Pengaruh barat dalam kebudayaan Melayu sememangnya sangat jelas. Pengaruhnya boleh dilihat dari aspek ekonomi, sosial, kesenian, politik dan lain-lain. 2. Contohnya dalam berhutang, penghutang dikenakan faedah sebanyak beberapa peratus dari jumlah yang dipinjam. Ini sebenarnya menindas penghutang dengan faedah yang dikenakan.Mengamalkan sistem ekonomi secara kapitalis yang menjadikan faedah (riba) sebagai asasnya.3. Seterusnya, sistem Ekonomi Campuran juga diperkenalkan.Ini kelihatan berat sebelah. Oleh itu, undang- undang buruh ditubuhkan untuk melindungi hak pengusaha agar kelihatan lebih saksama.Barat juga memperkenalkan sistem ekonomi sosialis iaitu produk dan pendapatan akan menjadi milik kerajaan.4. Ini menyebabkan berlaku jurang perbezaan ekonomi antara orang Melayu, Cina dan India.Ekonomi masyarakat Malaysia juga dibahagikan mengikut bangsa semasa pemerintahan barat yang mengamalkan dasar “pecah dan perintah”.Sistem ini adalah gabungan sistem ekonomi sosialis dan kapitalis.5. Demokrasi mengutamakan suara rakyat dan rakyat berkuasa penuh dalam penentuan pemimpin mereka.Sistem ini telah berjaya menghapuskan sistem feudal Melayu zaman itu yang mengamalkan Pemerintahan Beraja.Barat telah memperkenalkan sistem demokrasi.6. Demokrasi Berparlimen ini diamalkan di bawah pentadbiran Raja Perlembagaan.Malaysia telah mengamalkan Demokrasi Berparlimen sejak mendapat kemerdekaan daripada British.Terdapat pelbagai jenis demokrasi yang diperkenalkan oleh barat antaranya Demokrasi Berparlimen.7. Pemikiran yang terbuka contohnya masyarakat sudah kurang mempercayai tentang perkara-perkara yang digelar pantang larang, petua dan lain-lain dan sesetangah orang menganggapnya sebagai karut.Pengaruh lebih kepada cara berfikir yang dianggap moden iaitu berfikiran terbuka.8. Perkara ini tidak sesuai sama sekali dengan masyarakat Islam di Malaysia.Barat juga mengamalkan sosial kekeluargaan tidak sesuai diamalkan oleh kita. Sebagai contoh, barat mula mengiktiraf bersekedudukan tanpa nikah, pasangan sejenis, keibubapaan tunggal dan lain-lain.9. Perkara ini melanda masyarakat timur termasuk Malaysia secara perlahan-lahan, namun institusi kekeluargaan masyarakat Islam di Malaysia masih utuh dengan berlandaskan Islam.Barat cuba mencari alternatif lain menggantikan institusi kekeluargaan dan antara alternatif yang dicadangkan ialah bersekedudukan tanpa
14
Embed
Pengaruh Barat Dalam Kebudayaan Melayu Sememangnya Sangat Jelas
Pengaruh barat dalam kebudayaan Melayu sememangnya sangat jelas. Pengaruhnya boleh dilihat dari aspek ekonomi, sosial, kesenian, politik dan lain-lain
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Pengaruh barat dalam kebudayaan Melayu sememangnya sangat jelas. Pengaruhnya boleh dilihat dari aspek ekonomi, sosial, kesenian, politik dan lain-lain.
2. Contohnya dalam berhutang, penghutang dikenakan faedah sebanyak beberapa peratus dari jumlah yang dipinjam. Ini sebenarnya menindas penghutang dengan faedah yang dikenakan. Mengamalkan sistem ekonomi secara kapitalis yang menjadikan faedah (riba) sebagai asasnya.
3. Seterusnya, sistem Ekonomi Campuran juga diperkenalkan. Ini kelihatan berat sebelah. Oleh itu, undang- undang buruh ditubuhkan untuk melindungi hak pengusaha agar kelihatan lebih saksama. Barat juga memperkenalkan sistem ekonomi sosialis iaitu produk dan pendapatan akan menjadi milik kerajaan.
4. Ini menyebabkan berlaku jurang perbezaan ekonomi antara orang Melayu, Cina dan India. Ekonomi masyarakat Malaysia juga dibahagikan mengikut bangsa semasa pemerintahan barat yang mengamalkan dasar “pecah dan perintah”. Sistem ini adalah gabungan sistem ekonomi sosialis dan kapitalis.
5. Demokrasi mengutamakan suara rakyat dan rakyat berkuasa penuh dalam penentuan pemimpin mereka. Sistem ini telah berjaya menghapuskan sistem feudal Melayu zaman itu yang mengamalkan Pemerintahan Beraja. Barat telah memperkenalkan sistem demokrasi.
6. Demokrasi Berparlimen ini diamalkan di bawah pentadbiran Raja Perlembagaan. Malaysia telah mengamalkan Demokrasi Berparlimen sejak mendapat kemerdekaan daripada British. Terdapat pelbagai jenis demokrasi yang diperkenalkan oleh barat antaranya Demokrasi Berparlimen.
7. Pemikiran yang terbuka contohnya masyarakat sudah kurang mempercayai tentang perkara-perkara yang digelar pantang larang, petua dan lain-lain dan sesetangah orang menganggapnya sebagai karut. Pengaruh lebih kepada cara berfikir yang dianggap moden iaitu berfikiran terbuka.
8. Perkara ini tidak sesuai sama sekali dengan masyarakat Islam di Malaysia. Barat juga mengamalkan sosial kekeluargaan tidak sesuai diamalkan oleh kita. Sebagai contoh, barat mula mengiktiraf bersekedudukan tanpa nikah, pasangan sejenis, keibubapaan tunggal dan lain-lain.
9. Perkara ini melanda masyarakat timur termasuk Malaysia secara perlahan-lahan, namun institusi kekeluargaan masyarakat Islam di Malaysia masih utuh dengan berlandaskan Islam. Barat cuba mencari alternatif lain menggantikan institusi kekeluargaan dan antara alternatif yang dicadangkan ialah bersekedudukan tanpa nikah, pasangan sejenis, keibubapaan tunggal, kehidupan berkelompok, dan didikan anak secara professional (Eliot, 1986).
10. Seni hiburan barat ini menjadi ikutan negara lain termasuklah Malaysia. Setiap aliran ini mempunyai identiti dan imej yang tersendiri. Dunia mula diperkenalkan dengan aliran- aliran muzik barat yang pelbagai antaranya kumpulan-kumpulan artis yang beraliran rock, balada, pop, jazz, dan lain-lain.
11. Contohnya, Menara Berkembar Petronas contohnya, dibina dengan berkonsepkan silinder yang diideakan oleh barat. Seni reka bentuk pula, boleh dilihat dari bangunan-bangunan yang dibina dengan rekabentuk yang dianggap moden oleh orang ramai. Ini telah menyebabkan seni tradisional sudah mula dipinggirkan sehingga ke hari ini.
Adat merupakan cara hidup iaitu tingkah laku, kepercayaan dan sebagainya. Ia juga
mencerminkan perbuatan yang adakalanya dilakukan setiap hari ataupun musim sama ada
berpandukan bulan atau tahun. Suatu perkataan yang sinonim dengan adat ialah budaya. Walaupun
dari aspek bunyinya ia berbeza, tetapi dari segi pengertiannya, ia adalah konsep yang saling
bergantung dan sama. Adat Melayu yang awal dipengaruhi oleh unsur-unsur Hindu dan Buddha,
selepas itu dipengaruhi oleh campuran Hindu/Buddha dan Islam. Pengaruh tamadun luar yang
ketiga yang juga merupakan pengaruh yang paling kuat dalam kebudayaan dan adat Melayu adalah
pengaruh Islam.
Kesenian
Dalam bidang kesenian pengaruh India dapat dilihat pada
binaan dan bangunan agama. Dalam hal ini pengaruh India
jelas kelihatan pada penggunaan batu dan bata sebagai
bahan utamanya kerana ia merupakan bahan yang lebih
kekal dan dianggap sesuai untuk membina rumah dewa dan
dewi. Oleh sebab itulah tugu agama yang dibina pada
zaman purba masih dapat dikesan sehingga kini. Pengaruh
ini jelas dilihat pada ukiran seni pahat dinding patung dewa
Logam yang berupa arca. Selain itu terdapat patung Kuwera
dan Hariti yang juga dipuja dalam agama Buddha. Dari segi
ukiran, yang menjadi pola hiasan pada dinding candi-
candiatau kuil ialah makhluk ajaib dan tumbuh-tumbuhan,
sesuai dengan suasana Gunung Mahameru. Antara motif
ukiran yang selalu digunakan ialah seperti kepala Kala,
daun-daunan, ranting-ranting dan bunga teratai.
Dalam bidang kesenian pengaruh Islam pula dapat dilihat
pada makam atau batu nisan, masjid dan perhiasan-
perhiasannya. Batu nisan merupakan karya seni Islam yang
pertama sekali masuk ke nusantara. Contohnya yang
pernah ditemui ialah batu nisan Syeikh Abdul al-Qadir
Husain Alam bertarikh 903 masihi yang dijumpai di Linggir
Kedah. Pada permukaan makam-makam yang dijumpai ini
terdapat tulisan yang dipahat daripada ayat Al-Quran serta
ajaran Islam yang menekankan tentang hokum dan tasawuf.
Misalnya pada prasasti di di Pekan Pahang, tertulis ayat
AlQuran dengan gaya khat thuluth daripada surah Ali Imran
ayat 185, surah Yunus ayat 62 serta nasihat bercorak
kesufian. Dari segi corak batu nisan tersebut, di samping
menerima pengaruh asing ia juga memancarkan daya
kreativiti penduduk tempatan. Contohnya batu nisan
Maulana Malik Ibrahim yang dibawa dari G. Jeram
mempunyai bentuk seperti kepala terbalik yang
menunjukkan adanya pengaruh Parsi.
Selain batu nisan, masjid merupakan karya seni Islam yang
terpenting di nusantara. Dari segi coraknya, masjid-masjid
yang menunjukkan corak dari abad 14 hingga abad 18 di
mana ianya masih lagi berbentuk tradisional. Pengaruh
tradisi ini dapat dilihat pada bentuknya yang tersusun
sebagai lanjutan daripada seni Bali yang disebut Meru.
Pengaruh Hindu lebih jelas lagi pada bentuk dan bangunan
menara kudus yang didirikan pada zaman Sunan Kudus.
Terdapat juga pengaruh masyarakat tradisi pada bentuk
perhiasannya. Contohnya pola-pola yang menjadi perhiasan
yang berasal dari zaman pra Islam seperti daun-daunan,
bunga teratai, bukit-bukit karang, permandangan dan garis-
garis geometri. Di samping itu, terdapat juga perkembangan
kaligrafi atau seni khat Islam. Ini dapat dilihat pada makam,
masjid dan sebagainya. Contohnya masjid terdapat ukiran
khat pada mihra, mimbar, bingkai atau lengkung tiang dan
sebagainya. Tidak dapat dinafikan bahawa seni ini juga
dipengaruhi oleh unsur pra Islam yang telah lama seperti
dengan masyarakat tempatan.
KESUSASTERAAN
Sebelum kedatangan unsur dari luar, masyarakat pribumi
sudahpun mempunyai kesusasteraan yang tersendiri.
Sebelum masyarakat tempatan tahu menulis, melalui cara
pertuturan sajalah mereka menyampaikan perasaan atau
curahan hati masing-masing. Ini dikenali sebagai sastera
lisan. Dari percakapan yang pendek membawa kepada
percakapan yang panjang hingga menggambarkan suatu
cerita. Dengan ini timbullah jenis-jenis kesusasteraan
mengikut kaedah namanya yang sesuai dengan zaman itu
seperti bidalan, peribahasa, perumpamaan dan perbilangan.
Selain itu pantun juga merupakan sastera yang tertua
terdapat pada masyarakat melayu. Hasil sastera yang yang
dihasilkan ini adalah melalui pengalaman dan pemerhatian
masyarakat terhadap sesuatu peristiwa yang berlaku dalam
kehidupan sehari-hari. Kedatangan unsur luar telah
memperkayakan lagi unsur pribumi ini.
Setelah kedatangan pengaruh India, kita dapat lihat
bagaimana unsur tempatan telah diserapi oleh pengaruh ini.
Pengaruh India yang paling penting ialah penerimaan dua
buah epik Ramayana, lahirnya karya-karya prosa dan juga
puisi seperti hikayat Seri Rama, Rama Keling dan
sebagainya. Walaupun terdapat pengaruh ini, tetapi jika
ditinjau dengan lebih mendalam ternyata warisan pribumi
masih menebal. Menurut Prof. Mohd Taib Osman, karya-
karya sastera daripada warisan Hindu itu masih dipercayai
segala isi ceritanya, meskipun orang melayu sudah
menganut agama Islam selama beratus-ratus tahun. Antara
unsur kepercayaan Hindu daripada epik tersebut yang
mempengaruhi karya sastera yang lain ialah cerita dewa
dewi yang bersifat manusia dan tuhan, kejadian luar biasa
seperti penjelmaan dalam pelbagai bentuk serta senjata
ghaib dan sakti. Setelah kedatangan Islam di nusantara,
proses penanaman aqidah Islam melalui cerita atau kisah-
kisah melalui 2 cara iaitu dengan mengubahsuai cerita yang
sedia tersebar dengan unsur Islam dan mengenengahkan
cerita-cerita baru yang berasal dari tradisi Islam seperti
kisah-kisah tauladan di zaman nabi-nabi serta kisah nabi.
Kesusasteraan dimulakan dengan cara lisan dan diikuti
dengan tulisan arab(jawi), dan bermulalah penulisan dan
penyalinan kitab-kitab yang berkaitan dengan agama.
Contohnya seperti kitab-kitab Risalat Dua Kalimah
Syahadah, peraturan dan rukun-rukun sembahyang,
peraturan puasa dan sebagainya. Kemudian dikembangkan
pula dengan doa-doa dan kisah-kisah nabi, kitab feqah,
tafsir Al-Quran, hikayat para nabi, cerita pahlawan Islam
dan lain-lain lagi. Kedatangan Islam menyebabkan
kesusasteraan masyarakat pribumi makin berkembang dan
berdiri di landasan yang benar. Kesusasteraan masyarakat
tempatan tidak tidak hilang malah kekal sehingga ke hari ini.
Contohnya sehingga ke hari ini khazanah yang begitu
bernilai seperti pantun masih lagi kekal dan mutunya masih
tidak dapat ditandingi oleh ciptaan generasi masa kini.
KESIMPULAN
Apa yang dapat disimpulkan ialah kebanyakan cara hidup
orang melayu yang beragama Islam telah berubah daripada
kepercayaan-kepercayaan karut kepada sesuatu yang lebih
maju dan logic berpandukan ajaran –ajaran yang
terkandung di dalam Islam. Kepercayaan kepada yang satu
yakni Allah telah membawa manusia ke tamadun yang lebih
maju, aman dan makmur. Kedatangan pengaruh Islam juga
telah mencelikkan mata dunia dan ianya memperbaiki lagi
kebudayaan dengan cara-cara yang lebih mendatangkan
manfaat dan lebih mendekati Allah. Sekian, segala yang
baik dan sempurna itu datangnya daripada Alllah s.w.t. ,
dan yang lemah dan kurang itu datangnya daripada diri
saya sendiri. Wallahualam.
Pentingnya adat masyarakat Melayu jelas terlihat dalam peribahasa yang berbunyi “biar mati anak,
jangan mati adat”. Adat ini dapat dilihat pada tiga aspek kehidupan iaitu adat resam kelahiran,
perkahwinan dan kematian.
Bagi masyarakat Melayu yang rata-ratanya beragama Islam percaya setiap anak yang dilahirkan
mempunyai rezekinya masing-masing, justeru itu setiap kelahiran itu perlu disyukuri. Dalam aspek
kelahiran ini, masyarakat Melayu banyak mengamalkan adat tertentu yang diwarisi sejak turun-
temurun. Ia merangkumi peringkat sewaktu mengandung (melenggang perut), bersalin (potong tali
pusat, azan atau qamat, membelah mulut, berpantang) dan selepas lahir (tanggal pusat atau cuci
lantai, member nama, cukur rambut atau potong jambul, naik buai, jejak tanah atau turun tanah,
bersunat atau berkhatan).
Bagi masyarakat Melayu, adat resam perkahwinan begitu dititikberatkan. Sesuatu upacara dalam
peringkat perkahwinan itu akan dijalankan dengan meriah dan penuh adat istiadat. Dalam adat
perkahwinan masyarakat Melayu, terdapat beberapa peringkat penting antaranya merisik,
meminang, bertunang, akad nikah, berinai serta bersanding.
Konsep Budaya, Masyarakat, Kebudayaan Melayu Dari Sudut Sosial.
Dalam kebudayaan melayu, terdapat pelbagai aspek yang boleh dikaitkan dengan sudut sosial. Antaranya ialah agama dan kepercayaan. Orang Melayu hampir seluruhnya beragama Islam. Namun demikian, sisa-sisa unsur agama Hindu dan animisme masih dapat dilihat dalam sistem kepercayaan mereka. Islam tidak dapat menghapuskan seluruh unsur kepercayaan tersebut. Selain itu, sudut sosial dalam kebudayaan melayu juga dapat dilihat dalam amalan adat istiadat. Adat istiadat Melayu banyak memperlihatkan campuran unsur tempatan dan unsur pengaruh luar selaras dengan kedatangan pengaruh Hindu, Islam, dan Barat ke Alam Melayu.
Dalam pemerintahan Malaysia, unsur-unsur adat yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam dibenarkan. Melalui “principle of co-existence” ini orang Melayu dapat menyesuaikan adat dan agama secara harmonis, walaupun ada aspek-aspek tertentu yang bertentangan tapi terus diamalkan. Sistem kekeluargaan dan perkawinan juga boleh dikategorikan dalam aspek sosial bagi kebudayaan melayu. Dari segi kekeluargaan, masyarakat Melayu dibagikan kepada dua kelompok. Kelompok pertama ialah kelompok yang mengamalkan sistem kekeluargaan dwisisi (bilateral) dan kelompok kedua ialah kelompok yang mengamalkan sistem kekeluargaan nasab ibu (matrilineal system). Tetapi disebabkan kedua-dua kelompok tersebut menganut agama Islam, maka sistem kekeluargaan Melayu itu banyak dipengaruhi oleh sistem kekeluargaan Islam.
Nilai-nilai murni yang diamalkan
...“Kebudayaan Melayu menerima nilai-nilai yang dibawa Islam seperti kebebasan, kebenaran, keadilan, kejujuran, kesetiaan dan cinta kepada negara. Norma hidup positif yang turut diamalkan juga adalah bergotong-royong, muafakat dan kerjasama. Nilai-nilai yang diamalkan ini merupakan panduan pembentukan imej masyarakat.”...
Begitulah kenyataan A.Aziz Deraman terhadap masyarakat Melayu pada halaman 85. Sifat orang Melayu sangat terpuji lebih-lebih lagi setelah penyebaran Islam di Melaka. Semangat masyarakat Melayu yang cinta akan negara diluahkan A.Aziz Deraman dalam kenyataan yang berbunyi:
...“Sikap Melayu cintakan negara. Kata pepatah Melayu “Hujan emas di negeri orang, hujan keris lembing di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri” ....