Page 1
Bagaimana Anda Memainkan Peranan Sebagai Pensyarah di Kolej Matrikulasi
Mohamad Shehdi bin Ragiun Unit Kimi’A’ KMPk 2009
1
Bagaimana Anda Memainkan Peranan
Sebagai Pensyarah di Kolej Matrikulasi
1.0 Pendahuluan
Menurut Kamus Dewan ‘pensyarah’ bererti pensyarah, pengajar dan pengasuh. Jika
dihuraikan dengan lebih mendalam lagi, pensyarah bermaksud orang yang memelihara
dan melatih. Pengajar ialah seorang yang menjadi petunjuk kepada orang lain, manakala
pengasuh memberi makna orang yang memelihara, menjaga dan mendidik. Manakala
kepensyarahan ialah sesuatu yang mempunyai perkaitan dengan bidang menuntut ilmu
atau tempat mendapatkan ilmu seperti kolej atau universiti, tempat belajar seperti dewan
kuliah dan bilik tutoran, proses pengajaran dan pembelajaran dan sebarang perkara yang
mempunyai perkaitan dengan pensyarah.
Pensyarah yang berkaliber mampu memainkan peranan yang cemerlang di kolej.
Ia juga mampu mengajar dan mendidik pelajar dengan baik dan berkesan serta objektif
pengajarannya tercapai. Lazimnya sebagai seorang pensyarah perlu mahir dalam sesuatu
mata pelajaran dan diperkukuhkan pula dengan pengetahuan dalam bidang pedagogi atau
sains prinsip pengajaran.
Page 2
Bagaimana Anda Memainkan Peranan Sebagai Pensyarah di Kolej Matrikulasi
Mohamad Shehdi bin Ragiun Unit Kimi’A’ KMPk 2009
2
Peranan pensyarah bermakna tanggungjawab yang harus difahami dan
dilaksanakan oleh seseorang pensyarah matrikulasi. Ia juga membawa maksud berkenaan
dengan tanggungjawab pensyarah terhadap profesionalisme kepensyarahan. Ini
merangkumi peranan pensyarah terhadap pelajarnya sebagai pelanggan, diri pensyarah itu
sendiri, kolej, masyarakat dan negara.
Page 3
Bagaimana Anda Memainkan Peranan Sebagai Pensyarah di Kolej Matrikulasi
Mohamad Shehdi bin Ragiun Unit Kimi’A’ KMPk 2009
3
2.0 Ciri-ciri Pensyarah kolej Matrikulasi
Sayugia di sini eloklah terlebih dahulu mengetahui apakah ciri-ciri seorang pensyarah
yang mampu menggalas peranan dan pemegang watak yang penting dalam proses
pengajaran yang cemerlang di kolej matrikulasi seterusnya menjadi seorang pensyarah
yang berkualiti. Sebagai seorang pensyarah, seharusnya mempunyai ciri dan sifat seorang
pensyarah yang sebenar iaitu:
Taqwa
Pendidik
Ikhlas
Bijak
Cintakan ilmu
Pemaaf
Pembentuk pelajar
Mahir dan celik IT & ICT
Berpengetahuan, berdaya fikir dan berakhlak
Rajin berkerja
Sabar
Penyayang
Adil
Pandai berjenaka
Dedikasi
Peka
Page 4
Bagaimana Anda Memainkan Peranan Sebagai Pensyarah di Kolej Matrikulasi
Mohamad Shehdi bin Ragiun Unit Kimi’A’ KMPk 2009
4
Inovatif
Tegas
Toleransi
Positif
Berani
Sifat takwa iaitu bimbang akan seksaan Allah secara rahsia dan terang-terangan.
Jika ini diabaikan, maka tiada syak lagi pelajar matrikulasi akan kosong jiwanya kerana
tidak diisi dengan roh iman. Hanya bijak di luar tetapi kosong hatinya. Seperti robot.
Seterusnya ciri seorang pensyarah adalah berjiwa pendidik sejati. Ia seorang
pemberi ilmu sama ada mengajar, menyampai maklumat, berbincang, mengendalikan
bengkel dan sebagainya. Seterusnya suka berkongsi pengalaman dengan pelajarnya
dengan cara pensyarah perlu mendedahkan kepada pelajar pengalaman yang berguna
seperti mengembara, mengelola majlis, menghadapi dan menyelesaikan masalah,
membuat keputusan dan sebagainya. Akhir sekali mendidik pelajar dengan akhlak yang
mulia. Ini termasuklah mendidik dari segi akhlak, penampilan diri, jasmani, emosi, rohani
dan intelek.
Sifat ikhlas terhadap Allah dalam mengamalkan dan melaksanakan segala amalan
perguruan sama ada perintah, larangan, nasihat, perhatian atau hukuman daripada 4W1.
Setiap pensyarah mesti melaksanakan setiap kerja yang dilakukannya hanya kerana 4W1
dan bukan sesekali kerana manusia, pangkat dan kedudukan.
Page 5
Bagaimana Anda Memainkan Peranan Sebagai Pensyarah di Kolej Matrikulasi
Mohamad Shehdi bin Ragiun Unit Kimi’A’ KMPk 2009
5
Sifat cintakan ilmu pengetahuan iaitu mengetahui dan mengenali dasar
pendidikan seperti yang ditunjukkan dalam syariat Islam. Ini kerana ilmu yang dipelajari
pelajar dapat membantu meletakkan setiap perkara pada tempatnya dan membezakan
antara perkara yang haq dan yang batil.
Sebagai seorang yang pemaaf iaitu mudah meminta maaf kepada pelajar atas
kesalahannya sendiri sama ada sengaja atau tidak sengaja dan memaafkan segala
kesalahan pelajar di samping memberi nasihat. Ini kerana sifat ini akan menarik pelajar
kepada pensyarah dan dengan sebab itu, pelajar akan menyambut kata-kata dan perintah
pensyarahnya. Sifat ini dapat meletakkan pelajar matrikulasi di kemuncak adab dan
kesempurnaan serta di tingkat tinggi dalam strata sifat budi pekerti. Pensyarah hendaklah
selalu bimbang jika dia lalai atau mencuaikan peranannya. Ini kerana perbuatan
demikian, pasti membuatkan pelajar terjebak ke dalam kerosakan sikit demi sikit dan
selangkah demi selangkah tanpa disedari.
Seterusnya bercirikan sifat seorang yang mahir dan celik IT & ICT iaitu
pensyarah mesti bersikap proaktif dan terangsang dengan perkembangan teknologi yang
semakin canggih ini. Ilmu IT mesti terlebih dahulu dikuasai oleh para pensyarah sebagai
golongan yang akan menyebar luaskan kepada para pelajar. Contohnya pembinaan laman
web, aplikasi pembelajaran berasaskan web dan juga portal. Yang penting pensyarah
mesti setkan dalam minda yang ICT adalah memudahkan bukannya mengambil alih tugas
pensyarah untuk mengajar.
Page 6
Bagaimana Anda Memainkan Peranan Sebagai Pensyarah di Kolej Matrikulasi
Mohamad Shehdi bin Ragiun Unit Kimi’A’ KMPk 2009
6
Pensyarah mesti bercirikan seorang yang berpengetahuan tinggi dan luas, berdaya
fikir dan berakhlak. Pensyarah yang berpengetahuan perlu serba tahu maklumat semasa
dan perkembangan mutakhir dengan menambah luas pembacaan untuk proses
peningkatan ilmu serta dapat membawa isu-isu semasa untuk dibincang dan dicari
penyelesaiannya. Isu-isu semasa contohnya kekeluargaan dan komuniti, ekonomi dan
politik, sains dan teknologi serta masalah ummah dan agama. Pensyarah yang
berpengetahuan luas dapat melahirkan generasi pelajar matrikulasi yang cemerlang
akademik dan sahsiahnya di kemudian hari.
Page 7
Bagaimana Anda Memainkan Peranan Sebagai Pensyarah di Kolej Matrikulasi
Mohamad Shehdi bin Ragiun Unit Kimi’A’ KMPk 2009
7
3.0 Isu-isu semasa
Sebelum membincangkan dengan lebih mendalam peranan pensyarah matrikulasi
seharusnya kita mengetahui serba sedikit isu-isu pengajaran dan pembelajaran di kolej-
kolej matrikulasi:
- Pelajar terlalu bergantung kepada pensyarah (Teacher’s centered)
Pelajar masih terbawa-bawa budaya belajar ‘spoon feeding’di sekolah ke
matrikulasi
-Ketidakseimbangan di antara gaya pembelajaran pelajar dan cara gaya
pengajaran pensyarah. Pensyarah mengharapkan pelajarnya berupaya
menyesuaikan diri dengan suasana pembelajaran di matrikulasi yang pantas dan
amat padat sukatan pelajarannya. Siapa bertangguh akan ketinggalan.
-Kurangnya keinginan dan motivasi pelajar untuk berusaha mendapat kejayaan
cemerlang, hanya sekadar cukup makan sahaja di matrikulasi.
Pelajar lebih suka belajar di saat-saat akhir dan bukannya dari hari pertama
pelajar mendaftar di kolej matrikulasi. Budaya bertangguh menyebabkan kerja
pelajar bertimbun dan seterusnya pelajar gagal menguruskan masa belajar dengan
efisien dan seterusnya menjejaskan keputusan peperiksaan.
Page 8
Bagaimana Anda Memainkan Peranan Sebagai Pensyarah di Kolej Matrikulasi
Mohamad Shehdi bin Ragiun Unit Kimi’A’ KMPk 2009
8
-Kesesuaian kurikulum matrikulasi dengan keperluan pelajar itu sendiri,
masyarakat, pihak industri, negara dan dunia global.
Dalam arus globalisasi masa kini yang begitu cepat berubah dan berkembang
pelajar seharusnya peka dan mengambil langkah-langkah perlu agar tidak terus
ketinggalan. Contohnya sentiasa mencari maklumat atau data terbaru tentang topik yang
dipelajari di internet.
Page 9
Bagaimana Anda Memainkan Peranan Sebagai Pensyarah di Kolej Matrikulasi
Mohamad Shehdi bin Ragiun Unit Kimi’A’ KMPk 2009
9
4.0 Persoalan
Selain daripada isu timbul juga beberapa persoalan yang harus difikirkan bersama oleh
pensyarah yang mengajar di matrikulasi. Antaranya:
1.Sejauh manakah pendekatan pengajaran dan pembelajaran di kolej matrikulasi
berjaya menghasilkan kefahaman dan transformasi ilmu baru di kalangan
para pelajarnya?
2. Dapatkah pensyarah mencuit minda para pelajar untuk berfikir dalam kerangka
budaya pemikiran yang kreatif dan inovatif sejajar dengan era globalisasi?
3. Sejauh manakah pensyarah berjaya membantu pelajarnya mengenal siapa
dirinya dan mengenal dengan lebih dekat lagi tentang pencipta-Nya?
Page 10
Bagaimana Anda Memainkan Peranan Sebagai Pensyarah di Kolej Matrikulasi
Mohamad Shehdi bin Ragiun Unit Kimi’A’ KMPk 2009
10
5.0 Cabaran
Untuk memainkan peranan sebagai seorang pensyarah matrikulasi yang berkesan
perlulah terlebih dahulu mengetahui apakah cabaran yang perlu dihadapi oleh seorang
pensyarah yang mengajar di kolej matrikulasi.
Pada tahun 2003, cabaran pensyarah matrikulasi semakin hebat apabila kerajaan
memutuskan mata pelajaran Matematik dan Sains perlu diajar dalam bahasa Inggeris.
Dengan perubahan ini, pensyarah-pensyarah yang terlibat mesti mengajar dalam bahasa
Inggeris. Bukan mudah untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran
dijalankan secara berkesan. Pensyarah-pensyarah telah dibekalkan dengan peralatan
komputer seperti komputer riba dan LCD untuk memudahkan proses pengajaran. Dengan
pelaksanaan kaedah ini kerajaan mengharapkan pelajar-pelajar yang didedahkan dengan
kemahiran pengajaran bahasa Inggeris dalam merentasi kurikulum Matematik dan Sains
dapat menguasai bahasa Inggeris dengan lebih berkesan sama ada dalam penulisan mahu
pun pertuturan. Sebagaimana yang kita tahu, banyak sumber dan ilmu dalam mata
pelajaran ini boleh diterokai melalui buku rujukan berbahasa Inggeris.
Seterusnya dalam sistem pembelajaran di kolej matrikulasi sistem peperiksaan
adalah kayu pengukur utama keupayaan dan kebolehan seseorang pelajar. Contohnya
kuiz, UPS dan PSPM. Ketiga-tiga peperiksaan ini semuanya penting. Dengan kata lain
penilaian ke atas pelajar kolej matrikulasi adalah ‘exam-oriented’. Dengan pengkaedahan
ini, semua pelajar diperlukan banyak mengingat sesuatu fakta, berkebolehan dalam
Page 11
Bagaimana Anda Memainkan Peranan Sebagai Pensyarah di Kolej Matrikulasi
Mohamad Shehdi bin Ragiun Unit Kimi’A’ KMPk 2009
11
menganalisis dan menyelesaikan sesuatu masalah untuk lulus dengan cemerlang semasa
di matrikulasi. Secara mudahnya pelajar terpaksa mengingati kesemua apa yang telah
diajar tetapi ada tajuk-tajuk tertentu dalam sesuatu mata pelajaran memerlukan
ketajaman, kecekapan otak serta kreativiti dalam menyelesaikan masalah. Pensyarah
mesti menghabiskan sukatan pelajaran mengikut takwim unit masing-masing dan
mengikut tempoh masa tertentu setiap semester yang mengandungi 18 minggu.
Cabaran lain adalah berkaitan pelaksanaan sistem meritokrasi. Pensyarah perlu
bekerja keras siang dan malam untuk memastikan semua pelajar dapat mencapai
keputusan yang cemerlang. Jika tidak pelajar tersebut akan gagal melanjutkan pengajian
ke mana-mana IPTA atau IPTS dalam atau luar negara. Semenjak dasar meritokrasi yang
diperkenalkan pada 2002, pelajar mesti belajar bersungguh-sunguh dan tekun khasnya
semasa berada di matrikulasi. Ini memberi cabaran fizikal dan mental kepada pensyarah-
pensyarah, pihak kolej dan ibu bapa yang sentiasa mengharapkan pensyarah-pensyarah
yang berkualiti dan tahu memainkan peranannya secara berkesan. Sebenarnya bukan
mudah bagi setiap pelajar matrikulasi mendapat gred purata 4.0 untuk setiap mata
pelajaran yang diambil. Untuk makluman idea meritokrasi ditimbulkan oleh mantan
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir pada awal bulan Ogos 2001 bagi memastikan semua
pelajar yang berkelayakan atau berkualiti sahaja yang diterima masuk ke IPTA.
Selain itu pensyarah matrikulasi juga menghadapi cabaran menghadapi karenah
pelajar itu sendiri yang mana di peringkat ini pelajar adalah golongan remaja dan
pensyarah terpaksa membentuk sikap positif di kalangan pelajar. Rata-rata pelajar
Page 12
Bagaimana Anda Memainkan Peranan Sebagai Pensyarah di Kolej Matrikulasi
Mohamad Shehdi bin Ragiun Unit Kimi’A’ KMPk 2009
12
matrikulasi berumur antara 18 atau 19 tahun dan pada peringkat umur remaja pelajar
menghadapi krisis identiti. Pelajar yang terpilih ke kolej matrikulasi adalah pelajar yang
pintar dan mempunyai pencapaian yang baik khasnya dalam subjek Sains, Matematik
Tambahan, Perakaunan dan juga bahasa Inggeris dari seluruh pelusuk negara.
Cabaran juga dihadapi semasa dalam menyampaikan pengajaran dan menguasai
isi mata pelajaran yang diajar (master content). Oleh itu pengisian ilmu dalam kedua
aspek ini penting. Sifat sabar amat penting dalam proses pengajaran. Semasa mengajar,
pensyarah terpaksa berdepan dengan pelbagai kerenah pelajar yang pandai, sederhana
pandai dan juga yang lemah di dalam sesuatu kuliah atau kelas tutoran.
Dalam menghadapi cabaran dunia yang semakin maju dan globalisasi, pensyarah-
pensyarah perlu bekerja kuat dan sentiasa mengetahui perkembangan dan perubahan
semasa dalam perkembangan profesionalisme.
• Sebagai pengamal ilmu, seseorang pensyarah mempunyai peranan serta tugas
yang amat berat, rumit dan mencabar. Pembangunan modal insan dan kemajuan
negara terletak di atas pundak pensyarah.
• Dalam era ledakan teknologi maklumat dan pada ketika dunia kini menjadi
sebuah ‘global village’, tuntutan terhadap ilmu pengetahuan menjadi semakin
mendadak.
• Justeru itu, pensyarah-pensyarah perlu dan harus sentiasa mengemaskinikan serta
mempertingkat ilmu pengetahuan masing-masing.
Page 13
Bagaimana Anda Memainkan Peranan Sebagai Pensyarah di Kolej Matrikulasi
Mohamad Shehdi bin Ragiun Unit Kimi’A’ KMPk 2009
13
• Sebagai pengamal ilmu, pensyarah juga mempunyai peranan serta tanggungjawab
sosial iaitu:
(a) perancang, fasilitator dan mentor;
(b) penyampai ilmu pengetahuan;
(c) pembentuk akhlak;
(d) pembimbing;
(e) contoh teladan atau model.
• untuk membolehkan para pensyarah memainkan peranan berkesan dan positif
sebagai pengamal dan penyampai ilmu, pensyarah haruslah secara berencana
secara berterusan:
(a) mempersiapkan diri dari segi keilmuan;
(b) berusaha membersihkan diri dari segi sahsiah menerusi ibadah;
(c) meningkatkan kecekapan, ketajaman dan ketrampilan diri dalam pelaksanaan
tugas dan interaksi dengan masyarakat;
(d) melaksanakan peranan kepensyarahan dengan sebaiknya;
(e) menawarkan khidmat bakti dan kepimpinan dalam kehidupan bermasyarakat;
(f) menjadikan kolej matrikulasi sebagai wadah dan gedung keilmuan tersohor.
Misalnya, seorang pensyarah Kimi’A’ haruslah mampu menjelaskan,
mendeskripsikan, memprediksikan dan mengendalikan pelbagai konsep yang
berhubungan dengan Kimi’A’, walaupun dalam hal ini mungkin tidak sehebat ahli
Kimi’A’ (sains). Inilah cabaran yang mesti ditempuh dalam melahirkan generasi
pelajar matrikulasi yang kuat daya saingnya.
Page 14
Bagaimana Anda Memainkan Peranan Sebagai Pensyarah di Kolej Matrikulasi
Mohamad Shehdi bin Ragiun Unit Kimi’A’ KMPk 2009
14
5.0 Peranan
Peranan pensyarah kolej matrikulasi boleh dibahagikan kepada 5: pelajar, diri sendiri,
kolej, masyarakat dan negara serta profesion kepensyarahan. Di bawah profesion
kepensyarahan boleh dipecahkan lagi kepada sebagai agen perubahan, penyebar ilmu,
pakar rujuk, mentor, penyelidik, pengamal reflektif, pemudah cara, pemberi semangat
serta pelopor proses pembacaan dan pembelajaran berterusan.
Peranan pensyarah terhadap pelajar kolej matrikulasi
Seseorang pensyarah haruslah menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi di
dewan kuliah, bilik tutoran dan juga makmal. Ini termasuklah mematuhi dan menepati
masa dalam jadual waktu serta melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut
kaedah dan teknik yang berkesan. Pensyarah juga haruslah mengutamakan kemajuan,
kebajikan dan keselamatan pelajar berbanding hal-hal lain termasuklah urusan peribadi
dan keluarga. Ini kerana pelajar sebagai pelanggan kita dan pensyarah sebagai penyedia
perkhidmatan yang terbaik tanpa kompromi.
Pensyarah yang benar-benar arif dan faham akan peranannya haruslah bersikap
adil terhadap semua pelajarnya tanpa mengira bangsa, agama, faktor jasmani, emosi,
mental, kepintaran, sahsiah, latar belakang keluarga, pendidikan, sosioekonomi dan
perkara-perkara lain. Pensyarah hendaklah membimbing dan mengajar pelajar
matrikulasi tanpa meminta sebarang bayaran atau hadiah daripada mereka. Sebaliknya
pensyarah digalakkan sekali-sekala memberi hadiah kepada pelajarnya untuk
Page 15
Bagaimana Anda Memainkan Peranan Sebagai Pensyarah di Kolej Matrikulasi
Mohamad Shehdi bin Ragiun Unit Kimi’A’ KMPk 2009
15
menggalakkan mereka berminat terhadap proses pembelajaran. Memberi contoh teladan
yang baik dengan berpakaian kemas, berbudi bahasa dan bersopan santun semasa
bertugas harus juga diamalkan supaya pelajar memperoleh model dan contoh teladan
yang terbaik.
Pensyarah juga merupakan orang yang paling dihormati oleh pelajarnya maka
sayugialah pensyarah menjaga tahap profesionalisme di tahap tertinggi sepanjang masa
dan waktu supaya mereka tidak dibenci, tidak dipandang serong, tidak dihormati atau
diperlekeh oleh pelajarnya sendiri.
Pembentuk nilai dan sahsiah peribadi mulia pelajar juga peranan pensyarah yang
tidak kurang pentingnya. Nilai-nilai murni adalah penting kerana ia memberi panduan
dalam kehidupan. Nilai dapat memotivasikan hidup pelajar untuk hidup dengan cara yang
betul. Pensyarah harus membentuk pelajarnya untuk memiliki akhlak yang mulia dan
menjadi insan yang mempunyai nilai-nilai murni yang terpuji. Pensyarah berperanan
menyebarkan nilai bahkan perlu menjadi ‘rote model’ yang akan diteladani oleh para
pelajarnya serta manusia di sekelilingnya.
Peranan pada diri sendiri
Seorang pensyarah haruslah menjaga kebersihan dan kesihatan dirinya agar dapat
menjalankan tugas sebagai pensyarah matrikulasi dengan sempurna. Emosi hendaklah
sentiasa tenang dan juga perlu menghindarkan diri dari sebarang ketegangan jiwa dan
keresahan perasaan yang boleh mengganggu gugat tugasnya.
Page 16
Bagaimana Anda Memainkan Peranan Sebagai Pensyarah di Kolej Matrikulasi
Mohamad Shehdi bin Ragiun Unit Kimi’A’ KMPk 2009
16
Selain itu, pensyarah juga hendaklah bijak menguruskan kewangan, mengimbangi
pendapatan dengan perbelanjaan dan menguruskan hal ehwal keluarga dan rumah tangga
dengan bijaksana dan penuh berhikmah. Ini kerana sebarang masalah kewangan atau
krisis rumah tangga pensyarah contohnya perceraian boleh menjejaskan tumpuannya
terhadap proses pengajaran di matrikulasi. Selain itu pensyarah adalah digalakkan
melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan peka terhadap peristiwa di
sekeliling melalui media massa atau elektronik supaya mudah memberikan input yang
berguna terhadap profesionnya. Pensyarah juga boleh melibatkan diri dalam sesuatu hobi
dan aktiviti berfaedah di masa lapang yang boleh menjadikan pensyarah itu sihat dari segi
mental dan fizikalnya.
Peranan pada kolej
Kolej matrikulasi adalah tempat seseorang pensyarah matrikulasi menabur jasa
dan khidmat bakti kepada anak bangsa. Oleh itu, pensyarah juga berperanan terhadap
tugas yang diamanahkan oleh pihak pengurusan kolej. Sebagai seorang staf akademik
yang terlatih, berkelayakan, berketrampilan, terpilih dan memiliki tahap profesionalisme
yang tinggi sayugialah pensyarah memainkan peranan yang begitu besar pengaruhnya
terhadap perkembangan, kemajuan dan jatuh bangunnya sesebuah kolej. Dalam hal ini,
selain tugas mengajar, pensyarah juga hendaklah menjalankan tugas-tugas yang lain
seperti mentor, pengawas peperiksaan, ahli jawatankuasa peringkat kolej dan jawatan-
jawatan lain seperti yang diarahkan oleh pihak pengurusan kolej.
Page 17
Bagaimana Anda Memainkan Peranan Sebagai Pensyarah di Kolej Matrikulasi
Mohamad Shehdi bin Ragiun Unit Kimi’A’ KMPk 2009
17
Peranan pada masyarakat sekitar dan negara
Sebagai seorang pensyarah, hendaklah menjalankan tugas untuk menyebarkan
cita dan matlamat negara berlandaskan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara. Pensyarah
hendaklah memupuk nilai dan sikap murni pelajar matrikulasi sesuai dengan masyarakat
berbilang kaum dalam diri para pelajar. Sebagai seorang rakyat Malaysia yang bebas dan
merdeka pensyarah mestilah mengambil bahagian secara cergas dalam kegiatan-kegiatan
kemasyarakatan. Contohnya solat berjemaah 5 waktu di masjid bersama penduduk sekitar
dan menghadiri aktiviti kemasyaratan seperti majlis perkahwinan atau kematian.
Pensyarah juga haruslah bersopan santun dan bertingkah laku baik dalam segala
aktiviti sosial bagi mewujudkan suasana harmoni. Ini kerana pensyarah sebagai duta kecil
bahagian matrikulasi perlu sentiasa berusaha untuk memenuhi tanggungjawab terhadap
masyarakat dan negara dengan tidak menyebarkan ajaran yang boleh merosakkan
kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan Rukun
Negara. Pensyarah juga hendaklah sering memupuk sikap dan nilai murni dalam diri
setiap pelajar yang dapat membimbing mereka menjadi warganegara yang setia,
bertanggungjawab, menghormati orang lebih tua dan perbezaan kebudayaan, keturunan
dan agama.
Di samping itu pensyarah hendaklah menghormati masyarakat di tempat
pensyarah tersebut berkhidmat dan memenuhi tanggungjawab sebagai ahli masyarakat
selain menggalakkan kerjasama di antara pensyarah dengan masyarakat setempat.
Page 18
Bagaimana Anda Memainkan Peranan Sebagai Pensyarah di Kolej Matrikulasi
Mohamad Shehdi bin Ragiun Unit Kimi’A’ KMPk 2009
18
Peranan pada profesion kepensyarahan
Pensyarah haruslah meluaskan ilmu dengan membaca pelbagai buku rujukan
berkaitan mata pelajaran yang diajar. Ini termasuklah memahami selengkapnya isi
pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dan menyertai kursus-kursus meningkatkan
tahap kompetensi dan profesionalisme yang dianjurkan oleh pihak pengurusan kolej atau
bahagian matrikulasi dari masa ke masa.
Sebelum masuk mengajar di kuliah pensyarah perlu merancang dan melaksanakan
dengan teliti strategi pengajaran bagi mencapai objektif pelajaran secara maksimum.
Pensyarah juga hendaklah mengajar dengan fakta yang betul agar murid menerima ilmu
yang tepat. Habis sahaja mengajar pensyarah mesti menyiapkan refleksi pengajaran
sebagai satu proses penambah baikan diri sendiri pada masa hadapan.
Seterusnya pensyarah matrikulasi mempunyai peranan yang sangat besar dalam
mendidik pelajar selari dengan Falsafah Pendidikan Negara. Kemahiran dan pengalaman
mengajar bukan sahaja didapati di dewan kuliah, tetapi juga dari penglibatan yang
menyeluruh dan bersepadu melalui pelbagai aktiviti gerak kerja luar bersama pelajar dan
juga rakan sejawat. Sebagai pensyarah, seharusnya memainkan peranan sebagai:
§ Agen ke arah mempertingkatkan lagi potensi pelajar-pelajar dalam proses
pembelajaran.
§ Agen kemahiran berfikir ke arah mewujudkan pemikiran yang lateral iaitu yang
bersikap positif, kreatif, proaktif dan inovatif.
Page 19
Bagaimana Anda Memainkan Peranan Sebagai Pensyarah di Kolej Matrikulasi
Mohamad Shehdi bin Ragiun Unit Kimi’A’ KMPk 2009
19
§ Perancang ke arah mewujudkan sistem penyampaian yang berkesan serta
bersistematik dalam proses pembelajaran.
§ Pemudah cara iaitu dapat menggabungkan aspek-aspek teori-teori, pedagogi dan
teknologi pensyarahan untuk diintegrasikan dalam pengajaran.
§ Penilai supaya dapat membuat analisis dan diognisis terhadap pencapaian pelajar
dan hubungkaitnya dengan objektif pembelajaran.
§ Penyelidik iaitu membudayakan kumuniti ilmu yang peka terhadap perkembangan
penyelidikan dalam menentukan kualiti kepensyarahan.
§ Pemupuk nilai-nilai murni seperti penyayang, bersefahaman serta semangat
bekerjasama sebagai satu pasukan.
§ Pembimbing pelajar semasa menjalankan aktiviti luar ke arah melahirkan generasi
yang mempunyai nilai kepimpinan yang tinggi, sihat, berpengalaman, dinamik
dan peka terhadap persekitaran luaran.
Dengan perubahan sistem pendidikan yang semakin mencabar ini, pensyarah
perlu menyediakan diri dengan amalan nilai murni dan akhlak yang terpuji. Penerapan
nilai murni penting untuk menyediakan para pelajar matrikulasi menjadi warga yang
berguna kepada bangsa dan negara.
Pensyarah juga mesti berupaya membuat keputusan dan menyelesai masalah serta
berfikiran kritis dan kreatif serta sedar bahawa profesion mereka bukan sahaja mengajar
tetapi terlibat sebagai pentadbir, perancang, pelaksana, penilai, penyelia, pengawal dan
sebagainya.
Page 20
Bagaimana Anda Memainkan Peranan Sebagai Pensyarah di Kolej Matrikulasi
Mohamad Shehdi bin Ragiun Unit Kimi’A’ KMPk 2009
20
Mempertingkat tahap profesionalime kendiri
Pensyarah harus sedar tentang tugas dan amanah yang dipikul untuk mendidik
generasi yang akan mencapai wawasan negara adalah amanah daripaada 4W1. Tidak
semua manusia yang 4W1 pilih untuk menjadi guru. Guru adalah insan keempat yang
perlu ditaati selepas 4W1, Rasul, ibu dan bapa. Kemahiran dan pengetahuan perlu
dikemaskini. Hendaklah pensyarah sentiasa berusaha mengaplikasi kaedah-kaedah
pengajaran terkini. Pensyarah perlu menyambut baik dengan mengikuti kursus-kursus
kepensyarahan yang dianjurkan oleh pihak bahagian matrikulasi agar dapat
mempertingkatkan keupayaan, daya tahan dan prestasi bagi mendepani cabaran yang
semakin kompleks ini. Dengan ini suatu anjakan paradigma dapat dilakukan oleh para
pensyarah kolej matrikulasi seterusnya melahirkan satu kumpulan pensyarah yang
mampu berfikir di luar kotak.
Peranan sebagai agen perubahan
Pensyarah perlu mengubah gaya pengajaran yang bersifat autokratik kepada
demokratik. Ini berasaskan kepada perkara-perkara berikut:
- Mengubah daripada strategi pemusatan pensyarah kepada pemusatan pelajar.
- Mengamalkan sifat penyayang terhadap pelajar, rakan sejawat, ketua unit, staf
sokongan dan barisan pihak pengurusan kolej.
- Bersikap terbuka secara proaktif dan bersedia untuk menghadapi perubahan
khususnya dalam bidang pendidikan.
- Bersedia dan berlapang dada dengan segala teguran
Page 21
Bagaimana Anda Memainkan Peranan Sebagai Pensyarah di Kolej Matrikulasi
Mohamad Shehdi bin Ragiun Unit Kimi’A’ KMPk 2009
21
Peranan sebagai penyebar ilmu
Pensyarah bertanggungjawab menyebarkan ilmu pengetahuan dan kemahiran
kepada pelajar. Selain itu ia juga sebagai pemupuk nilai budaya ilmu supaya menjadi
teladan bagi pelajar mencontohi serta membentuk budaya ilmu sebagai ciri utama dalam
kehidupan mereka. Seterusnya mewujudkan budaya mencintai ilmu di kalangan
pensyarah dan pelajar sejajar dengan salah satu pernyataan yang terkandung dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta berperanan dalam melahirkan generasi yang
mencintai ilmu pengetahuan duniawi dan juga ukhrawi.
Peranan sebagai pakar rujuk
Pensyarah matrikulasi sekurang-kurangnya mempunyai kemahiran ikhtisas di
peringkat ijazah sarjana muda dan mampu menguasai ilmu pengetahuan selain daripada
mata pelajaran yang diajar. Selain itu pensyarah juga perlu bersedia dengan sebarang
kemusykilan pelajar dan menunjukkan sikap jujur serta mewujudkan interaksi positif
pelbagai hala. Bijak dan kreatif dalam mencipta pelbagai kaedah dan teknik yang
memudahkan pelajar memahami isi pengajaran di kuliah dan bilik tutoran selain sarat
dengan unsur-unsur kecindan.
Peranan sebagai mentor
Pensyarah sebagai mentor dan fasilitator kepada pelajar serta berupaya
memberikan penyelesaian masalah dengan cepat dan berkesan. Ia juga harus mempunyai
kemahiran mendengar dengan baik iaitu memahami situasi atau keadaan yang dialami
oleh pelajarnya. Selain itu pensyarah perlulah mempunyai sifat dan kualiti seperti
Page 22
Bagaimana Anda Memainkan Peranan Sebagai Pensyarah di Kolej Matrikulasi
Mohamad Shehdi bin Ragiun Unit Kimi’A’ KMPk 2009
22
bersopan santun, menghormati pandangan pelajar, peramah, rendah hati, jujur, semangat
berbakti, prihatin dan sebagainya.
Peranan sebagai penyelidik
Pensyarah perlu menyelesaikan masalah yang mungkin dihadapi oleh pelajar
semasa proses pembelajaran secepat yang boleh. Sentiasa memikirkan, mengubah dan
menyesuaikan strategi P & P yang dapat menarik perhatian dan minat pelajar. Ia juga
sentiasa membuat dan menjalankan pelbagai refleksi kendiri bagi memperbaiki
kelemahan dalam P & P di samping berkongsi dengan rakan sejawat segala pandangan
dan cadangan penambah baikan.
Peranan sebagai pengamal reflektif
Pensyarah sentiasa membuat pertimbangan dan pemikiran yang mendalam
sebelum merancang suatu aktiviti pengajaran agar pelajar dapat memperolehi kemahiran
berfikir kritis dan kreatif yang tinggi dalam semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Peranan sebagai pemudah cara
Pensyarah perlu sentiasa menekankan pelajar-pelajar agar jelas tentang apa yang
mereka pelajari dan akan mereka seterusnya lakukan. Pensyarah juga mampu
membimbing pelajar mengaitkan di antara pembelajaran sebelumnya dengan yang
dipelajari dan bagaimana ia boleh diperkembangkan lagi. Ini dapat menaikkan minat dan
semangat pelajar untuk mengetahui lebih lanjut dan berasa seronok yang tidak dapat
digambarkan dalam sesuatu subjek yang mereka pelajari.
Page 23
Bagaimana Anda Memainkan Peranan Sebagai Pensyarah di Kolej Matrikulasi
Mohamad Shehdi bin Ragiun Unit Kimi’A’ KMPk 2009
23
Peranan sebagai pemberi semangat
Pensyarah mesti setiap masa dan ketika menuturkan kata-kata semangat dan
harapan yang jelas kepada setiap pelajarnya untuk berjaya meraih gred purata 4.0 setiap
semester. Selain itu ia juga sentiasa memberikan inspirasi, dorongan, galakkan dan
meletakkan cabaran yang munasabah kepada pelajar-pelajar untuk mendapatkan yang
terbaik dan mengambil kira tahap kepelbagaian kebolehan dan kepandaian pelajar.
Pensyarah muslim hendaklah mendoakan kejayaan semua pelajarnya agar berjaya bukan
sahaja dunia malahan juga kejayaan di akhirat kelak. Insya 4W1.
Contoh doa adalah seperti “Bismillahirrahmanirrahim... Segala puji bagi 4W1
tuhan seru semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad
SAW dan para sahabat. Ya 4W1 kami para pensyarah mendoakan kejayaan yang
cemerlang untuk semua anak didik kami dalam peperiksaan yang akan mereka tempuhi
di matrikulasi. Bukakan lah pintu hati mereka Ya 4W1. Mudahkanlah urusan pelajar
kami dunia dan akhirat dalam apa jua bidang yang mereka ceburi tidak kira di mana jua
mereka berada. Insya 4W1. Ya 4W1, sesungguh Nya engkau lah Tuhan yang maha Adil
MAHA MENDENGAR lagi maha Mengetahui....Makbulkan lah permintaan diri kami ini
Ya 4W1 Ya Rahman Makbulkan lah permintaan diri kami ini Ya 4W1 Ya Rahim
Makbulkan lah permintaan diri kami ini Ya 4W1.... Amin... Amin .... Amin Ya Rabbal
Alamin...” Selain itu pensyarah yang cemerlang sentiasa menganggap para pelajarnya
lebih pandai dari dirinya dan tidak malu belajar sesuatu yang baru dari pelajarnya selain
tidak lokek memberikan idea, cadangan, nasihat dan teguran membina kepada pelajarnya.
Page 24
Bagaimana Anda Memainkan Peranan Sebagai Pensyarah di Kolej Matrikulasi
Mohamad Shehdi bin Ragiun Unit Kimi’A’ KMPk 2009
24
Peranan sebagai pelopor proses pembacaan dan pembelajaran berterusan.
Pensyarah sebagai pengamal ilmu seharusnya sentiasa mengikuti atau mengambil
bahagian aktif dalam kursus perkhidmatan, bengkel, seminar, forum, dialog dan
sebagainya. Selain itu aktif dalam kerja atau tugas yang boleh meningkatkan taraf
profesionalisme pensyarah seperti menjadi pemeriksa, membentang kertas kerja,
penggubal soalan, pegawai pengiring dan sebagainya.
Page 25
Bagaimana Anda Memainkan Peranan Sebagai Pensyarah di Kolej Matrikulasi
Mohamad Shehdi bin Ragiun Unit Kimi’A’ KMPk 2009
25
7.0 Rumusan
Berikut adalah rangkuman peranan seorang pensyarah kolej matrikulasi.
- Menggalakkan pelajar matrikulasi menimba ilmu, mengikuti perkembangan dan
berkongsi ilmu.
- Memupuk budaya membaca
Bacalah apa saja yang pelajar mahu. Tak pernah ada orang yang mati kalau banyak
membaca. Namun, banyak lagi pembacaan di luar teks subjek yang menarik yang boleh
dibaca.
- Memupuk minat dan potensi pelajar matrikulasi agar mereka sentiasa berusaha ke arah
Kecemerlangan dan dahagakan kecemerlangan itu sendiri
- Memupuk kejujuran, integriti, akauntabiliti dalam aktiviti akademik dan bukan
akademik
- Memainkan peranan sebagai penasihat atau mentor kepada pelajar matrikulasi dalam
bidang akademik dan bukan akademik sama ada di dalam atau di luar waktu kuliah
- Membuka kubikel pensyarah untuk semua pelajar sama ada pelajar itu menjadi pelajar
pensyarah tersebut atau pun tidak.
Page 26
Bagaimana Anda Memainkan Peranan Sebagai Pensyarah di Kolej Matrikulasi
Mohamad Shehdi bin Ragiun Unit Kimi’A’ KMPk 2009
26
8.0 Kesimpulan
Dengan mengetahui apakah peranan seorang pensyarah kolej matrikulasi maka pensyarah
akan dapat meningkatkan tahap profesionalisme kepensyarahan. Ini kerana penghayatan
tersebut membolehkan semua pensyarah dapat menjalankan tanggungjawab dan tugas-
tugasnya dengan penuh komited dan dedikasi. Ingatlah gaji yang kita terima setiap
bulan sebagai pensyarah dan yang kita gunakan untuk menyara anak isteri kita
akan disoal oleh 4W1 akan keberkatannya. Semoga sesiapa saja yang membacanya
mendapat manfaat dan dapat menyebarkannya kepada yang lain. Insya 4W1.
Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Bagai bunga kembang tak jadi
P/s- Tugasan ini Alhamdulillah disiapkan pada Jumaat 12:34:56 pm 07/08/09
Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan selamat berpuasa....!!!! kepada
semua muslimin muslimat tidak kira di mana jua anda berada...