1.0 PENGENALAN Semua bahasa bergantung kepada makna dalam perkataan dan ayat. Setiap bahasa merupakan satu sistem yang digunakan untuk menyampaikan makna melalui bunyi. Kajian makna dikenali sebagai bidang semantik, iaitu bidang yang telah begitu lama diabaikan oleh linguistik kerana persoalan makna banyak mendatangkanmasalah jika tingkahlaku bahasa itu ditinjau dari sudut itu. Dalam mengkaji bahasa, semantik merupakan salah satu bidang yang terpenting untuk didalami oleh setiap pengkaji bahasa. Istilah semantik berasal dari sepatah kata Yunani Kuno iaitu sema yang bermaksud isyarat . Seterusnya kata itu ‘ ’ menerbitkan kata semainein yang bermaksud bererti . Dari itu terbitlah istilah ‘ ’ semantik yang menamai satu bidang “ ilmu mengenai kaji atau analisa makna (Abdullah Hassan, 1987). Makna ” memainkan peranan penting dalam pemakaian bahasa. Tanpa makna, suatu tutur itu tidak akan berguna (Abdullah Hassan, 1983). Kajian terhadap makna ialah suatu usaha yang menarik dan kompleks kerana tiada siapa tahu secara tepat apakah makna itu (Engelkamp, 1998). Dari itu, semantik adalah pusat pembelajaran tentang fikiran manusia iaitu proses berfikir, kognisi, konseptualisasi adalah saling berkaitan dalam mengklasifikasikan pengalaman melalui bahasa (Leech, 2003). Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2009), semantik berasal daripada perkataan Greek, iaitu semantikos yang membawa maksud memberikan tanda, sesuatu gejala atau tanda atau sesuatu yang bermakna. Semantik bermula daripada perkataan sema yang merujuk kepada aspek makna atau maksud, iaitu makna seperti yang diungkapkan dalam sesuatu bahasa atau sistem tanda yang lain. Merujuk kepada bahasa Inggeris, meaning, mean, meant dan means kesemuanya merujuk kepada makna atau maksud yang boleh digunakan dalam pelbagai situasi. Melalui komunikasi, manusia dapat mentafsirkan makna sesebuah mesej yang disampaikan kepadanya. Mereka mempunyai pelbagai cara dalam berkomunikasi sesama sendiri. Namun, tidak semua akan dapat menerima mesej yang betul. Inilah yang menjadi masalah dalam menganalisis makna. Kajian tentang makna adalah sangat kompleks kerana kadangkala komunikasi antara manusia boleh bersifat subjektif iaitu setiap manusia mempunyai pandangan masing-masing. Oleh itu, para sarjana 1
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1.0 PENGENALAN
Semua bahasa bergantung kepada makna dalam perkataan dan ayat. Setiap bahasa
merupakan satu sistem yang digunakan untuk menyampaikan makna melalui bunyi. Kajian
makna dikenali sebagai bidang semantik, iaitu bidang yang telah begitu lama diabaikan oleh
linguistik kerana persoalan makna banyak mendatangkanmasalah jika tingkahlaku bahasa itu
ditinjau dari sudut itu. Dalam mengkaji bahasa, semantik merupakan salah satu bidang yang
terpenting untuk didalami oleh setiap pengkaji bahasa.
Istilah semantik berasal dari sepatah kata Yunani Kuno iaitu sema yang bermaksud
‘isyarat’. Seterusnya kata itu menerbitkan kata semainein yang bermaksud ‘bererti’. Dari itu
terbitlah istilah semantik yang menamai “satu bidang ilmu mengenai kaji atau analisa makna”
(Abdullah Hassan, 1987). Makna memainkan peranan penting dalam pemakaian bahasa.
Tanpa makna, suatu tutur itu tidak akan berguna (Abdullah Hassan, 1983). Kajian terhadap
makna ialah suatu usaha yang menarik dan kompleks kerana tiada siapa tahu secara tepat
apakah makna itu (Engelkamp, 1998). Dari itu, semantik adalah pusat pembelajaran tentang
fikiran manusia iaitu proses berfikir, kognisi, konseptualisasi adalah saling berkaitan dalam
mengklasifikasikan pengalaman melalui bahasa (Leech, 2003).
Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2009), semantik berasal daripada perkataan Greek, iaitu
semantikos yang membawa maksud memberikan tanda, sesuatu gejala atau tanda atau
sesuatu yang bermakna. Semantik bermula daripada perkataan sema yang merujuk kepada
aspek makna atau maksud, iaitu makna seperti yang diungkapkan dalam sesuatu bahasa atau
sistem tanda yang lain. Merujuk kepada bahasa Inggeris, meaning, mean, meant dan means
kesemuanya merujuk kepada makna atau maksud yang boleh digunakan dalam pelbagai
situasi.
Melalui komunikasi, manusia dapat mentafsirkan makna sesebuah mesej yang
disampaikan kepadanya. Mereka mempunyai pelbagai cara dalam berkomunikasi sesama
sendiri. Namun, tidak semua akan dapat menerima mesej yang betul. Inilah yang menjadi
masalah dalam menganalisis makna. Kajian tentang makna adalah sangat kompleks kerana
kadangkala komunikasi antara manusia boleh bersifat subjektif iaitu setiap manusia mempunyai
pandangan masing-masing. Oleh itu, para sarjana linguistik dan bahasa telah mewujudkan
beberapa teori yang diharapkan dapat memudahkan lagi penganalisaan sesebuah makna
tertentu.
1
2.0 ISTILAH DAN SUBBIDANG SEMANTIK
2.1 DEFINISI SEMANTIK
2
DEFINISI SEMANTIK
Kata’semantik’ ini, sebenarnya berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani semantickos yang membawa makna ‘penting’ atau ‘bererti’.
Daripada segi ‘etimologi’ kata semantik berasal daripada kata Yunani yang bererti ‘tanda’ dan ‘lambang’.
Menurut Kamus Dewan Edisi keempat, semantik ialah kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu perkataan.
Radiah Yusoff (Linguistik Pengenalan), Semantik ialah kajian tentang makna linguistic untuk morfem, perkataan, frasa dan ayat dalam bahasa manusia.
Siti Hajar Abdul Aziz (Buku Bahasa Melayu II), Kajian linguistik yang menganalisa makna baik pada peringkat morfem, kata, frasa, ayat atau wacana dan hubungannya dengan idea, konsep dan emosi. Makna diertikan sebagai maksud, idea atau konsep yang boleh dipindahkan daripada fikiran penutur mengujarkan kata dan mendapat gerak balas seperti yang dijangkakan daripada pendengar.
Sperber dan Wilson (Buku Bahasa Melayu II), kajian tentang makna yang diaplikasikan pada aspek makna ayat dari segi bentuk logiknya, khususnya pada peringkat tatabahasa dan nahu bentuk logiknya.
Kata ‘semantik’ ini sebenarnya berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani
semantickos yang membawa makna ‘penting’ atau ‘bererti’. Semantik pula secara ringkasnya,
dapat dijelaskan sebagai suatu bidang ilmu yang mengkaji makna perkataan dan ayat dalam
bahasa.
Daripada segi ‘etimologi’ kata semantik berasal daripada kata Yunani yang bererti
‘tanda’ dan ‘lambang’. Oleh yang demikian, semantik dapat diertikan sebagai ilmu yang
menyelidik paduan tanda-tanda atau lambing-lambang yang menghasilkan sesuatu bahasa
serta ertinya.
Orang yang mula-mula menggunakan istilah semantik ialah M.Breal (1990) dalam
bukunya semantics : studies in the Science of Meaning. Semantik mengikut Kamus Dewan
Keempat ialah kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu perkataan.
Menurut Radiah Yusoff, Semantik ialah kajian tentang makna linguistik untuk morfem,
perkataan, frasa dan ayat dalam bahasa manusia. (O’Grady,200,224, Fromin et al 2003,173).
Dalam Buku Bahasa Melayu kertas 910/1 & 910/2 pula mentakrifkan semantik sebagai
kajian makna linguistik bagi kata, frasa dan ayat atau dengan kata lain perkataan sebagai kajian
makna tentang bentuk-bentuk linguistik.
Dalam Buku Bahasa Melayu II, Siti Hajar Abdul Aziz, semantik ialah kajian linguistik
yang menganalisa makna baik pada peringkat morfem, kata, frasa, ayat atau wacana dan
hubungannya dengan idea, konsep dan emosi. Makna diertikan sebagai maksud, idea atau
konsep yang boleh dipindahkan daripada fikiran penutur apabila mengujarkan kata dan
mendapat gerak balas seperti yang dijangkakan daripada pendengar.
Sperber dan Wilson (1980) mendefinisikan Semantik ialah kajian tentang makna yang
diaplikasikan pada aspek makna ayat dari segi bentuk logiknya, khususnya pada peringkat
tatabahasa dan nahu bentuk logiknya.
Menurut Harimurthi Kridalaksana (1983), semantik ialah bahagian daripada struktur
bahasa yang berkaitan dengan makna. Satu system dan penyelidikan makna dalam sesuatu
bahasa.
3
2.2 SUBBIDANG SEMANTIK
4
SUBBIDANG SEMANTIK
Semantik dan makna
-Menurut Palmer(1992), istilah semantik merujuk kepada bidang kajian makna.
-Istilah semantik digunakan untuk merujuk kepada kajian makna dalam bidang linguistik.
-Makna pula secara umumnya membawa erti ‘maksud’ atau ‘erti’.
-Kamus Linguistik (1997) memasukkan dua entri bagi kata makna, iaitu:
a) Erti yang didukung oleh kata atau kumpulan kata
b) Pemahaman sesuatu ujaran oleh pendengar
-Ogden dan Richard menjelaskan bahawa erti makna cukup menarik tetapi rumit sekali untuk memahami maksud kata makna.
Semantik dan linguistik
Semantik dan sejarah
Semantik dan pragmatik
-Berdasarkan sejarah linguistik, pada mulanya istilah semantik digunakan untuk merujuk kepada perkembangan dan perubahan makna dalam bahasa.
-Tahun 1931 merupakan detik bersejarah dalam sejarah semantik kerana muncul tulisan Gustaf Stren.
-Menurut Ullman (1996), kajian semantic selepas tahun 1950 tidak lagi memberi perhatian terhadap perubahan makna dan sebab-sebabnya.
-Sebaliknya, kajian mula beralih kepada aspek dalaman tentang perbendaharaan kata dan juga prinsip umum dalam kajian bahasa tertentu.
-Semantik merupakan salah satu komponen penting dalam ilmu linguistik seperti bidang fonetik dan tatabahasa.
-Kajian bahasa tidak akan menjadi sempurna jika tidak ada unsur makna.
-Semantik menjadi amat penting dalam bidang tatabahasa.
-Walaupun ayat tersebut betul dari hokum tatabahasanya iaitu (S+P), namun ayat tersebut belum tentu dapat diterima umum kerana maknanya taksa.
-Contoh ayat : Kerusi itu sedang menyampaikan ucapan di Dewan Seri Melati.
-Tegasnya, maklumat semantik amat penting dalam linguistik.
-Pragmatik- menghuraikan makna berdasarkan konteks bagi penginterpretasian makna yang berbentuk abstrak yang memerlukan huraian yang lebih terperinci
-Gabungan semantik dan pragmatik- menjelaskan makna yang memerlukan tafsiran yang mendalam.
-Teori relevan
2.2.1 Semantik dan Makna
Bidang semantik merupakan bidang yang memberikan perhatian kepada aspek makna dalam
bahasa. Menurut Palmer (1992) istilah semantik merujuk kepada bidang kajian makna. Istilah ini
merupakan istilah yang agak baharu dalam bidang lingusitik.
Istilah semantik mula-mula diperkenalkan ole M.Breal daripada kata Perancis
semantique. Kini istilah semantik digunakan untuk merujuk kepada kajian makna dalam bidang
linguistik. Kata semantik juga diertikan sebagai ‘ilmu tentang makna atau erti’.
Kini, makna menjadi sebahagian daripada ilmu linguistik. Manakala makna pula secara
umumnya membawa erti ‘maksud’ atau ‘erti’. Walau bagaimanapun, kata makna boleh
diberikan bermacam-macam pengertian yang lain. Kamus Linguistik (1997) memasukkan dua
entri bagi kata makna, iaitu :
(i) Erti yang didukung oleh kata atau kumpulan kata
(ii) Pemahaman sesuatu ujaran oleh pendengar, atau pemahaman kata atau frasa
bertulis oleh pembaca.
Ogden dan Richard (1956) pernah memberikan tidak kuran 16 pengertian bagi
perkataan makna dalam buku mereka. Antara pengertian yang diberikan termasuk makna
seperti ‘suatu sifat intrinsik, konotasi sesuatu kata, suatu inti, pokok, suatu kemahuan’ dan
‘emosi yang ditimbulkan oleh sesuatu’.
Jadi berdasarkan pengertian oleh Ogden dan Richard, kita fahami bahawa erti makna
cukup menarik tetapi rumit sekali untuk memahami maksud kata makna.
2.2.2 Semantik dan Linguistik
Kita sudah jelas bahawa semantik adalah sebahagian daripada linguistik. Kini semantik sudah
boleh diterima sebagai salah satu komponen penting dalam ilmu linguistik seperti bidang fonetik
dan tatabahasa. Ahli-ahli bahasa meletakkan bidang semantik pada sebelah hujung, manakala
fonetik pula pada hujung yang lain, dan tatabahasa atau nahu terletak di tengah-tengah deretan
ini.
Bidang semantik amat penting kerana kajian bahasa tidak akan menjadi sempurna jika
tidak ada unsur makna. Semantik menjadi amat penting dalam tatabahasa, dan tanpanya kita
mungkin dapat membina atau melafazkan ayat atau ujaran yang tepat dari segi rumusnya tetapi
tidak tepat dari segi ilmu semantik. Contohnya, kita tidak boleh menerima ayat “Kerusi itu
5
sedang menyampaikan ucapan di Dewan Sri Melati”, sebagai ayat yang betul, walaupun ayat ini
menepati aturan bahasa, iaitu menururt susuna subjek dan predikat (S+P) di dalamnya. Hal ini
kerana maknanya adalah taksa. Tagasnya, maklumat semantik amat penting dalam linguistik.
2.2.2 Semantik dan Sejarah
Berdasarkan sejarah linguistik, pada mulanya istilah semantik digunakan untuk merujuk kepada
perkembangan dan perubahan makna dalam bahasa. Sebelum tahun 1930, kajian semantik
telah memberi focus kepada aspek kajian tradisional, iaitu perubahan makna. Tetapi, selepas
tahun 1930, perubahan telah berlaku dan semantik sudah mula melihat masalah deskriptif dan
struktur dalam semantik (Ullman, 1996). Tahun 1931 merupakan detik bersejarah dalam
sejarah semantik. Hal ini kerana pada tahun itu telah muncul tulisan Gustaf Stren yang berjudul
Meaning and Change of Meaning with Special Reference to English Languange. Penerbitan
tulisan ini telah membawa trend baharu dalam bidang semantik.
Menurut Ullman (1996), kajian semantik selepas tahun 1950 tidak lagi memberi
perhatian terhadap perubahan makna dan sebab-sebabnya. Sebaliknya, kajian mula beralih
kepada aspek dalaman tentang perbendaharaan kata dan juga daripada prinsip umum kepada
kajian bahasa yang tertentu.
3.0 FITUR MAKNA
6FITUR MAKNA
Fitur atau ciri semantik merupakan hubungan makna bagi sejumlah kata yang masing-masing
mempunyai ciri-ciri tersendiri.
Makna sesuatu perkataan itu dibahagikan kepada komponen-komponennya. Makna
perkataan dianggap terdiri daripada sekelompok fitur distingtif. Fitur-fitur ini dipilih dan
ditentukan lebih dahulu supaya jangan ada yang sama dengan fitur lain. Walaupun ada dalam
kalangan ahli yang mengatakan mustahil untuk kita menentukan makna semua fitur yang perlu
bagi menentukan makna sesuatu perkataan itu.
Dalam menyatakan makna, fitur-fitur tersebut diberi tanda + atau -. Tanda-tanda
tersebut mempunyai pengertian khusus dalam memberi makna tersebut. Tanda + membawa
maksud fitur tersebut wujud pada perkataan yang hendak dianalisis maknanya, dan sebaliknya
tanda – bermaksud perkataan tersebut tidak mempunyai fitur tersebut. Contohnya bagi benda
bernyawa, kita berikan fitur +binatang, -batu. Oleh yang demikian, kita tentukan fitur bagi
menentukan makna sesuatu perkataan.
3.1 SIFAT MAKNA
7
SIFAT MAKNA
KELAS MAKNA
LEWAH DALAM MAKNA
Makna emotif
Makna denotasi Makna
konotasiMakna
referensial
Makna kognitif
Makna piktorial
Sifat makna ialah makna bersifat dinamis dan evolusi. Dinamis iaitu boleh berubah-ubah dan
evolusi pula boleh berkembang. Terdapat beberapa ciri yang menentukan sesuatu makna.
Pertama, ungkapan yang dihasilkan mesti dipilih mengikut kesesuaian, jika tidak ungkapan
tersebut adalah tidak bermakna. Kedua, b udaya masyarakat penutur berkait rapat dengan
bahasa kerana hanya mereka yang memahami budaya. Ketiga, makna juga ditentukan
bergantung kepada situasi dan perasaan penutur semasa menyampaikan sesuatu ungkapan
itu. Keempat, makna dalam peribahasa (kiasan/simpulan bahasa/pepatah dll) digunakan bagi
membawa makna yang berbeza daripada makna asal. Terdapat beberapa factor perubahan
sifat makna seperti perkembangan bahasa itu sendiri, tanggapan penutur, peluasan makna,
pembatasan/penyempitan makna dan tujuan simbolik dan stilistik.
3.2 KELAS MAKNA
Kelas makna terbahagi kepada beberapa iaitu :
1. Makna emotif ; makna yang berlaku akibat reaksi individu daripada apa yang didengari.