PENGESAHAN PENYELIA
" Saya mengakui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya
karya ini adalah memadai dari segi skop dan kuantiti untuk tujuan
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia Minor
Matematik)".
Tandatangan :
Nama Penyelia : TUAN HAJI MUSLIM
BIN JONID
Tarikh : 10 MEI 2011
PEMBANGUNAN BAHAN BANTU MENGAJAR BERASASKAN E-PETA
MINDA BERTAJUK ALCOHOL UNTUK MATA PELAJARAN KIMIA
TINGKATAN LIMA
VALARIE ANNE VELIAN
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada
syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendididkan
(Kimia/Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MEI, 2011
Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya."
Tandatangan
Nama Penulis : VALARIE ANNE VELIAN
Tarikh : 10MEI2011
iii
PENGHARGAAN
Pertama sekali saya ingin mengucap syukur kerana berjaya menyiapkan
projek sarjana muda ini. Saya ingin merakamkan setinggi penghargaan yang tulus
ikhlas kepada penyelia saya Tuan Haji Muslim Bin Jonid, atas tunjuk ajar dan
bimbingan diberikan di samping tidak jemu memberikan bantuan sepanjang
melaksanakan projek ini.
Tidak dilupakan semua dorongan dan nasihat daripada ibubapa saya En
Velian Koyoi dan Puan Sameh Manggal. Adik beradik yg lain dan guru-guru yang
telah memberi kerjasama dalam menyiapkan projek ini. Selain itu, saya juga ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat di dalam
menyumbangkan idea-idea yang berguna dan nasihat serta tunjuk ajar kepada saya
bagi menyelesaikan masalah sepanjang membangunkan projek ini terutama sekali
pada teman-teman Maswadi Mardin, Ang Sher Ryn dan Elizabeth Rachel.
Segala penghargaan turut disampaikan kepada semua yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung dalam menyempurnakan projek sarjana muda ini. Jasa
baik semua tidak akan dilupakan.
iv
ABSTRAK
Perkembangan dalam sektor pendidikan masa kini lebih menjurus kepada
penggunaan teknologi serta penggunaan internet. Untuk menjadikan proses
pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik, satu pembangunan e-peta minda
bagi tajuk “Alcohol” Tingkatan Lima telah dilaksanakan. Projek ini dibangunkan
dengan menggunakan perisian Microsoft Powerpoint 2007, Adobe photoshop CS3,
Ulead Cool 3D, Sony Sound Forge 7.0, Ulead Gif Animator 5.0, Windows Movie
Maker 2.6 dan Hot Potatoes. Elemen-elemen multimedia seperti teks, grafik,
animasi, audio, video, hiperteks dan hypermedia disepadukan bersama ke dalam
modul ini menjadikannya menarik, lengkap dan mesra pengguna. Pelbagai aktiviti
disediakan seperti Quiz, Lesson dan Games. Satu Penilaian formatif yang dijalankan
di kalangan dua guru di sekolah-sekolah kawasan skudai yang berasaskan instrument
borang senarai semak memberi respon yang positif terhadap projek ini dan
menunjukkan bahawa projek ini sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Diharap dengan adanya kemudahan seperti ini akan memberi peluang
kepada golongan pendidik untuk mengaplikasikan kemudahan teknologi yang wujud
agar tidak terhad dengan ilmu buku teks sahaja.
v
ABSTRACT
The development of the education field nowadays is moving towards the
usage technology especially the use of internet. To make teaching and learning
process more interesting, the development of e-Mind Map for "Alcohol" form five
topic was being implement. This module establish using various softwares such as
Microsoft Powerpoint 2007, Adobe photoshop CS3, Ulead Cool 3D, Sony Sound
Forge 7.0 and Ulead Gif Animator 5.0, Windows Movie Maker 2.6 and Hot Potatoes.
Thus, multimedia elements likes text, graphics, animations, audios, videos,
hypertexts and hypermedias are united together into this module so as to make it
interesting, complete, and user friendly. Many activities are being set up such as
Quiz, Lesson and Games. A formative evaluation has been conducted among two
teachers in Skudai area school based on the instrument of checklist form and gives a
positive response that show this project is suitable to apply in teaching and learning
process. It is hope that the existence of this facilities will provide an opportunity for
educators to apply the technologies and not rely on text book knowledge only.
vi
ISI KANDUNGAN
BAB TAJUK MUKA SURAT
PENGAKUAN ii
PENGHARGAAN iii
ABSTRAK iv
ABSTRACT v
KANDUNGAN vi
SENARAI RAJAH xi
SENARAI RINGKASAN xii
1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Projek 6
1.5 Rasional Pemilihan Tajuk 6
1.6 Kepentingan Projek 8
1.7 Skop Kerja 8
1.8 Definisi dan Istilah 10
1.8.1 Perisian 10
vii
1.8.2 Komputer 11
1.8.3 Audio 11
1.8.4 Video 11
1.8.5 Animasi 12
1.8.6 Multimedia 12
1.8.7 Konsep Teknologi Komunikasi dan Maklumat 12
1.8.8 Pengajaran Berbantukan Komputer (PBK) 13
1.9 Penutup 13
2 SOROTAN PENULISAN 14
2.1 Pengenalan 14
2.2 Definisi Multimedia 15
2.3 Definisi Pembelajaran Berbentuk Komputer 16
2.3.1 Kelebihan Penggunaan Komputer dalam
Pengajaran dan Pembelajaran
2.3.2 Kelemahan Penggunaan Komputer 17
dalam Pengajaran dan Pembelajaran
2.4 Bahan Bantu Mengajar 17
2.4.1 Ciri-ciri BBM yang baik 17
2.4.2 Kepentingan BBM 18
2.5 Mind Mapper 2008 18
2.6 Peta Minda 19
2.7 Pembelajaran Berkesan Dengan Peta Minda 20
2.8 Kelebihan Peta Minda 21
2.9 Strategi Pengajaran Dalam Modul Perisian BBM 22
viii
Berasaskan Komputer
2.10 Teori Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Reka 23
Bentuk Perisian
2.10.1 Teori Konstruktivisme 23
2.11 Penutup 24
3 METADOLOGI PENGURUSAN PROJEK 25
3.1 Pengenalan 25
3.2 Pemilihan Tajuk dan Skop 25
3.3 Pengumpulan Bahan Dan Penjanaan Idea 26
3.4 Reka Bentuk Model pembangunan 26
3.5 Objektif Pengajaran 32
3.6 Kumpulan Sasaran 32
3.7 Pemilihan Perisian Pembangunan 33
3.7.1 Kelebihan Menggunakan Perisian Microsoft 33
Powerpoint Sebagai perisian Utama
3.8 Pemilihan Perisian Multimedia 34
3.8.1 Photoshop CS3 34
3.8.2 Sony Sound Forge 5 35
3.8.3 Ulead Cool 3D Production Studio 35
3.8.4 Ulead GIF Animator 5 35
3.8.5 Microsoft Windows Movie Maker 36
3.8.6 Sony Vegas 8 36
3.8.7 Windows Sound Recorder 36
3.8.8 Hot potatoes Version 6 37
ix
3.9 Spesifikasi Perkakasan untuk Pembangunan Projek 38
3.10 Spesifikasi Keperluan Minimum Perkakasan 38
untuk Pengguna
3.11 Penutup 39
4 HASIL PEMBANGUNAN 40
4.1 Pengenalan 40
4.2 Komponen dalam Projek 41
4.2.1 Bahagian Pengenalan 41
4.2.2 Bahagian Pembelajaran 43
4.2.3 Bahagian Kuiz 44
4.2.4 Bahagian Glosari 45
4.2.5 Bahagian Permainan 46
4.3 Penghasilan dan Sumber Bahan Pembelajaran 47
4.4 Stuktur Asas Bahan Pembelajaran 48
4.5 Penilaian Guru-Guru di Sekolah 48
4.6 Penutup 49
5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN 50
5.1 Pengenalan 50
5.2 Ringkasan Projek 50
5.3 Kelebihan Projek 51
5.4 Kelemahan Projek 52
5.5 Masalah-masalah yang dihadapi semasa pembangunan 52
x
Modul BBM
5.5.1 Kekurangan Pakar Perisian 51
5.5.2 Kekangan Masa 53
5.6 Cadangan 53
5.7 Kesimpulan 54
RUJUKAN 55
LAMPIRAN 57
xi
SENARAI RAJAH
NOMBOR TAJUK
3.1 Pelan Pembangunan Perisian berdasarkan Model ADDIE
4.1 Paparan skrin utama e-peta minda
4.2 Paparan keseluruhan modul pembelajaran
4.3 Paparan utama topik pembelajaran
4.4 Paparan isi pembelajaran dalam Alcohol
4.5 Paparan isi pembelajaran dalam Chemical Properties
4.6 Paparan Animasi
4.7 Contoh respon kepada jawapan yang betul
4.8 Contoh respon kepada jawapan yang salah
4.9 Paparan kuiz menggunakan Microsoft Powerpoint 2007
4.10 Paparan Kuiz Menggunakan JCross Hot Potaoes 6.0
4.11 Paparan Kuiz Menggunakan JMatch Hot Potaoes 6.0
xii
4.12 Paparan kuiz berbentuk aneka pilihan
4.13 Paparan Glossary
4.14 Paparan Put-Out Glossary
4.15 Paparan utama Wheel Game
4.16 Paparan item soalan dalam Wheel Game
xiii
SENARAI SINGKATAN
IT - Information Technology
ICT - Information and Communication Technology
PBK - Pengajaran Berbantukan Komputer
BBM - Bahan Bantu Mengajar
GIF - Graphic Interchange Format
TIFF - Tagged Image File Format
JPEG - Joint Photographic Experts Group
MP3 - MPEG-1 Audio Layer 3
MPEG - Moving Picture Expert Group
WMV - Window Media Video
OHP - Over Head Projector
ADDIE - Analysis Design Development Implementation
Evaluation
xiv
PSD - Photoshop Document
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Kementerian Pelajaran Malaysia telah banyak mencurahkan bakti
terutamanya dalam bidang pendidikan agar negara kita Malaysia setanding dengan
negara-negara maju di dunia. Ini melambangkan betapa negara kita begitu
pentingkan bidang pendidikan untuk generasi muda. Perkembangan infrastruktur di
sekolah-sekolah haruslah seiring dengan perkembangan teknologi informasi dan
komunikasi (ICT) pada masa kini. Perkembangan ini membantu kita mencapai visi
2020 dengan lebih mudah lagi. Generasi-generasi akan datang semuanya
berkebolehan tinggi dan juga celik IT.
Penggunaan teknologi ICT di Malaysia telah diilhamkan oleh kerajaan
Malaysia dibawah kepimpinan Datuk Seri Dr Mahathir Muhammad. Ini terbukti
dengan terbinanya Malaysian Superhighway Corridor (MSC) in 1996. Teknologi
ICT ini juga tertera pada visi 2020 negara iaitu memacu ke arah negara maju pada
abad ke-21 setanding dengan negara-negara maju di dunia.
2
Kesan dari perkembangan ini, sistem pendidikan negara telah berubah seiring
dengan perkembangan ICT. Ini sebagai satu langkah awal untuk mewujudkan
golongan yang celik IT dari peringkat sekolah lagi. Dengan perkembangan ini, kita
mampu melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam akademik dan mampu
bersaing di peringkat antarabangsa. Demi mencapai status negara maju pada 2020,
ini merupakan satu langkah yang bertepatan dengan misi negara.
Penggunaan teknologi multimedia dapat memberi “nilai tambahan” dalam
modul pengajaran kerana boleh menambahkan variasi modul seperti kesan audio
visual, animasi, dan penggunaan video klip yang berkaitan dengan topik yang
dipelajari. Multimedia lebih sesuai digunakan semasa mengendalikan eksperimen di
dalam makmal. Dengan bantuan animasi, pelajar lebih mudah memahami tentang
prosedur-prosedur semasa menjalankan eksperimen. Dari segi luarannya,
penggunaan teknologi masa kini oleh guru melambangkan guru tersebut tidak
ketinggalan dengan peredaran masa. Ini juga menggambarkan guru sentiasa peka
akan perubahan sekeliling dan sentiasa ingin maju ke hadapan.
Shaharom Noordin (1993) menjelaskan pembelajaran berkesan apabila
pelajar menunjukkan perubahan tingkah laku secara khusus melalui aktiviti-aktiviti
yang dicadangkan. Ini bermaksud pembelajaran dikatakan berkesan apabila objektif
dan matlamat pembelajaran tercapai atau memperlihatkan reaksi yang baik di akhir
pengajaran. Dengan menggabungkan elemen-elemen teknologi grafik, animasi, audio
dan video diyakini akan memberikan kesan yang positif di akhir proses pembelajaran
sesuatu topik.
Schuitz dan fogasty (2002) menyatakan bahawa pemilihan kaedah dan
strategi yang sesuai untuk digunakan dalam pengajaran adalah penting. Secara
keseluruhannya, tenaga pengajar haruslah meningkatkan alat bantu mengajar mereka
agar selaras dengan perkembangan teknologi ICT.
3
Perkembangan yang pesat dari sektor pendidikan dalam ICT pada masa kini
banyak membantu para guru dalam menyediakan modul pengajaran yang terbaik
untuk para pelajarnya. Contoh yang terbaik adalah dengan penggunaan perisian e-
peta minda.
Chuck Frey (2008) menyatakan bahawa perisian ini bukan sahaja mudah
digunakan, tetapi membantu untuk meringkaskan nota-nota pegajaran ke satu bentuk
yang lebih menarik seperti animasi. Memandangkan pelajar-pelajar pada masa kini
lebih tertarik kepada audio visual ataupun animasi, penggunaan perisian ini mampu
melaksanakan tugas ini. Dengan perisian ini, para guru boleh memasukkan animasi
ataupun audio visual ke dalam peta minda. Ini mampu menarik minat pelajar untuk
terus belajar dan memberikan sepenuh perhatian dalam kelas. Melalui penggunaan
perisian ini juga menggalakkan komunikasi secara dua hala antara guru dan juga
pelajarnya. Ini secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim di
antara guru dan juga pelajarnya.
Mengaplikasikan perisian peta minda ke dalam topik Alcohol dapat
memudahkan tugas guru dalam menyediakan modul pengajaran. Ini kerana nota yang
terdapat dalam peta minda adalah ringkasan dari buku rujukan dan juga buku teks. Di
dalam peta minda ini juga terdapat animasi. Animasi yang digunakan ini adalah
sebagai satu alat pemudah cara untuk meningkatkan lagi tahap pemahaman pelajar-
pelajar. Ini kerana pelajar dapat memahami dengan lebih mudah mengenai topik
yang telah dipelajari semasa didalam kelas dan seterusnya meningkatkan minat
mereka kepada subjek kimia.
4
1.2 Latar Belakang Masalah
Kebanyakan strategi pengajaran dan pembelajaran sering kali dikaitkan
dengan hanya penyampaian guru dalam kelas dan tahap kefahaman pelajar.
Berbanding dengan kaedah tradisional seperti penggunaan papan hitam, kertas
mahjong dan OHP, penggunaan ICT dapat menjadikan pengajaran lebih mudah
dilaksanakan dan lebih berkesan. Dari kajian Laurence dan Helen (2003), guru lebih
mudah mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran dengan penggunaan ICT.
Guru juga tidak perlu bergantung kepada buku teks sahaja sehingga
mewujudkan budaya menghafal fakta-fakta sains semata-mata untuk pengredan
keputusan peperiksaan. Pelajar-pelajar cenderung menghafal fakta-fakta saintifik dari
diagram dan penerangan buku teks. Hal ini sangat membimbangkan kerana
penggunaan buku teks secara linear akan memberi kebosanan tahap maksimum
kepada pelajar. Buku teks dan grafik tidak mampu menunjukkan audio, animasi dan
rajah yang berwarna kerana kos yang diperlukan adalah sangat tinggi.
Guru perlu lebih peka terhadap perkembangan teknologi terkini dan mereka
perlu memahirkan diri dalam bidang komputer. Komputer digunakan sebagai satu
alat bantu mengajar supaya pelajar dapat memahami pelajaran dengan lebih
berkesan. Penerapan model ADDIE adalah salah satu cara untuk guru mengikuti
perkembangan terkini dan memudahkan persediaan pengajarannya.
Setiap guru dan pelajar harus memahami perubahan teknologi yang semakin
pantas dan berusaha menggabungkan pelbagai ilmu, kemahiran dan kreativiti ke
arah menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran lebih menarik, berkesan,
menyeronokkan dan lebih bermakna kepada pelajar. Alsafgoff (1986) menyatakan
media dapat membuat pengajaran yang lebih tersusun dan memperkayakan
pengalaman dan memberi pengajaran yang lebih bersifat individu.
5
1.3 Pernyataan Masalah
Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia telah bertungkus lumus
untuk memperkenalkan pelbagai variasi kaedah pembelajaran dan pengajaran yang
boleh diguna pakai di sekolah. Kaedah yang lebih sistematik dan padat dengan
infomasi- infomasi diperlukan agar mampu membawa kesan positif serta dapat
menarik perhatian para pelajar untuk mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti
pembelajaran di dalam bilik darjah atau pun makmal kimia. Kaedah tradisional yang
telah lama diamalkan perlulah diberikan nafas yang baru agar seiring dengan
pembangunan kemudahan masa kini iaitu berasaskan Teknologi Maklumat dan
Telekomunikasi. Dengan penggunaan teknologi ICT masa kini di seluruh sekolah di
Malaysia, secara tidak langsung dapat melahirkan golongan yang celik IT dan
berpengetahuan kelas perdana serta berdaya saing dalam sistem pendidikan bertaraf
dunia.
Tajuk Alcohol dalam rangka mata pelajaran kimia tingkaan lima merupakan
tajuk yang memerlukan pemahaman yang tinggi. Para pelajar sering keliru dalam
membezakan proses-proses penghasilan dan penamaan sesuatu Alcohol. Kebanyakan
guru-guru sekolah hanya menggunakan buku teks dan buku latih tubi selain peta
minda dalam menyampaikan tajuk ini.
Terdapat kelemahan di dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran secara
tradisional yang kurang menarik perhatian pelajar terutamanya dalam subjek Kimia.
Misalnya;
a. Kebanyakan pelajar-pelajar lebih tertarik kepada modul pengajaran yang
berorientasikan animasi dan mempunyai banyak contoh-contoh gambar. Ini
tidak terdapat di dalam kaedah tradisional.
b. Kaedah pengajaran yang sama pada setiap kali kelas menimbulkan suasana
bosan di dalam kelas.
6
c. Kaedah tradisional dengan menggunakan kapur (chalk) boleh membahayakan
kesihatan kepada guru dan pelajar.
d. Penggunaan masa akan menjadi lebih efisien jika dibandingkan kaedah
tradisional dengan penggunaan teknologi masa kini. Ini kerana dengan
menggunakan kaedah tradisional, guru terpaksa menulis di papan kayu atau
papan putih (white board) setiap kali masuk kelas. Sebaliknya, dengan
penggunaan teknologi masa kini, guru telah siapkan modul pengajaran setiap
kali sebelum masuk kelas. Ini dapat menjimatkan masa penyediaan modul
pengajaran semasa di dalam kelas.