Top Banner
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran sains Yahya Sedik IPGKBL
30

Pendekatan pengajaran dan pembelajaran sains.ppt

Nov 19, 2015

Download

Documents

Elaine Ying
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
  • Pendekatan pengajaran dan pembelajaran sains Yahya SedikIPGKBL

  • Strategi pengajaran dan pembelajaranStrategi pengajaran dan pembelajaran dalam standard kurikulum sains mengutamakan pembelajaran berfikrah.

  • Pembelajaran berfikrah boleh berlaku melalui pendekatan-pendekatan seperti berikut:

    Inkuiri dan penemuanKonstruktivismeSains, teknologi dan masyarakatPembelajaran konstekstualPembelajaran masteriPembelajaran berasaskan projekPembelajaran pelbagai kecerdasanPembelajaran kooperatif

  • (1) Pendekatan Inkuiri dan Penemuan

  • Pendekatan inkuiri-penemuan merupakan pendekatan yang mementingkan pembelajaran melalui pengalaman.

  • Inkuiri secara am bermaksud mencari maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku.

    Penemuan merupakan sifat utama inkuiri.

  • Apakah inkuiri?Inkuiri adalah proses mengenal pasti dan menyiasat masalah, membina hipotesis, mereka bentuk eksperimen, mengumpul data dan membuat kesimpulan tentang masalah tersebut.

  • Apakah penemuan?Penemuan ialah proses mental dalam usaha memperolehi sesuatu konsep dan prinsip.Proses-proses penemuan tersebut termasuklah memerhati, mengelas, mengukur, meramal, memerihal dan membuat inferens.

  • Bagaimana murid belajar?Pembelajaran secara penemuan berlaku apabila konsep dan prinsip utama dikaji dan ditemui oleh murid sendiri. Melalui aktiviti seperti eksperimen murid akan menyiasat sesuatu fenomena dan mencapai kesimpulan sendiri.

  • Apakah peranan guru?Guru membimbing murid untuk memahami konsep sains melalui hasil inkuiri-penemuan tersebut.

  • Bagaimana dengan kemahiran?Kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik dikembangkan semasa proses inkuiri-penemuan ini.

  • PeringatanNamun perlu diingat bahawa pendekatan inkuiri-penemuan tidak sesuai digunakan dalam semua situasi pengajaran dan pembelajaran. Terdapat konsep dan prinsip lebih sesuai didedahkan secara langsung

    oleh guru atau melalui inkuiri-penemuan terbimbing.

  • (2) Konstruktivisme

  • Konstruktivisme adalah satu fahaman yang mencadangkan bahawa murid belajar sesuatu dengan cara membina sendiri pemahaman yang bermakna kepada diri mereka.

  • Antara unsur penting dalam kontruktivisme adalah:

    Guru mengambil kira pengetahuan sedia ada murid. Pembelajaran adalah hasil usaha murid itu sendiri. Pembelajaran berlaku bila murid menghubungkan idea asal dengan idea baru bagi menstrukturkan semula idea mereka. Murid berpeluang bekerjasama, berkongsi idea dan pengalaman serta membuat refleksi.

  • Kerangka alternatifIdea yang diperolehi oleh kanak-kanak tentang alam semula jadi berdasarkan pengalaman sendiri.

    Kerangka alternatif :Kerangka alternatif fenomenologiKerangka alternatif berdasarkan kosa kata.

  • Kerangka alternatif fenomenologiBenda berat akan tenggelamBenda ringan akan timbulBumi adalah rata

    Tafsiran yang berbeza tentang fenomema alam semula jadi

  • Kerangka alternatif berdasarkan kosa kataBinatang = haiwan-haiwan besar dan jinak seperti anjing, kucing, arnab dan lembu

    Pengalaman kanak-kanak yang terhad

  • Teknik mengenal pasti kerangka alternatifTemubual

    Soal selidik

    Adakah terdapat tumbuhan dalam gambar ini?

    Adakah ubi kayu sejenis buah?

    (a) Ya(b) Tidak

  • Teknik mengenal pasti kerangka alternatifRamalan, pemerhatian dan penerangan

  • Model pengajaran berasaskan konstruktivismeModel 5 fasa NeedhamModel Generatif OsborneModel InteraktifModel Open Ended Work in Science

  • Model 5 fasa Needham

  • Model 5 fasa Needham

  • Model Generatif OsbornePersediaan / AwalanFokusCabaranAplikasi

  • (3) Pendekatan sains, teknologi dan masyarakat

  • Pembelajaran yang bermakna akan berlaku jika murid dapat menghubungkaitkan apa yang dipelajari dengan kehidupan harian mereka.

  • Pembelajaran bermakna boleh berlaku dalam Pendekatan Sains, Teknologi dan Masyarakat (STM).

  • Tema dan objektif pembelajaran yang berunsurkan STM dijelmakan dalam dokumen standard kurikulum.

  • Pendekatan STM mengesyorkan pembelajaran sains melalui penyiasatan dan perbincangan berlandaskan isu sains, teknologi dan masyarakat.

    Pengetahuan sains dan teknologi dipelajari bersama dengan aplikasi sains dan teknologi serta implikasi kepada kehidupan masyarakat.