PERANAN JPPH DUTI SETEM Apabila sesuatu harta tanah dipindah milik, penerima pindah milik dikehendaki membayar duti setem. ASAS CUKAI Sepertimana diperuntukkan di bawah Jadual Pertama Akta Setem 1949, duti ini adalah berasaskan kepada balasan nilai wang atau nilai pasaran harta tanah, mana yang lebih tinggi. KADAR CUKAI Kadar cukai yang berkuatkuasa mulai 1 Januari 2001 adalah seperti berikut: bagi RM100,000 yang pertama; bagi RM400,000 berikutnya; dan • 1% • 2% • 3% atas bakinya. TARIKH NILAIAN Di mana terdapat Surat Perjanjian Jual Beli, tarikh nilaiannya adalah pada tarikh Surat Perjanjian disempurnakan. Jika tiada Surat Perjanjian, tarikh nilaian adalah pada tarikh surat cara pindah milik disempurnakan. P ejabat Duti setem (PDS) di bawah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengemukakan borang yang tertentu ke JPPH untuk penentuan nilai pasaran harta tanah dan melapor dalam tempoh satu (1) hari bekerja bagi kes standard dan lima (5) hari bekerja bagi kes bukan standard. PDS kemudiannya memaklumkan penerima pindah milik/ peguam berkenaan duti yang perlu dibayar. Dokumen yang perlu dikemukakan ke PDS/ JPPH: • • Borang PDS 15 yang diisi dengan lengkap dan betul. • • Salinan Surat Perjanjian Jual Beli (jika ada). • • Salinan Dokumen Hakmilik. Pihak yang berkenaan dinasihatkan membuat persediaan yang perlu supaya pegawai JPPH dapat melawat periksa harta tanah berkenaan. PIAGAM PELANGGAN Melaporkan semua penilaian Duti Setem dalam tempoh satu (1) hari bekerja bagi kes standard dan lima (5) hari bekerja bagi kes bukan standard dari tarikh penerimaan oleh pejabat. SEMAKAN ATAS TALIAN Semakan status penilaian boleh dibuat secara atas talian di http:// www.jpph.gov.my dan / atau sms taip JPPH < jarak >DUTISETEM< jarak > No. Adjudikasi < jarak > e-mel dan hantar ke 15888. BANTAHAN TERHADAP NILAIAN Apa-apa bantahan terhadap nilaian harta tanah hendaklah dikemukakan ke PDS dan satu salinan kepada JPPH. BANTAHAN SETERUSNYA Sebarang bantahan seterusnya adalah melalui kes yang dirujuk oleh PDS ke Mahkamah Tinggi. CARTA ALIRAN Pemohon/ Peguam Pejabat Duti Setem (LHDN) Pejabat Duti Setem (LHDN) JPPH Proses Nilaian Dalam Masa Satu (1) Hari Bekerja Bagi Kes Standard dan Lima (5) Hari Bekerja Bagi Kes Bukan Standard Pemohon/ Peguam UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Kementerian Kewangan Malaysia Aras 9, Perbendaharaan 2 No. 7, Persiaran Perdana, Presint 2 62592 PUTRAJAYA T 603-8886 9000 F 603-8886 9001 VALUATION www.jpph.gov.my Excellent Service Our Commitment STAMP DUTY Valuation and Property Services Department Ministry of Finance Malaysia