International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12 th – 13 th October 2015 Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015 1 PENEKANAN TERHADAP AYAT-AYAT MUTASYABIHAT AL-ALFAZ KE ARAH PEMANTAPAN MUTU HAFAZAN AL-QURAN Mahmud Lutfi bin Abd. Hadi Ahmad Shahir bin Masdan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Bangi, Selangor. [email protected][email protected]ABSTRAK Di antara mukjizat al-Quran, ianya diberi kemudahan untuk dihafaz oleh kebanyakan orang. Namun, dalam proses hafazan dan ulangan al-Quran seseorang pembaca akan menghadapi beberapa keadaan termasuklah cabaran mengingat ayat-ayat yang sama atau lebih kurang sama (mutasyabih). Kesamaran ini mengakibatkan seseorang pembaca atau penghafaz terkeliru sehingga menyebabkan tersilap sambungan, tersalah harakah dan kesilapan-kesilapan lain sehingga boleh membawa kepada terjadinya ayat yang dibaca adalah bukan ayat yang dikehendaki. Gangguan ini sedikit sebanyak akan memanjangkan durasi bacaan ulangan al- Quran, sehingga seseorang itu memerlukan lebih masa untuk mengulang juzuk-juzuk yang terlibat sedangkan masa yang ada adalah terhad. Kesedaran yang serius terhadap masalah ini amat diperlukan demi menghargai masa yang amat berharga dan kerana menjaga ayat-ayat Allah yang mulia. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk mengetahui ayat-ayat yang terlibat serta mengetahui cara yang dapat digunapakai untuk memudahkan proses hafazan dan ulangan al- Quran. Kajian ini memilih analisis dokumen sebagai rekabentuk kajian. Data dikumpul melalui analisis dokumen yang terdiri daripada kitab-kitab lama dan semasa. Data-data yang diperolehi diproses dan dibuat beberapa kesimpulan seterusnya tindakan ke arah menambah kualiti hafazan. Mudah-mudahan kertas kerja ini menambah keperihatinan dan mutu hafazan ayat-ayat al-Quran, seterusnya dapat mengurangkan kelupaan yang berpunca daripada ketidaktahuan dalam menyelesaikan masalah. Lupa itu suatu fitrah, namun kelupaan terhadap ayat-ayat al- Quran adalah suatu perkara yang ama-amat tidak dibolehkan. Kata kunci: Ayat-ayat mutasyabihat al-alfaz, gangguan dalam hafazan, menambah keperihatinan dan mengelakkan kelupaan.
18
Embed
PENEKANAN TERHADAP AYAT-AYAT …conference.kuis.edu.my/.../2015/1037-irsyad-2015.pdfa. Jangan sekali-kali kamu menambah hafalan Al-Qur`an tanpa mengulang hafalan yang sudah ada sebelumya.
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015
Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
1
PENEKANAN TERHADAP AYAT-AYAT MUTASYABIHAT AL-ALFAZ KE
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015
Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
3
ibadah, serta dapat direnung dan diulang-ulang untuk mengubat perasaan ketika lemah dan
memerlukan kekuatan.
Ketinggian darjat orang-orang yang menanggungnya adalah jelas sepertimana yang
masyhur bahawa orang yang melazimi dirinya dengan al-Quran akan dapat memberi syafaat
kepada 10 orang ahli keluarganya. Bahkan, di dunia lagi keutamaan orang yang menghafal al-
Quran telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. Pernah terjadi kematian pada dua sahabat di
zaman baginda dalam peperangan Uhud, ketika hendak dikebumikan baginda s.a.w bertanya
kepada yang hadir siapakah di antara mereka berdua yang terlebih banyak menghafal al-Quran.
Kemudian setelah diberitahu maka baginda s.a.w mengutamakan orang yang lebih banyak
hafalannya untuk diuruskan dahulu sebelum sahabat yang seorang lagi5. Balasan di akhirat pula,
sememangnya Allah selayaknya memberi ganjaran kerana Allah sahaja yang mengetahui
keikhlasan, baik akhlak dan kecintaan hamba-hamba Allah terhadap al-Quran sehingga ada yang
digelar sebagai (أهل اهلل وخاصته). Banyak lagi kelebihan yang dikhabarkan dalam hadis-hadis
baginda s.a.w untuk ahli-ahli al-Quran. Itulah ketinggian dan nilai kehambaan antara seorang
hamba dengan Tuhannya, sekiranya melakukan segala sesuatu semata-mata keranaNya, taat
kepada perintah dan hanya mengharap keredhaannya.
BEBERAPA KESUKARAN DALAM MENGHAFAZ AL-QURAN
Dalam proses menghafaz al-Quran setiap individu mempunyai halangan tersendiri kerana setiap
diri insan itu mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing serta berlainan tahap
kebolehan mengatasi masalah. Terdapat masalah-masalah yang biasanya dihadapi oleh huffaz
untuk diketahui, antaranya ialah:-
1. Pengurusan Masa
1.1 Masa yang ada untuk menghafaz adalah sedikit
1.2 Masa untuk murajaah amat terhad, masa lapang telah diisi untuk kerja-kerja yng
lain.
2. Kefasihan
2.1 Mempunyai masalah dalam menyebut ayat-aya al-Quran sehingga tidak dapat
dibaca lancar. Ketidakfasihan ini akan memanjangkan durasi hafazan dan
murajaah.
2.2 Bacaan dengan hafazan hendaklah dirutinkan supaya dapat dihabiskan dalam
tempoh tertentu secara istiqamah. Bacaan yang tidak fasih akan memberi kesan
pada masa hafazan dan murajacah.
3. Keadaan diri / kebolehan
5 Ahmad bin
cAli bin Hajar al-
cAsqalani, Fathul Bari Syarh Sahih al-Bukhari, Dar al-Fikr, Beyrut, 2000 / 1420H, jil
3, Kitab al-Janaiz, bab Man Yuqaddam fi al-Lahd, hadis no 1348, hlm. 575.
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015
Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
4
3.1 Tidak dijadikan setiap individu mampu untuk menghafaz. Ada yang boleh
menghafaz tetapi tidak mampu untuk murajaah kembali. Keadaan ini hendaklah
diperbetulkan kerana ayat-ayat al-Quran tidak boleh dihafaz kemudian dilupakan.
3.2 Ada juga manusia yang dijadikan Allah dengan kebolehan untuk menghafaz
dengan mudah seperti yang dikurniakan kepada para ulamak silam seperti imam
al-Bukhari dan imam Baihaqi. Di kalangan ulama semasa seperti muhaddith
imam Anwar Kasymiri dan di kalangan orang bukan Islam seperti Daniel
Tammet, Theodre Roosevelt, Kim Peek dan lain-lain.
4. Keadaan ayat
4.1 Dalam proses menghafaz, pembaca atau penghafaz akan menghadapi kesukaran
ketika membaca ayat yang mempunyai ayat yang sama atau lebih kurang sama di
tempat lain. Kadangkala kesamaran ini akan melencongkan bacaan kepada ayat
dalam surah yang lain. Sekiranya latih tubi atau teknik hafazan dilakukan dengan
tidak menekankan pengecaman, penghafaz akan menghasilkan hafazan yang tidak
mantap dan masa yang terhad tidak dapat digunakan secara optimum. Inilah yang
akan dibicarakan dalam pembentangan ini.
PERANAN METHODE HAFAZAN
Sistem hafazan pada asalnya adalah bebas, iaitu mengikut kesesuaian masing-masing asalkan
berhasil kuantiti dan kualiti hafazan yang disasarkan. Sesetengah institusi tidak menerapkan
sistem yang khusus bagi pelajarnya6. Namun sesetengah yang lain pula sistem digubal demi
menjamin piawai para pelajar agar kualiti hafazan dapat dijaga dan kuantiti hafazan dalam
tempoh pembelajaran semasa dapat dicapai. Terdapat banyak methode hafazan yang diterapkan
dalam p&p sekolah tahfiz dan individu yang menjalani sistem yang digubal untuk diri sendiri,
namun untuk menjumpai kaedah yang sudah siap tertulis adalah jarang berlaku.
Antara Method Hafazan7
Institut al-Quran Terengganu (IQT).
Kaedah Permulaan
a. Bacalah ayat pertama sebanyak 20 kali.
b. Bacalah ayat kedua sebanyak 20 kali.
c. Bacalah ayat ketiga sebanyak 20 kali.
d. Bacalah ayat keempat sebanyak 20 kali
e. Keempat ayat di atas dari awal hingga akhir digabungkan dan dibaca ulang sebanyak
20 kali.
6 Tidak semua institusi tahfiz menyediakan kaedah rasmi bagi menghafaz dan mengulang al-Quran. Pelajar yang
prihatin terhadap jagaan hafazan mereka akan mencari kaedah yang sesuai untuk diri mereka masing-masing.
7 Zulkifli Remli, Kajian Kaedah Atau Method Hafazan Antara Dua Institusi Tahfiz Al-Quran Di Malaysia,
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015
Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
5
f. Bacalah ayat kelima sebanyak 20 kali.
g. Bacalah ayat keenam sebanyak 20 kali.
h. Bacalah ayat ketujuh sebanyak 20 kali.
i. Bacalah ayat kedelapan sebanyak 20 kali.
j. Keempat ayat (ayat 5-8) di atas dari awal hingga akhir digabungkan dan dibaca ulang
sebanyak 20 kali.
k. Bacalah ayat pertama hingga ayat ke 8 sebanyak 20 kali untuk memantapkan
hafalannya. Demikian seterusnya pada setiap surah hingga selesai menghafal seluruh
surah dalam Al-Quran. Jangan menghafal dalam sehari lebih dari seperlapan (1/8)
juzuk, kerana akan menyebabkan hafalan bertambah berat dan sukar.
Kaedah Menambah Hafalan
Jika ingin menambah hafalan baru (halaman selanjutnya) pada hari berikutnya, maka sebelum
menambah dengan hafalan baru dengan kaedah yang sebutkan di atas, maka anda harus
membaca hafalan lama (halaman sebelumnya) dari ayat pertama hingga ayat terakhir (muraja‟ah)
sebanyak 20 kali supaya hafalan ayat-ayat sebelumnya tetap kukuh dan kuat dalam ingatan.
Kemudian setelah mengulangi (murajacah) maka memulai hafalan baru dengan kaedah yang
disebutkan di atas.
Kaedah Menggabungkan Antara (Murajacah) Dengan Menambah Hafalan Baru
a. Jangan sekali-kali kamu menambah hafalan Al-Qur`an tanpa mengulang hafalan yang
sudah ada sebelumya. Ini boleh menyebabkan banyak kehilangan hafalan yang
pernah dibuat sebelum ini. Oleh itu, kaedah yang paling tepat dalam menghafal
adalah dengan menggabungkan antara murajacah (mengulang) dan menambah
hafalan baru.
b. Bahagilah isi Al-Qur`an menjadi tiga bahagian, di mana mana satu bahagian
mengandungi 10 juzuk. Jika dalam sehari telah menghafal satu halaman maka
ulangilah dalam sehari empat halaman yang telah dihafal sebelumnya hingga
menyelesaikan 10 juzuk. Jika telah menghabiskan 10 juzuk maka berhentilah
menghafal selama satu bulan penuh dan isi dengan mengulang apa yang telah dihafal,
dengan cara setiap hari mengulangi (murajacah) sebanyak 8 halaman.
c. Setelah selesai satu bulan kamu mengulangi hafalan, sekarang mulailah kembali
dengan menghafal hafalan baru sebanyak satu atau dua lembar tergantung
kemampuan, sambil kamu mengulangi setiap harinya 8 halaman hingga kamu bisa
menyelesaikan hafalan 20 juzuk. Jika kamu telah menghafal 20 juzuk maka
berhentilah menghafal selama 2 bulan untuk mengulangi hafalan 20 juzuk, dimana
setiap hari hendaklah mengulangi (murajacah) sebanyak 8 halaman. Jika sudah
mengulang selama dua bulan, maka mulailah kembali dengan menghafal hafalan baru
sebanyak satu atau dua lembar mengikut kemampuan, sambil mengulangi setiap hari
8 halaman sehingga menyelesaikan keseluruhan Al-Qur`an.
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015
Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
6
d. Jika telah selesai menghafal semua isi Al-Qur`an, maka ulangilah 10 juzuk pertama
secara tersendiri selama satu bulan, dimana setiap harinya mengulangi setengah
juzuk. Kemudian pindahlah ke 10 juzuk berikutnya, juga diulang setengah juz
ditambah 8 halaman dari sepuluh juz pertama setiap harinya. Kemudian pindahlah
untuk mengulang 10 juzuk terakhir dari Al-Qur`an selama sebulan, dimana setiap
harinya mengulang setengah juz ditambah 8 halaman dari 10 juzuk pertama dan 8
halaman dari 10 juzuk kedua.
Kaedah Murajacah Al-Quran (30 Juz) Setelah Menyelesaikan Kaedah Muraja
cah di Atas.
a. Mulailah mengulangi Al-Qur`an secara keseluruhan dengan cara setiap harinya
mengulang 2 juzuk, dengan mengulanginya 3 kali dalam sehari. Dengan cara ini,
mudah untuk mengkhatamkan Al-Qur`an sekali dalam setiap dua minggu.
b. Dengan kaedah seperti ini maka dalam jangka satu tahun (insyaAllah) telah mutqin
(kukuh) dalam menghafal Al-Qur`an, dan lakukanlah cara ini selama setahun penuh.
Kesimpulannya, kaedah yang dibuat bertujuan untuk menjadikan seseorang penghafaz
dapat lancar setiap ayat, mengecam kesamaran dan mampu mengingat dengan baik.
AYAT-AYAT YANG MEMPUNYAI KESAMARAN (MUTASYABIHAT AL-ALFAZ)
Dalam al-Quran ayat-ayat yang mengelirukan ada banyak. Sebenarnya ianya juga bergantung
kepada individu penghafaz sendiri untuk menekuni masalah tersebut. Ini kerana tanpa usaha ini
maka ayat kesamaran baginya bukanlah pada sesetangah ayat bahkan adalah kesemua yang
dihafaznya. Dalam surah-surah dalam al-Quran secara umumnya dapat dikategorikan kesamaran
itu dalam lima kategori iaitu:
1. Ayat yang mempunyai kesamaran dua perkataan atau lebih, dan ayat tersebut yang
tempatnya lebih awal dimulai dengan huruf yang awal dalam susunan huruf hijaiyyah.
Contohnya ialah dalam surah al-Baqarah pada tempat yang pertama terlibat iaitu ayat 18
iaitu:
Ayat ini mempunya kesamaran dengan ayat 171 dalam surah yang sama iaitu firman
Allah:
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015
Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
7
Dalam dua ayat di atas, kesamaran yang ada ialah pada kalimah (يرجعون) dan (يعقلون). Huruf ra’ (ر) pada tempat pertama adalah terdahulu susunannya dalam huruf hijaiyyah
berbanding dengan huruf ‘ain (ع).
2. Ayat yang mempunyai kesamaran dua perkataan atau lebih, dan ayat tersebut yang
tempatnya lebih awal dimulai dengan huruf yang terkemudian dalam susunan huruf
hijaiyyah. Contohnya ialah dalam surah al-Baqarah kategori ini pada tempat yang
pertama terlibat iaitu ayat 35 iaitu:
Dalam ayat di atas, ianya mempunyai kesamaran dengan surah yang sama pada ayat 58
iaitu firman Allah:
Dalam dua ayat di atas kesamarannya ialah antara (رغدا حيث شئتما), yang awal
kedudukannya dalam surah al-Baqarah dengan (حيث شئتم رغدا) yang terkemudian. Tempat
yang pertama terlibat dimulai dengan huruf ra’ (ر) yang terdahulu dalam susunan
hijaiyyah berbanding huruf ha’ (ح).
3. Kesamaran yang melibatkan tambahan satu huruf atau lebih, atau penambahan satu
kalimah atau lebih pada tempat yang awal terlibat. Tempat yang pertama terlibat dalam
kategori ini ialah ayat 23 dalam surah al-Baqarah, iaitu firman Allah Taala:
Kesamaran yang ada ialah pada surah Yunus ayat 38, iaitu firman Allah Taala:
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015
Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
8
Dalam dua ayat di atas, ada penambahan perkataan (من) pada tempat yang terdahulu iaitu
pada ayat 35 berbanding tiada penambahan pada tempat yang kedua.
4. Kesamaran yang melibatkan pengurangan satu huruf atau lebih, atau pengurangan
satu kalimah atau lebih pada tempat yang awal terlibat (berlawanan dengan kategori
ketiga). Tempat yang pertama terlibat dalam kategori ini ialah ayat 36 dalam surah al-
Baqarah, iaitu firman Allah Taala:
Kesamaran yang ada ialah pada surah al-A`raf ayat 24, iaitu firman Allah Taala:
Terdapat juga dalam surah Taha ayat 123, iaitu firman Allah Taala:
Dalam ayat-ayat di atas, ada penambahan perkataan (منها جميعا) pada tempat yang ketiga
yang tidak terdapat dalam dua tempat sebelumnya.
5. Ayat-ayat yang mempunya persamaan pada awalnya dan berlainan pada akhirnya. Ayat
yang pertama terlibat dalam kategori ini ialah ayat 14 dalam surah al-Baqarah, iaitu
firman Allah Taala:
Ayat di atas bersamaran dengan ayat 76 dalam surah yang sama, iaitu firman
Allah Taala:
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015
Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
9
KESAMARAN KATEGORI PERTAMA
Iaitu ayat yang mempunyai kesamaran dua perkataan atau lebih, dan ayat tersebut yang
tempatnya lebih awal dimulai dengan huruf yang awal dalam susunan huruf hijaiyyah. Terdapat
18 tempat yang terlibat kesemuanya dalam surah ini dan penulis hanya mengemukakan beberapa
tempat sebagai contoh.
1. Surah al-Baqarah.
Dalam surah ini sebanyak 18 tempat yang terlibat. Contoh-contoh adalah seperti berikut: