BAB 1 PANDUAN ASAS 1.1 Kertas - Saiz : A4 (210 mm x 297 mm) - Jenis : Kertas Simili 80 gsm - Warna : Putih 1.2 Penyediaan Teks Tesis dan disertasi (termasuk gambarajah) mesti ditaip dengan menggunakan komputer dan dicetak dengan pencetak laser atau pencetak yang sama kualiti dengannya. 1.2.1 Jenis Dan Saiz Fon/Huruf Calon hendaklah menggunakan fon/huruf Tahoma kecuali bahagian yang melibatkan simbol-simbol saintifik. Saiz fon yang dibenarkan ialah 11. Untuk nota kaki, saiz fon yang digunakan ialah 9. 1.2.2 Penaipan Tajuk Semua tajuk bab hendaklah ditaip dengan huruf besar, tebal (bold), bersaiz 11 dan diletakkan di tengah antara jidar kiri dengan jidar kanan. Selain itu calon hendaklah mematuhi arahan menaip tajuk tersebut mengikut jarak daripada jidar atas (sila lihat 1.4). 1.2.3 Penaipan Teks - Selang Baris : 1.5 langkau dan Langkau 1 baris untuk Nota Kaki - Saiz Huruf Teks : 11 - Saiz Huruf Tajuk Wajib (huruf besar) : 11 (Bold) - Saiz Huruf Subtajuk (huruf kecil) : 11 (Bold) - Saiz Huruf Nota Kaki (jika digunakan): 9
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
BAB 1
PANDUAN ASAS
1.1 Kertas
- Saiz : A4 (210 mm x 297 mm)
- Jenis : Kertas Simili 80 gsm
- Warna : Putih
1.2 Penyediaan Teks
Tesis dan disertasi (termasuk gambarajah) mesti ditaip dengan menggunakan
komputer dan dicetak dengan pencetak laser atau pencetak yang sama kualiti
dengannya.
1.2.1 Jenis Dan Saiz Fon/Huruf
Calon hendaklah menggunakan fon/huruf Tahoma kecuali bahagian yang
melibatkan simbol-simbol saintifik. Saiz fon yang dibenarkan ialah 11. Untuk nota
kaki, saiz fon yang digunakan ialah 9.
1.2.2 Penaipan Tajuk
Semua tajuk bab hendaklah ditaip dengan huruf besar, tebal (bold), bersaiz 11
dan diletakkan di tengah antara jidar kiri dengan jidar kanan. Selain itu calon
hendaklah mematuhi arahan menaip tajuk tersebut mengikut jarak daripada jidar
atas (sila lihat 1.4).
1.2.3 Penaipan Teks
- Selang Baris : 1.5 langkau dan Langkau 1 baris
untuk Nota Kaki
- Saiz Huruf Teks : 11
- Saiz Huruf Tajuk Wajib (huruf besar) : 11 (Bold)
- Saiz Huruf Subtajuk (huruf kecil) : 11 (Bold)
- Saiz Huruf Nota Kaki (jika digunakan): 9
2
- Perenggan : Perenggan pertama dimulakan di
sebelah kiri sekali. Perenggan
seterusnya dimulakan selepas
ketukan yang ke-12 (satu ensotan).
- Nombor Halaman : Tengah di bahagian bawah
(28 mm dari jidar bawah).
- Jidar : 38 mm dari birai (edge) kiri, 28 mm
dari birai atas, kanan dan bawah.
- Bahasa : Bahasa Malaysia atau Bahasa
Inggeris Bahasa asing dalam teks
hendaklah dicondongkan).
- Warna Huruf : Hitam
1.2.4 Selang Baris
Satu setengah (1.5) langkau bagi teks manuskrip am kecuali satu (1) langkau
untuk perkara-perkara berikut:
- Tajuk dan subtajuk
- Pengakuan
- Pengesahan
- Penghargaan
- Abstrak (dalam Bahasa Melayu) dan terjemahan dalam Bahasa Inggeris
(Abstract)
- Senarai Kandungan (kecuali antara tajuk dua langkau dibenarkan)
- Keterangan Jadual Rajah, Foto dan Notasi Muzik
- Rujukan/ Bibliografi
- Nota Kaki
- Petikan - Petikan yang disisipkan di dalam ayat hendaklah tidak melebihi 40
patah perkataan dan mesti ada tanda petik “…”. Seluruh petikan yang
melebihi 40 patah perkataan hendaklah ditaip berasingan pada perenggan
yang baru dua langkau (2 ketuk enter) dengan ensotan 12.5 mm/ 0.5 inci
tanpa tanda petik.
3
1.2.5 Perenggan
a. Perenggan pertama selepas tajuk dan subtajuk tidak diensot (tab).
Perenggan seterusnya dimulakan dengan ensotan (tab) sebanyak 12.5 mm
(0.5 inci). Setiap perenggan hendaklah disamaratakan (Justified).
b. Selang antara tajuk dan perenggan adalah satu (1) ketukan (1 x 1.5
langkau).
c. Selang antara perenggan adalah dua (2) ketukan (2 x 1.5 langkau).
d. Sesuatu perenggan baru pada bahagian bawah sesuatu halaman mestilah
mengandungi sekurang-kurangnya dua baris yang lengkap ditaip dan
samaratakan (justified). Jika tidak, perenggan tersebut hendaklah
dimulakan pada halaman berikutnya.
e. Perkataan terakhir pada sesuatu halaman tidak boleh menggunakan tanda
sempang. Perkataan yang lengkap hendaklah ditaip pada halaman
berikutnya.
f. Jika baris terakhir sesuatu perenggan menjadi baris pertama bagi halaman
baru, panjangnya hendaklah sekurang-kurangnya separuh daripada satu
baris.
g. Tidak boleh memulakan ayat dengan nombor.
h. Nombor atau angka yang kurang daripada 10 hendaklah ditulis dengan
perkataan (contoh: lima percubaan; sembilan perkataan).
i. Nombor atau angka hendaklah ditulis dengan perkataan di dalam teks
sekiranya nombor adalah permulaan ayat atau tajuk. Contohnya, ”Tiga
ratus limapuluh orang pekerja pelabuhan Kota Kinabalu telah ditemubual
dalam kajian ini”. Bukan menulis ”300 orang pekerja pelabuhan Kota
Kinabalu telah ditemubaul dalam kajian ini.
4
1.3 Cetakan
1.3.1 Cetakan Teks/ Rajah/ Foto
Cetakan teks perlu dibuat pada sebelah halaman sahaja. Cetakan rajah/ foto yang
asal atau salinan yang berkualiti sahaja diterima (jika berkenaan).
1.3.2 Salinan (fotokopi)
Salinan fotokopi atau cetakan yang baik mutunya sahaja akan diterima.
1.4 Jidar (Margin)
1.4.1 Ukuran Halaman
- Jidar atas : 28mm (1.15 inci) dari birai atas
- Jidar kanan : 28mm (1.15 inci) dari birai kanan
- Jidar kiri : 38mm (1.5 inci) dari birai kiri
- Jidar bawah : 38mm (1.5 inci) dari birai bawah
- Footer : 28mm (1.15 inci) dari birai bawah
- Pada muka hadapan dan halaman pertama tesis/disertasi, hendaklah
dikosongkan 60mm di bahagian atas tajuknya dan bahagian bawah. Llihat
contoh di Lampiran A dan Lampiran B.
Nota : Jarak perkataan dari jidar atas, bawah dan kanan yang ditetapkan untuk sesebuah tesis dan disertasi UMS adalah 25 mm, tetapi semasa penjilitan kulit keras, penjilid akan memotong 3 mm dari jidar atas, bawah dan kanan, justeru pelajar dinasihatkan meletakkan 28 mm jarak dari jidar atas, bawah dan kanan.
1.5 Penomboran
1.5.1 Halaman
a. Taipkan nombor halaman di tengah bahagian bawah menggunakan jenis
dan saiz huruf yang sama seperti teks.
5
b. Permulaan halaman (halaman judul) hendaklah dinomborkan dengan
angka kecil Roman secara urutan (i, ii, iii dan seterusnya). Halaman judul
pertama bahagian permulaan dianggap sebagai halaman “i” tetapi
nombornya tidak ditaip.
c. Permulaan halaman teks (bahagian) hendaklah menggunakan angka Arab
1, 2, 3, ... dan seterusnya. Halaman pertama bahagian teks setiap bab
dianggap sebagai halaman pertama tetapi nombornya tidak ditaip.
1.5.2 Tajuk dan Subtajuk
a. Penomboran bagi setiap bab mesti dimulakan dengan angka bulat .
b. Tajuk utama teks hendaklah dimulakan dengan 1.1 dan ditulis dengan
gaya title case.
c. Penomboran subtajuk pula hendaklah dimulakan dengan dua nombor
bulat tetapi tidak melebihi tiga nombor yang mewakili setiap perkara dan
dipisahkan dengan noktah di antara nombor-nombor tersebut (contohnya
1.1, 1.1.1, ... 5.1.1 dan seterusnya, BUKANNYA 1.1.1.1 atau 1.1.1.a atau
1.1.1.i).
d. Penomboran subtajuk yang terpaksa menggunakan lebih dari tiga nombor
mesti menggunakan abjad (huruf kecil) atau angka Arab yang
diikuti dengan noktah dan mesti dimulakan dengan perenggan baru di
bawah subtajuk yang melebihi tiga nombor tersebut seperti contoh
berikut:
6
Lihat Tajuk 4.4 dalam Gaya Penulisan ini untuk contoh.
1.5.3 Jadual, Rajah dan Foto
a. Penomboran jadual mestilah menggunakan dua nombor bulat yang
dipisahkan dengan noktah di antara kedua-dua nombor tersebut. Nombor
pertama adalah mewakili nombor BAB dan nombor kedua adalah mewakili
bilangan jadual dalam BAB tersebut. Sebagai contoh, jadual yang pertama
dan kesepuluh dalam BAB 3 masing-masing hendaklah ditulis sebagai
Jadual 3.1 dan Jadual 3.10.
b. Sistem penomboran rajah dan foto adalah sama seperti penomboran jadual
dengan hanya menukar “jadual” kepada “rajah” atau “foto.”
c. Tajuk jadual dan rajah boleh diletakkan pada bahagian atas atau bawah
mengikut keperluan disiplin.
38mm
Birai kiri
1.1.1 Luahan Sungai
Luahan air sungai yang juga dikenali sebagai aliran permukaan
adalah berkadaran terhadap luas keratan rentas sungai berair dan
purata halaju air yang mewakili setiap ketinggian aras air sungai….
a. Keratan Rentas Sungai Berair
Keratan rentas sungai berair adalah…
b. Purata Halaju Air
Purata halaju air adalah mewakili…
i. Halaju bagi Sungai Petagas adalah….
Birai Atas
28mm
7
1.5.4 Nota Kaki
Nota kaki bagi setiap bab hendaklah dimulakan dengan nombor satu secara
berurutan.
1.6 Kulit Luar
1.6.1 Jenis Kertas
- Saiz : A4 (210 cm x 297 cm)
- Jenis : Kertas Keras
- Warna : Biru Gelap (Diploma Pascasiswazah/ Sarjana/ Sarjana
Falsafah)
Pulasan / Maroon (Doktor Falsafah)
1.6.2 Muka Hadapan
Semua maklumat muka hadapan hendaklah ditaip dengan huruf besar berwarna
emas menggunakan fon Tahoma, bersaiz 18. Lihat contoh di Lampiran B.
- TAJUK
- NAMA CALON
- NAMA SEKOLAH
- NAMA UNIVERSITI
- TAHUN VIVA
1.6.3 Tulang Belakang
Tulang belakang tesis dengan maklumat di bawah hendaklah ditaip memanjang
dengan huruf besar, fon Tahoma, berwarna emas, bersaiz 16 dan mengikut
susunan seperti berikut (Lihat contoh di Lampiran C);
- NAMA CALON
- SINGKATAN NAMA IJAZAH
- TAHUN VIVA
- SINGKATAN NAMA UNIVERSITI (UMS)
8
1.7 Singkatan Nama Ijazah
Lihat contoh di Lampiran D.
1.8 Penyerahan Draf Tesis/ Disertasi
Setiap calon harus mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak
Pascasiswazah seperti berikut:
a. Calon hendaklah menyerahkan Notis Penyerahan Tesis/disertasi (Borang
PPPS/PEP-01/07 – lihat Lampiran E) dalam tempoh tiga bulan
sebelum tarikh penyerahan tesis.
b. Jawatankuasa Pascasiswazah (JPSPI) mencadangkan nama Pemeriksa
Luar dan Dalam serta Ahli Jawatankuasa Viva Voce dalam borang
PPPS/PEP-01/07.
c. Pemeriksa Dalam dicadangkan oleh JPSPI dari kalangan tenaga akademik
UMS yang berkaitan dengan bidang tesis calon.
d. Calon WAJIB menandatangani Perakuan pada Draf Tesis sebelum
menyerahkan semua salinan kepada PPPS untuk pemeriksaan.
1.9 Penjilidan
1.9.1 Naskah untuk Pemeriksaan
Setiap calon perlu menyediakan empat naskah atau lebih mengikut keperluan
(pemeriksa luar, pemeriksa dalam, pengerusi dan simpanan Pusat Pengajian
Pascasiswazah). Naskah hendaklah dijilid dengan menggunakan kulit lembut (soft-
cover binding).
1.9.2 Naskah Akhir
Setiap calon perlu menyediakan tiga naskah tesis/disertasi akhir (Sekolah, Pusat
Pengajian Pascasiswazah dan Perpustakaan). Naskah hendaklah dijilid
9
menggunakan kulit keras (hard-cover binding) setelah tesis/disertasi tersebut
diperiksa dan diluluskan oleh Jawatankuasa Pemeriksaan Lisan (Viva Voce).
PERINGATAN: Sebelum naskah akhir dijilid, calon diwajibkan:
a. Membuat segala pembetulan (jika diperlukan) dalam tesis/disertasi seperti
yang dikehendaki Jawatankuasa Pemeriksa.
b. Mendapatkan pengesahan daripada Penyelia dan Penyelia Bersama,
Pemeriksa Dalam, Pemeriksa Luar (sekiranya berkaitan) dan Dekan
Sekolah/ Pengarah Institut.
1.9.3 Warna Kulit
Doktor Falsafah dan setara : Pulasan (Maroon)
Sarjana, Sarjana Falsafah dan setara : Biru Gelap
10
BAB 2
STRUKTUR TESIS/DISERTASI
2.1 Tertib
Susunan dan kandungan tesis/disertasi hendaklah mengikut tertib seperti berikut:
- TAJUK
- PENGAKUAN CALON
- PENGESAHAN
- PENGHARGAAN
- ABSTRAK (Bahasa Melayu)
- ABSTRACT (Terjemahan Bahasa Inggeris) – Tulisan dicondongkan
(Italic)
- SENARAI KANDUNGAN
- SENARAI JADUAL
- SENARAI RAJAH/ FOTO
- SENARAI SINGKATAN/ SIMBOL
- KANDUNGAN TEKS (BAB)
- RUJUKAN/BIBLIOGRAFI
- GLOSARI (Jika ada)
- LAMPIRAN (LAMPIRAN A, LAMPIRAN B ...)
*Nota: a. Mungkin ada antara perkara yang tercatat di atas tidak diperlukan
dalam tesis/disertasi anda.
b. Setiap bahagian di atas hendaklah dimulakan pada halaman baru.
Lihat contoh di Lampiran F.
11
2.2 Kandungan
2.2.1 Tajuk Tesis
Halaman ini hendaklah mengandungi maklumat (ditaip dengan HURUF BESAR)
dan mengikut susunan seperti yang berikut:
Format penulisan adalah seperti berikut:
- Tajuk Tesis : Tajuk tesis disusun di tengah (centre)
- Nama Calon : Nama penuh calon mengikut kad pendaftaran (centre)
- Nama Sekolah : Sekolah tempat calon mendaftar (centre)
- Tahun Viva : Tahun Viva Voce (centre)
- Saiz Huruf : 18 (Huruf Besar)
- Fon : Tahoma
2.2.2 Pengakuan Calon
Halaman ini hendaklah dimulakan selepas judul ditaip di tengah halaman tersebut
dan mengandungi pengakuan calon bahawa tesis/disertasi ditulis adalah hasil kerja
calon sendiri dan sebarang nukilan, ringkasan telah diterangkan sumbernya.
Seperti kenyataan yang berikut:
“Segala nukilan, ringkasan dan rujukan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan
sumbernya ...”
Calon juga dikehendaki menulis dan menandatangani pengakuan ini
sebelum menghantar tesis untuk tujuan pemeriksaan oleh Pemeriksa
Dalam dan Luar. Lihat contoh di Lampiran G dan Lampiran H.
2.2.3 Pengesahan
Penyelia dan/atau Penyelia Bersama (jika ada), perlu menurunkan tandatangan
pada halaman ini sebagai pengesahan tesis/disertasi adalah hasil kerja calon.
Lihat contoh di Lampiran I.
12
2.2.4 Penghargaan
Calon boleh merakamkan penghargaan tidak lebih daripada satu halaman kepada
orang perseorangan ataupun pertubuhan/persatuan yang membantu dalam
melakukan kajian.
Dedikasi kepada individu/kumpulan atau organisasi tidak dibenarkan. Lihat
contoh di Lampiran J.
2.2.5 Abstrak
Abstrak tesis/disertasi hendaklah disediakan dalam dua bahasa, iaitu Bahasa
Malaysia dan Bahasa Inggeris.
Abstrak merupakan ringkasan eksekutif bagi keseluruhan tesis/disertasi dan
sebaik-baiknya merangkumi maklumat-maklumat berkaitan isu utama kajian,
kaedah kajian, hasil serta kesimpulan kajian.
Tesis/disertasi yang ditulis dalam Bahasa Malaysia mesti didahului dengan
abstrak dalam Bahasa Malaysia dan diikuti dengan abstrak dalam Bahasa Inggeris
dan sebaliknya. Lihat contoh di Lampiran K.
Jumlah Perkataan: Ditulis satu perenggan dalam satu halaman sahaja dan tidak
melebihi 250 patah perkataan.
Nota: Bagi abstrak yang diterjemahkan, tidak perlu menulis tajuk abstrak
berkenaan.
2.2.6 Senarai Kandungan
Semua tajuk, bab dan pecahan bab kecil yang utama hendaklah disenaraikan dan
disusun mengikut tertib.
13
2.2.7 Senarai Jadual
Bahagian ini adalah senarai daftar atau maklumat yang diringkaskan. Bahagian ini
menyenaraikan jadual mengikut susunan tertib dalam teks tesis atau disertasi.
Lihat contoh di Lampiran L.
Contoh Jadual Gugusan Sains/ Sastera:
Jadual 1.1: Kadar literasi/kebolehan membaca, 1991 dan 1996 mengikut jantina dan lokasi
Sumber: Jabatan Perangkaan Negara (2006)
2.2.8 Senarai Rajah
Bahagian ini menyenaraikan semua rajah mengikut susunan tertib dalam teks tesis
atau disertasi beserta dengan halaman. Rajah merujuk kepada graf, contengan,
sketsa, lukisan atau ilustrasi dan sebagainya.
Susunan senarai rajah haruslah mengikut susunan dalam teks.
38mm
Birai kiri
14
a) Bagi Gugusan Sains Sosial:
Tajuk : Di bahagian atas dan perkataan ditebalkan (bold).
Sumber : Di bahagian bawah rajah dan perkataan tidak ditebalkan (not
bold)
Rajah 1.2 : Indeks Komposit
Sumber: Bursa Saham Kuala Lumpur (2006)
38mm
Birai kiri
15
b) Bagi Gugusan Sains:
Tajuk : Di bahagian bawah rajah dan perkataan ditebalkan (bold)
Sumber : Di bahagian bawah tajuk rajah dan perkataan tidak ditebakan (not
bold)
Lihat contoh di Lampiran M.
2.2.9 Senarai Foto
Dimulakan dengan halaman baru dengan perkataan SENARAI FOTO ditaip
ditengah-tengah antara jidar kiri dengan jidar kanan dan hendaklah mengandungi
senarai gambar foto yang terkandung di dalam tesis/disertasi secara berturutan
beserta halamannya. Ini termasuk semua bentuk fotograf dan fotomikrograf.
Tajuk atau keterangan tajuk berkenaan foto hendaklah sama dengan yang
terdapat di dalam tesis/disertasi calon. Lihat contoh di Lampiran N.
Rajah 1.3: Taburan batuan volkanik di Semenanjung
Semporna, Sabah.
Sumber: Jabatan Geologi Negeri Sabah (2005)
38mm
Birai kiri
16
2.2.10 Senarai Notasi Muzik
Tajuk atau keterangan tajuk berkenaan notasi muzik sama dengan yang terdapat
di dalam tesis/disertasi calon.
Lihat contoh di Lampiran O.
2.2.11 Senarai Simbol, Unit, Singkatan, Formula, Tata Nama, Istilah dan Nombor.
Halaman ini mengandungi semua simbol, singkatan, unit, formula, tata nama,
istilah dan nombor beserta ertinya yang digunakan dalam penulisan tesis/disertasi.
Senarai ini membantu para pembaca untuk memahami dengan lebih lanjut terma
yang digunakan calon.
Semua simbol, singkatan, unit, formula, tata nama, istilah dan nombor yang
digunakan dalam teks mempunyai erti khusus sesuatu bidang ilmu pengetahuan.
Perkataan hendaklah disusun mengikut abjad dan diletakkan pada halaman baru.
Lihat contoh di Lampiran P.
Rajah 3.5: Notasi Muzik
Ciptaan: Puan Agnes Ku Chun Moi
38mm
Birai kiri
17
Contoh: KPM Kementerian Pelajaran Malaysia
KPT Kementerian Pengajian Tinggi
USIA United Sabah Islamic Association
WHO World Health Organisation
2.2.12 Senarai Lampiran
Lampiran merupakan data mentah, ringkasan atau kenyataan tambahan yang
dapat menyokong penemuan tesis/ disertasi. Ini terdiri daripada sebahagian data
yang terlalu banyak untuk dimuatkan dalam bahagian teks seperti cerapan data
dalam bentuk nombor atau jadual (melebihi dua halaman), penulisan program
untuk perisian komputer dan foto yang dapat menyokong penemuan calon. Lihat
contoh di Lampiran Q.
2.2.13 Teks (Gugusan Sastera/Sains Sosial)
Teks merupakan kandungan terbesar dalam tesis/disertasi. Kandungan teks tesis
dan disertasi tidak mempunyai satu format yang tetap. Susunan dalam penulisan
teks tesis/disertasi adalah tertakluk kepada persetujuan penyelia dan calon.
1.1.1 Teaching Adults 1 1.2 Objectives of this Research
Footer/ Muka Surat = 28mm
Birai Bawah = 38mm
28mm
35mm
Birai kiri
Birai Atas
iv
28mm
Birai kanan
Nota: Ikut contoh sebenar tesis.Tertakluk kepada format yang ditentukan oleh pihak sekolah masing-masing
38
LAMPIRAN G
Contoh Pengakuan Calon (Bahasa Inggeris)
LAMPIRAN H
Footer/ Muka Surat = 28mm
Birai Bawah = 38mm
28mm
38mm
Birai kiri
Birai Atas
ii
28mm
Birai kanan
DECLARATION
I hereby declare that the material in this thesis is my own except for quotations, excerpts, equations, summaries and references, which have been duly acknowledged.
10 March 2007 ______________________
Tan I @ Tan Yee PS2003-016-005
39
Contoh Pengakuan Calon (Bahasa Malaysia)
Footer/ Muka Surat = 28mm
Birai Bawah = 38mm
28mm
38mm
Birai kiri
Birai Atas
ii
28mm
Birai kanan
PENGAKUAN
Karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan, ringkasan dan rujukan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.
5 Oktober 2007 ______________________
Lilawati Bte Madian PS2003-007-543
40
LAMPIRAN I
Contoh Pengesahan Penyelia
(Sebagai pengesahan tesis/disertasi adalah hasil kerja calon)
Footer/ Muka Surat = 28mm
Birai Bawah = 38mm
28mm
38mm
Birai kiri
Birai Atas
ii
28mm
Birai kanan
CERTIFICATION
NAME : ALLAN MATHEWS MATRIC NO. : PS05-002-017 TITLE : INTEGRATION AND
STANDARDIZATIION OF BUSINESS AND MANAGEMENT PROCESSES FOR CONSUMER PRODUCTS UTILIZING BUSINESS
PROCESS REENGINEERING APPROACH
DEGREE : DOCTOR OF PHILOSOPHY (OPERATIONS MANAGEMENT) VIVA DATE : 5 DECEMBER 2007
DECLARED BY 1. SUPERVISOR
Assoc. Prof. Dr. Noorhayati Mansor Signature
41
LAMPIRAN J
Contoh Penghargaan
Footer/ Muka Surat = 28mm
Birai Bawah = 38mm
28mm
38mm
Birai kiri
Birai Atas
ii
28mm
Birai kanan
ACKNOWLEDGEMENT
I wish to express my deepest gratitude and appreciation to my supervisor, Associate Professor Dr Noorhayati Mansor of the School of Business and Economics, Universiti Malaysia Sabah who has been patient enough to advise, guide and supervise me throughout the past few years. Her continuous encouragement provided me the necessary impetus to complete the research and publish this thesis.
My special sense of gratitude……… Allan Mathews 5 December 2007
42
LAMPIRAN K
Contoh Abstrak dan Terjemahan
(Jika Tesis ditulis dalam Bahasa English)
Footer/ Muka Surat = 28mm
Birai Bawah = 38mm
28mm
38mm
Birai kiri
Birai Atas
ii
28mm
Birai kanan
ABSTRACT INTEGRATION AND STANDARDIZATION OF BUSINESS
AND MANAGEMENT PROCESSES FOR CONSUMER PRODUCTS UTILIZING BUSINESS PROCESS
REENGINEERING APPROACH The main objective of this thesis is to determine whether Business Process Reengineering (BPR) can be utilized to standardize and integrate business and management processes of three subsidiary companies at the branch level within a large multinational holding company. Although the functions of procurement, selling, order processing, credit management, warehousing and distribution, and collection are the same in the three subsidiary companies, there were differences as to how the processes were carried out. The objective of the holding company is to portray to the customers that it is one entity. The problem situation resulted amongst other matters, confusion among the customers. Top management in line with the principles of BPR decided to redesign the process to create standard and integrated processes. Action Research with a dual-cycle was the research paradigm. The Action component…….
43
Footer/ Muka Surat = 28mm
Birai Bawah = 38mm
28mm
38mm
Birai kiri
Birai Atas
ii
28mm
Birai kanan
ABSTRAK
Objektif utama tesis ini adalah untuk menyelarasi dan menginterasikan proses-proses pengurusan dan perniagaan tiga buah firma subsidiari di peringkat cawangan dalam sebuah firma antarabangsa yang besar berdasarkan prinsip Business Process Reengineering (BPR). Walaupun fungsi-fungsi perolehan, penjualan, pesanan, pengawasan kredit, pengedaran dan pengestoran serta pengutipan wang adalah sama dalam ketiga-tiga firma subsidiari ini, beberapa perbezaan wujud dalam mengendalikan proses-proses ini. Objektif firma antarabangsa ini adalah untuk memastikan prosedur-prosedur diselaraskan supaya perkhidmatan akan konsisten dan berkualiti serta memberi satu gambaran kepada pelanggan iaitu ketiga-tiga firma subsidiari ini berfungsi sebagai satu. Antara masalah yang timbul adalah kekeliruan antara pelanggan. Pihak pengurusan atasan selaras dengan prinsip BPR telah membuat keputusan membentuk semula proses-proses dengan menggunakan satu proses yang sama untuk tiga buah firma subsidiari tersebut. “Action Research” dengan “dual cycle” digunakan untuk menjalankan penyelidikan ini. Komponen “Action” adalah …….
44
LAMPIRAN L
Contoh Senarai Jadual
Footer/ Muka Surat = 28mm
Birai Bawah = 38mm
28mm
38mm
Birai kiri
Birai Atas
ii
28mm
Birai kanan
LIST OF TABLES
Page
Table 2.1 Comparison of TQM and BPR
42
Table 4.1 Stock level before and after Action Research
247
Table 4.2 Order processing productivity before and after Action Research
247
Table 4.3 Overdue accounts before and after Action Research
248
Table 4.4
Warehousing and distribution indicators before and after Action Research
248
45
LAMPIRAN M
Contoh Senarai Rajah
Footer/ Muka Surat = 28mm
Birai Bawah = 38mm
28mm
38mm
Birai kiri
Birai Atas
ii
28mm
Birai kanan
LIST OF DIAGRAMS Page
Diagram 1.1 A diagrammatic representation of a
process
11
Diagram 3.1 Dual cycle Action Research
84
Diagram 3.2 Action component of the dual cycle Action Research
85
Diagram 3.3 Research component of the dual cycle Action Research
85
Diagram 3.4 Format of a micro process as an activity flow diagram
95
Diagram 4.1 General pictorial description of the consumer products business
104
46
LAMPIRAN N
Contoh Senarai Foto
Footer/ Muka Surat = 28mm
Birai Bawah = 38mm
28mm
38mm
Birai kiri
Birai Atas
ii
28mm
Birai kanan
LIST OF PHOTOGRAPHS Page
Photograph 2.1 An Agricultural Area of the Dusun
Community in Ranau, Sabah
46
Photograph 2.2 Wedding Ceremony of a Dusun Couple in an SIB Church in Ranau, Sabah
58
Photograph 2.3 Handicrafts Produced by Local Dusun Artists in Ranau, Sabah
60
47
LAMPIRAN O
Contoh Senarai Notasi Muzik
Footer/ Muka Surat = 28mm
Birai Bawah = 38mm
28mm
38mm
Birai kiri
Birai Atas
ii
28mm
Birai kanan
LIST OF MUSICAL NOTATIONS
Semibreve
Minim
Crotchet
Quaver
Dotted minim
48
LAMPIRAN P
Contoh Senarai Simbol, Unit, Singkatan, Formula, Tata Nama, Istilah dan Nombor
Footer/ Muka Surat = 28mm
Birai Bawah = 38mm
28mm
38mm
Birai kiri
Birai Atas
ii
28mm
Birai kanan
LIST OF ABBREVIATION
CAH Contrastive analysis hypothesis
EA Error analysis
EP Elicitation Procedure(s)
FL Foreign language
L1 First language
49
LAMPIRAN Q
Contoh Senarai Lampiran
Footer/ Muka Surat = 28mm
Birai Bawah = 38mm
28mm
38mm
Birai kiri
Birai Atas
ii
28mm
Birai kanan
LIST OF APPENDIX Page
Appendix A Map of the Research Site
195
Appendix B Questionnaire
196
Appendix C List of District Education Officers in Sabah
205
50
LAMPIRAN R
Contoh Halaman Memulakan Bab
BAB 1
PENDAHULUAN
3 x 1.5 langkau (3 kali ketuk ENTER)
1.1 Pengenalan
Universiti Malaysia Sabah (UMS) ditubuhkan pada 24 November 1994 … Kajian
yang terperinci perlu diambil untuk mengeksploitasi sumber tenaga yang bersih
dan kurang kesan pencemaran.
(2 x 1.5 langkau)
Sesi 1996/97 merupakan sesi kedua kewujudan UMS. Banyak perubahan
sudah berlaku ... .
(1 x 1.5 langkau)
Tiada no untuk mukasurat pertama setiap Bab
2 X 1.5 langkau
(2 kali ketuk ENTER)
51
LAMPIRAN S
Contoh Penulisan Tajuk-Tajuk Kecil
1.5 Objektif Kajian
Penyelidik menggariskan tiga objektif dalam kajian ini:
a. Membuat perbincangan mengenai masyarakat Dusun daripada perspektif
komuniti itu sendiri dari segi ...
1.6 Konsep Kajian
Terdapat empat konsep yang menjadi asas kepada pengkajian ini dilakukan ...
1.6.1 Masyarakat
Dalam mengkaji manusia aspek budaya yang dimiliki dan tingkah laku budayanya
dititik beratkan dalam bidang antropologi. Masyarakat merupakan satu konsep
yang abstrak yang tidak boleh dilihat dan dikira ...
(1 x 1.5 langkau)
(2 x 1.5 langkau)
(2 x 1.5 langkau)
52
LAMPIRAN T
Contoh Glosari
Gugusan Sains
LIST OF GLOSSARY
Abberation Property of an optical system that causes an image to have certain easily recognisable flaws.
Bolometer A type of detector mainly used to measure infrared radiation. A bolometer works by heating up as it absorbs the radiation that reaches it.
Convection model
A heat transport model based on convection, in which the energy is transported by means of motion.
Diffraction grating
A grating device that splits light into a spectrum of the component wavelengths.
Electronvolt (eV)
A unit of energy defined as the energy acquired by an electron in falling through a potential difference of one volt. Electronvolts are used as a measure of the energy of cosmic rays and high-energy photons.
Footer/ Muka Surat = 28mm
Birai Bawah = 38mm
28mm
38mm
Birai kiri
Birai Atas
284
28mm
Birai kanan
53
Gugusan Sastera/ Sains Sosial
LIST OF GLOSSARY
Acculturation A process in which changes in the language, culture, and system of values of a group occur through interaction with another group with a different language, culture, and system of values.
Assimilation Sound change or process by which features of one element change to match those of another that precedes or follows.
Bidialectal A person who knows and is able to use two different dialects.
Coarticulation The simultaneous or overlapping articulation of two successive phonological units.
Diglossia The case in which a community uses two distinct forms of the same language, one learnt through education and is appropriate to a range of contexts, and the other acquired before formal education and is appropriate to another range of contexts.
Footer/ Muka Surat = 28mm
Birai Bawah = 38mm
28mm
38mm
Birai kiri
Birai Atas
284
28mm
Birai kanan
54
LAMPIRAN U
Format Menulis Bibliografi
a. Rekod Kerajaan Yang Tidak Diterbitkan
Contoh:
i. C.O. 874/466-Immigration.
ii. Colonial Office 874/1104 – War With Japan.
b. Dokumen Rasmi yang Tidak Diterbitkan
Contoh:
Kerajaan Negeri Sabah. Sabah Second Agriculture Policy: 1999-2010, Kota Kinabalu: Sabah Government Printers.
c. Laporan-Laporan Kerajaan
Contoh:
i. Perangkaan Perdagangan Luar Sabah. 1986. Jabatan Perangkaan Malaysia. 3 - 21.
ii. Rosenberry, R. (ed.). 2002. World shrimp farming 2002. Annual Report Number 15. San Diego, USA: Shrimp News International.
iii. World Health Report 1998. World Health Organization (WHO). 1998.
d. Fail-fail Arkib
Contoh:
i. North Borneo Central Archive. No. 66 – Educational Policy of State-General.
ii. North Borneo Central Archive, No. 725- Borneo Fishing Company at Si Amil Island - General.
e. Fail-fail Jabatan
Contoh:
i. Fail Pejabat Daerah Beaufort PDB. 7/273/11 – Waran Peruntukan 1986. ii. Report on Socio-Economic Survey of Fisherman at Kuala Penyu District,
1986. KO-NELAYAN.
55
f. Akhbar
Contoh:
i. Berita Harian. 1987. Kebangkitan Masyarakat Melayu. 4 Ogos: 23.
ii. Parrish, M. 1992. L. A. Firm Helps Utility with Innovative Plan. Los Angeles
Times, 4 August 1992: 2.
g. Tesis/ Latihan Ilmiah
Contoh:
i. Zulkornain bin Yusof. 1996. Kedudukan Saudara Kita di Sabah, Satu Kajian Permulaan. Kertas Projek Institut Teknologi MARA Cawangan Sabah. (Tidak diterbitkan).
ii. Cheong, H. P. 1999. Perbandingan Morfologi Dolichoderus (Kumpulan thoracius) (HYMENOPTERA: FORMICIDAE) Dari Sabah dan Semenanjung Malaysia Serta Potensi Dolichoderus sp. (Kumpulan thoracius) Sabah Sebagai Agen Kawalan Biologi Serangga Perosak. Tesis Sarjana. Universiti Malaysia Sabah.
h. Kertas Kerja
Contoh:
i. Ismail Abas.1989. Tarian-tarian Ritual Sabah, Fungsinya dan Masa Depannya. Kertas Kerja Dialog Borneo II. Kota Kinabalu. 12-16 September. Anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah. Badan Bahasa Sabah Dengan Kerjasama GAPENA dan Kerajaan Negeri Sabah.
ii. Primavera, J. H. 1994. Shrimp farming in the Asia Pasific: Environmental and trade issues and regional cooperation. Paper presented at the Nautilus Institute Workshop on Trade and Environment in Asia-Pacific.: Prospects for Regional Cooperation. East-West Centre Honolulu, Philipines, 23-25 September.
iii. Anton, A. 2003. Bioindicators in River Quality Maganegemt. Bengkel Enviro-
course 2002- Kualiti Air. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.
56
i. Buku
Contoh:
i. Ahmat Adam. 1992. Sejarah dan Bibliografi Akhbar dan Majalah Melayu Abad Kesembilan Belas. Kuala Lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia.
ii. Zimmerman, H. J. 1996. Fuzzy Set Theory and its Application. (2nd edition).
New Delhi: Allied Publishers Ltd and Kluwer Academic Publishers.
iii. Dhont, J., Lavens, P. and Sorgeloos, P. 1993. Preparation and use of artemia as food for shrimp and prawn larvae. In McVey, J. P. (ed.). CRC Handbook of Mariculture Crustacean Aquaculture 2nd edition, volume 1, pp. 289-313. Boca Raton: CRC Press.
j. Ensiklopedia
Contoh:
i. Collier’s Encyclopedia. Vol. 16. 1985. London: Macmillan Educational Company.
ii. Bignell, D. E. and Eggleton, P. 1998. Termites. In Calow, P. (ed.)
Encyclopedia of Ecology and Environmental Management, pp 744-746. Oxford: Blackwell Scientific.
iii. Treece, S. D. 2000. Shrimp culture. In Stickney, R.R. (ed). Encyclopedia of
Aquaculture, pp. 798-868. New York: John Wiley and Sons.
b. Kamus
Contoh:
i. Abdul Bin Nuh dan Oemar Bakry. 1996. Kamus Melayu-Arab-Inggeris. Kuala Lumpur: Victory Agencies.
iii. Steel, M. 2006. New Oxford English-English-Malay Dictionary. Shah Alam:
Penerbitan Fajar Bakti. c. Artikel
Contoh:
i. Appell, G.N. 1972. Murut depopulation and the Sipitang Lun Dayeh. BRAS,
45(2).
ii. Shiau, S.Y. and Liu, J.S. 1994. Quantifying the vitamin K requirement of juvenile marine shrimp, Penaeus monodon, with menadione. Journal of Nutrition 124:227-282.
57
d. Filem
Contoh:
Filem Cereka. 1972. Kabus Malam. Jakarta: Puncak Keris.
e. Peta
Contoh:
Jabatan Pertanian Sabah. 1996. Peta Taburan Asosiasi Tanah.
f. Laman Web/E-mel
Contoh:
i. “Salvation Army International Headquaters” dlm. http//www.salvation. org.hk/www/what is salvation army/home.htm. Retrieved 26 September 2004.
ii. Potter, L., Brookfield, H. & Byron, Y. 2002. The Eastern Sundaland Region of South-east Asia, http://www.unu.edu/unupress/unupboo ks/uu14re/uu14re14.htm. Retrieved 20 October 2003.
*Nota:
Butiran bagi bahan rujukan elektronik hendaklah dicatat kesemua, termasuk tarikh
bahan tersebut dicetak. Rujukan elektronik dari laman web persendirian tidak
digalakkan melainkan dari pihak yang diiktiraf umum sebagai pakar atau pihak
berkuasa atau mana-mana sumber rasmi.
g. Responden yang ditemu bual
Contoh:
Razak Janau. 74 tahun. Kampung Padas, Papar. Ketua Kampung Padas. 26 September 2003.
58
LAMPIRAN V
Contoh Penggunaan Ibid
Contoh ayat dalam teks:
....Penduduk di kawasan tersebut terdiri daripada subkumpulan etnik Gana1
yang mengamalkan kepercayaan adat.2 Walau bagaimanapun bagi beliau
telah berubah. Semasa beliau tinggal di asrama, beliau telah terpengaruh dan
terpikat dengan ajaran Kristian yang diajar oleh warden asrama tersebut.3 ...
Contoh penulisan nota kaki dan penggunaan Ibid.
______________________
1 Mohd Farid Linggi, Kehidupan Dalam Tiga Dimensi, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, 1998, hlm.9.
2. Ibid.
3. Ibid., hlm. 63.
59
LAMPIRAN W
Contoh Penggunaan op. cit.
Contoh:
...Setelah berjaya di tawan semula dari tentera Jepun, Negeri Sabah telah ditadbir
sementara oleh British Military Administration1 (BMA) sehingga 15hb. Julai 19462.
Ini bertujuan untuk memulihkan semula keamanan dan ketenteraman yang pada
masa itu masih lagi berada dalam keadaan peperangan dan ketegangan antara
kaum kesan peninggalan dasar pentadbiran tentera Jepun. Di bawah pentadbiran
BMA, keamanan dan ketenteraan di Negeri Sabah telah dapat dipulihkan dalam
tempoh yang singkat. Kebanyakan penduduk yang melarikan diri ke kawasan
pedalaman semasa pentadbiran tentera Jepun telah kembali semula ke pusat-
pusat bandar yang ditinggalkan semasa Perang Dunia Kedua. Sandakan yang
pernah menjadi pusat pentadbiran, perdagangan dan pelabuhan yang terpenting
semasa pentadbiran BNBCC telah terjejas teruk akibat Perang Dunia kedua. Sir
Edward Twinning3 yang telah dilantik oleh Kerajaan British menjadi gabenor Negeri
Sabah (Borneo Utara) yang pertama selepas tamatnya Perang Dunia Kedua telah
menggambarkan kemusnahan bandar Sandakan seperti berikut:
No town in the world wear the wounds of war more terribly and more honourably than does Sandakan. Where ever we look there is destruction, far beyond more repair. It is because of this nearly total destruction that Sandakan now appears a new town in spite of its hundred years old history4.
Sementara itu, kemusnahan Negeri Sabah akibat Perang Dunia Kedua telah
dijelaskan oleh H.M. Baker seperti berikut:
The general situation was at first chaotic and one of the essential needs was the situation of law and order...North Borneo was more heavily damaged in the war than any other British Colony. Sandakan and Labuan towns had been completely destroyed
60
and others, including Jesselton, heavilly damaged... The general health of the population had suffered from malnutritim and lack of drugs... Communition never good, were now almost non-existent. Such roads as had existed had been damaged by Japanese heavy and tracked vehicles and, as the end of the war approached, bridges had been blown up5
Kemusnahan besar yang dialami oleh Negeri Sabah telah menyebabkan
pentadbiran BNBCC telah menyerahkan Negeri Sabah kepada Kerajaan British
dengan pampasan sebanyak £1,4000,000.006 melalui North Borneo Order in
Council7 pada 10hb. Julai 1946 ...
Contoh penulisan nota kaki dan penggunaan op. cit. dalam teks:
_____________________
1 Untuk penjelasan lanjut, sila lihat Peter Chay, Sabah The Land Below The
Wind. Kota Kinabalu: Foto Technik Sdn. Bhd., 1988. Juga lihat H.M. Baker,
Sabah The first Ten Years As A Colony 1946-1956, Singapore:Malaya
Publishing House, 1965.
2 Peter Chay, op. cit., hlm. 14
2 H.M. Baker, op. cit., hlm. 37.
3 Supriya Bhar, “Sandakan One Hundred Years 1879-1979”, (tiada tahun & tiada
penerbitan), hlm. 18.
4 H.M. Baker, op. cit., hlm 31-32.
5 Cecilia Leong, Sabah The First 100 Years, Kuala Lumpur: Percetakan Nan Yang
Muda Sdn. Bhd., 1982, hlm. 197.
6 Ibid., hlm. 33.
61
62
LAMPIRAN X
Format Menulis Rujukan
a. Pengarang Tunggal
Contoh:
i. Ford, H. 1997. The International Jew. Johannesburg: Global
Publisher.
iii. Magurran, A. E. 1988. Ecological Diversity and its Measurement.
London: Croom Helm.
b. Pengarang Bersama
Contoh:
i. Ahmad Fawzi Basri, Mohd. Idris Salleh dan Shafee Saad. 1991. Bumi Kita Dipijak Milik Orang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
ii. Maryati, M., Azizah, H. dan Arbain, K. 1996. Terrestrial Ants (Hymenoptera: Formicidea) of Poring, Kinabalu Park, Sabah. In Edwards, D. S., Booth, W. E. and Choy, S. C. (eds) Tropical Rainforest Research-Current Issues. Monographiae biologicae, pp. 117-123. London: Kluwer Academic Publishers.
c. Edisi
Contoh:
i. Gilchrist, J. D. 1989. Extractive Metallurgy. (3rd edition). Oxford: Pergamon Press.
i. Barnes, R.S.K. 1984. Estuarine Biology (2nd edition). London: Edward Arnold.
d. Karya dengan judul sahaja (Tanpa pengarang)
Contoh:
Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 171). Kuala Lumpur: International Law Book Service.
63
e. Karya Susunan
Contoh:
Hamzah Hamdani (ed.). 1980. Esei Sastera Dalam Pengajaran, Penyelidikan dan Pentadbiran Universiti. Kumpulan Kertas Kerja 2. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
f. Karya Suntingan
Contoh:
Rose, R. (ed). 1974. Electoral Behavior: A Comparative Handbook. New York: Free Press.
g. Karya Selenggaraan
Contoh:
Badriyah Haji Salleh dan Tan Liok Ee (ed). 1996. Alam Pensejarahan Dari Pelbagai Perspektif. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
h. Karya Terjemahan
Contoh:
Wheare, K. C. 1980. Kerajaan Persekutuan. Terj. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
i. Karya Berbilang Jilid
Contoh:
Ensiklopedia Pembangunan Sabah. 1981. Jld. 6. Kota Kinabalu: Usaha Baru.
*Nota: Jld. Bermaksud Jilid.
j. Kertas Kadangkala
Contoh:
Sharifah Rofidah Habib Hassan. 2003. Perayaan Di Sabah. Kertas Kadangkala Bil. 2. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.
k. Monograf
Contoh:
i. Zainah Ahmad. 2003. Politik Sabah Sebelum Penjajahan Jepun. Monograf 3. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.
64
ii. Mohammad Raduan Mohd. Ariff. 1993. Teknologi Penangkapan Ikan di Sabah. Khazanah. Siri Dokumentasi Akademi Pengajian Melayu, Bil. 3. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
l. Karya Dalam Jurnal
Contoh:
i. Mahani Musa. 1999. Malay secret societies in Penang: 1830s-1920s. Journal of The Malaysian Branch of The Royal Asiatic Society. 65(2):151-182.
ii. Ford, C. S., Jones, N. B. and van Staden, J. 2000. Cryopreservation
and plant regeneration from somatic embryos of Pinus patula. Plant Cell Reports. 19:610 – 615.
*Nota: Huruf tebal ialah nombor jilid dan nombor dalam kurungan ialah
nombor keluaran dan diikuti dengan nombor halaman selepas
noktah bertindih.
m. Berita/Rencana Dalam Akhbar
Contoh (tanpa pengarang):
The Borneo Post. 1999. Crocker Range Expedition Begins. 16 Oktober: 9.
*Nota: Nama Akhbar (.) Tahun (.) Tajuk Berita/ Rencana (.) Hari/Bulan (:)
Halaman (.)
Contoh (dengan pengarang):
Philip Golingai. 2004. Primer on Primates. Star. 18 Januari: 4.
Schwartz, J. 1993. Obesity Affect Economic, Social Status. The Washington
Post, 30 September: A1-A4
*Nota: Nama Pengarang (.) Tahun (.) Tajuk Berita/ Rencana (.) Nama
Akhbar (,) Hari/Bulan (:) Halaman (.)
65
n. Bab Dalam Buku
Contoh:
i. Teisson, C. and Cote, F. X. 1997. Micropropagation of Musa species (Bananas). In Bajaj Y. P. S. (ed.). Biotechnology in Agriculture and Forestry 39: High-Tech and Micropropagation V, pp. 103-126. Berlin: Springer-Verlag.
ii. Zaki Tahir. 2003. Pendatang asing di Sabah. Dalam Sharifah Habib
Hasan dan Zainah Ahmad (eds.). Kesan Politik. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah., hlm. 18-38.
iii. Mustafa, S. and Ridzwan, A. R. 1998. Nucleic acid profiles in mackerel, Rastrelliger kanagurta, from west coast of Sabah. In Mohamed, M., Bernard, H. (eds.). Tropical Ecosystem Research in Sabah, pp. 56-52. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.
iv. Sabihah Osman. 2000. Tawau: Pusat kegiatan ekonomi orang Jepun. Dalam Abdul Halim (ed.). Sabah dalam Perluasan Pasaran. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia., hlm. 31-42.
o. Karya Dalam Pascasidang
Contoh:
i. Ismail Ibrahim. 2000. Senario Seni Lukis Sabah: Stail dan Tema. Borneo: Proceedings of the Sixth Biennial Borneo Research Conference. Universiti Malaysia Sabah. 557 - 586.
ii. Homathevi, R., Maryati, M., Eggleton, P., Jones, D. T. & Davies, R. G. 2000. Termites (Insecta: Isoptera) Fauna of Danum Valley Conservation Area, Sabah, East Malaysia. Borneo 2000: Environment, Conservation and Land. Proceedings of Sixth Biennial Borneo Research Conference, July 10-14, 2000, Kuching, Sarawak.
Badriyah Haji Salleh. 2001. Ulasan buku J. H. Drabble. 2000. An Economic History of Malaysia, c. 1800-1990: The Transition to Modern Economic Growth. Hampshire: Macmillan Press. Journal of The Malaysian Branch of The Royal Asiatic Society 124(1):111-114.
r. Kertas Kerja, Laporan dan Minit Mesyuarat
Contoh:
Minit Mesyuarat Seminar Pascasiswazah. 2002. Minit Mesyuarat Seminar Pascasiswazah. Pusat Pengajian Pascasiswazah Universiti Malaysia Sabah Kali Pertama. Kota Kinabalu. Sabah. 5 Jun.
s. Tesis/Disertasi
Contoh:
i. Mat Zin bin Mat Kib. 2000. Perkembangan Mazhab-mazhab Agama Kristian di Sabah. Tesis Sarjana. Universiti Malaysia Sabah.
ii. Wong, K. T. 2007. Computer Attitudes, Computer Teaching Facilities Efficacy and Learning Outcomes of Fresh Graduate Teachers in Relationship to Computer Use. Ph.D. Thesis. Universiti Malaysia Sabah.
t. Filem dan Karya Muzik
i. Filem
Contoh:
Ramlee, P. 1962. Laksamana Do Re Mi. Filem Cereka. Singapura: Shaw Brother.
ii. Video
Contoh:
Muzium Sabah. 1968. Menangkap Ketam Batu di Mengkabong, Tuaran, Sabah. Filem Dokumentari. Jabatan Muzium Sabah.
67
iii. Slaid
Contoh:
Pugh-Kitingan, J. 1976. Jenis-jenis Tarian Masyarakat Peribumi Sabah. Slaid. Sekolah Sains Sosial. Universiti Malaysia Sabah.
iv. Karya Muzik
Contoh:
Johari Salleh. 1986. Lambaian Kasih dalam Citra Malaysia. Chorus dan Orkestra. Kassim Masdor (konduktor). Laserlight Series 12036. Santiago: Delta Music Incorporated.
v. CD-Rom
Contoh:
MacRae, S. 1995. Introduction to Research Design and Statistic. CD Leicester: British Pshychological Society.
vi. Temubual
Contoh:
Razak Janau. 74 tahun. Kampung Padas, Papar. Ketua Kampung Padas.
26 September 2003.
vii. Bahan Rujukan Elektronik
Contoh:
“Keputusan Mahkamah Internasional atas Permohonan Intervensi Pemerintah Filipina dalam Kasus Pulau Sipadan dan Ligitan” (atas talian) http://www.dfadeplu.go.id/policy/releases/2002/pr-56-251001.htm. Dicetak 13 September 2002
Potter, L., Brookfield, H. & Byron, Y. 2002. The Eastern Sundaland region of South-east Asia, www.unu.edu/unupress/unupbooks /uu14re/uu14re14.htm. Retrived 20 October 2003.
* Nota:
Butiran bagi bahan rujukan elektronik hendaklah dicatat kesemua, termasuk tarikh
bahan tersebut dicetak. Rujukan elektronik dari laman web persendirian tidak
68
digalakkan melainkan dari pihak yang diiktiraf umum sebagai pakar atau pihak
berkuasa atau mana-mana sumber
rasmi.
69
RUJUKAN
Allison, B. 1997. Preparing Dissertations and Thesis. London: Koegan Page
Limited. Cavina, K. 1995. Critical Thinking and Writing: Developing a Writer’s Guide with
Readings. Belmont: Wadsworth Publishing Company. Creswell, J. W. 1994. Research Design: Qualitative and Quantitative Approaches.
London: SAGE Publications. Centre for Graduate Studies. 2005. The UKM Style Guide (2nd edition). Bangi:
Universiti Kebangsaan Malaysia Gaya Dewan. 1995. Gaya Dewan (edisi ketiga). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka. Gaya UKM. 1998. Panduan Menulis Tesis Gaya UKM (edisi keenam). Bangi:
Universiti Kebangsaan Malaysia. Pusat Pengajian Siswazah. 2006. Panduan Penulisan Tesis Gaya UKM (edisi
semak). Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia Sekolah Sains & Teknologi. 2006. Panduan Penulisan Disertasi (edisi ketiga). Kota