Naskhah belum disemak PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL KEDUA MESYUARAT KETIGA Bil. 45 Khamis 24 Oktober 2019 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN MENTERI BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 11) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2020 (Halaman 43) USUL-USUL: Anggaran Pembangunan 2020 (Halaman 43)
137
Embed
PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN … · penggal kedua mesyuarat ketiga bil. 45 khamis 24 oktober 2019 k a n d u n g a n jawapan-jawapan menteri bagi pertanyaan-pertanyaan
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Naskhah belum disemak
PENYATA RASMI PARLIMEN
DEWAN RAKYAT
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PENGGAL KEDUA
MESYUARAT KETIGA
Bil. 45 Khamis 24 Oktober 2019
K A N D U N G A N
JAWAPAN-JAWAPAN MENTERI BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1)
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 11) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2020 (Halaman 43) USUL-USUL: Anggaran Pembangunan 2020 (Halaman 43)
DR. 24.10.2019 1
MALAYSIA
DEWAN RAKYAT
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PENGGAL KEDUA
MESYUARAT KETIGA
Khamis, 24 Oktober 2019
Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi
DOA
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat]
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Ahli-ahli Yang
Berhormat, saya ingin memaklumkan bahawa pada hari Isnin, 28 Oktober 2019, tiada
persidangan Dewan Rakyat. Memandangkan pada hari Ahad, 27 Oktober 2019 adalah
merupakan hari Deepavali. Persidangan Dewan Rakyat akan bersambung semula pada
hari Selasa, 29 Oktober 2019 dengan giliran Yang Berhormat Menteri-menteri menjawab
ke atas perbahasan Belanjawan 2020 di peringkat dasar. Pada kesempatan ini, saya
bagi pihak Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat ingin mengucapkan selamat menyambut
hari Deepavali, Deepavali Nalvazhthukkal kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dan semua
penganut yang beragama Hindu yang akan menyambut perayaan tersebut. [Tepuk]
JAWAPAN-JAWAPAN MENTERI BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN
1. Dato' Rosol bin Wahid [Hulu Terengganu] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan jumlah pelarian yang berada di Malaysia di masa ini mengikut negara asal dan apakah langkah-langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk memastikan mereka ini benar-benar berstatus pelarian dan menjamin keberadaan mereka tidak mengancam keselamatan negara. Menteri Dalam Negeri [Tan Sri Dato’ Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin]:
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, untuk
makluman Ahli Yang Berhormat, Malaysia bukan negara anggota kepada Konvensyen
Mengenai Status Pelarian 1991 dan Protokol Mengenai Status Pelarian 1967. Dasar
negara juga sehingga kini tidak mempunyai peruntukan atau takrifan khusus yang
menyentuh mengenai pelarian, termasuk Akta Imigresen 1959/63.
Walau bagaimanapun, berdasarkan arahan Majlis Keselamatan Negara, MKN
No. 23, mekanisme pengurusan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang memegang kad
DR. 24.10.2019 2 United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR). Kerajaan atas dasar
kemanusiaan membenarkan PATI yang memegang kad UNHCR tinggal sementara di
negara ini dengan menggunakan asas satu kes untuk satu kes ataupun case to case
basis, dengan izin.
Atas pendirian ini, Pejabat UNHCR Kuala Lumpur menjalankan mandatnya untuk
menentukan kelayakan seseorang mempunyai status pelarian di Malaysia sehingga 30
September 2019. UNHCR merekodkan sejumlah 177,943 orang PATI yang memegang
kad UNHCR dan berdaftar dengan UNHCR dari 57 buah negara dan jumlah pendatang
yang tertinggi adalah dari Myanmar seramai 153,591 orang, Pakistan 6,495 orang dan
Yaman 3,568 orang.
Kerajaan pada masa ini sedang dalam proses rundingan bersama pihak UNHCR
untuk memastikan agensi kerajaan juga turut dalam proses penentuan status pelarian
yang dilaksanakan oleh pihak UNHCR. Perkara ini dilaksanakan bagi menentu sahkan
status pelarian yang diberikan kepada seseorang, di samping memastikan kepentingan
negara khususnya dari segi aspek keselamatan diberikan keutamaan.
Saya turut menekankan kepentingan pelaksanaan strategi ini secara kolaboratif
bersama pihak UNHCR dalam pertemuan saya dengan Pesuruhjaya Tinggi UNHCR,
Tuan Filippo Grandi di Geneva, Switzerland pada 8 Oktober 2019 baru-baru ini. Selain
itu, untuk menjaga kerangka polisi berkaitan pengurusan PATI yang memegang kad
UNHCR yang lebih komprehensif, pihak Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana
Menteri sedang menambah baik dan memperkemas Arahan No. 23 sebagai garis
panduan kepada kementerian dan agensi kerajaan.
Sebagai usaha untuk memastikan keselamatan negara tidak dikompromi, pihak
kementerian melalui Jabatan Imigresen Malaysia senantiasa menjalankan operasi
penguatkuasaan dari semasa ke semasa terhadap keberadaan PATI dalam negara,
termasuk PATI yang memegang kad UNHCR. Melalui 1 Januari hingga 21 Oktober
2019, sebanyak 14,482 operasi telah dilaksanakan untuk melibatkan pemeriksaan ke
atas 169,760 orang warganegara asing. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Rosol bin Wahid [Hulu Terengganu]: Terima kasih Yang Berhormat
Menteri atas jawapan yang begitu padat. Soalan tambahan saya ialah, adakah Malaysia
telah mendapat kerjasama daripada agensi-agensi antarabangsa untuk menempatkan
pelarian ini ke negara ketiga. Kalau ada, berapa ramai kah pelarian yang telah
ditempatkan ke negara tersebut? Kedua Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan Depot
Tahanan Imigresen Ajil yang dibuka pada tahun 2002.
DR. 24.10.2019 3
Persoalan saya, apakah kementerian tidak mempunyai cadangan untuk
memindah depot tersebut? Oleh kerana ia tidak strategik, berada di tengah bandar dan
bersebelahan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Ajil yang kita rasa amat tidak
sesuai untuk masa sekarang keberadaan depot tersebut di kawasan tersebut. Pohon
pandangan, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Sila Yang Berhormat
Menteri, menjawab dua minit, 30 saat.
■1010
Tan Sri Dato’ Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin: Tuan Yang di-Pertua dan untuk
makluman Yang Berhormat, UNHCR juga turut menjalankan proses penempatan
semula ke negara ketiga bagi parti yang memegang kad UNHCR tadi dan selain itu
menghantar mereka pulang ke negara asal. Ini ialah antara tanggungjawab UNHCR di
bawah mandat yang diberikan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Dari 1
Januari hingga 30 September 2019, seramai 2,318 orang PATI yang memegang kad
UNHCR telah ditempatkan di negara ketiga. Antara negara ketiga yang dikenal pasti
oleh UNHCR ialah Amerika Syarikat, Australia, Kanada, Finland, Perancis, Jepun,
Korea, New Zealand, Norway, Sweden dan United Kingdom.
Dalam pertemuan saya dengan Pesuruhjaya Tinggi UNHCR yang saya sebutkan
tadi, saya telah menyarankan supaya UNHCR dan komuniti antarabangsa khususnya
negara-negara konvensyen mengenai Status Pelarian 1951 dan protokol mengenai
Status Pelarian 1967 menyalurkan bantuan kewangan untuk membantu memenuhi
keperluan PATI yang memegang kad UNHCR dan pemohon suaka yang berada di
Malaysia.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, memang kita ada satu depot tahanan
imigresen di Ajil. Ini luar sedikit daripada soalan tetapi saya boleh jawab. Tidak ada lagi,
setakat ini rancangan untuk kita pindahkan ke tempat lain. Akan tetapi, oleh sebab dah
dibangkitkan oleh Yang Berhormat wakil daripada BERSATU, saya sebagai Presiden
kena beri perhatian. Insya-Allah, terima kasih. [Ketawa]
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said [Kuala Krau]: Terima kasih
Tuan Yang di-Pertua. Selain daripada pelarian dan juga PATI yang datang ke negara
kita, kemungkinan besar ada anak-anak yang dilahirkan di dalam negara kita daripada
pelarian dan juga PATI di dalam negara kita. Baru-baru ini kita digemparkan apabila 1.4
juta ada sijil kelahiran tetapi tiada MyKad. Adakah ada jaminan daripada kerajaan, anak-
anak pelarian dan juga PATI ini tidak mendapat sijil kelahiran dan juga tidak mendapat
DR. 24.10.2019 4 MyKad bagi menjamin keselamatan dan kedaulatan negara. Mohon jawapan pada Yang
Berhormat Menteri.
Tan Sri Dato’ Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin: Tuan Yang di-Pertua, memang
kita sedari perkara itu berlaku kerana isu pelarian ini bukan baru dah sekian lama.
Pastinya dalam tempoh mereka berada di Malaysia ada yang sudah berkahwin, ada
yang berkahwin baru dan sebagainya, tentunya melahirkan anak mereka di sini. Akan
tetapi, status mereka adalah tetap, status sebagai anak kepada pelarian.
Cuma yang penting di sini untuk direkodkan, fasal kita hendak pastikan
semuanya ada dalam rekod kita. Jadi, kita akan bekerjasama dengan UNHCR supaya
mungkin kad baru juga boleh dikeluarkan. Tidak bermakna dengan itu, mereka boleh
mendapat status warganegara. Itu ada peruntukan Perlembagaan dan undang-undang
lain yang perlu kita patuhi.
Apa yang penting ialah supaya setiap apa yang berlaku di kalangan refugee
ataupun pelarian di Malaysia ini sama ada taraf dia UNHCR ataupun tidak itu mesti ada
rekod. Apa yang penting untuk kita mengetahui di mana mereka berada, apa yang
mereka lakukan dan juga mungkin isu-isu yang berbangkit soal persekolahan mereka,
soal kesihatan mereka. Ini perlu kita ambil perhatian. Terima kasih.
2. Datuk Dr. Hasan bin Bahrom [Tampin] minta Menteri Pertahanan menyatakan berkenaan kempen derma Tabung Pahlawan 2019 seperti berikut:
(a) pada 21 Oktober 2019 yang baru lalu, pihak kementerian telah menganjurkan majlis makan malam bagi kutipan derma Tabung Pahlawan; apakah tujuan sebenar penganjuran ini; dan
(b) apakah strategi yang diambil oleh kementerian dalam Kempen Tabung Pahlawan 2019 untuk memberi kesedaran kepada masyarakat untuk menyumbang kepada tabung berkenaan dan berapakah nilai kutipan Tabung Pahlawan yang telah berjaya diperoleh sehingga kini.
Menteri Pertahanan [Tuan Mohamad bin Sabu]: Tuan Yang di-Pertua, terima
kasih atas pertanyaan Yang Berhormat Tampin. Sebelum saya menjawab pertanyaan,
terlebih dahulu saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Parlimen Malaysia atas
kebenaran yang diberikan untuk Kementerian Pertahanan mengadakan kempen kutipan
Tabung Pahlawan di koridor Parlimen pada 15 dan 16 Oktober 2019. Saya juga
mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Dewan
yang telah mengeluarkan derma ikhlas semasa kempen berkenaan berjalan.
DR. 24.10.2019 5
Tuan Yang di-Pertua, Majlis Makan Malam Amal Kempen Tabung Pahlawan
telah diadakan pada 21 Oktober di Dewan Perkasa Wisma Perwira ATM, dianjurkan
bertujuan untuk tanda penghargaan Kementerian Pertahanan kepada semua
penyumbang-penyumbang kempen Tabung Pahlawan 2019. Kementerian Pertahanan
telah menggunakan pelbagai platform dalam strategi untuk memberi kesedaran kepada
masyarakat bagi memberi sumbangan kepada tabung kempen Tabung Pahlawan.
Penganjuran program Semarak Kasih Veteran seperti food for gelandangan dan
kempen derma darah. Promosikan kempen Tabung Pahlawan melalui pelbagai media.
Kutipan jalanan oleh persatuan-persatuan veteran. Kerjasama dengan lain-lain
kementerian telah diadakan, termasuklah Kementerian Multimedia yang telah
membantu untuk menyiarkan iklan promosi-promosi mengenai kempen Tabung
Pahlawan serta kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk
menghebahkan pelaksanaan kempen Tabung Pahlawan di semua institusi pengajian di
seluruh negara.
Kita target untuk mengutip pada tahun ini sebanyak RM6 juta, berdasarkan
kutipan-kutipan sebelum ini iaitu sekitar RM3 hingga RM4 juta. Di mana yang banyaknya
datang daripada sumbangan kerajaan. Oleh itu, kita meletakkan target untuk kutipan
tahun ini melalui malam jamuan itu sebanyak RM6 juta. Alhamdulillah, kita memperoleh
RM9.5 juta. Inilah rekod kutipan yang diperoleh oleh kempen untuk memperingati
Tabung Pahlawan ini. Saya ucapkan terima kasih kepada penderma-penderma.
Memang kali ini penyumbang terbesar tabung ini adalah daripada mereka yang
tidak ada perniagaan dengan MinDef. Penyumbang yang terbesar RM1.6 juta seorang
businessman daripada Sarawak. Ini telah ada kesedaran di kalangan masyarakat
bahawa perniagaan mereka dapat berjalan dengan baik di antaranya kerana negara ini
berada dalam keadaan aman. Maka, timbal balas itu mereka sumbang kepada tabung
ini dan saya amat berterima kasih melebih target yang kita letakkan iaitu sebanyak RM6
juta kepada RM9.5 juta. Terima kasih.
Datuk Dr. Hasan bin Bahrom [Tampin]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Sebelum saya mengemukakan soalan. Dewan ini mengalu-alukan pelawat daripada
Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Cheras. [Tepuk]
Saya ingin merakamkan tahniah atas usaha bersungguh-sungguh dalam
kempen Tabung Pahlawan 2019, dengan kutipan melebihi daripada sasaran. Soalan
saya ialah ke manakah wang itu akan dibelanjakan dan apakah inisiatif lain kementerian
dalam memastikan sosioekonomi golongan veteran ATM terus diperkasa, seterusnya
meningkatkan kualiti hidup mereka.
DR. 24.10.2019 6
Tuan Mohamad bin Sabu: Tuan Yang di-Pertua, dana yang terkumpul ini akan
disalurkan ke dalam akaun Tabung Rayuan Hari Pahlawan di bawah seliaan Yayasan
Veteran ATM. Ia digunakan untuk memberi bantuan kepada veteran ATM dan keluarga
mereka yang memerlukan bantuan seperti bantuan sara hidup bagi mereka yang tidak
berkemampuan dan tercedera, keperluan perubatan dan peralatan, bantuan pendidikan
sekolah dan pengajian tinggi dan bantuan lain-lain yang berunsurkan kebajikan
termasuklah bencana alam, kebakaran dan sebagainya. Memanglah bila veteran ini kita
tahu umur semakin meningkat, maka bantuan untuk kesihatan itu amat perlu
dipertingkatkan.
Peranan Yayasan Veteran ATM dengan kempen Tabung Pahlawan, Yayasan
Veteran ATM ditubuhkan untuk membantu JHEV ATM dalam hal-hal kebajikan veteran
ATM. Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM adalah sebuah jabatan kerajaan. Jabatan
kerajaan tidak boleh menerima dana sumbangan dan derma daripada syarikat atau
orang ramai. Maka, diberi kepada yayasan untuk mengendalikan wang itu. Ketua
Pengarah JHEV adalah Timbalan Pengerusi Yayasan Veteran ATM.
■1020
Jawatankuasa tahun 2019 akan menetapkan jenis sumbangan dan jumlah
sumbangan kepada veteran ATM dan persatuan veteran. Duit ini akan diagihkan sebaik-
baiknya dan dikawal dengan begitu teliti. Yayasan Veteran ATM berperanan sebagai
pemegang akaun di dalam tabung ini. Tema untuk kita terus berkempen lagi dan saya
mengharapkan sebelum akhir tahun ini kita akan mencapai sekurang-kurangnya RM10
juta kutipan untuk kita dapat memberi bantuan kepada veteran-veteran Angkatan
Tentera Malaysia. Terima kasih.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [Paya Besar]: Tidak puas hati. Terima kasih
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya memandang tinggi
usaha kementerian ini kerana kita mesti bantu veteran ATM, itu perkara pokoknya. Akan
tetapi persoalannya Yang Berhormat Menteri, kutipan RM9.5 juta ini tidak perlu
dibanggakan kerana apa jumlah veteran lebih kurang hampir 95,000 kalau dibahagikan
dengan RM9.5 juta ini lebih kurang RM100 sahaja untuk seorang. Jadi, apakah strategi
kementerian yang lebih nampak realistik daripada kita buat kutipan jalanan, malu
veteran, Yang Berhormat Menteri.
Kutip dari satu tabung ke satu tabung. Selepas itu, kerajaan kata hendak bagi
geran, kutip RM100 dapat RM100 daripada pihak kerajaan. Adakah Yang Berhormat
Menteri memikirkan supaya minta dengan kerajaan-kerajaan negeri ini tanah supaya
yayasan ini dapat berniaga dan akhirnya keuntungan ini dapat disalurkan kepada tabung
DR. 24.10.2019 7 veteran ini, tabung pahlawan ini. Ini kerana ini yang lebih penting kerana nasib mereka
perlu dibela, minta pandangan Yang Berhormat Menteri.
Tuan Mohamad bin Sabu: Membantu veteran adalah banyak hal perumahan,
kesihatan dan ada peruntukan di Jabatan Hal Ehwal Veteran. Akan tetapi hari ini adalah
soalan tentang Tabung Kempen Pahlawan, maka saya tumpu kepada jawapan itu.
Bukan soal malu yang pentingnya kita hendak create awareness iaitu kesedaran tentang
peranan yang dimainkan oleh angkatan tentera.
Kalau kita pergi ke England, selepas sahaja imigresen sudah ada bunga popi,
tabung popi diletakkan di situ. Bukan kerajaan United Kingdom tidak mampu untuk
membantu veteran tetapi kita lihat semua pemimpin pegawai kerajaan Ahli Parlimen
pakai bunga popi menandakan mereka menghormati peranan angkatan tentera mereka.
Begitu juga di Australia, peruntukan dan penghormatan kepada veteran begitu tinggi.
Anak-anak sekolah dibawa ke muzium tentera setiap minggu untuk memperingatkan
mereka bahawa Australia menjadi begitu hebat di antaranya pengorbanan daripada
angkatan tentera mereka.
Di Malaysia ini sampai ada yang mengatakan bahawa tentera makan, tidur. Ini
kerana awareness di kalangan rakyat itu telah berkurangan. Sebab itulah kempen
seperti ini perlu digerakkan. Kita dahulu di sekolah ada datang, orang datang untuk
meminta Tabung Hari Pahlawan dan kita beri 10 sen, 20 sen, sekupang, dua kupang.
Bukan itu nilai yang dilihat dari sudut angka itu, tetapi awareness. Ini yang perlu
ditekankan dan saya sebut pada tahun ini.
Di antara penderma yang tinggi mereka yang tidak berniaga dengan ATM. Ini
bermakna bahawa sudah ada kesedaran bahawa mereka dapat berniaga, mereka dapat
jadi korporat yang hebat kerana negara ini aman, awareness inilah yang perlu kita terus
berkempen di samping pihak kerajaan akan terus memohon bantuan-bantuan tambahan
pada masa akan datang terutama mewujudkan pekerjaan yang kedua kepada veteran
yang telah bersara supaya mereka bersara dalam umur yang begitu muda 40 tahun, 41
tahun, mereka perlu kepada pekerjaan yang kedua.
Ini terus kita akan jalankan dari semasa ke semasa tetapi kempen tabung ini
akan kita pergiatkan untuk mewujudkan kesedaran umum terhadap pengorbanan
pasukan keselamatan yang telah berjasa sehingga kita boleh berada mengamalkan
demokrasi di Malaysia ini dengan baik kerana keselamatan negara terjamin sekarang
ini. Terima kasih.
DR. 24.10.2019 8
3. Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kapar] minta Perdana Menteri menyatakan apakah tindakan-tindakan yang telah dilakukan oleh kerajaan dalam rangka mengangkat agenda rahmatan lil alamin dalam pentadbiran Islam di Malaysia.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa]:
Terima kasih.
Tegak perjuangan seperti jebat,
Epik wira Melayu lama,
Suara Kapar sentiasa hebat,
Suara rakyat tetap terutama. [Tepuk]
Tiga teras Tuan Yang di-Pertua terbina di atas rahmatan lil alamin iaitu pertama
Gagasan Rahmah Islam yang mengikuti cara bagaimana Islam itu tersebar secara
rahmah. Kedua, ialah prinsip maqasid syariah dan ketiga, ialah model Malaysia yang
menjadi panduan dalam pelaksanaan Islam. Jadi, Malaysia tanpa meninggalkan prinsip-
prinsip yang teras dan asas. Dari usaha ini kita telah pun memulakannya sejak tahun
2018 dan kita telah pun menjelaskan dalam program penerangan dan penjelasan
pembudayaan dan penyelarasan.
Adalah penting untuk saya maklumkan juga di Dewan yang mulia ini bahawa
dasar ini telah pun dibawa ke pengetahuan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong apabila Baginda bertitah pada 11 Mac 2019 dengan menyatakan
sokongan mempromosi nilai dan budaya kerja melalui pendekatan rahmatan lil alamin.
Pada 14 Mac 2019, perkara ini telah dibawa untuk pengetahuan Majlis Kebangsaan Hal
Ehwal Islam. Di dalam majlis itu telah diperbincangkan dan di situ telah menerima
sebulat suara bahawa pentadbiran Islam hari ini adalah berdasarkan kepada gagasan
untuk kita membina sebuah masyarakat dan negara rahmah.
Yang lebih utama, pada Mesyuarat Majlis Raja-raja ke-254, pada 4 Julai 2019,
Majlis Raja-raja telah memberi perkenan kepada dasar baru ini yang telah kita
persembahkan dan dimaklumkan kepada Majlis Raja-raja. Negeri-negeri yang telah
kami pergi untuk menyampaikan dalam program penerangan penjelasan, Melaka,
Perak, Selangor, Kedah, Sarawak, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan. Manakala
negeri-negeri yang telah pun melancarkan Program Rahmah di peringkat negeri ialah
Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Wilayah Persekutuan, Perak dan Negeri Sembilan.
Dari sudut engagement, kita telah membuat libat urus dengan kementerian-
kementerian iaitu Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan, Kementerian
Wanita dan Keluarga, Kementerian Komunikasi dan Kementerian Luar Negeri dan
Kementerian Pertahanan. Dalam rangka kita menjelaskan dasar-dasar ini, pihak
DR. 24.10.2019 9 Kementerian Pertahanan telah pun memberikan ruang untuk kami menjelaskan dasar
ini termasuk juga Kementerian Pendidikan, Kementerian Komunikasi dan Kementerian
Belia dan Sukan.
Tuan Yang di-Pertua, dasar ini insya-Allah pada esok hari akan dibentangkan
dalam memorandum untuk diterima dan dibahaskan di peringkat Majlis Jemaah Menteri,
doakan agar dasar ini akan menjadi way forward dalam kita membawa dasar-dasar
Islam di dalam negara ini. Sekian, terima kasih.
Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kapar]: Terima kasih, Tuan Yang di-
Pertua membantu rakyat menyelesaikan penghidupan dari kesusahan derita dan
sengsara kepada keselesaan dan keamanan daripada tidak mengundang masalah
rakyat berterusan dalam rangka Islam. Apakah langkah kerajaan untuk rakyat
menghadami, memahami dan tidak terkecuali Menteri-menteri, agenda rahmatan lil
alamin itu dapat diselesaikan dalam sasaran kejayaan tersebut? Mohon penjelasan,
terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa: Terima kasih kepada Yang Berhormat
Kapar. Terima kasih juga kerana memperingatkan kami tentang tanggungjawab ini oleh
kerana dia adalah merupakan dasar kerajaan maka sudah tentu apabila ia diterima, ia
akan diterima oleh keseluruhan Kabinet dan keseluruhan Menteri. Saya sudah membuat
engagement dengan pelbagai kementerian dan setakat ini mereka memang positif. Saya
boleh rujuk kepada Kementerian Luar Negeri mereka telah mengambil dasar rahmatan
ini sebagai salah satu kita kata elemen dalam Dasar Luar Negara.
Saya juga telah memberi input kepada Kementerian Pertahanan yang kita
menanti Kertas Putih yang akan dibentangkan juga telah kami memberi pandangan kami
kepada Kementerian Pertahanan. Termasuk Kementerian Kesihatan, termasuk
Kementerian Pendidikan dan hasrat ini diterjemahkan dalam bajet baru-baru ini di mana
Kementerian Kewangan yang saya pun telah engage untuk menjelaskan dasar ini telah
memperuntukkan RM10 juta bagi menjayakan program ini.
■1030
Doakan, insya-Allah bukan sahaja Menteri, bukan sahaja Ahli Parlimen, saya
juga bersedia untuk menjelaskan kepada Ahli-ahli Parlimen pembangkang di sebelah
sana tentang dasar ini kerana ia bukan dasar politik atau kepentingan diri tetapi ia
merupakan dasar merentas kepentingan politik dan menjadi satu dasar yang kita akan
bangga bukan sahaja di Malaysia tetapi menjadi model kepada seluruh dunia.
Jadi doa-doakan agar 2020 satu lagi petanda aras kejayaan kita untuk membawa
Malaysia Baharu ini dengan naratif rahmatan lil alamin. Saya juga telah membuat
DR. 24.10.2019 10 pertemuan dengan Duta-duta Kesatuan Eropah untuk menjelaskan dasar ini. Saya juga
telah membuat pertemuan dengan Duta-duta OIC untuk menjelaskan dasar Malaysia
ini.
Insya-Allah jika tiada aral melintang, pada bulan November saya akan
membentang dasar ini di Cambridge University bagi menjelaskan betapa hari ini dasar
rahmatan lil alamin ini sifatnya progresif, inklusif dan amat-amat rapat dengan SDG yang
Malaysia merupakan salah satu daripada yang menandatangani sustainable
development goals. Terima kasih, Yang Berhormat Kapar kerana memberi sokongan
kepada dasar hari ini. Terima kasih.
Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim [Kuala Terengganu]:
Saya tertariklah dengan agenda rahmatan lil alamin ini progresif, inklusif dan sebagainya
tetapi ini semua perkataan yang tidak ada maknanya sekiranya tidak betul-betul
memberikan rahmat kepada rakyat khususnya dalam pentadbiran Islam itu.
Jadi antara institusi yang perlu diperkasakan ialah Mahkamah Syariah. Saya
mendapat banyak aduan daripada terutama sekali kalangan wanita khusus dalam kes-
kes kahwin cerai dan sebagainya tanpa penguatkuasaan berkait nafkah anak dan
sebagainya yang tidak dapat dikuatkuasakan menjadi zalim kepada mereka yang mana
perlukan kepada kuasa yang lebih diberi kepada Mahkamah Syariah. Apakah langkah
yang diambil oleh pihak kementerian di dalam memperkasakan lagi bidang kuasa
Mahkamah Syariah? Terima kasih.
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa: Terima kasih Yang Berhormat Kuala
Terengganu di atas soalan yang kebetulan bersandarkan kepada dasar ini yang terbina
atas tiga teras yang saya sebutkan tadi. Pihak JKSM melalui dasar ini telah pun
menubuhkan satu mahkamah khas yang dinamakan sebagai mahkamah Bahagian
Nafkah dan Hadanah.
Ini melibatkan soal aduan yang memang saya amat bersetuju Yang Berhormat
Kuala Terengganu bahawa ini menjadi suatu masalah kepada wanita-wanita yang tidak
dibela. Kami di dalam mahkamah ini juga telah membuat satu peruntukan
penguatkuasaan iaitu bailif yang gagal memenuhi keputusan Mahkamah Syariah yang
boleh diambil tindakan seperti membekukan hartanya ataupun boleh diambil daripada
bank account ataupun KWSP untuk dibayar seperti mana yang telah diputuskan.
Akan tetapi saya ingin jelaskan, walaupun keputusan itu telah dipersetujui oleh
Majlis Jemaah Menteri kerana ia tidak melibatkan apa-apa akta yang dia hanya berkuat
kuasa di wilayah sahaja. Kita hendak jelaskan apabila kita cuba membuat tindakan
susulan dengan pihak-pihak lain yang akan terlibat dalam penguatkuasaan ini, kita
DR. 24.10.2019 11 terpaksa berbincang dengan Kementerian Kewangan kerana di dalam akta bukan di
bawah kami tetapi akta dalam Bank Negara, keputusan Mahkamah Syariah tidak terikat.
Ini masalah kita. Keputusan Mahkamah Syariah tidak terikat kepada akta tersebut.
Begitu juga dengan KWSP. Jadi setelah kita membuka ruang untuk melihat
bagaimana wanita-wanita ini perlu dibela melalui Mahkamah Syariah. Kami sekarang
dalam perundingan yang amat intensif dengan pihak Kementerian Kewangan dan juga
Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk berbincang bagaimana kita
hendak jadikan keputusan Mahkamah Syariah ini juga terikat di dalam akta mereka.
Terima kasih kerana prihatin kepada isu ini, insya-Allah bekalkan kejelasan
rahmatan lil alamin bukan sahaja isu mahkamah tetapi juga isu keharmonian, isu kita
kata melibatkan ekonomi, isu melibatkan berbagai-bagai aspek yang memantulkan
konsep, “wama arsanalka illa rahmatan lil alamin”, kita akan terokai dan kita akan
lakukan dengan baik dengan syarat di sebelah sana juga menyokong sebagai ianya
dasar kerajaan, bukan dasar parti. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
[Sesi Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN
1. Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa [Sipitang] minta Menteri Pendidikan menyatakan, langkah diambil menurunkan kuasa kepada Jabatan Pelajaran Sabah dan Sarawak, untuk memperbaiki dan menaik taraf sekolah-sekolah luar bandar, demi meningkatkan tahap pencapaian akademik pelajar-pelajar di kedua-dua negeri di seberang Laut China Selatan ini.
Timbalan Menteri Pendidikan [Puan Teo Nie Ching]: Terima kasih Tuan Yang
di-Pertua. Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, Perkara 74 dan 80
Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Kerajaan Persekutuan mempunyai
kuasa perundangan dan kuasa eksekutif dalam perkara berkaitan pendidikan
sebagaimana yang dinyatakan dalam item 13, Senarai I, Senarai Persekutuan, Jadual
Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan.
Justeru negara kita melaksanakan Sistem Pendidikan Berpusat dan semua
institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah tertakluk
kepada Akta Pendidikan 1996 [Akta 550] yang menjadi rujukan utama berhubung apa-
apa perkara yang berkait dengan pendidikan di semua institusi pendidikan dalam sistem
pendidikan kebangsaan.
DR. 24.10.2019 12
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
sentiasa berusaha dan memberikan perhatian kepada sekolah yang memerlukan kerja-
kerja penyelenggaraan serta naik taraf kemudahan institusi pendidikan seluruh negara
termasuk di Sabah dan Sarawak.
Bagi memperkasakan penyelenggaraan, aset bangunan, aset tanah dan aset
infrastruktur di sekolah dan institusi pendidikan kerajaan di Sabah dan Sarawak. KPM
telah menyalurkan peruntukan berjumlah RM27.49 juta pada JPN Sabah iaitu Jabatan
Pendidikan Negeri Sabah dan RM16.64 juta kepada JPN Sarawak pada tahun 2019.
Peruntukan yang disalurkan adalah untuk mengekalkan fungsi aset berkenaan,
kerja-kerja penyelenggaraan secara berkala, dengan izin, periodical maintenance dan
penyelenggaraan pembaikan dengan izin, corrective maintenance berdasarkan
permohonan daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan Jabatan Pendidikan
Negeri Sarawak.
Bagi menambah baik dan mempercepatkan lagi proses berkaitan perolehan
melibatkan institusi pendidikan, KPM di Sabah dan Sarawak pegawai KPM melalui
Jadual Perwakilan Kuasa bagi pengurusan perolehan berkala dan perkhidmatan yang
berkuat kuasa mulai 15 Julai 2019 telah menurunkan kuasa kepada Lembaga Perolehan
Persekutuan Sabah dan Sarawak untuk meluluskan perolehan secara tender sehingga
RM5 juta.
KPM percaya langkah ini dapat mempercepatkan lagi kerja-kerja pembaikan dan
menaik taraf sekolah-sekolah dalam usaha untuk meningkatkan tahap pencapaian
akademik pelajar. Walau bagaimanapun, pelaksanaan projek adalah masih bergantung
dan tertakluk kepada Arahan Perbendaharaan 182 yang menyatakan bahawa
pelaksanaan projek-projek pembangunan di KPM adalah dilaksanakan oleh Jabatan
Teknikal iaitu pihak Jabatan Kerja Raya (JKR). Sekian jawapan saya. Terima kasih.
Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa [Sipitang]: Terima kasih Tuan Yang di-
Pertua. Terima kasih,Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan.
Bolehkah saya simpulkan berkenaan jawapan yang panjang itu penurunan kuasa itu-
melainkan penurunan kuasa yang diberi oleh perolehan tender negeri. Tidak ada
penurunan kuasa yang lain diturunkan kepada pihak negeri.
Satu lagi saya ingin menanyakan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Apakah langkah-langkah proaktif Kementerian Pelajaran dalam masa jangka masa
panjang untuk memastikan keseimbangan di antara Semenanjung dengan Sabah dan
Sarawak sejajar dengan apa yang dikatakan menyediakan rancangan kehidupan yang
DR. 24.10.2019 13 lebih wajar atau standard of living, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, yang digariskan
dalam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 baru-baru ini. Sekian, terima kasih.
Puan Teo Nie Ching: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Ahli Yang
Berhormat Sipitang.
■1040
Saya ingin memaklumkan bahawa beberapa perubahan yang telah dibawa oleh
Kerajaan Pakatan Harapan terutamanya untuk Sabah dan Sarawak. Saya hendak beri
contoh, seperti pada bulan Ogos ini untuk negeri Sarawak, kita telah memberi kuasa
pemilihan kontraktor bagi setiap projek yang di bawah Lembaga Perolehan Persekutuan
Sarawak. Jadi, ini adalah kuasa baharu yang telah diberikan kepada LPP Sarawak.
Selain daripada itu, LPP itu perlu ada wakil daripada KPM dan juga wakil
Perbendaharaan Malaysia daripada Kementerian Kewangan.
Selain daripada itu, had nilai dan kuasa LPP Sarawak telah ditingkatkan daripada
RM30 juta kepada RM40 juta. Projek di negeri Sarawak juga akan dilaksanakan oleh
JKR Sarawak. Jadi, ini merupakan kuasa yang telah diturunkan kepada Sarawak. Sama
juga untuk di Sabah, di mana kita telah mewujudkan satu jawatankuasa tender khas di
peringkat negeri di mana Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah adalah pengerusi dan juga
mempunyai wakil daripada Kementerian Pelajaran dan Inovasi Sabah, wakil daripada
Kementerian Kewangan, wakil daripada Kementerian Pendidikan dan juga wakil
daripada KKR. Selain itu, semua projek juga dilaksanakan oleh JKR Sabah.
Jadi, ini merupakan kaedah-kaedah baharu yang kami turunkan kuasa kepada
negeri-negeri supaya projek boleh dilaksanakan dengan lebih cepat. Sekian, jawapan
saya.
Datuk Aaron Ago Dagang [Kanowit]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Isu
sekolah daif dan peruntukan. Kita masih ingat semasa Barisan Nasional memerintah
dahulu, kita telah menganggarkan lebih kurang at least RM1 bilion perlu diperuntukkan
setiap tahun ataupun dalam beberapa tahun dan itu pun telah diberikan untuk Sabah
dan Sarawak. Akan tetapi selepas PH mengambil alih kerajaan, peruntukan itu sudah
kucar kacir.
Bagi Sarawak, kita telah membuat satu pendirian ataupun persetujuan bahawa
dengan kontrak yang dikehendaki oleh Menteri Kewangan bahawa Sarawak perlu
membayar RM1 bilion dan kita telah pun membayar RM350 juta. Apakah status duit ini
sekarang? Berapakah jumlah sekolah atau peruntukan yang telah dipersetujui dan
diperuntukkan untuk Sarawak untuk menggunakan duit sebanyak ini setakat sekarang?
Senaraikan kalau boleh, projek-projek yang akan dilaksanakan. Terima kasih.
DR. 24.10.2019 14
Puan Teo Nie Ching: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Ahli Yang
Berhormat Kanowit. Untuk tahun 2019, peruntukan yang telah diberikan kepada negeri
Sarawak untuk projek-projek sekolah daif adalah sebanyak RM100 juta dan juga
ditambah daripada bayaran daripada Kerajaan Negeri Sarawak iaitu RM350 juta.
Peruntukan RM100 juta itu kita telah senaraikan 32 buah projek dan juga untuk RM350
juta itu selepas perbincangan dengan kerajaan negeri, kita telah senaraikan 37 buah
projek. Jadi saya rasa tidak perlu lah saya baca satu demi satu, tetapi saya akan berikan
senarai secara bertulis. Terima kasih.
2. Dato' Dr. Noraini Ahmad [Parit Sulong] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan sejauh manakah kerajaan melihat kempen Dahulukan Produk Muslim (#BMF) ini dapat memberi kesan buruk kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna [Datuk Seri
Saifuddin Nasution bin Ismail]: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
selamat pagi. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk menjawab bersekali soalan
daripada Yang Berhormat Parit Sulong untuk pertanyaan-pertanyaan Ahli Yang
Berhormat yang lain, yang dijadualkan bagi soalan yang sama dan ada kaitan iaitu Yang
Berhormat Bukit Bintang pada 7 Oktober, Yang Berhormat Kuala Krai dan Yang
Berhormat Tumpat pada 6 November, Yang Berhormat Sekijang pada 14 November,
Yang Berhormat Tumpat pada 18 November, Yang Berhormat Hulu Terengganu pada
21 November dan Yang Berhormat Bachok pada 3 Disember.
Tuan Yang di-Pertua, fungsi kementerian adalah untuk mewujudkan satu
ekosistem perniagaan yang sihat dan kondusif kepada komuniti ekonomi dan juga
pengguna. Iklim perniagaan yang positif dan kondusif menyuburkan amalan persaingan
dalam perniagaan, harga yang kompetitif, produk atau perkhidmatan yang berkualiti,
tidak mengabaikan aspek halal, melindungi hak pengguna dan menghormati pilihan
pengguna. Berdasarkan kepada landasan ini, maka kementerian mengambil peranan
untuk terus mempromosikan, ‘Beli Barangan Buatan Malaysia’.
Tuan Yang di-Pertua, soalan Yang Berhormat Parit Sulong menjurus kepada
kesan terhadap kempen ataupun penganjuran, ‘Dahulukan Produk Muslim’. Untuk
bercakap tentang kesan, kita harus melihat dari segi angka dan statistik. Setakat ini
sedang kita menjawab soalan ini iaitu pada bulan Oktober, statistik terakhir kalau hendak
dilihat dari segi sektor perdagangan, borong dan runcit, ia cuma memberikan angka
terakhir setakat quarter kedua pada tahun ini.
DR. 24.10.2019 15
Setakat ini, kedudukan sumbangan perdagangan dalam sektor runcit terus
berkembang baik mencatatkan 7.5 peratus kepada KDNK negara, perdagangan borong
7.5 peratus. Masing-masing memberikan total sumbangan kepada KDNK berjumlah
hampir RM58 bilion. Oleh sebab kempen yang disebut Yang Berhormat dalam soalan
hanya bermula sekitar Julai hingga Ogos, setakat ini kementerian bahkan kerajaan
belum ada apa-apa statistik untuk mengaitkan kempen itu dan kesan sama ada baik
ataupun buruk kepada ekonomi. Terima kasih.
Dato’ Dr. Noraini Ahmad [Parit Sulong]: Terima kasih Yang Berhormat Menteri
yang menjawab sendiri soalan ini dan juga Tuan Yang di-Pertua. Saya tengok daripada
jawapan Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri tidak hendak pun menyebut
perkataan BMF tersebut. Sebenarnya Yang Berhormat, kempen BMF ini juga adalah
salah satu kepada kempen barangan Malaysia.
Antara lain usahanya adalah untuk mempromosikan produk Malaysia selaras
dengan usaha untuk menjadi peneraju industri halal global. Apa lagi 68.8 peratus
daripada PKNS adalah peniaga bumiputera. Jadi, soalan saya adalah sejauh manakah
kementerian serius dalam menangani isu lambakan produk waswas yang diragui
statusnya di pasaran? Apakah kementerian akan mengkaji semak kelulusan lesen
perniagaan kepada syarikat bukan Muslim yang memanipulasikan penggunaan nama
ataupun logo berteraskan Islam? Terima kasih.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua,
terima kasih Yang Berhormat Parit Sulong. Usaha kementerian bukan sahaja
kementerian ini, bahkan kementerian-kementerian lain dalam mempromosikan
perdagangan akan sentiasa ditingkatkan bukan sahaja melalui kempen dalam negeri
bahkan di luar negeri. Kalau boleh saya berkongsi beberapa contoh. Jepun sekarang
sedang menganjurkan Piala Dunia Ragbi dan saya menyokong All Black, ia masuk
semifinal. Tahun depan dia akan menganjurkan Sukan Olimpik.
Jadi, Kerajaan Jepun menjangkakan dua sukan ini akan menarik ramai
pelancong Muslim. Lalu, Kerajaan Jepun meminta untuk Kerajaan Malaysia ikut
membantu bagaimana memperkukuhkan industri halal bagi memenuhi permintaan
ketika musim sukan ini. Itu satu contoh. Dalam banyak-banyak negara ini, Jepun tengok
kepada kita sebab katanya sijil perakuan halal JAKIM diiktiraf hampir di 50 buah negara
di dunia. Dia tidak percaya negara lain. Itu satu kebanggaan dan ini bukan usaha
setahun dua ini, ini usaha berterusan yang telah dimulakan dahulu termasuk sahabat
saya daripada Bagan Datuk, pernah duduk dalam kementerian ini, kementerian yang
mengawal selia JAKIM.
DR. 24.10.2019 16
Saya baru balik dari Sarajevo menyertai halal fair yang terbesar di Benua Eropah
buat masa ini, sebelum London bulan Disember ini. Saya membawa 200 orang anggota
delegasi dan membuka Malaysian Pavilion, 20 buah syarikat mempamerkan. Hasilnya,
kita telah menandatangani perjanjian di antara Perak Halal Corporation dengan sebuah
syarikat tempatan untuk membekalkan ayam halal bagi seluruh Eropah kerana
kedudukan strategik Bosnia Herzegovina sebagai gateway kepada Benua Eropah.
■1050
Di bawah bimbingan kementerian, ini tidak termasuk kementerian lain kita ada
1,850 usahawan PKS yang 80 peratus adalah industri F&B. Oleh kerana kementerian
ini juga kawal selia industri peruncitan, pasar raya besar yang bertapak di negara ini
yang satu pasar raya ada 80 outlets, satu pasar raya ada 100 outlets. Melalui bimbingan
kepada usahawan kita ini dalam melakukan pembungkusan yang baik, pelabelan yang
baik, jaminan mutu, keselamatan makanan, aspek halal kita telah dapat
mengetengahkan produk ini ke pasar raya-pasar raya ini.
Hasilnya, beberapa pencapaian kalau boleh saya sebut misalnya Kopi Hang
Tuah, itu jualannya sudah tujuh angka; Rempah Mak Siti; kek Frutissimo; Kicap Jalen
dan Sos Jalen itu jualannya semua sudah mencapai tujuh angka. Kebetulan pula
daripada F&B ini, daripada 1,850 itu kebanyakannya adalah usahawan PKS bumiputera.
Jadi pencapaian yang kami lakukan ini, kami percaya akan memberikan kesan yang baik
kepada ekonomi negara dan kalau keadaan ekonomi negara berkembang baik kebaikan
itu akan dinikmati oleh segenap lapisan rakyat. Terima kasih.
Tuan Hassan bin Abdul Karim [Pasir Gudang]: Terima kasih Tuan Yang di-
Pertua. Yang Berhormat Menteri soalan saya, dalam masyarakat berbilang kaum dan
berbilang agama di Malaysia yang majmuk ini, adakah kempen Utamakan Produk
Muslim (BMF) ini patut digalakkan. Apakah pendirian rasmi kerajaan?
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail: Pendirian rasmi kerajaan berdiri di
atas landasan yang telah saya sebutkan tadi iaitu apa pun usaha perdagangan baik
penghasilan barangan atau perkhidmatan, pendirian rasmi kerajaan ialah pertama ia
tidak boleh bersifat monopoli dan menyekat peluang orang lain. Makanya iklim
persaingan perniagaan yang sihat adalah diutamakan.
Harga mesti kompetitif, produk mesti berkualiti, perkhidmatan mesti berkualiti,
elemen halal tidak boleh diketepikan. Melindungi hak pengguna dan menghormati
pilihan pengguna adalah landasan apa-apa program yang kerajaan hendak buat. Oleh
sebab itu, kita tampil dengan kempen Beli Barangan Buatan Malaysia kerana rakyat
DR. 24.10.2019 17 Malaysia itu ada Melayu, ada Cina, ada India, ada Iban, ada Kadazan dan ada segala
macam.
Jadi kita harus bergerak bersekali kerana itu lebih baik untuk kebaikan semua,
terima kasih.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob [Bera]: Saya nampak Yang Berhormat
Menteri keliru dengan program Buy Muslim First. Pertamanya, ia bukan kempen boikot
barangan non-Muslim.
Kedua, Muslim product juga adalah barang buatan Malaysia, itu sama tidak ada
beza. Bila tidak boikot bermakna boleh membeli barangan buatan Muslim di dalam
kedai-kedai non-Muslim. Di dalam supermarket non-Muslim dan sebagainya yang
menjual produk Muslim.
Jadi saya keliru apabila Yang Berhormat Menteri mengatakan kempen
kesedaran pengguna. Apabila timbul kempen kesedaran pengguna di kalangan Muslim
untuk membelikan produk yang benar-benar suci dan halal, kita tidak patut menyekat
kerana ini juga merupakan kesedaran pengguna Muslim yang ingin melindungi hak
mereka. Di dalam kementerian, kempen kesedaran pengguna adalah supaya pengguna
boleh membuat pilihan untuk kepentingan diri mereka, boleh membuat pembelian untuk
menjaga kepentingan mereka.
Jadi saya harap Yang Berhormat Menteri tidak keliru dan memberikan
pandangan yang negatif kepada Kempen Beli Barangan Muslim kerana ia tidak ada
kena mengena dengan memboikot barangan bukan Muslim dan sebagainya. Terima
kasih.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya bahkan tidak keliru sama sekali. Saya sangat jelas, very clear in fact- crystal clear.
Dalam jawapan terhadap Yang Berhormat Parit Sulong dan jawapan tambahan beliau
bahkan jawapan Yang Berhormat Pasir Gudang tidak langsung ada perkataan “boikot”
dalam jawapan saya, tidak ada. Saya juga percaya sahabat saya Yang Berhormat Bera
pun tidak keliru kerana jawapan itu sangat jelas.
Saya menyebut memberikan landasan ataupun prinsip dalam mengamalkan
perdagangan yang baik, yang sepatutnya menjadi pendirian kerajaan dan saya gariskan.
Daripada situ saya bergerak di atas landasan ini saya kemukakan beberapa contoh.
Kemudian dalam beberapa contoh itu saya berikan satu, dua success stories dan saya
mendaratkan jawapan saya itu dengan menyebut bahawa sebagai sebuah negara yang
didiami oleh pelbagai kaum, saya fikir usaha untuk mengangkat usaha semua pihak.
DR. 24.10.2019 18
Kalau di sana ada usaha yang dimulakan oleh usahawan Muslim, kita akan ikut
mendukung. Kalau di sana usaha baik dalam sektor perdagangan runcit atau borong
atau F&B yang diusahakan oleh rakan-rakan bukan Muslim, kerajaan juga akan ikut
mendukung. Asal menepati prinsip dan landasan yang telah saya gariskan.
Sekali lagi saya ulangi, saya tidak sama sekali terkeliru.
3. Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil [Lembah Pantai] minta Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menyatakan, kesan Program Minggu Sains Negara terutama dalam meningkatkan minat rakyat Malaysia khususnya para pelajar terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan
Iklim [Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy]: Tuan Yang di-Pertua,
untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jemaah Menteri pada 13 Disember 2017 telah
bersetuju supaya Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan
Iklim (MESTECC) menganjur dan menyelaras Minggu Sains Negara di seluruh negara
setiap tahun dengan objektif:
(i) meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan STI
dalam kehidupan seharian;
(ii) menarik minat dan meningkatkan bilangan pelajar yang memilih
jurusan STEM selaras dengan agenda STEM negara; dan
(iii) menghargai dan mengiktiraf sumbangan dan kejayaan dalam
bidang sains.
Tuan Yang di-Pertua, Minggu Sains Negara 2019 adalah merupakan kali kedua
penganjurannya bertemakan Sains untuk Kesejahteraan. Dilaksanakan secara dua fasa
iaitu fasa pertama pada 1 hingga 7 April 2019, melibatkan empat buah wilayah dan
negeri iaitu Wilayah Persekutuan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.
Fasa kedua pula telah dilaksanakan pada 2 hingga 9 Ogos 2019 di 10 buah
negeri yang lain iaitu Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Kedah, Perak,
Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang.
Penganjuran Minggu Sains Negara 2019 telah mendapat sambutan yang
menggalakkan. Jumlah keseluruhan pengunjung yang dicatatkan adalah seramai
928,206 berbanding dengan tahun 2018 yang melibatkan seramai 88,000 orang sahaja.
Jumlah ini menunjukkan peningkatan penglibatan hampir 11 kali ganda berbanding pada
tahun 2018.
DR. 24.10.2019 19
Tuan Yang di-Pertua, pelbagai program interaktif yang melibatkan pelajar-pelajar
sekolah dan orang awam telah diadakan. Antara program yang dilaksanakan ialah
cabaran dron, stargazing, pertandingan sains dan inovasi, kempen plastik sekali guna
dan lain-lain.
Tuan Yang di-Pertua, penganjuran Program Minggu Sains Negara secara
keseluruhannya telah berjaya menarik minat penglibatan pelajar-pelajar sekolah yang
signifikan. Berdasarkan kepada sambutan dan penyertaan yang menggalakkan
khususnya daripada golongan pelajar dan belia di seluruh negara terhadap pertandingan
yang diadakan seperti cabaran robotik, dron, pertandingan sains dan inovasi,
pertandingan roket air dan lain-lain.
Secara umumnya Minggu Sains Negara dapat membantu dan menyumbang
kepada peningkatan minat rakyat Malaysia khususnya para pelajar terhadap bidang
Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Program ini akan diteruskan
dilaksanakan sebagai program tahunan kementerian dalam usaha pembudayaan
ESTECC serta memupuk minat masyarakat khususnya pelajar-pelajar sekolah dalam
bidang STEM. Sekian, terima kasih.
◼1100
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil [Lembah Pantai]: Terima kasih Tuan
Yang di-Pertua. Terima kasih Timbalan Menteri. Pertama sekali, saya ingin ambil
kesempatan ini untuk ucapkan tahniah kepada Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya
yang telah disenaraikan sebagai salah satu kedudukan 15 di dunia sebagai universiti
untuk belajar engineering di dunia. Tahniah diucapkan kepada Universiti Malaya.
[Tepuk]
Pada masa yang sama, pada bulan Mac yang lalu Menteri Pendidikan telah
menyatakan bahawa jumlah pelajar STEM kian merosot kalau dibandingkan tahun 2018
dengan tahun 2012. 44 peratus pada tahun 2018, berbanding 49 peratus berbanding
tahun 2012. Soalan saya, apakah yang akan diusahakan oleh kementerian dan kerajaan
bila masa kita lihat peningkatan 11 kali ganda jumlah kehadiran di Minggu Sains Negara
untuk secara konkrit, secara jelas meningkatkan jumlah pelajar STEM, terutama dari
kawasan desa dan kampung? Terima kasih.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy: Terima kasih Yang
Berhormat Lembah Pantai atas soalan tambahan. Ya, kita memang dalam perancangan
dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan lebih ramai penglibatan para pelajar yang
akan mengambil jurusan STEM ini di masa SPM, di menengah atas. Dalam masa yang
DR. 24.10.2019 20 sama juga kita tidak mahu meninggalkan para pelajar yang berada di luar bandar. Kita
mahu bawa Sains ini di seluruh negara.
Saya percaya juga kita perlu mencungkil lebih ramai bakat, terutamanya yang
berada di luar bandar. Statistik yang kita ada setakat ini, kalau saya boleh baca sedikit.
Ini kita ada Program ASTEC In Schools dan juga Program Singgah Sains, di mana
Program ASTEC In Schools ini masih berterusan sehingga sekarang walaupun Minggu
Sains Negara sudah berakhir. Kita juga mensasarkan 1 juta pelajar untuk engagement,
untuk hadir dalam program-program ASTEC di sekolah.
Setakat ini, sehingga 18 Oktober 2019, kita telah pun mencapai 729,488 untuk
Program ASTEC in Schools sahaja sehingga 18 Oktober. Kalau saya boleh share sedikit
tentang penglibatan para pelajar. Ini adalah berdasarkan rakan strategik swasta kita
kerana kita menyimpan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kita menyimpan setiap
data, setiap nama pelajar yang hadir ke program-program Minggu Sains Negara dan
juga ASTEC in Schools ini, di mana untuk sekolah menengah, yang ini adalah
berdasarkan rekod rakan strategik swasta kita.
Sekolah menengah bandar 132 sekolah, bilangan pelajar 58,239. Luar bandar, 96
sekolah, bilangan pelajar 57,922. Sekolah rendah pula, bandar 245 sekolah, bilangan
pelajar 130,046. Luar bandar 269 buah sekolah, dengan bilangan pelajar 82,281. Kita
percaya bahawa kita akan terus meningkatkan juga program-program ini di masa-masa
akan datang. Kita juga mengambil feedback daripada semua pengunjung, responden
yang memberikan komen-komen positif dan juga negatif dalam program kita ini. Terima
kasih.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian]: Terima kasih, akhirnya. Baru-
baru ini di muka depan akhbar, gaji jurutera tepu. Puluhan tahun tidak naik. Cadangan
saya ialah, adakah kementerian berbincang dengan Kementerian Sumber Manusia
untuk mengatasi masalah ini? Kalau kita mempromosi STEM tetapi apabila rakyat tahu
gaji jurutera tidak naik 20 tahun, maka ia merupakan perkara yang tidak baik. Kedua
ialah sekarang ini dunia berubah daripada STEM kepada integrated STEM ataupun
STEM bersepadu. Adakah kementerian juga menuju ke arah itu? Terima kasih.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy: Terima kasih atas soalan
tambahan. Sebenarnya, saya bersetuju dengan cadangan Yang Berhormat Pontian
kerana saya juga adalah bekas seorang jurutera sebelum ke arena politik. Insya-Allah
kita akan bawa perbincangan ini dengan Kementerian Sumber Manusia. Kita juga
sentiasa mengalu-alukan apa-apa cadangan untuk meningkatkan dan mengalu-alukan
mana-mana proposal, mana-mana cadangan tentang bagaimana kita untuk
DR. 24.10.2019 21 meningkatkan Minggu Sains Negara atau ASTEC in Schools atau apa-apa lagi program
yang terlibat untuk kita sama-sama menarik minat para pelajar untuk STEM. Terima
kasih.
4. Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi [Bagan Datuk] minta Menteri Pertahanan menyatakan adakah terdapat sebarang keperluan perubahan standard operating procedure (SOP) bagi sebarang pertunjukan bersenjata yang dilakukan oleh pihak Angkatan Tentera Malaysia susulan daripada kematian seorang pegawai tentera tempoh hari.
Menteri Pertahanan [Tuan Mohamad bin Sabu]: Sebelum saya memulakan
jawapan, saya minta yang beragama Islam membaca Al-Fatihah kepada Allahyarham
Mohd Zahir. Al-Fatihah. [Bacaan al-Fatihah] Terlebih dahulu izinkan saya untuk
menjawab pertanyaan ini secara bersekali dengan pertanyaan-pertanyaan oleh enam
Ahli Yang Berhormat lain yang telah membangkitkan isu berkaitan kejadian nahas
semasa menjalankan tugas yang telah menimpa Allahyarham Mejar Mohd Zahir bin
Armaya, seorang pegawai komando dari Rejimen Ke-11, Gerak Khas pada 4 September
2019 yang lalu.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang membangkitkan isu ini ialah Yang Berhormat
Libaran 31 Oktober, Yang Berhormat Bukit Bintang 12 November dan pada 21
November pertanyaan oleh Yang Berhormat Kuala Krau, Yang Berhormat Kota Bharu,
Yang Berhormat Jelebu dan Yang Berhormat Jelutong, masing-masing pada soalan
nombor 10, 12, 14 dan 36. Saya mengambil masa sedikit Tuan Yang di-Pertua, kerana
agak panjang.
Pertanyaan-pertanyaan Yang Berhormat-Yang Berhormat telah menyentuh
pelbagai perkara berkaitan kejadian ini seperti standard operating procedures latihan
yang digunakan, hasil siasatan nahas, langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan
kejadian tidak berulang, isu peluru hidup yang digunakan semasa latihan atau
demonstrasi, standard baju kalis peluru yang digunakan dan bantuan yang dihulurkan
kepada waris.
Saya yakin yang bertanya, Yang Berhormat Bagan Datuk biasa menjadi Menteri
Pertahanan, amat arif hal-hal seperti ini. Tuan Yang di-Pertua, suka saya jelaskan
standard operating procedures latihan dan arahan keselamatan yang telah dikeluarkan
oleh Angkatan Tentera Malaysia adalah terperinci dan menyeluruh dalam menjamin
keselamatan latihan.
SOP yang digunakan merangkumi aspek pentadbiran, pelaksanaan keselamatan
latihan dan demonstrasi yang dilaksanakan. Namun demikian, pihak Markas Tentera
DR. 24.10.2019 22 Darat telah menubuhkan sebuah lembaga siasatan pada hari kejadian itu juga, pada 4
September 2019 bagi mengkaji, menilai dan meneliti secara menyeluruh semua aspek
SOP latihan dan sebarang keperluan bagi mengelakkan perkara ini dari berulang.
Pada 25 September 2019 yang lalu, Markas Tentera Darat telah mengumumkan
keputusan hasil siasatannya. Ini di mana lembaga siasatan mendapati insiden
berkenaan diklasifikasikan sebagai keadaan terpencil dan ia merupakan kemalangan
semasa latihan. Pihak lembaga siasatan juga mendapati peralatan dan kelengkapan
yang digunakan semasa latihan tersebut berada dalam keadaan baik dan kejadian ini
adalah kejadian yang pertama selepas 15 tahun.
Sebagai maklumat Dewan yang mulia ini, dalam gimik demonstrasi semasa
kejadian berkenaan, SOP latihan yang digunakan adalah prosedur tetap latihan Bab V,
seksyen 21, confident shooting. Seksyen 22, body armour confident shooting dengan
menggunakan peluru hidup. Penggunaan peluru hidup sememangnya telah
dilaksanakan oleh pasukan khusus serata dunia. Latihan seperti ini jelas dapat
melahirkan anggota Gerak Khas atau Pasukan Khusus yang kompeten dan
berkeyakinan tinggi untuk menghadapi operasi khusus, terutama semasa operasi
menyelamatkan tebusan dalam situasi hostile.
Dari segi risiko latihan menggunakan peluru hidup, pihak kementerian tidak
menafikan risiko yang terdedah kepada anggota yang terlibat dengan latihan sebegini.
Namun, ia adalah setimpal dengan hasil yang diperolehi berdasarkan kepada
kemampuan 21 Group Khas menyediakan pengawal dan anggota berkeyakinan tinggi
dan bermotivasi untuk terus melaksanakan misi khusus dan strategik negara.
■1110
Justeru itu, latihan sebegini akan diteruskan bagi mengekalkan dan
meningkatkan kompetensi pasukan khusus. Namun begitu seperti yang telah saya
nyatakan sebelum ini, pihak ATM akan meneliti semula SOP latihan melalui penubuhan
sebuah team khas untuk membuat penambahbaikan SOP sedia ada agar kejadian yang
sama tidak berulang.
Bagi isu baju kalis peluru yang digunakan pula, standard baju kalis peluru yang
digunakan semasa demonstrasi berkenaan adalah mengikut piawaian-piawaian
Nasional Institute of Justice Level III United States di mana sesuai digunakan untuk
operasi dan latihan tempur jarak dekat tentera darat.
Tuan Yang di-Pertua, pihak kementerian amat prihatin ke atas nasib yang
menimpa kepada waris dan anak-anak yang ditinggalkan. Bagi menghargai jasa yang
telah dicurahkan, Allahyarham Mejar Mohd Zahir bin Armaya telah disokong dan
DR. 24.10.2019 23 dinaikkan pangkat kepada Leftenan Kolonel oleh Majlis Angkatan Tentera Ke-578 yang
bersidang pada 17 September 2019 serta telah mendapat perkenan Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Manakala antara bantuan yang telah dan sedang diusahakan bagi membantu
waris dan anak-anak Allahyarham ialah:
(i) bantuan pengurusan jenazah sebanyak RM3000 tunai daripada
Markas Tentera Darat telah diberikan terus kepada waris bagi
menguruskan jenazah Allahyarham;
(ii) bantuan Tabung Amanah Perwira dan Pertahanan Negara
sebanyak RM22,000 akan diberikan kepada waris dan anak-
anak secara one-off. Bantuan dalam proses kelulusan TAPPN.
Menteri Pertahanan tahulah perkataan TAPPN itu;
(iii) waris dan anak-anak Allahyarham akan menerima bantuan
daripada Skim Takaful Berkelompok ATM bagi khairat kematian
sebanyak RM3,000 dan manfaat caruman skim dengan nilai
RM16,000 tertakluk kepada bilangan unit yang telah dicarum
oleh Allahyarham;
(iv) faedah kematian yang boleh diberikan kepada tanggungan, balu,
anak dan ibu bapa Allahyarham berdasarkan kepada Peraturan-
peraturan Angkatan Tetap Pencen, Ganjaran dan Faedah-
faedah Lain 1982;
(v) pencen terbitan dan ganjaran terbitan, faedah gantian cuti rehat,
pencen orang tanggungan yang diberikan kepada balu, 1/4 dan
setiap orang anak 1/24 dan ibu bapa 1/8;
(vi) ex-gratia orang tanggungan yang diberikan kepada balu, 3/5
daripada jumlah keseluruhan dan anak 2/5 daripada jumlah
keseluruhan.
Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi [Bagan Datuk]: Sahabat saya Yang
Berhormat Menteri Pertahanan, saya amat kagum dengan keprihatinan Yang Berhormat
sejak mengambil alih jawatan sebagai Menteri Pertahanan. Bukan sahaja melonjakkan
nama Malaysia di peringkat antarabangsa, memberikan amaran kepada negara-negara
dan kuasa besar. Elephant and an elephant fight, grass will suffer. Saya juga peminat
kepada roti John dan ini merupakan satu military diplomacy yang cukup baik.
DR. 24.10.2019 24
Saya fikir ramai lagi pemuka-pemuka tentera antarabangsa yang minat dengan
roti John seperti saya. Oleh yang demikian, keprihatinan di dalam negara, saya lihat
menurun dengan segera terutamanya apabila janji-janji tidak dapat ditunaikan. Janji
kepada pegawai dan anggota tentera tidak terlaksana, mereka berasa kecewa. Begitu
juga dengan elaun Komando yang dahulunya RM900 sebulan diberikan.
Soalan saya, selain daripada insentif, selain daripada compensation dengan izin,
yang diberikan kepada Allahyarham Mejar, sekarang Leftenan Kolonel Mohd Zahir bin
Armaya, kita harus melihat bahawa selain daripada SOP yang telah disebutkan tadi,
harus ada langkah-langkah yang lebih proaktif untuk menentukan supaya kejadian yang
sama tidak berulang dan saya fikir menggunakan peluru hidup tidak lagi sesuai dalam
keadaan sekarang.
Apatah lagi apabila perkakasan pada anggota itu telah usang dan saya faham
bahawa Yang Berhormat Menteri Kewangan pun tidak memberikan peruntukan kepada
MinDef walaupun dalam bajet yang lalu nampak ada kenaikan tetapi saya faham. Saya
amat simpati dengan Yang Berhormat Menteri Pertahanan kerana bajet sebenarnya
untuk perkakasan dan untuk kebajikan tentera tidak dipedulikan pun.
Saya amat simpati dengan pegawai dan kakitangan ataupun pegawai rendah
Angkatan Tentera Malaysia.
Tuan Mohamad bin Sabu: Tak tanya pun soalan hal ini, berkaitan roti John ini
apa cerita? Itu orang yang menyebut hal roti John bukan saya sebut tetapi Bekas Menteri
Pertahanan, sebab itulah kena duduk sebelah sana. Sebab sikapnya begini. Tanyalah
soalan hal ini dan memang peruntukan Kementerian Pertahanan meningkat 12 peratus
pada tahun ini bukan berkurangan. Tadi kita sebut Lembaga Tabung Angkatan Tentera,
kita kutip RM9 juta, yang target kita RM6 juta. Sebelum itu, zaman sebelum ini kutipan
RM2 juta ke RM3 juta, kerajaan yang beri RM2 juta atau RM5 juta. Sekarang kita kutip
sendiri dah ada RM9 juta. Ini tanda prihatin kita.
Soal latihan menggunakan peluru hidup akan diteruskan. Ini adalah
menunjukkan– ini adalah satu accident yang berlaku dalam masa 15 tahun dan pihak
yang membuat siasatan itu sekarang ini mengatakan bahawa untuk SOP dilihat dan
diperbaiki, itu adalah satu perkara yang penting. Akan tetapi pasukan Komando mesti
berani dan Komando Malaysia memang terkenal terutama kita lihat tentera kita dalam
operasi di Somalia dan baru ini Tentera Laut kita dalam latihan di Laut Pasifik
menyelamatkan tentera Amerika. Jadi, kebolehan tentera kita memang hebat di
peringkat dalam negeri atau peringkat antarabangsa. Soal kebajikan mereka, kita akan
pertingkatkan daripada semasa ke semasa. Terima kasih.
DR. 24.10.2019 25
Tuan Noor Amin bin Ahmad [Kangar]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya bersimpati dengan ahli pasukan komando kita yang terlibat dalam kemalangan dan
saya berharap Kementerian Pertahanan akan mengambil langkah yang sewajarnya
untuk memastikan isu kebajikan keluarga beliau dijaga.
Persoalan saya ialah, beberapa bulan yang lalu kita ada mendengar isu
pembekalan pakaian bomba yang sebenarnya tidak kalis api. Jadi, saya ingin kepastian
daripada Kementerian Pertahanan untuk memastikan bahawa baju kalis peluru yang
juga dipakai oleh anggota tentera kita tidak menghadapi masalah itu.
Tuan Mohamad bin Sabu: Tidak hadapi masalah. Saya kata tadi, ia adalah satu
accident. Sudah 15 tahun dan saya sendiri melihat di Kem Mersing, bagaimana peluru
hidup digunakan dalam tembakan dekat, bagaimana cekalnya tentera-tentera kita
membuat operasi. Akan tetapi, ini adalah satu accident dan siasatan telah lengkap.
Siasatan daripada pihak polis pun telah lengkap dan pihak keluarga mereka sendiri
mengatakan tidak perlu inkues dan walau bagaimanapun, sekarang di tangan Peguam
Negara untuk menentukan.
Yang pentingnya ialah SOP itu perlu ditambah baik, itu penting. Akan tetapi,
latihan peluru hidup kepada komando perlu diteruskan. Ini pandangan daripada pihak
Angkatan Tentera Malaysia dan termasuk pasukan komando itu sendiri mengatakan,
‘kami telah berada dalam pasukan ini dan menggunakan peluru hidup dalam latihan
kami dan kami tidak menghadapi masalah’. Cuma kejadian ini amatlah kita kesali dan
ianya insya-Allah tidak berulang dengan segala pembaikan yang sedang dibuat
sekarang ini.
5. Puan Alice Lau Kiong Yieng [Lanang] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah langkah kerajaan untuk membantu golongan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ingin balik ke negara sendiri dan bagaimanakah mereka dapat balik sekiranya tidak memperoleh pasport yang sah atau langsung tidak mempunyai pasport.
Timbalan Menteri Dalam Negeri [Datuk Mohd Azis bin Jamman]: Terima
kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Lanang. Kementerian Dalam
Negeri melalui Jabatan Imigresen Malaysia sedang melaksanakan Program Pendatang
Asing Tanpa Izin pulang ke negara asal ataupun Program Back for Good yang bertujuan
untuk memberi peluang kepada PATI yang telah melakukan kesalahan tinggal lebih
masa di bawah seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 atau tidak memiliki dokumen
DR. 24.10.2019 26 perjalanan yang sah di bawah seksyen 6(1)(c) akta yang sama untuk pulang ke negara
asal secara sukarela mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.
Program ini dilaksanakan bermula 1 Ogos 2019 sehingga 31 Disember 2019 dan
kerajaan tidak bercadang untuk extend program ini setelah tamat tempoh nanti. Di
Semenanjung Malaysia sahaja dan bagi Sabah dan Sarawak oleh kerana kuasa
imigresen itu terletak di negeri tersebut, maka jika Program Back for Good ini ingin
diadakan di negeri Sabah ataupun Sarawak, ianya memerlukan kelulusan daripada
Ketua Menteri di kedua-dua negeri ini dan melibatkan bayaran kompaun sebanyak
RM700 bagi setiap PATI yang menyertai program ini.
■1120
Warga asing yang terlibat hendaklah membawa dokumen perjalanan yang sah
iaitu pasport dan sijil perjalanan kecemasan serta tiket untuk pulang ke negara asal
dalam tempoh tujuh hari. Sekiranya mereka tidak mempunyai pasport yang sah atau
langsung tidak mempunyai pasport, mereka perlu merujuk ke kedutaan negara masing-
masing untuk mendapatkan sijil perjalanan kecemasan.
Pihak kedutaan akan mengeluarkan sijil perjalanan kecemasan untuk PATI
pulang ke negara asal mereka. Program ini dijalankan sepenuhnya oleh Jabatan
Imigresen Malaysia tanpa penglibatan pihak ketiga sama ada vendor ataupun ejen.
Pihak JIM telah menyediakan lebih 80 kaunter di pejabat imigresen di seluruh
Semenanjung Malaysia bagi menjayakan program ini.
JIM telah mengadakan sesi libat urus mengenai program ini bersama dengan
pihak kedutaan asing di Malaysia pada 12 Julai 2019, termasuk jugalah dengan pejabat
Peguam Negara di mana melalui program ini terdapat pengecualian-pengecualian dari
segi pelaksanaan akta-akta yang ada khususnya di negara kita melibatkan pendatang
asing tanpa izin.
Tuan Yang di-Pertua, dari 1 Ogos 2019 sehingga 22 Oktober 2019, seramai
66,364 PATI telah berdaftar dengan program Back for Good ini. Daripada jumlah
tersebut, seramai 46,976 telah pun pulang ke negara asal mereka manakala 19,388
sedang menunggu giliran dan akan pulang ke negara asal dalam tempoh tujuh hari.
Sekian, terima kasih.
Puan Alice Lau Kiong Yieng [Lanang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua,
terima kasih ke atas jawapan yang diberi mengenai program Back For Good dan
memandangkan kuasa Jabatan Imigresen di Sarawak tertakluk kepada kerajaan negeri
Sarawak, sama ada ini bermaksud segala data atau anggaran kemasukan dan
DR. 24.10.2019 27 penghantaran pendatang asing tanpa izin yang dibekalkan di Parlimen tidak ada
termasuk pendatang asing dari Sarawak.
Juga mengenai Laporan Ketua Audit Negara 2018 Siri 1 merumuskan berlaku
manipulasi dan penipuan dalam sistem MyIMMS bagi meluluskan kuota pekerja asing
sehingga menyebabkan kehilangan hasil kepada negara dan adakah sistem integrasi
imigresen yang baharu bagi menggantikan MyMMS ini telah dibuka tender dan dapat
dimulakan secepat mungkin supaya kemasukan pendatang asing tanpa izin dapat
dikurangkan. Terima kasih.
Dato’ Mohd Azis bin Jamman: Ya, terima kasih dengan soalan tambahan tadi.
Angka yang saya sebutkan tadi benar. Ianya tidak termasuk Sabah ataupun Sarawak.
Ianya hanyalah angka yang kita pungut sewaktu program Back for Good ini mula
dilaksanakan di Semenanjung Malaysia dan sebagaimana kita tahu juga, sebagaimana
saya sebutkan tadi kuasa imigresen, khususnya Sabah dan Sarawak kita terletak di
negeri tersebut kerana Sarawak dan Sabah mempunyai kanun negeri berkenaan
dengan imigresen.
Jadi berkenaan dengan dari segi synchronization ataupun penyelarasan dari segi
data, of course memang ada penyelarasan. Cuma maksud dia ini kuasa-kuasa
imigresen itu masih terletak di negeri Sabah. Akan tetapi data kita of course dari segi
synchronization itu memang ada.
Berkenaan dengan yang disebut tadi, satu soalan lagi tadi.
Puan Alice Lau Kiong Yieng [Lanang]: Sistem baharu.
Timbalan Menteri Dalam Negeri [Dato’ Mohd Azis bin Jamman]: Sistem
baharu. Okey sistem baharu itu, of course kita masih dalam proses untuk dibuka tender
yang mana ianya dijangkakan insya-Allah harap-harap dapat dilaksanakan tahun
hadapan.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Terima kasih Yang
Berhormat Timbalan Menteri.
Dato’ Jalaluddin bin Alias [Jelebu]: Tuan Yang di-Pertua, Jelebu soalan
tambahan.
Dato’ Haji Salim Sharif [Jempol]: Yang Berhormat Jempol.
Datuk Dr. Jeffrey G. Kitingan [Keningau]: Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Ada banyak yang
berminat. Saya jemput Yang Berhormat Keningau.
Dato’ Jalaluddin bin Alias [Jelebu]: Tuan Yang di-Pertua, saya tidak hendak
tanya soalan Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak ambil kesempatan sekejap. Bagi saya
DR. 24.10.2019 28 kesempatan sekejap Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak mengalu-alukan kehadiran
Yang Berhormat ADUN Lui, Yang Berhormat ADUN Pertang dan Jawatankuasa UMNO
Bahagian Jelebu. [Dewan tepuk]
Yang Berhormat Puncak Borneo, Jelebu akan tetap dengan Barisan Nasional.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Terima kasih Yang
Berhormat Jelebu.
Dato’ Jalaluddin bin Alias [Jelebu]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Yang Berhormat
Keningau, teruskan.
Datuk Dr. Jeffrey G. Kitingan [Keningau]: Okey terima kasih. Saya mengalu-
alukan tindakan yang diambil oleh kerajaan. Walau bagaimanapun, saya ingin bertanya
apakah usaha kerajaan untuk memujuk Kerajaan Filipina supaya meletakkan konsulat
mereka di Sabah. Terima kasih.
Timbalan Menteri Dalam Negeri [Dato’ Mohd Azis bin Jamman]: Terima
kasih dengan soalan tambahan Yang Berhormat Keningau tadi. Sebenarnya untuk
makluman Yang Berhormat Keningau saya rasa even sejak daripada kerajaan terdahulu
lagi sebenarnya kita telah memujuk Kerajaan Filipina ini untuk membuka konsulat dia di
negeri Sabah termasuklah juga kerajaan pada hari ini.
Kita berharap agar Konsulat Filipina dapat dibuka di negeri Sabah, akan
memudahkan khususnya rakyat mereka yang berada di negeri Sabah untuk dihantar
pulang jika ada isu-isu sebagaimana yang kita sebutkan pada hari ini. Akan tetapi ianya
tertakluk kepada negara Filipina kerana negara Filipina keputusan mereka itu di luar
kawalan kita.
Tapi Yang Berhormat Keningau let us be assure dan of course Kerajaan Pakatan
Harapan hari ini akan sentiasa mendesak agar Kerajaan Filipina untuk membuka
konsulat mereka di negeri Sabah agar memudahkan penghantaran pulang rakyat
mereka yang berada di negeri Sabah. Sekian, terima kasih.
Dato’ Haji Salim Sharif [Jempol]: Satu lagi, saya rasa penting.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Saya bagi peluang
Yang Berhormat Jempol. 30 saat, sila.
Dato’ Haji Salim Sharif [Jempol]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang
dikasihi. Jadi saya, terima kasih Yang Berhormat Jelebu, komando Jelebu. Terima kasih.
Saya hendak tanya— saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Menteri, program
Back for Good untuk kepulangan sukarela PATI yang berada di Malaysia. Saya hendak
tanya jumlah sebenarnya yang PATI yang ada di Malaysia. Ada yang menyatakan
DR. 24.10.2019 29 400,000, ada yang menyatakan 500,000, ada juga menyatakan 1 juta. Jadi saya hendak
tahu sebenarnya PATI.
Keduanya saya hendak tanya adakah kita membuat ataupun pihak kerajaan
membuat pemutihan, ada yang balik sukarela, boleh balik dengan tiket, dibayar dan
sebagainya. Ada yang hendak duduk dekat Malaysia. Kita tahu bahawa sektor
perladangan sekarang ini memang terlalu sukar untuk mendapatkan pekerjaan dan
mereka duduk dalam ladang. Mungkin operasi dia lain, tidak boleh tangkap. Jadi,
adakah program pemutihan ini akan dilaksanakan untuk program tersebut? Terima
kasih.
Timbalan Menteri Dalam Negeri [Dato’ Mohd Azis bin Jamman]: Tuan Yang
di-Pertua, terima kasih dengan soalan tambahan tadi. Sebagaimana kita tahu, isu PATI
ini, isu pendatang asing tanpa izin yang masuk ke negara kita sentiasa berubah-ubah
daripada hari ke hari kerana ada di antara mereka ini yang masuk ke negara kita melalui
pas sosial. Akan tetapi apabila tamat tempoh, mereka tidak balik. Jadi, jumlah ini
sentiasa berubah dari hari ke hari.
Pun begitu dari segi statistik dia— mungkin saya boleh bagi secara bertulis
sebagaimana saya sebutkan tadi kerana dia sering berubah-ubah daripada hari ke hari.
Walau bagaimanapun dalam operasi-operasi yang kita lakukan, khususnya melalui
Jabatan Imigresen Malaysia, tangkapan yang kita buat sehingga 22 Oktober 2019
contohnya sudah sebanyak, seramai 43,292 orang.
Jadi itu yang saya sebutkan tadi, jumlah itu sentiasa berubah-ubah daripada hari
ke hari dan berkenaan dengan soalan program pemutihan. Tuan Yang di-Pertua, saya
rasa Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri sebelum ini pun telah menyatakan bahawa
kita tidak ingin mengadakan program pemutihan ini terlalu kerap kerana ia akan
menghantar signal kepada mereka ini seolah-olah negara kita ini, masuk saja negara
Malaysia, tunggu dalam satu tempoh yang tertentu, nanti akan ada pemutihan. Jadi ini
akan memberi gambaran yang tidak baik di mana mereka-mereka yang telah masuk ke
negara kita melalui cara yang sah ini hanya perlu masa saja untuk tinggal di negara kita
yakin akan ada lagi program pemutihan dianjurkan oleh kerajaan.
Sebab itulah melalui program Back for Good ini, selain daripada kita
mempermudahkan untuk mereka pulang, tetapi perlu juga diingat bahawa kita akan
menguatkuasakan juga peraturan di mana kita akan blacklist mereka daripada masuk
ke negara kita kerana mereka mempunyai sejarah masuk ke negara kita melalui cara
yang sah tetapi tidak mahu keluar. Jadi itulah, terima kasih dengan soalan tambahan
tadi.
DR. 24.10.2019 30
6. Dato' Takiyuddin bin Hassan [Kota Bharu] minta Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menyatakan apakah rancangan rundingan mahupun usaha sama yang bakal dijalinkan bersama Kerajaan Indonesia bagi menyelesaikan masalah jerebu rentas sempadan yang menjejaskan kualiti hidup rakyat serta bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang pada masa yang akan datang. Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan
Iklim [Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy]: Tuan Yang di-Pertua,
izinkan menjawab soalan ini bersekali dengan soalan 26 soalan berkaitan jerebu.
Soalan bertarikh 24 November 2019 daripada Yang Berhormat Petrajaya, Yang
Berhormat Lanang, Yang Berhormat Kampar dan Yang Berhormat Tanah Merah. Pada
31 Oktober daripada Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Bukit Gelugor,
Yang Berhormat Taiping, Yang Berhormat Batu.
Pada 6 November daripada Yang Berhormat Tangga Batu, 12 November
daripada Yang Berhormat Kemaman, Yang Berhormat Nibong Tebal, dan Yang
Berhormat Tenom. Pada 18 November daripada Yang Berhormat Saratok, Yang
Berhormat Padang Terap, Yang Berhormat Sibuti, Yang Berhormat Bukit Gelugor. Pada
21 November daripada Yang Berhormat Miri, Yang Berhormat Gerik, Yang Berhormat
Bera, Yang Berhormat Klang, Yang Berhormat Kuala Krau, Yang Berhormat Jelebu.
■1130
Pada 27 November daripada Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Bandar
Kuching dan 3 Disember daripada Yang Berhormat Sarikei.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi,
Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) telah mengambil tindakan bagi
mengatasi masalah jerebu yang berpunca daripada kebakaran hutan di negara jiran
seperti berikut, pertamanya MESTECC melalui Kementerian Luar Negeri telah
mengutus surat bertarikh 6 September 2019 kepada Kementerian Lingkungan Hidup
dan Kehutanan Indonesia. Malaysia telah meminta pihak Indonesia mengambil tindakan
segera memadamkan kebakaran hutan dan ladang di Indonesia.
Kedua, MESTECC telah mengadakan perjumpaan dengan wakil Kedutaan
Indonesia di Kuala Lumpur pada 10 September 2019 dan menawarkan bantuan untuk
memadamkan kebakaran hutan, ladang di Indonesia.
Pada 11 September 2019, MESTECC telah mengutuskan surat kepada
Kementerian Lingkungan Hidup dan Kehutanan Indonesia dan menyatakan hasrat untuk
mengadakan mesyuarat di Jakarta bagi membincangkan isu jerebu rentas sempadan.
DR. 24.10.2019 31
Keempat MESTECC telah mengutuskan surat kepada ASEAN Secretariat pada
20 September 2019 bagi mencadangkan supaya diadakan mesyuarat teleconference
khas di peringkat Menteri untuk membincangkan isu jerebu rentas sempadan. Delegasi
Malaysia telah menghadiri mesyuarat khas bersama negara-negara ASEAN bagi
membincangkan isu jerebu rentas sempadan yang telah diadakan pada 6 Oktober 2019
bersempena dengan penganjuran Mesyuarat Committee and Conference of the Parties
to ASEAN Transboundary Haze Pollution dan ASEAN Ministerial on Environment
(AMME) dari 6 hingga 11 Oktober 2019 di Siem Riep Cambodia.
Di peringkat ASEAN Malaysia akan terus memainkan peranan untuk menggesa
negara-negara anggota terutamanya Indonesia untuk mematuhi obligasi di bawah
ASEAN Agreement on Transboundary Haze Pollution bagi mencegah kejadian jerebu
rentas sempadan. Selain itu, negara anggota perlu memberikan perhatian yang serius
bagi merealisasikan The Roadmap on ASEAN Cooperation towards Transboundary
Haze Pollution Control with Means of Implementation yang merupakan visi ASEAN Haze
Free Region by 2020.
Dalam pada masa yang sama, Malaysia telah menghadiri mesyuarat Mesyuarat
Committee and Conference of the Parties to ASEAN Transboundary Haze Pollution dan
ASEAN Ministerial on Environment (AMME) dari 6 hingga 11 Oktober 2019 di Siem Riep
Cambodia seperti yang saya cakap tadi. Kerajaan juga sedang meneliti penggubalan
Akta Transboundary Haze yang baharu.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi menangani masalah jerebu,
Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC)
melalui Jabatan Meteorologi Malaysia juga telah melakukan operasi pembenihan awan.
Dalam tempoh lima tahun iaitu dari 2015 sehingga kini, sebanyak 30 operasi wet seeding
dan dry seeding telah dijalankan bagi menangani masalah jerebu. Jumlah perbelanjaan
yang terlibat adalah sebanyak RM2,000,016,379. Terima kasih.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan [Kota Bharu]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua
dan terima kasih dan tahniah kepada pihak kerajaan atas langkah yang telah diambil
bagi mengatasi masalah jerebu ini. Namun demikian kita tahu bahawa Kerajaan
Indonesia telah memutuskan untuk memindahkan ibu negara mereka daripada Jakarta
ke Kalimantan yang terletak bersebelahan dengan negara kita Sabah dan Sarawak.
Soalan saya, sudahkah Kerajaan Malaysia melakukan apa-apa rundingan awal
dengan Indonesia sebagai langkah berjaga-jaga dengan kemungkinan berlakunya
kebakaran hutan semasa proses pembangunan ibu negara baharu itu yang dijangka
DR. 24.10.2019 32 akan bermula pada tahun 2021 yang pastinya akan menyebabkan masalah jerebu yang
lebih serius lagi. Terima kasih.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy: Terima kasih atas
soalan tambahan. Di peringkat MESTECC untuk specifically kita bercakap tentang
pemindahan ibu negara ini tidak ada setakat ini. Walau bagaimanapun usaha
berterusan untuk kita sama-sama bekerjasama dengan Kerajaan Indonesia untuk
memastikan tidak ada lagi jerebu merentas sempadan sentiasa kita akan lakukan
walaupun telah banyak yang telah kita cuba dan usahakan di peringkat MESTECC dan
juga Menteri Lingkungan Hidup dan Kehutanan Indonesia.
Saya ingin juga memetik daripada mesyuarat ke 15 Conference of the Parties to
the ASEAN Agreement on Transboundary Haze Pollution 9 October di Cambodia yang
lepas. Kita telah menyatakan pendirian kita supaya negara-negara anggota perlu
meningkatkan kerjasama khususnya perkongsian maklumat, kajian saintifik dan
teknikal, pemantauan, tindakan bersama secara environmentally, sound policies dan
amalan terbaik dan penggunaan teknologi terkini.
Selepas itu kita juga mengulangi komitmen untuk melaksanakan usaha di
peringkat nasional dan kerjasama serantau selaras dengan perjanjian yang telah
dimeterai dan bersetuju agar kajian akhir dan penilaian ke atas pelaksanaan serta
pencapaian ke arah ASEAN Bebas Jerebu pada 2020 ini disegerakan.
Malaysia juga menegaskan bahawa insiden jerebu pada September 2019 telah
disebabkan oleh pembakaran hutan dan ladang yang tidak terkawal. Malaysia juga telah
menggesa negara-negara anggota yang terlibat mengambil tindakan undang-undang ke
atas penyebab kebakaran sama ada individu atau syarikat tanpa mengira negara asal
syarikat terbabit. Malaysia turut memaklumkan pendirian bahawa walaupun isu
kebakaran hutan dan tanah merupakan isu domestik, pencemaran udara merentas
sempadan ini perlu ditangani segera secara holistik kerana ia melibatkan isu regional
yang melibatkan kebanyakan negara-negara rantau ASEAN.
Malaysia juga bersedia untuk menghulurkan bantuan pemadaman kebakaran
kepada negara-negara terjejas bagi mengelakkan berulangnya insiden jerebu merentas
sempadan yang memberikan impak kepada sosioekonomi dan kesihatan rantau di
negara ASEAN.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad [Setiawangsa]: Terima kasih Tuan Yang di-
Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, Setiawangsa ingin bertanya sebab apabila
tiap-tiap kali berlaku insiden jerebu ini kita lihat ada berlaku dengan izin blame game.
DR. 24.10.2019 33 Kita lihat negara jiran akan salahkan, dia kata sebahagian besar ini adalah syarikat-
syarikat misalnya daripada Malaysia atau Singapura.
Jadi, kita tidak, bukan kita menerima alasan itu sebulatnya kerana benda itu
berlaku apa-apa syarikat pun berada di negara jiran. Akan tetapi persoalan saya adakah
MESTECC melihat, kita boleh adakan mekanisme bagaimana kita meminta syarikat-
syarikat kita yang mempunyai ladang yang besar bukan sahaja di Indonesia akan tetapi
di negara-negara lain untuk mengamalkan kod amalan pengurusan alam sekitar yang
terbaik dan bertanggungjawab.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy: Saya terima cadangan.
Terima kasih di atas soalan tambahan Yang Berhormat Setiawangsa. Satu cadangan
yang baik dan kita juga, saya ingin tegaskan di sini kita tidak pernah melindungi mana-
mana syarikat Malaysia. Jika disabit kesalahan yang menyebabkan kebakaran di
Indonesia. Sehingga setakat ini kita juga tidak menerima sebenarnya maklumat
terperinci tentang mana-mana company Malaysia di Indonesia.
Kesukaran ini berlaku juga apabila biasanya memang saya rasa dipraktikkan di
mana-mana negara, bila kita buka syarikat kita perlu joint venture dengan syarikat local.
Setakat ini juga kita sedang mengkaji untuk melihat keperluan untuk mengadakan Akta
Pencemaran Alam Sekitar merentas sempadan. Ini termasuklah jerebu secara
keseluruhannya, di mana pelaksanaan itu yang penting kita boleh kenakan tindakan
kepada syarikat yang bukan juga original daripada Malaysia. Akan tetapi kita kena
tengok secara holistik tentang pelaksanaan akta ini oleh sebab itu kita di peringkat
kajian. Terima kasih.
7. Tuan Kesavan a/l Subramaniam [Sungai Siput] minta Menteri Pendidikan menyatakan cadangan menaik taraf Sekolah Kebangsaan Sungai Siput bagi keperluan tambahan bilik darjah kerana kepadatan pelajar yang tinggi.
Menteri Pendidikan [Dr. Maszlee bin Malik]: Bismilllahir Rahmanir Rahim.
Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan penelitian Kementerian Pendidikan Malaysia pada
masa kini belum lagi ada keperluan yang mendesak bagi cadangan menaik taraf dan
pembinaan bangunan tambahan di Sekolah Kebangsaan Sungai Siput.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Sekolah Kebangsaan Sungai Siput
mempunyai enrollment berjumlah 651 orang murid dengan 23 bilik darjah. Sehubungan
itu, nisbah kelas dengan murid iaitu satu nisbah 29 di sekolah tersebut masih berada di
tahap optimum.
DR. 24.10.2019 34
Selain itu KPM juga telah mengambil kira taburan sekolah sedia ada dalam
perancangan pembinaan bangunan tambahan tersebut. Didapati terdapat tiga buah
sekolah kebangsaan, tiga buah sekolah jenis kebangsaan Cina dan sebuah sekolah
jenis kebangsaan Tamil dalam jarak di antara 800 meter hingga 75 kilometer dari
sekolah tersebut.
■1140
Semua sekolah tersebut beroperasi di bawah kapasiti optimum dan masih
mampu menampung permintaan penduduk dan keperluan pendidikan murid di kawasan
berkenaan. Sekian, terima kasih.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Ya, terima kasih Tuan
Yang di-Pertua. Saya hendak bercakap tentang naik taraf dan mengadakan
pertambahan bilik darjah tadi. Saya hendak tanya Menteri, bagaimanakah kriteria yang
perlu wujud kerana ada sekolah-sekolah yang telah dilantik sebagai pusat bencana alam
dan juga pusat pendidikan khas untuk pelajar-pelajar pendidikan khas, tetapi kelas tidak
ada. Ini yang berlaku.
Contohnya di Parlimen Bagan Serai, di Sekolah Kebangsaan Sungai Kepar.
Baru-baru ini saya lihat ia dipilih kerana bencana sekarang tengah berlaku, contohnya
banjir di kawasan kita, tetapi tempat tidak ada. Malah, tempat untuk pelajar-pelajar nak
berhimpun dengan selamat pun tidak ada. Apakah kerajaan boleh membantu sekolah-
sekolah yang begini? Terima kasih.
Dr. Maszlee bin Malik: Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan Sekolah
Kebangsaan Sungai Kepar di kawasan Bagan Serai, kita akan melihat terperinci kepada
keadaan tersebut melalui Pejabat Pendidikan Daerah. Berkaitan dengan kriteria,
biasanya kriteria kepadatan kelas dan juga biasanya sekolah yang mempunyai dua sesi
yang ingin kita kurangkan menjadi satu sesi seperti mana kebanyakan sekolah-sekolah
yang ada.
Saya ingin mengambil kesempatan ini juga Tuan Yang di-Pertua dengan izin,
untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Universiti Islam Antarabangsa
kerana semalam buat pertama kali selepas 40 tahun, kesatuan pelajar (student union)
telah dihidupkan kembali di tanah air kita di Universiti Islam Antarabangsa. Terima kasih
Tuan Yang di-Pertua.
8. Tuan Sabri bin Azit [Jerai] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan apakah langkah yang diambil bagi meringankan bebanan golongan petani, pekebun dan pesawah khususnya di negeri Kedah yang begitu terkesan dengan pemotongan pelbagai subsidi dan insentif dalam Belanjawan 2019.
DR. 24.10.2019 35
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani [Tuan Sim Tze Tzin]:
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Jerai. Untuk
makluman Yang Berhormat, pada tahun 2019, kerajaan telah meluluskan RM1.54 bilion
untuk keseluruhan subsidi dan insentif bagi sektor padi dan beras. Bagi pembekalan
baja di bawah Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP), sebanyak RM382.5 juta
telah diperuntukkan.
Manakala RM413.8 juta bagi pembekalan komponen di bawah Skim Insentif
Pengeluaran Padi (SIPP) seperti baja tambahan NPK serta racun makhluk perosak.
Kerajaan juga telah memperuntukkan RM626.5 juta bagi Skim Subsidi Harga Padi
(SSHP) iaitu peningkatan daripada RM300 bagi setiap metrik tan jualan padi kepada
RM360 yang mula berkuat kuasa pada Musim 1/2019.
Saya ingin terangkan kepada Yang Berhormat Jerai dan juga Ahli-ahli Dewan
Rakyat ini bahawa sebenarnya walaupun kita tengok buku bajet pada tahun 2019 ada
pengurangan dari segi subsidi, tetapi sebenarnya kerajaan terutamanya Kementerian
Pertanian dan Industri Asas Tani selepas itu memohon dan memohon tambahan bajet.
Maka, sebenarnya tidak ada penurunan.
Petani di luar kalau katakan mereka dapat subsidi baja, contohnya Skim Baja
Padi Kerajaan Persekutuan, baja sebatian dulu 12 beg, tahun ini pun 12 beg. Tidak ada
penurunan. Kalau katakan baja urea, dulu 4 beg, sekarang pun 4 beg. Katakan Skim
Insentif Pengeluaran Padi (SIPP), dulu 6 beg, sekarang pun 6 beg. Tidak ada
pengurangan. Jadi, saya hendak ambil peluang ini untuk terangkan bahawa tidak ada
penurunan dari segi pemberian subsidi baja, baja urea dan sebagainya, tidak ada ya.
So, we want to kill this issue once and for all, please take note ya.
Untuk tanaman lain pula selain daripada padi dan beras, kerajaan
memperuntukkan insentif-insentif tertentu di bawah pelaksanaan projek seperti:
(i) input pertanian meliputi perolehan benih, baja dan racun;
(ii) pembangunan kawalan meliputi pembersihan kawasan dan
penyediaan infrastruktur ladang;
(iii) penyediaan sistem pengairan, saliran dan perparitan; dan
(iv) pembinaan pusat pengumpulan dan pemprosesan dan stor.
Antara langkah-langkah lain yang diambil bagi meringankan bebanan golongan
petani, pekebun dan pesawah khususnya di negeri Kedah adalah seperti berikut:
(i) memperuntukkan sebanyak RM150 juta dalam Bajet RMKe-12
bagi meningkatkan penggunaan mekanisasi dan automasi;
DR. 24.10.2019 36
(ii) meneruskan harga pembelian padi pada kadar RM1,200 per
metrik tan bagi menggalakkan penghasilan padi yang tinggi;
(iii) menyediakan insentif benih padi sah sebanyak RM75 juta pada
setiap tahun bagi memastikan benih padi yang berkualiti;
(iv) melaksanakan program pemulihan tanah (soil profiling) bertujuan
mengenal pasti tahap kesuburan tanah dan kesesuaian bantuan
baja dalam usaha meningkatkan kecekapan bantuan input; dan
(v) membangunkan rice check dan prosedur operasi standard (SOP)
bagi meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kehilangan
lepas tuai (post-harvest losses) yang seterusnya boleh
meningkatkan pendapatan padi.
Selain itu. kementerian juga menggalakkan pesawah untuk melaksanakan
penanaman bercampur (mixed cropping) dengan tanaman-tanaman lain yang
bersesuaian bagi mempelbagaikan pendapatan pesawah. Sekian, terima kasih.
Tuan Sabri bin Azit [Jerai]: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Seterusnya saya ingin mendapat penjelasan, Pertubuhan Peladang Kebangsaan
(NAFAS) sekarang ini menguruskan kontrak pemprosesan subsidi baja padi. Soalan
saya, sejauh manakah langkah atau cadangan mengadakan tender terbuka terhadap
kontrak proses subsidi padi tidak menjejaskan ahli pertubuhan peladang yang
berlatarbelakangkan ahlinya para pesawah? Sekian.
Tuan Sim Tze Tzin: Terima kasih Yang Berhormat Jerai. Sebenarnya, kita
dalam proses mengkaji tentang pemberian kontrak secara open tender. Saya hendak
beritahu bahawa NAFAS sememangnya adalah satu syarikat yang diberi perhatian yang
penuh oleh kerajaan. Kita akan menjamin bahawa apa-apa open tender, NAFAS adalah
the player, one of the major player. Saya nak katakan major player kerana mereka
merupakan wakil-wakil daripada petani. Mereka mempunyai advantage daripada segi
itu. Kita akan memastikan bahawa sebarang polisi akan menjamin kebajikan para petani.
Terima kasih.
Tuan Sabri bin Azit [Jerai]: Terima kasih Yang Berhormat.
Dr. Azman bin Ismail [Kuala Kedah]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan
Yang di-Pertua, dari segi dasar saya tidak mahu persoalkan. Saya rasa Kementerian
Kewangan juga akan memberikan insentif dan subsidi yang agak baik belanjawan yang
lepas dan belanjawan ini, cuma pelaksanaan. Misalannya, salah satu masalah terbesar
sekarang yang dirumitkan ialah benih padi, benih padi tidak cukup dan benih padi subsidi
DR. 24.10.2019 37 itu tidak sampai. Jadi, apakah pelaksanaan itu ada tersangkut di mana-mana ataupun
perlu dilihat kembali untuk melancarkannya? Terima kasih.
Tuan Sim Tze Tzin: Terima kasih soalan Yang Berhormat Kuala Kedah yang
sangat baik. Ini sangat relevan dengan apa yang berlaku underground sekarang di mana
ada beberapa tempat yang mengadu bahawa benih subsidi padi, benih padi sah tidak
sampai atau lewat. Ini adalah disebabkan oleh isu-isu yang – ada sesetengah syarikat
yang diberikan benih padi sah itu, mereka mengalami masalah terutamanya masalah
penyakit bacterial leaf blight dan juga padi angin. Maka, benih-benih padi sah daripada
syarikat-syarikat tersebut telah dihentikan. Jabatan Pertanian telah rejected benih-benih
padi sah tersebut kerana kita tidak mahu bahawa kualiti itu compromise.
■1150
Kalau benih padi sah tersebut masuk ke pasaran, petani akan mengalami
kekurangan pengeluaran. Jadi, kita reject. Jadi, apa yang berlaku adalah apabila kita
reject, kita perlu ambil benih padi sah daripada syarikat yang lain yang ada stok.
Sebenarnya stok ada dan kita perlu ambil. Ia melibatkan proses kewangan. Jadi, kita
kena pergi secara koordinasi dengan Kementerian Kewangan supaya kuota boleh
dipindahkan kepada syarikat yang lain dan disalurkan kepada petani-petani. Ini
mengambil sedikit masa dan kita tahu bahawa kita running against time to make it
happen. Kita akan uruskan secepat mungkin demi petani. Terima kasih.
9. Tuan Muslimin bin Yahaya [Sungai Besar] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan adakah cadangan untuk menaikkan geran tahunan kepada pusat aktiviti warga emas (PAWE) termasuk elaun kakitangan PAWE yang masih di bawah garis kemiskinan iaitu RM650 sebulan.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat [Puan
Hannah Yeoh]: Baiklah. Tuan Yang di-Pertua, terdapat perbezaan antara elaun dan
gaji. Di mana elaun merupakan bayaran yang diberikan kepada seseorang yang
bertugas secara sukarela di sebuah organisasi seperti di PAWE. Manakala gaji adalah
satu pemberian upah tetap yang diberikan oleh majikan kepada pekerja.
Penyelia dan Pembantu Penyelia PAWE yang dilantik merupakan sukarelawan
yang bertanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan aktiviti di PAWE.
Kementerian telah memperuntukkan bantuan kewangan untuk operasi PAWE sebanyak
RM33,330 setahun yang merangkumi kos tenaga kerja elaun sukarelawan, pengurusan
dan pengoperasian serta program dan aktiviti di PAWE. Ia merupakan pemberian
DR. 24.10.2019 38 peruntukan asas oleh kerajaan kepada NGO yang mengendalikan sesebuah PAWE
untuk melaksanakan pengoperasian bagi tempoh satu tahun.
Kementerian juga amat menggalakkan agar PAWE berusaha menjana
pendapatan bagi mendapatkan dana tambahan dengan mengadakan pelbagai aktiviti
penjanaan pendapatan seperti jualan produk PAWE, sumbangan badan korporat,
peruntukan Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Negeri setempat dan sebagainya. Dana
tambahan ini dapat membantu PAWE untuk melaksanakan pelbagai aktiviti tambahan
untuk kesejahteraan warga emas dan seterusnya meningkatkan elaun mereka.
Sejak tahun 2001 hingga 2018 sebanyak 88 buah PAWE telah diwujudkan
dengan 37,279 orang warga emas yang berdaftar. Bagi tahun ini, kementerian telah
memperuntukkan sebanyak RM5 juta untuk menubuhkan sekurang-kurangnya 45 buah
PAWE dan akan menjadikan bilangan di akhir tahun ini dijangka 133 buah PAWE. Usaha
ini adalah selaras dengan cadangan bagi mewujudkan satu PAWE bagi setiap kawasan
Parlimen iaitu objektif kita adalah untuk menubuhkan 222 PAWE seluruh Malaysia. Itu
sahaja jawapan saya, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Muslimin bin Yahaya [Sungai Besar]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Menteri. Isu berkaitan dengan elaun PAWE yang bernilai RM650 untuk
penyelia dan RM400 untuk pembantu penyelia I dan RM400 untuk pembantu penyelia
II. Pada kita lah, walaupun namanya elaun, terlalu sedikit. Kita tahu sudah 15 tahun tidak
pernah diubah dan tidak pernah dikaji semula.
Kita minta dalam keadaan sekarang ini, walaupun kita melihat ada peruntukan
sebanyak RM4.6 juta tambahan dan kita minta kalau boleh dikaji semula berkaitan
dengan elaun untuk sukarelawan PAWE ini. Satu lagi soalan, adakah benar melalui
peruntukan kepada 37,000 orang warga tua yang mendapat servis di PAWE ini, sarapan
pagi hanya bernilai RM1.40 sahaja? Itu soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih.
Puan Hannah Yeoh: Tuan Yang di-Pertua, semua garis panduan untuk
menubuhkan PAWE telah jelas diberikan kepada setiap NGO yang bersetuju dengan
penubuhan PAWE. Jadi, asasnya adalah NGO warga emas melaksanakan aktiviti
mereka. Akan tetapi mereka boleh mohon untuk convert satu Parlimen, satu PAWE.
Jadi, ini adalah top-up yang kerajaan bagi untuk membantu aktiviti mereka. Ini bukan
pusat jagaan, jadi isu mengenai yuran ataupun bayaran untuk sarapan semua ini tidak
wujud kerana apa peruntukan yang kita beri adalah berbentuk top-up untuk membantu
memperkasakan lagi aktiviti mereka. Ini berlainan dengan pusat jagaan.
DR. 24.10.2019 39
Jadi, cadangan saya adalah untuk Ahli Parlimen yang mempunyai PAWE sedia
ada di kawasan mereka untuk membantu, kalau boleh top-up dengan peruntukan
ataupun mereka boleh bebas menggunakan pusat itu untuk membuat fund raising. Apa
yang kita syaratkan kepada mereka hanyalah, PAWE kena beroperasi lima kali
seminggu. Minimum enam jam sahaja setiap hari. Jadi, mereka bukan office, di mana
staf itu kena duduk di situ sepanjang masa. Kalau mereka ada aktiviti, mereka boleh
mengadakan fund raising dan terpulang kepada aktiviti yang mereka hendak lakukan.
Syarat untuk garis panduan jelas mengatakan dalam syarat 18D, status penyelia
dan pembantu penyelia PAWE adalah bersifat sukarelawan dan bukan merupakan
seorang penjawat awam serta tidak layak mendapat apa-apa keistimewaan sebagai
penjawat awam. Okey. Ini berbentuk top-up kerana soalan ini sudah banyak kali ditanya.
Setiap kali sidang Parlimen, kita akan ditanya perkara yang sama.
Jadi, kalau kita ada peruntukan tambahan yang boleh dipertimbangkan, kita ada
keutamaan lain seperti pembantu di PDK semua yang memerlukan penjagaan yang
lebih lama. Jadi, kalau kita lihat berbentuk keutamaan, keutamaan kita adalah untuk
mewujudkan lebih banyak PAWE dulu. Okey. Jadi, peruntukan yang kita ada kita hendak
wujudkan lebih banyak PAWE di setiap kawasan Parlimen. Itu keutamaan kementerian
buat masa sekarang. Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Antara PAWE yang
terbaik adalah PAWE Batu Pahat. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Kangsar.
Datin Mastura binti Mohd Yazid [Kuala Kangsar]: Terima kasih Tuan Yang di-
Pertua. Menteri, kita akan menjadi masyarakat menua menjelang 2030. Kita semua tahu
itu. Kita mempunyai warga emas yang produktif ketika ini yang sekiranya kita mengambil
kira specialty ataupun kepakaran yang ada pada mereka.
Tempat-tempat seperti PAWE ini menjadi tempat-tempat yang produktif. Soalan
saya adalah, adakah Yang Berhormat bercadang untuk mewujudkan budaya kerja yang
produktif di kalangan warga PAWE supaya ada pulangan ekonomi untuk warga PAWE?
Sudah pasti ada di kalangan warga emas yang ada kepakaran seperti yang saya sebut
tadi dan pengalaman yang berhasil. Dalam masa yang sama, ia akan menimbulkan rasa
berguna dan penghargaan di akhir usia. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Puan Hannah Yeoh: Tuan Yang di-Pertua, walaupun soalan tambahan ini jauh
daripada soalan PAWE tetapi saya boleh jawab, kerana bermula 1 Januari 2019, KWSP
telah mengadakan satu skim baharu untuk mendorong warga emas pulang bekerja.
Jadi, bagi majikan yang mengajikan warga emas berusia 60 tahun ke atas, caruman
DR. 24.10.2019 40 majikan akan berkurangan daripada 6 peratus kepada 4 peratus. Saya hanya ada
statistik yang saya ingat dalam memori tetapi saya boleh bagi secara bertulis.
Semenjak mereka memulakan skim ini sehingga bulan Mei, lebih daripada
29,000 warga emas telah pulang bekerja kerana mempunyai skim yang mendorong
majikan mengaji warga emas. Jadi, kementerian kita memang sentiasa mencari jalan
untuk memastikan golongan warga emas kita kekal produktif. Dalam program-program
PAWE juga, kita menggalakkan mereka untuk mengadakan aktiviti, bukan hanya untuk
rekreasi tetapi untuk menambah skill mereka seperti kelas komputer semua, supaya
mereka mempunyai skill baharu untuk berhadapan dengan budaya sosial media
sekarang. Terima kasih.
10. Dato' Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah [Lenggong] minta Menteri Pertahanan menyatakan berapakah harga kediaman mampu milik yang ditawarkan menerusi Projek Perumahan Taman Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) Bukit Jalil sebanyak 2,000 unit di Parcel 2C Taman LTAT, Bukit Jalil khusus untuk Anggota ATM dan Veteran ATM serta keluarga.
Menteri Pertahanan [Tuan Mohamad bin Sabu]: Soalan spesifik ya Tuan Yang
di-Pertua. Lembaga Tabung Angkatan Tentera melalui perbadanan milik sepenuhnya,
Perbadanan Perwira Harta Malaysia sedang membina 2,000 unit pangsapuri
berkeluasan 850 kaki persegi di Taman LTAT Bukit Jalil, Wilayah Persekutuan.
■1200
Pada akhir tahun 2018, Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) telah
bersetuju untuk memberi subsidi kos pembinaan kepada 500 unit pangsapuri. Manakala
baki sebanyak 1,500 unit lagi akan dijual kepada umum pada harga pasaran di bawah
program Residensi Wilayah yang dahulunya dikenali sebagai Rumah Mampu Milik
Wilayah Persekutuan.
Sebanyak 500 unit ini untuk angkatan tentera subsidinya sebanyak RM23.2 juta.
Pihak PPAM dan LTAT juga bersetuju bahawa sebanyak 500 unit rumah mampu milik
yang diberi subsidi tersebut akan dijual kepada anggota ATM, veteran ATM serta
keluarga mereka yang layak pada harga RM199,750 seunit. Kerja pembinaan
pangsapuri tersebut hampir siap sepenuhnya dan Sijil Perakuan Penyiapan dan
Pematuhan, certificate of completion and compliance (CCC) dijangka akan diterima
pada suku pertama tahun 2020.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah [Lenggong]: Terima kasih Yang
Berhormat Menteri. Terima kasih Yang Berhormat Menteri kerana meneruskan projek
Skim Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia yang dilaksanakan oleh kerajaan
DR. 24.10.2019 41 terdahulu, dilancarkan pada tahun 2016. Soalannya sejauh mana komitmen
kementerian untuk pastikan supaya harga rendah dan dinikmati oleh warga angkatan
tentera sama ada yang telah berpencen dan sebagainya. Kemudian, apakah inisiatif
baru projek perumahan baru yang dilaksanakan oleh kementerian sekarang? Terima
kasih.
Tuan Mohamad bin Sabu: Memang segala projek yang baik dibuat oleh
kerajaan dahulu kita sambung. Cuma yang tidak baik yang tinggal itu iaitu kita kena cari
jalan penyelesaian, misalnya helikopter, sepatutnya sampai pada November 2017,
tetapi tidak sampai.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah [Lenggong]: Helikopter bukan rumah,
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Mohamad bin Sabu: Jadi, rumah pun begitu.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah [Lenggong]: ...helikopter bukan rumah.
Saya hendak tahu rumah.
Tuan Mohamad bin Sabu: Ya, yang baik kita teruskan sebab bukan kita ambil
alih ini kita kata macam Malaysia ini satu tanah baharu. Jadi, semuanya telah berjalan,
yang baik kita sambung, seperti perumahan, oleh sebab soalan itu spesifik saya akan
beri jawapan bertulis apa program kita untuk– yang pentingnya kalau ada RKAT
memang meningkat, tahun ini peruntukan untuk baik pulih RM150 juta yang dahulunya
kita pertingkatkan.
Perumahan-perumahan lain masih di peringkat rundingan. Banyak proposal
yang datang begitu banyak sekarang ini dan kita akan pertimbangkan untuk perumahan
angkatan tentera ini. Memang kalau kita lihat di sini RM199,750 agak tinggi tetapi ini
Bukit Jalil di kawasan ini sebab itu pun subsidi kerajaan beri RM32 juta untuk 500 unit
rumah.
Saya jamin segala projek yang baik dibuat oleh kerajaan dahulu, kita akan
sambung tetapi hat tidak baik kita akan lawan, biasalah itu.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah [Lenggong]: Yang baru, projek baru.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Hendak tanya Tuan
Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Mohd Rashid Hasnon]: Terima kasih Yang
Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Tuan Yang di-
Pertua, ini yang menghina tentera tidak buat kerja, makan tidur sahaja, apa tindakan
Yang Berhormat Menteri?
DR. 24.10.2019 42 Tuan Mohamad bin Sabu: [Ketawa] Tidak sangka soalan itu...
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Mohd Rashid Hasnon]: Yang Berhormat
Menteri hendak jawab?
Tuan Mohamad bin Sabu: Akan tetapi saya sudah jawab tadi masa...
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Mohd Rashid Hasnon]: Baik, terima kasih.
Tuan Mohamad bin Sabu: Jawapan dan banyak sudah beri penjelasan.
Memang kita memberi penjelasan termasuk kempen Tabung Veteran di antaranya
timbul awareness itu.
Beberapa Orang Ahli: [Bangun]
Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim [Kuala Terengganu]:
Bolehlah satu soalan?
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Mohd Rashid Hasnon]: Saya menjemput
soalan tambahan kedua, sila Yang Berhormat Putatan.
Tuan Awang Husaini bin Sahari [Putatan]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Menteri, saya didatangi oleh beberapa persatuan daripada veteran
angkatan tentera dan mengajukan beberapa soalan atau aduan.
Aduan yang pertama ini di Sabah. Mengikut persatuan veteran, setiap tahun
terdapat 10 buah rumah yang disalurkan melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran, sebanyak
10 buah rumah untuk pesara tentera. Akan tetapi sekarang ini, sebanyak 10 buah rumah
itu mengikut mereka sudah tidak ada lagi.
Kedua, pembaikan rumah untuk balu-balu tentera ataupun tentera yang mana
pada waktu itu tidak ada had, tetapi mengikut mereka sekarang skim ini sudah tidak ada.
Ketiga, mereka memohon untuk pelarasan pencen untuk anggota-anggota tentera yang
telah bersara, saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri untuk ketiga-
tiga aduan ini.
Tuan Mohamad bin Sabu: Soalan asal semuanya spesifik, jadi soalan-soalan
itu perlu kepada angka dan sebagainya. Saya memohon soalan itu dikemukakan kepada
saya dan saya akan menjawab secara bertulis. Semua dan yang pentingnya kalau ada
rumah-rumah. Pada tahun ini kita ada lebih kurang lebih daripada 12,000 buah rumah
yang perlu diperbaiki. Dengan peruntukan RM150 juta, kita akan cuba naik tarafkan
rumah itu. Untuk tahun ini sudah tentulah tidak boleh habis sebanyak 12,000 buah
rumah itu. Akan tetapi, peruntukan ini akan kita mohon lagi pada masa akan datang
sehingga tentera kita berada dalam keadaan yang lebih selesa.
Soalan-soalan lain itu saya akan catat dan insya-Allah saya akan beri jawapan
secara angka dan bertulis kepada Yang Berhormat.
DR. 24.10.2019 43 Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Mohd Rashid Hasnon]: Terima kasih Yang
Berhormat Menteri.
Tuan Haji Awang bin Hashim [Pendang]: Macam itulah jawapan Menteri
Pertahanan.
Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi satu
setengah jam pertanyaan-pertanyaan jawab lisan.
[Sesi untuk pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2020
Bacaan Kali Yang Kedua
DAN
USUL
ANGGARAN PEMBANGUNAN 2020
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan
yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2020 ini
dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa Usul yang berikut ini dirujuk kepada
Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.”
“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari lima puluh lapan bilion ringgit (RM58,000,000,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2020, dan bagi tujuan dan butiran Perbelanjaan Pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2020, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 24 Tahun 2019, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” [23 Oktober 2019]
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Mohd Rashid Hasnon]: Sekarang saya
jemput Yang Berhormat Selayang untuk berucap diikuti oleh Yang Berhormat Kota
DR. 24.10.2019 44 Bharu, Yang Berhormat Puncak Borneo dan Yang Berhormat Ketereh. Silakan Yang
Berhormat Selayang selama 15 minit.
Tuan William Leong Jee Keen [Selayang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua
kerana diberikan peluang untuk berbahas Belanjawan 2020. Perkara yang pertama yang
saya hendak sentuh ialah tentang pakej rangsangan ekonomi.
Hasrat kerajaan dengan membentangkan Belanjawan 2020 ialah untuk memacu
pertumbuhan ekonomi negara supaya hasil dapat dikecapi oleh semua rakyat tanpa
menjejaskan usaha memulihkan keadaan fiskal negara. Saya cadangkan kerajaan
mengadakan satu pakej rangsangan ekonomi selain daripada apa yang telah
dibentangkan dalam Belanjawan 2020.
Pakej rangsangan ekonomi akan membantu dan memberikan perlindungan
kepada rakyat terutamanya golongan B40 daripada kesan buruk kemelesetan ekonomi
yang akan melanda Malaysia. Ini adalah lebih penting berbanding dengan mengawal
kadar defisit. Kenaikan defisit dengan mengadakan pakej rangsangan ekonomi ini
daripada 3.2 peratus KDNK kepada 3.4 peratus KDNK boleh dijustifikasikan dengan
pertumbuhan kepada ekonomi dan kebaikan kepada rakyat. Ramai Ahli Parlimen di
dalam sesi ini telah memohon projek infrastruktur dilaksanakan di kawasan masing-
masing. Ini adalah jelas bahawa projek infrastruktur dan projek pembangunan diperlukan
dan akan membantu rakyat.
Alasan yang lain ialah pakar ekonomi seperti Joseph Stiglitz dan Paul Krugman
telah memberikan amaran bahawa dasar austerity pada waktu kemelesetan ekonomi
adalah salah. Kerajaan perlu mengikut dasar Keynesion pada waktu crisis seperti yang
akan bakal dialami kita. Konsep austerity adalah konsep yang telah gagal. Adalah
terbukti bahawa pakar ekonomi seperti Alberto Alesina dan Kenneth Rogof yang
menasihatkan dasar austerity telah melakukan kesilapan.
Rakyat negara-negara yang melaksanakan dasar austerity seperti Greece,
Portugal dan United Kingdom telah mengalami kesengsaraan selama ini. Baru-baru ini
diberitahu oleh pakar-pakar ekonomi bahawa pengorbanan mereka adalah sia-sia.
Dengan izin, they have been made to experience unnecessary suffering and misery.
United Kingdom Office for Budget Responsibility baru ini telah melaporkan bahawa
KDNK United Kingdom telah kurang 100 bilion pound dalam tempoh sembilan tahun
akibat pelaksanaan dasar austerity. Oleh yang demikian, saya cadangkan pakej
rangsangan ekonomi disediakan.
Perkara kedua adalah tentang kawalan kos sara hidup dan keselamatan
makanan. Saya ucapkan tahniah kepada Menteri dan KPDNHEP atas Kajian
DR. 24.10.2019 45 Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) yang telah mengeluarkan satu laporan Kajian
Pasaran Sektor Makanan yang menjelaskan sebab-sebab kenaikan harga barangan
kebelakangan ini dan juga kesan negatif salah guna permit kelulusan atau approved
permit untuk makanan terutamanya daging, ikan kembung, sayur dan rumusan bayi.
■ 1210
MyCC juga telah mencadangkan beberapa syor penambahbaikan kepada
proses persaingan dalam kelima-lima subsektor ini selari dengan usaha dan inisiatif
kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup.
Tentang daging. Jabatan Kajian MyCC berkenaan daging menunjukkan
kebergantungan yang tinggi terhadap import di dalam kes daging. Daging yang di import
ke Malaysia kebanyakan datang daripada dua negara sahaja iaitu Australia dan India.
Kebergantungan melampau mengakibatkan antaranya kenaikan harga yang berterusan
dan kekurangan pilihan. Antara kesan-kesan adalah berikut, di dalam seluruh dunia
hanya tujuh negara dibenarkan untuk eksport daging kepada Malaysia dan daripada
setiap tujuh negara ini tidak ada lebih daripada 10 pusat sembelih dibenarkan
mengeksport daging kepada Malaysia.
Untuk India, tiga daripada tujuh pusat sembelih adalah dimiliki oleh satu
kumpulan syarikat. Di Brazil, lima daripada lapan pusat sembelih dimiliki oleh satu
kumpulan syarikat sahaja. Untuk import daging kepada Malaysia, dua syarikat sahaja
yang menguasai 40 peratus sehingga 50 peratus jumlah import. Kesanya ialah harga
daging dari India telah naik melambung, harga daging borong, wholesale telah naik 80
peratus dan harga retail telah naik 70 peratus untuk tempoh tahun 2010 sehingga tahun
2017.
Pada tempoh yang sama, daging-daging di Malaysia adalah lebih tinggi
berbanding dengan harga dunia mengikut Food And Agriculture Organization Index.
Australia, Singapore dan Indonesia harga daging adalah lebih murah masing-masing
sebanyak 80 peratus, 16 peratus dan 17 peratus masing-masing. Saya tanya kerajaan,
apakah tindakan yang akan diambil untuk mengatasi masalah ini?
Untuk rumusan bayi, Yang Berhormat Port Dickson telah menyentuh perkara ini.
Saya hendak tambah bahawa untuk rumusan bayi hanya tujuh syarikat multinasional
menguasai market share untuk pembuatan dan pengimportan susu bayi. Akibatnya,
harga rumusan bayi telah naik antara 15 peratus sehingga 20 peratus dan kenaikan
adalah sebanyak 71 peratus mengikut harga tahun 2010. Harga rumusan bayi di
Malaysia adalah juga lebih tinggi daripada harga dunia.
DR. 24.10.2019 46
Untuk ikan kembung. Isu-isu utama bagi subsektor ikan adalah kewujudan
beberapa perantaraan di dalam rantaian bekalan dan kewujudan ketidakcekapan
pasaran di hub pengedaran utama. Hub ini adalah Pasar Borong Kuala Lumpur. Saya
juga bertanya, apakah kerajaan akan melakukan tentang AP import ikan kembung?
Kajian melaporkan bahawa daripada jumlah 75 syarikat yang diberikan AP, 10
syarikat sahaja yang memegang 87 peratus jumlah AP yang dikeluarkan. Dua syarikat
tertinggi antara mereka menguasai 66 peratus pasaran import ikan kembung. Dengan
adanya golongan kecil seperti ini, mereka mendapat kuasa-kuasa dominan untuk
menentukan harga ikan kembung. Harga ikan kembung telah naik sebanyak 101 peratus
untuk wholesale dan 86 peratus untuk retail dalam tempoh tahun 2008 sehingga tahun
2018.
Untuk kubis bulat. Kajian juga telah mendapati bahawa ada penyalahgunaan
permit kelulusan AP yang diberikan untuk mengimport kubis bulat. MyCC mengesyorkan
pemantauan rapi terhadap proses selepas AP dikeluarkan bagi memastikan terdapat
pilihan kepada pengguna dalam harga yang kompetitif bagi kubis bulat di pasaran.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Pencelahan. Boleh?
Tuan William Leong Jee Keen [Selayang]: Bagi saya habis dahulu. Nanti saya
bagi.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Dah habis, siapa
yang hendak tanya lagi?
Tuan William Leong Jee Keen [Selayang]: Ya, saya akan jumpa kalau ada
masa. Terima kasih.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Sedikit sahaja, tidak
boleh?
Tuan William Leong Jee Keen [Selayang]: Kesalahan guna AP untuk import
kubis bulat sedang berlaku adalah seperti di bawah. Sebanyak 90 peratus import kubis
bulat adalah daripada China dan 10 peratus daripada Indonesia. Mereka yang diberikan
AP, menjual atau sewa AP kepada syarikat-syarikat China. Dengan demikian, syarikat-
syarikat China dapat menguasai dan ada pengaruh kepada harga kubis bulat di negara
kita, yang memikul beban adalah petani-petani tempatan dan juga pengguna-pengguna
iaitu rakyat-rakyat Malaysia.
Antara kelemahan ialah kementerian dan agensi tidak pantau sama ada mereka
yang diberikan AP adalah sebenarnya peniaga. Daripada mereka yang diberikan AP, 10
syarikat sahaja menguasai 1/3 pasaran, mereka yang diberikan AP juga tidak ada
pengalaman dan langsung tidak terlibat dalam industri pengimport sayuran atau kubis.
DR. 24.10.2019 47
Selain daripada lima item makanan terpilih ini, Pasar Borong Kuala Lumpur juga
diberikan penekanan dalam kajian MyCC ini kerana posisi sebagai pasar borong
terbesar di Semenanjung Malaysia yang membekalkan kira-kira 50 peratus atau lebih
hasil segar ikan, sayuran dan buah-buahan kepada Zon Tengah Semenanjung Malaysia
dan negeri-negeri yang berdekatan.
Kajian mendapati bahawa yuran operasi tambahan, kebanjiran pekerja atau
penjual warga asing, penyewaan gerai secara haram, pembanteras perbekalan dan isu
jenayah, semua ini mengadakan satu faktor yang dan pengaruh yang diberikan
pengaruh kepada harga.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [Ayer Hitam]: [Bangun]
Tuan William Leong Jee Keen [Selayang]: Ya, saya tadi beritahu bila saya
habis dan ada masa, saya akan beri peluang untuk adil kepada semua.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Ya, sila teruskan.
Tuan William Leong Jee Keen [Selayang]: Antara-antara yuran ialah parking
fee, RM10.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Tuan Yang di-
Pertua, boleh?
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Yang Berhormat Selayang
kata dia hendak teruskan.
Tuan William Leong Jee Keen [Selayang]: Okey, saya bagi.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Okey Yang Berhormat Pasir
Salak sila.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Bagus, macam itulah
baru baik gentlemen.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Ya, singkat ya.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Terima kasih Tuan
Yang di-Pertua. Adakah Yang Berhormat setuju atau tidak kenaikan harga yang begitu
tinggi di antara puncanya ialah ringgit kita sudah jatuh nilai, pengimport kena bayar
dalam bentuk USD. Jadi duit Ringgit Malaysia berbanding dengan USD sudah jatuh,
berapa? Hampir 30 percent. Ini satu daripada sebab. Makanya kos peniaga telah
meningkat dan harga barangan juga telah meningkat.
Saya setuju dengan Yang Berhormat, monopoli ini mesti dihapuskan. Saya
dahulu cuba hendak memecahkan monopoli ini tetapi bukan senang. So, saya harap
Kerajaan Pakatan Harapan, Yang Berhormat Menteri yang baharu ini yang sampai
DR. 24.10.2019 48 menangis memperjuangkan hasil rakyat ini boleh buatlah. Pecahkan monopoli ini.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Ya Yang Berhormat Selayang.
Tuan William Leong Jee Keen [Selayang]: Terima kasih saya setuju bahawa
memang kewangan adalah satu sebab tetapi monopoli itu yang kita hendak mengatasi.
Saya juga memberikan peluang kepada Yang Berhormat Ayer Hitam.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [Ayer Hitam]: Terima kasih Yang Berhormat
Selayang. Saya 100 peratus bersetuju dengan kenyataan Yang Berhormat. Oleh sebab
AP diberikan kepada 10 syarikat yang nampaknya menindas penanam-penanam sayur
di kawasan saya juga. Apakah tindakan Yang Berhormat yang boleh kita cadangkan
kepada kementerian supaya gejala ini dapat kita berhentikan kerana tidak ada supply
and demand. Kalau kita keluar secara berleluasa AP ini tidak akan kita galakkan
penanam sayur-sayuran menanam, itu adalah masalah utamanya.
Jadi, apakah tindakan yang sepatutnya kerajaan ambil dalam soalan ini untuk
mempertahankan hak kita iaitu kebajikan rakyat Malaysia yang menanam sayur-
sayuran. Terima kasih.
Tuan William Leong Jee Keen [Selayang]: Terima kasih. Pertamanya,
memang kita hendak memberikan perlindungan kepada petani kita. Akan tetapi apa
yang kita dapat di dalam kajian ini ialah salah guna AP dan ini juga hendaklah dipantau
dengan rapi bahawa mereka yang diberikan AP itu tidak akan menjejaskan petani-petani
tempatan.
■1220
Antara perkara yang saya akan sentuh ialah tentang Pasar Borong Kuala Lumpur
di mana kos tambahan dan tinggi ada pengaruh. Bayangkan bayaran parking fee kepada
peniaga untuk lori dan kereta mereka ialah RM10 sejam, lebih tinggi daripada shopping
complexes. Mereka juga hendaklah menyewa bakul. Peniaga tidak dibenarkan
menggunakan bakul sendiri tetapi perlu menyewa bakul daripada pasar borong dan
perlu bayar antara RM1.20 sehingga RM1.50 satu bakul. Mereka juga perlu sewa
kontena plastik dan fiber untuk makanan segar seperti ikan, sayur dan buah-buahan.
Pekerja peniaga perlu membayar deposit untuk dibenarkan menggunakan
kenderaan di pasar borong. Peniaga tidak boleh menggunakan pekerja sendiri dan perlu
menggunakan perkhidmatan oleh pengurusan untuk naik turun barang dengan bayaran
yuran RM1 satu karton. Bayangkan satu kontena berapa karton yang mereka hendak
bayar dan kos yang perlu ditanggung. Peniaga tidak boleh menggunakan bekalan ais
sendiri dan perlu mendapat bekalan ais hanya daripada pengurusan. Bukankah ini satu
DR. 24.10.2019 49 ciri monopoli? Dan juga semua barang perlu disimpan di dalam kemudahan cold storage
yang dioperasi oleh pengurusan pasar borong. Semua ini adalah ciri-ciri yang kita lihat
memang adalah salah gunaan kuasa monopoli.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Yang Berhormat, masa sudah
tamat. Sila menggulung.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa [Ketereh]: Yang
Berhormat, boleh satu soalan? Tadi berdasarkan kepada pandangan-pandangan Yang
Berhormat yang saya rasa agak menarik, boleh kah Yang Berhormat bersetuju
menyatakan sebahagian besar itu adalah kerana kelemahan kerajaan dan pihak autoriti
sendiri untuk menguatkuasakan supaya itu semua tak berlaku.
Jadi pertama, kelemahan kerajaan dalam mengawal mata wang misalnya barang
di pasar borong ada yang datang dari Thailand. Dahulu RM1 sama dengan THB1,
sekarang THB100 sama dengan 69 sen. Jadi satu, dah exchange duit kita jatuh, wang
kita jatuh. Kedua, kalaulah penguatkuasaan agensi-agensi kerajaan atas perkara-
perkara Yang Berhormat bangkitkan tadi, adakah Yang Berhormat setuju menyatakan
kegagalan kita mengawal kos sara hidup dan juga kos barang ini adalah kelemahan
kerajaan itu sendiri?
Tuan William Leong Jee Keen [Selayang]: Saya setuju. Tak kira kerajaan
siapa, yang penting sekarang ialah kita dapat mengawal apa yang kita boleh buat. Mata
wang itu adalah sesuatu yang di luar tetapi untuk menguatkuasakan itu adalah di dalam
tangan kerajaan tak kira siapa itu juga.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Sila menggulung.
Tuan William Leong Jee Keen [Selayang]: Ya. Akhir sekali, saya hendak
mengulang sekali lagi, beberapa kali saya telah minta peruntukan untuk FT.3209 untuk
Projek Meluaskan Jalan di Rawang yang daripada masa merdeka sampai hari ini tidak
dapat diluaskan dan ini memberikan kesengsaraan kepada penduduk di Rawang juga
masalah tentang Jalan E1 dari Kuala Lumpur ke Rawang di mana untuk mendaki bukit,
selalunya kenderaan berat rosak dan kesesakan jalan itu sampai PWTC. Tidak banyak,
hanya RM10 juta sahaja yang diminta untuk membuatkan satu lorong untuk lori mendaki
bukit dan saya harap dengan jumlah yang kecil ini, peruntukan dapat diberikan untuk
projek. Sekian, terima kasih. Selayang mohon menyokong Belanjawan 2020.
Tuan Pang Hok Liong [Labis]: Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Terima kasih Yang Berhormat
Selayang. Ya, Yang Berhormat Labis. Ada apa?
DR. 24.10.2019 50
Tuan Pang Hok Liong [Labis]: Saya mohon izin mencelah. Saya mengalu-
alukan rombongan dari kawasan Labis ke Parlimen pada pagi ini.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Okey, selamat datang kepada
semua. [Tepuk] Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya menjemput Yang Berhormat
Kota Bharu. Sila.
12.24 tgh.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan [Kota Bharu]: Assalammualaikum
warahmatullaahi wabarakatauh. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas peluang untuk
saya turut membahaskan RUU Perbekalan 2020. Saya terus kepada poin saya yang
pertama. Saya ingin bercakap mengenai royalti Kelantan yang telah banyak juga
disentuh oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain termasuk juga Ahli-ahli Yang
Berhormat daripada pihak penyokong kerajaan. Terima kasih kepada Yang Berhormat
Pasir Gudang dan saya harap Yang Berhormat Setiawangsa dan sebelah sanalah yang
dari Kelantan menyokong usul ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya dalam isu royalti ini, saya tidak akan beremosi.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad [Setiawangsa]: Setiawangsa mohon
mencelah.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Ya, Yang Berhormat
Setiawangsa.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan [Kota Bharu]: Saya tidak akan beremosi.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad [Setiawangsa]: Boleh? Lepas ini boleh?
Dato’ Takiyuddin bin Hassan [Kota Bharu]: Boleh, boleh. Saya tidak akan
beremosi dan saya akan memberikan berdasarkan fakta. Pertamanya, saya nak
ucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Langkawi kerana semasa Yang Amat
Berhormat Langkawi mempengerusikan Majlis Kewangan Negara yang telah diadakan
pada 7 Jun 2018, mesyuarat tersebut telah membuat satu keputusan. Keputusannya
berbunyi, “Kerajaan Persekutuan akan memansuhkan program Wang Ehsan dan
bayaran tunai petroleum akan disalurkan secara terus kepada Kerajaan Negeri Kelantan
dan Terengganu tanpa mengambil kira status negeri-negeri tersebut yang dikuasai oleh
pembangkang”. Tahniah, terima kasih.
Namun demikian, saya ingin mempersoalkan di sini tindakan yang telah dibuat
oleh Kementerian Kewangan apabila menyalurkan bantuan ataupun kewangan kepada
negeri Kelantan bersabit dengan petroleum ini. Tiga surat bertarikh 21 Februari 2019,
28 Mac 2019 dan juga yang terakhirnya 17 September 2019 menyatakan dengan jelas
DR. 24.10.2019 51 di kepala suratnya, ‘Penyaluran Wang Ehsan Negeri Kelantan (WENK) 2019’. Soalan
saya, adakah Kementerian Kewangan tidak tertakluk kepada Majlis Kewangan Negara?
Kedua, saya ingin merujuk kepada perjanjian antara Kerajaan Negeri Kelantan
dengan PETRONAS pada 9 Mei 1975 berkaitan dengan wang petroleum dari negeri
Kelantan. Ia berbunyi antaranya dalam para yang pertama, “PETRONAS hendaklah
membayar wang tunai kepada Kerajaan Negeri Kelantan secara bayaran tahunan
sebanyak setara dengan lima peratus daripada nilai petroleum yang didapati dan
diperoleh di negeri Kelantan. Pembayaran wang tunai yang dikena bayar di bawah
perjanjian ini hendaklah dibayar pada tiap-tiap setengah tahun”.
Namun demikian Tuan Yang di-Pertua, apa yang dilakukan oleh kerajaan yang
ada sekarang ini melalui Kementerian Kewangan, tiga kali dibuat pembayaran, hanya
RM28.3 juta sahaja sedangkan negeri Terengganu yang bersebelahan sahaja dengan
negeri Kelantan, kita difahamkan mendapat dana khas Kerajaan Persekutuan, Wang
Tunai Petroleum lebih daripada RM1 bilion. Apakah formula yang digunakan oleh
Kerajaan Persekutuan khususnya Kementerian Kewangan untuk memberikan royalti
ataupun wang tunai kepada Kerajaan Negeri Kelantan?
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad [Setiawangsa]: Minta laluan.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan [Kota Bharu]: Ketiga, saya juga ingin menarik
perhatian bahawa terdapat satu surat...
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Yang Berhormat Setiawangsa
minta laluan, Yang Berhormat Kota Bharu.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan [Kota Bharu]: ...Ini saya berdasarkan kepada
semua, ada fakta. Satu surat daripada Jabatan Peguam Negara bertarikh 20 Jun 2019
kepada Kerajaan Negeri Kelantan menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Kelantan
hanya akan mempertimbangkan mengenai isu royalti selepas kes yang ada di
mahkamah ditarik balik tanpa kebebasan memfailkan semula dengan tanpa kos. Untuk
makluman Dewan yang mulia ini, Kerajaan Negeri Kelantan pada 13 Mei 2009 telah
menarik balik dengan satu notis pemberhentian, Notice of Discontinued di dalam
mahkamah mengenai kes yang telah dimasukkan terhadap petroleum dan Kerajaan
Persekutuan sebagai pencelah atau intervenor tetapi kenapa persoalan saya, bayaran
tunai royalti petroleum tidak lagi dibayar sebaliknya terus kepada wang ehsan.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad [Setiawangsa]: Minta laluan.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan [Kota Bharu]: Keempat, saya juga ingin merujuk
kepada satu...
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad [Setiawangsa]: Minta laluan, Yang Berhormat.
DR. 24.10.2019 52
Dato’ Takiyuddin bin Hassan [Kota Bharu]: Saya tidak cukup masa. Saya
ingin meneruskan dengan merujuk kepada satu siaran media...
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Yang Berhormat Kota Bharu
tak bagi.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan [Kota Bharu]: ...Oleh Yang Berhormat Menteri
Kewangan pada 16 Oktober 2019 di ruang legar Parlimen. Beliau telah menyentuh,
kononnya Kerajaan Negeri Kelantan telah diberikan suatu pinjaman ataupun
pendahuluan oleh Kerajaan Pusat sebanyak RM100 juta untuk membantu membiayai
perbelanjaan. Ini kenyataan Yang Berhormat Menteri Kewangan. Saya nak maklumkan
di sini dan perbetulkan fakta bahawa Kerajaan Negeri Kelantan pada 12 September
2019 telah menulis surat kepada Kementerian Kewangan menyatakan dan memberitahu
Kerajaan Persekutuan bahawa Kerajaan Persekutuan masih terhutang kepada Kerajaan
Negeri Kelantan sejumlah RM182.87 juta.
Oleh sebab itu Kerajaan Negeri Kelantan meminta kalau tak boleh bayar
RM182.87 juta, bayar dahulu RM100 juta. Bayar dahulu duit Kerajaan Negeri Kelantan
tetapi yang digambarkan seolah-olah Kerajaan Negeri Kelantan meminta pinjaman
daripada Kerajaan Pusat. Ini adalah salah satu fakta yang amat besar sekali. Saya
mohon penjelasan kepada perkara-perkara berikut.
■1230
Keduanya, saya ingin menyentuh mengenai Kementerian Pendidikan. Yang
Berhormat Timbalan Menteri ada di sini. Kita tahu bahawa Bajet 2020, Kementerian
Pendidikan mendapat RM59,264 juta iaitu 24.6 peratus daripada jumlah anggaran
mengurus 2020. Saya hendak tanya, betul ataupun tidak Jemaah Nazir yang merupakan
satu entiti yang ditubuhkan di bawah Akta Pendidikan 1996 yang menjalankan kerja-
kerja pemeriksaan dan naziran di sekolah-sekolah atas arahan jabatan, telah diarahkan
melakukan kerja tanpa kos. Tidak ada tuntutan boleh dibuat untuk perbatuan,
penginapan dan makanan. Tidak kira pergi ke Malaysia Timur ataupun Malaysia Barat.
Ketiga, Kementerian Dalam Negeri. Saya ingin bertanya berapakah peruntukan
telah diberikan untuk membaik pulih dan menaik taraf balai-balai polis yang ada di
seluruh negara yang dalam keadaan uzur dan juga bantuan dari segi pentadbiran. Ini
termasuklah beberapa balai polis dalam kawasan IPD Kota Bharu yang mana bangunan
balai polis, saya boleh nyatakan kepada Yang Berhormat Menteri, kalau perlu tidak di
sini yang terletak di bangunan yang disewa. Bangunannya terletak satu pagar dengan
bangunan yang diduduki oleh tuan rumah atau pun tuan bangunan itu. Penjelasan.
DR. 24.10.2019 53
Seterusnya saya ingin mengetahui mengenai daripada Kementerian Kewangan
dan juga Kementerian Perumahan. Apakah rasional dasar untuk membenarkan pemaju-
pemaju menjual rumah yang berharga RM1 juta ke atas dengan harga RM600,000
kepada pemilik-pemilik asing. Apakah rasional dasar ini dan bagaimana boleh berlaku
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengatakan bahawa perkara
ini tidak dirunding atau dibincangkan dengan mereka.
Kepada Yang Berhormat Menteri Undang-undang, saya ingin bertanya sejauh
mana tindakan dibuat untuk memisahkan fungsi Peguam Negara dengan pendakwa
raya. Adakah Kerajaan Pakatan Harapan ingin melaksanakan selepas ini pelantikan
Peguam Negara daripada kalangan Ahli-ahli Parlimen sebagaimana manifesto Pakatan
Harapan.
Seterusnya mengenai rasuah dan SPRM. Saya menyambut baik penubuhan
Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Malaysia (GIACC) dan juga pelancaran
Pelan Anti Rasuah Kebangsaan (NACP).
Namun demikian, untuk menentukan keberkesanan, saya ingin mengesyorkan
supaya diadakan satu kajian keberkesanan SPRM oleh sebuah jawatankuasa khas yang
dianggotai oleh wakil-wakil semua parti politik yang ada dalam negara kita ini dan juga
pakar-pakar di semua peringkat. Saya juga ingin bertanya, bilakah jawatankuasa yang
disenaraikan di bawah Akta SPRM 2009, contohnya Jawatankuasa Khas Mengenai
Rasuah akan dilantik sebagaimana peruntukan yang diperuntukkan oleh Akta SPRM
2009.
Tuan Yang di-Pertua, point saya yang terakhir ialah mengenai keadaan politik
dalam negara kita ini. Kita melihat bahawa walaupun Kerajaan Pakatan Harapan telah
membentuk kerajaan pada 9 Mei 2018, sehingga kini lebih daripada satu tahun lima
bulan tetapi keadaan politik negara dilihat tidak stabil dan semakin tidak stabil. Walaupun
jumlah kerusi yang menyeberang ke sebelah sana mungkin bertambah daripada asalnya
tetapi kita melihat ketidaktentuan berlaku di dalam negara ini begitu ketara sekali.
Sebuah kerajaan yang kuat adalah kerajaan yang mempunyai kesatuan fikiran dan
tindakan antara pimpinan kerajaan mestilah mempunyai persamaan dalam tindakan.
Berbezanya boleh tetapi bukan bercanggah antara satu sama lain sehingga
menjejaskan pentadbiran dan pemerintahan negara. Akan tetapi itu terpulanglah. Ini
adalah masalah dalam Pakatan Harapan.
Apa yang saya hendak persoalkan ialah mengenai kedudukan Perdana Menteri.
Mengikut Perlembagaan Persekutuan, Perkara 43(2), Perlembagaan menyatakan
bahawa apabila lepas sesuatu pilihan raya umum diadakan, maka Yang di-Pertuan
DR. 24.10.2019 54 Agong boleh menggunakan kuasa mutlak ataupun prerogative power di bawah Perkara
43(2) untuk melantik seorang Perdana Menteri yang mestilah seorang anggota Dewan
Rakyat dan Perdana Menteri mestilah mendapat kepercayaan daripada majoriti Ahli-ahli
Dewan Rakyat dan ketiganya Perdana Menteri mestilah seorang warganegara yang
diperolehi melalui kuat kuasa undang-undang. Tidak boleh daripada naturalisasi, tidak
boleh. Itu antara perkara-perkara yang perlu disempurnakan untuk seseorang untuk
dilantik untuk menjadi seorang Perdana Menteri.
Namun demikian Tuan Yang di-Pertua, kita melihat bahawa walaupun Perdana
Menteri iaitu Yang Amat Berhormat Langkawi telah mendapat sokongan majoriti
daripada khususnya Ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan dan juga beberapa orang
Bebas tetapi nampaknya kedudukan Perdana Menteri sekarang ini dalam keadaan
terumbang ambing. Ini seolah-olah ada usaha-usaha yang dibuat atau diambil oleh pihak
tertentu dari dalam Kerajaan Pakatan Harapan sendiri untuk menggugat kedudukan
Perdana Menteri.
Perkara ini Tuan Yang di-Pertua dalam konteks politik negara kita ini bukanlah
satu yang baru kerana sejak daripada tahun 1990-an lagi kita sering mendengar,
termasuk kami di pihak pembangkang pada masa itu kedudukan orang-orang yang
berstatuskan Prime Minister in waiting. Orang ini ataupun kumpulan ini menjalankan
tindakan-tindakan untuk menggugat kedudukan Perdana Menteri untuk beliau ataupun
kumpulan mereka mengambil alih pentadbiran dalam negara kita ini. Tahun 1998
cubaan menggugat kedudukan Perdana Menteri yang keempat. Itu semua orang tahu
terutamanya rakan-rakan saya yang daripada sebelah pembangkang. Sekarang ini juga
yang dahulu menjadi kerajaan tetapi cubaan itu gagal.
Keduanya 16 September 2008 terlipat di dalam sejarah politik negara kita cubaan
kononnya untuk menggugat kedudukan Perdana Menteri yang kelima pada masa itu.
Dengan usaha yang dibuat untuk mengemukakan usul undi tidak percaya, vote of no
confidence kepada Perdana Menteri di dalam Dewan tetapi tidak dipersetujui oleh
Perdana Menteri dan usul ditolak oleh Tuan Yang di-Pertua. Ini kedudukan pada 16
September 2008.
Namun demikian, sekarang ini lebih-lebih lagi kita mendengar seolah-olah ada
usaha-usaha untuk mempersoalkan kedudukan Perdana Menteri. This is not our
business. Bukan urusan kita tetapi sebagai wakil rakyat, sebagai pemimpin masyarakat
dalam negara kita ini, kedudukan Perdana Menteri dalam sebuah negara adalah penting
untuk kesejahteraan dan kemakmuran negara kita ini.
DR. 24.10.2019 55
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa [Ketereh]: Satu soalan
Yang Berhormat Kota Bharu. Ini satu topik yang sangat serius yang dibangkitkan oleh
Yang Berhormat Kota Bharu. Jadi saya ingin bertanya, adakah situasi yang agak aneh
ini berlaku kerana dalam negara kita ada tiga jenis Perdana Menteri. Satu Perdana
Menteri in power. Kedua, Perdana Menteri in waiting, tidak ada dalam negara lain.
Ketiga, Perdana Menteri in charge, main di belakang tabir. Adakah itu yang
menyebabkan berlakunya ketidakstabilan jawatan Perdana Menteri.
Tuan Pang Hok Liong [Labis]: Tuan Yang di-Pertua, mencelah.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan [Kota Bharu]: Saya bersetuju. Terima kasih.
Sebenarnya ada empat kita ini. Satu lagi, PM tepi atau personnel massage tepi, ada.
Tuan Noor Amin bin Ahmad [Kangar]: Ada lagi satu, PM online.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan [Kota Bharu]: Perdana Menteri online. Betullah
itu.
Tuan Pang Hok Liong [Labis]: Berceramahlah di Tanjong Piai.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan [Kota Bharu]: Itu mungkin daripada Perlis. Okey
Tuan Yang di-Pertua, ini adalah satu perkara yang serius. Kita sebagai pemimpin di
peringkat akar umbi dipersoal atau ditanya penjelasan oleh rakyat. Apa yang hendak
berlaku kepada negara kita ini? Tidak pernah berlaku dalam sebuah negara lebih-lebih
lagi sebuah kerajaan yang baru mengambil alih dalam tempoh lebih daripada setahun,
hendak masuk dua tahun suasana dalaman kerajaan sendiri belum lagi dapat
diselesaikan.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Sila gulung Yang Berhormat
Kota Bharu.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan [Kota Bharu]: Keadaan ahli-ahli Kabinet masih
lagi tidak selaras dan tidak sekata. Ada yang mahu Yang Amat Berhormat Langkawi
diteruskan sampai hujung penggal, ada yang tidak mahu, hanya bulan Mei 2020 sahaja.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian]: Yang Berhormat Kota Bharu.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan [Kota Bharu]: Sila Yang Berhormat Pontian.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian]: Yang Berhormat Port Dickson
ada menyebut bahawa maksimum dua tahun. Semalam Yang Berhormat Port Dickson
menyebut bahawa majlis presiden yang menentukan, bukan Yang Amat Berhormat
Langkawi yang menentukan. Apa pandangan?
Kedua, apabila Kelantan telah menarik balik saman tetapi royalti masih tidak
dapat, adakah Kelantan ingin saman semula kerajaan?
DR. 24.10.2019 56
Dato’ Takiyuddin bin Hassan [Kota Bharu]: Soalan yang kedua dahulu. Apabila
kita tarik balik, kita belum putuskan sama ada hendak saman balik atau tidak tetapi dari
segi legalnya boleh tarik balik kerana kegagalan bayar itu masih lagi berterusan,
continuing. Itu dari segi undang-undang.
Keduanya mengenai Yang Berhormat Port Dickson itu saya pun tidak pasti. Yang
Berhormat Port Dickson ini Perdana Menteri yang ke berapa? Saya tidak tahulah. Itu
Yang Berhormat Pontian lebih tahu.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Masa sudah tamat Yang
Berhormat.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan [Kota Bharu]: Namun demikian, sebagaimana
yang kita tahu bahawa ini adalah satu perkara yang amat tidak baik kepada negara dan
Perdana Menteri kalau hendak remove Perdana Menteri, ada dalam peruntukan Perkara
43(4). Kalau Perdana Menteri tidak mendapat sokongan majoriti daripada Ahli-ahli
Dewan, dia kena letak jawatan. Dua opsyen sahaja, letak jawatan ataupun minta Yang
di-Pertuan Agong bubarkan Dewan. Itu sahaja. Jadi, ini-lah kedudukan yang ini...
■1240
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Masa telah tamat.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan [Kota Bharu]: ...Kita sangat tidak bersetuju, tidak
selesa dengan keadaan ini dan kita mengharapkan Yang Amat Berhormat Perdana
Menteri dan juga Kabinet dapat menyelesaikan perkara ini.
Akhirnya saya hendak menyatakan, kalau apa-apa berlaku, sebagai Ketua Whip
PAS, 18 undi untuk Yang Berhormat Langkawi. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Terima kasih Yang Berhormat.
Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Puncak Borneo. Sila Yang
Berhormat Puncak Borneo.
12.40 tgh.
Tuan Willie anak Mongin [Puncak Borneo]: Terima kasih Tuan Yang di-
Pertua. Saya mengucapkan terima kasih kerana saya telah diberi ruang untuk turut serta
dalam perbahasan Bajet 2020. Pembentangan Bajet 2020 bertemakan, “Memacu
Pertumbuhan dan Keberhasilan Saksama ke Arah Kemakmuran Bersama.” Sebagai
rakyat Malaysia, kita kongsi tanggungjawab untuk membangunkan semula negara.
Bagi maksud itu, sesi libat urus yang menyeluruh dengan semua pihak
berkepentingan telah dilaksanakan. Saya amat berterima kasih kepada Kerajaan
Pakatan Harapan kerana telah memberikan bajet perbelanjaan pembangunan sebanyak
DR. 24.10.2019 57 RM4.4 bilion. Ini merupakan sejarah kerana Sarawak diberi bajet yang berjumlah
sedemikian.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga menyambut baik usaha kerajaan untuk
membantu petani, nelayan dan pekebun kecil mempelbagaikan sumber pendapatan dan
kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM150 juta sebagai galakan program
integrasi tanaman cili, nanas, kelapa, tembikai dan buluh.
Di samping itu, kerajaan juga akan meneruskan subsidi padi bukit atau padi
huma yang kebanyakannya daripada Sabah dan Sarawak. Namun, saya berharap agar
dana ini sampai kepada kumpulan sasar demi untuk memperkasakan pendapatan
mereka. Tahun ini, seramai 56,446 pesawah padi bukit di Sabah dan Sarawak akan
menerima manfaat melalui Skim Subsidi Baja dan Racun Padi Bukit/Huma iaitu
sebanyak RM44 juta yang diperuntukkan Kerajaan Persekutuan di mana ia membantu
seramai 44,762 pesawah di Sarawak.
Namun, saya mencadangkan mekanisme penyerahan bantuan Skim Subsidi
Baja dan Racun Padi Bukit/Huma ini perlu diperhalusi kerana di Sarawak, ia sering
diperalatkan oleh Kerajaan GPS dan Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak untuk tujuan
politik mereka. Walhal, peruntukan ini adalah usaha dan dana Kerajaan Pakatan
Harapan. Bagi memenuhi hasrat Visit Malaysia Year 2020, sebanyak RM1.1 bilion
diperuntukkan kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) di mana
RM90 juta dikhaskan untuk mempertingkatkan kesedaran, promosi dan program
sempena kempen VMY 2020. Saya memohon supaya sedikit daripada peruntukan ini
dapat diperuntukkan di kawasan Puncak Borneo yang merupakan salah satu daripada
tourism belt negara Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, saya amat bimbang dengan peningkatan lebih daripada
setengah juta rakyat Malaysia yang menganggur pada tahun 2018 di mana 140,00
merupakan graduan, 290,00 penganggur merupakan belia berumur sehingga 24 tahun.
Perkara ini merunsingkan, namun saya menaruh harapan dengan adanya inisiatif
kerajaan melalui #MalaysiaKerja ataupun #Malaysia@Work bertujuan mewujudkan
peluang pekerjaan yang lebih baik untuk belia dan wanita, sekali gus mengurangkan
kebergantungan terhadap pekerja asing berkemahiran rendah.
Saya menyambut baik hasrat PERKESO untuk membina sebuah rehabilitasi
baharu dengan kos sebanyak RM500 juta di Perak. Selepas kejayaan pusat
rehabilitation center di PERKESO di Melaka, pusat baharu ini akan dilengkapi dengan
teknologi terkini termasuk robotik rawatan trauma, pusat kecemerlangan bagi mencegah
kemalangan dan kerjasama agensi berkaitan. Namun begitu, saya amat terkilan kerana
DR. 24.10.2019 58 semua pusat rehabilitation center ini dibina di Semenanjung. Kenapa tidak di Sabah
ataupun di Sarawak? Saya ingin mencadangkan satu pusat rehabilitation center ini
dibina di Sarawak kerana ramai pesakit yang memerlukan pusat ini dan ramai di antara
mereka yang tidak mampu pergi ke Semenanjung untuk menerima rawatan pemulihan.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan juga komited untuk menyediakan pendidikan
yang berkualiti kepada segenap lapisan masyarakat. Sehubungan dengan itu,
Kementerian Pendidikan terus menerima peruntukan terbesar sebanyak RM60.2 bilion
pada tahun 2019 kepada RM64.1 bilion pada tahun 2020. Ini mencerminkan komitmen
kerajaan untuk melabur demi masa depan anak kita. Kerajaan juga akan memberikan
tumpuan kepada pembaik pulih sekolah daif dengan peruntukan sebanyak RM783 juta
pada tahun 2020 terutamanya di Sabah dan Sarawak.
Di Parlimen Puncak Borneo, berjumlah 51 sekolah daif dan setakat ini hanya
sekolah SK Sungai Pinang sahaja yang telah di baik pulih. Saya juga faham di antara
salah satu sebab sekolah ini tidak dapat diberi bantuan oleh Kerajaan Persekutuan
adalah disebabkan di antara sekolah ini dibina di tapak tanah NCR. Untuk mendapat
bantuan dana daripada Kerajaan Persekutuan bagi sekolah kerajaan, tapak tanah
mestilah bergeran, tidak dituntut oleh mana-mana individu dan status tanah ini hendak-
lah dimiliki oleh Federal Land Commission (FLC).
Oleh yang demikian, saya menggesa Kerajaan Negeri Sarawak bekerjasama
untuk memutihkan, menyukat dan mengeluarkan surat hak milik tanah supaya sekolah-
sekolah daif ini dapat dibaik pulih dan dibina baharu dengan kadar yang segera. Saya
juga ingin mohon penjelasan, apakah status semua proses pembaikpulihan sekolah-
sekolah daif di Parlimen Puncak Borneo? Status pembinaan semula sekolah SK
Serumbu, status terkini cadangan pembinaan SMK Puncak Borneo, penyambungan grid
elektrik SK Kambug dan pembinaan baharu sekolah SK Tabar Said.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga teruja dengan hasrat kerajaan mengurangkan
kejadian banjir kilat di mana kerajaan memperuntukkan RM443.9 juta untuk rancangan
tebatan banjir dan RM150 juta untuk penyelenggaraan pengurusan kolam takungan
banjir sedia ada.
Oleh itu, saya memohon Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli melalui DID
Sarawak untuk melihat permasalahan banjir di Kampung Bijuray, Kampung Tringgus,
Kampung Duras, Kampung Tijirak, Kampung Beratan, Kampung Mambong, Kampung
Sikog, Kampung Ma’ang, Kampung Jambok dan juga Kampung Sebemban. Saya juga
memohon projek tebatan banjir bagi Kampung Sebemban yang telah diluluskan bernilai
RM2.7 juta dilaksanakan dengan segera.
DR. 24.10.2019 59
Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong hasrat kerajaan untuk merapatkan jurang
di antara bandar dan luar bandar. Strategi di bawah pembangunan inklusif adalah untuk
merapatkan jurang di antara bandar dan luar bandar dengan memperluaskan liputan
infrastruktur asas bagi kawasan luar bandar terutamanya untuk Sabah dan Sarawak.
Untuk tahun 2020, kira-kira RM587 juta akan diperuntukkan untuk bekalan air luar
bandar, di mana RM470 juta untuk Sabah dan Sarawak bagi memenuhi sasaran 99
peratus akses kepada air bersih. Kerajaan juga akan membelanjakan RM500 juta untuk
projek bekalan elektrik luar bandar yang memberi manfaat kepada lebih 30,000 isi rumah
luar bandar di mana majoriti penerima faedah tinggal di Sabah dan Sarawak.
Satu lagi keutamaan pembangunan ialah jalan luar bandar dan jalan
perhubungan desa dengan peruntukan sebanyak RM1 bilion di seluruh Malaysia, di
mana tumpuan diberikan untuk membina jalan luar bandar di Sabah dan Sarawak.
Projek-projek di Sabah sebanyak RM326 juta dan Sarawak sebanyak RM224 juta akan
memberi faedah kepada 145,00 penduduk. Saya bersyukur kepada Kerajaan Pakatan
Harapan kerana pada tahun 2019, berjumlah RM129 juta telah diperuntukkan oleh KPLB
untuk bekalan projek air Puncak Borneo Fasa 2 yang dilaksanakan oleh JBALB
Sarawak.
◼1250
Dengan adanya projek ini, saya memohon supaya segala permasalahan isu air
terawat di kawasan Puncak Borneo segera diselesaikan, khasnya di kawasan Kampung
Kerumboi, kawasan Kampung Menjau, Kampung Petung, Kampung Kuang, Kampung
Tebuan Rabak, Kampung Pulau Kendis, Kampung Petak, Kampung Setang, Kampung
Bangau, Kampung Pancor, Kampung Ritumawang, Kampung Ritulabuan, Kampung
Baru dan Kampung Bunga dan semua kawasan kampung-kampung di kawasan Puncak
Borneo yang mengalami masalah air.
Saya juga memohon supaya KPLB meluluskan pelaksanaan semua
permohonan saya untuk Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar untuk Kampung Sepit dan
kawasan penyambungan rumah-rumah baru. Projek Jalan Perhubungan Desa
Kampung Biak Jabir, Projek Jalan Perhubungan Desa Kampung Buk Ayun Nyegol,
Projek Naik Taraf Jalan BRS dan Estet dan Projek Jambatan Angpedia Krokong.
Pada Mac 2019, saya juga telah membuat rayuan kepada pihak KPLB supaya
Projek Jalan Padawan yang dibatalkan oleh Kerajaan Barisan Nasional yang lalu agar
dilaksanakan semula. Namun, saya difahamkan, kerajaan negeri telah melaksanakan
penaik tarafan jajaran Tapah ke Tiang Bukap. Oleh itu, saya mencadangkan agar pihak
DR. 24.10.2019 60 KPLB meluluskan penaik tarafan jajaran Tiang Bukap ke Anang Rais untuk
menyejahterakan para penduduk sekitar kawasan Padawan.
Tuan Yang di-Pertua, pada Julai 2019, dua anggota Tentera Darat Malaysia
(TDM) di Batalion Keempat Rejimen Diraja Malaysia di laporkan hilang ketika
melaksanakan operasi di Pulau Perak, Kedah sejak beberapa bulan yang lalu. Anggota
yang hilang dikenali sebagai Koperal David Edmond Rapi, 39 tahun dan juga Lans
Koperal Moses Logers, 25 tahun dari Bauk belum ditemui sehingga ke hari ini.
Kenapa dengan keadaan jarak 60 batu nautika dari Pulau Langkawi dan dengan
keluasan hanya lebih kurang 10.48 hektar, pihak Kementerian Pertahanan tidak dapat
menemui mereka? Kenapa kerja-kerja pencarian dihentikan? Saya melihat perkara ini
seolah-olah pengorbanan mereka ini tidak dihargai. Bayangkan kalau anak orang yang
ternama dan mempunyai darjat dalam situasi ini, tidak mungkin Kementerian
Pertahanan akan hentikan misi mencari. Malah, saya fikir Kementerian Pertahanan akan
mencari sampai dapat. Saya sarankan Kementerian Pertahanan aktifkan semula misi
mencari anggota-anggota ini sehingga dijumpai.
Tuan Yang di-Pertua, pada 25 Julai 2019, Cikgu Catherine Janet Tivi berusia 25
tahun, anak Parlimen Puncak Borneo terkorban kerana terperangkap kerana cuba
menyelamatkan rakan serumahnya dalam tragedi kebakaran Kuarters Sekolah SK Batu
Bungan di Mulu. Mendiang pada awalnya sudah selamat keluar tetapi masuk semula
untuk menyelamatkan rakan serumah beliau. Malang sekali waris mendiang belum
mendapat apa-apa pampasan ataupun bayaran pencen walaupun saya telah mengutus
surat kepada Menteri Pendidikan agar perkara ini diberi perhatian wajar. Saya amat
berharap agar keluarga mendiang Catherine Janet Tivi diberi pembelaan yang adil.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk
menjawab kepada Yang Berhormat Batang Sadong yang mencabar saya untuk
mengeluarkan data mengenai syarikat-syarikat mana yang diberi tanah oleh Kerajaan
Negeri Sarawak pimpinan JPS dan juga bukti-bukti menunjukkan bahawa pengeluaran
geran tanah hanya dikeluarkan pada musim pilihan raya.
Tuan Yang di-Pertua, sejak 2010 Kerajaan Persekutuan telah memberi Kerajaan
Sarawak sekurang-kurangnya RM170 juta untuk tujuan khusus menjalankan kerja-kerja
penyukatan perimeter tanah adat ataupun dikenali sebagai native customary rights
(NCR). Namun begitu, tinjauan membuktikan kebanyakan bidang tanah NCR yang luas
telah diberi kepada Menteri-menteri, ahli-ahli politik Kerajaan Negeri Sarawak serta
syarikat besar untuk ladang sawit dan sebagainya. Sarawak Report melaporkan bahawa
sekurang-kurangnya 20 syarikat yang berkaitan dengan Mohd. Abu Baker Taib, anak
DR. 24.10.2019 61 kepada Tuan Yang Terutama Sarawak dan rakan perniagaannya, Chris Chung
menerima sekurang-kurangnya 50 ribu hektar tanah dalam tempoh tahun 2008 dan juga
2010.
Laporan Sarawak Report juga menunjukkan bahawa syarikat Radiant Lagoon
Sdn. Berhad secara rahsia diberi tanah seluas 4,500 hektar pada 2018. Oleh itu, saya
juga ingin maklumkan bahawa setakat ini di kawasan Puncak Borneo hanya dua sahaja
kampung yang telah diberi geran tanah individu iaitu di bawah seksyen 18. Setakat ini,
400 kampung...
Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien [Julau]: Yang Berhormat Puncak
Borneo.
Tuan Willie anak Mongin [Puncak Borneo]: ...Yang telah didokumentasikan
atas inisiatif Dayak-Bidayuh National Association. Semua penduduk kampung-kampung
Bidayuh ini membayar sendiri kos sukatan untuk mendokumentasikan tanah-tanah adat
mereka ini.
Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien [Julau]: Yang Berhormat Puncak
Borneo.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Ya, Yang Berhormat Julau.
Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien [Julau]: Mencelah sikit, boleh.
Tuan Willie anak Mongin [Puncak Borneo]: Saya tidak benarkan sebab saya
tidak banyak masa.
Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien [Julau]: Lima saat saja, lima saat.
Tuan Willie anak Mongin [Puncak Borneo]: Saya akan teruskan. Saya juga
banyak data-data di sini. Saya akan berikan kepada mana-mana wakil rakyat, Ahli
Parlimen yang inginkan data ini. Saya ada data ini tetapi saya tidak ada masa untuk
menghuraikannya dengan lengkap. Oleh itu, dengan data dan pola ini membuktikan
bahawa Kerajaan Negeri Sarawak kepimpinan GPS hanya memberi geran tanah
sebagai gimik pilihan raya, membantu Yang Berhormat-Yang Berhormat GPS dan
tauke-tauke besar...
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Sila menggulung.
Tuan Willie anak Mongin [Puncak Borneo]: ...Untuk memiliki saiz tanah yang
besar. Seperti apa yang disahkan oleh Temenggung Austin Dimin di akhbar Borneo Post
bertarikh 11 Februari 2019, bahawa hanya 10 kampung Bidayuh telah diberi geran tanah
individu. Setakat ini, di kawasan Bidayuh, di kawasan Puncak Borneo, hanya dua
kampung diberi geran individu atas inisiatif baru ini.
DR. 24.10.2019 62
Namun begitu, saya memohon dan merayu kepada Kerajaan Pakatan Harapan
dan Menteri Kewangan agar memperuntukkan dana untuk tujuan penyukatan tanah
NCR yang spesifik. Di mana dana hanya akan disalurkan kepada Kerajaan Negeri
Sarawak untuk tujuan penyukatan tanah NCR untuk lot individu di bawah seksyen 18,
dengan kawasan yang disukat ditentukan bersama oleh kerajaan negeri dan juga
Kerajaan Persekutuan demi memastikan ia menepati hasrat dan juga sasaran. Dengan
ini saya memohon menyokong pembentangan Bajet 2020. Sekian, terima kasih. Tuhan
berkati.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Terima kasih Yang Berhormat
Puncak Borneo.
Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Ketereh. Sila. Mulakan dulu,
mukadimah sempat lagi.
12.58 tgh.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa [Ketereh]: Bismillahi
Rahmani Rahim. Assalamualaikum warrahmatullaahi taala wabarakaatuh. Tuan Yang
di-Pertua, izinkan saya memulakan perbahasan ini dengan memetik sepotong ayat
daripada Surah Al-Maidah, ayat 8... [Membaca sepotong Ayat Al-Quran] Membawa
maksud, “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi
orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan
jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada
tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil kepada sesiapa jua kerana
sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya
Allah maha mengetahui dengan mendalam apa yang kamu lakukan”.
Tuan Yang di-Pertua, belanjawan kita telah dibentangkan dalam suasana
permasalahan negara terus gawat. Manakala belanjawan tahun sebelum iaitu
Belanjawan 2019 yang telah dilaksanakan oleh kerajaan baharu tidak menampakkan
hasil dan kejayaan seperti mana yang telah diunjurkan sewaktu pembentangannya.
Tuan Yang di-Pertua, jam sudah pun menunjukkan pukul 1. Saya pohon untuk
memulakan semula ucapan saya selepas rehat makan tengah hari.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Masa tinggal 12 minit.
Ahli Yang Berhormat, Majlis Mesyuarat ditangguhkan sehingga pukul 2.30
petang nanti.
[Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.00 petang]
DR. 24.10.2019 63 ■1430
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.32 petang]
[Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming) mempengerusikan mesyuarat]
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Ahli Yang Berhormat, Majlis
mesyuarat disambung semula di mana Yang Berhormat Ketereh dipersilakan. Masa
tinggal 12 minit 49 saat sahaja. Sila Yang Berhormat.
2.32 ptg.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa [Ketereh]: Tuan
Yang di-Pertua sebelum saya memulakan ucapan saya ingin memaklumkan dan
mengalu-alukan kehadiran rombongan UMNO bahagian Sungai Petani yang telah pun
berada dalam Dewan. [Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua, tadi saya telah menyebut di permulaan ucapan saya
bahawasanya negara kita ini sekarang ini berada dalam satu situasi yang seharusnya
menimbulkan rasa kebimbangan. Walaupun kita membentangkan belanjawan seperti
mana belanjawan yang telah dibentangkan pada tahun sebelumnya, semuanya
mengetahui bahawasanya belanjawan kita tidak dapat merangsang suasana, tidak
dapat menyelesaikan masalah-masalah yang kita rasakan amat fundamental dalam
pengurusan sesebuah negara.
Ekonomi kita gagal untuk berkembang, defisit kita masih tidak dapat kita
kurangkan, mata wang negara terus jatuh merudum, market capitalization pasaran
saham kita turun hampir RM 400 bilion, peluang pekerjaan untuk anak-anak muda tidak
dapat kita sediakan dan berbagai-bagai kebimbangan. Dalam suasana ini, negara
berhadapan dengan beberapa perkara yang menambahkan lagi kebimbangan kita
walaupun bajet dibentangkan.
Oleh sebab itu kalau kita perhatikan dahulu ada belanjawan daripada Yang
Berhormat Langkawi. Ada belanjawan Yang Berhormat Pekan, ada belanjawan Yang
Berhormat Permatang Pauh. Setiap kali belanjawan dibentangkan kita akan melihat
rakyat ternanti-nanti dan biasanya selepas belanjawan kita dapat lihat bagaimana
ekonomi itu dapat berangsangkan dan langkah-langkah dapat diambil oleh kerajaan.
Berbeza dengan belanjawan Yang Berhormat Bagan disambut dingin oleh rakyat dan
masyarakat, tidak menggerakkan pasaran saham malah masih ramai yang bersikap
optimistik. Ini ditambah pula dengan perkara-perkara yang sedang berlaku seperti
polemik-polemik politik. Bagaimana baru-baru ini Yang Berhormat Port Dickson
DR. 24.10.2019 64 menggambarkan bahawasanya adanya usaha untuk mewujudkan kerajaan baharu
tanpa DAP dan kita dengar pula suara daripada DAP akan wujud Kerajaan Pakatan
Harapan tanpa Bersatu. Seterusnya, polemik-polemik sebegini termasuk soal peralihan
jawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, ini akan menyebabkan belanjawan kita
akan menjadi kurang ataupun tidak efektif.
Kewibawaan kerajaan adalah menjadi satu perkara yang paling penting sebelum
ekonomi dapat berkembang kalau keyakinan para pelabur, keyakinan masyarakat dan
rakyat. Oleh sebab tadi saya membaca surah Al-Maidah, ayat 8 tadi untuk menyatakan
antara perkara yang penting yang menjadi tanggungjawab kita semua adalah untuk
melakukan tindakan-tindakan yang mempamerkan prinsip-prinsip keadilan dan
kebenaran. Akan tetapi apabila belanjawan dibentangkan kita boleh dengar sana-sini
suara-suara kebimbangan tentang keadilan yang dibentuk oleh kerajaan. Kita dengar
keluhan rakan-rakan daripada Sarawak misalnya tentang bagaimana Negeri Sarawak
janji kepada Sarawak, royalti Sarawak, kemudahan prasarana Sarawak tidak mendapat
layanan sewajarnya.
Kita dengar keluhan Ahli-ahli Parlimen daripada Kelantan bagaimana janji-janji
terhadap rakyat Kelantan malah kalau ditanya hatta saya sendiri di Ketereh bagaimana
Projek Maktab Rendah Sains Mara Ulul Albab diumumkan dalam Parlimen telah pun
dibeli tanahnya, telah pun siap pelan-pelannya, telah pun dilantik konsultannya akan
tetapi akhirnya tidak mahu dilaksanakan kerana apa? Kerana Ketereh tidak melompat,
Tanah Merah yang juga ada MRSM Ulul Albab yang lebih tidak memerlukan, lebih jauh
daripada kawasan bandar terus dilaksanakan. Akan tetapi kerana Ketereh tidak
melompat, projek dalam kawasan Ketereh dihalang.
Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, kalau kita perhatikan 84 Ahli-ahli
Parlimen Pembangkang adalah antara 84 kawasan terutamanya yang mewakili
kawasan orang Melayu dan Bumiputera yang telah dinafikan peruntukan-peruntukan
projek-projek kecil. Ini bermakna 84 kawasan Parlimen yang rata-rata orang Melayu dan
orang Islam tidak mendapat perkhidmatan yang sewajarnya. Kalaupun tidak mahu
diberikan melalui wakil rakyat pihak pembangkang tidak mengapa. Akan tetapi kenapa
diberhentikan terus pembangunan bagi kawasan-kawasan yang kebanyakannya di
sebelah pembangkang ini adalah kawasan-kawasan luar bandar, kawasan orang
Melayu, kawasan orang Islam.
Begitu juga dalam belanjawan itu kita lihat bagaimana treatment belanjawan
yang menimbulkan keresahan rakyat. Bagaimana sekolah-sekolah kebangsaan yang
mendukung Dasar Pelajaran Kebangsaan yang rata-rata berada di kawasan miskin,
DR. 24.10.2019 65 yang rata-rata berada di kawasan luar bandar mendapat hitung panjang Program Baik
Pulih Sekolah hanya pada RM3,000 sebuah sekolah.
Tuan Ma’mun bin Sulaiman [Kalabakan]: Boleh mencelah?
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Ya kalau Yang Berhormat
Kalabakan minta laluan, dia tidak bagi.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa [Ketereh]: Akan
tetapi berbanding dengan kawasan-kawasan di mana sekolah-sekolah persendirian
Cina misalnya yang tidak mendukung Dasar Pelajaran Kebangsaan, hitung panjang bagi
satu-satu sekolah sampai RM 250,000. Ini menimbulkan satu suasana keresahan begitu
juga dalam beberapa peruntukan-peruntukan yang lain.
Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua, keresahan-keresahan ini menambahkan
lagi suasana ketidakstabilan pada kerajaan dan menghakis keyakinan terhadap
keupayaan kerajaan itu sendiri. Oleh sebab itu pada hari ini saya ingin mengemukakan
hendak membantu kerajaan, hendak highlight sekurang-kurangnya ada tujuh perkara
yang saya hendak bangkitkan di mana perkara-perkara itu menjadi dan seharusnya
menjadi perkara yang harus mendapat perhatian daripada kerajaan. Saya hendak
mengesyorkan juga selain daripada tujuh perkara yang harus menjadi perhatian
kerajaan untuk memberi pembelaan kepada rakyat adalah tujuh cadangan yang saya
hendak syorkan di peringkat akhir ucapan saya nanti sebagai cadangan-cadangan
dalam masa yang terbatas ini. Tuan Yang di-Pertua...
■1440
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar [Tanjong Karang]: Boleh celah? Terima kasih
Yang Berhormat Ketereh. Daripada ucapan Yang Berhormat Ketereh ini, saya dengar
belanjawan ini memang belanjawan kencing rakyat lah. Yang Berhormat setuju atau
tidak? Bukan sahaja rakyat kena kencing, Perdana Menteri pun kena kencing. Apabila
komik yang bertajuk, ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’ ini yang kita
sedia maklum hari ini telah diharamkan oleh KDN dan waktu Perdana Menteri bagi
kepada Presiden China, Perdana Menteri pun tidak tahu benda sebenar. Jadi, setuju
atau tidak? Bukan sahaja rakyat kena kencing tetapi Perdana Menteri pun DAP kencing.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa [Ketereh]: Ini apa
yang berlaku peristiwa komik itu sebenarnya satu manifestasi yang sangat
membimbangkan. Pada saya, apabila PDRM – kita terlebih dahulu kena ucapkan terima
kasih dan tahniah kepada Menteri Dalam Negeri yang telah mengambil langkah yang
cepat untuk mengharamkan komik BRI itu dan kita juga merakamkan ucapan terima
DR. 24.10.2019 66 kasih kepada Kementerian Pendidikan, Menteri Pendidikan kerana berani mengambil
sikap yang tegas.
Akan tetapi masyarakat harus tahu ya apa yang berlaku itu, orang kata hanya at
the tips of the iceberg, dengan izin. Apa yang kita nampak itu sedikit. Apakah lagi yang
ada di belakang? Apakah negara kita ini sudah diinfiltrasi oleh fahaman komunis
ataupun ada percubaan-percubaan hendak memanjangkan, hendak memperluaskan
fahaman-fahaman sosialis komunis ataupun dalam kerajaan kita itu telah being infested
ataupun telah dikerumuni oleh mereka yang mempunyai fahaman-fahaman yang
sedemikian.
Saya merasakan ini pihak Kementerian Dalam Negeri dan pihak Polis Diraja
Malaysia tidak harus berlengah-lengah untuk memastikan penyiasatan yang mendalam.
Tidak cukup dengan hanya mengharamkan komik tetapi juga bagaimana dengan orang
yang telah terlibat dalam membuat kata pengantar, membenarkan ia disebarkan di
sekolah. Timbalan Menteri yang menerimanya tetapi tidak menegur. Kemudian,
membenarkan pula ia diedarkan dan sebagainya. Mereka ini harus
dipertanggungjawabkan.
Kalau dahulu rakyat memiliki sahaja dokumen, mereka telah dikenakan tindakan
ISA dan sebagainya. Bagaimana boleh sekarang Menteri, anggota Kabinet, Timbalan
Menteri terlibat dalam dokumen yang telah disahkan oleh Kementerian Dalam Negeri
berbaur unsur komunis dan sosialisme diedarkan di sekolah-sekolah. Kita mencabar
kerajaan untuk mengambil tindakan yang keras kerana ini boleh membawa bahana yang
besar kepada kerajaan.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian]: Yang Berhormat Ketereh.
Yang Berhormat Ketereh.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa [Ketereh]: Tuan Yang
di-Pertua...
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian]: Pantun. Pantun.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa [Ketereh]: ...Saya
ada masa yang agak terbatas. Saya...
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian]: Pantun. Yang Berhormat
Ketereh, pantun.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Masa tinggal dua minit lagi.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa [Ketereh]: Nanti dulu.
Saya belum pantun lagi. Lepas ini siapa hendak celah, saya bagi yang berpantun sahaja.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian]: Okey.
DR. 24.10.2019 67
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Akan tetapi nanti jangan
mengadu masa tidak cukup ya.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa [Ketereh]: Tujuh
peringatan untuk Kerajaan Pakatan Harapan yang menyentuh aspek-aspek yang saya
harap kerajaan akan mengambil perhatian. Pertama, soal sara hidup.
Sara hidup terus meningkat; Sewa mahal, minyak dah tentu; Dahulu mengharap janji Yang Berhormat; Lepas PRU, rakyat tertipu.
Aspek kedua yang Pakatan Harapan harus ambil perhatian mengenai harga
barang.
Keperluan harian terpaksa dibeli; Di pasar supermarket setiap hari; RM lima ratus separuh troli; Semua barang melambung tinggi.
Soal pekerjaan –
Umur 18 boleh mengundi; Tetapi usia masih bersekolah; Dana pelajaran sukar didapati; Pekerjaan pula semakin susah.
Hutang negara -
Hutang negara semakin bertambah; Belum dibayar, berhutang lagi; Aset negara terjual sudah; Projek dirogol sesama kroni.
Pasaran saham –
Pasaran saham jatuh merudum; RM empat ratus bilion susut setahun; Menteri Kewangan hanya tersenyum; Masih boleh mengedar kartun.
Politik –
Politik semakin tidak menentu; Ramai calon Perdana Menteri; Sedang PM tidak dibantu; Tikam belakang setiap hari.
DR. 24.10.2019 68
Prestasi Kabinet –
Prestasi Kabinet amatlah buruk; Kadir Jasin puas menegur; Umpama bunga disunting beruk; Semakin dibaiki, semakin hancur.
Itu tujuh rangkap pantun untuk memberikan peringatan mudah kepada Kerajaan
Pakatan Harapan.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian]: Saya hendak bagi yang
kelapan.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa [Ketereh]: Saya
memberi-cepat. Cepat.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian]:
Dari Kimanis ke Kuala Baram; Singgah sebentar di Pekan Kapit; Komik komunis sudah diharam; Perlulah dihukum pengedar, penerbit?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]:
Pergi Ketereh naik bot; Singgah sebentar Restoran Malabar; Kerajaan PH sudah kelam kabut; Apakah Parlimen wajar di bubar?
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa [Ketereh]: Terima
kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Yang Berhormat, sila
menggulung.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa [Ketereh]: Saya
sambung menggulung. Gulung saya juga dengan tujuh pantun yang terakhir yang
berupa cadangan-cadangan. Pertama cadangan daripada sudut politik.
Kembalikan segara politik kestabilan; Kerajaan segera keluarkan kenyataan; PM ketujuh terus dikekalkan; PM kelapan tunggulah giliran.
DR. 24.10.2019 69
Cadangan kedua –
Masalah utama ialah ekonomi; Yang berkuasa Menteri Kewangan; Kalau dua tahun masih tidak menjadi; Rombak Kabinet gugurkan Bagan.
Ketiga, aliran tunai –
Aliran tunai punca masalah; Akibat cukai tidak teliti; Rizab PETRONAS usah dijarah; Terima kesilapan kembalikan GST.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Masa sudah tamat Yang
Berhormat.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa [Ketereh]: Keempat,
gaji minimum.
Gaji minimum RM1,500 boleh laksana ikut kawasan; Para Menteri janganlah rakus; Elak merogol; Elak semburitan.
Cadangan yang kelima, soal komunis –
Komunis ekstremis sangat bahaya; Boleh terjejas negara yang aman; KDN, IGP bertindaklah segera; Semua petualang kenakan tindakan.
Cadangan yang keenam, suasana politik –
Suasana politik tidak menentu; Cabaran global semakin menekan; Rekonsiliasi nasional mungkin diperlu; Bentuk muafakat wujudkan penyatuan. Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, cadangan yang ketujuh berkaitan dengan
hubungan diplomatik yang banyak dirosakkan oleh Pakatan Harapan yang menjejaskan
harga sawit, menjejaskan dagangan, menjejaskan pelaburan. Saya ingin
menyampaikan cadangan.
India dan China rakan dagang; Harus disantuni, bukan dimusuhi; Dasar luar negara terbilang; Harus bijaksana penuh diplomasi.
Saya tengok tidak ada pula hari ini Tuan Yang di-Pertua...
DR. 24.10.2019 70
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Masa dah tamat lama. Kena
adil kepada semua.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa [Ketereh]: Masa dah
tamat melihat Yang Berhormat Jelutong tidak ada. Kalau tidak saya sedia satu pantun
untuk dia, mungkin Tuan Yang di-Pertua boleh sampaikan.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Tidak payah lah. Don’t be
personal.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa [Ketereh]: Siakap
senohong gelama ikan duri...
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Tidak payahlah. Sila duduk.
Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Sekijang. Sila Yang Berhormat
Sekijang... [Tepuk]
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Tuan Yang di-
Pertua, boleh saya mengalu-alukan...
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Jangan bazir masa. Apa,
mengalu-alukan? Boleh. Boleh, boleh.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Mengalu-alukan
kehadiran pelajar-pelajar dan guru-guru daripada Sekolah Menengah Kebangsaan
Sultan Abdul Jalil Shah, Seberang Perak.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Selamat datang semua.
Sila, Yang Berhormat Sekijang.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Selamat datang dan sokong
Barisan Nasional eh.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Yang Berhormat Arau, ini
bukan pasar ya. Sila Yang Berhormat Sekijang.
2.47 ptg.
Puan Hajah Natrah Ismail [Sekijang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya
ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana kesempatan yang diberikan kepada saya
untuk membahaskan Belanjawan 2020 yang bertemakan ‘Memacu Pertumbuhan dan
Keberhasilan Saksama ke Arah Kemakmuran Bersama’ yang telah dibentangkan oleh
Yang Berhormat Menteri Kewangan pada 11 Oktober yang lepas.
Walaupun negara menghadapi kekangan kewangan dalam tadbir urus dan
pembangunan negara ekoran daripada hutang dan liabiliti yang dibuat oleh kerajaan
terdahulu dan terpaksa ditanggung oleh Kerajaan Pakatan Harapan, namun pihak
DR. 24.10.2019 71 kerajaan tetap komited dalam usaha memulihkan hutang negara dan terus memacu
perkembangan ekonomi demi kesejahteraan rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, saya melihat kesediaan kerajaan dalam memberikan
peruntukan yang lebih kepada sektor pendidikan. Kementerian Pendidikan diberi
peruntukan yang tertinggi dalam Belanjawan 2020 dan hampir semua belanjawan yang
terdahulu juga mengutamakan peruntukan dalam sektor pendidikan.
Belanjawan 2020 memperuntukkan sejumlah RM64.12 bilion kepada
Kementerian Pendidikan dan ia menunjukkan peningkatan sebanyak 6.45 peratus
berbanding dengan RM60.24 bilion pada tahun 2019. Peruntukan yang besar ini
memperlihatkan bahawa sektor pendidikan merupakan sektor yang sangat penting
dalam usaha untuk mewujudkan kualiti pendidikan yang lebih baik pada masa hadapan.
Saya ingin menarik perhatian Dewan kepada isu pendidikan yang saya kira tiada
kesudahan sehingga kini dan perlu diberikan penekanan oleh pihak kerajaan.
Pertama, kebajikan guru. Isu guru-guru tidak dibenarkan untuk bersara awal
bukanlah isu yang baharu. Sehingga kini ramai guru yang memohon untuk bersara awal
atas faktor kesihatan tidak diluluskan oleh pihak kementerian.
■1450
Saya tidak faham apakah rasionalnya pihak kementerian untuk tidak
memberikan kelulusan permohonan untuk bersara awal sedangkan guru-guru yang
mengalami masalah kesihatan ini tidak berupaya lagi untuk mengajar. Misalnya kes guru
yang menghidap penyakit buah pinggang dan perlu menjalani dialisis secara berjadual.
Dalam seminggu tiga kali iaitu setiap kali ialah empat jam. Jadi, umum sedia maklum
bahawa rawatan dialisis perlu dilakukan sebanyak tiga kali ini dalam masa seminggu
maknanya 12 jam akan menjejaskan keadaan kesihatan guru itu sendiri.
Apabila balik semula ke kelas dengan keadaan letih dan tidak bermaya dan ini
akan memberikan satu gambaran yang tidak begitu baik kepada pelajar-pelajar ataupun
kepada murid-murid apabila melihat keadaan guru yang letih itu. Jadi, apabila ada
permohonan daripada guru-guru yang mereka sendiri tahu keupayaan mereka untuk
meminta persaraan awal dibenarkan. Ini berlaku di tempat saya sendiri sehingga guru
itu memohon sekali lagi untuk bersara dengan alasan tidak berminat untuk mengajar
dan beliau telah dapat persaraan itu dan selepas beberapa bulan beliau telah meninggal
dunia.
Seterusnya tentang Bantuan Sarapan Percuma di semua sekolah. Saya
menyambut baik usaha kerajaan dalam memperkenalkan Bantuan Sarapan Percuma di
semua sekolah. Walaupun inisiatif ini merupakan inisiatif yang ditambah baik daripada
DR. 24.10.2019 72 Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT). Namun, Bantuan Sarapan Percuma
ini memperlihatkan bahawa guru-guru akan turut bersarapan bersama dengan pelajar-
pelajar atau dengan murid-muridnya. Perkara yang perlu diberikan penekanan ialah
pihak kementerian perlu memastikan Bantuan Sarapan Percuma ini membekalkan
makanan yang berkhasiat kepada murid-murid.
Hal ini amat penting bagi memastikan setiap murid mendapat zat dan nutrien
yang secukupnya agar pembelajaran dapat berjalan dengan sempurna. Inisiatif ini juga
amat baik dalam kita melihat bagaimana hubungan atau interaksi antara guru dengan
murid-muridnya sendiri. Misalnya, pada masa itu guru dapat melihat keadaan anak-
anaknya secara tidak formal dan murid-murid sendiri bebas untuk bertanya, bersoal
jawab semasa mereka makan dan juga boleh juga diajarkan adat resam ataupun macam
mana apabila hendak makan kalau yang Islamnya ada doanya, yang bukan Islam pun
ada doa sebelum makan dan duduk secara tertib makan dan macam-macam lagi. Yang
saya rasa dapat mengeratkan lagi perhubungan antara seorang guru dengan murid-
muridnya.
Saya juga bersetuju apabila disarankan supaya setiap hari guru yang berlainan
tetapi pada kelas yang sama. Jadi, projek ini atau program ini saya rasa harus dimulakan
seawal tahun hadapan iaitu dengan persediaan yang secukupnya iaitu siapakah
pembekalnya ataupun yang akan menyediakan makanan. Mereka ini juga perlu
diadakan latihan dilihat secara fizikalnya, kesihatan pembekal dan ini adalah amat
penting sebab ia tidak berlaku lagi keracunan makan di sekolah-sekolah.
Seterusnya, mengenai penyeragaman bantuan kepada semua sekolah. Umum
sedia maklum sekolah yang berstatus sekolah bantuan modal kurang mendapat
peruntukkan daripada kerajaan seperti mana sekolah bantuan kerajaan. Sekolah
bantuan kerajaan menerima peruntukkan dari segi pembangunan infrastruktur,
kemudahan, keperluan mengajar dan sebagainya.
Namun, tidak bagi sekolah yang berstatus sekolah bantuan modal. Sekolah
bantuan modal hanya menerima tenaga pengajar daripada kerajaan. Akan tetapi
sekolah ini menghadapi kekangan khususnya dari segi kewangan. Bagi pembangunan
infrastruktur dan kemudahan sekolah. Sekolah ini juga terpaksa mencari dana sendiri
bagi menampung kod pengurusan dan kelengkapan kemudahan sekolah. Alasan yang
diberikan oleh pihak kementerian, status tanah di mana sekolah ini didirikan adalah
tanah persendirian ataupun tanah wakaf.
Oleh sebab itu, kerajaan tidak boleh melakukan sebarang pembangunan di
sekolah berkenaan kerana tanah sekolah tersebut bukanlah tanah kerajaan. Saya
DR. 24.10.2019 73 merasakan sekolah bantuan modal ini seolah-olah dipinggirkan dari segi pembangunan
infrastruktur. Seharusnya pihak kementerian mempertimbangkan cara bagaimana
sekolah bantuan modal ini boleh mendapat kemudahan di mana bantuan yang diterima
oleh sekolah bantuan kerajaan.
Seterusnya, isu penderaan bayi dan kanak-kanak seperti tiada kesudahannya.
Ada yang didera, diabaikan sehinggakan ada juga mati akibat daripada tindakan
pengasuh pusat jagaan kanak-kanak. Hakikatnya kini, guru-guru mahupun kakitangan
sokongan yang mempunyai anak kecil tidak ada pilihan lain selain daripada terpaksa
menghantar anak mereka ke pusat asuhan kanak-kanak ekoran daripada komitmen
mereka sebagai penjawat awam ataupun sebagai pekerja.
Oleh yang demikian, ibu bapa tidak dapat memantau anak-anak mereka dengan
lebih dekat. Oleh itu saya ingin mengesyorkan agar pihak kementerian iaitu pihak
Kementerian Pendidikan mempertimbangkan untuk mewujudkan pusat asuhan kanak-
kanak di sekolah-sekolah utama agar kes penderaan dan kematian bayi tidak akan
berlaku lagi, di samping keselamatan anak-anak mereka lebih terjamin.
Tuan Yang di-Pertua, menyedari hakikat bahawa perumahan begitu penting
sebagai keperluan asas oleh setiap keluarga, setiap keluarga mengimpikan sebuah
rumah yang baik dan selesa demi kelangsungan hidup yang lebih sejahtera. Saya
menyambut baik usaha kerajaan untuk terus mewujudkan rumah mampu milik di
kawasan bandar, mahupun di kawasan luar bandar. Kerajaan juga telah mempermudah
golongan muda untuk membuat pinjaman perumahan, manakala peminjam yang telah
di senarai hitam oleh PTPTN juga boleh membuat pinjaman perumahan.
Namun isu rumah yang terbengkalai masih menghantui setiap pembeli rumah.
Saya ingin menarik perhatian kepada pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan
Tempatan akan isu projek rumah swasta yang terbengkalai di Taman Tengku Abdul
Rahman Segamat, Johor. Kerja-kerja pembinaan projek perumahan ini telah dilakukan
pada tahun 2003 dan sepatutnya siap pada bulan Oktober tahun 2005.
Namun, projek perumahan ini tergendala dan telah diisytiharkan sebagai projek
perumahan terbengkalai pada 16 Mac 2012. Apa yang dikesali ialah terdapat pembeli
rumah yang masih lagi membayar ansuran pinjaman sehingga kini melalui pemotongan
atau simpanan mereka, walaupun projek perumahan ini tidak lagi diteruskan oleh
pemaju. Hal ini telah menghampakan harapan pembeli rumah yang sentiasa menanti
hari demi hari untuk memiliki rumah yang mereka idamkan.
Saya juga difahamkan bahawa pembeli hartanah telah menghantar surat aduan
kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor dan Yang Berhormat Menteri
DR. 24.10.2019 74 Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang masing-masing bertarikh 24 Julai 2018.
Namun, sehingga kini tiada sebarang makluman dan tindakan yang akan diambil baik
daripada pihak kerajaan negeri mahupun Kementerian Perumahan dan Kerajaan
Tempatan.
Saya mohon agar pihak kementerian meneliti kembali isu projek perumahan
yang terbengkalai ini dan mengambil tindakan yang perlu bagi menyelesaikan masalah
perihal pembelian tanah ini yang telah berlarutan selama lebih dari 15 tahun. Jangan
dibiarkan warga emas ini hidup dalam kesempitan.
Tuan Yang di-Pertua, sebelum ini Kementerian Pembangunan Luar Bandar telah
merancang untuk menubuhkan sebuah Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di daerah
Segamat yang akan didirikan di kawasan Parlimen Sekijang. Penubuhan sebuah MRSM
di daerah Segamat amatlah perlu dalam usaha untuk merancakkan sektor pendidikan di
daerah ini. Kedudukan daerah Segamat yang strategik, yang bersempadan dengan
Negeri Sembilan dan Pahang dapat memberikan peluang pendidikan yang lebih
berkualiti buat anak didik di ketiga-tiga buah negeri.
Namun begitu, penubuhan MRSM ini terencat ekoran daripada peruntukkan
daripada pihak kementerian yang masih kabur dan tanah sebanyak 70 ribu ekar telah
pun diperoleh. Oleh itu, saya mohon agar pihak kementerian dapat mempertimbangkan
penubuhan MRSM ini di Sekijang supaya lebih ramai anak didik tempatan dan juga di
luar daripada kawasan daerah Segamat yang cemerlang dan berkualiti dapat dilahirkan
sebagai modal insan kepada negara ini.
Tuan Yang di-Pertua, bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2020
daerah Segamat juga berpotensi dalam menyumbang kepada kehadiran pelancong dari
dalam mahupun luar negara.
■1500
Pelbagai keistimewaan dan tarikan boleh diketengahkan kepada pelancong
untuk datang ke daerah Segamat. Antara tarikan yang ada ialah terdapatnya sukan
terjunan udara ataupun sky dive. Di Malaysia, sukan terjunan udara tidak diberikan
penekanan dalam usaha untuk menarik pelancong dan merancakkan ekonomi
setempat. Daerah Segamat memiliki kawasan lapangan terbang atau airstream di mana
sebahagian kawasan tersebut dijadikan tempat bagi aktiviti sukan terjunan udara yang
hanya dijalankan pada hujung minggu, itu pun tidak selalu.
Jika ditinjau di negara luar seperti Thailand, Australia dan Dubai, sukan terjunan
udara memberikan pulangan yang besar kepada ekonomi negara dengan keterlibatan
penerjun-penerjun dari seluruh dunia. Agak sayang sekiranya sukan yang mempunyai
DR. 24.10.2019 75 potensi besar untuk pertumbuhan ekonomi negara tidak diketengahkan. Saya berharap
agar Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta Kementerian Belia dan Sukan
dapat membantu dalam memberikan peruntukan dan penekanan kepada sukan ini
supaya sektor pelancongan dan galakan masyarakat dalam sukan ekstrem ini dapat
diperhebat.
Selain daripada itu, daerah Segamat juga merupakan daerah yang terkenal
dengan buah-buahan tempatan terutama sekali durian. Daerah Segamat juga antara
daerah yang menghasilkan buah durian yang terbesar di Malaysia. Potensi yang ada ini
perlu untuk diketengahkan dengan cara mempromosi ‘Kampung Durian’ kepada para
pelancong dan menikmati produk industri kecil dan sederhana dalam produk-produk
yang dihasilkan daripada buah durian. Penglibatan dan usaha sama daripada
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani secara langsung dapat membantu
melebarkan perniagaan dan hasil rakyat tempatan sama ada di dalam mahupun di luar
negara.
Bencana banjir besar yang melanda negeri khususnya di daerah Segamat
memberikan tamparan yang sangat mendalam kepada penduduk setempat. Banjir besar
yang melanda daerah Segamat pada tahun 2006 dan tahun 2011 telah menyedarkan
masyarakat akan pentingnya penjagaan dan pemuliharaan sungai. Pembuangan
sampah sarap dan sisa buangan di dalam sungai telah menyebabkan fungsi sungai
sebagai kawasan saliran air hujan akan merencatkan ekosistem secara
keseluruhannya. Oleh yang demikian, pihak Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli
perlu merangka langkah kontingensi agar bencana banjir yang pernah berlaku satu
ketika dahulu tidak akan berulang kembali. Selain itu, Sungai Muar di daerah Segamat
juga mempunyai manfaat yang boleh diterima oleh penduduk setempat di mana sungai
ini sangat terkenal dengan ikan baung dan juga udang galah yang boleh dikomersialkan.
Penglibatan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani juga amat penting dalam
memberikan peruntukan seperti membaiki dan menaik taraf jeti nelayan di sepanjang
sungai agar hasil tangkapan sungai secara tidak langsung dapat menjana pendapatan
nelayan setempat.
Pelaksanaan Pelan Gantian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) di
Johor menjelang tahun 2023 mampu mengekalkan prestasi negeri Johor sebagai salah
sebuah negeri penyumbang utama kepada Keluaran Dalam Negara Kasar.
Kesalinghubungan...
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Yang Berhormat, sila
menggulung.
DR. 24.10.2019 76 Puan Hajah Natrah Ismail [Sekijang]: ... digital yang mampan dan menyeluruh
merupakan satu keperluan kerana menjadi faktor penyumbang pelaburan langsung
asing di negeri Johor selain menyediakan persekitaran kondusif bagi penggunaan
teknologi baharu seperti 5G. Hasrat kerajaan melalui Kementerian Komunikasi dan
Multimedia...
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Yang Berhormat, masa sudah
tamat. Sila menggulung.
Puan Hajah Natrah Ismail [Sekijang]: ... bagi pembangunan teknologi baharu
5G amatlah dialu-alukan. Sedikit lagi.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Ayat yang terakhir.
Puan Hajah Natrah Ismail [Sekijang]: Saya menyeru agar kita bersama-sama
membentuk corak dan acuan Malaysia dan bersaing di pentas dunia. Ini kerana kita tidak
boleh ketinggalan pada ketika dunia ini dipelopori oleh negara maju dan kaya. Dasar
Kemakmuran Bersama 2030...
Dato' Haji Salim Sharif [Jempol]: Mohon bertulis-lah.
Puan Hajah Natrah Ismail [Sekijang]: ... yang diketengahkan oleh pihak
kerajaan perlu difahami dan diteladani oleh semua rakyat Malaysia agar negara kita
mampu bangkit menjadi sebuah negara maju, pertumbuhan ekonomi yang pesat dan
bebas dari rasuah. Ambil-lah iktibar daripada pandangan serong dunia terhadap
Malaysia sebelum ini. Bersama kita buktikan bahawa Malaysia berupaya menjadi
sebuah negara maju berdaya saing dan mampu mengharungi cabaran mendatang,
seterusnya membawa Malaysia sekali lagi disegani di mata dunia. Akhir kata, saya
mohon untuk mencadangkan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Terima kasih Yang Berhormat
Sekijang. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Serian. Selepas itu Yang
Berhormat Bentong. Sila.
3.05 ptg.
Dato’ Sri Dr. Richard Riot anak Jaem [Serian]: Serian, Serian.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Ya, Serian, Sarawak.
Dato’ Sri Dr. Richard Riot anak Jaem [Serian]: Terima kasih Tuan Yang di-
Pertua kerana memberi peluang dan ruang kepada saya untuk turut sama membahas
Rang Undang-undang Perbekalan 2020. Tuan Yang di-Pertua, tema Belanjawan 2020
berbunyi, “Memacu Pertumbuhan dan Keberhasilan Saksama Ke arah Kemakmuran
DR. 24.10.2019 77 Bersama”. In English, “Driving Growth and Equitable Outcomes Towards Shared
Prosperity”.
Tuan Yang di-Pertua, saya menyambut baik tema ini kerana sememangnya
kalau betul ia bertujuan untuk merapatkan jurang perbezaan di antara satu wilayah
dengan wilayah yang lain, di antara satu negeri dengan negeri yang lain, di antara orang
yang kaya dengan orang yang miskin. Itu-lah sebabnya saya menyambut baik tema
Belanjawan 2020. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, setelah saya melihat, setelah saya
meneliti kandungan atau inti pati Belanjawan 2020, saya tidak nampak belanjawan ini
benar-benar menuju ke arah mencapai matlamat Wawasan 2030, wawasan shared
prosperity ini. Saya mengambil contoh Tuan Yang di-Pertua, dalam Belanjawan 2020
khusus untuk negeri Sarawak dan Sabah, saya menyebut di sini, saya petik, “Sarawak
diperuntukkan RM4.4 bilion iaitu bersamaan dengan 7.8 peratus dari jumlah peruntukan
sebanyak RM56 bilion. Manakala Sabah, diperuntukkan RM5.2 bilion iaitu bersamaan
dengan 9.28 peratus”.
Tuan Yang di-Pertua, peruntukan yang dicadangkan untuk negeri Sarawak dan
Sabah berjumlah RM9.6 bilion iaitu lebih kurang dari segi peratusnya 17.14 peratus. Ini
bererti dari peruntukan tersebut, peruntukan pembangunan untuk seluruh negara
peruntukannya ialah sebanyak RM56 bilion. Jikalau Sarawak dan Sabah jumlahnya
sebanyak RM9.6 bilion, ini bererti 17.14 peratus diperuntukkan untuk negeri Sabah dan
Sarawak dan selebihnya sebanyak RM46.4 bilion iaitu bersamaan 82.86 peratus
diperuntukkan untuk Semenanjung Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, negeri Sarawak besar, kawasannya luas seluruh negeri
Sarawak. Kalau Semenanjung ditolak negeri Melaka Semenanjung Malaysia, negeri
Sarawak akan sama luas kawasannya dengan seluruh Semenanjung Malaysia tolak
negeri Melaka. Oleh yang demikian Tuan Yang di-Pertua, di sini bagi saya,
memperuntukkan hanya 7.8 peratus dari seluruh peruntukan dalam Belanjawan 2020 ini
adalah tidak menuntut kepada wawasan negara kita iaitu yang berbunyi shared
prosperity.
■1510
Lebih lagi Tuan Yang di-Pertua, manifesto Kerajaan Pakatan Harapan semasa
PRU Ke-14 yang lalu telah menyatakan bahawa bila ketika itu kalau Pakatan Harapan
menang, peruntukan pembangunan untuk negeri Sarawak dan Sabah, jumlah yang
akan diberi adalah 30 peratus daripada seluruh peruntukan pembangunan. Akan tetapi
melihat kepada peruntukan yang telah disediakan dalam belanjawan ini iaitu 17.14
peratus. Ini bererti Tuan Yang di-Pertua, we are sort of about 12.86 peratus. Jadi oleh
DR. 24.10.2019 78 yang demikian Tuan Yang di-Pertua, saya amat berharap agar peruntukan yang hanya
17.14 peratus ini dikaji semula. Kalau tidak dalam Belanjawan 2020, consider it to be put
in the rolling plan. Itu permintaan saya, Tuan Yang di-Pertua.
Keduanya Tuan Yang di-Pertua, saya hanya menyebut sedikit, akan tetapi
walaupun sedikit, maknanya banyak. Iaitu mengenai oil and gas. Semasa pilihan raya,
sebelum dan semasa berkempen Pilihan raya Keempat belas, saya ada rekod di sini,
telah disebutkan bahawa kalau Pakatan Harapan menang, royalti yang akan diberi
kepada negeri Sarawak daripada lima peratus yang sedia ada ketika itu akan meningkat
kepada 20 peratus. Ini dalam manifesto, ini janji Pakatan Harapan. Setelah menang,
sekarang telah pun menjadi kerajaan sejak 10 pagi, 10 Mei 2018, satu tahun lima bulan
lebih kurang, apa yang telah dijanjikan itu Tuan Yang di-Pertua, tinggallah janji.
Oleh yang demikian Tuan Yang di-Pertua, saya amat berharap agar selain
daripada peruntukan pembangunan yang hanya untuk Sarawak daripada seluruh
peruntukan pembangunan untuk Sarawak yang hanya 7.8 peratus ini ditambah pula
dengan 20 peratus royalti minyak dan gas seperti yang dijanjikan dalam manifesto. Saya
percaya itulah caranya. Itu langkah yang perlu dibuat dan kalau dibuat, maka jurang
perbezaan di antara Sarawak, Sabah dengan Semenanjung, sudah tentu terjawab
dengan sendirinya.
Tuan Yang di-Pertua, daripada minyak dan gas, saya pergi ke komoditi sawit dan
getah. Saya nampak dalam Belanjawan 2020, ada disebutkan tentang keprihatinan
kerajaan untuk membantu pekebun-pekebun, para petani dan nelayan. Di sini, credit
must be given kepada yang harus diberi. Saya menyambut baik keprihatinan kerajaan
untuk membantu para petani khususnya para pekebun kecil yang mengusahakan
komoditi sawit dan getah. Amount was there, banyak. Terima kasih, tetapi saya berharap
dana di bawah peruntukan ini juga dipanjangkan ke negeri Sarawak dan ke Sabah.
Tuan Yang di-Pertua, komoditi lada. Bila saya menyebut perkataan lada,
mungkin ramai yang tidak tahu, tidak pernah melihat akan pokok lada, I know. Oleh
sebab ada di antara mereka yang bertanya kepada saya, what is white pepper? What is
black pepper? White pepper and black pepper are the same except the cara
menghasilkannya iaitu dalam mana white pepper untuk mengeluarkan lada putih, kita
memerlukan ianya dengan izin, soak in the water for at least two weeks. Manakala untuk
lada hitam, senang. Selepas dipetik, kita jemur selama dua hari ke tiga hari, ia menjadi
lada hitam.
DR. 24.10.2019 79
Saya menyebut di sini Tuan Yang di-Pertua, hampir setiap keluarga di kawasan
Parlimen saya, di kawasan Betong, di kawasan Sri Aman, di kawasan Sarikei
mempunyai sekurang-kurangnya 100 pokok lada untuk ditanam.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian]: Yang Berhormat Serian.
Apa pandangan Yang Berhormat Serian, langkah-langkah yang patut diambil oleh
kerajaan berhubung tentang industri lada ini? Lada hitam, lada putih kerana pada era
Barisan Nasional, harganya RM11,000 lebih se tan tetapi sekarang turun ke RM4,000
lebih, tinggal hanya RM7,000 lebih se tan. Apa punca kejatuhan mendadak harga lada
ini ketika zaman PH ini? Kenapa?
Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem [Serian]: Terima kasih Yang Berhormat
Pontian. Soalan itu hendaklah ditujukan kepada Yang Berhormat Menteri Perusahaan
Utama. Walau bagaimanapun, apa yang telah disebut oleh Yang Berhormat Pontian itu
betul. Pagi tadi saya telah menelefon balik ke kawasan saya, ya, harga lada memang
daripada segi kos pengeluarannya tidak cukup. The cost of production is not even
enough - the cost of the price per kilogram or per tan is not even enough to cover the
production cost. Maka oleh yang demikian Tuan Yang di-Pertua, saya telah sebut
sebentar tadi, berbalik kepada Yang Berhormat Pontian, kerajaan harus mencari jalan
untuk membantu pekebun-pekebun kecil yang mengusahakan lada, sama ada lada putih
atau lada hitam.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyebut di sini, saya telah menyebut
perkataan Serian dalam mana hampir setiap keluarga di kawasan Parlimen saya
mempunyai sekurang-kurangnya 100 pokok lada hitam. Kalau harga lada hitam ini
melebihi RM11,000 atau melebihi RM10,000 sebulan, ini bererti rakyat yang
mengusahakan komoditi lada ini akan dapat hidup. Tuan Yang di-Pertua, saya sendiri
sebenarnya pernah menjadi, I was actually the first Chairman of The Malaysian Pepper
Board. The first chairman and I was there for four years before I was appointed as Deputy
Minister of Foreign Affairs.
Tuan Yang di-Pertua, harga lada sekarang memang jatuh. Saya telah menyebut
harganya tidak boleh menampung production cost tetapi saya tidak mahu perusahaan
lada ini seperti mana 20 tahun yang lepas, ramai di antara mereka menebang pokok
lada sehingga industri lada ini hilang.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Ya Yang Berhormat, saya pun
ingin dengar kisah industri lada tetapi masa amat cemburu. Sila menggulung.
DR. 24.10.2019 80 ■1520
Dato’ Sri Dr. Richard Riot anak Jaem [Serian]: Terima kasih. Jadi saya untuk
memendekkan, lada hanya ditanam di negeri Sarawak 95 peratus. Hanya lima peratus
ditanam di Semenanjung Malaysia iaitu di Johor. Maka di sini Tuan Yang di-Pertua, oleh
kerana saya tidak nampak perkataan lada dalam Belanjawan 2020, saya minta agar
Kementerian Perusahaan Utama mengambil berat akan kesulitan yang dialami oleh
pekebun-pekebun kecil yang mengusahakan lada hitam.
Caranya mungkin memang ada orang yang tidak suka dengan perkataan subsidi
tetapi saya masih berpendapat bahawa pengusaha khususnya pekebun kecil lada hitam
hendaklah diberi bantuan sama ada dengan memberi subsidi. Macam mana subsidi itu
hendak diberikan? Itu saya serahkan kepada kerajaan khususnya Kementerian
Perusahaan Utama untuk mencari jalan. Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Sila akhiri ucapan Yang
Berhormat.
Dato’ Sri Dr. Richard Riot anak Jaem [Serian]: Masih panjang lagi Tuan Yang
di-Pertua. So, dalam masa yang singkat ini saya harus bercakap tentang Kompleks
Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Tebedu. Kalau dua minggu
yang lepas saya telah menyebut tentang perlunya jalan yang menghubungkan pekan
Serian dengan Tebedu dinaiktarafkan dan Yang Berhormat Timbalan Menteri ketika itu
telah menyatakan bahawa ia tidak boleh.
Setakat ini oleh kerana LOS, bancian tidak mencukupi untuk ia di naik taraf...
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Ya, Yang Berhormat, oleh
kerana saya terpaksa memberi masa kepada anggota Dewan yang lain, saya
cadangkan soal spesifik ini Yang Berhormat tulis surat kepada Menteri, maka diberikan
jawapan bertulis. Boleh?
Dato’ Sri Dr. Richard Riot anak Jaem [Serian]: Okey, terima kasih. Jadi
seterusnya...
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Tidak ada seterusnya lagi...
Dato’ Sri Dr. Richard Riot anak Jaem [Serian]: Last.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: ...Masa sudah tamat lama Yang
Berhormat. Ya.
Dato’ Sri Dr. Richard Riot anak Jaem [Serian]: Okey, minta maaf. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Ya, terima kasih Yang
Berhormat atas kerjasama. Sekarang saya menjemput...
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman [Kuala Krai]: Tuan Yang di-Pertua...
DR. 24.10.2019 81
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: ...Yang Berhormat Bentong.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman [Kuala Krai]: Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Selepas itu Yang Berhormat
Machang.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman [Kuala Krai]: Tuan Yang di-Pertua, sedikit
sahaja. Saya hendak alu-alukan kehadiran Pemuda PAS Kawasan Tumpat di dalam
Dewan ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Ya, selamat datang kepada
semua. Sila Yang Berhormat Bentong, selepas itu Yang Berhormat Machang. Sila.
3.22 ptg.
Tuan Wong Tack [Bentong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi
peluang kepada saya untuk membahaskan Bajet 2020. Pada pandangan saya, bajet
yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan akan membawa manfaat
kepada semua lapisan masyarakat. Saya ucapkan tahniah kepada beliau dan
pasukannya.
Namun, saya juga amat setuju dengan rakan baik saya Yang Berhormat Kuala
Kedah bahawa kejayaan bajet ini sangat bergantung kepada mekanisme
pelaksanaannya. Tidak boleh sekata memberi wang atau kontrak kepada syarikat besar
atau big players. Saya faham, pemberian seperti subsidi adalah niat baik kerajaan untuk
membantu rakyat dalam keadaan kemelut ekonomi yang dihadapi.
Akan tetapi saya rasa ini cuma satu jalan penyelesaian jangka pendek. Contohnya
setiap kali selepas saya menandatangani surat kelulusan untuk pemberian sumbangan
wang untuk warga miskin di kawasan saya, persoalan yang sering timbul ialah selepas
ini macam mana? Terus bagi untuk berapa lama? Dalam jangka panjang seperti yang
telah dibahaskan oleh ramai rakan saya, ia akan mewujudkan satu masyarakat
kebergantungan.
Oleh itu, aspek penting dalam pelaksanaan yang saya rasa perlu dititikberatkan
ialah penglibatan rakyat. Kemenangan Pakatan Harapan pada PRU-14 adalah hasil
gandingan mantap dengan rakyat. Tanpa usaha dan pengorbanan rakyat, maka tiadalah
Kerajaan Pakatan Harapan.
Akan tetapi sejak mencapai kemenangan, kita terlihat semakin terpinggir dari
rakyat. Mereka tidak lagi berpeluang untuk menyumbangkan tenaga seperti dilihat
sebelum PRU-14. Kita perlu kembali ke akar umbi dan membawa kembali semangat
DR. 24.10.2019 82 yang dulu. Rakyat perlu diberi peluang untuk mengambil bahagian agar mereka
menghargai, ada rasa tanggungjawab untuk sama-sama membina negara ini.
Saya tahu, terdapat ramai di luar sana seperti masyarakat sivil dan golongan
pakar-pakar dan profesional dari dalam dan luar negara yang sentiasa bersedia untuk
menyumbang masa dan tenaga kepada pembangunan negara ini. Mereka cuma
menunggu peluang.
Tuan Yang di-Pertua, selepas lebih setahun setengah saya menjadi Ahli Parlimen,
saya lihat masih ada segolongan besar rakyat terutamanya di kampung dan estet di
mana kehidupan mereka masih tidak ubah seperti zaman ibu bapa saya. Anak-anak
yang berlapar perut ke sekolah, ibu bapa yang gelisah setiap kali menjelang musim
hujan kerana tiada pendapatan.
Rakyat yang kaki kena potong atau terlantar di atas katil kerana kencing manis,
strok dan sebagainya, anak-anak muda dan kaum wanita yang menganggur kerana
tiada kemahiran atau peluang. Akan tetapi pada masa yang sama, saya juga lihat
terdapat banyak kawasan tanah subur yang terbiar, yang tidak diusahakan. Kita juga
dikurniakan sungai yang deras dan sinaran matahari sebanyak 2,000 jam setahun.
Tuan Yang di-Pertua, the immediate problem yang dihadapi rakyat miskin ialah
kesihatan dan to put food on the table. Jadi, saya fikir, bolehkah kerajaan mengadakan
sebuah kempen untuk menggalakkan rakyat terutamanya di kampung untuk
menggunakan sumber-sumber yang sedia ada untuk menghasilkan makanan.
Bukankah lebih baik kita membantu mereka untuk menghasilkan makanan organik yang
berkhasiat daripada terpaksa membekalkan pampers, ubat, kerusi roda di kemudian
hari. Saya percaya...
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Ya, Yang Berhormat Bentong...
Tuan Wong Tack [Bentong]: ...Program seperti ini...
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Yang Berhormat Kinabatangan
minta laluan. Sedikit boleh?
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Boleh?
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: ...Walaupun masa terhad?
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Sedikit sahaja, fasal
pertanian.
Tuan Wong Tack [Bentong]: Okay, I try my best. Go ahead.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Terima kasih Yang
Berhormat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat, apakah Yang
DR. 24.10.2019 83 Berhormat bersetuju bahawa negara kita ini perlu menuju kepada industri pertanian.
Apakah Yang Berhormat akan mencadangkan kepada Kementerian Pertanian dan
Industri Asas Tani supaya memperkasakan pertanian ini untuk membantu rakyat di luar
Tuan Chang Lih Kang [Tanjong Malim]: Yang Berhormat Pontian, tidak
mengapa.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian]: Diharamkan oleh KDN.
Tuan Chang Lih Kang [Tanjong Malim]: Saya hendak beritahu.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: UMNO yang ada
hubungan dengan komunis, UMNO yang hadiri.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian]: Kata-kata pengantar itu
Yang Berhormat Bagan yang buat.
Tuan Chang Lih Kang [Tanjong Malim]: Yang Berhormat Pontian, tidak
mengapa, tidak mengapa. Saya hendak bagitahu...
Tuan Cha Kee Chin [Rasah]: Tiada kaitan dengan Yang Berhormat Bagan-lah,
Yang Berhormat Pontian.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian]: Yang Berhormat Bagan
kata pengantar dalam komik itu.
Tuan Chang Lih Kang [Tanjong Malim]: In case Yang Berhormat Pontian tidak
tahu, komunis parti China pun tidak mengamalkan komunislah, tidak mengamal
comunisme.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian]: Kenapa KDN haramkan?
Tuan Chang Lih Kang [Tanjong Malim]: Itulah kena tanya...
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian]: Boleh pertikai pengharaman
oleh KDN? Itu pertanyaan saya pada Yang Berhormat Tanjong Malim.
Tuan Chang Lih Kang [Tanjong Malim]: Ya, Tanjong Malim akan persoalkan,
bukan pertikai. Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua: Ya, satu minit lagi ya.
Tuan Chang Lih Kang [Tanjong Malim]: Ya, ya. Ada dua isu yang pendek,
tidak mengapa. Pertama, tentang vape. Walaupun telah dibangkitkan oleh rakan-rakan
DR. 24.10.2019 113 Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain tetapi saya juga ingin menyuarakan pendirian saya.
Saya menyeru kerajaan supaya kita mengkaji balik. Jangan kita haramkan vape dengan
secara terburu-buru sebab ada ramai anak muda terlibat dalam business vape ini.
■1640
Sampai hari ini tak ada satu conclusive report, dengan izin, yang mengatakan
bahawa vape ini lebih berbahaya daripada tembakau ataupun rokok. Maka saya ingin
menyarankan kepada kerajaan supaya kita regulate vape tetapi tidak mengharamkan
vape dan satu lagi tentang isu PDK.
Elaun petugas PDK iaitu Program Pemulihan Dalam Komuniti ini, elaun petugas
hanya RM800. Walaupun itu hanya sebagai satu elaun tetapi semua petugas itu bekerja
secara sepenuh masa. Maka saya ingin mencadangkan kepada kerajaan supaya
menambahkan elaun petugas PDK yang sudah lama tidak bertambah.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tutup ucapan saya dengan dua rangkap pantun.
Membuat manisan dari buah salak; Dijual dengan macam-macam harga; Ada orang yang kuat menyalak; Boleh dibeli dengan macam-macam harga. Tuan Yang di-Pertua: Kata satu pantun sahaja?
Tuan Chang Lih Kang [Tanjong Malim]: [Membaca pantun]
Membeli baju bergambar waru; Pulangnya mampir membeli kelapa; Sudah kalah makin bercelaru; Asal tak dakwa siapa PM pun tak apa. Sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Malim. Sekarang
saya menjemput Yang Berhormat Rompin. Masih 15 minit.
4.41 ptg.
Dato’ Sri Hasan bin Arifin [Rompin]: Assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk membahaskan bajet yang
dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan. Bajet yang saya namakan
illusion budget. Bajet yang mungkin tidak akan tercapai, illusion sahaja. Mungkin tidak
akan tercapai oleh kerana beberapa faktor. Tidak jelas dasar fizikal dan monitory policy.
Selalunya kalau kita membentangkan bajet, harus jelas bagi memandu negara ini,
DR. 24.10.2019 114 memacu negara ini ke arah yang lebih baik. Dasar fizikalnya lebih jelas dan dasar
monitory-nya lebih jelas.
Rakan saya daripada Selayang tadi membangkitkan isu yang sangat relevan
tentang dasar fizikal iaitu berhubung dengan injection physical dalam pembangunan
negara. Cuba kita lihat suasana sekarang ini. Tidak ada kestabilan politik dalam negara,
masalah perpaduan yang makin rapuh, keadaan ekonomi dunia yang lembap, masalah
domestic economy yang bermasalah, harga komoditi yang rendah, kadar kemiskinan
yang tinggi, eksport menurun dan import meningkat. Kadar mata wang semakin
menurun. Semuanya indicated ekonomi dalam negara yang tidak menggambarkan yang
positif. Bagaimana bajet ini untuk address masalah ini dan bajet ini tidak mampu untuk
menyelesaikan masalah-masalah yang saya katakan tadi. Sebab itulah saya panggil
bajet ini bajet ilusi- illusion budget.
Kalau kita melihat bahawa bajet ini akan menyebabkan pendapatan orang miskin
akan lebih miskin, orang kaya akan lebih kaya. Dalam Dewan Rakyat yang lepas saya
mengatakan bahawa SST adalah pro-businessman. Konsep SST itu adalah pro kepada
businessman dan GST adalah pro kepada rakyat kerana setiap orang rakyat akan
dikenakan cukai dan tanggungjawab kerajaan untuk distribute cukai itu kepada mana-
mana pihak yang bertanggungjawab kerana negara kita tidak boleh dilepaskan kepada
market forces untuk menentukan struktur ekonomi. Negara harus lebih kepada
institutional driven, dengan izin. Agensi-agensi akan memainkan peranan untuk
distribute income dan pengagihan pendapatan dalam negara supaya jurang perbezaan
di antara orang kaya dengan orang miskin dapat dirapatkan semula...
Tuan Noor Amin bin Ahmad [Kangar]: Boleh celah sikit?
Dato’ Sri Hasan bin Arifin [Rompin]: Akan tetapi bajet hari ini tidak begitu.
Tuan Noor Amin bin Ahmad [Kangar]: Terima kasih Yang Berhormat Rompin.
Tuan Yang di-Pertua: Ya Yang Berhormat Kangar, silakan.
Tuan Noor Amin bin Ahmad [Kangar]: Saya ingat pendekatan yang Yang
Berhormat Rompin maksudkan tentang institutional driven ini telah kita jalankan selama
berdekad-dekad. Jadi agaknya mungkin Yang Berhormat Rompin dapat bantu jelaskan
mengapa sekarang ini jurang itu berlaku sedangkan kita telah mengambil pendekatan
yang sama selama berdekad-dekad.
Dato’ Sri Hasan bin Arifin [Rompin]: Saya bercakap bukan soal kerajaan lama
ataupun kerajaan baharu. Saya bercakap daripada segi realiti dan suggestion yang saya
nak kemukakan di Dewan ini supaya kalau kerajaan pada hari ini merasakan
pendekatan lama tidak bagus, dibuat pendekatan baharu tetapi saya nampak bajet hari
DR. 24.10.2019 115 ini merenggangkan lagi, menyusahkan lagi rakyat sedangkan bajet yang dibuat oleh
kerajaan dahulu adalah jelas bagaimana hendak mengatur ekonomi berkembang dan
bagaimana hasil dorongan ekonomi itu diagihkan kepada rakyat. Ini yang kita lihat.
Dalam konteks Malaysia, kita melihat bahawa dalam ekonomi terbuka,
institutional driven adalah penting dan ini yang dilakukan oleh kerajaan dahulu bagi
merenggangkan pendapatan di antara orang miskin dengan orang kaya. Saya ambil
satu contoh, adakah benar harga barang ini meningkat atau kah pendapatan tidak
meningkat? Kos sara hidup tidak boleh kita kawal kerana kita import banyak barang.
Sebenarnya pendapatan rakyat negara ini secara keseluruhannya tidak meningkat. Jadi,
kesannya kita melihat harga kos hidup itu membebankan rakyat kerana pendapatan
mereka tidak meningkat. Job creation tidak ada.
Kita mengatakan bahawa siswazah menganggur, tidak kompeten. Kita katakan
bahawa tidak memahami bahasa Inggeris itu adalah escapism kerajaan kerana
sebenarnya kita tidak berjaya mewujudkan pekerjaan, job creation. Adakah sebab orang
Jepun tidak faham bahasa Inggeris, mereka tidak maju? Kalau China tidak faham
bahasa Inggeris, kenapa mereka boleh maju? Taiwan tidak faham bahasa Inggeris,
mereka maju. Di Eropah, Switzerland, Germany, Perancis adalah negara-negara yang
tidak berbahasa Inggeris tetapi mereka maju. Kita escapism, job creation problem
sekarang ini. Ratusan ribu siswazah menganggur disebabkan oleh itu.
Cuba kita lihat struktur pendapatan dalam negara, saya cakap tadi institutional
driven. Bank Negara telah membuat kajian bahawa seluruh pendapatan syarikat negara
ini, pekerja bawahan dapat 35 peratus sahaja. Katalah RM1 juta, rakyat, pekerja
bawahan hanya dapat 35 peratus sahaja. Shareholders dan upper management board
of directors dapat 35 peratus. Negara maju, lower income people dapat 45 peratus
hingga 50 peratus. Jadi, kita need institutional driven to overcome this problem, dengan
izin dan ini harus dilakukan oleh kerajaan. Saya melihat we are trapped, kita
terperangkap dalam low income economy. Low income economy and middle-income
trap.
Kalau tidak ada institutional driven masalah ini tidak akan dapat diselesaikan. Ia
memerlukan komitmen yang tinggi daripada kerajaan untuk menyelesaikan masalah ini
dan paling kurang, kerajaan dahulu berjaya to distribute income melalui cukai yang lebih
progresif...
Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: Minta laluan.
Dato’ Sri Hasan bin Arifin [Rompin]: Sila, Yang Berhormat Beruas.
Tuan Yang di-Pertua: Silakan.
DR. 24.10.2019 116
Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: Terima kasih Yang Berhormat Rompin.
Malaysia merupakan negara yang di tingkat yang teratas untuk negara-negara yang
membangun daripada segi pendapatan. Keadaan ini telah berlangsung 30 tahun dan
selama ini mungkin Kerajaan Barisan Nasional pun ada peluang untuk meningkatkan
pendapatan hingga kita boleh mendapat pendapatan negara maju. Boleh cadangkan 30
tahun ini, apakah rancangan ataupun idea-idea yang boleh dikongsi dengan kerajaan
baharu supaya pendapatan boleh meningkat ke tahap negara maju? Terima kasih.
■1650
Dato’ Sri Hasan bin Arifin [Rompin]: Mungkin Yang Berhormat seorang
peguam, tidak memahami istilah-istilah ekonomi yang saya sebutkan tadi bahawa low-
income economy, middle-income trap. Itu adalah masalah. Kerajaan dahulu sedar,
ekonomi kita sedar. Sebab itulah polisi-polisi yang dilaksanakan oleh kerajaan dahulu
lebih menjurus kepada to distribute income dengan izin, kepada orang bawahan. Ini
telah berjaya dilakukan oleh kerajaan melalui beberapa dasar fizikal, dasar kewangan.
Kalau kita lihat banyak perkara yang dilakukan.
Saya melihat bahawa kalau 10 percent sahaja lari daripada income, bajet
terpaksa kita illusion. Kerajaan hari ini tidak akan dapat mengutip direct tax sebanyak
RM14 bilion. Indirect tax kalau 10 percent tidak dapat, ia akan gagal untuk mendapatkan
RM4.7 bilion. Maknanya kerajaan tidak akan dapat mengutip hampir RM20 bilion lebih
kalau lari. Mana mungkin dapat tercapai dalam ekonomi yang lembap. Income tax akan
kurang, company tax akan kurang, SST akan kurang.
Ini masalah yang dihadapi oleh negara pada tahun hadapan dan mungkin negara
ini akan menjurus kepada bankrap. Terpaksa meminjam lagi, jual harta. Kadang-kadang
saya tidak faham Yang Berhormat Menteri Kewangan selalu berbangga dengan inflation
yang rendah, two percent. Mungkin dia tidak faham ekonomi. Inflasi yang kurang
daripada satu percent membimbangkan. Inflation— saya ulangi dengan izin, the impetus
of development. Kalau tidak ada inflasi maknanya orang tidak berbelanja. Domestic
income tidak akan berkembang. Dia bangga.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian]: Yang Berhormat Rompin.
Dato’ Sri Hasan bin Arifin [Rompin]: Satu lagi saya tengok Yang Berhormat
Menteri Kewangan bangga dia kata bila Kerajaan Amerika kata radar negara...
Tuan Noor Amin bin Ahmad [Kangar]: [Bangun]
Dato’ Sri Hasan bin Arifin [Rompin]: Amerika kata Malaysia ini adalah negara
yang sedang diperhatikan perdagangan antarabangsa. Yang Berhormat Menteri
DR. 24.10.2019 117 Kewangan gembira dengan keadaan ini. Ini amat membimbangkan kita. Ya Yang
Berhormat Pontian.
Tuan Yang di-Pertua: Siapa? Yang Berhormat Pontian, silakan.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian]: Adakah beberapa orang
pakar ekonomi membuat telahan betul bahawa kadar inflasi yang terlalu rendah itu
menyebabkan negara terperangkap apa yang disebut sebagai deflasi? Itu satu.
Kemudian yang kedua, untuk menjadikan rakyat ini berpendapatan tinggi,
setujukah Yang Berhormat Rompin kalau kita tumpukan kepada kemahiran tinggi,
pendidikan tinggi dan juga keusahawanan yang berdaya saing untuk rakyat
berpendapatan tinggi. Apa pandangan?
Tuan Noor Amin bin Ahmad [Kangar]: Boleh sedikit lagi Yang Berhormat
Rompin?
Dato’ Sri Hasan bin Arifin [Rompin]: Sila.
Tuan Yang di-Pertua: Silakan.
Tuan Noor Amin bin Ahmad [Kangar]: Terima kasih. Saya percaya Yang
Berhormat Rompin orang yang faham ekonomi tahu orang kata situasi kalau ikut World
Economic Outlook pada tahun depan, ekonomi akan mencabar. Yang Berhormat
Rompin mungkin setuju bahawa kerajaan mengambil pendekatan expansionary ataupun
belanjawan mengembang. Dalam kata yang lain, belanjawan mengembang ini kita kena
tambah hutang. Sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Yang Berhormat Pekan
selepas tahun 2009. Pada tahun 2010 kita meningkatkan hutang kita sehingga 52
peratus KDNK pada waktu itu. Kemudian secara sedikit demi sedikit cuba
mengurangkan. Minta pandangan Yang Berhormat Rompin.
Dato’ Sri Hasan bin Arifin [Rompin]: Ya, ekonomi tidak akan berkembang
kalau tax structure you tidak bagus. Kerajaan hari ini tidak mengunjurkan satu tax
structure yang bagus. Kita kembangkan ekonomi kalau kita meminjam tidak bagus.
Kalau kita kembangkan dalam infrastruktur, bagus. Akan tetapi nampaknya kita tidak