Ruj.kami : smkbu3/07/04/002(14) Tarikh : 11 Oktober 2011 Kepada, Semua Ibu bapa, penjaga dan pelajar SMKBU3. Tuan, Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan Peralihan , 1 , 2 dan 4. Perkara di atas dirujuki. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Peperiksaan Akhir Tahun bagi tahun 2011 adalah seperti ketetapan berikut : Tingkatan Peralihan – 30 Oktober hingga 2 November 2011 Tingkatan 1 – 21 Oktober hingga 3 November 2011 Tingkatan 2 – 21 Oktober hingga 3 November 2011 Tingkatan 4 – 7 Oktober hingga 3 November 2011 3. Sehubungan itu , kerjasama ibu bapa juga dipohon bagi memastikan kehadiran anak kesekolah sepanjang waktu peperiksaan. 4. Ibu bapa juga boleh melihat dan memeriksa prestasi pencapaian anak anda secara ’Atas Talian (On-Line)’ melalui laman sesawang dibawah : http://saps.moe.gov.my/ 4. Keperihatinan daripada pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. ”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, ................................................. INI ADALAH CETAKAN KOMPUTER , TANDATANGAN TIDAK DIPERLUKAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR UTAMA DAMANSARA (3) PERSIARAN BUKIT UTAMA, BANDAR UTAMA 47800 PETALING JAYA Tel : 03-77276166 Fax: 03-77267199