Chapter 10 : Penaksiran tingkahlaku Objektif : penaksiran adalah sangat penting bagi murid-murid yang mempunyai masalah ketidakupayaan, masalah tingkahlaku dan masalah emosi. Tingkahlaku dan emosi biasanya dilakukan oleh guru psikologi sekolah. Tingkahlaku kanak-kanak memberi kesan terhadap proses p&p. Contohnya kanak-kanak dengan masalah kurang tumpuan mempunyai keupayaan untuk melakukan kira-kira dalam matematik atau belajar tentang sosial tetapi mendapat gred yang rendah kerana dia tidak boleh menyiapkan kerja yang diberikan dengan sempurna. Tingkahlaku yang tidak sesuai di sekolah adalah disebabkan oleh : masalah kurang tumpuan gangguan emosi faktor persekitaran di rumah masalah dengan guru di kelas tekanan anxiety Apabila tingkahlaku menjadi faktor masalah murid di sekolah, pelbagai instrumen boleh dilakukan untuk membuat penaksiran. Ini adalah kerana terdapat pelbagai sebab kanak-kanak menunjukkan reaksi yang tidak diperlukan di sekolah. Ini menyebabkan susah untuk membuat penaksiran tingkahlaku. Bab ini memfokuskan tentang penaksiran tingkahlaku. Apabila pemerhatian dibuat, item yang perlu diberi perhatian adalah :
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Chapter 10 : Penaksiran tingkahlaku
Objektif : penaksiran adalah sangat penting bagi murid-murid yang mempunyai
masalah ketidakupayaan, masalah tingkahlaku dan masalah emosi. Tingkahlaku dan
emosi biasanya dilakukan oleh guru psikologi sekolah. Tingkahlaku kanak-kanak
memberi kesan terhadap proses p&p. Contohnya kanak-kanak dengan masalah
kurang tumpuan mempunyai keupayaan untuk melakukan kira-kira dalam matematik
atau belajar tentang sosial tetapi mendapat gred yang rendah kerana dia tidak boleh
menyiapkan kerja yang diberikan dengan sempurna. Tingkahlaku yang tidak sesuai
di sekolah adalah disebabkan oleh :
masalah kurang tumpuan
gangguan emosi
faktor persekitaran di rumah
masalah dengan guru di kelas
tekanan
anxiety
Apabila tingkahlaku menjadi faktor masalah murid di sekolah, pelbagai instrumen
boleh dilakukan untuk membuat penaksiran. Ini adalah kerana terdapat pelbagai
sebab kanak-kanak menunjukkan reaksi yang tidak diperlukan di sekolah. Ini
menyebabkan susah untuk membuat penaksiran tingkahlaku.
Bab ini memfokuskan tentang penaksiran tingkahlaku. Apabila pemerhatian dibuat,
item yang perlu diberi perhatian adalah :
berapa kerap tingkahlaku dibuat .
maklumat yang boleh dikaitkan dengan jenis perkhidmatan yang diperlukan
oleh murid.
Maklumat tentang strategi yang boleh dilakukan.
Pemahaman di mana kanak-kanak biasanya mempunyai fungsi dalam
sesuatu kawasan. Kemudian ini boleh dibandingkan dengan tingkahlaku
kanak-kanak apabila strategi / intervensi dijalankan. Perkembangan kanak-
kanak tersebut diperhatikan dari awal pemerhatian dijalankan sehingga akhir
untuk mengenalpasti samada pemerhatian tersebut berjaya atau tidak.
Temubual
Selain pemerhatian, temubual sangat penting dalam penaksiran tingkahlaku.
Temubual adalah kaedah untuk mengumpulkan maklumat, dijalankan secara face to
face (berhadapan) dan direkodkan. Melalui temubual, pelbagai soalan ditanya.
Terdapat 2 jenis temubual iaitu :
1) temubual berstruktur (pertanyaan secara terkawal)
2) temubual tak berstruktur (pertanyaan adalah xditentukan dan xterkawal)
Pemahaman tingkahlaku pelajar semasa penaksiran
Terdapat banyak tingkahlaku yang diperlihatkan semasa penaksiran terhadap
kanak-kanak kurang upaya. Ia adalah penting untuk penaksir berhati-hati tentang
keistimewaan pelajar semasa penaksiran. Keistimewaan kanak-kanak dapat
diperhatikan samada simptom atau masalah. Contohnya murid-murid yang lambat
menjawab persoalan mungkin akan memperlihatkan simptom-simptom kesusahan
proses penerimaan maklumat atau simptom-simptom kendiri yang rendah.
Walaubagaimanapun, perasaan ragu-ragu memberi masalah semasa penaksiran
kerana sangat melambatkan tingkahlaku kanak-kanak dan menghadkan
persembahan kanak-kanak tersebut. Penaksiran mesti menitikberatkan
keistimewaan kanak-kanak tersebut. Selain itu juga, tingkahlaku yang berterusan
perlu direkodkan di dalam rekod akhir, mengubahsuai keadaan, masa tindakbalas,
respon semulajadi, bahasa lisan, penggunaan bahan semasa penaksiran, dapat
disesuaikan dengan sikap kanak-kanak.
Penyesuaian keadaan
Penyesuaian kanak-kanak kepada situasi baru contohnya kebiasaan
perjumpaan dengan penaksir, ujian IQ, ujian motor adalah sangat bagus. Tempoh
penyesuaian kanak-kanak adalah tidak sementara terhadap reaksi kanak-kanak
tetapi tempoh kepada keadaan adalah suaian. Kebanyakan kanak-kanak
kebiasaannya bimbang dan berdebat tetapi tenang dengan pemeriksa.
Walaubagaimanapun, kanak-kanak yang mana mempunyai tahap yang tidak selesa
semasa sesi tersebut akan mempunyai banyak masalah yang serius.
Elemen persekitaran semasa ujian dijalankan perlu dipertimbangkan sebaik
mungkin kepada kanak-kanak yang diuji. Kebisingan cahaya yang lemah kehadiran
sikap antagonis samada pemeriksa boleh menasihat pelajar semasa ujian ini adalah
tanggungjawab penaksir untuk menghadkan perubahan dan mempertimbangkan
keperluan istimewa setiap pelajar.
Pemeriksa juga perlu berhati-hati dengan setiap tanda-tanda kebosanan yang
ditunjukkan oleh kanak-kanak yang mana akan mempengaruhi keputusan yang
diterima seperti pergerakan kaki, kontak mata yang sedikit dengan pemeriksa, petik
jari atau ketuk pensel. Yang mana tingkahlaku yang bertentangan perlu dicatatkan
menyanyi atau membuat bising semasa ujian dijalankan, simpan jaket dan tutup
separuh dari muka dengan topi, dan sebagainya. Jika tahap kebosanan adalah
tinggi , pemeriksa perlu mencatat di dalam laporan kesan-kesan seperti faktor
persembahan dan menjangkakan keputusan mungkin tahap keupayaan adalah
minima.
Masa tindakbalas
Kelajuan kanak-kanak menjawab boleh ditunjukkan dalam pelbagai benda.
Kanak-kanak yang cepat memberi jawapan yang tidak betul tanpa berfikir mungkin
salah seorang yang mempunyai tahap kebimbangan yang tinggi yang mana akan
mengganggu keupayaan mereka untuk fokus sebelum memberi tindakbalas. Selain
itu, kanak-kanak yang lambat mungkin adalah kanak-kanak yang takut untuk
bertindakbalas dan gunakan teknik-teknik untuk elakkan daripada bertindak balas.
Respon semulajadi
Tindakbalas kanak-kanak semasa penaksiran adalah sangat sukar.
Contohnya kanak-kanak dengan tingkah laku yang suka mengulang-ulang
pertanyaan mempunyai masalah penerangan ’atau’ kanak-kanak yang sering
bertanya soalan berulang-ulang ingin mengalami masalah dalam memproses
maklumat dan memerlukan banyak masa untuk memahami pertanyaan yang
ditanya.
Jika kanak-kanak mudah berputus asa terhadap tindakbalas yang diberikan.
Contonya. ”saya bodoh”,..”saya tak pernah betul”. Kanak-kanak ini ingin mempunyai
tahap keyakinan diri yang rendah atau mengalami masalah dalam pembelajaran.
Bahasa lisan
Bahasa lisan kanak-kanak dengan pemeriksa semasa penaksiran boleh
diberitahu. Kebanyakan kanak-kanak dengan tahap kegelisahan yang tinggi
mungkin mencuba untuk melepaskan kemarahan melalui bahasa lisan. Sudah tentu,
tekanan boleh mengganggu keupayaan kanak-kanak untuk berfikir dengan betul dan
untuk fokus terhadap tugasan dan bahasa lisan juga boleh mengganggu proses
pendengaran.
Penggunaan organisasi semasa ujian
Kanak-kanak yang boleh dan senang menyesuaikan dendangan keadaan
dengan menggunakan cuba daya mungkin mempunyai organisasi yang cemerlang,
keupayaan untuk fokus dan tahap tekanan dan kegelisahan yang rendah.
Walaubagaimanapun kebanyakan kanak-kanak dengan masalah emosi mungkin
menyiapkan tugasan yang pendek sahaja sebab mereka melihat ianya sebagai satu
cabaran yang boleh mengorganisasikan mereka untuk mempersembahkan sebaik
mungkin secara relatif pada masa yang pendek. Masalah mereka yang biasa dalam
organisasi dan berterusan akan terjadi apabila mereka mempersembahkan melebihi
masa yang diberikan. Selain itu juga, sebahagian kanak-kanak menjadi tertekan
disebabkan oleh masa yang terhad. Orgaisasi dan persembahan kanak-kanak bila
menyiapkan tugasan tanpa had masa menjadi faktor yang mempengaruhi cara
mereka belajar.
Kanak-kanak dengan organisasi biasa yang kelam kabut akan tahu apa yang
mereka buat, tetapi keseluruhan penghasilan kerja mereka bergantung kepada
perhitungan input tenaga dengan tahap produksi yang rendah. Kanak-kanak dengan
masalah hiperaktif mungkin mempunyai masalah dengan organisasi.
Walaubagaimanapun terdapat faktor lain yang menyebabkan masalah
ketidakupayaan ini berlaku.
Penerimaan
Keupayaan pelajar untuk terima tugas dari satu tugasan ke tugasan yang lain
tanpa kesukaran adalah faktor yang penting dalam mengenalpasti gaya belajar dan
ingin menjadi satu dorongan kepada mereka dalam menyiapkan tugas. Keupayaan
pelajar tanpa menggunakan banyak tenaga membolehkan mereka mencari banyak
sumber untuk tugasan yang lain. Belajar yang tetap dan tidak terima sepenuhya
penggunaan tenaga yang sepenuhnya untuk siapkan tugas, memungkinkan peluang
kejayaan di dalam tugas yang baru.
Keupayaan untuk menahan minat mungkin salah satu keputusan yang terus
dalam tenaga yang bersesuaian. Kanak-kanak yang hilang minat cepat mejadi tidak
matang, berasa terlalu sedih, gembira atau terperanjat atau asyik memikir dan
membuat sesuatu. Kebanyakan aksi-aksi ini boleh menjadi normal pada permulaan
umur.
Sikap (Attitude)
Sikap yang ditunjukkan dalam situasi ujian menggambarkan sikapnya di dalam bilik
darjah. Pelajar yang tidak boleh bekerjasama berkemungkinan mereka memerlukan
kawalan dalam pelbagai situasi. Kawalan menjadi sebahagian daripada pelajar ialah
mencapai sesuatu jangkaan, jadi pelajar dapat menghadapi ataupun boleh
melakukan perhitungan dengan situasi walaupun peringkat tenaga seseorang
kemungkinan rendah oleh konflik dan tekanan. Pelajar yang berada dalam tekanan
tidak boleh mengadaptasi dengan baik dan mudah kecundang dalam situasi baru.
Dengan kata lain, pelajar yang mencuba sedaya upaya untuk cemerlang
disebabkan beberapa faktor seperti keibubapaan dan kepuasan individu. Secara
umumnya, pelajar jenis ini akan menghadapi sesuatu situasi dengan mudah.
Penilaian perkembangan emosi dan sosial
Penilaian perkembangan emosi dan sosial bukan sesuatu ujian yang senang.
Pelajar melibatkan diri dalam pelbagai situasi dengan pelbagai orang. Ia bukan
seperti menilai matematik dan kemahiran membaca yang boleh dinilai berdasarkan
nombor. Penilaian terhadap tingkah laku pelajar melibatkan :
Tahap kepercayaan tingkah laku individu yang membuatkan perbezaan di
dalam hidup seseorang.
Sikap toleransi pelajar untuk mencapai kekecewaan.
Tahap akitiviti umum.
Bagaimana pelajar memberi gambaran pada diri sendiri.
Bagaimana tindakbalas emosi pelajar.
Berapa banyak pengalaman pelajar menghadapi konflik.
Ujian psikologi
Ujian psikologi kebiasaannya diuruskan oleh kaunselor sekolah. Jenis ujian psikologi
yang biasa digunakan ialah ujian projektif ; untuk mencungkil perasaan pelajar
tentang perasaan mengenai kehidupan melalui emosi dan ujian stimuli. Tiga jenis
ujian projektif di sekolah yang biasa digunakan ialah ’ projective drawing test ’,
’apprerception test ’ dan ’ sentence completion test’.
Goodenough – Harris Drawing Test
Pengarang : Florence L. Goodenough dan Bale B.Harris (1963)
Penerbit : The Psychological Corporation
Penerangan ujian : system formal dalam menguruskan skor gambarajah manusia
untuk memperlihatkan pelajar dalam kematangan intelektual sebagaimana masalah
emosi.
Masa : 15-20 minit
Umur / tahap : 3-15 tahun tetapi sesuai bagi umur 3-10 tahun.
Maklumat subujian :
Kekuatan GHDT
Kebolehpercayaan adalah tinggi.
Ujian manual menyediakan penerangan yang jelas untuk sistem
pemarkahan.
Ia merupakan ujian yang popular kerana senang dilaksanakan.
Kelemahan GHDT
Kerana kesubjektifan ujian yang melibatkan lukisan, terdapat isu yang
meragui kesahihan ujian.
Tidak pernah guna ujian sebagai satu penunjuk keseluruhan kepada
keseluruhan kepada kebolehan pelajar.
Draw A – Screening Procedure For Emotional
Pengarang : Jack A.Naglieri, Timothyl J.Mcneish dan Achilles N.Bardos (1991)
Penerbit : The Phsychological Corporation
Penerangan ujian : system formal untuk menguruskan dan skor lukisan gambarajah
manusia juga mencerminkan masalah emosi pelajar.
Masa : 15 minit
Umur / tahap : 6-17 tahun
Maklumat subujian : tidak ada subtest
Kekuatan DAP – SPED
Ujian ini mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi
Ujian ini psikometrikal
Borang rekod jelas dan efisyen
Kelemahan DAP – SPED
Ujian ini subjektif dan kesahihan ujian ini diragui
Ujian ini tidak pernah digunakan dalam proses membuat keputusan
Children’s Apperception Test (CAT)
Pengarang : Leopold Bellack dan Sonya Sorel Bellack (1974)
Penerbit : C.P.S Incorporated
Penerangan ujian : ujian ini digunakan sebagai satu teknik penceritaan untuk
personaliti. Ia menggunakan gambar haiwan dalam pelbagai situasi kerana ia
mengandaikan bahawa pelajar akan lebih selesa mengekspresikan perasaan
mereka.
Time : untimed (tidak ada masa)
Peringkat : 5 – 10 tahun
Kekuatan Cat :
Ujian ini sebagai penunjuk yang bagus / berkesan dalam keperluan psikologi
Ujian ini senang dilaksanakan
Ujian yang terkenal dalam system sekolah sebahagian daripada bateri
psikologi.
Kelemahan CAT :
Ada isu berkaitan kesahihan dan kebolehpercayaan
Keputusan ujian ini sangat subjektif
Pelajar nonverbal susah untuk membuat ujian ini.
Thematic Apperception Test (TAT)
Pengarang : Henry A.Murray (1943)
Penerbit : Harvard University Press
Penerangan ujian : ujian ini terdiri daripada 20 gambar bersiri di mana individu
melaksanakan ’story telling’ umur / peringkat : 14 tahun ke atas.
Kekuatan TAT :
Ujian ini penunjuk yang baik dalam keperluan psikologi
Senang diuruskan / dilaksanakan
Popular dalam sistem sekolah
Kelemahan TAT :
Isu berkaitan kesahihan dan kebolehpercayaan
Ujian ini tidak boleh dilakukan bersendirian
Tidak sesuai untuk pelajar nonverbal
Pollite sentence completion test (PSTC)
Pengarang : Alan pollite (1971)
Penerbit : psychologist and educators incorporated
Penerangan ujian : ujian ini mengandungi 35 item dan ujian pengukuran personaliti
dalam bentuk subjektif.
Masa : 15 minit
Umur/peringkat : gred 1-12
Kekuatan PSCT :
Ujian ini senang diuruskan
Ujian ini berguna untuk interpretasikan personality
Ujian ini mengambil masa yang singkat
Kekuatan PSCT :
Oleh kerana ujian ini subjektif, kesahihan dan kebolehpercayaan diragui.
Conners Parent and teacher rating scales (PRS/TRS)
Pengarang : C.Keith Coners (1997)
Penerbit : Multi – Health System Incorporated
Penerangan ujian : menggunakan kertas, pensel dan computer sebagai instrument