BAHAGIAN A
Generic Qualitative Approaches : Pitfalls and benefits of
Methodological Mixology by Renate M. Kahlke.
Soalan 1:Pendekatan Kualitatif Generik merupakan satu kaedah
yang dikenali sebagai kualitatif asas dalam menyelidik dan mengkaji
tentang interpretasi manusia yang menggabungkan lebih dari satu
metodologi bagi menghasilkan satu metodologi yang baru dan tunggal.
Dengan kata lain Pendekatan Kualitatif Generik ini merupakan satu
kaedah inkuiri yang terdiri dari pelbagai disiplin ilmu dan
akademik yang mampu berdiri sebagai satu asas kajian yang boleh
berdiri sendiri. Dalam artikel ini, penulis telah mengambil
pendapat beberapa ahli akademik sebagai rujukan kepada pendekatan
kualitatif generik. Penggabungan empat unsur iaitu epistemologi,
kerangka teori dan falsafah, kaedah dan strategi penyelidikan dan
kaedah atau teknik yang digunakan digabungkan bagi menghasilkan
satu metodologi yang baru yang akan dapat menyediakan satu
penyelidikan yang baik dan terancang. Walau bagaimanapun, kaedah
ini perlulah dirancang dengan baik, saling berhubungkait dan
bersesuaian antara keempat-empat unsur yang dinyatakan di atas
kerana ianya akan mengundang pandangan negatif yang tidak akan
dapat menjawab kepada persoalan-persoalan kajian seterusnya
mengukuhkan data dan maklumat yang diperolehi.
Soalan 2:Perbezaan antara gambaran kualitatif dengan tafsiran
kualitatif adalah gambaran kualitatif merujuk kepada satu aktiviti
kaji selidik yang ditakrifkan sebagai penyelidikan yang dirancang
untuk menghasilkan gambaran kesimpulan yang asas dari sesuatu
fenomena yang berlaku iaitu dengan meminimumkan kesimpulan yang
dibuat agar data yang diperolehi tidak jauh dari data asal, Ini
membawa maksud pengkaji yang menjalankan kajian penyelidikan akan
mencari kesahihan data melalui penilaian tepat berdasarkan
pemerhatian yang dipersetujui dan disepakati bersama oleh pengkaji
dan responden. Manakala tafsiran kualitatif pula merujuk kepada
pengumpulan data melalui pengalaman dan bukti dari amalan rutin
seharian yang kemudianya diterjemahkan dengan mudah dalam bentuk
perspektif dan pandangan pengkaji. Dengan kata lain, tafsiran
kualitatif bertujuan untuk memberikan makna kepada analisis,
menjelaskan pola atau kategori serta mencari hubungan antara
berbagai konsep. Dalam hal ini, hasil penelitian masih perlu
dinilai dan diuji kerana pengkaji menggunakan gambaran tafsiran
dari perspektif yang luas bagi mencari kebenaran atau pemahaman
terhadap sesuatu fenomena yang berlaku dan kemudian akan
ditafsirkan menjadi satu hipotesis atau teori bagi memahami
data.
Soalan 3 :Dalam melaksanakan pendekatan kualitatif ini, sememang
banyak menerima kritikan dari para pengkaji. Ini adalah kerana
sifat kualitiatif itu sendiri yang bersifat subjektif dan
keasliannya yang terdapat pada data kualitatit itu sendiri yang
mengundang kepada sejauh mana keesahan dan kebolehgunaan data
kualititif tersebut. Dalam hal ini terdapat 3 kelemahan atau
kekurangan yang terdapat dalam penggunaan pendekatan kualitatif ini
seperti yang diutarakan oleh Renate M. Kahlke. Antara yang sering
dikritik ialah teori yang digunakan dalam pendekatan kualitaitf ini
adalah tidak sah iaitu keengganan penerimaan pakai kaedah yang
digunakan dalam penyelidikan yang dilihat hanya cenderung pada
epistemologi dan teori yang telah ditetapkan oleh pengkaji,
Kebenarannya sering dipertikaikan disebabkan aspek-aspek dari
rangka kerja penyelidikan yag seringkali tidak dinyatakan dan
kurang diberi perhatian. Situasi ini dikukuhkan lagi dengan
pendapat Atkinson dan Delamont yang menyatakan bahawa penyelidikan
kualititif tidak dapat menjelaskan dengan lebih jelas dan tepat
asas epistemologi dalam kajian tersebut. Dalam menangani isu ini,
Renate M. Kahlke membidas bahawa dalam penyelidikan kualitatif,
konsep reduktif dan generik penyelidikan telah mencerminkan keadaan
yang lebih luas. Ketidaktepatan epistemologi yang berlaku itu
adalah disebabkan apabila pengkaji tidak memahami dengan lebih
mendalam tentang paradigma kerangka kerja kajian mereka seperti
epistemologi, aksiologi, serta medotologi.
Seterusnya, isu kedua yang menjadi kelemahan kepada pendekatan
kualitatif ini adalah bidang metodologi ini sukar untuk
dilaksanakan atau dijalankan kerana ianya memerlukan pengetahuan
yang luas dan sesuai atau bertepatan dengan bidang kesusasteraan
metodologi. Ironinya, kenyataan ini seringkali digunakan sebagai
alasan atau sebab yang kukuh atau rasional oleh para pelajar atau
pengkaji baru untuk memilih kaedah generik. Walau bagaimanapun,
dakwaan ini tidak membawa gambaran atau kenyataan yang jelas atau
tepat bahawa kerumitan bidang metodologi itu menyebabkan para
pengkaji memilih atau menggunakan kaedah generik. Pembelajaran
generik memerlukan pengkaji untuk mengetahui bidang metodologi yang
adakalanya lebih dari satu dengan cara itu barulah mereka dapat
memanfaatkannya dengan baik dan bukan sekadar mengaplikasikan
bidang metodologi dalam bentuk konteks (hubungan) bahkan
memanipulasi dan mengadunkan metodologi, dan juga untuk mendapatkan
alasan yang kukuh terhadap pilihan yang dibuat apabila berlakunya
ketiadaan hujah untuk diperbandingkan. Sebagai hasilnya, seseorang
pengkaji yang menggunakan pendekatan kualitatif generic akan merasa
tercabar untuk membaca dan berfikir dengan lebih meluas berkaitan
bidang yang dikaji. Tambahan pula, proses ini berfikir melalui
terutama dengan panduan daripada penyelia atau mentor, amatlah
berharga kepada mana-mana pengkaji yang menjalankan kajian malahan
ianya membawa kepada hasil pengetahuan dan kerja metodologi yang
hebat. Pada tahap mempelajari ilmu pengetahuan dan teori,
kebergantungan tehadap kaedah disiplin ilmu metodologi dan andaian,
sebenarnya boleh menghalang proses berfikir melalui bagi seseorang
pengkaji untuk membuat andaian dan pilihan. Namun, para penyokong
pendekatan kualitatif metodologi telah bersetuju bahawa memilih
kajian atau penyelidikan termasuklah metodologi dan kaedah,
seharusnya perlu dimaklumkan melalui soalan kajian dan bukan dengan
cara yang lain atau tidak sepatutnya. Isu yang ketiga adalah
mengenai kesulitan yang bakal dihadapi oleh penyelidik yang membuat
persediaan dan persembahan hasil kerana penyelidik dikatakan tidak
mempunyai dasar kepercayaan bagi membuat pengesahan. Ini adalah
kerana kemungkinan besar pengakaji akan mengemukakan pandangan atau
pendapat yang akan berat sebelah yang boleh menjejaskan dan memberi
kesan pada kajian. Walau bagaimanapun, penulis membahaskan isu ini
kerana pendekatan generik mempunyai kelebihan yang tersendiri yang
dapat menghasilkan atau membina satu rangka kerja penyelidikan
generik yang baru yang merangkumi aspek epistemology, teori,
metodologi dan kaedah. Yang mana penyelidik akan memilih kaedah
yang akan bekerja bersama-sama yang akan menjawab persoalan
kajian.
Soalan 4 :
Dalam artikel ini terdapat beberapa kelebihan pendekatan
kualitatif generik yang diutarakan. Antaranya ialah kewujudan
bidang metodologi tidaklah terbatas manfaatnya. Mereka menawarkan
faedah yang sangat baik dan sesuai kepada kebanyakan bidang
pembelajaran khususnya kepada pelajar generik khusus yang
menawarkan kesusasteraan kukuh beserta perbahasan penting
metodologi yang membawa kepada penghasilan pelbagai alat untuk kita
gunakan atau menafaatkan di dalam kerja kita sendiri. Walau
bagaimanapun akan terdapat sedikit/sebilangan kekangan yang
disebabkan oleh kebergantungan untuk membentuk metodologi di dalam
kajian atau penyelidikan kualitatif. Para penyelidik yang ingin
mengubahsuai kaedah metodologi sedia ada atau ingin menghasilkan
kaedah baru amat memerlukan satu sesi perbahasan yang boleh
mencabar peraturan metodologi; Perbahasan ini akan dapat membantu
utk mengekalkan berada pada landasan yang betul ketika berada pada
tahap kritikala atau jalan buntu dan keperluan untuk mempertahankan
hujah, pendapat atau pilihan yang dibuat walaupun dalam mengukuhkan
kaedah kualitatif. Kelebihan pendekatan kualitaitif generik seperti
yang diutarakan oleh Lim dalam artikel ini adalah pendekatan
kualitatif generik ini menekankan keperluan untuk membina
metodologi baru bagi memasukkan bidang baru untuk menyokong
penyelidikan dengan menggunakan teori praktikal yang baru. Selain
itu, menurut Lim juga bahawa walaupun penyelidik bekerja di kawasan
lapangan kajian yang baik mungkin mendapat merit dalam generik
kualitatif" dicadangkan agar apabila banyak persoalan yang
ditimbulkan dikawasan yang dikaji berkemunkinan akan memberikan
satu sudut pandangan atau perspektif yang baru, atau dengan
bertanyakan soalan melalui kaedah atau cara yang baru. Melalui
pandangan yang diutarakan oleh Lim ini menunjukkan ke arah
keperluan yang lebih terbuka dalam pendekatan kualitatif generik
dan ini akan diambilkira dengan lebih mndalam lagi seterusnya dalam
mengartikulasikan pendekatan baru.Seterusnya, kelebihan kualitatif
generik ini akan dapat menerangkan keadaan sebenar menerusi kajian
yang bersifat induktif, humanistik dan holistik serta mementingkan
pandangan peserta ataupun responden kajian dan dengan pendekatan
ini membolehkan pengkaji menemui pembolehubah bermakna,
menghasilkan pelbagai kesimpulan kajian kerana pendekatan ini tidak
berasaskan teori, generalisasi dan hipotesis. Dengan perkataan
lain, pendekatan ini akan dapat memberi ruang kepada pengkaji untuk
mendekati dan memahami situasi kajian seterusnya menggunakan
pelbagai perspektif sebelum mencipta sesuatu pemahaman tentang
fenomena yang belaku. Maka dengan itu, akan membolehkan pendekatan
metadologi baru dirancang untuk menyokong bidang baru penyelidikan,
perspektif teori baru, soalan baru atau pendekatan baru kepada
masalah penyelidikan lama.Selain daripada itu, kelebihan pendekatan
ini juga dapat dilihat dari segi penginterprestasian manusia yang
mana penyelidikan kualitatif lebih berfokuskan penelitian fenomena
daripada pelbagai perspektif dan pembinaan makna adalah dari
perspektif subjek. Justeru, penyelidik kualitatif lebih menerima
perspektif interpretivisme yang berkembang apabila wujud kelompok
yang tidak berpuas hati dengan pandangan perspektif
pasca-positivisme. Sarjana teori interpretif berpendapat bahawa
pasca-positivisme terlalu bersifat mekanikal terutama di dalam
menjelaskan hubungan interaksi manusia. Mereka berpendapat bahawa
manusia sepatutnya lebih memahami dunia dengan memberi ruang
interaksi secara lebih terbuka di antara sesama manusia malah turut
menekankan bagaimana manusia sepatutnya bertingkah laku di dalam
dunia sosial. Hakikatnya, terdapat sesetengah persoalan kajian yang
tidak mudah dijawab melalui penyelidikan kuantitatif yang
memerlukan penjelasan kualitatif dalam menginterpretasi fenomena
manusia.Dan akhir sekali kelebihan pendekatan ini adalah pengkaji
merupakan alat kajian yang boleh melakukan pertimbangan peribadi
dan budi bicara sepanjang proses pengumpulan data iaitu dengan
membina rumusan kajian yang bermakna. Dengan ini, penyelidikan pada
masa hadapan akan lebih menjurus kepada hasil kerja kumpulan. Oleh
yang demikian, hasil kajian akan lebih bermanfaat dalam menentukan
keputusan setiap tindakan Ini adalah kerana penyelidikan kualitatif
tidak semestinya menyediakan jawapan yang cepat dan mudah kepada
isu-isu kompleks yang dihadapi tetapi para penyelidik akan dapat
menawarkan alternatif-alternatif yang mungkin berjaya menyelesaikan
masalah.Sebagai kesimpulannya, pendekatan kualitatif dapat
membongkar dan memberi pemahaman terhadap apa yang berlaku di
sebalik sebarang fenomena yang kurang diketahui. Pendekatan
kualitatif juga dapat menghuraikan dan menjelaskan data secara
terperinci dan mendalam. Maka dengan demikian, seorang pengkaji
akan dapat menumpukan kepada pengutipan data maklumat yang banyak.
Oleh itu, kelebihan pemilihan kualitatif sebagai metode yang sangat
efektif dalam membincangkan faktor-faktor yang bukan bersandarkan
numerikal.
BAHAGIAN B :
Tajuk Kajian Kes :Mengkaji Interaksi Antara Pelajar Berbilang
Etnik Bagi Pelajar Tahun 1 Semasa Waktu Rehat Sekolah.
Pengenalan :Kita sedia maklum bahawa pelajar di dalam sebuah
bilik darjah adalah terdiri daripada pelbagai ras atau etnik, yang
mana pelajar-pelajar ini membawa budaya mereka tersendiri dan
berbeza daripada budaya makro (budaya dominan) yang menjadi budaya
formal sekolah. Dalam hal ini, pelajar berbeza dari segi cara
mereka berkomunikasi (verbal dan bukan verbal), nilai-nilai sosial
dan intelektual, cara berinteraksi, gerak badan dan pandangan
(world view) mereka yang dipengaruhi oleh budaya masyarakat asal
mereka.Guru juga dilihat membawa budaya mereka tersendiri ke dalam
bilik darjah. Jika perbezaan timbul di kalangan pelajar dan antara
pelajar dengan guru dari segi cara mereka berkomunikasi, pandangan,
nilai, dan sebagainya maka akan timbul masalah dalam interaksi
antara mereka. Jika guru tidak peka kepada kelainan ini, maka akan
timbullah salah faham, prejudis dan stereotaip di antara guru
dengan pelajar.Terdapat kajian menunjukkan bahawa pelajar mempunyai
stereotaip yang tertentu (selalunya negatif) terhadap etnik yang
lain dan lebih positif kepada guru yang sama etnik dengan mereka.
Satu masalah yang timbul dalam bilik darjah berbilang etnik dan
budaya di mana pelajar dan guru tidak saling memahami antara satu
sama lain yang menyebabkan ada golongan pelajar yang akan berasa
terpinggir dan kurang dapat melibatkan diri dengan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjahnya.Justeru, dalam hal
ini seandainya wujud berbilang budaya di dalam kelas, maka beberapa
strategi boleh digunakan oleh guru untuk memastikan tiada pelajar
yang berasa terpinggir lantaran ras tau etnik dan budaya mereka.
Sebagai kesimpulannya, kepelbagaian yang wujud antara pelajar perlu
dikaji dan difahami dengan sebaiknya dalam membantu memahami gaya
pembelajaran setiap orang pelajar dalam menentukan strategi
pengajaran yang lebih berkesan.
Tujuan Penyelidikan:1) Memerhati interaksi antara pelajar
berbilang etnik (Sungai, Melayu, Bugis, Jawa dan Dusun)2) Menilai
hubungan antara perwatakan etnik dan budaya etnik pelajar yang
terbabit mempengaruhi persefahaman dan sikap kerjasama antara
pelajar yang berbilang etnik.
Persoalan Kajian :1) Adakah perbezaan etnik di kalangan pelajar
mempengaruhi interaksi dengan rakan sekelas?2) Adakah perbezaan
budaya di kalangan pelajar mempengaruhi kerjasama dengan rakan
sekelas?3) Adakah perbezaan bahasa di kalangan pelajar akan
mempengaruhi persefahaman dengan rakan sekelas.
Sasaran : Sejumlah 25 orang pelajar Tahun 1 yang terdiri
daripada 13 lelaki dan 12 perempuan. Murid-murid ini kurang
berkomunikasi antara satu sama lain jika dibandingkan dengan
kelas-kelas tahun 1 yang lain. Situasi ini sangat berbeza dengan
situasi pelajar tahun 1 jika dibandingkan dengan pelajar tahun 1 di
tahun yang lepas. Ini adalah kerana kelas ini merupakan kelas
hadapan atau pun kelas pandai yang mana kelas tahun 1 sebelum ini
yang berada di kelas hadapan sangat aktif, ramah, kuat berbual-bual
dengan rakan sekelas serta petah berbicara. Oleh itu saya
menjalankan kajian kes ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut
adakah perbezaan etnik di kalangan pelajar ini merupakan salah satu
punca kurangnya interaksi dan kerjasama antara para pelajar.
Kaedah Penyelidikan Yang Digunakan :Kajian ini akan dilaksanakan
menggunakan kaedah pemerhatian iaitu mengikut proses dan prosedur
dalam kajian tindakan. Kaedah pemerhatian digunakan untuk merekod
tingkah laku dan interaksi responden iaitu pelajar Tahun 1 dalam
kajian ini. Jenis pemerhatian yang digunakan adalah pemerhatian
tidak turut serta iaitu pengkaji hanya bertindak sebagai pemerhati
terhadap situasi yang diperhatikan. Manakala cara untuk mendapat
data melalui kaedah pemerhatian ini adalah menggunakan pemerhatian
tidak berstruktur iaitu menggunakan nota lapangan yang mencatat
tingkah laku, perbualan, keadaan tempat, interaksi antara pelajar,
serta perkara-perkara yang diperlukan dalam kajian ini. Kaedah
pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan yang digunakan untuk
mengukur pemboleh ubah penyelidikan. Pemerhatian juga merupakan
alternatif yang ada dalam mengumpul maklumat atau pengumpulan data
selain soal selidik dan temuduga. Melalui pemerhatian, penyelidik
dapat mengamati sesuatu tingkah laku subjek berpandukan pemboleh
ubah-pemboleh ubah yang telah dikenal pasti. Peranan penyelidik
ialah sebagai pemerhati terhadap perubahan-perubahan tingkah laku,
mendengar, serta melihat tingkah laku subjek sama ada dari jauh
atau dari dekat.Semasa menggunakan kaedah ini, penyelidik atau
pemerhati perlu rnemerhati sampel-sampelnya dalam tempoh masa yang
tententu.. Biasanya ciri-ciri yang ingin diperhati adalah sangat
halus dan terperinci dan ini menjadikan keputusan yang dibuat lebih
tepat.Kaedah pemerhatian sesuai digunakan khususnya dalam kajian
ini kerana penyelidik ingin mengkaji perkembangan tingkah laku dan
interaksi antara pelajar dalam sesuatu unit social khsususnya di
kalangan pelajar yang berbilang etnik ini, iaitu dengan mengkaji
perkembangan tingkah laku pelajar, cara berkomunikasi, cara
bermain, serta tingkah laku agresif yang mungkin berlaku.
Langkah-Langkah Sebelum dan Semasa Menjalankan Pemerhatian
:Sebelum membuat pemerhatian, penyelidik perlu membuat perancangan
yang baik dan teliti. Setiap pemerhatian mestilah mempunyai tujuan
tertentu, dilakukan secara sistematik, mempunyai fokus, dan
mestilah dicatatkan secara rapi dan betul. Catatan yang dibuat
mestilah tepat, sah, dan boleh dipercayai. Maka dengan itu, berikut
merupakan asas atau prinsip sebelum dan semasa menjalankan
pemerhatian:1) Menyedari keadaan sekeliling iaitu dapat membezakan
di antara tingkahlaku yang subjektif dan objektif. Dalam hal ini
penyelidik akan dapat membezakan di antara deskripsi dan membuat
inferens serta tidak terpengaruh dengan frasa soalan yang
menghadkan pemerhati memerhati tingkahlaku yang maujud dan juga
zahir.
2) Sentiasa bersedia untuk membuat pemerhatian dengan membuat
keputusan tentang jenis tingkahlaku, tindakan, dan kemahiran yang
ingin diperhatikan, membuat pelan sampel serta menyediakan borang
pemerhatian untuk merekod kekerapan sesuatu tingkahlaku, tindakan,
dan kemahiran itu timbul.
3) Memerhati dan merekod bagaimana pelajar melakukan tingkahlaku
tersebut. Prosedur pemerhatian ini boleh dalam bentuk formal
ataupun tidak formal
4) Buat ringkasan atau rumusan kepada hasil pemerhatian dengan
jelas dan berguna sebagai satu "feedback" kepada setiap pelajar dan
kumpulan dan bantu pelajar dalam menganalisa data pemerhatian dan
membuat refleksi tentang bagaimana tingkah laku yang diperatikan
boleh diubah bagi membantu kemahiran komunikasi di kalangan pelajar
yang akan memberi impak kepada sesi pembelajaran pelajar di dalam
kelas seterusnya membantu pelajar mencapai tahap yang lebih
efesien.
Refleksi dan PenilaianBerdasarkan dapatan yang diperolehi
daripada nota lapangan yang direkodkan, penyelidik akan membuat
perbandingan dan analisis tingkah laku, sikap dan reaksi para
pelajar berkenaan sebelum membuat sebarang keputusan tindakan
susulan yang bakal dilaksanakan. Faktor-faktor lain seperti faktor
persekitaran dan pandangan dari guru mata pelajaran yang lain juga
akan diambil kira bagi mengukuhkan dapatan data yang
diperolehi.
BAHAGIAN C :
Tajuk / Aktiviti:Suasana di Bilik Guru Selepas
PeperiksaanObjektif Kajian:Mengkaji sikap guru-guru selepas
pepeiksaan dijalankanTempat Pemerhatian : Bilik Guru Masa
Pemerhatian:Jam 8.00 8. 45 pagi
MasaObjekAktivitiCatatan
8.00 pagiO1, O2, O3, O4, O5
O6. O7, O8, O9Menuju ke kelas Tahap 1
Memeriksa kertas jawapan pelajar-Masuk kelas mengajar sambil
mengambil kedatangan kelas masing-masing
- O6 menanda kertas jawapan BI tahun 6 dan berjalan ke meja O8
untuk mendapatkan pandanagn jawapan pelajar yang mengelirukan.- O7
dan O9 turut sama join dalam perbincangan berkenaan walaupun
sebenarnya mereka berdua adalah guru BI tahap 1 sahaja.
8. 10 pagiO10, O12, Masuk bilik guruBaru habis mengajar masa
pertama
8.12 pagiO1, O4Masuk bilik guruDari kelas selepas selesai
mengambil kedatangan murid
8. 16 pagiO4, O7, O8, O9Keluar dari bilik guru -O4 mempelawa O7
pergi ke kantin.
8. 20 pagiO10, O12,
O11, O13Sedang tekun memeriksa jawapan kertas peperiksaan Bahasa
Melayu I
Masuk ke bilik guru menuju ke meja beberapa orang guruMarkah
perlu disiapkan untuk di key-in dalam SAPS.
Mencari guru yang masih belum masuk ke kelas
8.22 pagiO10, O11, O12, O13Keluar semula dari bilik guruMasuk ke
kelas masing-masing
8. 23 pagiO14, O15Masuk ke bilik guruBaru habis minum dari
kantin. Terus menghadap laptop dan mengisi markah dalam system SAPS
tetapi berlaku sedikit masalah sambungan internet.O14 : Alamak,
line sangat slow pula. Tak dapat key-in markah laO15 : Saya boleh
juga key-in baru sekejap tadi. Mungkin memang line slow agaknya.
Teruskan mencuba geng
8. 25 pagiO15Keluar dari bilik guruMasuk kelas mengajar
8. 30 pagiO1, O14Sedang berbual-bual & berbincangBerbincang
mengenai HUPAC 2014
8. 30 pagiO16, O17, O18, O19, O20Masuk ke bilik guru-Menuju ke
meja O10 dan O12 untuk mendapatkan markah BM 1 kelas Tahun 2 dan
Tahun 3 O19 : Kak Yam, mana Cikgu Zarul ?O1 : Dia baru sahaja
keluar tadi, pergi minum.O19 : Mana dia simpan markah BM 1 kelas
saya ya?O1 : Ekitu saya tidak tahu. Bagus tunggu dululah dia
datang.O20 : Saya pun mau markah kelas saya juga ni.O16 : Ehkau
punya kelas itu guru BM bukan Cikgu Zarul tapi Cikgu Ilya.O20 : Oh
yakah ? Tapi mana Cikgu Ilya ni pula.O17 : Mungkin dia pun keluar
minum juga.
8. 32 pagiO1, O14O16, O17, O18, O19, O20Sedang berbincang
Berbincang mengenai HUPAC 2014Mengenai tugas-tugas yang perlu
dilaksanakan semasa HUPAC nanti.O19 merungut ;O19 : HUPAC tinggal
berapa hari lagi, tapi banyak markah kelas masih belum siap di
periksa oleh guru.O14 : Saya masih dalam proses menanda kertas
peperiksaan lah ni tapi subjek Sains pula.O18 : Samalah juga dengan
saya, saya sedang memeriksa kertas peperiksaan juga ni tapi subjek
Matematik Kertas 2. Nahbukan ini senang-senang di periksa. Mana
lagi kelasku pegang banyak ada 12. Baru 7 kelas yang siap
diperiksa. Daripada ko marah-marah situ, bagus kau tolong aku
periksa yang lain ni.O19 : Alamaksaya pun banyak kerja lain juga
ni..O20 : Nah kan kau pun mengelak. Jadi lain kali jangan banyak
cakap.-O19 pun keluar dari bilik guru
8. 35 pagiO1, O20Keluar dari bilik guruMenuju ke tandas guru
8. 38 pagiO1, O20Masuk semula ke bilik guru dan memeriksa kertas
peperiksaan pelajar.O1 : Iffah, saya sudah siap memeriksa kertas
peperiksaan Pend. Agama Islam. Saya pnya kelas Tahap 1 saja jadi
tidak banyak. Mari saya tolong periksa itu kertas Matematik. Tapi
Kertas 1 sahaja lah yang ada sudah jawapan. O18 : Adui terima kasih
lah.. Nah ko tolong tanda ini kelas Tahun 4A, 4J sama 4I. Ini dia
punya jawapan sudah.O20 : Iffah, saya pun mahu tolong juga.O18 :
Ai..kau pun sudah siap ka paper kau?O20 : Ya siap sudah kertas
Sains saya periksa. 1 kelas sahaja tahun 6 sekejap saja. Bukan
susah juga itu. O18 : Nah syukurlah, kau tolong periksa ini
Matematik Kertas 1 juga tapi kelas Tahun 3D sama 3I. Kalau begini
mau siap sudah ni saya punya subjek ni. Thank you a sama kamu
dua..nanti saya belanja minumO20 : Welcome ba friend..
8. 40 pagiO4, O7, O8, O9Masuk ke bilik guru dan buat kerja.Baru
siap minum dari kantin dan duduk berbual sambal menyiapkan rekod
prestasi pelajar.O4 : Banyak lagi rekod prestasi pelajar kelas mu
yang belum siap?O9 : Tinggal sikit lagi ni dalam 5 rekod lagi. Nasi
baik semua guru mata pelajaran di kelas ku sudah selesai key-in
markah dalam SAPS, kalau tidak memang belum siap la ni sampai
sekarangO4 : Bila tarikh menandatangan buku rekod oleh ibubapa
tu?O9 : Lusa sudah tu. Lepas ni, aku mau jumpa GB la ni minta
tandatangan buku rekod prestasi pelajar kelas ku.O4 : Kalu begitu,
aku pun mau kasi siap cepatlah ni sebab lepas ni membuat lagi aku
buku aturcara untuk HUPAC kita tu.O9 : Jom kita kasi siap cepat
8. 41 pagiO7, O8Menuju ke meja guru di mana sekumpulan guru
sedang duduk berbincangMenyertai perbincangan mengenai tugas dan
perkara-perkara yang masih belum selesai sebelum HUPAC 2014.
8. 42 pagiO10, O15Masuk ke bilik guruMencari guru yang belum
masuk kelas
8. 43 pagiO4, O9,
O10, O15Keluar dari bilik guru Masuk ke kelas masing-masing
sambal membawa buku latihan murid.
Masuk ke kelas yang tidak ada guru
8. 45 pagiO17, O21Keluar dari bilik guruMenuju ke kantin
sekolah
8. 45 pagiO15,
O22, O23, Masuk ke bilik guru-Menyambung kerja menyemak kertas
peperiksaan sambil berkata
Berbincang tentang penyediaan khemah sempena Perkhemahan Perdana
Unit Beruniform pada hujung minggu ini.O22 : Rul, khemah sudah ada
tersedia ke:O23 : Khemah ada tapi belum cukup lagi, ada 2 khemah
lagi yang diperlukan.O22 : Cuba Tanya dengan Sk. Kota, kalau ada
boleh pinjam dengan dorang.O23 : Ok, nanti saya suruh AJK Peralatan
buat surat hari ni juga dan terus hantar ke sana.O22 : Ok..
8. 45 pagiO22, O24, O25Masuk ke bilik guruMencari guru kelas
berkenaan perpindahan anak mereka ke sekolah lainO24 :
Assalamualaikum cikgu, siapa guru kelas Tahun 4J? sebab saya mau
kasi pindah sekolah anak saya pi bandar bah.O22 : Oh..itu Cikgu
Iffah makcik, itu nah dia baju warna merah itu.O24 : Terima kasih a
cikguO25 : Cikgu, saya pun mau cari guru kelas anak saya juga
ni.O22 : Tahun berapa anak makcik tu? O25 menggaru-garu kepalanya
mungkin dia tidak ingat anaknya tahun berapa.O22 : Siapa nama anak
makcik tu?O25 : Mohd. Fazuan Bin IbrahimO22 : Ohitu anak murid saya
makcik. Kenapa makcik pun mau kasi pindah dia juga?O25 : Ya cikgu,
kami sekeluarga berpindah sudah pi bandar sebab saya punya suami
dapat kerja baru sana.O22 : Ok makcik, tunggu sebentar a saya kasi
siap dulu dokumennya. Makcik duduk dulu di situ sekejap saja
ya..O25 : Terima kasih k cikgu-O22 menyiapkan dokumen perpindahan
pelajarnya yang akan berpindah sekolah.
Refleksi : Objektif dan Dapatan Kajian
Tajuk Kajian : Suasana di Bilik Guru Selepas Peperiksaan
1. PengenalanDewasa ini, terdapat banyak isu yang timbul yang
membabitkan bidang tugas guru yang banyak dicanangkan oleh
pihak-pihak yang tidak berpuashati dan tidak senang duduk dengan
tugas mulia guru. Tugas guru dikatakan tidak mencabar dan remeh
sehingga menyebabkan masalah disiplin dalam kalangan para pelajar
adalah berpunca daripada guru. Lebih-lebih lagi apabila ada pihak
mengatakan guru goyang kaki selepas sahaja peperiksaan selesai
dijalankan. Kenyataan ini dikukuhkan lagi oleh segelintir ibubapa
yang sering memperkatakan guru sudah tidak ada kerja lagi selepas
peperiksaan dan tidak lagi masuk ke kelas mengajar anak-anak
mereka. Keadaan ini menyebabkan sesetengah ibubapa tidak lagi
menghantar anak mereka ke sekolah selepas sahaja peperiksaan
selesai atas alasan sesi pengajaran dan pembelajaran tidak lagi
dilaksanakan.Sehubungan dengan itu, kajian ini telah dilaksanakan
bagi mengkaji dan membuat pemerhatian ke atas sikap guru-guru
selepas sahaja peperiksaan selesai dijalankan. Kajian ni telah
dilaksanakan di sebuah bilik guru pada waktu pagi yang telah
memakan masa selama 45 minit. Responden adalah terdiri daripada
beberapa orang guru yang berada di bilik guru berkenaan sewaktu
sesi pemerhatian dijalankan.
2. Objektif KajianMelihat kepada latar belakang kajian ini yang
memfokuskan kepada bidang tugas guru yang diremehkan selepas sahaja
peperiksaan selesai dijalankan, maka dengan itu kajian ini ingin
melihat dan mengkaji perkara-perakar berikut iaitu :1) Mengkaji
sikap dan tingkah laku guru selepas sahaja peperiksaan selesai
dijalankan?2) Mengkaji apakah aktiviti-aktiviti yang biasanya guru
lakukan selepas peperiksaan dijalankan?
3. Metodologi dan Persoalan KajianDalam kajian ini, fokus utama
kajian adalah berkaitan dengan sikap dan gaya kepimpinan guru
selepas sahaja peperiksaan dalaman sekolah selesai dijalankan.
Justeru, soalan-soalan berikut merupakan antara persoalan kajian
yang menjadi fokus utama kajian ini. Antara persoalan kajian adalah
seperti berikut :1) Apakah yang dilakukan oleh guru-guru selepas
selesai sahaja peperiksaan dijalankan?2) Apakah aktiviti guru
selanjutnya bagi mengisi masa terluang selepas peperiksaan?Dalam
kajian ini, penulis menggunakan kaedah pengumpulan data melalui
kaedah pemerhatian yang dijalankan selama 45 minit pada waktu pagi
di bilik guru. Berdasarkan pemerhatian tersebut, saya telah dapat
meninjau dan memerhati sikap dan tingkah laku para guru.
4.Hasil dapatan dan PerbincanganHasil dapatan yang diperolehi
dalam kajian ini adalah secara keseluruhannya saya dapati bahawa
tugas-tugas guru selepas sahaja peperiksaan dijalankan semakin
berat dan semakin sibuk. Malah, tugas rutin harian semakin
bertambah dari hari-hari biasa. Ini dapat dibuktikan melalui
dapatan hasil dari pemerhatian saya. Dapatan kajian melalui
pemerhatian mendapati bahawa terdapat pelbagai aktiviti yang
dilakukan oleh para guru di sekolah walaupun selepas peperiksaan
telah selesai dijalankan. Antaranya ialah memeriksa kertas
peperiksaan, memasukkan markah pelajar ke dalam sistem SAPS,
membuat persiapan HUPAC 2014, membuat persiapan Perkhemahan Perdana
Unit Beruniform, menyiapkan Rekod Prestasi Pelajar dan masuk kelas
mengajar seperti biasa. Aktiviti-aktviti tersebut dapatlah
dikategorikan seperti di bawah :
4.1 Menyemak Kertas Peperiksaan
Bagi aktiviti ini, apa yang saya perhatikan kebanyakan aktiviti
guru apabila berada di dalam bilik guru adalah memeriksa kertas
peperiksaan. Memandangkan peperiksaan Akhir Tahun 2014 baru sahaja
selesai dijalankan, maka kertas peperiksaan tersebut perlu pula di
semak dan diberi markah dan kemudian markah tersebut perlu
direkodkan ke dalam system online SAPS sebelum tarikh tutup
dilaksanakan. Daripada apa yang saya lihat terdapat beberapa orang
guru yang begitu sibuk memeriksa kertas peperiksaan.
Seramai 11 orang guru yang melakukan aktiviti memeriksa kertas
peperiksaan. Daripada 11 orang guru berkenaan, 7 orang guru
perempuan manakala 4 orang guru lelaki. Kemudian, dari 11 orang
guru berkenaan 6 orang guru mengajar Tahap 1 iaitu terdiri dari O7,
O9, O10. O12, O18 dan O1. Manakala guru-guru yang mengajar Tahap 2
terdiri dari O6, O8, O14, O15 dan O20.
Jika dilihat segi subjek yang di ajar pula, hasil pemerhatian
saya mendapati bahawa terdapat 5 subjek utama yang yang terlibat
dalam pemeriksaan kertas peperiksaan tersebut. Iaitu Bahasa Melayu
Tahun 5, Bahasa Inggeris Tahap 1 & 2, Matematik, Sains Tahun 6,
serta Pendidikan Agama Islam Tahap 1. Guru yang mengajar subjek
Bahasa Melayu adalah O10, O12 dan O15. Guru yang mengajar Bahasa
Inggeris pula adalah O6, O7, O8 dan O9. Bagi subjek Sains di ajar
oleh O14 dan O20. Seterusnya bagi subjek matematik di ajar oleh O18
dan bagi subjek Pendidikan Agama Islam adalah O1.
4.2 Memasukkan markah dalam sistem SAPS
Bagi aktiviti ini iaitu memasukkan markah ke dalam sistem SAPS,
ternyata merupakan aktiviti kebanyakan guru setelah selesai
memeriksa kertas soalan peperiksaan. Dalam pemerhatian saya
sepanjang kajian ini, saya mendapati beberapa orang guru telah
memperkatakan dan sibuk mengemaskini sistem ini bagi membolehkan
segala markah dimasukkan tepat pada waktunya sebelum tarikh akhir
pengisian berakhir. Sepanjang pemerhatian saya, guru-guru yang
terlibat adalah O14 dan O15. Manakala guru-guru yang lain masih
belum selesai menyemak kertas peperiksaan. Maka dengan sebab itu,
markah belum dapat di kemaskini dalam sistem online tersebut.
4.3 Membuat Persiapan HUPAC 2014
Apa yang saya dapat perhatikan, selain sibuk menanda kertas
peperiksaan kebanyakan guru-guru juga sangat sibuk membuat
persiapan untuk Majlis Hari Ucapan dan Penyampaian Anugerah
Cemerlang (HUPAC) yang bakan berlangsung pada 18 November 2014.
Guru yang telah siap memeriksa kertas peperikasaan dan mengemaskini
markah ke dalam sistem online akan meneruskan kerja dengan
menyediakan dan membuat persiapan akhir sebelum majlis tersebut
menjelang tiba. Antara responden yang terlibat sepanjang
pemerhatian yang saya lakukan adalah seramai 12 orang guru iaitu
O1, O14, O16, O17, O18, O19, O20, O7, O8, dan O4.
Daripada apa yang saya lihat sepanjang perbincangan guru-guru
berkenaan, terdapat tiga kali dengan tiga kumpulan guru yang
membincangkan HUPAC. Kali pertama dibincangkan pada jam 8.32 pagi
yang melibatkan responden O1, O14, O16, O17 dan O18. Isi
perbincangan adalah mengenai tugas-tugas yang perlu dilaksanakan
serta bidang tugas masing-masing. Namun terdapat seorang responden
iaitu O19 yang mengeluh kerana masih ramai guru yang belum siap
menanda kertas peperiksaan sedangkan majlis tersebut tinggal
beberapa hari lagi bakal berlangsung. Pada hemat saya, keadaan ini
tentunya boleh menjejaskan persiapan majlis tersebut memandangkan
majlis tersebut untuk memberi pengikhtirafan kepada mana-mana
pelajar yang berjaya dalam peperiksaan.
Kemudian perbincangan kali kedua berlaku pada jam 8.40 pagi yang
mana melibatkan responden O4 yang menyebut dan menyentuh tugasnya
sebagai AJK Buku Aturcara dalam HUPAC yang masih belum terlaksana
memandangkan masih belum siap merekod markah pelajar ke dalam rekod
prestasi pelajar. Seterusnya perbincangan kali ketiga berlaku pada
jam 8.41 pagi yang melibatkan responden O7 dan O8 yang menyertai
perbincangan sekumpulan guru-guru yang membincangkan majlis
tersebut sejak dari awal lagi.
4.4 Membuat Persiapan Perkhemahan Perdana Unit Beruniform
Pada hari saya membuat pemerhatian juga, terdapat aktiviti para
guru di bilik guru yang juga sibuk membincangkan persiapan untuk
Perkhemahan Perdana Unit Beruniform peringkat sekolah yang akan
dijalankan pada hujung minggu tersebut. Dalam pemerhatian saya,
responden yang terlibat membincangkan aktiviti yang bakal
berlangsung ini adalah O22 dan O23. Kedua-dua responden sibuk
membincangkan mengenai keperluan khemah untuk pelajar yang masig
belum mencukupi untuk semua Unit Beruniform.
4.5 Menyiapkan Rekod Prestasi Pelajar
Dalam pemerhatian saya juga, saya dapati terdapat sebilangan
guru yang sedang menyiapkan Rekod Prestasi Pelajar. Buku Rekod
Prestasi Pelajar merupakan buku rekod yang merekodkan markah-markah
peperiksaan dan keputusan peperiksaan setiap pelajar pada setiap
semester. Buku Rekod Prestasi Pelajar ini perlu disiapkan oleh guru
kelas sebab ianya perlu di tanda tangan oleh Guru Besar, Guru Kelas
dan juga Ibu bapa dan diserahkan pada ibu bapa pelajar pada setiap
semester. Sepanjang pemerhatian saya di bilik guru terdapat 4 orang
guru sedang berusaha menyiapkan rekod tersebut iaitu O4, O7, O8 dan
O9. Keempat-empat responden berusaha menyudahkan dan menyiapkan
buku rekod tersebut memandangkan mereka ada tugas lain lagi yang
perlu disiapkan sebelum majlis HUPAC menjelang tiba.
4.6 Masuk kelas mengajar
Aktiviti terakhir yang berlaku sepanjang pemerhatian saya
dibilik guru adalah aktiviti masuk ke kelas untuk mengajar yang
menjadi tugas dan rutin harian para guru tetap berjalan lancar
seperti biasa walaupun pada masa yang sama guru-guru juga dihujani
dengan pelbagai tugasan lain. Dalam aktiviti masuk kelas mengajar
ini dapat dibuktikan melalui 3 jenis pergerakan utama guru iaitu
keluar dari bilik guru untuk masuk kelas mengajar, masuk bilik guru
selepas dari kelas mengajar dan masuk ke bilik guru untuk mencari
guru yang masih belum masuk mengajar. Melalui pemerhatian saya,
saya dapati seramai 11 orang guru terlibat dalam aktiviti ini iaitu
O1, O2, O3, O4, O5, O10, O11, O12, O13, O14 dan O15.
Bagi pergerakan guru yang keluar dari bilik guru untuk masuk ke
kelas, sebanyak 4 kali pergerakan tersebut direkodkan sepanjang
pemerhatian ini dijalankan. Manakala pergerakan guru yang masuk ke
bilik guru selepas keluar dari kelas sebanyak 1 kali pergerakan
direkodkan. Dan akhir sekali bagi kategori pergerakan guru masuk ke
bilik guru untuk mencari guru yang belum masuk ke kelas, sebanyak 2
kali pergerakan dicatatkan. Ini menunjukkan bahawa guru-guru sangat
prihatin sekiranya terdapat kelas yang kosong yang tidak dimasuki
oleh guru. Tambahan lagi guru jadual ganti sentiasa memastikan
bahawa guru yang tidak hadir ke sekolah atas sebab-sebab tertentu,
akan mendapat guru ganti sepanjang ketiadaan guru berkenaan. Ini
bertujuan memastikan setiap pelajar belajar seperti biasa mengikut
jadual belajar seharian dan bagi mengelakkan perkara-perkara yang
tidak diingini berlaku kepada murid berkenaan.
5 Kesimpulan
Berdasarkan beberapa pengkategorian aktiviti yang dilakukan oleh
guru seperti yang tercatat dan dihuraikan di atas menunjukkan
bahawa selepas sahaja peperiksaan akhir tahun selesai dijalankan,
guru-guru masih menjalankan rutin harian seperti biasa iaitu
mengajar. Namun pada masa yang sama bebanan tugas semakin bertambah
disebabkan banyak lagi aktivtiti-aktiviti sekolah yang bakal
menyusul tiba yang mana semua aktiviti berkenaan perlu diselesaikan
oleh guru. Fokus kajian ini yang memfokuskan kepada apakah yang
dilakukan oleh guru selepas sahaja peperiksaan dijalankan serta
apakah tindakan dan aktiviti guru selanjutnya semasa berada di
bilik guru sepanjang 45 minit pemerhatian dilakukan. Sepanjang
tempoh pemerhatian, sebarang pergerakan dan tindakan guru akan
direkod dan kemudian dianalisis seperti huraian dapatan kajian di
atas. Dapatan kajian melalui pemerhatian mendapati bahawa selepas
sahaja selesai melaksanakan peperiksaan dalaman sekolah ke atas
para pelajar, maka guru terlibat pula dengan aktiviti penandaan
atau pemeriksaan kertas peperiksaan, merekod markah dalam system
online SAPS, melaporkan keputusan peperiksaan pelajar kepada
ibubapa, merekod Rekod Prestasi Pelajar, Membuat Persiapan HUPAC,
serta beberapa aktiviti sampingan sekolah yang lain. Ini
menunjukkan bahawa tugas guru tidak berhenti setakat menjalankan
peperiksaan sahaja malah akan terus melaksanakan aktiviti dan
tugasan susulan yang lain yang sedia menunggu.
Dengan demikian, ini dapat membuktikan bahawa guru tidaklah
goyang kaki selepas peperiksaan dijalankan malah dapat menepis
tanggapan beberapa pihak terutamanya pihak ibubapa yang beranggapan
dan menuduh guru tidak lagi masuk ke kelas mengajar seperti biasa
selepas peperiksaan sehingga tidak lagi menghantar anak mereka ke
sekolah dengan alasan tidak berlaku proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas.
Berdasarkan pada persoalan kajian yang dikemukakan d awal kajian
ini, maka terjawab sudahlah persoalan tersebut yang mana antara
persoalan kajian adalah seperti berkut : 1) Apakah yang dilakukan
oleh guru-guru selepas selesai sahaja peperiksaan dijalankan?2)
Apakah aktiviti guru selanjutnya bagi mengisi masa terluang selepas
peperiksaan?3) Adakah guru hanya goyang kaki sahaja dibilik guru
dan banyak berehat selepas peperiksaan dijalankan ?Daripada dapatan
kajian menunjukkan terdapat banyak aktiviti yang dilakukan oleh
guru-guru selepas sahaja peperiksaan dijalankan seperti memeriksa
kertas peperiksaan, mengemaskini markah ke dalam system online
SAPS, merekod markah dan keputusan peperiksaan pelajar ke dalam
buku Rekod Prestasi Pelajar, membuat persiapan dan persediaan
menjelang HUPAC, Perkhemahan Perdana Unit Beruniform dan Sesi
menandatangan buku rekod bersama ibubapa, serta masuk kelas
mengajar seperti biasa. Sehubungan dengan itu, aktiviti-aktiviti
tersebut telah dapat menjawab ketiga-tiga persoalan kajian yang
dikemukakan di atas seterusnya dapat menerangkan senario sebenar
suasana dan aktiviti para guru selepas berakhirnya peperiksaan.
Sememangnya tugas guru adalah satu tugasan yang mencabar dan setiap
cabaran itu haruslah dihadapi dan diatasi dengan sebaiknya. Guru
sentiasa dilihat menjadi sasaran perhatian masyarakat terutamanya
ibubapa kerana peranan guru dalam membentuk pelajar yang akan
menjadi sebahagian dari masyarakat. Namun, sebagai seorang guru,
guru perlulah sentiasa peka dan prihatin dengan keadaan
persekitaran agar tidak menjadi punca kepada pandangan serong
masyarakat luar yang akan menjadi titk cemar kepada keperibadian
guru berkenaan. Maka dalam hal ini, keberkesanan peranan guru dalam
melaksanakan dan memikul tanggungjawab dan tugas hariannya sangat
penting dan perlu menjadi keutamaan.