PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PENGAJARAN BAHASAOlehNazri Bin Abu
BakarMuhammad SalaebingShamsinah Bt. SallehNorizillah Bt. Mohd.
RodzesFatahiyah Bt. Mohd. Ishak1.0 PENDAHULUAN1.1
PengenalanPendidikan bertaraf dunia sebagai wacana dalam dasar
pendidikan negara meletakkan proses pendidikan sebagai satu bidang
yang penting dalam kehidupan seharian khususnya di sekolah-sekolah
yang berfungsi sebagai institusi perkembangan ilmu.
Pengiktirafanyang diberikan terhadap bidang pendidikan membawa satu
implikasi dan impak yang serius terhadap profesion perguruan yang
secara langsung terlibat dalam sistem penyampaian ilmu. Pendidikan
bertaraf dunia mempunyai wawasan ke arah melahirkan generasi yang
mengamalkan budaya fikir, kritis, kreatif dan inovatif. Hanya
manusia yang berbudaya fikir dapat bersaing di medan antarabangsa
serta menjana idea ke arah pembangunan tamadun ilmu, masyarakat,
budaya, bangsa dan negara.Tahun 2004 bukan sahaja berkehendakkan
manusia mengamalkan budaya fikir tetapi bersama-sama menggabungkan
penggunaan teknologi dalam sebarang bentuk tindakan. Perkembangan
dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta
penggunaan komputer dalam bidang pendidikan menjadikan ilmu lebih
mudah diakses, disebar dan disimpan. Manakala kecanggihan serta
kemampuannya menyampaikan sesuatu maklumat secara cepat, tepat dan
menarik dalam bentuk multimedia menjadikannya sebagai satu daya
tarikan ke arah mewujudkan satu senario belajar yang lebih
menyeronokkan.Dalam hal ini profesion perguruan pada alaf baru ini
haruslah mampu menguasai dan menggabungkan kemahiran-kemahiran yang
berkaitan untuk melahirkan satu bentuk pendidikan yang lebih
bermakna dan bestari. Walau bagaimanapun dalam bidang pendidikan
sekarang, kecanggihan teknologi melalui persembahan multimedianya
bukanlah hanya faktor yang boleh menjadikan proses pembelajaran itu
berkesan. Keberkesanan dan kebestarian sesuatu pengajaran itu masih
banyak bergantung pada faktor manusia iaitu guru yang membuat
perancangan. Teknologi hanyalah sebagai faktor pemangkin ke arah
mempercepatkan proses keberkesanannya, manakala kemahiran dari
aspek pedagogi serta psikologi adalah diperlukan.Oleh itu guru
harus mampu mengintegrasikan ketiga-tiga aspek pedagogi, psikologi
dan teknologi dalam proses penyampaian ilmu. Usaha ini harus
dilakukan secara berterusan ke arah melahirkan seorang pelajar yang
berfikirkan kritis dan kreatif, seimbang dari segi intelek, rohani
dan jasmani serta dapat hidup dalam keadaan yang harmonis yang
berpegang teguh pada agama dan kepercayaan pada Tuhan seperti mana
yang terdapat dalam Falfasah Pendidikan Negara.Namun begitu,
terdapat kajian yang membuktikan bahawa kesediaan guru menggunakan
teknologi maklumat di dalam pengajaran bahasa ke atas 392 orang
guru bahasa menunjukkan majoritinya guru-guru masih takut untuk
menggunakan komputer dalam pengajarannya. Aplikasi komputer yang
kurang dalam pengajaran bahasa di sekolah-sekolah adalah disebabkan
guru-guru tidak mempunyai kemahiran dan latihan yang secukupnya
(Norizan Abdul Razak, 1997). Dengan ini, kerajaan perlu melipat
gandakan usaha menangani masalah tersebut terutama di kalangan
guru-guru.Sebenarnya, kemajuan pesat dalam bidang teknologi
maklumat telah membawa banyak perubahan terhadap kaedah pengajaran
bahasa. Daripada kaedah konvensional di dalam bilik darjah,
pengajaran bahasa kini telah berkembang kepada kaedah pengajaran
yang baru, iaitu pengajaran bahasa di alam siber. Dengan kaedah
baru ini, para pendidik bahasa dapat berkomunikasi dan mengajar
melalui komputer yang dihubungkan dengan modem dan perisian
komunikasi. Pengajaran yang menggunakan kaedah baru ini dapat
membantu mengembangkan penggunaan bahasa Melayu ke peringkat
antarabangsa. Melalui internet, penggunaan bahasa Melayu melewati
batas geografi dan waktu. Hal ini demikian kerana internet
merupakan satu jaringan antarabangsa yang menghubungkan lebih 30
000 jaringan di lebih 100 buah negara. Internet kini mempunyai
lebih 20 juta pengguna di seluruh dunia dan bilangan pengguna ini
semakin bertambah dengan penurunan harga komputer dan perisian
komunikasi (Laudon, Traver dan Laudon 1996).Memandang bahawa
penggunaan teknologi maklumat ini masih baru dalam sistem
pendidikan di Malaysia, para pendidik bahasa perlu mempunyai
literasi teknologi dan memahami keperluan komunikasi secara global.
Hal ini dapat membantu para pendidik menerapkan kaedah ini dengan
berkesan. Penulisan ini akan memberikan tumpuan kepada kaitan
antara komunikasi di alam siber dengan praktis pengajaran bahasa
yang penggabungannya akan melahirkan satu komuniti baru, iaitu
komuniti elektronik (electronic community) dan bentuk komunikasi di
alam siber yang dikenal sebagai komunikasi pengantaraan komputer
(computer mediated communication). Penulisan ini akan turut
membincangkan aspek pedagogi komunikasi pengantaraan komputer,
seperti bentuk pengajaran yang komunikatif dan interaktif.
Penulisan ini seterusnya akan menyarankan kemahiran yang diperlukan
oleh para guru bahasa untuk bersama-sama memasuki alam pengajaran
siber dan peranan institusi pendidikan guru dalam perkembangan ini.
Selain itu, penulisan ini akan turut menyingkap kemungkinan
komunikasi pengantaraan komputer dijadikan sebagai satu kaedah
perundingan antara pelajar dengan pendidik dalam pengajaran
bahasa.Menurut Laudon dan Laudon (1996), teknologi maklumat
merupakan gabungan teknologi komputer dan sistem komunikasi yang
membolehkan teks, bunyi, video, dan animasi disalurkan melalui
talian. Komputer dengan kemudahan lebuh raya maklumat merupakan
satu jaringan yang meliputi kawasan yang luas, mempunyai kepantasan
yang tinggi, dan menawarkan beberapa perkhidmatan jaringan. Dengan
hal demikian, teknologi ini dapat digunakan untuk membantu pelbagai
urusan dan kegiatan, sepertiperniagaan, pentadbiran, penyelidikan,
dan pendidikan. Antara perkhidmatan yangditawarkan oleh teknologi
ini termasuklah mel elektronik, papan buletin, dan laman web yang
membolehkan para pendidikan berkomunikasi dan mengajar dengan
menggunakan talian komputer.Pengajaran siber tidak memerlukan
kehadiran di dalam kelas atau kehadiran pelajar sewaktu syarahan.
Walau bagaimanapun, satu bentuk komunikasi yang interaktif perlu
diwujudkan untuk membangkitkan suasana yang kondusif dan praktikal
untuk pembelajaran. Pelajar dan guru berkomunikasi melalui mel
elektronik, persidangan komputer, forum elektronik, papan buletin,
dan laman web. Pengajaran siber ini dijangka menjadi amalan
pengajaran bahasa Melayu pada masa hadapan. Untuk menjadikannya
suatu kenyataan, guru haruslah mempunyai pengetahuan tentang
komunikasi pengantaraan komputer yang menjadi asas pengajaran
siber.1.2 Apakah itu Komputer?1.2.1 Konsep Asas dan IstilahKomputer
boleh ditakrifkan sebagai satu alat yang boleh ditakrifkan sebagai
satu alat yang boleh menerima maklumat, mengguna beberapa prosedur
pemprosesan kepadanya dan mengemukakan hasil maklumat baru dalam
bentuk yang sesuai kepada penggunanya. Kebanyakan komputer
elektronik moden, terutama sekali komputer yang digunakan untuk
tujuan pendidikan, merupakan komputer digital. Apa yang dimaksudkan
komputer digital ialah maklumat yang ada ditukar kepada bentuk
digital ( iaitu kepada satu kod yang berasaskan kepada sistem
nombor dwi, yang hanya menggunakan dua simbol iaitu 0 dan 1)
sebelum diproses. Komputer yang direka bentuk untuk mengendalikan
data yang tidak ditukar kepada bentuk digital dikenal sebagai
komputer analog, dan banyak digunakan untuk tujuan saintifik atau
teknikal yang khusus.1.3 Sejarah dan Perkembangan
Komputer.Pembelajaran berkesan adalah pembelajaran yang
menyeronokkan. Keseronokan belajar adalah sesuatu yang diharapkan
oleh semua golongan guru terhadap pelajar-pelajarnya. Keseronokan
membawa implikasi pelajar tertarik dan berminat hendak belajar,
manakala guru pula mempunyai strategi yang boleh mendorong
pelajar-pelajarinya memberi tumpuan serta mengambil bahagian yang
menyeluruh dalam proses pengajaran pembelajaran.Situasi ini dapat
diwujudkan sekiranya guru dapat menyampaikan pengajarannya dengan
bantuan media pengajaran. Perkembangan teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) telah dapat mempelbagaikan perkakasan dan perisian
dalam sistem penyampaian.Bermula dengan interaksi secara lisan,
manusia mula berkomunikasi dengan mencatat di atas batu, daun
hinggalah berlakunya perkembangan teknologi kertas dan percetakan.
Seterusnya teknologi fotografi telah berkembang yang menyebabkan
terdapatnya gambar-gambar yang dapat digunakan sebagai rujukan
disusuli pula dengan media elektronik seperti radio, televisyen,
filem, video, VCD, DVD dan perkembangan terakhir dengan adanya
teknologi multimedia seperti penggunaan CD-ROM, internet dan
e-pembelajaran (e-learning).Walaupun perkembangan seumpama ini
banyak memberi sumbangan terhadap dunia hiburan tetapi tidak dapat
disangkal dalam pendidikan perkembangan ini dapat memberi kesan
yang positif dalam proses pembelajaran. Sebagai seorang guru,
perkembangan yang begitu mencabar ini harus dianggap sebagai satu
peluang ke arah mempelbagaikan strategi dan memantapkan sistem
penyampaian ke arah yang lebih berkesan, dinamik, menyeronokkan dan
menghiburkan.Pengenalan kepada persekitaran pembelajaran bestari
adalah merupakan satu senario dalam pendidikan alaf baru di
Malaysia bersesuaian dengan perkembangan teknologi, sosial dan
budaya masa kini. Perkembangan seumpama ini memerlukan sesebuah
institusi pendidikan menggabung serta memberi penekanan sebijak
mungkin terhadap komponen yang terdapat dalam strategi
pembelajaran.Usaha ini ialah ke arah mewujudkan suasana
pembelajaran dan persekolahan yang lebih bermakna dan berkesan di
mana guru-guru bukan lagi pendeta di atas pentas (sage by the
stage) tetapi sebagai pembimbing di sisi (guide by the side) untuk
menyampaikan pengajaran secara lebih berkesan.Keberkesanan
pendidikan ini dapat dilihat melalui peranan guru dan pelajar dalam
proses pembelajaran melalui kurikulum yang lebih mantap dan
bersepadu. Pengajaran guru yang bersifatgpembimbingan di sisih
harus mempunyai ciri-ciri yang boleh menjana pemikiran pelajar ke
arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu. Dalam hal ini guru haruslah berusaha untuk menggunakan
pelbagai pendekatan ke arah mengoptimumkan potensi pelajar dalam
proses mencari ilmu. Ia perlu menanamkan sifat yang boleh berdikari
serta proaktif dalam segala tindakan.Amalan guru dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah seharusnyalah tidak
lagi tertumpu hanya dengan membekal maklumat dan memberi jawapan
berdasarkan soalan serta menggunakan bahan yang terhad sahaja. Apa
yang harus dilakukan ialah membekal tugasan yang lebih mencabar
terhadap aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam sesuatu pakej
pembelajaran yang memerlukan analisis dan penyiasatan secara
kooperatif dan kolaboratif dalam menyelesaikannya.Begitu juga
mengemukakan soalan-soalan yang berkehendakkan lebih banyak
berfikir dan menjana minda serta menggunakan banyak bahan daripada
sumber-sumber yang mudah didapati hasil daripada perkembangan
teknologi ke arah memenuhi dan mencapai hasil pembelajaran.2.0
KOMPUTER DAN PENDIDIKAN2.1 Apa itu E-Pendidikan?Pengajaran dan
pembelajaran melalui Internet secara amnya dikenali sebagai
e-pendidikan (pendidikan elektronik). Majlis Teknologi Maklumat
Kebangsaan Malaysia menganggap e-pendidikan sebagai merangkumig...
a wide set of applications and processes such as Web-based
learning, computer-based learning, virtual classrooms, and digital
collaboration. It includes the delivery of content via Internet,
intranet/extranet (LAN/WAN), audio-and videotap, satelite
broadcast, interactive TV, and CD-ROM...h
(http://www.dsv.se.se/-klas/
Learn/E-learning/e-learning.html).Justeru itu, e-pendidikan
merupakan cara pembelajaran yang menggunakan pelbagai media dan
teknologi mutakhir.2.1.1 E-Pendidikan: Untuk Siapa, Untuk Apa?Dalam
konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu kepada penutur
asing permasalahan ini dapat dilihat daripada dua aspek.i. Untuk
Siapa?Kaedah pengajaran yang berasaskan pendidikan dalam bilik
darjah/kuliah mengehadkan peluang pembelajaran bagi mereka yang
berada dari pusat pengajian/akademik tersebut. Justeru itu,
e-pendidikan paling sesuai dilaksanakan untuk pelajar bahasa asing
yang tidak berpeluang untuk belajar di negara berbahasa Melayu dan
ini membolehkan pelajar ini diajarkan di negara masing-masing
tetapi dalam persekitaran yang disimulasikan seperti berada di
negara berbahasa Melayu.ii. Untuk Apa?Secara umumnya, pendekatan
dan pembelajaran bahasa Melayu melalui Internet diwajarkan kerana
beberapa faktor, tetapi yang utama ialah jumlah tenaga pengajar
bahasa Melayu di seluruh dunia amat terhad dan kos latihan dan
penghantaran guru bahasa Melayu ke seluruh ceruk dunia sangat
tinggi. Hal yang sebaliknya juga berlaku. Agak sukar dan tidak
praktis untuk membawa banyak pelajar asing ke negara berbahasa
Melayu semata-mata untuk mengajarkan bahasa Melayu.Selain itu,
e-pendidikan mempunyai pelbagai faedah seperti:(a) Kebebasan
belajar Pelajar dapat belajar/memilih maklumat dengan cara sendiri.
Web serasi dengan cara pembelajaran yang diminati oleh pelajar kita
pada hari ini. Pelajar dapat belajar berdikari.(b) Menyediakan
capaian ke pelbagai sumber maklumat, untuk rujukan pantas.(c)
Membolehkan pelbagai kaedah pengajaran yang kreatif. Pelbagai
kemudahan yang berasaskan teknologi (penyebaran, penambahan dan
pengeditan kandungan/maklumat kursus). Bahan yang diterbitkan dan
disampaikan kepada pelajar dengan teknologi mutakhir ini boleh
dalam bentuk tertulis, foto, dalam bentuk audio/video
ataupunesecara langsungf.(d) Menggalakkan minat pelajar terhadap
komputer. Jurang digital dan fobia komputer dapat dikurangkan.
Pelajar dapat membiasakan diri dengan pemikiran yang terbuka tanpa
tekanan.(e) Menjimatkan pengagihan tenaga guru.Teknologi dapat
menggantikan keperluan penempatan guru bahasa di setiap kawasan.(f)
Menyediakan kesempatan belajar yang baik untuk golongan masyarakat
yang sibuk.Golongan profesional dapat memanfaatkan waktu-waktu
terluang (waktu rehat/ makan tengah hari ataupun waktu malam) untuk
mencapai dan melayari internet dan meneruskan pembelajaran tanpa
perlu bergegas ke kampus, terutamanya apabila kampus terletak jauh
dari tempat kerja/tinggal.(g) Membolehkan proses pembelajaran yang
lebih teratur dan lebih lentur.Tiada had waktu belajar seperti
dalam bilik darjah nyata (30 minit sehari untuk satu mata kuliah) .
proses pembelajaran boleh dilanjutkan sehingga selesai atau pun
boleh dihentikan untuk disambung semula pada kesempatan yang
lain.(h) Meningkatkan kemahiran berfikir.Dalam banyak kajian,
komputer telah didapati berkesan dalam pengajaran bahasa kerana
kaedah ini menggalakkan pelajar untuk berfikir dan menjadi lebih
inkuisitif dan peka terhadap aspek-aspek bahasa dan budaya yang
dipelajari.(i) Menjimatkan kos percetakan dan penghantaran.Kos
untuk mencetak buku dan bahan ajar serta menghantarkan bahan-bahan
tersebut ke setiap pusat/institusi pendidikan dapat dijimatkan
dengan adanya kemudahan pengaliran bahan dan maklumat melalui
teknologi internet.2.2 Kekangannya?Biarpun kaedah pengajaran dan
pembelajaran ini ternyata banyak faedahnya, namun ada beberapa
perkara yang boleh menjadi hambatan kepada pelaksanaannya.
Antaranya termasuklah:(a) Kos permulaan (Start up cost) yang
tinggi.Kaedah ini mensyaratkan pelajar/institusi mempunyai
perkakasan, perisian dan capaian kepada Internet. Buat masa ini kos
kemudahan sebegini masih relatif tinggi. Keadaan ini tentunya tidak
berlaku bagi negara-negara maju tetapi menjadi hambatan besar bagi
negara-negara dunia ketiga.(Walau bagaimanapun, kos permulaan ini
dianggap wajar dan berpatutan jika dilihat dalam jangka masa yang
panjang).(b) Pelajar lebih tertarik kepada teknologi daripada isi
kandungan pelajaran. Pembelajaran berasaskan Web ini boleh
melekakan pelajar yang kurang berdisiplin, dan mereka senang-senang
sahaja menghabiskan waktu melayari laman Web ini. Kaedah ini
meletakkan tanggungjawab yang berat kepada pelajar, lantaran itu,
hanya pelajar yang benar-benar beriltizam dapat berjaya melalui
e-pendidikan.(c) Kebergantungan pada perisian untuk tujuan
pengajaran khusus.Guru dan pelajar memerlukan perisian yang sesuai
dalam pengajaran-pembelajaran bahasa. berbanding dengan
bidang-bidang lain, perisian untuk pelajaran bahasa masih amat
terhad (Jones 1987).(d) Kursus yang ditawarkan terhad.Kursus
tertentu tidak dapat ditawarkan, misalnya Kursus Pengucapan Awam,
kerana kebolehan lisan pelajar tidak dapat dinilai melainkan dengan
adanya kemudahan tele-persidangan atau video-persidangan dan ini
akan meningkatkan kos pengajaran dan pembelajaran.(e) Masalah
teknikal yang mencelah di tengah-tengah proses pembelajaran.Kaedah
ini cenderung untuk mengalami gangguan teknikal. Oleh itu,
teknologi yang mesra pengguna amat penting dalam konteks
e-pendidikan. Akan tetapi, tiada teknologi yang dapat dijamin 100%
bebas daripada masalah teknikal.(f) Kemahiran komputeran.Kedua-dua
fasilitator/pelajar perlu memiliki kemahiran asas perkakasan dan
perisian komputer sebagai prasyarat kejayaan program
e-pendidikan.(g) Kelengkapan fasilitator/pensyarahKeperluan untuk
memiliki kemahiran komunikasi yang baik dengan pengetahuan bahasa
yang luas khususnya bahasa Melayu penting bagi seseorang
fasilitator e-pendidikan bahasa Melayu. Guru yang mahir
berkomunikasi, menganalisis dan mendiagnosis masalah berupaya
membantu, menilai dan meningkatkan kemampuan dan prestasi
pelajar.2.3 Produk yang DiperlukanUntuk menjayakan rencana
pengajaran dan pembelajaran melalui Internet ini, beberapa produk
asas perlu disediakan.Yang pertama ialah perlunya laman Web khusus
yang dapat menemukan pelajar dan pengajar dalam suatu situasi yang
sesuai untuk proses pengajaran-pembelajaran berlangsung dengan
jayanya.Selain itu, laman Web tersebut perlulah menarik, canggih
dan interaktif supaya dapat menawan perhatian pelajar untuk suatu
jangka waktu tertentu.Di samping itu juga, bahan ajar dan alat
bantu lain yang sesuai perlu disediakan dengan mengambil kira
khalayak pelajar, termasuk faktor peringkat/usia, negara asal dan
sebagainya. Produk utama yang lain termasuklah e-Pedoman (untuk
tatabahasa, ejaan dan sebagainya) dan e-Rujukan seperti kamus,
tesaursus, dan istilah.Petikan majalah bahsaa Melayu dan rakaman
perbualan (audio atau video) dalam situasi sebenar juga perlu
disediakan pada Web agar pelajar asing dapat turut menghayati
suasana dan situasi berbahasa yang semula jadi.Jikalau diteliti
contoh laman e-pendidikan berbahasa Melayu yang sedia ada pada Web
kini, memang ketara kuantiti dan kualitinya masih jauh
terkebelakang berbanding dengan laman Web untuk bahasa-bahasa utama
dunia yang lain (umpamanya bahasa Inggeris atau
Perancis).Pengajaran dan pembelajarn bahasa Melayu melalui Internet
(e-pendidikan) masih lagi pada fasal awal. Walau bagaimanapun,
adanya (biarpun jumlahnya kecil) laman-laman Web yang direka bentuk
khusus untuk belajar-mengajar bahasa Melayu memberi semangat dan
harapan untuk kita menyediakan dan menyajikan teknik dan bahan ajar
yang lebih baik dan bermutu agar pengembangan dan penyebaran bahasa
Melayu kepada masyarakat luar/asing dapat digiatkan dan
ditingkatkan.Sesungguhnya usaha ini wajar dilaksankan dengan lebih
giat bahasa Melayu dapat terus dikembangkan menerusi wadah dan
wahana World Wide Web yang luwes dan luas jangkauannya.3.0 TEORI
DALAM PEMBELAJARAN BAHASA BERBANTUKAN KOMPUTER3.1 Teori Asas
Pembelajaran BahasaTeori-teori pembelajaran serta perkembangan
media dan sistem penyampaian elektronik telah mempengaruhi amalan
dan teori reka bentuk pengajaran. Faktor-faktor masa kini dan
parameter muncul tentang pendekatan konstruktivis terhadap
pengajaran dan pembelajaran kini lebih dirasai dalam semua aspek
reka bentuk pengajaran, dan juga menjadi komponen penting dalam
latihan industri. Pendidikan dan industri latihan tidak boleh
abaikan kepentingan pembelajaran lebih autentik. ICT dan potensi
pengedaran lebuh raya menadikan lebih kritikal lagi menoreh
sumbangan setiap teori pembelajaran terhadap maklumat, pembelajaran
dan prestasi. Pendidik harus mula meperluas pandangan peningkatan
prestasi dalam kerja melampaui strategi pengajaran yang mereka
adalah aset terbesar, dan harus mengurus dan menjadikan modal aset
itu melalui pemerolehan, pengongsian, dan pengukuhan pada
pengalaman pelajar. Komputer,telekomunikasi, dan maklumat adalah
sangga tuas dalam mempercepatkan sistem penyampaian maklumat yang
kini mempengaruhi minda pelajar.Ketika pendidikan menjadi lebih
terbuka dan berpelbagaian, strategi pembelajaran dan pengajaran
berasaskan teknologi bersepadu akan menjadi lebih kompleks dan
membingungkan. Proses komunikasi boleh berbentuk satu per satu,
bersinkroni atau taksinkroni, bersama dengan proses komunikasi
makluman atau perbualan. Dalam bidang sidang video terdapat subset
seperti telesidang, dan telekuliah. Jaringan dan hipermedia adalah
satu lagi perkembangan strategi dan taktik yang diuruskan komputer.
Paradigma penyelidikan tradisional positivis kini diregang dengan
pelbagai kemungkinan hingga ramai persekitaran pembelajaran dipaut
melalui jaringan. Ketidakpuasan dengan hasil menjadi penghalang
bagi memahami pengajaran dan pembelajaran dari pelbagai
persepektif. Ada kemungkinan bahawa lebih canggih taktik dan
strategi pengajaran, dan lebih lagi kita belajar tentang
pembelajaran, lebih mungkin kita akan menyingkirkan instruktur. Ini
akan membawa konflik nilai lain.3.2 Kerangka Teori dalam
Pembangunan Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer
(PBBK)Penggunaan PBBK dalam pengajaran bahasa mempunyai asas yang
kuat berdasarkan teori pemBelajaran dan pemerolehan bahasa kedua.
Umpamanya dalam Teori Monitor yang dikemukakan oleh Krashen (1981)
berhubung dengan pemBelajaran bahasa kedua (B2), beliau menyatakan
bahawa terdapat perbezaan antara pemelajaran (learning) dengan
pemerolehan (acquisition). PemBelajaran ialah proses yang dilalui
oleh pelajar secara sedar atau secara formal, seperti pemelajaran
nahu, manakala pemerolehan ialah proses di mana seseorang individu
itu mempelajari suatu bahasa tanpa disedari atau tidak melalui cara
formal seperti seorang pelajar yang berada dalam suatu persekitaran
atau suasana bahasa Inggeris digunakan untuk berkomunikasi dan
berinteraksi. Krashen berpendapat bahawa kedua-dua proses ini tidak
boleh berlaku serentak. McLaughlin (1985) pula berpendapat bahawa
dari sudut realitinya tidak ada garis pemisah yang jelas antara
pembelajaran dengan pemerolehan. Pelajar yang sedang mempelajari
bahasa secara sedar atau secara formal berkemungkinan akan mengutip
atau memperoleh beberapa perkataan frasa, atau ayat dalam bahasa
itu tanpa disedarinya.Kita berpendapat bahawa kedua-dua proses ini
perlu dan tidak dapat dipisahkan dalam pengajaran bahasa Inggeris
sebagai bahasa kedua. Dengan kata lain, sekiranya sesuatu
persekitaran itu, sama ada di bilik darjah atau di luar dilik
darjah, kaya dengan input bahasa sama ada dari sudut pendengaran
dan pembacaan mahupun percakapan dan penulisan, maka pembelajaran
bahasa akan menjadi lebih bermakna kepada pelajar tersebut. Kita
mendapati bahawa pembelajaran bahasa berbantukan komputer yang
menggunakan multimedia dapat memenuhi permintaan ini. Hal ini
demikian kerana kedua-dua proses pembelajaran dan pemerolehan boleh
berlaku secara serentak. Langkah ini dapat membantu pelajar
menguasai kemahiran bahasa Inggeris dengan lebih berkesan.Suatu
lagi konsep yang berhubung rapat dengan konsep pembelajaran dan
pemerolehan ini ialah hipotesis monitor (Krashen 1981) yang
berfungsi sebagai penapis atau penyunting dalam percakapan atau
penulisan yang cuba dilakukan oleh pelajar B2. Konsep "affective
filter" yang diperkenalkan oleh Dulay dan Burt (1980), yang
digunakan dalam hipotesis monitor ini menyatakan bahawa faktor
afektif seperti sikap, motivasi, dan personaliti banyak
mempengaruhi pemprosesan input bahasa dalam diri. Dengan kata lain,
setiap pelajar yang mempelajari bahasa mempunyai mekanisme monitor
yang dipengaruhi oleh perasaan, sikap, dan persepsinya sendiri.
Pelajar yang runsing tidak mungkin dapat belajar dengan baik
walaupun apa-apa yang didengarnya atau dipelajarinya itu mudah
difahami. Ia juga tidak akan dapat menghasilkan percakapan atau
penulisan yang baik sekiranya ia mempunyai persepsi bahawa
bahasanya lemah, menyangka yang ia akan diketawakan oleh orang
lain, dan apa-apa jua perasaan negatif yang ada pada dirinya.
Monitor inilah yang menentukan kemampuan seseorang itu untuk
memahami input yang didengarinya dan kelancaran lidahnya bercakap
atau menulis dalam bahasa kedua tersebut. Dalam hal ini, Krashen
dan Terrel (1983) menyarankan supaya guru bahasa memastikan suasana
atau persekitaran pemelajaran bahasa itu kondusif,
memberangsangkan, dan tidak menekan jiwa atau perasaan
pelajar.Berdasarkan teori ini, kewujudan suatu persekitaran yang
kaya dengan input bahasa serta suasana yang tidak tertekan dianggap
perlu bagi menjayakan proses pembelajaran dan pemerolehan bahasa
ini. Perkara ini dapat dicapai dengan pembelajaran bahasa
berbantukan komputer. Komputer ialah suatu alat yang tidak
mempunyai perasaan dan dengan itu pelajar tidak akan merasa malu
atau takut sekiranya membuat kesilapan dalam proses interaksi
pemelajaran bahasa. Komputer memberikan ruang secukupnya kepada
pelajar untuk membaiki kesilapan dan meningkatkan penguasaan
kefahaman dan kemahiran bahasa Inggeris mengikut kemampuan diri
masing-masing. Hal ini mendorong pelajar untuk lebih aktif dalam
proses pemelajaran bahasa ini.Persekitaran yang kaya dengan input
bahasa penting bagi memastikan pelajar yang mempelajari bahasa
Inggeris berinteraksi dalam bahasa tersebut. Tidak sepertimana alat
bantu mengajar yang lain, perisian komputer multimedia dapat
diprogramkan mengikut tahap tertentu. Pelajar dapat memilih tahap
ini untuk berinteraksi dengan komputer. Dalam proses interaksi ini,
pelajar akan dapat menilai kelemahan dan kemampuannya dalam
penguasaan suatu bahasa kerana komputer dapat memberikan maklum
balas dengan segera kepada pelajar tersebut. Manakala buku latihan
perlu disemak oleh guru untuk tempoh sehari dua sebelum pelajar ini
dapat mengetahui sama ada jawapan yang diberikan tepat atau
sebaliknya. Dengan itu, penggunaan komputer memberikan peluang
kepada pelajar untuk berinteraksi secara lebih aktif dalam proses
pembelajaran bahasa.Pendekatan ini selari dengan aliran pengajaran
bahasa kini, iaitu pendekatan kognitif. Proses interaksi melalui
pembelajaran bahasa berbantukan komputer ini menuntut pelajar untuk
memproses arahan atau maklumat, berfikir secara kritikal dan
kreatif, memberikan tindak balas kepada arahan atau maklumat tadi,
dan kemudian menanti maklum balas dari komputer sebelum pelajar
tersebut memberikan tindak balas seterusnya. Proses interaksi ini
dikenal juga sebagai negotiation process (Long 1996) bagi memahami
apa-apa yang dipelajari sebelum pelajar mampu memberikan output
atau menghasilkan respons dalam bahasa yang dipelajari.Hal ini
berbeza daripada teknologi maklumat yang sedang hangat diperkatakan
dan yang sedang mendapat perhatian yang meluas akhir-akhir ini.
Penggunaan komputer dalam teknologi maklumat merujuk kepada
pengumpulan dan penyebaran maklumat atau data. Dengan hanya menekan
kekunci tertentu atau menaip dalam kadar yang minimum, pengguna
akan dapat mengumpulkan atau menyebarkan maklumat dengan cara yang
meluas. Dari sudut teori psikologi pendidikan, pendekatan ini dapat
dikategorikan sebagai pendekatan behaviouris yang bersifat tindak
balas kepada stimuli yang diberikan. Interaksinya agak minimum.
Walau bagaimanapun, melalui pendekatan ini, kita tidak dapat
memastikan sama ada proses pembelajaran dan kefahaman berjalan
dengan baik dan berkesan atau tidak.3.3 Penjelasan tentang
Maklumat, Pengetahuan dan PembelajaranSudah agak lama maklumat dan
pengetahuan telah dipilih hingga kita telah sama ratakan
kedua-duanya seakan-akan satu mendahului yang lain. Ini berasal
daripada kajian intensif terhadap pengaruh media pada masyarakat
khasnya berhubungan dengan komunikasi massa. Pembelajaran berfokus
kepada perubahan tingkah laku atau kebolehan membuat sesuatu (iaitu
prestasi) hasil rangsangan persekitaran (media). Berbanding dengan
fahaman behavioris, konsepsi kognitivis terhadap pembelajaran
menegaskan pembelajaran adalah aktif, konstruktif, dan berhaluan
gol. Media adalah unsur penting persekitaran untuk membekal
maklumat yang mengubahsuai pengetahuan sedia ada pelajar
melaluipenambah, talaan, dan penstrukturan semual atau ciptaan
schemata (Rumelhart & Norman, 1978). Konsep manusia sebagai
pelajar pasif atau penerima maklumat kurang diterima sejak 1970-an.
Yang penting bagi pendekatan kognitif ialah pelajar aktif secara
mental mengurus dan memproses maklumat.Pemprosesan kognitif
merupakan pengurangan tanggapan kompleks kepada struktur skematik
yang berupaya dan berguna. Dalam apa jua persembahan yang
diantarakan [mediated] manusia dan bukan manusia, keperluan pelajar
untuk peroleh maklumat mungkin adalah suatu siri arahan mental
bagaimana tanggap dan mengambil bahagian persembahan skema-relevan
untuk dipautkan dengan dasar pengetahuan sedia ada (ingatan jangka
masa panjang). Inilah titik permulaan kognisi tertabur. Media dan
sumber maklumat dalam apa jua bentuk menjadi gedung maklumat
skema-relevan untuk capaian, tawanan, terbaru sebagai sumber
maklumat binaan pengetahuan. Pengetahuan adalah hasil penjelmaan
maklumat peribadi (Larsen, 1986). Pengetahuan juga adalah
pengalaman atau maklumat yang boleh dikongsi dan disimpaikan
(Allee, 1997).Teknologi terbaru seperti multimedia dan hipermedia
secara aktif melibatkan pelajar, dan jika direka dan disampai
dengan baik akan gerakkan proses konstruksi melalui interaksi
dengan objek sebenar atau simbolik. Apakah relevan pembelajaran dan
prestasi? Ringkasanya kita boleh andaikan kedua-dua latihan dan
amalan pengajaran akan mendidik atau membawa kepada pembelajaran
dan kemudiannya prestasi. Pengajaran berasaskan web, yang ditambah
baik lebuh raya mewakilkan mimpi yang direalisasikan
menunggu-nunggu dipaut dan menyalur sikuen-sikuen instruksi secara
pantas dan dicapai dari merata-rata lokasi. Jelas kita tidak akan
meminta lebih lagi. Syarat tunggal ialah kita mereka bentuk media
yang sesuai untuk melibatkan pelajar dalam menggunakan semua
strategi yang selaras dengan pandangan behavioris, kognitivis dan
konstruktivis.3.4 Menggunakan Adunan Prinsip-prinsip dan Praktis
Behavioris, Kongitivis dan Konstruktivis dalam Reka Bentuk Strategi
Pengajaran Bahasa MelayuDaripada perspektif Behavioris, model reka
bentuk pengajaran Skinner (1953, 1954, & 1958) adalah
berasaskan tiga prinsip, iaitu, (a) maklumat dalam langkah-langkah
kecil yang menambah, (b) penglibatan aktif pelajar, dan (c)
pengukuhan respons yang tepat. Ini telah membawa ke pengajaran
berasaskan komputer lelurus atau bercabang (Crowder, 1960).
Teori-teori kognitif tentang pembelajaran menjadikan pengaruh kuat
terhadap reka bentuk pengajaran sistematik dengan gol dan ciri-ciri
pelajar sebagai asas reka bentuk dan perkembangan, serta penentuan
strategi instruksi yang selari dengan penilaian formatif sebagai
ciri utama reka bentuk instruksi yang baik. Perbezaan pandangan
kognitif daripada Behavioris adalah pelajar memproses secara mental
dengan aktif apa yang diterima dan memberi respons dalam pelbagai
cara mengikut perbezaan individu.Pakar teori kognitif semasa
berkembang daripada rangka ini (contoh: Salomon, Perkins, &
Globerson, 1991). Penegasan terhadap struktur pengetahuan, strategi
metakognitif untuk menyelesai masalah, dan perubahan dalam reka
bentuk kepada bidang pandangan konstruktivis. Prinsip-prinsip
konstruktivis menyebelahi pembelajaran sebagai mencipta maksud
daripada pengalaman. Pelajar membina takwilan peribadi dunia
berasaskan pengalaman dan interprestasi. Mereka yang berbeza
pendapat dalam mazhab konstruktivis bersetuju bahawa pembelajaran
bukanlah penghantaran daripada individu ke individu, dan boleh
terjadi melalui penjelajahan bukanlah penghataran daripada individu
ke individu, dan boleh terjadi melalui penjelajahan peribadi,
perbincangan tentang pengalaman, dan apa yang digelar kecerdasan
tertabur merupakan manifestasi kegiatan mental yang menghubungkan
cara dan maksud melalui pencapaian (Pea, 1993).Ini telah
menciptakan masalah bagi reka bentuk pengajaran bahawa kononnya
pelajar mempunyai agenda sendiri yang bukanlah dipacukan gol
seperti yang disarankan pendekatan behavioris dan kognitivis! Tiga
pendekatan terhadap teori pembelajaran dan perbezaannya dibincang
dengan teliti oleh Perkins (1992), Driscoll (1994), dan Molenda
(1997). Jadi untuk memastikan pembelajaran wujud kita harus sedar
pembelajaran yang terlibat. Kita boleh fokuskan ketiga-tiga
perspektif terhadap aplikasi. Contohnya, pendekatan behavioris agak
berkesan bagi penguasaan isi am (gmengetahui apa?). Kemudian
strategi kognitif mungkin berguna bagi taktik penyelesiaan masalah
di mana satu atau lebih konsep atau peraturan mungkin boleh atau
tidak boleh digunakan untuk penjanaan penyelesaian yang kreatif.
Bergantung kepada tugas, amalan pengajaran yang berjaya mempunyai
ciri yang disokong ketiga-tiga perspektif. Jadi tiada sesuatu
pendekatan yang terbaik, dan ia bergantung kepada konteks. Aplikasi
multimedia dan komunikasi sinkroni atau taksinkroni oleh web dan
lebuh raya elektronik membekalkan adunan yang baik bagi pendekatan
mungkin berjaya sebaik sahaja kita memahami dan menggunakan
prinsip-prinsip di belakang perspektif teori pembelajaran. Tennyson
dan Breuer (1997) mencadangkan model pautan yang menggunakan
kekuatan setiap satu atau kombinasi perspektif teori-teori
pembelajaran.4.0 KOMPUTER DALAM PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU4.1 Apa
Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer (PBBK)?Pembelajaran Bahasa
Berbantukan Komputer (PBBK) atau Computer-Assisted Language
Learning (CALL) bukanlah perkara baru dalam dunia pendidikan. PBBK
berkembang daripada Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) atau
Computer-Assisted Instruction (CAI) yang diperkenalkan pada tahun
1960-an. PBK mula diperkenalkan di University of Illinois melalui
rangkaian sistem PLATO (Program Logic Automated Machine) yang
merangkaikan universiti dan sekolah di Amerika Syarikat. PLATO
bukan sahaja menyediakan ruang untuk menempatkan perisian PBK,
tetapi juga menguruskan permintaan pembelajaran, memantau
pembelajaran, memantau perkembangan kemajuan pelajar, dan
memberikan peluang kepada pelajar dan pensyarah untuk berkomunikasi
melalui komputer. Rangkaian sistem PLATO yang menggunakan kerangka
komputer utama telah diganti dengan NOVANet yang menggunakan
komputer peribadi pada tahun 1991. Walau bagaimanapun, tidak lama
selepas rangkaian ini dilaksanakan, WWW (World Wide Web) mula
diperkenalkan dalam dunia teknologi maklumat pada tahun 1993.
Rangkaian WWW ini memberikan ruang yang lebih luas kepada PBBK
untuk digunakan di bilik darjah tanpa sempadan.Walaupun PBBK telah
diperkenalkan hampir 30 tahun yang lalu, istilah ini hanya popular
pada tahun 1980-an. Dengan adanya komputer peribadi yang semakin
mudah didapati, perisian PBBK turut bercambah bagaikan cendawan. Di
Malaysia, PBBK masih baru. Meskipun perisian PBBK sudah berada di
pasaran dan dalam internet, penggunaannya masih belum meluas dan
belum disepadukan dalam sistem pendidikan di negara ini. Kebanyakan
penggunaan perisian PBBK kini merupakan inisiatif individu pendidik
di sekolah atau di universiti dalam kursus masing-masing atau
melalui kelab komputer di sekolah. Dengan kata lain, tidak ada
keseragaman dalam penggunaan perisian PBBK di sekolah atau di
institusi pendidikan.Meskipun begitu, kerajaan sedang berusaha
menyeragamkan penggunaan PBBK di sekolah melalui program sekolah
bestari. Dengan adanya kerjasama daripada pihak swasta, kerajaan
berharap agar PBBK yang bermutu dapat dihasilkan dan penggunaannya
dapat disepadukan dalam kurikulum sedikit masa lagi. Usaha ini
baik, tetapi pemindahan pengetahuan dan kemahiran teknologi kepada
guru terhad dan terlalu minimum. Persoalan integrasi PBBK dalam
pendidikan dan pembangunan perisian PBBK merupakan dua perkara yang
harus menjadi fokus utama para pendidik dalam alaf baru (Supyan
Hussin 1996).4.2 Keperluan Pembangunan Perisian Pembelajaran Bahasa
Berbantukan Komputer (PBBK)Sebagai sebuah negara yang sedang pesat
membangun, negara ini memerlukan kira-kira 125,000 tenaga yang
berpengetahuan (knowledge workers) dalam tempoh lima tahun akan
datang. Hal ini menunjukkan bahawa institusi pendidikan haruslah
dapat melahirkan pelajar dan graduan yang bukan lagi menjadi
pengguna yang pasif dalam era teknologi maklumat, tetapi menjadi
pengguna yang aktif. Tajul Ariffin Noordin (1995: 360) menekankan
bahawa "apabila kita memasuki abad ke-21, mutu pelajar dan rakyat
yang dikehendaki ialah mereka yang dapat menghasilkan pemikiran,
penemuan, dan ciptaan yang terbaru dan tulen untuk disumbangkan
kepada dunia."Oleh sebab itu, para pendidik di sekolah perlu
dilengkapkan dengan kemahiran lanjutan selain kemahiran aplikasi
komputer yang hanya tertumpu kepada pemprosesan perkataan
(contohnya, Word), pangkalan data (contohnya, Dbase, Access),
paparan elektronik (contohnya, Excel), dan persembahan grafik
(contohnya, Powerpoint). Pendidik seharusnya tidak menjadi pengguna
(end-user atau consumer) semata-mata, tetapi terlibat secara
langsung sebagai pencipta atau pereka (producer atau designer)
perisian komputer serta mampu menilai perisian yang sesuai bagi
tujuan pengajaran dan pembelajaran. Pembangunan dan penilaian
perisian haruslah menjadi kerja yang berterusan di kalangan
pendidik.Pada ketika ini, pembangunan perisian dan penilaian
perisian pendidikan masih diserahkan sepenuhnya kepada pihak swasta
atau peniaga yang tidak terlatih dalam pengajaran dan pembelajaran.
Para pendidik dikatakan tidak perlu membuang masa untuk mencipta
atau membangunkan perisian. Oleh sebab itu, banyak perisian yang
berada di pasaran kini tidak menepati kehendak kurikulum
kebangsaan, tidak sesuai dengan budaya dan pemikiran tempatan,
tidak menepati pedagogi suatu disiplin, dan tidak sesuai dengan
cita rasa pendidik (Supyan Hussin 1996). Di Malaysia, masih belum
ada perisian pendidikan yang diiktiraf atau diterima pakai untuk
semua sekolah. Kementerian Pendidikan menjangkakan sebanyak empat
buah perisian bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris,
Sains, dan Matematik akan dapat dibangunkan oleh konsortium yang
dilantik pada akhir tahun lalu.Persoalan yang timbul ialah sejauh
manakah kekerapan yang perlu dibuat bagi memperbaik kandungan
perisian tersebut? Oleh sebab teknologi perkakasan dan perisian
sentiasa berubah dengan cepat, maka tidak mustahil perisian yang
dihasilkan oleh konsortium atau syarikat swasta hari ini menjadi
tidak sesuai lagi pada bulan hadapan. Hal ini bermakna bahawa untuk
jangka panjang, adalah lebih menjimatkan dan berkesan sekiranya
para pendidik sendiri membangunkan perisian mengikut disiplin
masing-masing dan memperbaik serta memantapkan perisian tersebut
dari masa ke masa. Sekali gus persoalan tentang keperluan bagi
memenuhi kehendak kurikulum, kesesuaian dengan budaya dan pemikiran
setempat (pelajar di sekolah luar bandar, bandar/metropolitan),
kesesuaian dengan pedagogi suatu disiplin, dan kesesuaian dengan
cita rasa pendidik yang lebih mengetahui suasana pemelajaran di
sekolah akan dapat diatasi.Pembangunan perisian pendidikan
kadangkala menimbulkan keraguan dan fobia kepada sesetengah pihak.
Ada pihak yang menganggap bahawa para pendidik agak sukar dilatih
menggunakan bahasa pengaturcaraan (contohnya C++, Visual Basic,
Authorware) bagi membangunkan perisian kerana bahasa pengaturcaraan
itu melibatkan logik algoritma dan kemahiran pengaturcaraan itu
sendiri. Proses pengaturcaraan bukan sahaja memakan masa, tetapi
juga membosankan kerana banyak aspek-aspek teknikal yang perlu
diketahui oleh pendidik. Walau bagaimanapun, dengan adanya alat
pengarang (authoring tools) yang lebih mudah dan tidak memerlukan
tahap logik algoritma dan kemahiran pengaturcaraan yang tinggi
seperti CoMIL (Malaysia), WinCALIS (Duke University, North
Carolina, USA), LIBRA (San Diego University, California, USA), Real
English (Monash University, Australia), Teleste Partner Tools
(Teleste Open, Norway), para pendidik akan berpeluang menghasilkan
bahan PBBK multimedia dengan lebih mudah dan cepat.Penglibatan
pendidik dalam pembangunan perisian ini memberikan implikasi
penting, iaitu perubahan budaya pengajaran dan pembelajaran di
sekolah atau di universiti. Jika sebelum ini pengajaran dan
pemelajaran bahasa, misalnya, mengambil masa lima jam seminggu,
maka dengan perubahan peranan pendidik daripada pemberi ilmu kepada
fasilitator ilmu, pendidik tidak perlu bersama dengan pelajar
selama enam jam seminggu lagi. Mungkin pertemuan di bilik darjah
atau di dewan kuliah dapat dihadkan kepada tiga jam seminggu,
sementara pemelajaran berbantukan komputer bersama pendidik untuk
tempoh sekurang-kurangnya sejam seminggu sama ada di makmal atau di
bilik darjah (pendidik sebagai fasilitator atau pemerhati), dan
pemelajaran kendiri oleh pelajar (yang pada ketika yang sama tenaga
pengajar bahasa berkenaan akan terlibat dengan kerja menghasilkan
bahan perisian komputer). Pengubahsuaian beban kerja dan peranan
pendidik ini perlu dibuat bagi memastikan sekolah atau institusi
berkenaan mencapai objektif yang telah digariskan.4.3 Kajian
Berkaitan Pembelajaran Bahasa Berbantukan KomputerMeskipun
keberkesanan penggunaan komputer multimedia dalam pendidikan masih
terlalu awal untuk dinilai, hasil penyelidikan yang lalu telah
membuktikan bahawa pemelajaran bahasa berbantukan
komputer:meningkatkan minat terhadap mata pelajaran (Chambers dan
Spretchers 1980, Kulik dan Cohen 1980, Fisher 1983, Norhanim Hamdan
1994, Afendi Hamat 1995, Zubaidah Zakaria 1996, Hazline Mahmood
1998, Zuwati Hasim 1998),meningkatkan keberkesanan dalam kefahaman
dan penguasaan bahasa Inggeris (Allen 1972, Magidson 1978, Supyan
Hussin 1994),meningkatkan minat terhadap mata pelajaran tersebut
(Chambers dan Sprechers 1980, Kulik, Kulik, dan Cohen 1980,
McDougall 1975),meningkatkan keberkesanan dalam kefahaman dan
penguasaan bahasa Inggeris (Allen 1972, Magidson 1978, Supyan
Hussin 1994),berkesan jika digunakan bersama-sama dengan bahan
pengajaran yang lain dalam mata pelajaran bahasa (Edwards, Norton,
Taylor, Dusseldrop, dan Weiss 1974, Fisher 1983, Supyan Hussin
1994, Ng dan Oliver 1987),berkesan jika ianya selari dengan sukatan
mata pelajaran tersebut (Bloomeyer 1985, Supyan Hussin 1994, Zuwati
Hasim 1998, Afendi Hamat 1995, Hazline Mahmood 1998).Walaupun belum
terdapat kajian khusus yang meluas tentang keberkesanan
pembelajaran bahasa berbantukan komputer yang menggunakan bahan
multimedia, kita percaya bahawa pembelajaran bahasa akan menjadi
lebih menarik, bermakna, dan produktif melalui penggunaan bahan
multimedia ini. Hal ini demikian kerana bahan multimedia dapat
menggabungkan bunyi, suara, gambar, filem, dan teks untuk
mewujudkan "persekitaran" baru yang kaya dengan input bahasa yang
membolehkan pelajar berinteraksi dengan bahasa Inggeris yang
dipelajari. Keistimewaan ini tidak terdapat pada alat bantu
mengajar yang lain, seperti buku, pita audio, dan pita video yang
lebih bersifat satu hala atau unidirectional.Penggunaan PBBK
multimedia bersifat dua hala atau bidirectional. PBBK mampu
memberikan maklum balas dengan kadar yang segera dan sesuai dengan
tahap kemampuan pelajar. Hal ini menjadikan perisian PBBK lebih
menarik dan lebih berkesan. Malah, teori pembelajaran turut
menyokong penggunaan gambar, grafik, video, dan suara bagi membantu
pelajar memahami dan mengingati apa-apa yang dipelajari dengan
lebih baik (Kemp dan Smelle 1989). Romiszowski (1988) menyatakan
bahawa pelajar dapat mengingat kira-kira 20% daripada apa-apa yang
dilihat, kira-kira 30% daripada apa-apa yang didengar, dan
kira-kira 60% daripada apa-apa yang dibuat. Oleh sebab perisian
PBBK multimedia mampu mengintegrasikan pelbagai bentuk media di
dalamnya, maka pelajar akan mendapatinya amat berguna dalam
pemelajaran bahasa. Umpamanya, dalam suatu kursus bahasa yang
menggunakan bahan PBBK multimedia, seorang pelajar dapat membaca
dialog perbincangan melalui keratan esei yang diberikan, mendengar
dialog dan intonasi setiap ayat yang dibualkan melalui klip suara,
dan melihat gaya pergerakan anggota badan orang yang bercakap
melalui klip video. Ringkasnya, dengan adanya perisian PBBK
multimedia, pelajar dapat mempelajari suatu bahasa dengan lebih
berkesan dan bermakna kerana pelajar bukan sahaja diberikan input
bahasa yang kaya, tetapi juga dapat menggunakan ketiga-ketiga
pancainderanya (deria mata, deria telinga, dan deria sentuhan)
secara aktif.Salah satu contoh yang jelas ialah PBBK di UKM bermula
pada tahun 1991 apabila diperkenalkan buat pertama kalinya dalam
program latihan perguruan TESL (Teaching of English as a Second
Language) melalui kursus Educational Technology in TESL. Matlamat
utama kursus ini adalah untuk membekalkan pengetahuan ("know-what"
and "know-why") dan kemahiran ("know-how") dalam menggunakan alat
bantu mengajar audio-visual termasuklah penggunaan komputer
multimedia dalam pengajaran dan pemelajaran bahasa. Bakal guru ini
kelak diharapkan mampu mengekploitasi penggunaan komputer dalam
meningkatkan prestasi pengajaran mereka.Format kursus Educational
Technology in TESL dibahagikan kepada dua bahagian: teori dan reka
bentuk. Dalam kursus tersebut, teori berkaitan seperti teori
pembelajaran, teori pemerolehan bahasa kedua atau SLA (second
language acquisition), rasional penggunaan media tertentu dalam
pengajaran, dan pelbagai pendekatan pengajaran bahasa dibincangkan
pada peringkat pertama permulaan kursus. Kemudian pelajar akan
didedahkan kepada peringkat reka bentuk, pada peringkat ini mereka
mempelajari prinsip reka bentuk arahan (instructional design)
sebelum memulakan projek perisian komputer. Pelajar diharapkan
dapat mengintegrasikan pengetahuan mereka mengenai teori
pembelajaran dan prinsip pengajaran dalam perisian. Produk yang
dihasilkan haruslah mencerminkan trend dan amalan semasa dalam
bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa. Pelajar digalakkan
menyesuaikan perisian PBBK dengan nilai budaya, cara pemikiran,
serta latar belakang tempatan agar perisian tersebut dapat memenuhi
keperluan dan cita rasa negara. Selain penghasilan produk
multimedia PBBK, pelajar akan mempelajari cara menilai keberkesanan
bahan PBBK multimedia yang digunakan untuk tujuan pembelajaran.
Kursus tersebut turut mendedahkan pelajar kepada inovasi teknologi
terkini, termasuk koridor raya multimedia atau MSC (multimedia
super-corridor), internet, e-mel, sidang audio, sidang video, dan
komunikasi satelit dalam pendidikan.Oleh sebab hampir semua guru
praperkhidmatan ini tidak ada latar belakang kemahiran
pengaturcaraan, Fakulti Pengajian Bahasa, UKM, memilih untuk
mendedahkan kemahiran menggunakan sistem pengarangan (authoring
systems) dan bukan bahasa pengarturcaraan (programming languages)
kepada mereka. Sistem pengarangan ialah perisian yang menyediakan
pelbagai templet pelajaran yang telah disediakan lebih awal untuk
digunakan oleh guru. Tidak seperti bahasa pengaturcaraan, sistem
pengarangan tidak memerlukan guru itu mengingati sintak arahan atau
mahir dalam logik algoritma bagi mengaturalir program. Sebaliknya,
guru dapat memilih bentuk pelajaran sama ada penerokaan pemelajaran
(exploratory), penilaian kendiri (self-assessment), atau sekadar
peninjauan (browsing). Guru dapat memilih sama ada untuk
menggunakan format soalan objektif atau aneka pilihan, jawapan
pendek, isi-tempat-kosong, atau dikotomous. Selain itu, guru dapat
juga menentukan bentuk maklum balas yangs sesuai untuk satu-satu
tugasan dalam perisian. Kebanyakan sistem pengarangan yang terkini
membenarkan pengguna mengintegrasikan grafik, gambar, animasi,
video, dan bunyi ke dalam teks yang akan menghasilkan pelajaran
PBBK multimedia yang lebih menarik dan bermakna kepada pelajar.Pada
awal tahun 1990-an, kursus tersebut telah menggunakan sistem
pengarangan berasaskan DOS, seperti Pinpoint, Vocab, Wordstore,
Storyboard, Gapmaster, Choicemaster, dan Testmaster yang
dikeluarkan oleh Wida Software Ltd. Britain, walaupun terdapat
sistem pengarangan lain seperti CoMIL, Dasher, and Gapkit. Lebih
daripada 50 perisian PBBK telah dihasilkan oleh pelajar TESL antara
tahun 1991-1993 yang menggunakan sistem pengarangan berasaskan DOS
(Supyan Hussin, Afendi Hamat, dan Norizan Razak 1998). Kandungan
perisian yang dibangunkan merangkum sukatan pelajaran bahasa
Inggeris untuk Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), dan kursus kemahiran bahasa
Inggeris yang ditawarkan di UKM. Sebahagian daripada program
tersebut telah diperbaik dan ditingkatkan mutunya oleh pelajar
berkenaan pada semester berikutnya dalam kursus, seperti Curriculum
Design and Material Development dan Testing. Ada pelajar TESL yang
menjadikan bahan perisian PBBK tersebut sebagai projek tahun akhir
di UKM. Sebahagian pelajar yang lain menggunakan perisian PBBK
multimedia mereka di sekolah tempat mereka menjalankan latihan
mengajar.Pada pertenghan tahun 1990-an, apabila teknologi
mulltimedia menjadi makin popular dalam pendidikan, sistem
pengarangan multimedia semakin bertambah di pasaran. LIBRA,
WinCALIS, CoMIL, RealEnglish, Course Builder, dan Teleste Partner
Tools ialah contoh sistem pengarangan multimedia. Setelah meneliti
program pengarangan tersebut, WinCALIS telah dipilih untuk kursus
Educational Technology in TESL. WinCALIS menawarkan beberapa ciri
seperti mesra-guna dan bersepadu, di samping pelbagai kemudahan
pengarangan yang lebih menyeluruh jika dibandingkan dengan sistem
pengarangan yang lain. Dari segi pedagogi, WinCALIS lebih sesuai
untuk pembangunan perisian bahasa kerana menawarkan pelbagai
templat yang memudahkan proses pengarangan. Dalam pada itu,
terdapat ciri pengajaran yang sedia terbina dalam sistem
pengarangan tersebut, seperti bentuk soalan, sistem maklum balas,
rekod kemajuan pelajar, dan kemudahan merawak tugasan atau soalan.
Sejak tahun 1994, pelajar TESL di UKM telah membangunkan lebih
daripada 50 perisian multimedia PBBK menggunakan sistem pengarangan
WinCALIS (Supyan Hussin, Afendi Hamat, dan Norizan Abdul Razak
1998). Sebahagian perisian ini telah digunakan oleh guru pelatih di
sekolah semasa latihan mengajar. Apabila mereka kembali ke kampus
semula pada semester berikutnya, mereka terus memperbaik kelemahan
yang ada pada perisian tersebut sebelum dipindahkan ke dalam
CD-ROM.5.0 KEBERKESANAN PENGGUNAAN KOMPUTER DALAMPENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU PADA MASA KINI5.1 Bahasa Melayu dalam
Era Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT)Teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) adalah diasaskan oleh perkembangan dan kemajuan
yang pesat dalam bidang mikroelektronik sehingga menghasilkan
pelbagai kemudahan teknologi maklumat seperti komputer peribadi,
telekomunikasi multimedia dan sebagainya. Seterusnya kemunculan
internet telah meluaskan penggunaan ICT dengan jaringan informasi
bersepadu sehingga membolehkan diaplikasikan sebagai media
komunikasi yang melibatkan teks, bunyi, grafik dan video. Fenomena
ini secara langsung mempengaruhi dan mencabar kewibawaan dan
kedudukan bahasa Melayu di rantau Nusantara ini.Penekanan terhadap
ICT di era globalisasi dan liberalisasi bermakna penggunaan bahasa
Inggeris menjadi semakin penting dan tidak dapat dielakkan oleh
masyarakat dunia. Era ICT telah menunjukkan bahasa Inggeris
mengiringi kelahiran pertama Internet dunia di Amerika Syarikat dan
seterusnya diikuti dengan pengeluar perisian dan perkakasan
komputer seperti Microsoft, Dell dan Hewlett-Packard yang semuanya
diasaskan oleh mereka yang berbahasa Inggeris. Perubahan
persekitaran ini menimbulkan persoalan sama ada mampukan bahasa
Melayu digunakan di dalam era ICT sebagai bahasa perantaraan
alternatif untuk dimanfaatkan oleh masyarakat bahasanya? Mampukah
pengiat-pengiat bahasa Melayu menggunakan ICT sebagai alat
penyelidikan, perkakasan, perisian dan aplikasi untuk pembangunan
bahasa Melayu?Sebagai satu pandangan umum, masyarakat bahasa Melayu
perlu memperlihatkan sikap terbuka dan kesediaan untuk menghadapi
cabaran perkembangan yang pesat dalam ICT dengan pengaruh bahasa
asing khususnya bahasa Inggeris. Perlu diakui bahawa bahasa Melayu
masih lagiemudaf dari sudut peristilahan sains dan teknologi
berbanding dengan bahasa Inggeris. Usaha supaya bahasa Melayu
diterima dalam era siber hanya akan terlaksana jika masyarakat
bahasanya mempelajari pengalaman dan kejayaan yang telah dicapai
oleh bahasa Inggeris.5.2 Isu dan Cabaran Penggunaan Bahasa Melayu
Di Era ICTPenggunaan bahasa Melayu di dalam era ICT yang pastinya
akan melalui pelbagai isu dan cabaran yang perlu diberi perhatian
dan penelitian untuk kepentingan masyarakat bahasanya. Umumnya,
antara isu dan cabaran adalah seperti berikut :Pertama : Kewujudan
Bahasa Melayu Dalam Konteks K-EkonomiPerkembangan yang pesat dalam
ICT telah membawa inovasi-inovasi yang pantas dalam mencorakkan
bentuk perniagaan, struktur masyarakat dan persaingan yang sengit
dalam pasaran antarabangsa. Inovasi-inovasi yang pantas ini telah
mewujudkan ekonomi baru dunia yang dikenali sebagai K-ekonomi atau
pun ekonomi berasaskan pengetahuan. Di dalam konteks ini,
pengetahuan merupakan nadi kepada segala bentuk perlakuan dan
pemikiran manusia dalam bidang ekonomi. Kewujudan bahasa merupakan
kepentingan dalam aspek pengetahuan kerana ia sumber penting dalam
berkomunikasi. Sehubungan dengan itu, seharusnya ICT menjadi
saluran penggunaan bahasa Melayu untuk kesinambungan status
sejarahnya sebagai bahasa lingua franca dalam cabaran ICT. Bahasa
Melayu perlu cukup kukuh dan mantap untuk membolehkan ianya
berupaya memperkatakan apa sahaja bidang yang wujud dalam kehidupan
dan seiringan dengan bahasa-bahasa moden lain seperti bahasa
Inggeris, Sepanyol, Mandarin, Perancis, Arab dan Jepun.Kedua :
Dominasi Bahasa Utama Dunia Di Peringkat MayaPerkembangan ICT
merupakan saluran kepadaepenjajahanf bahasa di peringkat maya oleh
bahasa yang mendominasi penggunaannya di peringkat antarabangsa
sepertibahasa Inggeris. Sejarah telah membuktikan bahasa Melayu
telah berjaya menempuh beberapa zaman yang mencabar kewibawaannya
dalam persaingan penggunaan bahasanya dengan bahasa-bahasa yang
lain. Umpamanya, kesan dari penjajahan negara-negara Barat di
rantau kepulauan Melayu oleh Portugis, British, Belanda dan
Sepanyol telah memberi kesan yang mendalam kepada perkembangan
penggunaan bahasa Melayu di kalangan masyarakat bahasanya kerana
perluasan penggunaan bahasa kedua dalam kehidupan seharian mereka.
Namun di atas kekuatan semangat nasionalisme dan kesedaran
kemerdekaaan di kalangan masyarakat bahasanya membolehkan bahasa
Melayu terus dipertahankan dan mengekalkan martabatnya di arena
antarabangsa. Bahasa Melayu juga telah diangkat sebagai bahasa
kebangsaan seperti di negara Malaysia, Indonesia, Brunei dan
Singapura. Malah di beberapa daerah di Thailand Selatan dan
Filipina Selatan masih terdapat masyarakat yang menggunakan bahasa
Melayu. Walaupun kata-katanya diungkapkan dalam bunyi, tatabahasa,
nahu dan ungkapan yang berbeza serta dibatasi oleh sempadan
antarabangsa tetapi ia tetap dan masih dikatakan bahasa Melayu
kerana asal-usulnya ialah dari bangsa Melayu yang serumpun.Ketiga :
Kemampuan Menjana Idea Baru, Kreativiti dan Inovasi dalam
Memantapkan Penggunaan Bahasa MelayuMasyarakat bahasa Melayu perlu
menerima hakikat perkembangan ICT adalah berhubung kait secara
langsung dengan kemampuan menjana idea baru, kreativiti dan inovasi
dalam memantapkan penggunaan bahasa Melayu. Ketrampilan bahasa
Melayu di era siber adalah bergantung kepada sejauhmana masyarakat
bahasanya mampu menyesuaikan diri dengan perubahan-perubahan
persekitarannya. Masyarakat bahasa Melayu perlu menukar mindset
kepada penggunaan bahasa Melayu yang didorongi oleh pengetahuan
supaya memperolehi manfaat daripada penggunaan ICT ekoran daripada
hasil perkembangan global. Sehubungan itu, strategi perlu dirancang
dengan teratur untuk memantapkan kekuatan dalaman bahasanya yang
telah terbina sekian lama. Pengalaman lalu membuktikan keupayaan
masyarakat berbahasa Melayu yang didokongi oleh bangsa Melayu telah
dapat mempertahankan dan mendaulatkan bahasa Melayu dengan cekap
dan berkesan di arena antarabangsa terutama di rantau Nusantara
ini. Namun, pengalaman masa lepas belum pasti menjamin kejayaan
masa depan. Senario abad ke 21 jauh lebih mencabar dan penuh
ketidaktentuan serta amat berbeza dengan perubahan yang dialami
sebelumnya. Ini ditambahi lagi perkembangan pesat ICT dan
penggunaanya di dalam masyarakat dunia.Keempat : Persepsi Kedudukan
Bahasa Melayu Terhadap Penguasaan Bahasa InggerisPenekanan terhadap
K-ekonomi yang dipercepatkan dengan kepesatan perkembangan ICT
telah menjadikan penggunaan bahasa Inggeris semakin unggul sebagai
bahasa pengantar masyarakat dunia selaras dengan pengiktirafan yang
diberikan kepadanya sebelum ini sebagai bahasa antarabangsa.
Perkembangan bahasa Inggeris ini telah menimbulkan reaksi yang
berbeza-beza di kalangan pemimpin-pemimpin,
cendiakawan-cendiakawan, budayawan-budayawan dan
sasterawan-sasterawan di seluruh dunia berkaitan dengan kesannya
terhadap kedudukan bahasa-bahasa lain yang melambangkan identiti
sesuatu kaum atau bangsa.Peluasan dan penguasaan bahasa Inggeris di
peringkat antarabangsa tidak dapat dielakkan. Masyarakat dunia
secara langsung telah dipengaruhi oleh peluasan bahasa Inggeris
sebagai persediaan untuk menghadapi K-ekonomi. Peluasan bahasa
Inggeris ini didorongi oleh keperluan memperolehi maklumat dan
pembelajaran di peringkat maya melalui kemajuan ICT. Fenomena ini
tidak bermaksud untuk menidakkan kepentingan bahasa Melayu tetapi
meletakkan bahasa Inggeris sebagai bahasa alat berkomunikasi dalam
teknologi maklumat, internet dan dagangan antarabangsa. Manakala,
bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan, bahasa perpaduan dan jati
diri masyarakat bahasanya. Namun tidak mustahil dengan usaha-usaha
yang bersungguh-sungguh dari semua pihak akan menjadikan bahasa
Melayu mempunyai peranan yang besar dalam penggunaannya di dalam
ICT. Sehubungan dengan itu, penggunaan bahasa Melayu dan bahasa
Inggeris oleh masyarakat bahasanya mempunyai peranan yang berbeza
dan tidak seharusnya menimbulkan konflik jika masyarakat bahasanya
jelas tentang peranan penguasaan dan penggunaan kedua-dua bahasa
tersebut.
Kelima : Memperkayakan Bahasa MelayuBahasa Melayu bersifat
keterbukaan dan berkembang dari semasa ke semasa. Sejak dalam
penjajahan Portugis, Inggeris dan Belanda, bahasa Melayu telah
berkembang menyeresapi istilah-istilah asing dan lantas
memperkayakan bahasa Melayu. Istilah-istilah seperti lampu, almari,
bendera, buku, bola dan meja merupakan contoh-contoh istilah
terbitan daripada bahasa-bahasa asing. Malah, sebelum penjajahan,
bahasa Melayu juga telah meminjam dari bahasa-bahasa Sanskrit dan
Arab seperti istilah sastera, bulan, akhirat dan zahir.Pengembangan
bahasa Melayu akan lebih ketara apabila kita memasuki zaman baru
seperti di era ICT. Seringkali ada istilah-istilah baru asing yang
diterbitkan dan diperkenalkan. Justeru itu, untuk bersaing dengan
bahasa-bahasa utama, bahasa Melayu harus berkembang dalam
menerbitkan istilah-istilah baru bagi menterjemaah istilah-istilah
baru yang asing. Istilah-istilah baru seperti tetikus, perisian,
perkakasan, siber, laman, jaringan, internet dan batang bedek telah
berjaya diterbitkan dan digunapakai. Walaupun begitu, keterbukaan
sifat bahasa Melayu seharusnya sentiasa dipantau perkembangannya
dengan ketat agar tiada penyelewengan dalam memelayukan
istilah-istilah asing.Keenam : Memasyarakatkan Bahasa Melayu
Melalui Ruang SiberBahasa Melayu sebagai identiti buat masyarakat
di beberapa negara di rantau Asia Tenggara. Bangsa Melayu di
Singapura mempunyaieBahasa Melayu Singapuraf dan bangsa Melayu di
Indonesia mempunyai eBahasa Indonesiaf, dan Malaysia berbangga
dengan eBahasa Malaysiaf. Keberkesanan untuk melaksanakan
penggunaan bahasa Melayu di dalam era ICT terletak di bahu
masyarakat bahasanya. Inilah masanya untuk masyarakat bahasa Melayu
menempa nama di persada antarabangsa dengan menggunakan dunia siber
yang menghubungkan di seluruh pelusuk dunia.Dalam merelisasikan
penggunaan bahasa Melayu di peringkat maya bukanlah satu perkara
yang boleh diambil mudah dan remeh temeh. Banyak kegiatan ilmiah
dan langkah-langkah yang perlu dilaksanakan agar perkembangan
penggunaan bahasa Melayu dianggapehidupf dan etidak matif oleh
masyarakat dunia. Kegiatan-kegiatan yang telah dan akan
dilaksanakan dengan kemudahan ICT seharusnya mempunyai matlamat
yang sejajar dengan arus pemodenan dan persejagatan masyarakat
dunia agar ia dapat memaparkan bahawa semua kegiatan yang diadakan
adalah benar-benar menggunakan dan menjiwai sepenuhnya bahasa
Melayu. Usaha orang perseorangan dan syarikat-syarikat masyarakat
Melayu dalam menfdotcomfkan bahasa Melayu ke dalam alam internet
perlu diteruskan dan diberikan sokongan sewajarnya oleh masyarakat
bahasanya. Membawa bahasa Melayudalam konteks masyarakat Melayu di
peringkat maya adalah satu usaha yang perlu dilakukan dengan tekad
dan azam yang kuat. Dengan menfdotcomfkan bahasa Melayu di dalam
gerbang internet akan menyediakan ruang untuk pelunsur menggunakan
bahasa Melayu di internet dan seterusnya meningkatkan imej bahasa
Melayu seiringan dengan bahasa-bahasa seperti bahasa Inggeris,
Peranchis, Jepun dan Cina. Ia suatu nilai yang penting untuk
menangkis segala tanggapan bahawa bahasa Melayu tidak mampu
bersaing atau tiada tempat di persada dunia.
Ketujuh : Pensejagatan Dasar Bahasa Melayu Di Peringkat
MayaMasyarakat di beberapa negara yang masih mendaulatkan bahasa
Melayu sekarang ini sedang mempelajari bahasa kedua ataupun bahasa
ketiga adalah kerana keperluan ICT dagangan. Namun penguasaan
bahasa asing ini tidak seharusnya melunturkan kepentingan bahasa
Melayu itu sendiri. Masyarakat bahasa Melayu mesti mengguna,
mengukuh dan memperluas bahasa Melayu di peringkat maya untuk
tujuan kenegaraan dan membezakan jati diri masyarakat bahasa Melayu
dengan masyarakat-masyarakat bahasa yang lain. Bahasa asing yang
diketahui hanya digunakan sebaiknya apabila berdagang dan
berkomunikasi dengan masyarakat bahasa lain.Bagi mencapai hasrat
tersebut, peranan dan tanggungjawab negara-negara yang
masyarakatnya masih berbahasa Melayu adalah membina empayar dan
mengembangkan sastera, budaya dan penerbitan dalam bahasa Melayu di
peringkat maya. Persefahaman dan kerjasama dalam perkembangan di
peringkat maya ini perlu menggunakan teknologi terkini seperti ICT
untuk dimanupulasikan sebagai alat penyelidikan, perkakasan,
perisian dan aplikasi dalam memperkembang bahasa Melayu. Munsyi
Abdullah telah membuktikan bagaimana perkembangan bahasa Melayu
dapat dilaksanakan dengan tindakan proaktif beliau terhadap
penggunaan teknologi percetakan pada zamannya. Oleh itu, dasar
persejagatan bahasa Melayu di peringkat maya juga dapat
direalisasikan dalam era ICT dengan mengaplikasikan semangat
nasionalisme, pengetahuan dan teknologi terkini.Kelapan : Perubahan
Sistem PendidikanInstitusi pendidikan adalah medium penting untuk
mengukuhkan lagi nilai dan keperluan bahasa Melayu di kalangan
golongan generasi muda bangsa Melayu melalui sistem pendidikan yang
mengambilkira penyerapan dan penyebatian kemajuan dan perkembangan
ICT. Misalnya, generasi muda akan mempunyai peluang untuk
menghalusi bahasa Melayu ke dalam jiwa mereka melalui kegiatan dan
aktiviti bercorak bahasa Melayu dengan menggunakan teknologi maya
yang diasaskan oleh kemudahan internet. Melihat kepada dominasi
bahasa Inggeris di internet adalah disedari bahasa ini merupakan
pencetus teknologi dan ilmu pengetahuan pelbagai bidang yang
diinginkan oleh masyarakat dunia. Dalam hal ini, masyarakat bahasa
Melayu mestilah tegas menentukan kedudukan bahasa Melayu dan
peranan bahasa yang diperlajari dalam sistem pendidikan mereka.
Jika bahasa asing yang diperlajari memerlukan makmal dan program
khusus dalam menguasainya maka tidak perlu diketepikan juga
kepentingan penyediaan prasarana dan program sedemikan kepada
bahasa Melayu dalam sistem pendidikan.Di peringkat dunia, penutur
bahasa Melayu adalah seramai lebih 250 juta orang. Ini meletakkan
kedudukan status bahasa Melayu ditempat keempat teramai penuturnya
selepas bahasa Mandarin, Sepanyol dan Inggeris. Jadi tidaklah
mustahil bahasa Melayu boleh menjadi bahasa komunikasi dan
dipelajari di seluruh dunia melalui teknologi maya jika masyarakat
bahasanya mengambil kesempatan dari pembentukan dunia sejagat tanpa
sempadan dan sekatan yang menjadi fenomena sekarang ini.
Kesembilan : Evolusi Bahasa Melayu dalam Perkembangan ICTProses
evolusi bahasa Melayu turut berlaku dalam perkembangan era ICT.
Penggunaan bahasa Melayu di internet semakin meluas di mana semakin
ramai pengguna-pengguna bahasa Melayu mengeksploitasi kemudahan
unsur komunikasi tersebut. Ini dibukitkan dengan terdapatnya banyak
laman-laman dan penggelungsur berbahasa Melayu di internet yang
dibentuk dari negara-negara seperti Malaysia, Indonesia dan
Singapura. Perkembangan ini juga diiringi dengan penyediaan
kemudahan e-mail dan chat yang secara tidak langsung membantu
melestarikan bahasa Melayu. Penerimaan pakai internet ini telah
membawa proses evolusi bahasa Melayu ke peringkat maya.Sebagai
contoh kesan dari penggunaan ruang siber yang serba mudah dan serba
luas telah menghasilkan istilah-istilah baru yang boleh digelarkan
sebagaiebahasa Melayu Internetf. Misalnya, perkataan-perkataan
seperti kang (nanti), afkum (assalamualaikum), wflam
(wafalaikumsalam), dowang (mereka), tipon (telefon) dan
persal(mengapa). Pengubahsuaian juga telah dibuat kepada kata
gantinama seperti sayer (saya), dier (dia) dan nko (engkau). Begitu
juga dengan kata tanya telah diubah suai seperti biler (bila),
camner (bagaimana) dan maner (mana).Pada pragmatiknya, situasi ini
merupakan satu percubaan yang menarik dalam evolusi bahasa Melayu.
Namun demikian manupulasi bahasa seumpama ini jika tidak dibendung
mampu memudaratkan pengguna dan nilai bahasa itu sendiri. Amalan
seperti ini akan menghasilkan ayat-ayat yang tidak gramatik kerana
menyeleweng daripada hukum-hukum tatabahasa. Timbul juga
perkembangan pemelatan kata-kata, kata-kata bersifat irama, istilah
spesifik dan penggunaan simbol-simbol dengan tujuan untuk
memeriahkan suasana perbualan, kemesraan dan peringkasan teks dalam
berkomunikasi di peringkat maya.Walau bagaimanapun perkembangan
seperti ini perlu dilihat sebagai satu percaturan yang menarik dan
sihat yang perlu dimantau supaya tidak berlaku penyelewengan bahasa
dari alam maya ke alam realiti. Pengguna-pengguna internet
seharusnya mewujudkan persefahaman untuk memastikan bahasa Melayu
tetap terpelihara. Sebagai langkah awal, bahasa Melayu internet
sebaiknya disimpan sahaja di dalam internet agar kemurnian dan
kedinamikan bahasa Melayu lebih terserlah dan kekal relevan serta
biarlah ia berkembang mengikut tapak penggunaannya.Masyarakat
bahasa Melayu tidak boleh mempertahan bahasa Melayu hanya dengan
menguasai bahasa itu. Di samping strategik yang teratur, masyarakat
bahasa Melayu perlu menguasai bahasa-bahasa lain dan tahu cara
menyebarkan maklumat di dalam era ICT. Dengan mempelajari
usaha-usaha dari tokoh-tokoh bidang ICT seperti Bill Gate dan
laman-laman perintis seperti Yahoo, Hotmail dan MSN adalah perlu
usahawan-usahawan dari masyarakat bahasa Melayu memasuki peringkat
ICT bukan sahaja persaingan di Malaysia, Singapura, Indonesia dan
Brunei malah di peringkat global.Perkembangan globalisasi dan
liberasasi hendaklah dilihat sebagai satu peluang masyarakat
berbahasa Melayu untuk memastikan bahasa Melayu terus kekal
disanjung oleh bangsa Melayu serta masyarakat bukan Melayu dengan
memanupulasikan ICT sepenuhnya. Oleh itu, segenap sudut dan ruang
yang sempit perlu dilebarkan agar bahasa Melayu mempunyai nilai
yang simbolik dan tidak luput dek hujan, tidak lekang dek panas.
Masyarakat berbahasa Melayu perlu mencari jalan dalam menambah
nilai bahasa di pasaran dunia. Ini merupakan satu tugas berat bagi
pengiat bahasa dan masyarakat Melayu khususnya untuk terus berusaha
mencari jalan, kaedah serta hipotesis meningkatkan nilai bahasa
Melayu di persada era ICT. Bagaimanapun, nilai bahasa Melayu tidak
boleh dijual beli dalam pasaran yang bersifat sejagat. Nilai dan
harga bahasa Melayu bergantung sejauh mana masyarakat Melayu di
Nusantara membuatepelaburanf sewajarnyadi pasaran dunia globalisasi
yang sedang mengagungkan bahasa Inggeris sebagaiepelaburf
utama.Bahasa Melayu di dalam era ICT perlu dilihat sebagi satu
keperluan dan bekalan yang penting dalam masyarakat bahasanya untuk
menghasilkan satu identiti bangsa yang tulen dan sejati. Pada masa
yang sama, biarlah bahasa Melayu dapat memupuk jati diri masyarakat
bahasanya lebih-lebih lagi dalam arus pemodenan dan penyejagatan
dunia. Jangan biarkan bahasa Melayu menyerantau di ruang siber
tanpa dipedulikan oleh masyarakat bahasanya sendiri dan akhirnya
pupus di mata dunia.6.0 IMPLIKASI PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU6.1 Komunikasi
Pengantaraan Komputer dalam Pengajaran Bahasa MelayuKomunikasi
pengantaraan komputer memerlukan perkakasan seperti komputer,
modem, dan talian yang dihubungkan dengan talian telefon. Dengan
adanya komputer yang dihubungkan dengan talian telefon ini, kita
dapat berkomunikasi dan menyusuri lebuh raya maklumat, mencapai
maklumat, dan mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan melalui
internet. Komunikasi berperantaraan komputer merangkum perkhidmatan
mel elektronik, papan buletin, persidangan komputer, sembang siber,
dan laman web.6.1.1 Mel ElektronikMelalui mel elektronik, pengguna
berkomunikasi dengan menggunakan teks sahaja. Walaupun teknologi
terkini menawarkan perkhidmatan video dan suara, komunikasi secara
teks didapati digunakan dengan lebih meluas. Guru dan pelajar dapat
berkomunikasi dari komputer peribadi masing-masing dengan
menggunakan perisian tertentu, seperti Eudora, Nescape
Communicator, dan Microsoft Explorer. Perisian komunikasi ini dapat
menyimpan, menghantar, dan mencetak mel elektronik. Penerima mel
pula dapat membaca dan membalas mel elektronik ini. Komunikasi
melalui mel elektronik dapat berlangsung dalam bentuk formal atau
tidak formal.Mel elektronik membolehkan komunikasi dilakukan dengan
cepat dan mudah. Guru dapat menggunakan mel elektronik untuk
berunding dengan pelajar yang berada di tempat yang jauh. Walau
bagaimanapun, komunikasi melalui mel elektronik ini dianggap tidak
sempurna kerana tiada intonasi, ekspresi wajah, dan gerak laku yang
turut merupakan unsur penting dalam komunikasi.6.1.2 Papan
BuletinPapan buletin dapat digunakan untuk memaparkan maklumat
terkini dan bahan pemelajaran. Guru dapat menggunakan papan buletin
ini untuk memaklumkan maklumat kursus, seperti latihan, tarikh
persidangan, tempat pertemuan, dan bahan berkaitan kepada
pelajar.6.1.3 Persidangan KomputerPersidangan ini meliputi forum
elektronik yang lebih interaktif dan melibatkan lebih banyak
pengguna. Sidang konferen ini membolehkan para pengguna membaca dan
menulis mesej, serta berbincang secara spontan tentang suatu isu.
Para guru bahasa Melayu dapat menggunakan sidang ini untuk
membahaskan pelbagai isu yang berkaitan dengan bahasa.6.1.4 Sembang
siberPerkhidmatan ini membolehkan para pelajar berbual-bual dalam
bentuk bertulis, iaitu dengan menggunakan teks. Perbualan ini
berlansung dalam keadaan tidak formal dan tidak terancang.
Perbualan dapat dilakukan bersama-sama dengan pengguna lain yang
mengunjungi laman sembang siber ini. Guru bahasa Melayu dapat
mengatur pertemuan dengan pelajar di laman ini supaya satu bentuk
perbualan yang mencapai keperluan kemahiran bahasa pelajar dapat
dilakukan.6.1.5 Laman WebPerkhidmatan ini membolehkan para guru
memberikan syarahan, latihan, atau maklumat kursus dalam talian.
Laman ini dihubungkan dengan beberapa laman web lain supaya pelajar
dapat menyusur maklumat lain yang berkaitan dengan perkara yang
dipelajari. Laman ini dapat dibangunkan dengan lebih lengkap untuk
tujuan pengajaran. Jika komputer mempunyai kemudahan multimedia,
pelajar juga dapat mendengar dan melihat imej yang diprogramkan.
Interaksi begini sudah tentu lebih mencabar dan memberikan motivasi
kepada pelajar. Para pendidik harus menggunakan perkhidmatan ini
dalam pengajaran bahasa Melayu.6.2 Masalah dan CabaranPersoalan
untuk menjadi bahasa Melayu (BM) sebagai bahasa siber pada zaman
teknologi maklumat merupakan satu persoalan besar yang perlu
ditangani secara bijaksana oleh pengkaji dan pencinta BM. Persoalan
ini perlu diambil berat agar kedudukan dan kedaulatan BM sebagai
bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan sentiasa terpelihara. Amanat
yang disampaikan oleh bekas Menteri Pendidikan (Datof Seri Najib
Tun Abdul Razak) ialah sebahagian daripada persoalan yang perlu
dikupas dan dibicarakan oleh semua pihak. Dalam amanat itu, Menteri
Pendidikan menyeru supaya BM dimajukan seiring dengan kemajuan
teknologi maklumat agar BM tidak mudah diketepikan dengan alasan
bahawa pemakaian dan penerimaan khalayak terhadap bahasa Inggeris
adalah lebih mudah. Hal ini sedemikian kerana jika BM terus disisih
dan terpinggir, keperibadian bangsa Malaysia akan turut
terjejas.Usaha ke arah mensiberkan istilah BM dalam teknologi
maklumat sedang dan terus dilakukan oleh pihak yang terlibat,
seperti Dewan Bahasa dan Pustaka, Perbadanan Multimedia Super
Coridor (MSC), Kementerian Pendidikan, Institut Pendidikan Tinggi
Awam (IPTA) dan Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS), ahli
akademik, pencinta bahasa dan orang perseorangan yang sentiasa
mengambil berat akan masa depan dan kedudukan BM. Namun demikian,
dalam melaksanakan usaha murni itu, terdapat masalah dan kekangan
yang menjadieduri dalam dagingf kepada BM untuk terus dinobatkan
sebagai bahasa siber pada zaman teknologi maklumat. Masalah dan
cabaran ini perlu diatasi bagi merealisasikan hasrat
tersebut.Kedudukan BM sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan
dalam Perlembangan Malaysia jelas dan tidak boleh dipertikaikan
oleh mana-mana pihak. Hal ini termaktub dalam Perlembagaan
Persekutuan Perkara 152 yang berbunyi:Bahasa kebangsaan ialah
bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan
sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang oleh parlimen
dengan syarat bahawa:a. tiada sesiapapun boleh dilarang atau
ditahan daripada menggunakan (bagi apa-apa maksud lain daripada
maksud rasmi) atau daripada mengajar atau belajar apa-apa bahasa
lain;(Perlembagaan Persekutuan 1993)Kedudukan dan keutuhan BM dalam
Perkara 152 di atas membuktikan bahawa kedudukan BM hendaklah
dipertahankan dalam apa-apa urusan rasmi ataupun tidak rasmi. Hal
ini tidak ketinggalan dalam teknologi maklumat. BM hendaklah diguna
pakai dan diterima sepenuhnya oleh khalayak tanpa sebarang prejudis
terhadap kebolehan dan keupayaan BM untuk mengupas dan mengulas
segala maksud seperti halnya bahasa Inggeris.Dalam usaha untuk
menonjolkan diri sebagai bahasa siber, sudah tentu BM mengalami
cabaran getir dalam menyaingi kemantapan bahasa Inggeris yang telah
dijulang sebagai bahasa dunia. Namun, permasalahan ini bukanlah
titik terakhir untuk kita mengalah dan memberikan laluan kepada
bahasa Inggeris untuk dijadikan bahasa siber di negara kita. Kita
seharusnya berganding bahu dalam menghadapi segala masalah dan
cabaran yang mendatang, sekiranya semua pihak ingin mengecapi
kejayaan. Hal ini bertepatan dengan kata-kata bekas Ketua Pengarah
Pendidikan Malaysia, Datof Dr. Abdul Shukor Abdullah (1999) yang
ingin melihat BM diangkat sebagai bahasa siber dalam era mutimedia.
Beliau berkata bahawa bahasa Melayu akan diberi keutamaan dalam
penyediaan perisian maklumat Koridor Raya Multimedia seperti yang
dijanjikan oleh Menteri Pendidikan.Pemertaban bahasa Melayu sebagai
bahasa rasmi, bahasa kebangsaan, bahasa perpaduan, bahasa ilmu, dan
sebagainya sering menghadapai saingan dan cabaran. Masalah dan
cabaran ini perlu dihadapi dengan secepat mungkin dan bijaksana
agar kemelutan ini dapat diatasi dengan segera. Terdapat banyak
masalah dan cabaran yang dihadapi oleh BM dalam usaha untuk
dimahkotakan sebagai bahasa siber pada zaman teknologi maklumat
ini.6.2.1 Dominasi Bahasa Inggeris sebagai Bahasa
UniversalPemakaian dan penerimaan bahasa Inggeris (BI) sebagai
bahasa utama di dunia tidak dapat dinafikan. BI diagung-agungkan
melalui pelbagai nama. Phillipson memberikan dua gelaran kepada BI
iaitu yang pertama sebagai bahasa dunia dan bahasa antarabangsa dan
kedua sebagai bahasa perhubungan luas dan jendela dunia. Memang
sewajarnyalah BI dinobatkan sebagai bahasa utama dunia kerana
perkembangannya, pemakaiannya, dan penerimaannya dalam semua aspek
kehidupan di dunia seperti politik, sosial, ekonomi, pendidikan dan
lain-lain lebih awal daripada BM. Peranan BM dalam kesemuaaspek ini
hanya mula berkembang selepas negara mencapai kemerdekaan sehingga
kini.Namun demikian, pengaruh BI bukanlah batu penghalang kepada BM
untuk sama-sama mendapat pengiktirafan pengguna BI. Dalam konteks
ini, pengguna dan penerima BM hendaklah memainkan peranan penting.
Seharusnya persaingan dengan BI menjadi asas yang kukuh untuk
meningkatkan penggunaan dan pelaksanaan BM dalam teknologi
maklumat. Tidak mustahil BM diterima dengan mudah sebagai bahasa
siber, kerana secara semula jadi, BM memiliki ciri-ciri yang hampir
sama dengan BI baik dari segi ejaan, sebutan, makna dan sebagainya.
Kesamaan ciri-ciri yang ada pada BI .BM ini perlu diambil kira
dalam usaha memperkembang dan memperbanyak istilah BM dalam
teknologi maklumat. Dengan cara ini, kita berharap BM akan menjadi
bahasa siber lebih cepat daripada yang dijangkakan.6.2.2 Bahasa
Inggeris sebagai Bahasa Teknologi MaklumatPenggunaan BI sebagai
bahasa siber dalam bidang teknologi maklumat sudah lama berlaku.
Penganalan komputer pada awal abad dua puluh di Amerika merupakan
faktor dominan BI terus diangkat menjadi bahasa teknologi maklumat.
Penciptaan pelbagai perisisan komputer seperti perisian Microsoft,
Lotus, IBM, Apple dan sebagainya jelas menunjukkan pemonopolian BI
sebagai bahasa siber yang utama. Kemajuan dan perkembangan
teknologi maklumat pada zaman mutakhir ini membuktikan lagi bahawa
BI terus mendominasi semua program dan perisian dalam teknologi
maklumat. Pengenalan Internet misalnya, jelas memperlihatkan
pengaruh kuat BI terhadap pengguna Internet di seluruh dunia. Bagi
mereka yang ingin menerokai alam Internet, mereka terpaksa
menggunakan dan memahami BI. Segala arahan yang terpapar pada skrin
menu semuanya dalam BI.6.2.3 Sikap Memandang Rendah Kebolehan
BMSanjungan terhadap BI amat berkaitan rapat dengan sikap yang
terlalu mengagung-agungkan statusnya. Tidak dapat dinafikan
bahawaVI terlau hebat disaingi oleh mana-mana bahasa, terutamanya
bahsa dunia dan bahasa antarabangsa yang lain pada ketika ini.
Tidak dapat dinafikan juga peranan BI sebagai bahasa penyalur
kebanyakan ilmu. Kehebatan BI memang tidak dapat kita nafikan,
tetapi pada masa yang sama kita harus berbangga dengan kemampuan
dan kebolehan BM dalam kepastiannya yang lampau, kini dan akan
datang.Sikap memandang rendah akan kebolehan BM sebagai bahasa
siber dalam bidang teknologi maklumat dalam kalangan rakyat perlu
dikikis dan dibuang. Perasaan buruk sangka ini sedikit sebanyak
akan menjejaskan kebolehan BM untuk dijadikan bahasa siber. Kini,
diketahui bahawa ramai yang memandang rendah akan kemampuan dan
kebolehan BM sebagai bahasa siber. Mereka seboleh-bolehnya cuba
menafikan kemampuan dan kebolehan BM dan dalam masa yang sama terus
merajakan BI sebagai bahasa siber di negara kita.Dalam konteks
negara Malaysia, kita seharusnya menyanjung usaha kerajaan untuk
melihat BM dijadikan salah satu bahasa siber di samping BI dalam
dunia teknologi maklumat. Kita seharusnya sama-sama menyumbang ke
arah mensiberkan BM sebagai bahasa siber dalam teknologi
maklumat.6.2.4 Kekurangan Perisian Bahasa MelayuBiarpun BM sudah
mantap kedudukannya, hasrat kita untuk mensiberkan BM akan terjejas
sekiranya perisian dalam BM masih kurang dihasilkan. Perisian yang
terdapat dalam pasaran semuanya dicipta oleh pengeluar perisian
ternama duniaseperti Microsoft, IBM, Apple dan lain-lain. Ketiadaan
perisian dalam BM merupakan salah satu faktor yang menghalang usaha
menjadikan BM sebagai bahasa dalam bidang teknologi maklumat.6.2.5
Kekurangan dan Ketidakupayaan Istilah Bahasa MelayuSecara dasarnya,
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) memainkan peranan dalam pembentukan
atau penggubalan istilah baru dalam BM. Pelbagai usaha dibuat oleh
DBP bagi memperbanyak istilah baru khususnya peminjaman istilah
daripada bahasa asing khususnya BI. Tetapi, masalah penciptaan
istilah yang berkaitan dengan teknologi maklumat yang seratus
peratus menggunakan BI sedikit sebanyak menjejaskan peluang BM
untuk sama-sama bertapak sebagai bahasa siber. Bahasa istilah
daripada BI tidak dapat diterjemahkan ke dalam BM sebaliknya
dikekalkan dalam BI. Kekangan peristilahan daripada BI ke BM
menjadi masalah dan cabaran kepada BM untuk diangkat menjadi bahasa
siber utama bersama-sama dengan BI.Di samping kekurangan istilah BM
dalam komputer dan Internet, terdapat juga istilah BI yang telah
diterjemahkan ke dalam BM yang tidak tepat. Ketidaktepatan men
terjemah istilah bahasa siber ini ke dalam BM akan menjejaskan
peluang BM untuk dijadikan bahasa siber. Secara tidak langsung akan
terus memahkotakan BI sebagai bahasa siber tanpa digugat oleh
BM.6.3 Penyelesaian MasalahPermasalah dan cabaran yang dikemukakan
ini ialah sebahagian daripada banyak masalah dan cabaran yang
sedang dan bakal dihadapi oleh B.M sebelum dapat dinobatkan sebagai
bahasa siber pada zaman teknologi maklumat ini. Oleh itu, bagi
mastikan BM mampu dan dapat menjadi bahasa siber, langkah untuk
mengatasi permasalahan dan cabaran tersebut perlu dicari. Hal ini
bertepatan dengan hasrat Menteri Pendidikan yang menyeru agar
perancangan bahasa, pejuang bahasa, sarjana bahasa dan sastera,
kerajaan, IPT awam dan swasta, syarikat-syarikat bertaraf MSC,
orang perseorangan dan lain-lain agar dapat bersepadu memikirkan
cara untuk menjadikan BM sebagai bahasa siber dalam era teknologi
maklumat kini. Antara jalan penyelesaiannya ialah:6.3.1 Peranan
Dewan Bahasa dan PustakaDBP memainkan peranan penting ke arah
memantapkan penggunaan istilah teknologi maklumat terkini.
Perterjemahan istilah daripada BI dan BM yang terdapat dalam
teknologi maklumat dapat membantu BM menjadi bahasa siber secepat
mungkin. Sekiranya penterjemahan istilah bahasa siber BI dari
internet dilakukan dengan segera, nescaya BM mampu digunakan
sebagai istilah siber setanding dengan BI dalam internet. Hal ini
secara tidak langsung akan membantu penggunaan internet dalam dan
luar negara mempelajari BM sebagai bahasa siber.DBP telah
menerbitkan Kamus Komputer pada tahun 1995 sebagai panduan kepada
penggunaan komputer dan internet merujuk istilah dalamm teknologi
maklumat daripada BI ke dalam BM. Usaha mentejemahkan dan
mengamuskan istilah bahasa siber berterusan agar hasrat untuk
menjadikan BM sebagai bahasa siber akan menjadi kenyataan.6.3.2
Kementerian PendidikanKerajaan, melalui Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM), tidak ketinggalan berusaha menjadikan BM sebagai
bahasa siber. Penubuhan Sekolah Bestari merupakan langkah awal ke
arah menjadi BM sebagai bahasa siber pada zaman teknologi maklumat.
Misalnya, dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, kandungan
kurikulum BM sekolah bestari juga berbeza daripada kurikulum BM
yang dipelajari di sekolah pada masa kini. Menurut Khododi Haji
Ahmad dalam nota ringkas tentang pentafsiran sekolah bestari,
kurikulum BM sekolah bestari lebih memberikan tumpuan kepada:.
Pembinaan kemahiran dan kecekapan berbahasa di kalangan pelajar
sebagai alat pengayaan ilmu dan alat untuk berkomunikasi.. Usaha
menampung keperluan untuk pelbagai aspek komunikasi bagi bidang
kognitif, fizikal, efektif dan emosi secara bersepadu.. Kesedaran
terhadap unsur dan nilai kemanusiaan secara meneyeluruh melalui
pembacaan bahan ilmu dan hasil kesusateraan.. Rasa bangga dan
cintakan tanah air dalam satu wawasan budaya yang
dihasratkan.Kewujudan sekolah bestari juga merupakan sebahagian
daripada manifestasi tersurat dan tersirat untuk melihat BM
dijadikan bahasa siber. Komitmen KPM untuk memberi keutamaan di
dalam penyelesaian perisian bagi semua mata pelajaran sekolah
bestari dalam BM jelas. Kini terbukti banyak perisian bagi mata
pelalaran BM, Sains dan Matematik telah dalam BM.Di samping itu,
pelbagai usaha dilakukan oleh KPM bagi memastikan sekolah bestari
yang dirancang dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 1999. Misalnya,
KPM telah mengikat perjanjian dengan syarikat MSC untuk membina
perisian pendidikan dari Tahap 1 hingga ke Tingkatan 5 dengan
menggunakan BM. Setiap perisian yang dibuat berdasarkan Huraian
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR dan KBSM Edisi Sekolah
Bestari. Semua perisian dalam BM ini diharapkan akan dapat
membantuk memantapkan kedudukan BM sebagai bahasa siber dalam dunia
teknologi maklumat dan pendidikan di negara kita.6.3.3 Perbadanan
Koridor Raya Multimedia (MSC)Perbadanan MSC ditubuhkan oleh
kerajaan bagi menjayakan hasrat untuk menjadikan sebuah negara yang
terulung di rantau sebelah sini dalam dunia teknologi maklumat.
Pembinaan kompleks MSC di Sepang merupakan rentetan daripada impian
negara untuk merealisasikan teknologi maklumat sebagi medium dalam
setiap urusan kehidupan di negara kita, temasuk dalam dunia
pendidikan.Dari aspek pendidikan, Perbadanan MSC tidak ketinggalan
dalam usaha membantu KPM dan kerajaan untuk sama-sama menadikan BM
sebagai bahasa siber di MSC. Misalnya, Perbadanan MSC dengan
bantuan DBP telah sama-sama menterjemah istilah dalam bahasa
teknologi maklumat daripada bahasa Inggeris ke BM sehingga
terhasilnya Kamus Komputer. Malah, Perbadanan MSC juga berusaha
memperbanyak halaman web danghome pageh yang menggunaka BM sebagai
pengantarnya dalam internet.6.3.4 Memperbanyak Halaman WebLangkah
kerajaan untuk menjadikan BM sebagai gahasa siber tidak akan
berjaya sekiranya rakyat tidak sama-sama menjayakannya. Antara
sumbangan rakyat dalam mensiberkan BM dalam dunia teknologi
maklumat adalah dengan mewujudkan halaman web danghome Pageh sama
ada secara individu, berkumpulan, organisasi dan sebagainya telah
menampakkan kejayaan. Jika kita tinjau dalam internet misalnya,
terdapat beribu-ribu halaman web danghome pageh yang ditulis dalam
BM.Dengan wujudnya halaman wabghome pageh dalamBM dan
beridentitikan negara Malaysia, kita mengharapkan masyarakat untuk
mempelajari BM. Perkara ini tidak mustahil untuk dicapai. Apabila
BM tersebar luas dalam dunia siber terutamamya dalam internet,
sudah pasti kita akan menjangkakan penggunaan untuk mengetahui
maklumat yang ditulis dalam BM.Usaha untuk menobatkan BM sebagai
bahasa siber perlu mendapat sokongan daripada semua pihak,
terutamanya daripada mereka yang cintakan BM, baik kerajaan, agensi
kerajaan, agensi swasta, orang perseorangan mahupun sesiapa sahaja
untuk sama-sama memahkotakan BM sebagai bahasa siber seperti yang
dikehendaki oleh KPM.6.3.5 Peranan Institusi Pendidikan dan Latihan
GuruInstitusi pendidikan dan latihan guru perlu mengambil kira
perkembangan terkini dalam pendidikan supaya latihan perguruan yang
ditawarkan dapat membantu para guru menggunakan teknologi maklumat
dalam pengajaran. Norizan (1998) menyenaraikan beberapa saranan
yang dapat digunakan untuk melatih guru. Antaranya termasuklah
langkah menerapkan dan mengintegrasikan komponen penggunaan
teknologi maklumat dan komunikasi berperantaraan komputer.Supaya
para guru berasa selesa menggunakan kemudahan komunikasi
berperantaraan komputer, cara komunikasi bentuk ini perlu
disediakan dan digunakan dalam program perguruan itu sendiri. Di
samping itu, tahap literasi teknologi maklumat perlu ditingkatkan.
Kursus yang berkaitan dengan teknologi maklumat yang merangkum
pengetahuan tentang teknologi maklumat dan kemahiran menggunakannya
secara praktis patut ditawarkan sebagai kursus wajib. Kemahiran
menggunakan teknologi maklumat perlu mengambil tiga komponen.
Komponen itu ialah:1. Kemahiran asas teknologi maklumat yang
meliputi kemahiran menggunakan perisian asas dan aplikasi, menyusur
internet, dan menggunakan alat teknologi dalam pengajaran, seperti
komputer, paparan kristal cecair (LCD), dan peralatan multimedia
dalam pengajaran.2. Kemahiran menggunakan teknologi maklumat yang
meliputi kemahiran mencari bahan dan menilai keberkesannannya,
mengenal pasti dan menilai perisian, menganalisis kesesuaian
maklumat dan hasil kerja pelajar, dan mengetahui aspek pedagogi dan
model pengajaran dalam penggunaan teknologi maklumat.3. Kemahiran
inovasi teknologi maklumat yang meliputi kemahiran membangunkan
perisian dan bahan pengajaran, membangunkan laman web, dan
mengisinya dengan maklumat pengajaran.Guru yang menggunakan
perkhidmatan komunikasi pengantaraan komputer ini perlu mempunyai
pengetahuan minimum berikut:1. Pengetahuan tentang cara menggunakan
Program Pencarian maklumat seperti Nescape Navigator, Microsoft
Explorer, dan sebagainya.2. Pengetahuan tentang penggunaan mel
elektronik.3. Pengetahuan tentang cara menjadi ahli suatu
komuniti.4. Pengetahuan tentang etiket perhubungan di alam siber.5.
Pengetahuan tentang cara mengikuti dan mengambil bahagian dalam
persidangan komputer dan sembang siber.Inovasi terhadap pengajaran
bahasa dilakukan bukan kerana mengikut tren semata-mata, tetapi
untuk mengembangkan kemahiran bahasa Melayu. Dalam hubungan ini,
literasi komputer merupakan keperluan yang sangat diperlukan oleh
guru dan pelajar. Oleh sebab itu, program latihan perlu dirangka
dengan segera untuk membolehkan komunikasi berperantaraan komputer
ini dijalankan dan seterusnya digunakan sebagai alat bantu mengajar
bahasa. Selain itu, peralatan juga perlu disediakan. Guru perlu
mempunyai capaian kepada sistem untuk menyalurkan bahan pengajaran
mereka dan berkomunikasi dengan pelajar. Walau bagaimanapun, pada
masa ini, tidak banyak pelajar yang memiliki komputer peribadi di
rumah. Hal ini dapat menjejaskan prest