Buku Panduan Pengurusan Sekolah 2014
Buku Panduan Pengurusan Sekolah 2015
FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
PENDIDIKAN DI MALAYSIA ADALAH SUATU USAHA BERTERUSAN KE
ARAHMEMPERKEMBANGKAN LAGI POTENSI INDIVIDU SECARA MENYELURUH DAN
BERSEPADUUNTUK MEWUJUDKAN INSAN YANG SEIMBANG DAN HARMONIS DARI
SEGI INTELEK, ROHANI,EMOSI DAN JASMANI BERDASARKAN KEPERCAYAAN
KEPADA TUHAN. USAHA INI ADALAHBAGI MELAHIRKAN RAKYAT MALAYSIA YANG
BERILMU PENGETAHUAN, BERKETRAMPILAN, BERAKHLAK MULIA,
BERTANGGUNGJAWAB DAN BERKEUPAYAAN MENCAPAI KESEJAHTERAAN DIRI SERTA
MEMBERI SUMBANGAN TERHADAP KEHARMONIAN DAN KEMAKMURAN MASYRAKAT DAN
NEGARA.
PIAGAM PELANGGANSEKOLAH KEBANGSAAN SERI LINDUNGAN RAJA
Kami, warga pendidik Sekolah Kebangsaan Seri Lindungan Raja,
dengan penuh tekad dan semangat berikrar dan berjanji akan
menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami ke arah:
Memastikan setiap murid sekolah ini menjadi insan yang berilmu,
beramal dan berbakti bertepatan moto yang tertera pada lencana
sekolah.
Membimbing murid-murid membentuk sahsiah yang mulia melalui
pemupukan dan penghayatan amalan nilai-nilai murni berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan selaras dengan Falsafah
Pendidikan Negara.
Mencungkil dan memupuk bakat dan potensi murid dalam bidang
akademik dan kokurikulum supaya menjadi insan yang berketrampilan
dan dapat berbakti kepada masyarakat.
Menyediakan staf yang terlatih, berdedikasi, bertanggungjawab,
berdisiplin dan sedia menyahut cabaran demi meninggikan martabat
guru sehingga ke taraf dunia.
Berkongsi idea dan kerjasama dengan ibu bapa dan waris melalui
saluran PIBG bagi meningkatkan kemajuan, menjalinkan kesefahaman
dan hubungan baik selaras visi dan misi sekolah.
Memastikan sekolah sebagai institusi ilmu yang peka, prihatin
dan responsif terhadap kehendak pelanggannya tanpa mengira faktor
ekonomi, latar belakang dan agama.
VISI SEKOLAH
PENDIDIKAN BERKUALITIINSAN TERDIDIKNEGARA SEJAHTERA
MISI SEKOLAH
MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITIUNTUK MEMBANGUNKAN
POTENSI INDIVIDUBAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA
TATASUSILA PROFESION PERGURUAN MALAYSIA
Kami guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan
ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang
berilmu,yang taat setia,yang bertanggungjawab dan berkebolehan,yang
menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke
arah pencapaian hasrat yang gemilang dan yang percaya kepada
demokrasi,kebebasan perseorangan dan Prinsip-prinsip
Rukunnegara.
Melalui pendidikan,masyarakat dapat membantu anak mudanya
memahami kebudayaan mereka,memperoeh pengetahuan yang telah
terkumpul sejak zaman-berzaman dan menyediakan mereka untuk
menghadapi cabaran pada masa hadapan .Dengan menyedari betapa
besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan
sepenuh-penuhnya,maka dengan ini kami menerima Tatasusila berikut
sebagai panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan profesion
kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya.
1 TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR1.1 Lebih mengutamakan kebajikan
dan keselamatan pelajar daripada hal-hal lain.1.2 Bersikap adil
terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira fakta-fakta jasmani,
mental, emosi, politik,sosial, keturunan atau agama.1.3 Merahsiakan
maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka
yang berhak mengetahuinya.1.4 Membimbing atau mengajar seseorang
pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata pelajaran-mata
pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran.1.5
Menunjukkan satu cara, pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang
dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar.1.6 Memelihara dan
memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, penyelidikan,
lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau
seminar supaya pengajaran kami mencapai mutu yang
setinggi-tingginya.
2 TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU BAPA2.1 Menghormati tanggungjawab
utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.2.2 Berusaha mewujudkan
hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi
pendidikan dan rumah tangga.2.3 Menganggap semua maklumat yang
diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumah tangga atau mengenai
anak mereka sebagai sulit dan tidak akan mencerobohi dan tidak akan
membocorkan kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak
mengetahuinya.2.4 Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi
kepentingan anak-anak mereka yang menggunakan maklumat yang
diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.2.5
Mengelakkan diri dari menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan
sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar.2.6 Mengelakkan diri dari
mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh
menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga
mereka
3TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA3.1 Mengelakkan
diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan
kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, atau pun yang
bertentangan dengan Rukunegara.3.2 Memupuk dalam diri setiap
pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka
untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan
berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati
adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.3.3 Menghormati
tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai
seorang warganegara yang sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam
sebarang kegiatan masyarakat.3.4 Menggalakkan kerjasama dan
persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan
dengan masyarakat.3.5 Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan
kehidupan moral, kebudayaan dan kecendekiawan masyarakat.3.6
Berpegang kepada tingkah lakuyang sopan yang diterima oleh
masyarakat dan menjalani kehidupan kami sehari-hari dengan
baik.
4TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION PERGURUAN
4.1 Mengelakkan diri dari membuat sebarang kenyataan atau ulasan
yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar
atau ibu bapa atau membuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah
seseorang guru.4.2 Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh
menjejaskan kecekapan kami sebagai guru.4.3 Berusaha dengan
sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan
bersungguh-sungguh dan mengekalkan dengan kemajuan ikhtisas dan
sosial.4.4 Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutama
mereka yang baharu dalam profesion perguruan.4.5 Sentiasa mengawasi
diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion
perguruan.4.6 Akan menjadi ahli sebuah pertubuhan guru.
SENARAI TUGAS GURU BESAR
Bertugas sebagai Ketua Jabatan bagi Sekolah Kebangsaan Seri
Lindungan Raja, 09700 Karangan, Kedah Darul Aman. Penasihat
Persatuan Ibu bapa dan Guru. Penyelia dan pegawai polisi dan
objektif sekolah yang diasaskan kepada dan diselaraskan dengan
polisi Kementerian Pendidikan dan objektif Pendidikan Negara. Ketua
Penyelia bagi membekalkan semua peraturan pelajaran dan lain-lain
arahan kerajaan yang menentu dan mengawal semua bidang
persekolahan. Perancangan bagi semua bidang tugas yang disenaraikan
dalam bidang tugas Guru Besar sekolah. Pembuatan dan pengeluar
arahan dan peraturan untuk kakitangan bagi melaksanakan tiap-tiap
jenis tugas dalam bidang kurikulum, kokurikulum, hal ehwal murid,
pentadbiran dan tatatertib. Ketua Penyelia dan Penyelaras semua
bidang dan jenis tugas atau tanggungjawab. Ketua Penilai kepada
perancangan dan hasil usaha kaki tangan dan pelajar-pelajar. Ketua
Pembimbing kepada semua anggota kakitangan sekolah. Penyelia dan
pengagih tugas kepada semua anggota kaki tangan sekolah. Pengerusi
Lembaga Pengajian ( Pengerusi Jawatankuasa Kurikulum Sekolah).
Penyelia tatacara pentadbiran akaun, tatasusila dan lain-lain aspek
pengurusan. Penyelaras Tatatertib Pelajar Sekolah. Pengerusi Majlis
Sukan Sekolah : Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah. Ketua Penyelia
dan Pengawas Kewangan dan Akaun Sekolah. Ketua juruaudit akaun
persatuan-persatuan / kelab-kelab yang wujud dan diluluskan oleh
sekolah Pendaftar persatuan-persatuan / kelab-kelab yang wujud dan
diluluskan oleh sekolah. Ketua pegawai perhubungan di antara
sekolah dengan orang ramai dan jabatan-jabatan kerajaan, antara
anggota kakitangan dan pelajar dan antara mana-mana kumpulan bawah
bidang kuasa sekolah. Ketua protokol bagi upacara sekolah. Mengajar
tujuh waktu seminggu seperti yang ditetapkan.
PANDUAN TUGAS PENOLONG KANAN PENOLONG KANAN 1BIDANG TUGAS
Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar.
Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar.
Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam hal kurikulum, pentadbiran
dan pengurusan guru dan kakitangan bukan guru. Membantu Guru Besar
dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah termasuk yang
mempunyai sidang petang Membantu Guru Besar menyelia dan menilai
pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
SENARAI TUGAS
Kurikulum Menentukan pelaksanaan kursus pengajian. Menentukan
Rancangan Pelajaran Harian, Mingguan, Penggal dan lain-lain.
Memastikan perjalanan Panitia-panitia mata pelajaran. Membantu
dalam pengurusan penyediaan peralatan teknologi pendidikan dan
Pusat Sumber. Menentukan penggunaan dan penyelenggaraan bahan-bahan
sumber pendidikan. Membantu serta membimbing dalam latihan mengajar
bagi guru-guru pelatih, guru-guru baru mengajar di dalam
menjalankan tugas harian. Menentukan program TV dan radio
Pendidikan diikuti sebaiknya. Mengkaji segala jenis laporan yang
berkaitan dengan kurikulum serta mencadangkan tindakan susulan.
Menyelaras pengurusan dan perjalanan kegiatan Bimbingan Dan
Pemulihan. Membantu dalam merancang dan menyelaras hal-hal
berkaitan dengan ujian, peperiksaan dan penilaian serta mencadang
tindakan susulan. Menyelaras segala jenis Program Kurikulum yang
dianjur oleh sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan
Negeri dan Kementerian Pendidikan. Membantu dalam menentukan bahan
Pusat Sumber dan lain-lain buku bacaan serta kesesuaiannya.
Menyusun Jadual Waktu Kelas dan Guru serta menyediakan Jadual Waktu
Gantian.
Pentadbiran Membantu menentukan bahan tugas guru-guru dan kaki
tangan bukan guru. Membantu menyelaras hal ehwal peperiksaan,
kursus, dan latihan untuk guru dan kaki tangan bukan guru. Membantu
menyenggara dan menyelaras kutipan data / maklumat dan perangkaan.
Membantu merancang, menyelaras dan melaksanakan Takwim Sekolah.
Membantu menyelia kerja-kerja kaki tangan guru dan bukan guru.
Membantu menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah.
Menyelaras penyeliaan Penyata Kewangan untuk urusan audit tahunan.
Menyelaras semua jenis pungutan yuran sekolah. Menjadi
penandatangan kedua cek-cek sekolah. Mengurus hal-hal bangunan,
kawasan, kemudahan fizikal dan keceriaan.
Kebersihan Dan Keindahan Sekolah Membantu di dalam merancang dan
menyelia program bagi keindahan dan kebersihan sekolah.
Keselamatan Merancang langkah-langkah keselamatan bersama dengan
Guru Besar. Bersama-sama Guru Besar merancang dan melaksanakan
Latihan Mencegah Kebakaran / Latihan Kebakaran dan
kegiatan-kegiatan seumpamanya.
Tugas-Tugas Lain Menganggotai Jawatankuasa-jawatankuasa yang
diluluskan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa. Melaksanakan
arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh Guru
Besar dari semasa ke semasa
PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
BIDANG TUGAS Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan
Guru Besar dan Guru Penolong Kanan 1. Mengajar sebilangan waktu
mengikut arahan Guru Besar. Bertanggungjawab kepada Guru Besar
dalam pengurusan dan pentadbiran Hal Ehwal Murid. Membantu Guru
Besar dalam pentadbiran sidang petang bagi sekolah-sekolah yang
mempunyai sidang petang. Membantu Guru Besar menyelia dan menilai
aktiviti hal ehwal murid. Membantu Guru Besar dalam semua aspek
perancangan dan pengurusan sekolah.
SENARAI TUGAS Disiplin Menetukan penerapan amalan-amalan dan
nilai-nilai yang murni. Mempastikan undang-undang dan
peraturan-peraturan sekolah dikuatkuasakan. Mengambil tindakan yang
sesuai terhadap kes-kes murid yang melanggar peraturan-peraturan
tatatertib dan salahlaku. Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin
dan laporan murid. Guru Penasihat Lembaga Pengawas Sekolah.
Bimbingan Dan Kaunseling Merancang dan menyelaras pelaksanaan
program bimbingan dan kaunseling. Menyelaras dan menyediakan rekod
Bimbingan dan Kaunseling murid dan menyediakan laporan yang
diperlukan. Merancang dan melaksanakan program kebajikan dan
orientasi bagi murid-murid baru
Kesihatan dan Kebajikan Murid Menguruskan kemudahan kesihatan
murid. Mempastikan program-program kesihatan murid berjalan dengan
sempurna. Menyelaras penyeliaan yang berkaitan dengan kantin
sekolah. Menyelaras segala aktiviti kesihatan dan kebersihan murid.
Melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan Rancangan Amalan
Makanan dan Pemakanan, Projek Susu Sekolah dan lain-lain rancangan
bantuan dan kebajikan. Mempastikan langkah-langkah keselamatan
semasa murid berada di sekolah sentiasa dilaksanakan.
Skim Pinjaman Buku Teks Menyelaras hal-hal pengeluaran,
pengambilan, pengagihan dan hapus kira. Menguruskan kutipan-kutipan
data, mengawal buku-buku stok dan mengawal buku bantuan.
Menyediakan anggaran belanjawan, mengurus SPBT. Kebersihan dan
Keselamatan Membantu dalam rancangan dan menyelia program bagi
keindahan dan kebersihan sekolah. Merancang langkah-langkah
keselamatan bersama Guru Besar. Merancang dan melaksanakan latihan
kebakaran dan kegiatan yang berkaitan.
Pentadbiran Mengurus dan mengemaskini rekod pendaftaran murid.
Menyemak buku kedatangan harian. Menguruskan kemasukan dan
penempatan murid. Menguruskan pertukaran sekolah murid. Mengurus
surat akuan, sijil-sijil murid, surat-surat pengesahan dan
pengedaran sijil-sijil berhenti sekolah. Menyemak buku / kad
kemajuan murid dan jadual markah.
PENOLONG KANAN KOKURIKULUMGuru Penolong Kanan Kokurikulum
bertanggungjawab kepada Guru Besar untuk mencapai matlamat Dasar
Pelajaran Kebangsaan. Guru Penolong Kanan Kokurikulum
bertanggungjawab meningkatkan penglibatan dan penyertaan murid
dalam aktiviti kokurikulum.
BIDANG TUGAS
Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar,
Penolong Kanan Pentadbiran dan Penolong Kanan HEM. Menagajar
sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar. Bertanggungjawab
kepada Guru Besar di dalam aspek pengurusan kokurikulum. Menyelia
dan menilai aktiviti kokurikulum. Membantu Guru Besar di dalam
semula aspek perancangan dan pengurusan sekolah.
SENARAI TUGASKokurikulumSukan dan Permainan Merancang Takwim
kegiatan sukan dan permainan Mengurus pemilihan peserta untuk
pertandingan. Menyelia kegiatan sukan dan permainan Menyelaraskan
aktiviti-aktiviti pertandingan sukan dan permainan didalam dan di
luar sekolah.
Unit beruniform Merancang kegiatan pasukan unit beruniform.
Menguruskan pemilihan peserta untuk pasukan unit beruniform.
Menyelia kegiatan pasukan unit beruniform. Menyelaras aktiviti
pasukan unit beruniform di dalam dan di luar sekolah. Persatuan dan
Kelab Merancang kegiatan persatuan dan kelab. Mengurus pemilihan
peserta untuk kegiatan persatuan dan kelab. Menyelaras
aktiviti-aktiviti persatuan dan kelab di dalam dan di luar sekolah
Pentadbiran Menyusun dan menyelaras kegiatan kokurikulum.
Menyediakan anggaran belanjawan pengurusan kokurikulum. Menentukan
langkah-langkah keselamatan di dalam kegiatan kokurikulum telah
diambil. Membantu di dalam segala jenis penerbitan sekolah dalam
hal kurikulum. Menyelaraskan hari-hari perayaan sekolah.
Menyelaraskan pembahagian murid-murid dalam kegiatan kokurikulum
dan meningkatkan tahap pencapaian. Menguruskan alatan dan kemudahan
untuk kegiatan kokurikulum. Memastikan rekod dan data kokurikulum
disenggarakan. Menguruskan kursus dan latihan untuk guru dan murid
dalam bidang berhubung dengan kokurikulum. Mengenalpasti guru-guru
dan murid-murid yang berpotensi dalam kegiatan kokurikulum dan
mengadakan latihan untuk mereka.
Tugas-tugas lain
Menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa yang diluluskan oleh Guru
Besar dari semasa ke semasa. Melaksanakan arahan-arahan dan
tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh Guru Besar dari semasa ke
semasa.
1.GURU MATAPELAJARAN
1.1 Bertanggungjawab di dalam kemajuan pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran yang ditugaskan.
1,2Menyediakan rancangan pelajaran serta merekodkan pengajaran
dalam Buku Rekod Pengajaran Guru-guru mengikut Penggal, Bulanan,
Mingguan, Harian serta menyampaikannya menurut kaedah dan alatan
bantuan yang kemaskini.1.3Mengemaskini Buku Rekod dengan sukatan
Pelajaran Rancangan Pelajaran, catatan / rekod butir diri pelajar
dan markah ujian/ peperiksaan, jadual waktu,buku teks/rujukan dan
sebagainya yang diperlukan.1.4 Menjalankan pengajaran dengan kaedah
APD bantuan yang paling sesuai yang berkesan.1.5 Menjalankan
ujian/peperiksaan seperti yang ditetapkan oleh pihak panel
/sekolah.1.6 Memberi dan menyemak / memeriksa kerja-kerja lisan dan
bertulis serta kerja di rumah yang mencukupi.1.7 Memberi bimbingan
pembelajaran yang sesuai terutama kepada pelajar-pelajar yang
lemah. 1.8 Mengadakan kelas-kelas tambahan / ganti atau ulangkaji
sepertinya.
1.9 Menyediakan kertas soalan peperiksaan/ujian, memeriksa
jawapan serta memberi markah kepada guru-guru kelas dalam masa yang
ditentukan.1.10 Membuat persediaan dengan memberi bimbingan
peperiksaan awam kepada pelajar-pelajar.1.11 Pengawasan keselamatan
dan disiplin pelajar, serta kebersihan kelas semasa mengajar.1.12
Mengetahui latar keluarga serta peribadi,juga kemajuan-kemajuan
akademik pelajar-pelajar sebagai memudahkan kawalan disiplin dan
pengajaran / pembelajaran.
1.13 Menjadi ahli dan menghadiri mesyuarat panel matapelajaran
serta mengambil tindakan tentang keputusannya.1.14 Menyerahkan
balik semua jenis harta benda sekolah di akhir tahun atau apabila
diperlukan.
1.15 Mengurus dan membimbing pelajar-pelajar dalam pemilihan
mata pelajaran bagi peperiksaan awam.
1.16 Menghadiri kursus tertentu yang dikelolakan oleh pihak
Jabatan / Kementerian atau mana-mana pihak yang berkaitan.1.17
Menyerahkan 2 set soalan peperiksaan sekolah kepada Ketua
Setiausaha peperiksaan untuk simpanan / perpustakaan.1.18
Menguruskan kerja-kerja praktikal dan penyediaan senarai markah
kursus yang diperlukan oleh Pihak Lembaga Peperiksaan dalam
mana-mana peperiksaan awam.1.19 Menerangkan cara-cara catitan Buku
Rekod Guru disempurnakan dengan baik bagi guru-guru baru.1.20
Mengawal dan menyempurnakan bilik khas / projek khas yang berkenaan
dengan mata pelajaran jika berkenaan.1.21 Bertanggungjawab
menyimpan rekod kehadiran murid-murid dalam kelas setiap waktu.1.22
Bertanggungjawab kepada kawalan kelas setiap waktu.
1.23 Tugas-tugas lain berkaitan diarahkan dari semasa ke
semasa.
2. KETUA PANITIA MATA PELAJARAN2.1 Pengerusi panel mata
pelajaran berkenaan dan melantik seorang Setiausaha Panel di antara
guru-guru matapelajaran.2.2 Mengadakan mesyuarat Panel mata
pelajaran sebanyak kali yangperlu sekurang-kurangnya dua kali
sepenggal untuk merancang dan menilai semua aspek pengajaran dan
pembelajaran, termasuklah tujuan bagi mengadakan kemudahan dan
masalah serta kemajuannya.2.3 Memastikan penggunaan sukatan
pelajaran yang paling kemaskini dan mengikut perkembangannya.2.4
Bertanggungjawab bagi menyimpan sukatan pelajaran, membuat
rancangan pelajaran penggal / bulanan / mingguan bagi
matapelajaran.2.5 Penyelaras kerja-kerja akademik guru-guru
matapelajaran di kelas-kelas yang berkenaan, termasuk penyelarasan
pengajaran dan pembelajaran mata pelajarannya.
2.6 Merancang bagi mengadakan, mempastikan penggunaan yang betul
serta sepenuhnya, juga pengelolaan penyimpan alatan dan kaedah
pengajaran yang kemas kini.
2.7 Membincangkan serta membuat diagnosis pengajaran dan
pembelajaran serta keputusan peperiksaan mata pelajaran berkenaan
dalam panel dan mengambil tindakan yang sewajarnya.
2.8 Menentukan keperluan kelas tambahan / ganti/ulangkaji.
2.9 Menyelaras soalan-soalan peperiksaan dan sistem pemarkahan
bagi setiap kelas dalam mata pelajaran.
2.10 Menentukan keperluan tenaga pengajaran mata pelajaran.
2.11 Merancang serta mengawal perbelanjaan vot ( jika berkenaan)
secara sistematik.
2.12 Mengawal dan mengemaskini Buku Stok, Alatan serta barang
mata pelajaran jika berkenaan.
2.13 Memiliki serta memilih tajuk Buku Teks / bacaan yang sesuai
bagi SPBT.
2.14 Mencadangkan buku Naskhah Rujukan Guru dan buku-buku
perpustakaan berkaitan.
2.15 Membantu untuk melicinkan urusan Hari Ucapan dan
Penyampaian Hadiah, Hari Pameran, Seminar Peraduan atau sebagainya
setakat yang berkaitan dengan mata pelajaran. 3.GURU DISIPLIN /
GURU PENGAWAS.3.1 Guru ini bertanggungjawab terus kepada Guru
Besar/ Penolong Kanan.
3.2 Bertindak sebagai penasihat lembaga pengawas dalam pelbagai
perkara mengenai lembaga itu sendiri dan tugas pengawasan.
3.3 Memerhati tingkahlaku murid-murid dan menasihati mereka
serta mengambil tindakan yang wajar.
3.4 Melaksanakan kaedah / sistem merekodkan kesalahan murid
dengan bantuan guru-guru.
3.5 Menjadi setiausaha jawatankuasa Hal Ehwal Murid.
3.6 Mengatur perjumpaan/ mesyuarat jawatankuasa Hal Ehwal Murid
dan melaksanakan hal-hal yang berkaitan dengan keputusan
jawatankuasa dan lain-lain yang berkaitan.
3.7 Menjadi Setiausaha Lembaga Tatatertib Pelajar dan
melaksanakan tugas-tugas mengenainya.
3.8 Mengatur rancangan latihan kepimpinan dan pengawasan kepada
pengawas-pengawas.
3.9 Menyelesaikan masalah-masalah disiplin pelajar.
3.10 Mengawal dan mengawasi keadaan disiplin keseluruhan
pelajar-pelajar.
3.11 Menyediakan laporan-laporan kes disiplin kepada Guru Besar/
Jawatankuasa Disiplin Sekolah.
3.12 Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan dari semasa ke
semasa.
3.13 Menjalankan pemeriksaan mengejut seperti yang ditentukan
oleh lembaga pengawas.
3.14 Membantu guru bertugas menjalankan pemeriksaan tambahan
bila-bila diperlukan.
3.15 Mengawasi Keutuhan Lembaga Pengawasan dan moral para
pengawas sendiri.
4. SETIAUSAHA PEPERIKSAAN SEKOLAH
4.1 Bertanggungjawab penuh mengelola dan menguruskan semua hal
mengenai peperiksaan awam, iaitu UPSR.
4.2 Memastikan segala butir yang dimasukkan dalam borang
peperiksaan UPSR betul kemaskini, bertukaran dilaporkan /
pembetulan dilakukan menurut cara rasmi.
4.3 Menyimpan rekod soalan soalan awam dan difailkan supaya
dapat dirujukan oleh murid/ guru nanti.
4.4 Menerima keputusan awam dan menganalisakannya secara
terperinci dengan bantuan Pengerusi Panitia matapelajaran di
sekolah.
4.5 Menyediakan laporan-laporan mengenai peperiksaan dan hasil
peperiksaan yang dikehendaki oleh pihak-pihak resmi.
4.6 Memaklumkan segala masalah, kerumitan perlaksanaan tugasnya
kepada Guru Besar Sekolah untuk penyelesaian.
5 GURU PERPUSTAKAAN
5.1 Memastikan perkhidmatan perpustakaan di sekolah berjalan
lancar.
5.2 Bertanggungjawab kepada Guru Besar Sekolah atas perjalanan
yang efektif sesuai dengan hasrat serta dasar yang ditentukan.
5.3 Menggalakan murid-murid membaca luas dengan pelbagai
teknik.
5.4 Sentiasa berada di perpustakaan sekolah apabila ia di buka
dan memberi bimbingan yang diperlukan disamping mengawasi tiada
penyelewengan / kehilangan buku.
5.5 Menerima permintaan buku daripada Pengerusi Panitia mata
pelajaran, menyusun dan mengemukakan kepada guru besar untuk
kelulusan sebelum ditempah buku, stok, dan bil dihantar untuk
dibayar kepada kerani sekolah dalam tempoh 20 hari dibeli.
5.6 Buku Stok sentiasa kemas kini dan buku-buku yang dibeli
mestilah digunakan oleh murid-murid dalam tempoh 20 hari ia
dibeli.
5.7 Menguruskan segala peraturan serta pengendalian bacaan dan
skim galakan.
5.8 Melatih pengawas perpustakaan untuk mengendalikan
perpustakaan secara cekap.
5.9 Menyimpan rekod penggunaan perpustakaan dan memberikan
maklum balas yang perlu.
5.10 Sentiasa berusaha untuk membaiki perkhidmatan perpustakaan
dari pelbagai segi dan pengetahuan murid tentang cara-cara
penggunaan perpustakaan. 5.11 Mengkatalogkan alatan-alatan mengajar
yang ada di sekolah dan memastikan kesemuanya diuruskan secara
baik,guru-guru diberi maklumat yang perlu,segala pinjaman dan
peraturannya ditentukan.
5.12 Berusaha untuk menambahkan lagi alatan mengajar / sumber
pendidikan secara berikhtiar membuat/ membeli dengan kerjasama
Pengerusi-pengerusi Panitia kanan dan guru-guru.
5.13 Kemukakan keperluan bahagian kepada Guru Besar untuk
kelulusan sebelum menempa sesuatu.
5.14 Menguruskan semua buku panduan (Desk Copies) kepada guru
dan perpustakaan , guru di bilik guru mahu pun Sumber
Pendidikan.
5.15 Memberi maklum balas / laporan kepada pihak-pihak yang
perlu apabila diarahkan.
6 GURU BANTUAN BUKU TEKS
6.1 Bertanggung jawab penuh di atas semua aspek pengelolaan skim
ini seperti yang ditetapkan oleh Biro Buku Teks.
6.2 Buat arahan kepada guru kelas dan memastikan ianya
diturut.
6.3 Memastikan yang buku-buku digunakan dengan baik dan
mengambil tindakan wajar.
6.4 Menyelenggarakan segala rekod , Buku Stok , dan sebagainya
untuk sentiasa dikemaskinikan.
6.5 Mengambil tindakan untuk menghapuskirakan Buku Teks menurut
peraturan.
6.6 Mendapatkan bantuan guru-guru bukun guru kelas pada awal
tahun semasa mengagihkan buku-buku dan pada masa menerima buku
daripada murid/ guru kelas.
6.7 Adakan sekumpulan murid untuk membantu pengendalian skim
ini.
6.8 Menyediakan senarai buku sekolah bagi setiap kelas dengan
mendapat cadangan-cadangan daripada guru kanan dan kelulusan
daripada pihak-pihak yang berwajib.
6.9 Bertanggungjawab untuk mengedarkan senarai buku kepada murid
pada akhir penggal 2 bagi tahun seterusnya.
6.10 Edarkan segala borang dan menerima serta menyemaknya bagi
perjalanan skim.
6.11 Menentukan murid yang layak menerima buku bantuan dan yang
tidak layak mempamerkan senarainya kepada pengetahuan umum pada
akhir setiap tahun.
6.12 Menyelenggarakan segala surat menyurat SPBT bagi pihak
sekolah.
7GURU KEBERSIHAN DAN KANTIN SEKOLAH
7.1Sentiasa mengawasi setiap bahagian sekolahbilik kawasan sudut
bacaan,kantin,tandas,perhentian kereta/basikal dan sebagainya
sentiasa bersih menurut objektif serta dasar yang ditentukan.
7.2 Meminta pihak-pihak yang bertanggungjawab untuk memperbaiki
keadaan, jika perlu.
7.3 Jika tidak berubah,dilaporkan kepada Guru Besar Sekolah
untuk tindakan lanjut.
7.4 Mengawasi kempen kebersihan setiap hari / minggu dan
menentukan pemenang dengan kerjasama guru bertugas / badan pengawas
sekolah.
7.5 Sediakan peraturan-peraturan pertandingan antara kelas dan
bertanggungjawab kepada Guru Besar terhadap perjalanannya yang
lancar.
7.6 Menentukan pemenang hadiah pada waktu yang sesuai dan
kemukakan permintaan untuk menempa hadiah.
7.7 Sentiasa mengawasi agar segala makanan yang berada di kantin
bersih,dan berpatutan dari segi harga dan segi-segi lain.
7.8 Makanan yang dijual dikantin mencukupi / mengenyangkan murid
dan penjualan gula-gula dikurangkan.
7.9 Menentukan agar pekerja-pekerja kantin memakai apron dan cap
semasa menguruskan makanan dikantin untuk menjaga kebersihan.
7.10 Menerima aduan daripada guru / murid tentang makanan/
minuman dan laporkan kepada Guru Besar Sekolah.
7.11 Menyimpan segala siaran mengenai pengendalian kantin secara
bersih daripada Kementerian Pendidikan,arahan-arahan
sekolah,surat-surat aduan secara rekod tindakan supaya dapat
disemak oleh Guru Besar / Pengawas-pengawas bila-bila perlu.
7.12 Sediakan suatu senarai harga makanan / minuman dan pamerkan
untuk maklumat guru / murid.
7.13 Sentiasa memberikan pandangan / cadangan atas cara-cara
memperbaiki perkhidmatan kantin kepada guru / murid/ kakitangan
sekolah dan kebersihan.
7.14 Memberi teguran / didikan kepada murid atas jenis makanan
yang dibenarkan dibawa masuk,cara sopan dan amalan-amalan
sihat.
8 GURU-GURU BILIK KHAS-MAKMAL SAINS,BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP,
PERPUSTAKAAN, SENI LUKIS DAN SEBAGAINYA.
8.1 Sentiasa memastikan bilik / makmal dalam keadaan BERSIH dan
SELAMAT.
8.2 Mempamerkan jadual waktu penggunaan biliknya dan guru yang
bertanggungjawab.
8.3 Menganggarkan perbelanjaan menurut perancangan.
8.4 Mempamerkan peraturan-peraturan khas penggunaan biliknya,
memberi taklimat kepada setiap pihak yang menggunakannya.
8.5 Melaporkan segala kerosakan dan masalah kepada Guru Besar
Sekolah serta merta.
9 TANGGUNGJAWAB GURU BERTUGAS
9.1 Perkara Am
9.1.1 Guru bertugas adalah bertanggungjawab kepada Guru Besar
dalam menjalankan tugasnya sepanjang minggu.
9.1.2 Segala rancangan / aktiviti di sekolah mestilah diawasinya
agar menurut paraturan/dasar yang ada melaporkan mana-mana yang
tidak menepati objektifnya.
9.1.3 Semasa dan pada masa-masa tertentu yang ditetapkan dari
semasa ke semasa Guru Besar / Penolong Kanan tiada di kawasan
sekolah,guru bertugas haruslah menggunakan kebijaksanaannya untuk
mengatasi masalah yang timbul.
9.1.4 Setiap guru sekolah berpeluang menjadi guru
bertugas.Jadual guru bertugas disediakan oleh Guru Penolong Kanan
dan akan diedarkan paling lewat pada minggu pertama setiap
penggal.
9.1.5 Seorang guru ditugaskan sebagai guru bertugas pada setiap
minggu dan pada setiap masa ketika ada murid / kegiatan murid di
sekolah.
9.1.6 Guru bertugas perlu mula bertugas mulai jam 7.15 pagi dan
1.00 petang (masa murid-murid mula sampai ke sekolah) sehingga
murid yang terakhir meninggalkan kawasan sekolah.
9.1.7 Kebajikan murid merupakan kepentingan utama seseorang guru
bertugas.
9.2 Tugas-tugas yang perlu dilakukannya.
9.2.1 Sebelum Sekolah Bersidang.Masalah murid yang datang
awal/aktiviti murid-murid yang datang awal,kelewatan ke
sekolah/perhimpunan murid yang tertib/kebersihan
kawasan/tandas/bilik kelas/kantin/memberitahu pihak-pihak berkenaan
supaya membersihkan kawasan jika perlu dan hal-hal lain berkaitan
dengan murid.
9.2.2 Semasa Persidangan Sekolah9.2.2.1 Menguruskan murid-murid
yang sakit teruk dan hantarkannya ke klinik / rumah jika ada
permintaan daripada guru kelas.
9.2.2.2 Mengawasi kegiatan-kegiatan tambahan Seperti Pameran
buku /jualan barang / lawatan pegawai-pegawai ke sekolah / lawatan
murid- murid ke luar/ mesyuarat-mesyuarat dan sebagainya.
9.2.2.3 Menentukan suasana aman wujud sepanjang Waktu
rehat;membantu pengawas sekolah dalam mengendalikan perhimpunan
murid; kesesakan dikantin dan sebagainya.
9.2.2.4 Memastikan segala kempen bahasa / Peraturan dipatuhi
oleh murid.
9.2.3 Selepas Sidang Sekolah.
9.2.3.1 Memastikan cuma aktiviti yang diluluskan oleh pihak
sekolah berjalan secara tertib di kawasan sekolah/segala peraturan
yang ditetapkan dituruti oleh setiap pihak.
9.2.3.2 Merekodkan segala keputusan/ peristiwa/ Mesyuarat
/aktiviti yang berlangsung di sekolah ataupun yang melibatkan pihak
sekolah ini dengan butir-butir yang lengkap.
9.2.3.3 Memastikan kebersihan sekolah/ tandas/
kantin/bilik-bilik kelas dan menjayakan kempenkebersihan kelas
dengan bantuan Badan Pengawas.
9.2.3.4 Menasihatkan murid-murid dalam hal-hal sekolah.
9.3 Catatan Dalam Buku Rekod Guru Bertugas
9.3.1 Butir-butir yang perlu dicatat termasuklah:Masa guru
bertugas sampai ke sekolah,keadaan kawasan / murid; kebersihan
setiap tempat;perhimpunan rasmi murid,hebahan-hebahan yang
dibuat,kelewatan murid dan sebagainya.
9.3.2 Senarai murid yang dihantar ke klinik/rumah,
pelawat-pelawat ke sekolah; aktiviti-aktiviti khas;
peristiwa-peristiwa disekolah; masalah-masalah yang dihadapi oleh
guru/murid; keadaan dikantin; perjalanan tugas pengawas; kes-kes
disiplin dan sebagainya
9.4 Perkara lain
9.4.1 Dalam perjalanan tugas ini, guru bertugas haruslah
berjalan sekeliling sekolah dari semasa ke semasa.
9.4.2 Mana-mana pihak boleh memohon bantuan daripada guru
bertugas dalam keadaan cemas di kawasan sekolah.
9.4.3 Guru bertugas pada setiap hari sekolah,hari Sabtu dan
hari-hari terdapat kegiatan rasmi yang melibatkan murid-murid
sekolah.
9.4.4 Buku catatan guru bertugas akan disampaikan kepada Guru
Besar sekolah pada setiap hari Ahad.
9.4.5 Sebarang masalah mesti dikemukakan kepada Guru Besar
Sekolah.
10 GURU SUKAN / PERMAINAN/ RUMAH
10.1 Bertanggungjawab penuh atas setiap aktiviti dan perancangan
kegiatan bidangnya di sekolah sesuai dengan objektif sekolah.
10.2 Menggalakkan murid-murid memahirkan diri di
bidangnya,memberi latihan yang tersusun dan terancang agar
peserta-peserta yang dikemukakan dalam sebarang pertandingan
menunjukkan prestasi yang tinggi.
10.3 Menyimpan atau menyebabkan disimpan segala rekod
kegiatan,keahlian,keputusan pertandingan dalam / luar sekolah
secara kemas kini selalu, serta akaun kewangan jika ada.
10.4 Memaklumkan kepada SU Sukan atau pun guru besar segala
masalah mahupun rancangan besar yang memerlukan perlibatan luar/
murid-murid di luar sekolah pemungutan wang daripada mana-mana
pihak.10.5 a) Menganjurkan pertandingan-pertandingan diperingkat
sekolah di bidang- bidang tertentu.
b) Guru rumah menyediakan pasukan bagi setiap pertandingan sukan
dan peraduan persuratan yang ditentukan oleh SU sukan/penyelarasan
persatuan atau pun pihak sekolah secara umumnya.
c) Pasukan-pusukan ini hendaklah yang terlatih sebaik
mungkin.
d) Senarai jenis pertandingan/ peraduan bagi sesuatu tahun serta
kalendarnya di sediakan dari awal tahun dan tidak patut ditunggu
pada saat akhir untuk menyediakan pasukan-pasukan rumah
diperingkat-peringkat yang ditentukan itu.
e) Memberi pendidikan pengkayaan di bidang permainan
masing-masing kepada semua murid di sekolah,mengasah bakat
kepimpinan dikalangan ahli-ahli masing-masing supaya dapat
membimbing aktiviti/mengadil dan sebagainya secara berkesan.
11 GURU / PEGAWAI INVENTORI
11.1 Mempunyai senarai serta bilangan alatan / perabot yang
terdapat di Sekolah.
11.2 Suatu Buku Stok Induk diusahakan.
11.3 Senarai alatan/ perabot yang terdapat di setiap bilik
dipamerkan di setiap bilik san satu salinan lagi difailkan dengan
tandatangan pegawai/ guru yang bertanggungjawab di bilik-bilik
itu.
11.4 Kerosakan-kerosakan kecil diperbaiki dengan menggunakan
kakitangan sekolah: Kerosakan besar dilaporkan kepada pihak JKR
dengan menggunakan borang JKR 4.
11.5 Menentukan bayaran ganti rugi dipungut seperti yang
ditentukan daripada pihak-pihak yang cuai yang menyebabkan
kerosakan.
11.6 Menomborkan perabot/ alatan secara yang sesuai dan
disediakan peraturan-peraturan am dalam penggunaannya di sekolah
ini.
11.7 Berusaha untuk membaiki perabot,papan hitam/ papan lembut
dan sebagainya, dengan kerjasama bahagian Seni Perusahaan dan
murid-murid.
11.8 Semak keadaan perabot dari semasa ke semasa dan membuat
laporan yang perlu.
11.9 Melaporkan kepada Guru Besar Sekolah segala kerosakan /
keperluan yang besar.
11.10 Berhubung dengan pihak JKR / JPN dalam menguruskan
bangunan / perabot sekolah bagi pihak sekolah.
11.11 Segala peralihan perabot dari bilik ke bilik adalah
melalui guru inventori sahaja termasuk pada masa peperiksaan
dijalankan, atau pun dewan sekolah digunakan untuk sesuatu
peristiwa khas.
11.12 Guru -guru yang bertanggungjawab untuk mengaturkan sesuatu
tempat harus mendapat kebenaran daripada guru inventori sebelum
mengalihkan alatan / perabot untuk sesuatu tujuan.
JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH
Jawatankuasa kurikulum sekolah merupakan nadi yang penting dalam
perkembangan kurikulum peringkat sekolah. Pengajaran harus
dijalankan mengikut perancangan yang dipersetujui diperingkat
Jawatankuasa Kurikulum Daerah.
Menyemak, mengkaji dan memperincikan kekuatan dan kelemahan yang
ada diperingkat sekolah. Menyusun rancangan-rancangan serta stategi
yang dapat membangun subjek-subjek di sekolah.
Mengkaji sukatan,skima kerja tahunan dan penggal /
semester,harian supaya mengikut kehendak-kehendak kurikulum
daerah.
Menganalisa matapelajaran kritikal diperingkat sekolah dan
menyusun strategi yang positif ke arah perkembangan dan
peningkatan.
Mengadakan dasar yang selari dengan kehendak-kehendak
peperiksaan dalam peperiksaan am dan seterusnya objektif
peperiksaan yang berasaskan sekolah.
Menjadi penasihat kepada panitia dalam urusan pengendalian
panitia atas perkara-perkara yang harus diberi perhatian.
Memberi nasihat dalam hal-hal kurikulum. Penilaian buku-buku
yang sesuai untuk Pusat Sumber, jadual waktu, buku teks SPBT
panitia,kelas tambahan,motivasi,jadual waktu peperiksaan dan
lain-lain yang berkaitan kurikulum.
Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun.
PANITIA MATAPELAJARAN
1. Penubuhan panitia untuk semua matapelajaran.
2. Tujuan
2.1. Menjalankan pengurusan dan pentadbiran panitia
matapelajaran dengan berkesan dan teratur.
2.2. Untuk membincang dan melaksanakan program-program
Perkembangan Profesionalisma mata pelajaran berkenaan .
2.3 Untuk memberi syor-syor kepada pengurusan sekolah tentang
hal-hal yang berkaitan dengan matapelajaran.
2.4 Untuk mengambil bahagian di dalam bidang-bidang yang tidak
bercanggah dengan pengurusan sekolah.
3. Keahlian:3.1. Keahlian panitia terdiri dari:a) Penasihat :
Guru Besar.b) Pengerusi : Guru Kanan Matapelajaran atau sesiapa
yang ditetapkan oleh Guru Besarc) Setiausaha: Guru matapelajaran (
Boleh bergilir)d) Ahli : Guru-guru matapelajaran
4. Mesyuarat: Sekurang-kurangnya 4 kali dalam setahun.
5. Bidang Tugas : 5.1. Pemerhatian sama ada:a) Mengkaji semula
pengajaran dan aktiviti yang berkaitan dengan matapelajaran pada
tahun lalu.b) Membincang masalah pengajaran yang didapati dan
cadangan untuk mengatasinya.
5.2 Sukatan dan Perancangan:a) Menyimpan sukatan pelajaran dan
menyediakan perancangan pelajaran untuk berbagai kelas.b)
Menyelaras isi pengajaran dan jumlah kerja rumah / sekolah bagi
tiap-tiap minggu/bulan/ tahun.c) Membuat anggaran perbelanjaan
untuk mengendalikan matapelajaran tersebut.d) Menyediakan jadual
waktu bagi penggunaan bilik khas seperti jadual waktu
perpustakaan.e) Merancang penggunaan bahan-bahan yang sedia ada di
sekolah.f) Menyenaraikan buku-buku rujukan, alatan bantuan mengajar
dan bahan yang sedia ada di sekolah.g) Menyediakan senarai bahan
dan alatan bantuan yang diperlukan.h) Mengkaji buku teks yang
sedang dipakai.i) Merancang aktiviti ko-kurikulum dan projek untuk
sepanjang tahun ( ini boleh dibincang untuk persatuan).j) Merancang
peraturan bilik-bilik khas serta kelengkapannya.
5.3 Pengurusan:a) Membantu dalam hal-hal pengurusan bilik-bilik
khas,penggunaan bahan dan alatan bantuan mengajar.b) Menyedia
kakitangan yang bertugas menjaga bilik khas.
5.4 Penilaian:a) Menyediakan jadual waktu bagi ujian-ujian.b)
Menyedia soalan-soalan ujian dan peperiksaan.c) Menganalisa dan
menilai keputusan ujian dan membincangkannya.d) Mengesyorkan ,
membantu pelajar yang lemah.
5.5 Perhubungan:a) Menerangkan kepada ahli-ahli mengenai
pengajaran mata pelajaran disemua peringkat serta kemajuannya.b)
Menerangkan kepada Guru Besar mengenai penggolaan dan pengajaran
sesuatu matapelajaran.c) Membantu guru-guru yang tidak
berpengalaman.
5.6 Laporan:a)Melaporkan kepada Guru Besar dari semasa ke semasa
mengenai keadaan pengajaran mata pelajaran berkenaan di
sekolah.b)Mengesyorkan kepada Guru Besar langkah-langkah yang
diambil untuk memperbaiki pengajaran mata pelajaran berkenaan.
5.7 Memperlengkapkan Sumber:a) Melengkapkan segala kemudahan
terkini untuk bacaan dan perbincangan-Contoh:I) Tapesii) Keratan
Akhbariii) Dokumen dan lain-lain
b) Mewujudkan sebuah bilik / almari ( sumber khas untuk rujukan
guru).
JAWATANKUASA KURIKULUM 2015PENGERUSI:Puan Chan Ai LayGURU
BESAR
TIMBALAN PENGERUSI:Encik Zurainan bin AriffPENOLONG KANAN
PENTADBIRAN
NAIB PENGERUSI 1:Puan Fauziah bt. YusofPEN. KANAN HAL EHWAL
MURID
NAIB PENGERUSI 2:Encik Zamzuri bin Md DaudPEN. KANAN
KOKURIKULUM
NAIB PENGERUSI 3:Puan Khatijah bt. YahyaPEN. KANAN PENDIDIKAN
KHAS
SETIAUSAHA:Puan Siti Aishah bt. Saad
AHLI JAWATANKUASA:Pn. Siti Fatimah bt. Mahat (B&K / DSV)En.
Zamri bin Arshad (PSS)Pn.Sarinah bt. Othman (BM)En. Mohd Syaiful
Izham bin Mohd Tamin (TMK/MBMMBI)En. Mohd Azzarudin bin Md Lazim
(BI)Pn. Zaidah bt. Abdul Ghafar (MT)En. Shahairi bin Suratman
(SN)En. Mohd Nasruddin bin Abdul Halim (PI)En.Mohd Nadzir bin Yusak
(BA/j-QAF)YM Tengku Mohd Azmi bin Raja Deraman (PJ/PK)En. Mohd
Rohaizal bin Aziz (RBT/KH)Pn. Norazawati bt. Damiri (SEJ/KT/PSK)En.
Amran bin Ismail (MZ)Cik Fadliyana bt. Mohd Fathil (SUP/Pusat
Akses)Pn. Zalina bt. Ali (LINUS)Pn. Salawati bt. Abdul Majid
(Pra-Sekolah)Pn. Umi Nazrah bt. Hj. Md Isa (Pemulihan)
Pencatat 1: Pn. Yuslina bt. OthmanPencatat 3: Pn.
Halimahtussaadiyah bt. HashimPencatat 2: Pn. Umi Nazrah bt. Hj Md
IsaPencatat 4: Pn. Nabilah bt. Ahmad Iskandar
JAWATANKUASA PENGURUSANPENGERUSI:Puan Chan Ai Lay(GURU
BESAR)
NAIB PENGERUSI:En Zurainan bin Ariff(PENOLONG KANAN
PENTADBIRAN)
SETIAUSAHA:Puan Fauziah binti Yusof(PEN. KANAN HAL EHWAL
MURID)
AHLI JAWATANKUASA:En Zamzuri bin Md Daud(PEN. KANAN
KOKURIKULUM)
Puan Khatijah bt. Yahya(PEN. KANAN PENDIDIKAN KHAS)Puan Shirma
bt. Hussain (PEMBANTU TADBIR)
JAWATANKUASA JADUAL WAKTUPENGERUSI:Puan Chan Ai Lay(GURU
BESAR)
NAIB PENGERUSI:En Zurainan bin Ariff(PENOLONG KANAN
PENTADBIRAN)
SETIAUSAHA:En. Mohd Rohaizal bin Aziz
AHLI JAWATANKUASA:Puan Fauziah binti Yusof(PENOLONG KANAN HAL
EHWAL MURID)En Zamzuri bin Md Daud(PENOLONG KANAN KOKURIKULUM)
Puan Khatijah bt. Yahya(PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS)
JAWATANKUASA KEWANGANPENGERUSI:Puan Chan Ai Lay(GURU BESAR)
TIMBALAN PENGERUSI:En Zurainan bin Ariff(PENOLONG KANAN
PENTADBIRAN)
NAIB PENGERUSI 1:Puan Fauziah binti Yusof(PEN. KANAN HAL EHWAL
MURID)
NAIB PENGERUSI 2:Encik Zamzuri bin Md Daud(PEN. KANAN
KOKURIKULUM)
NAIB PENGERUSI 3:Puan Khatijah bt. Yahya(PEN. KANAN PENDIDIKAN
KHAS)
SETIAUSAHA:Puan Shirma bt. Hussain(PEMBANTU TADBIR)
AHLI JAWATANKUASA:Pn Siti Fatimah bt. Mahat (B & K / PSV)En.
Zamri bin Arshad (PSS)En. Mohd Syaiful Izham bin Mohd Tamin
(BM/TMK/MBMMBI)En. Mohd Azzarudin bin Md Lazim (BI)Pn. Zaidah bt.
Abdul Ghafar (MT)En. Shahairi bin Suratman (SN)En. Mohd Nasruddin
bin Abdul Halim (PI)En.Mohd Nadzir bin Yusak (BA/j-QAF)YM Tengku
Mohd Azmi bin Raja Deraman (PJ/PK)En. Mohd Rohaizal bin Aziz
(RBTKH)Pn. Norazawati bt. Damiri (SEJ/KT/PSK)En. Amran bin Ismail
(MZ)Cik Fadliyana bt. Mohd Fathil (SUP/Pusat Akses)Pn. Zalina bt.
Ali (LINUS)Pn. Salawati bt. Abdul Majid (Pra-Sekolah)Pn. Umi Nazrah
bt. Hj. Md Isa (Pemulihan)En.Muhamad Arifin bin Sulaiman (Juruaudit
Dalaman)
JAWATANKUASA PEPERIKSAANPENGERUSI:Puan Chan Ai Lay(GURU
BESAR)
NAIB PENGERUSI:En Zurainan bin Ariff(PENOLONG KANAN
PENTADBIRAN)
SETIAUSAHA (PEP. AWAM):En. Mohd Syaiful Izham bin Mohd Tamin
SETIAUSAHA (PEPERIKSAAN DALAMAN):Cik Fadliyana bt. Mohamad
Fathil
AHLI JAWATANKUASA:Pn Siti Fatimah bt. MahatEn. Abd Manaf bin
HussinPn. Zaidah bt. Abdul GhafarPn. Nabilah bt. AhmadEn. Mohd
Nasruddin bin Abdul Halim
JAWATANKUASA PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAHPENGERUSI:Puan Chan
Ai Lay(GURU BESAR)
NAIB PENGERUSI:En Zurainan bin Ariff(PENOLONG KANAN
PENTADBIRAN)
SETIAUSAHA:En. Mohd Rohaizal bin Aziz
PENOLONG SETIAUSAHA:En. Mohd Azzarudin bin Md Lazim
AHLI JAWATANKUASA:Semua Guru Tahun 1 hingga Tahun 5
JAWATANKUASA PLBSPENGERUSI:Puan Chan Ai Lay(GURU BESAR)
NAIB PENGERUSI:En Zurainan bin Ariff(PENOLONG KANAN
PENTADBIRAN)
SETIAUSAHA:Cik Fadliyana bt. Mohd Fathil
AHLI JAWATANKUASA:Semua Guru B.Malaysia dan B.Inggeris Tahun
6
JAWATANKUASA DATA/EMISPENGERUSI:Puan Chan Ai LayGURU BESAR
TIMBALAN PENGERUSI:En Zurainan bin AriffPENOLONG KANAN
PENTADBIRAN
NAIB PENGERUSI 1:Puan Fauziah binti YusofPEN. KANAN HAL EHWAL
MURID
NAIB PENGERUSI 2:Encik Zamzuri bin Md DaudPEN. KANAN
KOKURIKULUM
NAIB PENGERUSI 3:Puan Khatijah bt. YahyaPEN. KANAN PENDIDIKAN
KHAS
SETIAUSAHA:En. Ahmad Fauzi bin Samsudin
AHLI JAWATANKUASA:Pn. Shirma bt. Hussain (HRMIS)Pn Rohani bt.
Ahmad Zaali
JAWATANKUASA PEKAPENGERUSI:Puan Chan Ai Lay(GURU BESAR)
NAIB PENGERUSI:En Zurainan bin Ariff(PENOLONG KANAN
PENTADBIRAN)
SETIAUSAHA:En. Shahairi bin Suratman
AHLI JAWATANKUASA:Semua guru mata pelajaran Sains
JAWATANKUASA PAFAPENGERUSI:Puan Chan Ai Lay(GURU BESAR)
NAIB PENGERUSI:En Zurainan bin Ariff(PENOLONG KANAN
PENTADBIRAN)
SETIAUSAHA:En. Mohd Nasruddin bin Abdul Halim
AHLI JAWATANKUASA:Semua guru mata pelajaran P.Islam dan
j-QAF
JAWATANKUASA LINUSPENGERUSI:Puan Chan Ai Lay(GURU BESAR)
NAIB PENGERUSI:En Zurainan bin Ariff(PENOLONG KANAN
PENTADBIRAN)
SETIAUSAHA:Pn. Zalina bt. Ali
PENOLONG SETIAUSAHA:Pn. Haslina bt. Abu Bakar
AHLI JAWATANKUASA:Semua guru mata pelajaran B.Malaysia,
B.Inggeris dan Matematik (Tahap Satu)
JAWATANKUASA PROTIMPENGERUSI:Puan Chan Ai Lay(GURU BESAR)
NAIB PENGERUSI:En Zurainan bin Ariff(PENOLONG KANAN
PENTADBIRAN)
SETIAUSAHA:Pn. Sarinah bt. Othman
PENOLONG SETIAUSAHA:Pn. Zaidah bt. Abdul Ghafar
AHLI JAWATANKUASA:Semua guru mata pelajaran B.Malaysia dan
Matematik (Tahap 2)
JAWATANKUASA KECEMERLANGAN UPSRPENGERUSI:Puan Chan Ai LayGURU
BESAR
TIMBALAN PENGERUSI:En Zurainan bin AriffPENOLONG KANAN
PENTADBIRAN
NAIB PENGERUSI 1:Puan Fauziah binti YusofPEN. KANAN HAL EHWAL
MURID
NAIB PENGERUSI 2:Encik Zamzuri bin Md DaudPEN. KANAN
KOKURIKULUM
NAIB PENGERUSI 3:Puan Khatijah bt. YahyaPEN. KANAN PENDIDIKAN
KHAS
SETIAUSAHA:En. Mohd Syaiful Izham bin Mohd Tamin
PENOLONG SETIAUSAHA:Pn Siti Fatimah bt. Mahat
AHLI JAWATANKUASA:En. Ahmad Fauzi bin SamsudinCik Fadliyana bt.
Mohamad FathilPn. Zaidah bt. Abdul GhafarEn. Shahairi bin
SuratmanEn. Mohd Nasruddin bin Abdul HalimPn.Sarinah bt. OthmanYM
Tengku Mohd Azmi bin Raja DeramanPn.Umi Nazrah bt. Hj. Md Isa
JAWATANKUASA MBMMBIPENGERUSI:Puan Chan Ai Lay(GURU BESAR)
NAIB PENGERUSI:En Zurainan bin Ariff(PENOLONG KANAN
PENTADBIRAN)
SETIAUSAHA:En. Mohd Syaiful Izham bin Mohd Tamin
AHLI JAWATANKUASA:Semua guru mata pelajaran B.Malaysia dan
B.Inggeris
JAWATANKUASA BILIK AKSESPENGERUSI:Puan Chan Ai Lay(GURU
BESAR)
NAIB PENGERUSI:En Zurainan bin Ariff(PENOLONG KANAN
PENTADBIRAN)
SETIAUSAHA:En Mohd Rohaizal bin Aziz
PENOLONG SETIAUSAHA:En. Mohd Azzarudin Bin Md Lazim
AHLI JAWATANKUASA:En. Ahmad Fauzi bin SamsudinPn Nurul Nadia bt.
KamaruddinPn. Zaidah bt. Abdul GhafarPn Salawati bt. Abdul MajidPn
Siti Fatimah bt. MahatYM Tengku Mohd Azmi bin Raja DeramanPuan Siti
Aishah bt. Saad
JAWATANKUASA LATIHAN DALAM PERKHIDMATANPENGERUSI:Puan Chan Ai
Lay(GURU BESAR)
NAIB PENGERUSI:En Zurainan bin Ariff(PENOLONG KANAN
PENTADBIRAN)
SETIAUSAHA:Pn. Rusna binti Husain
AHLI JAWATANKUASA:Pn Halimahtussaadiyah bt. HashimPn Noormee
Asiah bt. GhazaliEn. Abdul Manaf bin HussinCik Fadliyana bt.
Mohamad FathilEn. Amran bin IsmailEn. Mohammad Faizol Asyraf bin
Mahdzir
JAWATANKUASA MESYUARAT GURUPENGERUSI:Puan Chan Ai LayGURU
BESAR
TIMBALAN PENGERUSI:En Zurainan bin AriffPENOLONG KANAN
PENTADBIRAN
NAIB PENGERUSI 1:Puan Khairani binti MohamadPEN. KANAN HAL EHWAL
MURID
NAIB PENGERUSI 2:Puan Fauziah binti YusofPEN. KANAN
KOKURIKULUM
NAIB PENGERUSI 3:Puan Khatijah bt. YahyaPEN. KANAN PENDIDIKAN
KHAS
SETIAUSAHA:En. Mohd Syaiful Izham bin Mohd Tamin
PENOLONG SETIAUSAHA:En. Zamri bin Arshad
AHLI JAWATANKUASA:Semua guru
JAWATANKUASA SKPMPENGERUSI:Puan Chan Ai Lay(GURU BESAR)
SETIAUSAHA:En Zurainan bin Ariff(PENOLONG KANAN PENTADBIRAN)
AHLI JAWATANKUASA:Puan Fauziah binti Yusof(PEN. KANAN HAL EHWAL
MURID)
Encik Zamzuri bin Md Daud(PEN. KANAN KOKURIKULUM)
Puan Khatijah bt. Yahya(PEN. KANAN PENDIDIKAN KHAS)
Pn. Salawati bt. Abdul Majid (GURU PRA-SEKOLAH)
Pn. Noraini bt. Che Pa (GURU PRA-SEKOLAH)
JAWATANKUASA PUSAT SUMBER SEKOLAHPENGERUSI:Puan Chan Ai LayGURU
BESAR
TIMBALAN PENGERUSI:En Zurainan bin AriffPENOLONG KANAN
PENTADBIRAN
NAIB PENGERUSI 1:Puan Fauziah binti YusofPEN. KANAN HAL EHWAL
MURID
NAIB PENGERUSI 2:Encik Zamzuri bin Md DaudPEN. KANAN
KOKURIKULUM
NAIB PENGERUSI 3:Puan Khatijah bt. YahyaPEN. KANAN PENDIDIKAN
KHAS
PENYELARAS:En. Zamri bin Arshad
SETIAUSAHA:Pn. Siti Norhaida bt. Noh
AHLI JAWATANKUASA:En. Mohd Syaiful Izham bin Mohd Tamin
(Penyelaras Bilik Tayangan)Pn. Amalina bt. Mohamed Adnan(Guru
Perpustakaan)Cik Fadliyana bt. Mohamad Fathil (Guru NILAM)Pn. Siti
Fatimah bt. MahatEn. Ahmad Fauzi bin SamsudinSemua Ketua
Panitia
JAWATANKUASA MAKMAL KOMPUTERPENGERUSI:Puan Chan Ai Lay(GURU
BESAR)
NAIB PENGERUSI:En Zurainan bin Ariff(PENOLONG KANAN
PENTADBIRAN)
SETIAUSAHA:En. Ahmad Fauzi bin Samsudin
PENOLONG SETIAUSAHA:Pn.Nabilah bt. Ahmad
AHLI JAWATANKUASA:En.Muhamad Arifin bin SulaimanPn Nurul Nadia
bt. KamaruddinPn Halimahtussaadiyah bt. HashimPn. Rusna bt.
Husain
PENGURUSAN KURIKULUMPANITIA BAHASA MALAYSIAPENGERUSI:Puan
Sarinah binti Othman
SETIAUSAHA:Puan Siti Aishah binti Saad
AHLI JAWATANKUASA:Semua guru yang mengajar mata pelajaran
ini
PANITIA BAHASA INGGERISPENGERUSI:Encik Mohd Azzarudin bin Md
Lazim
SETIAUSAHA:Puan Nabilah binti Ahmad Iskandar
AHLI JAWATANKUASA:Semua guru yang mengajar mata pelajaran
ini
PANITIA MATEMATIKPENGERUSI:Puan Zaidah binti Abdul Ghafar
SETIAUSAHA:Puan Norazawati binti Damiri
AHLI JAWATANKUASA:Semua guru yang mengajar mata pelajaran
ini
PANITIA SAINS/DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGIPENGERUSI:Encik Shahairi
bin Suratman
SETIAUSAHA:Encik Mohammad Faizol Asyraf bin Mahdzir
AHLI JAWATANKUASA:Semua guru yang mengajar mata pelajaran
ini
PANITIA PENDIDIKAN ISLAMPENGERUSI:Encik Mohd Nasruddin bin Abdul
Halim
SETIAUSAHA:Puan Siti Norhaida binti Noh
AHLI JAWATANKUASA:Semua guru yang mengajar mata pelajaran
ini
PANITIA BAHASA ARABPENGERUSI:Encik Mohd Nadzir bin Yusak
SETIAUSAHA:Puan Noormee Asiah binti Ghazali
AHLI JAWATANKUASA:Semua guru yang mengajar mata pelajaran
ini
PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL/DUNIA SENI VISUALPENGERUSI:Puan
Siti Fatimah binti Mahat
SETIAUSAHA:Encik Mohamad Zain bin Dahman
AHLI JAWATANKUASA:Semua guru yang mengajar mata pelajaran
ini
PANITIA PENDIDIKAN MUZIK/DUNIA MUZIKPENGERUSI:Encik Amran bin
Ismail
SETIAUSAHA:Encik Mohamad Zain bin Dahman
AHLI JAWATANKUASA:Semua guru yang mengajar mata pelajaran
ini
PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATANPENGERUSI:Encik Ahmad
Fauzi bin Samsudin
SETIAUSAHA:YM Tengku Mohd Azmi bin Raja Deraman
AHLI JAWATANKUASA:Semua guru yang mengajar mata pelajaran
ini
PANITIA SEJARAH / KAJIAN TEMPATAN / SIVIK DAN
KEWARGANEGARAANPENGERUSI:Puan Norazawati binti Damiri
SETIAUSAHA:Puan Sarinah binti Othman
AHLI JAWATANKUASA:Semua guru yang mengajar mata pelajaran
ini
PANITIA REKABENTUK DAN TEKNOLOGI / KEMAHIRAN
HIDUPPENGERUSI:Encik Mohd Rohaizal bin Aziz
SETIAUSAHA:Encik Mohammad Faizol Asyraf bin Mahdzir
AHLI JAWATANKUASA:Semua guru yang mengajar mata pelajaran
ini
PANITIA TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASIPENGERUSI:Encik Mohd
Syaiful Izham bin Mohd Tamin
SETIAUSAHA:Encik Shahairi bin Suratman
AHLI JAWATANKUASA:Semua guru yang mengajar mata pelajaran
ini