Apa itu seni? Apa itu seni?
Apa itu seni?Apa itu seni?
Kamus Dewan Edisi Baru
Seni didefinisikan :-
Karya ( sajak, lukisan, muzik dan lain-lain ) dengan bakat, kebolehan mencipta
sesuatu yang indah.
Penghasilkan sesuatu produk seni, bakat, kebolehan dan penghayatan serta
pemahaman yang jitu.
Agama
AGAMA
• Kitab Al- Iman, menjelaskan tentang kesenangan estetik dan
konsep keindahan sebagai pertemuan antara seseorang yang mempunyai pengetahuan terhadap mesej atau
objek yang ditemui.
Seni itu sebagai suatu bentuk ilmu ( pengetahuan ) untuk mencipta serta melahirkan manifestasi pemikiran dan perasaannya terhadap sesuatu objek yang dihayatinya
melalui karya-karya seni, ataupun setidak-tidaknya akan menghargai keindahan karya tersebut.
.
Herbert Read ( Buku, The Meaning of Arts )
Seni adalah penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan
keceriaan, keseronokan dan kesenangan
estetik ( Art is Expression ).
Kesenangan estetik di sikonsep kesenangan yang terhasil kesan oleh penghayatan terhadap keindahan
seni visual. Kepuasan, kenikmatan, kesukaan dan kegembiraan juga termasuk di dalam
kesenangan ini.
Apa itu pendidikan?
Kamus Dewan Edisi Baru
Pendidikan berasal daripada kata dasar didik yang membawa pengertian memelihara
dan memberi latihan berupa ajaran ataupun pimpinan mengenai akhlak
dan kecerdasan fikiran.
Pendidikan membawa maksud proses mengubah sikap dan tata laku seseorang dalam usaha mematangkan
individu tersebut.
Secara jelasnya, pendidikan bolehlah ditakrifkan sebagai proses penyemaian ilmu secara berterusan kepada seseorang.
Agama
Konsep ilmu terbahagi kepada dua, iaitu
ilmu akhirat ( ukhrawi ) dan ilmu keduniaan ( duniawi ).
Pendidikan sebagai suatu proses mendidik dan melatih akal, jasmani, rohani
dan emosi manusia berasaskan sumber wahyu, Quran dan Sunnah, pengalaman salaf
al-soleh serta ilmuwan muktabar dengan matlamatnya bagi melahirkan insan yang soleh.
Plato
Pendidikan ialah mengasuh jasmani dan rohani seseorang agar dapat sampai ke satu tahap keindahan
dan kesempurnaan yang paling tinggi. Secara jelasnya, pendidikan adalah suatu
usaha membentuk kesempurnaan dan keindahan di dalam diri individu.
Aristotle
Pendidikan sebagai satu usaha untuk menyediakan akal-fikiran
untuk diisikan dengan ilmu pengetahuan, sebagaimana
menyiapkan tanah untuk diisikan dengan tanam-tanaman.
Hj. Abdul Malik Karim Amrullah (Hamka)
Beliau mendefinisikan pendidikan sebagai suatu proses yang boleh membentuk tingkah
laku yang baik, sikap yang berani serta budi pekerti yang mulia seperti sikap rendah
diri, sabar, menghormati orang tua dan sebagainya.
Rabindranath Tagore
Pendidikan sebagai suatu proses yang bertujuan untuk melahirkan
manusia yang berfikiran sempurna, berupaya mencapai segala aspek kehidupan dengan penuh makna. Menurut beliau, pendidikan tidak seharusnya hanya terikat dengan
buku, tetapi harus dihubungkaitkan dengan pengalaman kehidupan
sebenar manusia.
Apa itu Seni Dalam Pendidikan?
• (a) Teori konstruktivisme -kanak-kanak membina pengetahuan secara aktif. Seni Dalam Pendidikan boleh dijadikan sebagai wadah untuk membolehkan murid mengekspresikan idea secara bebas dan kreatif.
• (b) Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard Gardner terdapat tujuh jenis kecerdasan yang seharusnya disuburkan. Pengabungan kesuburan dapat menangani masalah penyuburan kecerdasan minda kanak-kanak- dapat menjana kecerdasan minda murid dengan lebih menyeluruh.
• (c) Howard Gardner (1983) Pendekatan yang berintegrasi terhadap pelbagai jenis kecerdasan memudahkan penerimaan pemikiran murid kepada yang lebih kreatif.
• (d) Hermann (1991) di dalam “Quadrant Concept” yang mengkaji perkembangan otak kanan dan kiri menyatakan bahawa seni membantu pemikiran rasional dan intiutif seseorang individu.
• (e) Einstein pula mencadangkan agar bidang sains yang bermatlamatkan untuk memahami deria manusia dimantapkan untuk pendidikan kanak-kanak. Gabungan dari pelbagai kecerdasan perlu diamalkan seperti kemahiran muzik, kecerdasan yang berkaitan dengan kecerdasan intutif , personal dan intrapersonal, praktik dan estetika, holistik dan analitik, emosional dan fizikal dan intelektual.
• (f) Leonardo da Vinci- Beliau adalah seorang seniman, jurutera, anatomis dan saintis. Beliau menggabungkan bidang-bidang ilmu tersebut untuk membentuk keunggulan diri dalam kehidupannya.
KESIMPULANNYA
• Seni dalam pendidikan ialah melahirkan individu yang
berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian,berjiwa
kreatif, inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Pengabungan seni visual, seni
muzik dan seni pergerakan akan membantu pembentukan insan
yang lebih bersifat holistik.