangkan minat, bakat, dan kemahiran murid-murid dalambidang-bidang tertentu.
5.7.6 Melatih murid-murid mengisi masa lapang dengan kegiatan yang berfaedah disamping membina kesihatan dan kesejahteraan diri.
5.7.7 Memberi peluang dan galakan kepada murid-murid membuat kerja-kerjakhidmat kepada masyarakat.
5.7.8 Menyediakan peluang kepada masyarakat untuk memberi sumbangan kepadasekolah.
Dalam mengurus aktiviti kokurikulum sekolah, Guru Besar sebagai Penolong Pendaftar hendaklah menubuhkan Organisasi Pengurusan Kokurikulum Sekolah bagi membantu beliaumemantau, menilai, mencemerlangkan aktiviti kokurikulum sekolah.
Beberapa perkara yang perlu diambilkira semasa membentuk organisasi ini agar ia dapatmemberi faedah kepada pelajar-pelajar dan sekolah. Perkara-perkara tersebut adalah sepertiberikut;
i. Fungsi dan tanggungjawab setiap ahli (baik guru dan murid),ii. Kekerapan mengadakan mesyuarat,iii. Pembentukan Jawatankuasa Induk,iv. Pembentukan Jawatankuasa Kecil,v. Pelaporan berkala,vi. Dokumentasi
1.1 Merancang aktiviti kokurikulum sekolah – Rancangan Jangka Panjang/Pendek.1.2 Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya dua kali setahun.1.3 Menentukan peraturan kokurikulum sekolah.1.4 Menentukan takwim dan jadual aktiviti kokurikulum sekolah.1.5 Memastikan penglibatan pelajar secara menyeluruh.1.6 Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum peringkat zon,
daerah, negeri, dan kebangsaan.1.7 Memastikan guru mematuhi takwim dan jadual kokurikulum.1.8 Menentukan tarikh Temasya Sukan Tahunan, Merentas Desa, Hari Kokurikulum, Hari
Pendidikan, dan kegiatan-kegiatan lain.1.9 Menilai aktiviti kokurikulum dan membuat laporan tahunan.1.10 Memastikan konsep sukan untuk semua dan 1 Sukan 1 Murid dilaksanakan di
sekolah.1.11 Membuat anggaran perbelanjaan dan menentukan peruntukan kewangan yang akan
digunakan.1.12 Memberi pengikhtirafan dan penghargaan kepada guru dan pelajar yang telah
menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang masing-masing.1.13 Menentukan kegiatan sukan dan balapan dan padang di sekolah berjalan dengan
lancar.1.14 Membuat analisa, mengesan kelemahan dan kemajuan pencapaian sukan dan
mengambil tindakan yang positif bagi meninggikan lagi mutu sukan sekolah di manaperlu.
1.15 Menjalankan pentadbiran dan pengurusan asas hal-hal yang berhubung dengansukan.
1.16 Membahagikan murid-murid mengikut rumah sukan.1.17 Membantu guru besar menetapkan guru rumah sukan.
1.18 Menyelaras kegiatan/latihan rumah sukan sesuai dengan hari, masa, dan tempat1.19 Mengatur lengkap rancangan untuk sukan dan permainan.1.20 Menyediakan anggaran perbelanjaan sukan untuk setahun.1.21 Mengawasi dan menentukan keselamatan alat-alat sukan.1.22 Menentukan segala alatan sukan, padang, dan gelanggang dapat digunakan pada
bila-bila masa diperlukan.1.23 Menguruskan kenderaan/pengangkutan untuk ahli-ahli sukan sekolah untuk pergi ke
sesuatu tempat pertandingan.1.24 Menentukan keselamatan murid-murid sewaktu bersukan, berkhemah atau
menjalankan aktiviti berpersatuan.1.25 Menyediakan laporan-laporan lengkap mengenai aktiviti pertandingan sukan, kokuria,
pasukan pakaian seragam, dan kelab/persatuan di peringkat zon, daerah, negeri, dankebangsaan jika sekolah terlibat mengambil bahagian.
2.0 PENYELARAS/PENASIHAT SUKAN DAN PERMAINAN
2.1 Mendaftarkan ahli-ahli.2.2 Menyediakan borang keahlian.2.3 Menyenaraikan peraturan sukan dan permainan.2.4 Menyusun rancangan dan kegiatan semasa, mingguan, penggal, dan tahunan.2.5 Merekodkan segala kegiatan sukan dan permainan.2.6 Mencatat dan merekod kehadiran murid.2.7 Menyediakan laporan tahunan.
3.1 Mendaftarkan ahli-ahli.3.2 Menyediakan borang keahlian.
3.3 Menyenaraikan peraturan kelab/persatuan.3.4 Menyusun rancangan dan kegiatan semasa, mingguan, penggal, dan tahunan.3.5 Mengelola rancangan lawatan sambil belajar.3.6 Merekodkan segala aktiviti kelab/persatuan.3.7 Mencatat dan merekod kehadiran murid.3.8 Menyediakan laporan tahunan.
4.0 PENYELARAS/PENASIHAT PASUKAN PAKAIAN SERAGAM
4.1 Mendaftarkan ahli-ahli.4.2 Menyediakan borang keahlian.4.3 Menyenaraikan peraturan pasukan pakaian seragam.4.4 Menyusun rancangan dan kegiatan semasa, mingguan, penggal, dan tahunan.
4.5 Menghadiri mesyuarat peringkat zon, daerah, negeri, dan kebangsaan.4.6 Menentu dan merancang kewangan bagi tiap-tiap pasukan.4.7 Merekodkan segala aktiviti pasukan pakaian seragam masing-masing.4.8 Mencatat dan merekod kehadiran murid.4.9 Menyertai kegiatan peringkat zon, daerah, negeri, dan kebangsaan.4.10 Menyediakan laporan tahunan.
5.0 GURU PEMIMPIN/PENASIHAT
5.1 Memastikan mesyuarat agung diadakan bagi tujuan melantik AJK.5.2 Memastikan adanya perlembagaan dan peraturan unit masing-masing.5.3 Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah.
5.4 Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas seperti terkandung dalamperlembagaan.
5.5 Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama murid.5.6 Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang telah ditetapkan.5.7 Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan sukan, kelab/persatuan, dan
pasukan pakaian seragam.5.8 Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda/peralatan diuruskan dengan
baik.5.9 Memastikan minit mesyuarat dan laporan aktiviti disediakan.5.10 Mendaftarkan keahlian Pasukan Pakaian Seragam kepada PPD/Badan Induk.5.11 Bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta galakan kepada ahli
pasukan.5.12 Menguruskan penyertaan ahli-ahli dalam kegiatan di peringkat sekolah, zon, daerah,
negeri, dan kebangsaan dengan baik dan teratur.
6.0 JAWATANKUASA LAWATAN DAN REKREASI
6.1 Menubuhkan jawatankuasa.6.2 Mengenalpasti destinasi lawatan.6.3 Mengenalpasti bilangan dan kelayakan murid.6.4 Mendapatkan peruntukan/bantuan dari PPD/JPNP/PIBG/sekolah/ibu bapa, dan
6.5.1 Ibu bapa/penjaga.6.5.2 PPD/JPN Pahang.6.5.3 Dari tempat yang hendak dilawati.
6.6 Membuat jadual lawatan yang terperinci.6.7 Mengadakan aktiviti dalam lawatan.6.8 Laporan hasil lawatan dan perbelanjaan.
6.9 Memastikan guru dan peserta mesti akur kepada peraturan dan syarat-syarat lawatanyang telah ditetap dan diluluskan oleh JPN Pahang.
7.0 JAWATANKUASA PERAYAAN DAN UPACARA RASMI SEKOLAH
7.1 Menubuhkan jawatankuasa.7.2 Mengadakan mesyuarat JK sebelum dan selepas.7.3 Menentukan hari-hari perayaan atau upacara rasmi sekolah.7.4 Menentukan tarikh, masa, dan tempat.7.5 Menentukan tetamu kehormat dan jemputan.7.6 Membuat anggaran perbelanjaan dan pertandingan jika ada.7.7 Menyediakan aturcara program.7.8 Perhubungan dengan agensi-agensi dan jabatan-jabatan lain.
7.9 Mengagihkan tugas jawatankuasa kecil.7.9.1 Jemputan7.9.2 Sambutan/protokol7.9.3 Persiapan tempat7.9.4 Jamuan7.9.5 Pengacara7.9.6 Hiasan pentas7.9.7 Siaraya7.9.8 Hadiah7.9.9 Buku Program7.9.10 Publisiti7.9.11 Disiplin dan keselamatan7.9.12 Kebersihan
7.9.13 Persembahan7.9.14 Pameran7.9.15 Penyelaras upacara
7.10 Menentukan jadual kerja dan senarai semak7.11 Laporan dan penilaian perjalanan majlis.
8.0 PENGERUSI
8.1 Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab ke atas kesempurnaanmesyuarat.
8.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala tindakan yang diputuskandiambil tindakan sewajarnya.
8.3 Membincangkan semua program dan aktiviti mingguan, penggal, dan tahunan.8.4 Membincangkan semua kegiatan yang dirancang dapat dijalankan dengan baik dan
sempurna.8.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh GPK Kokurikulum dan Guru Besar
9.1 Memangku jawatan pengerusi semasa ketiadaannya.9.2 Membantu tugas-tugas pengerusi.9.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh GPK Kokurikulum dan Guru Besar
dari semasa ke semasa.
10.0 SETIAUSAHA
10.1 Menyelaras semua kerja urusetia untuk merancang dan mengelolakan aktiviti.10.2 Menguruskan hal-hal surat menyurat.10.3 Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat / laporan kegiatan-kegiatan.10.4 Mencatatkan kehadiran ahli-ahli.10.5 Menyediakan / mencetak sijil-sijil penyertaan / penghargaan.10.6 Menyimpan dokumen.10.7 Mendapatkan maklumat terkini ahli.10.8 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh GPK Kokurikulum dan Guru Besar
dari semasa ke semasa.
11.0 PENOLONG SETIAUSAHA
11.1 Menjalankan tugas-tugas setiausaha semasa ketiadaannya.11.2 Membantu tugas-tugas setiausaha dalam melancarkan tugasan.
12.0 BENDAHARI
12.1 Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan unit masing-masing.12.2 Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan
bertanggungjawab di atas pembetulannya.12.3 Menyediakan penyata kira-kira bulanan dan tahunan serta menandatanganinya.
12.4 Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta dalam mesyuarat AJK.12.5 Menyediakan penyata kewangan untuk mesyuarat agung.12.6 Mengeluarkan resit bagi penerimaan dan pembayaran yang dibuat.
13.0 PENOLONG BENDAHARI
13.1 Menjalankan tugas-tugas bendahari sewaktu ketiadaannya.13.2 Membantu tugas-tugas bendahari menyiapkan penyata kira-kira unit masing-
masing.
14.0 AHLI JAWATANKUASA
14.1 Menghadiri mesyuarat/perjumpaan kelab/persatuan atau pasukan pakaianseragam masing-masing.
14.2 Menjalankan tugas sebagai membantu/merancang/memberi idea bagikelancaran aktiviti persatuan masing-masing.
14.3 Mempengerusikan biro-biro kecil sekiranya dilantik.
15.1 Memeriksa secara terperinci laporan kewangan kelab/persatuan atau pasukanpakaian seragam serta mengesahkannya sebelum mesyuarat agung setiap unitdiadakan.
1.0 SEMASA MENYERTAI AKTIVITI PASUKAN PAKAIAN SERAGAM
1.1 Mendapatkan kebenaran ibu bapa/penjaga murid untuk anak-anak jagaanmereka menyertai aktiviti pasukan pakaian seragam.1.2 Guru pemimpin hendaklah memastikan kawasan untuk diadakan aktiviti adalah;
1.2.1 Bukan kawasan bencana alam.1.2.2 Bebas dari ancaman/gangguan binatang buas/berbisa.1.2.3 Bebas dari wabak penyakit.1.2.4 Mempunyai kelengkapan asas yang mencukupi dan mudah dihubungi
jika berlaku kecemasan.1.3 Membuat peraturan.1.4 Bekalan ubatan yang mencukupi.1.5 Memberi penerangan yang jelas tentang peraturan menggunakan alatan
terutama alatan yang membahaya dan tajam.1.6 Semua alatan tajam dan mudah pecah, harus diletakkan di tempat yang selamat
dan yang telah disediakan.1.7 Memberi latihan yang mencukupi dan terkawal.1.8 Jumlah peserta yang berpatutan dengan bilangan guru penasihat. Nisbah 10
orang murid – 1 orang guru.1.9 Setiap aktiviti/kerja, seorang guru penasihat mesti ada bersama, lebih-lebih lagi
bila menggunakan alatan tajam dan membahayakan1.10 Memberi peringatan tentang keselamatan diri kepada murid-murid setiap kali
hendak memulakan sesuatu aktiviti.1.11 Mengadakan jadual bertugas untuk mengelakkan murid yang sama melakukan
banyak kerja. Pastikan murid mendapat masa rehat yang mencukupi sebelummemulakan sesuatu aktiviti baru.
1.12 Sebelum meninggalkan kawasan aktiviti, pastikan kawasannya dibersihkanterlebih dahulu dan sebarang objek yang membahaya dibuangkan di tempatyang ditentukan atau ditanam dengan tujuan untuk keselamatan pengguna akan
datang.
2.0 PERATURAN MENGGUNAKAN ALATAN SUKAN
2.1 Stor sukan adalah tempat larangan untuk murid kecuali dengan kebenaran guru.2.2 Segala penggunaan alatan mestilah direkodkan.2.3 Peralatan sukan hanya boleh dikeluarkan oleh guru atau murid dengan
kebenaran guru.2.4 Pemulangan alatan sukan mestilah dilakukan oleh guru. Murid boleh membantu.2.5 Semasa menggunakan alatan sukan, guru mestilah;
2.5.1 Memastikan murid menggunakan alatan dengan betul, contohnya bola jaring tidak digunakan sebagai bolasepak.
2.5.2 Melakukan aktiviti seperti yang diarahkan oleh guru, bukan mengikutcitarasa sendiri.
2.6 Tidak menggunakan banyak jenis alatan dalam satu-satu masa.2.7 Tempat khas bagi alatan membahaya (tajam dan berat).2.8 Stok alatan disimpan dengan kemas untuk memastikan keselamatan, mudah
diambil/disimpan, dan mudah dilihat.2.9 Guru-guru hendaklah sentiasa menegaskan tentang keselamatan menggunakan
alatan.2.10 Adalah diingatkan guru dan murid wajib memakai pakaian yang sesuai untuk
3.1 Guru hendaklah tahu taraf kesihatan murid.3.2 Selepas selesai latihan, semua peralatan hendaklah disimpan semula di stor
sukan untuk mengelakkan daripada digunakan oleh murid lain yang bolehmendatangkan berbagai kemungkinan.3.3 Jurulatih,guru penasihat mesti ada bersama ketika murid membuat latihan.3.4 Jurulatih/guru penasihat mesti memastikan;
3.4.1 Padang dan gelanggang bebas dari sebarang objek membahaya ataukeadaan yang boleh mendatangkan bahaya/kecederaan kepada murid.
3.4.2 Peralatan berada dalam keadaan baik dan selamat digunakan.3.5 Jurulatih/guru penasihat mesti menerangkan dengan jelas semua peraturan
permainan dan langkah keselamatan dalam permainan.
4.0 LOMPATAN
4.1 Guru mesti ada bersama setiap kali murid membuat latihan.4.2 Peralatan hanya boleh dibawa keluar dari stor sukan apabila diarahkan oleh
guru.4.3 Kawasan latihan tiada objek bahaya dan bebas daripada sebarang gangguan
binatang buas/berbisa dan murid yang tidak berkenaan.4.4 Lompat Tinggi;
4.4.1 Tiang dan palang berkeadaan baik dan selamat.4.4.2 Mempunyai alas/tilam yang sesuai dan selamat.
4.5 Lompat Jauh:4.5.1 Kawasan mendarat/pasir tidak terdapat objek bahaya.4.5.2 Pasir cukup untuk menampung jatuhan murid.4.5.3 Pasir hendaklah digembur dahulu sebelum digunakan.
4.6 Lompatan hanya dilakukan apabila mendapat arahan daripada guru.4.7 Memastikan murid tidak membuat lompatan selagi murid terdahulu belum lagi
beredar dari kawasan mendarat dan berada di kawasan selamat.
5.0 BALINGAN
5.1 Guru mesti ada bersama setiap kali murid membuat latihan.5.2 Peralatan hanya boleh dibawa keluar dari stor sukan apabila diarahkan oleh
guru.5.3 Kawasan balingan/lontaran mestilah jauh dari kawasan acara lain dan pastikan
tidak ada murid lain yang tidak berkenaan menghampiri kawasan acara inidijalankan.
5.4 Cara memegang/membaling/melontar mestilah ditunjukkan dengan jelas dandidemonstrasikan oleh guru terlebih dahulu.
5.5 Semua murid mestilah berada di belakang kawasan balingan/lontaran apabilalontaran dibuat.
5.6 Balingan/lontaran seterusnya tidak dibuat selagi tidak mendapat arahan guru.5.7 Pastikan juruukur dan pemungut alatan telah keluar dari kawasan balingan dan
6.1 Guru mesti ada bersama setiap kali murid membuat latihan.6.2 Peralatan hanya boleh dibawa keluar dari stor sukan apabila diarahkan oleh
guru.6.3 Kawasan lorong larian tiada objek bahaya, bebas dari sebarang gangguan.
6.4 Memastikan alatan berada dalam keadaan baik dan selamat.6.5 Memberi latihan menggunakan spike secukupnya supaya tidak mendatangmasalah kecederaan ketika murid memakainya ketika bertanding.
6.6 Cara memegang baton, teknik larian, pecutan, dan penamat mestilah ditunjukkandengan jelas dan didemonstrasikan oleh guru terlebih dahulu.