Pencemaran merupakan kemasukan bahan pencemar seperti bahan
kimia, hingar, haba, cahaya dan tenaga ke dalam alam sekitar yang
mengakibatkan kesan yang memusnahkan sehingga membahayakan
kesihatan manusia, mengancam sumber alam dan ekosistem, serta
mengganggu ameniti dan kegunaan halal alam sekitar.[1]Takrifan
pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam
Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang
perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada
sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau aras sinaran mana-mana
bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau
meletakkan buangan hingga menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah,
yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya
kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam atau
organisma-organisma lain, tumbuhan dan haiwan.
Terdapat beberapa bentuk pencemaran yang mengancam bumi
Pencemaran udara, iaitu pembebasan bahan kimia berbahaya atau benda
asing lain ke dalam atmosfera. Contoh-contoh bahan pencemar
termasuk karbon monoksida, sulfur dioksida, klorofluorokarbon
(CFC), nitrogen dioksida yang dikeluarkan oleh kenderaan dan kilang
industri.[2]
Pencemaran air, seperti kebocoran dan pembuangan bahan kimia ke
dalam sumber air atau fenomena eutropikasi, hingga mengubah
kandungan, keadaan dan warnanya sama ada dari segi biologi, kimia
atau fizik.[3]
Pencemaran tanih, iaitu peresapan bahan kimia bahaya seperti
logam berat, hidrokarbon dan racun serangga ke dalam tanih,
sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan.[4]
Pencemaran radioaktif, iaitu pelepasan bahan radioaktif ke dalam
alam sekeliling.
Pencemaran bunyi yang disebabkan hingar jalan raya, pesawat dan
industri, biasanya melebihi 80 dB.
Pencemaran bau bermaksud satu perbuatan yang boleh mencemarkan
alam sekeliling dengan bau yang tidak disenangi sehingga memberikan
kesan negatif kepada haiwan dan manusia.
Pencemaran cahaya yang disebabkan penyinaran (iluminasi)
lebihan, lazimnya di bandar besar.
Pencemaran terma, iaitu perubahan suhu akibat kegiatan manusia,
seperti penggunaan air sebagai bahan pendingin dalam jana kuasa
elektrik.
Pencemaran visual, iaitu pemusnahan alam fizikal dan penghakisan
keindahan alam. Ia termasuk sampah terbiar dan papan iklan.Cara
berlaku pencemaran boleh dibahagikan kepada dua iaitu pencemaran
oleh faktor semula jadi, seperti akibat bencana alam dan pencemaran
oleh faktor manusia. Pencemaran ini juga disebabkan sikap
segelintir golongan manusia yang tidak mempunyai sikap
bertanggungjawab mahupun cinta akan negara.
PENCEMARAN BUNYI
Pencemaran bunyi sering menjadi isu tetapi ia kurang diberi
perhatian. Akhir-akhir ini, aspek ini dibincangkan secara
bersungguh-sungguh apabila paras bunyi semakin meningkat dari hari
ke hari. Pembangunan negara yang pesat menuju status negara
industri yang menyebabkan bilangan kenderaan di jalan raya
meningkat merupakan antara sumber bunyi utama di negara kita.
Projek-projek pembinaan yang menggunakan banyak jentera dan
pembinaan lebih banyak lapangan terbang juga merupakan antara
penyumbang lain pencemaran bunyi. Dalam sektor pekerjaan, paras
bunyi yang selamat harus dipastikan bagi mengelak pekerja mengalami
masalah pendengaran. Buat masa ini, kebanyakan sektor industri di
negara ini lebih berorientasikan buruh berbanding di negara-negara
maju. Sehubungan ini pengoperasian jentera dalam bangunan mungkin
mendedahkan pekerja kepada risiko kerosakan pendengaran. Pengukuran
bunyi juga amat penting bagi menilai sumber, kesan dan teknologi
kawalan yang sesuai.
Pencemaran bunyi didefiniskan sebagai bunyi bising yang
keterlaluan sehingga menyakitkan telinga.Pencemaran bunyi biasanya
melebihi 80 dB(A)[desibel] dan pencemaran ini mengikut situasi dan
keinginan masing-masing. Pencemaran ini boleh dibahagikan kepada
empat bahagian,iaitu kebisingan selenjar,kebisingan fluktuasi dan
hentakan impuls, dan kebisingan selang-seli.
Kebisingan selenjar adalah kebisingan yang selar dan kurang
daripada 3 desibel (dB). Ini berlaku apabila seseorang sedang
berbisik kerana gelombang bunyi bergetar dengan lebih
perlahan..
Kebisingan fluktasi pula merupakan kebisingan yang terlatak
antara puncak gelombang yang tinggi dan rendah. Pada tahap ini
getaran gelombang bunyi akan bergetar dengan lebih cepat daripada
kebisingan selenjar. Getaran gelombang adalah sekitar 3 dB sahaja.
Contohnya kebisingan fluktasi berlaku apabila seseorang sedang
berbual-bual , dan bunyi enjin yang tidak dimatikan.
Hentakan impuls merupakan bunyi yang lebih intensiti dalam
tempoh yang lebih singkat. Contohnya tembakan, ketukan atau lagaan
daripada benda yang keras. Pada kebiasaannya, tahap ini getaran
gelombang akan memuncak dan menurun dengan cepat. Pada tahap ini
intensiti bunyi adalah melebihi 80 dB kemudian gelombang bunyi akan
menurun dengan cepat. Akan tetapi intensiti masih menunjukkan tahap
yang tinggi kerana bunyi yang kuat akan memberi kesan yang lama
terhadap getaran. Kebisingan selang seli berlaku secara
berselang-seli. Ianya dihasilkan apabila bunyi bising menjadi
perlahan dan kuat dalam jangka masa yang pendek. Contoh : Ketika
seseorang sedang menggergaji kayu, getaran akan berlaku ketika
gergaji itu bergerak dan getaran tidak akan berlaku apabila gergaji
kayu dihentikan. Semasa gergaji sedang ditarik intensitinya akan
meninggi pada kadar tertentu dan menurun apabila gergaji tidak
disorongkan.
FAKTOR - FAKTOR BERLAKUNYA PENCEMARAN BUNYIPunca-punca
berlakunya pencemaran bunyi adalah seperti pembangunan dalam
kawasan industri dimana bunyi yang bising akan dikeluarkan melalui
pemprosesan material, jentera,dan kenderaan. Aktiviti pembuatan ini
secara tidak langsung akan menjejaskan ketenteraman orang ramai dan
memberi kesan gelisah, kurang rehat, gangguan pemikiran dan
lain-lain atas pencemaran bunyi yang dikeluarkan.Di kawasan
petempatan pula, punca berlakunya pencemaran bunyi adalah proses
pembinaan yang menanamkan cerucuk-cerucuk besi di dalam tanah demi
membinakan bangunan-bangunan yang tinggi. Selain itu kenderaan -
kenderaan awam yang mengeluarkan bunyi bising yang memekakkan
telinga di kawasan penempatan dan sekitar sekolah juga punca utama
yang menyumbangkan kepada pencemaran bunyi . Contohnya pemandu
kereta yang suka `hon` sesuka hati dan tidak mematikan enjin
sementara menunggu anak di sekitar sekolah .Aktiviti masyarakat
seperti mendengar radio dan menonton program televisyen dengan
suara yang kuat juga merupakan punca berlakunya pencemaran bunyi .
Pada sesetengah masa aktiviti masyarakat seperti mengadakan konsert
semasa musim perayaan dan tidak merendahkan bunyi pembesar suara
walaupun selepas pukul 12 malam juga merupakan pencemaran bunyi
yang sering berlaku .Pencemaran bunyi dalam kehidupan moden ini
sememangnya banyak membawa kesan yang negatif ke atas kesihatan
manusia. Pencemaran bunyi yang negatif selalu menstimulasikan
mekanisme pertahanan badan manusia yang mengakibatkan rembesan
adrenalina(hormon) dan respons-respons fisiologi lain walhal
ketiadaan keadaan yang membahayakan.
KESAN PENCEMARAN BUNYIKesan pencemaran bunyi ke atas manusia
dapat dibahagikan kepada kesan fisiologi dan kesan psikologi .
kesan fisiologi melibatkan kehilangan pendengaran dan respons
kepada keadaan cemas manakala kesan psikologi berlaku akibat
pencemaran bunyi yang mengganggu komunikasi antara manusia.,
mengganggu tidur dan seterusnya menjejaskan kestabilan mental dan
mengganggu proses mental, iaitu pemikiran dan pemusatan perhatian
susah dilakukan.
Kesan kesan negatif yang tersebut diatas biasanya berlaku kepada
orang-orang yang selalu terdedah kepada bunyi bising yang kuat di
tempat kerja atau sekitar tempat perumahan mereka. Contohnya
pekerja-pekerja kilang dan penduduk-penduduk di sekitar lapangan
terbang yang mungkin menghadapi risiko kehilangan pendengaran
mereka dimana kehilangan pendengaran biasanya berlaku secara
beransur-ansur dan tanpa disedari oleh mereka. Di bawah Akta
Kualiti Alam Sekeliling, had maksimum yang dibenarkan bagi kawasan
Bandar yang mempunyai jumlah kepadatan penduduk yang tinggi adalah
65 desibel (dBA) untuk waktu siang dan 60 dBA untuk waktu malam.
Sesiapa yang tidak mematuhi undang undang dibawah Akta Kualiti Alam
Sekeliling boleh dikenakan tindakan undang-undang sekiranya tidak
mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan .
CADANGAN UNTUK MENGATASI MASALAH PENCEMARAN BUNYIDalam pandangan
saya , masalah pencemaran bunyi adalah masalah yang serius dan
tidak harus diabaikan mahupun dipandang ringan . Jabatan kerajaan
yang bertanggungjawab seperti Jabatan Alam Sekitar dan pihak
sekolah harus berusaha mengadakan kempen dan memberi imformasi
kepada orang awam serta pelajar pelajar tentang betapa seriusnya
pencemaran bunyi yang sedang berlaku di Negara kita. Pihak
berkaitan juga harus berusaha meyemaikan perasaan cinta kepada alam
sekitar dalam kalangan ahli masyarakat untuk mewujudkan masyarakat
yang tanpa pencemaran . Akhirnya , undang- undang yang lebih
lengkap , jelas, dan tegas haruslah diwujudkan bagi megawal masalah
pencemaran bunyi di negara kita .
PENCEMARAN UDARAPencemaran udara boleh dikatakan antara
pencemaran yang memberi impak yang paling besar kepada alam
sekitar. Disebabkan oleh pencemaran udara terjadinya fenomena
pemanasan global yang mengakibatkan berlakunya bencana alam yang
mengancam bumi kita. Pencemaran udara ini menjadi tumpuan sedunia
bagi menangani dan mengambil langkah pengawalan supaya tahap
pencemaran dapat dikawal. Negara maju seperti negara China yang
bertumpukan industri perkilangan secara langsung menjejaskan
kualiti udara di negara tersebut. Isu pencemaran udara ini
dititikberatkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang telah
mengambil pelbagai langkah bagi menangani masalah ini.Pencemaran
udara boleh diklasifikasi kepada dua bahagian iaitu pencemaran
primer dan pencemaran sekunder. Pencemaran primer merujuk kepada
pencemaran yang dihasilkan sulfur monoksida dan karbon monoksida
hasil dari pembakaran tidak lengkap yang menyebabkan zarah-zarah
halus terampai di udara. Kebanyakan pencemaran ini dilepaskan
melalui eksos kenderaan , industry yang melepaskan asap atau bahan
pencemar dan pembakaran arang batu yang tidak terkawal, manakala
pencemaran sekunder pula adalah tindak balas sulfur dioksida yang
bergabung dan membentuk dengan gasgas yang tidak di perlukan oleh
benda hidup seperti gabungan sulfur dioksida, sulfur monoksida dan
wap air akan menghasilkan asid sulfurik.
FAKTOR - FAKTOR PENCEMARAN UDARAPunca-punca kepada pencemaran
udara termasuk perlepasan asap dari eksos kenderaan, asap dari
industry kilang, penggunaan arang batu yang tidak terkawal, dan
pembakaran di tempat pelupusan . selain dari punca-punca di atas
fenomena semulajadi juga menyumbang kepada pencemaran ini seperti
kebakaran hutan akibat kepanasan dari matahari dan juga kejadian
letusan gunung berapi yang mampu mengeluarkan partikel, asap, debu
dengan kadar yang banyak yang menjejaskan penglihatan di sekitar
tempat kejadian berlaku.
KESAN DAN AKIBAT PENCEMARAN UDARAKesan-kesan pencemaran udara
kepada manusia adalah seperti menjejaskan sistem pernafasan
manusia. Manusia sukar untuk bernafas dalam keadaan udara yang
tercemar kerana udara telah diracuni oleh bahan tercemar dan
gas-gas yang tidak diperlukan. Gas-gas seperti karbon monoksida
akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah akan
melambatkan tindak balas manusia dan kesan seterusnya menyebabkan
mengantuk, penyakit lelah dan fungsi paru-paru terjejas. Menurut
kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan sebanyak 3juta
manusia mati setiap tahun disebabkan oleh pencemaran udara. Ia
adalah tiga kali ganda lebih tinggi daripada jumlah kematian yang
disebabkan kemalangan. Kesan kepada tumbuhan adalah seperti
mengalami kerosakan seperti nekrosis (keguguran daun) dan
pertumbuhan terbantut. Begitu juga haiwan akan terancam akibat
pencemaran udara dimana udara yang tercemar disedut dan mengambil
makanan dari tumbuhan yang tercemar.
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI PENCEMARAN UDARALangkah-langkah
yang boleh diambil untuk mengawal pencemaran adalah pengasing
elektrostatik. Alat ini digunakan untuk menarik dan mengasingkan
partikel dari udara dan melekat pada dinding cerobong asap kilang.
Penggunaan alat ini dapat mengelakkan bahan tercemar daripada
terbebas ke udara. Tambahan pula, wet scrubber sejenis alat yang
digunakan berdasarkan prinsip dimana satu saliran gas dihubungkan
dengan cecair supaya bahan tercemar dapat larut dalam cecair.
Langkah akhir adalah penampalan ozon dimana bahagian zon yang
berlubang boleh ditampal dengan mengionkan oksigen di atmosfera
melalui penggunaan belon helium. Selain itu, menembak peluru zon
dengan menggunakan kapal terbang mampu menampal ozon.Kesimpulannya,
pencemaran udara yang berterusan mampu memusnahkan alam sekitar
dimana ia boleh menyebabkan bencana yang besar. Manusia kini hanya
tahu untuk mengejar keselesaan hidup akan tetapi kita
bertanggungjawad untuk menjaga alam sekitar supaya sumber alam
boleh diwarisi untuk generasi akan dating. Akhir kata, hargailah
alam sekitar yang memberi sumber untuk kita tidak patut kita
memusnahkannya.
PENCEMARAN AIRAir merupakan salah satu keperluan asas manusia.
Namun begitu,pada masa ini,di negara-negara membangun atau negara
sedang membangun , masalah pencemaran air masih berlaku. Masalah
ini amat membimbangkan. Pencemaran air bermaksud perubahan yang
berlaku dari segi kandungan,keadaan dan warna sehingga tidak sesuai
dan akan memberi kesan terhadap manusia apabila digunakan.
Pencemaran ini berlaku sama ada dari segi biologi, kimia dan fizik.
Bahan pencemaran boleh didapati dalam pelbagai bentuk iaitu gas,
cecair dan pepejal. Pencemaran air bukan sahaja berlaku di sungai
sahaja tetapi juga di laut , pantai dan lain-lain tempat
berair.
FAKTOR-FAKTOR PENCEMARAN AIRAntara punca berlaku pencemaran air
ialah kilang-kilang yang tidak bermoral. Kebanyakan kilang dibina
di sepanjang sungai untuk memastikan bahan-bahan buangan disalirkan
ke dalam sungai-sungai berkenaan. Masalah timbul apabila cecair
kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi
bahan toksik yang mencemarkan air sungai dan laut. Kebanyakan
kilang membuang sisa cecair dan pepejal ke dalam sungai yang
mengakibatkan sungai tercemar seperti Sungai Juru yang terletak di
Seberang Perai, Pulau Pinang menunjukkan warna air di Sungai Juru
berwarna hitam pekat apabila sampai di laut.Di samping itu,
industri perlombongan juga mengakibatkan pencemaran air. Cari gali
petroleum di dasar laut dan tumpahan minyak adalah antara bukti
nyata. Penggerudian perigi-perigi minyak dan letupan tangki minyak
menyumbang kepada gejala ini. Apabila minyak ini bercampur dengan
air laut atau sungai, ia akan mengakibatkan air tercemar. Ini
memberi kesan negatif kepada kehidupan air seperti tumbuh-tumbuhan
dan haiwan akuatik dan seterusnya menjejaskan sumber protein
manusia.Bahan-bahan buangan radioaktif dan ujian-ujian bom dan
nuklear di laut-laut juga menyumbang kepada pencemaran air.
Bahan-bahan buangan radioaktif yang terhasil dari makmal-makmal
yang mengandungi sisa-sisa toksik larut dalam air telah mencemarkan
air sungai dan laut. Stesen-stesen nuklear juga menyalirkan bahan
buangan ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar.
Pencemaran air boleh berlaku disebabkan pembuangan bahan sisa
radioaktif seperti di Laut Kaspian dan di perairan Hemisfera
Utara.
KESAN - KESAN PEMCEMARAN AIRKesan-kesan daripada pencemaran air
ini menimbulkan banyak masalah terhadap hidupan-hidupan di dunia
pada masa kini termasuklah manusia sendiri. Bahan-bahan yang
dibuang dalam sungai akan mengurangkan kandungan oksigen dalam air.
Hidupan laut akan mati apabila memakan bahan beracun dari sumber
air yang telah tercemar ini. Manusia akan mendapat penyakit kronik
jika mengambil sumber protein beracun dan meminum atau menggunakan
air yang tercemar. Selain itu, sampah-sarap dan najis yang dibuang
ke dalam air juga menggalakkan bakteria untuk terus membiak dan
menjadi masalah kepada kehidupan di dalam air mahupun kepada
manusia sendiri.Kesan lain ialah sistem air bawah tanah tercemar .
Sesetengah kilang akan memperuntukkan kawasan untuk pembuangan
sisa-sisa kilang. Apabila berlaku hujan lebat atau loji pecah,
sisa-sisa ini akan terkeluar dan menyebabkan dua masalah. Masalah
pertama ialah jika sisa ini mengalir di permukaan, maka ianya akan
mengalir di dalam sistem saliran terutamanya parit dan sungai.
Masalah kedua pula ialah sekiranya sisa ini mengalir ke dalam
sistem bawah tanah, sisa-sisa ini akan menyebabkan sistem air bawah
tanah tercemar. Kedua-dua masalah tersebut akan merosakkan dan
mencemarkan hidupan dan keadaan air itu sendiri.
LANGKAH - LANGKAH UNTUK MENGATASI PENCEMARAN AIRDalam usaha
mengekalkan tahap pencemaran semasa supaya tidak menjadi lebih
teruk maka langkah-langkah yang wajar perlu diambil supaya
pencemaran air dapat dikurangkan. Antara langkah-langkah yang boleh
diambil adalah menyediakan tangki takungan bawah tanah yang
dirawat. Untuk mengatasi masalah pelepasan air buangan domestik
supaya tidak dilepaskan terus ke dalam sistem perparitan maka
adalah perlu menyediakan tangki takungan bawah tanah dan dirawat
menggunakan bioteknologi.Malah, pihak kerajaan seharusnya
memperuntukkan sejumlah wang untuk sistem perparitan di kawasan
perumahan terutama kawasan perindustrian dan juga pengusaha kedai
makanan supaya dapat dibina saluran paip khas dan air buangan dapat
dikumpulkan di kolam takungan sebelum disalirkan ke dalam sistem
perparitan.Hasil tinjauan juga mendapati bahawa pengurusan sampah
yang lemah di kawasan perumahan dan tempat tinggal perbandaran
telah menyebabkan sampah- sarap bertaburan merata tempat. Oleh
itu,tong sampah perlu ditambah di tempat strategik sebagai pusat
pengumpulan sampah supaya sampah tidak melimpah.Pertambahn tong
sampah juga membolehkan penduduk mempunyai tempat pembuangan
sampah-sarap yang cukup.
Selain itu, langkah lain yang perlu diambil ialah kempen
kesedaran melalui iklan televisyen. Iklan-iklan yang ditanyangi
dalam televisyen dan disebarkan dalam radio akan memberi konsep dan
gambaran yang lebih terus dan orang ramai akan lebih mudah memahami
peranan mereka dan mula menanam sikap bertanggungjawab dalam diri
sendiri. Orang ramai juga digalakkan menyertai kempen-kempen
kesedaran. Antara kempen-kempen yang melindungi sungai dan laut
ialah kempen Cintailah Sungai Kita. Kempen Cintai Sungai Kita telah
menjalankan banyak aktiviti untuk membersihkan kawasan sungai.
Dalam kempen-kempen ini, peserta-peserta akan diajar tentang
pentingnya menjaga sungai dan cara-cara menguruskan sisa buangan
supaya dapat mengurangkan tahap pencemaran air ke tahap yang paling
minimum .
Kesimpulannya, pencemaran air merupakan masalah yang sangat
serius dan memerlukan kerjasama semua pihak untuk menangani masalah
ini supaya kita mendapat sumber air yang bersih dan dapat hidup
dalam persekitaran yang tiada pencemaran air. Langkah-langkah yang
tertentu perlu dijalankan sepanjang tahun supaya dapat mencapai
tahap yang lebih efektif. Oleh itu,semua pihak termasuk pihak
individu ataupun pihak kerajaan,kita semua perlu berusaha mengatasi
masalah ini bersama dan seterunya mencapai Wawasan 2020.
PENCEMARAN TANAH
Pencemaran tanah adalah bahagian permukaan bumi yang dihuni oleh
banyak makhluk hidup terutama manusia, tumbuh-tumbuhan, haiwan dan
mikroorganisme Tanah dan makhluk hidup yang hidup di atasnya
mempunyai hubungan yang sangat erat. Tanah memberikan sumber daya
yang berguna bagi kelangsungan makhluk hidup di atasnya. Tanah
memiliki fungsi produksi, iaitu antara lain sebagai penghasil
biomassa, seperti bahan makanan, serat, kayu dan bahan ubat-ubatan.
Selain itu, tanah juga berperan dalam menjaga kelestarian sumber
daya air dan kelestarian lingkungan hidup secara umum. Tanah juga
merupakan habitat alamiah bagi manusia dan makhluk hidup yang
lain.Dapat dikatakan bahawa hidup manusia tergantung kepada tanah.
Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu
kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan
hakisan. Pencemaran ini disebabkan oleh bahan buangan sama ada
berbentuk air atau pepejal.Bahan pencemar pula terdiri daripada
pencemar organik,kimia atau fizik.Kegiatan manusia seperti
perusakan hutan dan pertanian ladang berpindah mempengaruhi kualiti
tanah. Terkontaminasinya tanah oleh zat kimia dapat mengakibatkan
terjadinya pencemaran air dan tanah. Jika tidak segera dihentikan,
hal ini akan menimbulkan kerosakan tanah, bahkan dapat menimbulkan
bencana bagi kehidupan manusia.
FAKTOR - FAKTOR PENCEMARAN TANAH Antara punca berlakunya
pencemaran ini ialah pembuangan bahan-bahan buangan daripada kilang
seperti minyak,sisa toksik dan sisa-sisa kilang.Pembuangan sampah
merata-rata dan penggunaan racun serangga secara berlebih-lebihan
juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran ini. Di samping
itu,sikap manusia yang jarang menghargai nilai-nilai maksum yang
terdapat di kawasan menarik dan indah juga boleh menjadi salah satu
punca pencemaran tanah. Selain daripada mengurangkan jumlah hutan
asal dan biodiversiti hutan dan hidupan liar, penebangan hutan juga
turut menyumbang kepada hakisan tanah, pemendapan, kerosakan cerun
dan tanah runtuh di Malaysia . Pembangunan yang tidak dirancang
dengan berkesan seperti pembalakan yang giat dan pembukaan tanah
secara berleluasa akan memberikan kesan buruk terhadap alam sekitar
contohnya berlakulah hakisan tanah,berlaku perubahan iklim,kesan
kepada rumah hijau dan banjir.KESAN - KESAN PENCEMARAN TANAH
Terdapat banyak kesan pencemaran yang memudaratkan tanah. Salah
satu adalah merosakkan tanah dan kualitinya. Sisa-sisa industri dan
hasil tumpahan daripada kenderaan pengangkut menjadikan tanah rosak
dan kurang berkualiti. Tanah yang kurang berkualiti menyebabkan
tumbuh- tumbuhan atau sayur-sayuran yang ditanam tidak hidup dengan
sempurna dan tidak subur. Hujan asid yang meresap ke dalam tanah,
perlombongan yang berlebihan, penebangan hutan atau pembalakan
menyebabkan tanah terhakis dan rosak. Selain itu penggunaan racun
serangga atau rumpai turut berperanan mengurangkan kualiti tanah.
Kemajuan dari segi pengangkutan juga menyebabkan banyak kawasan
tanah telah digunakan untuk tujuan pembinaan jalanraya, landasan
keretapi dan lapangan terbang.Selain itu, pembuangan sampah
merata-rata juga merupakan penyumbang kepada pencemaran tanah.
Pasti tempat yang berlonggokan sampah itu akan menarik perhatian
serangga dan haiwan pembawa penyakit seperti lalat dan tikus.
Haiwan perosak yang tertumpu di kawasan ini dan menyebarkan
kuman-kuman penyakit ke tempat-tempat lain. Jika makanan yang
dihinggapi lalat atau dimakan lipas , manusia mudah keracunan
makanan dan seterusnya diserang penyakit yang serius. Seterusnya,
pengujian senjata nuklear di negara-negara barat juga turut
mengancam kualiti tanah dunia. Tanah bukan sahaja tidak subur
malahan menyimpan bahan radioaktif yang mampu membunuh manusia
secara perlahan.Contoh yang paling ketara adalah letupan loji
nuklear di Chernobyl, Russia. Kesannya dapat dirasai hingga ke
Sweden, kerana 23 orang telah dilaporkan mati akibat daripada kesan
radioaktif nuklear tersebut. Semua penduduk di sekitarnya
dipindahkan dan di sesetengah tempat, penjualan daging terpaksa
dihentikan kerana kadar pencemaran terlalu tinggi dan membahayakan
kesihatan. Di samping itu, penukaran tanah dari hutan kepada
pertanian telah mengakibatkan berlakunya penebangan hutan secara
meluas. Penebangan hutan yang berterusan dan kemusnahan hutan di
kawasan tadahan air akan menjejaskan bekalan air dan kualiti sumber
air, menjejaskan kemampuan pengambilan semula air bawah tanah dan
menyebabkan lebih banyak banjir di kawasan tanah rendah.Satu lagi
kesan pencemaran tanah ini adalah hakisan. Hakisan tanah adalah
salah satu fenomena yang sangat sering berlaku di seluruh dunia.
Ianya bukan sahaja merugikan dari sudut kewangan dan ekonomi bahkan
juga mengancam keselamatan dan nyawa manusia, misalnya tanah runtuh
dan juga gempa bumi. Terdapat banyak negara-negara yang sedang
diancam hakisan tanah. Di negara-negara tertentu juga, angin
menjadi salah satu agen yang boleh menyebabkan hakisan. Antara
aktiviti-aktiviti manusia yang boleh menyebabkan hakisan adalah
pembersihan dan pembajakan serum bukit yang menyebabkan tiada
tumbuhan yang dapat menahan tanah daripada dialirkan bersama-sama
dengan air apabila hujan lebat, penebangan hutan, padang ragut yang
meluas dan berlebihan, dan penanaman secara meluas hanya satu jenis
tanaman.Kesimpulannya, tanah adalah bahagian permukaan bumi yang
dihuni oleh banyak makhluk hidup terutama manusia, tumbuh-tumbuhan,
haiwan dan mikroorganisme. Tanah dan makhluk hidup yang hidup di
atasnya mempunyai hubungan yang sangat erat. Tanah memberikan
sumber daya yang berguna bagi kelangsungan makhluk hidup di
atasnya. Selain itu, tanah juga berperan dalam menjaga kelestarian
sumber daya air dan kelestarian lingkungan hidup secara umum. Dapat
dikatakan bahawa hidup manusia tergantung kepada tanah. Oleh itu,
kita perlu menjaga tanah dengan baik.
Kepentingan Dalam Menjaga Alam SekitarAlam sekitar adalah
anugerah Tuhan yang amat bernilai kepada kesejahteraan kehidupan.
Manusia banyak bergantung kepada sumber-sumber semulajadi di muka
bumi ini. Allah telah mencipta alam ini seimbang untuk kemakmuran
munusia. Bumi yang luas dijadikan tempat tinggal manusia,
gunung-gunung sebagai pemasak bumi, tumbuh-tumbuhan sebagai sumber
makanan dan ubatan kepada kehidupan, demikian juga dengan pelbagai
jenis haiwan dan hidupan di lautan. Alam sekitar yang tidak
tercemar memberikan kita suasana yang selesa dan menyamankan. Di
samping memberi keselesaan kepada manusia, ia juga sedikit sebanyak
akan terjejas akibat aktiviti-aktiviti pembangunan negara sekiranya
alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik.Persekitaran
yang bersih membolehkan kita menyedut udara yang segar. Udara yang
bersih merupakan nikmat yang sangat bernilai kepada kehidupan
manusia. Kawasan yang segar dan bersih lazimnya dipenuhi dengan
tumbuhan menghijau. Tumbuh-tumbuhan membebaskan oksigen ke udara
dan membolehkan badan kita mendapat bekalan oksigen
secukupnya.Udara dalam alam sekitar kita yang bersih dan segar juga
membolehkan kita menikmati keselesaan. Kita akan berasa selasa jika
tiada gangguan di persekitaran kita. Cuaca panas dan kering yang
disebabkan oleh kenaikan suhu dapat dielakkan dan membolehkan kita
menjalani kehidupan dalam keadaan cuaca yang baik. Melalui
persekitaran yang segar dan nyaman juga, orang ramai boleh
melakukan aktiviti luar dan beriadah tanpa gangguan yang boleh
menimbulkan perasaan rimas marah dan tidak selesa. Aktivti riadah
yang dijalankan dalam keadaan bersih akan meningkatkan tahap
kesihatan kita.Selain itu, penanaman pokok-pokok haruslah dirancang
dengan teratur dari semasa ke semasa. Penanaman tumbuhan hijau
bukan sahaja memberikan suasana persekitaran yang sejuk dan nyaman,
malah berfungsi untuk menstabilkan suhu persekitaran. Penanaman
pokok-pokok ini juga bertujuan mengurangkan kesan pemanasan global
melalui penyerapan karbon dioksida. Akhirnya, pemanansan global
dapat dikawal dan akan dapat menstabilkan ekosistem persekitaran.
Penjagaan sumber-sumber alam sekitar seperti pokok-pokok akan dapat
membendung pelbagai masalah, sebagai contoh hutan mengawal hakisan
tanah dan banjir. Hutan juga menjadi salah satu sumber ekonomi
negara kita.Alam setikar yang bersih juga dapat mengelakkan
pembiakan serangga yang mampu membawa penyakit. Persekitaran yang
bersih menghalang haiwan seperti lalat, nyamuk dan tikus daripada
membiak dan menyebarkan penyakit kepada manusia seperti malaria,
deman denggi, taun dan hawar. Keadaan ini turut melindungi makanan
kita daripada dicemari oleh vector-vektor penyakit tersebut dan
dengan itu, masalah keracunan makanan dapat dielakkan.
Gangguan daripada serangga di dalam rumah juga dapat dielakkan
jika persekitaran dalam keadaan bersih. Alam setikar yang bersih
dapat mengurangkan pembiakan serangga seperti nyamuk, lalat, dan
serangga lain yang berada di dalam rumah. Tanpa serangga tersebut,
kita dapat berehat dengan selesa di rumah pada bila-bila masa.
Selain itu, persekitaran yang bersih juga mengelakkan pencemaran
bau yang boleh mengganggu keselesaan hidup kita.
Selain itu, air merupakan sumber asli yang sangat penting dalam
kehidupan manusia. Air sangat diperlukan oleh tubuh badan manusia
sehinggakan manusia boleh hidup bertahan beberapa hari dengan air
sahaja tanpa makanan. Tubuh kita mengandungi lebih kurang 70% air.
Sekiranya kehilangan air, hal ini akan mengakibatkan kita
kehilangan tenaga. Air bukan sahaja penting kepada manusia malah
kepada hidupan lain seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang turut
memerlukan air. Air yang suci dan bersih merupakan penjana kepada
kehidupan di muka bumi. Oleh kerana air merupakan unsur penting
dalam kehidupan manusia, masyarakat haruslah berganding bahu dalam
memelihara dan menjaga kebersihan air terutamanya menjaga
keselamatan alam sekitar daripada sebarang pencemaran.Tambahan
pula, alam sekitar yang dijaga oleh semua lapisan masyarakat dapat
mengelakkan kepupusan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Haiwan dan
tumbuh-tumbuhan adalah merupakan salah satu sumber makanan kepada
manusia. Pencemaran alam sekitar yang dilakukan akan menyebabkan
kemusnahan habitat haiwan dan akan menyebabkan sumber makanan
manusia akan berkurang, sebagai contoh hidupan laut seperti udang,
ikan dan seumpamanya merupakan sumber makanan yang mengandungi
protein yang dapat menstabilkan kesihatan manusia. Sekiranya kita
melakukan sebarang pencemaran laut seperti pembuangan sisa toksik
ke dalam laut, kepupusan hidupan laut akan berlaku. Manakala,
tumbuh-tumbuhan pula menjadi sumber kepada perubatan seperti herba
untuk pesakit. Alam sekitar yang tidak tercemar membolehkan habitat
hidupan darat dan air terpelihara.
Di samping itu, alam sekitar yang bersih akan dapat meningkatkan
ekonomi negara. Sesebuah masyarakat yang bersih dan mengandungi
nilai kedamaian akan dapat menarik perhatian pelancong asing.
Kedatangan pelancong asing ke dalam negara kita akan meningkatkan
nilai tukaran wang asing, dan ini akan dapat memajukan perkembangan
ekonomi negara kita. Selain itu, kedatangan pelancong juga dapat
memajukan sektor perkhimatan dan sektor perniagaan serta menawarkan
peluang perkerjaan kepada masyarakat. Dengan ini, imej negara kita
akan dapat ditingkatkan.
Kesimpulannya, pemeliharaan muka bumi perlu dijalankan bagi
menjamin bekalan sumber makanan, sumber kesihatan untuk
menghasilkan ubat-ubatan, Ia turut berperanan sebagai sumber
kecantikan, keindahan dan kedamaian di samping udara yang bersih.
Justeru, semua lapisan masyarakat haruslah bekerjasama dan saling
membantu dalam memelihara alam sekitar supaya kebersihan alam
sekitar dapat ditingkatkan dalam kehidupan kita.
LAMPIRAN
Keburukan dan Kesan Tidak Menjaga Alam Sekitar Kesan Pencemaran
Alam Sekitar 1
Pencemaran alam sekitar telah memberi kesan yang buruk terhadap
hidupan di dunia pada masa kini. Di antara kesan utama yang menimpa
manusia akibat daripada pencemaran alam sekitar ialah terhadap
udara, suhu persekitaran dan lain-lain. Pencemaran pada hari ini
semakin berterusan dari semasa ke semasa. Sememangnya pencemaran
alam sekitar memberi kesan buruk.
Pencemaran udara memberi kesan yang sangat buruk terhadap
tumbuh-tumbuhan di dunia ini. Tumbuh-tumbuhan mengalami kerosakan
dengan tiga cara iaitu Nekrosis(Keguguran daun), Klorosis
(Pertukaran warna), dan perubahan pertumbuhan. Barli, kapas, gandum
dan epal adalah antara tumbuhan yang mudah mengalami kerosakan
dengan bahan cemar sulfur dioksida. Selain itu, tomato, kekacang,
bayam dan kentang juga mengalami kerosakan dengan adanya gas ozon
di udara. Keadaan ini menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan
dan ekonomi sebahagian daripada penduduk di bumi juga terganggu.
Seterusnya, bahan cemar juga menyebabkan haiwan-haiwan terancam dan
terbunuh. Haiwan haiwan akan kehilangan habitat kerana bahan
tercemar telah memusnahkan tempat tinggal mereka .Maka,haiwan -
haiwan terbunuh dan spesis-spesis yang istimewa juga akan
menghadapi kepupusan. Bahan-bahan tercemar seperti sulfur dioksida
yang terlepas ke udara oleh kenderaan akan menyebabkan penghadaman
makanan haiwan terjejas. Hal ini menyebabkan haiwan-haiwan
kehilangan nyawa kerana bahan bahan toksid di udara ini telah
diserap ke dalam tubuh badan haiwan tersebut. Sebagai contohnya,
gajah,harimau,kuda-kuda,singa dan sebagainya.
Pencemaran udara juga menyebabkan penyusutan lapisan ozon bumi
yang melindungi hidupan di bumi ini daripada sinaran terus
matahari. Pembebasan gas klorofluorocarbon atau CFC yang digunakan
dalam alat-alat penyembur, alat penyaman udara dan peti sejuk
menipiskan lapisan ozon ini. Ini menyebabkan lebih banyak sinaran
matahari yang sampai ke bumi. Pendedahan secara terus kepada cahaya
matahari boleh menyebabkan kanser kulit yang amat berbahaya kepada
manusia dan juga hidupan lain. Pancaran matahari yang terik juga
menyebabkan berlakunya pencairaan kepada ais-ais di bahagian
kutub-kutub bumi dan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan
ekosistem di dunia pada masa kini.
Seterusnya, pencemaran udara juga menyebabkan terbentuknya Hujan
asid yang disebabkan oleh penggabungan gas-gas sulfur dioksida dan
nitrogen oksida dengan air hujan. Hal ini berlaku apabila gas-gas
sulfur oksida (SO2) dan oksida-oksida nitrogen (NOx) dilepaskan ke
udara dan bertindakbalas dengan wap air yang terdapat di atmosfera
dan seterusnya menjadi asid sulfurik dan asid nitrik. Asid ini
terkumpul di dalam awan dan awan pula bergerak ke tempat- tempat
lain dan membawa asid-asid tersebut. Asid itu akan turun
bersama-sama dengan hujan dan menimpa hidupan yang terdapat di
dunia.Hal ini membunuh tumbuh-tumbuhan dan juga hidupan air.Hal ini
juga boleh menghakis pakaian, kertas dan bahan binaan bangunan.
Selain itu, asid tersebut juga meresap ke dalam tanah dan
menyebabkan kualiti tanah berkurang dan menjadikannya tidak
subur.
Selain itu,kesan yang paling ketara dan sedang hangat
diperkatakan oleh seluruh warga dunia pada masa kini adalah kesan
pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah hijau. Kenaikan
suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi punca kepada pemanasan
global ini yang dapat dirasakan oleh seluruh penduduk bumi.
Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon
dioksida yang terkumpul di dalam udara. Gas karbon dioksida yang
terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya
suhu bumi meningkat , persekitaranya menjadi panas. Penyusutan
lapisan ozon juga adalah faktor utama kejadian pemanasan global
ini. Pemanasan global menyebabkan keadaan bumi menjadi panas,
ekosistem terganggu, banjir berlaku secara kerap dan juga
berlakunya kejadian alam yang tidak normal.Sebagai
contohnya,kegiatan tsunami yang berlaku di Indonesia telah banyak
mengorbankan nyawa manusia dan harta benda. Kebakaran hutan yang
berlaku juga sedikit sebanyak memberi kesan kepada suhu di bumi ini
dan juga menjejaskan kualiti udara.Pencemaran bunyi terhadap dunia
pada masa kini termasuklah menggangu persekitaran dengan keadaan
bunyi yang bising sehingga tahap yang melampau. Pencemaran bunyi
akan menyebabkan keadaan persekitaran sangat bising dan menjadikan
kehidupan manusia serta kehidupan lain terganggu. Haiwan juga
berasa takut dan ingin berhijrah ke habitat baru yang lebih senyap
dan nyaman. Hal ini akan menyebabkan ketidakseimbangan
ekosistem.Pencemaran bunyi menyebabkan kerosakan pada telinga
manusia secara serta-merta dan juga secara kronik. Sekiranya
telinga menerima bunyi yang kuat iaitu lebih daripada 120 dB,
selaput tympanum di dalam telinga akan pecah serta kerosakan tulang
kecil pada telinga dan ini menyebabkan kehilangan pendengaran
kekal. Pendedahan berpanjangan kepada bunyi kuat iaitu lebih 85 dB
dalam masa 8 jam sehari, ia akan merosakkan koklia dan menyebabkan
pendengran menjadi tidak berkualiti dan kemungkinan juga akan
menjadi pekak secara perlahan-lahan Kesimpulannya, pencemaran alam
sekitar memang memberi kesan buruk kepada seluruh alam sekitar di
bumi ini. Saya berharap pihak berwajib dapat memantau supaya
pencemaran ini dapat dikurangkan supaya kehidupan di bumi ini lebih
selesa. YON SOK CHIN205784
Kesan-kesan Pencemaran Tanah dan Air
Pencemaran tanah bermaksud perbuatan atau bencana semula jadi
yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga kawasan tersebut telah
bertukar warna , tidak subur atau berlakunya hakisan. Ia boleh di
bahagikan kepada dua jenis iaitu dalam bentuk cecair atau pepejal.
Kebanyakan bahan pencemar ini adalah terdiri daripada organik atau
kimia. Tahap pecemaran adalah serius apabila sesuatu kawasan tanah
telah bertukar warna , tidak subur serta tumbuh-tumbuhan dikawasan
tersebut menjadi layu. Kebanyakkan tanah yang tercemar adalah
disebabkan oleh aktiviti-aktiviti manusia itu sendiri. Sebagai
contoh ialah perlombongan, penebangan hutan yang memyebabkan aliran
tanah dari darat ke laut, pembuangan sampah-sarap, sisa toksik dan
kumbahan yang tidak terkawal,dan tumpahan minyak dan pembuangan
sisa nuklear ke dalam laut.Sampah-sarap yang dibuang di
kawasan-kawasan lapang akanmenjadi tempat pembiakan kuman penyakit.
Tikus, lipas, lalat dan haiwan-haiwanperosak yang lain akan
tertumpu di kawasan tersebut dan menyebarkan kuman-kuman ke
tempat-tempat lain. Makanan yang dihinggapi lalat atau dimakan
lipas ,jika dimakan oleh manusia akan menyebabkan keracunan makanan
dan seterusnya diserang penyakit yang serius. Sekiranya serius,
akan membawa kematian kepada manusia atau munculnya penyakit baru
yang bahaya seperti H1N1 dan SARS yang mudah berjangkit.
Satu lagi kesan pencemaran tanah ini adalah hakisan. Hakisan
tanah adalah salah satu fenomena yang sangat sering berlaku di
seluruh dunia. Ia bukan sahaja merugikan dari sudut kewangan dan
ekonomi bahkan juga mengancam keselamatan dan nyawa manusia,
misalnya tanah runtuh dan juga gempa bumi. Terdapat banyak
negara-negara yang sedang diancam hakisan tanah. Contohnya negara
Jepun yang sering berlaku gempa bumi akibatnya ramai manusia
kehilangan harta benda.. Antara aktiviti-aktiviti manusia yang
boleh menyebabkan hakisan adalah pembersihan dan pembajakan serum
bukit yang menyebabkan tiada tumbuhan yang dapat menahan tanah
daripada dialirkan bersama-sama dengan air apabila hujan lebat.
Selain itu, pembinaan rumah-rumah di tengah bukit juga akan
menyebabkan tanah runtuh apabila berlaku hujan kilat. Nyawa manusia
yang tinggal di tengah-tengah bukit dan di kaki bukit akan
tergugat.
Kesan daripada pencemaran tanah ini kepada dunia sangat ketara
seperti pencemaran-pencemaran lain juga. Ianya juga memberi kesan
yang cukup buruk terhadap kesihatan manusia dan hidupan-hidupan
lain. Pembuangan sampah-sarap, sisa toksik dan nulear akan
menjadikan kawasan tanah beracun dan tidak sesuai untuk didiami
oleh manusia dan haiwan. Contoh letupan loji nuklear di Chernobyl,
Russia. Kesannya dapat dirasai sehingga ke Sweden, kerana 23 orang
telah dilaporkan mati akibat daripada kesan radioaktif nuklear
tersebut. Semua penduduk di sekitar tersebut telah dipindahkan ke
tempat lain.
Pencemaran air berlaku apabila terdapat perubahan dari segi
kandungan, keadaan, warna dan kualiti sehingga tidak sesuai untuk
diguna dan akan memberi kesan kepada para pengguna apabila
menggunakan air tersebut. Pencemaran berlaku sama ada dari segi
biologi, kimia, dan fizikal. Pencemaran air bukan hanya berlaku di
sungai sahaja,tetapi juga di laut,pantai, tasik kolam dan
sebagainya sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. Punca utama
yang mengakibatkan pencemaran ini adalah daripada bahan pencemar
dari kilang-kilang yang berdekatan. Keadaan atau tahap pencemaran
sumber air boleh dinilai berdasarkan beberapa faktor yang
mempengaruhi kualiti air tersebut iaitu oksigen terlarut, keperluan
oksigen biokimia (BOD), zat terlarut dalam air, pH, dan suhu.
Secara saintifik, pencemaran air boleh diklasifikasikan kepada
beberapa jenis iaitu pencemaran fizikal, kimia, fisiologis dan
biologi. Pencemaran fizikal ini ditentukan oleh perubahan warna,
suhu dan kekeruhan sumber air tersebut. Punca yang biasanya
menyebabkan pencemaran jenis ini ialah seperti pembuangan sampah.
Manakala pencemaran kimia biasanya disebabkan oleh zat organik
termasuk protein, karbohidrat, lemak dan bahan buangan industri
yang mengandungi garam beracun serta tumpahan minyak di laut.
Kesan-kesan daripada pencemaran air ini menimbulkan pelbagai
masalah kepada hidupan-hidupan di dunia pada masa kini termasuklah
manusia sendiri. Bahan-bahan yang dibuang ke dalam sungai akan
menyebabkan hidupan akuatik tersebut mati apabila memakan bahan
beracun dari sumber air yang telah tercemar ini. Manusia juga akan
mendapat penyakit yang serius jika mengambil sumber makanan hidupan
air tersebut. Selain itu, manusia akan mendapat penyakit jika
terminum air yang penuh bahan-bahan cemar seperti lumpur, pasir dan
batu halus, karat besi, bahan buangan industri, logam berat, racun
rumpai, bakteria, virus, dan haloform.
Pencemaran air juga menjadi masalah yang amat serius di negara
dunia ketiga iaitu jutaan manusia mendapatkan air minuman dari
kawasan yang dicemari dengan bahan buangan manusia sendiri.
Pencemaran sebegini dikatakan menyebabkan lebih tiga juta kematian
setiap tahun kerana cirit-birit, kebanyakannya terdiri daripada
kanak-kanak.
Selain itu pencemaran air juga menjadi punca kepada banjir yang
berlaku di dunia pada masa kini. Banjir-banjir yang kerap berlaku
disebabkan oleh tersumbatnya parit yang sepatutnya mengalirkan air
ke laut. Disebabkan oleh pembuangan sampah-sarap ke dalam sungai
yang menyebabkan sampah sarap menyumbatkan aliran air tersebut.
Selain daripada itu air juga menjejaskan keindahan alam.
Pantai-pantai yang dipenuhi dengan sampah-sarap dan air yang kotor
menjengkelkan dan tidak indah untuk dipandang akibat daripada
pembuangan sampah-sarap ke lautan. Sesetengah kilang akan
memperuntukkan kawasan untuk pembuangan sisa-sisa kilang. Tetapi,
apabila berlaku hujan lebat atau loji pecah, sisa-sisa ini akan
terkeluar dan menyebabkan dua masalah iaitu, pertama ialah jika
sisa ini mengalir di permukaan, maka ianya akan mengalir di dalam
sistem saliran terutamanya parit dan sungai. Masalah kedua pula
ialah sekiranya sisa ini mengalir ke dalam sistem bawah tanah yang
akan menyebabkan sistem air bawah tanah tercemar. Kesimpulanya
pelbagai langkah yang berkesan haruslah di ambil untuk mengatasi
masalah-masalah pencemaran daripada berleluasa. Barulah generasi
yang akan datang mempunyai persekitaran yang baik dan bebas
daripada pelbagai pencemaran.
Punca Berlakunya Pencemaran Alam Sekitar Akta Kualiti Alam
Sekeliling 1974 mengandungi peruntukan yang bertujuan mencegah,
menghapus, mengawal pencemaran serta memperbaiki kualiti alam
sekeliling dan dari aspek yang sering dikaitkan dengan alam sekitar
iaitu pencemaran yang membawa kepada maksud apa-apa perubahan
secara langsung dan tidak langsung terhadap sifat-sifat fizikal,
haba dan kimia termasuk kesan biologikal terhadap alam sekeliling
yang meliputi pencemaran air, udara, bunyi, tanah dan laut dan
untuk masalah ini, pelbagai punca telah dapat dikenal pasti yang
menyumbang kepada pencemaran alam sekitar.
Antara punca yang telah dapat dikenal pasti yang membawa kepada
masalah pencemaran alam sekitar ini ialah masalah sikap individu
dan organisasi yang tidak bertanggungjawab. Hal ini jelas kerana
tiada kesedaran sivik dalam diri mereka untuk menjaga alam sekitar
kerana bagi sesetengah individu, mereka akan sewenang-wenangnya
membuang sampah merata-rata tanpa menghiraukan keadaan persekitaran
dan mungkin mereka merasakan itu adalah perkara remeh apabila
mencampakkan secebis tisu atau sisa makanan di tepi jalan. Walhal,
jika direnungkan andai ada seratus orang pengguna yang bersikap
sedemikian sudah semestinya jalan raya akan menjadi kotor dan
dipenuhi dengan sampah-sarap. Manakala untuk organisasi seperti
kilang yang menjalankan operasi pengeluaran yang melibatkan sisa
toksik dalam penghasilan keluaran mereka, pada kebiasaannya kilang
itu akan mengambil langkah mudah apabila membuang sisa toksik
tersebut terus ke dalam laut dan sungai jika kilang itu didirikan
berdekatan dengan kawasan tersebut. Ini akan mengakibatkan
pencemaran air dan kilang yang melepaskan asap tanpa pemasangan
alat penapis udara akan menyebabkan terjadinya pencemaran udara.
Hal ini berikutan sikap individu dan pemilik kilang yang tidak
bertanggungjawab dan peka pada persekitaran sekeliling hasil dari
pencemaran alam sekitar yang mereka cipta sendiri.
Selain itu, antara punca lain ialah pembangunan secara tidak
sistematik. Apabila pihak kerajaan atau pihak swasta merancang
untuk membangunkan sesuatu kawasan, mereka seharusnya memikirkan
secara terperinci kesan-kesan negatif yang akan timbul terutama
yang melibatkan alam sekitar dan bukan tertumpu kepada kebaikan dan
keuntungan pembangunan semata-mata kerana akibat dari pembangunan
yang akan dijalankan boleh menyebabkan berlakunya pencemaran air,
udara, tanah dan bunyi yang akan dihasilkan. Mungkin disebabkan
penggunaan jentera yang terlalu banyak akan menghasilkan pencemaran
bunyi dan pencemaran udara jika jentera-jentera berteknologi tinggi
tersebut mengeluarkan asap yang berlebihan. Akibat daripada
projek-projek pembangunan itu, ia juga boleh terjadinya pencemaran
air terutama pada waktu hujan jika tanah lapang yang telah
dibersihkan untuk projek pembangunan itu iaitu tanah merah mengalir
terus ke dalam sungai atau laut yang berdekatan . Hal ini boleh
menjejaskan tahap kebersihan kualiti air dan boleh mengancam
kehidupan ekosistem dalam air yang seterusnya membawa kepada
pencemaran alam sekitar.
Di samping itu, penggunaan kenderaan bermotor seperti kereta,
motosikal, lori dan kapal terbang juga merupakan salah satu dari
penyumbang kepada berlakunya pencemaran alam sekitar seperti
pencemaran udara dan pencemaran bunyi. Hal ini kerana setiap
kenderaan akan melepaskan asap kenderaan yang mengandungi gas yang
berbahaya. Hal ini jika peningkatan taraf hidup masyarakat terus
meningkat pada zaman sekarang maka tahap pencemaran juga akan turut
meningkat berikutan semakin bertambah jumlah penggunaan bilangan
pengguna jalan raya yang selesa menggunakan kenderaan mereka
sendiri untuk bergerak ke destinasi yang ingin dituju berbanding
beramai-ramai menggunakan kenderaan awam yang semestinya dapat
mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya. Hal ini akan
menyebabkan pencemaran udara dan seterusnya menjejaskan sistem
pernafasan dan daya penglihatan manusia serta pencemaran bunyi yang
terhasil oleh kapal terbang yang berlepas atau mendarat terutama
dikawasan perumahan yang berhampiran dengan lapangan terbang boleh
menjejaskan daya pendengaran manusia. Hal ini jelas menerangkan
bahawa penggunaan kenderaan bermotor juga menjadi salah satu punca
berlakunya pencemaran alam sekitar.
Antara punca lain penyebab berlakunya pencemaran alam sekitar
ialah pembakaran secara terbuka. Hal ini jelas dapat dilihat
berikutan pembakaran pokok-pokok tua di kawasan ladang dan hutan
untuk tujuan penanaman semula. Jika dilihat dari satu sudut,
penanaman semula sememangnya sangat baik tetapi akibat daripada
pembakaran secara terbuka yang dilakukan oleh sesetengah pihak
sebenarnya boleh menyebabkan berlakunya pencemaran udara. Di
samping turut memusnahkan kehidupan flora dan fauna disekitarnya.
Disebabkan pembakaran secara terbuka ini jugalah suhu bumi menjadi
semakin meningkat dan keadaan cuaca di bumi semakin panas. Inilah
sebenarnya akibat daripada pembakaran secara terbuka yang
dijalankan yang akhirnya membawa kepada pencemaran alam sekitar
serta sekali gus turut menjejaskan kehidupan dan kesihatan
manusia.
Tambahan pula, kurangnya peranan yang dimainkan oleh pihak
kerajaan juga menjadi salah satu punca terus berlakunya pencemaran
alam sekitar pada masa ini. Pihak kerajaan seharusnya membuka mata
dan lebih peka terhadap pembangunan yang dijalankan oleh semua
pihak dengan mengambil kira masalah pencemaran yang bakal terjadi
dari setiap projek pembangunan tersebut dan bukan hanya melihat
kepada peningkatan taraf hidup masyarakat sahaja. Perkara ini
sangat penting untuk membantu mengurangkan pencemaran udara, air,
tanah dan bunyi, hasil daripada pembangunan pesat yang giat
dijalankan dan tingkah laku sesetengah organisasi dan masyarakat
yang kurang kesedaran sivik. Oleh disebabkan kerajaan kurang
memainkan peranan dalam menilai aspek-aspek inilah yang menyebabkan
masalah pencemaran berada ditahap yang semakin membimbangkan pada
masa kini.
Kesimpulannya, punca-punca pencemaran yang telah dikenal pasti
ini harus diambil langkah serius oleh semua pihak dan organisasi
untuk mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar baik daripada
pencemaran air, udara, tanah dan bunyi. Ia penting demi memastikan
kehidupan dibumi ini terjamin dan terhindar dari masalah pencemaran
yang semestinya membahayakan dan mengancam kesihatan serta
kehidupan flora dan fauna untuk generasi akan datang yang lebih
baik dan sihat serta bebas dari pencemaran alam sekitar.
Langkah-langkah untuk Menjaga Alam Sekitar Alam sekitar adalah
sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia, tidak mengira bangsa,
agama dan negara. Alam sekitar ini termasuklah kawasan-kawasan
tumbuhan hijau, udara dan air seperti sungai dan laut. Alam sekitar
masa kini semakin tercemar kerana terdapat pihak-pihak yang tidak
bertanggungjawab telah melakukan pencemaran seperti pembuangan
sampah di sungai-sungai, penggunaan baja-baja kimia dan pelbagai
lagi. Alam sekitar seharusnya dijaga kerana alam sekitar bukan
hanya digunakan pada masa sekarang tetapi akan digunakan sehingga
beratus-ratus tahun lagi. Oleh iu, untuk mengembalikan kesegaran
alam sekitar beberapa langkah menjaga alam sekitar perlulah
diambil.Langkah-langkah yang boleh diambil adalah melalui
pendedahan media massa. Media massa ini termasuklah televisyen,
radio, telefon bimbit, komputer dan surat khabar . Pada hari ini,
media massa memainkan peranan penting dalam membentuk cara
pemikiran semua pengguna. Media massa kini perlulah lebih banyak
memberi maklumat tentang isu-isu pencemaran alam sekitar,
terutamanya dalam siaran-siaran di televisyen. Hal ini kerana
televisyen adalah satu media elektronik yang hampir dimiliki oleh
setiap keluarga atau individu di setiap pelusuk dunia. Hal ini
sedemikian kerana setiap manusia atau individu perlu mengetahui
tentang keadaan alam sekitar yang semakin tercemar dan perkara yang
sepatutnya dilakukan oleh mereka untuk menjaga alam sekitar. Surat
khabar dan majalah pula adalah media yang banyak mendedahkan
tentang isu pencemaran alam sekitar. Pihak-pihak berwajib
sepatutnya perlu mendedahkan isu-isu pencemaran ini dengan lebih
luas di jaringan-jaringan internet kerana masyarakat kini lebih
banyak menggunakan media tersebut berbanding media-media lain.
Selain itu, langkah untuk menjaga alam sekitar ialah melalui
kempen alam sekitar. Antara kempen-kempen yang boleh dilakukan
ialah kempen cintailah sungai kita, kempen kitar semula, sahabat
alam dan sebagainya.Dalam kempen-kempen ini masyarakat akan
didedahkan tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan cara-cara
menjaga alam sekitar seperti menguruskan sisa pembuangan supaya
kurang memberi pencemaran kepada alam sekitar. Kempen kitar semula
pula dapat menggalakkan pengguna supaya mengitar semula bahan-bahan
yang boleh dikitar semula. Dengan itu, masyarakat akan dapat
berjimat-cermat dan dapat megurangkan pencemaran alam sekitar.
Dalam kempen alam sekitar ini juga, aktiviti-aktiviti seperti
penanaman pokok-pokok bunga dan membersihkan kawasan-kawasan yang
kotor boleh dijalankan. Penanaman pokok bunga bukan sahaja dapat
mencantikkan alam sekitar tetapi dapat mengembalikan semula
kehijauan sesuatu tempat serta dapat membuktikan betapa pentingnya
hidupan hijau di bumi ini.
Langkah ketiga bagi mengatasi pencemaran alam sekitar pula ialah
melalui organisasi-organisasi seperti sekolah, balai rakyat, kelab
remaja dan juga syarikat-syarikat tertentu. Pendidikan alam sekitar
mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah dalam
pelajaran Alam dan Manusia. Pada peringkat menengah khususnya dalam
pelajaran sains seperti Biologi dan di peringkat pengajian tinggi
melalui kursus Sains Alam Sekitar dan Biologi Persekitaran.
Guru-guru sekolah haruslah bersikap prihatin terhadap alam sekitar
dan bersifat cintakan alam sekitar. Hal ini penting supaya setiap
guru dapat menanamkan perasaan cinta alam sekitar kepada
pelajar-pelajar melalui pendidikan moral di sekolah. Pertandingan
kelas terbersih di antara kelas juga perlu dijalankan agar perasaan
tanggungjawab terhadap alam sekitar dalam diri pelajar dapat
disemai. Di peringkat tinggi, pelajar didedahkan dengan proses
kitaran alam sekitar dan cara alam sekitar berinteraksi dan
hubungannya dengan hidupan lain di bumi ini. Dengan itu, sikap
sayangkan alam sekitar akan dapat dipupuk dalam diri pelajar
.Langkah seterusnya ialah melalui penggunaan teknologi moden.
Penggunaan teknologi moden untuk mengurangkan pencemaran alam
sekitar adalah amat penting. Penggunaan teknologi moden dapat
mengawal dan mengurangkan pencemaran dengan lebih cepat dan
efektif. Dengan adanya teknologi moden, tumpahan minyak di lautan
adalah lebih mudah dibersihkan tanpa meninggalkan sisa tumpahan
minyak. Selain itu, dengan menggunakan teknologi moden kita dapat
menjalankan aktiviti kitar semula bahan-bahan buangan dan sisa-sisa
pepejal seperti surat khabar, majalah lama, kain dan bahan-bahan
plastik. Hal ini sudah tentu akan dapat mengurangkan pencemaran
yang disebabkan oleh pengurusan sisa pepejal yang tidak sempurna.
Penggunaan teknologi moden seperti penapis udara yang dipasang pada
ekzos kenderaan dan cerobong asap kilang-kilang perindustrian telah
dapat mengurangkan kadar gas karbon monoksida yang dilepaskan. Hal
ini akan dapat mengurangkan kadar pencemaran udara di
sekeliling.Kesimpulannya, pencemaran alam sekitar semakin hari
semakin meningkat mengikut pertambahan bilangan pengguna. Saya
berharap setiap individu dapat mengambil pengajaran tentang betapa
pentingnya menjaga alam sekitar agar alam sekitar yang semakin
tercemar ini dapat dipulihkan semula dan dapat dijaga dengan lebih
baik pada masa hadapan. Pihak kerajaan dan badan-badan bukan
kerajaan yang berkaitan haruslah memainkan peranan penting dalam
memulihkan dan memelihara alam sekitar. Sebagai golongan yang
berkuasa mereka pasti dapat menjaga dan mengawal alam sekitar
daripada terus tercemar.