Page 1
PENDEKATAN PENDIDIKAN HOLISTIK DALAM MATA
PELAJARAN PERDAGANGAN KEUSAHAWANAN
KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU (KHB) TINGKATAN 2
Rohana Hamzah¹,Noorhasliza Binti Senin² dan Sarimah Ismail³
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia
e-mail: [email protected]
ABSTRAK : Pengajaran dan pembelajaran adalah proses terpenting dalam pendidikan.
Pengajaran merupakan proses penyampaian idea yang membantu pelajar mengubah tingkahlaku
ke arah memenuhi tujuan dan matlamat pendidikan iaitu melahirkan insan berakhlak mulia.
Hasrat ini bersesuaian dengan pendekatan pendidikan holistik yang mampu untuk merialisasikan
apa yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Melalui pendekatan
holistik, pembangunan potensi intelektual dilakukan seiring dengan pembangunan proses
pembangunan potensi spiritual yang menjadi asas kepada rangsangan perubahan emosi dan
tingkahlaku pelajar. Proses pendidikan holistikjuga bertujuan melatih transformasi minda pelajar
supaya mampu berfikir secara bersepadu bukannya terpisah. Oleh itu kajian ini bertujuan
membangunkan dan menilaikeberkesanan modul pendekatan pendidikan holistik bagi mata
pelajaran Perdagangan dan Keusahawanan Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) Tingkatan 2.
Keberkesanan modul diukur berdasarkan faktor Kepercayaan kepada Pencipta, pembangunan
kesedaran sifat bertanggungjawab kepada perubahan diri, masyarakat dan persekitaran.
Rekabentuk kajian ialah kajian quasi eksperimental dengan mengunakan ujian pra dan post
untuk menguji keberkesanan modul. Data terkumpul di analisa untuk mendapatkan peratusan
dan min. Ujian perbandingan “independent sample t-test” digunakan untuk menganalisa
perbezaan min. Seramai 40 orang pelajar Tingkatan 2 SMK Taman Universiti 2 yang mengambil
mata pelajaran Perdagangan Keusahawanan dalam Kemahiran Hidup terlibat sebagai sampel
kajian. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan di antara ujian post dan
pra bagi ketiga-tiga pemboleh ubah yang diukur iaitu Kepercayaan kepada Pencipta, sikap
bertanggungjawab kepada perubahan diri, tanggungjawab kepada orang lain dan persekitaran.
Kata kunci: Pendidikan, Pendekatan Pendidikan Holistik, Kemahiran Hidup Bersepadu,
Perdagangan Dan Keusahwanan.
1.0 PENGENALAN
Usaha menerapkan nilai keusahawan di kalangan rakyat di Negara ini telah dilakukan
oleh Kerajaan di peringkat sekolah lagi.Ia diterapkan melalui mata pelajaran Perdagangan
dan Keusahawanan yang merupakan salah satu komponen teras di dalam mata pelajaran
KHB. Tujuan komponen ini diperkenalkan ialah mendedahkan para pelajar dengan bidang
kerjaya dan maklumat perniagaan supaya para pelajar terdorong untukmenceburi bidang
perniagaan dan seterusnya menjadi seorang usahawan.Komponen teras ini mendedahkan
pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran asas perniagaan dan keusahawanan yang
menekankan amalan perniagaan termasuk aspek kewangan dan simpan kira, pengurusan
perniagaan dan konsumerisme.Ia bertujuan untuk memupuk sikap berdikari, yakin diri, tidak
berputus asa serta berkeupayaan mengenalpasti peluang perniagaan, menggunakan peluang
perniagaan dengan bijaksana dan bertindak sebagai pengguna dan pengeluar yang
bertanggungjawab.
Kemahiran dan nilai-nilai murni yang diterapkan adalah sejajar dengan hasrat
Falsafah Pendidikan kebangsaan (FPK) untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis
Page 2
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmaniberlandaskan prinsip keyakinan dan kepercayaan
kepada Tuhan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1992). Oleh itu proses pengajaran dan
pembelajaran adalah aspek yang terpenting dalam menterjemahkan dan menerap nilai
keusahawanan di dalam diri pelajar. Menurut Smith (1960) dan Cornell (1991) pengajaran
adalah satu aktiviti yang ditujukan kepada pelajar. Manakala Battle dan Shannon (1987) pula
berpendapat pengajaran merupakan proses penyampaian idea yang membantu pelajar
mengubah tingkahlaku ke arah tujuan dan matlamat pendidikan.
Pada asasnya tujuan pendidikan ialah untuk perubahan sikap dan tingkah laku
manusia (Yahya Jusoh dan Azhar Muhammad, 2007). Namun proses perubahan sikap
memerlukan ilmu yang bermakna, ilmu yang diyakini kebenarannya oleh pelajar sehingga
akhirnya mampu menyentuh hati dan akal fikirannya dan seterusnya mengubah cara hidup
atau jalan kehidupannya (Syed Abul A’la Al-Maududi, 1987). Oleh itu, seandainya proses
pengajaran tertumpu kepada usaha untuk membangunkan kecerdasan intelek semata-mata, ia
tidak menjamin kejayaan hidup seseorang individu (Golemen, 1995). Malah dengan hanya
memberi tumpuan kepada kecerdasan intelektual kita tidak mampu melahirkan insan yang
matang, tabah, berani, kuat, teguh dan rendah diri yang menjadi asas kepada pembangunan
diri seorang usahawan berdaya maju (Muhammad Mahyudin Nafis, 2007).
Oleh itu, proses pendidikan memerlukan satu pendekatan yang lebih bermakna.Bukan
sekadar mampu menyentuh akal fikiran tetapi juga mampu menyentuh hati sehingga
kehadiran makna terhadap isi pelajaran yang dipelajari oleh pelajar mampu membangunkan
emosi dan tingkahlaku yang positif.
2.0 PROSESPENDIDIKAN YANG BERMAKNA
Proses pendidikan bukan sekadar bermaksud proses memasukkan ilmu atau
memindahkah ilmu ke minda manusia malah ia merupakan satu proses membimbing makna
terhadap apa yang dipelajari oleh pelajar dengan lebih mendalam. Oleh itu proses P&P yang
hanya memberi fokus kepada pencapaian akademik berasaskan penguasaan kemahiran dan
pengetahuan yang terpisah daripada pembangunan kerohanian akan gagal melahirkan
manusia yang memahami makna dan hakikat kewujudan yang bersifat kerohanian ((Rohana,
2010).
Maka, proses pendidikan saharusnya bertujuan mendidik manusia agar mampu
memahami makna di sebalik apa yang dipelajari dan seterusnya mampu
memperkembangkan potensi dirinya sendiri, menerokai, menyintai ilmu,menyintai kebenaran
serta mampu berfikir dan bertindak secara adil dan bijaksana (Syed Naquib al-Attas, 2001).
Persoalanya apakah yang dimaksudkan sebagai membimbing makna yang mendalam
melalui proses pendidikan? Menurut Hasan Langgulung (2003) dan Rohana (2009a), proses
pendidikan seharusnya membawa manusia menyedari melalui penyaksiannya akan bukti dan
Page 3
tanda-tanda kewujudan Tuhan sebagai pemilik kuasa tertinggi (infinitif) melalui proses
pembelajaran dan penerokaan ilmu pengetahuan intelektual. Proses pembelajaran dan
pemerhatian melalui aktiviti pengajaran dan penbelajaran ilmu intelektual seharusnya
terbimbing oleh seorang pendidik yang mampu membawa pelajar mengerti tentang rahsia
disebalik kewujudan alam fizikal. Dalam erti kata lain, di dalam proses pendidikan, guru
sebagai pendidik perlu membimbing pemerhatian pelajar (pacaindra), pemikiran pelajar
(potensi intelektual dan logika) dan emosi pelajar untuk membangunkan keyakinan
(keimanan) kepada sifat-sifat kesempurnaan yang dimiliki oleh Pencipta (potensi spiritual).
Proses membimbing makna melalui prosesP&P boleh diringkaskan seperti di dalam rajah
berikut:
Rajah 1: Proses Bimbingan Makna Ilmu Intelektual Melalui Aktiviti P&P
Proses pendidikan juga dikenali sebagai proses transformasi potensi-potensi manusia
yang memerlukan manusia menemui jawapan kepada dua persoalan penting dalam
kehidupan iaitu tentang siapa diri saya dan apa tujuan hidup saya (Ahmad Sabri, 2003). Dua
persoalan penting ini akan membawa manusia menghayati konsep kebebasan diri
berdasarkan prinsip kebenaran universal. Penghayatan terhadap konsep kebebasan diri
bersandarkan kepada prinsip universal sangat penting kerana ia menentukan siapa manusia
apabila mereka di berikan kuasa dan tanggungjawab. Sekiranya manusia bertindak diatas
dasar ‟keakuan” dan kekuasaanku, mereka lebih cenderung untuk melakukan kezaliman dan
kerosakan. Oleh itu syarat utama pembangunan akhlak manusia ialah menyedari dengan
yakin akan kebenaran kekuasaan Pencipta yang memiliki segala sesuatu yang diperolehi
melalui pembelajaran ilmu intelektual. Oleh itu, sebagai makhluk bernama manusia mereka
tidak pernah memiliki apa-apapun melainkan dimiliki oleh Pencipta. Segala pangkat dan
harta hanyalah amanah atau kepercayaan yang dipinjamkan oleh Pencipta untuk
membolehkan manusia melaksanakan tugasnya sebagai pemimpin dengan penuh
bertanggungjawab. Maka kesedaran ini adalah asas untuk melatih tingkah laku manusia yang
lebih adil dan bertanggungjawab.
Kepercayaan dan keyakinan kepada Pencipta pemilik segala sifat infinitif adalah
kesedaran asas yang perlu di miliki oleh setiap warganegara Malaysia seperti yang termaktub
Page 4
di dalam FPK. Kesedaran ini juga adalah asas pembangunannilai terbitan yang lain seperti
kejujuran, keikhlasan, kasih sayang dan lain-lain.Nilai kepercayaan kepada Tuhan juga
merupakan prasyarat untuk membolehkan pelajar di bimbing tentang hakikat dan tujuan
kehidupannya seperti yang termaktub dalam Al-Quran yang bermaksud :
"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak
menjadikan seorang khalifah di bumi."
(Surah al-Baqarah, ayat 30)
Sekiranya kita perhatikan, semua yang ada disekeliling kita sedang mengalami
perubahan ataupun lebih dikenali sebagai evolusi. Namun perubahan ini memerlukan
pimpinan agar ia berlaku atau dilakukan berdasarkan perintah Pencipta. Oleh itu Allah
(SWT) telah melantik manusia sebagai khalifah atau pemimpin perubahan di muka bumi ini.
Maka tujuan manusia diciptakan untuk memainkan peranan sosial sebagai khalifah perlu di
didik melalui proses pendidikan agar perubahan yang dilakukan tidak menyebabkan
kemusnahan atau kezaliman baik kepada dirinya sendiri, orang lain dan makhluk lain di alam
ini.
Keupayaan manusia menyedari tujuan dan tanggungjawab sebagai khalifahatau
pemimpin perubahan pula adalah asas untuk membolehkan pembangunan potensi intelektual
dan kemahiran pekerjaan dapat di lakukan oleh manusia secara berterusan sepanjang hayat
dengan lebih berkesan. Kesedaran ini juga membolehkan proses pendidikan mampu
melahirkan manusia yang bertanggungjawab kepada kehidupan sebagai pemimpin perubahan
diri, keluarga, masyarakat dan Negara.Oleh itu pendidikan bukan sekadar tentang latihan
kemahiran atau pemikiran tetapi turut mencakupi pembangunan jati diri pelajar (Wan Mohd.
Nor, 2005). Rajah berikut menunjukkan kesan yang akan berlaku di dalam proses
transformasi potensi diri pelajar selepas pendekatan proses bimbingan makna ilmu dilakukan
di dalam aktiviti P&P
Rajah 2: Kesan Proses Pendidikan Yang Bermakna Kepada Pelajar
Page 5
Nilai Amalan
Pendekatan pendidikan seperti mana yang digambarkan di dalam dua rajah di ataslah
yang dimaksudkan dengan pendekatan pendidikan integrasi holistik. Pendekatan pendidikan
integrasi holistik bertujuan melahirkan manusia yang mampu berfikir secara bersepadu
diantara matlamat kehidupan yang akhirat (visi kehambaan hanya kepada Pencipta) dengan
matlamat kehidupan sebagai pemimpin perubahan (khalifah). Apa yang berlaku semasa
proses pengajaran dan pembelajaran ialah penyepaduan diantara kebenaran yang diperolehi
melalui pengujian dan pemerhatian ilmu intelektual dengan mesej ilmu wahyu (bukti
kewujudan dan keesaan Pencipta) (Rohana,2010; Syed Naquib al-Attas, 2001).
Menurut Sidek Baba (2006) ilmu dalam Islam terbentuk dalam acuan yang
sepadu.Ilmu-ilmu seperti akidah, ibadah dan akhlak serta yang lainya menjadi tunjang
gandingan dengan ilmu seperti sains dan teknologi serta ilmu-ilmu kemanusiaan.Islam tidak
menentang usaha-usaha penyelidikan mendapatkan data dan fakta, menghasilkan hipotesis
dan teori. Tradisi menyepadukan ilmu mendorong umat manusia untuk mengetahui apa yang
mereka perhati dan saksikan dan menghubungkan fakta dan data sebagai sumber dan bukti
kebenaran kebesaran Allah S.W.T.
Menurut Tajul Ariffin (1998) pembangunan insan yang seimbang dari aspek jasmani,
emosi, rohani dan intelek dilihat perlu dibangunkan seiring dengan paradigma tauhid yang
dapat diintegrasikan dengan kurikulum pendidikan dan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran pelajar seperti mana yang terdapat dalam Rajah 3. Sekaligus apa yang
dinyatakan dalam Objektif pengajaran adalah selaras dengan apa yang dikehendaki oleh
FPK.
Nilai Tertinggi
(Spiritual)
(akhlak / praktikel dalam
hubungan dan
tanggungjawab
sosial)
Rajah3: Model pembangunan insan berasaskan paradigma Tauhid.
Sumber: Tajul Ariffin et.al (1998) hlm: 203.
Emosi Intelek Jasmani
TAUHID
Rohani
Akhlak Ibadah
Akidah
Manusia
a
Alam
Memimpin
Page 6
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini adalah membangunkan modul pendekatan pengajaran integrasi
holistik bagi mata pelajaran Perdagangan dan Keusahawan KHB Tingkatan 2 (tajuk Asas
Keusahawanan). Objektif seterusnya ialah menilai keberkesanan Modul Pendekatan
Pendidikan Integrasi Holistik berdasarkannilai universal kepercayaan dan keyakinan
kepada Tuhan sebagai asas membangunkan jati diri usahawan.
4.0 METODOLOGI
Dalam ini, gabungan kedua-dua kaedah kualitatif dan kuantitatif disatukan sebagai
satu ‘integrated approach’ Bryman (2002). Pendekatan kualitatif dan kuantitatif digunakan
bagi mengukur pelbagai aspek berkaitan kajian sebelum, semasa dan selepas penggunaan
modul pendidikan holistik.Data-data kualitatif digunakan sebagai data sokongan untuk
mengukuhkan lagi dapatan kajian dan juga kajian permulaan bagi kajian ini.
Kajian ini merupakan satu kajian quasi eksperimental.Responden terdiri daripada 40
orang pelajar Tingkatan 2 SMK Taman Universiti 2 yang mengambil mata pelajaran
Perdagangan Keusahawanan dalam Kemahiran Hidup.Pemilihan lokasi ini adalah
berdasarkan pencapaian prestasi pelajar yang mengalami masalah dalam pembelajaran KHB
yang telah dicadangkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru iaitu En Hj. Yusoff Bin
Adam selaku Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Johor Bahru.
Data-data kajian terkumpul dianalisa menggunakan perisian ‘Statistical Package for
the Social Sciences version 16.0‘ (SPSS v20.0)dan dipersembahkan dalam bentuk peratusan
dan perbandinga min dengan mengunakan 'Independent Sample T Test' bagi mengukur
perbezaan diantara ujian pra dan ujian pos.
5.0 PEMBANGUNAN MODUL PENDEKATAN PENDIDIKAN
INTEGRASI HOLISTIK
Sebelum membangunkan sesebuah modul pengajaran, adalah penting bagi penyelidik
untuk menentukan apakah model reka bentuk pengajaran yang sesuai.Ia dapat membantu
pembangun menjalankan kerja-kerja pembangunan dengan lebih sistematik.Terdapat
pelbagai model reka bentuk pengajaran untuk dijadikan rujukan oleh penyelidik di dalam
menentukan susur galur modul perisian yang ingin dibangunkan diantaranya ialah Model
ASSURE, Model Dick and Carey, Model ADDIE, dan lain-lain lagi.Dalam kajian ini,
penyelidik telah memilih rekabentuk pengajaran Dick & Carey dalam pembinaan modul
pengajaran.Pembangunan modul bermula dengan pembangunan perancangan pengajaran dan
pembelajaran seperti di tunjukkan di bawah:
Page 7
Rajah 3: Contoh Perancangan Pengajaran mengunakan Pendekatan
Pendidikan Integrasi Holistik
Berikut dilampirkan pula beberapa contoh slide yang di bangunkan sebagai bahan bantudi
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Page 8
Rajah 4 : Pengenalan Modul Pembangunan Pendidikan Holistik
Rajah 5 : Latar Belakang Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari
Page 9
Rajah 6 : Mutiara kata Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari
6.0 DAPATAN KAJIAN
Jadual berikut menunjukkan dapatan kajian ujian pra dan pos bagi menilai
keberkesanan modul yang telah dibangunkan dan diuji.
Jadual 1 : Nilai Min Bagi Setiap Item Dan Nilai Min Keseluruhan
Bagi Ujian Pra Dan Ujian Pos Bil Item Min
Ujian Pra
Min
Ujian Pos
1 Salah satu syarat utama untuk menjadi usahawan berjaya ialah percaya dan
yakin kepada kewujudan Tuhan
2.35 4.23
2 Seorang usahawan berjaya sentiasa berusaha mendekatkan dirinya dengan
Tuhan
2.03 3.83
3 Seorang usahawan menyakini bahawa terdapat ilmu yang boleh dipelajari di
sebalik kegagalan, oleh itu kita tidak perlu berputus asa
1.95 4.00
4 Seorang Usahawan berjaya perlu berdoa, berusaha dan memohon
pertolongan Tuhan dalam menghadapi cabaran dalam kehidupan
1.90 4.10
5 Seorang usahawan berjaya yakin dengan ketentuan Tuhan yang disukai
mahupun tidak
1.90 3.60
6 Dari masa ke semasa saya akan memperkasakan ilmu kerana ilmu adalah
amanah dari tuhan
2.00 3.80
7 Saya percaya bahawa Tuhan itu maha melihat dan maha mengetahui apa
yang tersimpan di hati saya
2.00 4.10
NILAI MIN KESELURUHAN 1.75 3.95
Dapatan menunjukkan nilai min keseluruhan bagi ujian pra ialah 1.75 dan bagi ujian
pos pula 3.95.Ini menunjukkan terdapat perubahan pemahaman responden (pelajar) selepas
mengikuti modul pendekatan pendidikan integrasi holistik bagi mata pelajaran tersebut.
Page 10
Nilai min tertinggi bagi ujian pra ialah 2.35 dan ujian pos 4.23.Kedua-dua nilai min
tertinggi ini mewakili item yang pertama iaitu salah satu syarat utama menjadi usahawan
berjaya ialah percayadan yakin kepada kewujudan Tuhan. Disini membuktikan dimana
selepas mengikuti modul, responden menyedari bahawa nilai terpenting yang dipegang oleh
seorang usahawan berjaya ialah nilai kepercayaan dan keyakinan dengan kewujudan
Tuhan.Jadual di bawah pula menunjukkan dapatan bagi ujian perbandingan min.
Jadual 2 :Perbandingan min bagi ujian pra dan jian pos
berdasarkan analisis ujian t (Paired T-Test) Bil Soalan Kajian Min
Ujian
Pra
Min
Ujian
Pos
Perbezaan
Min
Niai t Signifikan
1
Membangunkan Jati Diri Usahawan
Berdasarkan Kepercayaan Dan Keyakinan
Kepada Tuhan
1.75
3.95
2.2
27.64
.000
Signifikan
Keputusan menunjukkan nilai t 27.64 signifikan pada aras 0.0 iaitu lebih rendah
daripada 0.5. Oleh itu terdapat perbezaan yang disignifikan diantara ujian pos dan pra dimana
nilai min ujian pos (3.95) lebih tinggi daripada ujian pra(1.72). Dapatan ini menunjukkan
modul pendekatan pendidikan integrasi holistik telah berjaya menerapkan nilai kepercayaan
dan keyakinan kepada Pencipta melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran
perdagagan dan keusahawanan.
Jadual berikut pula merupakan ringkasan daripada temubual yang dilakukan oleh penyelidik
dengan guru mata pelajaran.
Jadual : Respon guru mata pelajaran terhadap modul pendekatan pendidikan integrasi holistic
Apakah pendapat cikgu tentang modul
pendekatan pendidikan holistik dalam mata
pelajaran Asas Keusahawan secara
keseluruhan
Saya berpendapat modul pendekatan pendidikan holistik yang cuba
diterapkan di dalam mata pelajaran asas keusahawan merupakan satu
pilihan tajuk yang sangat tepat kerana diwaktu sekarang ini kerajaan juga
menggalakkan rakyat menceburi bidang usahawan. Walaupun kita
sebagai guru tidaklah mendidik pelajar secara langsung menjadi
usahawan, namun pendekatan nilai holistik yang cuba disampaikan
bersesuaian memberi pendedahaan kearah kebaikkan sama ada sebagai
usahawan ataupun tidak. Para pelajar juga tidak hanya didedahkan
semata-mata dengan pembelajaran yang berkaitan topik pembelajaran
malah pelajar di bawa keluar berfikir dari kebiasaannya dengan
merenung kaitan pembelajaran dengan Pencipta. Pengajaran dan
penerapan nilai holistik yang berterusan mampu membawa perubahan
tingkahlaku pelajar ke arah yang lebih baik dari sebelumnya.
Page 11
7.0 PERBINCANGAN
Guru memainkan peranan penting dalam dalam menterjemahkan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam usaha membangunkan
diri individu atau pelajar secara menyeluruh, seimbangdan bersepadu. Dapatan kajian
menunjukkan modul pengajaran yang dibangunkan berdasarkan pendekatan pendidikan
integrasi holistik mampu menjadikan proses pembelajaran ilmu intelektual oleh pelajar
menjadi lebih bermakna.
Dapatan ini menunjukkan pendekatan pendidikanmemainkan peranan yang sangat
signifikan dalam melatih dan membangunkan potensi diri pelajar secara menyeluruh.Guru
seharusnya memainkan peranan sebagai murabbi (pendidik), tidak sekadar mualim
(pengajar). Hal ini kerana peranan mualim berfokuskan pengajaran manakala murabbi
berfokus pendidikan.Matlamat utama seorang mualim (pengajar) adalah agar ilmu yang
diberikan itu dapat difahami dan diaplikasikan semula semasa peperiksaan (Muhammad
Jihad 2008:21). Manakala, matlamat utama seorang murabbi (pendidik) ialah untuk mendidik
jiwa muridnya supaya mereka terkesan dengan ilmu yang diperolehi melalui proses
pengajaran dan pembelajaran yang telah dilalui bersama. Tegasnya, seorang murabbi
mendidik makna ilmu agar ia lebih dihayati sekali gus membentuk keperibadian, sikap dan
tabiat pelajarnya yang mulia dan beradab. Jika tugas mualim banyak berlegar pada akal,
maka tugas murabbi pula adalah dari mata, ke akal dan sehingga meresap jauh dalam hati
pelajarnya.
Oleh itu pendekatan pendidikan integrasi holistik berkemampuan memenuhi tujuan
sebenar pendidikan iaitu membentuk perubahan sikap dan tingkah laku manusia (Yahya
Jusoh dan Azhar Muhammad, 2007). Respon yang positif daripada guru juga menunjukkan
pendekatan ini lebih berkesan untuk membangunkan akhlak pelajar. Malah ia mampu
menjadi asas yang kukuh kepada pembangunan jati diri seorang usahawan yang berpendirian
teguh berteraskan pegangan hidup di atas prinsip kebenaran universal iaitu kepercayaan dan
keyakinan kepada kewujudan Pencipta. Kesannya akan lahirlah insan yang matang, tabah,
berani, kuat, teguh tetapi sentiasa merendah diri yang akan mendorong pembangunan jati diri
seorang usahawan yang berdaya maju di sepanjang hayat kehidupannya (Muhammad
Mahyudin Nafis, 2007).
Meletakkan nilai pendidikan sebagai persediaan ke alam kerjaya bukanlah satu
kesilapan tetapi ia menjadi kurang sempurna tanpa matlamat pendidikanyang bertujuan
mendidik nilai spiritual dan sosial yang jelas. Matlamat pendidikan yang berakhir dengan
matlamat sosial atau kerjaya tanpa matlamat yang berteraskan nilai spiritual akan melahirkan
manusia yang keliru dan mudah dikawal oleh persekitaran kehidupannya yang sentiasa
berubah-ubah. Mereka akan menjadi pengikut kepada perubahan tetapi bukan pemimpin
kepada perubahan. Sedangkan, menurut Wan Mohd. Nor (2005), keupayaan manusia
menyedari tuju dan tanggungjawab sebagai pemimpin perubahan adalah asas untuk
membolehkan proses pembangunan kemahiran pekerjaan dengan lebih berkesan. Namun,
nilai kesedaran dan tanggungjawab sosial sebagai pemimpin perubahan adalah nilai-nilai
Page 12
yang hanya boleh diterbitkan dengan berkesan sekirannya nilai kepercayaan dan keyakinan
kepada Pencipta mampu diterapkan melalui proses pendidikan. Kepercayaan dan keyakinan
kepada Pencipta adalah nilai spiritual yang akan memandu perkembangan nilai sosial
manusia sebagai pemimpin perubahan diri, keluarga dan masyarakat. Nilai kepercayaan dan
keyakinan kepada Pencipta adalah nilai spiritual yang kekal abadi dan tidak akan dipengaruhi
oleh perubahan ruang dan waktu. Oleh itu dengan melahirkan manusia yang berpegang
kepada prinsip kebenaran universal yang kekal abadi akan membentuk jati diri seorang
usahawan dan mereka akan mampu menilai serta mencorak perubahan di persekitaran
kehidupan mereka.
7.0 KESIMPULAN
Berdasarkan kepada kajian yang dijalankan didapati pendekatan pendidikan integrasi
holistik adalah suatu alternatif kepada pendekatan pendidikan yang lain seperti pembelajaran
berasaskan masalah, pembelajaran inkuiri, pembelajaran berasaskan projek, pembelajaran
konstruktif dan lain-lain. Jika diperhalusi secara terperinci, kebanyakan pendekatan
pendidikan yang diasaskan oleh cendikiawan barat lebih tertumpu kepada matlamat
pendidikan untuk kejaya.Namun, matlamat pendekatan pendidikan integrasi holistik pula
lebih kepada untuk melahirkan insan yang memiliki jati diri atau berprinsip dan berakhlak
mulia serta mampu memainkan peranan mereka sebagai pemimpin perubahan di dalam
persekitaran pekerjaan yang bakal diceburi nanti. Dalam erti kata lain, pendekatan
pendidikan integrasi holistik memberi tumpuan kepada proses perkembangan ilmu yang
bermakna (epistemology of knowledge) di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Proses perkembangan ilmu yang bermakna pula memerlukan seorang guru yang mampu
memainkan peranannya sebagai sorang murabbi (pendidik) bukan sekadar seorang mualim
(pengajar).
8.0 RUJUKAN
Asmawati Suhid.Kerelevanan pendidikan nilai dan agama dalampembentukanmasyarakat
madani.Jurnal Pendidikan Islam, jilid 11, Bil.2, Mac 2005, hal.69-82.
Asmawati Suhid. Pemantapan Komponen akhlak dalam pendidikan Islam bagimenangani
Eraglobalisasi.Jurnal Kemanusiaan, Fakulti Pengurusan danPembangunan
Sumber Manusia, Universiti Teknologi Malaysia, Bil.6,Disember 2005, hal. 95-103.
Goleman, D. (1995). Emotional Intelligence: Why it can matter more than IQ.
New York: Bantam.
Hasan Langgulung (2003). Asas-Asas Pendidikan Islam. Jakarta: Penerbit Pustaka Husna
Baru.
Page 13
Kementerian Pelajaran (1992). Pusat Latihan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
(KBSM), Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum
Muhamad Mahyudin Nafis (2007). Yakin Diri 9 Jalan Cerdas Emosi dan Cerdas Spiritual:
Selangor, PTS Millenia Sdn. Bhd.
Pusat Perkembangan Kurikulum (1988) Falsafah Pendidikan Negara. Kementerian
Pendidikan.
Pusat Perkembangan Kurikulum (2005). “ Laporan Pemantauan Pelaksanaan Mata Pelajaran
Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) Tahun 2005.” Kementerian Pelajaran Malaysia,
Putra Jaya.
Rohana Hamzah (2010). Mengenali Manusia Asas Pembangunan Pendidikan Berkualiti.
UTM Skudai: Penerbit UTM Press
Rohana Hamzah (2009a). Development And Evaluation Of The Holistic Self Developement
Modules: A Study Among Arts And Design Students.Universiti Teknologi Mara. Shah
Alam: Tesis Doktor Falsafah
Sidek Baba. 2006. Pendidikan Islam dan permasalahan epistimologi.Seminar Tajdid
Pemikiran Islam ke-2. Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM), hlm 1-17.
Syed Muhammad NaquibAl-Attas. 1980. The concept of education in Islam.KualaLumpur:
ABIM
Tajul Ariffin bin Noordin dan Aini bte Dan (1992). Pendidikan Dan Wawasan 2020.
Kuala Lumpur: Arena Ilmu Sdn bhd
Yahya Jusoh dan Ahar Muhammad (2007).PendidikanSains dan Al-quran. Skudai: Penerbit
Universiti Teknologi Malaysia.