Mengajar Nombor, Pecahan, Perpuluhan, Peratusan dan Wang
Mengajar Nombor, Pecahan, Perpuluhan, Peratusan dan WangMTE
3093E
Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1)(2009):131-153
PENGGUNAAN KAEDAH PAPAN PERPULUHAN BAGI MEMBANTU MURID LEMAH
TAHUN 5 TERBILANG MENYELESAIKAN MASALAH MATEMATIK BERAYAT
MELIBATKAN PERPULUHANOleh:Zurina Ain Binti Ibrahim & Tengku
Zawawi bin Tengku Zainal.Jabatan Matematik, IPG Kampus Dato Razali
[email protected] & [email protected]
ABSTRAKKajian tindakan ini dijalankan bertujuan untuk membantu
murid lemah dalam menyelesaikan masalah matematik berayat
melibatkan perpuluhan. Peserta kajian ini terdiri daripada 5 orang
murid dari Tahun 5 Terbilang di Sekolah Kebangsaan Batu Rakit, dua
daripadanya murid lelaki dan tiga orang adalah murid perempuan.
Kajian ini berfokuskan kepada penggunaan kaedah papan perpuluhan
iaitu ringkasan kepada langkah-langkah dalam menyelesaikan masalah
matematik berayat. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui semakan
buku latihan, analisis kertas 2 Ujian OTI 1 dan ujian pra berhubung
kemahiran tersebut. Hasil tinjauan ini mendapati kelima-lima orang
peserta kajian ini hanya memperoleh skor di antara 3 hingga 11
sahaja bagi kertas 2 Ujian OTI 1, di samping tiada pungutan markah
lansung bagi soalan jenis matematik berayat. Justeru, pengkaji
memperkenalkan kaedah papan perpuluhan bagi membantu mereka
mengatasi masalah ini. Data dikumpul melalui instrumen analisis
dokumen, analisis transkrip temu bual, serta Ujian Pra dan Ujian
Pos yang dianalisis secara kuantitatif dan kualitatif. Dapatan
kajian menunjukkan peningkatan min skor Ujian Pra dan Ujian Pos
sebanyak 62%. Peningkatan pencapaian dan respon positif
peserta-peserta kajian ini adalah hasil daripada sesi intervensi
yang mengaplikasikan penggunaan kaedah papan perpuluhan
dilaksanakan oleh pengkaji. Justeru, kaedah papan perpuluhan ini
berjaya meningkatkan kemahiran murid berpencapaian lemah dalam
menyelesaikan masalah matematik berayat. Kaedah ini boleh
diperluaskan bagi tajuk-tajuk lain yang menekankan kemahiran
penyelesaian masalah matematik berayat.1.0 PENGENALAN
Krulik dan Rudnick (2007), menyatakan bahawa penyelesaian
masalah dalam Matematik merupakan satu proses yang kompleks dan
sukar dipelajari. Selain itu, proses penyelesaian masalah
memerlukan perlaksanaan satu set aktiviti yang bersistematik yang
mengaplikasikan kemahiran, konsep atau prinsip yang telah dikuasai
dahulu (Mok Soon Sang, 1997). Berdasarkan Model Polya (1957),
pengalaman menyelesaikan masalah dan pengalaman memerhatikan orang
lain menyelesaikan masalah perlu menjadi asas kepada pembinaan
heuristik.Di samping itu juga, masalah Matematik boleh
dikategorikan kepada dua iaitu masalah ayat matematik dan masalah
matematik berayat (Aziz Omar, 2003). Masalah ayat matematik ialah
pernyataan masalah yang diwakili oleh nombor-nombor serta operasi
yang terlibat, manakala masalah matematik berayat digambarkan dalam
bentuk cerita yang mengandungi maklumat kepada pembaca bagi
menyelesaikan masalah tersebut. Michael A Cobelens (2006),
menegaskan bahawa bahawa masalah Matematik bukan hanya melibatkan
operasi-operasi asas dalam Matematik tetapi juga merangkumi
kemahiran-kemahiran lain seperti membundar nombor serta menyusun
nilai tempat.Daripada analisis Ujian Diagnostik 2015 dan hasil
perbincangan yang dilakukan bersama dengan rakan guru mengenai
pencapaian para pelajar Tahun 5 Begonia didalam tajuk perpuluhan,
saya mendapati para pelajar menghadapi masalah menyelesaikan soalan
yang melibatkan perpuluhan. Hal ini disebabkan para pelajar kurang
pengetahuan dalam memahami konsep perpuluhan dan gagal
mengaplikasikan operasi matematik yang melibatkan perpuluhan dalam
kemahiran penyelesaian masalah matematik berayat. Menurut Carpenter
(1981), nombor perpuluhan adalah antara tajuk yang didapati sukar
oleh kebanyakkan para pelajar.Disebabkan isu inilah saya memilih
tajuk perpuluhan bagi melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran berdasarkan Kaedah Papan Perpuluhan yang telah
dilaksanakan oleh Zurina Ain Binti Ibrahim dan Tengku Zawawi bin
Tengku Zainal didalam kajian tindakan mereka mengenai cara untuk
membantu murid lemah Tahun 5 Terbilang menyelesaikan masalah
matematik berayat yang melibatkan perpuluhan.2.0MELAKSANAKAN
PENGAJARAN
2.1Rancangan Pengajaran Harian
Mata Pelajaran: MatematikKelas: Tahun 5 BegoniaMasa: 8.00 pagi
9.00 pagi (60 minit)Bilangan Pelajar: 20 OrangBidang: Nombor dan
OperasiTopik: PerpuluhanSub topik: Penolakan nombor
perpuluhanStandard Kandungan: Murid dibimbing untuk (8.2)
mengaplikasikan penolakan nombor perpuluhan.Standard Pembelajaran:
Pada akhir PdP, murid dapat:i. Menolak dua nombor perpuluhan hingga
tiga tempat perpuluhan.Objektif Pembelajaran : Pada akhir PdP,
murid dapat:i. Melakukan operasi penolakan dua nombor perpuluhan
hingga tiga tempat perpuluhan dalam bentuk lazim melalui aktiviti
dan bimbingan guru.ii. Membuat penolakan dua nombor perpuluhan
hingga tiga tempat perpuluhan dengan betul sebanyak 2 kali pada
lembaran kerja yang diberikanPengetahuan Sedia Ada: i. Mengenali
dua nombor perpuluhan hingga tiga tempat perpuluhan.Elemen Merentas
Kurikulum (EMK): Kreativiti Nilai murni ( tolong menolong ,
bekerjasama )Pendekatan Pembelajaran Pembelajaran
KonstruktivismeBahan Bantu Mengajar: Kertas Putih, Pen Marker dan
Lembaran Tugasan.Resos Pembelajaran: Papan Perpuluhan
MasaFasaAktiviti
8.00 - 8.10 Pagi
(Pemerhatian dan Analisis)
[10 Minit] [Fasa Persediaan]
1. Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan.
2. Guru akan menayangkan Video Pendek Kisah Upin dan Ipin.
3. Murid diminta untuk mencatat harga buah yang diceritakan
didalam tayangan video tersebut.
1. Murid diminta untuk mencari: baki wang yang harus Upin dan
Ipin pulangkan pada Kak Ros.
2. Guru mengingatkan murid dengan konsep penolakan nombor
perpuluhan.
8.10 - 8.25 Pagi
(Penjanaan IdeaDan Sintesis)
[15 Minit][Fasa Imaginasi]
1. Guru memperkenalkan cara penolakan nombor perpuluhan tanpa
pengumpulan semula dalam bentuk lazim dengan menggunakan Papan
Perpuluhan.
2. Guru perlu menegaskan: Kedudukan titik perpuluhan mestilah
selari dengan titik perpuluhan yang lain. Nombor ditolak seperti
biasa. Titik perpuluhan perlu disusun dengan tegak pada Papan
Perpuluhan. Operasi penolakan dilakukan dari kanan ke kiri.
1. Guru membuat demonstrasi bagaimana murid dapat menggunakan
papan perpuluhan .
2. Demonstrasi ini merangkumi penolakan tanpa pengumpulan semula
bermula dari: satu tempat perpuluhan, diikuti dua tempat perpuluhan
dan akhir sekali tiga tempat perpuluhan.
Contoh:A..
0.8-0.2
B..
1.95-0.45
C..
4.945-2.421
8.25 - 8.45 Pagi
(Aplikasi Idea)
[20 Minit]Fasa Perkembangan Aktiviti kumpulan ( 4 kumpulan )
1. Guru akan membahagikan murid kepada 2 kumpulan iaitu:i.
Kumpulan kawalanii. Kumpulan rawatan
2. Guru akan mengedarkan Lembaran Tugasan A yang harus
dilaksanakan secara berkumpulan.3. Setiap kumpulan akan
membentangkan hasil perbincangan mereka.
Aktiviti Kumpulan Kawalan Kumpulan 1 dan kumpulan 2 akan
menjalankan aktiviti operasi penolakan nombor perpuluhan tanpa
pengumpulan semula dalam bentuk lazim dengan menggunakan kaedah
konvensional iaitu menggunakan pen marker dan kertas putih.
Aktiviti Kumpulan Rawatan Kumpulan 3 dan kumpulan 4 akan
menjalankan aktiviti operasi penolakan nombor perpuluhan tanpa
pengumpulan semula dalam bentuk lazim dengan menggunakan Papan
Perpuluhan.1. Guru akan memantau dan memerhatikan penglibatan murid
mennjalankan aktiviti didalam kumpulan.
2. Setiap ketua bagi ahli kumpulan diminta untuk membentangkan
hasil perbincangan mereka.
3. Guru akan menilai keberkesanan kaedah papan perpuluhan
berdasarkan kepada pembentangan murid.
8.45 - 8.55
(Penilaian)
[10 minit]Fasa Tindakan 1. Guru membuat kuiz: Murid diminta
untuk menjawab didalam kumpulan.
1. Kumpulan yang dapat menjawab dengan tepat akan mendapat 5
markah.2. Kumpulan kawalan akan menggunakan kaedah papan perpuluhan
manakalan kumpulan rawatan akan menggunakan kaedah konvensional.3.
Guru akan menilai keberkesanan kaedah papan perpuluhan berdasarkan
kepada respon murid menjawab kuiz.
8.55 - 9.00
(Penutup)[5 minit]
Penutup1. Guru menyoal kefahaman murid mengenai apakah yang
telah mereka pelajari.2. Guru membimbing murid membuat rumusan.
1. Guru akan menyoal murid, kaedah yang manakah paling senang
untuk melakukan aktiviti penolakan nombor perpuluhan tanpa
pengumpulan semula dalam bentuk lazim
Refleksi:I. Kumpulan rawatan dapat menyelesaikan masalah
penolakan nombor perpuluhan tanpa pengumpulan semula dalam bentuk
lazim dengan lebih mudah dengan kaedah papan perpuluhan berbanding
kumpulan kawalan.II. Kumpulan kawalan dapat memberikan jawapan
dengan lebih cepat dengan menggunakan kaedah papan perpuluhan
semasa menjawab soalan kuiz berbanding kumpulan rawatan.
3.0KEBERKESANAN KAEDAH PAPAN PERPULUHAN
Saya telah menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran
berdasarkan kepada Kaedah Papan Perpuluhan untuk membantu murid
Tahun 5 Begonia menyelesaikan masalah matematik berayat yang
melibatkan penolakan perpuluhan. Ternyata bahawa kaedah papan
perpuluhan mampu membantu murid melakukan operasi penolakan nombor
perpuluhan tanpa pengumpulan semula dalam bentuk lazim dengan betul
dan tepat.Didalam melaksanakan rancangan pengajaran harian
tersebut, saya telah membahagikan para pelajar kepada 2 kumpulan
iaitu:i. Kumpulan kawalanii. Kumpulan rawatan
Rasional kepada pembahagian ini adalah, saya ingin menilai dan
melihat sejauh manakah para pelajar dapat menguasai kemahiran
penolakan perpuluhan dengan betul apabila menggunakan kaedah papan
perpuluhan. Setiap kumpulan diberikan peluang untuk menggunakan
papan perpuluhan namun di dalam fasa yang berbeza.
Penggunaan Papan Perpuluhan
Kumpulan KawalanFasa TindakanKumpulan RawatanFasa
Perkembangan
Jadual 1: Penggunaan Papan Perpuluhan Bagi Kumpulan Rawatan dan
Kawalan
Didalam fasa perkembangan, kumpulan rawatan melakukan aktiviti
dengan menggunakan kaedah papan perpuluhan manakala kumpulan
kawalan menggunakan kaedah konvensional. Daripada 4 soalan tugasan
yang diberikan pada Lembaran Tugasan A, kumpulan rawatan dapat
menjawab kesemua soalan yang diberikan dengan menggunakan bentuk
lazim yang betul. Kumpulan kawalan pula dapat menjawab 2 daripada 4
soalan dengan betul apabila menggunakan kaedah konvensional semasa
melakukan aktiviti pada fasa perkembangan.
Rajah 1: Graf Perbandingan Soalan Tugasan Dijawab Kumpulan
Kawalan dan Rawatan Pada Fasa Perkembangan.
Di dalam fasa tindakan, saya telah menjalankan kuiz dengan
mengemukakan 10 soalan dimana setiap kumpulan diberi masa selama 30
saat untuk menjawab soalan. Saya telah meminta agar kumpulan
kawalan melakukan operasi penolakan perpuluhan dengan menggunakan
kaedah papan perpuluhan manakalan kumpulan rawatan pula menggunakan
kaedah konvensional.Saya mendapati bahawa kumpulan kawalan dapat
menjawab kesemua soalan kuiz yang dikemukakan dan kumpulan rawatan
hanya dapat menjawab 3 daripada 6 soalan tersebut. Hal ini
menunjukkan bahawa penggunaan kaedah papan perpuluhan untuk
melakukan operasi penolakan perpuluhan semasa kuiz dijalakan telah
membantu mereka melakukan pengiraan dengan betul dan cepat. Ini
jelas menunjukkan bahawa kaedah papan perpuluhan mampu membantu
murid-murid dari kumpulan kawalan untuk melakukan operasi penolakan
nombor perpuluhan tanpa pengumpulan semula dalam bentuk lazim
dengan betul dan tepat. Kumpulan rawatan pula agak lambat untuk
melakukan operasi penolakan nombor perpuluhan kerana mereka
menggunakan kaedah konvensional.
Rajah 2: Graf Perbandingan Soalan Kuiz Dijawab Kumpulan Kawalan
dan Rawatan Pada Fasa Tindakan.
Pada fasa penutup, saya cuba untuk mendapatkan respon daripada
murid-murid mengenai kaedah manakah yang paling mereka gemari
didalam belajar operasi penolakan nombor perpuluhan tanpa
pengumpulan semula dalam bentuk lazim. Kebanyakan daripada mereka
menggemari penggunaan kaedah papan perpuluhan kerana ianya lebih
memudahkan mereka melakukan operasi penolakan nombor perpuluhan
berbanding kaedah konvensional. Melalui kaedah papan perpuluhan
juga mereka dapat menentukan titik perpuluhan dengan betul kerana
ianya mesti diletakkan secara selari untuk mendapatkan jawapan yang
tepat.Melalui graf perbandingan pada Rajah 1 dan Rajah 2 yang
dinyatakan, jelas bahawa kaedah papan perpuluhan dapat membantu
murid-murid didalam operasi penolakan nombor perpuluhan. Saya juga
berpendapat bahawa, papan perpuluhan ini bukan saja sesuai
digunakan untuk guru matematik mengajar operasi penolakan nombor
perpuluhan, malah ianya juga sesuai untuk mengajar mana-mana
operasi matematik seperti penambahan, pendaraban dan pembahagian
yang melibatkan nombor perpuluhan kerana ianya mudah dihasilkan dan
senang untuk digunakan.4.0KEGUNAAN PAPAN PERPULUHAN
Penggunaan resos dalam PdP adalah sebagai alat pemudahcara untuk
membantu guru menyampaikan isi pelajaran, bertujuan mencapai
objektif pengajaran yang telah dirancang dansupaya murid-murid
lebih memahami pengajaran guru seterusnya dapat menerima
pembelajaran dengan cepat. Resos ini juga dapat mengelakkan PdP
dalam kelas menjadi bosan dan kurang menarik minat murid.
Penggunaan resos dalam proses PdP juga dapat mengelakkan dari
timbulnya masalah disiplin di dalam kelas kerana murid-murid
terlibat dengan aktif didalam PdP. Penggunaan resos juga dapat
mencungkil kreativiti guru untuk menjadikan PdP di dalam kelas
lebih mencabar. Menurut Atan Long ( 1982), resos dalam bilik darjah
terdiri daripada pelbagai bahan di mana sesuatu bahan itu boleh
disampaikan dengan pelbagai cara dan resos merupakan satu
kelengkapan atau peralatan yang terlibat dalam proses PdP yang
dapat membantu guru dan murid melalui satu proses PdP yang
bermakna. Saya berpendapat bahawa pembinaan konsep Matematik boleh
diperjelaskan melalui penggunaan bahan resos yang bersifat konkrit.
Ini kerana, bahan konkrit atau manipulatif boleh dipegang dan
disentuh oleh murid menggunakan pancaindera sekaligus mereka akan
merasai, berfikir, membentuk dan membina pemahaman konsep Matematik
tersebut.Papan perpuluhan yang digunakan didalam proses PdP
ternyata dapat membantu murid membuat aktiviti penolakan perpuluhan
dengan betul dan cepat. Ianya juga sangat senang untuk dihasilkan
kerana melibatkan kos yang murah dan ianya juga boleh dibuat
daripada bahan-bahan terpakai mengikut kreativiti guru. Untuk
nombor dan titik perpuluhan yang dihasilkan, saya juga turut
memastikan bahawa ianya dapat menarik perhatian dari segi imej dan
warna. Menurut Suzita Mohd Resad (2002), penggunaan gambar atau
imej yang berwarna dapat meningkatkan pemahaman murid dan
menyenangkan proses penyimpanan maklumat dalam kotak minda mereka.
Penjagaan kualiti juga turut diambil kira apabila saya membuat
lapisan filem lutsinar luminate agar nombor dan titik perpuluhan
itu tidak mudah rosak apabila disentuh dan tahan lebih lama untuk
digunakan secara berulang-ulang didalam mengajar tajuk yang
sama.5.0REFLEKSI
Saya telah pun menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
yang telah dirancang berdasarkan kepada Kaedah Papan Perpuluhan
yang telah dilaksanakan oleh Zurina Ain Binti Ibrahim dan Tengku
Zawawi bin Tengku Zainal didalam kajian tindakan mereka mengenai
cara untuk membantu murid lemah Tahun 5 Terbilang menyelesaikan
masalah matematik berayat yang melibatkan perpuluhan.Melalui
pengamatan saya sepanjang proses PdP dijalankan saya mendapati
bahawa penggunaan resos didalam aktiviti PdP mampu meningkatkan
kefahaman murid secara lansung berkaitan dengan objektif
pembelajaran yang ingin dicapai. Pembelajaran satu hala yang
berpusatkan guru ternyata membosankan murid-murid untuk mengikuti
pembelajaran dan hal ini menyebabkan murid-murid kurang tumpuan
didalam kelas. Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Gardner juga
menekankan bahawa setiap murid mempunyai potensi diri dan
kecenderungan yang berlainan antara satu sama lain. Oleh itu, bahan
resos ini merupakan medium yang mampu mencungkil segala potensi
diri yang ada dalam diri murid-murid.Didalam perancangan PdP yang
telah saya jalankan, murid-murid telah dibahagikan kepada dua
kumpulan. Rasional bagi pembahagian ini adalah kerana saya ingin
membuat penilaian terhadap kaedah yang telah dikaji sama ada ianya
memberi impak kepada kefahaman murid. Ternyata bahawa pada setiap
fasa yang dijalankan, tingkah laku murid juga dilihat berbeza. Pada
fasa perkembangan, kumpulan rawatan diberi peluang untuk
menggunakan papan perpuluhan. Saya melihat bahawa wujudnya
pembelajaran koperatif dan murid-murid berkolaborasi secara
positif. Interaksi pelbagai hala wujud disini dan penglibatan murid
juga aktif. Hal ini sangat berbeza dengan kumpulan kawalan dimana
saya meminta mereka untuk melakukan aktiviti dengan kaedah
konvensional iaitu penolakan bentuk lazim dengan menggunakan kertas
putih dan marker. Murid-murid tidak memberikan kerjasama yang baik
dan wujudnya manipulasi disini. Murid yang lemah hanya menjadi
pemerhati dan penglibatan murid-murid didalam kumpulan kawalan
adalah pasif. Tidak wujud pembelajaran koperatif pada persekitaran
pembelajaran dan keadaan disiplin juga kurang memuaskan. Pada fasa
tindakan pula, saya telah meminta kumpulan rawatan untuk
menggunakan papan perpuluhan bagi melakukan operasi penolakan
nombor perpuluhan. Di dalam kuiz yang dijalankan, saya mendapati
bahawa mereka dapat menjawab kesemua soalan yang diberikan. Saya
juga mendapati bahawa mereka mula menunjukkan interaksi positif dan
kolaborasi didalam mencari jawapan dengan menggunakan papan
perpuluhan. Hal ini berbeza dengan kumpulan rawatan apabila mereka
hanya dapat menjawab 3 daripada 6 jawapan kuiz sedangkan pada
peringkat perkembangan mereka dapat membentangkan tugasan dengan
baik.Pada fasa penutup pula, kebanyakkan murid-murid menyatakan
bahawa mereka menggemari penggunaan kaedah papan perpuluhan kerana
ianya lebih memudahkan mereka melakukan operasi penolakan nombor
perpuluhan berbanding kaedah konvensional. Ini jelas menunjukkan
bahawa kaedah papan perpuluhan berjaya meningkatkan minat dan
kefahaman murid-murid didalam melakukan operasi penolakan nombor
perpuluhan. Pembelajaran menggunakan papan perpuluhan ternyata
memberi suasanan pembelajaran yang menyeronokkan dan pengalaman
pembelajaran yang baru kepada murid-murid.Saya bersetuju bahawa
penggunaan bahan resos dalam bilik darjah membantu murid memahami
dan mengekalkan sesuatu isi pelajaran dengan lebih lama. Jika
perbandingan dibuat di antara bahan konkrit atau fakta yang
abstrak, semestinya penggunaan bahan konkrit akan lebih meresap
dalam diri murid-murid. Ini kerana, penggunaan bahan konkrit
melibatkan penglibatan murid itu sendiri dalam membina
pengetahuannya sekaligus pengalaman yang diperolehi mereka terus
melekat dalam fikiran. Penggunaan resos juga dapat mempelbagaikan
aktiviti dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Resos yang
bersesuaian dengan tahap kognitif murid-murid akan memberi peluang
kepada mereka untuk berinteraksi dengan bahan tersebut atau dalam
kumpulan pembelajaran.Secara keseluruhannya, saya dapat merumuskan
bahawa Kaedah Papan Perpuluhan yang telah dilaksanakan oleh Zurina
Ain Binti Ibrahim dan Tengku Zawawi bin Tengku Zainal di dalam
kajian tindakan mereka ternyata dapat membantu murid-murid
menyelesaikan masalah matematik berayat yang melibatkan perpuluhan
dengan berkesan dan efektif. RUJUKAN
Abdullah Sani. Y. (2003). Perkembangan Pendidikan di Malaysia.
Pahang: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.
Aida Suraya Md. Yunus, Sharifah Mohd Nor & Habsah Ismail.
1992. Analisis kesilapan masalah-masalah berkaitan nombor
perpuluhan dan pecahan bagi pelajar Tahun Lima sekolah rendah.
Jurnal Pendidik dan Pendidikan 12: 1533.
Asiah Ismail. 1994. Beberapa pola kesilapan dalam kefahaman
konsep nombor perpuluhan dalam kalangan murid tingkatan satu.
Jurnal Pendidikan Matematik Sains BPG 1: 10-13.
Nagendralingan Ratnavadivel, Noor Shah Saad, Rajendran Nagappan
.2002. Pembinaan Ilmu Kandungan Pedagogi(Pedagogical Content
Knowledge) Di Kalangan Guru Matematik: Antara Retorik Dan Realiti.
Kertas Seminar. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Noran Fauziah Yaakub, Ahmad Mahdzan Ayob (1993). Guru dan
Perguruan. Edisi Kedua. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka -
KementerianPendidikan Malaysia.
Rujukan Laman Web
Blog MTE 3109, (2013). Keberkesanan Penggunaan Resos Dalam PdP.
Diakses pada 11 Februari 2015 dari:
http://pecahansetara.blogspot.com/2013/04/keberkesanan-penggunaan-resos-dalam-pdp.html
Lai Kim Leong, Khaw Ah Hong & Seah Ai Kuan, (2001). Kajian
Awal Mengenai Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Dalam Pembelajaran
Matematik Di Sekolah Rendah. Diakses pada 9 Mac 2015 dari:
http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/2001/2001 10
Laikl.pdf
Zurina Ain Binti Ibrahim & Tengku Zawawi bin Tengku Zainal.
(2003). Penggunaan papan perpuluhan untuk membantu murid lemah
Tahun 5 Terbilang menyelesaikan masalah matematik berayat yang
melibatkan perpuluhan. Diakses pada 25 Februari 2015 dari:
http://www.ipkdri.edu.my/portal/penyelidikan/BukuKoleksi/BukuKoleksiPTMT202011.pdf
LAMPIRAN A
Penghasilan Papan Perpuluhan
Aktiviti Kumpulan RawatanPenerangan Guru
Aktiviti Kumpulan Kawalan
Pembentangan Kumpulan17