FAKULTI INOVASI PERNIAGAAN DAN PERAKAUNAN(FIPP)
SUBJEK:ASAS EKONOMI ISLAM(BPE 2033)
TAJUK:PERANAN ZAKAT DALAM PEMBANGUNAN UMMAH
PENSYARAH:PUAN DINA SYAFINI BINTI ZAID
DISEDIAKAN OLEH:NORASHIKIN BINTI MOHAMAD RASOL (111231)NOR
ZAHAIDA BINTI MD ZAID (111229)NUR WAHYUNI BINTI HUSIN (120009)
TARIKH HANTAR:30 SEPTEMBER 20131.0 ISI KANDUNGAN ISI
KANDUNGAN2
Penghargaan3 Pendahuluan44.0 PERANAN ZAKAT DALAM PEMBANGUNAN
UMMAH4.1 Definisi Pembangunan Ummah Dan Zakat64.2 Sejarah
Pembagunan Zakat Dalam Pembagunan Tamadun Ummah84.3 Program
Pembangunan Ummah Melalui Zakat94.3.1 Program Pembangunan
Sosial104.3.2 Program Pembangunan Ekonomi134.3.3 Program
Pembangunan Pendidikan164.3.4 Program Institusi Keagamaan174.3.5
Program Pembangunan Modal Insan205.0 KESIMPULAN ATAU CADANGAN236.0
RUJUKAN247.0 LAMPIRAN25
2.0 PENGHARGAANAlhamdulillah segala puji-pujian kepada Allah
tuhan sekalian alam. Selawat salam ke atas Junjugan Besar Nabi
Muhammmad SAW beserta ahli keluarga baginda dan sahabatnya.
Seterusnya kepada keluarga, dan sahabat-sahabat kami. Terlebih
dahulu saya panjatkan kesyukuran ke hadrat ilahi kerana dengan
limpah kurnia-Nya, kertas kerja ini dapat disiapkan. Kepada
pensyarah pula, berbanyak terima kasih kerana memberi kami tugasan
ini, kerana melalui tugasan ini, kami memperolehi pengalaman dan
pengetahuan yang lebih mendalam berkaitan dengan subjek yang kami
pelajari. Tugasan ini banyak memberi input-input yang berkesan.
Selain itu juga kami, mengetahui dengan lebih mendalam tetang makna
Ekonomi Islam dan seterusnya tentang peranan zakat yang sebenarnya
dalam pembangunan Ummah.Secara keseluruhannya, jika kita meneliti
secara mendalam dan meluas tentang zakat adalah membawa satu
definisi serta perspektif yang sangat meluas. Dari sejarah awal,
zakat merupakan peranan dalam membantu saudara sesama kita dari
segi ekonomi, sosial, pendidikan dan sebagainya. Hal ini untuk
mengurangkan beban yang ditanggung oleh saudara yang lain. Terdapat
satu hadis yang bermaksudSeorang Muslim itu merupakan saudara
kepada Muslim yang lain. Dia tidak boleh menganiayainya atau
membiarkannya (teraniaya).Akhir kata daripada kami, ekonomi Islam
merupakan satu bidang yang penting bagi pembanguan ekonomi untuk
tidak menganiayai saudara sesama kita. Terima kasih lagi kepada
yang terlibat dalam penghasilan kertas kerja ini. sekian.
3.0 PENDAHULUANFirman Allah Taala dalam surah At-Taubah ayat 30
:Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang yang
miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang baru, untuk
memerdekakan hamba, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah
dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu
ketetapan yang wajibkan Allah Maha Mengetahui lagi Maha
Bijaksana.Ayat diatas menerangkan tentang kepentingan berzakat
dalam masyarakat dan juga kewajipan mendahulukan pembayaran zakat
serta golongan yang layak menerima zakat. Antaranya ialah orang
miskin (masaqin), golongan ini merupakan seseorang yang mempunyai
pekerjaan atau hasil usaha yang hanya memenuhi sebahagian keperluan
asasinya tetapi tidak mencukupi untuk menampung keperluan harian
dan juga menampung tanggunganya. Selain itu Amil juga adalah
golongan yang menerima zakat. Mereka adalah golongan yang terlibat
secara langsung dengan institusi zakat samaada individu atau
organisasi bagi menguruskan mentadbir zakat. Disamping itu juga
golongan Muallaf pula merupakan mereka yang menjinakkan hati mereka
untuk menerima Islam tetapi belum kukuh Islamnya. Selain itu
golongan yang layak menerima zakat ialah mereka yang merdeka dari
penghambaan. Memerdekakan orang Islam daripada cengkaman
penghambaan dan penaklukan samada dari segi fizikal atau
mental.Seterusnya, orang yang berhutang untuk memenuhi keperluan
asas bagi kemaslahatan diri dan golongan yang dibenarkan oleh hukum
syarak. Golongan penerima zakat yang lain ialah orang yang berjihad
dijalan Allah ( Fisabilillah). Golongan ini merupakan orang atau
pihak yang melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti atau aktiviti
yang menegak, mempertahankan dan mendakwahkan Islam serta
kebajikannya. Musafir (Ibnu Sabil) ialah orang yang dalam
perjalanan bagi maksud yang dibenarkan oleh hukum syarak dari
mana-mana jua negeri atau negara yang memerlukan bantuan.
Hadis riwayat Abu Hurairah ra, ia berkata: Rasulullah SAW
mengutus Umar untuk menarik zakat. Lalu dikatakan bahawa Ibnu
Jamil, Khalid Al walid dan Abba, bapa saudara Nabi SAW enggan
mengeluarkan zakat. Lalu Rasulullah SAW bersabda: Penolakan Ibnu
Jamil tidak lain hanyalah pengingkaran terhadap nikmat, dahulu ia
melarat, lalu Allah menjadikannya kaya. Adapun Khalid, maka
kalianlah yang menganiayai Khalid. Dia telah mewakafkan baju besi
dan peralatan perangnya pada jalan Allah S.W.T. Sedangkan Abbas,
maka zakatnya menjadi tanggunganku begitu pula zakat. Kemudian
beliau bersabda: Hai Umar, tidakkah engkau merasa bahawa bapa
saudaraku seseorang itu mewakili ayahnya? (Sahih Muslim no.
1634)Hadis menerangkan tentang mendahulukan zakat keenggangan
mengeluarkan zakatnya. Hadis riwayat Abu Hurairah ra:Bahwa Nabi SAW
bersabda: Allah S.W.T berfirman: Hai anak cucu Adam, berinfaklah
kamu, maka Aku akan memberikan ganti kepadamu. Rasulullah SAW
bersabda: Anugerah itu penuh deras. Idnu Numair berkata: Malaan
adalah pemberian yang banyak dan mendatangkan keberkatan, tidak
mungkin kurang oleh apapun di waktu malam dan siang. (Sahih
Muslim)
4.0 PERANAN ZAKAT DALAM PEMBANGUNAN UMMAH4.1Definisi Pembangunan
Ummah Dan ZakatPembangunan ummah yang dimaksudkan disini ialah
usaha secara berterusan sepanjang hayat untuk memupuk
potensi-potensi yang ada dalam diri seseorang individu agar baik
dan berpandukan dengan rukun-rukun dan syariat dalam Islam itu
sendiri. Dalam pandangan Islam sendiri sememangnya ada menyebutkan
tentang kejadian manusia dimuka bumi ini sebagai seorang khalifah.
Allah S.W.T sebenarnya sangat melarang manusia yang diberikan akal
fikiran ini terhasut oleh dorongan nafsu yang mana kebanyakkannya
hanya menipu dan mempermainkan. Golongan yang hanya terpedaya oleh
hawa nafsu ini tentu sekali tidak akan memberi sumbangan yang
positif dan bernilai kepada kesejahteraan ummah. Yang ada hanya
kepentingan untuk diri mereka sahaja. Pembangunan ummah sebenarnya
merujuk kepada Tazkiyat al-Nafs iaitu pembersihan diri. Konsep ini
diwarisi sejak zaman kenabian lagi untuk sekalian manusia dimuka
bumi ini. Ianya bertujuan untuk membatalkan segala sifat-sifat
mazmumah yang ada pada diri manusia. Pembangunan ummah ini adalah
usaha untuk mengangkat sifat-sifat manusia daripada yang buruk
kepada yang baik. Ianya juga bertujuan untuk melahirkan ummah yang
maju dan berindentiti jelas serta mantap dan memiliki akhlak yang
mulia. Ini juga menjadi matlamat yang utama yang sering
dibangkitkan dan cuba disemarakkan oleh Rasulullah SAW sejak dulu
lagi. Dalam sejarah ada juga mengatakan, bahawa usaha yang
dilakukan oleh Rasulullah SAW diawal kebangkitan baginda di Kota
Mekah, baginda cuba untuk memupuk dan membangunkan potensi diri
manusia yang sememangnya menjadi satu tugas utama baginda SAW.
Manusia juga sebenarnya memiliki hakikat dan kehebatan tersendiri.
Kesemua ini dapat dijana dengan usaha membangunkan ummah dengan
niat ikhlas kerana Allah serta dalaman seseorang individu tersebut
yang memainkan peranan dalam proses pembangunan setiap individu
ummah. Menurut al-Quran dalam surah al-Hijr ayat 15:28-9 ada
menyebutkan bahawa manusia dicipta oleh Allah S.W.T daripada dua
unsur iaitu fizikal yang berbentuk jisim dan abstrak yang merujuk
kepada sifat-sifat yang hanya zahir daripada perlakuan. Kehebatan
yang dianugerahkan kepada manusia sangat istimewa berbanding dengan
makhluk-makhluk yang lain. Ianya juga dicatatkan di dalam al-Quran
yang mana kisah berkaitan dengan Nabi Sulaiman a.s. dan Puteri
Balqis dalam surah an-Naml 27:38-40. Daripada kisah yang
diceritakan di dalam surah ini, ternyata Allah telah memberikan
kelebihan kepada manusia, bukan sahaja dari fizikal malahan ianya
juga meliputi rohani seseorang itu sendiri.Dari perspektif Islam,
pembangunan ummah dikaitkan dengan peradaban juga berasal daripada
perkataan umran, adab dan dinnum atau dainum. Umran membawa makna
harta, kawasan yang didiami, berkembang subur dan maju. Konsep
peradaban atau tamadun menerangkan tentang pencapaian dalam bidang
material dan spiritual. Tamadun terbahagi kepada dua iaitu tamadun
Islam dan tamadun jahiliyah. Zakat secara bahasa bermaksud tumbuh,
berkembang dan berkah (H.R. At-Tirmidzi) dan juga bermaksud
membersihkan atau menyucikan (QS. At-Taubah :10). Seseorang yang
membayar zakat kerana keimanannya nescaya akan memperoleh kebaikan
yang banyak seperti mana firman Allah yang bermaksud: Pungutlah
zakat dari sebahagian kekayaan mereka dengan zakat itu kamu
membersihkan dan menyucikan mereka. (surah At-Taubah :103).Menurut
terminologi syariah atau mengikut istillah syarak, zakat bermaksud
kewajiban atas harta atau kewajiban atas sejumlah harta tertentu
untuk kelompok tertentu dalam waktu tertentu. Sementara menurut
istillah infaq pula bermaksud mengeluarkan harta yang mencakupi
zakat dan bukan zakat. Infaq ada yang wajib dan ada yang sunat
untuk dilakukan. Infaq yang wajib diantaranya ialah zakat, kafarah,
nadzar dan sebagainya. Manakala bagi infaq sunat pula ialah infaq
kepada orang fakir miskin sesama muslim, infak bencana alam, infak
kemanusiaan dan sebagainya. Zakat merupakan salah satu rukun Islam,
dan menjadi salah satu unsur pokok bagi tegaknya syariat Islam.
Oleh sebab itu hukum membayar zakat adalah wajib (fardu) atas
setiap muslim yang telah memenuhi syarat-syarat tertentu. Zakat
terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu zakat harta, zakat
perniagaan, zakat emas dan perak, zakat ternakkan, zakat pertanian,
zakat ma-din dan kekayaan laut, zakat rikaz (harta karun), dan
sebagainya. Zakat merupakan ibadah yang memiliki cirri-ciri
tertentu yang membawa banyak makna. Oleh itu zakat memiliki banyak
hikmah yang baik dan tersendiri dalam sesuatu perkara. Zakat juga
banyak menolong dan membantu seseorang dan dapat menyucikan diri
seseorang muslim di dunia ini.
4.2Sejarah Perkembangan Zakat Dalam Menjadi Pembangunan Tamadun
Ummah
Sejak azali lagi zakat memainkan beberapa peranannya dalam
ketamadunan ummah. Syariat zakat telah diturunkan kepada nabi-nabi
dan rasul terdahulu. Ini terbukti melalui firman Allah dalam
Al-Quran. Kisah Qarun didalam Al-Quran adalah bukti kukuh bahawa
amalan zakat bukanlah perkara baharu. Semasa zaman pra Islam,
Khadijah r.a telah menggunakan seluruh harta kekayaannya demi
memperjuangkan Islam. Walaubagaimanapun pada ketika itu zakat masih
belum diwajibkan keatas muslim. Pada masa zaman awal Islam, Allah
S.W.T masih belum mewajibkan zakat keatas orang muslim, tetapi
amalan para sahabat telah selari dengan zakat. Pada zaman madinah,
Allah telah menurunkan pelbagai ketetapan kehidupan. Ia termasuklah
syariat berzakat. Zakat pada zaman Madinah, disyariatkan pada tahun
kedua selepas hijrah. Apabila negara Islam semakin meluas, maka
Nabi Muhammad SAW telah mengutuskan dikalangan sahabatnya menjadi
gabenor dan sekaligus menjadi tempat rujukan rakyat dalam urusan
hukum-hakam termasuklah syariat berzakat.Zakat mulai disyariatkan
pada tahun kedua hijriah. Di mana pada tahun tersebut zakat fitrah
diwajibkan pada bulan ramadhan, sedangkan zakat Mal diwajibkan pada
bulan berikutnya (syawal). Oleh itu permulaan diwajibkan zakat
fitrah kemudiannya adalah zakat mal (zakat kekayaan). Keahlian
orang-orang muhajirin adalah berdagang. Pada satu hari, Saad Bin
Ar-Rabi menawarkan hartanya kepada Abdurrahman Bin Auf tetapi
beliau menolaknya. Ia hanya meminta ditunjukan jalan ke pasar, di
sanalah dia mulai berdagang mentega dan keju. Dalam waktu tidak
lama, berkat kecekapannya berdagang, dia menjadi kaya kembali.
Bahkan sudah mempunyai khafilah-khafilah yang pergi dan pulang
membawa dagangannya. Selain Abdurrahman orang-orang muhajirin
banyak yang melakukan hal yang serupa. Perhatian orang-orang Mekah
pada pedagangan ini diungkapkan dalam Al-Quran yang bermaksud orang
yang tidak dilalaikan oleh pedagangan dan jual beli dari mengingati
Allah, melaksanakan solat dan menunaikan zakat. Mereka takut kepada
hari ketika hati dan penglihatan menjadi goncang (hari kiamat).
Surah An-nur :37. Selain itu juga tedapat beberapa dalil yang
menyatakan mengenai zakat. Antaranya ialah surah Ar-Rum, ayat
39:Dan apa yang kamu berikan berupa zakat yang kamu maksudkan untuk
mencapai keredhaan Allah, maka (yang berbuat demikian) itulah
orang-orang yang melipat gandakan pahalanyaMenjelang tahun kedua
hijriah, Rasulullah SAW telah memberi batasan mengenai
aturan-aturan dasar, bentuk-bentuk harta yang wajib dizakati, siapa
yang harus membayar zakat dan siapa yang berhak menerima zakat. Dan
sejak saat itu zakat telah berkembang dari sebuah amalan sukarela
menjadi kewajipan sosial dan keagamaan yang dilembagakan yang
diharapkan dipenuhi oleh setiap muslim yang hartanya telah mencapai
nisab, jumlah minimum kekayaan yang wajib dizakati.
4.3 Program pembangunan ummah melalui zakat
Zakat merupakan salah satu cara bagi membantu orang atau
golongan yang memerlukan dan seterusnya untuk melakukan proses
dalam pembangunan sesebuah tempat atau Negara. Zakat bukan sahaja
memberi faedah kepada Negara tetapi juga kepada seseorang individu
untuk membangunkan diri mereka sendiri.Dalam agama Islam amil
memainkan peranan sebagai seseorang yang menguruskan dana zakat
untuk memberikan hasil yang maksimum untuk memastikan terbentuknya
tamadun ummah. Kesan zakat adalah kearah mencapai pembasmi
kemiskinan, peningkatan perkembangan ekonomi dan peningkatan
kualiti hidup seseorang muslim dari pelbagai aspek iaitu
pembangunan insan, pendidikan, kesihatan dan yang lain iaitu secara
holistik yang menepati ciri-ciri tamadun. Pihak yang berkuasa telah
menyusun beberapa program pembangunan mengikut keutamaan selaras
dengan ketamadunan ummah. Antara program tersebut ialah program
pembangunan sosial, pembangunan pendidikan, pembangunan ekonomi,
pembangunan insan, dan pembangunan institusi agama.Dalam menjayakan
program-program pembangunan tersebut peruntukkan dana telah
ditetapkan oleh pihak yang berwajib. Dana-dana tersebut merupakan
datangnya daripada pembayaran zakat oleh orang muslim diseluruh
Negara Malaysia ini sendiri. Hal ini jelas menunjukkan zakat
membawa banyak faedah peranan yang baik bagi pembangunan sesebuah
ummah itu sendiri. Amil juga sentiasa menjadi dasar tamadun Islam
sebagi garis panduan dalam melaksanakan tanggunjawab sebagai amil
yang membimbing dan menentukan halatuju penggunaan dana zakat iaitu
menepati matlamat sebagai pemangkin tamadun ummah yang seimbang
antara spiritual dan material.Zakat mempunyai banyak peranannya
dalam kehidupan seharian umat Islam itu sendiri. Terdapat pelbagai
program yang telah dilaksanakan oleh jabatan agama Islam negeri
mengikut keutamaan selaras dengan ketemadunan ummah. Antara program
pembangunan tersebut ialah :4.3.1 Program Pembangunan Sosial Zakat
digunakan dalam pembangunan sosial yang bertujuan memenuhi
keperluan asasi asnaf seperti perlindungan, sara diri atau sara
hidup, makanan dan kesihatan. Dengan adanya zakat seseorang
individu Islam dapat terjamin kehidupan mereka dan seterusnya dapat
membantu untuk memajukan diri dan negara Islam itu sendiri. Selain
itu juga, pembangunan dalam bidang pendidikan juga mampu untu
membangunkan pembangunan ummah. Melalui zakat juga dapat membantu
anak-anak asnaf fakir dan miskin serta asnaf yang lain dalam
mendapat pendidikan yang baik.Allah S.W.T telah mewajibkan zakat
sebagai salah satu jaminan sosial kepada masyarakat terutama kepada
golongan yang amat memerlukan, meningkatan pertumbuhan ekonomi yang
seimbang melalui agihan semula kekayaan dalam masyarakat dan
seterusnya sebagai penyucian dan pembangunan rohani setiap muslim.
Dalam pembangunan sosial juga dapat membantu asnaf miskin
memberikan tumpuan berusaha menambahkan pendapatan keluarga tanpa
perlu lagi memikirkan tentang desakan tempat tinggal atau kewangan
bulanan atau musibah penyakit yang dihadapi. Zakat merupakan salah
satu program Islam yang dipandang sebagai hak terhadap orang-orang
yang memerlukannya. Zakat juga dapat memberikan kerjasama antara
orang miskin dan orang kaya kerana seorang pedangang akan
memerlukan kerjasama dengan orang lain dengan cara jual beli dan
juga setiap aktiviti ekonomi secara mutlak dapat dipastikan dengan
adanya masyarkat dapat memberikan barang dagangan tersebut dan juga
dapat membeli daripada pertanian. Ini merupakan untuk
memperkukuhkan ikatan antara orang-orang muslim.Hal ini juga
sekaligus memberi informasi terhadap setiap individu dari mereka,
bahkan ini menjadi tanggungjawab bersama antara satu dengan yang
lainnya. Kewajipan zakat mendorong perkembangan dalam pembangunan
masyarakat. Dengan adanya tolong menolong dan pergaulan antara satu
sama lain dapat meringankan beban, sakit dan bahaya yang
kemungkinan akan berlaku dikalangan muslim.Islam menggalakkan
kerjasama, tolong menolong antara individu dalam satu masyarakat
kerana al-Quran menggariskan bahawa tolong menolong wajib dilakukan
dalam mewujudkan kebaikan. Dalam al-Quran, Allah
berfirma:Bermaksud: wajib dan bukan untuk menunjuk-nunjuk, dengan
erti lain adalah menolong adalah wajib dalam setiap kebaikan. Dan
ini merupakan wajib kifayah di mana jika mengerjakan maka
sebahagian yang lain tidak mendapat dosa.Ada juga kalangan asnaf
miskin yang memerlukan bantuan daripada segi perlindungan dan
terpaksa menyewa, disamping pendapatan mereka yang tidak mencukupi,
dengan adanya zakat ini dapat membantu membiayai rumah sewa mereka.
Contohnya, sumbangan tersebut diberikan daripada LZS (Lembaga Zakat
Selangor). Kegiatan ini adalah supaya mengelakkan kalangan tersebut
tinggal di rumah uzur, bocor, reput, dan tidak selamat diduduki.
Lembaga Zakat Selangor juga menyediakan bantuan baik pulih rumah
untuk mereka yang mempunyai rumah tetapai menghadapi banyak
kerosakan. Manakala asnaf miskin yang tidak mempunyai tanah pula
Lembaga Zakat Selangor bina penempatan berkelompok untuk mereka
seperti Desa Kasih dan Desa Ehsan. Sehingga kini Lembaga Zakat
Selangor mempunyai 13 buah Desa Kasih.Selain itu, ada juga kalangan
asnaf miskin ini mempunyai pendapatan bulanan yang amat tidak
mencukupi atau tiada pendapatan tetap, seperti mana yang ditetapkan
di dalam garis panduan Lembaga Zakat Selangor. Sebagai contoh,
Lembaga Zakat Selangor membantu dengan meringankan hidup mereka
dengan memberi bantuan makanan dan kewangan bulanan. Di samping itu
juga, Lembaga Zakat Selangor membiayai rawatan yang dihadapi oleh
mereka seperti sakit kronik antaranya dialysis, kanser, sakit
jantung dan sebagainya.Lembaga Zakat Selangor juga memberi
keutamaan kepada aspek keselesaan kehidupan, dengan memberi
bantuan-bantuan harian kepada golongan yang memerlukan. Bukan hanya
pada hari-hari biasa tetapi Pusat Zakat Selangor juga banyak
menekankan waktu-waktu penting seperti hari perayaan, hari
permulaan sekolah dan sebagainya. Pusat Zakat ini akan memberikan
bantuan seperti bantuan Hari Raya yang bertujuan menggembirakan
asnaf fakir dan miskin, bantuan persekolahan bagi golongan fakir
dan miskin dan sebagainya. Bantuan-bantuan ini seharusnya
diteruskan dari semasa ke semasa kerana ini dapat membantu golongan
yang memerlukan.Asnaf sebenarnya ingin mengubah diri mereka ke arah
yang lebih positif. Namun perlu difahami perubahan ini memerlukan
masa yang amat panjang kerana ia melibatkan perubahan sikap dan
budaya hidup seseorang terutamanya yang fakir dan miskin. Momentum
perubahan ini perlu dirangsang melalui program yang berguna dan
bermanfaat anjuran institusi zakat. Pada masa kini, program
keusahawanan anjuran institusi zakat adalah satu program yang baik
untuk mengubah hidup mereka agar keluar daripada jurang kemiskinan.
Golongan asnaf ini juga perlulah diberi peluang menjalankan
kegiatan yang bersifat kemasyarakatan dan diberi elaun sebagai
ganti zakat bulanan atau elaun tambahan kepada bantuan zakat
bulanan sebagai insentif untuk memotivasikan mereka
sekurang-kurangnya melakukan sesuatu pekerjaan sosial. Walaupun
aktiviti sosial yang dilakukan tidaklah begitu hebat tetapi dapat
mengubah cara hidup mereka daripada selama-lamanya menerima
zakat.Majoriti golongan asnaf di Malaysia ini berminat untuk
menyertai khidmat sosial. Walaupun mereka mempunyai tahap
pendidikan yang rendah berbanding masyarakat sekeliling. Namun
mereka sebenarnya mempunyai kemahiran yang tersendiri yang boleh
disumbangkan kepada masyarakat itu sendiri. Apa yang boleh
diketengahkan di sini, institusi zakat perlulah untuk memikirkan
satu mekanisme yang baik untuk membolehkan golongan asnaf ini
terutamanya fakir dan miskin dapat menyumbangkan tenaga mereka
kepada masyarakat terutamanya yang melibatkan aktiviti dan program
sosial atau kemasyarakatan.Kebaikan daripada pelaksanaan program
ini, golongan asnaf dapat berubah sikap ke arah perubahan kendiri
yang positif secara perlahan-lahan mengikut potensi yang mereka
ada. Selain itu juga, mereka boleh berubah sikap dengan bergaul
rapat dengan masyarakat mengikut potensi dan kemahiran yang mereka
miliki. Masyarakat boleh mendapat manfaat daripada kemahiran yang
mereka ada, terutamanya daripada aktiviti masyarakat yang
memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi tetapi berkemungkinan dapat
dikurangkan melalui program ini. Perlaksanaan program ini dapat
dilakukan secara efisien atau berkesan sekiranya wujudnya satu
pemantauan yang rapat diperingkat mukin atau kampung. Oleh itu
peranan amil mukim amat penting untuk menjayakan program ini
memandangkan amil mukim adalah mereka yang rapat dengan masyarakat
setempat, biasanya terdiri daripada imam, atau jawatan kuasa masjid
yang mengendalikan modal insan penduduk kampung dan mengenali
budaya tempatan dikawasan tersebut.4.3.2 Program Pembangunan
EkonomiBahkan itu juga dalam memajukan pembangunan ummah
pembangunan ekonomi juga dibantu oleh dana zakat. Pembangunan
ekonomi adalah bertujuan bagi meningkatkan taraf ekonomi asnaf
melalui projek keusahawanan. Dengan membantu ummah yang berniaga
dapat meningkatkan ekonomi negara itu sendiri. Seterusnya melalui
dana yang sama pembangunan dapat dijalankan dengan giat lagi. Bagi
melahirkan sesebuah negara Islam, ekonomi perlulah seiring dengan
pembangunan ummah. Zakat juga mampu mengikis rasa sombong golongan
kaya dan mengelak golongan fakir miskin dari meminta-minta. Harta
yang diperoleh golongan kaya sebenarnya terdapat sebahagian hak
golongan fakir dan menjadi kewajipan golongan kaya menunaikan hak
tersebut. Hal ini kerana peranan zakat adalah untuk mengimbangi
jurang ekonomi antara golongan yang kaya dengan golongan yang
miskin. Hal ini juga mampu untuk mengeratkan silaturahim diantara
ummah negara ini.Manakala bagi ekonomi pula, Lembaga Zakat Selangor
juga mewujudkan peluang pekerjaan dan peluang perniagaan. Bantuan
yang diberikan berbentuk suntikan modal, meningkatan ilmu
keusahawanan, pengurusan kewangan, pemasaran, kualiti produk dan
jenama, bimbingan dan pemantauan berterusan. Melalui program yang
dilakukan juga negara Malaysia akan dapat melahirkan ramai golongan
usahawan yang berjuang dalam kehidupan untuk menjalankan
perniagaan. Walhal dengan itu juga, rezeki yang ada dalam muka bumi
Allah ini adalah 9/10 datangnya dari perniagaan. Oleh itu, pusat
zakat banyak menekankan untuk melahirkan ramai usahawan dan
mencipta peluang perniagaan kepada golongan penerima zakat
ini.Sebagai contohnya, Lembaga Zakat Selangor telah memberi peluang
kemahiran kepada asnaf melalui dua projek iaitu projek yang pertama
adalah usahawan kelompok iaitu satu usaha yang dihimpunkan untuk
membuat satu perniagaan yang sama contohnya Usahawan Bergerak,
Usahawan Pasar Rakyat Asnaf dan Usahawan Bazar Ramadhan dan yang
kedua pula adalah projek berkelompok merupakan projek yang
melibatkan asnaf yang miskin yang berkemahiran dan mereka diberikan
gaji berdasarkan kerja yang berjaya mereka hasilkan.
Dalam pembangunan usahawan Lembaga Zakat Selangor memberikan
peluang bagi menjalani berbagai projek latihan dalam usaha
membudayakan usahawan. Antaranya kursus perintis usahawan dan
kursus pemasaran. Malahan Lembaga Zakat Selangor turut mengahdakan
kerjasama dengan agensi-agensi luar seperti Kolej Inspen dan
Institusi Islam Malaysia. Oleh itu golongan asnaf dan masyarakat
Islam sendiri haruslah mengambil peluang yang diberikan oleh Pusat
Zakat Negeri bagi melahirkan ramai usahawan dan seterusnya dapat
meningkatkan ekonomi keluarga masing-masing. Selain itu juga,
golongan asnaf akan dapat berpeluang untuk menjana pendapatan dan
menaik taraf hidup mereka sendiri.Kewajipan zakat merupakan suatu
tanggungjawab yang membawa berkat dan memberi kesan yang berterusan
bukan sahaja kepada mereka yang memerlukan, tetapi juga mereka yang
menerimanya. Perlaksanaan zakat memberi kesan bukan sahaja kepada
individu tetapi juga kepada seluruh lapisan masyarakat. Dengan
adanya zakat yang dikeluarkan oleh mereka yang berkemampuan, mereka
secara tidak langsung mereka akan membantu golongan yang memerlukan
dan dapat menyucikan harta mereka itu sendiri. Hal ini telah
dinyatakan dalam Surah An-Nur yang menerangkan tentang penyucian
harta melalui pembayaran zakat oleh golongan yang
berkemampuan.Zakat boleh dikatakan sebagai satu bentuk penyucian
dan pembangunan rohani setiap muslim. Zakat juga bertindak sebagai
satu mekanisme yang penting kepada sesebuah negara Islam bagi
menjamin kemaslahatan rakyat seluruhnya kerana zakat mempunyai
keupayaan dan kekuatan bagi menjamin kemiskinan dan menjamin
keseimbangan jurang antara golongan kaya dan miskin melalui
mekanisme agihan semula kekayaan dalam masyarakat.Pusat Zakat
Negeri telah memperuntukkan sara hidup kepada golongan yang tidak
mampu bekerja dengan sebab-sebab cacat anggota atau sebagainya.
Saraan hidup ini hendaklah mencukupi untuk makan, minum, pakaian,
tempat tinggal, pelajaran dan kesihaan. Malahan modal juga dberikan
kepada golongan yang mampu bekerja tetapi tidak mempunyai modal
untuk menjalankan pekerjaan. Kedua-dua peruntukkan ini diberi kadar
yang mencukupi sesuai dengan keadaan ekonomi, masa, tempat dan
keperluan fakir miskin itu. Modal pula hendaklah mencukupi kadar
modal sesuatu projek yang hendak dijalankan.
Firman Allah S.W.T. bermaksud :katakanlah wahai Muhammad
sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi sesiapa yang
dikehendaki-Nya dikalangan hamba-hamba-Nya, dan Dia juga yang
menyempitkan bagi-Nya. Apa sahaja yang kamu nafkahkan, maka Allah
akan mengantikannya dan Dia jugalah sebaik-baik pemberi rezeki..
(Saba :39)Agihan zakat yang cekap, sistematik dan berkesan terhadap
kumpulan sasaran dapat menjadi pemangkin kepada pembangunan
ekonomi. Kesannya juga dapat dilihat melalui agihan pendapatn yang
lebih setara (jurang perbezaan pendapatan berkurang) dan penurunan
kadar kemiskinan yang akhirnya dapat meningkatkan kesejahteraan
hidup masyarakat. Walaupun zakat adalah ibadat yang wajib bagi umat
Islam, kemampuan institusi mentranformasikannya kepada imej baru
adalah nilai tambah yang baik dan menguntungkan Islam dan umatnya
serta seterusnya dapat meningkatkan pembangunan ummah. Oleh itu
inisiatif mengkomersialkan zakat atau memperkenalkan zakat perlu
ditinjau daripada pandangan yang positif. Bahkan itu juga usaha
tersebut perlulah dijalankan bermula dari sekarang untuk
merialisasikan matlamat institusi zakat itu sendiri. Pelaburan wang
zakat mungkin dianggap perkara baru dalam pengurusan zakat di
negara ini. Walhal dengan itu, pusat zakat perlulah mengkaji lebih
mendalam mengenai potensi dan kaedah perlaksaan mengikut perspektif
Islam. Melalui aktiviti ini juga dapat mengembangkan dana
masyarakat Islam yang bukan kecil jumlahnya untuk digunakan dalam
kemaslahatan pembangunan ekonomi ummah. Selain itu juga, masyarakat
awam perlu diberi penjelasan tentang konsep pelaburan wang zakat.
Kefahaman ini penting agar tidak berlaku salah faham terhadap
baitulmal ataupun pusat zakat dalam merancang dan menagihkan zakat
secara telus, amanah dan adil saksama.
4.3.3 Program Pembangunan PendidikanZakat bukan sahaja
berperanan dalam material tetapi bahkan juga dalam membentuk jati
diri seseorang insan yang kurang berkemampuan. Hal ini kerana dalam
pembangunan insan juga dapat mewujudkan pembangunan ummah yang
berkualiti. Pembangunan ummah bukan sahaja bagi orang yang
berkemampuan tetapi juga bagi seseorang yang kurang bernasib baik
juga. Oleh itu, zakat memainkan peranan yang penting dalam
mewujudkan seseorang yang berpendidikan dan berdaya saing bagi
sesebuah negara. Melalui zakat boleh mewujudkan kursus-kursus untuk
memperkasakan asnaf fakir dan miskin.Setiap manusia dimanapun,
memang memerlukan pendidikan. Hal ini kerana pendidikan adalah
sangat penting. Apa lagi jika dikaitkan dengan kedudukan manusia
sebagai hamba Allah dan merupakan khalifah Allah dimuka bumi, jika
tanpa pendidikan manusia akan sulit berkembang sesuai dengan
tuntutan fitrahnya dan akan ketinggalan. Dengan demikian pendidikan
haruslah betul-betul diuruskan bagi melahirkan masyarakat yang
mempunyai ciri-ciri yang berkualiti serta memiliki akhlak yang baik
supaya tidak menjadi beban kepada masyarakat sekitarnya. Peranan
zakat untuk pendidikan memiliki visi jangka panjang, yakni bagi
meningkatkan kualiti hidup umat Islam bagi menjamin akidah,
pemikiran, ideologi, dan perilaku yang kurang baik dalam
masyarakat.Sebagai contoh, Lembaga Zakat Selangor juga memberikan
agenda utama dalam membantu asnaf miskin dari segi pendidikan.
Malahan kepentingan ini bukan sahaja diterapkan kepada ibu bapa
malahan dikalangan anak-anak agar meraka sedar bahawa hanya dengan
adanya pendidikan dan ilmu mereka mampu mengubah hidup keluarga
mereka agar tidak mewarisi kemiskinan dan tidak sentiasa dipandang
rendah dan ditindas oleh sesetengah golongan.Dengan adanya program
ini telah membuka peluang kepada anak-anak asnaf untuk belajar ke
peringkat yang lebih tingi serta bebas dari buta huruf dan masa
depan akan lebih cerah dan mampu membantu keluarga mereka pula.
Keadaan ini membantu Negara dalam meningkatkan taraf ilmu anak-anak
ansaf daripada dibelenggu kemiskinan keluarga. Selain itu, program
ini juga membuka minda mereka untuk memberanikan diri untuk
berdepan dengan masyarakat luar. Hal ini kerana, mereka sering
ditindas sehingga takut untuk berdepan dengan dunia luar kerana
merasa diri mereka hina untuk bergaul dengan masyarakat. Terdapat
sesetengah masyarakat memperlekehkan golongan ini dan merendahkan
mereka hanya kerana taraf kehidupan mereka yang miskin. Terdapat
firman Allah yang menyatakan bahawasanya, ambillah sebahagian
daripada harta mereka menjadi sedekah (zakat) supaya denganya
engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka ( dari
akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya
doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka dan ingatlah Allah Maha
Mendengar, lagi Maha Mengetahui (at-Taubah, 9:103).Contohnya,
Lembaga Zakat Selangor telah meyediakan pendidikan dari pra
sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, institusi pengajian
tinggi dan pusat kemahiran. Bantuan yang disediakan adalah
membiayai yuran sekolah dan pusat pengajian, kelengkapan
persekolahan, tusyen, komputer riba, wang sagu hati, pengangkutan
dan sebagainya. Segala bantuan yang dilakukan adalah fisabilillah
kerana Allah S.W.T.Pusat zakat di Malaysia ada memperuntukkan dana
kewangan bagi membantu golongan asnaf dalam pendidikan mereka. Hal
ini, kerana bagi memastikan kebajikan asnaf seiring dengan
pembangunan ummah. Dengan adanya pendidikan ini golongan asnaf
dapat meningkatkan kualiti dan jati diri mereka dan dapat mambantu
keluarga mereka. Selain itu juga, dapat melahirkan golongan asnaf
yang berketerampilan dan berdaya saing dengan pembangunan
negara.
4.3.4 Program Pembangunan Institusi KeagamaanMaksud sebenar
zakat iaitu menyuci dan penyuburan diri, ianya telah telah
menjelaskan akan kepentingannya bagi seluruh umat Islam. Sejak
zaman Rasulullah lagi telah wujudnya kepentingan zakat. Pada
awalnya, pengagihan zakat dilakukan di dalam masjid pada zaman
baginda. Keadaan ini diteruskan dan diperbaharui oleh para khalifah
selepas kewafatan baginda. Selain itu, pembangunan institusi
keagamaan juga bermula dengan peranan zakat itu sendiri. Hal ini
kerana institusi keagamaan merupakan tempat seseorang untuk
mengabdikan diri mereka kepada Allah S.W.T. Pembentukkan ummah yang
cemerlang bermula daripada jati diri seseorang muslim itu sendiri.
Maka dengan itu pusat zakat telah memperuntukkan dana dalam
pembangunan institusi agama itu sendiri. Pembangunan institusi
keagamaan ini adalah bertujuan untuk memberikan keselesaan untuk
beribadat serta sebagai tempat untuk menyatupadukan umat
Islam.Dalam peningkatan tersebut bukan sahaja berlaku dalam
pembangunan ummah bahkan juga dapat menyatupadukan golongan umat
Islam yang kini kian berpecah-belah. Nilai kemasyarakatan juga
dapat dipupuk melalui kaedah pembangunan institusi keagamaan. Hal
ini juga merupakan hasil daripada pembayaran zakat daripada umat
Islam itu sendiri.Selain itu juga, zakat ini memainkan peranan yang
penting dalam memastikan institusi keagamaan sentiasa berada dalam
keadaan yang baik. Melalui dana zakat yang dikumpulkan, pusat zakat
boleh melakukan aktiviti dakwah khusus bagi umat Islam itu sendiri.
Sebagai contoh aktiviti yang dilakukan oleh pusat zakat Selangor
yang menyebarkan dakwah mengenai zakat kepada seramai mungkin umat
Islam di Selangor agar mewujudkan ummah yang arif tentang ibadah
zakat khususnya. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah operasi
masjid, ceramah dan forum, program bersama jemaah haji, dan
sebagainya.Melalui ceramah dan forum, seseorang individu atau umat
Islam itu sendiri akan dapat mengetahui bagaimana hukum-hakam
mengenai zakat itu sendiri. Sebagai contoh, pusat zakat Selangor
ini sendiri mengadakan ceramah secara purata sebanyak 15 kali dalam
tempoh seminggu. Ceramah juga diadakan termasuklah melalui media
seperti radio dan televisyen, masjid dan surau, kilang-kilang,
pejabat kerajaan dan swasta, pusat membeli-belah serta taman-taman
perumahan. Di samping itu juga, beberapa aktiviti forum berjaya
diadakan dengan kerjasama surau, masjid dan majlis perumahan yang
terpilih. Pembacaan khutbah tentang zakat telah dilaksanakan di
masjid-masjid terpilih dan disampaikan oleh khatib-khatib masjid
serta khatib daripada Lembaga Zakat Selangor. Selain itu, satu
khutbah juga ditulis khas untuk dibaca bersemperna bulan Disember
dan ramadhan. Disamping itu Lembaga Zakat Selangor telah melatih 15
khatib yang terdiri daripada kakitangan Lembaga Zakat Selangor.
Latihan yang diberikan telah berjaya menjadikan khutbah zakat itu
disampaikan dengan baik dan berjaya menarik perhatian jemaah solat
Jumaat.Program ini merupakan program tahunan yang dijalankan oleh
Lembaga zakat Selangor dengan kerjasama Lembaga Tabung Haji.
Sebanyak 10 ceramah diadakan khursus untuk bakal jemaah haji.
Setiap ceramah memberi penekanan terhadap qadar zakat dan juga
wasiat untuk menzakatkan harta sekiranya berlaku kejadian yang
tidak diingini ketika ditanah suci. Sepanjang ceramah berlangsung
sebanyak 5000 risalah telah diedarkan kepada bakal haji.Skuad
Dakwah Zakat berperanan sebagai pasukan pemasaran bagi menyebarkan
maklumat zakat yang merangkumi aspek kutipan dan agihan keseluruh
negeri. Disamping itu juga ia berperanan sebagai salah satu medium
dakwah zakat. Dengan menggunakan tema Sahabat Zakat Prihatin, Skuad
Dakwah Zakat telah meletakkan sasaran program kepada seluruh umat
Islam di negeri Selangor terutamanya. Ia dibahagikan kepada dua
kumpulan iaitu skuad kutipan dan skuad agihan.Tujuan pembangunan
institusi agama seperti surau, sekolah dan surau sekolah di seluruh
Selangor. Ini bertujuan bagi menjamin kebajikan dan keselesaan, di
samping mengatasi pemasalahan struktur bangunan, kerosakan agar
pembinaan institusi agama dapat dilaksakan dengan sempurna. Bukan
itu sahaja, malah pembinaan dan baik pulih institusi agama ini akan
dipantau supaya menepati spesifikasi pembinaan, agar kualiti
pembinaan benar-benar terjamin dengan keselesaan umat Islam.
Sebagai contoh, dana agihan zakat dibawah program pembangunan
Lemabaga Zakat Selangor telah membelanjakan hampir RM15 juta untuk
bantuan seperti peralatan masjid atau surau dan sekolah agama serta
bantuan pembinaan masjid dan surau, sekolah agama dan institusi
agama luar negara.Selain itu, antara asrama anak-anak ansaf fakir
dan miskin yang didirikan oleh Lembaga Zakat Selangor bagi
menangani keciciran pendidikan anak-anak ansaf fakir dan miskin
khursusnya diperingkat umur 8 hingga 12 tahun. Lembaga Zakat
Selangor juga telah membina sebuah kompleks asrama pusat yang boleh
menempatkan 200 orang anak-anak ansaf fakir dan miskin di
Klang.
4.3.5 Program Peningkatan Modal InsanManakala melalui program
ini pula adalah diterapkan elemen keseimbangan dunia dan akhirat
dijiwa asnaf. Walaupun mereka miskin harta diharapkan mereka kaya
dengan jiwa. Pelbagai program, kursus dan latihan kemahiran
disediakan untuk mereka. Setiap program, kursus dan latihan yang
disediakan mempunyai kumpulan sasar tertentu iaitu anak-anak fakir
miskin, warga emas, ibu bapa, ibu tunggal, bapa tunggal, belia,
pelajar dan juga mahasiswa/i. Program-program ini seharusnya
diteruskan dan melalui program yang dijalankan akan banyak
melahirkan insan-insan yang cemerlang.Kaedah ini membantu, membina
dan membanggunkan kaum dhuafa yang lemah dengan harta sekadar untuk
memenuhi keperluan asas. Dengan keadaan tersebut mereka mampu
melaksanakan kewajibannya terhadap Allah S.W.T. Membanteras
penyakit iri hati, dengki dan benci dalam kalangan masyarakat. Hal
ini kerana supaya golongan ansaf tidak melakukan perkara yang
bertentangan untuk mendapatkan kekayaan dan kehidupan yang lebih
baik. Dengan adanya zakat membantu mereka untuk tidak melakukan
perkara seperti mencuri, merompak untuk memperbaiki kehidupan
mereka.Program ini pada asalnya wujud untuk mengimbangi hubungan
sosial masyarakat antara manusia. Wujudnya sistem kemasyarakatan
Islam yang terdiri atas prinsip-prinsip Ummat Wahidan (umat yang
satu), Musawah (persamaan darjat dan kewajipan), Ukhwah Islamiyah
(persaudaraan Islam) dan Takaful Ijtima (tanggungjawab bersama).
Menjadi unsur penting dalam mewujudkan keseimbangan dalam
distribusi (pengagihan) harta dan keseimbangan individu dalam
masyarakat.Selain itu, ianya mewujudkan tatamasyarakat yang
sejahtera dimana hubungan seseorang dengan yang lainnya menjadi
rukun, damai dan harmoni yang akhirnya dapat menciptakan situasi
yang tenteram. Akhirnya sesuai dengan janji Allah S.W.T, akan
terciptalah sebuah masyarakat yang baldatun thoyibatun wa Rabbun
Ghafur. Program yang dilaksanakan dalam pusat zakat biasanya akan
menerapkan elemen keseimbangan dunia dan akhirat didalam jiwa asnaf
itu sendiri. Walhal dengan itu juga akan melahirkan seseorang atau
individu yang mempunyai jiwa yang mulia dan tidak mementingkan diri
sendiri.
Peranan zakat secara tidak langsung adalah mengenai penyucian
jiwa yang akan mengaitkan dengan persoalan akhlak. Imam Al-Ghazali
mendefinisikan bahawa akhlak adalah sifat yang tertanam dalam jiwa
yang menimbulkan pelbagai bentuk perbuatan dengan mudah, tanpa
memerlukan pemikiran dan perbincangan.Contohnya, Lembaga Zakat
Selangor bertanggungjawab memastikan tiada ansaf yang mengalami
masalah tempat tinggal, nafkah, sara hidup serta mendapat peluang
pendidikan sebagaimana orang lain. Sehubungan dengan itu, pelbagai
bentuk bantuan ihsan telah disediakan bertujuan untuk memenuhi
keperluan asasi dan sekali gus membolehkan ansaf tersebut menjalani
kehidupan yang lebih seimbang. Pada setiap tahun Lembaga Zakat
Selangor telah membelanjakan hampir RM50 juta wang zakat dibawah
program ini, antara bantuan yang diberikan termasuklah bantuan
bina/baik pulih/sewa rumah, caruman skim perlindungan takaful untuk
fakir miskin, untuk bantuan makanan dan kewangan bulanan, ramadhan
dan hari raya, bantuan kecemasan/dan perubatan, bantuan untuk
program semperna Hari Kebesaran Islam, hari keluarga, gotong-royong
dan ziarah. Program ini diwujudkan khursus untuk asnaf miskin dan
fakir sebagai usaha untuk melahirkan golongan ansaf yang
berkeyakinan, berdaya saing dan berilmu melalui program-program
yang berbentuk rohani, jasmani dan motivasi yang seimbang didunia
dan akhirat. Sebagai contoh, Lembaga Zakat Selangor membelanjakan
hampir RM8 juta wang zakat dibawah program ini yang diadakan dengan
mensasarkan peserta terdiri daripada warga emas, ibubapa, ibu
tunggal, bapa tunggal, belia, pelajar dan juga mahasiswa/i.
keberkesanan modul program pembangunan ini juga sentiasa dipantau
bagi memastikan hasrat untuk mengeluarkan 10% kemiskinan eletif
dengan pelbagai aktiviti disusun sepanjang tahun.Contohnya, Desa
Ihsan dan Desa Kasih adalah sebuah pendapatan kelompok ansaf fakir
atau miskin yang diwujudkan sejak tahun 1998 di beberapa daerah
negeri Selangor. Terdapat hamper 500 unit rumah telah dibina
berbentuk rumah sebuah dan kembar. Mereka yang terpilih mendiami
pendapatan adalah mereka yang tidak mempunyai tanah untuk
mendirikan rumah dan mempunyai tanggungan yang ramai.
Rumah perlindungan orang tua diwujudkan untuk penempatan warga
emas yang kurang bernasib baik atau tersisih dari keluarga kerana
dibelenggu kemiskinan. Selain tempat perlindungan mereka juga
diberi pengisian rohani dan jasmani untuk memanfaatkan usia tuanya
kepada perkara yang baik. Antara pengisian rohani yang diberikan
kepada golongan ini seperti fardu ain dan fardu kifayah untuk
memenuhi masa lapang dan ini merupakan tuntutan agama yang wajib
dipelajari oleh semua umat Islam tidak kira tua atau muda.
5.0 KESIMPULAN ATAU CADANGANKesimpulanya, zakat memainkan
peranan yang penting dalam institusi pembangunan ummah di Malaysia.
Oleh itu, kerajaan Malaysia seharusnya menitik beratkan mengenai
zakat dalam ekonomi negara. Sebagai langkah untuk menjadikan negara
Malaysia sebagai sebuah negara Islam, pemimpin seharusnya memainkan
peranan penting dalam merialisasikan matlamat tersebut.Baitulmal
juga seharusnya dititik beratkan dalam sesebuah negara Islam.
Melalui institusi baitulmal ini akan memastikan kepentingan zakat
diperolehi oleh masyarakat Islam itu sendiri bagi menjamin
kesejahteraan ummah di Malaysia. Baitulmal seharusnya mengambil
tahu atau mengenal pasti dengan lebih terperinci mengenai golongan
asnaf yang memerlukan bantuan zakat supaya tidak ada golongan asnaf
yang tercicir. Selain itu juga, sebagai cadangan institusi masjid
juga boleh menguruskan permasalahan zakat yang berlaku dalam
masyarakat Islam sekarang ini. Hal ini juga, berikutan masalah
kebanyakkan golongan asnaf yang sudah uzur dan kurang berkemampuan
untuk mendapat bantuan daripada institusi zakat. Dengan wujudnya
institusi masjid sebagai tempat pungutan zakat akan dapat
memastikan golongan asnaf yang kurang berkemampuan terbela
nasibnya.Walau bagaimanapun, golongan yang berkemampuan seharusnya
diberikan kesedaran untuk mengeluarkan zakat kerana pada masa kini
ramai golongan yang tidak mahu mengeluarkan zakat. Selain itu juga
golongan ini kurang ilmu agama dan tidak mengetahui hukum hakam
mengeluarkan zakat. Seperti yang diketahui zakat merupakan ibadat
yang wajib dikeluarkan oleh umat Islam terutamanya yang
berkemampuan. Oleh itu, institusi zakat perlulah memainkan peranan
yang penting bagi memastikan golongan ini mengeluarkan
zakat.Manakala bagi golongan yang kurang berkemampuan seharusnya
tidak merasa selesa dengan bantuan yang diberikan oleh pusat zakat
negeri. Mereka perlulah menggunakan zakat yang diterima dengan
sebaik-baiknya. Selain itu juga, mereka perlulah memastikan ekonomi
keluarga mereka dapat berubah menjadi lebih baik dari sebelumnya
dan mereka pula berupaya untuk mengeluarkan zakat. Hal ini kerana,
tangan diatas lebih mulia dari tangan di bawah. Golongan ini juga
tidak seharusnya selalu mengharapkan bantuan semata-mata. Dalam
agama Islam juga menerapkan nilai murni seperti berusaha untuk
memajukan kehidupan keluarga mereka sendiri.
6.0
RUJUKANwww.ukm.my/hairun/.../paper-zakat-zahri-usm.dochttp://www.jurnal-ekonomi.org/definisi-infaq-shadaqah-dan-zakat/http://www.slideshare.net/meppie/taSAWwuf-dan-ummahhttp://www.izakat.com/index.php?option=com_content&view=article&id=105%3Aperanan-zakat-dalam-pembangunan-ekonomi&catid=31%3Atazkirah&Itemid=52&lang=bmhttp://www.e-zakat.com.my/artikel/3161/print/http://www.izakat.com/index.php?option=com_content&view=article&id=105%3Aperanan-zakat-dalam-pembangunan-ekonomi&catid=31%3Atazkirah&Itemid=52&lang=bmhttp://www.e-zakat.com.my/terkini/peranan-lzs-menangani-kemiskinan/http://y-peramu.blogspot.com/2008/06/peran-zakat-dalam-pertumbuhan-sosial.html
7.0 LAMPIRANi. artikel surat khabar
ASAS EKONOMI ISLAM (BPE 2033)Page 6