1 Pemuliharaan Warisan Muzik Joget di Melaka Melalui Program Latihan Seni Budaya Institut Seni Malaysia Melaka (ISMMA) Oleh: Azhar Abdul Latiff 1 M.A (Malay Studies) UM, B.Eng (Electrical-Electronic) UTM Institut Seni Malaysia Melaka (ISMMA) 1.0 Pengenalan Melaka merupakan sebuah negeri berbudaya yang kaya dengan seni persembahan seperti Dondang Sayang, Joget, Dabus, Nazam dan Rebana Keras. Muzik joget dan permainan Joget Lambak merupakan sebahagian daripada kesenian popular di negeri Melaka yang sering di mainkan di persembahan-persembahan pentas dan majlis-majlis sosial. Kini kesenian ini semakin dilupakan masyarakat Melaka dan menghadapi ancaman kepupusan. Menyedari hal ini Institut Seni Malaysia Melaka (ISMMA) yang ditubuhkan sejak tahun 2001 telah memainkan peranan yang aktif mengatur program-program yang bertujuan memelihara dan memulihara kesenian tradisional khususnya permainan joget. Antara langkah yang diambil bagi tujuan ini ialah mewujudkan program latihan seni budaya untuk generasi muda di negeri Melaka. Selain daripada mewujudkan program latihan, ISMMA turut memainkan peranan mendokumentasi lagu-lagu joget melalui kaedah notasi. Melalui kaedah ini lagu-lagu joget digubah semula dalam bentuk skor muzik orkestra dan dipersembahkan di persembahan- persembahan pentas serta konsert ISMMA. 2.0 Latar Belakang Permainan Joget di Melaka Menurut Tan Sooi Beng (2004 :82), teks Melayu iaitu Hikayat Hang Tuah yang bertarikh di antara kurun ke 17 ataupun 18 masihi ada menyebut tentang nyanyian pantun yang diiringi dengan alat-alat muzik seperti rebana, gong dan kecapi. Ensambel muzik ini memiliki 1 Penulis adalah jurulatih muzik di Institut Seni Malaysia Melaka (ISMMA) dari tahun 2002-2008
10
Embed
Pemuliharaan Warisan Muzik Joget di Melaka Melalui Program Latihan Seni Budaya Institut Seni Malaysia Melaka (ISMMA)
Melaka merupakan sebuah negeri berbudaya yang kaya dengan seni persembahan seperti Dondang Sayang, Joget Lambak, Dabus, Nazam dan Rebana Keras . Muzik joget yang dimainkan di dalam permainan Joget Lambak merupakan sebahagian daripada kesenian popular di negeri Melaka yang sering di mainkan di persembahan-persembahan pentas dan majlis-majlis perkahwinan. Kini kesenian ini semakin dilupakan masyarkat Melaka dan menghadapi ancaman kepupusan. Menyedari hal ini Institut Seni Malaysia Melaka (ISMMA) yang ditubuhkan sejak tahun 2001 telah memainkan peranan mengatur program-program yang bertujuan memelihara dan memulihara kesenian joget di negeri Melaka. Antara program yang dikendalikan ISMMA ialah program latihan seni budaya. Program ini bermula sejak tahun 2001 dan memiliki kerangka model yang tersendiri yang dibina hasil daripada pengalaman, kajian daripada model-model latihan yang lain dan hasil eksperimentasi yang dijalankan oleh ISMMA sepanjang 7 tahun terbabit di dalam program-program seni budaya. Keberkesanan program ini dilihat dengan menilai hasil program iaitu seniman muda yang dihasilkan oleh ISMMA. Diharap program latihan seni budaya di ISMMA ini akan dijadikan panduan oleh institusi-institusi kesenian di nusantara bagi menghasilkan program-program yang bertujuan untuk memelihara dan memulihara kesenian tradisional tempatan.
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1
Pemuliharaan Warisan Muzik Joget di Melaka Melalui Program Latihan Seni
Melaka merupakan sebuah negeri berbudaya yang kaya dengan seni persembahan seperti
Dondang Sayang, Joget, Dabus, Nazam dan Rebana Keras. Muzik joget dan permainan Joget
Lambak merupakan sebahagian daripada kesenian popular di negeri Melaka yang sering di
mainkan di persembahan-persembahan pentas dan majlis-majlis sosial. Kini kesenian ini
semakin dilupakan masyarakat Melaka dan menghadapi ancaman kepupusan.
Menyedari hal ini Institut Seni Malaysia Melaka (ISMMA) yang ditubuhkan sejak tahun
2001 telah memainkan peranan yang aktif mengatur program-program yang bertujuan
memelihara dan memulihara kesenian tradisional khususnya permainan joget. Antara
langkah yang diambil bagi tujuan ini ialah mewujudkan program latihan seni budaya untuk
generasi muda di negeri Melaka.
Selain daripada mewujudkan program latihan, ISMMA turut memainkan peranan
mendokumentasi lagu-lagu joget melalui kaedah notasi. Melalui kaedah ini lagu-lagu joget
digubah semula dalam bentuk skor muzik orkestra dan dipersembahkan di persembahan-
persembahan pentas serta konsert ISMMA.
2.0 Latar Belakang Permainan Joget di Melaka
Menurut Tan Sooi Beng (2004 :82), teks Melayu iaitu Hikayat Hang Tuah yang bertarikh di
antara kurun ke 17 ataupun 18 masihi ada menyebut tentang nyanyian pantun yang diiringi
dengan alat-alat muzik seperti rebana, gong dan kecapi. Ensambel muzik ini memiliki
1 Penulis adalah jurulatih muzik di Institut Seni Malaysia Melaka (ISMMA) dari tahun 2002-2008
2
persamaan dengan ensambel Ronggeng Asli2 yang menggunakan violin ( menggantikan
kecapi) untuk memainkan melodi. Pengunaan violin dan arkodian bersama-sama dengan
tambur (frame drum) menjadi kebiasaan dalam ensambel muzik Sepanyol dan Portugis,
telah menguatkan pendapat bahawa ensambel Ronggeng terbentuk selepas pendudukan
Portugis di Melaka.
Dari segi sejarah tarian joget pula, Anis Md Nor (2004 :46) telah menyatakan bahawa
tarian joget dipercayai pertama kali dipersembahkan oleh orang Melayu di Melaka semasa
zaman penjajahan Portugis. Ini kerana Joget di anggap sebagai tarian Branyo Portugis versi
Melayu kerana persamaan yang wujud dalam struktur persembahan kedua-dua tarian
berkenaan. Selain itu ada juga pendapat yang menyatakan bahawa joget ialah tarian baru
yang dikoreograf pada kurun ke 16 semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka menerusi
proses sinkretik tarian lama yang dikenali sebagai Tandak.
Walau daripada mana pun asal usul permainan Joget, dari segi struktur
persembahan dan muziknya, muzik Joget jelas menunjukan terhasil daripada pertembungan
elemen budaya Melayu dan Barat bersama-sama dengan India, Timur Tengah dan Cina.
Di Melaka, permainan Joget sering dimainkan di majlis-masjlis sosial seperti majlis
perkahwinan bersama-sama dengan Dondang Sayang. Ensambel muziknya terdiri daripada 2
penyanyi/pemantun, 1 pemain violin, 1 pemain accordion, rebana, tambur dan gong.
3.0 Pemuliharaan Muzik Joget di Institut Seni Malaysia Melaka3
Dasar Kebudayaan Kebangsaan (1971)4 Malaysia telah menggariskan tiga prinsip dalam
menetapkan dasar-dasar kerajaan yang berkaitan dengan kebudayaan negara iaitu:
2 Lagu-lagu Ronggeng boleh dibahagikan kepada 3 jenis iaitu asli, inang dan joget. 3 Analisis dibuat berdasarkan pemerhatian dan pengalaman penulis sebagai Jurulatih Seni Budaya ISMMA
4 Dirujuk daripada http://pmr.penerangan.gov.my/page.cfm?name=DasarNegara
3
(i) Berteraskan kepada Kebudayaan Rakyat Asal rantau ini yang merangkumi
kawasan Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei, Thailand dan Kampuchea serta
Kepulauan Selatan Pasifik (Polynesia, Melanesia dan Oceania) sehingga Malagasi adalah
merupakan bahagian utama dari kawasan tamadun atau budaya Melayu. Rantau ini
merupakan pusat pemancaran, pengembangan dan warisan Kebudayaan Melayu sejak
zaman berzaman dan ditandai pula oleh kegemilangan dan keagungan tamadun Melayu
yang berpusat di Melaka yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan
antarabangsa (linguafranca). Kebudayaan serantau ini digambarkan oleh persamaan-
persamaan di bidang bahasa yang berasaskan keluarga bahasa Melayu - Austronesia,
kedudukan geografi, pengalaman sejarah, kekayaan alam, kesenian dan nilai-nilai
keperibadiannya. Budaya Melayu pada hari ini merupakan cara hidup, lambang identiti dan
asas ukuran keperibadian kepada lebih 200 juta umat manusia yang menuturkan satu
rumpun bahasa yang sama. Dengan yang demikian, kebudayaan rakyat asal rantau ini dalam
pengertian sempit atau luasnya kebudayaan Melayu telah dijadikan teras kepada
Kebudayaan Kebangsaan.
(ii) Unsur-unsur Kebudayaan Lain Yang Sesuai dan Wajar boleh diterima Kebudayaan
sebagai sesuatu yang dinamik, sentiasa berubah-ubah melalui proses penyerapan dan
penyesuaian secara berterusan. Prinsip ini bertepatan dengan situasi penduduk berbilang
kaum yang mewarisi pelbagai budaya. Dengan itu unsur-unsur budaya Cina, India Arab,
Barat dan lain-lain yang sesuai dan wajar diberi penimbangan dan penerimaan dalam
pembentukan Kebudayaan Kebangsaan. Kesesuaian penerimaan dalam penyerapan ini
adalah bergantung kepada tidak wujudnya percanggahan dengan Perlembagaan dan
prinsip-prinsip Rukun Negara dan kepentlngan nasional serta asas-asas moral dan
kerohanian sejagat pada amnya dan pada Islam sebagai agama rasmi negara khasnya.
(iii) Islam Menjadi Unsur Yang Penting Dalam Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan
- Agama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting dalam proses
pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang berakhlak dan berperibadi mulia.
Agama Islam memberi panduan kepada manusia dalam mengimbang dan memadukan
usaha bagi mengisi kehendak-kehendak emosi dan fizikal dan kerana itu patut menjadi
unsur yang penting dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan memandangkan
kedudukannya sebagai agama rasmi negara, di samping telah wujudnya fakta sejarah dan
nilai-nilai Islam yang telah sedia didukung oleh sebahagian besar rakyat rantau ini. Ketiga-
tiga prinsip asas di atas adalah melambangkan penerimaan gagasan Kongres Kebudayaan
Kebangsaan 1971.
ISMMA5 pada awalnya ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 dengan nama
Akademi Seni Melaka (ASM) pada tahun 1994. Aktiviti yang dijalankan pada masa itu ialah
5 Untuk lebih lanjut sila rujuk laman web: ismma.melaka.org.my
4
mengurus tadbir Kumpulan Kebudayaan Briged Seni dan menjalankan kursus kemahiran
seni jangka pendek. Bermula 1996 ASM telah menjalankan program Diploma dalam bidang
seni. Pada tahun 1997 nama ASM ditukar kepada Institut Teknologi Seni Malaysia (ITTSM)
dan insitusi ini berperanan mengembangkan program Diploma yang menjurus ke arah
teknologi seni. Bagi merealisasikan pembangunan yang seimbang nama ITTSM telah ditukar
kepada Institut Seni Malaysia Melaka (ISMMA) pada tahun 2001 dengan harapan dapat
melahirkan warga seni Melaka yang mempunyai jati diri dalam pelbagai bidang yang
diamalkan dengan penuh disiplin dan kesopanan. Bermula pada tahun 2001 ISMMA yang di
pengerusikan oleh Prof. Datuk Dr. Abdul Latiff Abu Bakar telah mula memperluaskan
aktiviti-aktiviti seni budaya yang dijalan meliputi, 1) persembahan, 2) latihan amali, 3)
bengkel, 4) seminar, dan 5) penerbitan di peringkat nasional dan antarabangsa.
Berpandukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan (1971), ISMMA telah mengenalpasti
beberapa kesenian tradisional negeri Melaka yang perlu dipelihara serta dipulihara dan
salah satu daripadanya ialah permainan Joget. Semenjak ditubuhkan, ISMMA telah
memainkan peranan yang aktif dalam memastikan permainan Joget ini tidak dilupakan
melalui proses-proses yang melibatkan individu-individu dan kumpulan-kumpulan tertentu
seperti 1) karyawan tamu, 2) jurulatih seni budaya, dan 3)pelajar-pelajar didikan ISMMA.(
seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1)
Bagi memastikan kesenian Joget di Melaka tidak dilupakan, ISMMA telah melantik
beberapa karyawan tamu yang terdiri daripada pengiat Dondang Sayang, muzik asli dan
permainan Joget di negeri Melaka. Antara tokoh budayawan yang telah diangkat ISMMA
sebagai karyawan tamu ialah En. Baharim Sharif 6 yang lebih dikenali sebagai Pak Baharim
dan En. Mohammad Moh7 (Pak Mat Tabla)
Sebagai karyawan tamu, Pak Baharim sering dijadikan rujukkan oleh para jurulatih
seni budaya di ISMMA di dalam mempelajari seni budaya tradisional negeri Melaka
khususnya Dondang Sayang dan Joget. Selain daripada menjadi pakar rujuk, Pak Baharim
turut menjadi jurulatih violin dan gendang untuk program latihan seni budaya ISMMA.
Pengalaman dan ilmu Pak Baharim di dalam permainan Joget telah dimanfaatkan
oleh jurulatih ISMMA khususnya jurulatih muzik. Melalui tunjuk ajar yang diberikan oleh Pak
Baharim, jurulatih ISMMA telah menyampaikan ilmu beliau kepada para pelajar program
seni budaya ISMMA melalui latihan yang tersusun menggunakan nota muzik. Sejak
penubuhannya ISMMA telah mengambil beberapa jurulatih muzik daripada dalam dan luar
negara iaitu:
6 En. Baharim Sharif, Juara Dondang Sayang Kebangsaan 1985. Beliau telah menjadi karyawan tamu ISMMA
semenjak tahun 2001.
7 En. Mohammad Moh , seorang pemuzik yang pakar dalam permainan alat perkusi melayu dan tabla.
Berpengalam dalam kumpulan Ghazal dan muzik asli Melayu.