Top Banner
BAB I PENGENALAN KEPADA ILMU TAMADUN
90

Pengenalan Ilmu Ketamadunan

Jul 14, 2016

Download

Documents

Kenneth Chaw

TITAS
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Pengenalan Ilmu Ketamadunan

BAB IPENGENALAN KEPADA ILMU

TAMADUN

Page 2: Pengenalan Ilmu Ketamadunan

Definisi

Madaniah: • Perbuatan membuka

bandar atau kota serta perbuatan memperhalusi budi pekerti.

• Aspek kebendaanHadharah: • Perbuatan tinggal di

bandar dengan perilaku kehidupan yang tinggi.

• Aspek kerohanian

• Civilization: • Menekankan

penggabungan antara ketinggian budaya dan kemajuan kebendaan.

Page 3: Pengenalan Ilmu Ketamadunan

Pandangan Sarjana

Ibnu Khaldun:Kawasan tanah atau rumah yang didiami oleh

manusia secara menetap yang berkembang, subur,makmur, mempunyai bekalan ekonomi yang cukup serta keselamatan nyawa dan harta.

M.A.J. Beg:Pencapaian manusia dalam bentuk kota, skrip,

senibina, undang-undang dan politik.

Page 4: Pengenalan Ilmu Ketamadunan

Rumusan

i: Tingkat kemajuan atau pencapaian manusia daripada cara hidup nomad kepada kehidupan bandar atau kota.

ii: Proses untuk mencapai kemajuan atau kebaikan dalam hidup.

iii: Kombinasi antara kemajuan aspek pemikiran, kerohanian dan aspek kebendaan.

iv: Kemajuaan manusia yang berasaskan kepada ketinggian akhlak dan budi pekerti atau penghayatan din dalam masyarakat.

Page 5: Pengenalan Ilmu Ketamadunan

Pandangan Sarjana Barat

Marret: Agama bermula dengan kewujudan

perasaan gemam, takut, pelik dan hormat terhadap fenomena alam.

August Comte: i. Tahap teologi, manusia menafsir alam atas

nama tuhan.ii. Tahap metafizik, apabila manusia matang,

agama dan Tuhan tidak diperlukan. August Comte (1798–1857)

Page 6: Pengenalan Ilmu Ketamadunan

Pandangan Barat

Tamadun menurut acuan barat adalah berbeza dengan agama, saling terpisah.

Agama tidak mempunyai peranan dalam pembinaan tamadun.

Isaac Newton: Dunia berkembang berdasarkan “The Law of Nature” dan tiada Tuhan yang mengatur cakerawala.

Isaac Newton(1642-1727)

Page 7: Pengenalan Ilmu Ketamadunan

Pandangan Islam

• Tamadun dan agama adalah bersepadu.• Agama dengan konsep din iaitu cara hidup

yang mematuhi perintah Allah sebagai sebagai asas kebudayaan yang melahirkan tamadun.

• Hassan al-Bana, “Islam adalah sistem yang syamil merangkumi seluruh aspek kehidupan”

• Meskipun kebudayaan Islam menurut ajaran Allah, tapi ia boleh berkembang di bawah ijtihad selama mana tidak bertentangan dengan prinsip asas Islam.

Hassan al-Banna(19061949)

Page 8: Pengenalan Ilmu Ketamadunan

Perbandingan Barat dan Islam

• Barat bangkit dari zaman kegelapan dan menganggap gereja sebagai penyebab kemunduran

• Membina tamadun atas asas kemanusiaan dan sains.• Masyarakat timur yang dulunya dikenali sebagai jahiliyah

bangkit selepas berpegang teguh dengan ajaran Islam.• Membina tamadun berdasarkan ajaran agama

Page 9: Pengenalan Ilmu Ketamadunan

Hubungan Tamadun dengan Kebudayaan

• Tamadun mempunyai kaitan yang sangat erat dengan kebudayaan.

• E.B.Taylor, kebudayaan ialah jalinan antara ilmu pengetahuan, kepercayaan, seni, moral, hukum adat dan sebagainya.

Page 10: Pengenalan Ilmu Ketamadunan

• Prof Sidi Ghazalba, cara berfikir, cara merasa yang menyatakan diri dalam seluruh segi kehidupan dan segolongan manusia yang membentuk kesatuan sosial, dalam suatu ruang dan suatu waktu.

• Prof Redfield, “sejumlah daripada beberapa puncak kebudyaan, atau pencapaian manusia yang meningkat sendiri seperti puncak gunung di tengah-tengah bukit bukau dan tanah datar”

Page 11: Pengenalan Ilmu Ketamadunan

Hubungan Tamadun dengan Bangsa

• Ensiklopedia Malaysiana, sekumpulan manusia yang mengiktiraf diri mereka sebagai komuniti atau kumpulan yang umumnya meletakkan taat dan setia tanpa sebarang konflik yang besar terhadap kumpulan itu.

• Lucy Mair, saling berhubung secara kolektif, bertanggungjawab dan saling mengiktiraf.

Lucy Mair (1901-1986)

Page 12: Pengenalan Ilmu Ketamadunan

• Ciri tersebut memungkinkan suatu bangsa membina tamadun sendiri seperti tamadun Cina, India atau Yunani.

• Menurut Islam, bangsa tidak memberikan peranan penting dalam pembinaan tamadun.

• Kepelbagaian bangsa secara global yang mengaku Islam akan memperkayakan dan mempertahankan survival tamadun Islam merentas zaman.

Tamadun Mesir dibangunkan orang Mesir

Tamadun Cina dibangunkan bangsa Cina

Page 13: Pengenalan Ilmu Ketamadunan

Ciri-ciri Asas Tamadun

• Penempatan manusia di sesebuah kawasan• Peningkatan kehidupan manusia yang lebih baik• Kewujudan sistem organisasi dan institusi sosial dalam

bidang bidang politik, pentadbiran, ekonomi dan pendidikan yang teratur.

• Kewujudan satu bahasa atau lebih, sistem tulisan sendiri sebagai perantaraan, komunikasi, perakaman, penyampaian dan warisan khazanah tamadun.

Page 14: Pengenalan Ilmu Ketamadunan

• Kewujudan sistem perundangan dan sistem nilai moral yang dikuatkuasakan untuk mengatur pelakuan masyarakatnya.

• Peningkatan daya reka cipta dalam penciptaan teknologi.

• Kelahiran dan daya kreativiti menghayati falsafah kesenian kesusasteraan dan nilai estetika yang tersendiri.

Page 15: Pengenalan Ilmu Ketamadunan

Ciri Tamadun Menurut Pandangan Lain

• Wujud negara dan sistem pemerintahan yang teratur.• Wujud stratifikasi dan Organisasi Sosial.• Wujud kota dan bangunan serta seni bina.• Wujud aktiviti ekonomi.• Wujud sains dan teknologi.• Wujud sistem bahasa dan tulisan• Wujud sistem agama dan kepercayaan.

Page 16: Pengenalan Ilmu Ketamadunan

Negara dan Sistem Pemerintahan Teratur

• Tamadun agung dunia mempunyai sistem pemerintahan yang hebat, contohnya tamadun Mesopotamia.

Page 17: Pengenalan Ilmu Ketamadunan

Stratifikasi dan Organisasi Sosial

• Desakan hidup, kemahiran dan minat serta kepimpinan menyebabkan masyarakat menjadi bersusun lapis teratur dan berkembang maju.

• Walaupun manusia mempunyai minat berbeza, bidang prefosion yang berlainan, tapi sifat semulajadi kemanusiaan menjadi pengikat hubungan sosial.

Page 18: Pengenalan Ilmu Ketamadunan

Kota dan Bangunan serta Seni Bina

• Yathrib ditukar nama kepada Madinah sebagai kota bagi bermulanya tamadun Islam.

• Seni bina tamadun Mesir dengan piramid, Tembok Besar di tamadun China,

Page 19: Pengenalan Ilmu Ketamadunan

Wujud Aktiviti Ekonomi

• Merangkumi aspek pertanian,penternakan, perniagaan, perindustrian dan sebagainya.

• Faktor semula jadi seperti lembah membantu memajukan ekonomi sama ada bidang pertanian, penternakan atau perdagangan kerana semuanya memerlukan air.

Page 20: Pengenalan Ilmu Ketamadunan

Sains dan Teknologi

• Taraf pemikiran tinggi dalam masyarakat sesuatu tamadun diterjemahkan dalam bentuk realiti yang bersifat benda, alatan atau teknologi.

Page 21: Pengenalan Ilmu Ketamadunan

Sistem Bahasa dan Tulisan

• Kekuatan sesebuah tamadun tidak hanya bergantung kepada kekuatan sistem bahasa dan tulisannya, tetapi juga kemampuan masyarakat tersebut memahami dan menguasai kod bahasa alam dan sistem perkomputeran.

Page 22: Pengenalan Ilmu Ketamadunan

Sistem Agama dan Kepercayaan

• Manusia pertama yang lahir di dunia telah dibekali oleh Tuhan dengan sistem kehidup beragama dan kepercayaan kudus kepada tuhan.

• Ia menjadi bukti bahawa zuriat manusia memerlukan kepada peraturan dan ajaran agama untuk mebangunkan tamadun.

Page 23: Pengenalan Ilmu Ketamadunan

Objektif Kursus Tamadun

• Memupuk persefahaman dan sikap saling menghormati dalam kalangan generasi muda.

• Memperkukuh falsafah dan cara hidup Malaysia yang dicapai melalui musyawarah dan ijmak.

• Memperkukuhkan jati diri Malaysia dan mengamalkan toleransi yang tinggi.

• Memupuk nilai universal.• Melahirkan siswazah berfikiran luas dan sejagat.

Page 24: Pengenalan Ilmu Ketamadunan

Objektif Kursus Tamadun

• Melahirkan bangsa yang berperadaban tinggi dan memperjuangkan nilai ketamadunan universal.

• Memantapkan penghayatan nilai-nilai murni.• Melengkapkan pewaris kepimpinan dengan ilmu bagi

menghadapi cabaran global semasa.• Membantu melahirkan masyarakat madani.• Memajukan ilmu sains peradaban demi kemajuan.

Page 25: Pengenalan Ilmu Ketamadunan

Strategi

• Menekankan bahawa manusia secara fitrah dijadikan dalam bentuk berkelompok dan berbudaya berbeza dan saling menerima dan menghormati perbezaan tersebut.

• Menekankan kepelbagaian etnik dan budaya untuk saling mengenali dan membantu antara satu sama lain.

• Menyemai, memupuk dan melestarikan unsur sepunya dalam kalangan rakyat.

Page 26: Pengenalan Ilmu Ketamadunan

Strategi

• Menyemai, memupuk dan melestarikan unsur sepunya dalam kalangan rakyat.– Bahasa Melayu– Prinsip Rukun Negara– Nilai etika dan moral

• Mengelakkan unsur ekstremisme, dogmatisme, cauvinisme, fanatisme, prasangka buruk, dan mengherdik budaya lain.

Page 27: Pengenalan Ilmu Ketamadunan

TEORI TAMADUN: KELAHIRAN, PERKEMBANGAN

DAN KERUUNTUHAN

Page 28: Pengenalan Ilmu Ketamadunan

Kelahiran Tamadun

Kedudukan Geografi• Kedudukan yang strategik yang kaya dengan sumber semula

jadi untuk kelangsungan hidup• Tamadun China di Lembah Huang-He, tamadun India di

Lembah Ganges, tamadun Melaka di pinggiran Selat Melaka.

Lembah Sungai Huang-He

Page 29: Pengenalan Ilmu Ketamadunan

Faktor Keagamaan• Dorongan menghayati nilai

kehidupan yang tulus dan kehidupan bertamadun.

• Kemunculan tamadun Islam dipengaruhi rangsangan nilai dan penghayatan cara hidup Islam dan dorongan langsung dari risalah wahyu.

Page 30: Pengenalan Ilmu Ketamadunan

Penghayatan Moral dan Nilai• Nilai murni menggalakkan kecintaan kepada ilmu dan aspek

nilai lain seperti kreativiti, ketekunan, kerajinan dan sebagainya.

• Penghayatan nilai wujud dalam kalangan tokoh tamadun dunia seperti Plato, Aristotle, Lao-Tze, Kautilya, Ibnu Khaldun dan lain-lain.

Page 31: Pengenalan Ilmu Ketamadunan

Faktor Kesengsaraan Hidup• Kehidupan derita mendorong manusia

menggembleng tenaga bagi membebaskan diri mereka daripada belenggu tersebut.

• Kesengsaraan menjadikan manusia lebih berdisplin dan keratif dalam membangunkan kehidupan.

Page 32: Pengenalan Ilmu Ketamadunan

Sikap Terbuka dan Toleransi• Toleransi terhadap sumbangan tamadun lain

menggambarkan sikap terbuka untuk menerima sumber yang baik daripada tamadun tersebut.

• Tamadun Islam merupakan tamadun yang bersikap terbuka.

Page 33: Pengenalan Ilmu Ketamadunan

Perkembangan Tamadun

• Berdasarkan oleh perilaku dan budaya masyarakat yang tinggi.

• Tatacara yang tersusun dalam pentadbiran dan perekonomian.

• Pencapaian luar biasa dalam pelbagai bidang termasuk kesenian, kesusasteraan, pemikiran dan falsafah.

• Penciptaan teknologi yang berkembang.

Page 34: Pengenalan Ilmu Ketamadunan

Perkembangan Tamadun

• Walau bagaimanapun, setiap tamadun dalam sejarah mengalami zaman kemerosotan.

• Benarkah kemerosotan tamadun disebabkan hukum sejarah yang pasti berputar setiap masa?

Page 35: Pengenalan Ilmu Ketamadunan

Keruntuhan Tamadun

• Ibnu Khaldun, kemerosotan tamadun merupakan putaran sejarah.

• Perkembangan tamadun bermula kerana nilai baik, namun selepas mengecapi kegemilangan, nilai baik itu merosot kerana kemewahan dan penyelewengan.

Page 36: Pengenalan Ilmu Ketamadunan

Faktor Keruntuhan

• Ketidak adilan dan jurang antara golongan kaya dan miskin.• Penindasan dan kezaliman.• Keruntuhan moral dan nilai dalam masyarakat• Sikap tertutup dan tidak menerima perubahan• Malapetaka atau bencana alam.

Page 37: Pengenalan Ilmu Ketamadunan

Teori Ketamadunan

Menurut SarjanaIbnu Khaldun, Bapa ilmu ketamadunan dan ahli sosiologi moden

dan terkenal dengan teori kitaran tamadun.

Menurut beliau, sesebuah tamadun mempunyai jangka hayat tertentu yang mana sesuatu dinasti itu biasanya tidak melangkaui tiga keturunan.

Page 38: Pengenalan Ilmu Ketamadunan

Contoh Kitaran Tamadun

• Generasi pertama, mengekalkan sifat masyarakat padang pasir, kekasarannya, kebiadaban, hidup mengembara.

• Kehidupan yang mendesak, berjiwa besar dan tamak.• Perasaan kekitaan (asabiyah) sentiasa dipupuk.

Page 39: Pengenalan Ilmu Ketamadunan

Contoh Kitaran Tamadun

• Generasi kedua, kehidupan secara menetap dan mewah.• Di bawah pengaruh kuasa, hidup serba selesa, tiada sifat

keberanian.• Masyarakat terbiasa merendahkan diri seperti “lembu dicucuk

hidung”• Masih mengekalkan beberapa sifat asal kerana berhubung

langsung dengan generasi pertama.

Page 40: Pengenalan Ilmu Ketamadunan

Contoh Kitaran Tamadun

• Generasi ketiga, telah lupa sama sekali kehidupan di padang pasir.

• Tidak merasai lagi nikmat kegemilangan kerana terbiasa diperintah.

• Kemewahan merosakkan mereka kerana membesar tanpa mengenal erti kesusahan dan sengsara hidup.

• Hilang perasaan kekitaan, lupa melindungi hak diri.

Page 41: Pengenalan Ilmu Ketamadunan

Contoh Kitaran Tamadun

• Selepas tiga generasi tersebut, dinasti akan mengalami era kemunduran dan terus runtuh.

• Perasaan bangga dengan dinasti sendiri mula luntur pada generasi keempat.

• Justeru Ibnu Khaldun membandingkan jangka hayat dinasti sama dengan jangka hayat manusia yang melalui era bayi, berkembang menjadi dewasa dan kembali setelah tua.

Page 42: Pengenalan Ilmu Ketamadunan

FAKTOR KELAHIRAN, PERKEMBANGAN DAN

KERUNTUHAN TAMADUNMenurut Ibnu Khaldun

Page 43: Pengenalan Ilmu Ketamadunan

Asabiyah

• Pertahanan dan pengawasan akan berhasil dengan adanya ikatan keturunan.

• Persamaan keturunan akan mengikat kasih sayang terhadap ahli keluarga sendiri melebihi daripada yang lain.

• Kemewahan dan kesenangan boleh mengikis semangat kekitaan atau keserumpunan.

• Sampai satu tahap, perasaan kekitaan akan lenyap terus dan tibalah masa keruntuhan sesebuah dinasti.

Page 44: Pengenalan Ilmu Ketamadunan

Agama

• Agama memperkukuhkan pemimpin dengan syariat yang menitikberatkan apa yang baik untuk peradaban manusia.

• Semangat beragama boleh meredakan pertentangan dan iri hati dan lebih menumpukan ke arah kebenaran.

• Perasaan kekitaan hanyalah dengan tujuan melaksanakan perintah Allah dan bukanlah untuk perkara yang bercanggah dengan syari’at.

Page 45: Pengenalan Ilmu Ketamadunan

Sistem Berkerajaan

• Manusia memerlukan seseorang yang akan melaksanakan kewibawaan dan menguasai mereka.

• Kekuasaan wibawa (mulk) itu merupakan watak khusus manusia yang secara mutlak perlu ada.

• Namun, kekuasaan akan lenyap disebabkan oleh penyalahguaan kuasa, ketidak adilan dan sebagainya.

• Nabi Muhammad SAW mencela kuasa berdaulat yang disalah gunakan untuk memenuhi kehendak nafsu.

Page 46: Pengenalan Ilmu Ketamadunan

Perbandaran

• Bandar didirikan dengan tujuan penempatan dan tempat perlindungan.

• Semua perkara yang mengundang bahaya mestilah dijauhkan daripada kehidupan bandar.

• Bandar juga harus dijauhi dari segala bentuk pencemaran yang terutama yang boleh mengundang penyakit.

Page 47: Pengenalan Ilmu Ketamadunan

Oswald Spengler (1880-1936)

• Menurut beliau, kebudayaan sesuatu bangsa adalah bersifat organik dan akan melalui pola hayat yang dianalogika melalui empat musim:– Musim Bunga = Peringkat bayi– Musim Panas = Peringkat muda– Musim Luruh = Peringkat matang– Musim Sejuk = Peringkat tua

Page 48: Pengenalan Ilmu Ketamadunan

Arnold Toynbee (1889-1979)

Beliau membahagikan tamadun kepada lima fasai iaitu:

• Kelahiran tamadun (geneses of civilizations)

• Perkembangan tamadun (growths of civilizations)

• Kelemahan tamadun (breakdowns of civilizations)

• Pepercahan tamadun (disintegrations of civilizations)

• Kehancuran tamadun (dissolutions of civilizations)

Page 49: Pengenalan Ilmu Ketamadunan

INTERAKSI ANTARA PELBAGAI TAMADUN

Page 50: Pengenalan Ilmu Ketamadunan

Definisi Interaksi

• Menurut Kamus Dewan, perkataan interaksi membawa maksud sesuatu tindakan atau perhubungan aktif antara satu sama lain atau tindak balas antara dua atau beberapa pihak.

• Satu proses sosial melibatkan dua atau lebih individu dan kelompok yang melibatkan tindakan saling membalas tindaklaku pengaruh mempengaruhi satu sama lain

Page 51: Pengenalan Ilmu Ketamadunan

Proses Interaksi

• Tamadun sesebuah masyarakat mestilah bersifat terbuka• Interaksi antara tamadun menghasilkan dua kesan penting:

– Positif– Negatif

• Ciri-ciri dan elemen tamadun luar yang diterima akan mengalami proses asimilasi dan penyesuaian

• Kesan negatif interaksi akan mewujudkan konflik antara masyarakat yang memiliki tamadun berbeza

Page 52: Pengenalan Ilmu Ketamadunan

MEKANISME INTERAKSI ANTARA TAMADUN

TAMADUN MELAYU

TAMADUN INDIA

TAMADUN CINA

Page 53: Pengenalan Ilmu Ketamadunan

CONTOH-CONTOH INTERAKSI ANTARA

TAMADUN

Page 54: Pengenalan Ilmu Ketamadunan

Aspek Bahasa

• Melalui Bahasa Melayu Kuno dengan Bahasa Sanskrit.

• Pengaruh India ke atas kebudayaan dan masyarakat Melayu dilihat dalam sistem pemerintahan dan adat istiadat, bahasa, kesusasteraan, bentuk-bentuk keseniaan serta amalan kepercayaan tertentu.

Page 55: Pengenalan Ilmu Ketamadunan

Aspek Bahasa

BAHASA (MELAYU-INDIA)• Kemasukan konsep istilah dan perkataan dari budaya India

diserap masuk menjadi unsur pinjaman daripada bahasa Sanskrit dan sedikit dari bahasa Tamil.

• Proses peminjaman kebanyakannya telah disesuaikan dengan ciri-ciri fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik bahasa Melayu.

Page 56: Pengenalan Ilmu Ketamadunan

Aspek Bahasa

Contohnya dari segi fonologi, aspirasi (h) dlm Sanskrit digugurkan atau dipindah tempat.Bhumi - bumi Bheda - beza/bedaBhakti - bakti Bhasa - bahasaArthah - harta Arghah – harga

Vokal (a) dalam suku kata pertama diganti dengan e pepet:Nagaram - negaraDanda - dendaPanajaram - penjara

Page 57: Pengenalan Ilmu Ketamadunan

Aspek Bahasa

Vokal e pepet disisipkan di tempat gugus konsonan:Putrah - puteraSastram - sasteraCakravala - cakerawalaCakram - cakera

Konsonan sengau/nasal disisipkan antara vokal:Akasah - angkasaUpama - umpama

Page 58: Pengenalan Ilmu Ketamadunan

Aspek Bahasa

Manakala pinjaman dari bahasa Tamil pula sebagaimana berikut:-

Konsonan retrofleks, ciri kepanjangan vokal & penggandaan konsonan dihilangkan:Kendii - kendiPetti - petiKappal - kapal

Page 59: Pengenalan Ilmu Ketamadunan

Aspek Bahasa

Vokal (a) diganti dengan e pepet:Kadai - kedaiParicai - perisai

Konsonan (v) diganti dengan (b) atau (w):Vagai - bagaiKaval -kawal

Page 60: Pengenalan Ilmu Ketamadunan

Aspek Bahasa

Vokal (u) diganti dengan vokal (o):Mutal - modalKulam - kolam

Vokal panjang di hujung perkataan digantikan dengan bunyi tekak atau glotis:Ayyaa - ayahAmmaa - emakAkkaa - kakak

Page 61: Pengenalan Ilmu Ketamadunan

Seni dan Budaya

• Islam telah mengubahsuai dan mengembang majukan beberapa kesenian dalam tamadun Melayu seperti senibina, kaligrafi, lukisan, ukiran, anyaman, tenunan dan seni persembahan yang berupa pengucapan, bercerita, seni lakon, nasyid, qasidah, muzik, tarian berentak zikir sufisme dan seni mempertahankan diri dan lain-lain.

Page 62: Pengenalan Ilmu Ketamadunan

KESAN INTERAKSI

KESAN NEGATIF

KESAN POSITIF

Page 63: Pengenalan Ilmu Ketamadunan

Tamadun Islam dengan tamadun Yahudi dan Kristian

Perlembagaan Madinah

i. Hak-hak orang Kristian dan Yahudi serta penganut agama lain diberi perlindungan.ii. Mereka diberi kebebasan beramal mengikut anutan agama masing-masing tanpa sebarang gangguan dari Rasulullah SAW dan kaum Muslimin.

Tamadun Cina dan India

Teknologi memproses gula daripada tebu dan ilmu astronomi telah dibawa dari India ke Cina.

Tamadun Islam dan Melayu

Agama Islam telah tersebar di kepulauan Melayu melalui perdagangan dari Arab, Parsi, India dan Cina.

Tamadun Cina dan Jepun

Sumbangan tamadun Cina yang penting ialah:-•Tulisan Cina telah menjadi asas kepada pembentukan tulisan Jepun iaitu Hiragama dan Katakana.•Ajaran Buddha yang telah diasimilasikan dengan agama asal orang Jepun iaitu Shinto.

Kesan positif

Page 64: Pengenalan Ilmu Ketamadunan

Kesan positif telah memberi pengukuhan

kepada sesuatu tamadun.

Kesan positif daripada interaksi antara

tamadun akan dapat memperkayakan

tamadun tersebut serta mengelakkannya

daripada terus beku, jumud, beku dan statik.

Tamadun yang mengasimilasikan pengaruh

luar akan semakin berkembang dan

melahirkan perubahan penting.

Page 65: Pengenalan Ilmu Ketamadunan

Kesimpulan Kesan Positif

• Kesan positif telah memberi pengukuhan kepada sesuatu tamadun.

• Kesan positif daripada interaksi antara tamadun akan dapat memperkayakan tamadun tersebut serta mengelakkannya daripada terus beku, jumud dan statik.

• Tamadun yang mengasimilasikan pengaruh luar akan semakin berkembang dan melahirkan perubahan penting.

Page 66: Pengenalan Ilmu Ketamadunan

Kesan Negatif

ANTARA KRISTIAN DAN YAHUDIPembunuhan beramai-ramai orang Yahudi pada abad ke 9 dan 18 Masehi.ANTARA MUSLIM DAN HINDUISMEMuslim dibunuh dan masjid-masjid dimusnahkan oleh raja-raja India yang beragama Hindu dan sebaliknya.ANTARA CINA DAN INDIASami-sami Buddha dikurung dan kuil-kuil dimusnahkan pada masa pemerintahan Dinasti Han TimurANTARA ISLAM DAN CINAPenduduk Han di Cina bermusuh dengan orang Islam kerana faktor kemewahan Muslim hasil aktiviti perdagangan

Page 67: Pengenalan Ilmu Ketamadunan

Kesimpulan Kesan Negatif

• Kesan negatif sering mewujudkan konflik antara masyarakat yang mempunyai tamadun yang berbeza.

• Konflik ini dipengaruhi oleh faktor-faktor teologi, ekonomi, sosial dan politik.

• Faktor teologi sering menjadi penyebab utama kerana semua masyarakat mempertahankan anutan masing-masing yang dianggap suci.

Page 68: Pengenalan Ilmu Ketamadunan

Kepentingan Interaksi

• Proses perkembangan berterusan sesebuah tamadun.• Tamadun yang tidak berinteraksi akan jumud dan kaku.• Mengurangkan salah faham dan pertentangan.• Mengurangkan salah faham seperti konsep Islam sebagai al-

Din yang disalah ertikan yang mana Islam dianggap sebagai agama yang melibatkan ritual tertentu sedangkan Islam ialah agama yang menyeluruh yang merangkumi seluruh aspek kehidupan.

Page 69: Pengenalan Ilmu Ketamadunan

PERSAMAAN DAN PERBEZAAN ANTARA

TAMADUN

Page 70: Pengenalan Ilmu Ketamadunan

Pendahuluan

• Setiap tamadun mempunyai pandangan semestanya yang tersendiri.

• Pandangan ini mempengaruhi keseluruhan konsep, inti dalaman dan ciri fizikal sesuatu tamadun.

• Menjadi kerangka asas dan acuan untuk diisi sesuatu bentuk atau hasil tamadun.

• Mencorakkan cita-rasa tamadun tersebut.

Page 71: Pengenalan Ilmu Ketamadunan

Kepelbagaian World View Tamadun

• Konsep mana-mana tamadun amat bergantung kepada world view atau pandangan semesta sesuatu tamadun itu sendiri.

• Tamadun yang berasaskan agama seperti tamadun Islam, menterjemahkan pandangan semestanya dari ajaran agama.

• Tamadun yang berhubungan dengan bangsa, seperti tamadun China, India dan Yunani, memperlihatkan dominasi kebangsaan mengatasi yang lain.

Page 72: Pengenalan Ilmu Ketamadunan

• Tamadun Barat pula, kekuatan akal rasional amat terserlah dalam mencorak pandangan semestanya.

• Justeru itu, kedudukan pandangan semesta sesuatu tamadun amat berkait rapat dengan sistem nilai dan ilmu sesuatu masyarakat.

• Dalam maksud yang lebih mudah, kedudukan pandangan semesta atau pandangan hidup sesuatu tamadun amat bergantung kepada epistimologi atau sumber ilmu bagi sesuatu pandangan semesta itu sendiri.

Page 73: Pengenalan Ilmu Ketamadunan

• Dalam tamadun Islam, epistimologinya bersumber daripada ajaran Allah SWT menerusi wahyu al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah SAW sebagai sumber utama.

• Akal, pengalaman hidup dan intuisi adalah sumber sokongan yang boleh diguna pakai sekiranya tidak bertentangan dengan sumber utamanya.

• Dua sumber inilah yang menjadi kunci kepada seluruh world view tamadun Islam.

• Epistimologi akan menterjemahkan pandangan hidup dan sistem nilai baik atau buruknya, halal haram yang menjadi kepercayaan dan amalan dalam masyarakat dan pembinaan tamadun.

Page 74: Pengenalan Ilmu Ketamadunan

• Adanya wahyu tidak bermakna manusia berserah tanpa berusaha dalam konteks fatal sebab amat bertentangan dalam sistem akidah Islam.

• Sebaliknya daripada semangat wahyu itulah memberikan manusia sifat energetik agar menggunakan segenap kudrat minda dan upaya membangunkan tamadun di atas muka bumi ini.

• Tamadun barat pandangan hidup atau nilai akan berubah bersesuaian dengan perubahan epistimologi mereka mengikut zaman.

Page 75: Pengenalan Ilmu Ketamadunan

Aspek Persamaan dan Perbezaan

• Persamaan• Fizikal atau material

– Makan, minum, berpakaian.• Mengikut kehendak dan

ketentuan daripada akal dan memenuhi tuntutan jasmani bersifat maddi.

– Etika berbuat baik. Contohnya: Menolong orang• Atas dasar moral dan

kemanusiaan.

• Perbezaan • Spiritual atau kerohanian

– Makan, minum, berpakaian.• Niat kerana Allah, ada

batasan hukum, adab-adab tertentu dan mengambil kira dosa pahala

– Etika berbuat baik. Contohnya: Menolong orang• Atas dasar akhlak dan

balasan akhirat

Page 76: Pengenalan Ilmu Ketamadunan

Konsep Ketuhanan

• Impak Islam ke atas tamadun Melayu sangat kuat.• Pandangan semesta tamadun Melayu daripada fahaman

animisme kepada fahaman monotheisme dan undang-undang syaraiah selepas kedatangan Islam.

• China pula tidak mempunyai agama tersendiri dan kehidupan berkait rapat dengan kepercayaan Taoisme, Confuciusme dan Buddhisme.

• Setiap kepercayaan mempunyai ajaran dan nilai moral tersendiri sekaligus mencorakkan kebudayaan dan pemikiran masyarakat China.

Page 77: Pengenalan Ilmu Ketamadunan

Falsafah

Rasionalisme [Barat]

• Dalam perspektif tamadun yang mengasaskan epistimologinya kepada humanisme atau kemanusiaan seumpama tamadun Barat, maka kebenaran tentang sesuatu itu boleh ditentukan oleh akal manusia.

Islam [Wahyu]

• Dalam tamadun Islam, segala kebenaran adalah berpaksikan kepada wahyu. Taraf manusia selaku hamba yang dicipta dengan kemampuan akal yang terbatas adalah cukup lemah untuk mencipta kebenaran mutlak terutamanya dalam perkara yang bersifat metafizik.

Page 78: Pengenalan Ilmu Ketamadunan

Prinsip Hidup

Barat• Dalam tamadun Barat, semua

prinsip hidup adalah terasing dari ajaran agama yang bersifat sekular.

• Dengan ketidakterikatan agama dalam memacu hidup dan membina tamadun, manusia secara bermaharajalela mencipta pelbagai prinsip atas nama kebebasan dan kemajuan.

IslamTamadun Islam, tugas manusia adalah untuk berbakti kepada Tuhan melalui fungsi manusia sebagai hamba dan khalifah. Lantaran itu, kehidupan manusia di dunia ini sebagai medan ujian untuk dinilai siapakah yang terbaik tingkahlaku perbuatannya.

Page 79: Pengenalan Ilmu Ketamadunan

Politik dan Pentadbiran

• Islam menganjurkan sistem politik yang adil yang boleh diuji pada bila-bila masa.

• Sikap memisahkan agama daripada politik merupakan sesuatu yang merugikan manusia kerana kehidupan insan tidak boleh dipisahkan daripada kepercayaan dan kepentingan hariannya.

• Sementara masyarakat China mengambil pemikiran pendidikan Confucius dalam sistem pentadbiran dan politik.

• Fungsi pendidikan amat penting selain politik dan ekonomi.

Page 80: Pengenalan Ilmu Ketamadunan

Etika

Barat• Aliran Sophist dalam tamadun

Greek mengatakan kebaikan dan keburukan bergantung sepenuhnya kepada seseorang individu.

• Manakala Socrates pula menegaskan bahawa kebaikan itu tidak lain dari ilmu.

Islam• Manusia sebagai hamba Tuhan

yang dicipta lemah dan terbatas keupayaannya, dalam menentukan baik-buruk.

• Kebaikan dan keburukan adalah apa yang ditentukan oleh Allah. Wahyu menjadi kayu ukurnya.

Page 81: Pengenalan Ilmu Ketamadunan

• Jeremy Bentham yang mewakili aliran Utilitarianism berpendapat bahawa kebaikan adalah sesuatu yang berfaedah atau berguna. Keburukan adalah sesuatu yang tidak bermanfaat.

• Manakala aliran Hedonisme mengakui bahawa kebahagiaan, kelazatan atau kesempurnaan sahajalah sebagai kebaikan.

Jeremy Bentham

Page 82: Pengenalan Ilmu Ketamadunan

• Sarjana Muslim apa yang boleh atau tidak, dosa atau pahala, baik atau buruk adalah ditentukan oleh ajaran wahyu yang perlu diikuti di dalam pembinaan tamadun.

Page 83: Pengenalan Ilmu Ketamadunan

Nilai

• Ketandusan dan ketiadaan nilai dalam tamadun barat.

• Ukuran nilai ditentukan oleh akal manusia.

• Niccolo Machivelli yang menyimpulkan bahawa matlamat yang baik boleh menentukan apa saja cara untuk merealisasikannya.

Page 84: Pengenalan Ilmu Ketamadunan

• Dengan idea ini, motif untuk membuat keuntungan di dalam perdagangan boleh dilakukan menerusi amalan riba atau menerusi pengiklanan barangan oleh wanita yang menghilangkan nilai kemanusiaannya kerana mendedahkan tubuhnya.

Iklan yang menutup aurat

Page 85: Pengenalan Ilmu Ketamadunan

Kesenian

• Tamadun Barat menggunakan konsep apa saja yang indah adalah seni.

• Dengan konsep seni terjemahan idea dan kreativiti manusia yang indah, maka seni bermatlamat untuk seni atau kepuasan manusia semata-mata, tanpa dihubungkaitkan dengan matlamat ibadat kepada Tuhan.

• Dalam tamadun Islam, selain ciri keindahan atau kesopanan, kesenian mestilah bermatlamat untuk mencari keredhaan Allah.

• Allah itu bersifat Indah dan suka kepada yang indah-indah.

Page 86: Pengenalan Ilmu Ketamadunan

• Hasilnya, seni boleh muncul dalam pelbagai bidang, yang mungkin dilihat indah dan kreatif, tetapi bertentangan dengan nilai kemanusiaan dan boleh mendatangkan kefasadan.

• Dengan kata lain, konsep seni itu sendiri perlu bertepatan dengan syariat atau ajaran Islam, tidak sekadar asalkan yang indah itu seni.

• Konsep dan ciri-ciri tersebut diterjemahkan dalam pelbagai bentuk seni seperti seni tampak, seni khat, seni musik, seni binaan, seni sastera dan sebagainya.

Page 87: Pengenalan Ilmu Ketamadunan

Patung Ikan Duyung di Copenhagan Denmark. Tamadun Barat menganggapnya sebagai satu seni yang harus dikekalkan dan dikembangkan. Islam menganggapnya sebagai satu maksiat dan diharamkan.

Page 88: Pengenalan Ilmu Ketamadunan

• Lantaran itu, menerusi pelbagai aspek inilah seni boleh dijadikan sebagai alat untuk memanifestasikan sifat-sifat dan nama-nama Allah yang maha indah. Menerusi seni khat sebagai contoh, nama-nama Allah diabadikan dalam bentuk hiasan.

Page 89: Pengenalan Ilmu Ketamadunan

Strategi Menangani Perbezaan Tamadun

• Mematuhi prinsip kebebasan beragama.• Mengelak tiga gejala buruk iaitu ekstremisme, cauvanisme

dan fanatisme.• Berdialog secara aman dan bijaksana.

Page 90: Pengenalan Ilmu Ketamadunan

Kesimpulan

• Ringkasnya, aspek perbezaan antara dua tamadun ini bermula dengan epistimologi yang membentuk pandangan semesta, seterusnya merencanakan konsep dan matlamat sesuatu tamadun.