Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017 – MPAG - ICT 1 Menjadikan Alor Gajah Perbandaran Mampan Ke arahTeknologi Hijau Menjelang 2020 Menyediakan perkhidmatan perbandaran yang cekap dan berkualiti serta berteknologi hijau kepada warga Alor Gajah Alor Gajah Dinamik - Progresif - Holistik a) LATAR BELAKANG MPAG Majlis Daerah Alor Gajah telah dinaiktaraf kepada Majlis Perbandaran Alor Gajah pada 1 Mei, 2003 semasa pentadbiran Ketua Menteri Melaka sekarang iaitu Datuk Seri Utama Ir. Haji Idris bin Haji Haron selaku Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah yang pertama ketika itu. Kawasan operasi Majlis Perbandaran Alor Gajah adalah seluas 635.84 km persegi di mana anggaran penduduk kawasan pentadbiran Majlis berjumlah 198,400 orang yang juga merupakan pelanggan kepada Majlis Perbandaran Alor Gajah. Sebagai sebuah Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Perbandaran Alor Gajah bertanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan perbandaran serta membangunkan kemudahan infrastruktur dan sosial bagi penduduk Alor Gajah dengan memaksimumkan segala usaha untuk membangunkan daerah bagi mencapai kemajuan dan kemakmuran. i. VISI, MISI DAN SLOGAN Bagi memastikan Majlis Perbandaran Alor Gajah memberi perkhidmatan perbandaran yang terbaik kepada warganya dan membangun selaras dengan pengisytiharan Melaka sebagai Negeri Maju, Majlis Perbandaran Alor Gajah telah menetapkan visi, misi dan objektif seperti berikut:- PENGENALAN VISI MISI SLOGAN
31
Embed
PENGENALAN - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2363-e-sit.pdf · x Tiada borang aduan atau permohonan yang hil ang . x Penyediaan laporan bulanan dengan
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017 – MPAG - ICT 1
Menjadikan Alor Gajah Perbandaran Mampan
Ke arahTeknologi Hijau Menjelang 2020
Menyediakan perkhidmatan perbandaran yang cekap dan
berkualiti serta berteknologi hijau kepada
warga Alor Gajah
Alor Gajah Dinamik - Progresif - Holistik
a) LATAR BELAKANG MPAG
Majlis Daerah Alor Gajah telah dinaiktaraf kepada Majlis Perbandaran Alor Gajah
pada 1 Mei, 2003 semasa pentadbiran Ketua Menteri Melaka sekarang iaitu
Datuk Seri Utama Ir. Haji Idris bin Haji Haron selaku Yang Dipertua Majlis
Perbandaran Alor Gajah yang pertama ketika itu.
Kawasan operasi Majlis Perbandaran Alor Gajah adalah seluas 635.84 km
persegi di mana anggaran penduduk kawasan pentadbiran Majlis berjumlah
198,400 orang yang juga merupakan pelanggan kepada Majlis Perbandaran Alor
Gajah.
Sebagai sebuah Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Perbandaran Alor Gajah
bertanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan perbandaran serta
membangunkan kemudahan infrastruktur dan sosial bagi penduduk Alor Gajah
dengan memaksimumkan segala usaha untuk membangunkan daerah bagi
mencapai kemajuan dan kemakmuran.
i. VISI, MISI DAN SLOGAN
Bagi memastikan Majlis Perbandaran Alor Gajah memberi perkhidmatan
perbandaran yang terbaik kepada warganya dan membangun selaras dengan
pengisytiharan Melaka sebagai Negeri Maju, Majlis Perbandaran Alor Gajah
telah menetapkan visi, misi dan objektif seperti berikut:-
PENGENALAN
VISI
MISI
SLOGAN
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017 – MPAG - ICT 2
ii. PENJAWATAN
MPAG mempunyai seramai 345 pegawai dan kakitangan yang terbahagi kepada
tiga (4) unit dan dua belas (12) jabatan seperti di Rajah 1.
Rajah 1- CARTA ORGANISASI
MAJLIS PERBANDARAN ALOR GAJAH
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017 – MPAG - ICT 3
BIL. PERKHIDMATAN TEMPOH
1. Memproses dan membuat keputusan permohonan pelan tambahan dan ubah suai rumah teres
14 hari
2. Memproses dan membuat keputusan permohonan pelan tambahan kediaman dan bukan kediaman
14 hari
3. Memproses dan membuat keputusan permohonan pelan bangunan sesebuah
14 hari
4. Memproses dan membuat keputusan permohonan pelan bangunan perumahan / bangunan selain kediaman melalui Mesyuarat Jawatankuasa Setempat (OSC)
37 hari
5. Memproses dan membuat keputusan pelan bangunan industri / bengkel
37 hari
6. Memproses dan membuat keputusan permohonan Permit Sementara Bangunan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Setempat (OSC)
37 hari
7. Memberi ulasan permohonan perancangan pembangunan seperti permohonan tanah kerajaan, permohonan rumah sesebuah, pecah sempadan dan pecah bahagian
14 hari
8. Memproses dan membuat ulasan permohonan Kebenaran Merancang di peringkat J/K Pusat Setempat
14 hari
9. Memproses dan memberi ulasan permohonan Kebenaran Merancang di bawah subseksyen 124A dan 204D, Kanun Tanah Negara melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC)
57 hari
10. Memberi perkhidmatan pengeluaran bil cukai taksiran 2 kali setahun
(15 Jan &15 Julai setiap tahun)
BIL. PERKHIDMATAN TEMPOH
11. Memproses permohonan pindah milik pegangan berkadar 14 hari
12. Pengeluaran surat tawaran sewa selepas keputusan temuduga gerai
21 hari
13. Memproses dan membuat keputusan permohonan lesen premis perniagaan
14 hari
14. Memproses dan membuat keputusan permohonan lesen premis perniagaan tidak berisiko
15 minit
15. Memproses dan membuat keputusan permohonan kelulusan pelan kejuruteraan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Setempat (OSC)
57 hari
16. Memproses dan membuat keputusan permohonan kelulusan pelan landskap melalui Mesyuarat Jawatankuasa Setempat (OSC)
57 hari
17. Memproses bayaran 10 hari
18. Memberi maklumbalas status aduan awam 14 hari
19. Pemotongan rumput dibawah seliaan MPAG 2 kali sebulan
iii. PIAGAM PELANGGAN
Bagi memperkasakan lagi sistem penyampaian perkhidmatan, piagam
pelanggan Majlis Perbandaran Alor Gajah telah dibentuk berteraskan
perkhidmatan terbaik kepada pelanggan-pelanggannya seperti di Rajah 2.
Rajah 2 - PIAGAM PELANGGAN MAJLIS PERBANDARAN ALOR GAJAH
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017 – MPAG - ICT 4
PENGENALAN JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Jabatan Teknologi Maklumat diketuai oleh Pengarah Teknologi Maklumat dan
dianggotai seramai sembilan (9) orang kakitangan yang terbahagi kepada dua
(2) bahagian:-
Bahagian Sistem Aplikasi dan Multimedia
Bahagian Rangkaian dan Keselamatan ICT
Jabatan ini bertanggungjawab untuk merancang Pelan Strategik Pembangunan
ICT MPAG dan daerah Alor Gajah bagi setiap tempoh lima (5) tahun,
membangun dan menyelenggara sistem-sistem berkomputer dan rangkaian bagi
keseluruhan MPAG supaya sentiasa boleh digunakan.
Pembangunan sistem-sistem berkomputer dilaksanakan secara berperingkat
mengikut keperluan dan peredaran semasa serta digalakkan dibangunkan
secara dalaman. Selain itu, Jabatan Teknologi Maklumat juga menyediakan
perkhidmatan infrastruktur teknologi maklumat yang sesuai, mencukupi dan
terkini bagi menyokong operasi-operasi di peringkat pengurusan MPAG.
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017 – MPAG - ICT 5
PENGENALAN MENGENAI INOVASI
Inovasi yang dihasilkan adalahSistem Teknologi Maklumat
(e-SIT). Sistem ini mula dibangunkan pada Jun 2012 dan digunakan
sepenuhnya pada Mac 2013 oleh Jabatan Teknologi Maklumat. Sistem ini
telah ditambahbaik kepada e-SIT V2.0 pada Januari 2016 dengan
menggunapakai papan pemuka (Dashboard) untuk memudahkan pemantauan
sistem.
Tujuan Dilaksanakan:-
Sistem Teknologi Maklumat dibangunkan bagi mengatasi masalah tertingalnya
proses kerja yang telah diprosedurkan. Selain itu, sistem ini juga dapat
mengatasi masalah kehilangan borang-borang yangsebelum ini dilakukan
secara manual.
Sistem ini merangkumi 5 modul yang melibatkan 5 Prosedur di Jabatan
Teknologi Maklumat iaitu :-
1. Penyelenggaraan Perkakasan
2. Pencegahan Komputer
3. Penyelenggaraan Aplikasi
4. Peminjaman Peralatan IT
5. Backup Data
Objektif Dilaksanakan:-
Objektif pembangunan sistem ini adalah untuk memantau aduan dan
permohonan supaya lebih sistematik dan cepat.Di samping itu dapat
memudahkan proses kerja di Jabatan Teknologi Maklumat
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017 – MPAG - ICT 6
Rajah 3 : Antara Paparan Muka GrafikSistem e-SIT
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017 – MPAG - ICT 7
Ciri-ciri Inovasi:-
Sistem e-SITMPAG dapat membantu Jabatan Teknologi Maklumat memantau
aduan dan penyelenggaraan komputer dengan lebih efektif dan sistematik.
Kelebihan dan keistimewaan Sistem e-SITadalah seperti berikut:-
Sistem ini dibangunkan sepenuhnya secara in-house hasil daripada
perkongsian idea kreatif dan inovatif anggota Jabatan Teknologi
Maklumat.
Membuat aduan atau permohonan secara atas talian tanpa perlu mengisi
borang secara bertulis.
Pengesahan pengguna dan pegawai dibuat secara atas talian.
Rekod dan laporan disimpan dengan lebih selamat dan sistematik.
Mudah untuk membuat analisa permasalahan kerana sistem dibekalkan
bersama graf mengikut kategori.
Tiada borang aduan atau permohonan yang hilang.
Penyediaan laporan bulanan dengan lebih mudah dan menjimatkan
masa.
Mempunyai ciri-ciri keselamatan dengan mempunyai log masuk dan log
keluar.
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017 – MPAG - ICT 8
Sebelum Sistem e-SIT MPAG atau SistemTeknologi Maklumatdilaksanakan, MPAG
menggunakan kaedah manual dan penggunaan borang bagi membuat aduan atau
permohonan penyelenggaraan perkakasan ICT.
Antara permasalahan yang dihadapi sebelum sistem ini digunakan adalah:-
Borang aduan atau permohonan kerap hilang
Memudahkan proses kerja dari membuat aduan atau permohonan sehingga
pengesahan.
Tiada tempat khusus pengumpulan borang aduan atau permohonan
Laporan bulanan mengambil masa yang panjang untuk disediakan.
Sukar membuat Analisa permasalahan pengguna.
Kelebihan didalam Sistem e-SIT:-
Aduan atau permohonan dapat dibuat secara atas talian
Memudahkan proses kerja di Jabatan teknologi Maklumat.
Laporan-laporan yang diperlukandapat dijana dengan cepat dan berkesan
Penjimatan ketara kerana borang aduan atau permohonan tidak perlu lagi
dicetak
Keselamatan data lebih terjamin
Tiada kehilangan borang aduan atau permohonan selepas Sistem e-SIT
digunapakai.
SEBELUM DAN SELEPAS
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017 – MPAG - ICT 9
AGENSI / JABATAN
Berikut merupakan impak setelah perlaksanaan Sistem e-SIT
a) Laporan dapat dikeluarkan dengan lebih cepat dan tepat pada bila-bila masa
sahaja.
b) Memudahkan untuk membuat pemantauan aduan atau permohonan yang
diterima
c) Tiada lagi pembaziran kertas dan kos pencetakan kerana tiada penggunaan
borang.
d) Pengesahan penyelia dan pengguna dapat dilakukan secara atas talian.
e) Analisa dapat dilakukan pada setiap bulan untuk mencari punca
permasalahan kerapnya aduan dari pengguna
f) Melancarkanan proses penyimpanan dokumen secara digital yang
memudahkan pengauditan MSISO 9001:2015.
IMPAK INOVASI
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017 – MPAG - ICT 10
KREATIVITI
Sistem ini dibangunkan sepenuhnya secara in-house di mana ia adalah hasil
kreativiti Jabatan Teknologi Maklumat.
Terdapat banyak kemudahan yang terdapat di dalam Sistem e-SIT MPAG yang
dapat membantu Jabatan Teknologi Maklumat bagi memantau dan
mengurusaduan berkaitan perkakasan ICT di MPAG.Dengan adanya sistem ini,
Analisa dan laporan dapat dikeluarkan mudah dan cepat.
Antaramuka grafik dan kelebihan yang terdapat dalam e-SITialah :-
Mempunyai ciri-ciri keselamatan dengan mempunyai log masuk dan log
Keluar
ELEMEN INOVASI
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017 – MPAG - ICT 11
Senarai Menu yang user-friendly
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017 – MPAG - ICT 12
Borang Aduan Penyelenggaraan Atas Talian
Borang Aduan Aplikasi Atas Talian
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017 – MPAG - ICT 13
Senarai Aduan Penyelenggaraan
Senarai Aduan Aplikasi
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017 – MPAG - ICT 14
Jadual Pencegahan
Senarai Peminjaman Peralatan IT
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017 – MPAG - ICT 15
Senarai Backup
Ringkasan Laporan Bagi Aplikasi
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017 – MPAG - ICT 16
Ringkasan Laporan Bagi Penyelenggaraan Perkakasan ICT
KPI Bagi Penyelenggaraan Perkakasan ICT
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017 – MPAG - ICT 17
TAHAP PELAKSANAAN
Sistem e-SIT MPAGmula dibangunkan pada Jun 2012 dan digunakan
sepenuhnya pada Mac 2013 oleh Jabatan Teknologi Maklumat. Sistem ini telah
ditambahbaik kepada e-SIT 2.0 pada Januari 2016 dengan menggunapakai
papan pemuka (Dashboard) untuk memudahkan pemantauan sistem.
. REPLICABILITY
Sistem e-SIT MPAG boleh terus dilaksanakan dan berpotensi untuk diperluaskan
kepada semua agensi kerana berfungsi untuk memantau semua aduan atau
permohonan di Jabatan Teknologi Maklumat.
Sistem e- SIT MPAG adalah satu aplikasi web yang boleh beroperasi dengan
baik menggunakan Google Chrome dan Mozilla Firefox dan ia boleh diakses
secara intranet. Perisian Sumber terbuka yang digunakan bagi pembangunan
Sistem e-SIT MPAG adalah:-
Bahasa Pengaturcaraan : PHP
Pangkalan data : MySql
Pengubahsuaian boleh dibuat sendiri oleh agensi yang mempunyai pengetahuan
dalam pembangunan sistem aplikasi dan ianya tidak melibatkan kos.
EFISIEN (KECEKAPAN)
a) PENJIMATAN MASA
Inovasi ini telah menjimatkan masa bagi penyediaan laporan yang
diperlukan.
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017 – MPAG - ICT 18