Penganjur: Disokong oleh:
PENDAFTARAN
Penyertaan adalah terhad selaras dengan norma baharu pasca
COVID-19. Peserta hendaklah mendaftar secara dalam talian di alamat
berikut skor.mardi.gov.my
YURAN*
Peserta : RM150
* Yuran merangkumi material persidangan, jamuan ringan dan makan
tengah hari.
* Yuran pendaftaran hendaklah dibayar selewat-lewatnya 24
November 2020
MAKLUMAT UNTUK PEMBAYARAN
Nama Akaun: Dana Persidangan MARDINo. Akaun: 8002159290Nama
Bank: CIMB Bank Berhad
SIAPA WAJAR HADIR?
√ Penggubal dasar √ Pengusaha produk organik√ Pegawai Penyelidik
√ Persatuan pertanian organik√ Pegawai pengembangan √ Pertubuhan
bukan kerajaan (NGO)
√ Ahli akademik √ Aktivis Pertanian Organik
√ Pengusaha ladang organik √ Siswazah/pelajar
PERTANYAAN LANJUT
Berkaitan pendaftaran Berkaitan kertas kerja, Berkaitan
penyertaan dan pembayaran yuran: program dan poster: tajaan:
Mariana Mat Yasin Noor Sarinah Mohd Noor Haryati MansorPusat
Pemindahan Teknologi Pusat Penyelidikan Sains Tanah, Pusat
Penyelidikan Sains& Pembangunan Usahawan, Air & Baja, MARDI
Tanah, Air & Baja, MARDIMARDI Tel: (03) 8953 7257 Tel: (03)
8953 6723Tel: (603) 8953 6805/6803 Faks: (03) 8953 6699 Faks: (603)
8953 6699Faks: (603) 8953 6789 E-mel: [email protected]
E-mel: [email protected]: [email protected]
TAJAAN
Individu, syarikat dan organisasi dijemput untuk menyertai pakej
tajaan SKOr 2020 untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan yang
diberikan kepada para peserta yang terlibat dalam pertanian
organik. Maklumat pakej tersebut boleh didapati dengan melayari
skor.mardi.gov.my
LAWATAN TEKNIKAL
Lawatan teknikal ke Ladang Organik Bersepadu MARDI akan diadakan
pada 2 Disember 2020. Ladang ini menggunakan sistem integrasi
pertanian antara tanaman, ternakan dan kelulut. Demonstrasi
pembuatan baja, kompos dan tanaman akan ditunjukkan semasa lawatan
tersebut. Sila layari laman web SKOr 2020 untuk maklumat
lanjut.
LATAR BELAKANG
Pertanian organik adalah sistem pengeluaran yang mengekalkan
kesihatan tanah, ekosistem dan manusia. Ia bergantung kepada proses
ekologi dan kepelbagaian biologi yang disesuaikan dengan keadaan
setempat, dan bukannya menggunakan input luar yang memberi kesan
negatif kepada ekologi dan persekitaran. Pertanian organik di
Malaysia sedang dalam fasa membangun di mana terdapat beberapa
kelemahan dalam rangkaian nilai pertanian yang perlu diberi
perhatian. Di antaranya ialah kos pengeluaran yang tinggi,
pengeluaran hasil yang rendah, pengurusan perosak dan penyakit yang
lemah, pengendalian selepas penuaian, strategi pemasaran yang lemah
dan hasil pengeluaran produk segar yang tidak konsisten. Ini semua
menjurus kepada harga jualan yang tinggi yang memberi impak kepada
ketidakmampuan golongan B40 sebagai konsumer produk organik.
Sejajar dengan strategi dan pendekatan yang telah dibangunkan oleh
IFOAM (International Federation of Organic Agriculture Movements),
SKOr 2020 akan memperkenal dan berkongsi visi serta komitmen
Organik 3.0 untuk dilaksanakan di Malaysia. Organik 3.0 menggunakan
pendekatan menyeluruh bagi memperluaskan penggunaan sistem
pertanian yang mampan berasaskan prinsip organik yang holistik dan
lebih moden serta inovatif. Ini adalah sejajar dengan tema
SKOr 2020 “Organik 3.0 : Fasa Baru Pembangunan Pertanian
Organik”. SKOr 2020 bertindak sebagai pemacu kepada pemerkasaan
pertanian dan pasaran organik dengan memfokuskan kepada inovasi,
pemodenan, ketelusan dan kepelbagaian teknologi dalam pertanian
organik. Kertas-kertas teknikal yang menjurus kepada prinsip
Organik 3.0 akan dibentangkan oleh kumpulan pakar, penyelidik dan
pemain industri. Selain itu, sesi pembentangan serta pameran oleh
pemegang taruh dan usahawan organik juga akan diberi keutamaan.
Lawatan teknikal ke ladang organik berhampiran dijadualkan pada
hari kedua seminar bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan
pengalaman melalui contoh ladang oganik yang telah dianugerahkan
sijil amalan pertanian organik di Malaysia.
OBJEKTIF
• Memperkenalkan prinsip organik 3.0 yang berasaskan pendekatan
yang menyeluruh dalam setiap rangkaian nilai pertanian organik
• Membincangkan pemerkasaan pertanian organik secara holistik,
inovatif dan mapan
• Menyediakan perkongsian maklumat dan teknologi antara pemegang
taruh, penyelidik, usahawan, petani dan pegawai pertanian
• Memperluaskan jaringan hubungan komuniti pertanian organik
POSTER
Saiz poster: Potret 45 cm x 71 cm(18 inci x 28 inci)
KERTAS KERJA SEMINAR
Abstrak untuk kertas kerja oral dan poster hendaklah ditulis
dalam bentuk ‘Times New Roman’ bersaiz 12. Margin untuk setiap sisi
bersaiz 25 mm. Jumlah perkataan tidak melebihi 300 patah perkataan.
Tarikh akhir
penghantaran abstrak untuk kertas kerja lisan dan poster ialah
30 September 2020 hendaklah dihantar melalui e-mel kepada:
[email protected]
TARIKH PENTINGTarikh akhir penghantaran abstrak :30 September
2020
TOPIK KERTAS KERJA TEKNIKAL
• Pengeluaran tanaman organik secara mapan dan kos-efektif•
Sistem pertanian organik secara bersepadu menggunakan
konsep circular farming dan mix faming• Pengurusan penyakit dan
perosak secara bersepadu, lestari
dan efektif• Kepelbagaian biodiversiti dan agro-ekologi•
Pengurusan sisa organik sebagai input ladang• Pengurusan
agro-ekologi dan kejuruteraan ekologi• Pengeluaran ternakan dan
makanan ternakan secara organik• Pengeluaran cendawan organik•
Pengeluaran herba organik• Pensijilan organik di Malaysia dan luar
negara• Pemasaran dan promosi hasilan organik• Pengurusan lepas
tuai secara organik• Pemprosesan makanan organik setempat• Kualiti
dan nilai nutrisi makanan organik• Pertanian organik secara
agrotourism dan farmers field school• Analisa ekonomi dan daya
saing pasaran produk organik
UCAPTAMA
• Adaptasi dan hala tuju standard myOrganik di peringkat
kebangsaan dan global – DOA• Organik 3.0: Anjakan paradigma
pertanian organik yang berkonsepkan teknologi dan
inovasi – MARDI• Kriteria kualiti makanan organik bagi menjamin
pemakanan selamat dan bebas kimia –
KKM• Perlukah pertanian organik di Malaysia? Pengenalan kepada
keselamatan makanan dan
prosedur kuarantin - MAQIS