-
PENGURUSAN PEMBELAJARANNAMA AHLI:
KAMARUL HISYAM BIN TAHIR DB110536ABDUL RAZAK BIN AHMAD
DB110825ADEMIZAN BIN AHAD DB110721AYOB BIN JAAFAR DB110186HADAFFI
BIN JAAFAR DB110946KAMARUL BIN FADZEL DB110883
PN HJH SAREBAH BINTI WARMANBBD 18104PENGURUSAN MURID
-
PENGENALANPengurusan murid merupakan suatu bidang yang penting
di dalam sebuah institusi pendidikan. Proses pengurusan murid
terdiri daripada beberapa aspek iaitu aspek perancangan,
pengelolaan, pentadbiran (memimoin) dan pengawalan atau
pemulihan.Oleh itu, bagi mencapai hasrat ini jawatan khas Guru
Penolong Kanan (HEM) telah diwujudkan di sekolah bagi membantu
pihak pentadbir iaitu guru besar atau pengetua dalam memainkan
peranan sebagai pemaju, pembina, pembantu, perancang, pemudah cara
penyelaras dan pengawal serta kaunselor kepada ahli-ahli di bawah
pengawasannya terutama kepada para pelajar bagi memastikan sistem
pengurusan murid ini lebih dinamik.
-
DEFINISI PENGURUSAN
MURIDperancanganpengorganisasianpengarahanpengawalan
-
TUJUANMenyediakan maklumat lengkap mengenai kemajuan pelajar
dalam segala aspek perkembangan potensi (intelek, rohani, jasmani
& sosial)Sebagai panduan kepada ibubapa dalam memahami kemajuan
dan kebolehan anak merekaSebagai panduan kepada pelajar itu sendiri
untuk mengetahui potensi diri masing-masing
-
KOMPONEN PENGURUSAN MURIDMengurus rekod muridmarkah yang
diperoleh bagi setiap matapelajaran pada setiap ujian yang
dilakukan.Displin muridDapat mewujudkan sahsiah murid yang
baikBimbingan dan kaunselingmemberi khidmat kaunseling atau
konsultasi kepada murid
-
KEPENTINGAN MENGURUS REKOD MURIDKepentingan Mengurus Rekod
Muridmembantu guru membuat keputusan tentang pengurusan bilik
darjah.membantu guru menentukan aktiviti atau pengalaman yang
sesuai dengan minat murid. memberi peluang kepada guru kelas
menghubungi ibu bapa atau penjaga supaya dapat berbincang tentang
anak muridnya.membantu ibu bapa mengetahui dan memahami kemajuan
akademik serta kekuatan atau kelemahan anaknya.
-
JENIS-JENIS REKOD MURID
-
JENIS-JENIS REKOD MURIDMengandungi biodata murid dan rekod
persekolahan muridMerekod kehadiran murid serta maklumat keluarga
muridKeputusan peperiksaan murid serta pencapaian murid sepanjang
sesi persekolahanRekod kemasukan murid ke sekolah dan rekod
perpindahan murid
-
KAEDAH TERKINI DALAM PENGURUSAN REKOD MURIDSistem Maklumat Murid
merupakan sistem maklumat murid berkomputer yang diperkenalkan pada
tahun 2000.Penggunaan sistem yang sistematik dan berteknologi
memudahkan urusan guru serta pengurusan sekolah menjadi lebih cekap
dan pantasSistem ini dibangunkan di peringkat sekolah untuk
membolehkan guru menggunakan kemudahan teknologi maklumat atau ICT
dalam mengemaskini data dan maklumat dari semasa ke semasa.
-
KAEDAH TERKINI DALAM PENGURUSAN REKOD MURIDSistem Pentaksiran
Lisan Berasaskan Sekolah merupakan salah satu sistem yang
berangkaian dengan Sistem Maklumat Murid Berkomputer.Tujuan sistem
ini dilaksanakan adalah untuk meringankan beban guru membuat
kerja-kerja perkeranian terutamanya berkaitan dengan ujian
lisan.Jumlah membuat cerapan dalam satu penggal adalah minimum
sebanyak 3 kali bagi setiap penggal dan laporan pentaksiran lisan
boleh dijana setelah cerapan dilakukan.
-
KAEDAH TERKINI DALAM PENGURUSAN REKOD MURIDSistem analisis
peperiksaan merupakan gabungan antara Sistem Maklumat Murid
Berkomputer dan Sistem Pengurusan Peperiksaan. Dengan kewujudan
sistem ini, bebanan guru untuk membuat analisis tahap pencapaian
murid dalam ujian dan peperiksaan dapat diringankan.Ibu bapa dapat
memantau pencapaian anak mereka melalui sistem ini.
-
KAEDAH TERKINI DALAM PENGURUSAN REKOD MURIDSistem Analisis
Peperiksaan ini adalah untuk mendapatkan data atau maklumat bagi
membantu pihak pengurusan Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat
Pelajaran Daerahdan Sekolah mengenalpasti potensi pencapaian murid
dalam peperiksaanDengan maklumat ini pihak pengurusan akan dapat
membuat perancangan akademik danmengenal pasti kelemahan sama ada
di peringkat sekolah, daerah dan negeri untuk tindakan susulan
secara lebih berkesan.
-
KAEDAH TERKINI DALAM PENGURUSAN REKOD MURIDTujuan mewujudkan
Sistem Pengurusan Disiplin adalah untuk merekodkan kesalahanSistem
Salah Laku Displin Murid dilaksanakan bertujuan untuk memberikan
panduan kepada Pengetua, Guru Besar dan guru-guru tentang bentuk
tindakan disiplin yang boleh diambil terhadap murid yang melakukan
kesalahan disiplin agar hukuman yang diambil tidaklah secara
membuta tuli.
-
KAEDAH TERKINI DALAM PENGURUSAN REKOD MURIDAplikasi ini
bertujuan untuk mendapatkan enrolmen pelajar terkini berkenaan
jumlah Enrolmen yang hadir dan tidak hadir setiap hari . Maklumat
digunakan bagi tujuan pemantauan dan rumusan kehadiran di
sekolah-sekolah negeri Johor.
-
KAEDAH TERKINI DALAM PENGURUSAN REKOD MURIDSistem e-Kasih
bertujuan untuk merekodkan semua bantuan yang akan diterima oleh
setiap pelajar . Sistem ini juga dapat memastikan bahawa setiap
pelajar layak akan menerima bantuan yang diberikan oleh kerajaan
Malaysia.
-
KESIMPULANSuatu pengurusan murid yang baik dapat melahirkan
murid yang cemerlang dan mempunyai semangat untuk belajar yang
tinggi kerana melalui rekod pelajar yang dicatat oleh guru bagi
seseorang pelajar merangkumi segala perkembangan, kebolehan,
kemajuan serta pencapaiaan murid.Pengurusan murid yang sempurna
juga melibatkan proses memotivasikan murid. Bagi melengkapkan
sebuah pengurusan murid yang baik, sesebuah sekolah haruslah peka
serta mengetahui cara-cara untuk memotivasikan murid. Kerjasama
semua pihak haruslah dipertingkatkan bagi memastikan pengurusan
murid yang berkesan dapat dilakukan kerana pengurusan yang berjaya
akan menjadi pemangkin prestasi murid.