This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1. PENULISAN MENGIKUT FORMAT APA
2. Apa Itu APA format? APA adalah singkatan untuk American
Psychological Association. Satu set peraturan untuk merujuk dan
memudahkan pemahaman pembaca. menitikberatkan aspek penampilan
penulisan seperti margin (1), double spacing (ruang) dan jenis
huruf. membolehkan penerbit dan pembaca untuk mengimbas maklumat
penting dalam dokumen yang ditulis
3. APA telah menetapkan standard penulisan seperti berikut:
organisasi kandungan (perlu disusun mengikut kesesuaian-) Tajuk
subtajuk gaya penulisan (penulisan perlu menggunakan font yang
sesuai iaitu bersaiz 12 untuk Times New Roman dan Arial) menulis
rujukan (penulisan rujukan perlu mengikut format seperti contoh
yang akan diberikan dalam perbincangan seterusnya)
4. Menulis rujukan daripada buku dari laman sesawang atau dari
buku asal Maklumat Penulis/pengarang (nama penulis) Tahun
penerbitan/diterbitkan Tajuk Penulisan Tempat diterbitkan Penerbit
Pengarang (tahun diterbitkan). Nama buku (dicondongkan). Lokasi
penerbitan: nama penerbit. Tarikh melayari web tersebut, alamat
sesawang yang dilayari. Contoh: Fingerman, E. R., & Smith, J.
(1999). The great one. Chatham, New Jersey: Pipeline Publishers.
Dimuat turun pada 8 Jun 2002, daripada
http://www.kofk.com/finger.
5. Menulis rujukan dokumen tanpa pengarang Contoh: World
development report. (1989). New York: Oxford University Press.
Menulis rujukan buku dengan hanya satu pengarang Contoh: Perloff,
R. M. (1995). The dynamics of persuasion. Hillsdale, NJ:
Erlbaum.
6. Menulis rujukan buku dengan dua pengarang Cara penulisan di
dalam makalah Kanak-kanak berkeperluan khas memerlukan tumpuan yang
khusus semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan (Mohd
Zuri Ghani & Aznan Che Ahmad, 2010). Mengikut Mohd Zuri Ghani
dan Aznan Che Ahmad (2010), Kanak-kanak berkeperluan khas
memerlukan tumpuan yang khusus semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berjalan. Cara penulisan di dalam bibliografi Mohd
Zuri Ghani & Aznan Che Ahmad , (2010) Strategik pengajaran
kanak-kanak berkeperluan khas. Pulau Pinang: Penerbit USM. Nota:
nama pengarang berbangsa melayu perlu ditulis penuh dengan membuang
gelaran (dato, Dr dll dan juga Bin Atau Binti)
7. Menulis rujukan buku dengan tiga pengarang atau lebih
(citing book/articles with three authors or more than three
authors) Untuk menulis rujukan buku yang mengandungi tiga atau
lebih penulis. Penulis perlu peka bahawa apabila menulis rujukan
untuk kali pertama di dalam makalah perlu menulis semua nama
penulis yang tersenarai yang dirujuk, manakala untuk penulisan kali
kedua dan seterusnya penulis hanya perlu menambah perkataan et al.
atau dll. dan tidak perlu menulis kesemua nama yang tersenarai
lagi. Namun harus diingatkan kesemua nama penulis yang tersenarai
perlu ditulis dengan penuh di bahagian bibliografi. Contoh
(penulisan di dalam makalah): Kajian telah menunjukkan bahawa
murid-murid berkeperluan khas memerlukan perhatian yang khusus
dalam mendidik mereka (Mohd Zuri Ghani, Aznan Che Ahmad, Suzana
Ibrahim, & Salizawati Omar, 2010). Atau Mohd Zuri Ghani, Aznan
Che Ahmad, Suzana Ibrahim, dan Salizawati Omar (2010), dalam kajian
mereka telah mendapati bahawa murid-murid berkeperluan khas
memerlukan perhatian yang khusus apabila mendidik mereka. Mohd Zuri
Ghani et al. (2010) dalam kajian mereka telah mendapati bahawa
murid-murid berkeperluan khas memerlukan perhatian yang khusus
apabila mendidik mereka. Murid-murid berkeperluan khas memerlukan
perhatian yang khusus apabila mendidik mereka. (Mohd Zuri Ghani et
al., 2010).
8. Contoh penulisan dalam bibliografi Tiga orang penulis: Mohd
Zuri Ghani, Aznan Che Ahmad, & Suzana Ibrahim. (2010).
Pengantar pendidikan khas. Kuala Lumpur: Ilmu Wawasan Printing.
Empat orang penulis: Mohd Zuri Ghani, Aznan Che Ahmad, Salizawati
Omar, & Suzana Ibrahim. (2010). Pengantar pendidikan khas.
Kuala Lumpur: Ilmu Wawasan Printing.
9. Lima orang penulis: Mohd Zuri Ghani, Aznan Che Ahmad,
Salizawati Omar, Suzana Ibrahim, & Lim, C. N. (2010). Masalah
pembelajaran. Kuala Lumpur: Ilmu Wawasan Printing. Enam orang
penulis: Mohd Zuri Ghani, Aznan Che Ahmad, Salizawati Omar, Suzana
Ibrahim, Lim, C. N., & Nadarajan Maniam (2010). Pengenalan
kepada pendidikan khas. Kuala Lumpur: Ilmu Wawasan Printing.
10. Menulis rujukan buku yang mempunyai lebih dari enam
pengarang Apabila menulis rujukan bagi buku yang ditulis oleh lebih
dari enam pengarang, penulis perlu menggunakan perkataan et al atau
dll selepas nama penulis keenam. Contoh: Mohd Zuri Ghani, Aznan Che
Ahmad, Salizawati Omar, Suzana Ibrahim, Lim, C. N., & Nadarajan
Maniam, et al., (2010). Special education. Kuala Lumpur: Ilmu
Wawasan Printing.
11. Menulis rujukan bagi pengarang berbangsa Melayu (Citing
Malay Authors) Apabila menulis rujukan bagi pengarang yang
berbangsa Melayu, anda perlu abaikan penggunaan bin dan binti.
Contoh: Rohana Mahadzir (2010). ______
12. Menulis rujukan bagi pengarang berbangsa Cina (Citing
Chinese Authors with Chinese Name) Apabila menulis rujukan bagi
pengarang yang berbangsa Cina anda perlu menulis nama pertama
dahulu diikuti dengan nama singkatannya iaitu abjad pertama bagi
nama seterusnya. Contoh: Wong Chee Meng (2010) ditulis sebagai
Wong, C. M. (2010). _________________ Menulis rujukan bagi
pengarang berbangsa Cina yang mempunyai nama Inggeris (Citing
Chinese Authors with English Name) Apabila menulis rujukan bagi
pengarang yang berbangsa Cina dan mempunyai nama Inggeris, anda
perlu menulis nama keluarganya dahulu diikuti dengan nama singkatan
mengikut abjad pertama nama Inggerisnya dan seterusnya diikuti pula
oleh abjad pertama bagi nama seterusnya. Contoh: Lawrance Yap Ah
Chai (2010) cite as Yap, L.A. C. (2010).
______________________
13. Menulis rujukan bagi pengarang berbangsa India dan Sikh
(Citing Indian and Sikh Authors) Apabila menulis rujukan bagi
pengarang yang berbangsa India atau Sikh, abaikan penggunaan d/o,
s/o, a/l dan a/p. Contoh: Nadarajan Muthusamy (2010).
__________________
14. Menulis rujukan bagi jurnal Nama pengarang jurnal
Tarikh/Tahun diterbitkan Tajuk makalah Nama jurnal (di
sendengkan/italics) Edisi/volume (dicondongkan) Nombor muka surat
(contoh 123-233) Bharadwaj, P., & Ward, K. T. (2008). Ethical
considerations of patients with pacemakers. American Family
Physician, 78, 398-399. Smith, T. J., & Weyers, J. Derivatives
and other securities. The Journal of Economics, 8(2), 90-104.
15. Menulis rujukan jurnal yang dimuat turun secara dalam
talian Apabila menulis rujukan yang dimuat turun secara dalam
talian, penulis perlu menyatakan sebanyak mungkin maklumat asal
bahan yang dirujuk termasuk tarikh dimuat turun dan alamat URL.
Contoh: Nama Pengarang, Singkatan abjad pertama nama seterusnya.
(Tahun). Nama makalah. Nama jurnal, Volume (Bilangan
Keluaran/Issue), nombor muka surat. [dimuat turun pada/Retrieved]
Tarikh, [dari] alamat laman sesawang Contoh: Hastalis, D. (2003,
January). Effects of prozac. New England Journal of Medicine, 30.
Retrieved August 23, 2004, from http://www.nej/pzac Mohd Zuri Ghani
.(2009). Kesan Ritalin ke atas pelajar ADHD. International journal
for disabilities, 30. Dimuat turun pada 25 Jun,2009, dari
http//:international journal.com.
16. Rujukan Bahan Audio Visual Tuliskan nama individu tersebut
dan diikuti dengan peranannya, tahun, tajuk yang dicondongkan dan
jenis bahan audio visual yang ditaipkan dalam kurungan Videotape
Weir, P.B (Producer) & Harison, R.J (Director), (1992). Level
of Conciousness [Videotape] Boston : Filmways Bahan audio Carter, J
(Speaker) (1999). The growth of English [Audio recording] New York
: Barnes & Associates
17. Bibliografi Baris pertama setiap rujukan perlu dimulakan
kiri sekali manakala bagi baris kedua perlu dimulakan 5 tempat ke
dalam (indented 5 spaces) Perlu dimulakan di muka surat baru dan
disusun mengikut abjad A-Z. Bagi penulis yang mempunyai nama akhir,
nama pertama dan nama tengah , gunakan nama singkatan abjad pertama
bagi nama pertama dan nama tengah. Contoh, Lawrence Christopher
Miller ---- Miller, L. C Bagi rujukan tiada nama pengarang, rujukan
mengikut tajuk Gunakan huruf besar hanya bagi perkataan pertama
tajuk buku dan artikel kecuali nama khas. Perkataan pertama sub
tajuk perlu ditulis dengan huruf besar.
18. Jadual dan rajah Jika berkenaan, hendaklah disertakan
Nyatakan bilangan dan tajuk Tajuk Jadual dan Rajah/Graf adalah
berbeza dari segi kedudukannya
19. Graph 1 : Teacher-pupil interaction over the three science
lessons for both groups
20. Jadual 3: Senarai aktiviti luar sekolah Faktor Luaran
Setuju Tidak setuju Tidak berkaitan Pengawas Peperiksaan 75.3 (82)
16.5 (18) 8.3 (9) Kursus dalam perkhidmatan 100 (109) 0 0 Mesyuarat
daerah 42.2 (46) 17.4 (19) 40.4 (44) Hakim pertandingan 61.4 (67)
5.6 (6) 33.0 (36) Jurulatih Pertandingan 33.9 (37) 12.8 (14) 53.2
(58) Persediaan tuan rumah 72.5 (79) 10.1 (11) 17.4 (19) Sumber:
Mohd Zuri Ghani, 2002
21. Konsistensi Numbering.. i), ii) (i), (ii) a. (a), (b)
Istilah Kanak-kanak, murid-murid, pelajar-pelajar.
22. LATIHAN
23. Penulisan Tajuk Perlu ditulis ditengah-tengah dan paling
atas di muka surat
24. Contoh Panduan Penulisan Makalah Penyelidikan Dengan
Menggunakan APA Mohd Zuri Ghani [email protected] Aznan Che Ahmad
[email protected] Pusat Pengajian Ilmu 11800 Universiti Sains Malaysia
Pulau Pinang, Malaysia
25. Heading maklumat penulis Perlu sertakan butiran penulis:
Nama penulis Email penulis Badan yang diwakili/tempat
26. Contoh Heading untuk Satu Penulis Mohd Zuri Ghani
[email protected] Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan 11800 Universiti
Sains Malaysia Pulau Pinang
27. Contoh Heading Untuk Dua Penulis atau lebih dari tempat
yang sama Mohd Zuri Ghani [email protected] Aznan Che Ahmad
[email protected] Pusat Pengajian Ilmu 11800 Universiti Sains Malaysia
Pulau Pinang
28. Contoh Heading Untuk Dua Penulis atau lebih dari tempat
yang Berbeza Mohd Zuri Ghani [email protected] Pusat Pengajian Ilmu
Kemanusiaan 18400 Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi, Selangor
Aznan Che Ahmad [email protected] Pusat Pengajian Ilmu 11800 Universiti
Sains Malaysia Pulau Pinang
29. Ingat.. Tajuk Perlu Ringkas dan menggambarkan kajian anda..
Tajuk juga perlu ada variablenya Tajuk juga perlu diulas dalam
bahagian pendahuluan.. Tajuk juga perlu diulas dalam pernyataan
masalah.. Tajuk juga perlu di timbulkan dalam objektif dan abstrak
kajian.
30. contoh Pelajar Pintar Cerdas Dan Masalah Yang dihadapi
Cabaran dan Masalah Pengetua Baru
31. Abstrak Abstrak perlu ditulis dalam satu peranggan sahaja.
Perlu ditulis pada muka surat baru iaitu muka surat kedua.
Penulisan abstrak tidak sepatutnya melebihi 120 patah perkataan.
****perlu ada kata kunci****
32. Pendahuluan APA adalah singkatan untuk American
Psychological Association. Format APA adalah satu set peraturan
yang dibangunkan untuk membantu seseorang itu membuat rujukan bagi
sesuatu bahan bacaan atau dokumentasi yang digunakan oleh para
psikologi dan ilmuan dalam pelbagai disiplin yang lain. Selain
daripada satu set peraturan yang dianggap sebagai mudah dan lebih
teratur APA juga merupakan satu kaedah penulisan yang paling kerap
digunakan oleh pelajar dan ilmuan di universiti sebagai panduan
untuk penulisan mereka. Ini kerana, APA format memanfaatkan gaya
penulisan yang sangat khusus dan menitikberatkan aspek penampilan
penulisan seperti margin, ruang dan jenis huruf. Menurut laman
sesawang American Psychological Association Style, APA format
pertama kali diperkenalkan pada tahun 1929 oleh sekumpulan pakar
psikologi dalam menbangunkan satu set prosedur untuk meningkatkan
kemudahan pemahaman bacaan (APA, 2009, hal xiii). Kumpulan ini
menumpukan pada pembangunan gaya editorial yang mudah dan
seterusnya membolehkan penerbit dan pembaca untuk mengimbas
maklumat penting dalam dokumen yang ditulis. APA digunakan untuk
penulisan makalah, laporan kajian, tinjauan pustaka dan kajian kes.
Tidak seperti gaya dokumentasi yang lain, format APA menumpukan
pada unsur-unsur naskah yang merupakan ciri khas untuk penulisan
ilmiah. APA juga mengandungi Peraturan untuk setiap aspek
penulisan, terutama dalam ilmu-ilmu sosial bagi menentukan
kesahihan penulisan dan seterusnya mengelakkan plagiarisme dan
membina rujukan yang tepat. Note: perenggan pertama setiap kali
selepas tajuk atau sub tajuk tidak di indent
33. Sub Tajuk Sub tajuk perlu ditulis mengikut format seperti
berikut: Panduan Penulisan Makalah Penyelidikan dengan Menggunakan
Format. Notes: tidak menggunakan huruf besar tetapi setiap huruf
pertama menggunakan huruf besar kecuali kata hubung seperti di,
dengan dll