(Bahan ini dipetik daripada blog warga pendidikan)
Esei ini mungkin boleh membantu anda menyiapkan tugasan yang
berkaitan.
PERANAN GURU DALAM MEREALISASIKAN PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN
MALAYSIA
1.0PengenalanProfesion keguruan merupakan profesion yang tertua
di dunia dan kini memasuki satu lagi era baharu . Peranan guru pada
masa dahulu hanya bertumpu sebagai penyampai ilmu . Berbanding
sistem pendidikan kini , guru lebih banyak berperanan sebagai
pemudah cara pengetahuan yang seharusnya lebih bersedia dan peka
dalam melahirkan dan menggunakan situasi situasi pembelajaran
secara cekap dan berkesan . Selaras dengan perubahan peranan
pendidik , guru harus lebih inovatif , kreatif dan efektif dalam
penyampaiannya serta sentiasa memikirkan pendekatan baharu untuk
mengadaptasikan amalan dengan kehendak pelajar sebagai knowledge
worker dalam era revolusi maklumat abaf ke 21 .Guru dalam alaf
baharu seharusnya professional dan profesionalismenya ialah kunci
kepada peningkatan kualiti ( Jemaah Nazir , 2001 ) . Kualiti yang
dimaksudkan merujuk kepada kualiti proses dan yang lebih penting
ialah kualiti produk (output) . Dengan ini , sumber manusia ( modal
insane ) perlu dibangunkan secara bersepadu melalui latihan latihan
bagi memastikan setiap individu dapat mengembangkan potensi ke
tahap yang optimum . Program program pembangunan professional sudah
tentu dapat mengupayakan guru demi meningkatkan kualiti pendidikan
negara .Perkataan keguruan diamabil daripada perkataan dasarnya
iaitu guru . Menurut Kamus Dewan , guru bermaksud pengajar ,
pendidik atau pengasuh manakala perkataan keguruan pula berkaitan
dengan guru dan peranan ( tugas dan kelayakan ) sebagai guru .
Sesuatu profesion yang sebenar adalah suatu bidang yang mempunyai
ciri ciri seperti kepentingan kemahiran intelek , latihan iktisas
yang mencukupi , khidmat yang diperlukan oleh masyarakat .
Menikmati autonomi individu dan kumpulan , mementingkan mutu
perkhidmatan , mempunyai tatasusila perkhidmatan atau kod setia dan
mempunyai organiasasi tersendiri untuk menguruskan soal soal yang
berkaitan dengan pendidikan ( Lieberman 1956 ) .
Menurut Kamus Dewan profesion adalah suatu bidang pekerjaan
khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran
yang tinggi dan latihan yang khas . Berdasarkan ciri ciri profesion
, Mok Soon Sang ( 1996 ) merumuskan secara ringkas konsep
professionalisme sebagai suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan
oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan iktisas yang cukup
bermutu , bersikap jujur , dedikasi , berakauntabiliti dan bermoral
tinggi , mempunyai autonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang
ditentukan oleh organiasasinya .Sistem pendidikan di negara kita
amat dinamik dan akan sentiasa bergerak maju ke hadapan . Perubahan
perubahan dan transformasi dalam kurikulum pendidikan bertujuan
memenuhi kehendak negara . Merealisasikan sebuah negara maju pada
masa hadapan . Setiap perubahan dan transformasi kurikulum
pendidikan yang diperkenalkan menjadi satu bentuk cabaran dalam
profesion perguruan oleh itu , adalah mustahak bagi setiap
indidvidu yang berkecimpung dalam bidang ini sentiasa berusaha
mempertingkatkan kecekapan , kelebihan prestasi dan keterampilan
dari semasa ke semasa agar dapat bertanding dalam era perkembangan
teknologi pesat . Jika hal ini wujud , barulah tuntutan tuntutan
dalam transformasi kurikulum itu dapat ditangani .
Walaubagaimanapun , sejauh mana kita mengiktiraf dan memartabatkan
keguruan sebagai satru profesion bergantung pada tanggapan
masyarakat . Adalah peranan guru semakin hilang kewiwabawaannya
kerana masyarakat telah mengalihkan pandangan pada kerjanya
diiktiraf sebagai professional oleh pihak kerajaan seperti doktor ,
peguam dan arkitek .Dalam konteks ini , pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia telah berusaha dengan bersungguh sungguh untuk
menjadikan profesion keguruan sebagai profesion yang unggul dan
disegani ramai . Hal ini termasuklah dalam teras Pelan Pembangunan
Pendidikan Malysia ( PPPM ) 2013 2025 iaitu memartabatkan profesion
keguruan antara agenda utamanya selain daripada kemenjadian murid .
Para guru sebenarnya mempunyai tanggungjawab yang besar dalam
meningkatkan aspek profesionalannya dengan melengkapkan diri dengan
pelbagai jenis ilmu pengetahuan dan kemahiran selaras dengan
kehendak teras PPPM .
2.0Isu Guru dan Analisis : ( Peranan Guru Dalam Merealisasikan
PPPM ) .Pada Oktober 2011 , Kementerian Pendidikan telah
melaksanakan kajian semula sistem pendidikan negara Malaysia secara
menyeluruh dalam usaha membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan
yang baharu . Kerajaan telah mengambil keputusan melaksanakan
kajian semula system pendidikan berdasarkan standard pendidikan
anatarabangsa yang kian meningkat , peningkatan aspirasi negara dan
harapan ibu bapa serta masyarakat terhadap dasar pendidikan negara
dalam mempersiapkan generasi muda untuk menghadapi keperluan abad
ke 21 .Dalam tempoh 11 bulan pelaksanaan kajian , Kementerian telah
memperoleh input daripada pelbagai sumber seperti laporan
penyelidikan yang dijalankan oleh pakar pendidikan dari UNESCO ,
Bank Dunia , OECD , dan enam Institusi Pengajian Tinggi Awam .
Kajian ini juga melibatkan penyertaan pemimpin sekolah , guru , ibu
bapa , orang ramai dan murid di seluruh negara . Dokumen awal Pelan
Pembangunan Pendidikan telah dibangunkan bagi menilai prestasi
semasa sistem pendidikan Malaysia dengan mengambil kira secara
objektif pencapaian lampau dan membandingkannya dengan tanda aras
anatarabangsa . Pelan ini melakarkan visi sistem pendidikan dan
murid yang dapat memenuhi keperluan negara pada masa depan . Pelan
ini juga mencadangkan 11 anjakan starategik dan potensi yang perlu
dilaksanakan oleh Kementerian bagi mencapai visi yang dihasratkan
.Perubahan atau penambaikan sisitem pendidikan dilakukan dari
semasa ke semasa . Pihak yang berkenan berbuat demikian adalah atas
alasan bahawa perubahan tersebut penting untuk rakyat dan negara .
Pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ( PPPM ) 2013 2025
oleh Timbalan Perdana Menteri , Tan Sri Muhiyiddin Yassin pada
bulan September 2013 yang lalu adalah antara perubahan terkini
dalam sistem pendidikan kita .
Antara perkara penting dalam PPPM adalah untuk melahirkan murid
yang mempunyai 6 ciri utama , seperti yang berikut , iaitu
:vpengetahuan (murid yang berpengetahuan).vkemahiran berfikir
(murid yang mahir berfikir) .vkemahiran memimpin (murid yang dapat
menjadi pemimpin) .vkemahiran dwibahasa (murid yang menguasai
sekurang kurangnya 2 bahasa) .vetika dan kerohanian (murid yang
berpegang pada etika dan memiliki sifat rohani yang tinggi)
.videntiti nasional (murid yang mempunyai indentiti
kebangsaan).Dalam menzahirkan hasrat kerajaan untuk melahirkan
murid yang mempunyai 6 ciri utama seperti yang digariskan , guru
merupakan tonggak utama kearah mencapai hasrat tersebut . Gurulah
yang berperanan memastikan muridnya berpengetahuan , mempunyai
kemahiran berfikir , berkeupayaan memimpin , menguasai dwibahasa ,
mempunyai etika dan kerohanian yang kukuh , serta murid yang
beridentiti nasional . Hasrat yang disasarkan oleh pihak kerajaan
itu sangat sempurna sifatnya jika generasi yang lahir dalam era
PPPM 2013 2025 dapat dibentuk dan dididik seperti yang dirancang .
Oleh hal yang demikian , guru perlulah melengkapan diri dan
bersedia melakukan perubahan agar berupaya melhirkan kesemua hasrat
tersebut . Penguasaan ilmu pengetahuan bagi setiap guru amatlah
penting dalam menjayakan hasrat untuk melahirkan pelajar yang
mempunyai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ( KBAT ) seperti yang
dituntut oleh PPPM .Langkah Kementerian Pendidikan Malaysia
memperkenalkan alat berfikir dan mengeluarkan banyak dana seperti i
Think perlu dimanfaatkan secara serius . Hal ini demikian kerana ,
untuk melahirkan murid yang mempunyai KBAT , guru juga perlu
melakukan anjakan paradigma , sebagai contoh pelajaran secara
berpusatkan guru serta pembelajaran berorentasikan peperiksaan
tidak lagi diamalkan . Sehubungan dengan itu , setiap murid perlu
menguasai pelbagai kognitif termasuk dapat menyelesaikan masalah
dan mempunyai pemikiran yang kreatif dan inovatif . Usaha untuk
melahirkan murid yang mahir berfikir turut dilakukan di sekolah ,
khususnya melalui P & P . Dalam proses tersbut , murid
didedahkan pelbagai jenis soalan , termasuklah yang memerlukan daya
pemikiran yang kritis dan kreatif .Dalam era transformasi
pendidikan , guru hendaklah menghasilkan murid yang mampu berfikir
secara kreatif dan kritis serta memperkembangkan potensi murid
dalam semua aspek JERIS bagu mencapai pendidikan bertaraf
anatarabangsa . Menurut Mok Soon Sang ( 2007 ) , Profesor Syed
Muhammad al Alatas menyatakan ilmu merupakan sesuatu yang bermakna
dan membawa penyaburan serta semangat kepada jiwa manusia . Hal ini
menunjukkan ilmu merangkum semua aspek kehidupan luaran dan dalam
jiwa manusia . Guru sebagai pengamal ilmu perlu mempraktikkan
budaya ilmu seperti membaca , berfikir , memerhati , berkarya ,
terlibat dalam sumbangan , dan bertukar fikiran serta mencari
pengalaman baharu (Ragbir Kour 2007 ) . Dalam P & P , guru akan
memindahkan ilmu yang baik , meninggikan adab murid , serta memberi
tunjuk ajar ke arah kebenaran sebagai pengamal ilmu .Untuk
melahirkan murid yang berpengetahuan , khususnya untuk meastikan
kanak kanak mengusai kemahiran literasi dan numerasi , guru mampu
memainkan peranan . Kebanyakan guru dapat menggunakan pengalaman
dan kemahiran masing masing untuk mengaplikasikan pelbagai kaedah
dan aktiviti P & P dalam membimbing murid agar menguasai kedua
dua kemahiran tersebut . Walaupun begitu , usaha untuk menggalakkan
murid menambahkan pengetahuan dalam pelbagai bidang agak mencabar
.Hal ini dikatakan demikian sebagai keperluan harian hasrat
tersebut murid perlu menjadikan pembacaan sebagai keperluan harian
mereka . Kegagalan pihak sekolah dan ketiadaaan sokongan yang
berkesan daripada pihak lain untuk membimbing murid agar
meningkatkan amalam membaca tidak memungkinkan murid yang
berpengetahuan dapat dilahirkan . Bilangan murid yang gemar membaca
, masih kurang memuaskan . Antara puncanya budaya membaca ini tidak
diamalkan oleh orang dewasa terutama sekali ibu bapa di rumah .
Bagi guru yang kurang membaca pula , mereka kurang cenderung untuk
menasihati murid agar membaca . Jika guru yang berkenaan berbuat
demikian , keberkesannya tidak seberapa kerana guru tersebut tidak
dapat menghayati kenikmatan membaca .
Oleh itu peranan guru sebagai pembentuk tingkah lakulah yang
dapat membentuk tingkah laku dari yang negatif kepada positif ,
iaitu dari tidak suka membaca kepada tabiat gemar membaca . Menurut
pandangan Islam , orang yang menajdi guru diberi Allah kelebihan
berganda . Hadis Nabi Muhammad(SAW) bermaksud Bahawa orang yang
berilmu harus mengajarkan ilmu pengetahuan kepada orang lain dan
perkataan mengajar itu amat terpuji . Menurut Al Ghazali pula dari
perspektif Islam , tingkah laku manusia mempunyai tujuan agama dan
kemanusiaan . Tingkah laku normal atau tidak normal adalah
berdasarkan kepada kekerapan dan berlaku sepanjang masa dan
mempunyai masalah psikologi . Sebarang pembentukan tingkah laku
murid haruslah diuruskan oleh guru supaya murid yang dihasilkan
mempunyai tingkah laku yang terpuji dan dapat diterima umum
.Menurut Lewis M . Beaker ( 2001 ) , tingkah laku adalah sebarang
perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak , secara
sedar atau separa sedar . Carl Rogers ( 1999 ) , menekankan bahawa
seseorang individu bertingkah laku mengikut persepsi diri sendiri
dan keadaan . Sekiranya individu itu mempunyai konsep kendiri yang
positif maka dia berupaya berintetaksi dan bertindak dengan lebih
yakin .Pengurusan tingkah laku boleh ditakrifkan sebagai satu
rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu
matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai . Dr .
Ragbir Kaur ( 2005 ) , setiap guru mesti ada satu bentuk sistem
pengurusan tingkah laku mengawal kelas , pembelajaran yang sihat
dan produktif .Guru perlu berusaha membimbing tingkah laku positif
dan menghentikan tingkah laku negatif dan membebaskan murid
daripada sebarang gangguan . Kegagalaan menguruskan tingkah laku
akan menyebabkan gangguan emosi yang serius . Tingkah laku yang
tidak diuruskan dengan baik akan memeberi kesan kepada proses P
& P yang akhirnya akan menyebabkan prestasi akademik murid
merosot .
Asas penting dalam pembentukkan tingkah laku murid adalah
membina hubungan yang positif anatara guru dan murid di dalam
sekolah atau bilik darjah . Hubungan yang dibina adalah
berlandaskan perasaan guru murid terutama di dalam pendidikan
sekolah rendah . Untuk memupuk hubungan kasih sayang dan tepat
kepada murid murid . Dalam masa yang sama guru juga boleh terima
pujian daripada muridnya . Melalui cara ini tingkah laku murid
dapat dibentuk dengan lebih berkesan .Jadi untuk memupuk tabiat
membaca dalam kalangan murid murid , guru hendaklah merancang
strategi dan kaedah yang dapat menarik minat murid seperti program
memberi butang berwarna mengikut bilangan buku dibaca , atau
memberikan hadiah buku kepada murid semasa hari lahir mereka . Guru
juga harus menjadi amalan membaca sebagai aktiviti yang
menyeronokkan dan murid dapat menikmati faedah membaca . PPPM juga
mempunyai matlamat untuk melahirkan pelajar yang mempunyai
keupayaan untuk memimpin. Matlamat ini tidak mudah dicapai kerana
tidak banyak program berkesan untuk melahirkan murid seperti yang
dimatlamatkan. Pelajar yang dianggap bertanggungjawab dan mempunyai
pencapaian akademik yang agak baik akan dilantik sebagai pengawas
sekolah. Segelintir yang lain akan dilantik sebagai pengawas pusat
sumber , ketua kelas, pemimpin rakan sebaya, pemimpin persatuan
atau kelab. Perancangan khusus untuk membimbing murid agar menjadi
pemimpin yang berkualiti sehingga kini masih belum jelas. Program
untuk melahirkan pemimpin yang berkualiti tidak dipinggirkan,
tetapi hanya dijadikan program sampingan. Oleh sebab itulah ibu
bapa dan murid beranggapan bahawa program bukan akademik kurang
penting,maka sokongan dan sambutan murid terhadap program
sedemikian kurang menggalakkan. Peranan guru bukan sahaja
merangkumi aktiviti P&P berdasarkan kurikulum dan sukatan
pelajaran semata-mata tetapi merangkumi pembentukan akhlak
keseluruhan seseorang murid. Seorang guru yang berkesan akan
memastikan bahawa muridnya menguasai kemahiran yang diperlukan
untuk menangani masalah atau cabaran yang mungkin dihadapi dalam
kehidupannya. Oleh itu, guru perlulah berperanan sebagai
pembimbing, bekerjasama dengan pihak sekolah dan ibu bapa untuk
membimbing murid kea rah kehidupan berkualiti dan sihat. Guru boleh
berperanan sebagai mentor di mana peranannya merupakan kombinasi
malatih, menyokong, memberikan bimbingan dan maklum balas yang
membina untuk malatih dan membentuk diri murid-murid sebagai secara
langsung dan tidak langsung semasa di sekolah sama ada semasa
aktiviti P&P di dalam kelas atau semasa aktiviti ko-kurikulum
yang diadakan. Peranan guru tidak terbatas sebagai seorang pengajar
semata-mata melaksanakan tugas mereka berdasarkan skop kurikulum
dan arahan pihak pengurusan sekolah. Sebagai pendidik , guru juga
pembimbing dan mendidik pelajar menjadi insan yang sihat , positif
dan dapat memberikan sumbangan kepada masyarakat. PPPM juga
mensasarkan murid dapat menguasai lebih daripada satu bahasa.
Penguasaan lebih daripada satu bahasa memberikan kelebihan yang
banyak kepada seseorang murid. Selain dapat membaca bahan bacaan
dalam pelbagai bahasa, golongan ini lebih mudah berkomunikasi
dengan pihak lain dan seterusnya meningkatkan imej diri. Di sekolah
, dua bahasa yang seharusnya dikuasai oleh murid ialah bahasa
kebangsaan, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris , iaitu bahasa
antarabangsa. Tidak dinafikan bahawa guru memainkan peranan untuk
mendidik murid agar menguasai kedua-dua bahasa tersebut. Namun
begitu, walaupun sudah 57 tahun Malaysia mencapai kemardekaannya,
namun masih terdapat murid bukan Melayu yang tidak dapat berbicara
dalam bahasa kebangsaan dengan fasih apabila diajukan soalan dalam
bahasa Melayu.Bagi pelajar di negeri-negeri tertentu seperti Kedah
dan Kelantan, masih tidak memisahkan diri mereka dengan dialek,
masalah kemahiran berbahasa akan timbul.Bagi sesetengah sekolah
pula, dialek turut digunakan oleh pihak sekolah ketika melaksanakan
P&P dan juga semasa perhimpunan rasmi sekolah, dengan alasan
memudahkan murid-murid memahami mesejnya. Kelemahan murid untuk
menguasai bahasa Inggeris pula berkait rapat dengan persekitaran
murid yang jarang terdedah pada bahasa antarabangsa itu. Jika
masalah ini tidak diberikan perhatian, sudah pasti ciri pelajar
yang dimatlamatkan oleh PPPM tidak dapat direalisasikan.
Maka di sinilah peranan guru sebagai pengamal reflektif harus
sentiasa mempersoalkan amalan dirinya dan tidak hanya bertindak
atas tabiat atau mengikut arahan semata-mata. Refleksi membolehkan
peramalnya menilai, memahami dan belajar daripada pengalaman. Guru
hendaklah membuat refleksi terhadap sesuatu yang dikaitkan dengan
aktiviti pengajarannya. Sesuatu disini bolehlah dikaitkan demgam
kelemahan murid menguasai bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Oleh
itu, guru yang reflektif akan merancang dan bertindak dengan penuh
kesedaran berasaskan teori dan prinsip P&P. Amalan ini boleh
diperkembangkan dengan bertanyakan diri soalan-soalan yang
berkaitan dengan perkara-perkara yang dilakukan sebelum, semasa dan
selepas mengajar dengan tujuan mempertingkatkan kemahiran kemahiran
dalam profesion keguruan. Mengikut Schon (1987), apabila peristiwa
atau pengalaman di luar jangkaan berlaku, individu yang berfikir
secara sedar semasa menghadapi permasalahan tersebut telah
melakukan refleksi semasa tindakan. Apabila seseorang merenung
kembali tindakannya, membauat analisa tentang peristiwa lepas dan
merancang tindakan susulan, individu tersebut telah mengamalkan
refleksi ke atas tindakan. Daripada amalan merefleksi, guru dapat
membuat penyelidikan untuk mengatasi masalah yang telah dikenal
pasti semasa membuat refleksi. Contoh , permasalahan penguasaan
bahasa Melayu dan bahasa Inggeris murid-murid. Guru sebagai
penyelidik boleh mengkaji secara sistematik isu amalan bilik
darjah, membuat inkuiri untuk menghasilkan teori dan kefahaman
baharu berkaitan permasalahan yang dihadapi. Dapatan kajian
bolehlah dikongsikan dengan guru-guru lain di samping membina
hubungan dengan rakan taulan dalam usaha mencari amalan terbaik
P&P. Peranan guru sebagai penyelidik membenarkannya mengkaji
sesuatu peristiwa secara saintifik, membuat analisa berdasarkan
bukti empirical dan data yang sahih seterusnya membantu guru
membuat keputusan yang bijak dan berkesan mengikut teori-teori dan
prinsip P&P. Oleh itu, guru dan dengan kerjasama rakan-rakan
sekerja dan panatia, dapat membuat penyelidikan untuk membuat
kajian tindakan terhadap isu masalah penguasaan bahasa Melayu dan
bahasa Inggeris dalam kalangan murid-murid. Diharap dengan adanya
kajian tindakan yang dilakukan maka dapatlah sesuatu tindakan
diambil untuk mengatasi masalah ini. PPPM turut mencatatkan bahawa
system pendidikan akan menyediakan pengalaman kepada kanak-kanak
untuk berdepan dengan cabaran apabila dewasa dengan keupayaan
menyelesaikan konflik, bijak membuat pertimbangan, berpegang pada
prinsip ketika berada dalam situasi kritikal dan berani melakukan
sesuatu yang betul. Selain itu, usaha untuk melahirkan murid yang
penyayang dan dapat memberikan sumbangan kepada kesejahteraan
komuniti dan negara turut diberikan penekanan. Bagaimanakah
golongan guru dapat memainkan peranan bagi mencapai hasrat tersebut
? Antara usaha untuk menzahirkan pelajar seperti yang dihasratkan
itu adalah melalui penyerapan nilai murni sama ada secara langsung
ataupun secara tidak langsung. Selain dilakukan melalui P&P di
bilik darjah, penyerapan nilai murni turut dilakukan ketika
melaksanakan aktiviti persatuan atau kelab dan juga melalui
aktiviti yang lain. Perkara ini bukanlah perkara baharu kerana
penyerapan kasih saying, keberanian, tanggungjawab, saling
membantu, patriotik dan lain-lain sudah dilakukan sejak dahulu.
Walaupun begitu, usaha yang dilakukan guru di sekolah kadangkala
kurang menampakkan kesan positifnya memandangkan masih terdapat
pelajar yang tidak memiliki ciri seperti yang dimaksudkan itu.
Usaha penyerapan nilai murni ini tidak harus dilakukan bermusim,
sebagai contoh, murid-murid dan guru-guru bersemangat patriotik
bila berada di bulan sambutan kemerdekaan sahaja. Tetapi bila
tempoh sambutan berakhir,seolah-olah ia hanya sekadar sambutan Hari
Kemerdekaan sahaja. Semangat patriotik bukan sahaja melalui kibaran
bendera dan pemakaian baju sahaja malah sepatutnya berterusan dan
tersemadi di dalam jiwa dan nurani setiap rakyat Malaysia. Maka
guru sebagai agen sosialisasi, guru berperanan membentuk individu
yang mampu, bersosialisasi dan memiliki kecedasan emosi yang tinggi
agar dapat menyesuaikan diri dalam dunia pekerjaan kelak. Guru yang
memahami peresaan diri dan orang lain mempunyai kawalan diri dan
motivasi diri akan mempamerkan sifat empati serta mampu membantu
pelajar membentuk emosi yang sihat. Guru juga dapat membentuk diri
murid dengan konsep kendiri positif serta membina keyakinan diri
untuk mencapai potensi mereka.
3.0Rumusan :Kesimpulannya, kegagalan melahirkan lebih banyak
murid yang memenuhi enam ciri seperti yang dinyatakan dalam artikel
ini tidak harus dipertanggungjawabkan kepada pihak guru
semata-mata. Persekitaran tempat tinggal murid-murid tidak kurang
pentingnya dalam mempengaruhi jati diri murid-murid. Murid yang
tinggal dalam keluarga yang mementingkan ilmu, mengamalkan nilai
murni dalam aktiviti harian dan memperlihatkan nilai patriotik
secara tidak langsung mempengaruhi murid untuk mencontohi ahli
keluarga mereka. Demikian juga halnya dengan rakan sebaya dan
masyarakat setempat. Sekiranya murid sering bergaul dengan
rakan-rakan yang biasa berkomunikasi dalam dwibahasa, sudah pasti
murid berkenaan akan turut sama berbahasa dwibahasa.
Oleh yang demikian, tidak dapat dinafikan tugas dan
tanggungjawab guru adalah berat dalam usaha membentuk generasi
negara masa depan yang mampu menangani segala perubahan dan
tuntutan masa. Maka iltizam, semangat dan sikap yang positif sahaja
yang mampu menonjol imej guru yang dapat memainkan peranan yang
cukup berkesan. Kepelbagaian tugas, tanggungjawab inilah member
cabaran pada guru bagi meningkatkan segala kualiti, sifat mahupun
akauntabiliti kepada bidang profesionalisme ini agar ia terus
dipandang megah oleh masyarakat dan dapat mendukung hasrat negara
menaikkan mutu pendidikan negara setaraf antarabangsa. Tegasnya,
peranan guru di sekolah amat penting dalam melahirkan murid seperti
yang dimatlamatkan oleh PPPM. Namun begitu, keberkesanannya juga
bergantung pada pihak lain.