Top Banner
JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIA VOL.2 NO.1 ISSN 2232-0393 37 PENGENALAN KONSEP BENTUK, RUANG DAN PENGUKURAN KEPADA KANAK-KANAK MELALUI RUTIN HARIAN: SATU KAJIAN KES 1 Norly Jamil, 2 Mahani Razali 1,2 Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Pendidikan Khas, Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan Abstrak Kajian kes ini bertujuan untuk meneroka sejauhmana aktiviti rutin harian yang dilaksanakan di pusat asuhan dan didikan dapat dijadikan sebagai kaedah dalam pengenalan awal konsep bentuk, ruang dan pengukuran kepada kanak-kanak. Kajian ini merupakan kajian kualitatif Persampelan bertujuan digunakan bagi memilih sampel dalam kalangan kanak-kanak. Beberapa kriteria telah ditentukan sebelum pemilihan sampel dilakukan. Oleh itu, seorang kanak-kanak berusia 4 tahun telah dipilih sebagai sampel kajian. Kaedah pemerhatian merupakan keadah utama yang dijalankan bagi mengutip data dalam kajian ini. Rakaman video juga telah dilakukan sepanjang pemerhatian dijalankan. Strategi lain yang digunakan bagi mengutip data dalam kajian ini adalah temubual bersama guru yang terlibat dalam kajian. Data telah dianalisis menggunakan tema analisis. Hasil kajian telah mendapati bahawa rutin pagi, rutin makan, rutin tidur, rutin mandi dan rutin aktiviti bebas dapat digunakan sebagai kaedah pengenalan awal konsep bentuk, ruang dan pengukuran kepada kanak-kanak awal ini. Justeru, rutin harian kanak-kanak di pusat asuhan dan didikan wajar dilihat sebagai satu persekitaran pembelajaran yang bermakna. Rutin harian ini merupakan satu wadah permulaan untuk kanak-kanak menguasai konsep matematik awal iaitu konsep bentuk, ruang dan pengukuran. Kata Kunci Bentuk, Ruang, Pengukuran, Rutin Harian Abstract This case study aim to explore how daily rountines implemented at care and education center can be used as a method in teach math concepts as (shape, space and measurement to children. Methodology used in the present study is the qualitative research. Purposive sampling techniques were used to select the children.Several criteria was upheld before sample selection carried out. Therefore a child 4-year-old has been chosen as research sample. Direct observation is the primary data collection method used in this research. The observation also was done by video recordings. The other data collection strategy employed in this research is interview with the teachers. Data were analyzed using the theme analysis. Research indicated that morning routine, eat routine, sleep rountine, bath routine, and free activity routine really helps the children in learning shape, space and measurement concepts. Hence, daily children routines at care and education center should perceived as a meaningful learning environment. Keywords Shape, Space, Measurement, Daily Routine
12

PENGENALAN KONSEP BENTUK, RUANG DAN PENGUKURAN ...

Jan 14, 2017

Download

Documents

hoangdieu
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: PENGENALAN KONSEP BENTUK, RUANG DAN PENGUKURAN ...

JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIAVOL.2 NO.1 ISSN 2232-0393

37

PENGENALAN KONSEP BENTUK, RUANG DAN PENGUKURAN KEPADA KANAK-KANAK MELALUI RUTIN HARIAN:

SATU KAJIAN KES

1Norly Jamil, 2Mahani Razali1,2Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Pendidikan Khas,

Fakulti Pendidikan dan Pembangunan ManusiaUniversiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim,

Perak Darul Ridzuan

Abstrak

Kajian kes ini bertujuan untuk meneroka sejauhmana aktiviti rutin harian yang dilaksanakan di pusat asuhan dan didikan dapat dijadikan sebagai kaedah dalam pengenalan awal konsep bentuk, ruang dan pengukuran kepada kanak-kanak. Kajian ini merupakan kajian kualitatif Persampelan bertujuan digunakan bagi memilih sampel dalam kalangan kanak-kanak. Beberapa kriteria telah ditentukan sebelum pemilihan sampel dilakukan. Oleh itu, seorang kanak-kanak berusia 4 tahun telah dipilih sebagai sampel kajian. Kaedah pemerhatian merupakan keadah utama yang dijalankan bagi mengutip data dalam kajian ini. Rakaman video juga telah dilakukan sepanjang pemerhatian dijalankan. Strategi lain yang digunakan bagi mengutip data dalam kajian ini adalah temubual bersama guru yang terlibat dalam kajian. Data telah dianalisis menggunakan tema analisis. Hasil kajian telah mendapati bahawa rutin pagi, rutin makan, rutin tidur, rutin mandi dan rutin aktiviti bebas dapat digunakan sebagai kaedah pengenalan awal konsep bentuk, ruang dan pengukuran kepada kanak-kanak awal ini. Justeru, rutin harian kanak-kanak di pusat asuhan dan didikan wajar dilihat sebagai satu persekitaran pembelajaran yang bermakna. Rutin harian ini merupakan satu wadah permulaan untuk kanak-kanak menguasai konsep matematik awal iaitu konsep bentuk, ruang dan pengukuran.

Kata Kunci Bentuk, Ruang, Pengukuran, Rutin Harian

Abstract

This case study aim to explore how daily rountines implemented at care and education center can be used as a method in teach math concepts as (shape, space and measurement to children. Methodology used in the present study is the qualitative research. Purposive sampling techniques were used to select the children.Several criteria was upheld before sample selection carried out. Therefore a child 4-year-old has been chosen as research sample. Direct observation is the primary data collection method used in this research. The observation also was done by video recordings. The other data collection strategy employed in this research is interview with the teachers. Data were analyzed using the theme analysis. Research indicated that morning routine, eat routine, sleep rountine, bath routine, and free activity routine really helps the children in learning shape, space and measurement concepts. Hence, daily children routines at care and education center should perceived as a meaningful learning environment.

Keywords Shape, Space, Measurement, Daily Routine

Page 2: PENGENALAN KONSEP BENTUK, RUANG DAN PENGUKURAN ...

JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIAVOL.2 NO.1 ISSN 2232-0393

38

Pengenalan

Mungkin ramai di antara kita yang kurang menyedari bahawa setiap kegiatan harian yang kita lakukan melibatkan pelbagai konsep matematik seperti kewangan, nombor dan pengukuran. Biasanya kita hanya akan memahami konsep-konsep ini apabila didedahkan secara langsung dalam pendidikan formal di peringkat sekolah. Hal ini tidak seharusnya dibiarkan begitu sahaja terutamanya apabila melibatkan pembelajaran awal kanak-kanak. Dalam usaha murni negara untuk memacu dan memartabatkan pendidikan awal kanak-kanak perkara ini harus difikirkan dengan lebih serius. Dengan sifat mereka yang lebih mudah menerima input dan maklumat, kanak-kanak sudah perlu didedahkan dengan sesuatu konsep walaupun secara tidak langsung melalui kegiatan harian mereka.

Penguasaan konsep matematik awal kanak-kanak hanya akan berlaku apabila kanak-kanak membina pengetahuan matematik mereka melalui kombinasi perkembangan kognitif dan interaksi dengan persekitaran dalam kehidupan harian (Euegene, 2009). Kanak-kanak disifatkan akan banyak mempelajari kemahiran awal matematik melalui kegiatan seharian tertentu (Mohd Daud,1996). Kegiatan harian ini seolah-olah membantu kanak-kanak dalam mempelajari konsep awal matematik dengan mudah dan begitu sahaja tanpa pendidikan secara formal. Bagi mengelakkan kekeliruan harus ada penjelasan bahawa kegiatan seharian yang dimaksudkan ialah rutin harian. Aktiviti-aktiviti seperti membutang baju, menyusun kasut, menyediakan hidangan makanan adalah antara aktiviti yang memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mempelajari konsep bentuk dan ruang. Aktiviti-aktiviti ini merupakan rutin harian yang dilakukan oleh kanak-kanak sepanjang berada di pusat asuhan dan didikan. Aktviti ini harus dimanipulasikan oleh guru dan pengasuh sepenuhnya dalam usaha memperkenalkan konsep matematik yang lebih baik kepada kanak-kanak. Guru dan pengasuh tidak harus memandang perlaksanaan aktiviti rutin harian kanak-kanak di pusat asuhan dan didikan ini hanyalah satu elemen yang sengaja diadakan tanpa tujuan. Mereka harus sedar bahawa aktiviti rutin harian ini merupakan satu perancangan aktiviti yang telah ditetapkan objektif di sebaliknya bagi membantu kanak-kanak mencapai perkembangan secara holistik selaras dengan Falsafah Pendidikan Permata itu sendiri.

Peranan pusat asuhan dan didikan ini bukan sahaja sebagai tempat untuk menjaga dan mengasuh kanak-kanak yang ditinggalkan ibu bapa sewaktu bekerja tetapi juga merupakan tempat untuk menerapkan pembelajaran informal kepada kanak-kanak yang sudah mampu menerima proses pembelajaran khususnya kanak-kanak berusia 4 tahun (Euegene, 2009). Jadi tidaklah mustahil sekiranya kegiatan harian atau rutin harian pusat asuhan dan didikan dapat dijadikan satu sesi pembelajaran informal dalam memperkenalkan konsep bentuk dan ruang kepada kanak-kanak. Dodge dan Colker (1992) menyatakan pembelajaran matematik yang luas merangkumi konsep yang pelbagai seperti nombor, corak dan perkaitannya, geometri dan kesedaran ruang, ukuran dan pengumpulan data, menyusun dan mempersembahkan dapat dipraktikkan dalam kehidupan kanak-kanak melalui rutin penjagaan harian mereka di taska.

Kajian yang dilakukan oleh Geoghegan (1998) mendapati kebolehan kanak-kanak merangkumi kebolehan dalam membuat pengelasan, perbandingan, seriasi, mengira dan membilang, mengenal nombor kardinal dan menyusun corak. Konsep-konsep yang dinyatakan ini boleh dicapai dan diterapkan kepada kanak-kanak melalui aktiviti rutin yang dilakukan seperti bermain bebas, ketika waktu makan, ketika waktu tiba di pusat jagaan dan rutin-rutin lain. Aktiviti rutin ini seolah-oleh memberi satu ruang pembelajaran baru yang lebih bebas kepada kanak-kanak untuk berfikir dan

Page 3: PENGENALAN KONSEP BENTUK, RUANG DAN PENGUKURAN ...

JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIAVOL.2 NO.1 ISSN 2232-0393

39

menyelesaikan masalah dalam matematik mereka tanpa rasa tertekan. Malah, menjadi satu aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan dan lebih memberi makna. Oleh itu, Piaget (1952) dalam Euegene (2009), pengintegrasian pengajaran matematik dalam aktiviti lain seperti melibatkan rutin harian kanak-kanak akan lebih memberi kesan dan rangsangan kepada pemikiran matematik kanak-kanak dan menjadikannya satu pembelajaran konsep yang lebih bermakna. Melihat kepada kepentingan aktiviti rutin ini dalam pendidikan awal kanak-kanak, maka kajian ini adalah untuk meneroka sejauhmana rutin harian dapat dijadikan sebagai satu kaedah dalam memberi pengenalan awal kepada kanak-kanak awal tentang konsep matematik. Fokus dalam kajian ini ialah pemahaman kanak-kanak berumur 4 tahun tentang konsep bentuk, ruang dan pengukuran. Justeru, kajian ini secara khususnya adalah untuk menjawab persoalan sejauhmana rutin harian ini membantu dalam memperkenalkan konsep bentuk ruang dan pengukuran kanak-kanak berusia 4 tahun khasnya.

Metodologi

Kajian ini merupakan kajian pendekatan kualitatif dengan menggunakan kajian kes rintis. Bagi mengumpulkan maklumat dalam kajian ini kaedah triangulasi telah digunakan iaitu kaedah pemerhatian, temubual dan rakaman video. Pemerhatian turut serta telah digunakan supaya penyelidik boleh berinteraksi dengan kanak-kanak. Interaksi bersama kanak-kanak ini sangat penting bagi memberi rangsangan kepada kanak-kanak yang membawa maklumat kepada penyelidik. Yin (2003) menyatakan pemerhatian secara langsung perlu diselangselikan dengan temubual dan interaksi dengan orang yang terlibat dalam kejadian tesebut sekiranya tingkah laku atau perkara yang ingin dilihat itu tidak dapat dilihat dalam situasi yang sebenar. Hal ini akan lebih memudahkan untuk melihat penguasaan kanak-kanak ini tentang konsep bentuk, ruang dan pengukuran. Pengkaji akan memerhati sampel yang dipilih dan bersama-sama dengan kanak-kanak semasa mereka melakukan rutin harian mereka. Pengkaji tidak perlu mengubah situasi yang ada kerana fokus dalam kajian ini ialah kepada kejadian kontemporari (Yin, 2003). Pemerhatian dilakukan sebanyak 6 hari. Temubual dengan guru juga dilakukan bagi menyokong dapatan yang diperoleh.

Memandangkan kajian ini kualitatif menggunakan kaedah kajian kes, penyelidik melihat pemilihan seorang sampel kajian sahaja sudah memadai bagi melihat fenomena yang hendak dikaji. Maka persampelan secara bertujuan telah digunakan. Kaedah persampelan ini telah menetapkan beberapa kriteria utama yang perlu ada pada sampel yang dipilih. Kriteria yang dimaksudkan ialah sampel perlulah tinggal di pusat asuhan dan didikan dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang iaitu mereka perlu menjalani rutin yang sama setiap hari mengikut kurikulum PERMATA. Sampel sekurang-kurangnya sudah mampu berkomunikasi dengan baik dan dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. Mason (2002) menyifatkan kajian kualitatif yang menggunakan persampelan secara bertujuan atau strategi teoritikal tidak menjadikan sampel yang mewakili populasi satu perkara yang paling penting untuk difokuskan. Hal ini kerana persampelan seperti ini telah memberikan kriteria tertentu atau kategori yang sangat luas yang akhirnya akan memberi satu kumpulan data yang dapat membina teori. Sampel kualitatif biasanya kecil dengan alasan yang jelas dari aspek seperti kos dan masa. Namun alasan mengapa sampel yang kecil dalam kajian kualitatif adalah berbentuk subjektif bergantung kepada kajian yang akan dijalankan. Justeru, kajian ini hanya melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun di salah sebuah taska di Tanjung Malim, Perak. Pemerhatian terhadap kajian ini hanya dijalankan selama 6

Page 4: PENGENALAN KONSEP BENTUK, RUANG DAN PENGUKURAN ...

JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIAVOL.2 NO.1 ISSN 2232-0393

40

hari sahaja. Hal ini disebabkan kekangan masa yang dihadapi oleh penyelidik sendiri di samping aktiviti-aktiviti pihak taska sendiri yang telah dirancang dengan lebih awal. Sepanjang kajian ini dijalankan kerjasama sepenuhnya daripada guru dan pengasuh sangat sukar untuk diperoleh.

Kerangka Konseptual Kajian

Rajah 1.1 Kerangka Konseptual Kajian

Teknik Pengumpulan dan Penganalisisan Data

Bersesuaian dengan kaedah kajian kes, penyelidik merupakan instrumen utama dalam teknik pengumpulan data. Pelbagai kaedah yang digunakan bagi membolehkan penyelidik mendapat ketekalan dalam dapatan kajiannya. Kajian ini telah menggunakan kombinasi temubual, pemerhatian dan rakaman sebagai sumber untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. Hal ini kerana satu sumber maklumat sahaja tidak akan mampu memberi perspektif yang menyeluruh. Justeru, dengan menggunakan kombinasi temubual dan pemerhatian, penyelidik dapat mendapatkan sumber data yang berbeza untuk mengesahkan dan memeriksa silang penemuan. “(Patton, 1990, p.244 dalam Mahani, 2007). Teknik pemerhatian yang digunakan dalam kajian ini ialah pemerhatian turut serta tetapi tidak berstruktur. Oleh itu, peranan penyelidik itu sebagai “pemerhati peserta”. Penyelidik perlu berkomunikasi dengan kanak-kanak bagi merangsang cara kanak-kanak berfikir dan bertindak. Vygotsky (Mahani, 2007) dalam teori konstruktivis sosialnya sangat menitikberatkan hal ini semasa bersama-sama kanak-kanak. Kanak-kanak perlu diberi bimbangan dan panduan dalam proses pembelajaran mereka. Pemerhatian ini dilaksanakan mengikut jadual rutin harian yang telah dilaksanakan di taska tempat kajian tersebut. Justeru, pemerhatian telah dijalankan bermula dari jam 7.30 pagi sehinggalah 5.30 petang. Pemerhatian ini disertakan dengan rakaman video oleh penyelidik. Bagi memastikan data yang didapati lebih tepat maka temu bual bersama-sama guru atau pengasuh juga dijalankan. Temubual semi struktur

Page 5: PENGENALAN KONSEP BENTUK, RUANG DAN PENGUKURAN ...

JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIAVOL.2 NO.1 ISSN 2232-0393

41

digunakan supaya penyelidik lebih terarah dan fokus bagi objektif kajian dalam sesi temu bual tersebut. Soalan temu bual telah ditapis dan disahkan oleh pakar-pakar bidang. Data dalam kajian ini telah direkod menggunakan rekod naratif. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan tema analisis. Dikeluarkan beberapa tema yang releven dengan tujuan dan persoalan kajian ini.

Dapatan dan Perbincangan Kajian

Sampel kajian ialah seorang kanak-kanak lelaki yang berusia 4 tahun. Kanak-kanak ini merupakan anak kepada salah seorang kakitangan. Kanak-kanak ini baru sahaja ditempatkan di tadika tersebut bermula Januari 2011. Sebelumnya kanak-kanak ini dijaga oleh pengasuh di rumah. Kanak-kanak seorang yang sangat periang dan sudah boleh berkomunikasi dengan agak baik. Sikap yang peramah menyebabkan mudah untuk didekati oleh penyelidik.

Sepanjang pemerhatian dijalankan didapati beberapa rutin harian yang telah diamalkan di taska ini yang berasaskan kurikulum PERMATA. Antara rutin harian tersebut adalah seperti berikut:

Jadual 4.1 Rutin Harian Kanak-kanak TASKA

Bil Rutin Harian1 Rutin Pagi2 Rutin Minum Pagi dan Petang

3 Rutin Makan Tengah Hari

4 Rutin Mandi

56

Rutin TidurRutin Aktiviti Bebas

7 Rutin Pulang

Hasil kajian mendapati terdapat beberapa rutin harian ini sememangnya boleh dijadikan kaedah dalam memperkenalkan kanak-kanak itu tentang konsep matematik iaitu konsep bentuk dan ruang. Rutin yang dimaksudkan ialah rutin pagi, rutin makan tengah hari, rutin tidur dan rutin mandi. Rutin-rutin harian yang lain tidak dapat diperhatikan kerana penyelidik berhadapan dengan situasi guru yang agak sukar memberi kebebasan kepada penyelidik untuk bersama kanak-kanak. Guru-guru merasakan seolah-olah penyelidik ingin membuat penilaian terhadap pengajaran mereka. Peringkat permulaan guru hanya meminta penyelidik memerhati dari jauh sedangkan penyelidik telah menjelaskan bagaimana proses pemerhatian ini akan dijalankan peringkat awal sebelum pemerhatian lapangan ini dilakukan. Setelah membuat sedikit perbincangan, barulah guru mula memberi sedikit kerjasama walau ada kalanya guru meminta penyelidik tidak berseorangan dengan kanak-kanak yang menjadi sampel kajian ini. Keadaan ini sangat menyukarkan penyelidik untuk membuat pemerhatian. Tambah lagi untuk berinteraksi dengan sampel memandangkan agak sukar untuk melihat keupayaan sampel mengenal konsep bentuk dan ruang jika hanya melalui pemerhatian. Oleh sebab kekangan inilah maka terdapat beberapa rutin harian yang penyelidik hanya boleh memerhati sahaja kanak-kanak ini.

Page 6: PENGENALAN KONSEP BENTUK, RUANG DAN PENGUKURAN ...

JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIAVOL.2 NO.1 ISSN 2232-0393

42

Perbincangan dapatan kajian ini dapat dilihat berdasarkan beberapa tema tertentu iaitu:

Tema 1: Konsep Ruang dalam Rutin Menyusun BegTema 2: Konsep Ruang dan Pengukuran dalam Rutin BeraturTema 3: Konsep Bentuk, Ruang dan Pengukuran dalam Rutin MakanTema 4: Konsep Bentuk, Ruang dan Pengukuran dalam Rutin TidurTema 5: Konsep Ruang dalam Rutin MandiTema 6: Konsep Bentuk dan Ruang dalam Rutin Aktiviti BebasTema 7: Konsep Pengukuran dalam Rutin Menyusun Kasut

Tema 1: Konsep Ruang dalam Rutin Menyusun Beg

Aktiviti menyusun beg dilakukan oleh kanak-kanak semasa rutin pagi, rutin mandi dan rutin pulang. Kedudukan tempat meletak beg dan juga ada konsep atas dan bawah, kiri dan kanan boleh digunakan untuk memperkenalkan konsep ruang kepada kanak-kanak. Malah disebabkan rutin ini kerap kali diulang sepanjang mereka berada di pusat asuhan dan didikan ini maka lebih mudah untuk kanak-kanak ini mengingati apabila diperkenalkan dengan sesuatu konsep baru seperti konsep ruang tadi. Rutin ini dilakukan semasa sampai, tukar baju selepas mandi dan semasa balik. Teori pembelajaran konstruktivis kognitif Bruner (1966) berpendapat bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak adalah melalui tiga peringkat iaitu peringkat enaktif, peringkat ikonik dan peringkat simbolik. Pada peringkat awal, kanak-kanak kebiasaannya belajar melalui peringkat enaktif. Pada peringkat ini, kanak-kanak haruslah diberi pengalaman yang kukuh tentang sesuatu pembelajaran supaya semua aktiviti yang dipelajarinya tersimpan dalam jangka masa yang panjang. Rutin menyusun beg menunjukkan bahawa kanak-kanak sedang menimba pengalaman dalam melakukan aktiviti seharian yang berulang-ulang. Melalui pengulangan ini pemahaman kanak-kanak terhadap pembelajaran matematik tentang konsep ruang dapat dibentuk.

Hasil daripada pemerhatian yang dilakukan semasa rutin pagi iaitu menyusun kasut didapati Nazhan mengetahui mengenai kedudukan tempat untuk menyusun kasut dengan betul. Nazhan telah membetulkan ruang letak begnya apabila salah ditegur oleh rakannya. “kenapa letak beg kat bawah?” dan “Ok, saya dah letak kat atas” (nota lapangan 22/2/2011). Hal ini menunjukkan rutin pagi, rutin mandi dan rutin pulang melalui aktiviti menyusun beg boleh digunakan sebagai pembelajaran konsep ruang. Kanak-kanak berumur 3 hingga 4 tahun dapat melakukan beberapa aktiviti yang menggunakan konsep matematik yang mudah seperti membilang 1 hingga 3, membina menara menggunakan blok yang disusun mengikut urutan saiz, mengenal kedudukan atas, bawah, depan dan belakang (Modul Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat, 2003). Charlesworth (2005) menyatakan kanak-kanak tahap sensorimotor Piaget iaitu berumur 2 tahun ke bawah telah memahami konsep ruang dan bentuk pada tahap asas.

Tema 2: Konsep Ruang dan Pengukuran dalam Rutin Pagi

Di tadika aktiviti beratur dilakukan oleh kanak-kanak ketika rutin pagi, rutin makan dan rutin aktiviti bebas. Rutin beratur dapat digunakan untuk pembelajaran konsep ruang kerana ketika beratur kanak-kanak perlu beratur mengikut ketinggian. Kanak-kanak yang rendah akan berada di depan manakala kanak-kanak yang tinggi akan berada

Page 7: PENGENALAN KONSEP BENTUK, RUANG DAN PENGUKURAN ...

JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIAVOL.2 NO.1 ISSN 2232-0393

43

di belakang. Kedudukan beratur depan dan belakang merupakan kemahiran dalam konsep ruang yang perlu dipelajari oleh kanak-kanak. Berdasarkan pemerhatian yang telah dilakukan jelas sampel memahami konsep depan dan belakang apabila sampel menegur dan meminta rakannya yang tinggi supaya berdiri belakang. ‘Bal awak tinggi la. Belakang kita’. Nazhan nak duduk depan (nota lapangan 22/2/2011,24/2/2011). Hal ini jelas menunjukkan konsep depan dan belakang itu telah difahami dengan baik oleh sampel. Hal ini menunjukkan bahawa rutin pagi melalui aktiviti beratur dapat membantu pembelajaran konsep ruang dalam matematik bagi kanak-kanak 4 tahun ini.

Menariknya juga ialah aktiviti beratur dalam rutin pagi juga membantu kanak-kanak 4 tahun memahami konsep awal dalam pengukuran iaitu dengan kemahiran membanding beza dari segi ketinggian. Hasil daripada pemerhatian mendapati sampel sudah berupaya membezakan konsep tinggi dan rendah. Nazhan diberi arahan ‘Nazhan, siapa yang tinggi beratur di belakang. Yang rendah, pergi ke hadapan.’ Nazhan memandang rakannya di hadapan dan menoleh memandang rakannya di belakang. Nazhan tidak bergerak dan tidak berkata apa-apa. Nazhan ditanya lagi ‘Nazhan, cuba tengok ni, Nazhan tinggi ke rendah?’ Nazhan diletakkan bersebelahan rakan di belakangnya. Nazhan menjawab ‘Nazhan la yang tinggi’ Nazhan diberitahu lagi ‘Jadi, Nazhan kene duduk depan atau belakang? Belakanglah cikgu ( jawabnya sambil tersengih-sengih lalu menarik rakannya ke depan) ( nota lapangan 23/2/2011).

Hal ini menjelaskan bahawa kanak-kanak 4 tahun ini mampu memahami penggunaan konsep pengukuran dengan membuat perbandingan antara kedua-dua objek (Copley,2004; Charleworth, 2005) iaitu membezakan dari segi ketinggian hanya menggunakan perkataan tinggi (…Nazhanlah la tinggi ). Malah, apabila boleh membezakan konsep tinggi ini Nazhan tahu membuat urutan dalam barisan dia iaitu yang tinggi kena berdiri di belakang. Kemudian Nazhan menjawab ‘belakanglah cikgu’. Apabila Nazhan berdiri di tempat tersebut, Nazhan memandang rakan di belakangnya dan Nazhan menarik rakan tersebut ke hadapan dan Nazhan berdiri di tempat rakannya tadi”(nota lapangan 23/2/2011)

Hal inilah yang telah diperkatakan oleh Dodge dan Colker (1992) iaitu kanak-kanak mampu membuat ukuran dan pengumpulan data dengan aktiviti rutin harian mereka. Malah, jika kita lihat dalam tahap perkembangan matematik kanak-kanak (Charlesworth, 2005), kanak-kanak peringkat umur tahap 2 hingga 7 tahun iaitu tahap aplikasi hakikatnya telah mampu menguasai konsep pengukuran walaupun secara informal. Justeru, tidak hairanlah mengapa Nazhan telah berupaya membezakan pengukuran konsep tinggi dan rendah.

Tema 3: Konsep Bentuk, Ruang dan Pengukuran dalam Rutin Makan

Kanak-kanak di pusat asuhan dan didikan menjalani rutin waktu makan sebanyak sekali sehari. Sepanjang pemerhatian, rutin waktu makan boleh membantu dalam pengajaran konsep bentuk. Makanan yang dihidangkan disediakan dalam pelbagai bentuk. Begitu juga dengan peralatan pinggan mangkuk, sudu garpu yang digunakan. Wujud dalam bentuk yang pelbagai memberi variasi kepada kanak-kanak lebih mudah dalam memahami konsep bentuk ini.

Pemerhatian yang dijalankan mendapati Nazhan telah memahami konsep bentuk semasa rutin makan dijalankan melalui bentuk makanan kek pisang yang disediakan iaitu “Puteri, kek ni rectangle la”, “Tak la, segi empat” (nota lapangan 23/2/2011). Selain konsep bentuk, konsep ruang juga dapat dipelajari ketika rutin waktu makan

Page 8: PENGENALAN KONSEP BENTUK, RUANG DAN PENGUKURAN ...

JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIAVOL.2 NO.1 ISSN 2232-0393

44

dijalankan. Kedudukan makanan, kedudukan pinggan, sudu, gelas serta kedudukan mereka sendiri boleh dijalankan set pembelajaran bagi mereka memahami konsep ruang. Hal ini jelas apabila sampel bersama kanak-kanak lain berjaya mengikut arahan guru dengan betul iaitu “Kek pisang di piring (2 kali)-gaya tangan kanan diangkat ke sebelah kanan sambil membuka tapak tangan, Kek pisang di mulut (2 kali)-gaya tangan di bibir, Kek pisang di perut (2 kali)-tangan kanan di perut...Alhamdulillah” (nota lapangan 23/2/2011). Dalam konteks ini kanak-kanak 4 tahun ini mengenali kedudukan kiri dan kanan. Malah boleh memadankan kedudukan tangan kiri dengan pinggang kiri dan begitu juga tangan kanan dengan pinggang kanan. Justeru, bolehlah dikatakan rutin makan ini sememangnya boleh dijadikan kaedah dalam memperkenalkan konsep bentuk dan ruang kepada kanak-kanak 4 tahun ini. Hal ini turut diakui oleh guru kanak-kanak ini sendiri.

“saya sangat bersetuju. Lagipun saya sendiri selalu bertanya kepada kanak-kanak tentang konsep bentuk dan ruang nei semasa rutin makan. Sambil-sambil makan saya sembang dengan diaorang. Tanya ini bentuk apa? Cikgu duduk sebelah mana? Kanan atau kiri?. Banyaklah saya tanya. Biasanya mereka jawab. Mungkin sebab mereka kenal saya. Macam Nazhan nie. Lagilah senang. Dia kalau kita tanya je akan jawab. Banyak lak tu jawapannya. Emmm kalau konsep bentuk...dia memang boleh bezakan dah. Cuma kadang kala ada gak dia terkeliru” (temubual dengan Amelia 25/2/2011)

Hasil daripada pemerhatian dan rakaman didapati rutin ini juga dapat dijadikan satu kaedah dalam memperkenalkan konsep pengukuran awal kepada kanak-kanak 4 tahun khasnya. Melalui aktiviti ini setelah ditanya oleh guru kanak-kanak mampu mencirikan konsep berat dan ringan tentang sesuatu. Sampel dalam kajian ini menyatakan konsep berat atau ringan apabila hanya satu kerusi. Konsep berat apabila ada banyak kerusi. Perkara ini menjelaskan bahawa Nazhan sudah boleh mencirikan konsep berat dan menerangkan alasannya mengapa berat atau mengapa ringan. Apabila ditanya lagi kepadanya “berat tak kerusi tu?” Nazhan menjawab “taklah, ringan je..kalau banyak-banyak barulah berat. Berat sampai Nazhan tak kuat nak angkat letak kat situ” Kemudian ditanya lagi “kenapa tak kuat nak angkat?” Nazhan dengan bersahaja menjawab “sebab beratlah..kan banyak kerusi…(nota lapangan 23/2/2011).

Walaupun Nazhan sudah mampu memberikan alasan mengapa berat atau ringan, namun kanak-kanak 4 tahun seperti Nazhan masih keliru dalam memberikan satu bentuk ukuran yang benar-benar tepat. Konsep pemahaman berat Nazhan juga dipengaruhi oleh pemahamannya tentang konsep tinggi, pendek, besar dan kecil. Disebabkan dia pendek dan masih kecil maka dia tidak mampu mengangkat kerusi yang berat iaitu sukar untuk dia menyusun kerusi di tempat yang tinggi dan saiz badannya yang kecil menyebabkan dia tidak mampu hendak mengangkat kerusi yang berat itu. Clement (2003) mengakui hal ini bahawa walaupun kanak-kanak telah mampu mencirikan dan memahami konsep penggunaan pengukuran itu namun mereka masih lagi menghadapi masalah dalam memberi satu bentuk ukuran yang benar-benar tepat. Hal ini dapat dibuktikan..lepas tu, kalau kerusi dah banyak dekat sini, dah tinggi. Nazhan tak sampai..Nazhan kan masih kecil..Nazhan kan pendek. Kalau Nazhan dah besar macam cikgu barulah Nazhan boleh angkat...(nota lapangan 23/2/2011).

Dodge dan Colker (1992) menyatakan pembelajaran matematik yang luas merangkumi konsep yang pelbagai seperti nombor, corak dan perkaitannya, geometri dan kesedaran ruang, ukuran dan pengumpulan data, menyusun dan mempersembahkan

Page 9: PENGENALAN KONSEP BENTUK, RUANG DAN PENGUKURAN ...

JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIAVOL.2 NO.1 ISSN 2232-0393

45

dapat dipraktikkan dalam kehidupan kanak-kanak melalui rutin penjagaan harian mereka di taska.

Tema 4: Konsep Bentuk, Ruang dan Pengukuran dalam Rutin Tidur

Rutin waktu tidur boleh diperhatikan ketika sebelum dan selepas tidur. Berdasarkan pemerhatian yang telah dilakukan, kanak-kanak boleh menyatakan mengenai kedudukan tempat mengambil dan menyimpan tilam dan bantal iaitu di atas meja. Selain itu, kanak-kanak mengetahui kedudukan ketika hendak membentangkan tilam mereka iaitu kanan, kira, depan dan belakang. Nazhan boleh membezakan sebelah kanan atau kiri. “Balqis, saya nak tidur sebelah awak’’. Apabila ditanya nak tidur sebelah kanan atau kiri Balqis, Nazhan mula-mula hanya menunjukkan dengan jari telunjuknya. Ditanya lagi barulah dia mengatakan “ sebelah kanan Balqis”. Arah yang ditunjuk dengan jari serta yang disebut adalah sama iaitu sebelah kanan ( nota lapangan 25/2/2011). Ketika kanak-kanak lain sedang lena tidur, tiba-tiba Nazhan menjerit “Cikgu, Zhan tolak tilam saya ke belakang” (nota lapangan 25/2/2011). Bukan sahaja tahu membezakan kanan dan kiri malah Nazhan sudah kenal arah belakang dan depan. Berdasarkan dapatan ini, menunjukkan bahawa rutin waktu tidur dapat digunakan sebagai pembelajaran konsep ruang. Malah menurut Cikgu Amelia, Nazhan sudah banyak kenal tentang ruangnya sendiri begitu juga bentuk-bentuk tertentu.

“emmm..dia nie memang dah kenal banyak ruang dan bentuk nie. Kalau kita tanya memang dia boleh jawab dan tunjukkan. Saya nampak sepanjang saya kenal dia. Kadang kala dia boleh jelaskan kenapa bentuk ini begini dan bentuk itu begitu. Kalau setakat atas bawah kiri kanan memang dah kenal betul-betul.” (temubual dengan Amelia 25/2/2011)

Bagi konsep bentuk pula, pembelajaran konsep bentuk dapat dilihat melalui bentuk corak yang terdapat pada peralatan tidur kanak-kanak iaitu tilam, bantal dan selimut. Sampel mengenal bentuk yang sama pada kain selimut mereka semasa berbual-bual sebelum tidur iaitu “Selimut kita sama-sama ada kotak kan” (nota lapangan 25/2/2011). Hal ini menunjukkan bahawa pembelajaran konsep bentuk juga dapat diajar dalam rutin waktu tidur dengan menggunakan persekitran yang sedia ada. Konsep ruang dan bentuk adalah cabang dalam konsep matematik dan di dalam rutin waktu tidur mahupun rutin yang lain, kanak-kanak dapat mengaitkan pembelajaran dengan aktiviti seharian dan setiap hari kanak-kanak akan belajar sesuatu yang baru. Baroody dan Benson (2001) menyatakan bahawa dalam menjalani rutin kehidupan seharian, banyak perkara yang dapat dikaitkan dengan pembelajaran matematik khususnya awal nombor yang mana menjadi asas untuk mempelajari konsep-konsep lain dalam matematik.

Berdasarkan pemerhatian yang telah dilakukan melalui rutin ini kanak-kanak dapat memahami penggunaan konsep pengukuran dengan membuat perbandingan. Kanak-kanak 4 tahun ini boleh membezakan saiz sesuatu objek yang mana lebih besar atau lebih kecil ataupun sama saiz. Seorang rakannya datang dan berkata ‘saya punya tilam besar.awak punya tilam kecil’ Nazhan menjawab ‘Semua tilam sama saiz. Awak punya tilam je yang pelik’ Kawan-kawan Nazhan mentertawakan rakannya tadi. Guru terus menegur semua kanak-kanak senyap dan tidur (nota lapangan 25/2/2011).

Page 10: PENGENALAN KONSEP BENTUK, RUANG DAN PENGUKURAN ...

JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIAVOL.2 NO.1 ISSN 2232-0393

46

Hal ini disokong berdasarkan temubual yang telah dijalankan bersama Cikgu Amelia.

“macam yang saya telah katakan tadi. Rutin tidur ini memang boleh kita gunakan untuk kita perkenalkan konsep matematik pada mereka. Bukan sahaja bentuk, pengukuran, nombor dan mengira juga boleh kita uji kanak-kanak. Pengukuran memang bolehlah. Misalnya kita tanya tilam siapa yang lebih besar. Siapa yang dah boleh dapat tu biasanya mereka kata sama besar cikgu sebab tilamnya sama. Tapi yang masih belum boleh biasanya akan kata dia punya lebih besar ataupun sebaliknya. Macam tulah.” (temubual bersama Amelia pada 25/2/1022)

Tema 5: Konsep Ruang dalam Rutin Mandi

Rutin waktu mandi dijalankan oleh kanak-kanak sebelum tidur dan selepas bangun dari tidur. Tempat menyimpan beg dan peralatan yang ada di tempat mandi boleh dijadikan alat untuk memperkenalkan konsep bentuk, ruang dan pengukuran kepada kanak-kanak. Hasil pemerhatian dan rakaman mendapati rutin waktu mandi boleh digunakan dalam pembelajaran konsep ruang apabila sampel kajian mampu memahami arahan untuk menyimpan barang di dalam beg. Kedudukan di dalam menggambarkan pemahaman kanak-kanak tentang konsep ruang. ‘Cepat simpan barang dalam beg la Aina. Lepas tu beg tu letak dalam rak tu’ (nota lapangan 24/2/2011). Gifford (2005:109) penguasaan dalam konsep ruang termasuklah arah dan posisi seperti dalam/luar, atas/bawah, depan/belakang dan kiri/kanan.

Tema 6: Konsep Bentuk dan Ruang dalam Rutin Aktiviti Bebas

Rutin aktiviti bebas dilakukan semasa kanak-kanak sampai ke tadika iaitu sebelum rutin pagi dijalankan. Rutin ini dijalankan sekali lagi selepas rutin makan iaitu sementara menunggu giliran mandi. Diulangi lagi sebelum rutin pulang sementara menunggu ibu bapa masing-masing datang menjemput. Jelas rutin ini juga kerap kali diulangi semasa kanak-kanak berada di taska. Hasil daripada pemerhatian, rutin ini dapat dijadikan kaedah memperkenalkan konsep ruang dekat dan jauh. “Puteri, tak boleh duduk dekat dengan tv la. Duduk jauh sikit nanti sakit mata. Puteri boleh duduk sebelah saya,” tegur Nazhan. Lalu penyelidik bertanya kepada Nazhan untu melihat lagi kefahamannya. Penyelidik menunjukkan beberapa objek yang ada di situ dan meminta Nazhan memberitahu kedudukannya. Nazhan dapat menjawabnya dengan mudah. Nazhan menyebut konsep ruang dengan tepat “atas” dan “kanan” dengan cepat. Begitu juga apabila ditanya tentang bentuk permainan yang ada di situ iaitu bentuk “bintang” gabungan bentuk segitiga dan “bulat”. Nazhan memberi jawapan dengan tepat (nota lapangan 24/2/2011).

Gifford (2005) menyatakan kanak-kanak seawal usia 3 tahun sudah mengenali konsep bentuk dan menamakannya. Malah, kanak-kanak berusia 2 tahun ini telah berjaya memadankan bentuk yang sama. Hal ini menunjukkan kanak-kanak sudah mengenali konsep bentuk ini. Apa yang paling penting persekitaran dalam rutin harian ini telah merangsang kepada pemahaman dan perkembangan ini. Geist (2009) menyatakan bahawa banyak konsep matematik tidak boleh diajarkan terus kepada kanak-kanak yang masih kecil tetapi galakan dan penekanan pada interaksi, pengalaman dan barang-barang di persekitaran adalah langkah kepada penerapan matematik awal.

Page 11: PENGENALAN KONSEP BENTUK, RUANG DAN PENGUKURAN ...

JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIAVOL.2 NO.1 ISSN 2232-0393

47

Tema 7: Konsep Pengukuran dalam Rutin Menyusun Kasut

Satu lagi penemuan menarik dalam pemerhatian ini ialah aktiviti menyusun kasut dalam rutin pagi yang boleh dijadikan kaedah pembelajaran konsep awal dalam pengukuran ialah kanak-kanak. Pemerhatian yang dijalankan mendapati Nazhan cuba membuat perbandingan kasut besar dan kecil semasa menyusun kasut di atas rak yang disediakan di taska. Nazhan menyatakan kasutnya lebih besar berbanding kasut kawannya yang lebih kecil. Nazhan sudah mampu menggunakan konsep pengukuran walaupun belum lagi menggunakan unit ukuran standard. “ Nazhan mari sini kasut siapa yang lebih besar. Nazhan menjawab “ Umar punye kasut lagi kecil. Nazhan punye besar sikit. Apelah.” Dia terus berlari-lari bersama-sama rakannya masuk ke dalam kelas (nota lapangan 22/3/2011).

Satu perkara lagi yang dapat dilihat dalam kajian ini ialah kanak-kanak didapati selalu keliru tentang mencirikan dalam konsep dan kemahiran pengukuran ini. Hal ini berlaku kepada Nazhan iaitu mencirikan konsep panjang itu berdasarkan saiz kecil dan besar. Malah, perkataan gemuk juga digunakan untuk menunjukkan pemahaman mereka tentang panjang. Dengan kata lainnya, kasut Nazhan lebih besar daripada kasut rakannya kerana kasut dia lebih besar dan gemuk berbanding kasut umur. “…Nazhan ditanya lagi, “Ye ke besar? Cikgu tengok kecil je”. Kemudian Nazhan menjawab lagi sambil memandang “ yelah, cube cikgu tengok ni..Saya punye kan panjang..Umar punye kan pendek hah. Nazhan punye gemuk sikit.”(nota lapangan 22/2/2011). Perkara yang samalah diperjelaskan oleh Copley, Jones dan Dighe (2004;2007) tentang pemahaman kanak-kanak dalam mencirikan konsep pengukuran awal kanak-kanak ini. Dalam hal ini apabila menentukan kasut mana yang lebih besar Nazhan cuba menyelesaikan masalah ini apabila ditanya lagi oleh penyelidik dengan membuat perbandingan antara kedua-dua objek tersebut. Hal ini menunjukkan rutin harian ini benar-benar sesuai bagi menyediakan satu ruang pembelajaran konsep matematik awal kanak-kanak dengan memberi kemahiran menyelesaikan masalah. Perkara yang sama telah diperkatakan oleh Geoghegan (1996) dalam kajian beliau. Bahkan berlaku perkaitan perhubungan, konsep dan konsep pemikiran oleh kanak-kanak dalam mempelajari konsep matematik awal ini (Eugene, 2009)

Implikasi dan Cadangan

Implikasi utama kajian ini adalah kepada pengkaji sendiri. Disebabkan kajian ini merupakan kajian kes rintis maka dapatan daripada kajian ini sangat bermakna kepada pengkaji sebagai panduan untuk dibuat penambahbaikan untuk kajian akan datang khususnya dari aspek objektif dan persoalan kajian dan juga kerangka teoritikal kajian ini sendiri. Malah, kajian ini juga pasti memberi kesan kepada sesetengah pihak yang lain seperti guru atau pengasuh di pusat asuhan dan didikan untuk melakukan penambahbaikan dalam perlaksanaan rutin harian kanak-kanak. Guru boleh menggunakan perkataan yang sesuai dalam perbualan ketika bersama kanak-kanak di dalam menjalani rutin harian. Guru boleh membantu kanak-kanak untuk memahami konsep ruang, bentuk dan pengukuran secara tidak formal dalam aktiviti rutin kanak-kanak di pusat jagaan. Ini membantu kanak-kanak memahami konsep awal matematik sebelum dipelajari secara formal di peringkat pendidikan seterusnya.

Page 12: PENGENALAN KONSEP BENTUK, RUANG DAN PENGUKURAN ...

JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIAVOL.2 NO.1 ISSN 2232-0393

48

Kesimpulan

Secara keseluruhannya hasil kajian mendapati aktiviti rutin harian di pusat asuhan dan didikan mampu dijadikan setting pembelajaran awal konsep bentuk, ruang dan pengukuran secara informal kepada kanak-kanak berusia 4 tahun. Namun perlu difahami dengan lebih jelas, dapatan ini tidak dapat digeneralisasikan kepada kanak-kanak 4 tahun yang lain ataupun populasi kajian. Hal ini kerana kajian ini merupakan kajian kes dengan pendekatan kualitatif sudah jelas kajian ini hanya ingin menerangkan fenomena yang berlaku dalam kes ini sahaja.

Rujukan

Baroody, A. J., & Benson. A. P. (2001). Early number instruction. Teaching Children Mathematics, 8(3), 154–158.

Bruner, J. (1966). Towards a Theory of Instruction. Cambridge, MA: Harvard University Press.

Clements, D. H. (2003). Math: A civil right. Early Childhood Today, 17(4), 4. [invited].

Copley,J.V (2004). The Early Childhood Collaborative: A Professional Development Model To Communicate And Implement The Standards. In D.H. Clements, J.Sarama, Dan A. Diniase (Eds), Engaging Young Children In Mathematics. Mahwah,NJ: Lawrence Erlbaum Associates.

Copley,J.V., Jones,C & Dighe J (2007). Mathematics: The Creative Curriculum Approach. United States: Teaching Strategies, Inc.

Charesworth,R (2005). Experiences In Math For Young Children. Fifth Edition. United States: Thomson Delmar Learning.

Dodge, D.T., & Colker, L.J. (1992). The creative curriculum for early childhood (3rd ed.). Washington, DC: Teaching Strategies Inc.

Eugene, G (2009). Children Are Born Mathematicians: Supporting Mathematics Development , Birth To Age 8. New Jersey: Pearson Education, Inc, Upper Sadller River.

Geoghegan.R (1998) Kernels of actions on non-positively curved spaces (with R. Bieri), in “Geometry and cohomology in group theory” (P.H. Kropholler, G. A. Niblo and R. Stoehr ed.) LMS Lecture Notes Series, vol. 252, Cambridge University Press. pp. 24-38.

Gifford.S (2005). Teaching Mathematics 3-5. Developing Learning in the Foundation Stage. London: Open University Press.

Jabatan Kebajikan Masyarakat (2003), Modul Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak. Mahani Razali (2006). A Study of the Effects of Computer Use on the Social Interaction

Behaviour of Malaysian Children in the Pre-School Classroom. Thesis Disertation. University of Glasgow, United Kingdom.

Mason, J (2002). Qualitative Researching. Second Edition. London: Sage Publication.

Nurul Amirah Mohd Razali dan Zaidatun Tasir ( 2008). Rekabentuk Sistem Pembelajaran Konsep Nombor Berasaskan Pendekatan Permainan Yang Menerapkan Teori Perkembangan Kognitif Kanak-kanak. Diperoleh pada Januari 25, 2011 daripada http://eprints.utm.my/7988/.

Yin,R.K (2003). Case Study Research. Design and Methods. Third Edition. Applied Social Research Methods Series Volume 5. Thousand Oaks: Sage Publication.