1 PENGGUNAAN TANDUK DALAM PERUBATAN MENURUT PERSPEKTIF SYARAK 1 Mohd Mahyeddin Mohd Salleh*, 2 Mohammad Aizat Jamaludin, 3 Nurdeng Deuraseh, 4 Mohd Anuar Ramli dan 5 Irwan Subri 1 Calon Ph.D (Syariah dan Undang-undang Halal), Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra Malaysia 2 Pegawai Penyelidik Sosial, Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra Malaysia 3 Prof Madya (PhD), Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra Malaysia 4 Pensyarah (PhD), Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya 5 Pensyarah Kanan (PhD), Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia ABSTRAK Kertas kerja ini membincangkan tentang hukum penggunaan tanduk menurut perspektif Islam. Secara asasnya, terdapat konflik fatwa di Malaysia berhubung dengan penggunaan tersebut. Ia berkait rapat dengan isu pemotongan tanduk ketika haiwan tersebut masih hidup untuk dimanfaatkan dalam industri farmaseutikal alami. Untuk mencapai objektif tersebut, pengertian tanduk akan diperhalusi untuk melihat sama ada ia termasuk dalam anggota haiwan yang boleh tumbuh kembali dan tidak memberi kesan terhadap nyawa haiwan seperti rusa ataupun ia termasuk dalam kategori anggota yang tidak dapat tumbuh kembali selepas pemotongan seperti lembu dan kerbau. Pembahagian ini akan memberikan implikasi hukum sama ada ia harus atau haram dimanfaatkan ketika haiwan tersebut masih hidup atau mati. Pandangan ulama dan dapatan saintifik akan dibincangkan untuk mencari jawapan yang rajih. Hasil kajian mendapati terdapat dua kategori tanduk haiwan, iaitu yang dapat tumbuh kembali dan tidak tumbuh kembali. Tanduk yang dapat tumbuh kembali seperti tanduk rusa yang dipotong ketika hidup adalah harus dimanfaatkan sebagai bahan ubatan tetapi dengan syarat proses pemotongan yang dilakukan mengikut garis panduan di samping tidak menyeksa haiwan berkenaan. Manakala tanduk yang tidak dapat tumbuh kembali adalah haram dijadikan bahan ubatan tetapi boleh digunakan sebagai barangan bukan makanan. Kata kunci: Tanduk, haiwan, fatwa, halal-haram, saintifik. makanan 1.0 PENDAHULUAN Bahan kimia dari alam semula jadi telah menjadi sebahagian daripada penemuan tamadun manusia apabila nenek moyang manusia mula mengeksploitasi sebatian semula jadi untuk meningkatkan tahap kesihatan dan memperbaiki kondisi kehidupan mereka sendiri. Sebahagian besar daripada bahan kimia ini datang daripada haiwan. Malah, haiwan adalah bahan terapeutik yang telah memainkan peranan penting dalam proses pemulihan, ritual sihir, dan amalan agama penduduk dari lima benua (Costa-Neto & Marques 2000).
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1
PENGGUNAAN TANDUK DALAM PERUBATAN MENURUT PERSPEKTIF
SYARAK
1Mohd Mahyeddin Mohd Salleh*, 2Mohammad Aizat Jamaludin, 3Nurdeng Deuraseh, 4 Mohd
Anuar Ramli dan 5Irwan Subri
1Calon Ph.D (Syariah dan Undang-undang Halal), Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti
Putra Malaysia 2 Pegawai Penyelidik Sosial, Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra Malaysia
3 Prof Madya (PhD), Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra Malaysia
4Pensyarah (PhD), Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya 5Pensyarah Kanan (PhD), Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia
ABSTRAK
Kertas kerja ini membincangkan tentang hukum penggunaan tanduk menurut perspektif
Islam. Secara asasnya, terdapat konflik fatwa di Malaysia berhubung dengan penggunaan
tersebut. Ia berkait rapat dengan isu pemotongan tanduk ketika haiwan tersebut masih
hidup untuk dimanfaatkan dalam industri farmaseutikal alami. Untuk mencapai objektif
tersebut, pengertian tanduk akan diperhalusi untuk melihat sama ada ia termasuk dalam
anggota haiwan yang boleh tumbuh kembali dan tidak memberi kesan terhadap nyawa
haiwan seperti rusa ataupun ia termasuk dalam kategori anggota yang tidak dapat tumbuh
kembali selepas pemotongan seperti lembu dan kerbau. Pembahagian ini akan
memberikan implikasi hukum sama ada ia harus atau haram dimanfaatkan ketika haiwan
tersebut masih hidup atau mati. Pandangan ulama dan dapatan saintifik akan
dibincangkan untuk mencari jawapan yang rajih. Hasil kajian mendapati terdapat dua
kategori tanduk haiwan, iaitu yang dapat tumbuh kembali dan tidak tumbuh kembali.
Tanduk yang dapat tumbuh kembali seperti tanduk rusa yang dipotong ketika hidup adalah
harus dimanfaatkan sebagai bahan ubatan tetapi dengan syarat proses pemotongan yang
dilakukan mengikut garis panduan di samping tidak menyeksa haiwan berkenaan.
Manakala tanduk yang tidak dapat tumbuh kembali adalah haram dijadikan bahan ubatan
tetapi boleh digunakan sebagai barangan bukan makanan.
Kata kunci: Tanduk, haiwan, fatwa, halal-haram, saintifik. makanan
1.0 PENDAHULUAN
Bahan kimia dari alam semula jadi telah menjadi sebahagian daripada penemuan tamadun
manusia apabila nenek moyang manusia mula mengeksploitasi sebatian semula jadi untuk
meningkatkan tahap kesihatan dan memperbaiki kondisi kehidupan mereka sendiri.
Sebahagian besar daripada bahan kimia ini datang daripada haiwan. Malah, haiwan adalah
bahan terapeutik yang telah memainkan peranan penting dalam proses pemulihan, ritual
sihir, dan amalan agama penduduk dari lima benua (Costa-Neto & Marques 2000).
2
Perdagangan global tahunan terhadap produk perubatan berasaskan haiwan
berjumlah berbilion-bilion ringgit setiap tahun. Sebagai contoh, pengkomersilan produk
berasaskan serangga berjumlah kira-kira AS $100 juta setiap tahun (Costa-Neto & Motta,
2010). Berdasarkan laporan Marques (1997), daripada 252 bahan kimia penting telah
dipilih oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia, sebanyak 11% berasaskan tumbuhan dan 8.7%
daripada haiwan untuk dijadikan sumber bahan perubatan. Manakala pada tahun 2000,
World Research Institute melaporkan 150 jenis ubat-ubatan yang terdapat di Amerika
Syarikat didapati 27 daripadanya berasal daripada sumber haiwan. Malah di kebanyakan
negara Asia, haiwan telah digunakan dalam perubatan tradisional mereka (Bauer, 2009).
Penghasilan bahan perubatan berasaskan haiwan dan kesannya ke atas rawatan
penyakit pada manusia dikenali sebagai zooterapi. Dalam komuniti moden pada hari ini,
zooterapi merupakan cabang perubatan alternatif yang sangat penting jika dibandingkan
dengan terapi kesihatan lain yang diaplikasi di seluruh dunia (Alves & Rosa, 2005). Ubat-
ubatan berasaskan haiwan telah dihuraikan daripada bahagian-bahagian badan haiwan,
sama ada daripada produk metabolisme (rembesan tubuh dan kotoran), atau daripada
bahan-bahan bukan haiwan (sarang dan kepompong) (Costa-Neto & Marques 2000).
Dalam perubatan tradisional, haiwan yang digunakan sebagai sumber ubat
kebiasaannya adalah haiwan yang telah mati. Daging, tanduk, tulang, ekor, bulu, kuku,
lemak, hempedu dan cangkerang serta pelbagai bahagian lain lagi diambil untuk digunakan
sebagai bahan ubatan. Terdapat juga bahan berasaskan haiwan yang diambil daripada
haiwan yang masih hidup seperti tanduk, urin, najis, duri, madu, hempedu dan susu
(Zubaidah, Norsuhana & Fatan Hamamah, 2012).
Di Malaysia, penggunaan tanduk rusa sebagai salah satu ramuan herba dalam
makanan kesihatan telah mencetuskan polemik dalam kalangan masyarakat apabila
berlakunya percanggahan fatwa antara negeri-negeri berhubung status tanduk rusa sama
ada ia dikategorikan sebagai suci ataupun najis. Misalnya, Jabatan Mufti Kedah
menyatakan bahawa tanduk rusa yang diambil daripada rusa yang hidup atau yang mati
adalah najis kecuali jika haiwan tersebut mati dengan sebab sembelihan yang sah pada
Hujah kepada pendapat ini kedua adalah seperti berikut (Al-Nawawi, t.th. Ibn Qudamah,
1994):
1. Berdasarkan firman Allah SWT dalam surah al-Ma’idah (5): 3:
حر مت عليكم الميتة
“Diharamkan ke atas kamu bangkai”
Huraian dalil: Dalam ayat di atas, Allah SWT telah mengharamkan bangkai. Dari
sudut bahasa, perkataan “al-maytah” disebut dengan alif lam ma’rifah yang bermaksud
umum kepada seluruh bangkai (Ibn ‘Asyur, t.th). Oleh itu, segala anggota bangkai adalah
dikategorikan sebagai haram. Badr al-Din al-Aini (2000) telah menaqalkan pendapat Imam
al-Syafie ketika menghuraikan maksud bangkai dalam ayat di atas iaitu katanya:
“Sesungguhnya bangkai ialah nama bagi setiap bahagian yang terpisah daripada rohnya”.
Berhubung hal ini, Ibn Qudamah (1968) berkata: “Tulang adalah sebahagian daripada
bangkai, maka hukumnya adalah haram. Dan tanduk serta kuku binatang adalah seperti
11
tulang. Sekiranya diambil daripada haiwan yang disembelih maka ia suci, dan jika diambil
daripada yang hidup maka ia najis” (1: 53).
2. Firman Allah SWT dalam surah Yasin (36): 78-79:
ي رميم قال قل يييها الذي أنشأها أول مرة وهو بكل خلق عليم (78) من ييي العظام وه(79)
“Ia berkata: "Siapakah yang dapat menghidupkan tulang belulang, yang
telah hancur luluh? Katakanlah: “Ia akan dihidupkan oleh Tuhan yang
menciptakannya kali yang pertama. Dan Dia Maha Mengetahui tentang
segala makhluk”
Huraian dalil: Dalam ayat di atas dinyatakan bahawa Allah SWT akan
menghidupkan semula tulang yang telang hancur luluh setelah kematian kali pertama. Ini
menunjukkan bahawa tulang adalah termasuk dalam kategori benda hidup, iaitu ia akan
hidup dengan hidupnya haiwan dan mati dengan matinya haiwan tersebut.
Ketika mengulas ayat tersebut, Ibn Qudamah (1968) berkata:
“Ini kerana bukti kepada sesuatu itu hidup ialah dapat merasai kesakitan.
Dalam hal ini, tulang lebih dapat merasai rasa sakit berbanding daging dan
kulit. Tulang akan sakit dengan sebab disebabkan makan sesuatu yang
masam (al-dirs). Tulang juga dapat merasai kesejukan dan kepanasan air.
Oleh itu, setiap benda hidup yang terdedah kepada kematian maka hukumnya
menjadi najis seperti dagingnya”.
Anggota lain seperti tanduk, kuku, gigi adalah tertakluk kepada hukum tulang,
iaitu dikira sebagai benda yang hidup.
3. Hadis diriwayatkan ‘Abd Allah bin ‘Ukaim, yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW
pernah mengutuskan surat ke penduduk Juhainah yang berbunyi:
ن الميتة بشيء ال ت نتفعوا م
“Janganlah kamu memanfaatkan daripada bangkai dengan sesuatu apa pun”
(al-Tahawi, 1994. al-Syaukani, 1993). Hadis marfu’. Imam Ahmad pada asalnya
berpegang dengan hadis ini, namun kemudiannya meninggalkannya kerana sanad hadis ini
muttarib (Ibn ‘Abd al-Hadi, 2007).
12
Huraian hadis: Hadis di atas menunjukkan bahawa Rasulullah SAW melarang
penduduk Juhainah daripada memanfaatkan bangkai untuk sebarang jenis tujuan. Tanduk,
tulang, kuku dan gigi adalah merupakan sebahagian daripada anggota haiwan. Oleh itu, itu
ia termasuk dalam larangan ini.
4. Hadis yang diriwayatkan oleh ‘Amru bin Dinar, daripada Ibnu Umar iaitu:
ع آخر " أنه كان يكره عظام الفيل أنه كره أن يدهن ف عظم فيل. وف موض
“Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak menyukai agar meletakkan minyak
dalam bekas tulang gajah”. Dalam lafaz yang lain: “Sesungguhnya Baginda
SAW tidak menyukai tulang gajah” (al-Baihaqi, 2003 v.1 ms.41).
Huraian hadis: Hadis di atas menunjukkan bahawa haram menggunakan bekas
daripada bekas tulang gajah. Ini kerana menurut al-Nawawi (t.th), para ulamak salaf
apabila menyebut perkataan “kariha”, mereka bermaksudkan dengan haram. Oleh itu,
maksud yang ingin dinyatakan oleh Ibnu ‘Umar ialah ia haram digunakan kerana ia adalah
bangkai.
5. Hadis diriwayatkan daripada Abi Waqid al-Laithi:
“Rasulullah datang ke Madinah dan di situ terdapat sekumpulan manusia
yang memotong lemak daripada ekor kambing (alyat al-ghanam) dan
bonggol unta (asnimat al-ibil). Lalu baginda bersabda:
يمة وهي حية ف هو ميتة ما قطع من البه
“Apa yang dipotong daripada binatang yang masih hidup adalah bangkai”
(al-Tirmizi, 1975. Ahmad, 2001. Abu Daud, t.th). Menurut al-Tirmizi: Hadis ini bertaraf
hasan dan diamalkan oleh semua ahli ilmu.
Huraian hadis: Hadis di atas secara jelas menunjukkan bahawa setiap bahagian yang
dipotong daripada haiwan ketika ia masih hidup hukumnya adalah hukum bangkai. Hadis
ini merujuk kepada perbuatan masyarakat Arab Jahiliah yang memotong kulit bonggol
unta dan mengambil lemak yang terdapat padanya. Mereka juga memotong lemak yang
terdapat pada ekor kambing biri-biri. Lemak yang diambil akan kembali ada apabila
bahagian yang dipotong tersebut telah sembuh. Apabila perbuatan ini dilihat oleh
Rasulullah SAW, Baginda melarangnya kerana ia menyeksa haiwan tersebut. Oleh itu,
13
hukum lemak tersebut adalah najis kerana ia termasuk dalam kategori bangkai (‘Atiyyah,
2010; al-Syaukani, 1993).
6. Berdasarkan kaedah qiyas yang berlaku dalam dua bentuk. Pertama, tanduk merupakan
salah satu anggota yang bersambung dengan haiwan pada awal kejadiannya. Maka
hukumnya adalah sama dengan anggota yang lain (al-Nawawi, t.th). Jika haiwan tersebut
tidak disembelih, maka ia termasuk dalam kategori bangkai. Kedua, qiyas kepada daging
haiwan di mana anggota seperti tanduk, tulang dan kuku juga mempunyai deria rasa seperti
merasai cuaca sejuk, panas dan rasa sakit. Dengan deria tersebut, ia menandakan bahawa
anggota tersebut dikategorikan sebagai hidup. Setiap benda yang hidup akan mati dan
hukumnya adalah sama seperti daging dari sudut kenajisan (Ibn Qudamah, 1994). Keadaan
ini adalah berbeza dengan bulu haiwan di mana hukumnya adalah suci kerana ia tidak
bernyawa dan haiwan tidak merasa sakit jika bulu dicabut atau dipotong.
Perbincangan Hujah dan Pendapat Ulama
Hasil penelitian terhadap hujah-hujah yang telah dikemukakan oleh para ulama dalam
mengatakan bahawa anggota haiwan yang diambil ketika ia masih hidup, hukumnya suci
ataupun tidak, didapati bahawa titik perbezaan pendapat mereka adalah ketika
mentafsirkan definisi bangkai. Pada hadis yang diriwayatkan oleh Abu Waqid al-Laithi,
beliau telah menyatakan Nabi SAW bersabda:
يمة وهي حية فه ميتة ي ما قطع من البه
“Apa-apa yang dipotong daripada binatang yang masih hidup adalah bangkai”.
Dalam hal ini, Imam al-Syafie berpendapat bahawa istilah bangkai adalah merujuk
kepada setiap bahagian yang terpisah daripada rohnya (al-‘Aini, 2000). Manakala Ibn
Qudamah pula, bukti bahawa sesuatu anggota itu hidup adalah dapat merasai rasa sakit,
sejuk atau panas. Tulang dan tanduk memiliki deria rasa ini dan oleh itu ia menandakan
bahawa ia hidup dan tertakluk kepada hukum bangkai apabila dipotong daripada bahagian
asalnya sewaktu masih hidup. Begitu juga, jika haiwan tersebut mati tanpa disembelih,
maka ia dikira sebagai bangkai dan najis (Ibn Qudamah, 1963). Hukum anggota bangkai
binatang adalah najis dan haram dimanfaatkan, kecuali kulit, berdasarkan firman Allah
SWT dalam surah al-Ma’idah ayat 3: “Diharamkan ke atas kamu bangkai”. Lafaz umum
14
dalam ayat ini merangkumi semua anggota haiwan seperti tulang, tanduk, kuku, gigi dan
selainnya.
Hujah yang dikemukakan oleh pendapat pertama bagaimanapun dijawab oleh Ibn
Taimiyyah (2005) yang menyatakan bahawa hukum asal bagi anggota seperti tulang,
tanduk dan kuku adalah bersih dan tidak najis kerana ia termasuk dalam kategori tumbuhan
dan bukannya haiwan. Dalam hal ini, Ibnu Taimiyyah membahagikan benda hidup kepada
dua jenis iaitu haiwan dan tumbuhan. Ciri-ciri yang menunjukkan hidupnya haiwan ialah
apabila ia dapat merasai dan mempunyai pergerakan sendiri. Manakala ciri-ciri kehidupan
tumbuhan pula ialah membesar dan mendapatkan makanan (al-numuww wa al-ightiza’).
Tumbuh-tumbuhan apabila kering tidak menjadi najis secara ittifaq ulamak. Maka
hal ini adalah sama seperti bulu dan tanduk haiwan di mana ia akan membesar dan
memanjang tetapi tidak mempunyai deria rasa dan tidak bergerak dengan sendiri. Oleh itu,
ia tidak tertakluk kepada kategori kehidupan haiwan dan tidak menjadi bangkai, bahkan
adalah suci. Selain itu, sebab (illah) kepada kenajisan bangkai ialah terkumpulnya darah
dalam tubuh haiwan. Menurut pendapat jumhur ulama, setiap haiwan yang tidak memiliki
darah yang mengalir (seperti lalat, nyamuk, kumbang) apabila mati tidak menjadi najis
kerana tiada darah yang terkumpul padanya. Tulang dan tanduk tidak mempunyai darah
mengalir serta tidak bergerak sendiri, melainkan mengikut gerakan haiwan. Oleh itu,
hukumnya adalah suci seperti bangkai lalat, nyamuk dan kumbang yang disepakati oleh
fuqaha akan kesuciannya (Ibn Taimiyyah, 2005).
Dalil lain yang menguatkan hujah Ibn Taimiyyah ialah firman Allah SWT dalam
surah al-An’am ayat 145 yang maksudnya:
(Katakanlah: “Tiadalah aku peroleh dalam wahyu yang diwahyukan
kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya,
kecuali kalau makanan itu bangkai, atau darah yang mengalir)”.
Dalam ayat ini, salah satu perkara yang diharamkan makan ialah darah yang
mengalir. Walau bagaimanapun, organ haiwan seperti hati dan limpa dihalalkan oleh
Syarak walaupun ia merupakan organ daripada jenis darah. Ini menunjukkan bahawa
terdapat perbezaan hukum antara darah yang mengalir dan darah yang tidak mengalir.
Selain itu, Allah SWT juga mengharamkan haiwan yang mati dengan sendiri atau tanpa
disembelih, seperti diharamkan haiwan yang mati tercekik, yang dipukul, yang jatuh, yang
ditanduk.
15
Rasulullah SAW turut mengharamkan memakan haiwan yang dibunuh dengan
lembing (al-mi’rad) jika terkena pemegangnya kerana ia termasuk dalam kategori waqiz
iaitu mati kerana dipukul (al-Suyuthi, 1986)2. Kesimpulan daripada dalil-dalil yang (وقيذ)
dikemukakan ini, menunjukkan bahawa sebab kenajisan ialah terkumpulnya darah dalam
badan haiwan tersebut, maka ia haram. Dalam konteks ini, tulang, tanduk, kuku dan gigi
tiada darah yang mengalir dalamnya, maka ia tidak termasuk dalam kategori najis, bahkan
hukumnya ialah suci dan ini adalah merupakan pendapat jumhur ulama salaf (Ibnu
Taimiyyah, 2005).
Kalangan ulama kontemporari yang mentarjihkan pendapat kedua ialah seperti al-
Qaradawi (2006, 2011), ‘Atiyyah Saqar (t.t) dan Sayyid Sabiq (2009). Ahmad al-Haji al-
Kurdi (2006), Ahli Jawatankuasa fatwa Kuwait turut bersependapat dalam isu ini apabila
mengatakan tanduk dan tulang haiwan adalah suci sama ada daripada haiwan yang halal
atau haram dimakan, bangkai atau disembelih, melainkan tulang khinzir kerana ia najis
‘aini.
Bagaimanapun keharusan berubat menggunakannya adalah dengan syarat tiada
kemudaratan padanya. Dalam isu pemindahan organ haiwan seperti tulang, gigi dan
sebagainya ke atas manusia, Sheikh ‘Ali Jum‘ah, Mufti Mesir berpandangan hukumnya
harus dengan syarat haiwan itu bersih dan tidak najis. Penggunaan organ haiwan haram
atau najis adalah harus pada ketika darurat sahaja (www.dar-alifta.org, 2013).
Analisis Hukum
Asas penetapan hukum tanduk sama ada najis atau tidak adalah disebabkan perselisihan
fuqaha dalam menentukan sama ada tanduk adalah sebahagian daripada anggota atau
bukan anggota haiwan. Hal ini adalah berpunca daripada perbezaan pandangan mereka
sama ada ketiadaan tanduk mengancam nyawa atau tidak bagi haiwan. Selain itu, sama ada
tanduk yang dipotong menyebabkan kesakitan terhadap haiwan atau tidak. Para fuqaha
terdahulu juga menyebut hukum tanduk secara umum iaitu merangkumi kesemua jenis
tanduk haiwan.
2 Hadis berkaitan perkara ini ialah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Adi bin Hatim di mana beliau bertanya
Rasulullah SAW tentang al-mi’rad (lembing), lalu baginda menjawab: ( إذا أصاب حبده فكل وإذا أصاب بعرضهفال تأكل فقتل فإنه وقيذ ) Maksudnya: “Apabila terkena matanya yang tajam, maka makanlah oleh kamu, dan
jika terkena pemegangnya, maka haiwan itu mati, maka sesungguhnya ia adalah waqiz (mati dipukul),
maka janganlah kamu makan”.
16
Pada pendapat pengkaji, hukum ini perlu dinilai semula memandangkan terdapat
dua kategori tanduk iaitu tanduk yang akan tumbuh semula sepenuhnya setelah tertanggal,
dan tanduk yang tidak tumbuh semula setelah dipotong. Kedua-dua kategori tanduk ini
mempunyai implikasi hukum yang berbeza.
i. Tanduk yang tumbuh semula
Menurut kajian, hanya tanduk haiwan daripada keluarga cervidae (rusa) dan
antilocapridae (seperti kambing gurun dan impala) yang akan tertanggal dan tumbuh
semula setiap tahun. Para fuqaha Hanafiyyah dan Hanabilah mengatakan tanduk dari
kategori ini adalah suci kerana keadaannya adalah seperti bulu haiwan, di mana para ulama
telah ijmak akan kesuciaan bulu haiwan. Ketika mengulas hukum tanduk haiwan dari jenis
ini, Ibn Qudamah (1968, 1: 54) menyatakan:
ن ه ط اهر متص ا، ويتم ل أن ه ذا ط اهر ت أل ل ، م ع وك ذل م ا ي تس اقط م ن ق رون الوع ول ف حياي وان كالش عر، وا ب وا ا ، وال مب ي وان بفص له م ن ا ي ه، ف ل م ي ن
ي اة ف ر أري د ب ه م ا ع دم اي اة، الف ه ذا، فإ ن ه بفص له ر وا، وت فارق ه ا ا في ه حي اة ت أل يم ة ن ه ال ر وا ي قط ع م ن البه
بفصله، ف هو أشبه بالشعر
“Dan demikian juga apa yang gugur daripada tanduk kambing gurun (al-wu‘ul)
semasa hidupnya. Dan kemungkinan hukumnya adalah suci kerana ia adalah
anggota suci yang bersambung serta tidak hidup. Maka ia tidak menjadi najis
disebabkan ia tercerai daripada haiwan atau disebabkan oleh kematian haiwan;
sepertimana bulu. Dan maksud yang dikehendaki daripada hadis apa yang
dipotong daripada haiwan ialah anggota yang hidup, iaitu anggota yang apabila
dipotong akan menyebabkan kematian. Ini berlainan dengan tanduk kambing
gurun kerana kambing itu tidak mati dengan tertanggal daripadanya. Maka ia
seumpama bulu”
Dari sudut maslahah ekonomi, para penternak akan mampu menjana keuntungan
yang berterusan jika tanduk rusa diambil dengan cara dipotong. Ini kerana, kerja-kerja
pemotongan yang dilakukan dengan teliti akan membolehkan haiwan tersebut kekal hidup
hingga 15 tahun (Mohd. Fairuz Yusof, 2011). Berbeza keadaannya jika tanduk diambil
dengan cara rusa tersebut disembelih, maka keuntungan yang diperoleh hanya untuk sekali
sahaja.
17
ii. Tanduk yang tidak tumbuh semula
Haiwan dari kategori bovidae, seperti lembu, kerbau, kambing biri-biri, kambing dan
antelopes memiliki tanduk sebenar (true horn) yang bersambung dengan tengkorak (skull)
serta terdiri daripada teras bertulang bersarung dalam keratin. Keadaannya adalah berlainan
dengan tanduk haiwan cavidae dan antilocapridae, di mana tanduk bovidae adalah bersifat
tetap, tidak tertanggal, dan tidak akan tumbuh semula setelah dipotong (Schindler, 2013).
Haiwan seperti badak sumbu (rhino) dan zirafah juga memiliki sifat tanduk yang
sama dengan kategori bovidae. Namun, perbezaannya adalah dari sudut bahan yang
membentuknya di mana tanduk badak sumbu terdiri sepenuhnya daripada keratin serta
mengandungi kalsium dan melanin. Zirafah pula adalah satu-satunya haiwan yang
memiliki tanduk sejak kelahirannya dan dilindungi oleh lapisan kulit dan bulunya
(Schindler, 2013).
Pengkaji berpendapat, tanduk dari kategori haiwan di atas memiliki sifat yang sama
dengan anggota haiwan yang lain seperti ekor, telinga dan tangan kerana keadaannya
adalah tetap dan tidak tertanggal bahkan tanduk akan terus membesar selagimana haiwan
tersebut hidup. Oleh itu, jika ia dipotong sewaktu haiwan masih hidup maka hukumnya
adalah dikira bangkai, di mana haram dijadikan sebagai sumber makanan dan minuman,
tetapi harus digunakan bagi produk non-consumables jika dibersihkan. Bagi tanduk
zirafah, ia boleh dikategorikan sebagai anggota asal haiwan atau aslu al-khilqah seperti
mana dinyatakan oleh al-Nawawi (t.th) kerana sifatnya yang sedia ada semenjak kelahiran.
Hubungkait antara Tanduk dan Psikologi Haiwan
Menerusi kajian, didapati bahawa nyawa haiwan tidak terancam jika tanduknya dipotong.
Dalam industri ternakan haiwan bertanduk seperti lembu, terdapat satu amalan yang
dipanggil dehorning iaitu proses memotong tanduk. Ia bertujuan mengurangkan risiko
haiwan menanduk manusia atau haiwan lain (Fidan dan Pamuk, 2010).
Walau bagaimanapun, proses ini merupakan satu prosedur yang menyakitkan
haiwan (Heinrich dan Duffield, 2009), di mana didapati bahawa ketika prosedur ini
dilakukan ia memberi kesan ke atas fisiologi dan tingkah laku haiwan, seperti
meningkatkan kadar degupan jantung dan kepekatan plasma kortisol serta menambah
frekuensi getaran dan gosokan kepala (Doherty dan Kattesh, 2007). Kajian yang dilakukan
oleh Wilson dan Stafford (2002) menunjukkan haiwan seperti rusa tidak akan merasa sakit
jika tanduknya dipotong dengan menggunakan bius pada kadar dos yang tinggi.