PENTERNAKAN ITIKPenternakan Itik Menternak itik tidaklah begitu
sukar sebagaimana menternak ayam. Itik mempunyai daya hidup yang
tinggi dan tidak mudah diserang penyakit. Cara pemeliharaan dan
pengurusannya mempunyai sedikit perbezaan dan lebih mudah jika
dibandingkan dengan ternakan ayam. PEMILIHAN BAKA Baka itik
merupakan faktor penting bagi menentukan pengeluaran yang baik.
Anak-anak dari pengeluar atau pusat-pusat penetasan yang diakui
keunggulan performannya hendaklah diperolehi. Ciri-ciri baka itik
penelur yang berkualiti ialah:
mempunyai daya hidup yang tinggi bebas dari kecacatan
penghasilan telurnya adalah baik (kira-kira antara 260 - 300 biji
setahun) menghasilkan telur yang berkualiti berat antara 65 - 75 gm
sebiji kulit telur adalah keras warna kuning telur kemerah-merahan
saiz badannya sederhana. Berat badan semasa bertelur di antara 1.3
- 1.8 kg ruang antara tulang punggung (pelvic) adalah luas.
Baka-baka itik telur yang sesuai adalah kacukan Khaki Champbell
dari Thailand, Taiwan dan Australia. PERUMAHAN DAN PERALATAN Rumah
itik haruslah mempunyai ciri-ciri berikut:
Peredaran udara yang sempurna. Peredaran udara yang baik dapat
menolong mengeringkan kelembapan dan menghapuskan gas amonia dari
najis itik Saiz rumah mestilah sesuai dengan jumlah itik yang
hendak dipelihara. Jangan membina rumah itik dengan terlalu sempit
atau terlalu besar. Saiz yang sesuai bagi seekor itik dewasa ialah
3 - 4 kaki persegi. Seelok-elok ia hendaklah didindingkan. Dinding
yang sesuai ialah lebih kurang 3 kaki dari paras lantai. beberapa
buah pintu perlulah dibuat menghala ke kawasan lapang. Tujuan pintu
ialah bagi mempastikan semua itik-itik dapat dikurung di dalam
reban pada malan hari supaya selamat dari musuh dan tidak bertelur
dimerata-rata yang boleh menyebabkan telornya kotor dan hilang.
Rumah itik mestilah mempunyai rekabentuk yang sesuai supaya mudah
penternak keluar masuk membersih, merawat dan mengumpul telur.
PERALATAN Induk palsu antaranya:
Hover, Infrared, Bulb yang tinggi kuasa, Lampu minyak tanah,
Bekas makanan/minuman (sama seperti peralatan ayam) Sarang
bertelur Lain-lain seperti bekas telur, baldi, sekop pembancuh
makanan dan sebagainya
PEMAKANAN Satu lagi faktor penting dalam menentukan penghasilan
dan kejayaan projek ialah pemakanan. Pemakanan adalah faktor yang
boleh dikawal bagi mendapatkan hasil yang memuaskan. Dari segi
ekonominya pula makanan akan menentukan kos pengeluaran. Oleh itu
penternak mestilah pandai menilai jenis-jenis makanan yang baik
danmenjimatkan perbelanjaan di dalam mengendalikan projek. Terdapat
2 jenis makanan yang sesuai untuk itik telur.
Makanan komersil Makanan campuran sendiri
1.Makanan Komersil Ialah makanan yang dikeluarkan oleh kilang
pembuat makanan ternakan yang mana ianya mempunyai zat-zat
keperluan mengikut umur dan jenis ternakan. Umur Jenis Makanan
Kandungan Protin 0 - 2 minggu 2 - 3 minggu 4 - 16 minggu 16 minggu
dan semasa bertelur Duck Starter Duck Starter dicampur Duck Grower
Duck Grower Layer Tenaga
20 % 2700-3000 16 % 17 % 2500 2800 2600 2900
2. Makanan Campuran Sendiri Satu rumusan makanan yang
mengandungi zat-zat keperluan dari bahan-bahan yang murah didapati
dan diadun sendiri bagi penghasilan dan kesihatan yang baik.
Bahan-bahan:Beras hancur (temukut), dedak padi, baja ikan, baja
udang, serbuk kacang soya, layer premix vitamin dan galian, batu
kapur, jagung, synthetic pigment dan lain-lain . Anggaran seekor
itik memerlukan makanan seperti berikut:Umur 0 - 4 minggu 5 minggu
- 22 minggu 1.2 kg. - 1.6 kg. 11.0 kg - 11.8 kg
22 minggu ke atas (semasa bertelur)
160 hingga 170 gm bagi tiap-tiap seekor/hari
Bagi itik telur, mengawal makan perlulah dilakukan sejak umurnya
7 minggu. Kawalan makanan boleh juga dilakukan dengan melihat berat
badan itik tersebut berat yang sesuai bagi itik yang sedang
bertelur ialah diantara 1.3 kg hingga 1.75 kg. (bagi itik Khaki
Cambell berat maksima ialah 1.95 kg). KESIHATAN DAN KAWALAN
PENYAKIT Itik boleh juga diserang penyakit. Kawalan haruslah
dilakukan bagi mengelakkan dari terkena serangan penyakit
iaitu:
Menjaga kebersihan ladang setiap masa Memberi makanan yang baru
bermutu dan tidak berkulat Memberi air bersih. Air yang mengandungi
ubat antistress harus diberi pada umur itik 1 - 3 hari. Itik yang
menunjukkan tanda sakit perlulah diasingkan untuk rawatan atau pun
di takai Mencuci reban dengan pembasmi kuman seperti lysol,
lindoress sebelum ketibaan anakanak itik yang baru Menghubungi
Jabatan Perkhidmatan Haiwan jika terdapat tanda-tanda penyakit.
KEPERLUAN CAHAYA Cahaya adalah penting dalam penternakan itik
penelur. Cahaya boleh didapati dari cahaya semulajadi iaitu
matahari dan juga cahaya tambahan iaitu lampu pada malam hari. 2
sebab cahaya mustahak pada malam hari ialah:
Untuk menerangi seluruh kawasan bangsal bagi mengurangkan tabiat
itik yang mudah terperanjat dengan sesuatu benda asing atau bunyi
di dalam suasana gelap. Mempercepatkan dan menambahkan pengeluaran
telur
Itik-tik telur yang berumur 20 minggu ke atas memerlukan
sekurang-kurangnya 16 jam cahaya secara terus menerus. memandangkan
tempoh cahaya pada waktu siang ialah lebih kurang 12 jam maka,
adalah dicadangkan supaya tambahan 3 - 4 jam lagi boleh diperolehi
dari cahaya lampu yang dipasang di dalam bangsal.
Keperluan cahaya/kuasa lampu letrik ialah sebanyak 250 watt/1000
kaki persegi. Jarak di antara lantai dengan lampu letrik ialah 7
kaki Jika perlu penternak boleh menggunakan suis jangka (time
switch) bagi memudahkan pengurusan cahaya lampu ini.
PENGURUSAN Pengurusan yang cekap menitikberatkan segala aspek
pengurusan bagi mencapai satu tahap penghasilan yang maksima dengan
kos pengeluaran yang minima. Aspek-aspek ini melibatkan
pengendalian:
Persediaan sebelum ketibaan anak itik Pemeliharaan semasa
perindukan
Pengurusan semasa membesar Pengurusan semasa bertelur
Persediaan Sebelum Ketibaan Anak Itik
Sediakan alat pembentung untuk induk palsu. (3 meter garispusat
boleh memuatkan 500 ekor anak itik) Sediakan abuk papan/jerami padi
di dalam pembentung setebal 3 - 4 inci. Sediakan air minum dan
pasangkan alat pemanas 2 - 3 jam sebelum anak itik sampai.
Pemeliharaan Semasa Perindukan
Anak itik perlu diberi minum terlebih dahulu. Selepas 1/2 jam
baharulah anak itik boleh diberi makan. Masa perindukan adalah
selama 20 - 25 hari. Pasangkan alat pemanas seperti biasa. Lihat
taburan anak itik untuk menentukan tahap kepanasan yang diperlukan.
Beri antistress selama 3 hari. Beri makanan duck starter crumble
tanpa had Pembentung perlu dibesarkan mengikut saiz itik dan tambah
bilangan bekas makan dan minum ikut kesesuaian. Pastikan alas
lantai sentiasa kering dan balik-balikan.
Pengurusan Semasa Membesar
Keluarkan alat pemanas dan pembentung Tukarkan bekas makan dan
minum dengan bekas yang besar Alas lantai (habuk papan) hendaklah
sentiasa kering Beri makanan Grower Pellet atau jika menggunakan
makanan campuran pastikan mengandungi 16 % protin dan Tenaga 2500 -
2800k/cl Timbang 2 - 3 ekor itik dalam satu kumpulan untuk
menentukan berat . Itik yang berumur 7 minggu hendaklah dikawal
sukatan makanannya supaya tidak terlalu gemuk sehingga tidak boleh
bertelur.
Pengurusan Itik Semasa Bertelur Itik akan mula bertelur apabila
berumur 20 - 22 minggu. Oleh itu :
Beri makanan jenis Layer Pellet. Jika menggunakan makanan
campuran pastikan mengandungi 2600 - 2900 k/cl. Makanan ini
hendaklah dimulakan pada umur itik 16 minggu atau 4 - 5 minggu
sebelum bertelur. Bagi makanan mengikut sukatan yang betul (150 -
170 gm sehari /ekor. Lain-lain makanan tambahan seperti rumput dan
sayuran elok dicampur sama Bagi menentukan mutu telur bahan pewarna
Synthetic Pigment boleh dicampurkan ke dalam makanan (100 gm SP +
100 kg makanan campuran sendiri) Masukkan sarang bertelur (1 kotak
= 5 ekor itik) Kurung itik di dalam kandang setiap malam supaya
tidak bertelur merata-rata Pungut telur setiap pagi sebelum diberi
makan Semak keperluan cahaya mengikut umur itik
PENGHASILAN
Hasil-hasil yang boleh di dapati dari projek menternak itik
ialah :Telur Itik Segar Boleh dijual kepada pemborong atau kedai
membuat kek tempatan atau orang persaorangan. Telur itik digredkan
dengan mengambil kira dari segi kekuningan isi telur Ini boleh
dilihat melalui pengukur warna (Kipas roche) Telur yang bermutu di
pasaran ialah di antara 13.6 - 15.0. Telur Masin
Telur masin adalah telur yang diawit untuk dimakan atau disimpan
lama. harganya adalah lebih baik dari telur segar. Cara untuk
memproses telur masin boleh di dapati di bahagian penerbitan.
PENGURUSAN REKOD Menyimpan rekod adalah sangat mustahak. Rekod
catatan adalah satu daripada beberapa perkara yang mesti bagu
mengujudkan satu pengurusan yang sempurna. melalui rekodlah sesuatu
projek diberi penilaian samada menguntungkan atau sebaliknya.
Disamping itu rekod adalah perlu bagi memberi gambaran untuk
merancang masa hadapan. Terdapat 2 jenis rekod yang diberi
keutamaan
Rekod pemeliharaan/pengurusan Rekod kewangan
Menternak itik Khaki Campbell
JIKA diberi pilihan untuk bekerja di bilik berhawa dingin atau
berpanas terik di bawah mentari, tentu ramai yang lebih rela
bekerja di bilik berhawa dingin. Namun begitu, masih terdapat
segelintir siswazah menolak keselesaan di pejabat dengan menceburi
bidang ternakan itik. Elly Yuza Mahmud, 24, pemegang ijazah
Kejuruteraan Elektrik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Skudai, percaya aktiviti ternakan itik mempunyai masa depan yang
cerah dan menjanjikan pulangan lumayan bagi pasaran dalam dan luar
negara. Beliau bertekad untuk berdikari selepas menyaksikan
kejayaan usahawan yang menternak itik secara komersial di negara
ini. "Saya pernah menjalani latihan menternak itik selama seminggu
di ladang ternakan itik di Taiping, Perak yang mempunyai ternakan
kira-kira 320,000 ekor. "Saya belajar teknik memelihara itik mulai
anak yang baru menetas sehingga itik bertelur," katanya ketika
ditemui di ladang ternakan itiknya di Kesang Pajak, Jasin, Melaka.
Beliau memilih untuk menternak itik kerana haiwan itu tahan
serangan penyakit dan tidak banyak kerenah.
"Saya memilih ternakan itik kerana hasilnya (telur) boleh
dipungut setiap hari, berbanding ternakan lain seperti lembu,
kambing, ayam daging dan ikan yang memerlukan tempoh tertentu,"
katanya. Ternakan itik juga tidak memerlukan pembinaan reban
seperti ternakan ayam. Cuma, katanya, sesebuah ladang itu harus
mempunyai kawasan daratan dan kawasan berair untuk itik bermain.
Elly Yuza memulakan ternakan itik spesies Khaki Campbell di kawasan
seluas 3.2 hektar berhampiran bekas lombong pada April lalu. Beliau
memulakan usaha dengan jumlah ternakan 6,000 ekor dan kini
bertambah 32,000 ekor. Kini, ternakannya menghasilkan 15,000 biji
telur sehari dan jumlah itu terus meningkat apabila kesemua itiknya
mencapai umur matang untuk bertelur. Beliau dibantu 12 orang
pekerja bagi mengendalikan ladang berkenaan yang terletak agak jauh
dari penempatan awam dan dikelilingi kebun getah serta hutan.
Sebanyak RM150,000 dibelanjakan bagi makanan itik pada setiap bulan
dan bagi memastikan itik peliharaannya membesar dengan baik dan
mengeluarkan telur berkualiti, ladang itu memproses sendiri makanan
itik dengan bahan campuran seperti jagung, kacang soya dan beras
hancur. Elly Yuza berkata, kaedah Efektif Mikro Organisme (EM)
digunakan dalam pengurusan ladangnya bagi mengelakkan lalat dan
pencemaran lain. Jabatan Perkhidmatan Veterinar turut memberi
khidmat nasihat dan melawat ladangnya dua kali seminggu. Apabila
matahari beransur menerangi kawasan ladangnya pada setiap hari dan
dengan bunyi suara riuh rendah itik-itik itu, pekerja Elly Yuza
akan memasuki ladang untuk mengutip telur yang berselerak. Mereka
perlu melakukan kerja mengutip dengan berhati-hati agar tiada telur
yang pecah dan mereka juga perlu melihat di kawasan berair kerana
terdapat juga itik bertelur di situ. Telur yang dikutip itu
kemudiannya dikumpul di dalam sebuah bangsal untuk dibersihkan
secara manual dan juga menggunakan mesin. Telur yang telah
dibersihkan tanpa menggunakan air itu, kemudiannya akan disusun di
dalam rak telur. Elly Yuza berkata, melalui syarikatnya, Bella
Projek Sdn Bhd, telur berkenaan dijual di seluruh negara
MEMBUAT TELUR MASIN BASAH
Umumnya telur akan rosak setelah disimpan lebih 2 minggu di
ruang terbuka. kerosakan kebanyakkan berpunca dari kotoran yang
terdapat dilapisan kulit telur dan penurunan mutu telur disebabkan
dengan kelembapan persekitaran. prinsip pengawetan telur adalah
bertujuan untuk mencegah peranan bakteria serta keluarnya air dari
dalam telur. justeru pengawetan telur penting untuk menjaga
meningkatkan kualiti dan nilai tambah telur segar tersebut. salah
satu cara yang ekonomik ialah menjadikannya sebagai telur
masin.
Ciri-ciri telur masin yang baik ialah:
Memiliki kuning telur berwarna kuning cerah dan berminyak posisi
kuning telur berada ditengah-tengah, tidak banyak terdapat
rongga.
CARA MEMBUAT TELUR MASIN BASAH Bahan-bahan: 1. 2. 3. 4. 5. 10
biji telur itik (saiz yang sekata dan baik) 250 gram garam dapur 1
liter air bersih kertas pasir/berus halus - untuk membersihkan
kotoran pada telur 1 bekas plastik yang kedap udara
Cara membuat: 1. cuci atau lap telur dengan air suam hingga
bersih dan kemudiannya dikeringkan. 2. kemudian gosok secara sekata
( tidak terlalu kuat dan sekadar 1 pusingan) permukaan telur dengan
menggunakan kertas pasir/ berus halus bagi memastikan liang-liang
telur terbuka. 3. buat larutan air garam yang terdiri dari air dan
garam dapur 1:4 dan masukkan larutan tersebut di dalam bekas
plastik yang berpenutup kedap udara 4. masuk telur yang dibersihkan
ke dalam bekas (hingga semua telur terendam) dan tutup bekas dengan
penutup kedap udara 5. simpan telur selama 15-18 hari sebelum
digunakan. Tips: A. Direndam dalam larutan teh. Setelah jadi telur
masin mentah biasanya dicuci dan direbus hingga masak. Namun ada
juga yang merendam telur pada larutan teh terlebih dahulu sebelum
telur masin mentah tersebut direbus. perendaman dalam larutan teh
dilakukan selama 4-8 hari.
Penggunakan ekstrak daun teh ini bertujuan agar zat tanin yang
terkandung dalam daun teh dapat menutupi pori-pori telur serta
memberikan warna coklat muda yang menarik. malah dapat memberi
aroma kepada telur masin. B Telur Masin dengan lain-lain aroma.
Dalam khalayak umum sudah pernah ada yang bereksperimen membuat
telur asin dengan membubuhi berbagai macam aroma dan rasa, seperti
telur masin rasa halia, cili, juga jeruk. Cara membuat ekstrak
halia tersebut adalah dengan mengupas bersih halia, kemudian
dikisar dengan air secukupnya, lalu ditapis dan jadikan ekstrak
halia. kaedah yang sama boleh digunakan untuk hasil ekstrak selain
halia.Kemudian ekstrak ini akan dicampurkan kedalam larutan garam
dan dikacau dengan rata. Kemudian rendam telur itik ke dalam
larutan tersebut selama 7-10 hari. Langkah selanjutnya sama seperti
pada pembuatan telur masin biasa. Percampuran ekstrak rasa ke dalam
larutan garam untuk merendam telur hanya akan mempengaruhi rasa
masin dari telur tersebut, namun tidak mempengaruhi warna baik
putih maupun kuning telurnya. Jadi bila kita menambahkan ekstrak
halia, maka rasa telur masin akan rasa seperti halia. Begitu juga
untuk ekstrak rasa yang lain.
PENYEDIAAN KANDANG ITIK PETELUR
Sumber Gambar: http://bebekpedaging.com Pemeliharaan itik
petelur secara intensif perlu disediakan kandang yang memadai
sesuai kebutuhan ternaknya. Dibidang peternakan, bahwa ternak itik
merupakan salah satu komoditi unggas yang mempunyai peran cukup
penting sebagai penghasil telur dan daging untuk mendukung
ketersediaan protein hewani yang murah dan mudah didapat. Di
Indonesia, itik umumnya diusahakan sebagai penghasil petelur namun
ada pula yang diusahakan sebagai penghasil daging. Peternakan itik
didominasi oleh peternak dengan sistem pemeliharaan yang masih
tradisional di mana itik digembalakan di sawah atau tempat-tempat
yang banyak airnya, namun dengan cepat mengarah pada
pameliharaan/budidaya secara intensif yang sepenuhnya terkurung.
Saat ini, pergeseran pola/sistem budidaya/pemeliharaan itik ini
disebabkan oleh berkurangnya tempat penggembalaan antara lain
karena makin intensifnya penanaman padi sawah, konvensi atau alih
fungsi lahan persawahan menjadi daerah pemukiman dan
industri. Selain itu juga karena meningkatnya kesadaran peternak
untuk mencegah dan menularnya penyakit unggas seperti Avian
Influenza. Dengan adanya, pergeseran ini menunjukkan bahwa usaha
peternakan itik bukan hanya sekedar sambilan akan tetapi sudah
memiliki orientasi bisnis yang diarahkan dalam suatu kawasan, baik
sebagai cabang usaha maupun sebagai usaha pokok, karena
mengusahakan budidaya itik cukup menguntungkan dan dapat dijadikan
sebagai sumber pendapatan keluarga. Pemeliharaan itik petelur
secara intensif perlu disediakan kandang yang memadai sesuai
kebutuhan ternaknya. Karena kandang diperlukan sebagai tempat
berkurungnya (hidupnya) itik sepanjang hari dan malam, pembuatan
kandang itik harus memenuhi persyaratan terjaminnya peredaran udara
yang baik, terhindar dari tiupan angin langsung dan panasnya terik
matahari, mudah pengawasan dan pembersihan. Berhubung kandang itik
selalu basah dan kotorannya lembek, untuk memudahkan pembersihan,
kandang itik sebaiknya dibangun bertingkat (bentuk panggung), atau
kalau langsung di tanah, lantai di beton (semen) . Bahan untuk
pembuatan kandang dianjurkan yang mudah diperoleh, murah tahan
terhadap air (tidak mudah lapuk) dan tidak membahayakan kesehatan
baik terhadap manusia maupun ternaknya. Dalam usaha
budidaya/memelihara itik ada beberapa sistem kandang . Adapun
sistem kandang itik ada 3 (tiga) macam, yaitu : A. Kandang Sistem
Postal/litter. Pada sistim ini itik-itik dipelihara dalam suatu
ruangan. Alas kandang itik bisa menggunakan litter dengan susunan :
pasir kering 6 bagian, sekam kering 4 bagian, kapur mati 1 bagian.
Hal-hal yang perlu diperhatikan adalah : 1) Luas lantai untuk
setiap ekor itik dewasa petelur ialah 5 ekor per m, 2) Luas bak
makanan untuk setiap ekor itik petelur dewasa ialah 7,5 20 cm
panjang, 3) Bak minum 3 - 5 cm untuk setiap ekor; 4) Akan lebih
baik bila disediakan tempat bermain (pelataran) yang berada di
depan atau disamping kandang. B. Kandang Sistem Batery. Kandang
sistem batery terdiri petak-petak yang dibuat berderetderet seperti
batery. Pada musim ini tiap satu ruangan disediakan untuk 1 ekor
itik, setiap petak ruangan berukuran : panjang 40 cm, lebar 30 cm,
tinggi 40 cm. Sedangkan tempat makan dan minum ditaruh di luar
kandang. C. Kandang Sistem Lantai/kisi. Lantai dibuat dari bilah
papan atau bambu, dipasang jarang antara 1 - 1,5 cm (untuk itik
dewasa) dan 0,5 - 1 cm untuk itik dara dan anak. Bila memelihara
itik dalam jumlah ratusan, kandang di petak-petak dengan sekat
tinggi 40 -50 cm. Tiap petak yang dibuat disediakan untuk 20 - 30
ekor itik dewasa. Luas lantai kandang menurut umur itik (untuk 100
ekor) : itik umur 1 hari - 1 minggu diperlukan luas lantai kandang
1 - 2 m, itik umur 1 - 2 minggu diperlukan luas lantai kandang 2 -
4 m, itik umur 2 - 4 minggu diperlukan luas lantai kandang 4 - 6 m,
itik umur 4 - 6 minggu diperlukan luas lantai kandang 6 - 8 m, itik
umur 6 - 8 minggu diperlukan luas lantai kandang 8- 10 m. Ukuran
kandang itik berdasarkan umur dan jumlahnya (daya tampung), sebagai
berikut : untuk umur 1 minggu dengan daya tampung 50 ekor/m, untuk
umur 1 - 2 minggu dengan daya tampung 20 ekor/m, untuk umur 2 - 3
minggu dengan daya tampung 12 ekor/m, untuk umur 3 - 7 minggu
dengan daya tampung 5 - 9 ekor/m. Kandang anak itik di petak-petak
dengan diberi sekat setinggi 20 - 30 cm. Sekat ini dapat
dipindah-pindahkan untuk menyesuaikan petakan sesuai dengan patokan
(umur itik). Bila anak itik yang dipelihara hanya dalam jumlah
kecil, cukup dibuat kotak (box) sebagai induk tiruan.
Peralatan kandang itik petelur yang diperlukan, sebagai berikut
: 1) Tempat pakan dan minum hendaknya dari bahan tidak mudah
berkarat dan penempatannya mudah dijangkau, mudah dipindahkan,
diganti, ditambah isinya dan mudah dibersihkan; 2) Alat pembersih
kandang harus lengkap, alat pembersih dari kandang isolasi tidak
boleh digunakan pada kandang lainnya; 3) Alat pemanas berfungsi
sebagai induk buatan anak itik, berupa lampu minyak atau listrik
dan pemanas ini digunakan untuk anak itik umur 1 hari - 1 bulan; 4)
Alat penerangan memberikan rasa nyaman dan aman; 5) Alat penanganan
telur seperti : alat pembersih, alat sortir, alat penyimpanan
sementara dan alat pengepakan siap angkut; 6) Alat penghapus hama
(hand sprayer) dengan masker.