Petunjuk
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
SEMESTER SEPTEMBER / 2013
HBHE 2203
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA NAMA
AWANGKU SYAHRUDINB AWANG DZULKARNAIN
NO. MATRIKULASI
: 80010513522301NO. KAD PENGNEALAN: 800105135223NO. TELEFON
: 01115258006E-MEL
: [email protected] PEMBELAJARAN: SARAWAK LEARNING
CENTRE
ISI KANDUNGAN
MUKA SURAT
1.0PENGENALAN
2
2.0JEREBU DI MALAYSIA
3
3.0INDEKS PENCEMARAN UDARA
6
4.0PUNCA PUNCA JEREBU
9
5.0KESAN KESAN JEREBU
15
6.0LANGKAH DAN CADANGAN
MENGATASI JEREBU
16
7.0PENUTUP/KESIMPULAN 17
8.0 RUJUKAN
18Pengenalan
Jerebu menjadi isu berulang yang hangat diperkatakan di Malaysia
khususnya. Boleh katakan, jerebu berpunca daripada beberapa sebab
yang jika berterusan, ia memberi kesan yang sangat buruk terhadap
masyarakat. Situasi ini turut mengganggu aktiviti kita di luar
rumah masayarakat Malaysia. Majoriti turut mengambil langkah untuk
banyak menghabiskan masa di dalam rumah daripada terdedah dengan
keadaan di luar. Maklumat yang banyak dan berguna mengenai isu
jerebu ini di media massa, terutama media cetak membantu sedikit
sebanyak pengetahuan orang ramai mengenai masalah yang akibat dari
masalah jerebu. Antara sebab utama berlakunya jerebu ialah
perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab. Sikap manusia yang
mengambil langkah sambil lewa terhadap alam sekitar dan perbuatan
tidak bertanggungjawab ini menimbulkan beberapa kesan yang sangat
tidak sihat.
Data dibawah menunjukkan data petunjuk terbaru yang dikeluarkan
oleh Jabatan Meteorplogi Kerajaan Malaysia baru baru ini.
Petunjuk
APIStatus
0-50 Baik / Good
51-100Sederhana / Moderate
101-200Tidak Sihat / Unhealthy
201-300Sangat Tidak Sihat / Very Unhealthy
>301Berbahaya / Hazardous
Terjadinya Jerebu Di Malaysia.
Jerebu sering berlaku apabila debu dan asap zarah berkumpul di
udara yang agak kering. Apabila keadaan cuaca menghalang penyebaran
asap dan bahan cemar lain, ia memekat dan membentuk tabir rendah
yang biasanya tergantung rendah yang menjejaskan penglihatan dan
mungkin menjadi ancaman kesihatan pernafasan. Pencemaran industri
pula boleh menyebabkan jerebu tebal, yang dikenali sebagai
asbut.Sejak tahun 1991, jerebu telah menjadi masalah yang meruncing
di Asia Tenggara, kebakaran hutan di Indonesia yang dibakar bagi
membersihkan tanah menjadi punca. Sebagai tindak balas pada jerebu
1997 di Asia Tenggara itu, negara-negara ASEAN bersetuju dengan
Pelan Tindakan Jerebu Serantau (1997). Pada tahun 2002, semua
negara ASEAN kecuali Indonesia menandatangani Perjanjian Pencemaran
Jerebu Rentas Sempadan , tetapi pencemaran masih merupakan masalah
pada hari ini.
Pengudaraan tidak sihat sebenarnya memberi impak negatif
terhadap kita, terutama kanak-kanak dan ibu mengandung. Pelbagai
penyakit dan simptom kurang sihat mudah menyerang orang ramai,
terutama kanak-kanak. Dalam mengatasi masalah ini, beberapa langkah
perlu diambil bagi mengelak kejadian lebih teruk berlaku.
Antaranya, memakai topeng di kawasan terdedah dan minum air masak
sebanyak mungkin. Kita juga perlu mengurangkan penggunaan bahan
yang boleh mencemarkan udara seperti menyembur dan mengecat.
Penggunaan kenderaan bermotor juga sedikit sebanyak menyumbang
kepada pencemaran udara yang semakin kritikal. Paling utama, jangan
melakukan aktiviti pembakaran terbuka di luar kawasan rumah. Ini
penyebab utama jerebu yang berlaku di Malaysia kini.
Pelaporan Indeks Terkini Pencemaran Udara (IPU) 2013.
Data terkini yang telah dilaporkan oleh Jabatan Meteorologi
Malaysia mendapati berulangnya kes kadar indeks pencemaran tidak
sihat berlaku di beberapa buah negeri kerana kejadian bawaan jerebu
kerana pembakaran hutan di Indonesia yang tidak terkawal. Tiupan
angin monsun ke Malaysia dan Singapura menyebabkan berlakunya
masalah jererebu di negara ini. Negeri di Pantai Barat Semenanjung
Malaysia mengalami purata indek pencemaran yang begitu tinggi
kerana berhampiran dengan negara jiran Indonesia.
Peningkatan bacaan IPU pada tahap tidak sihat dan berbahaya
masih dipengaruhi pencemaran jerebu merentasi sempadan berikutan
musim Monsun Barat Daya yang sedang dialami negara masa kini dan
dijangka berterusan sehingga bulan September 2013. Menurut sumber
data Jabatan Meteorologi Malaysia,berikut adalah skala data yang
telah dipantau mengikut lokasi stesen. Sebanyak 17 stesen berada
pada tahap tidak sihat iaitu di Pelabuhan Klang, Selangor (IPU
192), Petaling Jaya, Selangor (IPU 125) , Banting, Selangor (IPU
115), Shah Alam, Selangor (IPU 112), Kuala Selangor, Selangor (IPU
104), Cheras, Kuala Lumpur (IPU 111), Batu Muda, Kuala Lumpur (IPU
108), Nilai, Negeri Sembilan (IPU 106), Seremban, Negeri Sembilan
(IPU 104), Port Dickson, Negeri Sembilan (IPU 184), Pasir Gudang,
Johor (IPU 110), Larkin, Johor (IPU 117), Kota Tinggi, Johor
(IPU
, Indera Mahkota, Pahang (IPU 107), Balok Baru, Kuantan,Pahang
(IPU 149) , Paka, Terengganu (IPU 105) dan Kemaman,Terengganu (IPU
153) dan 3 stesen berada pada tahap berbahaya iaitu Bukit Rambai,
Melaka (IPU 428), Bandaraya Melaka (IPU 415) dan Muar,Johor (IPU
690).
2.0 PUNCA-PUNCA JEREBU /PENCEMARAN UDARA
2.1 Pembakaran
kejadian jerebu yang paling teruk dialami pada tahun 1997 adalah
disebabkan oleh pembakaran terbuka oleh negara jiran. Negeri Sabah
telah terjejas teruk akibat daripada fenomena ini. Pembakaran
terbuka di Kalimantan nyata telah membawa padah apabila api sukar
dikawal dan menjilat sebahagian besar kawasan hutan. Oleh kerana
Kalimantan agak berdekatan dengan Sabah maka penduduk semakin cemas
dan langkah berjaga-jaga telah dilakukan. Asap akibat daripada
pembakaran tersebut telah meliputi negeri Sabah dan menyebabkan
keadaan semakin teruk. Negeri tersebut terpaksa menghantar bantuan
kepada Kalimantan dan Indonesia untuk memadam kabakaran. Jabatan
Bomba dan Penyelamat Negeri telah menghantar 80 orang anggotanya
untuk tujuan tersebut. Pembakaran ini bukan sahaja menimbulkan
masalah kepada negara kita malah negara-negara lain yang berdekatan
seperti Thailand, Singapura, Brunai dan Filipina juga tercemar
dengan teruk. Hasil pembakaran ini telah menghasilkan gas Karbon
Monoksida iaitu gas yang sangat merbahaya dan boleh membawa maut
jika dihidu dalam suatu jangka masa yang panjang.
Sumber: Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak Darul Ridzuan
2.2 Pembakaran Bahan Api
Pembakaran bahan api seperti arang dan minyak juga adalah punca
utama pencemaran udara Bahan api juga adalah bahan organik dan
mempunyai unsur karbon. Oleh itu, pembakaran yang kurang lengkap
akan menghasilkan karbon monoksida. Arang adalah suatu bahan yang
mengandungi sulfur. Apabila terbakar sulfur akan berpadu dengan
oksigen di sekeliling menghasilkan sulfur dioksida melalui
persamaan:
S + 2O2-----------SO4
Sulfur dioksida ini kemudian akan berpadu dengan ion hidrogen
dalam wap di udara dan membentuk asid sulfurus. Selain itu, karbon
dioksida juga berpadu dengan ion hidrogen dan membentuk asid
karbonat.
Sumber: Jabatan Alam Sekitar negeri Perak Darul Ridzuan
2.3 Proses Perbandaran
Selain itu, wujudnya masalah jerebu ini adalah ekoran daripada
proses urbanisasi yang telah menggalakkan perkembangan sesebuah
bandar dan wujudnya lokasi-lokasi perindustrian yang menyediakan
peluang pekerjaan. Masalah ini wujud ekoran daripada proses
pertambahan penduduk samada secara semulajadi atau migrasi. Jadi
pertambahan bilangan perindustrian yang terdapat di sesebuah bandar
akan menghasilkan impak positif dan negatif terhadap kehidupan
masyarakat moden kini ( Tuan Pah Rokiah Syed Husin, 2003: 102).
Sumber: Jabatan Alam Sekitar MalaysiaSelain itu, pertambahan
perindustrian juga banyak membawa bahan pencemar yang akan
dilepaskan oleh industri melalui proses pembakaran bahan api.
Sekiranya bahan pencemar ini tidak dikawal, kehidupan manusia akan
terjejas kerana manusia berada di sekeliling kehidupan alam
sekeliling yang tercemar seperti pengeluaran asap dari kilang, gas
beracun, asap, debu dan sebagainya. Oleh yang demikian, hasil
daripada keadaan ini akan membahayakan kesihatan manusia kerana
bahan pencemar tersebut boleh menyebabkan sesak nafas di kalangan
penyakit asma, gatal hidung, pedih mata dan sebagainnya (Mohmadisa
Hasyim dan Mohamad Suhaily Che Ngah, 1997: 147-148).
3.0 KESAN-KESAN JEREBU
3.1 Kesihatan
Komponen-komponen yang terdapat pada jerebu seperti karbon
monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida, ozon, habuk dan
logam boleh membawa kesan yang buruk pada kesihatan manusia
terutama kepada golongan kanak-kanak, warga tua dan juga kepada
mereka yang menghidapi penyakit-penyakit tertentu seperti asma,
alahan, pneumonia dan penyakit paru-paru. Perokok dan para pekerja
di kawasan terbuka juga mempunyai risiko yang tinggi dalam
kesihatan mereka. Jadual 1 di sebelah menunjukkan kesan jerebu
kepada kesihatan manusia.
Jadual 1: Kesan pencemaran udara/jerebu terhadap kesihatan
manusia.
Bahan PencemarPuncaKesan
a)Asap - Pembakaran bahan
api -Pembakaran sampah
sarap -Cerobong asap kilang -Ekzos kenderaan
bermotor
-Menggangu pernafasan normal - Pembentukkan asbut yang
mengganggu
penglihatan
b) Debu-Kilang papan, kuari, simen,asbestos,batu kapur
-Serangan lelah pada pesakit asma -Batuk-batuk - Sesak nafas
c) Plumbum-Petrol berplumbum -Pembakaran bahan
bercat
- Menggangu keupayaan badan membina
Sel darah baru - Kerencatan dan kecacatan otak pada
kanak-kanak
d)Karbon
monoksida-Pembakaran bahan api yang tidak lengkap - Ekzos
kenderaan-Menghalang pembentukan oksihemoglobin Berpadu dengan
hemoglobin untuk membentuk karboksihemoglobin yang akan
menggantikan oksigen dalam darah -Melembabkan otak -Boleh membawa
maut sekiranya diambil dalam jumlah yang banyak
e) Oksida
nitrogen-Pembakaran bahan api pada suhu tinggi dalam kenderaan
berat atau kilang - Tindakan bakteria dalam tanah
-Menurunkan rintangan badan kanak-kanak terhadap selsema
-Mengganggu tisu peparu dan menyebabkan bronkitis serta kanser
-Bertindak balas dengan hidrokarbon untuk membentuk pengoksida
fotokimia yang memedihkan mata dan merosakkan tisu peparu
3.2 Sektor EkonomiApabila masalah jerebu ini semakin meruncing,
ia mula memberi kesan yang lebih besar pula. Ia boleh mangacam
pendapatan negeri apabila mula menjejaskan sektor ekonomi negeri
Sabah. Industri pelancongan misalnya adalah punca pendapatan yang
paling berpotensi di Sabah, industri ini teruk terjejas kerana para
pelancong bimbang dengan keselamatan mereka.
Sumber : New Straits Times, 25/9/1997, 4/8/1997 &
2/9/1997
4.0 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI 4.1 Melalui Pendidikan
Pengurusan alam sekitar boleh juga dilakukan melalui program
pendidikan alam sekitar iaitu samada secara formal atau tidak
formal. Program pendidikan ini juga boleh dijalankan oleh JAS dan
lain-lain agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan ditujukan
kepada setiap peringkat masyarakat iaitu pentadbir, orang ramai dan
juga kanak-kanak sekolah. Aktiviti ini dapat mempertingkatkan
kesedaran orang ramai terhadap alam sekitar serta tanggungjawab
bagi memperbaiki dan menjaganya. Aktiviti ini dianggap penting
kerana ia merupakan satu strategi pencegahan dan pengurusan alam
sekitar (Department of Invironment, 1989).
Selain itu juga melalui pendidikan ini kita dapat memperluaskan
tahap kesedaran orang ramai kerana pengetahuan terhadap isu alam
sekitar dari segi pemuliharaan alam sekitar atau terhadap implikasi
sosial dan ekonomi dalam mempengaruhi keputusan mengenai soal alam
sekitar adalah didapati kurang maju jika dibandingkan dengan rakyat
di negara lebih maju. Bahagian Alam Sekitar memainkan peranannya
sebagai kuasa perimbangan, antaranya ialah dengan berusaha memberi
pendidikan yang mana boleh dilakukan melalui sebaran am seperti
surat khabar, penerbitan Bahagian Alam Sekitar, Sekitar dan
penubuhan Unit Maklumat dan Pendidikan Bahagian Alam Sekitar,
sebaran radio, televisyen, kursus dan seminar (Sham Sani, Abdul
Samad Hadi, 1990: 402).
4.2 Larangan Pembakaran Terbuka
Untuk mengelakkan fenomena jerebu ini semakin menular dan
berulang semula, kerajaan dan juga badan-badan bukan kerajaan
menggariskan beberapa peraturan yang harus diikuti kepada semua
warganegara Malaysia. Kerajaan telah melarang pembakaran terbuka
kerana asap adalah penyumbang utama kepada jerebu. Selain daripada
itu pembakaran terbuka juga boleh menyebabkan kebakaran yang tidak
dapat dikawal contohnya seperti yang berlaku di hutan Indonesia
yang berpunca daripada aktiviti pembakaran hutan oleh golongan
petani sara diri da ia telah merebak ke Malaysia dibawa oleh angin
lazimnya monson barat daya (Tuan Pah Rokiah Syed Hussain, 2003:
120). Sikap golongan yang dinyatakan di atas ini telah mewujudkan
masalah kepada alam persekitaran sehinggakan Malaysia terpaksa
mengisytiharkan darurat jerebu pada 23-24 September 1997.
4.3 Pembenihan AwanAkibat daripada fenomena El-Nino, cuaca
kering dan kemarau telah melanda negara. Keadaan ini telah
memburukkan lagi keadaan, oleh yang demikian kerja pembenihan awan
terpaksa dilakukan untuk mendapatkan hujan. Apabila cuaca kering,
suhu awan menjadi tinggi, titisan air menjadi ringan, titisan yang
sangat ringan ini tidak dapat jatuh ke bumi sebagai hujan. Oleh
yang demikian iodin perak ataupun ais kering akan ditabur untuk
menurunkan suhu awan tersebut. Ais kristal akan terbentuk dan
semakin membesar lalu ditarik oleh graviti, ia akan jatuh ke bumi
dan bertukar menjadi titisan air apabila cair akibat daripada suhu
bumi yang panas. Hujan boleh membantu keadaan apabila ia membawa
bersama jerebu jatuh ke bumi.
4.4 Kempen HijauKerajaan juga menjalankan kempen hijau dan
menggalakkan penanaman pokok di rumah, pejabat, sekolah mahupun di
tempat membeli-belah. Pokok-pokok hijau mambantu menyerap karbon
dioksida di udara. Hutan mempunyai nilai yang amat besar kepada
alam sekitar kita kerana ia mempunyai fungsi-fungsi yang amat
penting seperti dapat mengukuhkan tanah, membenarkan peredaran air,
berfungsi mengawal komposisi atmosfera, menghadkan perubahan iklim
serta melindungi flora dan fauna. Namun kerana proses urbanisasi
yang tidak terkawal menyebabkan berlakunya kemusnahan alam sekitar
yang serius pada masa kini. Justeru itu pihak kerajaan sepatutnya
mengambil inisiatif dengan melakukan penggezetan hutan yang sedia
ada (Sham Sani, Abdul Samad Hadi, 1990: 442).
Contoh hutan simpan yang telah di gezetkan ialah Taman Negara,
Hutan Belum, Taman Endau Rompin, dan Hutan Simpan di Cameron
Higlands mestilah di luaskan dan digezetkan untuk memelihara dan
mengekalkannya. Contohnya seperti yang dilakukan oleh Kerajaan
Negeri Pulau Pinang yang menggezetkan hutan simpan Pantai Aceh
sebagai Taman Negara untuk tujuan menebat banjir (Chan dan Wan
Ruslan, 2000).
4.5 Penggunaan CFC
Kloroflorokarbon (CFC) adalah bahan yang stabil dan dikenali
dengan nama am Freon dan pemusnahan lapisan ozon ini adalah
disebabkan oleh atom klorin. Bahan-bahan aerosol biasanya
dimampatkan ke dalam tin-tin di bawah tekanan tinggi.
Kloroflorokarbon (CFC) digunakan sebagai mangkin dalam proses itu.
Selain itu, CFC digunakan dalam peti sejuk, penghawa dingin dan
sebagainya sebagai bahan rejan(propellant), pembentukan buih, dan
alat pemadam api. Sebenarnya, pemusnahan lapisan ozon dilakukan
oleh atom klorin. Didapati satu molekul CFC mampu memusnahkan 1000
molekul ozon. Oleh itu, sumber alternatif harus digunakan untuk
menggantikan kloroflorokarbon misalnya dengan hidrokloroflorokarbon
(HCFC) (Abdul Latif Ibrahim, 1992: 57) .
4.6 Perundangan Dan Dasar KerajaanSemua agensi kerajaan,
pertubuhan-pertubuhan, pihak swasta dan sebagainya boleh memainkan
peranan yang berkesan dalam menangani masalah jerebu. Jabatan Alam
Sekitar ( JAS) telah menjalankan program pengawasan kualiti udara
di seluruh Negara. Parameter yang diawasi termasuklah Karbon
Monoksida, Sulfur Dioksida, Nitrogen Dioksida, ozon dan habuk
terampai (PM10). Selain itu, pelbagai undang undang digubal dengan
tujuan mengawal kualiti alam sekitar. Peraturan ini dibahagikan
kepada 6 bahagian. Antaranya ialah, Peraturan Kenderaan Bermotor
dan Peraturan Kualiti Alam Sekitar. Peraturan Kenderaan Bermotor
(Kawalan perlepasan asap,1977) Peraturan ini menghadkan perlepasan
asap kenderaan iaitu dihadkan kepada 50 HDU.
Seterusnya, Peraturan Kualiti Alam Sekitar (Udara Bersih,1978)
Di bawah peraturan ini, Jarak industri dengan kawasan kediaman di
hadkan kepada 1000 meter (Chan Ngai Weng, 2002: 43). Jabatan Alam
Sekitar juga telah merancang satu Indeks Pencemar Udara yang juga
dekenali sebagai (IPU). IPU adalah satu sistem yang dibangunkan
bagi memaklumkan kepada orang awam tentang tahap kualiti udara dan
impaknya terhadap kesihatan mereka dengan cara yang termudah. lanya
juga suatu sistem kepekatan pencemar yang diukur pada skala antara
0-500.
Sumber: Jabatan Alam Sekitar negeri Perak Darul Ridzuan
Selain itu, menurut bab X1 dalam Rancangan Malaysia Ketiga
berdasarkan satu kenyataan yang telah di buat secara ringkas oleh
kerajaan, satu dasar kerajaan Malaysia berkaitan pembangunan dan
alam sekitar telah ditetapkan. Kualiti hidup rakyat dapat di
tingkatkan dengan adanya pembangunan yang pesat dalam sektor
perindustrian dan pertanian, malah secara tidak langsung dapat
menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan sosial. Walau bagaimanapun
aktiviti-aktiviti ini sebenarnya boleh menyebabkan kemerosotan
kualiti alam sekitar. Oleh itu yang paling penting sekali dalam
dasar ini ialah keseimbangan dalam kedua-dua proses tersebut iaitu
wujudkan Pembangunan Tanpa Kemusnahan. Untuk mencapai matlamat ini
kerajaan Malaysia telah menetapkan bahawa Dasar Alam Sekitar
Malaysia yang bersifat pragmatik dan bertujuan untuk mengurangkan
kesan-kesan buruk alam sekitar dan memelihara berbagai-bagai
ekologi (Sham Sani, Abdul Samad Hadi, 1990: 398).
Tanggungjawab Orang Ramai
Selain daripada tindakan yang dilakukan oleh kerajaan dan pihak
berkuasa, orang awam haruslah bertangungjawab dan sama-sama menjaga
alam sekitar ini. Antara tindakan yang boleh dibuat ialah elakan
mengunakn kenderan persendirian sebaliknya gunakan kenderaan awam
atau berkongsi kereta dan pada masa yang sama juga pemilik
kenderaan tersebut hendaklah memastikan kenderaan mereka tidak
melepaskan asap hitam dengan mengambil langkah-langkah yang ideal
contohnya hantar kereta ke bengkel untuk pemeriksaan dan
penyelenggaraan terutama bagi karburetor dan pam minyak supaya
berada dalam keadaan baik. Orang awam juga boleh membuat aduan
kepada Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta
Pihak Berkuasa Tempatan yang terdekat jika terdapat pembakaran sisa
pepejal dan laporan juga boleh dibuat kepada JAS mengenai sebarang
pembakaran terbuka yang dilakukan oleh industri, tred dan
ladang-ladang.
Cadangan Untuk Mengatasi Masalah Jerebu.
Tindakan diperingkat Tempatan telah dibuat semenjak 20 Jun 2013,
Majlis Keselamatan Negara telah mengaktifkan Jawatankuasa
Penyelarasan Pengurusan Jerebu mengikut tahap amaran (on alert)
dalam Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan yang melibatkan peranan
pelbagai agensi seperti Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar,
Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan, Kementerian Sains
Teknologi dan Inovasi dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia
serta Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Perintah Larangan Pembakaran Terbuka di bawah Seksyen
29AA(2)Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2001 yang dikeluarkan
oleh Ketua Pengarah Alam Sekitar pada 19 Jun 2013 ke atas aktiviti
pembakaran terbuka di negeri Selangor, Melaka dan Johor masih
berkuatkuasa; KECUALI bagi beberapa aktiviti iaitu pembakaran
mayat, pembakaran bagi tujuan keagamaan dan gril/barbeku yang tidak
dilakukan di kawasan tanah gambut.
Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengawasi dengan rapi status kualiti
udara di seluruh negara dan telahpun menggerakkan Pelan Tindakan
Jerebu Kebangsaan dan mengaktifkan Pelan Tindakan Mencegah
Pembakaran Terbuka di semua negeri. Selain daripada itu Jabatan
Alam Sekitar juga telah mempertingkatkan pelaksanaan Prosedur Tetap
Operasi (SOP) Program Pencegahan Kebakaran Tanah Gambut Yang Mudah
Terbakar bagi mencegah dan mengawal sebarang punca tempatan yang
boleh 4menyumbang kepada kemerosotan kualiti udara. JAS juga
mempertingkatkan penguatkuasaan ke atas pelepasan asap dari
kenderaan bermotor dan pelepasan dari industri.
Tindakan Peringkat dua hala (Bilateral) Kementerian Sumber Asli
dan Alam Sekitar telah membuat perbincangan dengan rakan
sejawatannya di Jakarta, Indonesia pada 26 Jun 2013 (Rabu) bagi
membincangkan bentuk kerjasama dalam usaha menangani masalah jerebu
merentasi sempadan. Malaysia juga akan terus menggesa Indonesia
untuk meratifikasi Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu
Merentasi Sempadan yang telah diwujudkan semenjak tahun 2002 serta
mempertingkatkan keberkesanan tindakan di peringkat tempatannya
melalui Pelan Tindakan Indonesia Dalam Menangani Pencemaran Jerebu
Merentasi Sempadan.
5.0 CARA MENCEGAH PENYAKIT AKIBATJEREBU
Perkara utama yang harus diambil berat ialah dengan menjaga
system pernafsan iaitu penutup hidung (nasal mask) hendaklah
digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di
luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka
yang dalam kumpulan berisiko tinggi. Bagi prerokok ynag mempunyai
anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit, jangan
merokok di dalam rumah kerana orang yang menghidu akan menghadapi
kesan yang lebih buruk berbanding dengan perokok tersebut. Selain
itu, aktiviti sukan di luar rumah haruslah dikurangkan dan orang
ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit
yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih. Bagi mereka yang
mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit
mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah
datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah
buruk. Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di
luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan
pada tahap berbahaya di kawasan mereka.
6.0 PENUTUP
Secara amnya masalah alam sekitar dan khususnya jerebu ini bukan
lagi menjadi isu di peringkat sesebuah negara tetapi sudah menjadi
isu di peringkat global. Masalah alam sekitar yang terbit daripada
proses urbanisasi perlu di pandang serius oleh pihak-pihak tertentu
dalam cuba mengawal dan merancang supaya aktiviti-aktiviti yang
dilakukan tidak merosakkan alam sekitar. Dalam mengejar arus
pembangunan manusia tidak searusnya mengorbankan alam sekitar untuk
meningkatkan kualiti hidup mereka. Tanpa mereka sedar di sebalik
arus pembangunan tersebut tersirat kesan yang amat menakutkan iaitu
impak negatif terhadap kualiti hidup mereka berdasarkan
pencemaran-pencemaran dan bencana yang telah di nyatakan. Manusia
perlu sedar ada cara yang lebih baik untuk berinteraksi dengan alam
sekitar dalam membentuk satu ikatan yang harmoni di antara manusia
dan alam sekitar. Manusia perlu bertanggungjawab terhadap kesalahan
yang telah dilakukan oleh mereka sendiri. Hal ini disebabkan tidak
akan wujud lagi satu alam sekitar fizikal yang baru sekiranya alam
sekitar yang ada terus di musnahkan. Setiap kata-kata Mahatma
Gandhi haruslah dihayati dengan seadanya iaitu kita bukan mewarisi
alam ini daripada datuk nenek kita tetapi kita meminjamnya daripada
anak cucu kita.
LAMPIRAN 1
Gambarajah 1: Seluruh kawasan dilanda jerebu
Gambarajah 2: Jerebu di Kuala Lumpur pada 2006
Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/JerebuLAMPIRAN 2
Sumber: Jabatan Alam Sekitar negeri Perak Darul Ridzuan
LAMPIRAN 3
Gambarajah 3 : Manusia seharusnya menghargai anugerah alam
BIBLIOGRAFI
1.Ab. Latif Ibrahim (1992). Pembangunan dan Kesannya Terhadap
Alam Sekitar di
Malaysia: Satu Pendekatan Geografi, Bahagian Geografi Pusat
Pengajian Ilmu
Kemanusiaan, Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.2.Chan Ngai
Weng (2002). Pembangunan, Pembandaran dan Peningkatan
Bahaya dan Bencana di Malaysia, Pulau Pinang: Universiti
Sains
Malaysia.
3.Mohmadisa Hashim dan Mohamad Suhaily Che Ngah (2005).
Pembangunan
dan Alam Sekitar Di Malaysia, Perak: Universiti Pendidikan
Sultan Idris.
4.Sham Sani, Abdul Samad Hadi (1990). Pembangunan dan Alam
Sekitar di
Malaysia Isu dan Pengurusannya, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan
Pustaka.
5.Tuan Pah Rokiah Syed Hussain (2003), Masalah Pembangunan
Industri di
Malaysia, Selangor: Utusan Melayu (Malaysia) Berhad.
6.Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Malaysia
abatan Alam Sekitar negeri Perak Darul
Ridzuan7.http://members.tripod.com/lttan/ 8.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Jerebu
Adalah amat penting bagi pembangunan dan pemeliharaan alam
sekitar diimbangkan supaya faedah-faedah yang didapati dari
pembangunan tidak disia-siakan oleh kos-kos bagi mengatasi
pencemaran alam sekitar.
_1234567891.ppt
Pembakaran sisa pertanian
_1234567893.ppt
Pembakaran sisa pertanian
_1234567895.ppt
Pembakaran sisa pertanian
_1234567896.ppt
Pembakaran sisa pertanian
_1234567894.ppt
Pembakaran sisa pertanian
_1234567892.ppt
Pembakaran sisa pertanian
_1234567890.bin