PENGAJARAN GURU OPSYEN DAN BUKAN OPSYEN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU SEKOLAH RENDAH DI BATU PAHAT \ SITI SALWA BINTI AB. MANAP Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussien Onn Malaysia JANUARI 2014
45
Embed
PENGAJARAN GURU OPSYEN DAN BUKAN OPSYEN ...eprints.uthm.edu.my/id/eprint/5363/1/SITI_SALWA_BINTI_AB...Sampel terdiri daripada 199 orang guru Kemahiran Hidup Tahun 5 di seluruh sekolah
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
PENGAJARAN GURU OPSYEN DAN BUKAN OPSYEN KEMAHIRAN HIDUP
BERSEPADU SEKOLAH RENDAH DI BATU PAHAT
\
SITI SALWA BINTI AB. MANAP
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional
Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional
Universiti Tun Hussien Onn Malaysia
JANUARI 2014
ABSTRAK
Kemahiran Hidup merupakan salah satu mata pelajaran yang diletakkan di bawah
mata pelajaran Pendidikan Teknik dan Vokasional. Pada tahun 1979, satu
Jawatankuasa Kabinet telah mengambil keputusan untuk mengadakan pendidikan
Kemahiran Hidup (KH) sebagai satu mata pelajaran wajib bagi semua pelajar pada
tahap dua peringkat sekolah rendah di Malaysia. Mata pelajaran Kemahiran Hidup
ini digubal ke arah membekalkan tenaga kerja yang berpengetahuan dan mahir dalam
teknologi dan ekonomi serta sanggup bekerjasama dan sentiasa bersedia untuk
belajar dalam suasana bekerja. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan
persepsi tahap kemahiran mengajar di antara guru opsyen dan bukan opsyen
Kemahiran Hidup dan mengetahui pengaruh opsyen guru terhadap pencapaian
pelajar dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup. Kajian yang dijalankan adalah
kajian tinjauan yang melibatkan data kuantitatif dengan menggunakan borang soal
selidik sebagai instrumen kajian. Sampel terdiri daripada 199 orang guru Kemahiran
Hidup Tahun 5 di seluruh sekolah rendah Daerah Batu Pahat. Kaedah yang
digunakan dalam kajian yang dilakukan ialah Ujian-t dengan menggunakan perisian
SPSS ver.19.0. Hasil analisis menunjukkan bahawa min persepsi kemahiran guru
bukan opsyen adalah tinggi. Begitu juga dengan min persepsi guru opsyen
Kemahiran Hidup. Namun begitu, terdapat perbezaan yang siginifikan di antara
persepsi kemahiran mengajar di antara guru opsyen dengan guru bukan opsyen
Kemahiran Hidup. Terdapat juga perbezaan yang signifikan di antara pencapaian
pelajar yang diajar oleh guru opsyen dengan guru bukan opasyen Kemahiran Hidup.
Diharapkan, dengan terhasilnya kajian ini akan dapat memberi maklumat kepada
pihak-pihak tertentu dalam penambahbaikan sistem pendidikan di Malaysia.
ABSTRACT
Life Skills is one of the subjects that are placed under the subjects of Technical and
Vocational Education . In 1979 , a Cabinet Committee has decided to hold a Life
Skills Education ( KH ) as a compulsory subject for all students at the two primary
schools in Malaysia . Life Skills is designed to provide the workforce that is
knowledgeable and skilled in technology and economy and are willing to work and
always ready to learn in a working environment . This study is to identify the
differences in the perceptions of the skills taught in the teacher options and non-
options Life Skills teacher options and determine the effect on student achievement
in teaching aids . This study is a survey involving quantitative data using a
questionnaire as an instrument. The sample consisted of 199 Life Skills Year 5
teacher throughout elementary school Batu Pahat District . The method used in the
study was done by t-test using SPSS ver.19.0 . The analysis showed that the mean
perception skills teacher not option is high. Similarly teachers’ perception Life Skill
option. However there are differences in the perception siginifikan teaching skills of
teachers of teachers is not an option with Life Skills options . There are also
significant differences between the achievement of students taught by teachers with
options and not options Life Skills teacher . Hopefully , with the creation of this
research will provide information to certain parties in improving the education
system in Malaysia .
KANDUNGAN
PENGAKUAN i
DEDIKASI ii
PENGHARGAAN iii
ABSTRAK iv
KANDUNGAN vi
SENARAI JADUAL x
SENARAI RAJAH xii
SENARAI SIMBOL DAN SINGKATAN xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
BAB 1 PENGENALAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Penyataan Masalah 8
1.4 Objektif Kajian 9
1.5 Persoalan Kajian 9
1.6 Hipotesis Kajian 9
1.6.1 Hipotesis Null 10
1.6.2 Hipotesis Alternatif 10
1.7 Kepentingan Kajian 10
1.7.1 Guru-guru Kemahiran Hidup 10
1.7.2 Sekolah 11
1.7.3 Penyelidik 11
1.8 Kerangka Konsep 11
1.9 Skop dan Limitasi Kajian 14
1.10 Definasi Operasional 14
1.10.1 Mata Pelajaran Kemahiran Hidup 14
1.10.2 Guru-guru Bukan Opsyen 15
1.10.3 Kemahiran 15
1.10.4 Keberkesanan 15
1.11 Rumusan 16
BAB 2 KAJIAN LITERATUR 17
2.1 Permulaan Mata Pelajaran Kemahiran Hidup 17
2.2 Mata Pelajaran Kemahiran Hidup 20
2.3 Pengajaran Mata Pelajaran Kemahiran Hidup 21
2.4 Keberkesanan Pengajaran Mata Pelajaran
Kemahiran Hidup.
22
2.5 Guru Kemahiran Hidup 28
2.5.1 Mengenali Dan Memahami Orang Lain 30
2.5.2 Cara Memulakan Perbualan 31
2.5.3 Mengingati Nama 31
2.5.4 Bertentang Wajah Dan Wajah Disenangi 32
2.5.5 Tenang Dan Kejelasan 32
2.5.6 Mengambil Tahu 33
2.5.7 Jangan Menyinggung Perasaan 34
2.5.8 Mempertimbangkan Semua Pendapat 34
2.5.9 Menghormati Budaya Dan Adat Resam
Seseorang
35
2.5.10 Elakkan Sikap Yang Tidak
Menyenangkan
35
2.5.11 Berusaha Membantu 36
2.5.12 Toleransi Dan Rasional 36
2.5.13 Mengkritik 37
2.5.14 Tidak Pilih Kasih 38
2.5.15 Memberi Pujian 38
2.5.16 Tidak Prejudis 38
2.6 Mengajar Di Luar Opsyen 39
2.7 Kajian Dalam Negara 41
2.7.1 Kajian Tentang Pengajaran Di Luar
Opsyen
41
2.7.2 Pengajaran Mata Pelajaran Kemahiran
Hidup
43
2.8 Kajian Luar Negara 44
2.9 Rumusan 46
BAB 3 METODOLOGI 47
3.1 Pengenalan 47
3.2 Reka Bentuk Kajian 47
3.3 Populasi Dan Persampelan 48
3.4 Instrumen Kajian 48
3.5 Kesahan Soal Selidik 51
3.6 Kajian Rintis 51
3.7 Prosedur Kajian 52
3.8 Penganalisaan Data 55
3.9 Rumusan 55
BAB 4 ANALISIS DATA 56
4.1 Pengenalan 56
4.2 Analisis Dapatan Bahagian A (Data Demografi) 56
4.2.1 Opsyen 56
4.2.2 Peratus Kelulusan Mata Pelajaran
Kemahiran Hidup
57
4.2.3 Pengalaman Mengajar 57
4.3 Analisis Dapatan Bahagian B (Faktor Persepsi
Guru Tentang Kemahiran Memhajar Dalam Mata
Pelajaran Kemahiran Hidup
58
4.3.1 Analisis Persepsi Guru Bukan Opsyen
Terhadap Kemahiran Mengajar Dalam
Mata Pelajaran Kemahiran Hidup.
59
4.3.2 Analisis Persepsi Guru Opsyen
Terhadap Kemahiran Mengajar Dalam
60
Mata Pelajaran Kemahiran Hidup.
4.3.3 Analisis Perbezaan Persepsi Guru
Tentang Kemahiran Mengajar
Kemahiran Hidup Di Antara Guru
Opsyen Dengan Guru Bukan Opsyen.
61
4.3.4 Analisis Opsyen Guru Terhadap
Pencapaian Pelajar
63
4.4 Rumusan 64
BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN
CADANGAN
65
5.1 Pengenalan 65
5.2 Perbincangan Kajian 65
5.2.1 Persoalan Kajian 1: Apakah Persepsi
Guru Bukan Opsyen Kemahiran Hidup
Terhadap Tahap Kemahirannya Dalam
Pengajaran Kemahiran Hidup?
65
5.2.2 Persoalan Kajian 2: Apakah Persepsi
Guru Opsyen Kemahiran Hidup
Terhadap Tahap Kemahirannya Dalam
Pengajaran Kemahiran Hidup?
67
5.2.3 Persoalan Kajian 3: Adakah Terdapat
Perbezaan Yang Signifikan Persepsi
Guru Tentang Kemahiran Mengajar
Kemahiran Hidup Antara Guru Opsyen
Dengan Guru Bukan Opsyen?
68
5.2.4 Persoalana Kajian 4 : Adakah Opsyen
Guru Mempengaruhi Pencapaian Pelajar
Dalam Mata Pelajaran Kemahiran
Hidup Bersepadu?
69
5.3 Kesimpulan 71
5.4 Cadangan Dapatan Kajian 73
5.4.1 Cadangan Kepada Guru 73
5.4.2 Cadangan Kepada Sekolah 75
5.5 Penutup 77
RUJUKAN 78
LAMPIRAN 86
SENARAI JADUAL
1.2 Pengadaptasian item bagi pembinaan item faktor
kemahiran guru
14
3.1 Soal Selidik
49
3.2 Taburan skala mengikut skala Likert (Konting, 2000)
50
3.3 Perubahan skala Likert 5 mata kepada 2 mata
(Konting, 2000)
51
3.4 Pembahagian skala Likert kepada 3 peringkat
(Konting, 2000)
51
3.5 Cronbach’s Alpha
52
3.6 Kaedah Analisis Data
55
4.1 Bilangan Responden Berdasarkan Opsyen
58
4.2 Bilangan Peratus Kelulusan Mata Pelajaran
Kemahiran Hidup
58
4.3 Bilangan Responden Berdasarkan Pengalaman
Mengajar Mata Pelajaran Kemahiran Hidup
59
4.4 Analisis Persepsi Guru Bukan Opsyen Terhadap
Kemahiran Mengajar Kemahiran Hidup
60
4.5 Analisis Skor Min Persepsi Guru Opsyen Kemahiran
Hidup Terhadap Kemahiran Dalam Mengajar
Kemahiran Hidup
61
4.6 Analisis Skor Min Persepsi Guru Opsyen Dengan
Guru Bukan Opsyen Terhadap Tahap Kemahiran
Mengajar Kemahiran Hidup
63
4.7 Hasil Ujian-t Bagi Perbezaan Yang Wujud Di Antara
Persepsi Guru Opsyen Dengan Guru Bukan Opsyen
Terhadap Tahap Kemahiran Mengajar Kemahiran
Hidup
63
4.8 Analisis Skor Min Opsyen Guru Terhadap
Pencapaian Pelajar
64
4.9 Hasil Ujian-t Bagi Perbezaan Yang Wujud Di Antara
Guru Opsyen Dengan Guru Bukan Opsyen
Kemahiran Hidup Terhadap Pencapaian Pelajar
64
SENARAI RAJAH
1.1 Model Proses Pendidikan (Alias Baba)
12
1.2 Kerangka Teori (Diadaptasidaripada Model
Pendidikan Alias Baba)
13
3.1 Prosedur Kajian
53
SENARAI SIMBOL/SINGKATAN/TATANAMA/ISTILAH
KH - Kemahiran Hidup
KHB - Kemahiran Hidup Bersepadu
KBSR - Kurikulum Bersaskan Sekolah Rendah
P&P - Pembelajaran dan Pengajaran
GPS - Gred Purata Sekolah
FPK - Falsafah Pendidikan Kebangsaan
IPT - Institut Pengajian Tinggi
ABBM - Alat Bahan Bantu Mengajar
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
TMK - Teknologi Maklumat dan Komunikasi
PTV Pendidikan Teknik dan Vokasional
SENARAI LAMPIRAN
A Soal Selidik
86
B Borang Pengesahan Soal Selidik
91
C Surat Kebenaran Menjalankan Kajian
99
D Data Kajian Sebenar
116
E Carta Gantt
119
1
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pengenalan
Pendidikan adalah bersifat global. Semua manusia berhak untuk mendapatkan
pendidikan yang sewajarnya. Pendidikan yang diterima akan mempengaruhi
perjalanan kehidupan manusia. Setiap mata pelajaran yang dipelajari pasti ada
kegunaannya. Manusia perlu berusaha untuk mendapatkan ilmu mengikut
kemampuan diri masing-masing. Mata pelajaran Pendidikan Teknik dan Vokasional
(PTV) telah mula diperkenalkan pada tahun 1918 di beberapa buah sekolah di negeri
Melayu bersekutu dan pada masa itu ianya dikenali sebagai Sekolah Tukang.
Kemahiran Hidup merupakan salah satu mata pelajaran yang diletakkan di bawah
mata pelajaran Pendidikan Teknik dan Vokasional. Pada tahun 1979, satu
Jawatankuasa Kabinet telah mengambil keputusan untuk mengadakan pendidikan
Kemahiran Hidup (KH) sebagai satu mata pelajaran wajib bagi semua pelajar pada
tahap dua peringkat sekolah rendah di Malaysia. Mata pelajaran ini bertujuan
memberi murid pengetahuan asas ketukangan, perkebunan, jahitan dan perniagaan
serta memberi murid pengalaman menghasilkan projek yang mudah (KBSR KH,
2000).
Mata pelajaran Kemahiran Hidup ini digubal ke arah membekalkan tenaga
kerja yang berpengetahuan dan mahir dalam teknologi dan ekonomi serta sanggup
bekerjasama dan sentiasa bersedia untuk belajar dalam suasana bekerja. Tenaga
kerja yang sedemikian rupa dapat memenuhi inspirasi, aspirasi dan keperluan negara
yang sedang membangun dalam zaman yang sedang menyaksikan kemajuan
teknologi komunikasi maklumat. Kemahiran Hidup merupakan mata pelajaran amali
yang berunsurkan teknologi. Kemahiran Hidup yang ditawarkan kepada semua
murid sekolah rendah melibatkan murid Tahun 4, 5, dan 6. Ia dirancang sedemikian
2
rupa untuk mencapai matlamat ke arah mempertingkatkan produktiviti negara
melalui penglibatan masyarakat secara kreatif, inovatif dan produktif (KPM,2002).
Ini selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan
insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Proses pendidikan
merangkumi segala pengajaran dan pembelajaran yang dilalui oleh seseorang sejak
zaman kanak-kanak dalam situasi yang formal iaitu di sekolah atau institusi-institusi
lain
Mata pelajaran Kemahiran Hidup di sekolah rendah merupakan satu proses
pembelajaran melalui pengalaman. Murid-murid akan diajar untuk menjalankan
aktiviti supaya dapat menguasai kemahiran praktis yang boleh digunakan dalam
kehidupan seharian. Pendedahan ini akan menjadikan murid lebih inovatif, produktif
dan lebih cenderung kepada alam reka cipta. Dalam konteks ini, guru memain
peranan yang penting dalam proses pembelajaran dan pengajaran yang berkesan.
Mata pelajaran Kemahiran Hidup bertujuan untuk membentuk sebuah masyarakat
yang berorientasikan teknologi selaras dengan hasrat negara dan perkembangan
industri eletronik yang pesat berkembang di negara ini. Pelaksanaan mata pelajaran
Kemahiran Hidup secara berkesan di sekolah yang diajar mengikut sukatan yang
telah ditetapkan menjadi faktor utama untuk membantu pelajar dalam memberikan
pendedahan terhadap kemahiran dan teknologi. Chan (2002) mengatakan guru
Kemahiran Hidup mempunyai kemahiran mengajar yang baik untuk merancang
komponen pengajaran supaya boleh menimbulkan minat pelajar-pelajar terhadap
pelajarannya. Secara tidak langsung akan menimbulkan kesedaran kepada murid-
murid agar peka terhadap perkembangan dan perubahan teknologi dengan harapan
untuk melahirkan masyarakat yang cenderung dengan perkembangan baru
berasaskan kepada sains dan teknologi.
Melalui mata pelajaran Kemahiran Hidup yang bercorak kerja praktis dan
amali, membolehkan murid-murid menggunakan alat tangan untuk membuat
perkakas yang mudah, mengendali, menyelenggara dan membaik pulih alat atau
mesin mudah (serta boleh mereka cipta ). Secara tidak langsung akan menimbulkan
kesedaran kepada murid-murid agar peka terhadap perkembangan dan perubahan
teknologi dengan harapan untuk melahirkan masyarakat yang cenderung dengan
perkembangan baru berasaskan kepada sains dan teknologi. Menurut Singh (2007),
kemahiran-kemahiran professional yang perlu dimiliki oleh seorang guru terdiri
3
daripada kemahiran belajar, kemahiran berfikir, kemahiran merancang, kemahiran
pemudahcaraan, kemahiran berkomunikasi dan kemahiran mengurus.
Profesion keguruan merupakan satu bentuk perkhidmatan sosial yang
sungguh mencabar. Justeru itu, dengan pelaksanaan berbagai-bagai reformasi dalam
pendidikan sudah pasti menjadikan peranan dan tanggungjawab guru-guru menjadi
lebih mencabar. Perbezaan pencapaian murid-murid dalam sekolah turut
dipengaruhi oleh perbezaan yang ketara dalam diri guru-guru yang menyumbang
kepada kecemerlangan sesebuah sekolah tersebut. Menurut Sulaiman (2003), guru
merupakan pengurus pembelajaran yang bertanggungjawab untuk merancang
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang hendak diajar kepada murid setiap hari. Ini
disokong oleh Sparks (2003) yang berpendapat bahawa guru adalah agen-agen
perubahan yang penting dalam memastikan sekolah mereka menjadi sekolah yang
berkesan.
Hook dan Vass (2000) mendefinisikan peranan kepimpinan guru bilik darjah
sebagai satu kemahiran di mana guru menggunakan gaya kepimpinan untuk
ketrampilan dirinya dan berkomunikasi dengan yang lain. Kemahiran bukan sahaja
kebolehan guru untuk menyampaikan maklumat kepada pelajar, bahkan dapat
meyakinkan serta mempengaruhi mereka. Menurut Hook dan Vass (2000), peranan
kepimpinan guru yang berkesan memerlukan guru yang memiliki kemahiran-
kemahiran yang merangkumi, boleh mengembangkan keupayaan untuk memahami
dan mempunyai visi; mempunyai kemahiran menghasilkan hubungan yang berkesan;
memahami tingkah laku dan keinginan murid-muridnya, memahami bilik darjah
adalah satu sistem; dan berkebolehan mencari penyelesaian dan menganalisis
maklumat.
Secara amnya, proses pembelajaran dan pengajaran berlaku di dalam bilik
darjah. Responden adalah terdiri daripada para pelajar, manakala guru-guru
bertindak sebagai pemimpin. Pembelajaran yang bermakna selalu dikaitkan dengan
kualiti peranan kepimpinan guru sama ada berjaya mendorong, bertindak sebagai
perujuk, dan berkebolehan mempengaruhi murid untuk berusaha mencapai sesuatu
objektif umpamanya objektif pembelajaran. Pelaksanaannya dapat dijayakan
sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dengan merujuk
kepada usaha yang digerakkan ke arah pencapaian hasil pembelajaran mengikut
topik yang diajar. Kejayaan guru sebagai pemimpin akan terserlah dalam
keupayaannya membuat perubahan di dalam bilik darjah menerusi kolaborasi
4
bersama murid-murid ke arah pencapaian matlamat pengajaran dan pembelajaran.
Peranan kepimpinan guru juga dikaitkan dengan orang yang berkebolehan
merancang, memberi arahan, mengawal perjalanan proses dan membentuk strategi
bagi mencapai matlamat. Oleh itu, pemimpin harus berkebolehan dan berupaya
mengubah penakulan tingkah laku atau sikap subordinat bagi mendorong ke arah
pencapaian matlamat.
Dalam pengajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup, pembelajaran dan
pengajaran secara amnya akan berlaku di dalam bengkel Kemahiran Hidup. Di
dalam bengkel ini, guru akan memperkenalkan teori dan seterusnya melakukan
amali. Murid-murid kemudiannya akan turut melakukan kerja-kerja amali sama ada
secara individu mahu pun berkumpulan. Oleh yang demikian, pengetahuan teori dan
kepakaran dalam kemahiran yang diajar seharusnya menjadi elemen yang sangat
penting demi memastikan segala objektif yang ingin disampaikan akan tercapai.
Penggabung jalinan di antara elemen pembelajaran dan nilai murni juga harus
dilakukan semasa sesi pembelajaran dan pengajaran berlaku. Usaha ini mampu
membentuk modal insan yang kreatif, berfikiran luas, bijak berfikir dan penyayang di
samping dapat menguasai ilmu pengetahuan dengan lebih berkesan dan bermakna
lantas dapat mengaitkan ilmu pengetahuan sedia ada kepada realiti kehidupan
sebenar (Baharen et al., 2011).
Kajian Hallinger et al. (1983) yang menunjukkan ciri-ciri yang ada pada
sesebuah sekolah sebenarnya memberi kesan yang mendalam perlu diambil kira
dalam membentuk model peranan kepimpinan guru yang berjaya. Peranan
kepimpinan guru yang diamalkan oleh guru bukan sahaja boleh menentukan
pencapaian matlamat sebuah bilik darjah malah memberi kesan ke atas semua
individu yang ada dalam bilik darjah tersebut. Ini sekaligus dapat menyumbang
kepada pencapaian keseluruhan sekolah dan juga negara. Ini akan menghasilkan
generasi peneraju negara pada masa akan datang mempunyai kualiti ilmu yang tinggi
kerana mendapat pendidikan daripada mereka yang professional.
1.2 Latar Belakang Masalah.
Kemahiran Hidup merupakan Mata Pelajaran amali yang berunsurkan teknologi. Ia
ditawarkan kepada semua murid dari tahun 4 hingga tahun 6. Ia dirancang
sedemikian rupa untuk mencapai matlamat ke arah mempertingkatkan produktiviti
5
negara melalui penglibatanmasyarakat secara kreatif, inovatif dan produktif (KPM,
2002). Pembelajaran Kemahiran secara jelas melatih pelajar mempertingkatkan
kemahiran kognitif, psikomotor dan efektif secara bersepadu, dan ini sangat penting
demi menjayakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjurus kepada
pembinaan insan yang harmoni dan dapat memberikan sumbangan kepada negara,
masyarakat dan keluarga.
Pada tahun 1979, satu Jawatankuasa Kabinet telah mengambil keputusan
untuk menjadikan pendidikan Kemahiran Hidup (KH) sebagai satu mata pelajaran
wajib bagi semua pelajar pada tahap dua peringkat sekolah rendah di Malaysia.
Perkembangan ini juga adalah ekoran daripada pendapat ramai bahawa sistem
pendidikan di Malaysia ketika itu sudah tidak sesuai lagi kerana terlalu banyak
memberi tekanan kepada mata-mata pelajaran akademik dan peperiksaan sahaja.
Kajian Ali et al. (2009) menunjukkan perancangan pembangunan sektor pendidikan
yang baik dan berkesan mampu mempercepatkan pembangunan dan pertumbuhan
sesebuah negara. Oleh yang demikian, mata pelajaran KH telah dimasukkan dalam
satu kurikulum baru yang dinamakan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang
telah digubal oleh Kementerian Pendidikan pada masa itu. Pusat Perkembangan
Kurikulum telah ditugaskan untuk merancang satu sukatan pelajaran KH untuk
Tahun III hingga VI yang dinamakan Tahap Dua. Program KBSR ini telah diuji pada
tahun 1982 di beberapa buah sekolah yang terpilih dan dilaksanakan di seluruh
negara pada tahun 1983.
Mata pelajaran Kemahiran Hidup bertujuan untuk mengembangkan
kemahiran manipulatif, kemahiran sosial dan penanaman semangat keusahawanan,
daya merekacipta serta etika kerja dalam kalangan pelajar. Melalui kemahiran asas
praktikal, pelajar digalakkan berdikari dalam berhadapan dengan kehidupan. Mata
pelajaran Kemahiran Hidup berasaskan bidang teknologi, bidang ekonomi dan
bidang sosial. Kandungan mata pelajaran Kemahiran Hidup disusun sedemikian
dengan cantik supaya ketiga-tiga bidang kemahiran asas praktik dan nilai etika kerja
dikenal pasti. Penekanan kepada kemahiran menjalankan kerja sendiri yang mudah,
mengendali dan mengurus hal peribadi dan domestik dan urusan mengendalikan
urusan ekonomi secara cekap dan berkesan. Begitu juga dengan kemahiran sosial ke
arah peningkatan kesejahteraan keluarga ( Ee, 2005 ).
Kerajaan Malaysia sangat menekankan usaha bagi membangunkan modal
insan yang berkualiti dengan merangka pelbagai plan pembangunan terutamanya
6
Plan Pembangunan Pendidikan. Wan Ali (2000) mendapati guru perlu mempunyai
kepakaran dari pelbagai aspek seperti penguasaan terhadap bidang pelajaran yang
diajar, menguasai kaedah pengajaran dan pengurusan disiplin pelajar supaya proses
pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar. Guru seharusnya
mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam penguasaan mata pelajaran tertentu.
Kreativiti guru yang tinggi membuatkan para pelajar sukan berada di dalam proses
pembelajaran dan pengajara. Ini bertepatan dengan pendapat Sulaiman (2004) yang
mengatakan bahawa guru hendaklah mempunyai ilmu khususnya dalam bidang mata
pelajarannya.
Namun demikian, pada masa kini terdapat isu di mana mata pelajaran
Kemahiran Hidup diajar oleh guru-guru bukan opsyen, terutamanya di sekolah-
sekolah rendah di seluruh Malaysia. Mata pelajaran Kemahiran Hidup dianggap
sebagai mata pelajaran sampingan yang harus dipelajari tetapi tidak terlalu diberikan
tumpuan seperti mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan
Matematik. Ini adalah kerana kurangnya kesedaran dan tidak tahu apakah objektif
sebenar serta kebaikan yang diperolehi apabila mempelajari mata pelajaran
Kemahiran Hidup dalam kehidupan.
Daripada pernyataan-pernyataan di atas, penyelidik ingin melaksanakan
kajian tentang keberkesanan pengajaran guru opsyen dan guru bukan opsyen
Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah rendah. Konsep mata pelajaran Kemahiran
Hidup menyediakan garis panduan lengkap untuk kehidupan seharian. Lantaran itu,
segala permasalahan yang wujud di sekitar perlaksanaannya perlu dikaji, diselidik
dan dianalisis bagi memastikan ianya berada pada landasan yang betul. Menurut
kajian yang telah dijalankan oleh Satute (2003), penguasaan pengetahuan dan
kemahiran dalam bidang mata pelajaran menjadi keutamaan kepada guru-guru
teknikal. Oleh yang demikian, guru-guru Kemahiran Hidup perlu memahami
prinsip-prinsip pembelajaran supaya mempunyai asas yang kukuh untuk membuat
persediaan dan pengajaran.
Apabila berlakunya pengajaran di luar opsyen ini, guru tidak dapat mengajar
dengan berkualiti dan berkesan. Ini kerana, kandungan isi pelajaran tidak lengkap
untuk mengajar subjek tersebutdan guru hanya pakar dalam bidang pengkhususannya
sahaja. Semestinya, apabila , guru tersebut dapat mengajar bidang pengkhususannya
tiada lagi masalah guru menghadapi kesukaran untuk menyampaikan ilmu
pengetahuan yang berguna dan berkualiti. Hal ini, menyebabkan guru berasa
7
tertekan kerana mereka perlu belajar mengenai subjek yang bukan bidang mereka.
Mereka menganggap ia satu bebanan tugas bukannya sebagai satu tanggunggjawab.
Seterusnya, guru akan menjadi malas untuk belajar mengenai subjek bukan opsyen
dan mengajar pelajar dengan pengetahuan yan sedia ada sahaja tanpa menjana idea
pelajar. Justeru, ia membuktikan guru kurang berkeyakinan, kompetensi dan
komited dalam pengajaran. Kajian Ethell dan McMeniman (2000), Putnam dan
Borko (2000), Shulman (2000), Freeman (2002) dan Hiebert et al. (2002)
menunjukkan bahawa pengetahuan guru berkaitan pendekatan pengajaran, isi
kandungan dan amalan pengajaran membantu proses P&P di dalam bilik darjah.
Kesan kepada pelajar pula, pelajar akan mudah berasa bosan dengan isi
pengajaran guru. Ini kerana, guru tidak menggunakan kaedah pengajaran yang dapat
menarik minat pelajar. Hal ini kerana, guru tidak yakin dengan pengajaran yang
disampaikan. Manakala pelajar pula merasa tidak yakin dengan pengajaran yang
disampaikan oleh guru tersebut. Seterusnya, ia akan melibatkan prestasi pelajar
dalam subjek Kemahiran Hidup yang mengakibatkan keputusan peperiksaan subjek
Kemahiran Hidup tidak memuaskan. Disebabkan itu, pelajar menganggap mata
pelajaran Kemahiran Hidup remeh dan membebankan kerana para pelajar perlu
mempelajari teori dan seterusnya melakukan amali untuk memenuhi tuntutan mata
pelajaran tersebut. Paling mendukacitakan, sedikit demi sedikit, para pelajar akan
hilang minat terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup. Anderson (2006) telah
menjalankan satu kajian berkaitan strategi berkomunikasi yang digunakan bagi
mengajar kemahiran prapertuturan kepada murid-murid bermasalah pembelajaran
mendapati guru selalu mengawal perbualan, menggalakkan pengajaran, menarik
minat murid untuk belajar, memberi perhatian, mengulang perkataan dan
memudahkan komunikasi.
Inilah senario yang sedang berlaku di negara kita. Impak daripada pernyataan-
pernyataan di atas amat besar dan sudah tentu memberi kesan yang besar kepada
negara. Ini kerana, Malaysia sedang menuju ke arah negara maju seiring dengan
kuasa-kuasa besar dunia seperti Jepun, Korea, German, dan Amerika. Untuk
menyaingi mereka, pekerja-pekerja mahir yang lahir daripada aliran teknikal dan
vokasional amat diperlukan dalam menjana industri pembuatan dan teknologi di
Malaysia. Justeru, mata pelajaran Kemahiran Hidup adalah asas kepada bidang
Teknikal dan Vokasional. Seandainya mata pelajaran Kemahiran Hidup ini
diabaikan atau diajar oleh guru yang kurang mahir, maka dikhuatiri generasi-generasi
8
muda akan datang kurang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang ini. Oleh
yang demikian, guru-guru yang diamanahkan untuk mengajar mata pelajaran
Kemahiran Hidup harus berusaha lebih keras bagi memastikan mata pelajaran ini
dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Kajian ini adalah amat penting untuk
pihak-pihak yang berkenaan mengetahui dan memastikan bahawa sesuatu mata
pelajaran yang ditawarkan kepada pelajar memberikan impak atau kesan yang
positif.
1.3 Penyataan Masalah
Kemahiran Hidup adalah satu mata pelajaran dalam kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah (KBSR) yang dirancang untuk membolehkan murid-murid menggunakan
pelbagai alat dan bahan serta melalui berbagai-bagai teknik untuk menghasilkan
sesuatu pengalaman yang membolehkan murid-murid celik teknologi dan
memberikan mereka pengalaman mengendalikan pelbagai alat tangan dan bahan.
Mata pelajaran ini bercorak amali dan diajar dalam tahap dua di sekolah-sekolah
rendah di seluruh Malaysia. Oleh yang demikian, guru Kemahiran Hidup seharusnya
adalah seorang guru yang terlatih di dalam bidang ini. Delima yang menghantui
kebanyakan guru-guru ialah, mereka diarahkan mengajar mata pelajaran Kemahiran
Hidup walhal mereka tidak pernah diberikan latihan yang khusus dalam bidang ini.
Terdapat rungutan dan keluhan guru-guru tentang masalah yang dihadapi oleh
mereka. Namun begitu, tanggungjawab yang diberikan tetap dilaksanakan dengan
sebaik mungkin. Akan tetapi, sejauh manakah guru-guru ini dapat memberikan
komitmen dan menguasai kemahiran dalam mata pelajaran ini tidak dapat
dikenalpasti. Hal ini akan dikaji dengan lebih mendalam dalam kajian ini. Dalam
konteks ini, kemahiran guru dan keputusan pelajar amat dititikberatkan. Kemahiran
yang dimiliki oleh guru amat memberi impak kepada keputusan pelajar. Ini juga
secara tidak langsung akan memberi kesan yang besar kepada imej sekolah. Oleh
yang demikian, hasil daripada kajian yang dilakukan ini boleh digunakan sebagai
salah satu bahan sokongan yang boleh digunakan oleh pihak berkenaan untuk
memurnikan dan memperkasakan lagi pengurusan sistem pendidikan di negara ini.
9
1.4 Objektif Kajian
Antara objektif-objektif yang disasarkan oleh pengkaji adalah seperti berikut:
i. Mengenal pasti perbezaan persepsi tahap kemahiran mengajar di antara
guru opsyen dan bukan opsyen Kemahiran Hidup Bersepadu.
ii. Mengetahui pengaruh opsyen guru terhadap pencapaian pelajar dalam
mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu.
1.5 Persoalan Kajian
Persoalan kajian yang telah dikenalpasti oleh pengkaji berdasarkan aspek-aspek yang
telah dibincangkan adalah seperti berikut:
i. Apakah persepsi guru bukan opsyen Kemahiran Hidup terhadap tahap
kemahirannya dalam pengajaran Kemahiran Hidup Bersepadu?
ii. Apakah persepsi guru opsyen Kemahiran Hidup terhadap tahap
kemahirannya dalam pengajaran Kemahiran Hidup Bersepadu?
iii. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan persepsi guru tentang
kemahiran mengajar Kemahiran Hidup antara guru opsyen dengan guru
bukan opsyen?
ix. Adakah opsyen guru mempengaruhi pencapaian pelajar dalam mata
pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu?
1.6 Hipotesis Kajian
Hipotesis adalah saranan sementara bagi menjelaskan fenomena yang dikaji atau
saranan sementara sebagai penyelesaian masalah (Konting, 2005). Berpandukan
persoalan kajian yang telah dibina, hipotesis bagi kajian ini dikemukan dalam bentuk
hipotesis nol seperti yang berikut:
10
1.6.1 Hipotesis Null
H01 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara persepsi guru tentang
kemahiran mengajar Kemahiran Hidup di antara guru opsyen dengan guru
bukan opsyen.
H02 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan pencapaian pelajar di antara guru
opsyen dan guru bukan opsyen Kemahiran Hidup Bersepadu.
1.6.2 Hipotesis Alternatif
Ha1 Terdapat perbezaan yang signifikan di antara persepsi guru tentang
kemahiran mengajar Kemahiran Hidup di antara guru opsyen dengan guru
bukan opsyen.
Ha2 Terdapat perbezaan yang signifikan pencapaian pelajar di antara guru opsyen
dan guru bukan opsyen Kemahiran Hidup Bersepadu.
1.7 Kepentingan Kajian
Hasil daripada kajian ini diharap dapat memberi kepentingan kepada :
1.7.1 Guru-guru Kemahiran Hidup
Sebagai seorang guru yang telah bertahun-tahun mengikuti kursus perguruan, sudah
semestinya mereka inginkan mata pelajaran opsyen sebagai mata pelajaran yang
akan diajar di sekolah. Hal ini adalah sangat penting demi memenuhi kepuasan
setiap individu. Keadaan ini secara tidak langsung menjadi pendorong untuk guru-
guru opsyen menjadi lebih kreatif dan bersemangat untuk mencipta inovatif dalam
bidang kepakaran mereka. Secara tidak langsung, ini membolehkan mereka
menyelami dengan lebih mendalam mengenai bidang kepakaran mereka. Kajian ini
diharapkan dapat mendorong mereka supaya lebih fokus dan mendapat kepuasan
dalam pengajaran yang dilakukan.
11
1.7.2 Sekolah
Dengan adanya kajian ini, diharap ianya dapat memberi manfaat kepada pihak
sekolah khususnya dan Pejabat Pelajaran Daerah amnya. Ini kerana, seluruh silibus
dapat diajar dengan baik dan elemen pengolahan dapat dilakukan dengan sempurna.
Latihan amali yang diterima oleh murid adalah pada tahap yang maksima. Justeru,
pembelajaran dan pengajaran yang diberikan oleh guru-guru yang benar-benar mahir
akan memberi impak yang besar kepada keputusan peperiksaan pelajar-pelajar. Ini
juga akan menyebabkan peratusan sekolah meningkat dan Gred Purata Sekolah
(GPS) akan lebih mengecil.
Hasil daripada kajian ini, diharapkan pihak sekolah akan menjalankan
penyelidikan ke arah penambahbaikan dengan mengagihkan mata pelajaran yang
diajar mengikut opsyen guru-guru. Pihak pejabat pelajaran juga boleh mengkaji hal
ini dengan lebih mendalam supaya pengagihan guru-guru ke setiap sekolah adalah
seimbang dan memenuhi kesemua kehendak mata pelajaran.
1.7.3. Penyelidik
Kajian ini dapat memberi pendedahan kepada penyelidik dalam menjalankan kajian
di samping memperolehi pelbagai maklumat tentang masalah-masalah yang dihadapi
oleh guru-guru yang mengajar mata pelajaran bukan opsyen di sekolah.
1.8 Kerangka Konsep
Sebelum membuat kerangka konsep, maklumat mengenai keberkesanan pengajaran
dan model proses pendidikan yang sedia ada telah dikumpulkan. Rajah 1.1 bagi
rajah yang pertama dalam Bab 1 di bawah merupakan satu model proses pendidikan
yang dibina oleh Baba, (1989). Model tersebut menunjukkan secara keseluruhan
faktor-faktor yang dilihat mampu mempengaruhi pencapaian pelajar.
12
Rajah 1.1: Model Proses Pendidikan (Alias Baba)
Menurut Baba (1989), model ini menunjukkan bahawa terdapat tiga jenis
kumpulan yang akan mempengaruhi hasil pembelajaran. Kumpulan pertama
dikelaskan sebagai input daripada pelajar yang melibatkan faktor latarbelakang,
kebolehan dan sifat peribadi. Faktor latar belakang merangkumi faktor sosiologi
seperti status sosioekonomi, struktur keluarga dan perhubungan interpersonal antara
keluarga. Faktor kebolehan dan sifat peribadi merangkumi faktor psikologi seperti
kemahiran belajar, strategi belajar, kebiasaan belajar, jantina dan umur. Kumpulan
kedua pula melibatkan proses pendidikan yang merangkumi faktor-faktor seperti
kaedah pengajaran, aktiviti pembelajaran, jenis kurikulum dan personaliti pensyarah.
Manakala kumpulan ketiga melibatkan sikap, motivasi dan harapan serta dikenali
juga sebagai kumpulan perantara. Kumpulan ini dipengaruhi oleh latarbelakang, sifat
peribadi pelajar, proses pendidikan dan akhirnya mempengaruhi hasil pembelajaran.
Kerangka teori yang dibuat adalah berdasarkan kepada model proses
pendidikan yang diubahsuai. Rajah 1.2 bagi rajah ke-2 dalam Bab 1 merupakan
kerangka teori yang telah direka bentuk bagi melihat hubungan di antara opsyen
dengan keberkesanan pengajaran guru.
Kebolehan (Ability) dan
sifat peribadi.
Sikap
Motivasi
Aspirasi
Harapan
Pengaruh lain
Faktor Latarbelakang
Pengaruh Pendidikan
Hasilan
13
Rajah 1.2 : Kerangka Teori (Diadaptasi daripada Model Proses Pendidikan Alias
Baba)
Berdasarkan Rajah 1.2 di atas, kerangka teori menerangkan bahawa faktor
keberkesanan iaitu kemahiran guru bergantung kepada demografi umur, dan opsyen.
Jika ,guru mempunyai opsyen Kemahiran Hidup, adakah guru mempunyai
kemahiran yang tinggi dalan pengajaran Kemahiran Hidup? Manakala jika guru
daripada opsyen berlainan, adakah ia gagal menguasai Kemahiran dalam pengajaran
mata pelajaran Kemahiran Hidup? Adakah ini akan mempengaruhi pencapaian
pelajar? Di sini, keberkesanan pengajaran akan dilihat. Ini menunjukkan bahawa
faktor keberkesanan adalah variabel bersandar (dependent), di mana ia akan
bergantung kepada demografi iaitu opsyen (independent).
Dalam membangunkan instrumen kajian bagi faktor kemahiran guru,
pengkaji telah mengadaptasi item-item dari kajian lepas dan mengolahnya agar
bersesuaian dengan situasi kajian pengkaji. Pembinaan item-item bagi faktor
kemahiran guru diadaptasi dari kajian-kajian lepas seperti pada Jadual 1.1 bagi jadual
yang pertama dalam Bab 1.
Faktor Keberkesanan
i. Kemahiran Guru
Guru Kemahiran
Hidup Sekolah
Rendah Pencapaian
Pelajar
Demografi
i. Opsyen Guru
14
Jadual 1.2 : Pengadaptasian item bagi pembinaan item faktor kemahiran guru
i. Faktor Kemahiran Guru – (Adaptasi dari Ali, R. 2009. Kualiti Kerja Guru Memberi Kesan
Pencapaian Akademik Pelajar. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia).
ii. Faktor Kemahiran Guru – (Adaptasi dari Salleh, Y. 2010. Pelaksanaan Mata Pelajaran Kemahiran
Hidup Sekolah Rendah Di Daerah Kluang, Johor – Satu Tinjauan. Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia).
1.9 Skop dan Limitasi Kajian
Melalui kajian ini, ianya hanya tertumpu kepada pengurusan kendiri guru-guru
Kemahiran Hidup dalam meneruskan kelangsungan sebagai seorang pendidik.
Kajian ini akan dijalankan ke atas guru-guru Kemahiran Hidup sekolah rendah di
daerah Batu Pahat, Johor. Dapatan kajian ini hanya sah digunakan di kawasan yang
dikaji sahaja. Segala data adalah bergantung kepada maklumat yang diberi semasa
pemerhatian dan pengalaman pengkaji.
Dapatan kajian yang dilakukan hanya boleh diguna pakai untuk kajian yang
melibatkan mata pelajaran Kemahiran Hidup kerana mata pelajaran ini memerlukan
kemahiran yang mendalam untuk melakukan sesuatu demonstrasi atau amali. Kajian
ini hanya terbatas kepada populasi responden daripada guru-guru Kemahiran Hidup
sekolah rendah di daerah Batu Pahat, Johor yang merangkumi guru-guru Kemahiran
Hidup opsyen dan bukan opsyen.
1.10 Definasi Operasional
Di dalam kajian ini, terdapat beberapa istilah khusus yang digunakan oleh penyelidik
yang mana memerlukan penjelasan agar ia tidak menimbulkan salah faham mengenai
maksud istilah yang digunakan semasa kajian ini dijalankan.
1.10.1 Mata Pelajaran Kemahiran Hidup
Menurut PPK (1990), mata pelajaran Kemahiran Hidup adalah mata pelajaran yang
dilaksanakan bagi menggantikan Kemahiran Hidup Program Peralihan. Ia
15
mengandungi dua bahagian utama iaitu teras dan elektif serta melibatkan pengajaran
secara teori dan amali.
1.10.2 Guru-guru Bukan Opsyen
Chan (2002), mengatakan guru Kemahiran Hidup mempunyai kemahiran mengajar
yang baik untuk merancang komponen pengajaran supaya boleh menimbulkan minat
pelajar-pelajar terhadap pelajarannya. Dalam kajian ini, guru-guru bukan opsyen
membawa maksud guru-guru yang bukan dari aliran atau bidang Kemahiran Hidup
dan tiada pengkhususan berkaitan mata pelajaran Kemahiran Hidup.
1.10.3 Kemahiran
Guru seharusnya mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam penguasaan mata
pelajaran tertentu. Wan Ali (2000), mengatakan bahawa, guru perlu mempunyai
kepakaran dari pelbagai aspek seperti penguasaan terhadap bidang pelajaran yang
diajar, menguasai kaedah pengajaran dan pengurusan disiplin pelajar supaya proses
pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar. Dalam kajian ini, ia
membawa maksud kecekapan dan kebolehan guru dalam menguasai kesemua aspek
kemahiran-kemahiran bagi memenuhi kurikulum mata pelajaran Kemahiran Hidup.
1.10.4 Keberkesanan
Dalam kajian ini. keberkesanan membawa maksud sejauh manakah pengajaran yang
dijalankan oleh-guru-guru. Lie (2004), magatakan bahawa struktur pembelajaran
koperatif yang berkesan dapat memastikan pelajar-pelajar aktif terlibat dalam
menstrukturkan pengetahuan mereka dan pada masa yang sama memberi semangat
antara satu sama lain dalam mencapai matlamat pembelajaran masing-masing.
Keberkesanan juga didefinisikan sebagai keupayaan atau kebolehan untuk membawa
serta mewujudkan hasil yang diingini.
16
1.11 Rumusan
Dalam bab ini, penyelidik telah membincangkan pengenalan, latar belakang masalah,