IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUSAN TAHUN 2 PERNIAGAAN ANTARABANGSA ATP 393 SEM II , TAHUN 2006 / 2007 PENGGABUNGAN DAN PENGAMBILALIHAN (M&A) NAMA PENSYARAH : PN. JUNAIMAH JAUHAR NAMA PENGARANG : MOHD RIZAL BIN KISMATH BATCHA (85800/05) MOHD AZIZUL HAKIM BIN ZAINI (80024/04) MUHAMMAD RAOF BIN YAACCOB (85803/05)
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUSANTAHUN 2
PERNIAGAAN ANTARABANGSA
ATP 393
SEM II , TAHUN 2006 / 2007
PENGGABUNGAN DAN PENGAMBILALIHAN (M&A)
NAMA PENSYARAH : PN. JUNAIMAH JAUHAR
NAMA PENGARANG :
MOHD RIZAL BIN KISMATH BATCHA (85800/05)
MOHD AZIZUL HAKIM BIN ZAINI (80024/04)
MUHAMMAD RAOF BIN YAACCOB (85803/05)
MUHAMMAD SYAZWAN BIN RAMLI
(85804/05)
ABDUL FATAH BIN ABD. JALAL (89354/05)
ISI KANDUNGANTAJUK MUKA SURAT
Penghargaan 1
Ringkasan Eksekutif 2
Pengenalan 3
Definisi Penggabungan dan Pengambilalihan (M&A) 5
Jenis Penggabungan dan Pengambilalihan ( M&A) 7
Motif Penggabungan Dan Pengambilalihan ( M&A) 8
Proses (M&A) secara umum 13
Peraturan dan Kawalan terhadap (M&A) 13
Kesan Penggabungan dan Pengambilalihan (M&A) 13
Kajian Kes 15
Kesimpulan 19
Rujukan -
Penghargaan
Sebagai satu kumpulan yang ditugaskan untuk menyiapkan projek bagi Perniagaan
Antarabangsa (ATP 393), kami menghargai pertolongan daripada Puan Junaimah Jauhar yang
telah banyak membantu kumpulan kami dengan mencadangkan banyak cara untuk
melaksanakan projek ini dengan sempurna. Disamping itu, beliau juga banyak memberi
nasihat yang berguna supaya dapat menyiapkan projek ini dengan jayanya dan yang paling
penting ia siap dalam masa yang telah ditetapkan.
Kumpulan kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan
sekelas yang telah bekerjasama membantu dalam kerja kursus ini. Tanpa maklumat daripada
mereka, data-data mungkin agak sukar diperolehi. Selain itu, kami juga ingin mengucapkan
terima kasih kepada pihak yang terlibat menyumbangkan tenaga mereka bagi menghasilkan
projek yang diharap dapat memuaskan hati semua pihak. Semua ahli kumpulan kami telah
memberi 100% komitmen terhadap tugasan ini dan bertungkus lumus menyiapkan tugasan
yang diberikan serta menyiapkan dalam masa yang telah ditetapkan.
Akhir kata, kumpulan kami ingin meminta maaf jika terdapat sebarang falasi dalam
tugasan ini. Terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat. Jasa dan sumbangan semua
pihak yang terlibat tidak dapat kami lupakan dan kami amat menghargainya.
Ringkasan Eksekutif
Penglobalisasian perniagaan hasil dari keterbukaan pasaran dan suasana persaingan
yang semakin sengit, kini merupakan cabaran utama yang harus diambilkira oleh firma untuk
terus berada dalam pasaran. Sebagai sebuah negara yang pesat membangun, Malaysia tidak
terkecuali daripada mengalami fenomena perubahan drastik persekitaran pasaran yang dipacu
oleh konsep globalisasi dan dunia tanpa sempadan. Untuk mengukuhkan posisi ekonomi dan
terus berdaya saing, sebahagian firma memilih penggabungan dan pengambilalihan (M&A)
sebagai strategi korporat perniagaan mereka untuk berdepan fenomena baru ini. Menyedari
akan peningkatan dan kepentingannya, kertas kerja ini akan membincangkan dan mengkaji
strategi (M&A). Ia juga akan menyentuh secara umum fenomena (M&A) di Malaysia,
pengenalan terhadap transaksi (M&A), elemen dan motif perlaksanaannya serta kesan dan
kaedah yang dihasilkan. Beberapa contoh transaksi (M&A) akan dikemukakan untuk
memberi gambaran yang lebih jelas.
Pengenalan
Sejak kebelakangan ini pasaran tempatan telah menyaksikan banyak kegiatan
penggabungan dan pengambilalihan (M&A) dan ia dijangka akan terus mewarnai senario
korporat tempatan pada tahun 2007 ini. Perubahan persekitaran perniagaan yang semakin
sengit mendorong syarikat khususnya yang bermodal besar untuk mengambilalih syarikat
kecil yang berpotensi bagi mengukuhkan kedudukan dalam industri, sekaligus mampu
berdaya saing dalam pasaran terbuka. Menurut Ketua Penyelidikan Pelaburan di SJ Securities
Sdn. Bhd., sektor perladangan, pembinaan dan perbankan serta syarikat berkaitan kerajaan
(GLC) antara yang dijangka menjadi tumpuan bagi (M&A) pada tahun 2007.
Dianggarkan sejumlah RM100 bilion cadangan janji niaga (M&A) dijangka
dilaksanakan tahun ini. Dalam tempoh 11 bulan 2006, nilai janji niaga bagi(M&A) telah
meningkat 13 % kepada RM41.5 bilion daripada RM3607 bilion sepanjang tahun 2005.
Antara (M&A) utama tahun 2006 ialah dalam industri perbankan iaitu pengambilalihan
Southern Bank Bhd (SBB) bernilai USD1.8 bilion oleh Bumiputra Commerce Holdings Bhd
(BCBH) dalam CIMB Group. Berikutan pengambilalihan itu, semua cawangan bank
komersial milik CIMB Group iaitu Bumiputra Commerce Bank (BCB) dan SBB ditukarkan
kepada nama baru CIMB Bank. Selain daripada itu, (M&A) utama 2006 ialah dalam sektor
tenaga iaitu pembelian Malakoff pada AS$ 25 bilion oleh MMC Corporation. Manakala
dalam sektor media pengambilalihan syarikat pengiklanan luar Big Tree dan NTV7 oleh
Media Prima Bhd. Industri insurans dan takaful pula menyaksikan penggabungan Maybank
Fortis Holding Bhd dengan Malaysian Nasional Insurance dan Takaful Nasional Sdn Bhd
(TN).
Kegiatan (M&A) dinegara ini tidak hanya melibatkan syarikat tempatan sahaja tetapi
juga syarikat asing. Dalam tempoh 7 bulan pertama tahun 2006 syarikat tempatan telah
melaksanakan lebih 60 urusniaga (M&A) luar negara bernilai kira-kira AS$ 2.7 bilion (RM
9.99 bilion). Menurut Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin yang
dipetik dari Berita Harian berkata aktiviti (M&A) melibatkan syarikat dalam sektor
telekomunikasi dan kewangan diikuti oleh utiliti, perindustrian dan hartanah. Jelasnya,aktiviti
begini akan membuka peluang syarikat tempatan kepada pertumbuhan global yang
menawarkan peluang perniagaan yang lebih luas berbanding peranan tempatan yang semakin
terhad aktiviti perniagaanya. Antara aktiviti urusniaga seberang laut yang membabitkan
(M&A) syarikat Malaysia ialah pengambilalihan Public Bank keatas Hong Kong Asia
Commersial Bank bernilai AS$ 589 juta (RM 2.2 bilion). Selain itu, Telekom Malaysia
membeli operator telekomunikasi India, Spice Communications bernilai AS$180 juta (RM
666 juta) Genting mengambilalih 3 buah syarikat janakuasa China bernilai AS$ 155 juta (RM
573.5 juta). Syarikat berasaskan perladangan dan hartanah IOI Group pula mengambilalih 2
syarikat persendirian milik India tetapi berpengkalan di Malaysia iaitu Pan Century Edible
Oils dan Pan Century Oleochemicals pada RM 423 juta.
Tahun 2007 ini, bakal menyaksikan temeterainya (M&A) berskala besar dalam
beberapa sektor ekonomi Malaysia. Hal ini berikutan pengumuman cadangan penggabungan
oleh CIMB Group bagi menggabungkan 3 syarikat perladangan utama negara membabitkan
SimeDarby Bhd, kumpulan Guthrie Bhd dan Golden Hope Bhd. Penggabungan ini akan
mewujudkan syarikat perladangan terbesar dunia dengan permodalan pasaran bernilai AS$
9.3 bilion (RM 31.4 bilion). (M&A) 2007 juga melibatkan Kuok Group yang dikuasai oleh
hartawan Tan Sri Robert Kuok, membabitkan proses korporat sebanyak RM 15.18 bilion
untuk menggabungkan Wilmer International Ltd dalam PPB Oil Palm Bhd. Menurut Charon
Wardini Mokhzani ketua eksekutif CIMB Bhd yang dipetik dari NSTP berkata terdapat 2
faktor umum yang menyebabkan kegiatan (M&A) begitu aktif sejak kebelakangan ini.
Pertama ialah penilaian syarikat tersenarai yang menarik akibat persimbahan pasaran saham
yang sederhana sejak 2 tahun kebelakangan ini terutama tahun 2005.
Faktor umum kedua ialah persekitaran kadar faedah yang relatifnya rendah dimana
membolehkan pendanaan aktiviti (M&A) yang melaui “cost effective debt financing”. Pada
masa yang sama keadaan ekonomi Negara yang baik dengan purata KDNK 5.5% setahun
saham., secara significannya memperoleh pulangan abnormal negatif. Walaubagaimanapun
terdapat juga kajian terhadap (M&A) yang menunjukkan hasil positif. Ward & Jong-In Lee
(2002) mendapati terdapat hubungan positif antara (M&A) dan keuntungan. Manakala kajian
terhadap nilai saham firma yang diambilalih atau dibida menunjukkan keputusan lebih baik
berbanding nilai saham firma pembida. Terdapat bukti emperikal yang kukuh bahawa
pemegang saham syarikat yang dibida memperoleh faedah yang tinggi. Secara purata firma
sasaran dibayar premium yang tinggi dan pemegang saham firma tersebut biasanya
mengalami perolehan kekayaan yang positif apabila firma mereka diambilalih ( Jensen dan
Ruback 1983), Laughran dan Vigh (1997), Travtos ( 1987), Warnesly, Lane dan Yang (1987).
Maka daripada kajian-kajian yang telah dikemukakan boleh dikatakan bahawa tidak semua
(M&A) berjaya dan pemegang saham firma yang mengambilalih (pembida) memperoleh
pulangan yang sedikit berbanding pemegang saham firma yang diambilalih (dibida).
Definisi Penggabungan dan Pengambilalihan (M&A)
Terma penggabungan dan pengambilalihan (M&A) merujuk kepada aspek strategi
pengurusan dan kewangan korporat dalam pemilikan @ pembelian firma bagi membentuk
entiti ekonomi yang lebih kukuh dan besar. Istilah penggabungan dan pengambilalihan
(M&A) diguna secara boleh bersilih ganti “interchangeably” yang membawa maksud
transaksi yang membentuk satu unit ekonomi hasil dari dua @ lebih unit ekonomi sedia ada
(LubatLin & Surieves 1986, p.497). secara teorinya sesebuah syarikat akan memasuki
transaksi penggabungan dan pengambilalihan jika ia percaya bahawa NPV (syarikat A +
syarikat B) > NPV (syarikat A) + NPV (syarikat B) (Edves & Ben Kelleher 2001). Walaupun
sering dianggap sebagai sinonim, istilah penggabungan dan pengambilalihan sebenarnya
adalah sedikit berbeza. Berikut adalah huraian mengenainya :
Penggabungan
Dalam erti kata sebenar penggabungan berlaku apabila dua atau lebih firma yang biasanya
bersaiz relatifnya hamper sama bersetuju secara bersepakat untuk bergabung membentuk satu
entity baru. Penggabungan jenis ini biasanya digelar “merger of equal”. Saham kedua-dua
firma tidak akan digantung dan saham firma yang ditubuhkan baru akan diterbitkan sebagai
ganti kepada pemegang saham asal. Biasanya firma yang bergabung akan menggabungkan
sebahagian nama-nama firma asal untuk menamakan firma baru yang ditubuhkan. Contohnya
penggabungan antara Daimler-Benz dan Chryeler mewujudkan firma baru DimterChryslr
pada tahun 1998.
Pengambilalihan
Pengambilalihan terjadi apabila sebuah firma biasanya berskala lebih besar berhasrat
menguasai sebuah firma lain dan dengan jelas menyatakan pemilikan olehnya terhadap firma
yang diambilalihnya itu. Penguasaan biasanya dilakukan melalui pembelian saham @ asset
firma yang ingin diambilalih. Transaksi pembelian selalunya dijalankan secara tunai dan
dibayar kepada pemegang saham asal firma yang diambilalih. Pengambilalihan boleh berlaku
secara sukarela @ pun terpaksa. Syarikat yang mengambilalih akan berkuasa menentukan
halatuju dan melantik pihak pengurusan baru firma yang diambilalih. Contoh Pracker &
Gamble membeli Gillette pada tahun 2001 dengan nilai AS$ 54 bilion. Selain itu, Walt
Disney Company mengambilalih Pixar.
Walau bagaimanapun dalam praktis sebenar, “merger of equal” tidak kerap berlaku.
Biasanya sebuah syarikat akan membeli syarikat lain dan sebagai sebahagian daripada
perjanjian membenarkan syarikat yang diambilalih mengumumkan transaksi tersebut sebagai
penggabunagan, walaupun secara teknikalnya ia ialah pengambilalihan. Perkataan dibeli oleh
syarikat lain sering membawa transaksi yang agak negatif. Oleh itu, dengan menyatukan
transaksi tersebut sebagai penggabungan, pihak pengurusan atasan cuba membuatkan
pengambilalihan tersebut lebih sedap didengar “polutable”. Suatu pembelian itu,diambilkira
sebagai penggabungan dan pengambilalihan (M&A), ia sebenarnya bergantung sama ada
pembelian tersebut bersifat mersa (friendly) dan bagaimana ia diumumkan. Dalam erti kata
lain perbezaan sebenar bergantung kepada bagaimana pembelian itu dikomunikasikan dan
penerimaan oleh lembaga pengarah, pekerja dan pemegang saham syarikat sasaran.
Jenis Penggabungan dan Pengambilalihan ( M&A)
Jenis penggabungan :
1. “ Horizontol Merger” merupakan pencantuman 2 syarikat yang mempunyai persaingan
secara langsung terhadap produk dan perkhidmatan dalam industri dan pasaran yang
sama.Contohnya adalah dalam industri “ Pharmaceutical”,penggabungan antara Glaxo
Wellcome dengan SmithKline Brecham(2000).Dalam industri automatif penggabungan antara
Daimler Benz dengan Chryler pada tahun 1998.
2. Penggabungan “Vertical” merupakan penggabungan pelanggan dengan syarikat atau
pembekal dengan syarikat.Penggabungan ini berlaku apabila dua firma yang salah satunya
mempunyai peranan yang berbeza.Diibaratkan pembekal merupakan pembekal penggabungan
manakala pembuat adalah ‘Ice Cream’.Contoh bagi penggabungan kategori ini adalah seperti
Penggabungan antara Boeing dengan Aviall.
3. Penggabungan “Congloration”merupakan penggabungan antara dua syarikat yang
mempunyai pasaran yang berbeza.Penggabungan jenis ini dilaksakan apabila dua firma
beroperasi dalam industri yang berlainan.Contoh penggabungan ini adalah penggabungan
antara “Kelso’ & Company” yang terlibat dalam sector ekuiti dengan Nortek Inc. yang
beroperasi dalam sector rekaan dan pembinaan.
4. Penggabungan “Market-extension”iaitu dua syarikat yang jual produk sama tetapi bagi
pasaran yang berlainan.Contohnya adalah Air France dengan KLM Royal Dutch
Airline(2004).
5. Penggabungan “Product Extension” iaitu 2 syarikat yang menjual berlainan tetapi
mempunyai hubungan produk dalam pasaran yang sama.Contohnya adalah dalam industri
media dan komunikasi.Penggabungaan antara Anince Onlines(Sebuah syarikat komunikasi
Internet) dengan Time Warne yang lebih kepada media dan komunikasi tradisional.
Jenis Pengambilalihan :
Terdapat 2 jenis pengambilalihan iaitu pembelian saham dan pembelian aset.
Pembelian Saham : Pembeli kongsi pembelian saham syarikat yang sudah disasarkan
daripada pemegang saham syarikat berkenaan.Pembeli akan mengambil alih syarikat
dengan semua aset dan liabiliti. Contohnya CIMB dengan Bank Bumiputra Commerce
(BCB).
Pembelian Aset : Dalam pembelian aset,pembeli akan membeli aset yang telah
disasarkan daripada syarikat sasaran.Terdapat kelebihan bagi kaedah ini yakni pembeli
boleh “cherry-pick” aset yang hendak diambil atau ditinggalkan Contohnya CIMB.
Motif Penggabungan Dan Pengambilalihan
Perkukuhkan Polisi Ekonomi Dan Meningkatkan Efisiensi
Motif penggabungan dan pengambilalihan yang dominan di dalam ekonomi dan
kewangan ialah peningkatan terhadap kemajuan ekonomi. Motif pencapaian ekonomi
menyarankan penggabungan dan pengambilalihan terjadi disebabkan peningkatan ekonomi
dua syarikat yang bergabung. Dengan demikian, nilai pada kedua-dua syarikat yang
bergabung akan dijangka menjadi tinggi jika dibandingkan dengan nilai mereka sebelum
bergabung. Motif ini adalah berkait rapat dengan teori neoklasik dimana pengukuran
pencapaian sesebuah syarikat adalah berdasarkan kemampuan syarikat tersebut
memaksimakan keuntungan dan nilai syarikat tersebut.
Pengurangan Kos
Menurut motif ini, penggabungan dan pengambilalihan dilakukan bertujuan untuk
menjimat dan mengurangkan kos bagi syarikat yang bergabung. Kos berubah dan kos tetap
akan mengalami perubahan dan dapat dikurangkan jika penggabungan syarikat dilakukan. Ini
adalah kerana, syarikat yang bergabung akan berkongsi kos pentadbiran dan beberapa jenis
kos yang lain. Biasanya apabila syarikat bergabung, sebilangan besar pekerja akan
diberhentikan untuk memadatkan sumber manusia bagi syarikat yang bergabung. Contoh
yang paling mudah ialah penggabungan Bank Bumiputra dengan Bank of Commerce.
Penggabungan kedua-dua bank ini menyebabkan ramai pekerja yang diberikan skim
persaraan awal. Pengurangan pekerja bertujuan untuk menjimat dan mengurangkan kos yang
ditanggung bank tersebut. Dengan demikian, kemajuan kewangan syarikat dapat ditingkatkan.
Berdasarkan sifat asas kos tetap, potensi pengurangan kos tidak mempunyai batasan hanya
pada penggabungan ‘horizontal’ tetapi juga merangkumi beberapa jenis penggabungan lagi.
Pengurangan kos dapat dicapai melalui pengelakan kos komunikasi dan kos pembelian
(Arrow 1975, William 1975). Selain itu, jika proses pengeluaran memerlukan rantaian
intergrasi yang padat, kos pengeluaran yang rendah dapat dicapai jika menggunakan intergrasi
jenis ‘vertical’ (Muller 1980, p 30). Saiz syarikat yang lebih besar dapat menjadi batu
loncatan untuk pengurangan kos berbanding syarikat yang efisien tetapi berskala kecil. Dalam
hal ini, dengan bantuan oleh saiz syarikat yang besar, pengurangan kos unit dapat dicapai bagi
syarikat yang bergabung.
Sinergi
Salah satu motif yang terpenting untuk formasikan penggabungan dan
pengambilalihan ialah melalui sinergi (Friedman & Gibson 1988, Dorter 1987; Maremont
& Mitchell 1988, Lubatkin 1983). Proses ini akan mencapai kejayaan sekiranya kesemua
nilai digabungkan bagi syarikat yang bergabung adalah lebih besar berbanding sebelum ianya
bergabung. Sinergi mempunyai kesan positif terhadap pemegang saham syarikat akibat
peningkatan nilai pegangan saham dalam syarikat yang bergabung.
Kuasa Pasaran
Menurut motif kuasa pasaran, syarikat yang bergabung akan mewujudkan kuasa
pasaran yang kukuh (Stigler 1950). Jika penggabungan dan pengambilalihan ini melibatkan
syarikat-syarikat yang besar, ia akan mewujudkan monopoli dalam pasaran sesuatu barangan
atau perkhidmatan. Lagipun, jika terdapat suasana ekonomi yang berskala besar, syarikat
yang besar akan menetapkan harga melebihi harga normal. Penggabungan antara syarikat
besar hingga menimbulkan monopoli ataupun kuasa pasaran yang kuat akan menyebabkan
syarikat kecil mempunyai sekatan yang agak besar untuk menembusi pasaran yang ada.
Contoh syarikat yang bergabung dan mengalami pengambilalihan ialah syarikat AT&T
bergabung dengan syarikat Singular untuk menguasai perkhidmatan telefon mudah alih di
Amerika. Syarikat Arcelor dan Mittal bergabung untuk menguasai pasaran besi dunia dimana
kedua-dua syarikat ini menguasai hampir 10% pasaran besi dunia. Ini akan menghasilkan
monopoli dalampasaran besi dunia. Syarikat yang bergabung berdasarkan motif kuasa pasaran
ini biasanya menjadi ketua atau ikutan pasaran di dunia.
Pemindahan Sumber
Dengan mendapatkan syarikat yang telah sedia ada, sumber syarikat dapat diperoleh.
Pemindahan ini menawarkan beberapa kelebihan potensi kepada pengambilalih.
Pengambilalihan syarikat dapat meningkatkan kapasitinya sendiri tanpa perlu melibatkan
peningkatan keseluruhan dalam kapasiti industri yang akan memberi kesan yang besar kepada
penurunan perkembangan industri. Selain itu, mengikut perkembangan yang pesat,
pengambilalihan dapat meningkatkan kapasiti dengan lebih tinggi berbanding pelaburan
biasa. Di dalam penggabungan ‘vertical’, pengambilalihan dapat memastikan bahawa bekalan
untuk input yang kritikal adalah lebih baik dan mengurangkan ketidakpastian luaran (Porter
1980). Dalam hal bahan mentah, barangan siap dan saluran pengagihan motif pencarian
sumber juga akan melindungi pengambilalihan seperti teknologi, geografi dan pengetahuan
pengurusan. Berbanding kajian dan pembangunan (R&R), pengambilalihan merupakan satu
sumber yang boleh dijadikan teknologi yang baru. Dengan pengambilalihan, segala bentuk,
hakmilik dan teknologi akan dipunyai oleh syarikat tersebut. Contoh yang akan diberikan
ialah apabila syarikat Time Warner membuat pengambilalihan terhadap AOL, ia merupakan
jalan untuk mengubah daripada media secara tradisional kepada lebih maju dan secara
‘online’. Kepunyaan adalah dimiliki keseluruhan oleh syarikat pengambilalih.
Kawalan Korporat Pasaran
Menurut pandangan ini, pengurus akan bersaing untuk mendapatkan hak menguruskan
sumber syarikat. Walaubagaimanapun, pengurus yang lemah akan menjadi mangsa kepada
pengambilalihan (Jensen 1988). Selepas pengambilalihan, kebanyakan pengurusan yang
lemah akan digantikan dengan pengurusan yang baru yang dijangka akan menjadi lebih
efisien dalam melakukan tugas syarikat. Pengambilalih beranggapan bahawa dengan
menggantikan pengurusan yang baru, ia akan meningkatkan prestasi syarikat ke tahap yang
diinginkan.
Skala Ekonomi
Glen Arnold mengatakan bahawa ‘saiz yang besar selalunya memberikan kos per unit
yang rendah bagi sesuatu output’ (Corporate Finance Management 2nd Edition, Financial
Times Prentice Hall p870). Ini diketahui kerana kos malar bagi syarikat akan dikurangkan
disebabkan pengeluaran yang besar. Maka apabila syarikat melakukan aktivitinya sendiri,
pengeluaran tidak akan mencapai pengurangan kos per unit yang dramatic. Jika syarikat
melakukan penggabungan dan pengambilalihan, pengeluaran bagi output adalah tinggi dan ini
sekaligus menurunkan kos per unit. Ini akan menguntungkan syarikat yang bergabung
tersebut. Contoh yang terbaik ialah diantara Exxon dan Mobil serta Chevron dan Texaco.
Motif Spekulatif
Disebabkan oleh pulangan jangka masa panjang, sesetengah penggabungan dan
pengambilalihan terjadi atas dasar motif spekulatif (Gort 1969). Hal ini mungkin
mewujudkan perbezaan yang signifikan terhadap jangkaan nilai semasa diantara pemegang
saham semasa dengan pemegang saham yang berpotensi untuk membeli saham syarikat.
Jangka masa dimana berlakunya kejatuhan dalam ekonomi akan menyebabkan perbezaan
yang dimaksudkan.
Motif Pihak Pengurusan
Latarbelakang motif pihak pengurusan dapat diperolehi daripada teori agensi dan
prisipal ( Jensen & Meckling 1976) dan ia adalah seragam dengan teori pengukuhan empayar