Top Banner
Februari 2016 Bil :184/2/2016 Penasihat AJING KARTINI BT. MOHD RAMLEE Hasil Nukilan Nur Faizatul Camellia Rablin Norlela Suleiman Lela Ahmad Dolly Liaw Rubiah Alli Mariam Gani Yong Azizah Haili Wyndia Linseh Adeni 2 Februari 2016 Mesyuarat Dalaman Perbincangan Sistem Balance Scorecard DBKU bersama Pihak SAINS ( Sesi 2 ) di Bilik Bunga Raya. Mesyuarat Pameran DBKU Sempena Hari Landskap Negara Peringkat Kebangsaan 2016 di Bahagian LNP. 4 Februari 2016 Refresher Course Balance Scorecard kepada pihak Pengurusan DBKU di Bilik Mesyuarat Allamanda. 5 Februari 2016 Pembentangan Projek Kumpulan KIK, Projek KIK Hybrid dan Projek Pengurusan Lean kepada Pihak Pengurusan di Bilik Rujukan, Perpustakaan DBKU. 10 Februari 2016 Prebiu Laporan Akhir KFA DBKU 2015 di Bilik Mawar, Depo DBKU. Mesyuarat Perbincangan Hari Terbuka Landskap di Bahagian LNP. 11 Februari 2016 Perbincangan Persediaan Bengkel Balanced Scorecard Tier 2 di Bilik Rujukan Perpustakaan DBKU. 12 Februari 2016 Sambungan Prebiu Laporan Akhir KFA DBKU 2015 (Bahagian IMT) di Bilik Mawar, Depo DBKU. 17 Februari 2016 Perbincangan Penubuhan Kumpulan KIK Jabatan CPS di Pejabat TP(CPS). Perbincangan Fokus Perancangan Strategik 2017 Perbincangan di Pejabat TP(CPS). 22 Februari 2016 Perbincangan Penetapan Fokus Perancangan Strategik 2017 bersama Ketua Timbalan Pengarah dan Timbalan-timbalan Pengarah selepas MMP di Bilik Seminar Allamanda, Perpustakaan DBKU. 23 Februari 2016 Kursus MS ISO 9001 : 2015 AWARENESS di Bilik Asajaya, Tingkat 1, Hotel Grand Margherita. 24 25 Februari 2016 Kursus Juruaudit Dalaman MS ISO 9001:2015, di Level 18, Window on Kuching Room, Hotel Riverside Majestic, Kuching.
23

Penasihat AJING KARTINI BT. MOHD RAMLEE Hasil Nukilan

Oct 21, 2021

Download

Documents

dariahiddleston
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Penasihat AJING KARTINI BT. MOHD RAMLEE Hasil Nukilan

Februari 2016 Bil :184/2/2016

Penasihat

AJING KARTINI BT. MOHD RAMLEE

Hasil Nukilan

Nur Faizatul Camellia Rablin

Norlela Suleiman Lela Ahmad Dolly Liaw Rubiah Alli

Mariam Gani Yong Azizah Haili

Wyndia Linseh Adeni

2 Februari 2016 • Mesyuarat Dalaman Perbincangan Sistem Balance

Scorecard DBKU bersama Pihak SAINS ( Sesi 2 ) di Bilik Bunga Raya.

• Mesyuarat Pameran DBKU Sempena Hari Landskap Negara Peringkat Kebangsaan 2016 di Bahagian LNP.

4 Februari 2016 • Refresher Course Balance Scorecard kepada pihak

Pengurusan DBKU di Bilik Mesyuarat Allamanda.

5 Februari 2016 • Pembentangan Projek Kumpulan KIK, Projek KIK

Hybrid dan Projek Pengurusan Lean kepada Pihak Pengurusan di Bilik Rujukan, Perpustakaan DBKU.

10 Februari 2016 • Prebiu Laporan Akhir KFA DBKU 2015 di Bilik

Mawar, Depo DBKU.

• Mesyuarat Perbincangan Hari Terbuka Landskap di Bahagian LNP.

11 Februari 2016 • Perbincangan Persediaan Bengkel Balanced

Scorecard Tier 2 di Bilik Rujukan Perpustakaan DBKU.

12 Februari 2016 • Sambungan Prebiu Laporan Akhir KFA DBKU 2015

(Bahagian IMT) di Bilik Mawar, Depo DBKU. 17 Februari 2016 • Perbincangan Penubuhan Kumpulan KIK Jabatan

CPS di Pejabat TP(CPS). • Perbincangan Fokus Perancangan Strategik 2017

Perbincangan di Pejabat TP(CPS).

22 Februari 2016 • Perbincangan Penetapan Fokus Perancangan

Strategik 2017 bersama Ketua Timbalan Pengarah dan Timbalan-timbalan Pengarah selepas MMP di Bilik Seminar Allamanda, Perpustakaan DBKU.

23 Februari 2016 • Kursus MS ISO 9001 : 2015 AWARENESS di Bilik

Asajaya, Tingkat 1, Hotel Grand Margherita.

24 – 25 Februari 2016 • Kursus Juruaudit Dalaman MS ISO 9001:2015, di

Level 18, Window on Kuching Room, Hotel Riverside Majestic, Kuching.

Page 2: Penasihat AJING KARTINI BT. MOHD RAMLEE Hasil Nukilan

STATISTIK CADANGAN Q DAN LAPORAN PENAMBAHBAIKAN/INOVASI (JANUARI - SEPTEMBER 2014)

Cadangan Q - 84 Penambahbaikan/Inovasi - 2

CADANGAN Q PENAMBAHBAIKAN/INOVASI

STATISTIK CADANGAN Q DAN LAPORAN PENAMBAHBAIKAN/INOVASI (JANUARI - FEBRUARI 2016)

STATISTIK LAPORAN CADANGAN Q/PENAMBAHBAIKAN/INOVASI MENGIKUT BAHAGIAN (JANUARI - FEBRUARI 2016)

CADANGAN Q PENAMBAHBAIKAN/INOVASI

Jumlah Staf

(31) (4) (28) (15) (20) (6) (26) (48) (24) (28) (16) (85) (40) (12) (61) (36) (191) (14) (8) (110) (40) (11) (7) (111)

NOTA: Jumlah staf dikemaskini setakat : 11 Januari 2016

2

(19) (7)

Page 3: Penasihat AJING KARTINI BT. MOHD RAMLEE Hasil Nukilan

ETIKA PENGGUNAAN TANDAS DI PEJABAT Anda bukan satu-satunya orang yang menggunakan tandas di tempat kerja. Terdapat pekerja lain juga yang menggunakannya bersama. Etika tandas pejabat merujuk kepada set peraturan individu perlu diikuti semasa menggunakan tandas pejabat. Apakah etikanya? Berikut adalah aturan yang perlu anda patuhi. � Jangan berbincang dalam tandas

Biarkan rakan sekerja anda melakukan perkara mereka sendiri dengan keselesaan mereka. Jangan berbual-bual di dalam tandas. Sesetengah orang akan bercakap mengenai perkara yang tidak baik di dalam tandas. Kadang kala perbualan anda sedang diperhatikan oleh orang yang anda sendiri tidak sedari yang berada di dalam ruangan tandas yang bersebelahan. � Pastikan bersih

Tiada siapa yang mahu untuk berada di dalam keadaan yang kotor. Ya, biasanya terdapat pencuci pejabat tetapi adalah terlalu biadab untuk memberikan mereka sahaja mengendalikan pembersihan tandas. Buanglah sampah anda, lap sehingga air yang berlebihan pada countertops dan lakukannya dengan hati yang baik. Lakukan bilasan dan periksa untuk memastikan segala-galanya bersih sebelum keluar. Lakukannya tanpa berkata apa-apa.

� Jagalah adab-adab

Bersikap sopan sementara anda menunggu giliran anda menggunakan tandas. Jangan mengetuk pintu tandas dan jangan menolak pintu untuk melihat sama ia kosong atau tidak. Rakan-rakan anda juga inginkan persekitaran yang tenang ketika di tandas pejabat, jadi bersikap sopan. � Penyelenggaraan Sebaiknya beritahu rakan-rakan sekerja atau pihak pengurusan apabila mendapati tandas rosak. Anda mungkin kehilangan beberapa minit masa kerja. Tetapi ia boleh mengelakkan kemalangan dan menjimatkan air. Tinggalkan amaran untuk tandas yang rosak kepada rakan-rakan kerja yang lain. Jangan bercakap di telefon bimbit. Tiada yang lebih janggal daripada mendengar bunyi tandas di pam ketika sedang bercakap di telefon. Ia bukan sahaja kurang sopan tapi tidak menghormati rakan yang berada dalam tandas. � Basuh tangan

Cuci tangan selepas menggunakan tandas di pejabat. Dalam dunia perniagaan, anda akan berjabat tangan dengan kadar yang banyak sekali, tanpa mencuci tangan anda boleh menyebarkan kuman di seluruh pejabat. � Kesimpulannya,

Penggunaan tandas pejabat boleh menjadi satu pengalaman yang biasa atau buruk berdasarkan bagaimana pekerja menggunakan kemudahan tersebut. Perbuatan yang tidak bertimbang rasa boleh membuatkan tandas itu satu tempat yang menjijikan. Dengan mempamerkan etika tandas pejabat yang betul, ia bukan sahaja dapat membantu untuk mengekalkan kebersihan yang lebih baik serta dalam suasana yang selesa. Ia juga dapat menggalakkan kakitangan lain untuk menghormati antara satu sama lain untuk menggunakan ruangan yang dikongsi bersama.

3

Page 4: Penasihat AJING KARTINI BT. MOHD RAMLEE Hasil Nukilan

4

Page 5: Penasihat AJING KARTINI BT. MOHD RAMLEE Hasil Nukilan

5

Page 6: Penasihat AJING KARTINI BT. MOHD RAMLEE Hasil Nukilan

6

Page 7: Penasihat AJING KARTINI BT. MOHD RAMLEE Hasil Nukilan

7

STATUS CADANGAN Q SELEPAS KEPUTUSAN MESYUARAT MAJLIS INOVASI DAN KREATIVITI KE-92 PADA 22 JANUARI 2015

(98 CADANGAN)

Bil No. Cadangan Tajuk Cadangan Status Cadangan

1.

7043

Mengadakan bengkel untuk Pegawai HR (baru)/pegawai menjaga cuti setiap bahagian serta refresher course untuk mereka yang sedia ada untuk menangani isu seperti cuti, cuti sakit, cuti bersalin, kursus, tatacara menangani kes-kes disiplin dan perkara-perkara yang berkaitan dengan urusan staf di bahagian masing-masing. Ini mengambil kira reshuffling exercise DBKU.

Cadangan diterima dan telah dilaksanakan menerusi taklimat mengenai Tindakan Disiplin: Ketidakhadiran Ke Pejabat dalam bulan Jun 2015 dan roadshow pengemaskinian rekod cuti ke bahagian-bahagian dalam bulan November/Disember 2015.

2.

7127

Mengadakan album gambar projek pembangunan DBKU dilengkapi dengan gambar yang profesional dengan catatan nama tempat, bangunan dan tarikh siap/dibuka untuk orang awam. Album ini akan dipamerkan di Galeri KU.

Cadangan diterima dan telah diambil maklum dan maklumat tersebut diambil tindakan dikemaskini ke dalam Galeri KU dari semasa ke semasa.

3.

7278

Tanjung road island di Jalan Ban Hock (hadapan Fata Hotel) diperbesarkan dan dibulatkan agar dapat didirikan directional sign di hujung island tersebut.

Cadangan tidak diterima kerana memadai dengan pemasangan delineator post yang telah dibuat di kawasan tersebut.

4.

7429

Bangunan kantin di Taman Budaya dijadikan Rumah Kelab DBKU dan diurus oleh Kelab Sukan dan Rekreasi (KSR). Disaran juga dibuat Mini Gym dan kantin untuk kemudahan para pengunjung. Bangunan ini telah terlalu lama dibiarkan kosong sedangkan Taman Budaya ramai pengunjung datang beriadah setiap hari.

Cadangan diterima dan perkara ini merupakan salah satu daripada Pelan Tindakan Perancangan Strategik Bahagian BDD dan iklan akan dikeluarkan bagi mencari siapa yang berminat untuk menjalankan perniagaan di situ.

5.

7440

Mengecat semula tempat meletak lori di tempat letak kereta Padang Pasir dengan cat yang berkualiti atau berlainan warna.

Cadangan diterima dan Work Order telah diluluskan dan kerja-kerja telah diprogramkan. Manakala landskap di kawasan tersebut diprogramkan pada tahun 2016.

6.

7484

Kerusi untuk orang awam yang disediakan di Kaunter Pembayaran (Bahagian FIN) ditukar baharu kerana kerusi tersebut telah lusuh dan koyak.

Cadangan diterima dan telah diambil tindakan.

Page 8: Penasihat AJING KARTINI BT. MOHD RAMLEE Hasil Nukilan

8

Bil No. Cadangan Tajuk Cadangan Status Cadangan

7.

7513

Membina laluan keluar dan masuk dari arah Jalan Semariang terus ke lapangan Mountain Bike memandangkan hanya satu laluan sahaja yang ada untuk masuk ke lapangan tersebut dari arah Jalan Ring.

Cadangan diterima dan akan diambil tindakan. Telah dimasukkan ke dalam RMK11 untuk keseluruhan reka bentuk dalam pembangunan semula laluan berbasikal menuju ke Bukit Siol.

8.

7598

Menaikkan amaun potongan Kelab Sukan dan Rekreasi kepada staf yang ingin membuat pinjaman melalui kelab dengan mengenakan faedah 4% dalam masa yang singkat (2 tahun).

Cadangan tidak diterima kerana setakat ini Perlembagaan Kelab Sukan dan Rekreasi tiada mengenakan faedah. Hanya koperasi dan persatuan yang boleh memberi pinjaman amaun banyak. Kelab hanya mampu untuk memberi pendahuluan dengan amaun yang kecil sahaja dengan caj perkhidmatan.

9.

7603

Gerai atau kiosk kecil untuk Kelab Sukan dan Rekreasi menjual cenderahati kelab kepada pengunjung di Bangunan DBKU terutama yang mengunjungi Muzium Kucing.

Cadangan diterima dan 3 buah kiosk cenderahati di Muzium Kucing telah diambil alih oleh KSR dan pengendali semasa telah dipilih. Ketiga-tiga kiosk ini akan menambah dana KSR melalui sewaan.

10.

7629

Pihak Pengurusan DBKU dapat mempertimbangkan penubuhan Persatuan/Kelab Pertahanan Diri (contoh: silat) bagi persediaan staf dalam menjalankan tugas-tugas yang berkaitan secara langsung dengan orang awam. Contohnya : Bahagian SCY, ENF, LES dan ENV.

Cadangan dierima dan KSR telah mengambil maklum dan dipertimbangkan sekiranya ada ahli yang berdaftar dengan Kelab Silat dari luar.

11.

7696

Memberi saguhati/hadiah dan penghargaan kepada bahagian yang telah melaksanakan projek KFA atau kumpulan KFA terbaik.

Cadangan diterima dan telah diambil tindakan di mana KFA tahun 2014 - Memperkasakan Komuniti Setempat Dalam Kerja-kerja Pemotongan Rumput dan Pembersihan Parit telah diberi penghargaan Anugerah Inovasi semasa Hari Integriti dan Inovasi DBKU 2015 pada 2 Disember 2015.

12.

7697

Membuat tempat khas berpasir untuk membuang puntung rokok di Depo DBKU.

Cadangan diterima dan telah diambil tindakan.

13.

7761

Pintu masuk untuk Setiausaha kepada Timbalan Pengarah (INS, RES dan PBL) dibina di kawasan tempat mereka bekerja sekarang

Cadangan diterima dan telah diambil tindakan.

Page 9: Penasihat AJING KARTINI BT. MOHD RAMLEE Hasil Nukilan

9

Bil No. Cadangan Tajuk Cadangan Status Cadangan

14.

7771

Staf yang ingin membuat tempahan/pembelian semula baju korporat dan kemeja ‘T’ DBKU baharu dipusatkan melalui Kelab Sukan dan Rekreasi. Permohonan perlu dibuat untuk ukur badan sebulan lebih awal melalui Urus Setia Kelab atau kelab mempunyai stok pelbagai saiz sedia ada bagi pembelian terus.

Cadangan diterima dan tempahan/pembelian baju baharu tersebut dipusatkan melalui Kelab Sukan dan Rekreasi DBKU. Setakat ini tidak ada menerima sebarang tempahan daripada staf. Pemantauan akan dibuat sekiranya ada permintaan

15.

7772

Mengalih/Memindah bekas tempat menyimpan piala di ruang masuk ke Surau dan pintu ke dapur Kafeteria DBKU.

Cadangan diterima dan telah diambil tindakan dengan memindahkannya ke Rumah Kelab.

16.

7773

Mesyuarat EKSA bersama Ketua Kumpulan diadakan semula bagi memastikan Ketua Zon EKSA mendapat maklumat terkini dan mengemukakan pencapaian dan isu EKSA di zon masing-masing untuk diambil tindakan

Cadangan diterima dan telah diadakan pada 7 Januari 2016 di Bilik Mesyuarat Allamanda.

17.

7787

Pembelian perabot dan kelengkapan pejabat secara tender memandangkan pembelian barang berkenaan berjumlah besar setiap tahun (tender sekurang-kurangnya untuk satu penggal sahaja)

Cadangan diterima dan tender Supply and Delivery of Office Equipment telah diawad pada 1 Oktober 2015.

18.

7799

Cuti-cuti Timbalan Pengarah dan ke atas hendaklah diurus oleh PA/Steno masing-masing.

Cadangan diterima dan e-mel kepada semua Steno Timbalan Pengarah ke atas telah dikeluarkan untuk mereka ditugaskan bagi mengurus dan mengemaskini Sistem HRpays untuk permohonan serta rekod cuti ketua masing-masing bermula Januari 2016.

19.

7869

Menganjurkan Pertandingan Mengambil Gambar/Video Kucing mengikut katagori:- - Kategori A: Video kucing lucu/comel/luar biasa - Katagori B: Gambar kucing lucu/luar biasa - Kategori C: Gambar kucing comel

Cadangan diterima dan borang telah diedarkan semasa Pertandingan Cat Show diadakan bagi cadangan kategori B dan C sahaja, namun tiada penyertaan pada masa tersebut.

Page 10: Penasihat AJING KARTINI BT. MOHD RAMLEE Hasil Nukilan

10

Bil No. Cadangan Tajuk Cadangan Status Cadangan

20.

7923

Kelab Sukan dan Rekreasi DBKU membuat survei dan menetapkan senarai harga makanan dan minuman di Kantin DBKU dengan harga yang berpatutan dan mempamerkan harga dalam kantin tersebut. Contoh:- a. Minuman: RM1.00 - RM1.50 b. Nasi campur/goreng: RM3.50 - RM4.00 c. Mee goreng/rebus: RM3.50

Cadangan tidak diterima kerana semenjak GST dilaksanakan, harga yang dicadangkan tidak relevan jika dibandingkan dengan harga semasa di pasaran yang telah naik 50%.

21.

7933

Membeli van khas bagi mewujudkan Kaunter Bergerak untuk Kaunter Pembayaran Perkhidmatan DBKU.

Van tersebut dikendalikan oleh Bahagian FIN dan kaunter yang ditawarkan adalah untuk pembayaran cukai, kompaun dan lain-lain perkhidmatan DBKU.

Cadangan diterima dan telah diambil tindakan di mana kenderaan Kaunter Bergerak DBKU On The Move telah dilancarkan semasa Majlis Agenda DBKU pada 15 - 17 Januari 2016 di tempat letak kereta Sukma Ria.

22.

7938

LED display panel di jejantas Taman Hussein ditukar kepada yang lebih berkualiti dari yang sedia ada sekarang kerana ia selalu tidak berfungsi dengan baik.

Cadangan diterima dan telah digantikan dengan LED display panel yang baharu.

23.

7939

Memasang sticker gelap atau tinted di cermin luar Kafeteria DBKU. Supaya sesiapa yang merokok di luar tidak terlalu terbuka untuk dilihat dari dalam kerana kebanyakan VVIP (jika ada program jemputan) duduk di dalam kafeteria tersebut melihat karenah mereka yang merokok.

Cadangan tidak diterima kerana tidak praktikal dan menjadi tanggungjawab semua pegawai dan staf untuk menjaga imej DBKU.

24.

7949

Memasang awning di luar Kafeteria DBKU.

Cadangan tidak diterima kerana tiada keperluan.

25.

7952

Memasang meja berpayung yang dilekatkan ke dalam simen di luar Kafeteria DBKU sekurang-kurangnya 6 unit .

Cadangan tidak diterima kerana ia atas inisiatif katerer kafeteria itu sendiri boleh memasang meja berpayung tersebut.

26.

7965

Menyediakan penutup acrylic berbentuk bulat bagi menutup bahagian atas peta DBKU dalam Galeri KU.

Cadangan tidak diterima kerana telah merujuk dengan pihak Impact Design dan mereka memberitahu tidak dapat dipasang acrylic sebab saiz bulatan peta tersebut besar dan bahagian tengahnya akan melentur.

Page 11: Penasihat AJING KARTINI BT. MOHD RAMLEE Hasil Nukilan

11

7 8 2

Bil No. Cadangan Tajuk Cadangan Status Cadangan

27.

7973

Menanam pokok Tamar di sepanjang jalan dan di setiap bulatan dalam bidang kuasa DBKU.

Cadangan tidak diterima kerana tidak dapat dilaksanakan di mana terdapat sejenis kumbang yang menyerang pokok ini amat bahaya kepada tanaman lain.

28.

7977

Mengadakan taklimat atau mengeluarkan memo untuk pengetahuan semua staf berkenaan klinik yang disenarai hitam oleh DBKU supaya staf tidak pergi ke klinik tersebut.

Cadangan diterima dan telah diambil tindakan di mana pemberitahuan kepada semua staf tidak digalak untuk mendapat rawatan di Klinik Voon, Jalan Gambier kerana terdapat unsur-unsur salah laku dalam pemberian Sijil Sakit telah die-mel pada 21 Januari 2016.

29.

7980

Penyeragaman alamat penduduk dengan nama jalan - Agar alamat pada bil dan sistem yang terdapat pada bil cukai taksiran diseragamkan dengan nama-nama jalan yang telah diluluskan oleh Geographical Naming Committee. Sebagai contoh alamat untuk A0211-0000055216, nama Jalan Tanjung adalah berlainan dengan nama jalan yang terdapat pada papan tanda jalan.

Cadangan tidak diterima kerana alamat pada bil adalah alamat pos pembayar cukai. Sekiranya perkara ini menjadi isu, ia bukanlah alamat yang diguna pakai dalam alamat pegangan. Ia merupakan lokaliti/penempatan pegangan tersebut terletak. Sama juga jika ia terletak pada taman perumahan, maka lokaliti perumahan diguna pakai

30.

7981

Mengecat semula kenderaan rasmi DBKU yang hendak dilelong kepada warna putih.

Cadangan diterima dan telah diambil tindakan.

31.

7986

Pemasang partition dalam Kafeteria DBKU semasa bulan Ramadhan.

Cadangan tidak diterima kerana tiada keperluan dan melibatkan kos.

32.

7994

Menambahbaik konsep kantin di Depo DBKU seperti kafeteria di Bangunan DBKU.

Cadangan tidak diterima kerana terpulang kepada inisiatif pengendali kantin tersebut untuk mengubah konsep bagi menarik pelanggan.

33.

8042

Meletakkan kotak derma di Kaunter Perkhidmatan Perpustakaan DBKU untuk orang awam. Sumbangan tersebut akan digunakan untuk program-program kebajikan perpustakaan yang akan diadakan di rumah anak-anak yatim atau di rumah orang tua.

Cadangan diterima dan telah dilaksanakan. Kotak tersebut telah disediakan di Kaunter Perkhidmatan Perpustakaan pada1 Disember 2015.

34.

8091

Memasang penghadang di hadapan pintu tempat wuduk wanita di Bangunan DBKU.

Cadangan diterima dan telah diambil tindakan.

Page 12: Penasihat AJING KARTINI BT. MOHD RAMLEE Hasil Nukilan

12

Bil No. Cadangan Tajuk Cadangan Status Cadangan

35.

8060

Menyediakan 2 unit kerusi roda dan railing di dalam tandas Aras 4 dan 5 Perpustakaan DBKU untuk kegunaan pengguna/ahli OKU.

Cadangan diterima dan telah dilaksanakan. 1 unit kerusi roda telah disediakan di Perpustakaan, manakala untuk pemasangan railing masih menunggu tindakan pihak Pengurusan Kompleks Islam Sarawak.

36.

8007

Meletak papan tanda arah ‘Tempat Berkumpul’/Assembly Point - Tempat berkumpul jika berlaku kebakaran/bencana di bawah jambatan Halaman DBKU, tetapi tiada papan tanda arah memaklum arah tuju tempat berkumpul tersebut.

Cadangan diterima dan telah diambil tindakan.

37.

8022

Mengubah skrin video untuk lagu korporat DBKU setahun sekali mengikut aktiviti-aktiviti tahunan DBKU.

Cadangan tidak diterima kerana memadai dengan video yang sedia ada.

38.

8069

Memotong pokok-pokok di tepi sepanjang jalan bersebelahan dengan Hospital Pakar Normah

Cadangan diterima dan telah diprogramkan dalam program penyelenggaraan pokok Bahagian LNP.

39.

8073

Pertindihan term contract - Dicadangkan supaya menyediakan prosedur/format bagi memastikan kerja-kerja kontrak tidak bertindih. Contoh kerja pembersihan di sepanjang jalan-jalan protokol, Waterfront, Esplanade dan sebagainya untuk penjimatan kos, mengelakkan kekeliruan dan bersepadu.

Cadangan tidak diterima kerana term contract yang sedia ada sekarang memang tidak bertindih. Walau bagaimanapun, spesifikasi/skop kerja akan disemak semula.

40.

8087

Memasang notis sticker ‘Gunakan Handrail Semasa Turun/Naik Tangga’ di semua Bangunan DBKU untuk menjamin keselamatan pengguna semasa turun/naik tangga

Cadangan tidak diterima kerana tidak praktikal dan kedudukan handrail sedia ada mudah digunakan.

41.

8092

Menempatkan vending machine di tempat yang sesuai iaitu berdekatan dengan Muzium Kucing atau berdekatan dengan kawasan pintu masuk lobi, Bangunan DBKU.

Cadangan diterima dan telah diambil tindakan serta ditempatkan di luar pintu Kafeteria DBKU pada pertengahan tahun 2015 yang lepas.

Page 13: Penasihat AJING KARTINI BT. MOHD RAMLEE Hasil Nukilan

13

Bil No. Cadangan Tajuk Cadangan Status Cadangan

42.

8100

Memberi taklimat kesedaran kepada cleaner pejabat tentang cara yang betul untuk kebersihan di dalam tandas kerana didapati mereka tidak menggunakan cara yang betul dalam kerja-kerja pembersihan. Contoh: Menggunakan mop lantai untuk mencuci dalam mangkuk tandas.

Cadangan diterima dan taklimat kepada pembersih pejabat bersama TP(CPS), KB(ENV) dan KB(ADM) telah diadakan pada 11 September 2015. Manakala semua pembersih pejabat telah menghadiri Taklimat EKSA oleh pihak MAMPU pada 10 Disember 2015 di Bilik Seminar Allamanda, Perpustakaan DBKU. Kursus Kebersihan Pejabat kepada semua pembersih pejabat di luar dan dalam pejabat juga telah dijadualkan pada 3 - 4 Februari 2016 di Hotel Riverside Majestic.

43.

8105

Kelab Sukan dan Rekreasi DBKU membuat pembelian meja bulat untuk ditempatkan di Kafeteria DBKU. Sekarang menggunakan meja bulat di Pentarama dan ini memerlukan petugas mengangkat kerusi dan meja tersebut dari Aras 6 ke Kafetaria dan sebaliknya.

Cadangan diterima dan telah dilaksanakan pada 7 November 2015. Sebanyak 3 set meja bulat beserta kerusi banquet telah ditempatkan di Kafeteria DBKU.

44.

8110

Carta setiap bahagian di dalam DBKU diletak di setiap hadapan pejabat masing-masing.

Cadangan tidak diterima kerana memang telah dilaksanakan untuk setiap bahagian mempamerkan Carta Bahagian di pejabat masing-masing.

45.

8123

Pasu-pasu besar yang diletak di sepanjang jalan menuju ke Bangunan DBKU dilukis corak bunga atau corak lain seperti contoh nama DBKU dan lain-lain.

Cadangan tidak diterima kerana tiada keperluan.

46.

8127

Kelab Sukan dan Rekreasi DBKU membekalkan air mineral berbentuk cawan untuk kegunaan mesyuarat di Bilik Mesyuarat/Seminar Allamanda, Pepustakaan DBKU.

Cadangan diterima dan bekalan pertama telah dibuat untuk Bahagian HRM dan akan diteruskan secara sederhana mengikut sambutan.

47.

8130

Peluang memberi ucapan - Seperti biasa semasa Perhimpunan Bulanan, Datuk Bandar yang memberi ucapan beliau. Selain daripada Datuk Bandar, dicadangkan agar Pengarah juga memberi ucapan.

Cadangan tidak diterima kerana memadai YBhg. Datuk Bandar sahaja memberi ucapan.

Page 14: Penasihat AJING KARTINI BT. MOHD RAMLEE Hasil Nukilan

14

Bil No. Cadangan Tajuk Cadangan Status Cadangan

48.

8135

Mengubahsuai tapak sudut di hadapan pintu tangga tempat letak kereta Basement Bangunan DBKU untuk menuju ke lobi. Untuk mengurangkan kerosakan pada kenderaan yang keluar dari tempat letak kereta.

Cadangan diterima dan telah diambil tindakan.

49.

8139

Menaik taraf Dewan Pancaragam di Tapak Semaian dengan memperbaharui dan menambah alat muzik yang sedia ada

Cadangan tidak diterima kerana sedang dipertimbangkan untuk mewujudkan kesenian/kebudayaan secara keseluruhan pada masa akan datang.

50.

8189

Menambahbaik pengurusan wayleave - Standard Operating Procedure (SOP) disediakan bagi mendiri papan tanda iklan atau tunjuk arah komersial dalam rezab jalan. SOP ini akan dimasukkan sebagai kriteria permohonan sama seperti pemasangan dan penanaman (services) oleh agensi dalam (wayleave). Penetapan lokasi papan iklan dibenar untuk didirikan setelah dilulus dengan mengambil kira kesesuaian dan keselamatan.

Cadangan tidak diterima kerana memang dalam pelaksanaan untuk Aktiviti Fokus Utama (KFA) DBKU tahun 2015.

51.

8194

Memandangkan setiap bahagian di DBKU ada membuat baju korporat bahagian masing-masing, maka dicadangkan agar ia dipakai pada setiap hari Rabu minggu kedua seperti penggunaan baju Korporat DBKU yang dipraktikkan pada hari Rabu, minggu pertama setiap bulan.

Cadangan tidak diterima kerana baju Korporat DBKU telah ditetapkan dipakai pada setiap hari Rabu pertama setiap bulan. Untuk baju korporat yang dibuat oleh bahagian masing-masing, terpulang kepada mereka hendak memakainya pada bila-bila masa.

Page 15: Penasihat AJING KARTINI BT. MOHD RAMLEE Hasil Nukilan

15

Bil No. Cadangan Tajuk Cadangan Status Cadangan

52.

8136

Membekalkan beg setiap 4 tahun sekali kepada pegawai dan staf DBKU untuk kegunaan semasa mesyuarat dan sebagainya. Untuk kegunaan membawa dokumen rasmi semasa mesyuarat di luar kawasan.

Cadangan tidak diterima kerana beg akan diberi kepada semua staf semasa Hari Keluarga DBKU pada 13 - 14 Februari 2016.

53.

8157

Semua Pegawai Skel A diberi tali leher warna merah (atau tali leher terkini pada setiap keluaran) seperti Ketua Bahagian lain.

Cadangan diterima dan tali leher terkini telah dibekalkan kepada semua Pegawai Kanan pada bulan Mac 2015.

54.

8165

Memasang papan tanda bergantung di tempat letak kereta Ketua Bahagian atau Timbalan Pengarah dari dicat di atas lantai. Untuk mengelakkan tempat letak kereta tersebut diletak oleh kenderaan orang awam. Tambahan pula, dari jauh nampak dan jelas tempat letak kereta Ketua Bahagian atau TimbalanPengarah.

Cadangan diterima dan telah diambil tindakan.

55.

8186

Pihak Pengurusan menghadkan atau membatalkan caj yang dikenakan kepada bahagian lain bagi mendapatkan perkhidmatan pelan (contoh Bahagian GPM) bagi permohonan pelan untuk tujuan kerja pembangunan, membaiki atau menyelesaikan aduan (sesetengah tempat) kerana proses ini mengambil masa dan kerja-kerja yang hendak dilakukan tergendala dan lambat.

Cadangan tidak diterima kerana untuk kerja-kerja kecemasan, pemohon boleh memohon untuk mencetak pelan terlebih dahulu. Pada masa yang sama, pemohon mengisi borang permohonan cetakan pelan.

56.

8106

Menyediakan langkah-langkah keselamatan untuk OKU semasa kebakaran di DBKU.

Cadangan tidak diterima kerana tidak praktikal sebab OKU jarang datang ke Bangunan DBKU. Lagipun, OKU mesti akan datang dengan pengiringnya.

57.

8129

Setiap tahun Kerajaan mengadakan Kempen Kibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kebangsaan selama sebulan. Maka disarankan supaya permit penggantungan iklan pada tiang-tiang lampu terutamanya di jalan-jalan utama tidak dikeluarkan buat sementara waktu pada masa tersebut dan diganti dengan kibaran jalur gemilang selama sebulan bagi memperingati hari tersebut.

Cadangan tidak diterima kerana arahan penggantungan bendera lambat dimaklumkan dan kelulusan telah diberi kepada vendor lebih awal. Syarat pemasangan telah ditambah untuk memberi keutamaan kepada fishtail bagi event state/kebangsaan pada masa akan datang.

Page 16: Penasihat AJING KARTINI BT. MOHD RAMLEE Hasil Nukilan

16

Bil No. Cadangan Tajuk Cadangan Status Cadangan

58.

8145

Staf DBKU diberi peluang untuk berniaga pada hujung minggu di Medan Niaga Satok (Pasar Minggu).

Cadangan tidak diterima kerana di luar bidang kuasa DBKU. Medan Niaga Satok di bawah bidang kuasa FAMA. Sekiranya berminat, staf boleh memohon tapak dari pihak FAMA.

59.

8161

Membekal data bank projek untuk memudahkan kerja-kerja mengenal pasti senarai cadangan projek, mengatur perancangan projek pada masa depan dan mengenal pasti status cadangan projek kritikal serta kurang kritikal.

Cadangan tidak diterima kerana memang dalam pelaksanaan Bahagian ENG.

60.

8163

Kaunter yang efisien - Kaunter Bahagian BLG di Aras 2 digabung dan ditempatkan pada aras yang sama dengan Kaunter Pembayaran, Bahagian FIN kerana kaunter tersebut sentiasa berurusan dengan pelanggan serta melibatkan pembayaran Pendaftaran Pelan Bangunan dan permit di Bahagian FIN. Dicadangkan di tempat yang lebih luas seperti di lobi, Bangunan DBKU.

Cadangan tidak diterima kerana tiada peruntukan dan tidak praktikal serta memerlukan kos untuk mengadakan kaunter baharu.

61.

8167

Membekal kon boleh laras serba guna untuk setiap motosikal Trafik Warden bagi kegunaan anggota semasa memberi bantuan kecemasan dan kenderaan rosak semasa bertugas di tempat awam.

Cadangan tidak diterima kerana tidak praktikal sebab anggota boleh menggunakan motorsikal sebagai peralatan alternatif seperti diamalkan oleh anggota PDRM. Dalam kes kecemasan yang serius, bantuan boleh dipohon dari Unit DBKU Bantu.

62.

8101

Bahagian CTS menyediakan Garis Panduan Pengurusan Mesyuarat seperti siapa yang perlu hadir, pakaian, kuota (boleh dijalankan ataupun tidak mesyuarat tersebut sekiranya tidak cukup korum) sama ada Mesyuarat Mingguan Pengurusan, Dewan, JPPP dan apa-apa mesyuarat yang diuruskan oleh Bahagian CTS sebagai panduan dan rujukan semua yang terlibat, terutama sekali Ketua-Ketua Bahagian dan wakil.

Cadangan tidak diterima kerana PKPA Bil. 2/1991 telah diguna pakai oleh DBKU sejak tahun 1994 sebagai rujukan.

63.

8102

Membuat semula parit yang tidak berfungsi di Lorong Cathay dan tidak dapat digunakan lagi. Cadangan agar membuat penutup dan memperbesarkan lagi parit tersebut.

Cadangan tidak diterima kerana manhole cover sedia ada sudah mencukupi.

64.

8103

Membuat semula parit yang tidak berfungsi di Lorong Cathay dan tidak dapat digunakan lagi. Cadangan agar membuat penutup dan memperbesarkan lagi parit tersebut.

Cadangan tidak diterima kerana isu pemilikan tanah di lokasi tersebut.

Page 17: Penasihat AJING KARTINI BT. MOHD RAMLEE Hasil Nukilan

17

Bil No. Cadangan Tajuk Cadangan Status Cadangan

65.

8116

Membuat beacon light kecemasan untuk kenderaan rasmi DBKU yang menguatkuasakan undang-undang. Antaranya adalah Trafik Warden DBKU.

Cadangan tidak diterima kerana kenderaan Kuga sedia ada mempunyai beacon light.

66.

8117

Menyeragamkan warna untuk beacon light bagi kenderaan yang menguatkuasakan undang-undang berwarna biru.

Cadangan tidak diterima kerana di luar bidang kuasa DBKU.

67.

8119

Hari Terbuka Taman Orkid dibuat setahun sekali atau setahun 2 kali.

Cadangan tidak diterima kerana Taman Orkid dibuka setiap hari. Acara International Orchid Show juga diadakan setiap 2 tahun.

68.

8121

Mengadakan Pertandingan Mereka Cipta Cenderamata DBKU. Koleksi reka bentuk cenderamata DBKU untuk diberikan kepada pelawat/jabatan dan tetamu terhormat luar terlalu 'lapuk' dan 'biasa'. Tidak semestinya Bangunan DBKU sebagai tanda peringatan. Kuching telahpun diiktiraf sebagai sebuah Bandaraya Perpaduan. DBKU boleh mereka bentuk cenderamata yang melambangkan perpaduan di Sarawak. Tidak semestinya dibuat dari plaque (kayu/kaca), pendrive, powerbank atau pewter.

Cadangan tidak diterima kerana Kelab Sukan dan Rekreasi DBKU baru sahaja bergiat dengan penjualan cenderamata demi untuk menambah dana kelab. Sebagai permulaan, Kelab Sukan dan Rekreasi hanya membuat cenderamata yang sederhana dan murah kerana kos pelaburan tinggi tetapi sekiranya ada bahagian yang hendak menambah barang yang lebih mahal dan cantik, kelab boleh menyediakan mengikut jumlah yang dikehendaki.

69.

8122

Mempamerkan gambar-gambar lama terutama gambar-gambar sejarah melayu dan sejarah berkaitan penduduk tempatan serta tempat bersejarah sekitar Bandaraya Kuching terutama di tepi-tepi jalan raya, Bandaraya Kuching atau Taman-taman milik DBKU.

Cadangan tidak diterima kerana tidak bersesuaian dengan lokasi.

70.

8124

DBKU memasang railing (besi penghadang) di Jambatan Tun Abdul Rahman Yaakub.

Cadangan tidak diterima kerana tidak sesuai.

71.

8125

Memasang railing (besi penghadang) di belakang Bank Islam kerana kebanyakan orang awam membayar kupon letak kereta di pondok kupon melompat parit tersebut.

Cadangan tidak diterima kerana akan dibina covered drain.

72.

8126

Bahagian ADM membuat pemeriksaan ke bahagian-bahagian untuk aset seperti meja dan kerusi yang betul-betul rosak dan tidak dapat dibaiki sebelum kelulusan pembelian dibuat

Cadangan tidak diterima kerana Pegawai Penjaga Aset telah dilantik di setiap bahagian untuk tujuan pengurusan dan pemeriksaan aset bahagian. Unit Pengurusan Aset (ADM) hanya akan membuat pemeriksaan atas keperluan.

Page 18: Penasihat AJING KARTINI BT. MOHD RAMLEE Hasil Nukilan

18

Bil No. Cadangan Tajuk Cadangan Status Cadangan

73.

8142

Menambah warna background (warna hitam) pada setiap zon tempat letak kereta di Basement Bangunan DBKU dan menggunakan cat yang berkualiti dan tidak mudah terkupas.

Cadangan tidak diterima kerana akan diambil tindakan dengan kaedah baharu iaitu papan tanda bergantung di atas siling Basement supaya mudah dilihat.

74.

8147

Standard PC Road Kerb - Mencadangkan kajian semula kaedah/cara pemasangan kerb dalam pembinaan projek jalan mengikut tujuan asal penggunaan kerb. Dahulu kerb dibina dengan cara tuang di situ (cast in-situ), kemudian diubah dengan menggunakan precast kerb. Caranya adalah menyusun kerb di atas asas konkrit (concrete base) di mana ruang antara dan bawah unit-unit kerb tersebut tidak disimen. Sementara haunching belakang disimen tidak melekat dengan unit berkenaan. Haunching depan adalah menggunakan precast slab.

Cadangan tidak diterima kerana telah terdapat dalam kontrak baharu dan antaranya pemasangan kerb menggunakan mesin.

75.

8152

Penutupan sementara jalan ke Jalan Rubber (hadapan Wisma Zecon) bermula jam 6:00 - 8:00 pagi untuk melancarkan kesesakan jalan raya dari bulatan pertama Petra Jaya (bulatan Datuk Abang Haji Kipali) menuju ke pusat bandar raya pada waktu puncak.

Cadangan tidak diterima kerana akan menyebabkan kesesakan di bahagian lain.

76.

8156

Membuat road bump di sepanjang Jalan Astana, memandangkan di sepanjang jalan tersebut banyak simpang-simpang yang menuju ke kampung-kampung dan juga taman perumahan.

Cadangan tidak diterima kerana tidak sesuai.

77.

8159

Penyata gaji/pay slip ada menyatakan jumlah baki hutang dan jumlah akhir tahun pinjaman bagi pegawai/staf yang ada membuat pinjaman perumahan.

Cadangan tidak diterima kerana tidak praktikal.

78.

8162

Menerima masa balik lewat bagi mengganti masa kehadiran yang lambat ke pejabat dalam sistem BioDscan dengan syarat menepati masa 8 jam berkerja dan tidak dikira sebagai lewat ke pejabat (tiada bertanda merah) pada hari tersebut. Dicadangkan masa yang terlewat tidak melebihi 1 jam.

Cadangan tidak diterima kerana DBKU melaksanakan 3 waktu anjal. Pegawai boleh memilih waktu anjal yang bersesuaian.

79.

8166

Wifi DBKU dikongsi antara pegawai dan staf serta dihantar password melalui e-mel untuk kegunaan bersama.

Cadangan tidak diterima kerana tidak praktikal.

Page 19: Penasihat AJING KARTINI BT. MOHD RAMLEE Hasil Nukilan

19

Bil No. Cadangan Tajuk Cadangan Status Cadangan

80.

8170

Semua kenderaan terpakai DBKU yang ditender untuk dijual semula diubah warna/cat pada kenderaan tersebut setelah dibeli oleh pentender yang berjaya. Dicadangkan agar satu syarat kepada pentender yang berjaya agar mengubah warna asal kenderaan DBKU (warna kuning/hijau) ke warna lain di samping logo yang dibuang.

Cadangan tidak diterima kerana pernah dibincang dahulu bahawa sebelum ditender/dijual kepada petender yang berjaya, kenderaan mesti diubah warna.

81.

8171

Memberi warna lain seperti warna merah pada aduan yang baharu diterima dalam Sistem Talikhidmat bahagian kerana sekarang aduan yang baharu dan lama mempunyai warna yang sama iaitu biru.

Cadangan tidak diterima kerana telah dicadangkan kepada pihak SAINS, namun tidak dapat dilaksanakan sebab Sistem Talikhidmat melibatkan pelbagai jabatan dan agensi Kerajaan Negeri.

82.

8176

Trafik Warden menggunakan lampu LED semasa mengawal lalu lintas.

Cadangan tidak diterima kerana pergerakan tangan semasa kawalan lalu lintas lebih praktikal.

83.

8193

Menyediakan pakaian seragam untuk tea lady supaya menampilkan kekemasan dan keseragaman terutama semasa menghidang jamuan kepada orang luar.

Cadangan tidak diterima kerana semua tea lady telah dibekalkan pakaian seragam.

84.

8200

Kad Kuasa sedia ada ditukar kepada kualiti yang lebih baik seperti kad pengenalan atau lesen memandu.

Cadangan tidak diterima kerana tiada keperluan.

85.

8201

Menganjurkan Pertandingan Menghias Kerusi-kerusi yang terdapat di Taman Budaya supaya lebih ceria dan 'berjiwa‘.

Cadangan tidak diterima kerana kerusi/bangku yang terdapat di Taman Budaya dalam keadaan tidak memuaskan (rosak) telah dalam proses permohonan untuk mendapatkan peruntukan baik pulih.

86.

8208

Menyediakan One Stop e-Centre - DBKU/MBKS/ MPP supaya orang awam di 3 kawasan tersebut dapat mengemukakan cadangan/aduan berkenaan perkhidmatan yang ditawarkan oleh 3 jabatan tersebut.

Cadangan tidak diterima kerana sudah ada Sistem Talikhidmat.

87.

8212

Mewujudkan Centralised Uniform Control Centre supaya dapat mengawal pesanan, pengurusan yang teratur dan mempunyai pengawasan Sekarang semua bahagian mengemukakan permohonan ke Bahagian ADM untuk keluluskan Work Order/Supply Order, kemudian bahagian masing-masing akan memantau proses penghantaran bekalan tersebut.

Cadangan tidak diterima kerana pernah dibuat dahulu oleh Bahagian Logistik tetapi ia telah dipertanggungjawabkan kepada bahagian-bahagian berkenaan kerana lebih praktikal dan bahagian-bahagian berkenaan dapat membuat kawalan, pengurusan dan pengawasan pada pesanan yang dibuat.

Page 20: Penasihat AJING KARTINI BT. MOHD RAMLEE Hasil Nukilan

20

Bil No. Cadangan Tajuk Cadangan Status Cadangan

88.

8213

Membuat penambahbaikan dan memperkenalkan Centralised Furniture Management System untuk mengurus dan mengawal aset yang berkenaan dengan pembelian perabot DBKU.

Cadangan tidak diterima kerana; 1. Semua perolehan dipusatkan di

Bahagian COP; 2. Rekod dan daftar aset

diselenggara oleh Unit Pengurusan Aset (ADM) dengan seliaan bersama Pegawai Penjaga Aset Bahagian (PAB);

3. PAB telah dilantik di setiap

bahagian bertanggungjawab menguruskan maklumat dan rekod aset bahagian masing-masing untuk disalurkan ke Bahagian ADM; dan

4. Unit Pengurusan Aset (ADM)

telah merangka untuk menambahbaik sistem sedia ada dengan menyedia sistem rekod dan pemantauan yang lebih sistematik.

89.

8216

Menggunakan sepenuhnya Pondok Pengawal di Kaki Bukit Siol dengan memperkenalkannya sebagai e-Information Centre atau Display Area/Room.

Cadangan tidak diterima kerana atas faktor keselamatan untuk kenderaan awam berhenti atau diletak di tepi jalan lereng kawasan bercerun. Walau bagaimanapun, Pos Kawalan di Kaki Bukit Siol akan dioptimakan berkuatkuasa bulan Februari 2016 dengan perlantikan Pengawal Keselamatan baharu melapor pada 4 Januari 2016.

90.

8199

Mengalihkan kedudukan Book Drop sedia ada ke ruang dalam atau pintu utama iaitu bersebelahan dengan Kedai Rakyat 1Malaysia bagi memudahkan staf kaunter yang bertugas pada hari Sabtu dan Ahad. Memandangkan pintu bersebelahan lif yang menempatkan Book Drop sekarang akan ditutup pada jam 6:00 petang dan ditutup pada hari Sabtu dan Ahad. Selalunya, staf akan menggunakan pintu utama dan terpaksa berpusing ke bahagian belakang bangunan iaitu bersebelahan pintu lif untuk mengambil buku yang dipulangkan ke dalam return bin pada setiap hari Sabtu dan Ahad. Ia amat sukar dan memenatkan sekiranya buku yang dipulangkan banyak.

Cadangan tidak diterima kerana tidak perlu dipindahkan memandangkan bilangan buku yang dihantar kurang 100 naskah.

Page 21: Penasihat AJING KARTINI BT. MOHD RAMLEE Hasil Nukilan

21

Bil No. Cadangan Tajuk Cadangan Status Cadangan

91.

8206

Buku Kompaun Trafik Warden dikuatkuasa pada waktu malam kerana sekarang hanya dikuatkuasa pada siang hari sahaja. Supaya dapat mengkompaun kenderaan yang menghalang jalan raya kerana terdapat aduan kenderaan menghalang di kawasan kedai makan pada waktu malam.

Cadangan tidak diterima kerana operasi pada waktu malam adalah tindakan pihak Polis.

92.

8209

Menyediakan Pusat Bilik Kawalan Lampu Isyarat supaya DBKU/MBKS/MPP dapat mengambil tindakan segera sekiranya berlaku gangguan bekalan elektrik atau kerosakan. Tindakan proaktif dan mengurangkan gangguan

Cadangan tidak diterima kerana sudah ada Sistem SCATS. Untuk kawasan MBKS/MPP tidak perlu.

93.

8210

Memasang LED Display Boards di jalan utama (major trunk roads) sebagai notis pemberitahuan kemalangan berlaku, pokok tumbang, masa tiba di sesuatu tempat, jalan alternatif dan lain-lain.

Cadangan tidak diterima kerana tiada keperluan setakat ini dan Trafik Warden serta DBKU Bantu bersedia membantu sekiranya berlaku kesesakan lalu lintas.

94.

8211

e-Contractors Link Information - Mewujudkan sistem yang boleh menyalurkan maklumat untuk bahagian-bahagian teknikal kepada Bahagian COP.

Cadangan tidak diterima kerana sistem sedia ada sudah ada iaitu Sistem e-Pec.

95.

8214

Memperkenalkan tanda nama atau badges untuk wakil Majlis Bersama Jabatan (MBJ).

Cadangan tidak diterima kerana dikhuatiri tanda nama atau badges tersebut tidak mahu dipakai oleh ahli-ahli wakil MBJ. Namun, wakil MBJ diminta untuk mengadakan reaching out ke bahagian-bahagian.

96.

8217

Memperkenalkan sistem di mana setiap staf menganak angkat pokok dan menjaga pokok tersebut untuk di pejabat.

Cadangan tidak diterima kerana tidak praktikal.

97.

8220

Pemilihan dan pengundian untuk setiap Wakil Pekerja MBJ dibuat berdasarkan jawatan Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha, Naib Setiausaha dan wakil-wakil dapat dibuat sekaligus.

Cadangan tidak diterima kerana memang dipraktikkan sedemikian.

98.

8221

Mewujudkan automated system di Bahagian HRM di mana nama staf yang telah berkhidmat lebih 20 tahun secara automatik dihantar ke Jabatan Ketua Menteri untuk Long Service Award.

Cadangan tidak diterima kerana tiada keperluan pada masa ini sebab pencalonan sememangnya dihantar ke Jabatan Ketua Menteri setiap tahun.

Page 22: Penasihat AJING KARTINI BT. MOHD RAMLEE Hasil Nukilan

Bil No. Cadangan Tajuk Cadangan Status Cadangan

1.

7409

Mencuci papan tanda yang berlumut di bawah bidang kuasa DBKU terutama di hadapan Panggung Udara (Amphitheatre).

Cadangan tidak diterima kerana berupa aduan. Pencadang diminta menyalurkannya menggunakan Borang Aduan Dalaman (CSS/AD/01) ke Bahagian CSS sebagai CPA.

2.

7971

Memainkan lagu atas permintaan daripada staf DBKU bermula pada waktu masuk ke pejabat iaitu sebelah pagi dan sebelah petang sewaktu hendak pulang.

Cadangan tidak diterima kerana tidak praktikal. Memadai lagu kebangsaan, lagu patriotik, lagu korporat dan lagu amalan EKSA yang telah ditetapkan untuk dikumandangkan seperti yang telah dijadualkan.

3.

8268

Menyediakan permit sementara bagi peniaga yang menjalankan perniagaan di sekitar kawasan DBKU. Permit dapat ditarik balik sekiranya peniaga menjalankan perniagaan di perhentian bas, kawasan yang menghalang jalan, kawasan sekitar perniagaan kotor dan lain-lain lagi.

Cadangan tidak diterima kerana permohonan Permit Sementara untuk berniaga semasa acara-acara keramaian seperti Sarawak Regatta, Hari Perayaan dan sebagainnya untuk tempoh tertentu boleh mengemukakan permohonan di Bahagian LES. Untuk mengeluarkan Permit Sementara kepada peniaga yang hendak berniaga di sekitar kawasan DBKU adalah tidak dibenarkan.

4.

8270

Papan tanda jalan road signage dari kaki bukit ke Bangunan DBKU dan persekitaran bangunan hendaklah dicuci secara berkala.

Cadangan tidak diterima kerana berupa aduan. Pencadang diminta menyalurkannya menggunakan Borang Aduan Dalaman (CSS/AD/01) ke Bahagian CSS sebagai CPA.

5.

8274

Menyediakan Bilik Rehat untuk staf yang sakit seperti pening kepala, gastrik dan lain-lain penyakit.

Cadangan tidak diterima kerana tidak praktikal sebab staf yang sakit akan pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Sekiranya mereka hendak berehat seketika, boleh berehat dulu di bahagian masing-masing.

6.

8275

Menyediakan talian mudah alih khas untuk pengurusan aduan agar pengadu dapat menggunakan kaedah sms atau whatsaap.

Cadangan tidak diterima kerana pengurusan aduan telah menggunakan talian mudah alih dan pengadu boleh sms untuk mengemukakan aduan. Pengurusan aduan juga sedang dalam perancangan untuk menambah baik talian mudah alih tersebut untuk tujuan whatsapp.

22

Page 23: Penasihat AJING KARTINI BT. MOHD RAMLEE Hasil Nukilan

Bil No. Cadangan Tajuk Cadangan Status Cadangan

7.

8276

Kaunter Informasi yang terdapat di lobi dipindah ke sudut tepi bagi memudahkan Pengawal Keselamatan pergerakan pelawat dan warga kota yang berurusan di Ibu Pejabat DBKU. Keadaan kaunter sekarang, jika pelawat dan warga kota datang melalui belakang kaunter, Pengawal Keselamatan tidak perasan kehadiran mereka.

Cadangan tidak diterima kerana tidak praktikal. Pelawat yang berurusan di DBKU dimestikan mendapat Pas Pelawat dari Kaunter Informasi. Pengawal Keselamatan sepatutnya sentiasa mengawasi pelawat-pelawat yang berada di lobi, Bangunan DBKU dan memastikan pelawat yang datang mendapatkan Pas Pelawat sebelum masuk ke dalam lif.

8.

8282

Mengadakan gotong-royong untuk membersih bulatan kecil DBKU kerana bulatan berkenaan agak kotor.

Cadangan tidak diterima kerana tidak perlu dibuat gotong-royong sebab pembersihan bulatan-bulatan dalam tanggungjawab Bahagian IMT. Pencadang diminta mengemukakannya menggunakan Borang Aduan Dalaman Bahagian CSS sebagai CPA.

9.

8284

Menyediakan jam dinding di setiap bahagian di DBKU supaya sama dan standard.

Cadangan tidak diterima kerana ada bahagian-bahagian telah mempunyai jam dinding di bahagian masing-masing. Bagi bahagian yang belum mempunyai jam dinding, boleh membeli sendiri jam tersebut menggunakan caj kod bahagian masing-masing dan tidak perlu yang sama dan standard.

23 23