Top Banner
PENGUMUMAN Disediakan oleh: GELMY DENIS ALLERY JIMMY JACKRYSON AHYIT LIANA ANAK MERIKAN AINUL ASYIFAH BT AZMEE ZURINA HANIM BINTI MUSLEH
21

Pengumuman

Dec 21, 2014

Download

Documents

Nana Arisa

 
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Pengumuman

PENGUMUMAN

Disediakan oleh:

GELMY DENIS

ALLERY JIMMY

JACKRYSON AHYIT

LIANA ANAK MERIKAN

AINUL ASYIFAH BT AZMEE

ZURINA HANIM BINTI MUSLEH

Page 2: Pengumuman

FOKUS PEMBELAJARAN

Definisi

Jenis-jenis pengumuman

Format menulis pengumuman

Ciri-ciri pengumuman yang baik

Strategi penyampaian pengumuman yang berkesan

Alat bantu yang sesesuai

Contoh teks pengumuman

Page 3: Pengumuman

DEFINISI Berasal daripada perkataan ‘umum’ yang

bermaksud secara keseluruhan, bersifat menyeluruh, mengenai keseluruhan sesuatu (Kamus Dewan Edisi Keempat).

Pengumuman bermaksud perihal (perbuatan dan sebagainya) mengumumkan, pemberitahuan kepada orang ramai, serta sebagai pemakluman.

Pengumuman dibuat secara lisan atau tulisan yakni melalui elektronik atau media cetak (Carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu, 2010).

Page 4: Pengumuman

Menurut Ab.Rahman Ab. Rashid & Yap (2002) dalam buku Bahasa Melayu Kontekstual, pengumuman ialah pemberitahuan atau pemakluman yang ditujukan kepada orang ramai

Menurut Arbak Othman (1995) pengumuman ialah hal yang disebarkan atau sebagai makluman.

Page 5: Pengumuman

JENIS-JENIS PENGUMUMAN

LISAN BERTULIS

pengumuman secara langsung daripada penyampai sama ada menggunakan alat pembesar suara atau tidak.

Maklumat yang ingin disampaikan hanya dapat diperoleh dan difahami oleh khalayak melalui pembacaan.

Page 6: Pengumuman

FORMAT UMUM MENULIS PENGUMUMAN

PENDAHULUAN Mengandungi maklumat umum.

Contoh ayat:

a) Dengan ini kami umumkan…

b) Satu kejadian tanah runtuh telah berlaku di…

Penggunaan ucapan yang bertatasusila untuk menunjukkan kesantunan berbahasa seperti Selamat Pagi, Salam Sejahtera dan kata-kata sapaan atau panggilan hormat seperti Tuan-tuan dan puan-puan

Page 7: Pengumuman

Isi Mengandungi maklumat yang penting dan cukup agar dapat

mendapat maklum balas daripada kumpulan sasaran.

Contoh ayat:

a) Para pelajar yang berminat diminta segera mendaftar di…

b) Kepada para pemenang, diharapkan dapat mengambil hadiah masing-masing pada…

Penutup Menandakan berakhirnya sesuatu pengumuman. Contoh

ayat:

a) Terima kasih atas perhatian tuan-tuan dan puan-puan.

b) demikian yang dapat kami sampaikan.

c) Harap maklum. Terima kasih.

Page 8: Pengumuman

PENGUMUMAN LISANMengandungi maklumat berikut:

Kumpulan sasaran.Tujuan atau agenda.Tarikh.Masa. Lokasi/Tempat pertemuan.

o Kandungan maklumat dalam sesuatu pengumuman bergantung kepada tujuan pengumuman.

Page 9: Pengumuman

CONTOH PENGUMUMAN PEMBERITAHUAN

Perhatian kepada Saudara Abd Rahim bin Ahmad dari Unit PPISMP Semester 2(kumpulan sasaran). Anda dikehendaki berjumpa En.Izlan Yusof(tujuan), pada 11 Januari 2012(tarikh) pada pukul 3 petang(masa) di Pejabat HEP(lokasi).

Perhatian kepada pemilik kenderaan bernombor NCJ 996(kumpulan sasaran). Sila alihkan kenderaan anda(tujuan) sekarang(masa) kerana mengganggu lalu lintas. Terima kasih.

Page 10: Pengumuman

CONTOH PENGUMUMAN SEBARAN

Perhatian kepada orang ramai (kumpulan sasaran), anda dijemput hadir beramai-ramai ke pusat jualan peralatan komputer tahunan (tujuan), pada 21 Oktober 2012 (tarikh), dari jam 9 pagi hingga 10.30 malam (masa), bertempat di perkarangan Kompleks Beli Belah Centre Square, Sungai Petani (lokasi).

Page 11: Pengumuman

PENGUMUMAN BERTULIS

Mengandungi maklumat berikut:

Tajuk

Kumpulan sasaran

Tujuan atau agenda

Tarikh

Masa

lokasi/tempat

Sumber pengumuman

Page 12: Pengumuman

CONTOH PENGUMUMAN BERTULIS

Perisytiharan Jualan Lelong

Dalam Mahkamah Tinggi Malaya di Johor Bahru(tajuk)..AKAN MENJUAL SECARA

LELONGAN AWAM(tujuan/agenda)

PADA HARI ISNIN,17 OGOS 2012(tarikh)

JAM 10.30 PAGI(masa)

DI BILIK LELONG MAHKAMAH TINGGI MALAYA JOHOR BAHRU(lokasi)

No.Hak milik/No.Lot: HS(D)36526 (Dahulu HS(D)

132096/PTD 25387

Bakal pembeli(kump.sasaran) dinasihatkan….

Untuk butir-butir selanjutnya, sila hubungi: (sumber)

Page 13: Pengumuman

CIRI-CIRI PENGUMUMAN YANG BAIK

Isi yang disampaikan

perlu tegas dan tepat

maksudnya.

Memasukkan perkara penting sahaja.

Maklumat perlu ringkas dan padat.

Bahasa yang jelas dan

mudah difahami umum.

Menggunakan ayat pasif untuk memelihara sifat

keobjektifan.

Page 14: Pengumuman

STRATEGI PENYAMPAIAN PENGUMUMAN YANG

BERKESANMenyediakan teks/draf pengumuman

Menyampaikan pengumuman setelah bersedia

Berada di tempat yang sesuai

Mengawal pernafasan

Memastikan tiada gangguan luar

Menyampaikan dengan lancar, tidak meleret-leret da berbalik-balik

Page 15: Pengumuman

Memberikan penekanan kepada aspek pertuturan yang baik iaitu:

a) Sebutan

b) Tekanan

c) Intonasi

d) Nada

e) Jeda

f) Mora

g) Tempo

h) Kelantangan suara

i) Kelancaran

Page 16: Pengumuman

Mengulang pengumuman dua kali

Mencari masa yang paling sesuai

Menunjukkan penampilan diri yang sesuai

Berada di tempat yang sesuai dan dikhaskan untuk menyampaikan pengumuman (bilik siaraya).

Menggunakan ayat dan bahasa yang mudah difahami supaya tidak berlaku percanggahan maklumat oleh penerima maklumat.

Tidak menggunakan bahasa kiasan atau sindiran.

- Maklumat yang disampaikan tidak berjaya difahami oleh penerima maklumat dan menyebabkan ada pihak yang terasa hati.

Page 17: Pengumuman

ALAT BANTUANPerakam suara dan video.

Pembesar suara.

Mikrofon.

Radio.

Internet.

Faksimili.

Sistem pesanan ringkas.

Media cetak/kain rentang.

Page 18: Pengumuman

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN PENGUMUMAN

Page 19: Pengumuman

KELEBIHAN

Penting kerana dapat memberitahu khalayak

mengenai maklumat penting dan perkara-perkara yang

berlaku.

Bahasanya yang ringan dan

mudah difahami menyenangkan khalayak untuk

memahami pengumuman.

Dapat disampaikan

dengan pelbagai media

elektronik.

Page 20: Pengumuman

KELEMAHAN

Keberkesanan pengumuman tidak dapat diketahui kerana tiada

tindakan susulan pengumuman diberikan.

Pembaca atau pendengar yang tidak mempunyai kemudahan seperti media elektronik atau media cetak mungkin tidak dapat menerima pengumuman.

Page 21: Pengumuman

BIBLIOGRAFI

Ab. Rahman Ab. Rashid, Yap, K.F. (2002).

Bahasa Kebangsaan (Edisi Kedua). Petaling Jaya : Pearson.

Carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu. (2010). Pengumuman. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 5 Julai 2012 dari laman sesawang : http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=pengumuman&d=10

Kamarudin Haji Husin, Siti Hajar Abd. Aziz. (1999).

Bahasa Kebangsaan (A). Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman.

Khairuddin Muhammad et al. (2012). Bahasa Melayu Kontekstual.

Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.