PERANAN MIB DALAM MENGHADAPI CABARAN DIALAF BARU 1. SEJARAH MELAYU ISLAM BERAJA Bila kita bercakap tentang Melayu Islam Beraja ringkasnya MIB soalan yang pasti akan ditimbulkan ialah bila sebenarnya MIB wujud? Kewujudan MIB secara legalitinya lahir sejak pengisytiharan kemerdekaan Negara Brunei Darussalam oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda SultanHaji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan Dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam pada 1 Januari 1984 dimana baginda bertitah, "Negara Brunei Darussalam adalah dan dengan izin serta limpah kurnia Allah Subhanahu Wata'ala akan untuk selama-lamanya kekal menjadi sebuah Negara Melayu Islam Beraja yang merdeka, berdaulat dan demokratik bersendikan kepada ajaran-ajaran agama Islam menurut Ahli Sunnah Waljamaah …" Ini menurut sejarah Brunei adalah pengisytiharan rasmi yang memberigakan ke seluruh dunia dan diterima sebagai sebuah bahan dokumen rasmi. Walau bagaimanapun, pada hakikatnya orang-orang Brunei secara nalurinya sudah lama mengamalkan dan menghayati unsur-unsur MIB sebagai sumber kehidupan seharian iaitu sejak berabad-abad lamanya, hanya tidak diisyhtiharkan atau dirasmikan. Secara ringkasnya sejak kedatangan agama Islam di Brunei Darussalam, orang melayu Brunei telah lama mengamalkan kehidupan 1
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
PERANAN MIB DALAM MENGHADAPI CABARAN DIALAF BARU
1. SEJARAH MELAYU ISLAM BERAJA
Bila kita bercakap tentang Melayu Islam Beraja ringkasnya MIB soalan yang pasti akan
ditimbulkan ialah bila sebenarnya MIB wujud? Kewujudan MIB secara legalitinya lahir sejak
pengisytiharan kemerdekaan Negara Brunei Darussalam oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Baginda SultanHaji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan Dan Yang
Dipertuan Negara Brunei Darussalam pada 1 Januari 1984 dimana baginda bertitah,
"Negara Brunei Darussalam adalah dan dengan izin serta limpah kurnia Allah Subhanahu
Wata'ala akan untuk selama-lamanya kekal menjadi sebuah Negara Melayu Islam Beraja yang
merdeka, berdaulat dan demokratik bersendikan kepada ajaran-ajaran agama Islam menurut Ahli
Sunnah Waljamaah …"
Ini menurut sejarah Brunei adalah pengisytiharan rasmi yang memberigakan ke seluruh
dunia dan diterima sebagai sebuah bahan dokumen rasmi. Walau bagaimanapun, pada
hakikatnya orang-orang Brunei secara nalurinya sudah lama mengamalkan dan menghayati
unsur-unsur MIB sebagai sumber kehidupan seharian iaitu sejak berabad-abad lamanya, hanya
tidak diisyhtiharkan atau dirasmikan. Secara ringkasnya sejak kedatangan agama Islam di Brunei
Darussalam, orang melayu Brunei telah lama mengamalkan kehidupan yang berpandukan
kepada ajaran agama islam dan menerima system pemerintahan beraja sebagai system
tatanegara. Kesimpulannya MIB itu adalah satu warisan kehidupan orang Brunei yang tidak
dapat ditolak sebagai suatu unsur asing atau baru. Atau lebih buruk lagi kalau kita mengatakan
MIB tidak sesuai dengan cara kehidupan kita baik masa kini mahupun masa depan.
2. TAKRIF MELAYU ISLAM BERAJA
Sejak pengisyhtiharan kemerdekaan 1984 , MIB telah diberikan dengan berbagai-bagai
tafsiran dan erti hingga membawa kepada suatu keadaan yang mengelirukan dan meragukan.
1
Harapan ramai ialah supaya Majlis Tertinggi Kebangsaan Melayu Islam Beraja (MTKMIB) akan
dapat mengubal suatu takrif yang lebih konkrit sebagai landasan untuk perbincangan dan
rumusan yang bermatlamat dan berobjektif. Maka setelah diadakan beberapa beberapa
perbincangan dan penelitian, dengan mengambil kira kepentingan-kepentingan yang dapat
mewujudkan perpaduan dan keharmonian orang Brunei dalam menuju kepada pengamalan
beragama dan sistem beraja yang lebih baik dan sempurna, maka Majlis Tertinggi Kebangsaan
Melayu Islam Beraja telah bersetuju bahawa MIB itu adalah tiga unsur komponen penting atau
integral yang memperakukan:
MELAYU : Sebagai hak bangsa melayu yang terdiri dari tujuh puak jati
bangsa melayu dengan nilai-nilai luhur kebudayaan melayu dan dominan
menjadi sandaran kehidupan beraja, berkeluarga, bermasyarakat, berbangsa
dan bernegara. (iaitu Belait, Bisaya, Brunei, Dusun, Kedayaan, Murut dan Tutong [ Bab
4(I)a dalam undang-undang taraf kebangsaan Brunei, 1961])
ISLAM : Sebagai agama rasmi Negara menurut akidah ahli sunnah wal
jamaah, bermazhab syafie’ yang dihayati menjadi cara hidup yang lengkap,
sempurna dan unggul.
BERAJA : Sebagai pemerintahan beraja di mana sultan sebagai pemimpin
dan penaung kepada rakyat baginda adalah memegang amanah ALLAH bagi
menjalankan kuasa tertinggi memerintah Negara.
3. PENGHURAIAN UNSUR MELAYU DALAM MIB
‘Melayu’ diberi takrif sebagai berikut:
Negara Brunei Darussalam adalah Negara melayu
Mengekalkan sistem pemerintahan melayu yang dipimpin oleh sultan sebagai sistem
pemerintahan Negara
2
Pengukuhan nilai luhur melayu dan kebudayaan melayu sebagai nilai luhur yang
dominan dalam bahasa kebangsaan.
‘Melayu’ dalam MIB memberi takrif bahawa Negara Brunei Darussalam adalah Negara
melayu dalam system pemerintahan cara melayu yang dipandu islam yang dipimpin olehsultan
dalam satu masyarakat yang bersatu padu mengamalkan nilai-nilai luhur kebudayaan melayu dan
identiti kebruneian yang mempunyai unsur-unsur kebaikan dan kelebihan. Ini memberikan
implikasi bahwa Negara Brunei Darussalam menginginkan kesinambungan kekuasaan politik
melayu dalam Negara.
‘Melayu’ dalam MIB juga bermakna pengukuhan nilai-nilai luhur, adat resam dan
kebudayaan melayu sebagai nilai luhur budaya yang dominan dalam kebudayaan kebangsaan.
Adalah perlu bagi masyarakat mengamalkan nilai-nilai luhur kebudayaan melayu sebagai identiti
kebruneian yang mempunyai unsur-unsur kebaikan dan kelebihan. Dengan perkataan lain,
pengukuhan melayu sebagai nilai luhur dan budaya yang dominan dalam kebudayaan
kebangsaan memberikan implikasi :
1. Pengamalan nilai-nilai luhur kebudayaan melayu yang berunsurkan kebaikan, kebajikan,
kemulian, bekerja keras, bermuzakarah dan bijaksana dalam membuat keputusan.
2. Pengukuhan bahasa melayu sebagai bahasa nasional.
3. Mempraktikan adat resam dan budi pekerti melayu dan adat istiadat yang tidak
bercanggah dalam islam sebagai etika kebangsaan. Dan
4. Mengekalkan adat istiadat diraja sebagai system protokal kerajaan. (YBPOKLWDSS Hj Awg
Abd Aziz,1993,ms: 13)
4. PENGHURAIAN UNSUR ISLAM DALAM MIB
‘Islam’ dalam konteks MIB mempunyai makna sebagaimana berikut:
1. Pengukuhan islam sebagai cara hidup yang lengkapdan sempurna (Ad-Din) sebagai
ugama yang hanya diakui oleh Allah Subhanahu Wataala sebagaimana firmannya:
3
“Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. dan orang-
orang (Yahudi dan Nasrani) Yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai
ugama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka
pengetahuan Yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata
kerana hasad dengki Yang ada Dalam kalangan mereka. dan (ingatlah), sesiapa Yang
kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka Sesungguhnya Allah amat segera
hitungan hisabNya” (Surah Ali Imran Ayat 19)
Yang mengatur sistem hidup dan penghidupan sama ada sebagai individu ataupun
dalam pelbagai hubungan antara manusia dan manusia, manusia dan pencipta atau
manusia dengan alam sekitar. Ini bermakna bahawa segala aspek kehidupan dan
pentadbiran negara adalah sentiasa tertakluk kepada hukum dan etika islam.
2. Penegasan bahawa raja adalah ulil-amri dan payung ALLAH di bumi Brunei,yang
menjalankan syariat Islam dan melayu mendukung kewujudan raja dan kedaulatan
baginda. Lebih jauh lagi taat kepada raja sebagai ulil-amri adalah wajip bagi rakyat
dan penduduk yang bermastautin di negara ini.
3. Penegasan bahawa islam adalah sistem yang memandu rakyat dan pemerintahan
dinegara ini. Islam sebagai Ad-Din adalah teras pemerintahan dan pentadbiran yang
akan menonjolkan unsur-unsur kebajikan dan bermanfaat bagi semua lapisan rakyat
sama ada orang islam atau bukan islam yang berlangsung dalam suasana aman,
sejahtera dan saling hormat menghormati.
4. Penonjolan unsur-unsur islam yang berkebajikan. Mengalakkan umatnya untuk
menuntut ilmu pengetahuan dan dapat berdikari. Islam mendorong umatnya untuk
bekerja keras, penuh ikhlas, berdikari dan tidak menyukai umat yang meminta-minta
dan membentuk etika kerja yang amanah , berdisiplin, berkemahiran, dedikasi,
bekerja keras dan yakin akan hasil titik peluh sendiri.4
5. Penegasan bahawa Negara Brunei Darussalam bukanlah Negara sekular sama ada
dari bidang politik dan kenegaraan, ilmu pengetahuan dan kehidupan sosial.
‘Islam’ dalam MIB juga member takrif bahawa Islam adalah ugama rasmi Negara.
Pengakuan islam sebagai ugama rasmi Negara beerti mengesahkan islam sebagai sistem yang
memandu kehidupan rakyat dan pemerintahan di Negara ini. Hal ini memberikan implikasi
sebagai berikut:
1. Sultan adalah ketua negara islam
2. Pemimpin-pemimpin, ketua-ketua dan pegawai-pegawai utama yang membuat
keputusan yang melibatkan maslahah orang islam, mestilah terdiri dari ahlut taqwa dari
kalangan orang-orang islam
3. Kewajipan mentadbir menurut etika dan lunas-lunas islam
4. Kewajipan melaksanakan syariat-syariat islam bagi rakyat yang beragama islam dan
memberi teladan tentang ketinggian agama islam
5. Islam memberi jaminan terhadap kehidupan yang amandamai bagi masyarakat bukan
islam dinegara ini
6. Masyarakat bukan beragama islam dikehendaki mempelajari agama islam bagi tujuan
memahami dan dan menghormati islam sebagai agama dan cara hidup orang Brunei
7. Kewajipan taat kepada sultan sebagai Ulil-amri dan payung ALLAH di bumi Brunei.
8. Islam yang dipraktikkan di Negara Brunei Darussalam adalah mengikut fahaman Ahli
Sunnah Wal Jamaah Mazhab Syafie’
9. Cara hidup dan pentadbiran yang mengikut lunas-lunas islam yang cekap, bersih dan
amanah tetap akan menjamin perpaduan kebangsaan oleh kerana unsur toleransi dalam
islam tetap menjamin keserasian hubungan dan menghormati pemeluk agama lain
(YBPOKLWDSS Hj Awg Abd Aziz,1993,ms: 16)
5
5. PENGHURAIAN UNSUR BERAJA DALAM MIB
‘Beraja’ dalam konteks MIB bermakna sistem kerajaan atau pemerintahan yang beraja
yang wajip diterima dan ditaati. Raja adalah payung bagi Negara dan perpaduan bangsa,sesuai
dengan ungkapan bahawa raja adalah ibarat payung ALLAH di muka bumi. Raja dalam konteks
Melayu Islam Beraja Adalah sultan yang sentiasa mengambil berat tentang kebajikan rakyat dan
kemakmuran Negara serta mempunyai pandangan yang jauh kedepan. Raja dalam konteks
kebruneian bukanlah raja ceremonial, simbolik, sintitik atau raja ‘interior decoration’, Raja
adalah pemegang amanah untuk mengendali dan menjalankan kerajaan dan pemerintahan dengan
cara yang adil dan ihsan menurut landasan-landasan hukum ALLAH, kerana kuasa memerintah
itu adalah kurnia amanah dari ALLAH SUBHANAHU WA TAALA sebagaimana firmannya:
“Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai Tuhan Yang mempunyai Kuasa
pemerintahan! Engkaulah Yang memberi Kuasa pemerintahan kepada
sesiapa Yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah Yang mencabut Kuasa
pemerintahan dari sesiapa Yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga Yang
memuliakan sesiapa Yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah Yang menghina
sesiapa Yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya
Segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu”
(Surah Ali Imran Ayat 26)
Pemerintahan beraja dalam falsafah Melayu Islam Beraja adalah
menegaskan sistem pemerintahan melayu dengan kuasa pemerintahan
tertinggi terletak ditangan sultan yang berdaulat dan memegang amanah
kuasa penuh. Kedudukan raja iyu sangat tinggi dan lebih jelas digambarkan
melalui ‘puja sultan’ semasa perpuspaan baginda:
Sudah dengan kehendak ALLAH tuanku menjadi raja dalam Negara
Brunei Darussalam
6
Sudah dengan kehendak ALLAH tuanku menjadi junjungan Negara
Brunei Darussalam
Sudah dengan kehendak ALLAH tuanku menjadi pemimpin kepada
rakyat Negra Brunei Darussalam
Seudah kehendak ALLAH tuanku menjadi yang di-pertuan bagi Negara
Brunei Darussalam
Dengan demikian, dalam konteks Melayu Islam Beraja, kedudukan raja
adalah : (YBPOKLWDSS Hj Awg Abd Aziz, 1993,ms: 18)
1. Raja adalah payung ALLAH di atas bumi Brunei
2. Raja adalah ketua agama islam
3. Raja adalah kepala Negara
4. Raja adalahketua kerajaan
5. Raja adalah ketua adat
6. Raja adalah ketua angkatan bersenjata.
6. MATLAMAT MIB SEBAGAI FALSAFAH NEGARA
Matlamat sesebuah kerajaan adalah untuk mengujudkan keamanan, kemakmuran dan
kemajuan negara untuk faedah rakyat, disamping untuk mengekalkan imej bangsa dan negara.
Bagi mencapai matlamat tersebut disamping ianya dipandu oleh falsafah negara iaitu dalam
konteks Negara Brunei Darussalam – Melayu, Islam, Beraja; tetapi ianya juga bergantung
kepada beberapa aspek-aspek utama termasuklah kestabilan politik dan pemerintahan atau
pentadbiran yang baik atau dalam bahasa Inggerisnya, lebih dikenali sebagai "good governance"
iaitu keberkesanan perlaksanaan undang-undang; dasar dan peraturan; perancangan dan
13. 1996 - Pembangunan Masyarakat Matlamat Negara.
14. 1997 - Kemajuan Ekonomi Teras Kesejahteraan.
15. 1998 - Membina Insan Yang Sempurna Dengan Pendidikan Bersepadu.
16. 1999 - Siap Siaga Ke Alaf Baru.
17. 2000 - Mengukuhkan Jati Diri Bangsa Di Alaf Baru.
18. 2001 - Maju Bangsaku Sejahtera Negaraku.
19. 2002 - Memperkasa Keupayaan Bangsa.
20. 2003 - Bangsa Berilmu Negara Maju.
21. 2004 - Patriotisme Teras Keteguhan Negara.
17
22. 2005 - Bersepadu Memperkasa Mandiri Bangsa.
23. 2006 - Mempertingkatkan Daya Saing Bangsa.
24. 2007 - Iltizam Memperkasa Keupayaan Bangsa.
25. 2008 - Tunas Bangsa.
26. 2009 - Kedewasaan Bernegara.
27. 2010 – Negaraku Brunei Darussalam
Jika dilihat dan di teliti kesemua tema-tema yang telah di perkenalkan, hampir keseluruhannya
memiliki objektif dan motif yang mendorong kepada bersatu padu terutamanya bagi puak-puak
jati Brunei khasnya dan warganegara brunei yang lain amnya dalam mendorong perpaduan
bangsa, disamping membangkitkan semangat jiwa cintakan Negara yang kental dalam meniti
arus-arus kemerdekaan dengan berpandukan ajaran-ajaran Islam
10. CADANGAN
Menjadikan ISLAM dalam MIB sebagai yang ‘pertama’. dalam usaha kita untuk
merealisasikan peranan MIB dalam membentuk kerajaan yang berdaulat dan sentiasa didalam
lindungan ALLAH kita seharusnya berusaha untuk lebih memahami lagi huraian yang terdapat
dalam tiga unsur ini terutamanya dalam unsur ISLAM, walaupun ianya terletak di tengah-tengah
akan tetapi peranannya dalam dalam MIB adalah yang paling utama. Dengan ISLAM inilah
Negara kita mendapat petunjuk dari ALLAH sehinggakan kita mendapat kemerdekaan, Negara
yang berdaulat dan mendapat naungan dan rahmat dari ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.
hinggakan diabdikan didalam ‘panji-panji’ negara kita perkataan bahasa arab
“ الدائمون المحسنون بالهدى “
Yang membawa maksud “ Sentiasa membuat kebajikan dengan petunjuk ALLAH “ . Jadinya
dapat disimpulkan dalam usaha kita untuk memertabatkan MIB agar dapat bertahan dan
meneruskan peranannya dalam menghadapi cabaran dialaf baru kita perlu benar-benar
memperkukuhkan ISLAM didalam jiwa-jiwa orang Brunei, walaupun bagi mereka yang tidak
18
menganut agama ISLAM. Ertinya warganegara yang bukan beragama islam mesti benar-benar
faham akan ISLAM. Keazaman Baginda amat jelas untuk menjadikan ISLAM sebagai suatu
yang perlu dipegang erat oleh setiap warga Negara Brunei agar MIB dapat bertahan dalam
menempuh cabaran dialaf baru. Keazaman Baginda ini juga dapat kita lihat melaui beberapa lagi
petikan titah Baginda,
Baginda pernah bertitah semasa merasmikan Persidangan Belia Asia Tenggara dan Pasifik pada 18 Mac 1984,
“adalah menjadi hasrat beta dan kerajaan beta untuk terus memelihara ajaran-ajaran Islam menurut Ahli Sunnah Waljamaah sebagai cara hidup yang sempurna dan segala peraturan
kehidupan berasaskan ajaran-ajaran Islam”
Baginda juga pernah berikra sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri 1387H/1967 untuk “
“… menjadikan Islam sebagai satu cara hidup yang lengkap dan penuh dengan nikmat bagi keseluruhan rakyat dan penduduk di negara Brunei Darussalam”
Baginda juga pernah mengajak rakyat supaya ,
“… menumpukan tenaga dan usaha bagi menuju melaksanakan Islam sebagai ideologi negara”(Titah Kebawah DYMM Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 2 Ogos 1969)
Sebagaimana titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia pada pembukaan Majlis Ilmu 2008 sempena
hari keputeraan baginda :
"Dengan konsep Negara Zikir, kita insya Allah, akan membangun Negara dan kehidupan,
dengan perkara-perkara yang dipandang baik serta bagus oleh Allah dan juga oleh manusia. Kita
akan usahakan kecemerlangan dengan konsep ini"
Titah baginda lagi :
"Ertinya, anak-anak kita cemerlang dalam pelajaran, orang teknikal kita cemerlang, doktor kita
cemerlang, pentadbir kita cemerlang, pemegang polisi kita cemerlang, pendeknya semua kita ini
adalah cemerlang kerana keramah dan berkat zikir (ingatan kepada Allah)"
Dalam usaha kerajaan untuk menjadikan ISLAM sebagai yang ‘pertama’ dinegara ini memang
nampak jelas akan tetapi usaha ini perlu digiatkan lagi bukan saja di sekolah-sekolah dengan 19
menjadikannya pelajaran teras, malah di jabatan-jabatan, baiknya dari sektor kerajaan mahupun
swasta.
11. KESIMPULAN
Pada hakikatnya corak kehidupan yang kita lalui pada masa kini banyak yang mempunyai
unsur-unsur MIB, maka penonjolan falsafah MIB itu banyak yang tersirat daripada yang tersurat.
Dalam menghadapi cabaran-cabaran dialaf baru ini dalam gelombang teknologi maklumat dan
kesedian kita menerima konsep globalisasi, kita tidak perlu melaungkan falsafah MIB itu kerana
corak kehidupan kita telah didasari oleh falsafah MIB. Yang perlu kita ajukan ialah bagaimana
MIB itu dapat membawa dan memberikan kebaikan bukan keburukan. Jadikan perkara yang
penting kita befikirkan bersama ialah merangka apakah lumih-lumih yang diperlukan untuk
mengisi unsur melayu, islam dan beraja bagi membawa falsafah MIB kehadapan supaya dapat
menghadapi cabaran dialaf baru. Isu ini harus diambil perhatian oleh setiap kementerian sebagai
tanggung jawab peranan mereka dalam pembangunan bangsa dan Negara Brunei Darussalam.
Dengan berfalsafahkan konsep Melayu Islam Beraja ini, Negara kita telah Berjaya
membuktikannya kepada dunia dengan keutuhan sistem politik beraja. Malah rakyat Brunei,
walau dalam apa jua jenis puak sekalipun termasuklah puak iban, kaum cina dan keseluruhan
warganegara Brunei mampu mengekalkan identiti kebruneian selaras dengan perkembangan
dunia moden dalam era globalisasi masa kini. Kita juga sepatutnya merasa bangga kerana telah
Berjaya mempertahankan dan mengekalkan institusi kesultanan, adat resam negara, budaya-
budaya kebruneian yang telah diwarisi lebih dari 600 tahun yang lalu.
Kita juga sepatutnya sedar dan yakin bahawa segala warisan tradisi puak-puak Brunei
yang telah diamalkan sejak beratus tahun yang lalu patut kita pertahankan walau apa sekali pun
tohmahan dan kritikan masyarakat luar terhadap perlaksanaan dasar-dasar pemerintahan di
negara ini. kita juga patut berbangga kerana dari aspek sosiobudaya dan politik, Brunei adalah
pewaris bangsa Melayu Nusantara yang masih mengamalkan pemerintahan Kesultanan Melayu
Islam.
20
… ….
“Negeri yang baik (aman dan makmur), dan Tuhan Yang Maha Pengampun” (Surah soba , Ayat:15)
Adalah diharapkan falsafah MIB akan dapat dipertingkatkan dan diamalkan mengikut
peredaran masa agar MIB itu dipandang sebagai identiti orang melayu Brunei dalam sifat
kemelayuan, sifat keislaman dan sifat keberajaan. Hanya rakyat Brunei sahaja yang dapat
menjamin agar impian Negara untuk menjadi Negara yang digalati kita menjadi satu kenyataan.