PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN RAKYAT House of Representatives PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGALKEDUA secondSession Jilid 11 Bil. 46 Hari Khamis 19hb November 1992 KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Ruangan 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 18: Penjualan tanah DBKL kepada Kuala Lumpur Golf and Country Club - Y.B. Tuan Wee Choo Keong (Bakit Bintang) (Ruangan 38) RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (Ruangan 43/44) RANG UNDANG-UNDANG: Kang Undang-undang Perbekalan 1993 Jawatankuasa — . Jadua.1: Maksud 3.1, B,2, B.3, 3.4, B.5, B.6, B,7, B.8, B,9, B.10, B.ll, B.12 dan B.13 (Ruangan 46) USUL: Anggaran Pembangunan 1992 JawatanKuasa - Maksud P.7 dan P.8 (Ruangan 46)
139
Embed
PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.19.11.92 otk - 2 - (b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1991 negara
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
PENYATA RASMI PARLIMENPARLIAMENTARY DEBATES
DEWAN RAKYATHouse of Representatives
PARLIMENKELAPAN
Eighth Parliament
PENGGAL KEDUAsecond Session
Jilid 11 Bil. 46 Hari Khamis 19hb November 1992
KANDUNGAN
JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Ruangan 1)
USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 18:Penjualan tanah DBKL kepada Kuala Lumpur Golf andCountry Club - Y.B. Tuan Wee Choo Keong (Bakit Bintang) (Ruangan 38)
RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (Ruangan 43/44)
[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PEKTANYAAN-PERTANYAAN
INPORT KELAPA MUDA - MENJAGA KEPENTINGAN PENGUSAHA TEMPATAN
1 . Tuan Abdol Mulok bin Awang Damit minta Menteri Pertanianmenyatakan:
(a) apakah benar pengeluaran buah kelapa muda di negaraini tidak mampu memenuhi permintaan sehingga terpaksamengimport dari negara jiran;
(b) dari negara mana kelapa muda ini diimport dan berapajumlahnya;
(c) apakah langkah-langkah yang dilaksanakan bagi menjagakepentingan pengusaha tempatan; dan
(d) apakah usaha Kerajaan bagi meningkatkan pengeluaranbuah kelapa muda.
Setiausaha Parlimen Kementerian Pertanian [Tuan Mohd. Shariff
bin Haji Omar] : Tuan Yang di-Pertua,
(a) pengeluaran buah kelapa muda di negara ini sebenamya
mampu untuK memenuhi permintaan tempatan. Namun de-
mikian, import kelapa muda dibuat bersesuaian dengan
dasar terbuka Kerajaan dalam pengimportan barangan
pertanian untuk memenuhi permintaan segmen kecil pa-
saran tempatan . Walau bagaimanapun , peratus kuantiti
yang diimport adalah kecil iaiatu 0.01% pada tahun
1988 tetapi meningkat kepada 2.63% pada tahun 1991 .
DR.19.11.92 otk - 2 -
(b) Kebanyakan kelapa muda diimport dari negara Thailand,
Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat.
Pada tahun 1991 negara mengimport sebanyak 90,000
biji kelapa muda dari Thailand, 1,000,071 biji dari
Australia. dan 4.2 juta dari Indonesia.
(c) Untuk menjaga kepentingan pengusaha tempatan, Keraja-
an telah mengenakan kadar cukai sebanyak 5% bagi se-
tiap 100 biji kelapa tnuda yang diimport. Para peng—
usaha tempatan tidak perlu perlindungan yang lain
memandangkan lebih 98Z jumlah penggunaan kelapa muda
adalah hasil dari keluaran tempatan.
(d) Untuk makluman Dewan yang mulia ini, jumlah keluasan
yang ditanam dengan kelapa dalam tahun 1990 adalah
lebih kurang 330,000 hektar termasuk negeri Sabah dan
Sarawak. Pengeluaran kelapa dari keluasan ini mampu
untuk memenuhi permintaan dalam negeri bagi kelapa
segar dan kelapa muda serta menyediakan bahan mentah
untuk aktiviti hiliran. Usaha-usaha penyelidikan dan
tanaman benih-benih kelapa muda tempatan dan juga
jenis luar negeri telah giat dijalankan oleh MARDI
dan Jabatan Pertanian bagi mempelbagaikan ciri dan
rasa kelapa muda negara.
Tuan Haji Ishak bin Arshad: Tuan Yang di-Pertua, soalan tamba-
h a n . S a y a ingin mengetahui sejak Kerajaan menganjurkan kempen
meminum air kelapa muda, setakat manakah kempen itu telah memberi
DR.19.11.92 otk - 3 -
kasan dari segi pertambahan kepada pendapatan petani-petani yang
terlibat?
Soalan yang kedua ialah adakah benar dakwaan yang mengatakan
bahawa akibat kempen makan buah kelapa muda ini telah menyebabkan
berlakunya kekurangan penawaran buah kelapa, yakni buah kelapa tua
yang selalu digunakan terutama sekali oleh masyarakat di kampung-
kampung?
Tuan Mohd. Shariff bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, hasil
daripada promoai yang dibuat oleh Kementerian menggalakkan orang ra-
mai minum air kelapa muda, maka kita dapati sekarang ini masalah
kejatuhan harga kelapa sudah tidak kedengaran. Malahan kelapa muda
yang ada di negara kita pun sudah tidak mencukupi, kita terpaksa
mengimport dan kita berbangga kerana kelapa muda bukan sahaja dijual
di warung-warung tepi jalan, malahan dijual di hotel-hotel bertaraf
lima bintang, hotel antarabangsa.
Tuan Yang di-Pertua, metigenai soalan yang kedua, apa perlu kita
menunggu kelapa itu menjadi tua, jika harga kelapa muda lebih baik?
Dato' Haji Mohd. Zihin bin Haji Mohd. Hassan: Tuan Yang di-Per-
tua, soalan tambahan. Dalam jawapan tadi, Setiausaa Parlimen berke-
naan memberitahu bahawa kita mengimport kelapa dari Singapura, Thai-
land dan Indonesia. Bolehkah Yang Berhormat Setiausaha Parlimen
memberitahu kelapa dari negara manakah yang lebih mujarab untuk
hasrat Ahli Yang Berhormat dari Kangar tadi?
Tuan Mohd. Shariff bin Haji Omar: Tuan Yang di-pertua, kelapa
dari Malaysia yang paling baik sekali.
DR.19.11.92 otk - 4 -
KEMALANGAN LOKOMOTIF-BAS DI BUKIT MERTAJAM - PENYIASATAN
2. Tuan Chian Heng Kai minta Menteri Pengangkutan menyatakan:-
(a) adakah Kementerian beliau menyiasat kejadian kemala-ngan yang berlaku pada 28hb Ogos 1992 di mana sebuahlokomotif melanggar sebuah bas di Pekan BukitMertajam. Jika ya, sama ada laporan penyiasatan ituakan diumumkan; jika tidak, mengapa; dan
(b) adakah Kementerian berbincang dengan KementerianKerja Raya dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untukmelicinkan lalu-lintas di Bukit Mertrajam danmencegah kemalangan berulang lagi memandangkankejadian kemalangan telah kerap kali berlaku dankesesakan lalulintias di Pekan Bukit Mertajam adalahakibat daripada laluan keretapi yang begitu banyak.Jika ya, apakah keputusannya, jika tidak, mengapa.
Tibalan Menteri Pengangkutan [Datin Paduka Hajah Zaleha binti
Ismail]: Tuan Yang di-Pertua,
(a) satu penyiasatan mengenai kemalangan yang berlaku
pada 28hb Ogos, 1992 di pekan Bukit Mertajaiu sedang
dijalankan oleh KTM Bhd. Laporau penyiasatan iai
akan dimnumkan jika ianya didapati wajar demi
kepentingan awam.
(b) Pengurusan lalulintas di Bukit Mertajam adalah di
bawah bidang tanggungjawab Majlis Perbandaran
"Seberang Prai. Adalah difahamkan bahawa Majlis
Perbandaran Seberang Prai telah mengadakan satu
kajian mengenai kesesakan lalulintas di pekan Bukit
Mertajara dan hasil kajian tersebut mendapati bahawa
punca kesesakan bukan disebabkan oleh - laluan
keretapi, Berpandukan perakuan-perakuan dalam kajian
tersebut, satu sistem lalulintas baru telah
dilaksanakan pada Ihb Oktober, 1992 oleh Majlis
Perbandaran Seberang Prai.
DR.19.11.92 - 5 -
Tuan Chian Heng Kai: Tuan Yang di-Pertua, tadi Yang Berhormat
Timbalan Menteri mengatakan bahawa siasatan akan diumumkan. Saya
ingin bertanya, oleh kerana kejadian itu telah berlaku lebih kurang
3 bulan lalu, bilakah agaknya laporan itu boleh disiapkan?
Yang kedua, tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri mengatakan
bahawa kesesakan lalu-lintas di Pekan Bukit Mertajam bukan disebab—
kan oleh lalu—lintaa keretapi. Saya ingin bertanya sama ada Yang
Berhormat Timbalan Menteri ada pergi ke sana menyiasat? Oleh kerana
saya tidak bersetuju dengan apa yang dikaji oleh MPSp kerana saya
selalu lalu di sana, setiap hari lebih kurang 52 kali pintu keretapi
ditutup. Jadi, itu satu masalah yang menjadikan kesesakan lalu
lintas di Bukit Mertajam. Saya berharap Yang Berhormat Timbalan
Menteri boleh pergi ke sana menyiasat sendiri.
Datin Paduka Hajah Zaleha binti Ismail: Tuan Yang di-Pertua,
memang kejadian berlaku pada 28 Ogos 1992, cuma saya mengatakan,
jika didapati perlu barulah laporan itu diumumkan kepada awam kerana
mungkin kita dapati tak perlu kerana apabila berlaku kemalangan di
antara lokomotif dan sebuah bas di sana., tiada apa-apa kecederaan
pun yang berlaku. Jadi, apa perlunya hendak diumumkan laporan itu.
Yang keduanya, apa yang saya kata tadi itu adalah berpandukan
perakuan-perakuan yang telah dibuat oleh pihak yang mengkaji
mengenai kesesakan lalu-lintas di Bukit Mertajam. Kalau hendak
minta saya bacakan cadangan-cadangan mereka pun boleh, tetapi
panjang sangat, Tuan Yang di-Pertua, tak perlalah saya bacakan.
Timbalan Yang di-pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Tak Perlu.
DR,19.11.92 - 6 -
Tuan Chian Heng Kai: [Menyampuk]
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat,Yang Berhormat boleh. minta laporan itu.
Tuan Lim Hock Seng: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan,
Ini berkenaan dengan lokomotif berlanggar (accident). Baru-baru
ini, lebih kurang satu bulan yang lepas, sebuah lokomotif juga
melanggar masuk ke sebuah restoran di Stesen Suttorworth, Saya
ingin tahu sebab apa lokoraotif itu boleh melanggar masuk ke
restoran? [Ketawa]
Datin Paduka Hajah Zaleha binti Ismail: Tuan Yang di-Pertua,
jawapan yang ini bukan mengenai lokomotif melanggar restoran, kalau
hendak tanyalah pada masa yang lain.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Ya, memang soalan
itu terkeluar.
SKUAD SUKARELA BOMBA DI SARAWAK - PENUBUHAN
3. Puan Rohani binti Abd. Karim minta Menteri Perumahan danKerajaan Tempatan menerangkan:-
(a) apakah perancangan untuk menubuhkan Skuad SukarelaBomba di Sarawak; dau
(b) berapa buah skuad pencegah kebakaran sukarela akanditubuhkan di kawasan P.155 Santubong yaag tidakada mempunyai sebarang stesyen bomba langsung,
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan [Tuan Osu bin
Haji Sukam]: Tuan Yang di-Pertua,
(a) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan melalui
Jabatan Perkhidmatan Bomba Malaysia memang meng-
galakkan penubuhan pasukan bomba sukarela di
seluruh negara termasuk di Sarawak. Kerajaan sedia
memberi bantuan sewajarnya kepada mana-mana pihak
yang bercadang untuk menubuhkan pasukan bomba
sukarela di kawasan masing-masing.
DR.19.11.92 - 7 -
(b) Pada masa ini tidak terdapat pasukan bomba sukarela
di kawasan Santubong. Saya mohon kerjasama Yang
Berhormat sebagai Wakil Rakyat kawasan tersebut
untuk menggerakkan usaha menubuhkan pasukan bomba
sukarela di kawasan tersebut,
Puan Rohani binti Abd. Karim: Tuan Yang di-Pertua, soalan
tambahan. Bolehkah saya tahu apakah jenis-jenis bantuan yang
diberikan seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi?
Tuan Osu bin Haji Sukam: Tuan Yang di-Pertua, selain daripada
memberi latihan, Kerajaan juga memberi bantuan berupa pam air untuk
kegunaan bomba sukarela.
Wan Hanafiah bin Wan Mat Saman: Tuan Yang di-Pertua, soalan
tambahan. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri telah menjawab
bahawa Kementerian telah memberi bantuan para. Di tempat saya ada
pasukan bomba sukarela. Pasukan bomba sukarela ini adalah
"sukarela", kita tahu, tetapi yang saya tahu semua kita kena beli,
terutama sekali Wakil-wakil Rakyat kena beri bantuan iai. Saya
ingin tahu kalau hendak beri paip sahaja, bukanlah hendak air, jadi
saya lihat pasukan bomba sukarela di kawasan saya itu kereta bomba
pun kena beli, topi pun kena beli, serba-serbi pun kena beli. Jadi
saya tngin tahu daripada Kementerian ini, selain daripada paip itu,
kalau hendak beri paip sahaja dia hendak buat apa, bila kebakaran
dia hendak- kena lari dengan kereta bomba juga. Adakah kereta-kereta
lama diberi kepada pasukan-pasukan sukarela?
Tuan Osu bin Haji Sukam: Tuan Yang di-pertua, untuk makluman
Ahli Yang Berhormat bahawa Kerajaan terpaksa membelanjakan untuk
DR.19.11.92 - 8 -
pam air complete dengan segala alat keperluan bagi keguuaan untuk
melawan kebakaran ialah di antara RM42,000 sehingga RM50,000 satu
set. Jadi, ini adalah satu bantuan yang difikirkan cukup besar
untuk diberikan kepada mana-mana bomba sukarela,
Walau bagaimanapun, jika sekiranya terdapat kereta-kereta bomba
yang sudah lama, lanya bolehlah diagih-agihkan mengikut keperluan
dan keutamaan.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat
Tuan Joseph 7oon Shin Choi.
[Soalan No. 4. 7.B. Tuan Joseph Voon Shin Choi tidak hadir]
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat
Tuan Shahidan bin Kassim.
Tuan Shahidan bin Kassim: Tuan Yang di-Pertua, soalan ini
selalu dijawab. Soalan No. 5.
TUNTUTAN FILIPINA TERHADAP SABAH
5, Tuan Shahidan bin Kassim minta Menteri Luar Negeri menyatakanapakah kedudukan sebenar mengenai tuntutan Filipina terhadap Sabahsekarang.
Timbalan Menteri Luar Negeri [Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che
Wan]: Tuan Yang di-Pertua Menteri Luar Filipina, Encik Roberto
Romulo semasa lawatan beliau ke Kuala Lumpur pada 13 hingga 15
September yang lepas telah memaklumkan bahawa Kerajaan Filipina di
bawah pimpinan Presiden Fidel Ramos berhasrat untuk terus
DR.19.11.92 - 9 -
melanjutkan usaha—usaha ke arah menggugur dan menyelesaikan soal
tuntutan Filipina ke atas Sabah.
Semasa pertemuan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dengan
Presiden Ramos pula di Brunei pada 5 Oktober yang lalu, Presiden
Ramod juga telah memaklumkan hasrat yang sama di samping ingin
meningkatkan hubungan dua haLa antara Filipina dengan Malaysia
dengan cara mencari pendekatan baru dalam menyelesaikan masalah di
antara kedua-dua buah negara.
Kita difahamkan bahawa Kerajaan Filipina sedang mengambil
langkah-langkah yang sewajarnya untuk mencari penyelesaian akan isu
tuntutan Filipina ke atas Sabah. Kerajaan kita tetap berpendirian
bahawa Sabah adalah sebahagian daripada Wilayah Malaysia. Pihak
lain tidak berhak membuat tuntutan ke atas Sabah dan mempersoalkan
kedaulatan Malaysia ke atas Sabah. Masalah tuntutan Filipina dan
langkah-langkah menggugurkannya adalah soal hal ehwal dalam negeri
Kilipina. Kita bersedia menunggu pihak Kerajaan dan Kongres
Filipina mengambil langkah-langkah yang sewajamya untuk menyelesai-
kan masalah tuututan tersebut.
Tuan Haji Abdol Hadi bin Haji Awang: Tuan Yang di-Pertua,
soalan tambahan. Yang pertama, apakah usaha yang dilakukan supaya
pihak Filipina membuat kenyataan yang lebih terbuka membatalkan
tuntutannya ke atas Sabah?
Yang kedua, apakah sikap dan pendirian kita berhubung dengan
kenyataan yang dibuat oleh aeorang pegawai tinggi Amerika seperti
yang dilaporkan oleh akhbar bahawa Amerika berpihak kepada Filipina
dalam tuntutannya ke atas kepulauan Spratly. Apakah Amerika dan
negara-negara seperti itu juga dapat membuat ataupun memberi suatu
pengiktirafan yang sama seperti itu bahawa Sabah adalah sebahagian
daripada Wilayah Malaysia?
DR.19.11.92 - 10 -
Dato' Dr. Abdullah Fadzil bin Che Wan: Tuan Yang di-pertua,
bagi soalan pertama, kenyataan yang lebih nyata belum dapat dibuat
olah pihak pentadbir Kerajaan Filipina oleh kerana mereka perlu
mendapat kelulusan daripada kedua-dua buah Dewan Kongres dan Senat
terlebih dahulu barulah mereka boleh membuat suatu kenyataan rasmi
tentang ingin menggugurkan tuntutan ke atas negeri Sabah.
Yang keduanya ialah mengenai pendapat seorang pegawai daripada
Kerajaan Amerika Syarikat tentang ingin campurtangan dalam isu
Spratly tidak timbul dan saya kira juga pihak Amerika Syarikat tidak
akan mengambil tahu ataupun campurtangan dalam hal tuntutan Filipina
ke atas negeri Sabah.
Tuan Abdul Mulok bin Awang Damit: Terima kasih, Tuan Yang
di-Pertua, soalan tambahan. Apakah benar Kerajaan Filipina telahpun
menubuhkan satu jawatankuasa bagi meneliti soal tuntutan Filipina
terhadap negeri Sabah ini iaitu bagi mencari consensus untuk meng-
gugurkan tuntutan tersebut dan saya ingin tahu apakah laporan
mutakhir ataupun perkembangan terakhir daripada jawatankuasa ini?
Dato' Dr. Abdullah Fadzil bin Che Wan; Tuan Yang di-Pertua,
memang benar setahu kita bahawasanya Kerajaan Filipina telahpun
menubuh sebuah jawatankuasa khusus untuk mencari jalan untuk
menyelesaikan masalah tuntutan ke atas negeri Sabah. Hingga kini
kita belum lagi dapat menerima apa-apa laporan yang terakhir
berkenaan dengan keputusan ataupun kejayaan yang telah dicapai oleh
jawatankuasa, tetapi kita anggapkan ini satu langkah yang positif
terhadap niat Kerajaan pimpinan Fidel Ramos yang ingin menggugurkan
tuntutan ke atas negeri Sabah.
DR. 19.11.92 - 11 -
CUKAI IMPORT MINYAK SAWIT
6. Tuan Foo Piew Kok minta Menteri Perusahaan Utama menyatakankadar cukai import untuk minyak sawit dan barangan mengandungiminyak sawit di negara asing yang membeli barangan tersebut darinegara kita dan sejauh manakah perbincangan dengan negara- tersebutdiadakan untuk mengurangkan ataupun menghapuskan cukai importtersebut.
Timbalan Menteri Perusahaan Utama [Dato' Haji Tengku Mahmud
bin Tengku Mansor]: Tuan Yang di-Pertua, beberapa negara pengimport
masih lagi mengenakan cukai import ke atas minyak sawit misalnya
negara-negara Kesatuan Eropah mengenakan cukai import sebanyak 42
terhadap minyak sawit mentah dan 122 kepada minyak sawit diproses.
Bagi negeri China baru-baru ini Malaysia teLah berjaya mendapatkan
Kerajaan negeri China untuk menurunkan cukai import terhadap minyak
sawit daripada 302 kepada 20% untuk menjadikannya sejajar dengan
cukai import yang dikenakan terhadap lain-lain minyak sayuran dan
lemak.
Kerajaan Pakistan juga telah mengurangkan duti import dari
4,500 rupee setan kepada 2,500 rupee setan. Tetapi ini masih lagi
tinggi jika dibandingkan dengati duti import yang dikenakan kepada
kacang soya. Jika Yang Berhormat berminat untuk mendapatkan senarai
penuh duti import tersebut, saya dengan sukacitanya boleh
mengemukakan dengan secara bertulis.
Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan memang sentiasa berusaha untuk
menghapuskan jika boleh dan sekurang-kurangnya mengurangkan
rintangan tarif dah bukan tarif yang dikenakan terhadap minyak
DR.19.11.92 - 12 -
sawit Malaysia secara perbincangan duahala dan pelbagai hala dengan
negara-negara pembeli. Dalao hal ini di bawah skim Sistem Keutamaan
Am (GSP), Jepun dan Amerika Syarikat tidak mengenakan duti import
terhadap minyak. sawit. RepubLik Korea pula akan mengurangkan duti
import minyak sawit dari 4% kepada 3%.
Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan sentiasa mengadakan rundingan-
rundingan di peringkat duahala seperti semasa lawatan Ketua-ketua
Kerajaan. Ini termasuk juga sebahagian besar rombongan-rombongan
daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Timbalan Perdana
Menteri, yang didakwa oleh setengah-setengah Ahli-ahli DAP tidak
memberi manafaat dan faedah, padahal mesyuarat seumpama itu amat
penting dalam menentukan duti-duti import dan lain-lain sekatan dari
negara-negara lain. Di samping itu, Mesyuarat Suruhanjaya Bersama
juga terutama dengan negara-negara pembeli rainyak sawit sering
mengadakan perbincangan bagi maksud yang sama. Di samping itu
perkara-perkara mengenai penghapusan duti import minyak sawit juga
dibangkitkan di peringkat ASEAN semasa dialognya dengan rakan-rakan
perdagangannya. Dt peringkat pelbagai hala Keraj aan Malaysia
sentiasa menimbulkan penghapusan rintangan yang berbentuk tarif dan
bukan tarif kepada minyak sawit di bawah Perjanjian Am Perdagangan
(GSP) dan Tarif (GATT).
Tuan Foo Piew Kok: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Tuan
Yang di-Pertua, saya ingin tahu selain daripada rundingan mengurang-
kan ataupun menghapuskan cukai import itu, saya ingin tahu apakah
usaha-usaha lain untuk meningkatkan jumlah eksport minyak kelapa
sawit dan barangannya.
DR.19.11.92 - 13 -
Soalan saya yang kedua, Tuan Yang di-Pertua, Duta Amerika
Syarikat di negara kita pernah memberi jaminan bahawa mulai 8hb
November 1992, pihak Kerajaannya akan berhenti menggunakan label
yang mengandungi perkataan "Tanpa Minyak Kelapa Sawit", saya ingin
tahu sama ada jaminan itu telah ditunaikan, jika tidak kenapa, apa-
kah tindakan yang akan diambil selanjutnya.
Dato' Haji Tengku Mahmud bin Tengku Mansor: Tuan Yang
di-Pertua, sebagaimana yang saya terangkan hasil daripada kegiatan
yang dijalankan oleh pemimpin-pemimpin negara kita maka kita telah
nampak pertambahan eksport minyak sawit begitu ketara. Misalnya
pada tahun 1980 kita hanya mampu eksport sebanyak 2,749,600 tan
sahaja dengan nilai RM2,981,700 sahaja. Tetapi manakala tahun 1991,
eksport ini telah bertambah kepada 7,200,300 tan dengan nilainya
sebanyak RM5,864,900 juta ataupun RM5.9 bilion.
Soal label sebagaimana yang dikatakan, sehingga ini kita
berpuashati dengan jaminan yang diberi dan apa tindakannya, tunggu-
lah selepas daripada perkembangan selanjutnya.
MERCUN DAN BUNGA API DI MUSIM PERAYAAN - LARANGAN
7. Puan Hajah Rakibah binti Haji Abdul Manap minta Menteri DalamNegeri menyatakan memandangkan bahawa Kerajaan telah- mengharamkanorang ramai membakar mercun tetapi semasa hari-hari perayaan sepertiHari Raya Puasa atau Hari Tahun Baru China masih lagi terdapatkanak-kanak dan belia yang tercedera kerana bermain mercun ataubunga api, apakah tindakan Kerajaan akan ambil.
DR.19.11.92 - 14 -
Setiausaha Parlimen Kementerian Dalam Negeri [Tuan Ong Ka
Ting]: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menjelaskan di sini bahawa
kecederaan bermain mercun dan bunga api pada musim-musim perayaan
sebenarnya adalah berpunca dari mercun buatan sendiri. Bagi meng-
atasi masalah tersebut, Kerajaan akan sentiasa membuat penguat-
kuasaan dan mengambil tindakan yang sewajarnya. Bagi tempoh Ihb
Ogos 1991 hingga 31hb Ogos 1992, sebanyak 220 kes tangkapan telah
dibuat dan didakwa di Mahkamah berhubung dengan kesalahan membakar
mercun.
Selain daripada itu orang ramai sentiasa diberi peringatan
menjelang musim-musim perayaan mengenai bahaya mercun dan tindakan
undang-undang yang boleh diambil kerana membakarnya.
Tuan Foog Kui Lun: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya
ingin bertanya Yang Berhormat Setiausaha Parlimen, apabila permainan
mercun diharamkan orangramai masih bermain lagi kerana terdapat stok
yang disembunyikan. Soalan saya, Tuan Yang di-Pertua, adakah
Kerajaan sudah menyiasat sama ada stok masih disimpan. Jika ada,
apakah tindakan yang diambil?
Tuan Ong Ka Ting: Tuan Yang di-Pertua, memang adalah menjadi
satu perkara yang serius kalau terdapat mana-mana pihak yang masih
menyimpan stok atau menjual mercun yang telah dilarang untuk dijual
ataupun dibakar. Kalau sekiranya pihak polis dapat apa-apa
maklumat, ki ta akan mengambi]. tindakan mengikut undang-undang oleh
kerana pelarangan ke atas pembakaran mercun masih berkuatkuasa
sehingga kini.
Puan Hajah Rakibah binti Haji Abdul Manap: Tuan Yang
di-Pertua, soalan tambahan. Saya ingin tahu daripada mana datangnya
bahan-bahan chemical yang dibuat mercun? Umpamanya sulfur, adakah
ia diimport, kerana kita tidak ada gunung berapi. Adakah dari
negara kita dan sekiranya ia diimport, bagaimanakah kawalan-kawalan
akan diambil memandangkan Tahun Baru Cina tidak lama lagi, ' jadi
bagaimanakah tindakan.
DR.19.11.92 - 15 -
Tuan Ong Ka Ting: Tuan Yang di-Pertua, adalah ketat dari segi
undang-undang untuk mana-mana pihak cuba hendak import barang yang
boleh meletup (explosive) kerana kita sudah ada undang-undang yang
ketat, kecuali mereka yang berlesen untuk sesuatu tujuan yang sah
dan terlebih dahulu memohon kepada pihak-pihak yang berkenaan baru
dapat mereka import dengan kawalan-kawalan yang tertentu. Jadi,
Kerajaan tidak akan bertolak ansur kepada mana-mana pihak cuba
menyalahgunakan bahan-bahan yang mudah meletup.
Mengenai mercun buatan sendiri, mereka mungkin mempunyai
seperti yang dinyatakan tadi, ada stok lama, mungkin mereka cuba
gunakan bahan itu, daripada mercun yang kecil1 jadikan mercun yang
lebih kuat supaya meletup dengan bunyi lebih kuat, dengan itu mereka
cedera dan kemalangan lebth serius akan timbul. Walau bagaimanapun,
perkara ini adalah terkawal. Menjelang musim Tahun Baru nanti
penguatkuasaan akan dipertingkatkan.
TERNAKAN KHINZIR - DASAR KERAJAAN
8. Tuan Lim Guan Eng minta Menteri Pertanian menyatakan DasarKerajaan mengenai penternakan khinzir (babi);
(a) mengesahkan bahawa semua negeri-negeri dimintamemperuntukkan satu kawasan untuk menternakkhinzir;
(b) sebutkan negeri-negeri yang menghararakanpenternakan khinzir;
(c) sama ada pengharamannya di Terengganu danpengumuman oleh Ketua Menteri Melaka, YAB TanSri Abdul Rahim Tamby Chik melanggari keputusanini; dan
(d) kalau ya, nyatakan apakah tindakan yang akandiambil untuk mengarahkan keputusan ini ditarik-balik dan kalau tidak ada tindakan diarabil, -mengapa.
DR.19.11.92 - 16 -
Setiausaha Parlimen Kementerian Pertanian [Tuan Mohd. Shariff
bin Haji Omar]: Tuan Yang di-Pertua,
(a) Pada 20hb Februari, 1991 Jemaah Menteri telah memutuskan
supaya konsep kawasan pentemakan khinzir dijadikan
pendekatan asas untuk menyelesaikan masalah pencemaran
akibat daripada penternakan khinzir. Pihak negeri diminta
mengenalpasti kawasan-kawasan tertentu untuk maksud
tersebut.
(b) Tiada negeri yang mengharamkan penternakan khinzir.
(c) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, di negeri Terengganu
tidak ada penternakan khinzir. Sementara di negeri
Melaka, Kerajaan Negeri raerancang untuk, dengan izin,
'phase out' penternakan khinzir di Paya Mengkuatig.
Kerajaan Negeri telah melantik Universiti Pertanian
Malaysia untuk menjalankan kaj ian aktiviti alternatif
seperti perindustrian dan pelancongan bagi kawasan
tersebut.
(d) Soalan ini tidak berbangkit.
Tuan Lim Guan Eng: Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bertanya
Yang Berhormat Setiausaha Parlimen sama ada beliau sedar bahawa
khinzir pernah diternak di Terengganu, tetapi baru diharamkan pada
tahun yang lepas, selepas kenenangan Barisan Nasional di negeri
Terengganu. Pihak MCA telah juga berjanji akan mengatasi atau
menyelesaikan masalah ini supaya penternakan khinzir dibenarkan
semula. Apakah susulan atau 'feed-back' dari pihak Kerajaan
mengenai masalah ini di Terengganu?
DR.19.11.92 - 17 -
Mengenai pengumuman oleh Ketua Menteri Melaka, Yang Amat
Berhormat Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik bahawa penternakan khinzir
akan di 'phase out', dengan izin, seperti yang dinyatakan tadi olah
Yang Berhormat Setiausaha Parl imen. Bukankah keputusan ini
bercanggah dengan keputusan yang telah dibuat oleh Jemaah Menteri di
mana getiap negeri telah dirainta membenarkan penternakan khinzir dan
bukan diharamkan seperti yang telah berlaku di negeri Terengganu dan
juga akan berlaku di negeri Melaka? Adakah pihak Kerajaan akan
menegakkan satu dasar, satu keputusan yang telah dibuat oleh pihak
Jemaah Mentari?
Tuan Mohd. Shariff bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, saya
ingat Yang Berhormat dari kawasan Kota Melaka cuba hendak
mengelirukan Dewan ini. Saya suka maklumkan kepada Yang Berhormat,
saya sudah jawab tadi, Kerajaan Negeri Terengganu tidak pernah
haramkan. Soalannya, Kerajaan Negeri Terengganu telah menetapkan
syarat-syarat untuk menternak babi. Penternak tidak dapat memenuhi
syarat-syarat yang ditetapkan, oleh kerana itu tidak ada permit
menternak babi di negeri Terengganu. Jadi, bukan haram. Ini ada
perbezaan.
Yang kedua tentang apa yang disebutkan oleh Yang Araat Berhormat
Ketua Menteri Melaka, dia hendak 'phase out' ternakan babi dan
tempat yang dimaksudkan ialah di kawasan yang tertentu', iaitu di
kawasan Paya Mengkuang. Cukup. khusus penternakan babi di Paya
Mengkuang, oleh kerana tempat yang berkenaan dicadangkan untuk
tujuan pelancongan dan perindustrian. Jadi, Yang Berhormat patut
sedar
DR.19.11.92 - 13 -
bahawa pembuangan najis khinzir ini memberi kesan yang sangat serius
kepada pencemaran; pencemaran sungai, pencemaran parit, jalan
kampung di sekitar dan sebagainya. Jadi, kita bukan kerana fasal
orang Cina ternak babi, jadi kita tak beri. Ini soalnya masalah
pencemaran. Jadi, jangan cuba hendak gunakan tempat ini untuk
tujuan politik sempit DAP ini. [Tepuk]
Tuan Haji Mohamad bin Sabu: Tuan Yang di-Pertua, bagaimana
pihak Kementerian Pertanian untuk mengawal di antara hak orang-orang
bukan Islam untuk menternak khinzir.... [Disampuk] dan untuk
menjaga sensitif orang-orang Islam terhadap khinzir itu - tak habis
ayat lagi pun, sudah hentam! [Ketaw] Jangan ikut contoh Menteri
Kewangan, dia tak baik. Yang ini orang baik. [Ketawa]
Soalan yang kedua, kadangkalanya mereka menternak dan khinzir
itu terlepas masuk ke kampung-kampung Melayu, kampung orang Islam.
Apakah Kerajaan untuk mendenda lebih berat kepada penternak khinzir
yang khinzir mereka terlepas seperti berlaku di Kampung Selamat,
Tasek Gelugor, selalu masuk ke rumah-rumah orang Islam dan sensitif.
Jadi, apakah tindakan untuk mendenda lebih keras kepada penternak
khinzir yang tidak mengikut peraturan? Jawab baik-baik, jangan jadi
Menteri Kewangan, dia tak guna. [Ketawa]
Tuan Mohd. Shariff bin Haji Omar: Soalan pertama tadi apa?
[Ketawa]
DR.19.11.92 - 19 -
Tuan Haji Mohamad bin Sabu: Mengawal antara hak orang bukan
Islam menternak khinzir dengan sensitif orang Islam terhadap
khinzir.
Yang kedua, adakah undang-undang untuk denda lebih kuat kepada
penternak khinzir yang membiarkan khinzir mereka terlepas dan masuk
rumah-rumah orang Islam seperti berlaku di kawasan Kampung Selamat,
Tasek Gelugor,
Tuan Mohd. Shariff bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, saya
sudah sebut tadi Kerajaan tidak mengharamkan penternakan babi.
Maknanya ada kawasan-kawasan tertentu yang dibenarkan untuk
diternakkan. Jadi, saya sudah sebutkan tadi. Jadi, maknanya
kawasan yang boleh itu, bolehlah diternak, jadi ini kuasa Kerajaan
Negeri.
Yang Berhormat kata babi terlepas itu, babi hutan. [Ketawa]
Jadi, itu kena tembaklah. [Ketawa]
PELARIAN BOSNIA-HERZEGOVINA - PERLINDUNGAN
9. Tuan Haji Nik AbdulLah bin Haji Arshad minta Menteri LuarNegeri menyatakan:-
(a) adakah dan apakah usaha Wisma Putra mengajaklain-lain negara umat Islam membentukkhanah-kheraah pelarian khas bagi umat IslamBosnia-Herzegovina di mana-mana tempat yangberhampiran dengan Bosnia bagi melindungi parapelarian khususnya dalam menghadapi musim sejuksekarang;
(b) adakah Wisma Putra menyimpan maklumat tentangjumlah pelarian Bosnia-Herzegovina di mana-mananegara Eropah selain Croatia dan sila sebutkanbilangannya mengikut negara-negara tadi. Adakahlangkah-langkah memindahkan mereka ka Eropahsebagai usaha untuk mengurangkan majoriti umatIslam di Bosnia. Adakah Wisma Putra membantahusaha itu; dan
DR.19.11.92 - 20 -
(c) sebilangan besar bayi dan kanak-kanak lslamBosnia-Herzegovina telah dilarikan ke negara-negara Eropah khususnya Jerman dan Itali yangkemudian mereka ditukar aqidahnya, adakahKerajaan membuat bantuan kepada negara-negaraterbabit baik melalui kerjasama dua hala ataumelalui pertubuhan-pertubuhan antarabangsa.Apakah langkah-langkah yang Kerajaan ambii bagimemulangkan bayi dan kanak-kanak itu ke pangkuanumat Islam,
Timbalan Menteri Luar Negeri [Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che
Wan]: Tuan Yang di-Pertua,
(a) Ingin saya memaklumkan bahawa tempat-tempat yang dicadang-
kan oleh Yang Berhormat untuk mendirikan khemah-khemah
pelarian Bosnia-Herzegovina adalah membabitkan kawasan
negara-negara yang merdeka. Sekiranya ada khemah-kheraah
dibentukkan di negara-negara jiran tersebut, itu adalah
semata-mata atas jasa baik negara itu sendiri.
(b) Jumlah pelarian dari negara bekas Yugoslavia yang kini
berada di negara-negara Eropah mengikut laporan adalah
seperti berikut:-
German - 220,000 orang
Switzerland- 70,450 orang
Austria - 57,500 orang
Hungary - 50,000 orang
Sweden - 47,600 orang
Turkey . - 15,000 orang.
DR.19.11.92 - 21 -
Jumlah sebenar umat Islam Bosnia-Herzegovina antara saya
sebutkan tadi tidak dapat diketahui dengan tepat kerana
ianya bercampur dengan lain-lain agama.
Ingin saya menyatakan bahawa pemindahan orang—orang
pelarian ke negara-negara di Eropah bukanlah untuk
mengurangkan majoriti umat Islam di Bosnia. Mereka adalah
pelarian dari peperangan yang berterusan di negara mereka.
Sehingga kini hanya negara—negara Eropah Barat dan Turkey
yang sanggup menerima orang-orang pelarian ini. Malaysia
pula telah menerima seramai 130 orang kanak-kanak Bosnia
serta ibu mahupun penjaga mereka.
(c) Seperti yang saya terangkan di atas tadi, kanak-kanak
Islam Bosnia-Herzegovina dikeluarkan dari negara mereka
untuk menyelamatkan mereka dari menjadi mangsa-mangsa
peperangan. Pihak saya belum mendengar secara rasmi
bahawa mereka ditukar aqidah. Sekiranya negara-negara
Islam khuatir mengenai kemungkinan ini, mereka harus
bersedia menerima kanak-kanak ini seperti dibuat oleh
Kerajaan Barisan Nasional dengan sokongan dan kerjasama
ABIM.
Tuan Abmad Shukri bin Haji Hassan: Tuan Yang di-Pertua, soalan
tambahan. Saya ingin tahu adakah mana-mana Kerajaan Negeri yang
telah mempelawa, menjemput orang-orang pelarian Bosnia ini untuk
dijaga di negeri tersebut.
DR. 19.11.92 -22-
Yang kedua, mengenai soalan (b) itu, saya ingin bertanya
pendapat Timbalan Menteri nampaknya Yang Berhormat yang bertanya ini
begitu concerned, begitu prihatin terhadap aqidah orang-orang Islam
di Bosnia-Herzegovina. Tetapi dia tidak begitu concerned terhadap
aqidah orang-orang UMNO dan orang Islam di Dewan ini yang mengatakan
kita menolak Al-Quran.
Dato' Dr. Abdullah Fadzil bin Che Wan: Tuan Yang di-Pertua,
yang pertamanya tidak ada mana-mana negeri di Malaysia lebih-lebih
lagi negeri yang diperintah oleh parti lslam yang membuat mana-mana
pelawaan untuk membawa pelarian Bosnia-Herzegovina ke negeri mereka.
Yang keduanya, memang begitulah politik sebuah parci yang ada
dalam negara kita ini untuk hendak memutar-belitkan keadaan.
Tuan Haji Abdul Hadi bin Awang: Tuan Yang di-Pertua, soalan
tambahan. Apakah rancangan-rancangan yang telah dibuat dan
langkah-langkah yang diambil oleh Malaysia dan negara-negara anggota
OIC yang lain bagi mengekalkan semangat kelslaman dan aqidah,
semangat kecintaan kepada tanahair dan meneruskan perjuangan di
kalangan pelarian-pelarian Bosnia-Herzegovina?
Dato' Dr. Abdullah Fadzil bin Che Wan: Tuan Yang di-Pertua,
saya telah jawab banyak kali dah tentang apa yang telah dibuat oleh
Malaysia khususnya dan lain-lain negara dalam OIC sendiri. Maka
saya kira tidak perlulah saya ulangi berulangkali kerana jawapannya
telah diberikan oleh saya dan lain-lain Menteri di Dewan yang mulia
ini.
DR. 19.11.92 -23-
BELIA MENGANGGUR - PENUBUHAN JAWATANKUASA KHAS
10, Tuan James Jimbun anak Pungga minta Menceri Sumber Manusiamenyatakan sama ada Kementerian bercadang untuk menubuhkanJawatankuasa Khas bagi mengatasi masalah belia menganggur terutama.di kawasan luar bandar di seluruh negara.
Timbalan Menteri Sumber Manusia [Dato' M. Mahalingam]: Tuan
Yang di-Pertua, Kementerian Sumber Manusia tidak bercadang untuk
menubuhkan satu jawatankuasa bagi mengatasi masalah belia menganggur
terutamanya di kawasan luar bandar di seluruh negara. Ini adalah
kerana pada masa ini telah terdapat 50 buah Pejabat Tenaga Rakyat di
seluruh negara yang terletak di bawah Kementerian Sumber Manusia
yang telah ditubuhkan bagi membantu para pencari kerja untuk
mendapatkan pekerjaan.
Oleh itu, bagi para belia yang masih menganggur dan sedang
mencari pekerjaan mereka adalah dinasihatkan dan digalakkan untuk
mendaftar dengan Jabatan Tenaga Rakyat bagi membolehkan pihak
jabatan membantu mereka untuk mendapatkan pekerja.
Tuan Shahidan bin Kassim: Tuan Yang di-Pertua, soalan
tambahan. Oleh kerana semua orang yang inginkan sesuatu mereka
terpaksa menubuhkan persatuan. Jadi, apakah Yang Berhormat oleh
kerana tidak mahu menubuhkan jawatankuasa mencadangkan supaya
penganggur-penganggur ini menubuhkan persatuan - "Persatuan
Penganggur" yang mana kitia berharap pemimpin-pemimpin mereka ini
oleh kerana mereka daripada penganggur tidak mendapat gaji yang
mahal seperti yang dibayar oleh TWU kepada Ahli Yang Berhormat dari
Puchong.
DR.19.11.92 -24-
Jadi, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat adakah Kerajaan
bercadang untuk menubuhkan persatuan atau menggalakkan mereka,
menubuhkan persatuan untuk memperjuangkan kepentingan ahli-ahli dan
juga Kementerian membuat kawalan supaya pemimpin-pemimpin mereka
tidak mendapat gaji yang tinggi seperti yang dibayar oleh TWU kepada
Ahli Yang Berhormat dari Puchong.
Dato' M. Mahalingam: Tuan Yang di-Pertua, kalau baik kita
boleh menerima. [Ketawa]
Tuan Lau Dak Kee: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.
Menurut jawapan daripada Timbalan Menteri yang berkenaan, saya
hendak tahu sama ada Kementeriannya mengaku bahawa ada banyak lagi
pemuda-pemudi yang menganggur khasnya di kawasan-kawasan luar
bandar. Kalau ada, adakah ini satu tanda menunjukkan bahawa Barisan
Nasional tidak dapat mengatasi pengangguran di kawasan-kawasan
terpencil khasnya di luar bandar [Boo!]
Yang kedua, saya hendak tahu apakah langkah-langkah yang telah,
sedang dan akan diambil untuk mengatasi perkara ini oleh kerana
perkara pengangguran pemuda-pemudi telah wujud begiiu lama dan
sampai setakat ini masih menimbulkan persoalan atau pertanyaan?
Dato' M. Mahalingam: Tuan Yang di-Pertua, lebih baik saya
jawap kedua-dua soalan sekaligus. Jangan main politik. Sebab
itulah kita bawa, sebab banyak kerja-kerja kosong ada di negara kita
sebab itu kita biar orang asing datang ke negara kita. Economic
growth, dengan izin, so big. That was only brought by the Barisan
Nasional Government. [Tepuk] Fahamlah itu.
DR.19.11.92 -25-
Tuan Lau Dak Kee: [Bangun] [Menyampukl
Dato' M. Mahalingam: Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Sila ceruskan.
Dato' M. Mahalingan: Saya memberitahu di sini ada jawaCan
koaong di bidang teknikal 2,452, berdaftar. Non-professional
seperti di perladangan 20,679, pembuatan 35,317, pembinaan 446,
hotel 253 dan pada tahun hadapan di perladangan perlukan lagi
10,792. Macam mana ada penganggur?
PERDAGANGAN DUAHALA MALAYSIA DENGAN NEGARA BEKAS SOVIET
11. Tuan Mohamed Khaled bin Nordin minta Menteri PerdaganganAntarabangsa dan Industri menyatakan:-
(a) sejauh manakah hubungan perdagangan negara dengannegara-negara bekas Soviet;
(b) sejauh manakah potensi hubungan perdagangan dengannegara-negara bekas Soviec; dan
(c) sejak kewujudan NAFTA dan EEC, sejauh manakah kesan danperkembangan dagangan negara dengan blok-blok tersebut.
Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan
Industri [Tuan S. S. Subramaniam]: Tuan Yang di-Pertua, untuk
menjawab soalan:
(a) Negara-negara bekas Soviet adalah merupakan pasaran bukan
tradisional Malaysia. Perdagangan duahala Malaysia dengan
DR.19.11.92 -26-
negara-negara bekas Soviet pada tahun 1991 berjumlah RM431
juta iaitu kira-kira 0.1% jumlah dagangan negara Malaysia.
Eksport Malaysia ke negara-negara Soviet pada tahun
berkenaan berjumlah RM223 juta dan import Malaysia dari
negara tersebut berjumlah RM208 juta. Imbangan
perdagangan adalah menguntungkan Malaysia sebanyak RM15
juta. Perdagangan duahala dengan bekas Soviet sehingga
Julai 1992 berjumlah RM143 juca. Eksport Malaysia ke
negara-negara berkenaan telah mencatit RM36 juta dan
import Malaysia dari negara-negara bekas Soviet berjumlah
RM107 juta. Imbangan dagangan sehingga Julai 1992 adalah
merugikan Malaysia sebanyak RM71 juta.
(b) Negara-negara bekas Soviec mempunyai pocensi baik untuk
perdagangan duahala. Ini jelas kelihatan dari perangkaan
Malaysia untuk tahun-tahun sebelum proses reformasi
politik bermula di negara-negara tersebut. Pada tahun
1989 perdagangan duahala Malaysia dan negara-negara bekas
Soviet mencatit kemuncaknya apabila nilai perdagangan
duahala mencatit PM866 juta. Malaysia telah mengeksport
RM677 juta dan import RM209 juta pada tahun tersebut untuk
mendapat keuntungan dalam imbangan perdagangan sebanyak
RM468 juta.
DR.19.11.92 - 27 -
Masalah politik dan ekonomi yang dialami oleh
negara-negara bekas Soviet adalah salah satu sabab
peniaga-peniaga Malaysia tidak mengambil langkah-
langkah yang Lebih agresif untuk menceburi pasaran
Soviet. Walau bagaimanapun, keadaan ini dijangka
berubah apabila sistem politik dan ekonomi negara-
negara bekas Soviet menjadi lebih mantap.
(c) Kewujudan NAFTA dan mana-mana blok perdagangan
memang merupakan fenomena yang perlu diawasi oleh
Malaysia . Walau bagannanapun , perjanjian NAFTA di
antara Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico" yang di-
tandatangani pada pertengahan tahun 1992 dijangka
akan berkuatkuasa pada Ihb Januari, 1994. Malaysia
tidak mempunyai sebarang bantahan terhadap penubuhan
NAFTA selagi ianya tidak bercanggah dengan ketetapan
alihan perdagangan dan pelaburan yang mungkin berlaku
di samping meneliti peluang-peluang perdagangan dan
pelaburan yang mungkin wujud. Dalam hubungan Ini,
Kerajaan sedang dan akan terus mengadakan
perbincangan dengan pihak swasta untuk mengarobil
peluang—peluang pasaran dan pelaburan yang muncul.
Mengenai EEC pula, adalah didapati bahawa
perdagangan Malaysia dengan negara anggota EEC telah
menunjukkan kemajuan yang baik. Perbandingan angka
perdagangan Malaysia dengan EEC untuk tahun 1990 dan
1991 menunjukkan peningkatan perdagangan sebanyak
18.4%.
DR.19.11.92 - 28 -
Perdagangan Malaysia dengan EEC telah meningkat dari-
pada MR23,418 juta yang dicapai pada tahun 1990 ke
MR27,736 juta dalam tahun 1991. Eksport Malaysia ke
EEC berjumlah MRll, 863 Juta Pada tahun 1990 dan
MR13,973 juta pada tahun 1991, manakala import
Malaysia dari SEC untuk tahun-tahun berkenaan adalah
MRl1,555 juta dan MR13,763 juta. Imbangan perdagangan
adalah menguntungkan Malaysia sebanyak MR307 juta
pada tahun 1990 dan MR210 juta pada tahun 1991.
Sehingga Julai 1992, perdagangan Malaysia dengan EEC
bernilai MR15,550 juta, iaitu satu tahap pencapaian
perdagangan yang boleh dibanggakan.
Tuan Chor Chee Heung; Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.
Saya ingin bertanya ke pada Yang Berhormat Setiausaha Parlimen,
dengan kewujudan NAFTA dan EEC, ini adakah pihak Kerajaan membuat
kajian sama ada, jika Malaysia menghadapi kesulitan, eksport
barangan ke pasaran NAFTA dan EEC akan diturunkan beberapa banyak
dart segi ringgit dan sen?
Kedua, memandangkan ekonomi-ekonomi baru seperti China,
Vietnam, Cambodia dan juga negara-negara bekas Soviet begitu luas
pasarannya bagi barangan eksport kita dan jika menghadapi sebarang
kesulitan dengan kewujudan NAFTA dan EEC, bukankah lebih baik kita
menumpukan konsentrasi kita kepada negara-negara yang saya sebutkan
tadi termasuklah Australia dan New Zealand? Sekian.
Tuan S.S. Subramaniam; Tuan Yang dt-Pertua, sebenarnya jika
NAFTA dan EEC akan mengikuti undang-undang yang telahpun ditetapkan
DR.19.11.92 - 29 -
oleh GATT di bawah mana peraturan-peraturan boleh diikuti, saya casa
eksport negara kita kepada NAFTA dan EEC tidak akan diturunkan.
Inilah satu perkara yang sedang diawasi oleh Kerajaan oleh kerana
'rules of the game', dengan izin, oleh NAFTA dan EEC belum dikemuka-
kan dan belum diumumkan. Kita sedang awasi dan jika perlu,pihak
Kementerian sedang bersiap sedia untuk menggalakkan kilang-kilang
dan juga syarikat-syarikat negara kita untuk mewujudkan kilang-
kilang di Mexico dan lain-lain negara untuk mengambil peluang dalam
pasaran NAFTA dan EEC. Inilah satu langkah yang Kerajaan akan-ambil
jika perlu pada masa-masa akan datang. Tetapi selagi mereka meng-
ikuti peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dengan GATT, saya
rasa Kerajaan tidak akan menghadapi apa-apa masalah.
Untuk menjawab soalan yang kedua, pasaran dengan negara-negara
Vietnam, Cambodia, CIS countries, Amerika Selatan dan sebagainya
sedang dikaji kerana ini adalah pasaran yang bukan tradisional.
Memang negara kita sedang mengikuti dan menggalakkan pasaran atau
perdagangan dengan negara-negara ini kerana kita tidak boleh ber-
gantung di atas pasaran tradisional sahaja iaitu EEC, Amerika
Syarikat dan sebagainya. Ini adalah satu langkah yang sedang
diambil oleh Kerajaan. Walaupun NAPTA dan EEC akan menghancur atau
mengancam perdagangan kita, tetapi kita akan terus mengambil
langkah-langkah untuk memajukan pasaran dengan negara-negara bukan
tradisional seperti yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat tadi.
Dr. Tan Seng Giaw: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.
Adakah Yang Berhormat sedar bahawa memandangkan pergolakan pancaroba
politik di negara-negara bekas Soviet - saya nampak perhubungan
DR.19.11.92 - 30 -
perdagangan tidak akan bertambah baik dalam beberapa tahun lagi -
adakah pihak Kementerian akan mempertimbangkan bahawa ada ramai
scientists, ramai technologist di negara-negara bekas Soviet yang
tidak mendapat pekerjaan dan mereka ini memang mempunyai kemahiran
di dalam kepakaran yang tertentu. Bolehkah secara perhubungan
perdagangan, negara kita rnendapatkan pakar-pakar seperti itu untuk
bekerja di negara ini sebagai satu cara untuk perhubungan perdaga-
ngannya? Adakah daripada MR27 bilion perdagangan dengan ESC ini,
sebahagian besarnya terdiri daripada perdagangan dengan United
Kingdom dan bukan dengan EEC pada keseluruhannya? Dengan itu
satu..,
Beberapa Ahli: Soalnya apa?
Dr. Tan Seng Giaw: Ini memang soalan, banyak soalan.
Timbalan Yang di-Pertus. [Tuan Ong Tee Keat]: Tetapi cuma
dibenarkan dua sahaja, Yang Berhormat.
Dr. Tan Seng Giaw: Tetapi ini baru soalan tambahan yang kedua
sahaja!
Beberapa Ahli: Sudah lebih dua. [Disampuk][Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat,
cukuplah.
Dr. Tan Seng Giaw: Soalan tambahan yang kedua sahaja. Jadi,
Tuan Yang di-Pertua, memang kita nampak sekarang di negara-negara
NAFTA telah wujud perang perdagangan (trade war) di antara Amerika
Syarikat dengan EEC. Adakah ini akan menjejaskan perhubungan
perdagangan dengan pihak Malaysia?
Tuan S.S. Subramaniam: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya saya
nampak ada empat soalan dan bukannya dua.
DR.19.11.92 - 31 -
Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya keadaan politik di negara—
negara bekas Soviet sedang berubah, sistem ekonomi juga sedang
berubah dan kita masih sedang mengawasi perubahan dan perkembangan
di negara-negara bekas Soviet ini untuk kita mengambil peluang
perdagangan dengan. negara-negara tersebut, Hanya ada satu masalah
yang penting yang kita tidak dapat mengatasi sehingga masa sekarang
ialah untuk mendapatkan foreign exchange ataupun tukaran wang asing
daripada negara-negara itu. Oleh yang demikian, Kerajaan gadang
mengkaji bagaimana Kerajaan boleh mengatasi masalah ini untuk
mendapat lebih perdagangan dengan negara-negara tersebut. Seperti
yang telah saya katakan tadi, dalam tahun 1992 eksport kita ke
negara-negara CIS telah jatuh dan pertukaran wang asing inilah yang
menjadi masalah yang tidak dapat diatasi.
Kedua, untuk menggunakan saintis-saintis dan lain-lain orang
mahir daripada negara-negara bekas Soveit adalah satu cadangan baik,
tetapi saya tidak tahu bagaimana kita boleh menggunakan bahasa
Russia dalam negara kita. Tetapi walau bagaimanapun, kita akan...
Dr. Tan Seng Giaw: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat,
berilah Setiausaha Parlimen teruskan jawapannya.
Dr. Tan Seng Giaw: Saya minta penjelasan, bolehkah? Beliau
memang gentleman. Kebanyakan pakar-pakar saintis ini memang
memahami bahasa Inggeris. Yang Berhormat Setiausaha. Parlimen mesti
tahu ini.
Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Ong Tee Keat]: Cukuplah, Yang
Berhormat.
Tuan S.S. Subramaniam: Jlka keadaan ialah- begitu, saya rasa
lebih senang dan lebih mudah untuk kita menggunakan bekas saintis-
saintis dan pakar-pakar yang mahir khasnya daripada negara-negara
Islam dalam CIS, dan kita akan mengkaji cadangan ini dengan
meadalam.
DR.19.11.92 - 32 -
Berkaitan dengan perdagangan dengan EEC khasnya dengan United
Kingdom, saya rasa $27 bilion itu ialah meliputi semua perdagangan
dengan negara-negara EEC. Sebenarnya perdagangan dengan United
Kingdom sahaja hanya menjadi satu bahagian sahaja, bukan. satu
bahagian yang besar.
Pada akhirnya soalan empat, iaitu masalah berkaitan dengan
trade wall antara negara Amerika Syarikat dengan EEC, saya rasa itu
akan membantu kita untuk kita mendapat lebih pasaran di dalam kedua-
dua negara itu.
LEBUHRAYA SERIAN/TEBEDU/SEMPADAN INDONESIA - PEMBINAAN
12. Tuan Richard Riot Anak Jaem minta Menteri Kerja Raya menyatakantarikh sebenar projsk pembinaan jalanraya besar Serian/Tebedu/Sempadan Indonesia, yang ditunggu-tunggu itu yang sepatutnya dimula-kan pembinaannya pada penghujung tahun lalu dimulakan.
Timbalan Menteri Kerja Raya [Datuk Peter Tinggom anak
Kamarau]; Tuan Yang di-pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
tender bagi pembinaan jalanraya ini telahpun diputuskan . Walau
bagaimanapun, kerja-kerja masih diserahkan kepada kontraktor kerana
masih menunggu keputusan tambahan siling yaug diperlukan. Sektranya
permohonan tambahan siling diluluskan oleh Kerajaan, projek
pembinaan jalanraya besar Serian, Tebedu sempadan Indonesia dijangka
akan dapat dimulakan pada awal tahun 1993.
DR. 19.11.92 - 33 -
Tuan Robert Lau Hoi Chew: Soalan tambahan. Bilakah
feasibility study, dengan izin, untuk pembinaan jambatan Durin di
Sibu di Negeri Sarawak akan dijalankan, dan berapa kosnya.
Kedua, Tuan Yang di-Pertua, berapa lama ia perlu ditunggu untuk
Kerajaan Persekutuan mempertingkatkan jalan-jalan di Negeri Sarawak
sehingga setaraf dengan jalan-jalan di Seraenanjung.
Datuk Peter Tinggom anak Kamarau: Tuan, Yang di-Pertua, perkara
ini tnemang terkeluar dari soalan asal. Jadi, saya rasa kalau Yang
Berhormat dari Sibu akan menanya di dalam Jawatankuasa nanti, boleh
saya beri keterang yang cukup.
AHLI MAJLIS TEMPATAN - LAWATAN SAMBIL BELAJAR
13. Tuan Ahmad bin Nor minta Menteri Perumahan dan KerajaanTempatan menyatakan mengapa Ahli-ahli MajLis Tempatan membazir wangrakyat dan peruntukan Kerajaan Persekutuan untuk menganjur lawatan-lawatan sambil belajar keluar negeri sedangkan setiap MajlisTempatan sentiasa kekurangan pendapatan bagi membiayai programpembersihan dan keindahan di kawasan masing-masing, dan bolehkahdihadkan lawatan-lawatan sambil belajar ini dilakukan antara negeri-negeri di Malaysia sahaja.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan [Tuan Osu bin
Haji Sukam]: Tuan Yang di-Pertua, lawatan sambil belajar oleh Ahli-
ahli Majlis Pihakberkuasa Tempatan keluar negeri adalah bertujuan
memberi pendedahan kepada ahli-ahli Majlis berkenaan terhadap
pengalaman-pengalaman dan pengetahuan-pengetahuan yang baru yang
mungkin dapat digunakan untuk memajukan lagi Pihakberkuasa Tempatan
yang berkenaan.
Selain daripada itu, beberapa faedah sampingan seperti meng-
galakkan pelancongan dan mewujudkan perhubungan perdagangan dan
pelaburan juga diperolehi. OLeh itu, lawatan tersebut tidak
dirumuskan sebagai membazir. Walau bagaimanapun, pihak Kementerian
DR.19.11.92 - 34 -
Perumahan dan Kerajaan Tempatan sedar kemungkinan terdapat sese-
tengah lawatan oleh ahli-ahli Wajlis Pihakberkuasa Tempatan ituyang
matlamatnya dan faedah boleh dipersoalkan. Menyedari hakikat ini,
maka Kementerian Perumahan dan Kerajaan, Tempatan menyediakan satu
garispanduan untuk digunapakai oleh semua Pihakberkuasa Tempatan di
Semenanjung Malaysia dalam merancang dan mengadakan lawatan ke luar
negeri. Dengan adanya garispanduan tersebut lawatan-lawatan yang
tidak berfaedah tidak akan berlaku lagi.
Berhubung dangan pembiayaan Program Bersih dan keindahan
kauasan di dalam kawasan Pihakberkuasa Tempatan, sukacitalah
dimaklumkan bahawa Kerajaan Persekutuan ada memperuntukkan kepada
pihakberkuasa Tempatan untuk membiayai projek-projek bagi meningkat-
kan mutu kebersihan dan keindahan di kawasan Pihakberkuasa
Tempatan. Kerajaan Persekutuan melalui 'Program Bersih dan Indah'
memperuntukkan sebanyak $31.8 juta untuk tempoh lima tahun kepada
Pihakberkuasa Tempatan yang terlibat melaksanakan projek-projek
pembinaan seperti taadas awam, membekalkan tong sampah, membina
pondok menunggu bas, menanam pokok bunga dan Landscape,
Di samping peruntukan ini, Kerajaan Persekutuan juga memberi
peruntukan kepada pihakberkuasa Tempatan bagi melaksanakan projek-
projek kecil yang dapat membantu membangunkan kawasan Pihakberkuasa
Tempatan berkenaan. Kerajaan persekutuan mengenakan peraturan yang
ketat bagi mempastikan peruntukan yang diberikan kepada Pihak-
berkuasa Tempatan menggunakan tanpa membazir.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Masa untuk
Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Mulut telahpun tamat.
[Masa untuk Pertanyaan bagi Jawab Mulut telah cukup dan Jawapan4 dan
bagi Pertanyaan No. ̂ /14 hiagga 26 akan dimasukkan dalam naskah
bercetak kelak]
DR.19.11.92 - 35 -
Tuan Shahidan bin Kassim: Dengan takzimnya saya bangun di bawah
Peraturan Mesyuarat 26(1)(p) untuk membawa satu usul supaya Yang
Berhormat Ahli dari Pengkalan Cepa, Tuan Haji Nik Abdullah bin Nik
Arshad dirujuk kepada Jawtankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen. Usul
saya ini adalah seperti berikut. Bahawa Dewan yang mulia ini
hendaklah merujuk Yang Berhormat dari Pengkalan Cepa, Tuan Haji Nik
Abdullah bin Arshad.....
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat); Yang Berhormat...
Tuan Shahidan bin Kassim: .. . .kepada Jawatankuasa Hak dan
Kebebasan Parlimen....
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat .-...
Tuan Shahidan bin Kassim: ,...atas sebab-sebab seperti berikut:
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat....
Tuan Shahidan bin Kassim; Yang pertama, sewaktu....
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Saya panggil Yang
Berhormat.
Tuan Shahidan bin Kassim: [Menyampuk]
Timbalan Yang di-pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Ya, saya taha.
Yang Berhormat, biasanya kalau usul sepertimana yang dibacakan atau-
pun yang ingin Yang Berhormat bacakan, itu cukup jelas dan akan
dimasukkan ke dalam Kertas Aturan Mesyuarat, dan Yang Berhormat
tidak payah membaca isi kandungannya.
Tuan Shahidan bin Kassim: Sebab benda kita hendak rujuk kepada
Hak dan Kebasan dan perlu disegerakan.
Timbalan Yang di-pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Ya, saya faham
itu, sebab pernah juga di dalam Dewan yang mulia ini ada usul yang
DR.19.11.92 - 36 -
sedemikian dibangkitkan, Yang Berhormat.
Tuan Shahidan bin Kassim: Tapi, apakah peraturan, sebab saya
diminta hantar surat, jadi saya hantar suratlah,sekarang saya
hendak baca.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Ya .
Tuan Shahidan bin Kassim; Sebab Dewan ini perlu membincang dan
merujuk kepada Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat,
saya sudah cakap, Yang Berhormat tak payah baca isi kandungannya.
Semua usul yang telahpun diserahkan pada Pejabat Yang di-Pertua,
akan dimasukkan dalam Kertas Peraturan Mesyuarat.
Tuan Shahidan bin Kassim: Adakah akan dibincangkan dalam
Parlimen ini?
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Ini Yang Berhormat
patutlah faham tertakluk kepada Peraturan Mesyuarat 14(2) dan juga
15(1).
Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar; [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat] : Ya, Batang Lupar
yang bangun . Ada apa, Yang Berhormat.
Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Ini saya bangun di bawah 14(0)
berhubung dengan perkara....
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat] : Kosong, macammana?
Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Tak adakah?
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Tak ada, Yang
Berhormat.
Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: 14(0). Ini "0" macam kosong
DR.19.11.92 - 37 -
Tuan Yang di-Pertua, sebab tidak beri peluang tadi. Di bawah itu
berhubung dengan Perkara 10(4), sudah baca 10(4)?
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Apa Yang Berhormat
hendak bangkitkan?
Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Ini persoalan Hansard Semalam
ada satu persoalan dibangkit dan ada suara- suara yang terkeluar
daripada sana mengatakan 'bodoh'.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat] : Yang Berhormat.. . .
Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Lepas itu saya jawab percakapan
'bodoh' itu tak ada masuk dalam Hansard ini.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat,
nanti dahulu.
Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Maknanya saya tak jawab, orang
kata bodoh.
Timbalan Yang di-Pcrtna [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat.
Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Ini saya hendak masuk dalam
Hansard.
Timbalan Tang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat,
saya rasa perkara semacam ini tak payahlah Yang Berhormat bangkitkan
atas point of order. Yang Berhormat, cukuplah.
Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar; Tuan Yang di-Pertua, macam mana
hendak masuk dalam Hansard, percakapan sudah keluar semalam hendak
masuk dalam Hansard.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Saya rasa
pembetulan Yang Berhormat rasa wajar dibuat, Yang Berhormat boleh
berhubung dengan Urusetia dan buat pembetulan yang dicadangkan.
DR.19.11.92 - 38 -
Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Saya minta Urusetia buat
pembetulan, saya tak bawa tape. Lain kali saya boleh bawa tape.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Itu terpulanglah
Yang Berhormat.
USUL MENANGUHKAN MESYUARATDI BAWAH PERATUBAN MESYUARAT 18
Penjualan Tanah DBKL Kepada Kuala Lumpur Golf and Country Club
3.37 ptg.
Tuan Wee Choo Keong [Bukit Bintang]; Terima kasih, Tuan Yang
di-Pertua. Dengan hormatnya saya ingin memberi notis bersurat di
bawah Peraturan Mesyuarat Majlis Dewan Rakyat 18(2) untuk mencadang-
kan supaya Majlis Mesyuarat ditangguhkan dengan tujuan merunding
satu perkara tertentu berkenaan dengan kepentingan orang ramai yang
berkehendak disegerakan. Usul saya berbunyi seperti berikut:
Bahawa Dewan ini di bawah Peraturan Majlis
Mesyuarat 18 memberi izin kepada Yang Berhormat Wee
Choo Keong, Ahli Parlimen kawasan Bukit Bintang
mencadangkan supaya Majlis Mesyuarat Dewan ini
ditangguhkan untuk tujuan merundingkan suatu perkara
tertentu berkenaan kepentingan orang ramai yang
berkehendak disegerakan iaitu perkara berkenaan
penjualan tanah 365 ekar oleh Dewan Bandaraya Kuala
Lumpur (DBKL) kepada Kuala Lumpur Golf and Country
Club Sdn. Bhd. dengan harga pemerolehan DBKL daripada
Kerajaan Persekutuan.
DR.19.11.92 - 39 -
Yang Berhormat Tuan Wee Choo Keong telah membangkitkan perkara
tersebut pada lOhb November 1992 semasa mengambil bahagian dalam
perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 1993 di mana Dewan ini
telah dimaklumkan bahawa DBKL telah memperolehi sebidang tanah
seluas 365 ekar di Bukit Kiara daripada Kerajaan Persekutuan
beberapa tahun yang lalu dengan harga $59,725 seekar. Tanah
tersebut pada mulanya diperolehi oleh Kerajaan Persekutuan daripada
pihak swasta untuk tujuan menjadikannya sebagai tanah perkuburan
negara (national mausoleum), dengan izin. Tetapi pada 6hb Jun 1991,
DBKL telah menandatangani dua perjanjian pajakan (lease agreement)
yang berkuatkuasa selama 96 tahun dengan Kuala Lumpur Golf and
Country Club Sdn. Berhad (KLGCC), di mana tanah tersebut diperolehi
oleh KLGCC dengan harga $59,725 seekar, iaitu harga yang sama dengan
harga pemerolehan DBKL daripada Kerajaan. Persekutuan, sedangkan
tanah tersebut pada masa itu sudah berharga lebih kurang $1 juta
seekar.
Tujuan KLGCC memperolehi tanah tersebut adalah untuk
memajukannya menjadi sebuah padang golf dan kelab rekreasi yang
nyata sekali telah menyeleweng daripada tujuan asal Kerajaan
Persekutuan memperolehi tanah tersebut melalui pengambilan tanah
secara wajib (compulsory acquisition), iaitu kononnya merancang
menjadikan tanah tersebut sebagai tanah perkuburan negara.
Penjualan tanah tersebut telah dijalankan tanpa sebarang tawaran
terbuka (open tender) , laporan penilaian (valuation report) ataupun
DR.19.11.92 - 40 -
nasihat daripada Peguam Negara.
KLGCC adalah dikuasai oleh sebuah syarikat asing dari Singapura
iaitu Lam Chang Holding Limited. Syarikat ini menguasai KLGCC
melalui Solarvest 5dn. Berhad. Jumlah modal kedua-dua syarikat
tersebut adalah $12 juta sahaja sementara bayarau keahlian untuk
menyertai KLGCC adalah $70,000 seorang. Bayaran $70,000 daripada
seorang ahli sahaja sudah cukup untuk membeli seekar tanah teraebut,
dan nasih terdapat baki lagi membina sebuah rumah kos rendah.
Pada 26hb Februari 1992, KLGCC telah menerima 698 orang ahli
dan ini bererti KLGCC telahpun berjaya mengumpul wang yuran keahlian
sejumlah $48.96 juta.
Pada ketika ini KLGCC sedang mempelawa kumpulan ahli yang kedua
di mana bayaran keahlian adalah $90,000 seorang. Ini bererti Lam
Chang akan dapat mengumpul wang sejumlah $27 juta lagi tanpa menitis
setitis peluh pun. Ini juga bermakna bahawa jumlah kedua-dua
kumpulan yuran keahlian yang dikumpul sudah mencukupi untuk
membiayai bayaran tanah tersebut.Dengan pengambilan ahli yang
begitu ramai, bersama dengan jumlah wang yang besar, Lam Chang tidak
perlu mengeluarkan sebarang modal untuk membina padang golf.
Kentungan yang berjumlah beratus-ratus juta ringgit juga sedang
menunggu.
Lima perenggan telah dipotong.
Melainkan sesuatu tindakan dilakukan untuk menjelaskan perkara
ini dengan seberapa segera yang mungkin, perkara ini sudah tentu
akan mencemarkan imej dan nama negara ini dan seterusnya menjejaskan
keyakinan rakyat terdapat Kerajaan.
DR.19.11.92 - 41 -
Penjualan tanah utama ini dengan harga yang amat murah, sudah
tentu menjejaskan kepentingan negara dan Kerajaan Barisan Nasional
mempunyai tanggungjawab untuk mengambil balik tanah tersebut demi
kepentingan bangsa [Tepuk] dan nusa, agar kita tidak ditertawakan
oleh negara asing,
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Ahli-ahli Yang
Berhormat, saya telah menerima satu Pemberitahu Usul di bawah
Peraturan Mesyuarat 18(1) daripada Yang Berhormat Ahli dari kawasan
Bukit Bintang pada 19 November 1992.
Teks Usul itu adalah seperti yang dibacakan tadi oleh Yang
Berhormat sendiri. Bagi membolehkan perkara iui dipertimbangkan
oleh Majlis Mesyuarat hari ini, saya sebagai Tuan Yang di-Pertua
hendaklah berpuas hati bahawa perkara yang dibangkitkan oleh Ahli
Yang Berhormat itu memenuhi tiga syarat. Sayrat yang pertama ialah
bahawa perkara adalah perkara yang tertentu. Syarat yang kedua, ia
adalah bagi kepeatingan orang ramai. Dan syarat yang ketiga ialah,
ia berkehendakkan disegerakan.
Saya telah meneliti perkara ini dan saya dapati bahawa perkara
ini adalah perkara yang tertentu. Dan ia adalah bagi kepentingan
orang ramai. Tetapi pada fikiran saya, perkara ini tidak perlu
disegerakan kerana mana-mana pihak boleh mengambil apa-apa tindakan
pada bila-bila masa pun.
Selain daripada itu, saya telah difahamkan bahawa Kerajaan
DR.19.11.92 - 42 -
telahpun mengambil balik seluas 1,514 ekar tanah di Bukit Kiara itu
semenjak tahun 1975 dengan harga $32,000 seekar. Tanah-tanah iai
adalah untuk kegunaan awam termasuk rekreasi, rancangan perumahan
dan pusara negara. Pusara negara hanya memerlukan beberapa ekar
sahaja dan tanah yang masih baki tidak terpakai adalah sebanyak 492
ekar lagi dan sebahagian darinya boleh digunakan sebagai pusara
negara. lni bukanlah bermakna dengan adanya padang golf ini, pusara
negara tidak boleh diadakan lagi.
Saya difahamkan lagi, pada akhir tahun 1988, Kerajaan berhajat
untuk membangunkan baki tapak tanah tersebut secara penswastaan.
Kerajaan telah bercadang hendak menjadikan sebahagian dari tanah ini
sebagai padang golf yang bertaraf antarabangsa. Keputusan untuk ini
telah dibuat oleh Kerajaan dalam mesyuaratnya di Perbendaharaan
Malaysia pada 8hb Februari 1989 dan Kerajaan telah mengarahkan Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur untuk melaksanakan projek ini. Dan DBKL
telahpun mempelawa beberapa syarikat tempatan dan luar negeri untuk
menyertai projek memajukan tanah tersebut secara penswastaan.
Dua syarikat telahpun mengemukakan cadangan pembangunan dan
setelah penilaian dibuat, ia didapati bahawa cadangan dari Syarikat
Solarvest Sdn. Berhad adalah menepati keperluan yang ditetapkan oleh
DBKL, berdasarkan kepada dua aspek iaitu pelan susunatur yang
komprehensif dan kedudukan kewangan yang kukuh.Dengan demikian,
pemajakan tanah itu telahpun diberikan kepada syari-kat yang
berkenaan dan diharapkan projek ini akan memberi faedah kepada
negara dengan kemasukan pelancong—pelancong ke negara kita. Segala
DR.19.11.92 - 43/44 -
tuduhan rasuah atau penyelewengan yang dibuat oleh Ahli Yang
Berhormat dari Bukit Bintang adalah sebagai tuduhan semata-mata dan
tidak ada apa-apa bukti yang berasas yang telah dikeluarkan.
Oleh yang demikian, saya menolak Usul ini. [Tepuk]
RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT
RANG UNDANG-UNDANG PERIKANAN (PINDAAN)
Bacaan Kali Yang Pertama
Rang Undang-undang bernama Suatu Akta untuk meminda Akta
Perikanan 1985; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri
pertanian; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua
pada Mesyuarat kali ini.
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 1993
DAN
. USUL
ANGGARAH PEMBANGURAN 1993
Jawatankuasa
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi pertirabangan atas "Rang
Undang-undang Perbekalan 1993 dan Anggaran Perbelanjaan Pembangunan
1993 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis". [Hari Pertama]
Majlis bersidang dalam Jawatankuasa,
[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]
DR.19.11.92 - 45 -
Jadual —
3.50 ptg.
Timbalan Menteri Kewangan [Dato' Loke Yuen Yow]: Tuan
Pengerusi, saya mohon mencadangkan supaya wang sejumlah tldak lebih
daripada $21,737,014,060 yang diperuntukkan dalam Anggaran
Belanjawan 1993 di bawah Maksud B. 1 hingga 3.56 bagi Kementerian-
kementeriari dan Jabatan-jabatan berkenaan dijadikan jadual dan wang
sejumlah tidak lebih daripada $11,854,471,720 yang diperuntukkan
dalam Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 1993 di bawah Maksud P. 7,
P.8, P.14, P.16 hingga P.28, P.31 hingga P.32, P.34 hingga P.37,
P.39 hingga P.40 dan P.43 hingga P. 57 bagi Kementerian-kementerian
dan Jabatan-jabatan seperti ditunjukkan dalam Buku Anggaran
Belanjawan Persekutuan 1993 yang dibentangkan sebagai Kertas
Perintah 26 Tahun 1992 dijadikan Anggaran Perbelanjaan.
Tuan Pengerusi, saya tidak berhajat untuk meraberi ucapan yang
panjang dalam peringkat Jawatankuasa ini oleh kerana Yang Berhormat
Menteri Kewangan telahpun menghuraikan tujuan-tujuan utama mengenai
peruntukan Anggaran Perbelanjaan yang dicadangkan itu dalam Ucapan
DR.19.11.92 - 46 -
Belanjawan Yang Berhormat Menteri Kewangan pada 30hb Oktober, 1992
yang lalu. Di samping itu, penjelasan-penjelasan lanjut mengenai
peruntukan Anggaran Perbelanjaan ini boleh juga didapati dalam
penyata daripada Kementerian Kewangan mengenai Anggaran Perbelanjaan
Persekutuan 1993 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 25 Tahun