DISEDIAKAN OLEH : CHONG JHIEN LING NORAIDA FADILAH BINTI MD RALIP FAZLEEN SYAFIQAH BINTI MOHAMAD RADZI
DISEDIAKAN OLEH :
CHONG JHIEN LING
NORAIDA FADILAH BINTI MD RALIP
FAZLEEN SYAFIQAH BINTI MOHAMAD RADZI
RANCANGAN PENGURUSAN PERALATAN
• Mengekalkan satu sistem inventori yang
efisien
• Menggunakan kaedah yang memberikan
harga pembelian yang memanfaatkan
institusi
• Mewujudkan sistem kawalan ke atas barang
RANCANGAN PENGURUSAN PERALATAN
• Mengamalkan prosedur simpanan rekod
yang konsisten
• Mengadakan teknik penerimaan & kawalan
efisien
• Menggunakan sistem pemeriksaan
peralatan yang efektif
RANCANGAN PENGURUSAN PERALATAN
• Pembelian peralatan sukan
• Penyimpanan dan pemeliharaan alatan
• Pengendalian & pemuliharaan kemudahan
• Pengawasan aktiviti/program & kemudahan
sukan
Pengawasan Aktiviti/Program & Kemudahan Sukan
• Polisi am organisasi
• Prosedur keselamatan
• Prosedur kecemasan dan perubatan
• Laporan kemalangan
• Prosedur penyebaran dan simpanan peralatan
Falsafah
Falsafah diri dan prinsip individu merupakan garis panduan bagi seorang pengurus kemudahan
penyataan nilai yang ideal
perancangan, pengurusan dan penyelenggaraan pelbagai aktiviti dan inventori peralatan
aspek kepuasan pengguna atau pelanggan dan keberkesanan operasi
pelbagai corak pengurusan yang efisien, keberkesanan kos, dan penggunaan kewangan
kehendak dan minat pengguna serta menunjukkan perancangan dan pembentukan strategi yang responsif
proses pemuliharaan kemudahan dan peralatan melalui kawalan program, membaik pulih peralatan, penggunaan yang cermat dan kawalan ketat
Olsen (1997)
Segala ruang aktiviti perlu direka bentuk berdasarkan prinsip
ketahanan, mudah diubahsuaikan, fleksibiliti dan kepelbagaian
penggunaan kemudahan harus dibina bagi membolehkan pelbagai
acara dilangsungkan secara serentak. Isu pengubahsuaian dan
pengalihan diambil kira untuk menghadapi keadaan jadual acara
yang ketat. Pelbagai kemudahan sokongan seperti tempat meletak
kereta, tandas, tempat penyediaan makanan, ruang legar, tempat
duduk penonton dan peserta, pintu keluar dan tangga tidak boleh
diabaikan.
1. Kemudahan untuk tujuan penyimpanan, sistem kawalan dan
ciri-ciri keselamatan harus diintegrasikan dengan teliti.
2. Dalam perancangan sistem operasi bangunan atau
kemudahan sukan, sistem pengaliran udara dan air, sistem
komunikasi dalaman dan luaran, penjimatan tenaga dan isu
pemuliharaan jangka panjang perlu dipertimbangkan.
3. Perancangan antara agensi (rekreasi, taman, akademik dan
pegawai olahraga) diadakan bagi memastikan penggunaan
ruang atau tempat yang maksimum serta mengelakkan
kemudahan bertindan dalam lokasi yang sama.
4. Keperluan khas bagi kumpulan pengguna istimewa seperti
yang kurang upaya dari segi fizikal dan kognitif harus di
ambil kira dalam penyediaan kemudahan sukan.
5. Dalam proses perancangan kemudahan sukan, penggunaan
tempat untuk program masyarakat tempatan seperti acara
muzik dan teater, jamuan, aktiviti sekolah dan pertunjukan
harus dipertimbangkan.
6. Kajian perlu dilaksanakan untuk memperoleh pengetahuan
mengenai garis panduan kejuruteraan, seni bina dan
teknologi terkini dalam pembangunan kemudahan atau
infrastruktur sukan.
Marriot (1986)
‘Kemudahan yang istimewa tidak akan mencapai tahap
optimumnya dengan pengurusan yang lemah. Corak
pengurusan yang kreatif dan dinamik boleh membawa
kejayaan sungguhpun dengan kemudahan yang kurang
lengkap.’
PENGURUSAN STOR PENDIDIKAN JASMANI
Struktur dan Susunan Stor
Keperluan-keperluan Am
Peringkat pendidikan Saiz sekolah Program pendidikan Jasmani dan sukan
Dinding dan lantai Pintu Tingkap dan siling Saiz Barang tambahan kepada stor
Penjaga stor Buku catatan Peraturan stor pendidikan jasmani Buku stok Pemeriksaan stok
Pengelolaan Stor Sukan
Sistem ’Quartermaster’
dan Penjagaan Stor Meletakkan penjagaan stor pada murid-murid dan guru.
Mengamalkan prinsip demokrasi dan berkongsi tanggungjawab
Jadual penjagaan stor diadakan.
Murid-murid juga diajar cara membaikpulihkan alatan.
Panduan Pinjaman, Penggunaan,
Penyusunan dan Penjagaan Alat
1. Semua alat yang diambil untuk tujuan pendidikan jasmani mestilah dicatatkan dalam buku dengan menyatakan peminjam, nama alat dan kuantitinya.
2. Alat yang dipinjam mesti digunakan dengan betul .
3. Alat yang dipulangkan mestilah disusun dan diletakkan semula ke tempat-tempat asalnya.
4. Alat-alat yang rosak sedikit perlu dibaiki jika boleh.
5. Pastikan buku catatan ditandatangan semula selepas alat dipulangkan untuk memastikan tiada alat yang hilang.