1.0 PENGENALAN 1.1 Sejarah Ringkas Dan Tujuan Maktab Perguruan Teknik Institut Perguruan Teknik (IPTeknik) ditubuhkan pada 17 Mei 1962 dengan nama asalnya Maktab Perguruan Teknik (MPT). Bangunan asal MPT terletak di Jalan Damansara, Kuala Lumpur, yang merupakan bekas tapak Malay Girls College (sekarang Kolej Tunku Kurshiah di ’ Seremban). Pada peringkat awal operasinya, MPT mendapat bantuan dalam berbagai-bagai bidang dari kerajaan Canada, termasuk kepakaran, tenaga pengajar, latihan, malah alat kelengkapan seperti jentera berat dan perkakas pertukangan. Peranan MPT menjadi bertambah penting apabila empat mata pelajaran baru diperkenalkan di peringkat sekolah menengah rendah, iaitu Seni Perusahaan, Sains Pertanian, Perdagangan dan Sains Rumah Tangga dalam Sistem Pelajaran Aneka Jurusan mulai tahun 1965. Kampus baru MPT yang berdiri megah di Jalan Tenteram, Bandar Tun Razak sekarang dibina dalam tahun itu di atas sebuah tapak seluas 22.3 hektar. MPT mula mengendalikan Kursus Pertukangan pada awal tahun 1970, apabila jabatan berkenaan di Maktab Perguruan Pertukangan di Kuantan dipindahkan ke sini. Pada tahun 1972 kursus Pengajian Perdagangan pula dimulakan apabila Jabatan Pengajian Perdagangan Maktab Perguruan Ilmu Khas dipindahkan ke maktab ini dalam usaha menggabungkan jurusan teknik dan vokasional. MPT juga telah mengendalikan latihan perguruan dalam tiga komponen kursus Kemahiran Hidup: Ekonomi Rumah Tangga, Kemahiran Manipulatif Tambahan dan Pertanian sejak 1989 sehingga kursus-kursus tersebut dipindahkan ke Maktab Perguruan Batu Pahat dalam tahun 1992. Pada tahun 2003, mata pelajaran utama di MPT ialah Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Jentera, Teknologi Kejuruteraan, Lukisan Kejuruteraan, Sains Komputer, Multimedia & Animasi, ERT, Perakaunan, Matematik dan Sains.Mulai tahun 2006, MPT dinaiktarafkan dengan kemampuan menganugerakan Ijazah Perguruan
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1.0 PENGENALAN
1.1 Sejarah Ringkas Dan Tujuan Maktab Perguruan Teknik
Institut Perguruan Teknik (IPTeknik) ditubuhkan pada 17 Mei 1962 dengan nama
asalnya Maktab Perguruan Teknik (MPT). Bangunan asal MPT terletak di Jalan Damansara,
Kuala Lumpur, yang merupakan bekas tapak Malay Girls’ College (sekarang Kolej Tunku
Kurshiah di Seremban). Pada peringkat awal operasinya, MPT mendapat bantuan dalam
berbagai-bagai bidang dari kerajaan Canada, termasuk kepakaran, tenaga pengajar, latihan,
malah alat kelengkapan seperti jentera berat dan perkakas pertukangan.
Peranan MPT menjadi bertambah penting apabila empat mata pelajaran baru
diperkenalkan di peringkat sekolah menengah rendah, iaitu Seni Perusahaan, Sains Pertanian,
Perdagangan dan Sains Rumah Tangga dalam Sistem Pelajaran Aneka Jurusan mulai tahun
1965. Kampus baru MPT yang berdiri megah di Jalan Tenteram, Bandar Tun Razak sekarang
dibina dalam tahun itu di atas sebuah tapak seluas 22.3 hektar.
MPT mula mengendalikan Kursus Pertukangan pada awal tahun 1970, apabila jabatan
berkenaan di Maktab Perguruan Pertukangan di Kuantan dipindahkan ke sini. Pada tahun
1972 kursus Pengajian Perdagangan pula dimulakan apabila Jabatan Pengajian Perdagangan
Maktab Perguruan Ilmu Khas dipindahkan ke maktab ini dalam usaha menggabungkan
jurusan teknik dan vokasional.
MPT juga telah mengendalikan latihan perguruan dalam tiga komponen kursus
Kemahiran Hidup: Ekonomi Rumah Tangga, Kemahiran Manipulatif Tambahan dan
Pertanian sejak 1989 sehingga kursus-kursus tersebut dipindahkan ke Maktab Perguruan Batu
Pahat dalam tahun 1992. Pada tahun 2003, mata pelajaran utama di MPT ialah Kejuruteraan
Elektrik, Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Jentera, Teknologi Kejuruteraan, Lukisan
Kejuruteraan, Sains Komputer, Multimedia & Animasi, ERT, Perakaunan, Matematik dan
Sains.Mulai tahun 2006, MPT dinaiktarafkan dengan kemampuan menganugerakan Ijazah
Perguruan kepada para pelajarnya. Ianya mula dikenali sebagai Institut Perguruan Teknik.
Maktab ini ditubuhkan dengan tujuan :
i. Melatih guru-guru untuk sekolah menengah dalam bidang Seni Perusahaan,
Perdagangan dan Kemahiran Hidup.
ii. Melatih guru-guru untuk SMV dalam pelbagai bidang Pertukangan sebagai
persediaan untuk mencurahkan ilmu tersebut kepada pelajar.
iii. Melengkapkan pelatih-pelatih bukan sahaja dalam kemahiran vokasional tetai juga
dalam pedagogi.
iv. Melengkapkan pelatih-pelatih dengan tingkat kecekapan yang sepenuhnya dalam
aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum.
v. Memberi peluang kepada pelatih-pelatih dengan pengalaman-pengalaman yang
berkaitan dengan perindustrian.
1.2 Sejarah Ringkas Dan Tujuan Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK)
MLVK ditubuhkan pada 2 Mei 1989 untuk merumus, mengalakkan dan
menyelaraskan strategi serta program latihan vokasional dan perindustrian sejajar dengan
keperluan perkembangan teknologi dan pembangunan ekonomi negara. Akta Pembangunan
Kemahiran 2006 (Akta 652) atau NASDA diluluskan oleh Yang DiPertuan Agong pada 29
Jun 2006. NASDA dikuatkuasakan pada 1 September 2006. Nama MLVK ditukarkan
kepada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Ianya ditubuhkan melalui penyusunan
semula Lembaga Latihan Perindustrian dan Persijilan Ketukangan Kebangsaan (LLPKK).
Nama MLVK ditukarkan kepada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Tetapi masih
mengekalkan fungsinya. Ianya adalah agensi kerajaan yang dipertanggungjawabkan di bawah
Kementerian Sumber Manusia.
Tujuan MLVK atau JPK adalah untuk merumus, menggalakkan dan menyelaraskan
segala program latihan vokasional. Antara fungsinya ialah:
• Menilai keperluan sumber manusia dalam bidang kemahiran
• Membangunkan, meluluskan dan menyemak Standard Kemahiran Pekerjaan
Kebangsaan (NOSS).
• Melaksanakan program Pensijilan Latihan Kemahiran.
• Membantu dan meningkatkan keupayaan dan kemahiran individu.
• Mempromosi Sistem Latihan Kemahiran.
• Membimbing pembelajaran penyelidikan berkenaan latihan kemahiran.
• Membangun standard kemahiran kebangsaan
• Menjalankan program persijilan kemahiran
• Menjalankan promosi bidang kemahiran
• Membantu meningkatkan pengetahuan/kemahiran pengajar
• Menjalankan kajian latihan vokasional
• Menjalankan penilaian dan pengiktirafan terhadap program latihan
1.3 Objektif Penubuhan MLVK
Objektif penubuhan Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan ialah:
1. Untuk mewujudkan satu sistem penyelarasan latihan vokasional dan perindustrian
yang menyeluruh dan bersesuaian dengan strategi dan objektif pembangunan negara
yang bercita-cita untuk menjadikan negara ini sebagai sebuah negara yang
berdasarkan bidang perindustrian menjelang tahun 2020.
2. Objektif seterusnya ialah untuk mengalakkan, memperkembangkan, membantu dan
membangunkan program-program latihan vokasional dan perindustrian di peringkat
mahir dan separuh mahir. Objektif ini adalah penting ditekankan untuk memastikan
menjadi sebuah negara perindustrian maka tenaga-tenaga pekerja hendaklah
mempunyai kemahiran dan kebolehan yang tinggi dan setanding dengan tenaga pakar
seperti di negara-negara maju yang lain.
3. Untuk menentukan pencapaian tahap kemahiran seimbang dengan tahap kemajuan
teknologi. Jika dilihat kepada perkembangan teknologi dunia hari ini ianya berlaku
dengan begitu cepat dan pantas sekali. Oleh yang demikian maka adalah menjadi
tanggungjawab kerajaan menyerap kemajuan yang berlaku dengan memastikan
teknologi yang dipelajari adalah selari dan seimbangan dengan pekembangan
teknologi yang berlaku.
4. Untuk menyediakan rancangan bagi menggunakkan sepenuhnya potensi latihan-
latihan di loji syarikat-syarikat yang terpilih dan di institusi-institusi latihan swasta. Ini
dilaksanakan dengan kerajaan mengadakan satu sukatan pelajaran yang khusus dalam
kemahiran vokasiaonal serta garis panduan yang perlu mereka ikuti dalam
mengendalikan program-program kemahiran samada oleh pihak swasta mahupun oleh
pihak kerajaan.
Program atau aktiviti utama yang dilaksanakan oleh Majlis Latihan Vokasional
Kebangsaan (MLVK) atau JPK ialah:
i. Pembangunan NOSS
ii. Pelaksanaan Persijilan Kemahiran Malaysia (Pentauliahan Pusat/PPT/Ujian)
iii. Pelaksanaan “National Dual Training System”
iv. Perakuan Kemahiran Pekerja Asing
v. Program pembangunan Pengajar (Crash Program JPA)
vi. Pembangunan Pakar Industri
vii. Promosi
MLVK dipertanggungjawabkan untuk merumus, menggalak dan menyelaraskan
starategi latihan vokasional dan program pembangunan sumber manusia. Piagam pelanggan
MLVK dengan jelas menyatakan bahawa Malaysia:
1. Membangunkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan dalam tempoh empat
bulan untuk setiap bidang pekerjaan yang dipohon.
2. Mengeluarkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) bagi setiap pelajar bertauliah dalam
tempoh tiga bulan setelah pemeriksaan kemahiran dijalankan.
3. Memberi layanan yang mesra dan perkhidmatan yang cekap.
2.0 SISTEM DAN LATIHAN DALAM MAKTAB PERGURUAN TEKNIK DAN
MAJLIS LATIHAN VOKASIONAL NEGARA (MLVK)
2.1 LATIHAN DALAM MAKTAB PERGURUAN TEKNIK
Di Malaysia, maktab perguruan merupakan sebuah organisasi formal yang mempunyai
peranan tersendiri untuk melahirkan guru-guru yang professional. Hari ini peranan maktab
perguruan adalah semakin mencabar kerana ia diberi tanggungjawab yang lebih untuk
mengendalikan pelbagai kursus pendidikan guru seperti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah
(KPLI), Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG), Kursus Perguruan Khas Satu Tahun
(KSPK), dan Kursus Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Perkembangan
yang terkini ialah kerajaan telah menaikkan taraf maktab-maktab perguruan kepada Insititut
Pendidikan Guru (IPG) yang boleh menganugerahkan ijazah kepada para pelajar. Untuk itu,
maktab perlu mempunyai budaya organisasi yang kukuh kerana budaya organisasi
mempunyai kaitan dengan prestasi kerja (Peters & Waterman, 1982)
2.1.1 Objektif Latihan Dalam Maktab Perguruan
Objektif Latihan dalam Maktab ialah:
i. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru dalam bidang pedagogi dan strategi
pengajaran dan pembelajaran supaya mereka dapat menghadapi perubahan semasa
dalam sistemnpendidikan di Negara ini.
ii. Mendedahkan peserta-peserta kursus kepada perkembangan-perkembangan semasa
yang berkaitan dengan pendidikan sekolah menengah dan sekolah rendah.
iii. Melengkapkan peserta-peserta kursus dengan pendekatan terkini tentang kemahiran
berfikir dan kemahiran menjalankan penyelidikan untuk meningkatkan lagi mutu
profesionalisme supaya menjadi seorang guru yang berdedikasi, inovatif, kreatif, dan
berkebolehan dalam memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Negara.
2.1.2 Senarai Maktab Perguruan Di Malaysia
Dahulunya maktab perguruan dikenali sebagai Maktab Perguruan tetapi setelah
dinaiktaraf maktab dikenali sebagai Institut Perguruan
1. Maktab Perguruan Gaya , Sabah (Institut Perguruan Gaya)
2. Maktab Perguruan Keningau, Sabah (Institut Perguruan Keningau)
3. Maktab Perguruan Kent, Sabah (Institut Perguruan Kent)
4. Maktab Perguruan Sandakan (Institut Perguruan Sandakan)
5. Maktab Perguruan Batu Lintang , Sarawak (Institut Perguruan Batu Lintang)
6. Maktab Perguruan Sarawak, Miri (Institut Perguruan Sarawak)
7. Maktab Perguruan Sains Bintulu (Institut Perguruan Sains Bintulu)
8. Maktab Perguruan Rajang, Sarawak (Institut Perguruan Rajang)
9. Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim (Institut Perguruan Temenggong
Ibrahim)
10. Maktab Perguruan Batu Pahat (Institut Perguruan Tun Hussein Onn)
11. Maktab Perguruan Raja Melewar , Seremban (Institut Perguruan Raja Melewar)
12. Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan , Kuantan