1.0 PENDAHULUAN Pendidikan merupakan nadi penggerak ke arah peningkatan tamadun sesuatu bangsa. Maju mundurnya sesebuah negara berkaitrapat dengan sistem pendidikan yang diterima oleh rakyatnya. Di negara kita, banyak perubahan dan pendekatan baru telah diterapkan dalam sistem pendidikan selaras dengan aspirasi negara ke arah negara maju. Bermula dengan kewujudan secara bertulis Falsafah Pendidikan Negara (FPN), ia diikuti pula dengan wawasan 2020 yang akan mencitrakan masyarakat Malaysia yang maju pada tahun 2020. Kemudian tampil pula agenda pengisian yang mengemukakan cabaran-cabaran kepada para guru, Sekolah Bestari dan Koridor Raya Multimedia. Kecemerlangan sesebuah organisasi dengan gaya kepimpinan pemimpin adalah berkait rapat. Pengurusan organisasi moden lebih banyak menggunakan hubungan manusia daripada menggunakan kuasa mengarah. Hubungan manusia yang tinggi akan berkait rapat kepada tahap prestasi staf sebuah organisasi. Oleh itu, dalam usaha mengejar dan mencapai kecemerlangan pendidikan ini, kepimpinan Guru Besar sering dilihat sebagai fokus utama. Dapatan-dapatan yang ditemui dalam penyelidikan tentang keberkesanan sekolah juga menunjukkan penentu utama bagi kejayaan sesebuah sekolah adalah kepimpinan yang ditunjukkan oleh Guru Besar. Ini bererti bahawa Guru Besar sering dilihat sebagai punca masalah atau sebagai penyelesai masalah atau pemangkin dalam pelaksanaan program pendidikan ke arah merealisasikan sekolah yang cemerlang 2.0 KONSEP ASAS KEPIMPINAN DAN HURAIAN 1
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1.0PENDAHULUAN
Pendidikan merupakan nadi penggerak ke arah peningkatan tamadun sesuatu
bangsa. Maju mundurnya sesebuah negara berkaitrapat dengan sistem pendidikan
yang diterima oleh rakyatnya. Di negara kita, banyak perubahan dan pendekatan
baru telah diterapkan dalam sistem pendidikan selaras dengan aspirasi negara ke
arah negara maju. Bermula dengan kewujudan secara bertulis Falsafah Pendidikan
Negara (FPN), ia diikuti pula dengan wawasan 2020 yang akan mencitrakan
masyarakat Malaysia yang maju pada tahun 2020. Kemudian tampil pula agenda
pengisian yang mengemukakan cabaran-cabaran kepada para guru, Sekolah Bestari
dan Koridor Raya Multimedia.
Kecemerlangan sesebuah organisasi dengan gaya kepimpinan pemimpin adalah
berkait rapat. Pengurusan organisasi moden lebih banyak menggunakan hubungan
manusia daripada menggunakan kuasa mengarah. Hubungan manusia yang tinggi
akan berkait rapat kepada tahap prestasi staf sebuah organisasi. Oleh itu, dalam
usaha mengejar dan mencapai kecemerlangan pendidikan ini, kepimpinan Guru
Besar sering dilihat sebagai fokus utama. Dapatan-dapatan yang ditemui dalam
penyelidikan tentang keberkesanan sekolah juga menunjukkan penentu utama bagi
kejayaan sesebuah sekolah adalah kepimpinan yang ditunjukkan oleh Guru Besar.
Ini bererti bahawa Guru Besar sering dilihat sebagai punca masalah atau sebagai
penyelesai masalah atau pemangkin dalam pelaksanaan program pendidikan ke
arah merealisasikan sekolah yang cemerlang
1
2.0 KONSEP ASAS KEPIMPINAN DAN HURAIAN
OLEH : AMANINA ZAIDATINA BINTI ABU ZAKI
Menurut Kamus Dewan (2005), profesion merupakan sesuatu bidang pekerjaan
yang memerlukan pendidikan, kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan
yang khusus. Profesion juga merujuk kepada suatu pekerjaan yang menjalankan
tugasan sosial yang penting. Salah satu bidang profesion yang terkenal di Malaysia
ialah bidang perguruan atau pendidikan. Menurut Kamus Dewan (1989), perguruan
ditakrifkan juga sebagai pengajaran, manakala keguruan dijelaskan sebagai perkara
yang berkaitan dengan guru seperti peranan, tugas dan kelayakan sebagai guru.
Bersesuaian dengan profesion guru sebagai bidang yang profesional dan
berstatus tinggi menyamai bidang profesion lain, seseorang guru tersebut haruslah
profesional dan menguasai ilmu bidangnya. Misalnya, seseorang guru yang
profesional mestilah mempunyai latihan ikhtisas dalam Latihan Perguruan dan
mempunyai autonomi menentukan kaedah mengajar dalam bilik darjah. Selain itu,
guru profesional juga perlu menjadi ahli kesatuan yang menentukan kod etika
sebagai panduan dalam segala aktiviti profesional. Guru juga merupakan pakar
pendidikan.
Mohamad Sani (1998) menjelaskan ciri- ciri model guru profesional. Contohnya,
dari aspek sahsiah, ketrampilan, dan ilmu. Jika dilihat dengan lebih teliti salah satu
ciri yang paling utama perlu ada di dalam diri seseorang guru dari sudut sahsiah
ialah berkepimpinan. Ciri inilah yang akan menunjukkan keperibadian seseorang
guru itu sama ada mempunyai kriteria guru profesional atau tidak profesional.
Kim dan Maubourgne (1992) pula menegaskan bahawa kepemimpinan sebagai
kebolehan seseorang untuk menginspirasikan keyakinan dan sokongan dalam
kalangan sekumpulan manusia yang diperlukan untuk mencapai matlamat
organisasi. Manakala, Murphy (1988), menjelaskan kepemimpinan tidak harus ada
perkaitan dengan ciri- ciri pemimpin semata- mata, kepemimpinan juga haru ada
hubung kaitnya dengan komunikasi pemimpin dengan pengikutnya, dan pengaruh
pengikut terhadap pemimpinnya.
2
Isu yang sering hangat melanda system pendidikan kini ialah mewujudkan
perkhidmatan pendidikan yang bermutu tinggi untuk melahirkan bangsa terbilang
selari dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara. Sekolah perlu beroperasi dengan
berkesan dengan mencapai tahap terbaik, terunggul dalam akademik dan
kokurikulum serta paling penting ialah kepemimpinan. Abdul Shukur (1998)
menegaskan bahawa sekolah tidak akan dapat melahirkan generasi bermutu
sekiranya pengetua atau guru besar tidak berkemampuan untuk menggerakkan
budaya bekerja yang aktif dalam organisasi yang dipimpinnya.
Kajian yang dijalankan oleh Edmonds (1979), Brookover, et al. (1979), Sapore
(1983), Rutter, et al. (1979) dan Kroeze (1983) menyatakan bahawa sekolah yang
berkesan mempunyai para pengetua atau guru besar yang dapat memahami
peranan yang dimainkan dalam program pengajaran di sekolahnya. Malah, Wildy
dan Dimmock (1993) turut bersetuju dengan mengatakan bahawa kajian- kajian
mengenai kepemimpinan pengetua yang berkemahiran dalam memimpin pengajaran
boleh membawa perubahan ketara dalam pengajaran guru dan pembelajaran murid.
Pelbagai jenis kepemimpinan dapat dilihat dalam sesebuah organisasi seperti
kepemimpinan berkarisma, kepemimpinan semula jadi, kepemimpinan birokratik dan
kepemimpinan teragih.
Kepemimpinan berkarisma.
Menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu, karisma bermaksud kualiti
melibatkan daya kepimpinan dan daya penarik atau sifat- sifat tertentu seseorang
individu yang menjadikannya berkebolehan mempengaruhi atau menjadi peransang
kepada orang sekeliling.
Kepemimpinan jenis berkarisma ini hasil cetusan pemikiran Max Weber
(1947). Melalui kepemimpinan jenis ini, seseorang pemimpin dapat menyelesaikan
masalah dengan berjaya. Selain itu, pengikut atau pekerja di bawah bimbingan
pemimpin yang berkarisma akan mempunyai nilai kesetiaan kepada pemimpin
mereka yang tidak berbelah bahagi. Pemimpin yang berkarisma acapkali memiliki
keperibadian yang bermatlamatkan pencapaian, kreativiti dan inovasi.
3
Malahan, pemimpin yang berkarisma dikatakan amat bertenaga dan aktif
melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti terutamanya jika penglibatan terbabit dapat
membantu meningkatkan prestasi sekolah. Mereka yang mempunyai nilai karisma
tinggi juga amat berkeyakinan diri dan sanggup menanggung apa juga jenis risiko.
Pemimpin sebegini juga dikatakan mudah membina hubungan yang mesra dengan
pengikutnya dan bertimbang rasa dengan keperlua anak- anak buah di bawah
pimpinannya.
Contoh yang paling sesuai bagi menggambarkan seseorang pemimpin yang
berkarisma ialah Nabi sanjungan umat Islam iaitu Nabi Muhammad SAW. Baginda
sememangnya terkenal dengan perwatakan sebagai pemimpin yang sangat
berkarisma yang tajam pemikiran, kreatif, berani mengambil risiko, tahu keutamaan,
keperibadian tinggi, berkemahiran dalam interaksi, keimanan yang teguh dan bijak
meluaskan kepimpinan. Baginda sanggup menahan sakit dan malu apabila
dilontarkan dengan batu serta diherdik sepanjang tempoh baginda menyampaikan
ajaran Islam secara diam- diam. Hal ini jelas menunjukkan beliau pemimpin yang
berani mengambil risiko .
Kepemimpinan Birokratik
Kamus Pelajar Edisi Kedua menjelaskan birokratik bersifat birokrasi.
Manakala Kamus Dewan Edisi Keempat pula menerangkan maksud birokratik
sebagai amalam pengurusan yang dahulunya berbentuk autokratik yang berasaskan
kuasa penuh.
Kepemimpinan Birokratik berstruktur dan berfungsi mengikut prosedur yang
telah ditetapkan. Pemimpin jenis ini biasanya akan menggunakan kuasa rasmi yang
diberikan melalui perlantikan jawatan. Mereka kurang memberikan memberikan
tumpuan terhadap keperluan individu dan lebih bersifat autokratik. Menurut Weber
(1989), kepemimpinan birokratik bertujuan memaksimakan kecekapan melalui
pengurusan yang berlandaskan pendekatan rasional bukannya kemanusiaan.
Pemimpin birokratik mengutamakan aspek- aspek seperti mewujudkan
organisasi yang betunjangkan matlamatan dan pencapaian. Pemimpin
membahagikan bidang tugasan secara sistematik mengikut pengkhususan serta
mempunyai struktur hierarki. Kebiasaannya pemimpin akan mementingkan peraturan
4
dan tatatertib terutamanya semasa di sekolah. Guru besar dan pengetua birokratik
akan mempunyai prosedur kerja yang amat teknikal dan perjawatan seseorang di
bawah pimpinannya perlu berdasarkan kelayakan dan kecekapan bidang.
Kepepimpinan birokratik dalam organisasi sekolah dapat dilihat berdasarkan
strukur organisasi sekolah yang berhierarki dengan guru besar sebagai pucuk
pimpinan. Guru- guru yang ditugaskan di sekolah pimpinannya perlu mempunyai
kepakaran masing- masing. Guru besar akan menyelaraskan peraturan sekolah dan
jadual waktu akademik yang wajib dipatuhi semua warga sekolah.
Contohnya, pimpinan yang berlandaskan autokratik atau birokratik ialah
Mustafa Kamal Ataturk. Beliau menukar peraturan syariat Islam dengan undang-
undang Barat serta mengarahkan azan dilaungkan dalam bahasa Turki. Rakyat di
bawah pimpinan beliau terpaksa menerima setiap keputusan dan arahan beliau
sama ada arahan itu baik atau sebaliknya. Rakyat tiada kuasa dan tiada pilihan
untuk menentang.
Kepemimpinan Teragih
Kepemimpinan diagihkan dalam suatu jaringan interaktif dengan ahli- ahli di
dalamnya. Menimbulkan kerjasama dan kemesraan antara pemimpin dan anak
buah. Cara yang pemimpin yang paling efektif untuk dilaksanakan dalam organisasi
sekolah.
Brown, Boyle dan Boyle (1989), menjelaskan bahawa melalui kolaborasi dan
amalan rakan sekerja, mereka memperoleh manfaat daripada sokongan dan
kepelbagaian kepakaran rakan sekerja. Perkongsian visi dan misi merupakan asas
yang menyumbang kepada peningkatan pencapaian sesuatu organisasi.
Contohnya, pengagihan tugasan yang dibuat oleh pihak pentadbir sekolah
kepada semua guru bagi menjayakan Kejohanan Sukan Sekolah. Setiap guru
ditugaskan untuk membuat perkerjaan mengikut kepandaian yang dimiliki seperti
guru lelaki membina khemah pasukan sekolah dan melukis garisan trek padang
manakal guru perempuan mengambil bahagian menghiaskan pentas dan
menyediakan cenderahati. Pembahagian teragih yang sistematik mengikut
kepakaran para guru pastinya melancarkan perjalanan persiapan majlis.
5
Kepimpinan Semula Jadi
Sudah menjadi adat dan budaya manusia di serata pelusuk dunia, pasti akan
wujudnya sekelompok manusia yang mempunyai seorang ketua dan pengikutnya.
Seseorang itu akan dihormati percakapannya dan dipatuhi arahannya sebagai
seorang pemimpin mungkin berdasarkan faktor usia, pengalaman, berkemahiran
tertentu serta mempunyai personaliti yang istimewa berbanding orang lain.
Berdasarkan kepemimpinan jenis ini, pemimpin mempunyai kelebihan
tersendiri untuk memimpin orang lain. Kepemimpinan semula jadi ini dapat
dibuktikan melalui pemerhatiian kehidupan seharian kita. Contohnya, kita sebagai
guru yang memberikan arahan dan menyampaikan ilmu kepada anak murid akan
dihormati. Setiap keputusan dan arahan kita sebagai guru akan dipatuhi dan
digunapakai.
Begitu juga apabila seseorang guru permulaan masuk ke dalam sesebuah
sekolah yang baharu. Guru permulaan haruslah menghormati guru- guru yang lebih
berusia dan berpengalaman di sekolah tersebut supaya hubungan guru baharu da
guru lama akan bertaut dengan mesra.
Kesimpulannya, kepimpinan ialah perkataan yang merujuk kepada bombing,
pandu atau tunjuk. Memimpin bermaksud memegang tangan dan berjalan menuju ke
suatu tempat. Oleh itu, para pemimpin perlu bijak menilai diri supaya mereka
sentiasa menjadi pemimpin yang mengamalkan ciri- ciri kepemimpinan yang
disenangi dan dihormati.
6
OLEH: NOR FARHANIS BINTI MOHD TURMIZI
Sebenarnya untuk mentakrif maksud kepimpinan adalah terlalu sukar (Yukl 1999,
Bass 1990). Pada kebiasaannya makna dan takrif kepimpinan itu adalah
berdasarkan ‘ point of view ‘ , ‘weltanchaung ‘ dan ‘ world view ‘ para pentakrifnya.
Justeru itu De Pree (1989) dalam Zawawi (1999) menyatakan;
‘Leadership is much more an art, a belief, a condition of the heart than a set of
things to do. The visible signs of artful leadership are expressed, ultimately, in its
practices’.
Manakala Bass (1990) pula menyatakan ‘Leadership is an interaction between
two or more members of a group that often involves a structuring or restructuring of
the situation and perceptions and expectations of the members’. Menurut Fleishman
(1973), kepimpinan adalah usaha ke arah pengaruh perseorangan yang diarahkan
melalui proses komunikasi ke arah pencapaian sesuatu matlamat. Hersey dan
Blanchard (1977) pula menyatakan kepimpinan adalah proses mempengaruhi
kegiatan individu atau kumpulan dalam usaha mencapai matlamat dalam sesuatu
tindakan.
Hollander (1978) mendefinisikan kepimpinan sebagai satu proses pengaruh
mempengaruhi di antara pemimpin dan pengikut. Walaupun pemimpin mempunyai
kuasa tetapi kekuatan pengaruh lebih bergantung kepada pemujukan (persuasion)
daripada paksaan. Proses kepimpinan selalunya melihatkan pertalian pengaruh
yang bersifat dua arah dan tujuan utama ialah untuk mencapai matlamat bersama.
Manakala Koontz dan Wiehrich (1992) menjelaskan kepimpinan sebagai suatu seni
atau proses mempengaruhi orang supaya mereka akan berjuang atau melakukan
sesuatu dengan rela hati dan penuh semangat ke arah pencapaian matlamat
kumpulan. Kepimpinan menurut Islam berteraskan konsep khalifah iaitu setiap
manusia adalah pemimpin yang bertanggungjawab memimpin dirinya, keluarga dan
ahli-ahli di bawahnya;
7
‘ Kamu sekalian adalah pemimpin dan kamu akan ditanya tentang rakyat
yang dipimpinmu. ‘ (Riwayat Bukhari Muslim 1528).
Oleh yang demikian tugas utama pemimpin menurut Islam bukanlah untuk
mempengaruhi (to influence) para pengikutnya sebagaimana diterangkan oleh
banyak pengarang Barat, tetapi untuk menegakkan ummah dan melaksanakan
sistem kehidupan kerana Allah menurut nilai-nilai Islam (Yusof Ismail, 1991). Dalam
konteks pendidikan, Campbell (1983) menyatakan kepimpinan ialah satu proses
bagi seorang Guru Besar mendapatkan kerjasama kakitangan ke arah
penyempurnaan matlamat tertentu.
Konsep kepimpinan seringkali bertindan dengan dua istilah penting iaitu
pengurusan dan pentadbiran. Istilah pengurusan digunakan secara meluas di Britain,
Eropah dan Afrika manakala istilah pentadbiran selalu digunakan di Amerika
Syarikat, Kanada dan Australia (Bush 2003).
Dimmock (1999) menyatakan bahawa kepimpinan di sekolah adalah tugas
peringkat atasan untuk membangunkan staf, murid dan pencapaian sekolah.
Manakala pengurusan melibatkan penyelenggaraan rutin operasi semasa di sekolah
dan pentadbiran pula melibatkan kerja-kerja peringkat bawahan. Cuban (1988) pula
menyatakan bahawa kepimpinan adalah usaha mempengaruhi orang lain untuk
mencapai hasil akhir yang diinginkan. Manakala pengurusan adalah
penyelenggaraan secara cekap dan berkesan terhadap perjalanan semasa bagi
sesuatu organisasi. Bush (1998) pula menyatakan bahawa kepimpinan adalah
berkait kepada nilai atau tujuan; manakala pengurusan adalah berkaitan dengan
perlaksanaan atau isu-isu teknikal. Manakala Fidler (1997) pula menyatakan bahawa
kepimpinan dan pengurusan mempunyai hubungan yang rapat dan bertindan dalam
banyak perkara, terutama dalam memotivasikan individu dan memberikan hala tuju
kepada organisasi.
Kepemimpinan membawa pelbagai erti. Berikut merupakan definisi kepimpinan
mengikut pandangan Danielson ( 2006 ) :
The term teacher leadership refers to...skills demonstrated by teachers who
continue to teach students but also have an influence that extends beyond their own
classrooms to others within their own school and elsewhere. (Danielson, 2006: 12)
8
Pada pandangan Danielson ( 2006 ), kepimpinan guru sebagai satu himpunan
kemahiran pada seseorang guru yang lain daripada mengajar ada mempunyai
pengaruh yang diperluaskan ke luar bilik darjahnya, sama ada di dalam ata di luar
sekolahnya. Kepimpinan guru ini akan menggerakkan guru-guru lain bagi
meningkatkan prestasi sekolah, khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran.
Keadaan ini wujud bukan kerana guru itu merupakan ketua organisasi tetapi
disebabkan guru tersebut mempunyai kepakaran dan kebolehan serta mampu
mempengaruhi rakan-rakan sejawat yang lain.
Pada amnya, kepemimpinan adalah satu proses yang melibatkan keupayaan dan
kekuatan menyakinkan orang lain. Kepemimpinan adalah satu proses
mempengaruhi tingkah laku orang lain untuk menggalakkan mereka bekerja ke arah
pencapaian sesuatu matlamat yang ditetapkan. Kepemimpinan akan saling berkaitan
dengan pemimpin. Oleh itu, bagi mengekalkan kepemimpinan orang lain terhadap
guru, seseorang guru perlulah sentiasa meningkatkan kebolehannya dalam bidang
yang dipertanggungjawabkan. Dengan itu, kriteria-kriteria seperti keperibadian yang
perlu disemai dan dapat melahirkan rasa hormat, personaliti yang perlu
diperkembangkan, kedudukan yang perlu dihormati dan kebolehan yang
mewujudkan kepercayaan dan amanah amat diperlukan ketika perlaksanaan tugas.
Selain itu, konsep kepemimpinan juga dapat didefinisikan sebagai keupayaan
mempengaruhi, memotivasikan, mengubah sikap dan tingkah laku subordinat atau
orang bawahan seperti guru, staf dan pelajar. Mampu membentuk subordinat
melakukan perubahan seperti dirancangkan. Juga melibatkan pengaruh dan
kebolehan mengubah sikap dan tindakan subordinat dengan menggunakan pelbagai
teknik (Koontz & Wilhrivh, 1992).
Kepemimpinan seorang guru turut dipandang dalam sudut pandangan Islam.
Menurut perspektif Islam, kepimpinan adalah amanah yang wajib ditunaikan.
Pemimpin pula ialah orang memandu dan mengajak orang lain ke arah kebahagiaan,
mendapat kredhaan Allah, membuat segala suruhanNYa dan meninggalkan segala
laranganNya. Oleh itu, seseorang pemimpin seharusnya beriman kepada Tuhan dan
mempunyai kepercayaan dan kepatuhan kepada agama tidak kira sama ada guru
tersebut beragama Islam, Kristian, Hindu ataupun Buddha, kepercayaan ini penting
bagi memastikan mereka mempunyai pegangan dan dasar kepercayaan yang utuh.
9
Dalam merealisasikan dan melahirkan guru yang mempunyai kepimpinan berwibawa
seperti yang dianjurkan, beberapa peranan penting haruslah dimainkan oleh
seseorang pendidik.peranan paling utama yang perlu ditonjolkan adalah menjadi role
model kepada setiap murid di sekolah. Guru haruslah berupaya dan berkemampuan
untuk memberikan contoh tauladan terbaik, contoh apabila berhadapan dengan
seorang murid yang bermasalah disiplin, nasihat dan langkah penyelesaian yang
diberikan mestilah sesuai dan bertetapan dengan ciri sikap dan perilaku serta akhlak
guru itu sendiri. Seorang guru yang baik mesti mampu untuk merubah murid menjadi
baik dan begitulah sebalikya.
Bukan itu sahaja, kepemimpinan Kepemimpinan juga adalah satu proses
mempengaruhi tingkah laku orang lain untuk menggalakkan mereka bekerja ke arah
pencapaian sesuatu matlamat yang ditetapkan. Hal ini bermaksud kepemimpinan
juga merupakan keupayaan untuk mempengaruhi ahl-ahli kumpulan untuk mencapai
sesuatu matlamat dan untuk mempengaruhi sistem kepercayaan, tindakan dan nilai
ahli-ahli dalam kumpulannya.
Konsep asas kepemimpinan yang seterusnya adalah merujuk kepada kepimpinan
di antara pemimpin dengan pengikut. Walaupun pemimpin mempunyai kuasa tetapi
kekuatan pengaruh lebih bergantung kepada pujukan daripada paksaan. Pada
kebiasaannya, proses ini melibatkan pertalian pengaruh yang bersifat dua arah dan
tujuan utamanya ialah untuk mencapai matlamat bersama. Jadi kepimpinan bukan
sahaja menjadi tanggungjawab pemimpin, bahkan memerlukan usaha daripada
pengikut-pengikutnya.
Dalam konsep kepimpinan guru dan budaya sekolah, guru merupakan pemimpin
yang berperanan sebagai agen perubahan ke atas sekolah dan pengajaran dalam
bilik darjah. Guru bukan sahaja bertindak sebagai pengajar yang memahamkan
murid berkaitan dengan konsep dengan mudah, sistematik, seronok dan bermakna,
bahkan guru juga turut berperanan sebagai individu yang menjadi jambatan rujukan
pengetahuan dan maklumat para murid. Contohnya, dalam zaman globalisasi
pendidikan yang mencabar ini, rata-rata murid terlebih dahulu terdedah dan mahir
dalam penggunaan TMK. Maka, sebagai guru, kita perlu lah mengambil langkah
yang lebih besar untuk mempelajari kemahiran TMK dan berada seiring dengan
perkembangan budaya dan persekitaran murid.
10
Konsep kepemimpinan guru ini juga turut meliputi ruang lingkup yang lebih luas
dengan melibatkan masyarakat umum iaitu golongan ibu bapa yang menjadi tulang
belakang kepada kehidupan sosial murid. Oleh itu, seseorang guru yang
mengamalkan kepimpinan yang berkesan dapat menarik kepercayaan masyarakat
untuk bekerjasama dengan sekolah yang sekaligus dapat melibatkan ibu bapa dalam
proses memberikan pendidikan formal kepada anak-anak mereka. Kepemimpinan
guru yang berkesan juga mengurangkan beban individu kerana kerjasama kumpulan
lebih dititikberatkan. Sebagai contoh, pengagihan tugas dalam mesyuarat agung
PIBG antara pihak guru dan pihak ibu bapa akan mengurangkan beban tugas
sesama ahli dan pada masa yang sama memupuk kerjasama dua hala melalui
kepimpinan guru.
Jika dilihat dalam konteks guru di sekolah dan peranan hakiki seorang guru untuk
menyampaikan ilmu dan pengetahuan, seorang guru itu haruslah mempunyai
kepimpinan dalam bilik darjah yang satu set kemahiran di mana guru menggunakan
kepimpinannya untuk mengurus dirinya sendiri dan berkomunikasi dengan yang lain.
Kepimpinan guru dalam bilik darjah memerlukan tanggungjawab guru untuk
mewujudkan suasana iklim bilik darjah yang kondusif untuk menyampaikan proses
pengajaran dan pembelajaran secara berkesan kepada murid. Oleh itu, bagi
mewujudkan budaya bilik darjah yang efektif, guru-guru perlu mampu
membangkitkan minat murid untuk sentiasa seronok, ceria dan tidak mempunyai
tekanan dalam menuntut ilmu. Selain itu, cara penyampaian dan stail kepimpinan
guru dalam bilik darjah merupakan aspek utama bagi menghasilkan iklim
pembelajaran yang berkesan termasuklah suara guru yang sesuai, lantang dan jelas
menyampaikan pengajaran. Cara kepimpinan guru yang demokratik yang
menekankan kerjasama, berinisiatif dan penggunaan pujian juga mampu
membimbing murid ke arah nilai positf. Contoh Kepemimpinan guru dapat dilihat
melalui keadaan seperti ketika suasana kelas sedang bising, dan apabila guru
mengangkat tangan semua murid yang bising dalam kelas menjadi senyap dan
kembali fokus kepada pengajaran guru.
Menurut Rahimah ( 2004 ), peranan sebagai pemimpin menguji kemampuan
Guru Besar mahupun Pengetua dalam membimbing warga sekolah bagi
11
meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran dalam situasi sekolah yang
pelbagai. Penyataan ini mendapat sokongan daripada Fullan ( 2000 ). Fullan ( 2000 )
menyatakan Keadaan ini terjadi kerana setiap perlakuan pengetua, dan bagaimana
mereka melakukannya menjadi perhatian, bukan sahaja oleh warga sekolah malah
ibu bapa dan masyarakat setempat.
Pemimpin pendidikan boleh ditakrifkan sebagai pemimpin yang sentiasa
bertindak ke arah mewejudkan persekitaran kerja yang produktif dan memuaskan
guru-guru serta sentiasa berusaha memperkembangkan pembelajaran murid. Dalam
konteks ini, pemimpin pendidikan di sekolah boleh di sama ertikan dengan Guru
Besar ataupun Pengetua. Guru Besar atau Pengetua bukan sahaja
bertanggungjawab dalam memastikan pencapaian pelajar dalam bidang akademik,
namun turut memastikan bahawa warga sekolahnya cemerlang serta berjaya
mencapai visi dan misi yang dirancangkan. Oleh itu, kepimpinan pemimpin adalah
sangat penting semasa proses pengurusan dan pentadbiran sebuah organisasi
pendidikan, khususnya semas perancangan, pengelolaan, pengarahan dan
pengawalan ( 4P ).
Menurut Koonts & O’ Donnel 1972, kemahiran pemimpin mempengaruhi staf-staf
semasa mereka menjalankan tugas adalah penting, khususnya bagi menambahkan
minat dan keyakinan diri. Pemimpin harus memimpin, memandu, membimbing staf-
staf ke arah penyempurnaan matlamat organisasi mereka.
12
3.0 PERBINCANGAN MENGENAI KEPIMPINAN GURU BESAR
OLEH : AMANINA ZAIDATINA BINTI ABU ZAKI
Umumnya, pemimpin lebih dikenali apabila mempunyai pengikut mahupun
penyokong kepada usaha ataupun apa-apa sahaja rancangan dan gerakannya.
Terdapat beberapa definisi kepimpinan menurut beberapa pakar yang mengkaji
bidang ini. Abdul Halim Othman (1993) mengemukakan definisi kepimpinan sebagai
“suatu percubaan untuk pengaruh mempengaruhi antara peribadi, yang diarahkan
melalui proses komunikasi, menuju pencapaian satu matlamat atau beberapa
matlamat”. Proses ini akan memperlihatkan adakah seseorang mempunyai
keupayaan untuk mempengaruhi orang lain yang disalurkan melalui perkataan
(komunikasi) untuk mencapai matlamat sebenar yang ingin dicapai.
Begitu juga di sekolah, guru besar atau pengetua berperanan sebagai
pemimpin paling utama dan diikuti guru penolong kanan seterusnya guru- guru
biasa. Setiap pemimpin perlu mempunyai ciri kepimpinan yang tertentu bagi
mewujudkan suasana kepimpinan yang menyenangkan antara guru besar dan guru-
guru lain. Ciri- ciri kepimpinan tersebut dapat dilihat dari sudut hubungan antara
pemimpin dengan ahli, struktur tugasan dam kedudukan kuasa.
Pemimpin yang berjaya adalah pemimpin yang dapat menyesuaikan sesuatu
gaya dalam kepimpinan dengan situasi yang berlaku. Teori ini memberi keutamaan
kepada kewujudan situasi tertentu, manakala gaya kepimpinan pula akan lebih
kepada mengikuti situasi yang berlaku. Menurut Abdul Halim Othman (1993) setakat
ini hanya ada empat golongan teori kepimpinan jenis situasi yang diakui oleh ramai
pengkaji dan diterima dalam bidang pengurusan. Antaranya adalah seperti yang
disenaraikan di bawah :
Teori kepimpinan edaran hayat
Model kepimpinan situasi Fiedler
Model kepimpinan laluan matlamat
13
Model kepimpinan keputusan oleh Vroom dan Yenon
Abdul Halim Othman (1993) menyatakan juga bahawa Fiedler mengemukakan
teori sebagai responnya kepada keputusan kajian yang saling berkonflik tentang
hubungan terus antara kepimpinan dengan kriteria. Model ini menetapkan jenis
situasi tempat seseorang pemimpin dianggap lebih berkesan sementara yang lain
tidak. Menurutnya juga asas teori Fiedler ialah bahawa keberkesanan seseorang
pemimpin untuk mendapatkan prestasi yang tinggi daripada kumpulannya tertakluk
kepada struktur keperluan pemimpin itu dan sejauh manakah ia memperolehi kuasa
mengawal dan mempengaruhi satu-satu situasi tertentu. Dapatan beliau dalam buku
yang sama juga telah mendapati kepimpinan dapat ditinjau dari segi perhubungan
yang berasaskan kuasa dan pengaruh. Kesimpulannya, terdapat dua fokus utama
dalam teori situasi :
i. sejauh mana situasi membenarkan atau menyediakan pemimpin
dengan kuasa dan pengaruh yang diperlukan untuk menjadi berkesan
dan bagaimana ‘selesa’ faktor-faktor situasi itu.
ii. Sejauh mana pemimpin dapat meramal kesan stailnya ke atas
kelakuan dan prestasi pengikutnya.
Dua pemboleh ubah penting menjadi inti kerangka model Fiedler iaitu penilaian
stail kepimpinan dan situasi. Ibrahim Mamat (1993) dalam bukunya Kepemimpinan
sekolah Teori Untuk Praktis berpendapat bahawa tidak ada stail yang terbaik bagi
menghadapi sesuatu situasi. Pemimpin boleh memikirkan tindakan paling sesuai
untuk sesuatu keadaan Misalnya :
i. Situasi krisis : Dalam keadaan krisis, stail autokratik biasanya sesuai.
Keputusan yang tepat dan tegas diperlukan. Situasi ini memerlukan
kepakaran kepemimpinan autokratik.
ii. Situasi kerja harian : Dalam situasi ini stail demokratik adalah sesuai.
14
Dalam apa pun keadaan, paling penting ialah kebijaksanaan pemimpin untuk
menilai keadaan dan membuat keputusan. Kebijaksanaan ini adalah berdasarkan
ilmu yang diperolehi secara formal atau tidak formal. Kalau ini diamalkan, kesilapan
dapat dikurangkan.
Pertamanya, dalam membina perhubungan pemimpin-ahli, guru besar atau
pengetua perlu mengenali dan memahami anak- anak buah dengan lebih mendalam.
Bermula dengan mengingati nama anak buah seterusnya memahami cara mendekati
anak- anak buah yang terdiri daripada generasi guru muda dan agak berusia. Guru
besar boleh menggunakan pendekatan melayan guru baharu atau yang lebih muda
seperti mendekati anak- anak supaya hubungan antara pemimpin dengan anak buah
akan menjadi lebih akrab. Hal ini secara tidak langsung akan memudahkan urusan
pemimpin untuk berurusan dengan guru- guru muda walaupun berlainan generasi.
Guru besar perlu peka memancing hubungan dengan guru lain menggunakan
pendekatan psikologi. Pendekatan sebegini dilihat lebih berkesan untuk mewujudkan
hubungan pemimpin dengan ahli yang harmoni kerana mempunyai perkaitan dengan
perasaan.
Selain itu, guru besar perlu bersikap profesional dan terbuka. Guru besar yang
bertindak sebagai pemimpin tidak wajar mencampuradukkan permasalahan di rumah
sehingga terbawa- bawa ke sekolah dan mengganggu emosi guru besar semasa
bertugas. Seorang pemimpin perlu bijak menyembunyikan masalah dan bertindak
rasional sepanjang berurusan dengan tugasnya. Manakala, bagi aspek bersikap
terbuka pula dapat dilihat apabila guru besar sebagai pucuk pimpinan masih boleh
menerima teguran anak buah dengan hati yang ikhlas tanpa sebarang perasaan
negatif. Guru besar pelu menerima teguran mahupun nasihat anak- anak buah bagi
memperbaiki sistem pengurusan beliau dan secara tidak langsung menjadikan beliau
guru besar yang disayangi.
Seterusnya, kuasa pemimpin memberikan motivasi dan galakan bekerja.
Seseorang pemimpin yang sering memberikan galakan ataupun dorongan kepada
guru dapat mewujudkan sokongan guru-guru kepada guru besar dalam
pentadbirannya. Guru besar akan terlihat sebagai seorang ketua yang prihatin untuk
sentiasa menyokong tugas anak- anak buah. Contohnya dua pemboleh ubah penting
15
menjadi inti kerangka model Fiedler iaitu penilaian stail kepimpinan dan situasi.
Guru- guru lain akan menilai gaya kepimpinan guru besar menerusi keseluruhan
aspek terutamanya dari aspek kemesraan dan keprihatinan guru besar terhadap
keperluan anak- anak buah yang bekerja untuk sekolah. Contohnya, aspek
pemberian cuti sekolah selepas guru- guru berpenat- lelah menjayakan Kejohanan
Sukan Sekolah atau peristiwa sekolah lain. Guru besar yang tidak memberikan cuti
kepada guru akan dilabel sebagai mementingkan diri.
Faktor ini cuba memberi penekanan kepada stail kepimpinan yang
seharusnya digunakan atau dipilih oleh pemimpin untuk menjadi pemimpin yang
berkesan dan berkarisma. Jelaslah dari segi keupayaan pengetua dalam
memberikan semangat ataupun dorongan kepada pengikutnya akan memberikan
keselesaan untuk terus berkhidmat di sekolah. Hal ini wujud apabila guru-guru
mempunyai keyakinan diri setelah mendapat bimbingan daripada guru besar
sekaligus akan meningkatkan keyakinan setiap guru. Maka guru-guru di sekolah
akan bekerja dengan lebih ikhlas dan ini akan meningkatkan prestasi kerja. Alwater
and Bass (1994) menyatakan bahawa motivasi perangsang (Inspirational motivation)
sebenarnya datang dari kelakuan pemimpin yang memberi cabaran dan mampu
menukar persepsi staf bawahan bahawa masalah-masalah organisasi boleh
diselesaikan. Ditambah pula dengan dorongan supaya staf lebih kreatif dan inovatif,
menilai semula pendekatan yang dibuat dan mendekati situasi lama dengan cara-
cara baru.
Seterusnya, dalam skop struktur tugasan menuntut supaya pemimpin sekolah
melakukan pembahagian tugasan yang saksama dan adil kepada semua guru.
Tugasan diberikan secara sama rata kepada semua guru tanpa mengira guru
tersebut masih setahun jagung berkhidmat ataupun sudah hampir pencen. Tugasan
harus dibahagikan mengikut giliran supaya semua guru merasa pengalaman
memegang dan mengendalikan jawatan tersebut. Jawatan yang dipegang perlulah
mempunyai had masa agar guru lain dapat memegang jawatan tersebut pada tahun
berikutnya. Hal ini membolehkan guru mempunyai pengalaman yang berbagai- bagai
dan tidak hanya memegang jawatan yang sama selama bertahun- tahun lamanya.
16
Setelah tugasan serta jawatan dibahagikan secara adil, dan guru-guru dapat
menerimanya dengan tangan dan hati yang terbuka, maka baharulah mereka dapat
menjalankan tugas dan amanah dengan penuh proaktif dan efisien.
Akhir sekali ialah kedudukan kuasa. Sebagai seorang ketua sesebuah
jabatan, perlu diingat supaya sentiasa bersikap adil dan saksama terhadap
keistimewaan yang diberikan. Janganlah sesekali menyalahgunakan kuasa tersebut
dengan tujuan yang tidak sepatutnya. Realiti dalam perkhidmatan awam sekarang
terutamanya profesion perguruan, sering kali ketua tidak menggunakan kuasa yang
diberi untuk tujuan yang sepatutnya. Misalnya menukarkan guru yang bermasalah ke
sekolah lain, menyebarkan fitnah memburukkan rakan sejawatan dengan rakan
sejawat yang lain dan sebagainya. Misalnya, suatu ketika dahulu timbulnya kes
seorang guru besar dengan sesuka hati cuba merosakkan kerjaya rakan sejawatnya
dengan membuat aduan kepada pihak atasan mengenai penglibatan aktif rakannya
dalam politik. Sepatutnya perkara tersebut dibincangkan terlebih dahulu secara
bersemuka. Sebarang ketidakpuasan hati sebegini perlu dirujuk pelbagai pihak dan
mendapat bukti yang kukuh barulah tindakan sewajarnya boleh diambil. Telah
termaktub di dalam kod etika perkhidmatan awam bahawa seorang penjawat awam
tidak boleh menjatuhkan nama baik rakan sejawatnya.
Kesimpulannya, guru besar mempunyai asas untuk bertindak melalui teori
situasi dalam berhubung dengan guru-guru, pelajar dan lain-lain kakitangan di
sekolah. Guru besar boleh mengetahui keperluan guru untuk pengiktirafan
tingkahlaku mahupun sumbangan ke arah menjadikannya sebagai pencapaian
matlamat.
Guru besar juga boleh menyediakan ganjaran peribadi seperti bilik yang
dingin, masa rehat atau peluang untuk berkongsi membuat keputusan yang tertentu.
Guru besar sepatutnya berperanan dalam membimbing guru dengan cara
menyokong mereka dan menolong memilih tindakan apabila mereka merasa kurang
yakin atau menghadapi situasi yang mengelirukan.
17
OLEH: NOR FARHANIS BINTI MOHD TURMIZI
Dalam banyak hal, Guru Besar sekolah ialah individu yang paling penting dan
berpengaruh di sesebuah sekolah. Dia ialah orang yang bertanggungjawab
terhadap semua aktiviti yang berlaku di sekolah. Kepimpinannyalah yang
menetapkan nada sekolah, iklim pembelajaran, tahap professionalisme dam
moral guru serta darjah keprihatinan terhadap masa depan pelajar.
Untuk menjadi seorang pemimpin yang berjaya dan cemerlang seseorang
pemimpin tersebut haruslah mempunyai kuasa untuk mentadbir dan memerintah
ruang lingkup yang berada di bawah kekuasaannya. Kuasa tersebut juga
merupakan satu pengaruh yang boleh membuatkan orang bawahannya ikut
kepadanya. Antara kuasa yang perlua ada pada seseorang pemimpin ialah kuasa
paksaan. Kuasa paksaan ini adalah satu kuasa yang boleh menyebabkan
seseorang pegawai wajib melakukan tugasnya. Namun begitu pegawai tersebut
bukanlah bermaksud beliau dipaksa untuk melakukan suatu kerja yang bukan
berada di dalam skop tugasnya. Kuasa paksaan ini haruslah berlandas atau
menggunakan undang-undang yang telah ditetapkan seperti mana yang telah
termaktub dalam bidang tugas seorang pegawai. Selain itu, seseorang pemimpin
juga perlu mempunyai kuasa hubungan. Kuasa hubungan pula bermaksud satu
kuasa yang ada pada seorang ketua untuk membuat perhubungan atau kontak
dengan orang lain. Dalam kontek ini kuasa hubungan boleh dirujuk kepada
kuasa seorang untuk membuat kontak dengan orang atasannya. Kuasa
hubungan ini penting supaya matlamat organisasi sentiasa diperhatikan dan
dapat mengelak dari terpesong keluar dari matlamat utama. Kuasa hubungan
juga akan membuatkan kepentingan organisasi sentiasa terpelihara.
Bukan itu sahaja, seseorang pemimpin juga perlu mempunyai kuasa rujukan
dan kuasa kepakaran. Kuasa rujukan di sini bermaksud pemimpin tersebut
merupakan seorang yang mempunyai nilai moral yang tinggi, berperibadi mulai
18
dan sentiasa menjadi sumber idea kepada yang lain. Sekiranya terdapat
kemyuskiran tentang suatu perkara maka pemimpin tersebut akan dirujuk agar
mereka mendapat pentunjuk yang betul. Dari segi perwatakan, pemimpin
tersebut akan sentiasa menjadi role model kepada orang bawahan kerana
ketinggian keperibadinya. Manakala kuasa kepajaran pula membawa maksud
pemimpin mampu untuk mempengaruhi orang lain. Untuk menjadi seorang
ketua, pemimpin haruslah lebih pakar dalam berbanding dengan orang lain.
Dengan adanya kepakaran yang tinggi maka orang di bawahnya akan lebih
menghormati pemimpinnya. Kuasa kepakaran ini boleh diperolehi melalui latihan,
kursus yang dihadiri, penambahan kemahiran serta pengalaman yang banyak
dan pelbagai.
Di samping itu juga, kuasa ganjaran juga perlu dalam mewujudkan situasi
kepemimpinan yang menyenangkan. Ia merupakan salah satu kuasa yang
membolehkan pemimpin mengganjarkan anak buahnya. Ganjaran ini penting
kerana ia merupakan salah satu motivasi untuk berbuat sesuatu yang lebih baik
dan untuk berusaha dengan lebih gigih lagi. Sekiranya ahli di dalam organisasi
mempunyai nilai motivasi yang tinggi maka produktiviti juga akan meningkat.
Selain dari mempunyai kuasa untuk mengarah, seorang pemimpin juga
memerlukan nilai moral yang baik untuk ditunjukkan kepada bawahannya agar
beliau dihormati dan disegani oleh orang bawahannya. Seseorang pemimpin
juga haruslah seorang yang berakhlak mulia. Ini kerana beliau adalah role model
ataupun contoh kepada bawahannya. Antara nilai murni kepimpinan yang perlu
ada pada seorang Guru Besar adalah seperti bersih, cekap, amanah, kerelaan
berkongsi kuasa dengan pekerja, mempunyai emosi seimbang, pandai berjenaka,
memberi teladan yang baik kepada pekerja-pekerja, tidak mengawal pekerja
sehingga menimbulkan ketegangan, dan sentiasa terbuka kepada kritikan yang
membina.
Selain itu juga seorang pemimpin harus mengamalkan corak dan gaya
kepimpinan yang demokratik dan eksekutif. Dengan mengamalkan corak
kepimpinan yang sedemikian maka pemimpin tersebut akan sentiasa berunding
dan mengambil kira pendapat dan penyertaan orang bawahan dalam pengurusan
19
organisasi. Maka dengan ini orang bawahan akan dapat mengutarakan buah
fikiran. Mungkin orang bawahan akan dapat memberikan buah fikiran yang lebih
baik, yang tidak terfikir oleh pemimpin itu sendiri, terutamanya dalam
menyelesaikan sesuatu masalah ataupun situasi. Besar kemungkinan pendapat
yang diutarakan merupakan satu jalan penyelesaian yang paling baik untuk
sesuatu masalah. Setiap pendapat yang lain mesti dipertimbangkan.
Dalam mengamalkan gaya kepimpinan yang demokratik dan eksekutif,
seseorang pemimpin yang cemerlang juga akan sentiasa menetapkan objektif
yang tinggi dan berkemampuan untuk membimbing dan menasihati stafnya.
Objektif organisasi yang tinggi akan memandu pekerja di dalam organisasi
tersebut berusaha dengan lebih keras lagi demi mencapai objektif yang telah
ditetapkan. Dalam usaha mencapai objektif tersebut maka, pemimpin yang
mengetuainya mestilah mampu untuk memberi bimbingan serta menasihati
stafnya agar sentiasa menuju ke arah sasaran yang telah ditentukan. Sekiranya
pemimpin yang mengetuai pasukan itu gagal untuk member dorongan dan
bimbingan maka adalah mustahil kepada organisasi tersebut untuk mencapai
matlamat mereka.
Di samping itu juga, seseorang Guru Besar perlu mewujudkan bentuk
pemuafakatan. Setiap keputusan yang dibuat lebih banyak berdasarkan kepada
pemuafakatan antara pihak pengurusan sekolah dengan guru-guru. Pembinaan
iltizam berasaskan konsep pemuafakatan akan menjadi lebih bermakna dan
menambah keberkesanan institusi pendidikan. Pemuafakatan ini bukan hanya
terbatas kepada warga sekolah semata-mata tetapi juga melibatkan unsur PIBG.
Unsur bersama di antara elemen kepimpinan sekolah, guru, murid dan ibu bapa
penting bagi meningkatkan prestasi sekolah. Situasi yang sedemikian juga
merupakan antara elemen pengupayaan dalam pengurusan institusi
persekolahan.
Selain itu,seseorang Guru Besar juga perlu cekap dalam hubungan manusia
iaitu hubungan personal dan komunikasi dalam pengurusan. Kemahiran ini amat
penting dalam kepimpinan pengajaran kerana Guru Besar perlu berinteraksi dan
meminpin ahli-ahli yang sama di dalam dan di luar kelas. Kemahiran komunikasi
20
yang diperlukan Guru Besar meliputi kemahiran dalam menyuruh, memotivasi
dan berunding dengan orang lain.
Guru Besar perlu mahir dalam tugasan pengajaran. Ini bermakna kemahiran
dan kecekapan dalam kandungan kurikulum, pemilihan jenis penilaian kurikulum
dan aktiviti pembelajaran, kaedah pengajaran dan pengurusan kelas yang
berkesan dikatakan syarat penting untuk melaksanakan peranan sebagai
pemimpin pengajaran. Oleh itu, seseorang Guru Besar harus berpengetahuan
dan berkemahiran dalam perkembangan atau kemajuan kurikulum serta
berkebolehan dalam meningkatkan mutu pengajaran di sekolahnya.
21
4.0 CADANGAN PERUBAHAN DALAM ORGANISASI SEKOLAH
Antara bentuk-bentuk perubahan yang mungkin kami perkenalkan dalam
organisasi sekolah adalah seperti guru-guru dan staf diberikan “empowerment” untuk
melaksanakan tugas agar mereka berupaya membuat keputusan dan berani
terutamanya di dalam usaha meningkatkan pencapaian akademik dan ko-kurikulum
serta sahsiah pelajar. Melalui dasar mesra dan terbuka, setiap orang digalakkan
memberikan pandangan dan idea untuk memajukan sekolah. Pada peringkat
awalnya mengkin ada pihak-pihak yang berasa tidak selesa. Ada sebahagiannya
sudah selesa dengan budaya ‘ikut saja arahan’ yang diamalkan sebelumnya.
Mesyuarat hanyalah sekadar menerima arahan dan tiada ruang perbincangan.
Dengan adanya pentadbir–pentadbir yang mengamalkan dasar terbuka, mesra dan
telus dalam bekerja, kesannya ialah hubungan sesama guru semakin rapat dan
setiap orang telah menunjukkan komitmen yang tinggi. Tidak berlaku lagi masalah
ponteng kerja atau balik awal terutamanya di kalangan pekerja bawahan. Mereka
juga sudah mematuhi waktu bekerja yang ditetapkan dan sentiasa berlumba-lumba
untuk meningkatkan prestasi.
Selain itu, setiap guru kelas haruslah mempunyai seorang penolong yang
dinamakan guru pembantu. Guru bukan setakat perlu menyediakan maklumat
peribadi pelajarnya tetapi dibebani dengan banyak lagi tugas lain. Mereka perlu
mengutip yuran, sediakan buku kedatangan pelajar, dapatkan maklumat murid serta
keluarga mereka seterusnya membuat analisis kelayakan untuk diberi bantuan,
malah guru juga bertindak sebagai pegawai kesihatan yang merekodkan maklumat
kesihatan. Mana ada jururawat yang ditugaskan membuat landskap hospital. Mana
ada jurutera yang ditugaskan mengecat bangunan pejabat, tapi guru ada ketikanya
perlu buat semua itu. malah, mural sekolah atau mengecat bangunan sekolah juga
tergalas di bahu mereka. Oleh itu, guru pembantu boleh membantu guru di bilik
darjah, tetapi tugas mereka tidak boleh bertindih, contohnya jika lebih tertumpu
kepada tugas perkeranian dan pengurusan program teknologi maklumat dan
komunikasi.
22
Bentuk perubahan yang mungkin kami perkenalkan dalam organisasi sekolah
ialah mewujudkan kelas yang mempunyai murid yang tidak melebihi 20 orang murid
dan terdiri daripada murid-murid mempunyai tahap kognitif dan IQ yang sama. Tugas
mengurus murid-murid di dalam bilik darjah turut menambah beban di bahu para
guru apabila jumlah murid yang terlalu ramai dalam satu bilik darjah. Ketika ini,
kebanyakan sekolah terutama sekolah di Bandar, mengalami masalah kepadatan
bilik darjah sehingga ada yang melebihi 40 orang murid, menyebabkan guru
menaggung beban seperti kesukaran mengajar kerana tahap penguasaan belajar
murid berbeza, selain kerja merekod, pemantauan disiplin, pengurusan bilik darjah
serta menyemak latihan. Lum Chee Hong menulis laporan bertajuk ‘2 Cikgu, Satu
Kelas Disokong’ turut menyatakan bahawa terlalu ramai murid dalam kelas, sehigga
jumlahnya melebihi 30 orang satu kelas menyebabkan persekitaran menjadi sempit
dan menyukarkan guru untuk melakukan pemantauan terhadap semua murid.
Di samping itu, sistem pemantauan juga perlu diwujudkan di sekolah. Sistem
pengesanan atau pemantauan akan lebih bermakna jika mengikut piawaian yang
difahami dan dipersetujui semua. Hal yang demikian rupa, penting dalam
menentukan bentuk penilaian aktiviti-aktiviti yang dilakukan menerusi pengupayaan
(empowerment) dalam sesebuah sekolah. Ciri-ciri yang dikemukakan di atas
merupakan antara unsur yang dapat dikenalpasti menerusi konsep pengupayaan
(empowerment) dalam pengurusan di institusi-institusi persekolahan di negara ini.
Ciri-ciri ini lebih menjuruskan kepada bentuk positif terhadap pola kepimpinan
menerusi konsep pengupayaan (empowerment) dalam beberapa bidang yang
dilakukan di sekolah. Kajian yang dilakukan tentang sekolah-sekolah efektif
menjelaskan bahawa pemimpin memainkan peranan penting dalam menentukan
keberkesanan atau kecemerlangan sekolah. Justeru itu, adalah penting pemimpin
diperlengkapkan dengan ilmu-ilmu pengurusan terkini supaya dapat dijadikan
panduan meggerakkan sekolahnya menuju kepada kecemerlangan para pemimpin
harus bersikap kreatif, inovatif dan proaktif. Untuk itu, budaya ilmu mestilah menjadi
pengamalan harian para pengurus organisasi pendidikan itu sendiri. Sehubungan
dengan usaha untuk membawa tahap kecemerlangan sekolah-sekolah yang
23
dipimpinnya, maka para pemimpin sewajarnya mempelajari cara gaya pengurusan
terkini supaya ilmu bantu ini dapat menyumbang kepada kecemerlangan sekolah.
Bukan itu sahaja, prinsip skalar juga perlu diwujudkan di sekolah. Menerusi
perlaksanaan konsep pengupayaan (empowerment) dalam organisasi pendidikan, ia
secara langsung akan menjayakan prinsip skalar dalam pengurusan. Menurut prinsip
ini yang dipopularkan dalam teori oleh James A. F. Stoner (1984) para anggota
organisasi mengetahui di mana kedudukan mereka dalam rantaian perintah. Prinsip
skalar meyarankan kemestian mewujudkan satu garis autoriti secara jelas yang
menurun selangkah demi selangkah dari tingkat paling tinggi dalam organisasi
hinggalah ke tingkat yang paling bawah. Ini akan mengelakkan pertindanan bidang
kuasa dan seterusnya ia akan menambahkan keberkesanan organisasi itu sendiri.
Bentuk perubahan yang mungkin kami perkenalkan dalam organisasi sekolah
ialah dengan mewujudkan Sistem Pengurusan Aduan. Pada asasnya tidak ada
perniagaan atau organisasi yang dapat mencapai kejayaan tanpa membina
hubungan baik dengan pelanggan, meningkatkan kepuasan pelanggan dengan
memahami kehendak pelanggan adalah salah satu cara untuk mendapatkan
kesetiaan pelanggan (customer loyalti) dan pelanggan yang berulang (customer
retention. Dalam konteks di sekolah, perniagaan atau organisasi merujuk kepada
pihak pengurusan sekolah termasuklah Guru Besar dan Guru Penolong Kanan dan
pelanggan pula merujuk kepada guru-guru, kakitangan dan ibu bapa. Dengan
adanya sistem seperti ini,aduan dapat dibuat dengan berbagai cara, secara manual
iaitu percakapan (verbal) dengan terus mendatangi bahagian yang berkenaan,
melalui telefon, tulisan, mel elektronik , short message service (SMS ) dan lain-lain.
Dengan adanya teknologi internet, perkhidmatan kepada pelanggan dapat
ditingkatkan lagi dengan wujudnya laman web (website) aduan pelanggan secara
online sehingga pelanggan dapat membuat aduan di mana-mana saja pada bila-bila
masa dan maklum balas juga dapat diterima dengan cepat lantas diharapkan dapat
memberikan kepuasan terhadap pelanggan.
Mewujudkan satu tugas guru disiplin yang khusus (seperti guru kaunseling)
yang tidak mempunyai waktu mengajar dan hanya fokus dalam disiplin murid. Untuk
makluman, kecederaan di sekolah rendah juga berpunca dari sikap murid yang
gelojoh dan terkejar- kejar. Justeru, dengan adanya guru tersebut, segala hal disiplin
24
murid dapat dirujuk kepada beliau. Guru disiplin tersebut juga mestilah dilatih dengan
kemahiran khusus dalam mengendalikan hal ehwal disiplin pelajar juga
perundangan. Bagi sekolah menengah pula, guru disiplin tersebut dilantik dari
kalangan pegawai polis atau tentera yang bersara awal agar mudah untuk
berhubung baik dan bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam isu berkaitan
jenayah juvana yang semakin meningkat. Cadangan langkah paling mudah ialah
melantik dan melatih guru kaunseling menjadi guru disiplin dan kaunseling dalam
masa yang sama. Dengan itu apabila masalah disiplin di dalam kelas dan sekolah
dirujuk kepada seorang guru, pembelajaran di dalam kelas dapat dijalankan dengan
baik.
Hapuskan LINUS dan menaik taraf kelas pemulihan menjadi satu bentuk
kelas pemulihan yang memfokuskan murid lemah asas 4M dan pembelajaran topik
terpenting dalam Bahasa Melayu dan Matematik. Bilangan guru pemulihan patut
ditambah di setiap sekolah. Justeru itu, pengajaran akan lebih berkesan dengan
jumlah murid yang kurang kerana guru dapat memantau perkembangan keperluan
murid secara perseorangan. Melalui langkah ini murid yang sangat lemah lebih
cepat kuasai kemahiran minima yang diperlukan tanpa mengganggu perhatian
terhadap murid yang lemah. Dengan menggunakan konsep modal insan yang
dicadangkan sebelum ini, murid yang lemah dan sangat lemah ini hanya perlu kuasai
topik yang terpenting (untuk matematik topik operasi yang empat) dalam satu-satu
subjek. Kelas pemulihan 4M seperti ini juga haruslah tidak diganggu dengan subjek-
subjek lain. Fokus utama ialah masalah 4M murid. Dengan kemahiran 4M barulah
murid dapat menguasai subjek lain dengan lebih baik. Bukan ingin menafikan
kepentingan subjek lain namun perkara paling asas perlu diberi perhatian terlebih
dahulu.
Kementerian berusaha mewujudkan satu sistem hibrid berpusat yang
mempunyai sambungan dengan Pejabat Pendaftaran Negara. Sistem tersebut
mestilah boleh memuat turun data asal murid dari JPN atau kementerian (data
sahih). Kemudian diisi dan disimpan secara offline dan dengan satu butang boleh
muat naik kembali data murid yang telah diisi ke dalam sistem. Hal ini akan
memudahkan guru kerana tidak terlalu bergantung kepada capaian internet. Jadi
guru pedalaman dapat memasukkan data, dan pada hujung minggu dapat memuat
naik data. Guru lain pula akan mendapat terus isi data dan memuat turun untuk
25
disimpan. Jika capaian internet terputus, guru masih lagi mempunyai data dalam
simpanan. Jadi hanya perlu memuat turun semula sahaja. Dan sistem juga mesti
memberikan kemudahan kepada guru untuk menggunakan data yang telah
dimasukkan dengan menyediakan satu fungsi untuk memindahkan data dari sistem
offline tadi ke MS excel untuk tujuan pengurusan guru. Selain itu, juga dicadangkan
agar kementerian mengikut amalan biasa syarikat pengendali sistem komputer agar
setiap sistem yang dibangunkan disediakan nombor telefon atau emel pihak
pengurusan sistem agar segala cadangan atau aduan serta kerosakan dapat
dilaporkan dan diambil tindakan dengan segera.
26
5.0RUMUSAN
Umum sedia maklum bahawa kepemimpinan adalah satu proses yang melibatkan
keupayaan dan kekuatan membimbing orang lain. saling berkaitan. Dengan itu,
perlaksanaan tugasan melalui kepemimpinan guru memerlukan kriteria-kriteria
seperti keperibadian yang perlu disemai dan dapat melahirkan rasa hormat,
personaliti yang perlu diperkembangkan, kedudukan yang perlu dihormati dan
kebolehan yang mewujudkan kepercayaan dan amanah.
Kepimpinan pendidikan di peringkat sekolah melibatkan satu set proses
pengaruh yang kompleks dan aktiviti-aktiviti yang dilakukan bagi memperbaiki
kesannya kepada sekolah adalah melalui perubahan secara sukarela. Oleh itu,
proses kepimpinan peringkat sekolah berlaku bermula daripada guru kepada
pentadbir, pentadbir kepada guru-guru dan guru-guru dengan ibubapa, masyarakat,
dan lain-lain agen yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan
sekolah.
Dalam konteks ini, pemimpin pendidikan di sekolah boleh disama ertikan
dengan pengetua atau guru besar. Guru besar bukan sahaja bertanggungjawab
dalam memastikan pencapaian murid dalam bidang akademik, namun turut
memastikan bahawa warga sekolahnya cemerlang serta berjaya mencapai visi dan
misi yang dihasratkan.
Pada hari ini, kepimpinan dan pengurusan pendidikan telah berkembang
pesat dengan munculnya teori-teori tersendiri secara spesifik dan terperinci. Teori-
teori ini disokong pula oleh data-data berbentuk empirikal yang didapati daripada
kajian-kajian meluas dalam bidang pendidikan. Teori-teori dan konsep-konsep
pengurusan pendidikan amat perlu diketahui oleh pentadbir atau pengurus
pendidikan kerana dapat membekalkan kerangka kerja terhadap tindakan