Proses Pengajaran & Pembelajaran Berkesan
Proses Pengajaran & Pembelajaran Berkesan
RINGKASAN EKSEKUTIF[Pick the date]user
1PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN
Dalam pendidikan formal, proses pengajaran dan pembelajaran
haruslah diberi penekanan yang sewajarnya. Proses yang disinonimkan
dengan pengajaran dan pembelajaran bilik kuliah melibatkan
pensyarah dan pelajar ini sememangnya memerlukan suatu usaha
berterusan ke arah menyediakan pendidikan komprehensif dan efektif
terhadap segala isi pelajaran yang disampaikan. Koh Boh Boon (1992)
menyatakan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah
melibatkan dua pihak iaitu guru dan murid. Justeru, pengajaran yang
ideal haruslah membawa kesan penuh ke atas pembelajaran yang
berlaku. Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff (1983) pengajaran yang
berkesan adalah merujuk kepada guru yang dapat membawa pelajar
kepada hasil pembelajaran terakhir yang diinginkannya. Hal ini
melibatkan corak pengajaran berstruktur dari segi organisasi bilik
darjah serta mementingkan isi pelajaran. Selain itu, ia juga
merujuk kepada perihal pengajaran guru yang lebih memusatkan kepada
para pelajarnya sehingga mereka tertarik mengikuti aktiviti
pembelajaran. Oleh itu, pembentukan proses pengajaran berkesan
mempunyai nilai yang berbeza-beza namun ia masih bermatlamat untuk
melihat hasil daripada isi pelajaran yang disampaikan. Oleh sebab
saya merupakan seorang pensyarah di salah sebuah Kolej Matrikulasi,
Kementerian Pelajaran Malaysia , maka saya akan menghuraikan proses
pengajaran dan pembelajaran berkesan berdasarkan sistem di Kolej
Matrikulasi. Saya adalah seorang pensyarah subjek Pendidikan Islam
yang mana subjek Pendidikan Islam ini merupakan subjek yang wajib
diambil oleh setiap orang pelajar muslim. Subjek Pendidikan Islam
hanya diajar dalam bentuk kuliah sahaja dan tidak melibatkan
tutoran dan amali, namun begitu ia tidak menghalang saya untuk
menjadikan subjek Pendidikan Islam sebagai satu subjek yang
diminati dan memberikan kesan yang positif ke dalam diri pelajar.
Saya telah mencuba untuk melakukan yang terbaik bagi memastikan
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran saya, kerana ia
merupakan satu tanggungjawab dan amanah dari Allah s.w.t . Allah
s.w.t telah berfirman di dalam al-Quran al-Karim yang bermaksud:
Sesungguhnya kami telah menawarkan amanah (tanggungjawab) kepada
langit, bumi dan gunung-ganang, tetapi mereka enggan untuk
memikulnya dan takut terhadap tanggungjawabnya. manusia mahu
memikulnya tetapi manusia itu banyak kesalahan dan bodoh. ( surah
al-Ahzab: 72 ). Untuk memastikan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran subjek Pendidikan Islam, saya telah membahagikan
tugasan saya kepada tiga bahagian penting iaitu sebelum proses
pengajaran dan pembelajaran, semasa proses pengajaran dan
pembelajaran dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran. 3.1
Sebelum Proses Pengajaran Dan pembelajaran
3.1.1Rancangan Pengajaran
Proses pengajaran yang berkesan memerlukan persediaan dan
perancangan yang mantap oleh seorang pensyarah sebelum ia terlibat
secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
bilik kuliah. Sebagai seorang pensyarah saya perlu tahu kelompok
pelajar yang hendak diajar, isi kandungan pelajaran dan matlamat
serta objektif yang dihasratkan untuk dicapai oleh pelajar di akhir
pelajaran nanti. Oleh sebab itu, sebelum bermulanya proses
pengajaran dan pembelajaran iaitu pada awal semester lagi saya
telah membuat Rancangan Pengajaran Semester (RPS) berdasarkan
Sukatan Pelajaran dan Modul Pendidikan Islam yang telah dibekalkan
oleh Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (BMKPM)
dengan penuh teliti dan bertanggungjawab. Pada setiap hari pula
saya menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dan menyediakan
bahan-bahan bantu mengajar seperti persembahan power point, kertas
edaran, keratan video dan sebagainya. Memanglah terbukti, dengan
adanya perancangan pengajaran yang baik dan teratur ini telah
membantu saya untuk melangsungkan proses pengajaran dan
pembelajaran dengan lancar dan cukup berkesan seperti kata pepatah
: Sekiranya kamu gagal untuk merancang, maka kamu merancang untuk
gagal. 3.1.2Membuat Rujukan
Sebelum proses pengajaran dan pembelajaran bermula juga saya
akan membuat rujukan mengenai tajuk yang hendak diajar semasa
kuliah . Oleh sebab saya merupakan pensyarah Pendidikan Islam maka
saya membuat rujukan kepada al-Quran, as-Sunnah, kitab kitab
berbahasa Arab seperti kitab tafsir yang mutabar, tauhid, feqah,
Akhlak Islamiyyah dan sebagainya samada yang ada dalam simpanan
saya ataupun di pusat sumber kolej. Saya juga membuat rujukan
melalui internet seperti islamway, imanway, quranway,
islamicfinder, as-sonnah serta laman-laman web lain yang berkaitan.
Tidak ketinggalan juga saya mengadakan perbincangan ilmiah
intellectual discouse bersama rakan pensyarah lain untuk
menambahkan lagi ilmu pengetahuan mengenai penemuan-penemuan baru
untuk dikongsikan bersama dengan pelajar semasa proses pengajaran
dan pembelajaran berlaku. Saya mestilah melengkapkan diri saya
dengan ilmu pengetahuan yang luas kerana pelajar masa kini tidak
akan menerima sesuatu maklumat secara bulat bulat tanpa diterangkan
rasionalnya. Seorang pensyarah mestilah mempunyai pengetahuan yang
lebih mendalam berbanding dengan pelajar. Kepakaran di dalam bidang
yang diajar atau subject content adalah merupakan faktor dominan
yang menyumbang ke arah keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran. Pepatah Arab ada berkata : Orang yang tiada apa-apa,
ia tidak akan dapat memberi apa-apa pun .
3.1.3Persiapan Emosi
Sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran juga saya
terlebih dahulu melengkapkan emosi saya dengan sifat kasih sayang
dan tidak membiarkan masalah peribadi menguasai diri saya sehingga
terbawa-bawa ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Saya
sedar bahawa pelajar saya juga merupakan insan biasa yang
memerlukan perhatian dan kasih sayang daripada gurunya. Oleh itu,
saya juga membuat rujukan kepada buku-buku psikologi untuk mencari
tip-tip yang berguna untuk diaplikasikan semasa proses pengajaran
dan pembelajaran. Saya juga menjadikan Rasulullah sebagai role
model dalam mengamalkan sifat kasih sayang ini. Sebagai contoh
Rasulullah akan memendekkan tempoh sembahyang apabila terdengar
tangisan bayi. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Bukan
daripada golongan kami, orang yang tidak menghormati orang tua dan
tidak mengasihani orang muda. Proses Pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan tidak akan terhasil tanpa emosi yang stabil daripada
kedua-dua belah pihak iaitu pensyarah dan pelajar kerana pendidikan
itu merupakan satu seni yang melibatkan hati dan perasaan.
Rumusan
Sebagai rumusannya ingin saya tegaskan bahawa perancangan atau
persediaan awal yang telah saya sediakan secara teliti dan rapi itu
sememangnya telah membantu saya untuk memastikan kelangsungan
proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik, lancar dan
telah meninggalkan kesan yang mendalam ke dalam diri pelajar.
Benarlah kata pepatah : Sekiranya kita gagal untuk merancang, maka
kita merancang untuk gagal . Allah s.w.t juga ada berfirman yang
bermaksud: Dan mereka merancang dan Allah juga merancang dan
Allahlah yang paling baik perancangan-Nya. ( Surah Ali Imran : 54
). Oleh sebab itu, jelaslah kepada kita bahawa para pensyarah tidak
seharusnya mengambil sikap sambil lewa atau memandang remeh serta
mencari alasan untuk tidak menyediakan perancangan yang sepatutnya
sebelum proses pengajaran dan pembelajaran bermula bagi memastikan
keberkesanannya secara optimum. Sekiranya kita mendidik pelajar
kita dengan baik, maka orang lain akan mendidik anak kita dengan
lebih baik.3.2 Semasa proses pengajaran dan
pembelajaran3.2.1Penampilan Diri Dan Disiplin
Bagi memastikan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran,
maka saya juga menjaga disiplin serta penampilan diri saya dengan
datang ke bilik kuliah lebih awal daripada pelajar. Saya juga perlu
berpenampilan menarik dengan cara berpakaian kemas, ringkas dan
tidak memakai perhiasan yang keterlaluan ketika mengajar. Saya
memakai pakaian yang sederhana dari segi fesyen dan warnanya tidak
terlampau terang atau berkilat-kilat . Pakaian dan perhiasan yang
keterlaluan akan mengganggu konsenterasi pelajarterhadap isi
pengajaran gurunya. John Molly dalam kajiannya terhadap 15,000
eksekutif dan professional mendapati bahawa pakaian memberi kesan
terhadap kebolehan dan kewibawaan individu. Saya dapati
pelajar-pelajar saya akan sedaya-upaya untuk datang lebih awal
daripada saya dan tidak ponteng kuliah, malahan apabila mereka
terlewat sedikit, mereka akan segera meminta maaf. Dengan ini
jelaslah bahawa penampilan diri dan disiplin seorang pensyarah
dapat mempengaruhi secara langsung terhadap keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran muridnya.
3.2.2Menjelaskan Matlamat Menuntut Ilmu
Semasa proses pengajaran dan pembelajaran juga saya menjelaskan
kepada pelajar bahawa matlamat mencari ilmu di dalam Islam ialah
untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t di dunia mahupun di akhirat.
Oleh itu, Islam telah mengkatogerikan mencari ilmu sebagai satu
ibadat , sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
Mencari ilmu itu adalah wajib ke atas setiap muslim. Apabila
pelajar telah mengetahui matlamat dan kedudukan sebenar orang yang
mencari ilmu di sisi Allah s.w.t , maka mereka akan belajar
bersungguh-sungguh tanpa paksaan. Oleh itu, proses pengajaran dan
pembelajaran akan berjalan secara fitrah dan penuh keikhlasan
dengan niat untuk mencari ilmu kerana Allah. Inilah kekuatan yang
ada di dalam agama Islam. Mereka juga akan memperbetulkan niat dan
tujuan mereka menuntut ilmu iaitu untuk mendapat keredhaan Allah
s.w.t. kerana setiap pekerjaan itu mestilah dimulakan dengan
niatnya sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
Sesungguhnya setiap pekerjaan itu mestilah dimulakan dengan niat.
Inilah rahsia keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran yang
tidak disedari oleh kebanyakan pendidik masa kini.
3.2.3Menasihati Pelajar
Saya juga sentiasa menasihati pelajar supaya mentaati segala
perintah Allah s.w.t seperti sembahyang, puasa, menjaga aurat dan
sebagainya. Pada masa yang sama juga saya menasihati mereka supaya
meninggalkan segala maksiat kerana ia merupakan faktor penghalang
kepada keberkatan ilmu yang kita cari. Imam As-Shafie ada berkata :
Ilmu itu adalah cahaya, maka cahaya tidak akan diberikan kepada
mereka yang jiwanya dikotori oleh perkara-perkara maksiat. Seorang
pelajar diumpamakan seperti cermin dan ilmu pula diibaratkan
seperti cahaya , manakala dosa pula diibarat seperti debu.
Bagaimana cermin akan bersinar apabila disuluh dengan cahaya
sekiranya cermin tersebut dikotori dengan debu ?. Sekiranya seorang
pelajar itu mentaati suruhan Allah s.w.t maka Allah akan
membantunya sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud : Wahai
orang-orang yang beriman, kalau kamu menolong agama Allah ( yakni
dengan mentaati perintah Allah ) , niscaya Allah akan menolong kamu
dan mengukuhkan kamu. ( Surah Muhamad : 7 ). Di dalam agama Islam,
usaha nasihat - menasihati ini amat penting sepertimana sabda
Rasulullah s.a.w yang bermaksud : Agama itu nasihat . Hasilnya saya
dapati pelajar saya mula beramal dengan suruhan agama dengan
istiqamah.
3.2.4Komunikasi Berkesan.
Bagi memastikan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran,
saya juga menggunakan kemahiran komunikasi lisan dan bukan lisan
dengan berkesan. Menurut Sulaiman Md. Yassin (2002), komunikasi
adalah merupakan satu proses pemindahan makna iaitu maklumat, idea,
pengetahuan, persefahaman, lambang-lambang lain daripada sumber
atau penyampai kepada penerima melalui saluran-saluran tertentu
dengan harapan mewujudkan persamaan. Saya menyampaikan kuliah
dengan suara yang jelas, nyata dan bersemangat. Saya juga
memastikan nada suara saya sentiasa berubah-ubah rentaknya agar
pelajar tidak berasa bosan dan jemu. Komunikasi saya dan pelajar
berlaku dua hala iaitu saya menyoal dan pelajar menjawab, dengan
ini pelajar akan merasakan diri mereka dihargai dan kewujudan
mereka di dalam bilik kuliah adalah disedari. Hasilnya pelajar akan
memberikan tumpuan yang sepenuhnya kepada isi pelajaran. Untuk
memastikan pelajar saya memahami pengajaran saya, maka saya
menggunakan laras bahasa yang sesuai dengan kemampuan kognetif
mereka. Saidina Umar Al-Khatab pernah berkata : Bercakaplah dengan
seseorang itu mengikut kadar kemampuan akalnya. Kaedah komunikasi
berkesan yang saya amalkan ini terbukti telah membantu untuk
memastikan objektif pengajaran tercapai dari segi perubahan tingkah
laku, pencapaian dan prestasi akademik pelajar.
Selain komunikasi secara lisan, saya juga mempraktikkan
komunikasi bukan lisan yang merangkumi pergerakan badan, penampilan
dan persembahan diri, suara dan alam persekitaran pelajar itu
sendiri. Kajian oleh Ray Birdwhistell ( 1955), menunjukkan bahawa
lebih kurang 35% komunikasi lisan dan 65% komunikasi bukan lisan
perlu dilakukan oleh seorang guru semasa mengajar bagi memastikan
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Al-Quran telah
menggariskan beberapa garis panduan sebagai asas bagi mewujudkan
interaksi berkesan antara seseorang dengan seseorang insan yang
lain, seperti firman Allah s.w.t yang bermaksud : Maka katakanlah
kepada mereka kata-kata yang baik yang menyenangkan hati. (
Al-Isra: 28 ). Allah juga berfirman dengan maksud : Maka rahmat
Allah yang menyebabkan kamu berlemah lembut terhadap mereka.
Sekiranya kamu bersifat kasar lagi berhati keras, tentulah mereka
menjauhkan diri dari sekeliling kamu. ( Ali Imran: 159 ). Dengan
ini jelaslah kepada kita bahawa hikmah, kebijaksanaan, lemah -
lembut dan percakapan yang baik sememangnya menjadi asas bagi
mewujudkan komunikasi dan interaksi yang baik bagi menjamin
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.3.2.5 Penggunaan
Teknologi Maklumat.Penggunaan teknologi maklumat juga dapat
membantu keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
Pendidikan masa kini berkembang seiring dengan kepesatan sains dan
teknologi. Kelahiran bidang teknologi maklumat (ICT) melalui sistem
pengkomputeran sebagai wadah baru era globalisasi telah
mempertingkatkan lagi usaha penyebaran ilmu kepada generasi baru
dan masyarakat umum di seantero dunia. Melalui kepesatan dan
perkembangan bidang pengkomputeran, aliran akademik semasa juga
turut melebarkan lagi gerbang ilmiahnya menerusi capaian kepantasan
kuasa teknologi ini . Khususnya dalam bidang pendidikan, penggunaan
teknologi pengkomputeran dalam proses pengajaran sememangnya
memberi implikasi baru yang lebih efektif dalam proses pengajaran
dan pembelajaran sekaligus menyumbang kepada kelancaran dan
kedinamikan dalam lapangan pendidikan. Ledakan teknologi
pengkomputeran dalam dunia pendidikan tidak dinafikan merupakan
sebahagian daripada faktor yang turut menyumbang ke arah kemajuan
dan prestasi di kalangan pensyarah dan pelajar. Tidak ketinggalan,
saya juga mengambil kesempatan dengan kemudahan peralatan teknologi
maklumat terkini dan jaringan internet yang telah dibekalkan kepada
pihak Kolej bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran
dapat berjalan dengan lancar dan berkesan. Saya mempersembahkan isi
kandungan pelajaran dengan menggunakan power point. Saya juga ada
menggunakan teknik video dan audio semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berjalan, bergantung kepada kesesuaian tajuk yang
diajar. Sebagai contoh, apabila saya mengajar tajuk ajaran sesat di
Malaysia, maka saya akan mencari filem-filem pendek di internet
melalui youtube.com dan memuat turunkannya dengan menggunakan
perisian keepvideo.com bagi membantu kefahaman pelajar terhadap isi
kandungan pelajaran. Untuk menjadikan pengajaran saya lebih
berkesan maka saya telah masukkan nota-nota penting ke dalam blog
(albesuty.blogspot.com) sebagai bahan rujukan pelajar. .Charles
B.Klasek (1972), menyatakan bahawa pengajaran guru boleh dianggap
teratur sekiranya mereka dapat menggabungkan pengajarannya dengan
bahan bantu mengajar. Pengajaran guru akan menjadi lebih berkesan
dan berjaya meruntun fikiran pelajar terhadap pelajaran mereka.
Pendapat ini disokong pula oleh satu kajian ilmiah yang mengatakan
bahawa pelajar belajar melalui penglihatan sebanyak 70% dan melalui
pendengaran sebanyak 30% sahaja. Jadi saya mengambil pendekatan
untuk menggabungkan di antara kedua-dua faktor ini. Melalui
pemerhatian, saya dapati minat pelajar terhadap subjek Pendidikan
Islam semakin bertambah apabila saya mengaplikasikan pendekatan ini
semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.3.2.6
Pembelajaran Koperatif Dan Kolaboratif
Proses pengajaran dan pembelajaran yang efektif, menarik dan
menyeronokkan juga dapat dicapai melalui pelaksanaan usaha-usaha
kreatif dan inovatif seseorang pensyarah walaupun pengajaran dan
pembelajaran tersebut di dalam bentuk kuliah. Ia boleh
direalisasikan dengan mempraktikkan pembelajaran koperatif dan
kolaboratif iaitu gaya pembelajaran peer teaching sesama rakan
pelajar. Pembelajaran secara koperatif dan kolaboratif bermaksud
pembelajaran secara kerjasama di mana pelajar belajar dalam
kumpulan dan secara bekerjasama, berinteraksi dan saling bantu
membantu dalam aktiviti pembelajaran dengan tujuan mencapai
kemajuan dan prestasi yang cemerlang. Menurut Kamus Dewan (1998),
kolaboratif bermaksud kerjasama erat di antara dua pihak atau
lebih. Pembelajaran kolaboratif membawa maksud sekumpulan pelajar
berusaha ke arah mencapai prestasi yang baik, sama ada dalam bidang
akademik atau bidang kokurikulum.(Mok Soon Sang ,2006).
Pembelajaran koperatif dan kolaboratif dapat dilihat semasa
melakukan tugasan kumpulan. Saya memulakannya dengan membahagi
kumpulan pelajar yang terdiri daripada empat hingga lima pelajar
dalam satu kumpulan dan seorang ketua kumpulan. Ketua kumpulan
terdiri daripada pelajar yang agak cemerlang. Selepas itu saya
mengedarkan tugasan dalam bentuk soalan dan meminta mereka
melaksanakan tugasan tersebut secara kumpulan dengan membuat
rujukan di pusat sumber ataupun di internet. Tugasan itu perlu
dihantar dalam dua bentuk iaitu dalam bentuk penulisan hard copy
dan dalam bentuk persembahan power point. Setiap kumpulan akan
mempersembahkan tugasan mereka di hadapan khalayak ramai secara
bergilir-gilir. Sementara pelajar-pelajar lain akan mendengar
dengan teliti dan akan bertanyakan soalan. Mereka juga harus
bersedia dari segi intelektual dan emosi untuk menjawab soalan yang
dikemukakan oleh rakan-rakan lain. Melalui temu bual secara tidak
langsung dengan pelajar maka saya dapat membuat kesimpulan bahawa
tugasan secara berkumpulan ini dapat mempertingkatkan lagi minat
belajar, motivasi diri dan pelajar menjadi lebih yakin untuk
berhadapan dengan khalayak sambil memberi pendapat, berhujah dan
menjawab segala pertanyaan daripada rakan seperjuangannya. Ini
menunjukkan kepada kita bahawa pembelajaran secara koperatif dan
kolaboratif memang dapat mempertingkatkan lagi potensi diri
pelajar.3.2.7 Kemahiran Berjenaka.Menurut Kamus Dewan, jenaka dapat
diistilahkan sebagai sesuatu perbuatan dan perilaku yang mencuit
hati. Bagi saya berjenaka semasa proses pengajaran dan pembelajaran
sudah menjadi amalan rutin. Melakukan jenaka merupakan unsur
hiburan dan perkara yang disampaikan tidak pula dianggap sebagai
fakta kerana ia hanya merupakan suatu gurauan. Apabila saya melihat
keadaan bilik kuliah menjadi suram dan pelajar menunjukkan
tanda-tanda keletihan dan mengantuk , maka saya berusaha untuk
menceriakan keadaan dengan unsur-unsur kecindan. Namun begitu saya
telah pastikan bahawa bahan jenaka tersebut mesti ada kaitan atau
releven dengan isi pengajaran, menepati masa dan suasana, tidak
menyentuh peribadi seseorang individu dan tidak menghalang objektif
pengajaran tercapai dengan sempurna. Menurut Abdul Rahim Abdul
Rashid ( 1992 ) guru yang baik mempunyai kualiti dan sifat
tertentu. Antaranya mereka perlu mempunyai unsur-unsur humor yang
menjadikan pengajaran mereka tidak membosankan. Laurence J.Peter
(1975) , pula dalam bukunya bertajuk Competencies For Teacher
Education, menjelaskan bahawa bakal guru perlu menjadikan diri
mereka guru yang berkesan dan berpengaruh. Kemahiran berjenaka
adalah amat penting dan merupakan salah satu ciri pensyarah yang
baik kerana mereka dapat menghasilkan perubahan tingkah laku yang
efektif di kalangan pelajar. Dengan ini jelaslah kepada kita bahawa
unsur kecindan juga memainkan peranan penting di dalam memastikan
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran, tetapi ia boleh
diibaratkan seperti garam di dalam makanan, hendaklah diletakkan
hanya secukup rasa sahaja, kerana sabda Rasulullah s.a.w:
Sebaik-baik perkara itu pertengahannya 3.2.8 Penggabungjalinan.
Penggabungjalinan bermaksud kesepaduan pengalaman pembelajaran di
antara mata pelajaran ( Pusat Perkembangan Kurikulum 1992 ).
Pensyarah perlu mempertimbangkan unsur-unsur daripada mata
pelajaran lain yang berkaitan dengan isi pelajaran yang hendak
disampaikan,tegasnya merentasi kurikulum. Dengan itu bahan
pengajaran yang disampaikan akan menjadikan pelajar memahaminya dan
boleh dimanfaatkan dalam kehidupannya ( Omardin Ashaari 1999 )
.Strategi yang menggabungjalinkan mana-mana mata pelajaran dapat
digunakan oleh pensyarah di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran untuk memperkaya, memperjelas dan menimbulkan
keseronokan dalam mempelajari mata pelajaran lain. Dengan ini
pelajar dapat melihat perkaitan di antara disiplin ilmu. Apa yang
dipelajari tidak terpisah dan dengan itu proses pembelajaran akan
menjadi lebih mudah, luas dan bermakna bagi diri pelajar. Semasa
proses pengajaran dan pembelajaran saya menggunakan strategi
penggabungjalinan. Apabila saya mengajar Pelajar Jurusan Hayat yang
mempelajari Subjek Biologi maka saya akan kaitkan proses kejadian
manusia menurut Al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud:
Kemudian kami jadikan saripati air mani itu ( disimpan ) di tempat
yang kukuh ( rahim ). Kemudian air mani itu kami jadikan segumpal
darah ( alaqatan ), lalu segumpal darah itu kami jadikan segumpal
daging ( mudhghatan ) dan segumpal daging itu kami jadikan tulang
belulang ( Izhaama ) lalu tulang belulang itu kami bungkus dengan
daging, kemudian kami jadikan dia makhluk yang berbentuk lain, maka
Maha Suci Allah s.w.t Pencipta Yang Paling Baik . (Al-Muminuum :
13-14 ). Apabila saya mengajar pelajar Jurusan Fizikal pula , maka
saya akan cuba mengaitkan sains dengan Al-Quran seperti firman
Allah s.w.t yang bermaksud : Apakah orang-orang yang tidak beriman
itu tiada mengetahui, bahawa langit dan bumi itu dahulunya satu
potong, lalu kami seraikan antara keduanya ( Teori Big Bang ). Dan
kami jadikan dari air segala benda hidup . Tidakkah mereka
percaya.(Al-Anbia : 30 ). Hasil daripada gabungan yang mantap di
antara proses penggabungjalinan dan kemahiran seorang pensyarah
mengolah isi pelajaran dengan bantuan bahan bantu mengajar yang
bersesuaian maka, natijahnya terhasillah satu proses pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan dan objektif yang telah disasarkan oleh
pensyarah akan dapat dicapai dengan jayanya. Langkah ini akan
memberi faedah dan manfaat yang optimum kepada pelajar di dalam
kehidupan mereka pada masa akan datang.Rumusan
Sebagai rumusannya ingin saya tegaskan bahawa proses semasa
pengajaran dan pembelajaran adalah merupakan proses yang sangat
penting, kerana ia akan menentukan sama ada pembelajaran di dalam
diri pelajar berlaku atau tidak. Oleh sebab itu, seorang pensyarah
yang perihatin dan bertanggungjawab sepatutnya melaksanakan segala
perancangan yang telah dibuat sebelum proses pengajaran dan
pembelajaran dengan teliti, tekun, amanah seperti sabda Rasulullah
s.a.w ada bersabda yang bermaksud : Sesungguhnya Allah menyayangi,
apabila seseorang itu melakukan sesuatu kerja, lalu ia kerjakan
dengan penuh ketekunan. 3.3SELEPAS PROSES PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
3.3.1Refleksi
Menurut Hanipah ( 1999 ) , refleksi bermaksud proses merenung,
menganalisis, mencari alasan, membuat cadangan dan tindakan untuk
memperbaiki diri yang dilakukan berterusan. Apabila proses
pengajaran dan pembelajaran telah selesai, saya akan membuat
refleksi terhadap pengajaran yang telah saya sampaikan kepada
pelajar sama ada pelajar dapat memahami atau tidak isi kandungan
yang telah disampaikan. Saya membuat muhasabah atau penilaian
terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang lalu adalah dengan
tujuan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan yang telah saya
lakukan. Sekiranya perlu kepada penambahbaikan, maka saya akan
lakukan tindakan segera. Saya juga meminta supaya pelajar menilai
pengajaran saya dengan mengisi borang soal selidik . Proses
refleksi ini memang amat penting untuk menentukan keberkesanan
proses pengajaran dan pembelajaran. Seperti kata-kata Saidina Umar
Al-Khatab : Hitungilah amalan kamu sebelum kamu dihitungkan .3.3.2
Penilaian.Bagi membuktikan keberkesan proses pengajaran dan
pembelajaran yang
telah saya jalankan bersama pelajar, maka saya membuat penilaian
semula terhadap kefahaman pelajar dengan beberapa cara, seperti
menyoal balik tentang isi pelajaran, meminta pelajar menyenaraikan
sedikit ringkasan pelajaran, membuat kuiz dan menjalankan kajian
tindakan . Saya juga menyediakan satu blog yang berkaitan dengan
nota kuliah. Sekiranya mereka ingin bertanyakan soalan mereka boleh
menghantar soalan mereka kepada saya melalui gmail. Dapatan atau
tindak balas yang saya terima daripada pelajar akan saya gunakan
untuk memperbaiki cara pengajaran saya demi pengajaran dan
pembelajaran berkesan di masa hadapan.Rumusan
Sebagai rumusannya, proses selepas aktiviti pengajaran dan
pembelajaran juga tidak kurang pentingnya seperti proses sebelum
dan semasa pengajaran dan pembelajaran . Hal ini demikian kerana
seseorang pensyarah akan dapat mengaplikasikan tindak balas yang
didapati daripada pelajar sama ada untuk mengekalkan atau membuat
pembaharuan terhadap pengajarannya pada masa akan
datang.4PENUTUP
Sudah jelas lagi bersuluh kepada kita bahawa tugas sebagai
seorang pensyarah bukanlah sesuatu yang mudah seperti yang
disangkakan kerana ia bukan sahaja bertugas untuk menyampaikan isi
pengajaran secara berkesan , tetapi dalam masa yang sama juga ia
berperanan untuk menyemai dan memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa
setiap pelajar. Pensyarah adalah pendidik dan pengasuh generasi
muda yang akan menjadi warisan kebudayaan dan ilmu pengetahuan
untuk kemajuan Negara pada masa depan. Selain menyebar ilmu, segala
tingkah laku pensyarah akan menjadi contoh teladan kepada
murid-muridnya . Oleh yang demikian, pensyarah seharusnya mempunyai
sifat dan kualiti peribadi, professional dan sosial yang baik dan
murni. Di samping itu, pensyarah juga memainkan peranan yang sangat
penting di dalam menjayakan Wawasan Negara . Kenyataan ini adalah
selari dengan perutusan Mantan Menteri Pelajaran Malaysia yang
berbunyi: Sebagai golongan yang berada di barisan paling hadapan
dalam menjayakan Wawasan Negara,peranan guru amat penting untuk
memastikan Nilai Nasional dapat disempurnakan.( Y.B Dato Sri
Hishamuddin bin Tun Hussein , Perutusan Hari Guru 2006 ). Oleh
sebab itu hanya pensyarah yang mempunyai komitmen, iltizam dan
kompetensi yang tinggi terhadap tugasnya serta mempunyai akhlak,
budi pekerti dan tatasusila yang tinggi sahaja mampu untuk
mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan . Ia
juga akan berjaya menjalankan tugas sebagai seorang pendidik dengan
sempurna dan efektif.4.RUJUKAN:1.Aid al-Qarni Abdullah(2006),La
Tahzan,Cairo,Maktabah al-Abikan.
2.Al-Imam Abu Hamid al-Ghazali,Ihya Ulumiddin Jld.4,Bairut,Darul
Marifah.
3.Dewan Bahasa&Pustaka(2002),Kamus Dewan,K.Lumpur,Harian
Sdn.Bhd.
4.Kamus al-Munjid(1986),Bairut,Maktabah as-Syarqiyyah.
5.Kementerian Pelajaran Malaysia(2001),Falsafah Pendidikan
Negara,Matlamat dan Misi, K. Lumpur,Pusat Perkembangan
Kurikulum.
6.Kerajaan Malaysia(2006)Pelan Integriti Nasional,Kuala
Lumpur.PNB.
7.Lajnah Pentashih Mashaf al-Quran(1988),Al-Quran dan
Terjemahan,Jakarta,Percetakan Nahdi.
8.Mak Soon Sang(2004)Peperiksaan P.T.K(Kertas701/15)Bahagian
II,Kuala Lumpur,Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.
9.Mak Soon Sang(2008)Kursus Penilaian Tahap Kecekapan P&P
Gred DGA34,DG44&DG48,K.Lumpur,Multimedia-ES Resources
sdn.Bhd.
10Omardin Ashaari(1999),Pengajaran Kreatif Untuk Pembelajaran
Aktif, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.
13Pusat Perkembangan Kurikulum(1992), Pukal Latihan Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah, Kuala Lumpur, DBP.
14.Syed Putra Syed Ahmad(1995),Ensiklopedia
Sirah,Jid:I,IIdanIV,PBP.
15.Wan Mohd Zahid Mohd Noordin(1993),Wawasan pendidikan agenda
pengisian,kuala Lumpur,Nurin Enterprise.
qwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmrtyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmrtyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmrtyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmrtyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmrtyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmrtyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmrtyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnm
PAGE 18