1 PENGGUNAAN STRATEGI ‘KENAPA TAMBAH 1?’ BAGI MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TAHUN 2 DALAM PENAMBAHAN MELIBATKAN PENGUMPULAN SEMULA Oleh: Siti Aminah Binti Jukim ABSTRAK PENDAHULUAN Penambahan merupakan operasi pertama yang akan dipelajari dalam subjek matematik. Menurut Muhammad Asyraf & Tengku Zawawi (2010), operasi tambah perlu dipelajari lebih awal kerana penambahan mempunyai kaitan yang rapat dengan kemahiran asas dalam matematik. Ini bertepatan dengan definisi penambahan yang diutarakan oleh Cleave (2005) bahawa penambahan dan penolakan adalah saling songsang antara satu sama lain. Terdapat banyak kajian yang menunjukkan murid mempunyai masalah dalam penambahan terutamanya melibatkan pengumpulan semula seperti yang dilaporkan oleh Chua Lay Ing (2009) bahawa 12 orang muridnya gagal dalam subjek matematik dan mempunyai masalah dalam penambahan melibatkan pengumpulan semula bagi nombor dalam lingkungan 1000. Berman & Friederwitzer (seperti yang dinyatakan oleh Drapper. F, 2009) menyatakan bahawa antara faktor yang menyebabkan murid mempunyai masalah dalam penambahan Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan murid Tahun 2 di dalam topik penambahan melibatkan pengumpulan semula. Responden kajian ini terdiri daripada lima orang murid Tahun 2 di salah sebuah sekolah kurang murid di daerah Tuaran, Sabah. Pemilihan responden berdasarkan kepada ujian pra yang dijalankan. Instrumen yang digunakan adalah analisis dokumen, temu bual, ujian dan pemerhatian. Justeru, Strategi ‘Kenapa Tambah 1?’ diperkenalkan bagi membantu murid menguasai konsep – konsep tersebut. Analisis data adalah secara kualitatif. Hasil daripada analisis dokumen yang telah dijalankan menunjukkan pola – pola kesalahan setiap responden secara jelas. Hasil daripada pemerhatian menunjukkan Strategi ‘Kenapa Tambah 1?’ dapat menunjukkan konsep pengumpulan semula dalam penambahan kepada responden dan disokong dengan analisis temu bual yang dijalankan kepada responden dan juga analisis dokumen jawapan responden. Perbandingan markah setiap responden dalam ujian pra dan pos juga menunjukkan terdapat peningkatan yang tinggi pada markah setiap responden dan boleh dilihat secara jelas melalui analisis jawapan bagi kedua – dua ujian ini. kesimpulannya, penggunaan Strategi ‘Kenapa Tambah 1?’ jelas menunjukkan peningkatan penguasaan murid dalam penambahan melibatkan pengumpulan semula.
Contoh disertasi yang lengkap yang akan diberikan kepada penilai...
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1
PENGGUNAAN STRATEGI ‘KENAPA TAMBAH 1?’ BAGI MENINGKATKAN PENGUASAAN
MURID TAHUN 2 DALAM PENAMBAHAN MELIBATKAN PENGUMPULAN SEMULA
Oleh:
Siti Aminah Binti Jukim
ABSTRAK
PENDAHULUAN
Penambahan merupakan operasi pertama yang akan dipelajari dalam subjek matematik.
Menurut Muhammad Asyraf & Tengku Zawawi (2010), operasi tambah perlu dipelajari lebih
awal kerana penambahan mempunyai kaitan yang rapat dengan kemahiran asas dalam
matematik. Ini bertepatan dengan definisi penambahan yang diutarakan oleh Cleave (2005)
bahawa penambahan dan penolakan adalah saling songsang antara satu sama lain.
Terdapat banyak kajian yang menunjukkan murid mempunyai masalah dalam
penambahan terutamanya melibatkan pengumpulan semula seperti yang dilaporkan oleh Chua
Lay Ing (2009) bahawa 12 orang muridnya gagal dalam subjek matematik dan mempunyai
masalah dalam penambahan melibatkan pengumpulan semula bagi nombor dalam lingkungan
1000.
Berman & Friederwitzer (seperti yang dinyatakan oleh Drapper. F, 2009) menyatakan
bahawa antara faktor yang menyebabkan murid mempunyai masalah dalam penambahan
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan murid Tahun 2 di dalam topik penambahan melibatkan pengumpulan semula. Responden kajian ini terdiri daripada lima orang murid Tahun 2 di salah sebuah sekolah kurang murid di daerah Tuaran, Sabah. Pemilihan responden berdasarkan kepada ujian pra yang dijalankan. Instrumen yang digunakan adalah analisis dokumen, temu bual, ujian dan pemerhatian. Justeru, Strategi ‘Kenapa Tambah 1?’ diperkenalkan bagi membantu murid menguasai konsep – konsep tersebut. Analisis data adalah secara kualitatif. Hasil daripada analisis dokumen yang telah dijalankan menunjukkan pola – pola kesalahan setiap responden secara jelas. Hasil daripada pemerhatian menunjukkan Strategi ‘Kenapa Tambah 1?’ dapat menunjukkan konsep pengumpulan semula dalam penambahan kepada responden dan disokong dengan analisis temu bual yang dijalankan kepada responden dan juga analisis dokumen jawapan responden. Perbandingan markah setiap responden dalam ujian pra dan pos juga menunjukkan terdapat peningkatan yang tinggi pada markah setiap responden dan boleh dilihat secara jelas melalui analisis jawapan bagi kedua – dua ujian ini. kesimpulannya, penggunaan Strategi ‘Kenapa Tambah 1?’ jelas menunjukkan peningkatan penguasaan murid dalam penambahan melibatkan pengumpulan semula.
2
melibatkan pengumpulan semula ialah murid tidak diberikan peluang memanipulasikan bahan
konkrit bagi menunjukkan konsep pengumpulan semula dan ini menyebabkan murid tidak
memahami apa yang sedang berlaku. Oleh itu, penggunaan bahan pengajaran daripada konkrit
– separa konkrit – abstrak dicadangkan oleh Drapper (2009) bagi menangani masalah ini.
Strategi ‘Kenapa Tambah 1?’ sebagai intervensi yang digunakan di dalam kajian ini
adalah menggunakan konsep konkrit – abstrak. Peringkat semi konkrit tidak digunakan
berdasarkan kepada prestasi responden.
FOKUS KAJIAN
Kajian ini dijalankan setelah penyelidik mendapati murid tidak mampu menjawab soalan
penambahan terutamanya bagi soalan melibatkan pengumpulan semula. Masalah ini perlu
dikaji dan diselesaikan dengan segera supaya murid boleh menguasai kemahiran lain.
OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN
Objektif umum:
Objektif kajian tindakan ini adalah untuk membantu murid Tahun 2 dalam menyelesaikan soalan
melibatkan penambahan dengan pengumpulan semula.
Objektif kajian:
1. Mengenal pasti pola kesilapan murid dalam menyelesaikan soalan penambahan?
2. Mengenal pasti adakah Strategi ‘Kenapa Tambah 1?’ dapat menunjukkan konsep
pengumpulan semula dalam penambahan?
3. Meningkatkan penguasaan murid dalam penambahan melibatkan pengumpulan semula
menggunakan Strategi ‘Kenapa Tambah 1?’.
Soalan kajian:
1. Apakah pola kesilapan murid dalam menyelesaikan soalan penambahan?
2. Adakah Strategi ‘Kenapa Tambah 1?’ dapat menunjukkan konsep pengumpulan semula
dalam penambahan?
3. Adakah Strategi ‘Kenapa Tambah 1?’ dapat meningkatkan penguasaan murid dalam
penambahan melibatkan pengumpulan semula?
3
KUMPULAN SASARAN
Kajian ini telah dijalankan di sebuah sekolah kurang murid di daerah Tuaran. Responden yang
dipilih adalah murid Tahun 2 sebanyak lima orang. Kesemua responden berumur lapan tahun
dan terdiri daripada dua lelaki dan tiga perempuan. Responden datang dari kaum yang sama
iaitu Dusun dan beragama Islam dan Kristian. Responden dipilih daripada pencapaian mereka
di dalam Ujian Pra. Markah setiap responden adalah separuh dan ke bawah bagi markah penuh
Ujian Pra iaitu lapan markah. Pengkaji telah menerangkan tujuan kajian ini dan meminta
kebenaran setiap responden untuk dijadikan sebagai responden. Kesemua maklumat
responden direkodkan menggunakan kod nama iaitu A1, A2, A3, A4 dan A5.
TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Bagi menjalankan kajian ini, penyelidik telah memilih untuk menggunakan model kajian yang
dikemukakan oleh Stephen Kemmis dan Mc Taggart pada tahun 1988 sebagai panduan untuk
melaksanakan tindakan. Berdasarkan kepada Model Stephen Kemmis dan Mac Taggart (1988),
pengkaji telah membuat tindakan bermula dengan tinjauan awal, merancang tindakan,
melaksana tindakan dan memerhati dan akhir sekali mereflek tindakan yang telah dijalankan.
Kitaran ini boleh diwakilkan dengan gelungan seperti berikut:
Rajah 1 : Model Stephen Kemmis dan Mac Taggart 1988
Tinjauan awal
Merancang tindakan
Melaksana tindakan dan memerhati
Mereflek
4
Berdasarkan kepada Rajah 1 , penyelidik telah membuat satu perancangan pelaksanaan
seperti dalam Jadual 2.
Jadual 1 : Perancangan pelaksanaan tindakan
Fasa Tarikh & Minggu Perkara / Aktiviti
Tinjauan awal Minggu 1 (5 / 3 / 2012)
Pengkaji membuat pemerhatian prestasi murid di dalam kelas secara tidak formal
Penyelidik membuat analisis kesalahan pada lembaran kerja yang diberikan kepada murid
Penyelidik merujuk kepada guru matematik Tahun 2 untuk membincangkan masalah murid
Penyelidik meminta kebenaran dari pihak sekolah untuk membuat kajian dan menjadikan murid Tahun 2 sebagai responden
Menjelaskan dan meminta kebenaran daripada murid Tahun 2 untuk dijadikan responden
Merancang tindakan
Minggu 2 (12 / 3 / 2012)
Penyelidik mentadbir Ujian Pra untuk memilih responden dan untuk melihat pola kesilapan setiap responden
Penyelidik menentukan objektif kajian dan soalan kajian
Penyelidik menentukan fokus kajian
Penyelidik membuat tinjaun literatur untuk memahami masalah yang dihadapi oleh murid dan bagaimana untuk menanganinya
Penyelidik berjumpa dengan pensyarah untuk berbincang intervensi yang baik bagi menangani masalah ini
Penyelidik merancang pelan tindakan yang akan dilaksanakan
Melaksana tindakan & memerhati
Minggu 3 dan 4 (19 / 3 / 2012) (26 / 3 / 2012)
Penyelidik memperkenalkan Strategi ‘Kenapa Tambah 1?’ kepada para responden
Penyelidik membuat pemerhatian sepanjang Strategi ‘Kenapa Tambah 1?’ dilaksanakan
5
Penyelidik membiasakan responden menyelesaikan soalan secara algoritma tanpa menggunakan sebarang alatan.
Penyelidik mentadbir Ujian Pos untuk melihat keberkesanan Strategi ‘Kenapa Tambah 1’.
Mereflek Minggu 5 (2 / 4 / 2012)
Penyelidik menganalisis data
Penyelidik membuat refleksi mengenai keberkesanan Strategi ‘Kenapa Tambah 1?’
1. Pelaksanaan Strategi ‘Kenapa Tambah 1?’
Fasa 1 P&P menggunakan bahan konkrit (karton telur & batu berwarna)
Rajah 2 : Penggunaan bahan konkrit
Karton telur di
susun dari sa ke
puluh dan ke ratus
Karton telur di isikan
dengan batu berwarna
bagi mewakili nombor
pertama contohnya (258)
bagi 258 + 6 =
Karton telur di isikan
dengan batu berwarna
bagi mewakili nombor
kedua contohnya (6) bagi
258 + 6 =
Jika karton telur
penuh batu yang
lebih diletakkan di
luar
Karton telur yang
penuh dialihkan dan
batu berwarna merah
diisi bagi mewakilkan
10 batu yang
dialihkan
Hasil tambah boleh dikira
dengan cara mengira
bilangan batu pada
setiap nilai tempat
1
2
3
4
5
6
6
Fasa 2 P&P menggunakan bahan abstrak
Rajah 3 : Penggunaan bahan abstrak
Fasa 3 Murid dilatih menjawab soalan secara algoritma tanpa menggunakan ABM
CARA MENGUMPUL DATA
Di dalam kajian ini, pengkaji menggunakan empat jenis instrumen untuk mengumpul data.
Keempat - empat instrumen tersebut ialah ujian, pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen.
Bagi ujian terdapat dua jenis ujian yang digunakan iaitu Ujian Pra dan Ujian Pos. Jenis
pemerhatian yang dijalankan adalah pemerhatian berstruktur manakala bagi analisis dokumen
pula, dokumen yang dianalisis ialah transkrip jawapan responden dalam Ujian Pra, semasa
pemerhatian dan Ujian Pos. Manakala temu bual pula dijalankan secara tidak berstruktur.
KAEDAH ANALISIS
Bagi mendapatkan pola kesilapan responden dalam penambahan melibatkan pengumpulan
semula, transkrip setiap responden di dalam ujian pra dianalisis menggunakan konsep
pengekodan. Setiap kesalahan yang sama akan dikumpulkan sebagai satu pola.
Bagi melihat adakah intervensi yang digunakan dapat menunjukkan konsep pengumpulan
semula dalam penambahan, pengkaji telah membuat pemerhatian berstruktur. Di dalam
Nombor diisi
mengikut nilai tempat
yang betul
Penambahan
dilakukan dari sa ke
puluh dan ke ratus
Apabila berlaku
proses pengumpulan
semula ‘1’ di
wakilkan dengan
kertas pelekat
berwarna yang
ditulis ‘1’
Nombor di puluh
ditambahkan dengan
‘1’ pada kertas
pelekat berwarna
Sekiranya tiada nombor
perlu ditambahkan maka
anak panah ditulis bagi
menunjukkan nombor
hanya perlu ditulis pada
bahagian jawapan
5
4
3
2
1
7
pemerhatian tersebut beberapa aspek pemerhatian telah digunakan. Pengkaji telah meminta
murid menjawab satu soalan melibatkan pengumpulan semula iaitu ‘258 + 6’. Temu bual tidak
berstruktur juga dijalankan dengan setiap responden. Di dalam temu bual tersebut, pengkaji
meminta murid menerangkan bagaimana mereka menjawab soalan yang diberikan. Data ini
juga disokong oleh analisis dokumen responden menjawab soalan 258 + 6.
Bagi melihat peningkatan penguasaan responden dalam penambahan melibatkan
pengumpulan semula pula, markah setiap responden dalam Ujian Pos dan Ujian Pra
dibandingkan. Peningkatan penguasaan juga dianalisis dengan membandingkan jawapan yang
dijawab salah oleh responden dalam Ujian Pra dengan jawapan yang dijawab dalam Ujian Pos.
RUMUSAN / REFLEKSI DAPATAN KAJIAN
Apakah pola – pola kesilapan murid dalam menyelesaikan soalan penambahan?
Berdasarkan analisis dokumen yang dilakukan, pengkaji telah mengenal pasti beberapa pola
kesilapan yang dilakukan oleh responden dalam menyelesaikan soalan penambahan di dalam
Ujian Pra. Pengkaji telah mengklasifikasikan jenis kesilapan yang dilakukan oleh murid kepada
tujuh pola seperti dalam Jadual 3 berikut:
Jadual 2 : kekerapan kesalahan mengikut pola kesalahan
Bil Pola Kesalahan Kod Kekerapan
1 Tidak membuat pengumpulan semula dari sa
ke puluh
K1 7
2 Kesilapan dalam operasi penambahan K2 5
3 Tidak menulis 1 pada puluh untuk
mewakilkan proses pengumpulan semula
K3 1
4 Tidak membuat penambahan digit di puluh
dengan 1 yang mewakili pengumpulan
semula
K4 4
5 Membuat pengumpulan semula dari sa ke sa K5 4
6 Tidak menyalin soalan dengan tepat dalam
bentuk lazim
K6 1
7 Tidak menulis nombor pada nilai tempat yang
betul
K7 4
Jumlah 26
8
Rajah 4 merupakan contoh kesilapan yang dilakukan bagi setiap pola:
Rajah 4 : Transkrip jawapan murid dalam Ujian Pra mengikut jenis pola
1. Adakah Strategi ‘Kenapa Tambah 1?’ dapat menunjukkan konsep pengumpulan
semula dalam penambahan?
Bagi menilai sama ada intervensi yang dijalankan dapat menunjukkan konsep pengumpulan
semua dalam penambahan, pengkaji telah menggunakan instrumen pemerhatian
berstruktur, analisis dokumen dan temu bual tidak berstruktur. Ketiga – tiga instrumen ini
telah digunakan sebanyak dua kali iaitu sebelum dan selepas Strategi ‘Kenapa Tambah 1?’
dilaksanakan. Berdasarkan kepada Modul Nombor & Operasi (KSSR) penambahan
melibatkan pengumpulan semula adalah terdiri daripada lima peringkat iaitu menyusun
nombor mengikut nilai tempat, membuat penambahan dari sa ke puluh ke ratus, membuat
pengumpulan semula, menulis 1 pada nilai tempat puluh dan menambah satu dengan
nombor di puluh. Pengkaji telah memberikan satu soalan penambahan melibatkan
pengumpulan semula iaitu 258 + 6 dan meminta setiap responden menjawab soalan