PENGENALAN. Boneka merupakan sesuatu benda atau barang yang menyerupai patung. Biasanya boneka selalu digunakan untuk mengajar kelas pemulihan dan pra sekolah yang dijadikan sebagai bahan bantuan mengajar. Selain itu boneka adalah salah satu hiburan untuk orang zaman dahulu seperti wayang kulit. Boneka juga boleh dijadikan alat permainan untuk anak-anak kecil dan juga boleh dijadikan perhiasan bilik atau rumah terutamanya untuk anak perempuan. Perkataan boneka telah berasal daripada perkataan boneca di dalam bahasa portugis. Boneka telah wujud pada masa 3000-2000 masihi lagi. Ketika itu boneka yang di hasilkan hanya diperbuat daripada tanah liat, tulang dan potongan kain. Bagi masyarakat Yunani dan Romawi kuna, mereka menggunakan boneka untuk upacara keagamaan manakala masyarakat Mesir kuna pula menggunakan boneka sebagai gantian korban manusia. Selain daripada alat permainan kanak-kanak, boneka juga digunakan untuk fungsi ritual yang berhubungan dengan alam atau hal-hal yang bersifat ghaib ataupun mistik seperti upacara ritual keagamaan pada zaman dulu, permainan jelangkung, sihir, pemanggilan roh dan sebaginya. Untuk membuktikan kebenaran boneka digunakan untuk upcara keagamaan pada masa dulu, boneka seringkali dijumpai di makam-makam kuna atau situs-situs sejarah mahupun pra sejarah. 1
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
PENGENALAN.
Boneka merupakan sesuatu benda atau barang yang menyerupai patung.
Biasanya boneka selalu digunakan untuk mengajar kelas pemulihan dan pra sekolah
yang dijadikan sebagai bahan bantuan mengajar. Selain itu boneka adalah salah satu
hiburan untuk orang zaman dahulu seperti wayang kulit. Boneka juga boleh dijadikan
alat permainan untuk anak-anak kecil dan juga boleh dijadikan perhiasan bilik atau
rumah terutamanya untuk anak perempuan.
Perkataan boneka telah berasal daripada perkataan boneca di dalam bahasa
portugis. Boneka telah wujud pada masa 3000-2000 masihi lagi. Ketika itu boneka
yang di hasilkan hanya diperbuat daripada tanah liat, tulang dan potongan kain. Bagi
masyarakat Yunani dan Romawi kuna, mereka menggunakan boneka untuk upacara
keagamaan manakala masyarakat Mesir kuna pula menggunakan boneka sebagai
gantian korban manusia.
Selain daripada alat permainan kanak-kanak, boneka juga digunakan untuk
fungsi ritual yang berhubungan dengan alam atau hal-hal yang bersifat ghaib ataupun
mistik seperti upacara ritual keagamaan pada zaman dulu, permainan jelangkung, sihir,
pemanggilan roh dan sebaginya. Untuk membuktikan kebenaran boneka digunakan
untuk upcara keagamaan pada masa dulu, boneka seringkali dijumpai di makam-
makam kuna atau situs-situs sejarah mahupun pra sejarah.
DEFINISI BONEKA
Boneka adalah merupakan sebagai sebarang benda objek yang
digerak,lakonkan oleh pemain sama ada secara sentuhan atau arahan yang bertujuan
menyampaikan mesej. Apa-apa sahaja benda atau objek ini dapat dijadikan boneka itu
pemain akan mencuba untuk menghidupkan watak sama-ada menerusi dialog yang
dipertuturkan oleh pemain atau aksi boneka tanpasebarang sebarang dialog.
Selain itu, menurut kamus pelajar, boneka bermaksud barang permainan yang
menyerupai orang: atau patung orang. Orang yang dianggap sebagai alat atau barang
permainan. Menurut kamus Dewan Bahasa Edisi Ke 4 pula, mentakrifkan boneka
1
adalah anak patung, anak-anakan. Patung yang boleh digerakkan dengan tali atau
dengan memasukkan tangan ke dalam dan menggerakkannya.
Menurut Wikipedia, Ensiklopedia Bebas pula, boneka berasal daripada
perkataan Portugis iaitu boneca yang bermaksud sejenis mainan yang dapat berbentuk
macam-macam terutamanya manusia atau haiwan serta tokoh-tokoh fiksi.
JENIS JENIS BONEKA
Terdapat beberapa jenis boneka seperti berikut.
1. Boneka Sarung Tangan / Jari.
Boneka ini boleh digubah menjadi badan dan anggota boneka. Semasa
menggunakan boneka jenis ini, kesemua jari atau hanya sebilangan jari
dimasukkan ke dalam sarung tangan itu dan gerakkan untuk menghidupkan
anggota boneka. Setiap jari mempunyai peranan masing-masing. Contohnya:
ulat, serangga dll.
Contoh gambar boneka sarung tangan/jari.
2. Boneka Lidi
Boneka ini diperbuat daripada bahan yang keras atau tebal. Kemudian
lidi panjang diletakkan pada badan boneka termasuk pada anggota-anggota
tertentu yang bakal digerakkan semasa menggunakannya. Rupa bentuk boneka
dilukis di atas kertas tebal, diwarnakan dan bentuknya dipotong keluar.Boneka
ini juga boleh dibuat daripada kulit, plastik, lutsinar dan kertas tebal.
2
3. BONEKA WAYANG KULIT
Biasanya boneka ini nipis dan berbentuk dua dimensi. Lidi-lidi halusdiletakkan
pada tempat-tempat tertentu pada badan boneka itu. Semasa memainkan
boneka ini,ia ditempatkan di bahagian belakang satu skrin putih. Lampu
dinyalakan dan bayang-bayang boneka tersebutakan kelihatan di atas skrin.Lidi
digoyang-goyangkan untuk menggerakkan anggota boneka. Wayang biasanya
dimainkan untuk menghiburkan orang ramai. Contohnya ialah wayang kulit.
Contoh boneka wayang kulit.
4. Boneka Tongkat
Boneka ini berbentuk lengkap tetapi mempunyai tongkat seperti kayu,rotan,buluh
dan sebagainya di bahagian bawah boneka tersebut yang bertujuaan untuk
menyokongnya. Boneka ini menggunakan konsep wayang. Seperti contoh
rama-rama dan bunga.
Contoh boneka tongkat.
3
5. Boneka Bertali
Boneka bertali diperbuat daripada bahan-bahan keras seperti papier mache
plaster-of-Paris atau kayu. Tali-tali halus disambungkan kepada bahagian-
bahagian boneka yang boleh bergerak. Semasa digunakan, tali-tali itu ditarik-
tarik untuk membuat angota angooota badan itu bergerak. Contohnya robot dan
orang.
Contoh boneka bertali.
6. Boneka Beg Kertas.
Boneka ini diperbuat daripada beg kertas. Tangan dimasukkan ke dalam beg
kertas. Sama seperti boneka tangan cuma pergerakan boneka ini agak terbatas.
Contoh: beruang dan rambutan.
Contoh boneka beg kertas
7. Boneka pinggan kertas.
Boneka ini diperbuat daripa pinggan kertas. Pinggan kertas boleh diubahsuai
mengikut cerita. Contohnya mulut harimau, ular dan lain-lain.
Contoh boneka kertas.
4
8. Boneka penuh.
Sejenis boneka yang lengkap iaitu mempunyai kaki, tangan, kepala dan
sebaginya seperti patung beruang, patung Barbie, patung arnab dan sebagainya.
Contoh boneka penuh.
9. Boneka tangan.
Boneka ini seperti boneka jari. Untuk menggerakkan boneka ini, kita hendaklah
memasukkan tangan kedalam boneka. Contoh boneka tangan adalah itik, ayam
dan kucing.
Contoh boneka tangan.
TUGASAN BONEKA.
Pada kali ini, kumpulan kami telah memilih satu boneka untuk dijadikan sebagai
tugasan iaitu kami telah memilih untuk membuat boneka bertongkat. Ia sangat
bersesuaikan dengan skrip yang telah kami reka. Kami telah mereka kisah kehidupan
haiwan yang berada di hutan.
5
SKRIP
KISAH ARNAB DAN KURA-KURA ( VERSI BARU )
Episod 1
Suatu masa dahulu, Sang Arnab dan Sang Kura-kura saling mencabar satu
sama lain tentang siapa yang terpantas.Suatu hari mereka bersetuju untuk
mengadakan perlumbaan untuk menentukan siapa yang lebih pantas yakni siapa yang
sampai ke garisan penamat dulu dikira sebagai pemenang. Binatang-binatang lain
seperti monyet,burung dan Sang Kancil menjadi saksi perlumbaan itu.
Sang Arnab : Baiklah kura-kura aku dah sedia .( kata Sang Arnab sambil
tersengih, mengejek)
Sang kura-kura tersenyum sambil mengangguk-angguk.
Semua binatang lain : Ke garisan ….., sedia…..,lari!!!!!!
Sang Arnab berlari sekuat hati sedangkan Sang Kura-kura berlari dengan kelajuan yang
konsisten.Sang Arnab berlari sambil menoleh Sang Kura-kura yang masih tertinggal
jauh di belakang.
Sang Arnab : Hah…..Sang Kura-kura masih jauh.Baik aku berehat sekejap (kata
Sang Arnab sambil termengah-mengah kepenatan.
6
Sang Kura-kura : Tak pa….lari ja.Biar lambat asal selamat….heh….(kura-kura
tersengih sendiri)
Sang Arnab : Zzzzzz……..er…! ( Sang Arnab terlelap sambil berdengkur ,keletihan).
Sang Kura-kura terus berlari sehingga melewati Sang Arnab yang terlelap di
bawah sepohon pokok. Binatang-binatang lain bersorak-sorak kerana kura-kura
semakin menghampiri garisan penamat. Suasana riuh rendah itu mengejutkan Sang
Arnab.
Sang Kura-kura : Sikit lagi…! Sikit lagi ! kata Sang Kura-kura .
Sang Arnab : Yah ……….(Sang Arnab berlari sekuat hati mengejar Sang Kura-kura)
Binatang-binatang lain : Hoorey!!!!Kura-kura menang!!!!
Sang Kura-kura ; Yesssss…..aku menang! ( Kata kura-kura sambil melompat-
lompat keriangan) Sang Arnab berasa malu dan terus berlalu.
Sang Arnab sangat kecewa.
Episod 2.
Sang Arnab membuat kajian sebab-sebab kekalahannya kepada kura-kura.
Sang Arnab menyedari kesilapannya yang terlalu yakin ,tidak berhati-hati dan sambil
lewa. Oleh Itu Sang Arnab mengajak kura-kura berlumba sekali lagi.Sang Kura-kura
bersetuju.Semua binatang rimba berhimpun sekali lagi menyaksikan perlumbaan Sang
kura-kura dengan Sang Arnab.
7
Sang Arnab : Hai kawan mari kita mulakan …kali ini aku pasti menang. ( Wussssss…
Sang Arnab memecut dari garisan permulaan hingga ke garisan penamat. Kali ini Sang
Arnab memenangi perlumbaan itu.
Sang kura-kura : Huhhhhh! Lajunya Sang Arnab pakai enjin turbokah? Kena
tamatkan perlumbaan ini. ( Walaupun Sang Kura-kura ketinggalan
jauh dia masih berusaha menamatkan perlumbaan itu.
Episod 3.
Cerita ini bersambung lagi.Kali ini Sang kura-kura pula memikirkan strategi untuk
menang. Sang Kura-kura menyedari bahawa jika format pertandingan sedia ada ada
dikekalkan, adalah mustahil baginya untuk menang.Strategi terbaik adalah mengubah
format perlumbaan. Setelah berfikir panjang Sang Kura-kura mencabar Sang Arnab
untuk perlumbaan ketiga.
Sang kura-kura : Sang Arnab apa kata kita berlumba lagi tetapi kali ini kita
menggunakan laluan lain.Bagaimana…setuju ?
Sang Arnab : Setuju! Aku tak ada masalah. Redah je!!! ( Kata Sang Arnab
dengan penuh keyakinan).
8
Perlumbaan dimulakan. Berbekalkan keyakinan yang ada Sang Arnab memecut pantas
tetapi tiba-tiba berhenti…..
Sang Arnab : Aiiiik......sungai…a..lamak…..! Macam mana ni…..( Sementara itu,
Sang kura-kura pula berjalan perlahan-lahan. Setibanya di sungai Sang Kura-kura
berenang ke seberang dan kemudiannya berjalan semula sehingga tiba di garisan
penamat.Sang Arnab menongkat dagu ,memerhatikan Sang Kura-kura melompaat
keriangan meraihkan kemenangannya.
Episod 4 (akhir)
Kisah ini belum berakhir……
Setelah 3 kali perlumbaan,Sang Arnab dan Sang Kura-kura akhirnya menjadi rakan
karib. Mereka berbincang bagaimana meningkatkan kepantasan perlumbaan mereka.
Perlumbaan keempat bermula….( perlumbaan ini dijalankan bukan untuk bersaing
tetapi sebagai satu pasukan)
Sang Arnab mendukung Sang Kura-kura dibelakannya dan memecut pantas sehingga
ke sungai besar. Setibanya di sungai….
Sang Kura-kura : Sekarang giliran aku pula mendukung kamu ( kata Sang kura-kura
sambil tersenyum)
9
Sang Arnab : Baiklah….Apabila sampai di seberang nanti kita berganti lagi!
Akhirnya Sang Arnab dan Sang Kura-kura tiba di garisan penamat dengan jayanya
sebagai satu pasukan. Mereka berasa lebih puas dan berjaya berbanding dengan apa
yang mereka telah lalui sebelum ini.
TAMAT.
Pengajaran :
Walau sehebat mana pun seseorang individu,pasti terdapat bidang yang individu
itu lemah dan orang lain pasti lebih baik berbandingnya. Oleh itu, adalah lebih
baik kita bekerja sebagai satu pasukan ,menggunakan kelebihan yang ada pada