1.0ZAMAN PENJAJAHAN BRITISH Umum menyedari bahawa tanah melayu
telah dijajah oleh beberapa buah kuasa asing yang bermula dengan
kedatangan Portugis, Belanda, British , Jepun dan British semula.
Dalam hal ini apa yang kita lihat adalah penjajahan Bristih memakan
masa lebih lama berbanding dengan Portugis, Belanda, Jepun.
Penglibatan Britsih dalam hal ehwal sosio ekonomi tanah melayu
berlaku seawal tahun1786 dan terhenti seketika setelah penjajahn
Jepun di tanah melayu yang bermula pada tahun 1942-1945. Setelah
kekalahan Jepun, British balik semula ke tanah melayu pada tahun
1946 sehinggalah akhir tahun 1957.
British mula campur tangan di Tanah Melayu bermula 11 Ogos 1786
apabila Francis Light menduduki Pulau Pinang.16 Feb 1819, Stamford
Raffles Berjaya menduduki Singapura melalui perjanjian antara
Tengku Long dan Temenggung Abd Rahman. Perjanjian Inggeris-Belanda
1824 membuka jalan British menguasai Tanah Melayu.
Inggeris Berjaya menguasai Pulau Pinang, Melaka dan Singapura
dan dikenali Negeri-negeri Selat pada tahun 1826. Selepas
perjanjian Pangkor 1874, Inggeris mula campur tangan di
negeri-negeri melayu secara langsung dengan memperkenalkan system
residen. Wujud tiga unit pentabiran British di Tanah Melayu iaitu
negeri-negeri selat, negeri-negeri melayu bersekutu dan
negeri-negeri melayu tidak bersekutu.
1.1Faktor-Faktor Campur Tangan InggerisA) Faktor ekonomi
:Berlaku Revolusi Perindustrian pada pertengahan abad ke-19 di
Eropah (industry mengetin makanan) Tanah Melayu sebagai tempat
pengeluar yang utama bijih timah. Selangor dan Perak negeri
pengeluar utamaB) Faktor keadaan anarki :Masalah perang saudara
antara pembesar. Perang Saudara (1867-1873) antara Tengku Kudin vs
Raja Mahadi di Selangor.Di Perak berlaku pergaduhan antara kongsi
gelap Hai San dan Ghee Hin Kegiatan pelanunan.
1.2Kronologi Penjajahan Inggeris Di Tanah Melayu
TARIKH PERISTIWA PENJAJAHAN
1786Francis Light membuka Pulau Pinang
1819Stamford Raffles membuka Singapura
1824Inggeris menerima Melaka daripada belanda akibat daripada
persetiaan Inggeris-Belanda
1826Inggeris menerima Melaka dan Singapura di satukan dalam satu
unit pentadbiran yang di kenali sebagai negeri-negeri selat.
1841James brooke memgambil Sarawak.
1874Campur tangan inggeris di Pahang
1878Perak, Selangor, negeri Sembilan dan Pahang disatukan dalam
satu pentadbiran yang dikenali sebagai negeri-negeri melayu tidak
bersekutu.
1888Campur tangan inggeris di Pahang.
1896Perak, Selangor, negeri Sembilan, dan Pahang disatukan dalam
satu pentadbiran yang dikenali sebagai negeri-negeri melayu
bersekutu.
1909Mengikut perjanjian Bangkok siam menyerahkan kedah, perlis,
Kelantan dan Terengganu kepada inggeris (menjadi negeri-negeri
tidak bersekutu.)
1914Johor menerima penasihat inggeris
1.3Sistem ResidenPemerintahan penjajah British di Tanah Melayu
bermula pada tahun 1824. British pada masa itu telah menyerah
koloni atau tanah jajahannya di Indonesia kepada Belanda sementara
Belanda menyerahkan tanah jajahannya, iaitu negeri-negeri selat di
Tanah Melayu kepada British. Di negeri-negeri Melayu yang lain,
pada mulanya British tidak mengamalkan dasar campur tangan di Tanah
Melayu. Walau bagaimanapun, pada 1860-an dan 1870-an, telah
berlakunya pelbagai pergaduhan di Perak, Selangor, Pahang dan
Sungai Ujong. Antara kekacauan itu ialah perebutan takhta,
pergaduhan pembesar, pergaduhan antara pelombong Cina dan
sebagainya. Namun, kekacauan ini telah dijadikan alasan kepada
British untuk campur tangan.
Campur tangan British secara rasmi bermula di Perak dengan
termeterainya Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874. Melalui
Perjanjian Pangkor, Sistem Residen telah diperkenalkan di
negeri-negeri tersebut. Sistem Residen memberikan gambaran bahawa
pembesar-pembesar Melayu masih memegang kuasa pemerintahan, pada
hal kuasa pemerintahan sebenarnya berpindah kepada Residen.
Iasebenarnya adalah sistem pemerintahan secara tidak langsung yang
membolehkanBritishbertapak di Negeri-NegeriTanah Melayu. Walaupun
Sultan masih menjadi ketua negeri, dia tidak lagi menjadi ketua
kerajaan. Kini kuasanya dihadkan kepada perkara-perkara berkaitan
agama dan adat resam Melayu sahaja. Sultanwajibmenerima nasihat di
dalam semua perkara pentadbiran dan pengurusan kerajaan, dan dengan
itu nasihat yang diberikan sebenarnya adalah arahan yang perlu
dipatuhi oleh Sultan berkenaan.
Pada masa itu, British telah menempatkan J.W.W. Birch sebagai
Residen Perak yang pertama dan J.G. Davidson sebagai Residen
Selangor pada tahun 1874. Martin Lister pula telah dilantik sebagai
Residen di Negeri Sembilan pada tahun 1895, manakala J.P. Rodger
ditempatkan sebagai Residen Pahang pada tahun 1888. Pada tahun 1909
Perjanjian Bangkok telah dimeterai dan menyaksikan penyerahan
Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Kedah, Perlis, Kelantan
dan Terengganu oleh kerajaan Siam kepada British. Kerajaan British
telah melantik seorang Penasihat British di setiap negeri tersebut.
Pada tahun 1914, Johor turut menyertai gabungan ini sebagai negeri
Melayu terakhir.
Setiap residen telah diberikan tugas masing-masing. Pada
teorinya, tugas seorang residen adalah untuk menasihati Sultan
dalam urusan-urusan pentadbiran kecuali dalam perkara-perkara yang
berkaitan dengan agama dan adat istiadat melayu. Selain itu,
residen juga haruslah mengekalkan ketenteraman dan menegakkan
peraturan serta undang-undang di wilayah pemerintahannya. Segala
tindakan hendaklah jangan mengguanakan paksaan. Residen juga
bertanggungjawab untuk membentuk sebuah system cukai yang berkesan
dan merancang dan membangunkan kawasan-kawasan bandar.
Walaupun begitu, Sistem Residen yang diperkenalkan oleh British
telah mewujudkan keadaan yang aman di negeri Melayu. Dengan
melaksanakan Sistem Residen, perebutan takhta di kalangan pewaris
taktha seperti di Perak telah ditamatkan. Begitu juga dengan
perebutan kawasan dan kuasa di kalangan pembesar Melayu serta
pergaduhan antara kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San. Kegiatan lanun
di Selat Melaka juga dapat dikurangkan dengan perlaksanaan system
tersebut.Selain itu, keadaan turut menjadi aman melalui pelaksanaan
undang-undang. Lebih banyak pasukan polis telah ditubuhkan,
misalnya Kapten Speedy, telah menambah anggota polis kepada 2,500
orang untuk mengembalikan keamanan daerah Larut. Mahkamah juga
telah didirikan di Negeri-negeri Melayu dengan menguatkuasakan
undang-undang yang mengamalkan Hukum Kanun Jenayah India.
Perkembangan sistem pengangkutan juga telah diwujudkan dengan
perkenalan Sistem Residen. Landasan keretapi pertama di Taiping-
Port Weld (1885) telah dibina. Pembinaan landasan keretapi tersebut
bertujuan untuk menghubungkan kawasan perlombongan bijih timah
dengan pelabuhan eksport. Jalan raya juga turut dibina bagi
menghubungkan pusat perlombongan bijih timah dengan bandar-bandar
baru. Dengan ini, ekonomi di tanah Melayu dapat diperkembangkan dan
perkembangan ekonomi ini telah meningkatkan hasil pendapatan
Negeri-negeri Melayu kepada lebih $2.2 juta pada tahun 1885. Hasil
eksport juga turut meningkat kepada $9.6 juta pada tahun 1885.
Di samping itu, Majlis Mesyuarat Negeri juga telah deperkenalkan
di tanah Melayu. Majlis Melayu ditubuhkan oleh William Jervois,
telah ditukar kepada Majlis Mesyuarat Negeri pada tahun 1877 dengan
dianggotai oleh Sultan (Presiden MN), residen, pembesar Melayu dan
wakil pedagang Cina. Peranan MN termasuklah membincangkan soal
pembahagian hasil dan perbelanjaan negeri, tugas-tugas perundangan
dan kehakiman, sebagai Mahkamah Rayuan dan menjatuhkan hukuman mati
serta melakukan pelantikan pembesar Melayu dan menguruskan hal
ehwal agama Islam.
Walaupun terdapat banyak kebaikan telah dibawa oleh perlaksanaan
Sistem Residen, terdapat juga kelemahan-kelemahan Sistem tersebut
yang diperkenalkan oleh British. Salah satunya berlaku bahawa
Residen tersebut tidak diberi panduan yang jelas untuk menjalankan
tugas mereka. Ini telah menyebakan Residen terlalu berkuasa di
negeri-negeri Melayu dan sehingga Gabenor di Negeri-negeri Selat
juga tidak dapat mengawal kuasa Residen. Kelemahan in telah
menyebabkan kehilangan kuasa sultan dan golongan pembesar
tempatan.
Pada asalnya, residen hanya ditugaskan untuk menasihati Sultan
dalam urusan pentadbiran, pemulihan keamanan, memajukan ekonomi dan
sistem cukai. Namun Residen akhirnya menghakis kuasa Sultan
sehingga hanya berkuasa dalam adat resam dan agama.
Pembesar-pembesar tempatan juga kehilangan kuasa mengutip cukai dan
mereka hanya diberi jawatan dalam peringkat bawahan pentadbiran
British. Keadaan ini telah menimbulkan perasaan tidak puas hati
dalam golongan pembesar tempatan dan golongan raja terhadap
penjajah British.Tambahanpula,sistem kehakiman tradisional yang
terdiri daripada golongan pembesar dan ketua kampung sebagai hakim
telah terjejas. Pelaksanaan sistem residen juga menimbulkan
pelbagai kesan terhadap ekonomi tempatan terutamanya terhadap
jurang ekonomi antara kaum. Tumpuan British terhadap tanah Melayu
ialah perlombongan bijih timah dan mereka telah bertindak
untukmembawa masuk buruh asing, khususnya buruh Cina untuk
mengusahakan lombon-lombong bijih timah. Apabila tanaman komersial
seperti getah diperkenalkan, mereka turut membawa buruh asing
mengusahakannya iaitu buruh India. Denganini,telahmewujudkan
masyarakat majmuk dan dalam masa yang sama masyarakat tempatan,
iaitu orang Melayu telah diketepikan daripada kegiatan ekonomi
moden. Mereka kekal dalam kegiatan ekonomi tradisional seperti
pertanian padi dan perikanan. Ini adalah untuk menjamin supaya
tadak memungkinkan hubungan rapat dijalinkan antara mereka supaya
British boleh terus menjajah tanah Melayu.
1.4Kesan-Kesan Penjajahan BritishSemasa penjajahan British,
British melaksanakan dasar pecah dan perintah, yang memungkinkan
kerjasama antara kaum tidak wujud (Maurice freedman,1960). Penduduk
pelbagai bangsa telah dibahagikan mengikut kawasan petempatan,
sektor pekerjaan serta pengenalan sistem pendidikan vernakular dan
politik perkauman. Perpecahan di kalangan penduduk membolehkan
penjajah British mengeksploitasi pentadbiran dan politik di tanah
jajahan, menguasai sepenuhnya kegiatan ekonomi Tanah Melayu.
Penjajahan british telah meninggalkan kesan yang mendalam terhadap
hubungan etnik di Malaysia. Dasar pecah dan perintah pihak British
telah melahirkan masyarakat majmuk yang mempunyai ciri-ciri berbeza
dari segi budaya, ekonomi, politik, sosial dan tempat tinggal.
1.4.1Ekonomi, Pekerjaan Dan Tempat TinggalSemasa penjajahan
British sistem dan pembangunan ekonomi lebih tertumpu kepada
industri getah dan bijih timah. Untuk memajukan industri ini,
british telah membenarkan kemasukan orang cina dan india secara
beramai-ramai. British yang membawa masuk buruh dari china dan
india telah mengasingkan mereka dengan penduduk tempatan dari segi
pekerjaan, tempat tinggal, dan sistem persekolahan. Pengasingan ini
telah menwujudkan pengenalan kaum berdasarkan pekerjaan, tempat
tinggal dan kegiatan ekonomi. Hal ini bertujuan supaya tidak
memungkinkan hubungan rapat tejalin antara mereka.
1.4.1.1Etnik CinaBuruh cina dibawa masuk masuk untuk berkerja di
kawasan lombong bijih timah. Kebanyakan buruh cina berasal dari
selatan china dan dibawa ke tanah melayu melalui sistem kontrak.
Kebanyakan Terdapat juga buruh cina yang dating ke tanah melayu
cecara persendirian untuk berkerja dalam sector pertanian atua
menjadi pekerja mahir di kawasan Bandar.
Orang-orang cina dibawa masuk masuk untuk berkerja di kawasan
lombong bijih timah. Sebab itu kebanyakan perkerjaan orang cina
adalah sebagai perlombong dan perniaga. Dan mereka menepat di
kawasan perlombangan, pecan, Bandar dan kampong cina. Sebahagian
orang cina juga melibatkan diri dalam kegiatan perdagangan.
1.4.1.2Etnik IndiaBritish juga membawa masuk buruh dari india
untuk bekerja di lading-ladang getah. Kebanyakan buruh india
berasal dari selatan india dan dibawa ke tanah melayu melalui
sistem kangani. Terdapat juga buruh india yang diambil bekerja
dalam sector pembinaan jalanraya, landasan kereta api, serta
menjadi buruh di kawasan pelabuhan.
British membawa masuk buruh dari india untuk bekerja di
lading-ladang getah. Sebab itu, kebanyakan perkerjaan orang india
adalah sebagai pekerja ladang getah, penoreh atau buruh estet.
Mereka menetap di kawasan estat dan ladang-ladang getah.
1.4.1.3Etnik MelayuManakala orang melayu tempatan pula masih
mengekalkan kegiatan ekonomi secara tradisional/sara diri. Penjajah
british bersikap berat sebelah dalam menguruskan pentadbiran
ekonomi, british tidak mengalakkan orang melayu untuk melibatkan
diri dalam industry bijih timah dan getah. Dasar pecah dan perintah
tidak membantu masyarakat melayu untuk menghadapi perubahan atau
menyesuaikan diri dengan kehidupan ekonomi mode.Ini menyebabkan
orang melayu hanya kekal dalam kegiatan pertanian dan perikanan.
kebanyakan perkerjaan orang melayu adalah sebagai pertain dan
nelayan yang tinggal di kampong luar Bandar.
Pengenalan kaum mengikut kegiatan ekonomi
Namun setelah pengenalan dasar pecah perintah di Tanah Melayu,
pembahagian kawasan penempatan dan sektor pekerjaan menyebabkan
berlakunya ketidakseimbangan ekonomi antara kaum. Contohnya, orang
melayu tidak digalakkan untuk terlibat dalam industri bijih timah
dan getah oleh Inggeris. Ini menyebabkan orang melayu hanya kekal
dalam kegiatan pertanian. Melalui bertani sahajalah mereka dapat
menampung keperluan makanan keluarga. Kegiatan ekonomi yang berbeza
ini telah mewujudkan jurang pendapatan antara masyarakat bandar dan
luar bandar. Ketidakseimbangan ini menyebabkan setiap kaum saling
mencemburui satu dengan yang lain. Misalnya, orang melayu cemburu
dengan kemewahan dan kejayaan yang diperoleh oleh orang cina.
Manakala, orang cina dan India pula cemburu akan kelebihan orang
melayu yang mendapat peluang perkhidmatan dalam sektor pentadbiran
dimana golongan elit melayu diambil bekerja dalam pentadbiran
British. Keadaan ini menyebabkan timbulnya rasa tidak puas hati dan
persaingan ekonomi yang tidak sihat. Setiap kaum tidak mahu satu
kaum yang lain lebih berjaya dan menonjol daripada mereka.
Walaubagaimana keadaan masyarakat semasa penjajahan british adalah
tenteram dan tidak berlaku pergaduhan atau pertempuran antara
etnik.
1.4.2Pendidikan1.4.2.1Pendidikan MelayuPendidikan Melayu yang
awal menekankan pengajaran Quran dan pengetahuan asas membaca,
menulis dan mengira(3M). Pendidikan Melayu diadakan hanya
diperingkat rendah sahaja. Anak-anak Melayu yang ingin melanjutkan
pelajaran terpaksa memasuki sekolah menengah Inggeris di bandar.
Tujuan utama sekolah-sekolah Melayu diasaskan ialah untuk
membolehkan anak-anak Melayu terus kekal di desa, mewarisi
kemiskinan keluarga. Oleh itu pendidikan yang berbentuk sekular
dalam bahasa melayu dihadkan kepada empat tahun sahaja dengan skop
dan kokurikulum yang terhad. Pendidikan Melayu tidak dapat mengubah
cara hidup orang Melayu atau menyumbangkan kepada mobiliti menegak
di kalangan masyarakat Melayu. Pada awal abad ke 20, bagi menampung
permintaan yang bertambah terhadap Pendidikan menengah, Maktab
Melayu Kuala Kangsar diasaskan mengikut model English Grammar
School pada tahun 1905. Akan tetapi, sekolah ini adalah khas untuk
golongan bangsawan sahaja.
Satu lagi jurusan persekolahan untuk menampung persekolahan
anak-anak melayu ialah sekolah Arab dan Agama. Sekolah ini
dikendalikan secara tidak formal dan kurikulumnya menekankan
pengajaran Quran serta pendidikan moral dan kerohanian. Selepas
perang Dunia Pertama, sekolah-sekolah Arab dan Agama telah muncul
di merata-rata tempat di semenanjung Tanah Melayu terutama di
negeri Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang.
1.4.2.2Pendidikan CinaDasar terbuka dan tidak campur tangan
Inggeris dalam hal ehwal sosial kaum pendatang menyebabkan wujudnya
sekolah-sekolah Cina dan Tamil. Sekolah-sekolah ini dikendalikan
oleh masyarakat masing-masing tanpa bantuan daripada lnggeris,
selaras dengan tradisi mengutamakan pelajaran dan mengekalkan
kebudayaan serta identiti bangsa. Masyarakat Cina mula bergiat
menubuhkan sekolah Cina sejak awal abad ke 19.
Kurikulumnya berorientasikan negeri Cina, dan buku-buku teks
serta guru-guru juga dibawa masuk dari sana. Isi kurikulumnya
menegaskan pengetahuan dalam bidanrg 3M iaitu membaca, mengira dan
menulis serta lukisan, Bahasa Inggeris, Ilmu Alam, Sejarah,
Kraftangan dan pengetahuan am. Pada tahun 1920-an pengaruh kuat
sekolah Cina telah menyedarkan Kerajaan Inggeris tentang bahaya
pertumbuhan sekolah Cina tanpa kawalan. Oleh itu pentadbiran
lnggeris mula memperkenalkan satu undang- undang pada tahun 1920
iaitu Enakmen Pendaftaran Sekolah diwujudkan. Tujuannya untuk
mengelakkan sekolah ini daripada terasing serta mengawal aktiviti
sekolah ini. Bermula tahun 1924, sebahagian sekolah-sekolah cina
ini menerima bantuan kewangan daripada kerajaan. Dasar pentadbiran
Inggeris ini secara langsung atau tidak langsung mewujudkan jurang
pendidikan di antara anak-anak Melayu dan Cina.
1.4.2.3Pendidikan TamilSekolah-sekolah Tamil didirikan di
lading-ladang getah yang sebahagian besar kaum keturunan India
ditempatkan, sekolah Tamil didirikan dan dikelolakan oleh
masyarakat India sendiri. Pihak Kerajaan atau majikan ladang getah
tidak memberi bantuan sama ada dari segi fizikal, kewanga dan
pedagogi. Oleh itu sekolah-sekolah Tamil yang didirikan di ladang -
ladang getah menghadapi beberapa kekurangan dari segi isi kandungan
kurikulum, tenaga pengajar dan pedagogi. Sebahagian besar
pelajarnya akan kekal di ladang getah menjadi buruh kasar.
Pada tahun 1923, negeri-negeri Melayu Bersekutu telah meluluskan
satu rang undang-undang. Satu peruntukan telah dimasukkan ke dalam
ordinan ini iaitu majikan ladang getah diwajibkan membina sekolah
bagi anak-anak pekerja mereka. Kurikulum di sekolah-sekolah Tamil
ini disesuaikan mengikut negeri India, begitu juga kebanyakan guru
serta buku -buku teks telah dibawa masuk dari India.
Kurikulumnyanya menegaskan pengetahuan dalam kemahiran asas 3 M
membaca, mengira,dan menulis karangan,ilmu alam dan kebersihan diri
(personal hygiene).
Pendidikan di sekolah Tamil juga terhad di peringkat rendah
sahaja. Dasar pemerintahan Inggeris terhadap perkembangan
pembangunan sekolah Tamil terus menambahkan lagi jurang pendidikan
di antara tiga kaum utama di negara kita.
1.4.2.4Pendidikan InggerisPendidikan Inggeris mula diperkenalkan
di tanah Melayu apabila Penang Free School ditubuhkan pada tahun
1816 . Pada pertengahan abad ke 19, mubaligh kristian membantu
menubuhkan beberapa buah sekolah Inggeris. Kebanyakan sekolah ini
ditubuhkan di kawasan - kawasan bandar dengan bantuan kerajaan
Inggeris. Di sekolah inggeris, sukatan pelajaran dan buku teksnya
adalah mengikut sekolah-sekolah di englang. tujuan sekolah inggeris
ditubuhkan adalah untuk mengeluarkan pegawai-pegawai tadbir rendah
bagi memenuhi keperluan kuasa, metropolitan British. Pendidikan di
sekolah-sekolah Inggeris diadakan pada peringkat rendah dan
menengah. Lulusan sekolah inggeris berpeluang untuk melanjutkan
pelajaran dalam pelbagai bidang seperti perubatan, kejuruteraan,
guaman dan pentadbiran. Lulusan sekolah inggeris iuga akan mendapat
keutamaan dari segi perjawatan dalam perkhidmatan kerajaan.
2.0 ZAMAN PENJAJAHAN JEPUN
2.1 Pengenalan Kedatangan Jepun
Jepun diperintah oleh Maharaja Mikado Meji (1868 1912). Beliau
yang memulakan melancarkan Pemulihan Meiji. Dia juga menekankan
pemodenan Jepun dan peridustrian untuk mencontohi negara barat.
Jepun meluaskan kuasa di China bertujuan memasarkan hasil industri.
Pada tahun 1905 Jepun dianggap kuasa besar setelah berjaya dalam
perang Rusia. Beliau berjaya memodenkan Jepun dalam tempoh 30
tahun. Faktor Jepun perluasan kuasa pertama masalah ekonomi Jepun
seperti penduduk Jepun bertambah menyebabkan tanah pertanian
kurang. Selain itu, Jepun perlukan bahan mentah untuk industri
seperti petroleum, bijih timah dan getah juga kawasan baru untuk
pasaran hasil industri. Faktor kedua sekatan ekonomi ialah Amerika
Syarikat mengenakan sekatan ekonomi kerana Jepun menguasai China.
China dikuasa Jepun melalui Perang China-Jepun Kedua 1937. Jepun
bertindak balas menyerang Asia Tenggara untuk membebaskan diri
serangan diketuai Jeneral Tojo menjadi Perdana Menteri Jepun.
Beliau berjaya mengusir semua kuasa barat di Asia Tenggara. Langkah
awal Jepun untuk menguasai Tanah Melayu melalui propaganda
digunakan untuk pengaruhi penduduk tempatan melalui slogan Asia
Untuk Orang Asia dan Semangat Asia slogan berunsur anti-penjajah
Barat. Kebanyakan menonjolkan imej Jepun sebagai pembela
negara-negara di Timur. Jepun menggunakan rancangan Kawasan
Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya, ini strategi yang sangat
berkesan sebab penduduk tempatan tidak menganggap Jepun sebagai
penjajah baru menggantikan British.Cara kemaraan tentera Jepun di
Tanah Melayu melalui kawasan Utara di Thailand tentera Jepun
mendarat serentak di Singgora dan Pattani, Thailand pada 8 Disember
1941. Tentera terus mara ke Jitra, Kedah berpecah dua pasukan ke
Pulau Pinang dan terus mara ke Selatan melalui pesisiran pantai
barat dan satu pasukan lagi mengikut jalan darat menuju
bandar-bandar utama di negeri-negeri pantai barat. Selain itu,
Jepun melalui kawasan Kota Bharu. Tentera Jepun mendarat pada 8
Disember 1941 mara ke selatan mengikut jalan darat di negeri-negeri
pantai Timur. Terakhir melalui Kawasan Sarawak Sabah tentera Jepun
mendarat di Miri dari Cam Ranh, Vietnam pada 16 Disember 1941
berpecat kepada dua pasukan satu pasukan mara ke Kuching dan Sibu
yang pasukan kedua mara ke Sabah melalui Labuan dan Sandakan.
Kemudian mara ke kawasan pesisiran pantai kedua-dua negeri terutama
di bandar-bandar besar. Tempat ini tiada tentangan sengit terhadap
kemaraan tentera Jepun di Sarawak dan Sabah.Cara Kemaraan Tentera
Jepun menggunakan kapal terbang perang digunakan tentera Jepun
untuk menyerang tentera British di Tanah Melayu. Kapal ini sebagai
pelindung kepada tentera darat Jepun. Cara kedua menggunakan kereta
kebal penggempur berjaya memaksa tentera British berundur. Jepun
menggunakan kereta kebal kecil dan ringan yang lebih mudah
dikendalikan. Cara ketiga ialah menggunakan bot untuk mendaratkan
tenteranya dari kapl perang yang sukar berlabuh di pantai. Selain
itu, Jepun juga menggunakan basikal tujuan mempercepatkan
perjalanan tanpa disedari pihak British juga mudah untuk melalui
jalan sempit.Faktor kejayaan Jepun mengalahkan Bristish di Tanah
Melayu pertama peracangan awal perang seperti menggunakan
propaganda untuk memenangi hati dan mendapatkan kerjasama penduduk
Tanah Melayu untuk menjalankan aktiviti perisikan di Tanah Melayu
bagi mendapatkan maklumat untuk memudahkan serangan. Faktor kedua
ialah melengkapan perang tentera Jepun menggunakan banyak kapal
terbang pejuang moden seperti Zero Fighter dan menggunakan kereta
kebal yang sesuai dengan keadaan muka bumi Tanah Melayu. Faktor
ketiga ialah semangat tentera Jepun berjuang untuk kemegahan negara
mereka. Tentera Jepun rela mati demi Maharaja Jepun. Selain itu
tentera Jepun berpengalaman kerana pernah terlibat dalam perang
China-Jepun. Faktor keempat ialah taktik serangan Jepun memusnahkan
Pearl Harbour di Hawaii yang menjadi pangkalan utama tentera
Amerika Syarikat di Asia Pasifik pada 7 Disember 1941 di Tanah
Melayu memulakan serangan dari Utara melayu kerana pertahanan utama
British tertumpu di Singapura. Faktor kelima ialah kelemahan
tentera British tidak bersedia untuk menghadapi serangan Jepun
kerana lebih menumpukan peperangan di Eropah. Tentera British
kurang latihan dan kekurangan peralatan perang. Askar India yang
berkhidmat dengan tentera British telah berubah sikap anti-British.
Tumpuan pertahanan British hanya di Singapura. Faktor keenam ialah
pakatan Jepun dengan Thailand memberikan laluan kepada tentera
Jepun mendaratkan tenteranya dan sebagai balasan Jepun tidak
menyerang Thailand. Jepun berjanji menyerah Terengganu,Kedah dan
Perlis kepada Thailand. Faktor ketujuh ialah peranan Kesatuan
Melayu Muda(KMM) membantu menyebarkan propaganda Jepun kepada orang
melayu, memberi maklumat perisikan tentang Tanah Melayu dan menjadi
penunjuk arah semasa kemaraan Jepun.
2.2 Layanan Jepun terhadap Orang Melayu
Layanan Jepun terhadap orang Melayu dengan memberikan lebih
keutamaan kepada mereka dalam mendapat peluang pekerjaan dan polisi
yang dibuat oleh pentadbiran dan pemerintahan Jepun lebih memihak
kepada orang Melayu. Orang Melayu didefinisikan sebagai berbangsa
Melayu, bertutur dalam bahasa Melayu dan beragama Islam. Golongan
orang Melayu yang mempunyai hubungan baik dengan Jepun terbahagi
kepada tiga golongan iaitu Sultan dan kaum kerabatnya yang
dipandang tinggi oleh masyarakat. Seterusnya golongan kedua
merupakan golongan ahli ulama agama yang memainkan peranan penting
dalam mengajarkan agama Islam, oleh Jepun beranggapan dengan
mengiktraf agama Islam merupakan jalan yang terbaik dalam mendekati
masyarakat Melayu. Malah Jepun pernah menaja sebuah seminar agama
yang berlansung tiga di Singapura pada April 1943. Golongan yang
ketiga yang mempunyai hubungan baik dengan Jepun adalah
pegawai-pegawai yang berkhidmat dengan pentadbiran Jepun.
Polisi yang digunakan oleh Jepun terhadap orang Melayu mempunyai
kepentingan kepada orang Jepun kerana orang Melayu senang digunakan
sebagai penggerak pro-paganda Jepun di Tanah Melayu. Sehubungan
dengan itu kemungkinan besar jumlah orang Melayu berkhidmat dalam
pentadbiran Jepun samaada menjadi pengawai tadbir atau berkhidmat
dalam ketenteraan juga. Dalam bidang politik Jepun sesungguhnya
berharap dapat menyatukan pentadbiran Tanah Melayu dengan Sumatera
menerusi ibu pejabat mereka di Singapura, tujuannya adalah kerana
ingin menyatupadukan dan memperkuatkan pengaruh orang-orang
Melayu.
Berikut merupakan orang Melayu yang terlibat dalam pentadbiran
semasa penjajahan Jepun:a. Abang Haji Openg (Kuching) & Kapten
Mohd Salleh Haji Sulaiman (Hulu Perak) dilantik sebagai Pegawai
Daerahb. Ibrahim Haji Yaacob dilantik sebagai Leftenan Kolonel PETA
(Pembela Tanah Air) iaitu pertubuhan separa tentera & diberi
latihan oleh Jepun untuk menentang tentera Bersekutuc. Dr.
Burhanuddin al-Helmy dilantik sebagai Penasihat Kebudayaan &
Adat Istiadat Melayu d. Dato Onn Jaafar dilantik menjadi Pengawal
Makanan Negeri Johor & juga ahli Majlis Mesyuarat Negeri
Johor
2.3 Layanan Jepun terhadap Orang Cina
Pemerintahan Jepun di Tanah Melayu telah dijalankan mengikut
kaum dengan berbeza-beza. Kaum Melayu dikatakan masih mengamalkan
tradisi mereka sendiri, kaum India pula fokus mereka lebih kepada
perjuangan di negara mereka masing dan kaum Cina pula dikaitkan
sebagai anti Jepun akibat peperangan Jepun dengan China. Dalam
peperangan China- Jepun pada tahun 1994-1895, Jepun telah berjaya
mendapatkan Pulau Taiwan dari kekuasaan negeri China dan Jepun juga
berjaya mengalahkan Rusia yang berebutkan Manchuria. Hubungan orang
Jepun dengan orang Melayu lebih baik dan mereka sangat berlembut
dengan orang Melayu ini kerana untuk mendapatkan sokongan dan
bantuan orang Melayu dalam menentang British. Tetapi layanan kepada
kaum Cina berlainan, Jepun melakukannya dengan kejam dan kasar.
Sebenarnya tindakan ini telah dirancang oleh Lt. Kolonel Tsuji
dan dilaksanakan oleh pasukan kempeitei yang dipimpin oleh Kawamura
Oishi. Tindakan ini telah diambil oleh pentadbiran orang Jepun
kerana mereka ingin mengekalkan keamanan dan mereka berpendapat
kemungkinan besar orang Cina akan mengangkat senjata menentang
askar Jepun secara gerila. Golongan Cina yang menjadi mangsa
termasuklah penyokong aktif golongan Kuomintang, penyokong komunis
terutamanya suku Hainan, ahli pasukan sukarela Tan Kah Kee yang
menjadi ketua Tabung Bantuan Cina dan pengikutnya pendatang Cina
anti Jepun.
2.4 Layanan Jepun terhadap Orang IndiaBagi masyarakat India di
Tanah Melayu pula, mereka menerima layanan yang lebih baik daripada
jika dibandingkan dengan orang Cina. Sebagai contoh sebelum
peperangan tercetus lagi, orang buangan India ke Jepun telah
memiliki hubungan terus kepada kerajaan Jepun. Dengan itu Jepun
telah bekerjasama dengan ahli-ahli politik India dalam usaha mereka
untuk menawan India iaitu melalui penubuhan Tentera Kebangsaan
India dan Liga Kemerdekaan India.
2.5 Kesan Penjajahan Jepun Kepada Hubungan Etnik
2.5.1 Sistem Pendidikan
Pihak Jepun telah menakluki Tanah Melayu pada tahun 1941
sehingga tahun 1945. Pada zaman ini, kebanyakan sekolah diajar
dalam bahasa Jepun. Semasa pemerintahan Jepun, kedudukan pendidikan
di Tanah Melayu telah tecabar dimana kehidupan zaman Jepun
mengalami kekurangan ubat-ubatan. Penutupan kolej perubatan dan
pejabat imigresen menyebatkan kekurangan kakitangan terlatih.
Sekolah diambil alih orang Jepun untuk tujuan perkhidmatan. Bahasa
Jepun dijadikan bahasa pengantar. Dasar pelajaran di bawah
pemerintahan tentera Jepun, ialah sekolah-sekolah vernakular Melayu
dan Tamail diteruskan seperti sebelumnya tetapi menambahkan bahasa
Jepun dalam kokurikulum serta berorientasikan negeri Jepun.
Pemerintahan Jepun juga menubuhkan Sekolah Nippon-Go bagi
menggantikan sekolah-sekolah Cina dan Inggeris. Pengajaran
Nippon-Go, lagu rakyat Jepun dan cara hidup mereka ditekankan
didalam kurikulum sekolah rendah. Pendidikan menengah telah
diperhentikan dan sebagai gantinya telah ditubuhkan beberapa
sekolah teknik dan maktab teknik untuk pegajian telekomunikasi,
maritim perikanan, pertanian dan pembinaan. Beberapa bangunan
sekolah di bandar-bandar digunakan sebagai tempatan diberi latihan
tambahan untuk mengajar bahasa jepun. Kelas-kelas bahasa Jepun juga
diadakan untuk orang dewasa di beberapa tepat seperti di kelab dan
persatuan. Surat khabar juga mempunyai ruangan khas bagi pengajaran
Bahasa Jepun.
Pendidikan pasca zaman pemerintahan Jepun tidak mempunyai satu
falsafah untuk tujuan perpaduan rakyat dan membentuk identity
Kebangsaan. Jepun telah menyebabkan jurang pemisah antara kaum di
Tanah Melayu semakin melebar. Melalui sistem pendidikan yang
berbeza mengikuti etnik masing-masing telah menjadikan orang Tanah
Melayu mempunyai kesusahan untuk bersatu.
2.5.2 Sosial
Kehidupan rakyat terbeban telah menyebabkan kesihatan rakyat
merosot. Ramai rakyat telah kehilangan tempat tinggal. Mereka
terpaksa hidup berpindah randah. Di samping itu, banyak sekolah
juga terpaksa ditutup dan pendidikan telah merosot. Pada zaman
pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan secara
tidak adil oleh tentera Jepun. Keadaan ini berikutan Jepun yang
pernah berperang dengan China sebelum ini. Ini telah menyebabkan
perasaan saling mendendami antara satu sama lain masih segar dalam
ingatan. Layanan berat sebelah ini telah menyemak perasaan
kemusuhan antara orang-orang Melayu dengan orang Cina.
Pihak Jepun lebih mengutamankan orang Melayu terutamanya
golongan melayu disebabkan ingin mendapat sokongan daripada mereka.
Dengan itu, lebih ramai orang Melayu dilantik dan diambil untuk
berkerja dalam perkhidmatan kerajaan terutamanya dalam bidang
pentadbiran awam, polis dan tentera. Jepun juga berbaik-baik dengan
orang India demi ingin mendapatkan sokongan orang India dalam
usahanya menawan India. Walaupun Jepun membantu dalam penubuhan
Liga Kemerdekaan India dan Tentera Nasional India serta Kerajaan
India, tetapi orang India juga tidak terlepas daripada kerahan
buruh paksa serta penyekasaan, penderitaan dan kebuluran seperti
mana yang dialami oleh orang Cina.
Dasar orang Jepun terhadap orang Cina amat berbeza daripada
dasar mereka terhadap orang Melayu dan India. Selepas menguasai
Tanah Melayu, mereka melakukan pembunuhan beramai-ramai dan
lain-lain kezaliman ke atas orang Cina. Keadaan ini berlaku kerana
permusuhan di antara Negeri Jepun dan Negeri China. Kekejaman pihak
Jepun terhadap orang Cina terbukti dengan pengenaan dasar Sook
Ching iaitu dasar pembersihan yang telah menyebabkan beribu-ribu
orang Cina mati. Malahan Jepun telah membuat penindasan yang kejam
dengan merompak, membakar rumah dan kampong, mengambil
barang-barang orang Cina, memeras hasil orang Cina, merogol
gadis-gadis Cina dan sebagainya.
Dasar Jepun yang anti-Cina dan pro-Melayu telah membangkitkan
kemarahan orang Cina dan turut menyebabkan orang Cina sangat
membenci Jepun kerana menganggap orang Melayu sebagai penyokong
Jepun. Akibat daripada tindakan Jepun, ramai orang Cina melarikan
diri ke dalam hutan bagi mengelakkan penindasan Jepun dan
seterusnya menganggotai Parti Komunis Malaya (PKM). Semakin sedikit
perasaan permusuhan antara orang Melayu dan orang Cina turut
semakin menebal hingga menetuskan pergaduhan antara kaum.
DasarKesan
Perubahan system pendidikan Taat setia kepada maharaja Nyanyi
lagu kebangsaan Jepun Belajar bahasa Jepun Tutup sekolah Cina Buku
dalam bahasa Jepun Silibus ditentukan oleh silibus Jepun
Menanam sifat rajin dalam kalagan belia di Tanah Melayu
Timbul kebencian kepada tentera Jepun
Dasar berbaik-baik dengan orang Melayu & India & dasar
kekejaman orang Cina Institusi kesultanan Melayu dikekalkan Orang
Melayu berpeluang menjadi pegawai rendah Jepun melalui sekolah
latihan ketenteraan Pemimpin-pemimpin Melayu dari penjara
Menimbulkan sentiment perkauman antara Cina dengan Melayu
Mewujudkan pola penempatan berasaskan kaum yang berbeza
Mewujudkan system buruh paksa dalam projek kereta api maut
Kehilangan nyawa beribu-ribu buruh paksa di sempadan Thailand-Burma
Taraf kesihatan rakyat sangat rendah Buruh tawanan & buruh
paksa diseksa dengan kejam
2.6 Kesan penjajahan Jepun
Melalui perbezaan layanan orang Jepun kepada kaum yang
berlainan, telah menimbulkan pergaduhan antara orang Melayu dan
orang Cina. Disebabkan perasaan tidak puas hati orang Cina, Parti
Komunis Malaya (PKM) yang ditubuhkan oleh orang Cina telah
menentang orang Jepun. Oleh sedemikian, hubungan antara Melayu dan
Cina adalah tidak baik semasa zaman penjajahan Jepun.