1 PENDEKATAN KEPADA PERKEMBANGAN DAN PEMILIHAN KERJAYA TRAIT DAN FAKTOR: APLIKASI DAN TINJAUAN LITERATUR Oleh Nurul Aini Mudayat, Tengku Noor Anisah Tengku Ariffin & Suzana Abdullah Universiti Malaya Abstrak Teori Trait dan Faktor cuba menerangkan proses pemilihan kerjaya dengan berasaskan teori perbezaan peribadi individu. Teori Trait dan Faktor ini juga bersifat kognitif dengan penggunannya dapat mempermudahkan proses pemilihan kerjaya terutama maklumat yang tepat tentang diri individu dapat diperolehi.Teori ini berasaskan jangkaan terhadap pemilihan kerjaya yang baik perlu melibatkan tiga pekara iaitu kefahaman yang jelas tentang diri, pengetahuan tentang pekerjaan-pekerjaan dan taakulan yang tepat tentang hubungan antara kedua-dua fakta tersebut. Teori ini juga menegaskan bahawa tugas utama dalam proses membuat pemilihan kerjaya adalah untuk memadankan individu dengan sesuatu pekerjaan. Dengan cara ini, keperluan individu akan dipenuhi dan pencapaian kerja yang memuaskan akan terhasil. Pengenalan Terdapat pelbagai teori yang dikemukakan dalam pemilihan kerjaya seperti teori trait dan faktor, teori pemilihan kerjaya Holland, teori pemilihan kerjaya Anne Roe, teori psikoanalitik Bordin dan sebagainya. Walaubagaimanapun, dalam kajian ini, teori trait dan faktor akan difokuskan.
24
Embed
PENDEKATAN KEPADA PERKEMBANGAN DAN PEMILIHAN KERJAYA TRAIT DAN FAKTOR: APLIKASI DAN TINJAUAN LITERATUR
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1
PENDEKATAN KEPADA PERKEMBANGAN DAN PEMILIHAN KERJAYA TRAIT
DAN FAKTOR: APLIKASI DAN TINJAUAN LITERATUR
Oleh
Nurul Aini Mudayat, Tengku Noor Anisah Tengku Ariffin & Suzana Abdullah
Universiti Malaya
Abstrak
Teori Trait dan Faktor cuba menerangkan proses pemilihan kerjaya dengan
berasaskan teori perbezaan peribadi individu. Teori Trait dan Faktor ini juga
bersifat kognitif dengan penggunannya dapat mempermudahkan proses pemilihan
kerjaya terutama maklumat yang tepat tentang diri individu dapat
diperolehi.Teori ini berasaskan jangkaan terhadap pemilihan kerjaya yang baik
perlu melibatkan tiga pekara iaitu kefahaman yang jelas tentang diri,
pengetahuan tentang pekerjaan-pekerjaan dan taakulan yang tepat tentang
hubungan antara kedua-dua fakta tersebut. Teori ini juga menegaskan bahawa
tugas utama dalam proses membuat pemilihan kerjaya adalah untuk memadankan
individu dengan sesuatu pekerjaan. Dengan cara ini, keperluan individu akan
dipenuhi dan pencapaian kerja yang memuaskan akan terhasil.
Pengenalan
Terdapat pelbagai teori yang dikemukakan dalam pemilihan kerjaya seperti teori trait
dan faktor, teori pemilihan kerjaya Holland, teori pemilihan kerjaya Anne Roe, teori
psikoanalitik Bordin dan sebagainya. Walaubagaimanapun, dalam kajian ini, teori trait dan
faktor akan difokuskan.
2
Teori ini merupakan teori yang tertua tentang pemilihan kerjaya. Ia dikenali dengan
berbagai nama, tetapi yang popular ialah teori Trait dan Faktor (Osipow, 1973). Teori ini juga
dikenali sebagai Minnesota Point Of View hasil kerja E. G. Williamson dan rakan-rakan di
University of Minnesota. Teori ini cuba menerangkan proses pemilihan kerjaya dengan
berasaskan teori perbezaan peribadi individu. Teori ini percaya setiap individu yang wujud di
dunia ini adalah berbeza dan unik. Teori ini mengandaikan bahawa setiap individu
mempunyai corak kemampuannya yang unik, trait-trait tertentu yang dapat diukur dengan
tepat, konsisten dan selaras serta mempunyai hubungan dengan keperluan-keperluan asas
dalam beberapa jenis pekerjaan. Teori ini bersifat kognitif dengan penggunannya dapat
mempermudahkan proses pemilihan kerjaya terutama maklumat yang tepat tentang diri
individu dapat diperolehi. Teori ini berasaskan jangkaan terhadap penilai bakat dan sikap
individu serta keperluan-keperluan dalam sesuatu pekerjaan.
Teori Trait dan Faktor adalah teori yang sudah diasaskan oleh Frank Parson, iaitu
bapa perkembangan bimbingan kerjaya dan juga merupakan penulis buku Choosing the
Vocation pada tahun 1909. Buku inimenerangkan bagaimana untuk memilih sesuatu kerjaya
yang terbaik.
Dalam Teori Trait dan Faktor ini, apa yang dapat dijadikan pegangan adalah setiap
individu yang memiliki trai-trait psikologikal tertentu yang terbentuk akibat daripada
interaksi individu itu dengan persekitarannya. Semakin hamper keselarasan antara ciri-ciri
peribadi seseorang individu dengan keperluan dan persekitaran pekerjaan maka individu itu
akan mendapat kepuasan yang tinggi dalam kerjayanya dan seterusnya berupaya
menghasilkan produktiviti yang tinggi.
Idea teori ini khususnya melihat tentang penyesuaian kerjaya dengan trait personaliti
individu adalah satu sumbangan besar yang diberikan oleh teori ini kepada para kaunselor
kerjaya dalam melaksanakan tugas mereka. Tugas utama kaunselor berdasarkan kepada teori
3
ini adalah membantu kliennya membuat pemadanan yang sebaik mungkin antara dirinya
(klien) dengan sesuatu persekitaran kerja.
Andaian Teori
Menurut Harunnaja Najmudin (2006) dalam (Hogan, DeSoto, dan Solano (1977)
dalam Brown, D dan Brooks, L. (1999)) sepanjang sepertiga yang awal abad ke-20, trait
sudah diandaikan sebagai “struktur psikik dan neurologikal yang tidak mudah luntur yang
terletak di suatu tempat dalam otak atau sistem”. Disebabkan oleh andaian ini, ahli psikologi
percaya bahawa alat-alat dapat dicipta dan dibangunkan bagi mengukur intrinsik individu.
Faktor pula adalah satu bentuk bukti statistik bahawa sesuatu trait itu wujud dalam diri
individu. Perkataan faktor mula muncul apabila teknik faktor analitikal digunakan dalam
mengkaji trait-trait individu yang berhubung kait dengan kebolehan intelektual. Ketika itulah
perkataan factor digunakan silih berganti dengan perkataan trait.
Teori ini mengandaikan bahawa individu mempunyai kombinasi unik ciri-ciri yang
boleh diukur dan dikira dengan tepat dan mempamerkan ciri-ciri tertentu untuk melaksanakan
peranan pekerjaan dengan jayanya bagi sesuatu pekerjaan tertentu.
Miller (1974) mengemukakan andaian-andaian mengenai teori Trait dan Faktor yang
meliputi sebahagian besar perkembangan kerjaya merupakan suatu proses kognitif di mana
keputusannya dicapai melalui pemikiran. Pilihan pekerjaan merupakan suatu perkara yang
penting. Berdasarkan pengaruh Parson, pilihan diberi penekanan yang sangat besar manakala
perkembangan diberi penekanan yang sangat kecil. Bagi setiap individu, terdapat suatu tujuan
yang tepat dalam pemilihan kerjaya. Hanya sedikit individu atau kurang yang boleh
dipadankan dengan pelbagai jenis kerjaya. Satu pekerjaan hanya dikhususkan untuk seorang
individu. Andaian ini melambangkan konsepnya yang sesuai dengan pendekatan teori Trait
dan Faktor. Terdapat satu pilihan kerjaya yang telah tersedia bagi setiap individu.
4
Zaccaria (dalam Weinrach, 1979:63) menyatakan bahawa Individu mempunyai
kebolehan dan trait-trait yang unik. Trait-trait ini pula mempunyai hubungan dengan
keperluan-keperluan dalam pelbagai jenis pekerjaan. Individu mempunyai satu set kualiti
yang agak homogenius yang perlu untuk kejayaan dalam sesuatu jenis pekerjaan. Ujian iaitu
pengukuran trait yang objektif dan standard adalah kaedah yang terbaik untuk meramal
kejayaan pekerjaan masa depan seseorang.
Frederikson (1982) mengemukakan beberapa andaian yang mendasari teori Trait dan
Faktor di mana setiap individu memiliki suatu pola sifat-sifat yang unik yang dapat diukur
secara tepat dan sah. Setiap pekerjaan memiliki suatu pola persyaratan sifat yang unik dan
dapat diukur agar pekerjaan itu dapat dikerjakan dengan berhasil dalam apa jua keadaan.
Untuk memadankan sifat-sifat individu dengan sifat-sifat pekerjaan. Semakin tinggi
kesepadanan antara sifat-sifat individu dan sifat-sifat pekerjaan, maka seseorang itu akan
lebih produktif terhadap kerjayanya.
Pandangan Klein dan Weiner (1977) dapat disimpulkan dengan menyatakan setiap
individu mempunyai set trait yang unik yang boleh diukur secara sah dan boleh dipercayai.
Setiap pekerjaan memerlukan pekerja memiliki trait yang sangat spesifik bagi membolehkan
pekerja itu berjaya. Walau bagaimanapun, pekerja yang memiliki ciri-ciri yang agak luas
(tidak spesifik) masih boleh untuk berjaya dalam pekerjaan yang dilakukannya. Pemilihan
sesuatu pekerjaan adalah suatu proses yang agak mudah difahami (rather straight forward)
dan pemadanan antara inidividu dengan pekerjaan adalah sesuatu yang boleh dilaksanakan.
Semakin hampir keselarasan antara ciri-ciri peribadi dengan keperluan-keperluan dalam
sesuatu pekerjaan, maka semakin besar kemungkinan seseorang itu untuk berjaya dalam
pekerjaan tersebut iaitu menghasilkan produktiviti dan kepuasan yang tinggi.
Berdasarkan pernyataan penulis-penulis di atas dapat disimpulkan di sini bahawa
setiap individu itu mempunyai trait-trait yang tersendiri berdasarkan perbezaan individu.
5
Berdasarkan trait-trait tersebut, dapat dikenalpasti kebolehan dan kelebihan seseorang
individu itu yang biasanya dilakukan melalui ujian.
Definisi Trait dan Faktor
Trait merupakan ciri-ciri individu yang boleh diukur menerusi ujian. Struktur psikik
dan neurologikal yang tidak mudah luntur yang terletak di suatu tempat di dalam otak atau
sistem saraf. (Hogan, De Soto & Solano, 1977). Faktor merujuk kepada ciri yang diperlukan
untuk berjaya dalam sesuatu pekerjaan. Ia merujuk kepada ciri-ciri yang diperlukan untuk
berjaya dalam sesuatu pekerjaan. Istilah trait dan faktor merujuk kepada penilaian ciri
individu dan pekerjaan (Sharf, 1992).
Maka, dapat dilihat di sini trait dan faktor mempunyai ciri-ciri yang saling berkait
untuk berjaya dalam sesuatu kerjaya. Hal ini demikian kerana, untuk berjaya dalam sesuatu
kerjaya, seseorang itu perlu mempunyai trait-trait yang tertentu yang telah dikenalpasti.
Prinsip Teori Trait dan Faktor
Parson (1909) menyatakan bahawa, untuk memilih sesuatu kerjaya, seseorang
individu itu haruslah mempunyai idea untuk mendapatkan maklumat-maklumat iaitu
memahami diri sendiri iaitu kefahaman yang jelas tentang diri sendiri; sikap, kebolehan,
minat, cita-cita, dan sumber-sumber yang terhad; serta sebab-sebabnya. Mengatahui
maklumat pekerjaan iaitu pengetahuan tentang keperluan dan syarat-syarat kejayaan,
kebaikan dan keburukan, pampasan, peluang, dan prospek dalam selaras kerja yang berbeza.
Disamping itu , individu itu boleh memperolehi pengetahuan berkaitan dengan dunia
pekerjaan iaitu jenis maklumat atau penerangan berkaitan pekerjaan, keadan bekerja, gaji,
klasifikasi dan syarat-syarat yang diperlukan oleh sesuatu pekerjaan- adakah padan dengan
trait dan faktor yang dimiliki.Dan penaakulan benar mengenai hubungan antara kedua-dua
6
kumpulan fakta di atas.atau memadankan antara dua perkara di atas dan membuat keputusan
yang rasional berkaitan dengan kerjaya.Memadankan maklumat mnengenai diri dan dunia
pekerjaan boleh dilakukan menerusi cara manual iaitu memadankan skor yang diperolehi
dengan pekerjaan yang sesuai atau menerusi bantuan komputer.
Tedapat pelbagai sumber untuk memahami diri sendiri iaitu melalui ujian, inventori,
maklumat pekerjaan dan menerusi perbincangan dan temuduga. Terdapat 5 trait dan asas
yang boleh dinilai iaitu apitud (bakat), pencapaian (achivements), minat (interest), nilai
(value) dan personaliti. Apitud (bakat), digunakan untuk meramal kejayaan masa depan sama
ada dalam pendidikan dan latihan pekerjaan. Kaunselor perlu menyatakan bahawa ianya
bergantung kepada keputusan yang diambil oleh klien. Pencapaian (achivements) merujuk
kepada keadaan dimana individu menyertai sesuatu keadaan dan berjaya memperolehi
pencapaian terbaik di sepanjang kehidupannya. Pencapaian ini meliputi 3 jenis iaitu
pencapaian akademik, kerjaya dan pemadanan yang bersesuaian dan layak untuk memasuki
sesuatu pekerjaan. Ia diukur secara kuantitatif menerusi ujian yang berkesan. Minat (interest)
di mana seseorang individu itu perlu menjalani ujian minat terhadap sesuatu pekerjaan. Nilai
(value) terbahagi 2 iaitu nilai umum dan nilai berkaitan pekerjaan dan persoanliti pula
berkenaan dalaman diri seseorang dalam memilih pekerjaan.
Maka, menurut teori ini,seseorang itu perlu memahami diri sendiri, mengetahui
maklumat pekerjaan seterusnya memadankan maklumat mengenai diri dan dunia pekerjaan.
Perkara ini perlu dilakukan agar pekerjaan yang dipilih sesuai dengan trait-trait yang dimiliki.
Aplikasi Teori Trait dan Faktor
Matlamat pendekatan teori ini adalah untuk memastikan ciri personal atau peribadi
individu selaras dengan keperluan keperluan dalam sesuatu bidang pekerjaan. Aspek ini
penting kerana keselarasan antara ciri peribadi dengan keperluan pekerjaan boleh
7
menyumbang kepada peningkatan motivasi, kepuasan kerja, pencapaian dan produktiviti.
Intipati daripada kenyataan ini ialah betapa perlunya isu mengenai keselarasan individu-
persekitaran atau individu-pekerjaan ini diberi penekanan di dalam proses pemilihan kerjaya.
Menurut Parson (1908, dalam Sidek Mohd Noah, 2006), pemilihan kerjaya
menggunakan kaedah saintifik memerlukan suatu strategi yang sistematik, tepat dan
berkesan. Strategi yang diutarakan beliau meliputi tiga perkara iaitu mengenal pasti trait dan
ciri diri individu bertujuan untuk menentukan kekuatan dan kelemahan diri. Menganalisis
keperluan pekerjaan iaitu cuba mendapatkan semua maklumat penting berkaitan pendidikan
dan pekerjaan. Memadankan individu dengan kerjaya iaitu membuat keputusan pemilihan
bidang pendidikan atau pekerjaan yang sesuai dengan potensi diri.
Dalam penulisan ini, dilihat kepada salah satu sesi kaunseling iaitu kajian kes dan
juga pengaplikasian teori di kajian lapangan yang telah dipilih dengan memenuhi ciri-ciri
yang berkaitan tajuk kajian yang telah dinyatakan. Kes ini diringkaskan kepada beberapa
item yang jelas dan senang difahami.
Pengaplikasian Sesi kaunseling (Kajian Kes) :
Ai Vee seorang pelajar lepasan STPM dari salah sebuah sekolah di Kuala Lumpur.
Ai Vee merupakan anak kedua kepada pengurus besar di salah sebuah syarikat terkenal di
Kuala Lumpur. Seperti pelajar lain, Ai Vee juga mempunyai impian untuk mencapai cita-
cita. Beliau bercita-cita untuk menjadi seorang peguam. Justeru minat yang semakin
mendalam terhadap kerjaya pilihannya itu menjadikannya semakin tidak sabar untuk
memegang status dalam bidang pekerjaan pula. Walaubagaimanapun, cita-cita Ai Vee
tidaklah disokong oleh ibu dan bapanya sehinggalah urusan untuk pemilihan kursus di
universiti turut ditentukan oleh ibu bapanya. Ini bermakna mereka akan membuat keputusan
peimilihan kursus untuk Ai Vee. Ai Vee tidak meminati kursus pilihan yang diinginkan oleh
8
ibu bapanya iaitu dalam bidang Perniagaan dan Perakaunan. Akhirnya ibu dan bapanya
mengambil keputusan untuk menghantarnya berjumpa dengan kaunselor kerjaya.
Langkah-Langkah Dalam Proses Pemilihan Kerjaya Mengikut Teori Trait dan Faktor
Langkah-langkah dalam model Trait dan Faktor telah digunakan untuk memilih
pekerjaan yang sesuai dengan mengenalpasti beberapa ciri yang stabil berkaitan keperluan
permintaan pekerjaan. Hasil usaha yang kongruen dengan kebolehan individu dan
kepentingan pekerjaan yang sesuai akan membawa kejayaan dan kepuasan kerja. Secara
kebetulan, Parson meletakkan tekanan pada memilih kerjaya daripada mendapatkan
pekerjaan (Mogi Kazuyuki and Wang Kuo-lin, 2006). Dalam satu kajian perbincangan telah
mengatakan bahawa hanya sebagai kebahagiaan boleh menjadi satu perkara pilihan iaitu,
bagaimana dan juga sama ada seseorang membuat pilihan pengaruh sama ada ia gembira atau
tidak, pilihan juga boleh menjadi satu perkara kebahagiaan. Ini adalah berikutan kekecewaan
seseorang yang salah membuat keputusan sendiri dan bukannya disebabkan rasa tidak puas
hati dengan keputusan pilihan mereka. Individu sebegitu akan lebih sentiasa berusaha untuk
membuat "lebih baik" pilihan dan pertimbangan, melalui usaha untuk meningkatkan
kebahagiaan mereka. (Barry Schwartz and Andrew Ward, John Monterosso, Sonja
Lyubomirsky, Katherine White & Darrin R. Lehman, 2002)
Matlamat akhir teori kerjaya yang dikemukakan oleh Frank Parson ini adalah untuk
memastikan ciri peribadi seseorang individu itu selaras dengan keperluan bidang pengajian
atau pekerjaan. Pilihan bidang akan menjadi lebih risiko jika kuantiti pilihan bidang terlalu
banyak (Barry Schwartz and Andrew Ward, John Monterosso, Sonja Lyubomirsky, Katherine
White & Darrin R. Lehman, 2002). Keselarasan antara ciri peribadi dengan ciri pekerjaan
atau program pengajian adalah sangat penting kerana ia dikatakan boleh mempengaruhi
motivasi, kepuasan kerja, pencapaian, produktiviti dan stabiliti dalam sesuatu pekerjaan.
9
Sehubungan itu Parson (1908, dalam Sidek Mohd Noah, 2006) menyenaraikan tiga
langkah dalam proses pemilihan kerjaya dan pendidikan.
Dalam sesi kaunseling, kaunselor boleh mengaitkan latar belakang kes dengan
penggunaan teori Trait dan Faktor. Langkah pertama ialah menolong Ai Vee mengenal pasti
potensi dirinya dengan menggunakan kaedah tertentu. Kaunselor menyediakan ujian
psikologi yang sesuai seperti ujian minat kerjaya, ujian personaliti, ujian nilai dan ujian
pencapaian. Dalam kes ini, ujian minat kerjaya Holland telah diberikan kepada Ai Vee.
Menurut Nowak (1986), untuk mengenal pasti potensi diri individu, aspek yang berkaitan
dengan personaliti, minat, nilai serta pencapaian perlulah diteroka secara objektif dan
mendalam.
Situasi langkah pertama :
Ai Vee: Saya tidak pasti dengan pilihan saya ini. Saya keliru sama ada saya perlu
untuk meneruskan cita-cita saya atau hanya mengikut kehendak pilihan ibu
bapa saya
Kaunselor: Saya berminat hendak tahu penerangan dari anda (kaunselor cuba
mengumpul maklumat untuk penilaian pengalaman Ai Vee mengenai ciri-ciri
yang ada pada klien dan faktor yang mempengaruhi situasinya sekarang)
Ai Vee: Saya kurang mahir berbahasa Inggeris dan kurang mahir untuk berdebat.
Sedangkan saya tahu kerjaya seorang peguam perlu mempunyai kemahiran-
kemahiran yang baik dalam penggunaan bahasa Inggeris dan mahir
berhujah.
Kaunselor: Memiliki kemahiran tersebut adalah sukar bagi anda (Kaunselor menyemak
maklumat mengenai potensi diri Ai Vee yang diminta untuk disusuli dalam
maklumat yang ingin diterokai bersama).
10
Ai Vee: Saya sering berkomunikasi dalam bahasa Inggeris semasa di sesi
persekolahan dan semasa melibatkan diri dalam persatuan belia di luar
sekolah. Sebenarnya saya memegang jawatan sebagai pengarah bagi
mewakili remaja di bawah umur 21 tahun. Banyak pertandingan dan juga
persembahan yang saya libatkan diri sepanjang saya menjadi ahli persatuan
tersebut.
Kaunselor: Nampaknya anda banyak terlibat dengan aktiviti sosial persatuan. Ini
mengingatkan saya mengenai Ujian kerjaya Holland yang anda buat hari itu.