Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2014 Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka 1 1.0 PENGENALAN 1.1 PENUBUHAN PKNM Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) yang ditubuhkan di bawah Enakmen Kerajaan Negeri No. 1 Tahun 1971 telah dipertanggungjawabkan untuk membangun dan memajukan ekonomi Negeri Melaka dalam bidang Perindustrian, Industri Kecil dan Sederhana (IKS), Perumahan, Pelancongan, Pembangunan Usahawan dan Perniagaan serta Projek-Projek Sosio Ekonomi. 1.2 FALSAFAH KORPORAT PKNM PKNM sebagai Peneraju Pembangunan Ekonomi Negeri Melaka. 1.3 FUNGSI PKNM Memajukan ekonomi Negeri Melaka di dalam bidang-bidang berikut:- a) Pembangunan Industri dan Ruang Niaga b) Pembangunan Hartanah c) Pembangunan Usahawan dan Perniagaan d) Pelaburan Saham dan Penyertaan Ekuiti Syarikat e) Perunding Projek Menara MITC – Pejabat Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka di Ayer Keroh
24
Embed
PENGENALAN - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1388-smart-pin-smart-link.pdf · Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2014 Perbadanan Kemajuan Negeri
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2014 Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka
1
1.0 PENGENALAN
1.1 PENUBUHAN PKNM
Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) yang ditubuhkan di bawah
Enakmen Kerajaan Negeri No. 1 Tahun 1971 telah dipertanggungjawabkan
untuk membangun dan memajukan ekonomi Negeri Melaka dalam bidang
Perindustrian, Industri Kecil dan Sederhana (IKS), Perumahan, Pelancongan,
Pembangunan Usahawan dan Perniagaan serta Projek-Projek Sosio Ekonomi.
1.2 FALSAFAH KORPORAT PKNM
PKNM sebagai Peneraju Pembangunan Ekonomi Negeri Melaka.
1.3 FUNGSI PKNM
Memajukan ekonomi Negeri Melaka di dalam bidang-bidang berikut:-
a) Pembangunan Industri dan Ruang Niaga
b) Pembangunan Hartanah
c) Pembangunan Usahawan dan Perniagaan
d) Pelaburan Saham dan Penyertaan Ekuiti Syarikat
e) Perunding Projek
Menara MITC – Pejabat Perbadanan Kemajuan
Negeri Melaka di Ayer Keroh
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2014 Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka
2
1.4 PIAGAM PELANGGAN PKNM
a) Memproses dan membuat keputusan dalam tempoh 14 hari bagi setiap permohonan untuk membeli tapak dan premis perindustrian.
b) Menguruskan dokumen perjanjian jual beli, sewabeli dan sewa bagi
perindustrian dan perumahan tidak termasuk perjanjian penswastaan dalam tempoh 14 hari dari tempoh pembayaran 10% dijelaskan.
c) Memproses dan membuat keputusan untuk tawaran seperti berikut:
i. Lembaga Tender PKNM – 45 hari dari tarikh tender ditutup
ii. Lembaga Tender Kerajaan Negeri / lain-lain – 90 hari dari tarikh tender ditutup
iii. Sebut harga – 14 hari dari tarikh sebut harga ditutup.
d) Menyempurnakan bayaran dalam tempoh 14 hari dari tarikh bil-bil dan sijil penilaian diterima oleh Unit Kewangan.
Carta Organisasi
Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2014 Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka
3
1.5 STRATEGI PKNM BAGI MENGORAK LANGKAH MENJADI SEBUAH ORGANISASI KORPORAT UTAMA
i. Membina sebuah organisasi korporat utama yang menyumbang kepada
pertumbuhan ekonomi negeri Melaka.
ii. Mengusahakan segala bidang pembangunan dan perniagaan yang
berdaya maju untuk mengukuhkan kewangan organisasi.
iii. Bertindak sebagai institusi amanah korporat bagi pembangunan ekonomi
Bumiputera Negeri Melaka.
iv. Memberi khidmat pengurusan yang cekap dan berkesan terutamanya
sebagai ‘Project Management Consultant’ dalam melaksanakan projek-
projek pembangunan perindustrian & hartanah Negeri Melaka.
v. Membentuk warga kerja yang berdedikasi, berinovatif dan berdisiplin
tinggi.
1.6 BAHAGIAN/ UNIT YANG TELAH MENGHASILKAN INOVASI
1.6.1 Nama Bahagian/Unit :
Bahagian Teknikal dan Unit Arkitek & Perancangan PKNM
Unit Perakaunan
BAHAGIAN
KHIDMAT
PENGURUSAN
Ketua
Pegawai
Eksekutif
BAHAGIAN
PEMBANGUNAN
USAHAWAN &
PERNIAGAAN
Perniagaan
BAHAGIAN
INDUSTRI &
HARTANAH
BAHAGIAN
TEKNIKALBAHAGIAN
KEWANGAN
Unit Perancangan & Pengurusan
Kewangan
Unit SumberManusia
Unit Sistem Maklumat
Unit Sistem
Kualiti
Unit Pembangunan
Usahawan
Unit Pembangunan
Perniagaan
Unit Perindustrian
Unit Hartanah
Unit
Projek Penswastaan
Unit Perhubungan
Korporat
Unit MaklumatKorporat
Unit
Arkitek &
Perancangan
Unit
Kontrak & Ukur
Bahan
Unit
Teknikal
Unit
Audit Dalam
LEMBAGA
PENGARAH
BAHAGIAN
PEMBANGUNAN
KORPORAT
PENGENALAN
CARTA ORGANISASI JABATAN
8
Carta Menunjukkan kedudukan Bahagian Teknikal dan gambar Anggota yang telah mencetuskan idea
inovasi Smart Pin, Stopper dan Link
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2014 Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka
4
1.6.2 Fungsi Bahagian / unit:
i. Penyediaan pembangunan projek dari peringkat perancangan projek
sehingga projek siap untuk diduduki merangkumi :-.
a) Urusan Pelan kelulusan kepada pihak berkuasa tempatan
b) Pengurusan tender / sebutharga
c) Penyeliaan kerja di tapak projek.
ii. Penyelenggaraan projek merangkumi kerja-kerja :-
a) Selenggara projek telah siap.
b) Selenggara premis yang belum dijual.
c) Selenggara premis yang disewa (IKS, rumah kedai dan
bangunan pejabat).
d) Selenggara bangunan pejabat PKNM, Menara MITC - kerja
pembersihan Pejabat, Tandas, Ruang Am, kerja selenggara &
Pembaikan M&E, Lanskap,tandas dll.
Antara perkhidmatan bahagian Teknikal dan Unit Arkitek Perancangan PKNM –
perkhidmatan perancangan, arkitek dan peyeliaan projek
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2014 Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka
5
1.6.3 Projek –projek yang dilaksana oleh PKNM
Projek Perkampungan Hang Tuah Projek Solar Valey Alor Gajah
GMP Halal Hub Serkam Taman Perumahan Kelemak Jaya, Alor
Gajah Melaka
Bengkel Halal Hub Serkam
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2014 Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka
6
1.7 PENGENALAN MENGENAI INOVASI
1.7.1 Latar belakang projek inovasi
Menyelesaikan aduan pelanggan yang melibatkan kerja-kerja
penyelenggaraan premis-premis untuk diambil tindakan segera
merupakan antara Objektif Kualiti Jabatan.
Manakala Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan PKNM yang
telah ditetapkan menitikberatkan menyediakan persekitaran kerja yang
selamat dan sihat untuk semua warga kerja dan juga pelanggan.
Justeru itu faktor kerap berlaku aduan pelanggan mengenai kerosakan
tandas di Menara MITC telah dikenalpasti sebagai salah satu masalah
yang harus di tangani segera. Ia berkaitan kepada kerosakan Tangki
Limpah Tandas Cangkung yang berpunca daripada kerosakan
komponen Tuil, ‘Casing Valve dan Cable Tie’ .
Cadangan penyelesaian ialah penambahbaikan kepada Tangki Limpah
Tandas Cangkung dengan inovasi ‘Pump Rod Controller (Smart Pin),
‘Copper Connector’ (Smart Link) dan ‘Lever Stopper’ (Smart
Stopper).
Dengan adanya alat-alat ini masalah kerosakan Tangki Limpah Tandas
Cangkung dapat di atasi. Ianya juga dapat mengurangkan penggunaan
masa dan tenaga bagi kerja penyelenggaraan & baikpulih dan secara
tidak langsung kos operasi penyelenggaraan (pembaikan) dapat
dikurangkan . Seterusnya aduan pelanggan telah berkurangan.
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2014 Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka
7
Sebelum inovasi Selepas inovasi - Ciptaan Smart Link
Selepas inovasi – Ciptaan Smart Pin
Sebelum inovasi
Ciptaan inovasi Smart Stopper
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2014 Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka
8
DOKUMENTASI PROSEDUR DAN SISTEM ARAHAN PENGGUNAAN
SILA PULAS TUIL
TANGKI LIMPAH PADA
PARAS PENAHAN
(STOPPER)
INOVASI OLEH : KUMPULAN KIK BAHAGIAN TEKNIKAL, PKNM
INFORMASI FUNGSI
SMART PIN :
2.SMART LINK :
MEMBANTU
MENGURANGKAN
KEROSAKAN PADA
‘CASING VALVE’
MENGAWAL PERGERAKAN
TUIL PADA PULASAN
MAKSIMUM
SMART
STOPPER
SMART
PIN
SMART
LINK
INFO PENGGUNA
BIL PROSES MEWUJUDKAN PROSEDURTARIKH
PERLAKSANAAN
1.Mengenalpasti Prosedur Sediada Yang Bersesuaian-PRO/TEK/17- Penyelenggaran Bangunan dan Infrastruktur
12/9/ 2012
2.Menyediakan deraf proses /aktiviti – Kerja-Kerja Penyelengaraan Sistem Tandas Tangki Limpah Jenis Tuil.
12 -15/92012
3. Membuat permohonan pindaan Dokumen 18 /9/ 2012
Pihak Pengurusan
bersetuju supaya
Projek `Pump Rod
Controller’ (Smart
Pin), `Copper
Conneected’ (Smart
Link) , `Lever
Stopper’ (Smart
Stopper)
digunapakai dan
dilaksanakan
kepada premis milik
PKNM yang sesuai.
Aktiviti pelaksanaan
tersebut perludiprosedurkan.
STANDARD OPERATIONAL PROSEDURE (SOP)
PROSES PINDAAN
DOKUMEN
TINDAKAN DAN
PENYERAGAMAN
115
SOP penggunaan telah diwujudkan dan ‘signage’ informasi fungsi di letakkan
di setiap tandas Menara MITC
GAMBAR INOVASI 3 KOMPONEN :
SMART LINK, SMART PIN DAN SMART STOPPER
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2014 Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka
9
1.7.2 Objektif projek inovasi
i. Mengurangkan penggunaan masa dan tenaga untuk kerja penyelenggaraan
dan baikpulih Tangki Limpah Tandas Cangkung PKNM.
ii. Mengurangkan kos operasi penyelenggaraan (pembaikan) Tangki Limpah
Tandas Cangkung PKNM.
iii. Mengurangkan kos pembaziran air akibat kerosakan Tangki Limpah Tandas
Cangkung PKNM .
iv. Meningkatkan jangka hayat dan daya ketahanan alatan Tangki Limpah Tandas
Cangkung PKNM.
v. Mengurangkan aduan pelanggan di tandas berkenaan kerosakan tuil patah di
tandas Menara MITC.
1.7.3 Ciri-ciri projek inovasi
A. Mesra Pengguna / Pelanggan
i. Ciptaan inovasi ini menekankan aspek mesra pelanggan yang
telah mewujudkan keadaan yang mudah, selamat dan selesa
kepada pengguna tandas di Menara MITC.
ii. Pelanggan lebih berpuas hati kerana keadaan tandas yang
sentiasa bersih dan tidak berbau.
B. Amalan Teknologi Hijau dan Mesra Alam Sekitar
i. Rekaan Smart Pin, Smart Link dan Smart Stopper ini
mengadaptasikan teknologi hijau dimana jangka hayat
penggunaan lebih panjang dan tahan lasak.
ii. Masalah pembaziran air dapat dielakkan kesan daripada tiada
kerosakan pada Tangki Limpah Tandas Cangkung PKNM .
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2014 Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka
10
C. Penjimatan kos
i. Kos dapat dijimatkan kerana ciptaan Smart Pin, Smart Link dan
Smart Stopper menggunakan kos yang murah berbanding kos
pembaikan kerosakan pada Tuil, Casing Valve dan Cable Tie .
1.7.4 Tempoh pelaksanaan projek
Projek ini mula dihasilkan pada Oktober 2011 dan siap pada September 2012.
Ianya digunakan berterusan sehingga sekarang.
1.7.5 Lokasi pelaksanaan projek
Projek inovasi ini dilaksanakan di tandas-tandas premis PKNM iaitu :-
i. Menara MITC
ii. Kawasan Rehat & Rawat - R&R Sungai Rambai, Melaka.
iii. Asrama Pekerja di Merlimau, Melaka
Tandas di Menara MITC
( Pejabat PKNM)
Kumpulan E-Smart juga telah mendapat persetujuan
pengurusan atasan untuk tindakan penyeragaman di
premis PKNM yang lain
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2014 Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka
11
Di tandas Kawasan Rehat dan Rawat R&R Sungai Rambai milik PKNM
Pasukan juga telah membuat pemasangan smart stopper, smart link dan
smart pin di tandas AsramaPekerja di Merlimau milik PKNM
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2014 Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka
12
2.0 SEBELUM DAN SELEPAS INOVASI DIHASILKAN
2.1 SEBELUM INOVASI
2.1.1 Masalah yang dihadapi
i. Kerosakan tangki limpah tandas cangkung di Menara MITC kerap berlaku.
ii. Kerja-kerja pembaikan berulang-ulang dan mengakibatkan masa pihak
kontraktor selenggara bangunan banyak terbuang untuk kerja pembaikan.
Manakala kos operasi pembaikan turut meningkat.
iii. Akibat daripada kerosakan, pembaziran air berlaku dan mengakibatkan
kerugian kepada organisasi.
iv. Imej Jabatan juga terjejas akibat rungutan pelanggan dan Objektif serta KPI
Jabatan tidak tercapai
v. Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerja serta Pelanggan juga terjejas
kerana Amalan Persekitaran Berkualiti yang tidak sustainable.
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2014 Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka
13
2.2 SELEPAS INOVASI
2.2.1 Kesan inovasi
i. Tiada lagi masalah cable tie putus di tandas cangkung menara MITC
dan tiada lagi kerja pembaikan yang perlu dilaksana berulang-ulang.
ii. Tiada lagi masalah air meleleh dan kos pembaziran air dapat
dijimatkan.
iii. Kerja-kerja operasi pembaikan dapat di kurangkan dan pihak
penyelenggara dapat memfokus kepada kerja-kerja yang lain manakala
kos pembaikan juga dapat dijimatkan.
iv. Objektif dan KPI jabatan untuk menyelesaikan 100% aduan pelanggan
yang melibatkan kos <RM 10,000.00 dapat dicapai.
v. Pelanggan lebih berpuas hati kerana keadaan tandas di Menara MITC
dalam keadaan bersih dan selesa.
2.2.2 Carta alir selepas inovasi dihasilkan
MULA
1
2
3
4
5
6
TAMAT
Kenal pasti premis yang Menggunakan Sistem
Tandas Tangki Limpah Jenis Tuil
Sediabekalan ‘smart stopper’, ‘smart pin’ dan
smart link
Pelaksanaan pemasangan oleh
kontraktor penyelenggaraan
Penyeliaan pelaksanaan pemasangan
‘smart stopper’ / ‘smart pin’ / ‘smart link
Pastikan ‘smart stopper’ / ‘smart pin’ /
‘smart link berfungsi baik
Pemeriksaan berkala secara bulanan
Ok
TID
AK
PENGAWASAN DAN PENYERAGAMAN SOP
TINDAKAN DAN
PENYERAGAMAN
Pasukan telah membuat
penambahbaikan kepada Smart
Stopper Iaitu bahan pelekat yang di
gunakan (Double Sided Tape) mudah
tertanggal dan di tukar kepada pelekat
yang lebih kualiti iatu Arcylic Foam
Tape.
PENAMBAHBAIKAN PROJEK
114
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2014 Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka
14
3.0 KRITERIA PENILAIAN
3.1 FAEDAH-FAEDAH DARI INOVASI YANG DI LAKSANAKAN
3.1.1 INOVATIF
i. PKNM sebagai pencetus idea dan peneraju kepada penciptaan smart
pin, Smart Link dan Smart Stopper.
ii. Projek ini adalah hasil dari kepakaran dalaman (anggota PKNM) tanpa
menggunakan khidmat ’vendor’ atau pihak konsultan.