1 1.0 PENDAHULUAN Islam melalui syariahnya telah menetapkan sesuatu perbuatan tidak berdiri sendiri sebaliknya mengandungi kesan-kesan atau natijah kepada perkara yang lain. Syariah merupakan undang-undang yang disyariatkan oleh Allah SWT kepada makhluk-Nya melalui Al-Quran dan As-Sunnah. Dewasa ini, manusia semakin bijak mengatur hidup dengan segala kemudahan dan kebebasan yang ada. Namun, ini tidak sesekali bermakna hukum syariah boleh diabaikan atau dipermudahkan semata-mata ingin mengikut acuan semasa. Ini kerana syariah itu sendiri telah lengkap malah meliputi segala aspek sama ada duniawi mahupun ukhrawi. Walau bagaimanapun akhir-akhir ini, terdapat golongan yang mempertikaikan kerelevanan syariah Islam dalam memelihara kesejahteraan manusia pada zaman ini. Padahal, adalah amat tidak wajar bagi manusia mempertikaikan hukum syariah kerana jelas segala hukum tersebut datangnya daripada Allah Yang Maha Mengetahui segala apa yang diciptakan-Nya berbanding dengan hukum dan undang-undang ciptaan manusia. Tambahan pula, undang-undang syariah diasaskan atas prinsip menghasilkan ‘maslahah’ (kebaikan) dan menolak ‘mafsadah’ (keburukan). Ia meliputi segala aspek yang berkaitan dengan hubungan antara manusia dengan penciptanya, manusia dengan manusia, dan juga manusia dengan alam sekeliling. Pengharaman arak merupakan salah satu perkara yang terkandung dalam hukum syariah dan Allah SWT pastinya mempunyai sebab-sebab tertentu dalam mengharamkannya demi kesejahteraan umat manusia. Menurut Abdul Latif Muda (1997), jumhur ulama’ mendefinisikan arak sebagai segala bahan yang memabukkan sebab meminumnya, baik yang diproses melalui buah tamar, anggur, gandum, nira, tapai, beras atau sebagainya, baik memabukkan dengan meminumnya mahupun tidak, meminumnya sedikit apatah lagi banyak. Ini kerana arak merupakan minuman yang dikategorikan merosakkan akal sama ada dengan meminum sedikit atau banyak. Dr. Mohamad Ali Al-Bar (1993), menegaskan arak merupakan perencat sistem otak iaitu bahagian yang mula-mula terganggu apabila seseorang mula minum arak. Gejala yang mula-mula berlaku ialah
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1
1.0 PENDAHULUAN
Islam melalui syariahnya telah menetapkan sesuatu perbuatan tidak berdiri sendiri
sebaliknya mengandungi kesan-kesan atau natijah kepada perkara yang lain.
Syariah merupakan undang-undang yang disyariatkan oleh Allah SWT kepada
makhluk-Nya melalui Al-Quran dan As-Sunnah. Dewasa ini, manusia semakin bijak
mengatur hidup dengan segala kemudahan dan kebebasan yang ada. Namun, ini
tidak sesekali bermakna hukum syariah boleh diabaikan atau dipermudahkan
semata-mata ingin mengikut acuan semasa. Ini kerana syariah itu sendiri telah
lengkap malah meliputi segala aspek sama ada duniawi mahupun ukhrawi.
Walau bagaimanapun akhir-akhir ini, terdapat golongan yang mempertikaikan
kerelevanan syariah Islam dalam memelihara kesejahteraan manusia pada zaman
ini. Padahal, adalah amat tidak wajar bagi manusia mempertikaikan hukum syariah
kerana jelas segala hukum tersebut datangnya daripada Allah Yang Maha
Mengetahui segala apa yang diciptakan-Nya berbanding dengan hukum dan
undang-undang ciptaan manusia. Tambahan pula, undang-undang syariah
diasaskan atas prinsip menghasilkan ‘maslahah’ (kebaikan) dan menolak ‘mafsadah’
(keburukan). Ia meliputi segala aspek yang berkaitan dengan hubungan antara
manusia dengan penciptanya, manusia dengan manusia, dan juga manusia dengan
alam sekeliling. Pengharaman arak merupakan salah satu perkara yang terkandung
dalam hukum syariah dan Allah SWT pastinya mempunyai sebab-sebab tertentu
dalam mengharamkannya demi kesejahteraan umat manusia.
Menurut Abdul Latif Muda (1997), jumhur ulama’ mendefinisikan arak sebagai
segala bahan yang memabukkan sebab meminumnya, baik yang diproses melalui
buah tamar, anggur, gandum, nira, tapai, beras atau sebagainya, baik memabukkan
dengan meminumnya mahupun tidak, meminumnya sedikit apatah lagi banyak. Ini
kerana arak merupakan minuman yang dikategorikan merosakkan akal sama ada
dengan meminum sedikit atau banyak. Dr. Mohamad Ali Al-Bar (1993), menegaskan
arak merupakan perencat sistem otak iaitu bahagian yang mula-mula terganggu
apabila seseorang mula minum arak. Gejala yang mula-mula berlaku ialah
2
perubahan tingkah laku di mana dalam dos yang banyak, ia lazimnya menimbulkan
perangai yang luar biasa seperti kemurungan atau keghairahan yang melampau.
Selain menjejaskan kesiuman akal dan kesihatan, ia juga menjadi punca
kepada beberapa kerosakan harta benda dan kelahiran pelbagai jenayah dalam
kehidupan masyarakat seperti zina, pembunuhan, pemerkosaan dan rompakan.
Begitu tinggi risiko arak kepada kehidupan manusia sama ada dari sudut kesihatan
atau harta benda. Oleh itu, Islam telah membimbing manusia ke arah satu
penyelesaian yang konkrit dalam menangani masalah arak. Hukum-hukum syarak
bukanlah diturunkan secara serentak dan pelaksanaannya juga adalah secara
berperingkat-peringkat. Ini semua tidak lain dan tidak bukan ialah untuk memastikan
sesuatu hukum itu akan sampai kepada matlamat ianya disyariatkan. Sesuatu
hukum tidak akan mencapai maqasidnya sekiranya dijalankan pada masa yang tidak
sesuai atau dalam keadaan umat yang masih belum dapat menerima hukum itu.
1.1 SUMBER AL-QURAN
Merujuk kepada sejarah pengharaman arak dalam Islam, didapati pengharamannya
dilakukan secara berperingkat-peringkat sebelum ianya diharamkan sepenuhnya.
Pengharaman arak secara berperingkat-peringkat bertujuan memelihara maslahat
umat pada masa tersebut di mana ketika itu minuman arak telah menjadi adat dan
minuman tradisi masyarakat Arab Jahiliyyah yang sukar untuk ditinggalkan secara
sekaligus. Jika pengharamannya dilakukan secara drastik, kemungkinan umat Islam
pada masa itu tidak dapat mentaati larangan Allah SWT dan maqasid
pengharamannya tidak dapat dicapai.
Menurut Abdul Latif Muda (1997), arak diharamkan dalam tiga peringkat.
Pada peringkat pertama, Al-Quran telah membicarakan tentang keburukan arak
melebihi faedahnya. Walaupun begitu, dengan turunnya ayat yang menyatakan hal
tersebut, para sahabat yang warak sudah mula meninggalkannya. Mereka banyak
bertanya kepada Rasulullah SAW tentang arak dan ini disebutkan dalam firman
Allah SWT:
3
Maksudnya: “Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan
judi. Katakanlah: Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat
bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya.”
(Surah Al-Baqarah: Ayat 219)
Menurut Abu Bakar Muhammad (2006), terdapat beberapa pendapat
berhubung sebab turun ayat di atas. Antaranya Al-Tirmizi meriwayatkan daripada
Abu Maisarah daripada Amru bin Syurahbil daripada Umar, “Ya Allah, terangkanlah
kepada kami tentang arak dengan penerangan yang lengkap.” Kemudian turunlah
ayat dalam Surah Al-Baqarah, ayat 219 iaitu yang bermaksud: “Mereka bertanya
kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. katakanlah: "Pada
keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa
keduanya lebih besar daripada manfaatnya...”
Lalu Umar dipanggil dan dibacakan kepadanya ayat itu. Lantas dia berkata,
“Ya Allah, terangkanlah kepada kami tentang arak dengan penerangan yang
lengkap”. Lalu turunlah ayat dalam surah An-Nisa’, ayat 43 iaitu yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang
(mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk...”
Kemudian Umar dipanggil dan dibacakan kepadanya ayat tersebut, lantas dia
berkata, “Ya Allah, terangkan kepada kami tentang arak dengan penerangan yang
lengkap”. Kemudian turunlah ayat dalam surah al-Maidah ayat 90 hingga 91 iaitu
yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak,
judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah,
adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu
menjauhinya supaya kamu berjaya. Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud
mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak
dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada
4
mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan
perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?”
Lalu Umar dipanggil dan dibacakan ayat itu kepadanya, lantas dia berkata,
“Kami berhenti”.
Al-Hasan berkata: “Arak diharamkan dengan ayat ini (Surah Al-Baqarah: ayat
219)”. Sekumpulan ulama’ mengatakan: Arak diharamkan dengan ayat 90 dan 91
dari Surah Al-Ma’idah. Paling shahih adalah pendapat yang mengatakan arak
diharamkan melalui penurunan ayat 90 dan 91 pada Surah Al-Ma’idah.
Melalui firman Allah SWT dalam ayat 219, Surah Al-Baqarah ini juga,
sesetengah ulama’ berhujah dengan ayat (Katakanlah, pada
kedua-dua ada dosa besar) untuk menunjukkan pengharaman arak.
Dalam Surah Al-A’raf, ayat 33, Allah SWT berfirman:
Maksudnya: “Katakanlah: Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan
perbuatan-perbuatan yang keji, sama ada yang nyata atau yang tersembunyi dan
perbuatan dosa.”
Oleh sebab Allah SWT menyebutkan dosa itu sebagai haram dan sifat arak
itu pula dikaitkan dengan dosa, maka pastilah ayat ini mengharamkan arak.
Merujuk kalimah yang bermaksud ‘dosa itu’ dalam ayat 219, Surah Al-
Baqarah, Abu Bakar Muhammad (2006), menyatakan terdapat dua pendapat iaitu:
i. Dosa itu ialah perbuatan yang dilakukan setelah ia diharamkan dan manfaat
pula ialah yang dilakukan sebelum diharamkan.
ii. Dosa itu ialah apabila mereka meminumnya maka mereka menjadi mabuk,
lalu mereka sanggup mencaci maki, mencederakan dan membunuh.
5
Pendapat yang paling shahih, kalimah ‘dosa itu’ boleh diertikan kepada
kedua-dua pendapat tersebut.
Manakala kalimah (dan ada pula beberapa manfaat bagi
manusia). Terdapat tiga pendapat tentang ayat ini:
i. Manfaat itu bermaksud keuntungan daripada perniagaannya.
ii. Keseronokan dan kelazatan.
iii. Sekumpulan ahli bidaah mengatakan: Ia mempunyai manfaat untuk tubuh
badan iaitu dapat mengekalkan kesihatan atau menyembuhkan penyakit,
kerana ia berperanan menguatkan perut dan saluran darah pada urat.
Seterusnya ia sampai ke organ-organ dalaman yang utama, mengeringkan
kelembapan serta menghadamkan makanan yang keras sekaligus
melembutkannya.
Pendapat yang paling shahih, manfaat tersebut ialah manfaat keuntungan
perniagaan. Hal ini disebabkan mereka membawa arak itu dari Syam dengan harga
yang murah dan menjualnya di Tanah Hijjaz dengan keuntungan besar.
Kelazatannya pula merupakan mudarat bagi orang yang berakal kerana kelazatan
yang diperoleh itu tidak berpadanan dengan kreativiti dan kewarasan yang dibawa
oleh arak. Hinggakan golongan hamba abdi bertaraf rendah dan mereka yang serba
kekurangan pun tidak mahu meminumnya disebabkan ia menghilangkan kemuliaan
akal dan menghilangkan mutu penghasilan dan deria pembezaan.
Jelaslah, ayat Al-Quran di atas hanya menunjukkan keburukan minum arak
jika dilihat dari sudut sosial dan individu. Selain itu, ayat ini juga menjelaskan kepada
manusia bahawa mudarat yang terdapat di dalam arak lebih banyak daripada
manfaatnya. Dengan penjelasan ini maka sebahagian sahabat mula berhenti minum
arak memandangkan ianya mengandungi dosa. Namun ketika ayat ini diturunkan,
arak masih belum diharamkan. Oleh itu, masih terdapat sebahagian daripada
masyarakat yang masih belum menjauhkan diri daripada arak. Golongan seperti ini
telah memberi alasan bahawa mereka meminum arak hanya untuk mengambil
6
manfaatnya sahaja kerana Al-Quran masih mengakui bahawa arak juga ada
manfaatnya dan bukannya untuk melakukan dosa.
Pada peringkat kedua, ayat Al-Quran diturunkan menyebut tentang
pengharaman meminum arak pada waktu tertentu iaitu ketika hendak melakukan
ibadah solat. Hal ini kerana ada sahabat yang sembahyang dalam keadaan mabuk
hingga menyebabkan salah bacaannya, sebagaimana firman Allah SWT:
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri
sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu
sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan”
(Surah An-Nisa: Ayat 43)
Ayat ini diturunkan berikutan peristiwa suatu waktu dahulu ketika Abdul
Rahman bin Auf mengadakan kenduri dan mengundang para sahabat termasuklah
Saidina Ali bin Abi Talib. Semua tetamu telah dihidangkan dengan minuman arak
dan ketika masuk waktu Maghrib, Saidina Ali r.a telah mengimamkan solat dan telah
membaca surah al-Kafirun ayat 1 hingga 3 dalam keadaan mabuk, lantas tanpa
sedar telah mengubah makna ayat tersebut iaitu, “Katakan wahai orang-orang kafir,
aku akan menyembah apa yang kamu sembah dan kami telah pun menyembah apa
yang kamu sembah.”
Begitu juga dengan peristiwa di mana seorang lelaki Ansar bernama Utban
bin Malik telah mengadakan jamuan yang dihadiri oleh kaum Ansar dan Muhajirin.
Jamuan yang menghidangkan arak sebagai minuman itu telah menyebabkan
seorang lelaki Muhajirin iaitu Saad bin Abi Waqas mabuk sambil bersyair memuji-
muji kaumnya dan menghina serta mencaci kaum Ansar. Mendengar cacian itu,
seorang lelaki Ansar terus memukulnya sehingga berdarah dan seterusnya
menyebabkan keadaan menjadi huru-hara.
7
Pada peringkat yang ketiga, arak diharamkan sepenuhnya sebagaimana
ditegaskan melalui firman Allah SWT dalam Surah Al-Maidah, ayat 90 dan 91:
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, judi,
pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah
(semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu
menjauhinya supaya kamu berjaya. Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud
mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak
dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada
mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan
perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?”
Berdasarkan kepada ayat tersebut, jelas menunjukkan kepada kita bahawa
hukum meminum arak itu adalah haram. Kalimah di dalam ayat 90 surah
al-Maidah adalah fi’il amar yang merupakan ayat perintah daripada Allah supaya
umat Islam wajib meninggalkan arak. Oleh itu, para ulama’ bersepakan bahawa
hukum meminum arak adalah haram melainkan terdapat sebab-sebab lain yang
mengharuskannya.
Bahkan sebelum turunnya ayat ini Umar bin al-Khattab r.a, sudah mengagak
bahawa arak akan diharamkan sekaligus. Oleh kerana itu beliau sentiasa berdoa
yang bermaksud: “Ya Allah, berilah penjelasan tentang arak dengan penjelasan
yang cukup.” Andainya arak diharamkan sama sekali, mungkin sesetengah sahabat
akan merasa keberatan meninggalkannya memandangkan minuman arak sudah
menjadi kebiasaan dalam kehidupan masyarakat Arab ketika itu.
8
Dengan turunnya ayat di atas, ayat-ayat terdahulu yang menyebut tentang
arak telah dimansuhkan dari segi hukumnya. Ini bermakna kesan hukum ayat
terdahulu tidak boleh dipakai lagi kerana ia telah dimansuhkan oleh ayat di atas.
1.2 SUMBER AL-HADIS
Selain ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pengharaman arak,
terdapat banyak hadis Rasulullah SAW yang menyentuh tentang hukum berkaitan