PENGAJARAN DENGAN MENGGUNAKAN BONEKAKonsep BonekaObjek @ bahan
yang digerakkan serentak dengan skrip yang disesuaikan dengan
bahanyang diceritakan.Objek yangyang terdiri daripada alat sebenar
atau bahan ciptaan yang berbentuk haiwan,tumbuhan dan sebagainya
yang digeraklakonkan oleh pemainnya dengan menggunakan dialog
mengikut sesuatu watak @ cerita.Tujuan Penggunaan Boneka dalam
PengajaranMempelajari bahasa dalam suasana yang menarik dan
berkesanMengguna dan memperkukuh kemahiran bahasa melalui
pengalaman sebenar serta aktiviti yang menggembirakanMempercepat
dan mempermudah pemahaman murid terhadap sesuatu cerita, peristiwa
atau isi pelajaranMemupuk daya kreativiti untuk menghasilkan
ciptaan dan karya seniMelibatkan diri secara aktif dalam aktiviti
P&PMembina keyakinan diri untuk berkomunikasi dengan
berkesanMemupuk semangat bekerjasama dan berkongsi
pengalamanTerangsang dan berminat untuk belajar secara tekal dan
kekalJenis-jenis BonekaBoneka Sarung TanganBoneka daripada alat
sebenarBoneka lidiWayang kulitBoneka bertaliBoneka jariBoneka
tongkatBoneka penuhJenis-jenis PentasPentas kerusiPentas
rentangPentas tingkapPentas pintuPentas mejaPentas berlipatPentas
terbuka
TEKNIK-TEKNIK PENGAJARAN1.0 PENDAHULUAN
Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu selalunya tidak
menyeronokkan dan biasanya membosankan murid. Keadaan ini berlaku
kerana teknik pengajaran guru yang tidak dapat menarik perhatian
murid untuk terus mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru
tidak menggunakan bahan bantu belajar untuk menarik minat murid dan
guru biasanya mengggunakan teknik yang konvensional (cara lama) dan
tidak berpusatkan murid.
Oleh sebab itu, guru-guru haruslah menukar teknik pengajaran dan
pembelajaran yang lebih menarik dengan mengaplikasikan
teknik-teknik seperti improvisasi, main peranan, teater bercerita,
permainan bahasa dan bercerita. Teknik yang dicadangkan ini juga
berpusatkan murid dan menggalakkan mereka menggunakan bakat,
kreativiti dan pengetahuan sedia ada murid dalam menjalankan
aktiviti di dalam kelas.
Pemilihan teknik haruslah berasaskan kepada kriteria tertentu
seperti gaya pembelajaran murid, tajuk pengajaran, jenis
pengetahuan atau kemahiran yang hendak disampaikan, tahap
pencapaian murid, persekitaran pembelajaran, nilai dan sikap yang
ingin dipupuk.
2.0 TEKNIK-TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA
MELAYUMenurut Kamus Dewan (edisi keempat), teknik adalah kaedah
mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan
sebagainya. Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah
satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru
yang mencapai hasl segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu
bahagian bahasa tertentu. Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti
Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu III :
Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian
suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di
mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Teknik merupakan
suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan
bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk murid-muridnya.
Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan
dan seirama dengan pendekatan yang dianuti. Mengikut Azman Wan Chik
(1987) teknik itu apa yang dilihat dalam bilik darjah. Kalau guru
mengajar bahasa dengan menggunakan alat-alat komunikasi canggih
dalam makmal bahasa, maka itu satu teknik. Tujuan sesuatu teknik
yang guru aplikasikan di dalam bilik darjah ialah untuk menarik
minat murid, mengekalkan perhatian, serta membangkitkan rasa ingin
tahu murid akan sesuatu tajuk atau isi pelajaran yang akan dan
sedang dilaksanakan.
2.1 TEKNIK IMPROVISASI2.1.1 Pengenalan ImprovisasiImprovisasi
ialah aktiviti lakonan spontan dalam situasi yang tidak dirancang.
Ia boleh mengisahkan sesuatu kejadian atau situasi dalam kehidupan
harian atau imaginasi. Murid berperanan mencipta dialog dan
melakukan sesuatu aksi secara spontan mengikut arahan yang
ditetapkan atau berdasarkan daya imaginasi atau kreativiti mereka
sendiri. Aktiviti improvisasi dapat menjadi satu latihan untuk
meningkatkan daya imaginatif dan kreatif murid dalam menggunakan
bahasa yang baik dan berkesan. Aktiviti ini juga dapat melatih
murid sentiasa bersedia memberikan tindak balas spontan apabila
diperlukan. Improvisasi juga dapat meningkatkan daya penghayatan
murid agar lebih peka terhadap objek, situasi dan peranan yang
ditentukan.
2.1.2 Langkah-langkah Improvisasii. Guru memberi rangsangan
samada berdasarkan situasi, objek watak, petikan cerita atau
gambar.ii. Murid diberi masa untuk berbincang dalam kumpulan
kecil.iii. Setelah murid benar-benar yakin , barulah mereka
dikehendaki beraksi di hadapan kelas.iv. Guru tidak perlu
menyedarkan murid mengenai penonton kerana ini untuk membentuk
keyakinan murid beraksi.v. Ahli kumpulan sebaiknya ditukar ganti
supaya pergaulan social murid lebih luas.vi. Guru perlu membimbing
murid dengan bijak tanpa mematahkan minat mereka untuk
berimprovisasi.
2.2 TEKNIK MAIN PERANAN2.2.1 Pengenalan Main PerananMain peranan
merupakan satu situasi yang melibatkan murid memegang sesuatu
peranan, sama ada sebagai dirinya sendiri atau individu lain, dan
kemudian bertindak atau beraksi sebagaimana yang dikehendaki oleh
situasi yang telah ditentukan. Main peranan kadangkala disebut juga
sebagai ambil peranan atau sosiodrama yang mementingkan interaksi
individu serta kumpulan dan dikelolakan dalam situasi kumpulan.
Main peranan sebagai individu lain memerlukan murid memainkan
peranan berdasarkan tokoh, pekerjaan , kedudukannya dalam
masyarakat atau pertubuhan tertentu. Oleh kerana peranan yang
diberikan berbeza dari pengalamannya yang sebenar, para murid
hendaklah diberi peluang menyediakan atau mendapat maklumat yang
lengkap tentang peranan tersebut sama ada melalui pembacaan atau
membuat rujukan kepada sumber-sumber tertentu. Di samping itu, guru
boleh juga menyediakan maklumat tersebut mengikut keperluan.
2.2.2 Langkah-langkan Main Peranani. Guru mewujudkan satu
situasi yang bermasalah yang disediakan ii. Guru menerangkan secara
ringkas mengenai objektif lakonan, watak-watak yang terlibat dalam
situasi itu dan tempoh berlakon iii. Guru memilih murid-murid yang
berminat menjadi pelakon-pelakon.iv. Murid-murid dikehendaki
memikirkan dan mengemukakan cara penyelesaian masalah yang timbul
dalam situasi . v. Guru berbincang dengan murid tentang prestasi
pelakon-pelakon dan cara menyelesaikan masalah vi. Guru membimbing
murid-murid membuat rumusan.
2.3 TEKNIK TEATER BERCERITA
2.3.1 Pengenalan Teater Bercerita
Melalui teater bercerita, teknik ini melibatkan beberapa orang
murid yang membaca skrip sesebuah cerita di hadapan kelas. Teater
bercerita mengutamakan penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan
mimik muka sahaja. Murid dapat memahami, menghayati dan merasakan
cerita itu seolah-olah sedang berlaku di hadapan mereka. Murid lain
boleh mencatat maklumat penting berdasarkan aktiviti yang
dijalankan.Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, dan prosa
klasik.Teater Bercerita melibatkan seorang pencerita dan
digabungkan dengan beberapa orang pelakon. Pencerita akan
menyampaikan cerita, dan pelakon beraksi mengikut watak dalam
cerita tersebut. Guru atau murid boleh menyediakan skrip terlebih
dahulu. Murid lain boleh mencatat maklumat berdasarkan arahan guru.
Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa
klasik. Melibatkan seorang pencerita dan digabungkan dengan
beberapa orang pelakon.
2.3.2 Langkah-langkah Teater Bercerita.i. Guru atau murid boleh
menyediakan skrip terlebih dahulu.ii. Murid diberi peluang membaca
cerita terlebih dahulu.iii. Murid lain boleh mencatat maklumat
berdasarkan arahan guru.iv. Murid akan menyampaikan cerita, dan
murid lain beraksi mengikut watak dalam cerita tersebut.v. Guru dan
murid memberi ulasan berdasarkan aktiviti teater bercerita
tersebut.
2.4 TEKNIK PERMAINAN BAHASA2.4.1 Pengenalan Permainan Bahasa
Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa
melalui teknik permainan. Penglibatan dalam permainan telah memberi
peluang kepada murid memperolehi latihan intensif, pembelajaran
bermakna dan sebagai alat dianogstik. Kebanyakan aktiviti yang
dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa murid
antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
Teknik ini sesuai digunakan pada semua peringkat pembelajaran
bahasa, iaitu daripada peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat
sekolah menengah. Teknik ini juga adalah satu strategi pengajaran
yang sesuai digunakan pada pelbagai tahap pencapaian murid.
Permainan bahasa bukanlah merupakan aktiviti tambahan untuk
bergembira semata-mata, tetapi ia boleh digolongkan dalam
pengajaran dan pembelajaran yang berhasrat memberi peluang kepada
murid mengaplikasikan kemahiran bahasa yang telah dipelajari di
dalam bilik darjah. Permainan bahasa merupakan aktiviti yang
dirancang dalam pengajaran dan ada hubung kaitnya dengan kandungan
isi pelajaran secara langsung atau tidak langsung.
2.4.2 Langkah-langkah Permainan Bahasa
i. Secara BerkumpulanPermainan bahasa boleh dilaksanakan dalam
kumpulan-kumpulan kecil.. Bilangan ahli dalam satu-satu kumpulan
adalah penting dalam menentukan kelancaran permainan. Jika bilangan
murid dalam sesebuah kelas terlalu ramai, guru hendaklah
membahagikan murid dalam banyak kumpulan.
ii. Secara BerpasanganAktiviti berpasangan merupakan satu bentuk
gerak kerja yang efektif dalam melibatkan penyertaan murid.
Permainan bahasa secara berpasangan boleh memberikan lebih banyak
peluang latihan mendengar dan bertutur. Guru lebih mudah untuk
mengawal pasangan murid.
iii. Secara IndividuPermainan secara individu amat sesuai untuk
aktiviti pengayaan. Cara ini biasanya dilakukan untuk murid yang
pintar dan cerdas serta telah menyiapkan tugas yang diberikan oleh
guru dalam sesuatu masa tertentu.
2.5 TEKNIK BERCERITA
2.5.1 Pengenalan BerceritaBercerita merupakan salah satu
pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa
kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan
perhatian murid. Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata
dan tatabahasa dapat disampaikan. Bercerita juga dapat meningkatkan
penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis
dikalangan murid. Teknik Bercerita merupakan salah satu pendekatan
yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana
cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian
murid.Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada
peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu
diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan
mata. Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal
supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan. Teknik
bercerita bertujuan untuk mencernakan daya kreatif dan imaginasi
murid. Selain itu ia dapat melatih murid dengan pelbagai kemahiran
dan kecekapan bahasa terutamanya kemahiran lisan iaitu mendengar
dan bertutur. Guru yang menggunakan teknik ini boleh menggalakkan
murid berkomunikasi dengan berkesan dari segi sebutan, nada,
intonasi dan ekspresi atau mimik muka mereka.
2.5.2 Langkah-langkah Bercerita
i. Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat
murid- murid.ii. Kemudian, sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang
hendak disampaikan.iii. Kaji cerita itu dan cuba masukkan
aspek-aspek bahasa.iv. Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting.v.
Latih bercerita seolah-olah guru berada di hadapan murid-murid
sekurang-kurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini.vi. Guru
bercerita dalam keadaan yang selesa.vii. Guru boleh menggunakan
gambar, objek-objek sebenar atau lain-lainBahan Bantu
Mengajar.viii. Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau
ayat-ayat yang berkaitan dengan aspek-aspek bahasa yang hendak
disampaikan.
3.0 TEKNIK IMPROVISASI
3.1 Pengenalan Improvisasi
Menurut Kamus Dewan ( edisi keempat) improvisasi bermaksud
perihal (perbuatan) melaksanakan atau membuat sesuatu tanpa
persediaan awal,secara spontan, atau dengan menggunakan bahan-bahan
yang ada sahaja. Improvisasi sering dilaksanakan dalam pendidikan.
Teknik ini digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam
bilik darjah, khususnya pengajaran bahasa. Melalui aktiviti
improvisasi kanak-kanak diransang untuk berinteraksi secara spontan
berdasarkan simulasi yang diwujudkan oleh guru. Kanak-kanak juga
digalakkan membina dialog sendiri serta mencipta situasi yang
difikirkan sesuai dengan ransangan yang disediakan. Melalui
improvisasi juga, daya imiginasi dan kreativiti kanak-kanak dicerna
secara maksimum.
Teknik improvisasi ialah teknik lakonan spontan yang dilakukan
dengan aksi dan dialog dibina sendiri oleh pelakon/ murid. Teknik
ini memerlukan murid mencipta satu idea baru berdasarkan idea yang
sedia ada melalui kreativiti tersendiri. Improvisasi memerlukan
murid mempunyai imaginasi dan kreativiti yang tinggi.
Menurut Som Hj. Nor (1994), Improvisasi membawa maksud bertindak
balas secara spontan terhadap situasi yang tidak dijangka.
Improvisasi boleh dijalankan berdasarkan situasi, gambar, watak dan
petunjuk.
Tujuan utama improvisasi adalah untuk melatih murid menggunakan
unsur bahasa, unsur paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan
bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala dan dll) dengan
berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan.
Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang murid untuk
menghubungkan perasaannya dengan matapelajaran yang dipelajarinya.
Murid bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan
berkongsi sesuatu. Improvisasi dapat menimbulkan keseronokan dan
keberkesanan pembelajaran kepada murid, di samping dapat
menyuburkan sahsiah murid.
3.2 PENDEKATAN IMPROVISASI
3.2.1 Bersedia menghadapi ketidaksempurnaan
Guru perlu bersedia menghadapi ketidaksempurnaan bila mana murid
melakonkan sesuatu aksi yang tidak lengkap, tidak tersusun dari a-z
dan terhenti berlakon. Jika keadaan ini berlaku, maka guru perlu
bijak menyusun semula aksi dan dialog murid. Apa yang penting ialah
bagaimana murid dapat mengabungkan idea dengan arahan atau
rangsangan yang diberikan oleh guru secara spontan.
3.2.2 Tidak perlu pentas yang sempurna
Improvisasi tidak memerlukan dilaksanakan dengan pentas yang
sempurna atau keperluan teater yang konvensional kerana kita bukan
meminta murid mementaskan sesebuah teater, tetapi sekadar
mewujudkan idea.
3.2.3 Menyediakan saranan
Guru selaku pembimbing perlu menyediakan saranan atau rangsangan
untuk menjana idea murid dalam improvisasi.
3.2.4 Tidak perlu penonton
Murid tidak perlu disedarkan tentang kehadiran penonton yang
formal. Langkah ini demi membentuk keyakinan murid. Ini kerana,
murid yang belum biasa beraksi dihadapan kelas, mereka akan mudah
gelabah jika aksi atau lakonan mereka dipertontonkan. Setelah murid
benar-benar berasa yakin, barulah dimulai dengan perbincangan atau
pasca nilai. Komen atau teguran yang positif perlu diberikan. Guru
juga boleh meminta murid lain di dalam kelas memberi komen
berdasarkan aksi spontan rakan mereka.
3.2.5 Aktiviti berkumpulan
Guru hendaklak menggalakkan muridmurid berkerja secara kumpulan
dengan natural. Ahli kumpulan sebaiknya ditukar ganti supaya
pergaulan social murid lebih luas.
3.2.6 Bijak melayani permintaan
Guru perlu bijak dan bersedia melayani permintaan kumpulan murid
tanpa mematahkan minat mereka untuk beraksi secara spontan.
3.3 PERANAN IMPROVISASI
3.3.1 Meningkatkan daya imaginasi
Daya imaginasi murid dapat ditingkatkan kerana teknik ini dapat
mencerna atau mencampah daya pemikiran murid ke tahap yang optimum.
Improvisasi ini juga dapat menggalakkan kemahiran berfikir murid
dengan lebih kreatif dan kritis. meningkatkan daya kreativiti
mereka dan merangsang otak mereka untuk lebih berfikir
3.3.2 Merangsang kemahiran berbahasa
Guru dapat menggalakkan murid untuk berkomunikasi dengan
berkesan di samping dapat membantu murid meningkatkan penguasaan
perbendaharaan kata dalam kalangan murid. Teknik improvisasi
terbukti dapat merangsang kemahiran berbahasa murid kerana teknik
ini menuntut murid berdialog secara spontan.
Dengan ini, murid perlu menguasai kemahiran berbahasa terlebih
dahulu sebelum berupaya menuturkan dialog mereka. Murid berupaya
menggunakan bahasa secara pragmatik iaitu bahasa yang bermakna
mengikut konteks. Murid juga boleh menggunakan bahasa secara
spontan dengan lebih bermakna bersesuaian dengan situasi. Aktiviti
seperti ini, walaupun berjalan seperti dalam keadaan yang tidak
formal , pasti dapat membantu menambahkan kemahiran berbahasa
murid.
3.3.3 Mewujudkan suasana menyeronokkan.
Aktiviti improvisasi terbukti dapat mewujudkan sesi pengajaran
dan pembelajaran yang menyeronokkan dan bersahaja kerana melibatkan
watak-watak dalam kalangan murid. Murid berupaya mengasah bakat
terpendam mereka dengan berkalaborasi sesama ahli kumpulan dalam
suasana yang ceria dan terkawal.
Berlakon merupakan satu aktiviti yang amat digemari oleh pelajar
kerana ia dijalankan dalam bentuk bermain dan bersukaria. Mereka
diberi peranan untuk berkata-kata secara bebas, melahirkan
pandangan dan pendapat , bergaya dan beraksi sesama sendiri,
berhibur dengan telatah dan gaya rakan-rakan sebaya, melibatkan
diri , bekerja bersama-sama dan sebagainya.
3.3.4 Pembelajaran kolaboratif
Pengaplikasian teknik improvisasi boleh membentuk pembelajaran
murid secara kolaboratif kerana selalunya watak yang diberikan
perlu dilakonkan bersama ahli dalam kumpulan masing-masing. Apabila
murid membiasakan diri dengan cara bekerjasama, saling bergantung
antara satu sama lain untuk memperoleh ilmu, mereka akan berkembang
untuk menjadi murid kolaboratif.
3.3.5 Pengurusan masa
Pengurusan masa yang cekap dapat diterapkan melalui aktiviti
improvisasi. Murid diberikan masa yang tertentu untuk mereka
menunjukkan aksi secara spontan. Mereka perlu cekap bertindak
menyusun strategi berdasarkan watak atau situasi yang diberikan
dalam jangkamasa yang telah ditetapkan guru.
3.3.6 Meningkatkan keyakinan diri
Improvisasi memerlukan murid beraksi di hadapan murid-murid
lain. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan murid
semasa melakonkan watak masing-masing. Ia juga dapat memberi satu
suntikan motivasi untuk mereka terus beraksi dan ini akan membentuk
pembinaan sahsiah yang positif ketika berhadapan dengan khalayak
penonton.
3.4 AKTIVITI IMPROVISASI
3.4.1 Improvisasi berdasarkan situasi
Satu situasi diberikan kepada murid secara individu, pasangan
atau kumpulan. Murid diminta melakonkan situasi yang diberi secara
spontan.teknik ini boleh dijalankan untuk semua peringkat umur atau
aras kebolehan walaupun situasi yang sama.contoh 1 : Situasi di
sebuah kedai mainan kanak-kanak . Suatu malam semua mainan (patung
orang, arnab, beruang dan lain-lain) bercakap sesama mereka.Arahan:
berbual sesama sendiri supaya pelajar lain dapat meneka siapakah
anda?contoh 2 : seorang murid baru pindah ke sekolah anda dan
ditempatkan di kelas anda. Pada waktu rehat, semua pelajar ke
kantin dan tempat permainan. Bagaimana anda semua melayaninya?
3.4.2 Improvisasi berdasarkan gambar
Gambar diberikan atau dipamerkan kepada murid-murid dengan
meminta murid menyediakan skrip secara spontan. Murid dibenarkan
berbincang di dalam kumpulan atau secara individu.
3.4.3 Improvisasi berdasarkan petikan cerita
Petikan cerita atau insiden tertentu dalam cerita yakni aksi
kaku di mana murid dikehendaki melakonkan aksi berdasarkan plot.
Matlamat menggunakan petikan adalah untuk menguji kefahaman murid
dengan penghayatan isi kandungannya.
3.4.4 Improvisasi berdasarkan objekTeknik menggunakan objek
tertentu bagi merangsang pelajar bertutur dan melakukan sesuatu.
Contoh objek yang boleh diganakan adalah seperti anak patung, surat
khabar dan kostum.
3.4.5 Improvisasi berdasarkan tokoh/watakWatak cerita binatang
boleh digunakan seperti watak Sang Kancil atau tokoh seperti Hang
Tuah.
3.4.6 Improvisasi berdasarkan bunyiBunyi-bunyi seperti lagu
instrumental untuk menjana bayangan minda, lagu dengan lirik boleh
diadaptasi melalui teknik ini.
3.5 JENIS-JENIS IMPROVISASI
Peter Moore ( 1998 ) menyarankan enam jenis aktiviti improvisasi
untuk kanak-kanak mengikut peringkat umur. Aktiviti tersebut adalah
seperti yang berikut:
3.5.1 Permainan Bebas ( Free Play )
Permainan bebas sesuai untuk kanak-kanak prasekolah dan tahap 1.
Guru sediakan peralatan atau objek, sediakan situasi/ persekitaran
yang tertentu dan galakkan kanak-kanak bermain secara bebas dengan
dipantau oleh guru.
Guru bolehlah menciptakan senario atau cerita berdasarkan
peralatan tersebut. Peringkatkan permainan dengan objek yang lebih
bermakna dan berwatak seperti anak patung/ boneka, dan kostum yang
dapat menyarankan perwatakan tertentu.
3.5.2 Improvisasi Spontan ( Spontaneous Improvisation )
Guru sediakan bahan ransangan tertentu untuk kanak-kanak
memberikan tindak balas secara spontan berdasarkan kesesuaian
denagn situasi yang diberikan. Murid-murid dibantu dan digalakkan
untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan, mendengar serta
mengamati pendapat orang lain.
Guru juga harus membantu dan menggalakkan kanak-kanak melakukan
tugas secara kolaboratif, berfikir secara kreatif dan imaginatif
serta melahirkan idea, dan membina idea baru berdasarkan idea orang
lain.Namun begitu perlu dingatkan bahawa improvisasi spontan bukan
bertujuan untuk membuat persembahan. Perkara utama ialah
menggalakkan perkongsian idea, melibatkan luahan perasaan,
interaksi antara watak serta prosedur terhadap resolusi sesuatu
situasi yang dihadapi.
3.5.3 Improvisasi Verbal ( Verbal Improvisation )
Kanak-kanak digalakkan untuk mencipta monolog ( soliloquise )
dan dialog berdasarkan petikan dialog dalam sesebuah cerita. Murid
juga boleh menyambungkan dialog tersebut untuk menggambarkan
situasi yang difikirkan sesuai seperti memujuk, merayu,
mengarahkan, memohon sesuatu, dan seumpamanya dengan ekspresi dan
gaya pengucapan yang sesuai. Aktiviti ini dapat dilaksanakan secara
individu ( monolog / soliloquise ), berpasangan atau
berkumpulan.
3.5.4 Main Peranan ( Role Play )
Dalam aktiviti ini, murid hendaklah berpura-pura menjadi
seseorang yang lain dan berlainan dengan dirinya. Mereka diberikan
peranan tertentu dan meminta kanak-kanak memikirkan cara (dia)
untuk beraksi dan memberikan respons terhadap sesuatu situasi.
Untuk menghayati watak yang diberikan, murid perlu dilatih untuk
melakukan justifikasi terhadap watak dengan mengemukakan beberapa
soalan seperti nama penuh watak, umur ,latar belakang keluarga,
pekerjaan, sikap dan tingkah laku, hobi atau minat, keadaan
kesihatan, dan pelbagai kemungkinan tentang peribadi watak yang di
lakonkan. Disamping itu murid perlu digalakkan untuk, menulis
diskripsi watak, melukis potret, dan membuat kostum dan memilih
props yang sesuai untuk kegunaan watak.
Guru boleh memiilih peranan berdasarkan watak daripada orang
persekitaran murid, cerita rakyat, cerita yang pernah dibaca di
dalam kelas, drama atau filem yang pernah ditonton serta
berdasarkan gambar.
3.5.5 Improvisasi Terlatih ( Rehearsed Improvisation )
Improvisasi ini berbeza dengan yang lain kerana improvisasi ini
menggalakkan kanak-kanak membuat persembahan. Kanak-kanak diberi
tajuk, tema, atau situasi tertentu untuk dibincangkan dan
menghasilkan sesuatu persembahan.
Murid diberikan tempoh masa untuk perbincangan kumpulan dan
selepas berbincang mereka diminta mementaskan hasil perbincangan
tersebut.
3.5.6 Improvisasi Selari ( Parallel Improvisation )
Improvisasi berdasarkan situasi sebenar atau yang telah
benar-benar diketahui untuk meneroka isu-isu baru.Contohnya
menggunakan pengalaman membuat persiapan untuk bercuti seperti
menyediakan pakaian dan sebagainya dan menggunakan pengalaman
tersebut untuk persiapan sekumpulan saintis yang hendak mengadakan
ekspedisi.
3.6 PENGEMBANGAN IDEA IMPROVISASIAlex Osborn (1963) telah
menyarankan tujuh cara mengembangkan idea;3.6.1 DiubahMengubah
senario dalam cerita seperti dalam cerita Si Tanggang, andai jika
Tanggang tidak derhaka kepada ibunya, adakah dia dan ibunya akan
hidup bersama-sama hingga akhir hayat. Begitu juga seperti mengubah
serita Batu Belah Batu Bertangkup, Melor dan Pekan telah mengejar
ibunya hingga ke gua Batu Belah. Andaikan Melor dan Pekan dapat
masuk ke dalam gua tersebut, adakah mereka Berjaya bertemu dengan
ibu mereka?3.6.2 DikecilkanWatak boleh dikecilkan seperti watak
manusia menjadi kecil, hidup dalam habitat serangga seperti karya
Honey! I Shrunk The Kids dan Rama-Rama karya Syed Ali Syed
Hassan.3.6.3 DibesarkanGambaran atau situasi diberikan seperti
murid berada dalam dunia zaman dynasour. Apakah yang akan murid
lakukan untuk m,enghadapi ancaman dynasour tersebut?3.6.4
DigantikanWatak-watak dalam cerita teladan kanakkanak boleh
digantikan seperti menggantikan watak Sang Kancil digantikan dengan
watak baru yang difikirkan lebih cerdik.3.6.5 Disusun
semulaSesebuah karya disusun semula mengikut kesesuaian pada era
sekarang seperti cerita Anak Buluh Betong diganti dengan Cucu Bluh
Betong.
3.6.6 DiterbalikkanCerita atau watak cerita diterbalikkan
seperti contoh:i- Bagaimanakah kalau Pak Pandir cerdik?ii- Ibu
Bawang Putih tidak menjadi ikan kaloi?iii- Mat Jenin mencapai
cita-citanya?3.6.7 DigabungkanMenggabungkan beberapa idea atau
senario atau cerita menjadi sebuah cerita baru.
4.0 PENGAPLIKASIAN TEKNIK IMPROVISASI DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
4.1 Rancangan Pelajaran Harian Tahun 4
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYUTarikh : 1Julai
2010Masa : 11.00 pagi 12.00 tengahari ( 60 minit )Tahun : 4 Bestari
( 30 murid : 18 lelaki dan 12 perempuan)Tema : Cerita TeladanTajuk
: Monyet Yang PintarPakej/ Modul : Kemahiran Mendengar dan
Bertutur, Membaca dan Menulis.HPU : 2.0 Bercerita dan melaporkan
sesuatu perkara yang didengar, ditonton,dibaca atau dialami
5.0 Membaca kuat dengan kelancaransebutan, intonasi dan gaya
pembacaan yang sesuai
11.0 Membuat ulasan tentang bahan yangdidengar, ditonton atau
dibaca
HPK : 2.1 Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayatserta
sebutan dan intonasi yang baik, jelas dan teratur.5.2 Membaca kuat
teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan
lancar serta memahami perkara yang dibaca.11.3 Mengulas karya bukan
sastera yang mudah secara umum dari aspek tema dan persoalan, watak
dan perwatakan, nilai dan pengajaran dan gaya bahasa.
HHP : Aras 3 (i) Mempersembahkan cerita dengan sebutan,intonasi
dan penghayatan yang sesuai.Aras 1 (i) Membaca lancar bahan sastera
dan bukan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul.Aras 1
(ii) Mengenal pasti perwatakan dalam teks.
Objektif : Pada akhir pembelajaran murid dapat;1.
Mempersembahkan improvisasi di hadapan kelas dengan gaya, sebutan
dan intonasi yang sesuai.2. Membaca petikan yang diberikan dengan
sebutan dan intonasi yang betul.3. Menulis 5 watak dan perwatakan
dalam borang grafik yang diberikan.Pengisian Kurikulum : Sistem
Bahasa : i) Sebutan dan intonasi :ganas, mempersembahkan,ayat
penyataii) Tatabahasa : Simpulan Bahasaiii) Kosa Kata : ganas,
sampuk, menyerah, herdik
Kemahiran Bernilai Tambah i) Kecerdasan Pelbagai : Kecerdasan
Linguistik, Kecerdasan Interpersonal, Kecerdasan Kinestetik
Badan,ii) Kemahiran Berfikir :Menyatakan sebab dan alasaniii)
Kajian Masa Depaniv) Pembelajaran Konstruktivisme
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran : Pendekatan Berpusatkan
MuridKemahiran generik : Kemahiran BelajarPenekanan Konsep 5Pi)
Penggabungjalinan : kemahiran bertutur, membaca, menulisii)
Penyerapan ilmu : Sains; Nilai murni : baik hati, kerjasamaiii)
Pemulihan : Membaca petikan dialog dengan sebutan dan intonasi yang
betuliv) Pengayaan : Mengecam dan menulis simpulan bahasa berserta
maksud yang terdapat dalam petikan.v) Penilaian : Mengisi borang
grafik
Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran :i) Bahan Multimedia
:LCD, CDii) Bahan Bercetak :Lirik Lagu, petikan, lembaran kerja
iii) Bahan Maujud : buah pisang, topeng binatang
Pengetahuan Perlu Ada :i) Murid pernah membaca kisah haiwan
teladan.ii) Murid boleh menulis ayat majmuk.
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANLangkah dan Masa Isi
Kandungan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan
Set Induksi(5 minit) 1. Kotak Ajaib2. Teka-teki;rasanya manis
sedap sekali,berkulit kuning banyak khasiat,tumbuh subur di tepi
kali,dibuat kuih dibuat lepat. Guru membacakan teka-teki kepada
murid. Bersoal jawab dengan murid. Jawapan ada dalam kotak ajaib
tersebut. Guru memberikan jawapan dan menunjukkan buah pisang
seterusnya mengaitkan dengan isi pelajaran pada hari ini.
Kemahiran belajar(mentafsir maklumat)Langkah 1(8 minit) Petikan
cerita;Monyet Yang Pintar(Lampiran A) Murid diberikan petikan.
Murid membaca petikan dengan gaya dan intonasi yang betul. Guru
meminta beberapa orang murid membaca petikan dengan kuat. Murid
lain mendengar dan member komen mengenai intonasi dan nada.
SP:Koperatif
PP(Berpusatkan murid)
Langkah 2(10 minit) Pengembangan idea Improvisasi;1. Improvisasi
Verbal ( Verbal Improvisation ) Sambung dialog
2. Improvisasi Main Peranan ( Role Play ) Watak binatang dalam
petikan Murid murid dibahagikan dalam kumpulan 5 orang. Murid
dikehendaki berbincang dan menetapkan setiap seorang satu watak
binatang tersebut. Murid dibenarkan mereka sendiri dialog dengan
meramalkan cerita atau menambahkan watak dalam cerita tersebut.
Guru memberi bimbingan mengenai struktur ayat (dialog) yang dicipta
murid.PP(Berpusatkan murid)
SP:Koperatif dan Kolaboratif
KBT-Verbal linguistik
SP:Kontek luar
Nilai: kerjasamaLangkah 3(25 minit) Persembahan improvisasi
Setiap ahli dalam kumpulan dikehendaki membuat persembahan dengan
setiap seorang mewakili watak binatang. Murid dalam kumpulan lain
dikehendaki memerhati setiap watak dalam improvisasi murid tadi.
Guru memberi komen dan meminta murid lain juga memberi pandangan
mereka mengenai watak dan perwatakan.KB(mempersembah-kan
maklumat)Langkah 4( 7 minit) Latihan 1Melengkapkan borang grafik
(Lampiran B) Menulis watak dan perwatakan Pengayaan- mengecam dan
menulis simpulan bahasa
Guru mengedarkan borang grafik. Murid diminta mengisi borang
grafik tersebut berdasarkan watak dan perwatakan yang terdapat
dalam teks dan juga dari improvisasi kumpulan. Guru berbincang
dengan murid jawapan yang tepat. KB(menyatakan sebab dan
alasan)
Penutup( 5 minit ) Lagu pisang goreng(Lampiran C)
Murid menyanyikan lagu pisang goring Guru merumuskan pengajaran
dan pembelajaran serta menekankan kepada aspek nilai yang terdapat
semasa aktiviti hari ini. KG;TMK
5.0 PENUTUP
Improvisasi patut dilaksanakan pada pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu sekolah rendah kerana ia ternyata membolehkan kita
melatih murid-murid menajamkan sensitiviti mereka, meningkatkan
kefahaman dan amalan terhadap nilai murni masyarakat dan budaya
mereka, mananamkan jati diri bangsa, serta memperkembangkan daya
imaginasi, kreativiti, konsentrasi, yakin diri serta kemahiran
berkomunikasi.
Dengan menggunakan teknik ini, selain memberikan peluang kepada
murid untuk berlakon secara spontan ia juga dapat menggalakkan
murid untuk berkomunikasi dengan berkesan di samping dapat membantu
meningkatkan penguasaan perbendaharaan kata mereka
Dalam proses penglibatan mereka dalam teknik improvisasi, guru
boleh jugamemupuk nilai-nilai murni melalui penghayatan cerita dan
memperkembangkan sikap positif terhadap pembacaan. Nilai-nilai
murni yang boleh dipupuk seharusnya berkaitan dengan cerita yang
mereka lakonkan di mana murid dengan sendirinya sedar akan akibat
segala perbuatan yang mereka lakukan. Jadi mereka akan lebih
berfikr terlebih dahulu sebelum mula membuat sebarang
keputusan.
Konsep Boneka dalam Pengajaran dan PembelajaranTerdapat banyak
teknik pengajaran yang boleh digunakan untuk menarik perhatian
kanak-kanak dalam pendidikan yang dapat dijadikan sebagai Bahan
Bantu Mengajar. Beberapa contoh teknik tersebut ialah seperti
boneka dan permainan bahasa. Bagi Tugasan Projek tugasan 1 untuk
individu di bawah tugasan Penggunaan Modul Literasi dan Aplikasi
Teknik Pengajaran, saya telah memilih teknik boneka.
Boneka merupakan salah satu permainan tertua di dunia kerana
permainan ini telah menjadi salah satu alat hiburan dalam kalangan
orang kebanyakan sejak zaman ketamadunan Yunani, Romawi dan Mesir
lagi. Perkataan boneka berasal daripada bahasa Portugis Boneca yang
membawa maksud hidup. Secara ringkasnya, boneka dapat didefinisikan
sebagai sesuatu objek atau benda bukan hidup yang dilakukan oleh
pemain sama ada secara sentuhan atau arahan bagi menyampaikan
mesej.
Konsep boneka amat mudah difahami kerana setiap objek boleh
dijadikan sebagai boneka selagi objek itu digerakkan oleh pemain.
Pemain berperanan untuk menghidupkan watak boneka itu untuk
menyampaikan mesej secara lisan dan pergerakan tubuh. Boneka boleh
terdiri daripada haiwan, bunga, atau sebarang objek untuk
dianimasikan dan dimanipulasikan oleh pemain dalam persembahan
mereka.
Terdapat berbagai-bagai jenis boneka yang telah direka oleh
manusia. Sebagai contoh ialah boneka tangan, boneka jari, boneka
tali, boneka tongkat, boneka lidi dan boneka layang-layang. Fungsi
boneka-boneka ini ialah untuk menyatakan ekspresi, informasi,
eksplorasi, persuasi dan melayan. Guru-guru yang mahu menukar
suasana pengajaran dan pembelajaran boleh menggunakan kaedah teknik
boneka untuk menarik perhatian murid. Boneka yang terdiri daripada
banyak saiz ini juga mudah dibawa ke mana-mana dan muudah
dihasilkan.
Di samping itu, boneka mempunyai beberapa kelebihan kerana
boneka boleh menyampaikan mesej dengan efektif. Di sebalik teknik
boneka yang menggunakan kaedah penceritaan ini, pelbagai mesej
positif dan nilai murni dapat diselitkan dalam persembahan
tersebut. Guru perlu kreatif dalam merangka perjalanan cerita yang
bukan sahaja menarik dan menghiburkan malah mengandungi beraneka
nilai murni.
Selain itu, teknik boneka memberi pendedahan kemahiran
berkomunikasi kepada kanak-kanak. Kanak-kanak yang mempunyai
masalah komunikasi seperti kanak-kanak autisme sepatutnya diberi
teknik mengajar dengan menggunakan boneka. Mereka akan tertarik
dengan penceritaan menggunakan boneka. Hal ini secara tidak
langsung dapat memulihkan masalah komunikasi mereka sedikit demi
sedikit. Kanak-kanak juga dapat menambah perbendaharaan kata
mereka. Tambahan pula, teknik boneka juga dapat mencipta dan
merangsang daya imaginasi murid. Bermain sambil belajar juga
merupakan salah satu aktiviti yang terdapat dalam tunjang Kurikulum
standard Sekolah Rendah iaitu Didik Hibur. Munurut Fauziah Md.
Jaafar, aktiviti bermain merupakan satu aktiviti yang menjadi
fitrah bagi kanak-kanak. Mereka akan meneroka, menjelajah, inkuiri
penemuan dan pembinaan melalui pengalaman langsung secara semula
jadi. Hal ini membuktikan bahawa kanak-kanak perlu didedahkan
dengan teknik boneka supaya murid dapat belajar sesuai dengan
keperluan mereka. Hal ini membuktikan bahawa teknik boneka amat
berkesan untuk pembelajaran kanak-kanak.
Cara perlaksanaan teknik boneka ini berbeza-beza mengikut jenis
boneka yang dimainkan. Boneka jari dimainkan dengan diletakkan pada
hujung jari dan diperbuat daripada sarung tangan berbentuk kepala
boneka. Boneka jari dimainkan dengan menggerak-gerakkan jari
tersebut. Bagi boneka tangan pula, boneka ini dimainkan dengan
tangan. Boneka ini terdiri daripada kepala dan dua tangan, manakala
bahagian badan dan kakinya hanya merupakan baju yang akan menutup
tangan dan lengan orang yang memainkannya. Cara memainkannya adalah
dengan menggerakkan kepala boneka tangan dengan menggunakan jari,
manakala ibu jari dan jari kelinking menggerakkan tangan boneka
itu. Selain itu, terdapat boneka tongkat. Boneka ini dinamakan
sebagai boneka tongkat kerana cara memainkannya adalah dengan
menggunakan tongkat. Bagi boneka tali pula, boneka ini atau yang
dikenali sebagai Marionet banyak dipakai di negara Barat. Boneka
tali diperbuat daripada anak patung biasa yang dipakaikan tali pada
anggota badannya seperti kepala, kaki dan tangannya. Cara
menggerakkannya ialah dengan menggerakkkan tali-tali tersebut
dimana orang yang memainkannya perlu berada di atas dan boneka
tersebut dibawah. Perlaksanaan permainan boneka tali agak rumit dan
memerlukan kemahiran daripada orang yang sudah mahir. Selain itu,
boneka bayang-bayang pula dimainkan dengan mempertontonkan gerak
bayang-bayang boneka tersebut. Boneka itu juga dikenali sebagai
wayang kulit. Wayang kulit sering dimainkan di beberapa buah negara
di kawasan Asia Tenggara seperti Terengganu dan Kelantan di
Malaysia serta Jawa di Indonesia. Perlaksanaan boneka bayang-bayang
atau wayang kulit memerlukan ruangan yang gelap dan tertutup untuk
membuat bayang-bayang.
Kesimpulannya, dapatan analisis daripada teknik boneka
menunjukkan bahawa perlaksanaan teknik ini dalam pengajaran dan
pembelajaran amat relevan. Teknik ini wajar dipraktiskan oleh guru
untuk memastikan pembelajaran kanak-kanak dapat dijalankan selari
dengan perkembangan mereka.